///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Unit News   Page 1    



Hiperbarik pertama universiti di Malaysia - Kosmo - 20/04 8:10 am

TANGGAL 15 Mac lalu, melakar satu lagi sejarah buat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila Unit Perubatan Hiperbarik di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) telah memulakan operasinya secara rasmi





Penuntut UMT lemas ketika cuba selamatkan rakan di Lata Ulu Kasar - Mgazette - 20/04 8:09 am

Mereka berdua bertindak cuba menyelamatkan Adilah namun Suraya telah lemas manakala Najwa hampir lemas tetapi sempat diselamatkan, katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Zain berkata mangsa yang selamat dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu dan dirawat sebagai pesakit luar manakala mayat Suraya dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat





Kor Ming gesa ahli DAP kekal rendah diri sempena ulang tahun... - Mgazette - 20/04 8:09 am

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika menyoroti peralihan parti daripada advokasi kepada tadbir urus, turut berkongsi pencapaian utama kementerian di bawah kepimpinannya. Menurut Nga, Malaysia merekodkan jumlah transaksi hartanah tertinggi dalam sejarah sebanyak RM241.9 bilion, selain kelulusan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara





UMT student drowns trying to save friend at Lata Ulu Kasar - Sinardaily - 20/04 8:02 am

BANDAR PERMAISURI - A female student of Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Gong Badak Campus, Kuala Nerus drowned while trying to save her friend who was drowning at Lata Ulu Kasar here on Sunday.Setiu district police chief Supt Mohd Zain Mat Dris said the victim, Suraya Hassan, 22, who was from Batu Pahat, Johor, along with seven other friends from the same university, had visited the picnic spot.He said the police received an emergency call at about 1.48 pm informing them of the incident."Initial investigations found that the incident occurred while the victim was taking a bath and another friend, Nur Najwa Farina Mohamed, 25, found that her friend, identified as Adilah, was having difficulties in the pool."They both tried to save Adilah but Suraya drowned while Najwa also almost drowned was saved," he said in a statement.Zain said the surviving victim was rushed to the Setiu Hospital Emergency Unit and treated as an outpatient while Suraya's body was sent to the same hospital's Forensic Unit for a post-mortem



US says it seized Iranian ship refusing to comply with blockade - Middleeasteye - 20/04 5:16 am

U.S. Marines from the 31st Marine Expeditionary Unit later boarded the non-compliant vessel, which remains in U.S





DUN Kedah tak bincang bidang kuasa negeri, dok sibuk kuasa Pusat - Harapandaily - 19/04 9:54 pm

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dikritik kerana gagal fokus kepada isu di bawah bidang kuasa negeri, sebaliknya terlalu tertumpu kepada perkara berkaitan kerajaan Persekutuan. Bekas Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hadzir Md Zain berpendapat ucapan pemimpin kerajaan negeri dalam sidang DUN baru-baru ini masih bersifat retorik dan..





Pelajar UMT lemas ketika cuba selamatkan rakan - Sinarharian - 19/04 7:35 pm

SETIU - Hasrat murni seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyelamatkan rakannya yang hampir lemas bertukar tragedi apabila dia ditemukan maut dalam kejadian di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong, di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Suraya Hassan, 22, yang berasal dari Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu melalui talian MERS 999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Tong digerakkan ke lokasi."Siasatan awal mendapati mangsa bersama rakan-rakannya yang juga pelajar UMT Kampus Gong Badak telah ke pusat rekreasi berkenaan untuk berkelah dan mandi-manda."Kejadian dipercayai bermula apabila salah seorang rakan mereka dikenali sebagai Adilah hampir lemas. Mangsa (Suraya) bersama seorang lagi rakan, Nur Najwa Farina Mohamed, 25, telah cuba menyelamatkan Adilah."Bagaimanapun, dalam usaha menyelamat itu, Suraya telah dihanyutkan arus dan lemas, manakala Nur Najwa Farina pula hampir lemas namun berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Mohd Zain berkata, Nur Najwa Farina yang berasal dari Terengganu kini sedang menerima rawatan di Hospital Setiu.Menurutnya, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Sri Langkap yang tiba di lokasi mengesahkan kematian Suraya pada jam 2.15 petang."Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," ujarnya.





Kor Ming gesa ahli DAP kekal merendah diri sempena ulang tahun ke-60 parti - Sinarharian - 19/04 6:55 pm

BUKIT MERTAJAM - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming hari ini menyeru semua ahli parti supaya terus berpegang teguh kepada komitmen terhadap rakyat dengan kekal "merendah diri, dahagakan kejayaan dan fokus dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat" sempena ulang tahun ke-60 parti itu.Kor Ming dalam ucapannya pada majlis peringatan di sini hari ini mengimbas perjalanan enam dekad DAP dengan menyatakan parti itu telah berkembang menjadi satu kuasa politik yang matang, bertanggungjawab dan berpandangan jauh."Daripada hari-hari awal kami sebagai pembangkang hingga peranan kami dalam kerajaan hari ini misi utama kami kekal tidak berubah, iaitu mempertahankan demokrasi, keadilan, tadbir urus baik dan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia," katanya.Kor Ming berkata, kekuatan DAP terletak pada identitinya sebagai parti berbilang kaum yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau latar belakang.Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika menyoroti peralihan parti daripada advokasi kepada tadbir urus, turut berkongsi pencapaian utama kementerian di bawah kepimpinannya.Menurut Kor Ming, Malaysia merekodkan jumlah transaksi hartanah tertinggi dalam sejarah sebanyak RM241.9 bilion, selain kelulusan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.Beliau turut menekankan kejayaan pelaksanaan 15,083 projek infrastruktur di seluruh negara, mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam menambah baik kemudahan asas di semua peringkat pihak berkuasa tempatan."Selain itu, kami berjaya memulihkan 1,501 projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara, memulihkan keyakinan dalam kalangan 180,000 pembeli rumah serta memastikan projek perumahan terbengkalai kembali berada di landasan."Ini adalah hasil nyata yang mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian sebenar untuk rakyat," katanya





NGO cadang wujudkan unit integriti bebas di IPT - FMT - 19/04 5:40 pm

Menurut MCW, unit tersebut perlu lapor terus kepada pihak luar, bukan pentadbiran dalaman, untuk jamin ketelusan.





Operasi TH di Madinah lancar, sedia sambut 31,600 jemaah Malaysia - Mgazette - 19/04 4:30 pm

Sementara itu, jelasnya, Pusat Pentadbiran Operasi Madinah kini beroperasi di lokasi baharu di Hotel Zaha Taiba yang dilengkapi kemudahan moden termasuk dapur dan restoran yang lebih selesa. "Bangunan pentadbiran tersebut menempatkan pelbagai unit penting seperti Pejabat Pengarah Operasi Madinah, Pejabat Operasi Perubatan, Unit Pentadbiran, Bilik Maklumat Operasi, Unit Alokasi, Unit Pengendalian, Unit Kewangan serta Unit Pengelola Jemaah Haji (PJH)," katanya





Ustaz Kazim Elias keluar hospital, rehat di rumah - Mgazette - 19/04 4:30 pm

Terima kasih banyak-banyakkami amat hargai semua," katanya. Khamis lalu Malaysia Gazette melaporkan Ustaz Kazim dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan akibat masalah jantung





Gerai terbakar ketika pelanggan tunggu makanan - Mgazette - 19/04 4:30 pm

Susulan itu, mereka bertindak menyelamat mangsa dengan membantu mengeluarkan mangsa ke kawasan selamat selain memastikan orang awam di sekitar kawasan dalam keadaan selamat bagi mengelakkan risiko kecederaan. Katanya, menyedari ketiadaan alat pemadam api di lokasi kejadian, salah seorang pegawai berlari sejauh kira-kira 300 kaki ke masjid berhampiran untuk mendapatkan dua unit alat pemadam api





Polis tumpaskan sindiket penyeludupan, 75 PATI ditahan - Utusan - 19/04 3:36 pm

LUMUT: Polis menahan seramai 75 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua individu dipercayai bertindak sebagai transporter dalam dua serbuan berasingan di sekitar Bandar Baru Segari, di sini semalam. Operasi menerusi Op Taring Landai itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Unit ..





Lebih 100 anggota termasuk bomba 'bertarung' 10 jam padam kebakaran - Sinarharian - 19/04 3:30 pm

SANDAKAN - Lebih 100 anggota pelbagai agensi bertungkus-lumus selama hampir 10 jam bagi mengawal dan memadam kebakaran besar yang memusnahkan kira-kira 1,000 rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, awal pagi Ahad.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya hanya berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran sekitar jam 12 tengah hari.Menurutnya, pasukan bomba berdepan pelbagai cabaran sepanjang operasi pemadaman, termasuk struktur rumah yang terlalu rapat sehingga menyebabkan api merebak dengan cepat."Keadaan jalan yang sempit di kawasan kampung turut menyukarkan pergerakan jentera ke lokasi kebakaran."Selain itu, air laut yang surut menjejaskan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka, manakala faktor angin kencang mempercepatkan lagi kebakaran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau berkata, kebakaran melibatkan rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dengan keluasan kira-kira empat hektar dan keseluruhan kawasan terjejas terbakar 100 peratus."Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif dan defensif di bahagian kiri serta kanan kawasan kebakaran tersebut."Jentera bantuan daripada BBP Kinabatangan turut digerakkan dan menjalankan operasi pemadaman, dan sumber air diperoleh daripada lori tangki air, pili bertekanan milik kilang berhampiran serta sumber air terbuka iaitu air laut."Seramai 37 anggota bomba terlibat dalam operasi itu, termasuk 32 anggota dari BBP Sandakan dan lima anggota dari BBP Kinabatangan," jelasnya.Turut membantu ialah Unit Dron Zon Sandakan, Pasukan Bomba Sukarela Karamunting seramai 10 anggota, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai 50 anggota, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 30 anggota serta Sabah Electricity Sdn





75 petugas TH sedia sambut 31,600 jemaah di Madinah - Sinarharian - 19/04 2:30 pm

MADINAH Seramai 75 petugas Lembaga Tabung Haji (TH) bersiap siaga bagi menyambut ketibaan 31,600 jemaah haji Malaysia sempena Operasi Haji Madinah musim 1447H yang kini berjalan lancar.Kesemua petugas berkenaan tiba lebih awal di bumi Madinah pada 12 April lalu bagi memulakan gerak kerja operasi, sekali gus memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum sebelum ketibaan jemaah.Operasi tersebut diketuai Naib Konsul Haji merangkap Pengarah Operasi Madinah, Affandi Abdullah yang bertanggungjawab menyelaras keseluruhan pengurusan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci."Kesemua petugas telah bersedia sepenuhnya dan komited untuk memastikan setiap jemaah haji Malaysia menerima perkhidmatan terbaik serta dapat menunaikan ibadah dalam keadaan selesa dan teratur," kata TH menerusi satu kenyataan.Daripada jumlah keseluruhan, seramai 40 petugas ditempatkan dalam sektor kebajikan, manakala 35 lagi terdiri daripada petugas perubatan bagi memastikan aspek kesihatan dan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara.Bagi musim haji kali ini, TH menetapkan tiga zon penginapan utama di sekitar Masjid Nabawi bagi melancarkan pengurusan logistik.Zon berkenaan melibatkan Hotel Emaar Royal (Zon 1), Hotel Anwar Al Madinah Movenpick (Zon 2) dan Hotel Emaar Elite (Zon 3).Hotel Emaar Elite yang merupakan bangunan baharu menjadi antara tumpuan apabila terletak kira-kira 150 meter dari Masjid Nabawi, sekali gus memudahkan jemaah untuk beribadah.Dalam pada itu, Pusat Pentadbiran Operasi Madinah turut dipindahkan ke lokasi baharu di Hotel Zaha Taiba yang lebih strategik dan berhampiran Masjid Nabawi."Pemilihan lokasi baharu ini diyakini dapat meningkatkan kecekapan operasi serta memudahkan penyelarasan antara unit terlibat sepanjang musim haji berlangsung," katanya.Kemudahan moden termasuk ruang dapur dan restoran yang lebih selesa di pusat pentadbiran baharu itu dijangka mampu meningkatkan kecekapan pengurusan operasi.Bangunan tersebut menempatkan pelbagai unit penting antaranya Pejabat Pengarah Operasi, Operasi Perubatan, Unit Pentadbiran, Bilik Maklumat Operasi, Unit Alokasi, Unit Pengendalian, Unit Kewangan serta Unit Pengelola Jemaah Haji.Langkah proaktif TH itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara, sekali gus membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dalam suasana kondusif.





Penjaga rumah penampungan, 74 migran ditahan - Sinarharian - 19/04 1:47 pm

LUMUT - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berperanan sebagai penjaga rumah penampungan bersama 74 migran dalam operasi di Bandar Baru Segari di sini pada Sabtu.Operasi bersepadu di bawah Op Taring Landai itu dijalankan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dari Unit Risikan Marin Kampung Acheh.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, serbuan berjaya mengesan sindiket penyeludupan migran pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan warga Indonesia dan Bangladesh."Dalam operasi tersebut, polis telah menyerbu dua premis berasingan dan menahan dua lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai transporter."Turut ditahan ialah 45 lelaki dan 25 wanita bersama dua kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 57 tahun," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Ahad.Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan PATI kepada pihak polis.Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu usaha membanteras jenayah penyeludupan PATI.





Ustaz Kazim dibenar keluar hospital, berehat di rumah - Sinarharian - 19/04 12:35 am

IPOH - Penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini.Perkembangan positif itu dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias yang memaklumkan, Ustaz Kazim kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di kediamannya bersama keluarga terdekat."Adik saya telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumahnya





Artikel Pilihan Aramco Bangunkan Enjin Hybrid Baru Dengan Bantuan Horse .. - Mekanika - 19/04 8:03 am

Lebih menarik ialah reka bentuk ini membolehkan penghasilan pelbagai konfigurasi enjin menggunakan ruang pembakaran yang sama, termasuk enjin dua silinder 1.1 liter, enjin V4 2.1 liter dan enjin V6 3.2 liter. Untuk konfigurasi V, dua unit monoblock hanya digabungkan bersama, menjadikannya sangat fleksibel dari segi pembangunan



Old Cars 'Tell Tales' by Storing Data That's Never Wiped - Slashdot - 19/04 5:34 am

Slashdot reader Bismillah shared this report from ITNews: Research and development engineer Romain Marchand of Paris headquartered Quarkslab obtained a telematic control unit (TCU) from a salvage yard in Poland..





Peruntukan pembangunan Kelantan naik kepada RM8 bilion - PM - Sinarharian - 18/04 5:30 pm

Kita naikkan daripada RM3.19 bilion kepada RM8 bilion," katanya ketika berucap pada Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026 di sini pada Sabtu.Beliau turut mengumumkan tambahan peruntukan RM20 juta khusus untuk membantu golongan termiskin di negeri itu, tanpa mengira latar belakang politik."Ada saya tanya dia parti mana? Tidak. Asalkan dia dalam kategori miskin, kita bantu," ujarnya.Anwar memberitahu, bantuan tersebut akan disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agihan lebih tersusun dan berkesan.Tegasnya, isu kemiskinan bukan hanya masalah negeri, sebaliknya tanggungjawab bersama di peringkat nasional."Masalah ini masalah negara, bukan semata-mata masalah Kelantan," katanya.Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa pendekatan tadbir urus baik menjadi asas kepada keupayaan kerajaan meningkatkan peruntukan serta menyelesaikan isu rakyat."Bila kita urus negara dengan baik, kita mampu tambah peruntukan dan selesaikan masalah rakyat," ujarnya.





Kerajaan salur RM20 juta basmi kemiskinan di Kelantan - FMT - 18/04 4:14 pm

Peruntukan akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM Kelantan, kata perdana menteri.





Alhamdulillah! Ustaz Kazim Elias sudah dibenar pulang, belum boleh terima ziarah - Mdateline - 18/04 3:50 pm

Abang kepada pendakwah bebas, Datuk Muhammad Kazim Elias iaitu Datuk Mohd Najmuddin Elias tampil memaklumkan perkembangan terkini adiknya susulan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) ..





Wanita melecur, enam kenderaan musnah dalam kebakaran?? ?? - Mgazette - 18/04 3:49 pm

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Azmi Johar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 1.40 pagi. Susulan itu katanya, seramai 18 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), tiga Unit Bermotor Bomba (RIM) dan sebuah lori tangki dikejarkan ke tempat kejadian





Cubaan seleweng 3,400 liter diesel di Klang gagal - Mgazette - 18/04 3:49 pm

Serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu dilakukan hasil rondaan anggota penguat kuasa yang mengesan sebuah lori jenis bonded dalam keadaan mencurigakan sedang mengisi bahan api diesel. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Selangor,Mohd Hanizam Kechek berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, lori tersebut membawa enam unit tangki _Intermediate Bulk Container (IBC)_ berkapasiti 1,000 liter setiap satu yang mengandungi diesel disyaki untuk diseleweng





Peruntukan tambahan RM20 juta basmi kemiskinan di Kelantan - Kosmo - 18/04 3:42 pm

PASIR PUTEH – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di negeri Kelantan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut akan diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Kelantan





Palm oil-derived fuel discovery opens door to sustainable aviation in Sarawak - BorneoPost - 18/04 10:41 am

KUCHING (April 18): discovery by local scientists identifying palm oil components as a potential source of aircraft fuel has opened up new opportunities for Sarawak in the sustainable aviation industry





Tapak pemancar telekomunikasi pun dah tak selamat - Sinarharian - 18/04 9:06 am

NILAI - Dua wanita antara enam individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk tapak pencawang pemancar telekomunikasi di Tangki Air Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) Nilai Spring, Villa Desa Casia, Bandar Baru Nilai di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.17 malam."Pemeriksaan di lokasi mendapati, pintu sangkar Remote Radio Unit (RRU) milik syarikat telekomunikasi telah dipecah masuk dan beberapa peralatan telah hilang dipercayai dicuri."Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menjalankan operasi dan berjaya menahan enam suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 30-an hingga 40-an," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Jelasnya, kesemua suspek ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Nilai dan Mantin antara 17 April(Jumaat) hingga Sabtu.Tambahnya, hasil tangkapan tersebut, polis telah merampas beberapa unit peralatan telekomunikasi termasuk Huawei RRU, 'Quad Band Combiner' serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah, selain kenderaan yang digunakan oleh suspek"Semakan rekod lampau mendapati, sebahagian besar suspek mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah terdahulu termasuk kes berkaitan kecurian, samun serta kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya."Siasatan awal mendapati, kumpulan ini bertindak secara terancang dengan memecah masuk pencawang telekomunikasi, mencabut komponen peralatan sebelum dijual di pasaran besi buruk bagi mendapatkan keuntungan," katanya.Johari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan ini turut terlibat dalam beberapa kes kecurian lain di sekitar daerah Nilai.Ujarnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Mini Countryman S Bertukar Jadi Mobile Speaker - Careta - 18/04 8:02 am

Konsepnya mudah. Dua unit Countryman S diubah suai dengan fokus penuh kepada pengalaman audio luar, bukan lagi sekadar sistem bunyi dalam kabin seperti kereta biasa





Proton e.MAS 7 PHEV Kini Tampil Warna Emerald Green - Careta - 18/04 8:02 am

Permintaan Memberangsangkan Sejak Pelancaran Sejak diperkenalkan pada awal tahun ini, Proton e.MAS 7 PHEV mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan. Sehingga 31 Mac 2026, model ini telah menerima lebih 4,900 tempahan, dengan lebih 740 unit berjaya didaftarkan





Sebanyak 1.5 tan bongkah abu al-Quran ‘dilepaskan’ ke laut - Mgazette - 18/04 7:57 am

Katanya, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 1,758 premis telah diperiksa dengan nilai penguatkuasaan berjumlah RM378,171. Jelas Saifuddin, sebanyak 6,620 unit teks dan bahan al-Quran telah disita kerana melanggar peruntukan undang-undang, manakala 44 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan lanjut





TNS Log Services catat penghantaran TEU tertinggi tahun 2025 - Mgazette - 18/04 7:57 am

# TNS Log Services catat penghantaran TEU tertinggi tahun 2025 KUALA LUMPUR - TNS Log Services mengukuhkan kedudukan sebagai rakan logistik yang dipercayai bagi perniagaan terbabit dalam perdagangan antarabangsa apabila mencapai penghantaran unit bersamaan 20 kaki (TEU) terbanyak pada tahun 2025





Buletin Pengeluar China Paten Tandas Dalam Kereta Penumpang Read More .. - Mekanika - 18/04 7:57 am

Paten bernombor CN224104011U itu difailkan pada 22 April 2025 dan diluluskan pada 10 April 2026, dan kini berstatus aktif. Berdasarkan dokumen paten, sistem tersebut menggunakan unit tandas kompak yang dipasang bersama mekanisme rel gelongsor





UM denies radiation risk claims at UMMC PET-CT facility, says safety standards fully complied - Sinardaily - 17/04 9:22 pm

SHAH ALAM Universiti Malaya (UM) has denied allegations that its Positron Emission TomographyComputed Tomography (PET-CT) facility at Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) exposes staff to harmful radiation risks.The university said all operations involving radiation are carried out under strict safety protocols, with exposure levels continuously monitored and kept within approved limits.In a statement, UM said it was aware of concerns raised by staff regarding health issues but stressed that the claims linking the facility to unsafe radiation exposure were unfounded.Official records show that staff radiation exposure is far lower and remains within the gazetted dose limits and periodic health screenings are conducted according to the prescribed schedule, the statement read.UM said all radiation workers are required to wear personal dosimeters, while monitoring systems are in place to ensure compliance with safety requirements.The university added that UMMC adheres fully to national regulations, including the Atomic Energy Licensing Act 1984 (Act 304), the Radiation Protection Programme Standard Operating Procedures, and related safety regulations governing radioactive waste management.It said inspections conducted by the Medical Radiation Regulatory Division (BKRP) of the Health Ministry in October last year found no procedural violations.Annual licence inspection visits by BKRP enforcement authorities are also carried out in accordance with the required standards and compliance, it added.UM added that UMMC remains open to continuous inspections by relevant authorities to ensure ongoing compliance with all safety standards.The management assures that the working environment involving radiation is safe and continuously supervised by accredited regulatory bodies, and urges all parties not to spread baseless speculation that could cause public concern, it said.The clarification comes after a media report and social media claims alleging radiation safety breaches at the hospitals Nuclear Medicine Unit went viral, sparking public concern among staff and patients.Former UMMC radiographer Nur Fauzia Abdul Razak, 35, had previously alleged that serious breaches of radiation safety procedures had taken place at the facility.Speaking at a press conference on Friday, she claimed that after the installation of PET-CT equipment at the hospital, there had been a rise in cancer cases among staff working in the radiology department.Fauzia, who is currently undergoing treatment for stage four Hodgkin lymphoma, also alleged that she had been medically retired after being unable to continue working due to her condition.She said she had undergone more than 20 cycles of chemotherapy since being diagnosed in March 2023.She further claimed that internal records suggested multiple cases of cancer and thyroid illnesses among staff exposed to radiation over time, raising concerns about compliance with safety protocols.Fauzia also alleged inconsistencies in official findings and claimed there may have been manipulation of technical reports related to the matter.She said she had lodged an official report with BKRP and intended to pursue legal action against the hospital.





Kos penghantaran, premium insurans kini punca utama kenaikan harga petroleum - MoF - Sinarharian - 17/04 8:27 pm

SHAH ALAM - Lonjakan harga petroleum pada hari ini bukan berpunca daripada kenaikan harga minyak mentah semata-mata.Kementerian Kewangan (MoF) berkata, konflik di Asia Barat turut meningkatkan risiko terhadap rantaian bekalan petroleum global, sekali gus melonjakkan kos penghantaran dan premium insurans."Sebagai contoh, premium insurans kini meningkat sehingga 17 kali ganda berbanding sebelum konflik, berikutan Asia Barat dikategorikan sebagai zon berisiko tinggi."Kos penghantaran pula melonjak sehingga tiga kali ganda, didorong oleh kenaikan harga minyak serta laluan perjalanan yang lebih jauh bagi mengelakkan kawasan konflik."Peningkatan kos di sepanjang rantaian bekalan dan penapisan petroleum yang jauh melebihi kenaikan harga minyak mentah akhirnya memberi kesan kepada harga runcit di pam," kata kementerian itu menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Justeru, kata MoF, Kerajaan Madani kekal tekad melindungi rakyat meskipun dalam suasana luar biasa yang memberi tempias ke seluruh dunia.Jelasnya, semua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif terus menikmati BUDI Madani RON95 (BUDI95) pada harga RM1.99 seliter, walaupun harga tanpa subsidi meningkat hampir dua kali ganda sejak konflik Asia Barat tercetus."Kerajaan Madani juga telah meningkatkan bantuan BUDI Diesel kepada RM400 bagi April 2026, iaitu kenaikan kali kedua daripada kadar asal iaitu RM200," ujar MoF.Berdasarkan infografik disediakan Unit Komunikasi Korporat MoF, harga minyak mentah Brent meningkat 1.5 kali ganda dari AS$66 setong (RM310.20) sebelum konflik kepada AS$101.50 setong (RM477.05) semasa.Kos penghantaran pula menyaksikan peningkatan tiga kali ganda daripada AS$7.5 juta (RM35.25 juta) bagi setiap perjalanan kepada AS$20.5 juta (RM96.35 juta).Bagi premium insurans, peningkatan sebanyak 17 kali ganda direkodkan daripada AS$112,500 (RM528,750) kepada AS$1.9 juta (RM8.93 juta) bagi setiap perjalanan.





6,620 teks al-Quran disita dalam Ops Mulia KDN - Sinarharian - 17/04 5:52 pm

PELABUHAN KLANG Sebanyak 6,620 unit teks dan bahan al-Quran disita kerana melanggar peruntukan undang-undang dalam pemeriksaan dijalankan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac lalu.Operasi berkenaan turut melibatkan pemeriksaan ke atas 1,758 premis dengan nilai penguatkuasaan mencecah RM378,171.92.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan Ops Mulia yang digerakkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri (KDN).Menurutnya, penguatkuasaan tersebut dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan semua teks dan bahan al-Quran yang berada di pasaran mematuhi standard ditetapkan."Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan bertanggungjawab mengambil tindakan sekiranya terdapat naskhah atau mushaf al-Quran yang mempunyai kesilapan atau tidak mematuhi piawaian ditetapkan pihak berkuasa agama."Sebarang perubahan walaupun pada baris atau huruf boleh membawa maksud berbeza, justeru aspek integriti mushaf perlu dipelihara," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Pemurnian Al-Quran KDN di perairan berhampiran Pelabuhan Klang pada Jumaat.Saifuddin Nasution berkata, dalam tempoh sama juga sebanyak 44 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut termasuk pendakwaan atau kompaun.Katanya, penguatkuasaan tidak terhad kepada bahan bercetak semata-mata, sebaliknya turut merangkumi mushaf dalam bentuk digital dan audio termasuk yang dijual di platform e-dagang."Semua bentuk ini tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang terdiri daripada pakar dan ilmuwan Islam yang menilai kandungan secara menyeluruh."Malah mushaf yang mempunyai kod bar juga dipantau bagi memastikan ketepatan serta kelulusan kandungan," ujarnya.Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa usaha penguatkuasaan tersebut dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986."KDN akan terus komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan kawal selia secara berterusan bagi memastikan kesucian al-Quran sentiasa terpelihara," katanya.





PPUM nafi dakwaan risiko radiasi PET-CT - Sinarharian - 17/04 5:25 pm

KUALA LUMPUR Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan yang mengaitkan fasiliti imbasan Positron Emission Tomography-Computed Tomography (PET-CT) di Unit Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan risiko radiasi berbahaya.UM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum kebimbangan berhubung isu kesihatan membabitkan warga kerja, bagaimanapun rekod rasmi menunjukkan bahawa dedahan radiasi pekerja adalah jauh lebih rendah dan berada di bawah had dos yang diwartakan."Operasi imbasan PET-CT dilaksanakan mengikut piawaian keselamatan yang ketat dan tahap pendedahan radiasi adalah mengikut standard yang ditetapkan serta terkawal."Semua pekerja sinaran diwajibkan memakai dosimeter peribadi dan rekod rasmi menunjukkan dedahan radiasi pekerja adalah jauh lebih rendah serta berada di bawah had dos yang diwartakan."Pemeriksaan kesihatan berkala juga dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan," kata kenyataan itu pada Jumaat.Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa PPUM mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) Program Perlindungan Sinaran, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), serta peraturan berkaitan perlindungan sinaran keselamatan asas dan pengurusan sisa radioaktif."Pemeriksaan oleh Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada Oktober 2025 mendapati tiada pelanggaran prosedur dan PPUM mematuhi peraturan yang ditetapkan."Lawatan pemeriksaan lesen secara tahunan oleh pihak penguat kuasa BKRP turut dilaksanakan mengikut keperluan," jelasnya.Tambah kenyataan itu, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga kerja serta orang awam sentiasa menjadi keutamaan di PPUM."Justeru, UM memberi jaminan persekitaran kerja yang melibatkan radiasi adalah selamat dan sentiasa diawasi oleh badan kawal selia bertauliah, selain menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi tidak berasas," kata kenyataan itu





Peguam dakwa ada tujuh mangsa terdedah radiasi di PPUM - Sinarharian - 17/04 5:17 pm

Sepatutnya peralatan tersebut diasingkan tetapi ia ditempatkan dalam bangunan yang sama bersama pesakit lain dan ahli keluarga."Kakitangan radiologi juga sepatutnya diasingkan daripada kakitangan lain, tetapi ia disekalikan. Jadi, pendedahan terhadap radiasi itu menjadi banyak," jelas beliau.Selain itu, Siti Nur Sabrina turut mempersoalkan percanggahan antara laporan kesihatan yang menyatakan tiada pelanggaran SOP dengan bukti serta testimoni mangsa."Ini bercanggah dengan bukti, keadaan mangsa dan juga video yang menunjukkan unit tersebut kecil, sempit dan sesak sehingga boleh membahayakan pesakit serta kakitangan," ujar beliau.Siti Nur Sabrina sehubungan itu berkata, pihaknya sudah mengemukakan tuntutan awal termasuk gesaan supaya satu audit kesihatan dijalankan terhadap fasiliti berkenaan.Tegas beliau, kes tersebut bukan sekadar melibatkan individu tertentu, malah demi kepentingan awam."Apa yang kita mahukan sekarang adalah untuk masa depan supaya kakitangan dan pesakit selepas ini lebih selamat daripada pendedahan radiasi," katanya.Beliau turut menggesa pakar dan orang ramai yang mempunyai pengetahuan atau maklumat untuk tampil bagi membantu dalam kes tersebut.





Bekas juru X-ray dakwa hidap kanser kerana pelanggaran SOP radiasi di PPUM - Sinarharian - 17/04 4:56 pm

KUALA LUMPUR - Bekas juru X-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendakwa berlaku pelanggaran serius terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan radiasi di Unit Perubatan Nuklear hospital berkenaan.Nur Fauzia Abdul Razak, 35, berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan dalam kalangan kakitangan dan pesakit.Dia yang kini menderita penyakit kanser limfoma Hodgkin tahap empat mendakwa terpaksa dibersarakan awal kerana tidak lagi mampu bekerja serta masih menjalani rawatan kemoterapi."Setakat ini saya menjalani lebih 20 kitaran kemoterapi selepas disahkan menghidap kanser pada Mac 2023."Bahagian Kawalan Radiasi dan Perubatan (BKRP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penyakit yang saya hadapi ini berpunca daripada kesan pendedahan radiasi jangka panjang atau dikenali sebagai stochastic effect," katanya dalam satu sidang akhbar bersama peguamnya di sini pada Jumaat.Nur Fauzia mendakwa, selepas pemasangan mesin Positron Emission TomographyComputed Tomography (PET-CT) di Menara Selatan PPUM beberapa tahun lalu, statistik kakitangan yang jatuh sakit dengan penyakit berkaitan pendedahan radiasi menunjukkan peningkatan mendadak.Sehingga kini, katanya, seramai tiga kakitangan telah disahkan menghidap kanser paru-paru, kanser darah dan kanser payu dara."Selain itu, terdapat empat kakitangan lain disahkan menghidap penyakit tiroid





Factory supervisor charged with murder of nine-month-old boy - Sinardaily - 17/04 4:28 pm

KLANG - A factory supervisor was charged at the Magistrates Court here today with the murder of a nine-month-old boy earlier this month.Mohd Syahril Nazrul Ruslim, 37, is accused of causing the death of the infant at an apartment unit in Taman Bayu Perdana here at about 3.30pm on April 6.The charge was framed under Section 302 of the Penal Code, which carries the death penalty or imprisonment of up to 40 years and not less than 12 strokes of the cane if the death penalty is not imposed, upon conviction.No plea was recorded from the accused after the charge was read before Magistrate A





Bekas kakitangan akui Kluster Kanser di PPUM, isu keselamatan radiasi .. - Mgazette - 17/04 3:48 pm

# Bekas kakitangan akui Kluster Kanser di PPUM, isu keselamatan radiasi dipersoal KUALA LUMPUR Sekurang-kurangnya tiga kakitangan disahkan menghidap kanser paru-paru, darah dan payu dara manakala empat lagi mengalami masalah berkaitan tiroid akibat kemungkinan pendedahan radiasi yang berlaku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . Perkara itu didedahkan oleh bekas juru X-ray Unit Perubatan Nuklear PPUM, Nur Fauzia Abdul Razak, 35, yang kini menghidap kanser Hodgkins Lymphoma tahap empat





Zara inquest: WhatsApp chats, voice notes extracted from mobile phone as case exhibits - BorneoPost - 17/04 3:31 pm

KOTA KINABALU (April 17): The Coroner’s Court here has heard that WhatsApp chats and voice notes were extracted from a mobile phone tagged WF11, one of the exhibits in the case involving Zara Qairina Mahathir’s death. WF11 was among 15 mobile phones analysed by the Computer Crimes Investigation Unit





Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis dengar ibu suspek kata Alhamdulillah - Sinarharian - 17/04 2:45 pm

KUALA LUMPUR "Alhamdulillah, baguslah tu."Itu reaksi ibu kepada suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Rosna Jantan, yang mengorbankan dua anggota polis pada 17 Mei 2024.Pegawai Risikan dan Operasi D9, Unit Jenayah Siasatan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Asisten Superintenden (ASP) Cassidy Banta berkata, perkara itu didengari ketika serbuan dilakukan di kediaman wanita berkenaan di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram kira-kira jam 7 pagi pada hari kejadian.Menurutnya, Rosna, 62, yang juga warga Singapura, meluahkan kata-kata tersebut sejurus pihak polis memasuki rumahnya.Tambah beliau, suami kepada wanita itu, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, turut menyatakan kekesalan kerana tidak diajak bersama oleh anaknya."Dia (Radin Imran) berkata, saya cuma kesal kerana dia (penyerang) tidak mengajak saya ikut bersama," katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Perbicaraan hari keempat itu melibatkan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan yang dihadapi Rosna bersama empat ahli keluarganya.Cassidy yang ketika kejadian bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berkata, pasukan polis bertindak ke rumah berkenaan hasil semakan terhadap sebuah motosikal jenis Honda yang dipercayai digunakan suspek semasa serangan.Katanya, motosikal itu didaftarkan atas nama abang penyerang, Radin Romyullah Radin Imran, 36.Menurutnya, pasukan kemudian menuju ke alamat berkenaan yang dipercayai kediaman suspek, Radin Luqman Radin Imran, 21, yang maut ditembak di lokasi kejadian."Hasil pemeriksaan di rumah itu, kami menemui beberapa buku latihan tertera atas nama Radin Luqman dan ahli keluarga lain, termasuk buku berkaitan jihad."Pemeriksaan di bilik ketiga yang dijadikan stor turut menemukan beberapa senapang angin pelbagai saiz."Turut dirampas ialah beberapa batang paip PVC (polivinil klorida) yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan senapang angin," katanya.Beliau berkata, susulan itu, semua penghuni rumah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Mereka ialah Radin Imran dan Rosna serta tiga anak mereka, Radin Romyullah, Mariah, 20, dan Farhah Sobrina, 25.Dalam kejadian itu, dua konstabel, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 40 (kini Sarjan), cedera ditembak.Penyerang lelaki terbabit bagaimanapun ditembak mati di lokasi kejadian.Cassidy turut memberitahu, beliau antara anggota terawal tiba di tempat kejadian selepas menerima arahan pada jam 3.30 pagi.Katanya, semua anggota menunggu di luar pagar balai sebelum dibenarkan masuk selepas kehadiran pasukan taktikal."Sebaik masuk ke balai pada waktu subuh, saya melihat tiga mayat bergelimpangan."Satu mayat berpakaian seragam polis ditemui di parkir motosikal balai, manakala dua lagi di tepi pagar berhampiran kenderaan perisai polis," katanya.Mengikut pertuduhan, Radin Imran mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menyemai ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas serta memiliki senjata api dan bahan berkaitan kumpulan pengganas.Rosna pula didakwa atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan antara April 2017 hingga 17 Mei 2024 di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.Sementara itu, Radin Romyullah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.Farhah Sobrina dan Mariah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.Perbicaraan di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor, bersambung pada 27 April depan.





Inkues Zara Qairina: Tangkap layar perbualan di WhatsApp dipapar di mahkamah - Sinarharian - 17/04 2:11 pm

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Sebanyak 10 dokumen melibatkan tangkap layar perbualan dan rakaman suara daripada aplikasi WhatsApp berkaitan kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipaparkan di Mahkamah Koroner di sinipada Jumaat.Bagaimanapun, tiada sebarang pendedahan mengenai siapa pemilik telefon bimbit yang dianalisis oleh Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Asisten Superintenden Mohd Zaidi Abu Hassan sepanjang prosiding inkues kematian Zara Qairina itu.Dalam prosiding tersebut, saksi yang bertugas di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan perkara itu ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Sofia S Sawayan berhubung fail yang dianalisis daripada telefon bimbit bertanda WF11.Sebelum itu, saksi diminta menjelaskan kandungan dokumen pada muka surat 77 dalam folder WF11."Dokumen ini adalah hasil cetakan daripada analisis saya ke atas telefon bimbit WF11





Bekas juru X-ray dakwa berlaku pelanggaran prosedur keselamatan radiasi, .. - Hmetro - 17/04 12:18 am

Kuala Lumpur: Bekas juru X-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendakwa, berlaku pelanggaran serius prosedur keselamatan radiasi di Unit Perubatan Nuklear hospital berkenaan sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan kakitangan dan pesakit





[TERKINI] Semakan Temu Duga UPU Dibuka 19 April, Adik Lepasan SPM 2026/2027 Boleh ‘Check’ Senarai Institusi INI - Siraplimau - 17/04 10:31 am

Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu perkembangan permohonan UPUOnline, Semakan Panggilan Temu Duga Dan/Atau Ujian Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2026/2027 kini boleh dibuat bermula 19 April 2026 (Ahad). Makluman penting ini dikongsikan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Unit Kemasukan Universiti (UPU) yang memaklumkan bahawa calon yang memohon program tertentu yang […] The post [TERKINI] Semakan Temu Duga UPU Dibuka 19 April, Adik Lepasan SPM 2026/2027 Boleh Check Senarai Institusi INI first appeared on SirapLimau.com .





UMW Toyota Catat Jualan 5,814 Unit Mac - Careta - 17/04 7:27 am

Walaupun berdepan persaingan yang semakin sengit, UMWT masih mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif bukan nasional utama di Malaysia, dengan barisan produk yang seimbang dari segi praktikaliti, kecekapan dan nilai pemilikan jangka panjang





Buletin Ktm 390 Adventure R Bakal Lancar Di Malaysia Tidak Lama Lagi Read .. - Mekanika - 17/04 7:24 am

Perincian lain ditawarkan secara standard termasuk: * brek ByBre 2-piston depan dan satu piston belakang Menariknya, selain model 390 Adventure R, kami difahamkan bahawa 390 Enduro akan turut sama diperkenalkan disini. PROTON X70 SPORT EDITION 2026 DILANCARKAN - TERHAD 600 UNIT, HARGA MULA RM115K





Buletin Morbidelli T502x, T252x, F252 Dah Tiba Di Pengedar – Dari .. - Mekanika - 17/04 7:24 am

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk skrin TFT 5-inci, lampu LED penuh, slot USB A dan C serta tangki bahan api berkapasiti 15L. PROTON X70 SPORT EDITION 2026 DILANCARKAN - TERHAD 600 UNIT, HARGA MULA RM115K





Motosikal Benelli Trk 602 X Lancar Di Malaysia Mei Ini – 56hp, 54nm .. - Mekanika - 17/04 7:24 am

Penuruan tersebut dilakukan agar TRK 602 X ini dapat diakses dengan lebih mudah. Perubahan terbesar adalah di bahagian enjin dengan TRK 602 X bernadikan unit dua silinder (parallel-twin) 554cc dengan 270-degree crank sekaligus menghasilkan karakter seakan enjin V-Twin





Buletin Lebih Murah Dari Xiaomi Yu7, Kuasa 444hp, Ini Dia Nevo Q06! Read .. - Mekanika - 17/04 7:24 am

Kapasiti bateri masih belum diumumkan, namun ia disahkan menggunakan bateri jenis LFP hasil kerjasama dengan CATL. Selain itu, Changan turut merancang varian range-extender yang menggunakan enjin empat silinder 1.5 liter tanpa turbo dengan kuasa sekitar 97hp; unit yang turut digunakan pada beberapa model di bawah jenama Deepal





Buletin Dari Hibrid Ke Ev: Nissan Juke Baharu Kini Tampil Agresif, Lancar .. - Mekanika - 17/04 7:24 am

Ia direka untuk menarik kelompok pelanggan baharu, dengan gaya luar yang jauh lebih berani dan futuristik berbanding sebelum ini. Sejak dilancarkan pada 2010, Juke kekal sebagai salah satu model terlaris Nissan di Eropah dengan lebih 1.5 juta unit terjual, hanya di belakang Qashqai





Buletin Proton X70 Sport Edition 2026 Dilancarkan – Terhad 600 Unit, .. - Mekanika - 17/04 7:24 am

# PROTON X70 SPORT EDITION 2026 DILANCARKAN - TERHAD 600 UNIT, HARGA MULA RM115K **PROTON rasmi melancarkan PROTON X70 Sport Edition (SE), edisi khas bagi SUV segmen-C yang menampilkan penampilan lebih berani bersama sentuhan dalaman eksklusif.** Model ini dibangunkan berasaskan varian Premium dan dihadkan kepada hanya 600 unit, sekali gus menjadikannya pilihan lebih tersendiri untuk pelanggan yang mahukan gaya sporty



'TotalRecall Reloaded' Tool Finds a Side Entrance To Windows 11 Recall Database - Slashdot - 17/04 7:00 am

An anonymous reader quotes a report from Ars Technica: Two years ago, Microsoft launched its first wave of "Copilot+" Windows PCs with a handful of exclusive features that could take advantage of the neural processing unit (NPU) hardware being built into newer laptop processors





Warga asing buka 'kilang' minuman keras palsu - Sinarharian - 16/04 9:34 pm

KAJANG Rangkaian kegiatan pembuatan, penyimpanan serta pembungkusan minuman keras palsu sekitar Kajang dan Seremban berjaya ditumpaskan menerusi dua serbuan berasingan dalam Ops Taring Alpha 2 pada Rabu.Serbuan dijalankan Bahagian WCB/PSK, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman sekitar jam 3.30 petang dan 5.45 petang di dua lokasi berbeza di Negeri Sembilan dan Selangor.Komander Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi itu dilaksanakan hasil risikan bersepadu bersama beberapa agensi penguat kuasa.Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Kawasan Industri Tuanku Jaafar, Senawang, sebelum pasukan menyerbu lokasi kedua di Beranang, Kajang susulan maklumat yang diperoleh."Dalam serbuan pertama, lima warga asing ditahan membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita warga Nepal serta seorang lelaki warga Myanmar."Pemeriksaan lanjut menemukan 95 kotak minuman keras pelbagai jenama, 18 karton rokok tidak bercukai kastam serta enam kotak minyak masak bersubsidi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, serbuan kedua pula membawa kepada penahanan dua lagi lelaki warga asing, masing-masing warga Myanmar dan India."Kedua-dua suspek dipercayai sedang melakukan aktiviti pemindahan kotak berisi minuman keras disyaki tiruan ketika serbuan dijalankan."Turut dirampas sebanyak 69 kotak minuman keras pelbagai jenama selain 22 unit mesin dan peralatan pembungkusan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan produk terbabit," katanya.Mohd Zaki berkata, hasil semakan mendapati semua individu yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta lesen sah berkaitan pembuatan minuman keras.Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM221,514.75."Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957, Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 selain Akta Kawalan Bekalan 1961.Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Kajang untuk tindakan lanjut," katanya





‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah - Thempress - 16/04 8:44 pm

KOTA KINABALU – Dua unit pendrive berjenama SanDisk berwarna silver dan Kingston berwarna hitam serta seunit cakera padat (DVD) digunakan untuk menyimpan bahan bukti dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.…





Serah memorandum kepada Agong, Albert Tei desak tindakan terhadap Azam Baki - Mgazette - 16/04 8:14 pm

Katanya, keadaan itu menimbulkan syak wasangka dalam kalangan orang awam selain mencetuskan persepsi wujudnya layanan pilih kasih dalam siasatan. Pada 1 April lalu, Ketua Unit Siasatan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) Bukit Aman, Datuk Fazlisyam Abd Majid memaklumkan bahawa, kenyataan telah dirakam daripada 41 individu, namun tiada seorang pun daripada SPRM terlibat





Kereta hangus, 3 lelaki nyaris maut dalam nahas di Melaka - Mgazette - 16/04 8:14 pm

Menurutnya, operasi pemadaman berjaya dikawal pada pukul 1.36 pagi dan ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 2.13 pagi. "Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba dan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya





Ustaz Kazim masuk ICU, alami masalah jantung - Mgazette - 16/04 8:14 pm

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Datuk Kazim Elias dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, hari ini bagi mendapatkan rawatan





Zara Qairina inquest: Staggering 70GB of data extracted from 12 phones - Sinardaily - 16/04 8:12 pm

KOTA KINABALU - A staggering 96,656 pages of WhatsApp chats, extracted from just one mobile phone, were presented to the Coroner's Court today in the probe over Zara Qairina Mahathir's death.The pages are part of over 70 gigabytes (GB) of data obtained from 12 mobile phones that were successfully analysed, while three other devices could not be processed due to physical damage.The court heard that the analysis also covered social media content, videos, images and deleted material obtained through digital forensic examination of the devices.Royal Malaysia Police Computer Crime Investigation Unit digital analyst ASP Mohamad Zaidi Abu Hassan said the analysis revealed a massive volume of communication data."For the first 12 mobile phones, the data was so large that it had to be copied onto two pendrives," he said."For WF5 (one of the mobile phones), 15 types of data were recovered



Bullet Train Upgrade Brings 5G Windows, Noise-Cancelling Cabins To Japan - Slashdot - 16/04 7:00 pm

JR Central will connect the windows to an on-train Wi-Fi router. AGC says rival tech relies on 5G signals reaching a train and then bouncing around inside before reaching the Wi-Fi unit





Independent preacher Kazim Elias still weak, not yet able to receive visitors - Sinardaily - 16/04 6:12 pm

IPOH - The health condition of Datuk Mohammad Kazim Elias has been reported as stable and showing positive progress after receiving treatment in the Intensive Care Unit (ICU) at a private hospital here.However, the popular independent preacher, better known as Ustaz Kazim, remains weak and requires continued rest.His brother, Datuk Mohd Najmuddin said in a Facebook post on Thursday that if his condition continues to improve, he may be transferred to a general ward within the next one to two days.Upon detailed examination, there were other heart-related issues that required follow-up treatment later on.Today, he has started to speak although his voice is still weak and he also requested to be fed a little breakfast





Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu krisis tenaga global - Sinarharian - 16/04 6:06 pm

CYBERJAYA -Seorang individu akan didakwa di mahkamah manakala lima lagi dikenakan kompaun keseluruhan RM125,000 kerana menyebarkan berita palsu berkaitan krisis tenaga global.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima keputusan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes penyebaran maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api ekoran krisis di Asia Barat.Menurut MCMC, Jabatan Peguam Negara memutuskan satu kes didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, manakala lima kes lagi ditawarkan kompaun dan empat kes diberikan surat amaran."Susulan keputusan itu, MCMC telah mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terlibat dengan nilai RM25,000 setiap seorang."Kesemua tindakan ini adalah hasil siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," kata unit Komunikasi Korporat MCMC.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Dalam pada itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform digital secara bertanggungjawab serta tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.





Inkues Zara Qairina: Skrin tiga telefon bimbit retak, data tidak dapat dianalisis - Sinarharian - 16/04 3:57 pm

KOTA KINABALU - Tiga telefon bimbit yang diterima juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat dianalisis kerana mengalami keretakan pada skrin.Saksi ke-70 inkues kematian Zara Qairina Mahathir, Asisten Superintendan Mohd Zaidi Abu Hassan, 40, berkata, kerosakan fizikal pada peranti berkenaan menyebabkan proses analisis tidak dapat dijalankan."Telefon bimbit ini mengalami kerosakan pada skrin dansaya tidak dapat mengaksesnya," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Sofia S Sawayan semasa prosidingdi Mahkama Koroner di sini pada Khamis.Bagaimanapun, Mohd Zaidi menjelaskan data dalam telefon berkenaan masih boleh diperoleh menggunakan kaedah lain."Skrin perlu dibaiki atau ditukar, jadi kita dapatlah akses data tersebut," katanya.Beliau turut menegaskan data yang diperoleh daripada peranti asal adalah tepat dan tidak boleh dimanipulasi.Sementara itu, Mohd Zaidi turut diminta menjelaskan kenapa data yang dianalisis perlu dimasukkan ke tiga peranti yang berbeza iaitu pemacu kilat dan cakera padat."Untuk 11 telefon bimbit, data terlalu besar jadi terpaksa disalin kepada dua unit pemacu kilat




Reformasi     >>



Royal rumble: Negeri chieftains 'sack' ruler in .. - Mkini
Outcome likely to be determined by how a royal council interprets the state constitution.
Kroni     >>



Hadapi cabaran krisis tenaga global dengan tindakan .. - Utusan
KRISIS tenaga hari ini tidak lagi boleh dilihat sebagai isu teknikal semata mata, sebaliknya berkait rapat dengan dinamika geopolitik global, khususnya konflik di Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Perkembangan ini memberi kesan langsung terhadap harga minyak ..
Tabloid     >>



Naib Presiden AS Vance Akan Ke Pakistan Untuk .. - Siakapkeli
Naib Presiden AS Vance Akan Ke Pakistan Untuk Rundingan Iran - Pegawai Rumah Putih ISTANBUL, (Bernama-Anadolu) -- Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance akan melakukan lawatan ke Pakistan bagi rundingan berkaitan Iran
Tech     >>



The next Mac Studio and MacBook Pro releases could be .. - Engadget
Anyone looking to upgrade to the next Mac Studio or MacBook Pro might have to wait a little longer, thanks to the ongoing global memory shortage . As reported by Bloomberg 's Mark Gurman, "at least two of the company's upcoming machines ... could debut a little later than the company ..
World     >>



Oil prices rise as U.S.-Iran standoff continues in .. - Globalnews
President Donald Trump said an Iranian-flagged cargo ship had been fired upon and seized when it tried to get around the U.S. blockade.
Motor Trend     >>



Motosikal Keeway Rkr250 Akhirnya Tiba Di Pengedar .. - Mekanika
# KEEWAY RKR250 AKHIRNYA TIBA DI PENGEDAR - RM13,888 **Penantian motosikal jenis sportsbike 250cc dengan harga mampu milik akhirnya berakhir dengan ketibaan Keeway RKR250 di pusat pameran MForce Bike Holdings seluruh negara.** Selepas beberapa lama penantian sejak motosikal itu diumumkan awal ..