| /// |
|
| Search : Titah Adendum News | Page 1 |
|
Terkejut dengan keputusan mahkamah, isu pengampunan akan bawa implikasi .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm Selepas ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak permohonan difailkan untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai bagaimana keputusan Lembaga Pengampunan dibuat, katanya dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini. Pada prosiding pagi ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching dalam penghakimannya telah menolak semakan kehakiman dimohon Najib untuk melaksanakan titah adendum yang membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah |
|
Najib kekal di Penjara Kajang, penyokong sebak terus laung ???bebas .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm Terdahulu ketika prosiding, Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching membuat keputusannya selepas meneliti hujahan semua pihak serta membaca alasan penghakiman selama hampir sejam. Dalam penghakimannya, hakim berkenaan mendapati Titah Adendum yang menjadi asas permohonan semakan kehakiman itu tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 yang diadakan pada 29 Januari tahun lalu |
|
Kediaman Najib di Langgak Duta kembali lengang - Mgazette - 22/12 3:39 pm KUALA LUMPUR - Kediaman Datuk Seri Najib Razak kembali lengang susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakimannya berhubung titah adendum hari ini |
|
Najib kekal habiskan baki hukuman 3 tahun di Penjara Kajang - Mgazette - 22/12 3:39 pm Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu. Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri itu gagal memaksa kerajaan menguatkuasakan titah adendum agar beliau dipindahkan ke kediamannya di ibu negara serta merta |
|
Tiada keadaan mendesak benar Najib jalani pemenjaraan di rumah – .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm # Tiada keadaan mendesak benar Najib jalani pemenjaraan di rumah - Hakim KUALA LUMPUR - Kandungan Titah Adendum yang dipohon Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan keadaan mendesak yang mewajarkan Mahkamah Tinggi membenarkan beliau dipindahkan serta merta ke kediamannya dari Penjara Kajang |
|
Jangan kurang ajar, kerjasama kerajaan bukan tiket pijak maruah kami .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm Kami tak pernah lari atau kecewa dalam perjuangan keadilan buat Bossku, katanya. Terdahulu, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin didakwa meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum |
|
Titah adendum tak sah dikuatkuasa, tak dibincang ketika sidang Lembaga .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm # Titah adendum tak sah dikuatkuasa, tak dibincang ketika sidang Lembaga Pengampunan KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi berpendirian, titah adendum yang dipohon Datuk Seri Najib Razak tidak sah untuk dikuatkuasakan kerana ia tidak dibincang dan direkodkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu |
|
Hantaran Bee Yin: UMNO beri isyarat nilai semula kerjasama Kerajaan .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap bekas Perdana Menteri itu |
|
Zambry tegur Bee Yin ???raikan??? keputusan mahkamah berkait Titah Adendum .. - Mgazette - 22/12 3:39 pm # Zambry tegur Bee Yin raikan keputusan mahkamah berkait Titah Adendum KUALA LUMPUR Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr |
|
Ahmad Zahid ingatkan jangan simbah minyak pada api yang sedang marak - Utusan - 22/12 3:18 pm Demikian peringatan tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin DAP, susulan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini yang memutuskan Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan di rumah sebagai tidak .. |
|
Mahkamah: Titah Adendum tidak sah dan tak pernah dibincangkan, Najib kekal .. - Wrlr - 22/12 3:17 pm SITI NUR ZAWANI December 22, 2025 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang. Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching hari ini menolak rayuan Najib, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum |
|
'Jangan simbah minyak pada api yang sedang marak' - Presiden UMNO - Sinarharian - 22/12 3:12 pm SHAH ALAM - "Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak," demikian kenyataan tegas daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Meskipun hanya hantaran ringkas di Facebook pada Isnin, kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada pemimpin DAP yang didakwa bersorak meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum.Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menegur sikap ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin dengan mengatakan tindakan wakil rakyat DAP itu tidak wajar kerana keputusan mahkamah melibatkan penderitaan dan kesan besar terhadap individu serta keluarga terlibat.Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga secara lantang menggesa supaya parti menarik balik sokongan daripada kerajaan sekarang.Tegasnya, lebih baik UMNO menjadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina rakan sekutu dalam kerajaan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk mendesak kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah tersebut tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Kata beliau, perintah tambahan hanya menyentuh saranan mempertimbangkan permintaan Najib selaku pemohon untuk mendapat pengampunan penuh dan pengurangan hukuman penjaranya.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman di Penjara Kajang lebih tiga tahun bermula 23 Ogos 2022 kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di rumah sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya. |
|
Akmal gesa UMNO tarik sokongan Kerajaan Perpaduan - Utusan - 22/12 2:57 pm PETALING JAYA: UMNO digesa menarik semula sokongan daripada Kerajaan Perpaduan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan di rumah sebagai tidak sah |
|
Tiada mekanisme undang-undang bagi tahanan rumah, kata Mahkamah Tinggi - FMT - 22/12 1:46 pm Hakim Alice Loke berkata budi bicara bagi hukuman tahanan rumah terletak pada komisioner jeneral penjara dengan titah adendum itu melucutkan budi bicaranya. |
|
Akmal Saleh kecewa Titah Adendum diputuskan tidak sah - Sinarharian - 22/12 1:38 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh kecewa dengan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum tidak sah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Beliau meluahkan kekesalan kerana titah itu dikatakan tidak sah selepas disorokkan begitu lama, sedangkan pihak Istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Titah Adendum berkenaan dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA)."Walaupun pihak istana Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang Titah Adendum itu dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika menjadi YDPA."Bila nak bentuk kerajaan atas titah YDPA menjadi alasan utama |
|
Mahkamah kurangkan kuasa Agong, dakwa peguam Najib - Mkini - 22/12 12:29 am Hakim memutuskan titah tambahan berkaitan tahanan oleh Agong tidak sah dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan. |
|
Titah Adendum: Najib kecewa, kes masih berterusan dua tahun - Sinarharian - 22/12 12:29 am KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa kecewa susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata kekecewaan itu berpunca daripada isu berkaitan Titah Adendum yang masih belum diselesaikan meskipun telah berlarutan hampir dua tahun."Sudah tentu beliau (Najib) sangat kecewa |
|
“So sorry daddy” – Anak Najib Razak Luah Rasa Kecewa, Mohon Bapa Bersabar Dengan Keputusan Mahkamah - Lobakmerah - 22/12 12:24 am Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum terhadapnya untuk menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah |
|
“Isu tahanan rumah tidak pernah dibincang. Titah Adendum bukan perintah sah” – Hakim Mahkamah Tinggi - Lobakmerah - 22/12 12:14 am Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi telah menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi melaksanakan Titah Adendum |
|
Mahkamah: Titah Adendum tidak sah dan tak pernah dibincangkan, Najib kekal di Penjara Kajang - Harapandaily - 22/12 11:15 am Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang. Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching hari ini menolak rayuan Najib, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum |
|
Najib mahu rayu, Titah Adendum tahanan rumah ditolak - Sinarharian - 22/12 11:10 am KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Pihak pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, akan merayu keputusan yang menolak permohonan untuk memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata demikian selepas Hakim, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan kehakimannya."Saya mohon mahkamah menyegerakan alasan penghakiman bagi membolehkan kami memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan," kata peguam.Alice kemudian memberitahu, alasan penghakiman penuh tersebut akan dibuat secepat mungkin |
|
Titah Adendum Tahanan Rumah Tidak Sah, Najib Razak Kekal Di Penjara Kajang - Beautifulnara - 22/12 11:01 am Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan bahawa Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, menjalani tahanan di rumah adalah tidak sah, memetik Utusan Malaysia |
|
Isu tahanan rumah tidak pernah dibincang Lembaga Pengampunan - Hakim .. - Hmetro - 22/12 10:52 am Kuala Lumpur: Isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu antara alasan penghakiman menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan Titah Adendum, supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah |
|
Permohonan tahanan di rumah ditolak, Najib kekal di Penjara Kajang - Sinarharian - 22/12 10:43 am KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya pada Isnin.Hakim, Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian mendapati titah itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 untuk membenarkan Najib, 72, menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Menurutnya, titah itu tidak dibuat mengikut tatacara Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana isu tahanan rumah tidak diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.Ketika membaca keputusan lebih 50 minit, beliau berkata, Lembaga Pengampunan tidak diberikan sebarang nasihat berhubung perkara yang dipertikaikan.Katanya, perintah tambahan tersebut hanya menyentuh saranan untuk mempertimbangkan permintaan Najib selaku pemohon untuk mendapat pengampunan penuh dan pengurangan hukuman penjaranya."Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ketika itu hanya membuat keputusan untuk pengurangan 50 peratus hukuman penjara dan denda tanpa menyebut mengenai tahanan rumah."Oleh itu, tiada nasihat Lembaga Pengampunan dikemukakan berkenaan tahanan rumah sekali gus titah tersebut tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Perkara 42," katanya.Beliau berkata, kerajaan dan enam pihak lain selaku responden tidak berkewajipan untuk mematuhi atau menguatkuasakan titah berkenaan |
|
Titah adendum tidak sah: Najib kekal di penjara - Mkini - 22/12 10:38 am Air mata Rosmah tumpah susulan keputusan yang tidak menyebelahi suaminya itu. |
|
Najib tidak dibenar menjalani hukuman penjara di rumah - Mdateline - 22/12 10:29 am Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dibenar menjalani hukuman penjara di rumahnya |
|
Najib kekal di Penjara Kajang - FMT - 22/12 10:29 am Hakim Alice Loke putus bekas perdana menteri gagal membuktikan kesnya dalam rayuan titah adendum. |
|
Ratusan penyokong Najib berkumpul menjelang keputusan Adendum - Harapandaily - 22/12 10:05 am Perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi penyokong Datuk Seri Najib Razak sejak jam 7 pagi tadi, menjelang keputusan sama ada bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukumannya di penjara atau di rumah |
|
Kawalan keselamatan ketat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Sinarharian - 22/12 9:34 am KUALA LIMPUR - Kawalan keselamatan diperketatkan di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sejak awal pagi Isnin susulan keputusan berkaitan Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak.Tinjauan Sinar Harian mendapati, pintu pagar utama keluar masuk kompleks ditutup sepenuhnya dengan hanya kenderaan pihak berkuasa, kakitangan mahkamah serta pihak yang dibenarkan sahaja dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.Laluan pejalan kaki turut dikawal rapi oleh anggota polis dan Angkatan Relawan Negara (RELA) dengan pemeriksaan identiti dijalankan terhadap orang awam sebelum dibenarkan masuk.Kawalan keselamatan berlapis turut dilaksanakan di pintu masuk lobi mahkamah menerusi kehadiran anggota polis dan RELA bersama penggunaan mesin pengimbas badan serta beg.Orang awam dan pihak berkepentingan yang memasuki bangunan mahkamah perlu melalui proses imbasan keselamatan dengan pemeriksaan dibuat secara berperingkat.Suasana di sekitar lobi mahkamah menyaksikan orang ramai beratur bagi melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam bangunan.Turut kelihatan beratur, adik kepada Najib iaitu Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak yang dipercayai hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadiri prosiding membabitkan abangnyaSetakat ini, lebih 100 penyokong berkumpul di luar pintu pagar utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sambil menunggu perkembangan keputusan mahkamah. |
|
Mahkamah Kuala Lumpur jadi tumpuan pengamal media, penyokong najib - Sinarharian - 22/12 9:10 am KUALA LUMPUR - Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini menjadi tumpuan pengamal media bagi membuat liputan berhubung keputusan Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Isnin.Suasana di pekarangan kompleks mahkamah mula dipenuhi pengamal media yang hadir seawal jam 7 pagi.Tinjauan Sinar Harian turut mendapati penyokong Najib mula berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seawal 6.30 pagiKehadiran penyokong itu bagi menantikan keputusan semakan kehakiman difailkan Najib berhubung permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada Isnin, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alice Lokedijadual menyampaikan keputusannya dalam semakan kehakiman difailkan Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan yang memohon untuk menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.Keputusan itu akan menentukan sama ada Najib akan dibenar untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah atau sebaliknya iaitu terus kekal di penjara.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Pada 2 Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa hukuman penjara asal Najib selama 12 tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada enam tahun penjara serta denda RM50 juta.Menurut kenyataan itu, Najib dijadual dibebaskan pada 23 Ogos 2028, namun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara akan ditambah satu tahun dan tarikh pembebasan akan menjadi 23 Ogos 2029.Dua bulan kemudian, pada 1 April 2024, beliau memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu Titah Adendum atau perintah tambahan diraja yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Menerusi permohonan itu, beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta kerajaan sebagai responden pertama hingga ketujuh.Najib turut memohon perintah mandamus supaya semua atau mana-mana responden mengesahkan dan memperakui kewujudan perintah tambahan bertarikh 29 Januari 2024 itu.Najib juga memohon perintah mandamus supaya, sekiranya perintah tambahan itu wujud, semua atau mana-mana responden melaksanakan perintah diraja berkenaan dan memindahkannya dengan segera dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.Pada 4 Julai 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman Najib dengan alasan afidavit sokongan mengandungi keterangan dengar cakap.Keputusan itu mendorong Najib merayu ke Mahkamah Rayuan, di mana beliau memenangi rayuan berkenaan melalui keputusan majoriti 2-1, dengan perintah supaya perkara itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh.Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu di Mahkamah Persekutuan.Pada 13 Ogos, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Malaya ketika itu, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan AGC dan mengarahkan supaya semakan kehakiman Najib dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran penuh berdasarkan merit kes.Kes itu kembali didengar di Mahkamah Tinggi di hadapan Alice yang mendengar hujahan semua pihak dan menetapkan hari ini (22 Disember) sebagai tarikh keputusan. |
|
Harapan Najib penjara di rumah diketahui hari ini - Sinarharian - 22/12 8:22 am KUALA LUMPUR Harapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaksa kerajaan bagi melaksanakan Titah Adendum supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Hakim, Alice Loke membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan jam 9 pagi berhubung permohonan Najib, 72, untuk mendesak kerajaan atau enam pihak lain menunaikan titah yang dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka beliau akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Walau apa sahaja keputusannya kelak, kedua-dua pihak masih berpeluang untuk memfailkan rayuan bagi keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Pada 24 November lalu, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian telah memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Menerusi perintah itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara.Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. |
|
Semoga Najib dapat pulang semula ke rumah esok, doa penyokong - Mgazette - 22/12 7:43 am # Semoga Najib dapat pulang semula ke rumah esok, doa penyokong KUALA LUMPUR - Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menaruh harapan tinggi supaya keputusan Mahkamah Tinggi melibatkan titah adendum esok, akan berpihak kepada bekas perdana menteri itu |
|
Kajang or Home? High Court decides Najibs fate today - Sinardaily - 22/12 7:13 am KUALA LUMPUR Today marks another significant episode in the nations history as the High Court here decides whether former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will be allowed to serve his prison sentence at home or remain incarcerated at Kajang Prison.High Court judge Alice Loke is scheduled to deliver her decision at 9am on Najibs application to compel the government and six other parties to implement the alleged Additional Order (Titah Adendum).Najib, 72, is seeking an order that would allow him to serve the remainder of his sentence under house arrest.The Pahang-born former leader has been imprisoned for more than three years since Aug 23, 2022, after being sentenced to six years jail and fined RM50 million upon conviction for misappropriating RM42 million of SRC International Sdn Bhd funds.If Najib succeeds in his application, he will be permitted to serve his sentence at his residence |
|
Artifak sejarah tak boleh dibawa pulang sewenang-wenangnya ??? Raja .. - Mgazette - 21/12 3:02 pm # Artifak sejarah tak boleh dibawa pulang sewenang-wenangnya Raja Permaisuri Agong KUALA LUMPUR - Adalah amat mudah untuk menggunakan sentimen bahawa artifak sejarah kita yang kini dalam pemilikan dan simpanan pihak luar negara telah `dicuri' sewaktu penjajahan negara kita dahulu oleh pelbagai kuasa dunia, justeru hendaklah dibawa pulang sebagai hak milik kita |
|
Najib `balik rumah’ atau kekal ditahan di Penjara Kajang? - Mgazette - 21/12 3:02 pm # Najib `balik rumah' atau kekal ditahan di Penjara Kajang? KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memutuskan esok sama ada Datuk Seri Najib Razak dibenar menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah atau meneruskannya di Penjara Kajang. Hakim Alice Loke Yee Ching akan menyampaikan keputusan sama ada membenar atau menolak semakan kehakiman bekas Perdana Menteri untuk memaksa kerajaan menguatkuasakan titah adendum |
|
Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan .. - Mgazette - 21/12 3:02 pm # Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia di atas kejayaan meraih 231 pingat secara keseluruhan pada temasya Sukan SEA 2025 |
|
Kekal di Penjara Kajang atau menjadi tahanan rumah: Esok jadi penentuan nasib Najib - Harapandaily - 21/12 10:29 am Persoalan sama ada mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal di Penjara Kajang atau menjalani tahanan di rumah bakal terjawab esok. Hakim Alice Lau akan membuat keputusan tersebut dalam prosiding pada pukul 9 pagi ekoran permohonan Najib agar kerajaan melaksanakan Titah Adendum yang menitahkan beliau menjalani tahanan di rumah |
|
Nasib Najib diketahui esok - Sinarharian - 21/12 9:00 am KUALA LUMPUR Esok bakal mencatatkan satu lagi episod penting dalam sejarah negara, apabila Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang.Hakim, Alice Loke akan membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan jam 9 pagi, berhubung permohonan Najib, 72, untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum.Anak kelahiran Pahang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara enam tahun dan denda RM50 juta kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka dia akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.Pada 24 November, Alice menetapkan 5 Januari tahun depan untuk menyampaikan keputusan itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam responden lain.Bagaimanapun, tarikh keputusan itu telah diawalkan kepada 22 Disember.Serentak prosiding berkenaan, mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kemudian telah memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Menerusi perintah itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Bekas Menteri Kewangan itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu negara bagi menjalani baki hukuman penjara.Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. |
|
Legasi emas Sultan Pahang berterusan di Sukan SEA Thailand - Sinarharian - 20/12 3:02 pm KEJAYAAN skuad equestrian polo negara merangkul pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand menjadi detik penuh makna buat Malaysia apabila legasi emas Sultan Pahang diteruskan oleh anakanda baginda sendiri.Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur dan bangga selepas Malaysia menewaskan tuan rumah Thailand 106.5 dalam aksi final acara polo kategori 46 gol di VS Sports Club & Siam Polo Park pada Jumaat.Kemenangan di Samut Prakan itu sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-56 kepada kontinjen negara."Hari ini hari yang cukup bertuah buat kita |
|
Dari Dapur Istana Ke PPS, Keprihatinan Tengku Ampuan Pahang Buat Ramai Tersentuh…350 Pek Sarapan Untuk Mangsa Banjir Di Kuantan - Siraplimau - 19/12 11:49 am Pegawai dan kakitangan di Istana Abdulaziz, Kuantan tidak menang tangan sejak awal pagi semalam demi memastikan titah Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Tengku Ampuan Pahang dapat dilaksanakan, khususnya dalam membantu mangsa banjir yang terjejas |
|
Najib boleh jalani hukuman dalam rumah jika semakan kehakiman berjaya .. - Mgazette - 19/12 8:03 am # Najib boleh jalani hukuman dalam rumah jika semakan kehakiman berjaya Isnin ini KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak akan dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dengan serta-merta sekiranya Mahkamah Tinggi memutuskan semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum memihak kepadanya pada Isnin ini |
|
Sultan Nazrin perkenan kerjasama MAIPk, jabatan penjara bantu bekas banduan - Mgazette - 18/12 3:14 pm # Sultan Nazrin perkenan kerjasama MAIPk, jabatan penjara bantu bekas banduan IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenankan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bekerjasama dengan Jabatan Penjara negeri itu bagi merintis usaha membantu bekas banduan |
|
Najib dipenjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihak kepadanya Peguam - Sinarharian - 18/12 3:08 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sekiranya keputusan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, maka bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjara di rumah serta-merta.Ketika sidang akhbar, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukan pembelaan percaya, Najib, 72, akan dibebaskan tanpa sebarang kelewatan.Bagaimanapun beliau memahami beberapa prosedur perlu dibuat sebelum bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan keluar dari Penjara Kajang."Isu yang akan timbul ialah di rumah mana anak guamnya akan ditempatkan, siapa yang akan mengawal di lokasi berkenaan."Saya faham persiapan perlu dibuat di kediaman yang akan dipilih, namun saya percaya anak guam mesti dibenarkan pulang tanpa berlengah lagi," katanya.Ditanya mengenai kemungkinan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan sekiranya nasib menyebelahi anak jati Pahang itu, peguam utama kes 1MDB itu berkata, ia tidak akan menjejaskan keputusan mahkamah.Katanya, ia juga tidak akan mempengaruhi kes Titah Adendum sekiranya keputusan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diketahui Jumaat minggu hadapan."Jangan campur-adukkan kes 1MDB dengan Titah Adendum membabitkan kes SRC International Sdn Bhd."Kes ini melibatkan kebebasannya, yang mana Najib telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya pada tahun 2022," katanya.Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.Bekas Presiden UMNO itu memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Anak jati Pahang itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu Negara bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. |
|
Masjid perlu keluar daripada peranan lapuk, titah Sultan Perak - FMT - 18/12 1:18 pm Sultan Nazrin Shah bertitah masjid mesti berperanan aktif dalam bantu tangani isu termasuk keterjaminan makanan, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar serta kesihatan rakyat. |
|
Rogol suka sama suka, pesalah perempuan bawah umur di Kelantan didakwa di Mahkamah Syariah - Sinarharian - 18/12 11:27 am KOTA BHARU Kes rogol suka sama suka yang dikenal pasti melibatkan persetujuan bersama antara perempuan berusia 16 tahun kebawah dengan lelaki akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas perempuan bawah umur yang terlibat dengan perlakuan tersebut.Menurut beliau, perkara itu diputuskan hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu."Pelaksanaannya telah bermula sejurus selepas mesyuarat berkenaan."Langkah tersebut adalah susulan titah Tuanku Sultan Kelantan supaya kes-kes rogol yang didapati melibatkan hubungan suka sama suka diserahkan kepada pihak berkuasa agama negeri," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.Menurut beliau, sebanyak lima kes setakat ini telah dirujuk kepada Jaheaik, cuma belum diuar-uarkan kepada umum.Mohd Yusoff memberitahu, remaja perempuan berusia 17 dan 18 tahun yang diklasifikasikan di bawah kesalahan ambang seksual Seksyen 14(a) akan turut didakwa di Mahkamah Syariah.Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, trend kes rogol di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebelum ini."Kita tidak menolak kemungkinan penurunan ini berpunca daripada mangsa atau ibu bapa tidak berani untuk membuat laporan."Kebanyakan laporan yang diterima dari pegawai perubatan selepas mangsa di dapati hamil," katanya. |
|
Junjung titah Agong, tingkatkan syiar Islam – Zulkifli - Mgazette - 18/12 8:08 am # Junjung titah Agong, tingkatkan syiar Islam - Zulkifli PUTRAJAYA Dr Zulkifli Hasan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menjalankan amanah dengan sebaiknya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Istana Negara hari ini |
|
Agong titah Jemaah Menteri utamakan kepentingan rakyat - Mkini - 17/12 2:32 pm Seri Paduka bertitah kerajaan perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. |
|
Agong nasihat jemaah menteri bekerja demi rakyat - Sinarharian - 17/12 2:01 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menasihatkan anggota Jemaah Menteri agar sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta mengutamakan kepentingan rakyat.Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kerajaan perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.Sultan Ibrahim turut menekankan kepentingan kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota Jemaah Menteri bagi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan cekap dan berkesan."Menteri dan Timbalan Menteri perlu sentiasa turun padang mendengar suara rakyat |
|
Agong titah Jemaah Menteri utama kepentingan rakyat - FMT - 17/12 12:47 am Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga mahu anggota Kabinet sentiasa menjalankan amanah dengan penuh integriti. |
|
Teguran Sultan Selangor berkenaan isu sampah realiti dihadapi rakyat ??? .. - Mgazette - 16/12 3:11 pm # Teguran Sultan Selangor berkenaan isu sampah realiti dihadapi rakyat Yusfarizal KUALA LUMPUR Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan kekecewaan terhadap isu banjir dan kebersihan di Selangor wajar difahami sebagai suara keprihatinan terhadap denyut kehidupan rakyat |
|
Sampah: Jangan urus tadbir negeri dihurung lalat - Harakahdaily - 16/12 10:19 am TITAH Sultan Selangor bahawa baginda sudah muak dengan isu kebersihan menzahirkan keprihatinan Baginda terhadap kualiti hidup rakyat negeri ini |
|
'Semak fakta, jangan tuduh BN tanpa usul periksa' - Mohd Asna - Sinarharian - 16/12 8:29 am SHAH ALAM - Keputusan Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan Perpaduan selepas pilihan raya bukan atas kehendak mana-mana individu, sebaliknya berlaku susulan titah Yang di-Pertuan Agong selepas negara berdepan situasi Parlimen tergantung.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN hanya memenangi 30 kerusi dan bersedia menjadi pembangkang |
|
Sampah: Tadbir urus negeri terkaya resahkan Istana - Harakahdaily - 15/12 1:09 pm TITAH Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Hari Keputeraan baginda tahun ini meninggalkan kesan besar terhadap landskap pentadbiran negeri Selangor |
|
Sultan Selangor: Hentikan komen unsur kebencian di media sosial - Mkini - 11/12 6:19 pm "Bekerjasamalah tanpa mengira kaum atau agama," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah. |
|
Sultan Selangor tegur kelakuan tidak beradab Ahli Parlimen - Mgazette - 11/12 3:31 pm # Sultan Selangor tegur kelakuan tidak beradab Ahli Parlimen KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegur Ahli-Ahli Parlimen yang gagal menunjukkan contoh baik dan meminta mereka mewakili rakyat dengan penuh hormat, maruah dan integriti |
|
Sultan Selangor terima banyak aduan tentang kebersihan - Mgazette - 11/12 3:31 pm # Sultan Selangor terima banyak aduan tentang kebersihan KUALA LUMPUR - Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima banyak aduan mengenai keadaan kotor di Selangor, menegaskan bahawa baginda mahu perancangan segera dilakukan untuk membersihkan negeri itu |
|
Henti hantaran berbaur kebencian di media sosial, titah Sultan Selangor - FMT - 11/12 2:33 pm Sultan Sharafuddin Idris Shah mempersoalkan faedah naratif dan komen berunsur kaum yang akan menyebabkan polarisasi serta rasa tidak percaya sesama rakyat. |
|
Hantaran berbaur kebencian di media sosial perlu dihentikan - Sultan Selangor - Sinarharian - 11/12 12:14 am KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan mendalam baginda terhadap peningkatan hantaran serta komen berunsur kebencian di media sosial, selain berasa terganggu dengan pelbagai isu berkaitan kaum, agama dan penyebaran berita palsu.Justeru itu, baginda menasihati warganet supaya "berfikir sedalam-dalamnya sebelum memuat naik hantaran atau menyatakan sesuatu"."Setiap hantaran anda mempunyai implikasi tersendiri khususnya yang menyentuh isu kaum dan agama |
|
TMJ: Jika dokumen pemain warisan palsu, FAM mesti tanggungjawab, letak jawatan - Mkini - 10/12 6:32 pm "Bila benda ni berlaku, semua lepas tangan," titah Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. |
|
Hak negeri wajar diseimbang dengan kepentingan negara - Sultan Selangor - Mkini - 10/12 5:28 pm "Tidak ada gunanya melaungkan hak dan identiti negeri jika negara akhirnya menanggung akibat," titah Sultan Sharafuddin |
|
Hak negeri wajar diseimbangkan kepentingan negara, titah Sultan Selangor - FMT - 10/12 3:09 pm Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah prinsip kedaulatan negeri dan tadbir urus tempatan sememangnya asas penting bagi sesebuah negeri, namun 'tidak boleh keterlaluan'. |
|
'Kita tak mahu lihat kecuaian birokrasi berulang' - Mohd Fakhrul - Sinarharian - 9/12 10:58 am KUANTAN Pemuda UMNO Bahagian Pekan menyokong penuh inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada awal 2026.Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, ia bukanlah perkara baharu dalam sektor awam di Malaysia dan konsep seumpama itu pernah ditubuhkan sekitar 1971 dengan nama Public Complaints Bureau atau Biro Pengaduan Awam."Pada awal Januari tahun ini, saya ada menyebut tentang pentingnya penubuhan Ombudsman Malaysia, sebagai reaksi terhadap kemelut Titah Addendum."Alhamdulillah semalam (Isnin), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan komitmen serius melalui kenyataan hasrat (intent statement) berkenaan penubuhan Ombudsman Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, Anwar dilaporkan berkata bahawa kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat yang lebih menyeluruh, merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.Menurutnya, penubuhan Ombudsman Malaysia menzahirkan komitmen Kerajaan Madani untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam, dan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijadualkan dibentangkan pada awal 2026.Mengulas lanjut, Mohd Fakhrul berkata, rakyat Malaysia berharap penubuhan Ombudsman ini dapat memastikan insiden Titah Addendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berulang kepada orang lain."Ombudsman Malaysia bukan tentang mencari kesalahan tadbir urus awam |
|
Tiba masa naik taraf UIAM, titah Tengku Ampuan Pahang - FMT - 7/12 7:48 pm Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah kampus yang vibran akan membantu memupuk pelajar di universiti yang ditubuhkan pada 1983. |
|
UIAM rai 5,561 graduan, titah Tunku Azizah semarakkan istiadat konvokesyen - Mgazette - 7/12 3:42 pm # UIAM rai 5,561 graduan, titah Tunku Azizah semarakkan istiadat konvokesyen GOMBAK - Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-41 bermula dengan penuh istiadat apabila Ketua Perlembagaan UIAM, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli merasmikan sidang pertama di Kampus Gombak hari ini |
|
Tuntutan pajakan atau wilayah Kedah perlu berakar nusa - Harakahdaily - 7/12 12:03 am PEMESONGAN fakta oleh kolonial dalam sejarah Malaysia perlu diluruskan secara adil dan saksama dengan berakarkan sejarah Melayu |
|
Jangan ada kegiatan songsang di Pahang – Titah tegas Sultan Abdullah - Harapandaily - 3/12 8:28 am Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan supaya tiada kegiatan tidak bermoral atau songsang berlaku di negeri itu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |