| /// |
|
| Search : Tok Mat News | Page 1 |
|
PRU-16 tak diadakan tahun ini, itu hanya pandangan peribadi Tok Mat .. - Mygazette - 26/07 1:37 pm # PRU-16 tak diadakan tahun ini, itu hanya pandangan peribadi Tok Mat - Fahmi JEMPOL Kerajaan menafikan dakwaan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) mungkin diadakan lebih awal seperti dinyatakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan |
|
Rakyat nilai prestasi bukan sekadar nama - Sinarharian - 26/07 8:30 am SETIAP kali pilihan raya berlangsung, pengundi lazimnya ditawarkan dengan pelbagai slogan, janji dan manifesto, namun rekod kepimpinan seseorang calon dilihat kekal menjadi ukuran paling utama sebelum pengundi membuat pilihan.Dalam demokrasi yang semakin matang, kecenderungan pengundi juga dilihat semakin beralih daripada menilai populariti individu kepada prestasi sebenar sepanjang memegang amanah sebagai wakil rakyat atau pentadbir.Rekod pentadbiran, pencapaian pembangunan, keupayaan menarik pelaburan, penyelesaian isu rakyat serta tahap integriti ketika ini dianggap antara penanda aras utama yang sukar dipisahkan daripada penilaian pengundi.Dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos ini, perhatian tertumpu kepada tiga tokoh utama iaitu penyandang Menteri Besar dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun yang bertanding di kerusi DUN Linggi; Datuk Seri Jalaluddin Alias dari Barisan Nasional (BN) yang bersaing di DUN Pertang dan Datuk Seri Mohamad Hasan, juga dari BN yang bertanding mempertahankan DUN Rantau.Ketiga-tiga nama besar ini boleh dinilai daripada aspek perkhidmatan kepada rakyat, pembangunan kawasan, keupayaan mentadbir, integriti serta keberanian membuat keputusan.Penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, pengalaman seseorang pemimpin ketika memegang jawatan menjadi petunjuk paling jelas terhadap keupayaannya mentadbir apabila diberi mandat.Beliau berkata, rekod pentadbiran yang boleh dinilai berdasarkan pencapaian sebenar lebih penting berbanding persepsi kerana ia membuktikan kemampuan seseorang pemimpin mengurus kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat.Sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sejak 2018 atau The Statesman, Aminuddin dilihat membawa pengalaman pentadbiran yang telah diuji ketika negeri berdepan pelbagai cabaran terutama ketika pandemik Covid-19, pemulihan ekonomi dan usaha menarik pelaburan baharu.Ariff Aizuddin menegaskan, tidak timbul keraguan terhadap sumbangan Aminuddin sepanjang memimpin negeri kerana rekod pentadbirannya menjadi antara faktor beliau terus diberi kepercayaan menerajui kerajaan.Ketika Covid-19 juga, kerajaan Negeri Sembilan turut melancarkan pelbagai pakej bantuan bagi membantu rakyat termasuk menawarkan pengecualian dan pengurangan sewa gerai pihak berkuasa tempatan dan menyalurkan bantuan tunai ihsan sebanyak RM1,000 kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.Antara komitmen kerajaan negeri di bawah pentadbiran Aminuddin juga ialah dari segi penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) yang menjadi antara agenda utama bagi memastikan lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.Sejak Jun 2018 sehingga Februari 2025, sebanyak 26,548 unit RMM telah disediakan di Negeri Sembilan melibatkan kawasan tumpuan penduduk serta lokasi yang mempunyai permintaan tinggi."Keberanian Aminuddin membuat keputusan sepanjang memimpin negeri selari dengan kehendak rakyat selain disokong oleh rekod integriti yang baik serta tidak dikaitkan sebarang kontroversi besar," ujarnya.Sementara itu, Ariff Aizuddin berpandangan, Jalaluddin pula memainkan peranan signifikan sebagai pemimpin utama BN di Negeri Sembilan dengan membawa pendekatan pembangunan yang tidak hanya berasaskan kepentingan parti.Beliau berkata, pelbagai jawatan yang digalas terutamanya sebagai ADUN, Exco kerajaan negeri serta Ahli Parlimen Jelebu memberikan Jalaluddin pendedahan luas dalam pentadbiran."Antara usaha yang dilaksanakan ialah pembinaan baharu, menaik taraf dan membaik pulih taman permainan di kampung, tadika dan taska di Parlimen Jelebu dengan peruntukan RM265,000, bagi menyediakan kemudahan rekreasi yang lebih selamat, selesa dan mesra keluarga demi manfaat komuniti setempat." ujar beliau."Pengalaman serta sumbangan Jalaluddin kepada kawasan menjadikan beliau antara tokoh yang mempunyai potensi besar sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri," ujarnya.Mohamad atau lebih mesra digelar Tok Mat pula merupakan antara figura yang sangat berpengaruh selepas menerajui Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar selama hampir 15 tahun.Beliau berkata, pengalaman pentadbiran Tok Mat bukan sahaja terhad di peringkat negeri, malah terus berkembang apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan pada 2022 hingga 2023 sebelum bergelar Menteri Luar pada 2023 hingga kini |
|
Kenyataan Sanusi cermin sikap Pas pecah belahkan rakyat - Fahmi - Sinarharian - 25/07 11:57 pm Sebelum ini pun kita lihat ada kenyataan mengenai isu pendatang daripada Presiden Pas sendiri."Ini bukan satu politik yang baik, yang sepatutnya politik itu menggalakkan perpaduan, memahami perbedaan dan berusaha untuk menyatupadukan rakyat."Bukan memecahbelahkan ataupun memisah-misahkan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Wayang Pacak di Taman Saujana Rompin, dekat sini malam ini.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, negara telah lama merdeka dan Bulan Kebangsaan juga telah dilancarkan, justeru, semua pihak sepatutnya menumpukan usaha menyatupadukan rakyat, bukannya mengeluarkan kenyataan yang membeza-bezakan atau memecahbelahkan masyarakat."Jadi saya harap Datuk Seri Sanusi mengambil iktibar dan mengubah sikap beliau. Tapi saya percaya itu tidak akan berlaku," katanya.Sebelum ini, Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia merupakan satu-satunya Tanah Melayu yang menjadi tempat orang Melayu, manakala kaum lain mempunyai negara asal masing-masing seperti India dan China.Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata demikian ketika Ceramah Perdana Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersempena dengan PRN Negeri Sembilan di Jempol pada 24 Julai.Selain itu, Fahmi turut menyentuh mengenai kenyataan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kelmarin yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sebagai calon Menteri Besar sekiranya Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun tewas pada PRN itu.Beliau berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan, jawatan Menteri Besar itu sememangnya khas untuk orang Melayu sejak ia digubal lagi dan sehubungan itu, beliau menggesa Asyraf Wajdi memohon maaf atas kenyataan berkenaan."Saya harap beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas kekhilafan yang telah beliau lakukan," katanya.Dalam pada itu Fahmi menolak ramalan bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap PH di Johor, yang mendakwa hanya menerima sekitar 10 peratus sokongan pengundi Melayu.Beliau menegaskan situasi politik serta dinamika pengundi di Negeri Sembilan pula jauh berbeza dan yakin dengan pentadbiran Aminuddin yang terbukti cemerlang dalam menjaga kebajikan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum.Ditanya berhubung kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) yang membayangkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) mungkin diadakan pada hujung tahun, Fahmi menjelaskan, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet dan menyifatkan kenyataan Tok Mat itu sekadar pandangan peribadi.Beliau menegaskan fokus utama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan jemaah menteri ketika ini adalah untuk menstabilkan ekonomi negara, serta memulihkan kesan konflik geopolitik di Asia Barat, bukannya berpolitik berpanjangan atau mengadakan pilihan raya awal.- Bernama |
|
BN ada kaedah terbaik selesai krisis takhta N. Sembilan, tunggu menang PRN .. - Mygazette - 25/07 7:42 am # BN ada kaedah terbaik selesai krisis takhta N. Sembilan, tunggu menang PRN dulu Tok Mat SEREMBAN Barisan Nasional (BN) mempunyai kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu berkaitan krisis takhta Negeri Sembilan sekiranya gabungan itu kembali diberi mandat mentadbir negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini |
|
Manifesto BN tawar 88 ikhtiar, kembalikan kegemilangan N. Sembilan – .. - Mygazette - 25/07 7:42 am # Manifesto BN tawar 88 ikhtiar, kembalikan kegemilangan N. Sembilan - Tok Mat SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) menawarkan manifesto yang berteraskan pengalaman pentadbiran dengan 88 ikhtiar merangkumi 19 teras utama dan 15 inisiatif khas sebagai pelan menyambung semula pembangunan Negeri Sembilan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 |
|
Manifesto BN dibuat ketika persefahaman dengan PN belum wujud – Tok .. - Mygazette - 25/07 7:42 am # Manifesto BN dibuat ketika persefahaman dengan PN belum wujud - Tok Mat SEREMBAN Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak langsung mendapat input daripada Perikatan Nasional (PN) |
|
`Reben saya potong mahal-mahal???, Tok Min jawab Tok Mat - Mygazette - 25/07 7:42 am # `Reben saya potong mahal-mahal, Tok Min jawab Tok Mat PORT DICKSON Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memulangkan paku buah keras kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan beliau selama dua penggal mentadbir Negeri Sembilan hanya bekerja memotong reben |
|
'Saya potong reben buka kawasan industri, bukan balai raya'- Aminuddin - Sinarharian - 24/07 6:02 pm PORT DICKSON Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat, kritikan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap kekerapan beliau menghadiri majlis memotong reben adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dipertikaikan.Menurutnya, majlis perasmian yang dihadirinya kebanyakannya melibatkan pembukaan kawasan perindustrian dan kilang yang membawa peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran kerajaan negeri."Semalam saya tengok Tok Mat (Mohamad) kata saya potong reben dua penggal |
|
Perikatan Barisan Nasional: BN has no plans to form new coalition, says Tok Mat - Sinardaily - 24/07 10:41 am REMBAU - Barisan Nasional (BN) has no intention of forming a new political coalition with any party to contest elections, but will instead maintain an understanding with other parties to prevent the fragmentation of Malay votes.UMNO Deputy President Datuk Seri Mohamad Hasan said BN would continue to operate as an independent political coalition and would not establish any form of formal collaboration with other parties.He said the understanding reached was only aimed at avoiding clashes that could further split support among Malay voters.If he (Parti Wawasan Negara president Datuk Seri Hamzah Zainudin) wants to say it, let him say it |
|
Santai Bersama Tok Mat Hasan - Mygazette - 24/07 8:01 am |
|
‘Itu perang psikologi’ ??? Tok Mat nafi BN ciplak manifesto .. - Mygazette - 24/07 8:01 am # 'Itu perang psikologi' Tok Mat nafi BN ciplak manifesto PN Sabah REMBAU Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan dilancarkan esok bukan ditiru atau diciplak daripada manifesto Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah, kata Datuk Seri Mohamad Hasan |
|
Tiada kolaborasi baharu, hanya persefahaman BN-PN – Tok Mat - Mygazette - 24/07 8:01 am # Tiada kolaborasi baharu, hanya persefahaman BN-PN - Tok Mat SEREMBAN Barisan Nasional (BN) tidak bercadang menjalin sebarang kerjasama politik baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya kekal dengan persefahaman sedia ada bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya berkenaan |
|
BN has no intention of forming new grouping, says Tok Mat - FMT - 23/07 7:56 pm The BN deputy chairman says its informal pact with PN is aimed at ensuring Malay votes will not be split in the Negeri Sembilan polls. |
|
Tiada gabungan baharu, BN-PN hanya persefahaman hadapi PRN, kata Tok Mat - FMT - 23/07 6:37 pm Timbalan pengerusi BN berkata, kerjasama pada PRN Negeri Sembilan itu bertujuan pastikan undi Melayu tidak terus berpecah. |
|
Perikatan Barisan Nasional: BN tiada hasrat bentuk gabungan baharu Tok Mat - Sinarharian - 23/07 6:02 pm REMBAU Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang hasrat untuk membentuk gabungan politik baharu dengan mana-mana parti bagi menghadapi pilihan raya, sebaliknya hanya menjalinkan persefahaman bagi mengelakkan perpecahan undi Melayu.Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN akan terus bergerak sebagai sebuah gabungan politik tersendiri dan tidak menjalinkan sebarang bentuk kolaborasi rasmi dengan parti lain.Menurutnya, persefahaman yang diwujudkan hanyalah bagi memastikan tidak berlaku pertembungan yang boleh menyebabkan undi masyarakat Melayu terus berpecah."Dia (Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin nak cakap, cakap lah |
|
PRN bukan pemilihan presiden, Tok Mat kata buang masa debat - FMT - 23/07 5:57 pm Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata keutamaan BN adalah menang PRN Negeri Sembilan. |
|
Isytihar dulu Jalaluddin sebagai MB dulu sebelum cabar debat – .. - Mygazette - 23/07 4:55 pm Kalau Jalaluddin memang calon Menteri Besar BN, umumkanlah secara rasmi dahulu. Biar Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) atau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Jalaluddin ialah calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada BN, katanya pada sidang media di Pusat Media Harapan di Klana Resort, di sini, hari ini |
|
Kedudukan Tok Mat dan Anthony Loke bagai ‘epal dan oren’ - Mygazette - 22/07 8:00 am # Kedudukan Tok Mat dan Anthony Loke bagai 'epal dan oren' KUALA LUMPUR - DAP didakwa mengambil pendirian yang tidak konsisten berhubung konsep pengundian berbeza antara pilihan raya negeri dan Parlimen apabila berdepan dengan situasi sama yang pernah diperjuangkannya |
|
Be more careful like Zahid, DAP man tells brazen Tok Mat - FMT - 21/07 9:00 am Aziz Bari says BN chairman Ahmad Zahid Hamidi has shown more restraint against federal ally PH on the campaign trail. |
|
Contohi Zahid, pemimpin DAP kata Tok Mat semberono - FMT - 21/07 9:00 am Aziz Bari kata Pengerusi BN, Zahid Hamidi, menunjukkan sikap lebih berhati-hati terhadap PH sepanjang tempoh berkempen. |
|
PH wajar kaji semula kerjasama dengan BN di Selangor - AMK - Sinarharian - 20/07 11:07 am SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) Selangor wajar mengkaji semula kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN) Selangor susulan perkembangan kerjasama parti itu dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Mohamad Shahrul Adnan berkata, tindakan BN bekerjasama dengan PN untuk berdepan PH di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menunjukkan parti itu sanggup mengenepikan semangat Kerajaan Perpaduan apabila berdepan pilihan raya.Beliau berkata, jika BN bebas membuat keputusan politik untuk bekerjasama dengan PN di Negeri Sembilan, PH juga berhak menilai semula bentuk kerjasama sedia ada bersama BN."Saya berpandangan sudah tiba masanya PH Selangor mengkaji semula kerjasama politik bersama BN Selangor.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah"Kerjasama politik mestilah dibina atas dasar saling menghormati, kepercayaan dan komitmen, bukan berubah mengikut musim pilihan raya atau kepentingan politik semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mohamad Shahrul berkata, gesaan itu bukan bertujuan menggugat Kerajaan Perpaduan atau menjejaskan kestabilan pentadbiran Selangor, sebaliknya meminta kepimpinan PH membuat penilaian secara jujur dan strategik berdasarkan realiti politik semasa.Katanya, PH perlu bersikap tegas dan konsisten dalam menentukan keputusan politik terbaik demi kepentingan parti, penyokong serta rakyat."Jika BN boleh membuat keputusan berdasarkan pertimbangan politik mereka, maka PH juga berhak menilai semula bentuk kerjasama sedia ada."Sudah tiba masanya PH Selangor mengkaji sama ada kerjasama dengan BN Selangor masih relevan dan memberi manfaat kepada perjuangan parti serta selari dengan aspirasi penyokong dan rakyat di Selangor," tambah beliau. |
|
BN tidak pernah burukkan mana-mana pihak semasa berkempen – Tok Mat - Mygazette - 20/07 8:01 am # BN tidak pernah burukkan mana-mana pihak semasa berkempen - Tok Mat REMBAU - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu tidak pernah memburuk-burukkan mana-mana pihak sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 |
|
Ill quit Cabinet if ordered by PM, says Tok Mat - FMT - 19/07 7:57 pm The foreign minister also says he has no intention of attacking other leaders in the unity government during the Negeri Sembilan election campaign. |
|
Kita tiada niat serang pemimpin pusat, Tok Mat ulas amaran Anwar - FMT - 19/07 7:41 pm Menteri luar yang bertanding di Rantau pada PRN Negeri Sembilan berkata namun sedia berundur jika diarahkan perdana menteri. |
|
PRN Negeri Sembilan: Terima kasih MCA kerana nak 'bantu DAP' di tiga DUN - Anthony Loke - Sinarharian - 19/07 1:12 pm Tapi kita tahu strategi mereka kerana nak pengundi Melayu mengalihkan sokongan kepada calon BN," katanya ditemui berjumpa peniaga di Pasar Besar Seremban pada Ahad.Menurutnya, percaturan itu hampir menjadi, namun di kebanyakan kerusi yang BN berdepan percaturan dengan PN, masih berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Tambahnya, hanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah strategi berkenaan berjaya kerana tiada pertandingan tiga penjuru, sekali gus menjadi cabaran kepada beliau selaku penyandang.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongBeliau mengakui ia menjadi cabaran kepada parti itu, namun percaya PH masih mempunyai peluang untuk memenangi di NS."DUN Lobak merupakan pengundi Cina paling ramai di seluruh Negeri Sembilan. Parti yang dikatakan mahu mewakili kaum Cina tak letak calon kerana kononnya nak membantu DAP menang."DUN Lukut pula pernah diwakili bekas pemimpin MCA Negeri Sembilan, mendiang Dr Yao Chai Thiam yang juga pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, manakala Mambau pula pernah disandang bekas Exco MCA, Hew Chok Tau sebelum 2008."Jadi, apabila MCA sanggup tidak bertanding di kerusi-kerusi yang signifikan ini, saya sebagai Setiausaha Agung DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada Wee Ka Siong kerana begitu 'murah hati'," katanya.Bagaimanapun, Anthony Loke berkata, DAP tidak akan terpengaruh dengan percaturan politik lawan dan akan terus menjalankan kempen secara positif.ARTIKEL BERKAITAN: pPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahDalam pada itu, beliau menggesa rakyat Negeri Sembilan memberikan mandat kepada kesemua 36 calon PH bagi memastikan gabungan itu terus mentadbir negeri berkenaan."Kami percaya PH adalah pilihan terbaik untuk rakyat Negeri Sembilan berbanding gabungan BN-PN."Hari ini saya turun memberikan sokongan kepada calon-calon PH di Parlimen Seremban dan Parlimen Rasah yang melibatkan 11 kerusi DUN, termasuk tujuh kerusi yang ditandingi DAP, selain bertemu orang ramai di Pasar Besar Seremban," katanya.Pada PRN Negeri Sembilan, DAP bertanding di 11 kerusi tradisi mereka, manakala MCA berbanding lima kerusi iaitu di Chennah, Bahau, Nilai, Temiang, Rahang, Chuah dan Repah. |
|
PRN Negeri Sembilan: Polis terima satu laporan pertelingkahan mulut antara penyokong parti - Sinarharian - 19/07 9:56 am SEREMBAN - Polis menerima satu laporan membabitkan penyokong parti yang berlaku pada hari pertama proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, bagaimanapun tiada kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka."Dari aspek penguatkuasaan pada semalam, satu laporan polis telah diterima berkenaan pertelingkahan mulut antara penyokong parti.ARTIKEL BERKAITAN:Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah"Tapi tiada kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya," katanya kepada pemberita pada Ahad.Menurutnya, sebanyak 19 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik pada Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan telah diluluskan bagi tempoh terbabit.Tambahnya, permohonan tersebut diluluskan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan."Kesemua program dan aktiviti politik yang telah diadakan akan dipantau bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam."Polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsigaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang PRN ini," katanya.Ujarnya, sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan secara tegas, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi.Justeru katanya, orang ramai diminta untuk terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis di lapangan bagi memastikan PRN ke-16 berlangsung dalam suasana yang akan, harmoni, selamat dan teratur."Namun setakat ini situasi keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang PRN ini adalah pada tahap yang baik dan terkawal," katanya. |
|
PRN Negeri Sembilan: Anwar mohon rakyat beri mandat kukuh kepada PH - Sinarharian - 19/07 9:14 am KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan mandat lebih kukuh kepada gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.Menerusi catatan di Facebook, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata pelbagai ikhtiar telah digerakkan sejak 2018, namun masih banyak yang perlu diteruskan agar kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan."Semoga semua calon PH dikurniakan kekuatan, dipermudah segala urusan dan diberikan kejayaan yang terbaik. Kepada ALLAH SWT kita berserah," kata beliau.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 103 calon disahkan bertanding pada PRN Negeri Sembilan ke-16 bagi merebut 36 kerusi DUN, selepas proses penamaan calon selesai dijalankan hari ini.PH mendominasi saingan dengan menampilkan 36 calon termasuk Aminuddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 25 calon, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 24 calon dan Perikatan Nasional (PN) 11 calon.Parti yang turut bertanding ialah Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masing-masing menghantar seorang wakil, selain empat calon Bebas.DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lepas dan SPR menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian, manakala undi awal pada 28 Julai ini.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari - Bernama |
|
Kenapa Tok Mat ke Kementerian Luar? - Wrlr - 18/07 8:15 pm Apabila rombakan kabinet kali pertama berlaku, PMX mengubah posisi Tok Mat dari Menteri Pertahanan ke Menteri Luar |
|
Kerjasama PN-BN hanya sandiwara, kaburi mata orang Melayu demi kuasa - Muhyiddin - Sinarharian - 18/07 4:31 pm SHAH ALAM - Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) hanyalah sandiwara untuk mengaburi mata orang Melayu dan rakyat demi mendapatkan kuasa.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana meskipun BN bercakap berdegar-degar untuk membenamkan Pakatan Harapan (PH) dan disambut dengan senyum simpul oleh PN (Pas), tetapi PH dan BN adalah Kerajaan Persekutuan.Menurutnya, kedua-dua parti gabungan itu tidak boleh lari walau seinci pun daripada tanggungjawab kolektif (collective responsibility) melaksanakan dasar-dasar yang membebankan rakyat."Khususnya kepada UMNO dan BN, jangan tutup segala kelemahan ini dengan menghempap segala kesalahan ke atas bahu orang lain sambil mengaut nikmat sebagai kerajaan."Parti itu akhirnya berselindung di bawah selimut penyatuan Ummah dan Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah"Bagaimanapun, Bersatu bebas daripada semua sandiwara ini dan bertekad untuk istiqamah dengan matlamat dan dasar perjuangannya membela rakyat serta memajukan negara."Walaupun berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit, jiwanya mesti besar," katanya menerusi laman Facebook pada Sabtu.Tambah Muhyiddin, keadaan kini lebih mencabar kerana Bersatu adalah satu-satunya parti pembangkang tunggal dalam Parlimen Malaysia.Jelasnya, PH dan BN adalah kerajaan di Persekutuan dan di beberapa negeri."Malah, apabila PN mengadakan kerjasama politik dengan BN, PN juga secara tidak langsung telah menjadi parti yang menyokong parti kerajaan |
|
Lawan Tok Mat macam perlawanan persahabatan PH-BN – Dr - Utusan - 18/07 3:26 pm Azizul Hakim Mahdi, 35, yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri ... Read more The post Lawan Tok Mat macam perlawanan persahabatan PH-BN – Dr |
|
Kempen secara sihat, jangan jadikan isu adat modal politik – Tok... - Mygazette - 18/07 3:25 pm # Kempen secara sihat, jangan jadikan isu adat modal politik - Tok Mat REMBAU Pertandingan dua penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau menyaksikan pertembungan di antara Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional (BN) dan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Azizul Hakim Mahdi |
|
Kerjasama PN-BN hidupkan semangat Muafakat Nasional - Annuar Musa - Sinarharian - 18/07 3:23 pm PORT DICKSON Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa melihat kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini telah mengembalikan semangat yang diperjuangkannya melalui Muafakat Nasional(MN) sebelum ini.Beliau berkata, perjuangannya sejak sekian lama adalah untuk melihat orang Melayu bersatu dan tidak berpecah dalam menentukan kepimpinan negara."Saya hendak turun dari rumah tadi, saya ada banyak topi di atas meja. Saya ada topi PN, topi Pas dan macam-macam lagi, tetapi akhirnya saya ambil topi MN."Secara peribadi, semangat saya sudah lama untuk memperjuangkan orang Melayu mesti bersatu, undi Melayu jangan berpecah, orang Melayu mesti menunjangi kepimpinan negara ini dan caranya adalah dengan mendukung semangat MN," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon di sini pada Sabtu.Menurutnya, sekiranya gabungan itu dapat terus bekerjasama, beliau tidak kisah sekiranya selepas ini MN dibubarkan.Ini kerana katanya, apa yang penting adalah penyatuan tersebut dapat dibentuk, malah melihat kehadiran penyokong antara kedua-dua gabungan itu yang saling sokong menyokong bagaikan sebuah keluarga membuatkan hatinya cukup tersentuh."Tak nak panggil nama MN pun tidak mengapa kerana apabila penyatuan ini berjaya, saya boleh berhenti jadi Presiden MN atau pun MN dibubarkan.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah"Yang pentingnya adalah BN-PN memimpin penyatuan dan perpaduan negara |
|
23-year-old Leevineshwaraan, youngest candidate, Tok Mat among senior contestants - SUN - 18/07 3:21 pm The 16th Negeri Sembilan state election has spotlighted M |
|
PRN Negeri Sembilan: Leevineshwaraan calon termuda, Tok Mat antara paling otai - Sinarharian - 18/07 3:04 pm KUALA LUMPUR -Kerancakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang bermula hari ini menyaksikan M Leevineshwaraan mencuri tumpuan apabila muncul sebagai calon termuda bakal bersaing merebut mandat rakyat.Mewakili Bersatu, anak muda berusia 23 tahun itu akan menguji kredibilitinya dalam persaingan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung.Leevineshwaraan dijangka berdepan cabaran getir apabila menentang penyandang kerusi berkenaan, Datuk Dr G Rajasekaran daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kawasan itu pada pilihan raya lepas dengan majoriti 3,996 undi.Rekod calon termuda sebelum ini dipegang oleh Muhammad Syakir Fitri Sadri yang bertanding atas tiket Bebas di DUN Paroi ketika berusia 25 tahun pada 2023.Sri Tanjung ialah satu daripada lima DUN di bawah Parlimen Port Dickson dan pada pilihan raya kali ini, seramai 19,590 pemilih berdaftar layak mengundi di kawasan itu.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dan Abd Latif A Tambi daripada PH, masing-masing berusia 70 tahun, diangkat sebagai calon tertua pada PRN kali ini.Mohamad, yang juga penyandang kerusi DUN Rantau, dan Abd Latif yang bertanding di DUN Gemencheh, masing-masing berdepan saingan satu lawan satu.Pada PRN lepas, rekod calon tertua dipegang oleh Bujang Abu, 72, yang bertanding atas tiket Bebas.Bagaimanapun, beliau tidak dapat bertanding kali ini selepas gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).DUN Rantau terletak dalam Parlimen Rembau dan pada PRN kali ini, terdapat 34,831 pemilih layak mengundimanakala DUN Gemencheh, yangterletak dalam Parlimen Tampin, mempunyai 24,916 pemilih yang layak.PRN kali ini juga menyaksikan sembilan daripada keseluruhan 103 calon ialah wanita, dengan PH mempertaruhkan jumlah tertinggi iaitu empat orang.Statistik itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pilihan raya sebelum ini yang menyaksikan penglibatan lapan wanita daripada keseluruhan 83 calon bertanding.SPRmenetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pengundian awalmanakala 1 Ogos sebagai hari mengundi |
|
PRN Negeri Sembilan: Calon tertua berusia 70 tahun, termuda 23 tahun - Sinarharian - 18/07 2:43 pm SHAH ALAM Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan jurang usia calon yang bertanding mencecah 47 tahun apabila calon tertua berusia 70 tahun manakala calon termuda berumur 23 tahun.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, calon tertua ialah Abd Latif A Tambi daripada Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh.Menurutnya, calon termuda pula ialah Leevineshwaraan A/L Murugan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding di DUN Sri Tanjung."Daripada keseluruhan 103 calon yang disahkan bertanding pada PRN Negeri Sembilan Ke-16, seramai 39 calon berusia antara 40 hingga 49 tahun menjadi kumpulan umur paling ramai."Ia diikuti 33 calon berusia antara 50 hingga 59 tahun, 16 calon berusia 60 tahun ke atas, 12 calon berusia antara 30 hingga 39 tahun serta tiga calon berusia 18 hingga 29 tahun," katanya dalam kenyataan media berkaitan urusan penamaan calon PRN Negeri Sembilan Ke-16 pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahBeliau berkata, dari segi jantina pula, seramai 94 calon lelaki bertanding berbanding hanya sembilan calon wanita.Menurut Ramlan, kesemua 103 calon itu disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon yang berlangsung di lapan Pusat Penamaan Calon (PPC) di seluruh Negeri Sembilan.PRN Negeri Sembilan Ke-16 menyaksikan tempoh berkempen bermula sejurus selesai proses penamaan calon sehingga jam 11.59 malam pada 31 Julai ini, manakala pengundian ditetapkan pada 1 Ogos, dengan pengundian awal pada 28 Julai. |
|
PRN Negeri Sembilan: 'Buktikan penyatuan kita mampu gegar mereka' - Akmal Saleh - Sinarharian - 18/07 2:25 pm Kita buktikan penyatuan ini mampu menggegar mereka. Kasi monang," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongTerdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama dengan PN pada PRN Negeri Sembilan ke-16 sebagai satu bentuk persefahaman dan bukannya perjanjian atau kesepakatan rasmi.Menurut Ahmad Zahid, langkah taktikal itu diyakini mampu membantu BN kembali menguasai Negeri Sembilan, dengan BN bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN di 11 kerusi.Senada dengan itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, persefahaman berkenaan bertujuan merampas pentadbiran negeri tersebut daripada PH dan kerjasama itu dirangka bagi memaksimumkan peluang BN-PN menewaskan PH yang kini mentadbir Negeri Sembilan.ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahPRN Negeri Sembilan ke-16 dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos ini, selepas hari penamaan calon pada Sabtu, membabitkan 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.Pada PRN Negeri Sembilan 2023, PH memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi manakala PN memperoleh lima kerusi. |
|
PRN Negeri Sembilan: Berkempen naik motosikal, jangan tak pakai topi keledar - Sinarharian - 18/07 2:18 pm PORT DICKSON - Polis mengingatkan semua calon dan jentera parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan supaya sentiasa mematuhi undang-undang termasuk memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sepanjang tempoh berkempen.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya ada yang didapati melanggar peraturan tersebut.Menurutnya, polis telah pun memanggil semua wakil calon dan parti politik bagi memberikan penerangan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh berkempen."Kita telah memberi penerangan serta peringatan kepada semua wakil parti mengenai perkara yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh berkempen, termasuklah berkenaan soal pemakaian topi keledar ketika menunggang motosikal."Polis bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menubuhkan beberapa kumpulan pemantau untuk memastikan segala peraturan dan arahan dipatuhi," katanya pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon di Auditorium Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongSementara itu, beliau memaklumkan proses penamaan calon di lapan pusat penamaan calon di negeri ini berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal.Jelasnya, kesemua penyokong parti juga mematuhi segala arahan daripada pihak polis serta segera beredar sebaik selesai pengumuman calon."Hasil pemantauan mendapati, jumlah penyokong di setiap pusat penamaan calon dianggarkan antara 1,000 hingga 2,500 orang.ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah"Pusat penamaan calon di Jempol merekodkan kehadiran penyokong paling ramai iaitu kira-kira 2,500 orang, manakala Kuala Pilah paling sedikit dengan sekitar 1,000 penyokong," katanya.Tambahnya, tiada sebarang laporan polis yang diterima berkaitan sebarang insiden tidak sepatutnya berlaku sepanjang proses penamaan calon berlangsung. |
|
SNAPSHOT BN-PN ties based on friendship, brotherhood - Hadi; Tok Mat says keep adat out of polls campaign - Mkini - 18/07 2:06 pm What's going on in the news today, with updates at 11am, 2pm, and 6pm. |
|
PRN Negeri Sembilan: Tiada kertas penamaan calon ditolak, 103 sah bertanding - Sinarharian - 18/07 1:49 pm SHAH ALAM - Tiada kertas penamaan calon ditolak pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung di lapan pusat penamaan calon pada Sabtu.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan, selepas tempoh penyerahan kertas penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, seramai 103 calon mewakili pelbagai parti politik dan individu bebas disahkan layak bertanding."Sebanyak 103 kertas penamaan calon diterima dan disahkan layak bertanding bagi PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16."Tiada kertas penamaan yang ditolak," menurut kenyataan itu pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongSPR memaklumkan, daripada jumlah tersebut, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 36 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 25 calon.Selain itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meletakkan 24 calon, manakala Perikatan Nasional (PN) menampilkan 11 calon.SPR turut memaklumkan masing-masing satu calon mewakili Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), selain empat calon bertanding atas tiket Bebas.ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahKeseluruhannya, seramai 103 calon disahkan bertanding pada PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 selepas proses penamaan calon selesai dijalankan di semua lapan pusat penamaan di negeri berkenaan pada Sabtu. |
|
Dakwaan keahlian Bersatu dalam PN gugur akan diteliti selepas PRN - Sinarharian - 18/07 1:14 pm SHAH ALAM - Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) didakwa boleh dianggap gugur susulan tindakan meletakkan calon yang bertanding menentang parti komponen gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, mengikut konvensyen, tindakan Bersatu itu menyebabkan keahlian parti berkenaan dalam PN tergugur, namun perkara tersebut masih perlu diteliti terlebih dahulu dari sudut perlembagaan parti.Beliau berkata, buat masa ini keutamaan adalah menyelesaikan urusan berkaitan PRN terlebih dahulu, manakala isu berkenaan dijangka hanya akan dibincangkan selepas pilihan raya selesai."Difahamkan Bersatu meletakkan calonnya menentang Perikatan Nasional sekurang-kurangnya di lapan kerusi."Mengikut konvensyen, dengan demikian tergugurlah keahlian Bersatu dalam Perikatan Nasional, namun begitu, hal ini perlu diteliti dari sudut perlembagaan parti terlebih dahulu," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN:Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahSinar Harian pada Jumaat melaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan bertanding sebanyak 24 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.Berdasarkan agihan kerusi itu, Bersatu meletakkan calon di 22 kerusi termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.Bersatu turut memutuskan untuk bertanding menggunakan logo sendiri.Bagaimanapun, Annuar Musa berkata, buat masa ini, tumpuan adalah untuk menyelesaikan urusan PRN terlebih dahulu."Mungkin akan hanya dibincangkan selepas pilihan raya."Penyertaan Bersatu dalam situasi itu hanya memberi keuntungan kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH), kita serah kepada rakyat untuk menilainya," katanya. |
|
PRN Negeri Sembilan: Ahmad Shahir akui misi tawan semula Paroi bukan mudah - Sinarharian - 18/07 1:04 pm Kita memikul satu amanah yang berat daripada parti dengan misi untuk mengambil kembali DUN Paroi."Perasaan memang bercampur-campur, tetapi dengan sokongan ahli parti dan jentera, Insya-ALLAH kita akan bergerak ke seluruh kawasan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Rembau di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonAhmad Shahir berkata, fokus utamanya sepanjang tempoh kempen adalah untuk bertemu seramai mungkin penduduk bagi memahami isu serta keperluan mereka.Menurutnya, usaha mendapatkan kepercayaan pengundi bukan sesuatu yang mudah memandangkan Paroi merupakan antara DUN yang mempunyai jumlah pengundi terbesar di Negeri Sembilan."Paroi bagi saya merupakan sebuah DUN yang sangat besar dan mempunyai kira-kira 65,000 pengundi."Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Kita perlu membawa tawaran yang dilihat relevan dengan keperluan rakyat pada hari ini," katanya.Tambah beliau, jentera PH di Paroi sudah bersedia untuk turun padang dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada penduduk."Kita akan cuba bertemu seramai mungkin pengundi dan mendapatkan respons mengenai perkara yang mereka perlukan."Daripada situ, kita akan melihat apakah tawaran dan penyelesaian yang boleh dibawa kepada rakyat Paroi," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Shahir mengakui terkejut apabila mengetahui rakan sepengajiannya, Mohd Nazree Mohd Yunus diumumkan sebagai calon Bersatu di kawasan sama.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahMenurutnya, mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika mengikuti pengajian di Nilam Puri, Kelantan sebelum menyambung pengajian bersama di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur."Kami mengambil bidang pengajian yang hampir sama, iaitu sains gunaan dengan pengajian Islam."Beliau mengkhusus dalam bidang bioteknologi, manakala saya dalam bidang genetik dan biologi molekul," katanya.Ahmad Shahir berkata, mereka juga pernah aktif dalam gerakan mahasiswa serta membawa aspirasi yang sama ketika berada di kampus.Katanya, Nazree pernah memenangi pemilihan sebagai wakil Fakulti Akademi Pengajian Islam sebelum beliau sendiri bertanding dan menang pada tahun berikutnya."Kami sama-sama dalam gerakan mahasiswa dan membawa aspirasi yang sama."Hari ini, kami berpencak dalam politik negeri dan negara |
|
Rantau showdown set as Umno veteran Tok Mat takes on young doctor from Pakatan - Malaymail - 18/07 12:58 am REMBAU, July 18 The Rantau state seat is set for a straight fight in the 16th Negeri Sembilan state election, wi... |
|
DUN Chennah kritikal tentukan mandat kerajaan negeri - Anthony - Sinarharian - 18/07 12:53 am Saya berharap dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina, Melayu dan Orang Asli," katanya.Sementara itu, Anthony berkata, proses penamaan calon berjalan lancar bagi empat DUN di bawah Parlimen Jelebu dengancalon PH di Pertang, Sungai Lui dan Kelawang berdepan saingan tiga penjuru manakala Chenah yang diwakilinya menyaksikan pertandingan satu lawan satu.Katanya,situasi itu sememangnya telah dijangkakan dan PH kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada kempen bagi mempertahankan sokongan pengundi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakalahari pengundian pada 1 Ogos. - BernamaARTIKEL BERKAITAN:Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongPemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat |
|
PRN Negeri Sembilan: Rekod pentadbiran Aminuddin jadi taruhan PH - Sinarharian - 18/07 12:40 am JEMPOL - Prestasi pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sejak 2018 menjadi antara fokus kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sepanjang tempoh tersebut, banyak kejayaan Aminuddin dapat dilihat termasuk peningkatan kutipan zakat, hasil negeri dan kemasukan pelaburan baharu."Kita lihat prestasi pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun sejak 2018 hingga sekarang merupakan prestasi yang sangat baik. Kita lihat kutipan zakat meningkat, kutipan hasil bagi negeri meningkat dan pelaburan masuk."Terkini ada satu pelabuhan baharu yang akan dibina dan pelaburan seperti ini akan mewujudkan peluang pekerjaan tambahan," katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon di Dewan Besar Pejabat Daerah dan Tanah Jempol di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakanPRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calonPRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokongFahmi berkata, isu peluang pekerjaan antara perkara utama yang sering dibincangkan khususnya oleh anak muda di kawasan seperti Jempol dan Jeram Padang.Katanya, calon PH akan membawa harapan kepada golongan muda menerusi peluang pekerjaan yang dijangka terhasil daripada perkembangan ekonomi negeri.Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak termasuk pengguna media sosial supaya berkempen secara sihat sepanjang tempoh PRN dengan mengelakkan penyebaran fitnah, berita palsu dan perkara berunsur 3R.Ujarnya, liputan terhadap semua calon juga diharap dapat dilakukan dengan baik selain kebajikan petugas media akan terus dipantau sepanjang tempoh kempen."Kita akan berkempen dengan sihat, kita akan lihat kepada prestasi dan elak daripada kempen mencaci, fitnah itu tidak sihat untuk demokrasi negara kita," katanya.Di Jempol, empat DUN menjadi tumpuan iaitu N05 Serting, N06 Palong, N07 Jeram Padang dan N08 Bahau.ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri SembilanPRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok MatPRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN ChennahBagi DUN Serting, pertandingan tiga penjuru berlaku antara penyandangnya, Fairuz Isa (PN) yang dicabar Yaacob Mahmood (PH) dan Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu).DUN Palong juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang, Datuk Mustapha Nagoor (BN), Zahin Zinal Abidin (PH) dan Rebin Birham (Bersatu).Sementara itu, DUN Jeram Padang pula menyaksikan persaingan empat penjuru antara penyandang, Datuk Zaidy Abdul Kadir (BN), G Manivannan (PH), R Sri Sanjeevan (Bersatu) dan Dayana Dal daripada Parti Orang Asli Malaysia (ASLI).Manakala DUN Bahau pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya, Teo Kok Seong (PH) dan Chong Fui Ming (BN). |
|
Jangan sentuh isu adat sepanjang kempen, Tok Mat beritahu calon BN - FMT - 18/07 12:02 am Mohamad Hasan berkata institusi adat Negeri Sembilan perlu dihormati dan tidak diheret ke dalam kempen pilihan raya yang akan memburukkan lagi keadaan. |
|
Leave adat issue out of campaign trail, Tok Mat tells BN candidates - FMT - 18/07 11:45 am Mohamad Hasan says Negeri Sembilan's adat institution must be respected and dragging it into the election campaign could worsen tensions. |
|
Tok Mat bertembung PH di Rantau - FMT - 18/07 11:04 am Bekas menteri besar Negeri Sembilan selama tiga penggal itu mewakili Rantau sejak 2004. |
|
Tok Mat in straight fight with PH in Rantau - FMT - 18/07 10:57 am The former three-term Negeri Sembilan menteri besar has represented Rantau for five terms since winning the seat in 2004. |
|
Kuasa tawar-menawar PN tersasar, Pas di Johor langsung tak berwibawa - Mygazette - 17/07 8:02 am Ia juga sebagai ruang terbaik buat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengukuhkan semula pengaruhnya. "Keupayaan Tok Mat untuk kembali meramaikan 'Rumah Bangsa' dan memaafkan kelompok-kelompok ini dilihat sebagai satu peluang keemasan ke arah penyatuan orang Melayu |
|
Akmal patut tegur Tok Mat, bukan pertahan `pembuli politik’ – .. - Mygazette - 17/07 8:02 am # Akmal patut tegur Tok Mat, bukan pertahan `pembuli politik' - Saifuddin KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad membidas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kerana didakwa mempertahankan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berbanding menegur tindakan pemimpin itu yang memperlekeh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun |
|
`Zahid: PM in waiting???? – Puad - Mygazette - 17/07 8:02 am Sudah pasti PAS. Dulu Tok Mat kata, PAS tidak boleh dipercayai kerana PAS suka berselingkuh dengan janda UMNO, katanya menerusi Facebook hari ini |
|
Saifuddin minta Akmal Saleh tegur Tok Mat, pertahan kenyataan isu 'pembuli politik' - Sinarharian - 16/07 7:14 pm SHAH ALAM Timbalan Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Shafi Muhammad membidas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan kenyataannya berhubung isu membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Beliau berkata, Muhamad Akmal sepatutnya menegur Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan bukannya menyalahkannya berhubung isu berkenaan.Saifuddin berkata, beliau bukan individu yang memulakan isu berhubung tindakan Mohamad atau Tok Mat yang didakwa memperlekehkan Aminuddin."Akmal patut gunakan ruang untuk tegur Tok Mat, bukan saya yang mulakan isu perlekehkan Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Terdahulu, Muhamad Akmal mendakwa beberapa pemimpin UMNO terus menjadi sasaran pelabelan dan kritikan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, beliau berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk 'budak-budak', 'lembab', 'rasis' dan 'pendek'.Dakwanya, situasi sama kini mula berlaku di Negeri Sembilan apabila Tok Mat pula kini mula dilabel sebagai 'pembuli'.Mengulas lanjut, Saifuddin turut mendakwa Muhamad Akmal sering melihat kesalahan orang lain, namun terlupa terhadap kesalahan sendiri.Menurutnya, budaya melabel bukan perkara baharu kerana beliau mendakwa Muhamad Akmal sendiri sering berbuat demikian, malah Profesor Tajuddin Rasdi dari UCSI lebih awal melabel Akmal sebagai 'pembuli politik'.Dalam hantaran sama, Saifuddin turut mendakwa Muhamad Akmal terkenal dengan sikap anti-Cina dan tidak ikhlas ketika memohon maaf berhubung isu berkenaan.Beliau turut mendakwa, MCA tidak pernah berani mengambil pendirian tegas mengenai perkara itu.Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan beliau kekal dengan pendiriannya bahawa Tok Mat ialah 'pembuli Tok Min'.Katanya, Muhamad Akmal tidak perlu mencampuri perkara itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada isu peletakan jawatan Exco Melaka."Jangan selindung di sebalik nama TYT |
|
Akmal dakwa pemimpin UMNO terus jadi sasaran pelabelan politik - Sinarharian - 16/07 5:34 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa beberapa pemimpin UMNO terus menjadi sasaran pelabelan dan kritikan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).Menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis, beliau berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini dilabel dengan pelbagai gelaran termasuk 'budak-budak', 'lembab', 'rasis' dan 'pendek'.Dakwanya, situasi sama kini mula berlaku di Negeri Sembilan.ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada MelakaSokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin'Formula Johor' boleh jadi resipi BNAkmal berkata, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat, pula kini mula dilabel sebagai 'pembuli'."Di Johor Onn dilabel budak-budak, lembab, rasis, pendek |
|
Tok Mat tidak wajar jadi pembuli politik – Saifuddin Shafi - Mygazette - 16/07 3:29 pm # Tok Mat tidak wajar jadi pembuli politik - Saifuddin Shafi KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Shafi Muhammad menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersenda keputusan Datuk Seri Aminuddin Harun bertanding di DUN Linggi sebagai tidak matang dan tidak mencerminkan kedudukannya sebagai seorang menteri dalam Kerajaan Persekutuan |
|
Langkah Linggi Aminuddin Harun Berisiko Tetapi Berani - Wrlr - 16/07 1:17 pm Kita wajar menghormati keputusan Aminuddin bertanding di DUN Linggi walaupun ia merupakan satu percaturan politik yang berani dan berisiko tetapi berbaloi meninggalkan DUN Sikamat yang diwakilinya sejak 2008 untuk berbakti di kawasan parlimennya sendiri. Peluang untuk menawan Linggi lebih cerah jika PH mempertaruhkan calon berprofil tinggi atau heavyweight seperti Aminuddin dan Tok Mat tidak perlu melatah mahu kejar Aminuddin sekiranya calon BN kuat selama ini sebelum Langkah Jalal merosakkan segala-galanya. |
|
RENCANA Dulu Azmin, Mahiaddin, Hamzah…kini giliran Tok Mat dalam strategi Pas pecahkan BN - Harapandaily - 16/07 11:26 am Apa strategi Pas boleh capai... The post RENCANA Dulu Azmin, Mahiaddin, Hamzah…kini giliran Tok Mat dalam strategi Pas pecahkan BN appeared first on Harapan Daily . |
|
'Negeri Sembilan people deeply yearn for BN to return to power' - Zahid - Sinardaily - 16/07 10:13 am SEREMBAN The people of Negeri Sembilan are yearning for Barisan Nasional (BN) to return to power and govern the state once again, said BN chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.He said the state government previously led by a Menteri Besar from BN had brought significant progress and development to Negeri Sembilan.We congratulate Negeri Sembilan. Under the leadership of Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), the state was among the most developed states in the country |
|
BN leaves 11 Negeri Sembilan state seats open, as Tok Mat cites talks with trusted friend - Malaymail - 16/07 8:59 am KUALA LUMPUR, July 16 Barisan Nasional (BN) has left 11 Negeri Sembilan state seats without candidates as it see... |
|
Tok Mat to defend Rantau as BN names first 25 candidates for Negeri Sembilan polls - Malaymail - 16/07 8:43 am SEREMBAN, July 16 Barisan Nasional (BN) last night announced its lineup of 25 candidates for the 16th... |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |