///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Tiram News   Page 1    



Polis, tentera adalah taghut dan wajib diperangi – Bapa penyerang .. - Mygazette - 28/04 7:57 am

# Polis, tentera adalah taghut dan wajib diperangi - Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram sering mengkafirkan pihak yang tidak sehaluan dengan fahamannya selain menyampaikan dakwah berkaitan thaghut dan kebencian terhadap kerajaan serta pasukan keselamatan





Bapa, abang sulung penyerang Balai Ulu Tiram dipenjara maksimum 30 tahun - Mygazette - 28/04 7:57 am

# Bapa, abang sulung penyerang Balai Ulu Tiram dipenjara maksimum 30 tahun KUALA LUMPUR - Bapa dan abang sulung penyerang Balai Polis Ulu Tiram dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan ideologi keganasan





Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram percaya Daesh khalifah dijanjikan - Sinarharian - 27/04 8:09 pm

KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru percaya bahawa kumpulan pengganas Daesh merupakan khalifah yang dijanjikan, berasal daripada keturunan puteri bongsu Rasulullah, Fatimah Az-Zahra.Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun berkata demikian ketika membaca pengakuan bertulis Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, dalam perbicaraan hari kelima kes keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan ideologi keganasan.Katanya, bapa kepada empat anak itu dilaporkan membuat pengakuan berkenaan ketika disiasat di bawah Seksyen 18A Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).Beliau berkata, lelaki itu menyatakan bahawa kepercayaannya terbentuk selepas meneliti kitab-kitab tafsir."Tertuduh turut mengakui pernah mengikuti video upacara baiah dan meniru lafaz dalam bahasa Arab sebagai tanda sokongan."Dia tidak terlibat secara langsung dan mendakwa hanya memberi sokongan melalui doa."Ketika serbuan di rumah tertuduh, pihak polis mendapati tertuduh pertama menulis kenyataan berunsur kebencian terhadap kerajaan, polis dan tentera di dinding," katanya.Pendakwaan turut mendakwa tertuduh pertama berperanan mempengaruhi ahli keluarganya dengan fahaman ideologi keganasan, termasuk individu yang terlibat dalam serangan tersebut.Selain itu, tertuduh menyatakan hasrat agar serangan dilakukan terhadap balai polis serta menganggap kematian dalam serangan sedemikian sebagai syahid.Bagaimanapun, katanya, keadaan kesihatan yang uzur membataskan kemampuan tertuduh untuk melakukan perkara lain.Mengikut pertuduhan, ibu penyerang, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Radin Imran membuat pengakuan sama atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, dua konstabel, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban, sementara Koperal Mohd Hasif Roslan, 40 (kini Sarjan) cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelaki yang akhirnya ditembak mati dalam insiden tersebut.PENJELASAN PEMBETULAN





Ulu Tiram attack: Suspect's dad, mum, brother plead guilty to terrorism charges, sentenced to jail - Mkini - 27/04 7:20 pm

Family influenced by militant beliefs, calls to fight authorities and seek martyrdom.





Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu Kena Penjara Empat Tahun - Siakapkeli - 27/04 7:10 pm

Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu Kena Penjara Empat Tahun KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bapa dan abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor dijatu





Ulu Tiram attackers brother fantasised about Merdeka Day attack, court hears - FMT - 27/04 6:22 pm

Radin Romyullah Radin Imran expressed intent to target police officers and military personnel at parade, according to recorded statement.





Pengakuan abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram mahu letup di hari perbarisan - Sinarharian - 27/04 5:48 pm

KUALA LUMPUR Abang sulung kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru memaklumkan bahawa dia pernah terlintas untuk membawa ahli keluarganya menaiki van yang dipenuhi bahan letupan, kemudian menyerang satu perbarisan.Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun berkata demikian ketika membaca fakta dalam perbicaraan hari kelima kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan.Norinna berkata menerusi pernyataan bertulis, Radin Romyullah Radin Imran, 36, yang merupakan tertuduh kedua, memberitahu sasaran perancangan itu melibatkan anggota keselamatan negara termasuk polis, tentera dan komando.Menurutnya, Radin Romyullah sebelum ini menganggap tindakan adiknya, Radin Luqman, yang menyerang dan membunuh dua anggota polis sebagai sesuatu yang wajar berdasarkan fahaman yang dipegang ketika itu, yang dianggap sebagai jihad."Ini kerana menurut fahaman saya (Radin Romyullah), polis dan tentera berstatus kafir, namun saya sedar fahaman berkenaan tidak selaras dengan undang-undang Malaysia, jadi saya menyembunyikannya daripada pengetahuan umum," kata fakta kes.Anak sulung daripada empat beradik itu mengaku sehingga kini masih berpegang kepada fahaman tersebut dan melihat perbuatan itu sebagai sebahagian daripada perjuangan.Romyullah turut mengakui masih cenderung kepada ideologi kumpulan militan Daesh dan menyifatkannya sebagai satu bentuk pelaksanaan Islam secara menyeluruh pada zaman moden menurut pemahamannya.Tertuduh kedua itu menyatakan hukuman bunuh yang dilaksanakan kumpulan itu tidak dianggap salah berdasarkan tafsiran yang difahami kerana tiada perincian khusus mengenai kaedah pelaksanaannya.Dia turut mendedahkan pernah mendengar bapanya, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, berbicara secara berseloroh mengenai jihad."Dia cakap, nak jihad tak perlu jauh-jauh, jumpa kat mana-mana, datang senyap-senyap, zass sambil menghayunkan tangannya."Apa yang dikatakan dan digambarkan bapa saya ini tersemat sebagai sebuah idea tentang pelaksanaan jihad di luar medan perang," kata fakta kes.Romyullah turut mengakui dia dan adiknya kerap menonton video berkaitan Daesh menggunakan komputer riba miliknya.Radin Romyullah mengakui memiliki fahaman jihad yang dipengaruhi bapanya, selain menyatakan kesediaan untuk bertindak terhadap anggota keselamatan jika berpeluang.Selain itu, dia memaklumkan bahawa senjata seperti panah dan busur yang dimiliki bapanya dipercayai sebagai persediaan berkaitan fahaman tersebut.Romyullah juga mendedahkan pernah mengucapkan baiah atau sumpah setia kepada pemimpin Daesh, Abu Bakar Al-Baghdadi, selepas menonton video berkaitan bersama bapanya sekitar tahun 2014.Pengakuan tersebut menggambarkan sejauh mana pengaruh fahaman berkenaan dalam keluarganya yang akhirnya dikaitkan dengan insiden melibatkan pihak berkuasa.Mengikut pertuduhan, ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran, membuat pengakuan sama atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, Radin Romyullah juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, Ahmad Azza Fahmi, 24, dan Muhamad Syafiq, 26, terkorban, manakala Mohd Hasif, 40, cedera ditembak di bahu dan punggung kiri.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, dua konstabel, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban, sementara Koperal Mohd Hasif Roslan, 40 (kini Sarjan) cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelaki yang akhirnya ditembak mati dalam insiden tersebut.





Bapa, abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipenjara 30 tahun - Hmetro - 27/04 5:40 pm

Kuala Lumpur: Bapa dan abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas menukar pengakuan semasa prosiding hari kelima berkaitan ideologi keganasan





Ideologi keganasan: Bapa, abang sulung penyerang Balai Polis Ulu Tiram dijel 30 tahun - Sinarharian - 27/04 5:30 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Bapa dan abang sulung suspek penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru menukar pengakuan kepada bersalah, semasa prosiding hari kelima berkaitan ideologi keganasan, dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Sementara ibu penyerang, Rosna Jantan, 61, dihukum penjara selama empat tahun selepas membuat pengakuan sama bagi satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan





Bapa, abang penyerang balai Ulu Tiram dipenjara 30 tahun - FMT - 27/04 5:27 pm

Ibu penyerang pula dijatuhi hukuman penjara empat tahun, manakala dua adik-beradik perempuan dibebaskan.





Bapa, abang penyerang balai Ulu Tiram dipenjara 30 tahun - Hotfm - 27/04 5:27 pm

Ibu penyerang pula dijatuhi hukuman penjara empat tahun, manakala dua adik-beradik perempuan dibebaskan.





Ulu Tiram attackers father, brother sentenced to 30 years jail - FMT - 27/04 5:16 pm

His mother was sentenced to four years in prison, and two female siblings acquitted.





Bicara kes serangan Balai Polis Ulu Tiram bersambung esok - Mygazette - 26/04 2:55 pm

# Bicara kes serangan Balai Polis Ulu Tiram bersambung esok KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan esok bagi menyambung perbicaraan lima ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang menghadapi sembilan pertuduhan berkaitan keganasan





Police seize air rifles, jihad books from Ulu Tiram attacker’s family home - SUN - 17/04 10:05 pm

A police officer testified that air rifles, PVC pipes, and jihad-related books were seized from the home of the Ulu Tiram police station attacker's family during a High Court hearing.





Police uncover air rifles, PVC pipes and books linked to Ulu Tiram attack probe - Sinardaily - 17/04 9:48 pm

KUALA LUMPUR A police officer tells the High Court here today that he seized four air rifles, nine Polyvinyl Chloride (PVC) pipes and several books related to jihad from the family home of the Ulu Tiram police station attacker in Johor.Assistant Superintendent of Police Cassidy Banta, 42, said the items were seized when he led a search at the home of Radin Luqman Radin Imran, 21, in Kampung Sungai Tiram following the May 17, 2024 attack which killed two police personnel.The fifth prosecution witness said that upon arriving at the house, the door was opened by the first accused, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, who is also the attackers father."I then informed the occupants of the house, who are members of Radin Luqmans family, about the attack on the Ulu Tiram police station carried out by the suspect, which led to his death as well as that of two police personnel, he said.He said this during examination-in-chief by deputy public prosecutor Yazid Mustaqim Roslan on the fourth day of the trial of five family members of the Ulu Tiram police station attacker, who are facing nine separate terrorism-related charges before Judge Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Cassidy said police also seized four mobile phones belonging to the accused, before he was led to a room where he found six books, some of which were titled jihad."In another room, which served as a storeroom, I found four air rifles, nine PVC pipes believed to be used for making long air rifles, and a pouch containing 42 marbles.I then arrested all the suspects (the five accused), for suspected involvement in a case under Section 302 of the Penal Code, he said.The prosecution witness said all the family members who were arrested, along with the seized items, were taken to the Seri Alam district police headquarters (IPD) for further action before they were remanded to assist in the investigation.Cassidy also told the court about the reaction of the attackers mother, Rosna Jantan, 61, and his father, Radin Imran, after being informed of their sons death."Rosna said, Alhamdulillah, thats good, while Radin Imran remarked, I only regret that he did not ask me to go along with him, said the fifth prosecution witness.According to the charges, Radin Luqmans mother, Rosna, was charged with one count of failing to provide information related to terrorist ideology at a house in Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, between April 2017 and May 17, 2024.Meanwhile, his father, Radin Imran, was charged with four counts of promoting terrorist ideology, supporting terrorist acts, possessing firearms for terrorism-related activities and possessing a book linked to a terrorist group.Radin Luqmans brother, Radin Romyullah, 36, was charged with two counts of providing support and possessing materials related to the terrorist group Daesh





Air rifles, jihad books seized at home of Ulu Tiram police station attackers family, witness tells High Court - Malaymail - 17/04 8:05 pm

KUALA LUMPUR, April 17 A police officer told the High Court here, today, that he seized four air rifles, nine Po...





Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis rampas senjata, buku jihad di rumah keluarga suspek - Sinarharian - 17/04 7:43 pm

KUALA LUMPUR - Polis merampas empat senapang angin, sembilan batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) dan beberapa buah buku berkaitan jihad di rumah keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.Asisten Superintenden Cassidy Banta, 42, berkata, rampasan itu dilakukan ketika beliau mengetuai pemeriksaan di kediaman keluarga Radin Luqman Radin Imran, 21, di Kampung Sungai Tiram selepas insiden serangan pada 17 Mei 2024 yang mengorbankan dua anggota polis.Saksi pendakwaan kelima itu berkata, sebaik tiba di lokasi, pintu rumah dibuka tertuduh pertama, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, yang juga bapa kepada penyerang berkenaan."Saya kemudian menceritakan kepada penghuni rumah yang merupakan ahli keluarga Radin Luqman berkenaan kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram yang dilakukan oleh suspek sehingga menyebabkan kematiannya serta dua lagi anggota polis," katanya.Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan pada hari keempat perbicaraan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram yang berdepan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan di hadapan Hakim Nurulhuda Nuraini Mohamad Nor.Cassidy berkata, pihaknya turut merampas empat telefon bimbit milik tertuduh sebelum dibawa ke sebuah bilik dan menemukan enam buah buku termasuk yang bertajuk 'jihad'."Di satu bilik lain yang merupakan stor, saya menemui empat senapang angin, sembilan paip PVC dipercayai untuk pembuatan senapang angin panjang dan beg uncang mengandungi 42 biji guli





Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Peguam minta rakaman CCTV, rekod lokap - Sinarharian - 17/04 3:58 pm

KUALA LUMPUR Pihak pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat supaya dibekalkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rekod pendaftaran lokap bagi lima ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada Mei 2024 lalu.Peguam, Faizal Rahman berkata demikian ketika perbicaraan hari keempat bagi sembilan pertuduhan berkaitan keganasan yang dihadapi lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut.Beliau berkata, bahan bukti itu akan membantu pembelaan dalam menilai keterangan saksi pendakwaan ketiga, penuntut universiti, Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24.Peguam itu berkata, saksi berkenaan memberi keterangan bahawa wujud perbualan bersama dua anak guamnya iaitu tertuduh pertama, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, dan anak lelakinya yang juga tertuduh kedua, Radin Romyullah, 36.Katanya, dalam prosiding lalu, penuntut itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah berbual dengan dua lelaki tersebut ketika direman dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam."Sedangkan anak guam mendakwa mereka ditempatkan di lokap berbeza."Justeru, kami percaya rekod pendaftaran lokap dan rakaman CCTV yang berada dalam kawalan pihak pendakwaan adalah relevan untuk dikemukakan kepada mahkamah," katanya.Beliau berkata, hasil semakan kelak dapat mengelakkan situasi keterangan lisan saksi bercanggah dengan keterangan anak guam.Sekiranya rakaman CCTV menunjukkan tiada pertemuan berlaku dalam sel berkenaan, beliau berkata ia memberi implikasi besar terhadap kredibiliti keterangan saksi pendakwaan tersebut.Menurutnya, perkara ini bukan serangan terhadap saksi, tetapi dokumen berkenaan akan membantu mahkamah mencapai keputusan yang adil.Katanya, keterangan berkaitan perbualan di lokap merupakan isu utama dan tidak boleh dipandang ringan.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P





Bapa penyerang Balai Ulu Tiram kesal tidak diajak sertai serangan – .. - Mygazette - 17/04 3:48 pm

# Bapa penyerang Balai Ulu Tiram kesal tidak diajak sertai serangan - Pegawai penyiasat KUALA LUMPUR - "Saya cuma kesal kerana dia tidak ajak saya ikut bersama," demikian reaksi bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor ketika dimaklumkan oleh seorang pegawai polis berhubung kematian anak lelakinya dalam kejadian serangan, dua tahun lalu





Assailants parents approved deadly Ulu Tiram police station attack, court told - FMT - 17/04 3:43 pm

Police officer claims that Radin Luqman Radin Imran's mother praised Allah on hearing of the incident that left her son dead.





Ulu Tiram attack: Suspect's dad expressed regret son didn't 'take him along', witness says - Mkini - 17/04 3:31 pm

Court hears testimony on parents' reactions during cop's retelling of raid on house.





Ibu penyerang Balai Ulu Tiram ucap syukur selepas tahu kematian polis - Utusan - 17/04 3:13 pm

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu, ibu kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor mengungkapkan rasa syukur, selepas mengetahui serangan yang dilakukan anaknya menyebabkan kematian dua anggota polis





Serangan Ulu Tiram: Ibu suspek cakap 'Alhamdulillah' lepas dengar anak mati - Mkini - 17/04 3:07 pm

ASP Cassidy Anak Bant menceritakan pengalamannya menyampaikan berita kematian suspek kepada kedua ibu bapanya.





Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis dengar ibu suspek kata Alhamdulillah - Sinarharian - 17/04 2:45 pm

KUALA LUMPUR "Alhamdulillah, baguslah tu."Itu reaksi ibu kepada suspek serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Rosna Jantan, yang mengorbankan dua anggota polis pada 17 Mei 2024.Pegawai Risikan dan Operasi D9, Unit Jenayah Siasatan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Asisten Superintenden (ASP) Cassidy Banta berkata, perkara itu didengari ketika serbuan dilakukan di kediaman wanita berkenaan di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram kira-kira jam 7 pagi pada hari kejadian.Menurutnya, Rosna, 62, yang juga warga Singapura, meluahkan kata-kata tersebut sejurus pihak polis memasuki rumahnya.Tambah beliau, suami kepada wanita itu, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, turut menyatakan kekesalan kerana tidak diajak bersama oleh anaknya."Dia (Radin Imran) berkata, saya cuma kesal kerana dia (penyerang) tidak mengajak saya ikut bersama," katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.Perbicaraan hari keempat itu melibatkan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan yang dihadapi Rosna bersama empat ahli keluarganya.Cassidy yang ketika kejadian bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berkata, pasukan polis bertindak ke rumah berkenaan hasil semakan terhadap sebuah motosikal jenis Honda yang dipercayai digunakan suspek semasa serangan.Katanya, motosikal itu didaftarkan atas nama abang penyerang, Radin Romyullah Radin Imran, 36.Menurutnya, pasukan kemudian menuju ke alamat berkenaan yang dipercayai kediaman suspek, Radin Luqman Radin Imran, 21, yang maut ditembak di lokasi kejadian."Hasil pemeriksaan di rumah itu, kami menemui beberapa buku latihan tertera atas nama Radin Luqman dan ahli keluarga lain, termasuk buku berkaitan jihad."Pemeriksaan di bilik ketiga yang dijadikan stor turut menemukan beberapa senapang angin pelbagai saiz."Turut dirampas ialah beberapa batang paip PVC (polivinil klorida) yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan senapang angin," katanya.Beliau berkata, susulan itu, semua penghuni rumah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Mereka ialah Radin Imran dan Rosna serta tiga anak mereka, Radin Romyullah, Mariah, 20, dan Farhah Sobrina, 25.Dalam kejadian itu, dua konstabel, Allahyarham Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Allahyarham Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 40 (kini Sarjan), cedera ditembak.Penyerang lelaki terbabit bagaimanapun ditembak mati di lokasi kejadian.Cassidy turut memberitahu, beliau antara anggota terawal tiba di tempat kejadian selepas menerima arahan pada jam 3.30 pagi.Katanya, semua anggota menunggu di luar pagar balai sebelum dibenarkan masuk selepas kehadiran pasukan taktikal."Sebaik masuk ke balai pada waktu subuh, saya melihat tiga mayat bergelimpangan."Satu mayat berpakaian seragam polis ditemui di parkir motosikal balai, manakala dua lagi di tepi pagar berhampiran kenderaan perisai polis," katanya.Mengikut pertuduhan, Radin Imran mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menyemai ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas serta memiliki senjata api dan bahan berkaitan kumpulan pengganas.Rosna pula didakwa atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan antara April 2017 hingga 17 Mei 2024 di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.Sementara itu, Radin Romyullah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.Farhah Sobrina dan Mariah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan.Perbicaraan di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor, bersambung pada 27 April depan.



Bicara kes serangan Balai Polis Ulu Tiram ditangguh ke 17 April - Mygazette - 10/04 3:59 pm

# Bicara kes serangan Balai Polis Ulu Tiram ditangguh ke 17 April KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor membabitkan lima sekeluarga suspek utama yang sepatutnya memasuki hari ketiga ditangguhkan ke 17 April ini



Ulu Tiram attackers father claimed police blood halal to be shed, court hears - Malaymail - 10/04 9:13 am

KUALA LUMPUR, April 10 A university student told the High Court here yesterday that the father of the attacker i...



Bapa penyerang balai dakwa “darah polis, askar halal dibunuh” .. - Mygazette - 10/04 8:01 am

# Bapa penyerang balai dakwa "darah polis, askar halal dibunuh" - Saksi KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bapa penyerang dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor pernah mendakwa bahawa "darah polis, askar halal dibunuh



Ulu Tiram attacker's father claimed police blood 'halal' to shed - Witness - Sinardaily - 9/04 7:27 pm

KUALA LUMPUR - A university student told the High Court here today that the father of the attacker in the Ulu Tiram police station attack case had claimed that "the blood of police, soldiers and government officials is permissible to be shed."Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24, said the first accused, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, personally told him that while they were detained together at the Seri Alam Police lock-up in Masai, Johor, following the May 2024 attack.In the 2.30am incident on May 17, 2024, two police constables, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, and Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, were killed, while Corporal Mohd Hasif Roslan, 40, was injured after being shot



Tragedi Ulu Tiram: Bapa penyerang sedih tak diajak serang balai polis - FMT - 9/04 6:50 pm

Saksi juga berkata Radin Imran Radin Yassin dakwa 'burung hijau' bawa roh anaknya ke syurga.



Ulu Tiram attackers father upset he was not invited, court hears - FMT - 9/04 5:33 pm

Witness says Radin Imran Radin Yassin, father of the deceased assailant Radin Luqman, claimed a green bird had taken his son's spirit to heaven.



Serangan Ulu Tiram: Bapa penyerang menangis tak diajak serang balai polis, .. - Hmetro - 9/04 5:03 pm

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bapa penyerang insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, dua tahun lalu, pernah mendakwa darah polis, institusi kerajaan dan askar halal dibunuh



Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh Saksi - Sinarharian - 9/04 4:52 pm

KUALA LUMPUR Seorang pemuda yang hadir membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru semasa serangan tembak-menembak berlaku memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa bapa suspek penyerang mengaku "darah polis, askar dan institusi kerajaan halal untuk dibunuh".Penuntut universiti, Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24, berkata demikian dalam perbicaraan hari kedua kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan.Muhamad Farhan Haiqim yang juga saksi pendakwaan ketiga berkata, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, mengutarakan perkara itu semasa mereka ditahan reman dalam siasatan kes bunuh dua anggota polis berkenaan pada 17 Mei 2024 lalu.Katanya, selain Radin Imran, mereka juga ditahan reman bersama seorang lagi tertuduh, iaitu adik penyerang, Radin Romyullah Radin Imran, di lokap yang sama di Balai Polis Bandar Seri Alam, Masai, Johor."Pakcik itu cakap, dia tidak keluar rumah kerana percaya bahawa, jika berbuat demikian, dia bertanggungjawab untuk berjihad bagi menyebarkan fahaman yang dipegangnya."Tiba-tiba dia menangis kemudian beritahu roh anaknya (penyerang) dibawa burung hijau ke syurga



Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ‘Syafiq terbaring pegang senjata, kepala berdarah ditembak’ - Kosmo - 9/04 3:30 pm

KUALA LUMPUR – Saksi kedua pendakwaan kes memberitahu dia melihat Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, 22, ditemukan dalam keadaan terbaring ketika masih memegang senjata jenis HK MP5 dalam kejadian tragis serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor dua tahun lalu



Serangan Balai Ulu Tiram: Anggota polis maut masih genggam HKMP5 - Sinarharian - 9/04 2:28 pm

KUALA LUMPUR Ketua Polis Balai Ulu Tiram, Johor Bahru memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa, seorang anggota polis tetap menggenggam erat senjata HKMP5 ketika mempertahankan balai, dalam kejadian serangan oleh seorang suspek lelaki, pada 17 Mei 2024 lalu.Saksi pendakwaan kedua, Inspektor Mohd Hisham Ezahar, 38, berkata demikian, ketika perbicaraan hari kedua kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan.Mohd Hisham yang bertugas di balai berkenaan sejak tiga tahun lalu berkata, tubuh Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terbaring dengan darah mengalir di kepalanya.Beliau memberi gambaran akhir keberanian anggotanya, yang mempertahankan tugas hingga ke titisan darah terakhir."Jasad Muhamad Syafiq berada dalam keadaan terbaring dekat kereta perisai bersebelahan bangunan kaunter pertanyaan di balai polis berkenaan."Selain itu, saya juga melihat seorang lagi anggota polis, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring berdekatan longkang antara berek dengan bangunan balai dengan kesan koyakan pada wajah," katanya.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kassim, Mohd Hisham berkata, pada hari kejadian, dia menerima laporan berhubung serangan itu daripada anggotanya, Lans Koperal Mohamad Aznel Mat Salleh (kini Koperal) pada jam 2.30 pagi."Dia memberitahu ada seorang suspek masuk ke balai dengan memakai topeng dan memegang parang."Saya dengar suara Mohamad Aznel dalam keadaan cemas dan termengah-mengah," katanya.Sejurus tiba di balai polis pada jam 2.45 pagi, beliau melihat dua anggotanya berada di luar balai berkenaan, di bawah jejambat iaitu Mohamad Aznel dan Koperal Mohd Hasif Roslan (kini Sarjan).Beliau mendapati, Mohd Hasif mengalami kecederaan berdasarkan pakaian anggota itu yang dipenuhi darah.Katanya, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor tiba di balai pada jam 3.30 pagi dan beliau hanya membenarkan masuk untuk pengecaman mayat, dua jam kemudian.Pendakwaan: Selain dua anggota yang gugur itu, siapa lagi yang Inspektor buat pengecaman?Mohd Hisham: Suspek berkenaan.Pendakwaan: Dia ada di mana?Mohd Hisham: Dia berada bersebelahan Muhamad Syafiq.Pendakwaan: Dia masih hidup?Mohd Hisham: Sudah meninggal dunia.Pendakwaan: Boleh terangkan keadaan suspek?Mohd Hisham: Ada satu beg galas berdekatan si mati.Beliau juga berkata, telah memberi maklumat berkaitan semua mangsa kepada pasukan forensik bagi membantu siasatan lanjut dan berada di balai sehingga 6 petang hari sama.Mengikut pertuduhan, ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, membuat pengakuan sama, atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, adik-beradik penyerang, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkenaan berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, Ahmad Azza Fahmi, 24, dan Muhamad Syafiq, 26, terkorban manakala Mohd Hasif, 40, cedera ditembak di bahu dan punggung kiri.Perbicaraan di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor bersambung jam 2 petang



Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggota polis dedah dua rakan maut .. - Mygazette - 9/04 7:37 am

# Insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggota polis dedah dua rakan maut ditetak, ditembak KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat sendiri dua rakan sekerjanya maut selepas masing-masing ditetak di muka dan ditembak di kepala dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang berlaku pada 17 Mei 2024



Ulu Tiram attack: police corporal recounts how two colleagues were killed - Sinardaily - 8/04 9:07 pm

KUALA LUMPUR - A police corporal in the Ulu Tiram police station attack case told the High Court here, today, that he saw two of his colleagues killed in the May 17, 2024 incident.Corporal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa, 25, who was on duty at the station at the time, said that the late Constable Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, was killed after being attacked, while the late Constable Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, was fatally shot by the suspect, later identified as Radin Luqman Radin Imran, 21.Recounting the incident, Mohd Khairul Azhar said that he and his colleague Corporal Mohd Hasif Roslan were conducting crime prevention patrols in the administrative area of the Ulu Tiram police station, before receiving instructions from the station chief, Inspector Mohd Hisham Ezahar, via WhatsApp at about 2.30 am to return immediately following an attack.The first prosecution witness said this during examination-in-chief by deputy public prosecutor Mohamad Mustaffa P Kunyalam in the trial of five family members of the attacker at the Ulu Tiram Police Station, Johor Bahru, who are facing nine separate terrorism-related charges before Judge Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor.Mohd Khairul Azhar said that they rushed to the scene in a Toyota Hilux, and upon arrival found the surroundings dim and quiet."Upon arriving in front of the station and getting out of the vehicle, I heard Lance Corporal Aznel (Lance Corporal Mohamad Aznel Mat Salleh) shouting for us to retreat from the front of the station, and informing us that Ahmad Azza Fahmi had been attacked."I then saw Ahmad Azza Fahmi lying between the barracks area and the station building, injured, he said.Mohd Khairul Azhar, together with Mohd Aznel and Muhamad Syafiq then moved to the front of the station near a vending machine, to take cover, before being informed by Mohd Aznel that a man (the assailant) had emerged from the barracks area and fired shots at them under low-light conditions.The witness said Mohd Aznel then instructed him and Muhamad Syafiq to move to the rear of the station to assess the situation and locate the assailant, but the same man fired at them again."We then ran back and regrouped behind the station chiefs office, before Mohd Aznel went out to seek assistance, while Mohd Hasif, Muhamad Syafiq and I moved to the front of the station, near an armoured vehicle, for cover."We checked the rear of the station, and the same man had fired shots at us while we were taking cover behind an armoured vehicle



Colleague hacked, another shot in head, cop tells Ulu Tiram terror trial - FMT - 8/04 9:03 pm

Khairul Azhar Abbi Paisa describes attack on Ulu Tiram police station in 2024 in the trial of five members of a family on terrorism charges.



Kes Ulu Tiram: Saksi beritahu anggota terbunuh akibat ditetak, tembakan di kepala - FMT - 8/04 7:46 pm

Saksi pertama pendakwaan memaklumkan terima arahan daripada ketua untuk kembali ke Balai Polis Ulu Tiram kerana berlaku serangan.



Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saksi lihat rakan maut ditembak depan mata - Sinarharian - 8/04 6:20 pm

KUALA LUMPUR Jeritan meminta berundur, melihat dua rakan setugas maut dengan kesan tetakan di wajah dan tembakan di kepala, menjadi detik paling mengerikan disaksikan seorang anggota polis dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada jam 2.30 pagi 17 Mei 2024 lalu.Detik menyayat hati itu diceritakan, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa, 25, ketika memberi keterangan dalam perbicaraan hari pertama kes lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut yang berdepan sembilan pertuduhan berkaitan keganasan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu."Saya nampak Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring berlumuran darah dengan kesan tetakan di wajah dari telinga ke mulut."Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pula ditembak di kepala hingga maut, selain Sarjan Mohd Hasif Roslan terkena dua tembakan di bahu dan kaki oleh seorang lelaki yang memakai beg galas dan bertopeng muka," katanya.Menceritakan kejadian itu, beliau yang juga saksi pendakwaan pertama berkata, dia menerima laporan berhubung kejadian tersebut ketika membuat rondaan cegah jenayah bersama Mohd Hasif.Sebaik tiba di balai polis katanya, mereka dikejutkan dengan jeritan oleh Koperal Mohamad Aznel Mat Salleh.Katanya, Mohamad Aznel meminta mereka berundur kerana terdapat seorang suspek melepaskan tembakan.Menurutnya, sebaik turun dari kenderaan, mereka mendapati Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar terbaring dengan kesan tetakan pada wajah dari telinga hingga ke mulut."Ada banyak darah, dia terbaring di situ, kami kemudian bergegas ke bahagian hadapan balai dan berlindung di tepi mesin air."Kami kemudian diarahkan oleh Mohamad Aznel untuk memeriksa bahagian belakang balai bagi mengesan kedudukan suspek," katanya.Sebaik mengintai kawasan tersebut, beliau berkata, suspek itu sekali lagi melepaskan tembakan.Situasi semakin genting apabila Mohd Hasif keluar dari kawasan perlindungan berhampiran kereta perisai dan berjalan ke arah pintu keluar balai bagi menarik perhatian suspek."Bagaimanapun dia terkena tembakan di bahu dan punggung kiri sementara seorang lagi anggota, Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terkena tembakan di kepala sebelum rebah berdekatan kereta perisai."Suspek cuba merampas senjata dari jasad Muhamad Syafiq yang boleh menembak secara bertalu-talu tetapi gagal."Saya kemudian berlindung di belakang kereta perisai kemudian melepaskan satu tembakan ke arah suspek."Saya cuba untuk menembak suspek buat kali kedua, namun pistol tersangkut dan mengalami masalah," katanya.Katanya, tembakan kedua hanya berjaya dilepaskan ke badan suspek, selepas beliau menyelaras semula senjata itu ketika berlindung di belakang kereta perisai.Tembakan itu mengenai suspek sebelum lelaki tersebut terbaring berhampiran mayat Muhamad Syafiq.Sebaik bantuan tiba, beliau telah mengecam jasad Muhamad Syafiq serta lelaki yang melepaskan tembakan itu, sementara Mohd Hasif dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Beliau yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Sabah, mengakui kejadian itu meninggalkan kesan mendalam."Saya sangat trauma dan sedih kehilangan rakan sekerja namun pengalaman itu membuatkan diri saya lebih berwaspada terhadap keadaan sekeliling ketika menjalankan tugas," katanya.Pada Rabu, ketika pertuduhan dibacakan semula terhadap kelima-lima tertuduh yang diwakili peguam, Faizal Rahman dan Fatima Zulaikha Ahmad Bashri, mereka mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan.Ibu penyerang balai, Rosna Jantan, 61, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan gagal memberi maklumat berkaitan ideologi keganasan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru antara April 2017 hingga 17 Mei 2024.Bapa suspek, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menanam fahaman ideologi keganasan, memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, memiliki senjata api untuk menjalankan aktiviti berkaitan keganasan dan memiliki sebuah buku berkaitan kumpulan pengganas.Sementara itu, adik-beradik penyerang, Radin Romyullah, 36, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh di sebuah rumah di lokasi sama.Dua anak perempuan Radin Imran iaitu Farhah Sobrina, 25, dan Mariah, 20, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja enggan memberi maklumat berkenaan berkaitan ideologi keganasan.Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei 2024, dua konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 24, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 26, terkorban manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 40, cedera ditembak selepas diserang seorang penyerang lelakiPerbicaraan di hadapan Hakim, Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor bersambung Khamis.




Reformasi     >>



AMANAH nafi kaitan kes dana zakat, gesa siasatan telus - Harapandaily
Parti Amanah Negara (AMANAH) menegaskan tidak terlibat dengan kes siasatan salah guna dana zakat yang kini dalam perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam kenyataan dikeluarkan malam ini, Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu berkata AMANAH tidak mempunyai sebarang ..
Kroni     >>



Business : Early Intervention Cushions Malaysia .. - Bernama
By Engku Shariful Azni Engku Ab Latif and N. Kuvineshwaren KUALA LUMPUR, April 27(Bernama) --Malaysia is weathering the fallout from the West Asia crisis better than many peers, supported by early government intervention over the past three years to strengthen economic resilience.
Tabloid     >>



Piala Uber: Malaysia tewas 1-4 kepada Jepun - Kosmo
KUALA LUMPUR Skuad badminton wanita negara terpaksa mengakui keunggulan Jepun selepas tewas 1-4 dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Uber di Horsens, Denmark, hari ini. Meskipun tewas, Malaysia tetap melangkah ke suku akhir selaku naib juara kumpulan hasil dua kemenangan terdahulu, sekali gus menamatkan ..
Tech     >>



Microsoft and OpenAI end exclusivity agreement, .. - Tomshardware
Microsoft and OpenAI are ending their long-standing exclusivity agreement, allowing OpenAI to leverage cloud providers like Amazon and Google.
World     >>



King Charles III meets Trump for U.S. state visit amid .. - Globalnews
The four-day visit, intended to mark the United States 250th anniversary and the U.S.-U.K. 'special relationship,' was overshadowed by Saturday's shooting at a White House event.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Xpeng Lancar Model Gx, Leve Autonomi .. - Mekanika
# XPENG LANCAR MODEL GX, LEVE AUTONOMI TAHAP 4 DI BEIJING AUTO SHOW Pameran Automotif Antarabangsa Beijing ke-19 (Auto China 2026) telah dibuka secara rasmi pada 24 April dengan jenama XPENG tampil menerusi barisan produk terbaru dan terkini. Pameran tersebut menampilkan beberapa model baharu ..