| /// |
|
| Search : Tumpat News | Page 1 |
|
Mangsa banjir 3 negeri cecah 2,054 orang - Mgazette - 23/11 3:19 pm Menurut laman web Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sehingga pukul 10 pagi, seramai 1,565 orang di Kelantan, 264 orang di Terengganu manakala 225 orang di Kedah. Kesemuanya berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) manakala daerah yang terjejas ialah Tumpat, Bachok dan Kota Bharu di Kelantan, Kuala Nerus di Terengganu dan Kulim di Kedah |
|
Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga... - Mgazette - 23/11 3:19 pm # Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga bencana dipertingkat KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat 8 malam ini. Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) |
|
MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan, tahap bahaya di .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm # MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan, tahap bahaya di Kelantan KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat sangat lebat berterusan melibatkan kawasan-kawasan tertentu di beberapa negeri antara 24 hingga 26 November. Di Kelantan, amaran hujan bahaya diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga 25 November ini |
|
Mum wades through flood to lead disabled son to safety in Tumpat - Malaymail - 23/11 3:05 pm TUMPAT, Nov 23 A 69-year-old mother had to wade through floodwaters about half a metre deep while holding the ha... |
|
Mangsa banjir di enam negeri terus meningkat, Kelantan paling tinggi - Sinarharian - 23/11 2:09 pm SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus merekodkan peningkatan kepada 5,053 orang dengan Kelantan mencatatkan jumlah paling tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 1.40 tengah hari Ahad.Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 4,421 mangsa daripada 1,702 keluarga dipindahkan di empat daerah di Kelantan berbanding 1,970 mangsa yang direkodkan pada jam 9.56 pagi.Ia membabitkan 2,273 orang di Tumpat, Kota Bharu (1,079), Bachok (975 orang) dan Pasir Puteh (tujuh orang).Mangsa ditempatkan di 22 PPS melibatkan 11 di Kota Bharu, Tumpat (enam), Bachok (empat) dan Pasir Puteh (sebuah).Mangsa banjir di Terengganu pula bertambah kepada 548 orang daripada 139 keluarga di dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Besut.Daripada jumlah itu, seramai 342 mangsa berlindung di sebuah PPS di Kuala Nerus manakala 213 mangsa pula ditempatkan di dua PPS di Besut.Di Kedah pula seramai 40 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah Kulim.Sementara itu, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing turut merekodkan pengaktifan dua dan sebuah PPS namun jumlah mangsa yang dipindahkan sedang dikemas kini.Terdahulu, lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.Kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, setakat jam 11 pagi Ahad, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. |
|
Banjir Kelantan: Mangsa terus meningkat, empat daerah terjejas - Harapandaily - 23/11 2:07 pm Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,591 orang sehingga jam 2 petang ini, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Semua mangsa banjir membabitkan 1,741 keluarga kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pasir Puteh merekodkan daerah terbaharu dilanda banjir selepas Bachok, Kota Bharu dan Tumpat |
|
JPN Daerah Bachok, Tumpat tutup operasi akibat banjir - Sinarharian - 23/11 12:22 am KOTA BHARU - Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bachok dan Tumpat terpaksa menutup operasinya pada Ahad.Tindakan itu susulan rumah kakitangan agensi itu ditenggelami banjir menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas.Pengarah Jabatan Pendaftaran negeri, Halimatusaadiah Ramli berkata, operasi di kedua-dua pejabat itu ditutup pada Ahad sahaja."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, operasi di kedua-dua pejabat itu terpaksa ditutup selepas laluan masuk ke pejabat tersebut turut dinaiki air.Halimatusaadiah berkata, orang ramai diminta mengunjungi Pejabat JPN berdekatan atau menghubungi talian 09-7441717 atau 09-7482793. |
|
Lima daerah di Kelantan diramal hujan lebat tahap bahaya hingga Selasa - Sinarharian - 23/11 12:13 am SHAH ALAM - Lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat 11 pagi ini, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh."Amaran hujan lebat berterusan (tahap buruk) pula membabitkan Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta Hulu Perak (Perak)."Selain itu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu), juga hingga Selasa ini (25 November)," katanya pada Ahad.Bagi amaran hujan berterusan (tahap waspada), MetMalaysia turut memaklumkan daerah yang terkesan hingga 24 November (Isnin) ialah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah); Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim."Untuk amaran tahap waspada hingga 26 November (Rabu) pula melibatkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu."Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan platform media sosial rasmi kami."Talian 'hotline' MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujar kenyataan itu lagi. |
|
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan, Kelantan Dijangka Paling Teruk Terjejas - Lobakmerah - 23/11 12:07 am Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa daerah di Kelantan, dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga Selasa, 25 November 2025. Amaran itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh |
|
'Kami tak dapat pergi kerja, beli barang dapur' - Sinarharian - 23/11 10:49 am KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,717 orang setakat pagi Ahad melibatkan 688 keluarga yang kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga jajahan.Jajahan terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu dan Bachok dengan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 700 orang, diikuti Bachok (584) dan Kota Bharu (433).Tinjauan Sinar Harian pada Ahad sekitar jam 10 pagi di sini, mendapati situasi banjir yang semakin memburuk turut menjejaskan urusan harian penduduk termasuk ke tempat kerja dan membeli barang keperluan.Nik Hasmayati Abu Seman, 48, dari Melor berkata, dia terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kota Bharu selepas laluan di Kampung Seribong di sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter."Semalam (Sabtu) sekitar jam 4 petang, laluan di sini masih boleh dilalui |
|
MTL: Kedah negeri terbaharu dilanda banjir - Sinarharian - 23/11 10:10 am KUALA LUMPUR - Kedah menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir, selepas Kelantan dan Terengganu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah negeri itu sebanyak 2,112 mangsa pagi ini.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 225 mangsa daripada 66 keluarga dari daerah Kulim ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Surau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Naga Lilit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik."Mukim yang terlibat ialah Sungai Seluang dan mangsa adalah dari Kampung Siam, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Paya Serdang, Kampung Titi Tok Aris dan Kampung Padang Cina," menurut kenyataan itu hari ini.Sementara itu, mangsa banjir di KELANTAN mencatat peningkatan kepada 1,623 orang pagi ini berbanding 1,170 orang malam tadi melibatkan tiga jajahan yang terjejas susulan hujan lebat berterusan tahap waspada sejak Jumaat lepas.Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan ekoran itu, 12 PPS kini beroperasi di Kota Bharu, Tumpat dan Bachok.PPS yang terlibat di Kota Bharu ialah SK Sering, SK Raja Sakti, SK Tapang, SK Parang Puting, SK Islah, SK Seribong, dan SK Sabak, manakala di Tumpat melibatkan SK Seri Tumpat 2 dan SK Pengkalan Kubor 2, selain tiga PPS di Bachok, iaitu SK Sembilan Pauh, SK Jelawat dan SK Pa'Pura.Di TERENGGANU, situasi banjir menunjukkan sedikit penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berbanding malam tadi.Menurut laman web info bencana JKM, sebanyak 264 mangsa daripada 87 keluarga dari Kampung Baru, Pulau Redang masih berlindung di PPS Masjid Kampung Pulau Redang di Kuala Nerus berbanding 276 mangsa malam tadi.Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di tujuh negeri setakat 1 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perak membabitkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub).Turut terlibat ialah kawasan Sabak Bernam dan Hulu Selangor di Selangor; Port Dickson, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak dan Muar di Johor, serta Melaka.Amaran itu turut melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah.- Bernama |
|
Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000 orang - Sinarharian - 22/11 10:59 pm KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat jam 8 malam ini.Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).PPS di Kota Bharu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, SK Parang Puting dan SK Sering; SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Seri Tumpat 2 di Tumpat manakala SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat di Bachok.Tinjauan Bernama di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini malam ini mendapati sebahagian laluan utama di kawasan kampus telah dinaiki air hingga paras lutut.Selain itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima lembangan sungai utama di negeri itu berisiko berdepan peningkatan paras air sekiranya hujan lebat berterusan.Ia melibatkan Jajahan Pasir Mas iaitu Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan), Pasir Puteh - Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak dan Sungai Buaya Ikat), Kota Bharu - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kemasin dan Sungai Kelantan)."Bachok iaitu Lembangan Sungai Semerak (Sungai Kemasin dan Sungai Semerak), Kuala Krai - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Lebir) dan Tumpat - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Golok dan Sungai Kelantan)," menurut kenyataan itu.Sementara di TERENGGANU, situasi banjir gelombang pertama di negeri itu tidak berubah sejak petang tadi dengan jumlah mangsa kekal 276 orang berlindung di PPS Masjid Kampung, Pulau Redang.Di KUALA LUMPUR, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan operasi bencana yang mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan.Arahan itu dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada yang melibatkan enam negeri, dengan tumpuan terhadap kawasan berisiko tinggi.Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 November.Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama, manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu hingga 26 November |
|
Mangsa banjir di Bachok meningkat kepada 148 orang petang ini - Sinarharian - 22/11 6:10 pm KOTA BHARU - Mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga, petang ini.Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, Tawang dan SK Jelawat."Dua PPS tambahan turut dibuka iaitu di SK Tapang di Kota Bharu dan SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, namun setakat ini belum menempatkan sebarang mangsa banjir," menurut InfoBencana JKM.Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini |
|
Hujan berterusan: Kelantan berisiko alami banjir hingga 21 November - Mgazette - 19/11 3:09 pm Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, JPS memaklumkan bahawa sembilan jajahan dikenal pasti berisiko terjejas, melibatkan kawasan lembangan sungai utama di negeri tersebut. Antara jajahan terbabit ialah Tumpat yang melibatkan Lembangan Sungai Golok, Lembangan Sungai Kelantan dan Lembangan Sungai Pengkalan Nangka; Pasir Mas (Lembangan Sungai Golok dan Lembangan Sungai Kelantan); serta Kota Bharu yang meliputi Lembangan Sungai Kelantan, Pengkalan Datu, Kemasin dan Pengkalan Chepa |
|
Abuya didenda mengajar, selia guru agama tanpa kebenaran - Kosmo - 19/11 2:44 pm TUMPAT – Seorang mudir madrasah yang dikenali sebagai Abuya didenda RM1,950 oleh Mahkamah Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengajar dan mengola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran |
|
Abuya mengaku bersalah dua pertuduhan, didenda RM1,950 - Sinarharian - 19/11 2:06 pm TUMPAT - Seorang mudir madrasah dikenali sebagai Abuya mengaku bersalah dan didenda RM1,950 oleh Mahkamah Syariah di sini pada Rabu atas dua pertuduhan iaitu mengajar tanpa kebenaran dan mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran.Tertuduh, Mohamad Aswadi Yah, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Dr Wan Azmin Wan Adnan.Mengikut pertuduhan, Abuya yang merupakan pengusaha dan mudir Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kubang Batang di sini didakwa menyampaikan sesuatu perkara berkaitan agama tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pondok berkenaan beroperasi tanpa permit.Beliau didakwa mengikut Seksyen 117 Enakmen MAIK Bilangan 4 Tahun 1994 iaitu mengajar tanpa kebenaran serta Seksyen 118 Enakmen MAIK Bilangan 4 Tahun 1994 iaitu mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie manakala tertuduh tidak diwakili peguam. |
|
Caj kenderaan, bukan tol di Jalan Genting Highlands - Ahmad Maslan - Sinarharian - 17/11 5:38 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berpandangan bayaran yang dikenakan di Jalan Genting Highlands bukan tol, sebaliknya caj kenderaan bagi laluan persendirian milik pengendali di kawasan peranginan itu.Beliau berkata, penggunaan istilah tepat penting bagi mengelakkan kekeliruan, memandangkan negara sudah mempunyai 33 konsesi tol di lebuh raya sedia ada.Ahmad turut berpandangan, caj kenderaan itu hanya wajar dikenakan kepada pengunjung yang menggunakan laluan berkenaan bagi tujuan rekreasi, pekerja dan pemilik tanah serta premis di kawasan berkenaan tidak dikenakan caj."Apakah kesan caj kenderaan itu kepada pihak Genting Highlands? Saya kira jika mereka meletakkan harga yang tinggi, kuranglah pelancong datang ke tempat itu. Itu risiko yang perlu mereka ambil."Pelancong akan pergi ke tempat lain yang tidak ada caj ataupun yang bukan jalan persendirian dan pada pandangan saya secara peribadi, pekerja tidak perlulah dikenakan caj," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.Menjawab celahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang bertanyakan sama ada terdapat akta atau undang-undang khusus berkenaan caj kenderaan yang melalui jalan persendirian, Ahmad berkata, tanah dan jalan yang dibina di atasnya tertakluk kepada kerajaan negeri."Jika ada peraturan tertentu, saya kira tentunya peraturan itu melibatkan majlis perbandaran yang berkaitan |
|
Infrastruktur kerja raya di Tumpat dibangkit di Dewan Rakyat - Harakahdaily - 17/11 3:26 pm TUMPAT: Isu kejuruteraan, keselamatan jalan raya dan pembangunan infrastruktur menjadi fokus utama Ahli Parlimen Tumpat, Dato Mumtaz Md Nawi ketika membahaskan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini |
|
Perkeso handles 1,238 Return To Work cases since 2024, 827 successfully .. - Malaymail - 16/11 5:18 pm TUMPAT, Nov 16 The Social Security Organisation (PERKESO) has handled 1,238 Return To Work (RTW) motivation case... |
|
Amaran hujan lebat, ribut petir di 11 negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 14/11 4:01 pm SHAH ALAM Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini, melibatkan 11 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.Menurut MetMalaysia, negeri-negeri yang terlibat termasuk Perlis dan Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.Di Perak, amaran merangkumi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar, manakala di Kelantan, kawasan yang terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.Untuk Pahang, ribut petir dijangka berlaku di Pekan, sementara di Selangor, kawasan terlibat termasuk Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.Di Negeri Sembilan, amaran tersebut melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor, kawasan dijangka terkesan ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru |
|
PDRM mula sesi uji pandu kenderaan perisai Armoured Personnel Carrier - Careta - 14/11 7:57 am Konvoi disertai lima unit pacuan empat roda Toyota Hilux Robus dan dua kenderaan Proton X70 itu tiba di Markas Kompeni Taktikal (Martek) Pengkalan Kubor, di Tumpat, pada Khamis, dan disambut pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju |
|
Dua lelaki ditahan miliki dadah, air ketum - Mgazette - 12/11 3:36 pm KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga tempatan dicekup Pasukan Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana disyaki penagih dadah dalam Operasi Taring Wawasan Kelantan di Jalan Kampung Padang Mandol, Tumpat malam tadi |
|
Rakyat susoh ni Penduduk Kelantan pasang kain rentang protes air tak ada - Wrlr - 12/11 11:35 am SITI NUR ZAWANI November 12, 2025 Beberapa kain rentang berbaur protes terhadap masalah gangguan bekalan air di Kelantan ditemui dipasang di sekitar Kampung Pak Keral, Tumpat |
|
“Rakyat susoh ni…” – Penduduk Kelantan pasang kain rentang protes air tak ada - Harapandaily - 12/11 11:06 am Beberapa kain rentang berbaur protes terhadap masalah gangguan bekalan air di Kelantan ditemui dipasang di sekitar Kampung Pak Keral, Tumpat |
|
Putus air, penduduk gantung kain rentang - Utusan - 11/11 7:45 am TUMPAT: Penduduk Kampung Pak Keral di sini sekali lagi mengamuk dengan bertindak menggantung kain rentang sebagai tanda protes selepas berdepan gangguan bekalan air yang semakin buruk |
|
Sumbat 26 PATI Myanmar dalam sebuah rumah - Sinarharian - 11/11 7:41 am TUMPAT Tindakan sindiket penyeludupan migran menyumbat 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah rumah di Kampung Kok Pasir di sini pada Sabtu.Serbuan terhadap PATI warganegara Myanmar itu dilakukan kira-kira jam 6 petang menerusi Op Taring Wawasan.Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat 15 lelaki dan 11 wanita berada di dalam dan luar rumah berkenaan."Lima daripada mereka menyerahkan pasport Myanmar, manakala 21 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Menurut beliau, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut.Ujarnya, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. |
|
Enam negeri diramal hujan lebat, ribut petir - Sinarharian - 8/11 6:24 pm SHAH ALAM - Enam negeri diramal berdepan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 8 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat ialah Kedah di daerah Yan, Pendang dan Kuala Muda manakala Perak di Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar."Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) manakala Terengganu (Besut dan Setiu) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi)."Di Sarawak pula negeri yang dijangka mengalami hujan lebat ialah Kapit," kata MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Laporan cuaca itu dikeluarkan MetMalaysia pada jam 5.45 petang tadi.Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. |
|
Syafiq kembali bersekolah minggu depan tapi tetap jaja telur puyuh rebus .. - Hmetro - 8/11 10:47 am Tumpat: Alhamdulillah, Syafiq akan kembali bersekolah minggu depan tapi dia tetap mahu menjaja telur puyuh rebus untuk sara keluarga, kata Salama Muda |
|
MetMalaysia keluar nasihat ribut Lekukan Tropika - Sinarharian - 7/11 10:24 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan nasihat berkaitan ribut Lekukan Tropika (KALMAEGI) yang dikesan pada 8 pagi ini di latitut 14.0 utara dan longitud 105.0 timur kira-kira 121 kilometer (km) ke arah barat laut Stung Treng, Kemboja.Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 62 km/j.Jarak KALMAEGI dari bandar terdekat adalah kira-kira 920 km ke timur laut Tumpat, Kelantan.Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan |
|
Pasar Cabang Empat Tok Mek Ngah bakal dibangunkan - Harakahdaily - 6/11 3:03 pm KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan melalui Majlis Daerah Tumpat (MDT) merancang untuk membangunkan semula Pasar Cabang Empat Tok Mek Ngah bagi menempatkan pasar lama ke kawasan baharu yang lebih tersusun dan strategik |
|
Wujudkan sokongan kurangkan kos pembantu rumah - Harakahdaily - 3/11 11:31 pm KUALA LUMPUR: Isu kos tinggi untuk mendapatkan pembantu rumah bagi membantu wanita bekerja dibangkitkan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) ketika mencelah sesi penggulungan perbahasan Bajet 2026 peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Rakyat petang ini |
|
Kedaulatan Digital: Gobind dilihat enggan jawab - Harakahdaily - 3/11 12:20 am KUALA LUMPUR: Isu kedaulatan digital kembali menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini apabila Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat), mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berhubung implikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) MalaysiaAmerika Syarikat terhadap industri digital negara |
|
PGA tingkatkan kawalan keselamatan sempadan Malaysia- Thailand - Mgazette - 3/11 7:37 am # PGA tingkatkan kawalan keselamatan sempadan Malaysia- Thailand TUMPAT - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingatkan kawalan keselamatan dan pemeriksaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan terbaharu di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand yang mengorbankan seorang lelaki rakyat Malaysia |
|
Malaysia heightens Thai border security after fatal Sungai Golok shooting - Malaymail - 2/11 3:10 pm TUMPAT, Nov 2 The General Operations Force (GOF) Southeast Brigade has stepped up security and tightened inspect... |
|
GOF steps up border security following Sungai Golok shooting - Star - 2/11 2:58 pm TUMPAT: The General Operations Force (GOF) Southeast Brigade has stepped up security and tightened inspections along the Malaysia-Thailand border following the recent shooting incident in Sungai Golok, Narathiwat, which claimed the life of a Malaysian man |
|
PGA tahan 203 PATI guna laluan tidak sah - Sinarharian - 2/11 1:49 pm TUMPAT - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 203 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara yang masuk ke Malaysia menggunakan laluan tidak sah sepanjang tempoh Januari hingga 1 November.Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, daripada jumlah itu, 156 merupakan lelaki manakala selebihnya wanita."Myanmar menjadi PATI paling ramai ditahan iaitu seramai 131 orang, diikuti Bangladesh (32), Indonesia (15), Pakistan (15), India (6) serta Thailand dan Nepal masing-masing dua orang," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Markas Kompeni Taktikal (Martek), Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, seramai 33 tekong darat turut ditahan selepas didapati menjadi dalang penyeludupan PATI.Ujarnya, mereka terdiri daripada warganegara tempatan paling ramai ditahan iaitu seramai 18 orang, diikuti Pakistan (5), Myanmar (5) serta selebihnya warga India, Bangladesh, China dan Thailand. |
|
Construction worker charged with murder of wife’s cousin in Tumpat Construction worker charged with murder of wife’s cousin in Tumpat - SUN - 31/10 7:56 am |
|
Buruh binaan didakwa bunuh sepupu isteri - Mgazette - 31/10 7:51 am TUMPAT - Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh sepupu kepada isterinya di sini pada Jumaat lepas |
|
Construction worker charged with murder of wifes cousin in Tumpat, pleads .. - Malaymail - 30/10 7:39 pm TUMPAT, Oct 30 A construction worker was charged in the Magistrates Court here today in connection with t... |
|
Hamizi didakwa tetak sepupu hingga maut - Sinarharian - 30/10 11:28 am TUMPAT - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh sepupu isterinya hingga maut dengan kaki kanan serta tangan kiri terputus akibat ditetak.Tertuduh, Hamizi Hamzah, 45 didakwa di hadapan Majistret, Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada buruh binaan berkenaan.Tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Mohd Shuhairi Hasim, 46, di Kampung Kok Bedullah di sini pada jam 11.20 malam, Jumaat lalu.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Kes ditetapkan pada 28 Januari tahun depan untuk sebutan semula.Di mahkamah sama, tertuduh juga didakwa atas kesalahan menggunakan dadah jenis methamphetamine di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan pada Sabtu lalu.Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan tersebut dan kes ditetapkan pada tarikh sama bagi laporan patologi serta kimia.Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa yang juga bapa tunggal serta bekerja sebagai pemandu jentolak, maut selepas dipercayai ditetak bertubi-tubi dengan parang di beberapa bahagian badan termasuk kepala.Siasatan awal polis mendapati punca kejadian berpunca daripada dendam lama berkaitan isu tanah pusaka, selain berang kerana video anak disunting dalam keadaan tidak senonoh dan ditularkan. |
|
Nine-month-old baby killed in four-car collision in Setiu - Sinardaily - 30/10 10:55 am BANDAR PERMAISURI - A nine-month-old baby girl was killed in a four-car collision at Kilometre 79 of Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, near Kampung Bukit Grebar, yesterday.Setiu district police chief Supt Mohd Zain Mat Dris said the victim, Nur Athiya Inara Isnorizal, succumbed to head injuries while receiving treatment at Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu at 8.09pm yesterday.According to him, police were alerted to the crash involving four vehicles - two Honda Accord cars and two Perodua Axia cars - at about 10.27am."The victim was sitting with her mother, Nur Azzahra Manaf, 25, in the front passenger seat when the Perodua Axia driven by her father, Isnorizal Ismail, 25, was involved in the accident."The victims father sustained an injury to his left leg, while her mother suffered swelling on her lip and left hand. The drivers and passengers of the other three vehicles escaped unhurt," he said in a statement today.Mohd Zain said the incident was believed to have occurred when the car driven by the victims father, travelling from Kuala Terengganu to Tumpat, Kelantan, went out of control and crashed into the rear of another Perodua Axia that had stopped to make a right turn."Following the collision, both Perodua Axia cars spun and were hit by a Honda Accord coming from the opposite direction, which then lost control and crashed into another Honda Accord parked by the roadside."The injured victims were taken to Setiu Hospital for treatment, he said, adding that the case was being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987 |
|
Bayi sembilan bulan maut nahas empat kenderaan - Sinarharian - 30/10 8:20 am SETIU Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 79, Jalan Kuala TerengganuKota Bharu berhampiran Kampung Bukit Grebar di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.27 pagi itu, mangsa, Nur Athiya Inara Isnorizal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu akibat kecederaan parah di kepala.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Axia dipandu bapa mangsa, Isnorizal Ismail, 25, dari arah Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah Perodua Axia lain yang sedang berhenti untuk membelok ke kanan."Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan berpusing dan dilanggar pula oleh sebuah Honda Accord dari arah bertentangan."Kenderaan Honda Accord berkenaan kemudian terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebuah lagi Honda Accord yang diletakkan di bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Zain berkata, mangsa bersama bapanya dan ibunya, Nur Azzahra Manaf, 25, yang turut mengalami kecederaan ringan, dikejarkan ke Hospital Setiu sebelum bayi berkenaan dipindahkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, bayi tersebut disahkan meninggal dunia jam 8.09 malam ketika dirawat di zon kecemasan HSNZ."Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.Beliau berkata, bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan otak teruk (Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischaemic Encephalopathy).Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Cadang silibus khas ke arah atasi konflik rumah tangga - Harakahdaily - 29/10 1:23 pm KUALA LUMPUR: Dato Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan satu silibus khusus dikenali sebagai Pendidikan Hakam Keluarga bagi membendung peningkatan kes perceraian dan konflik rumah tangga dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini |
|
Cadang wujudkan Peguam Negara Syariah – Mumtaz - Harakahdaily - 29/10 12:08 am KUALA LUMPUR: Dato Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penstrukturan semula kedudukan undang-undang Syariah di Malaysia melalui penubuhan Peguam Negara Syariah dan Pendakwa Raya Syariah Negara |
|
Hilang di Tumpat, nelayan ditemukan selamat di Bachok - Sinarharian - 28/10 9:24 pm TUMPAT - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pantai Haji Nik Mat di sini ditemukan selamat berhampiran muara Pantai Senok, Bachok pada Selasa.Mangsa, Isa Ismail, 67, ditemukan pada jam 10.30 pagi.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa, Mohd Zainudin Ismail berhubung kehilangan ayahnya selepas keluar menangkap ikan di perairan Pulau Pantai Haji Nik Mat, Palekbang pada Isnin."Warga emas berkenaan dilaporkan telah keluar menangkap ikan pada jam 7.30 pagi."Mangsa menghubungi anaknya dan memaklumkan bahawa enjin bot miliknya tidak dapat dihidupkan," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, mangsa bagaimanaun telah terputus hubungan pada jam 6 petang dengan lokasi terakhir dikenal pasti di sekitar Pantai Senok.Ujarnya, susulan itu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan serta Pasukan Polis Marin di sekitar perairan Tumpat hingga Bachok.Mohd Khairi memberitahu, mangsa kemudian telah ditemukan selamat pada jam 10.30 pagi berhampiran Muara Pantai Senok."Mangsa menzahirkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat dan komuniti setempat atas kerjasama yang diberikan dalam misi pencarian tersebut," katanya. |
|
223 pangkalan haram di Sungai Golok diroboh secara berperingkat - Sinarharian - 28/10 12:34 am RANTAU PANJANG - Aktiviti perobohan kesemua 223 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Jeli dimulakan pada Selasa.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perobohan tersebut dijangka mengambil masa dua bulan dan akan dilakukan secara berperingkat."Hari ini adalah hari sebenar di mana projek rintis yang dijanjikan selama ini dilaksanakan."Kita mulakan dengan perobohan pangkalan haram Gergaji dan MCA," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.Sebelum itu, beliau turun padang meninjau kerja-kerja perobohan di Pangkalan Haram Gergaji di sini.Hadir sama ialah Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, Nik Raisnan Daud.Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan 223 pangkalan haram itu, 216 binaan berada di atas tanah kerajaan manakala tujuh lagi di atas tanah persendirian.Beliau berharap agar penduduk di kawasan sempadan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan operasi berjalan lancar.Mohd Yusoff memberitahu, tindakan ini merupakan usaha kerajaan dalam membendung aktiviti jenayah rentas sempadan."Saya telah bercakap hampir setahun mengenai perkara ini, dan masyarakat kini sudah memahami bahawa tujuan sebenar kerajaan merobohkan pangkalan haram adalah untuk menangani jenayah rentas sempadan," katanya.Mengulas lanjut, beliau percaya pihak berkuasa di Thailand sudah mengetahui mengenai pelaksanaan kerja-kerja merobohkan pangkalan haram tersebut. |
|
Naik taraf tingkat kemudahan rekreasi untuk rakyat - Harakahdaily - 26/10 10:40 am TUMPAT: Projek naik taraf Taman Puteri Saadong yang diurus Majlis Daerah Tumpat menelan kos RM500,000 merupakan antara usaha penting majlis tersebut dalam menyediakan kemudahan riadah kepada penduduk setempat |
|
Dendam lama, tularkan video aib anak dipercayai punca kejadian tetak di .. - Hmetro - 25/10 9:18 pm Tumpat: Dendam lama akibat isu tanah pusaka dipercayai punca kejadian pemandu jengkaut ditetak hingga maut di Kampung Kok Bedullah, di sini, malam tadi |
|
Dendam isu tanah pusaka, video tular punca kes tetak sepupu hingga maut - Polis - Sinarharian - 25/10 9:04 pm KOTA BHARU Dendam lama berkaitan isu tanah pusaka dan video tular anak suspek yang disunting dalam keadaan tidak senonoh dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut ditetak dalam kejadian di Kampung Kok Bedullah, Tumpat pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 11.20 malam melalui Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Kelantan serta panggilan MERS999 yang dibuat oleh orang awam.Menurut beliau, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bergegas ke lokasi dan menemui mangsa, Mohd Suhairi Hasim, 46, bapa kepada dua orang anak yang merupakan pemandu jengkaut dalam keadaan tidak sedarkan diri di hadapan rumahnya."Pemeriksaan awal mendapati mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan parah pada bahagian kepala, kaki kanan serta tangan kiri yang putus dipercayai akibat ditetak menggunakan parang panjang."Hasil risikan dan tindakan pantas pasukan polis di lokasi kejadian berjaya menahan suspek, seorang lelaki yang berusia 45 tahun di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Ujar beliau, turut dirampas sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan lelaki terbabit semasa kejadian.Mohd Khairi memberitahu, suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi talian 09-7257222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat atau video yang tidak sahih berkaitan kes ini bagi mengelak gangguan kepada siasatan," katanya.Sinar Harian Online melaporkan seorang bapa tunggal maut selepas dipercayai ditetak bertubi-tubi di beberapa bahagian sehingga menyebabkan tangan kiri dan kaki kanan putus dalam kejadian di Kampung Kok Bedollah pada Jumaat.Mohd Suhairi ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 malam oleh ibunya, Wan Salma Wan Said, 68 |
|
Man allegedly slashed to death by cousin in Tumpat, suspect in custody - Malaymail - 25/10 4:45 pm TUMPAT, Oct 25 A 46-year-old local man is believed to have been fatally slashed by his cousin in an incident at... |
|
Hujan lebat, ribut petir dijangka landa enam negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 25/10 4:33 pm KUALA LUMPUR - Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah hingga 6 petang ini.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 3.05 petang ini, kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah; di Terengganau (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu) manakala di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.Di Sarawak membabitkan kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).Kawasan di Sabah yang terlibat adalah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu |
|
'ALLAH... ALLAH...' - Jeritan terakhir Mohd Suhairi - Sinarharian - 25/10 3:39 pm TUMPAT "Tiba-tiba saya terdengar teriakan kuat daripada Mohd Suhairi yang menyebut ALLAH.. |
|
Kes tetak di Tumpat: Ibu dengar suara anak mengerang kesakitan - Hmetro - 25/10 1:36 pm Tumpat: Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah, kata ibu mangsa tetak yang meninggal dunia akibat ditetak, Wan Salma Wan Said |
|
Kes bunuh sepupu: Aku buat anak kamu begini kerana dia telah tularkan anak aku' - Sinarharian - 25/10 12:32 am TUMPAT "Aku buat anak kamu begini kerana dia telah tularkan anak aku." Itu kata-kata yang masih terngiang di telinga seorang ibu warga emas selepas menyaksikan anak lelakinya maut ditetak bertubi-tubi oleh sepupu sendiri dalam kejadian tragis di Kampung Kok Bedollah di sini, malam Jumaat.Mangsa, Mohd Suhairi Hasim, 46, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan bapa kepada dua anak, ditemukan berlumuran darah kira-kira jam 11 malam oleh ibunya, Wan Salma Wan Said, 68.Menceritakan detik ngeri itu, Wan Salma berkata, dia sedang bersiap untuk tidur apabila terdengar jeritan kuat anaknya dari luar rumah."Saya dengar dia menjerit ALLAH.. |
|
Suspek tetak positif dadah direman tujuh hari - Sinarharian - 25/10 12:10 am PASIR MAS - Seorang lelaki direman tujuh hari bermula Sabtu di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki yang dipercayai ditetak bertubi-tubi sehingga maut dalam kejadian di Kampung Kok Bedollah, Tumpat pada Jumaat.Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Sementara itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie ketika dihubungi berkata, saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek yang berusia 45 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine."Suspek dikatakan bekerja sendiri dan mempunyai hubungan keluarga dengan mangsa |
|
Lelaki maut ditetak bertubi-tubi, tangan dan kaki putus - Sinarharian - 25/10 11:39 am TUMPAT - Seorang bapa tunggal maut selepas dipercayai ditetak bertubi-tubi di beberapa bahagian badan sehingga menyebabkan tangan kiri dan kaki kanan putus dalam kejadian di Kampung Kok Bedollah di sini pada Jumaat.Mangsa, Mohd Suhairi Hasim, 46, bapa kepada dua orang anak yang bekerja sebagai pemandu jengkaut, ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 malam oleh ibunya, Wan Salma Wan Said, 68.Wan Salma berkata, semasa kejadian dia berada di dalam rumah dan sedang bersiap untuk tidur."Tiba-tiba saya terdengar teriakan kuat daripada Mohd Suhairi yang menyebut ALLAH.. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |