///
See Also: Shutterstock

Search : Tinggi News   Page 1    



Penilaian asas Tahun Empat kenal pasti kelemahan murid lebih awal – .. - Mgazette - 24/01 1:11 pm

Beliau berkata kerajaan bersedia memberi ruang kepada pelbagai aliran pendidikan, termasuk sekolah agama, sekolah antarabangsa dan aliran bahasa, dengan syarat pelajar menguasai bahasa Melayu serta memahami sejarah Malaysia sebagai asas kepada perpaduan nasional. Anwar turut menjelaskan pelajar daripada pelbagai sistem pendidikan yang memenuhi syarat itu wajar diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, termasuk ke kolej dan universiti dalam bidang tertentu





MHO hargai tindakan SPRM siasat penyelewengan dana pelaburan RM300 juta - Mgazette - 24/01 1:11 pm

Hasil siasatan lanjut menunjukkan penyelewengan itu berkemungkinan mencecah ratusan juta ringgit sekurang-kurangnya RM300 juta melibatkan tempoh antara 2021 hingga 2024, katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. Beliau berkata, MHO sendiri sebelum ini menerima kira-kira 200 aduan daripada pelabur berkaitan skim pelaburan dikenali sebagai Islamic Redeemable Preferential Shares (IRPS), yang didakwa menyasarkan kumpulan pelabur berprofil tinggi





Jangan nilai keselamatan negara berdasarkan kes terpencil - PM - Sinarharian - 24/01 12:01 am

SEBERANG JAYA - Kes terpencil tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur untuk menilai keseluruhan pasukan keselamatan negara sebaliknya pengorbanan besar ratusan ribu anggota tentera dan polis yang bertugas mempertahankan kedaulatan negara perlu terus dihargai.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak mahu insiden terpencil yang berlaku dijadikan gambaran keseluruhan terhadap kredibiliti dan integriti angkatan bersenjata negara."Ini juga kita nak jelaskan kerana saya tidak mahu satu dua kes tertentu itu mewakili seluruh angkatan bersenjata," katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya di sini pada Sabtu.Anwar berkata, keamanan yang dikecapi Malaysia hari ini menjadi asas utama kepada pencapaian ekonomi negara yang amat memberangsangkan termasuk pengukuhan nilai Ringgit yang mencatat prestasi terbaik di Asia, pelaburan tertinggi dalam sejarah serta nilai perdagangan negara yang mencecah RM3 trilion."Negara ini aman, negara ini dapat catat kejayaan ekonomi yang sangat membanggakan, alhamdulillah."Semua ini berkat negara ini aman," ujarnya lagi.Beliau menambah, kestabilan negara tidak datang dengan mudah sebaliknya hasil pengorbanan besar anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan darat, perairan, hutan dan kawasan pedalaman."Mereka ini ada kalanya berbulan-bulan meninggalkan keluarga demi memastikan keamanan negara terus terpelihara."Negara ini aman kerana pengorbanan rakan-rakan kita, polis dan tentera di perbatasan, di lautan, berbulan-bulan berkorban meninggalkan keluarga untuk mempertahankan negara," katanya.Sehubungan itu, Anwar mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan dan tidak menumpukan perhatian secara berlebihan terhadap kes terpencil sehingga menjejaskan imej keseluruhan pasukan keselamatan."Walaupun fokus kita dalam satu dua kes, jangan lupa pengorbanan ratusan ribu anggota pasukan pertahanan dan polis di sempadan, di lautan, di darat dan di hutan untuk menjaga keamanan ini," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa prinsip satu dua nila setitik tidak harus merosakkan susu sebelanga perlu dijadikan pegangan dalam menilai pasukan keselamatan negara."Kita harus lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan dan terus mempertahankan integriti serta kewibawaan pasukan keselamatan yang membolehkan kita mengangkat martabat dan prestasi ekonomi negara," katanya lagi.Terdahulu, pihaknya menahan 23 individu dengan membuka kertas siasatan membabitkan 22 'predicate offense'.Sebelum ini, 23 individu termasuk pegawai tinggi dan kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan perolehan dan penggunaan dana awam.Siasatan bermula sejak 7 Oktober dan disifatkan sensitif kerana melibatkan kepentingan awam serta dakwaan menerima rasuah dari syarikat berkaitan perolehan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan.SPRM membuka 22 kertas siasatan kesalahan asas serta satu kertas siasatan di bawah Penggubahan Wang Haram (AMLA) dan Seksyen 17A dan 23 Akta SPRM 2009 berkaitan penerimaan suapan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam





Tular Fail Penuh Sabitan Kes Rog*l Da’i Syed, Netizen Tak Sangka – “Sangat Kejam!” - Beautifulnara - 24/01 11:47 am

Pendakwah selebriti, Dai Syed, dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita, yang berlaku tujuh tahun lalu





Kartel punca ketirisan berbilion ringgit, PM arah kementerian putus kebergantungan - Sinarharian - 24/01 11:07 am

SEBERANG JAYA - Amalan kartel dalam pelbagai sektor termasuk makanan, kesihatan, pertahanan dan pembinaan dikenal pasti sebagai punca utama ketirisan kewangan negara sehingga berbilion ringgit setiap tahun sekali gus membebankan rakyat.Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya tidak terus bergantung kepada kartel kerana amalan itu menekan rakyat serta menyebabkan negara menanggung kerugian kewangan yang besar.Menurutnya, sebagai contoh, kerajaan terpaksa membelanjakan antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion setahun sebelum ini semata-mata bagi mengekalkan harga ayam akibat penguasaan kartel namun langkah tegas yang diambil kini berjaya menghentikan amalan tersebut."Setiap tahun kerajaan bayar tidak kurang RM1 bilion, RM1.2 bilion untuk jaga harga ayam. Akhirnya kita berani tekan dan hentikan dan RM1.2 bilion berjaya diselamatkan," katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya di sini pada Sabtu.Menurut Anwar, masalah kartel bukan sahaja berlaku dalam sektor makanan malah turut menular dalam bidang pertahanan, kesihatan serta pembinaan menyebabkan kerajaan terikat dengan sistem lama dan harga yang melambung tinggi."Di pertahanan ada kartel, di kesihatan ada kartel, di JKR pun ada kartel."Akhirnya negara ini ditekan oleh kelompok kartel dengan harga yang tidak munasabah," tegas beliau.Mengulas mengenai sektor kesihatan, Anwar berkata, perubahan dasar pembelian ubat dengan memberi keutamaan kepada ubat generik yang memenuhi piawaian keselamatan telah berjaya menjimatkan hampir RM1 bilion."Ubat dari Amerika harganya RM100 sebiji sedangkan (ubat) generik dari negara lain boleh dibeli RM10."Yang penting ia selamat dan berkesan, bukan kerana kita kagum dengan jenama mahal," katanya.Beliau menambah, prinsip peralihan dan pemindahan teknologi yang digariskan dalam Dasar Industri Pertahanan Negara wajar dijadikan contoh oleh kementerian lain bagi membangunkan keupayaan tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada kartel luar.Menurut Anwar, penjimatan hasil penghapusan kartel, penyasaran subsidi serta pembanterasan penyeludupan dan rasuah membolehkan kerajaan menyalurkan semula dana kepada rakyat tanpa memperkenalkan cukai baharu."Antara langkah yang dilaksanakan termasuk kenaikan gaji penjawat awam melibatkan peruntukan RM18 bilion, selain bantuan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM15 bilion."Cukai tidak kita tambah





Mutu pendidikan teras dasar baharu, elak isu perkauman berpanjangan- PM - Sinarharian - 24/01 10:32 am

Tetapi kita beri kelonggaran dahulu."Yang penting, setahun sebelum itu kita sediakan prasekolah percuma supaya anak-anak benar-benar bersedia masuk Tahun Satu," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penilaian akademik akan dilaksanakan lebih awal iaitu pada Tahap Dua bermula Tahun Empat bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira serta penguasaan bahasa."Kalau kita nilai di Tahun Empat, kita masih ada dua tahun untuk baiki sebelum ke peringkat seterusnya."Jangan tunggu sampai Tahun Enam hanya kerana itu kebiasaan lama," katanya lagi.Mengulas isu aliran pendidikan, Anwar menegaskan, kerajaan tidak akan menyalahkan mana-mana aliran termasuk sekolah agama rakyat sekolah antarabangsa atau Unified Examination Certificate (UEC), sebaliknya menekankan keperluan penyelesaian menyeluruh dan adil."Kalau nak belajar aliran agama, Arab atau antarabangsa, boleh. Tetapi syaratnya mesti menguasai bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia."Jika syarat itu dipenuhi, kita kena beri ruang mereka melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti," katanya.Beliau berkata, pendekatan inklusif itu penting bagi memastikan semua pelajar warganegara Malaysia mendapat peluang pendidikan tinggi tanpa mengabaikan identiti nasional.Dalam masa sama, Anwar menekankan pendidikan tidak seharusnya hanya melahirkan individu berkemahiran tinggi tetapi insan yang berakhlak dan menghormati kepelbagaian kaum serta budaya."Kita tidak mahu lahirkan graduan cemerlang, sampai PhD sekalipun, tetapi gagal menjadi manusia yang menghormati perbezaan."Pendidikan mesti mengangkat martabat insan, nilai kemanusiaan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia," katanya.Selasa lalu, Anwar melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 sebagai langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.Kementerian Pendidikan (KPM) kemudiannya menegaskan kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu akan dilaksanakan secara fleksibel, bukan bersifat wajib dan hanya melibatkan ibu bapa serta murid yang telah bersedia.Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa perlu menilai kesediaan anak-anak mereka sebelum pendaftaran ke sekolah, manakala KPM akan menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti tahap asas pendidikan dan keperluan khusus setiap murid.





ULASAN Jakel, Selangor dan tanah bernilai tinggi yang murah - Mkini - 24/01 10:00 am

ULASAN Bagaimana harga pada 2012 boleh menjadi asas transaksi tujuh tahun kemudian?





Arika ikon kediaman terbaharu di Kubang Kerian - Sinarharian - 24/01 9:19 am

KOTA BHARU Projek pembangunan bersepadu Arika di Kubang Kerian dijangka muncul sebagai mercu tanda baharu landskap hartanah Kelantan apabila siap sepenuhnya pada akhir tahun 2026, sekali gus memperkukuh kedudukan kawasan itu sebagai hab perubatan dan kediaman premium negeri ini.Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon JP. berkata, Arika yang berketinggian 42 tingkat dan setinggi kira-kira 160 meter bukan sahaja bakal menjadi bangunan tertinggi di Kelantan, malah direka berteraskan konsep moden beridentitikan kesenian Islam serta kebudayaan tradisional Melayu.Menurut beliau, elemen seni bina tersebut diterjemahkan melalui reka bentuk bangunan, motif hiasan serta pembinaan Gerbang Islam LED tertinggi yang menjangkau sehingga puncak bangunan di Aras 43, menjadikan Arika sebagai ikon kediaman bertingkat tinggi di negeri ini."Arika direka sebagai pembangunan bersepadu moden yang menyeimbangkan gaya hidup urban dengan nilai budaya dan keislaman, selari dengan identiti Kelantan," katanya kepada pemberita.Kian Boon memberitahu, lokasi strategik projek itu yang hanya terletak kira-kira 700 meter dari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital Pakar USM (HPUSM) menjadikan Arika pilihan utama bagi golongan profesional perubatan, pensyarah, kakitangan universiti dan hospital, pelajar tempatan serta antarabangsa, selain pesakit dari luar negeri bersama keluarga mereka.Menurutnya, kedudukan Arika di tepi jalan utama serta berhampiran pelbagai kemudahan komersial turut menyokong persekitaran kediaman yang selesa, lestari dan berteraskan kesejahteraan komuniti.Dalam landskap persaingan hartanah di Kubang Kerian, beliau menjelaskan, Arika memiliki kelebihan tersendiri apabila direka khusus untuk memenuhi keperluan warga USM dan Hospital Pakar HPUSM, termasuk saiz unit, susun atur praktikal serta konsep kemudahan kediaman dan sewaan yang tinggi sepanjang masa.Ujarnya, Arika juga merupakan bangunan kediaman bertingkat tinggi pertama di Kelantan yang menyasarkan pensijilan Green Building Index (GBI), sekali gus menyokong pembangunan mampan dan mesra alam.Tambah beliau, projek berkenaan menawarkan lebih 45 kemudahan gaya hidup berkonsepkan resort bandar termasuk kolam renang infiniti, sky garden, gimnasium, gelanggang badminton dan pickleball terutama untuk memenuhi keperluan generasi muda.Katanya lagi, ia termasuk kemudahan karaoke keluarga, perpustakaan, bilik permainan kanak-kanak, taman berkelah serta pelbagai fasiliti lain yang sesuai untuk semua peringkat umur.Dari sudut pelaburan, Kian Boon memberitahu, kekurangan bangunan kediaman tinggi berkualiti di sekitar Kubang Kerian menjadikan Arika satu-satunya pangsapuri perkhidmatan premium yang mampu memenuhi permintaan penginapan, khususnya dalam kalangan pelajar antarabangsa USM dan profesional perubatan."Permintaan berterusan daripada sektor pendidikan dan perubatan ini menjadikan Arika berpotensi menawarkan pulangan sewaan yang stabil serta peningkatan nilai hartanah jangka panjang," ujarnya.Arika utamakan aspek keselamatanBeliau turut memaklumkan, Arika menjalinkan kerjasama dengan pengusaha penginapan jangka pendek terbesar di Malaysia iaitu Maplehome untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan homestay kepada pembeli, selain perancangan perkhidmatan bas komuter berulang-alik ke USM dan Hospital Pakar HUSM.Menurutnya, aspek keselamatan turut diberi penekanan melalui sistem keselamatan pelbagai peringkat termasuk kawalan pengawal keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV), kad akses, pengecaman plat kenderaan serta aplikasi pintar bagi menjamin keselesaan penghuni.Mengulas pengurusan projek, Kian Boon berkata, Arika dibangunkan oleh pasukan profesional bertaraf antarabangsa termasuk Akitek A61 sebagai arkitek utama, perunding kejuruteraan ARUP, manakala kontraktor utama ialah YanJian Group Construction Malaysia."Kami juga menyasarkan skor minimum 80 peratus bagi penilaian Kualiti dalam Sistem Pembinaan (QLASSIC) oleh Lembaga Industri Malaysia (CIDB) sebagai jaminan kualiti pembinaan."Selain 668 unit kediaman dengan pelbagai susun atur, projek itu turut menempatkan 26 lot perniagaan premium di tiga tingkat podium yang bakal menempatkan perniagaan terpilih seperti makanan dan minuman, farmasi, kedai serbaneka, klinik dan perkhidmatan sokongan komuniti," katanya.Menurut beliau, kehadiran komponen komersial itu dapat mewujudkan ekosistem perniagaan yang menyokong keperluan harian penghuni





Beri alasan masuk sekejap, pemandu roktu Thailand elak permit ICP - Sinarharian - 24/01 8:11 am

TANAH MERAH - Alasan nak masuk sekejap saja menjadi helah biasa pemandu van persendirian Thailand atau lebih dikenali sebagai roktu untuk mengelak keperluan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) ketika memasuki negara ini di Kelantan.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, hasil operasi mendapati majoriti kenderaan persendirian asing itu dikesan menyalahgunakan kelonggaran radius dua kilometer (km) dari pintu sempadan Malaysia-Thailand untuk membawa penumpang bagi tujuan pelancongan."Alasan paling kerap diberikan ialah masuk sekejap, namun pemeriksaan mendapati mereka sebenarnya bergerak melebihi jarak yang dibenarkan."Selain itu, mereka juga melakukan kesalahan membawa pelancong dalam kenderaan yang didaftarkan sebagai kenderaan persendirian," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Ops Khas Tunggak dan Teknikal di Stesen Penguat Kuasa JPJ Bukit Bunga di sini pada Jumaat.Menurutnya, antara modus operandi yang dikesan ialah penumpang diturunkan sebelum melepasi pemeriksaan di pintu masuk sempadan, pemandu masuk tanpa membawa penumpang sebelum penumpang menaiki semula kenderaan di luar kawasan sempadan.Kata beliau, ada pemandu juga dipercayai sengaja mengelak pendaftaran ICP sekali gus menimbulkan kebimbangan terlibat dengan aktiviti lain yang menyalahi undang-undang kerana masuk ke negara ini tanpa rekod rasmi."Kenderaan persendirian tidak dibenarkan membawa pelancong, namun dalam operasi ini, sembilan daripada 10 roktu didapati melakukan kesalahan tersebut," katanya.Dalam operasi terkini bermula 16 hingga 23 Januari lalu, sebanyak 67 kenderaan diperiksa dengan 42 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan melibatkan ICP dan teknikal termasuk cermin gelap serta pemasangan tirai atau langsir, membabitkan keseluruhan kutipan saman berjumlah RM6,750.Tambah Mohd Misuari, kesalahan turut direkodkan bagi kegagalan mempamerkan ICP mengikut ketetapan termasuk hanya meletakkannya di papan pemuka dan bukan di cermin kenderaan."Jika berada dalam radius dua kilometer dari pintu sempadan, ICP tidak diperlukan."Namun apabila bergerak melebihi jarak itu, permit wajib ada, tetapi ramai pemandu berani melanggar syarat ini," katanya.Beliau turut memaklumkan JPJ Kelantan menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan kenderaan yang gagal mematuhi undang-undang selain boleh diarahkan berpatah balik serta-merta.Mengulas statistik sepanjang tahun lalu, beliau berkata Operasi Khas Tunggak JPJ Kelantan mengeluarkan 277 notis saman P22 melibatkan 182 saman pemandu dan 95 saman kenderaan dengan jumlah kutipan mencecah RM99,100."Kes paling tinggi ialah pameran ICP tidak mengikut ketetapan dengan 139 notis saman dikeluarkan dan kutipan melebihi RM54,000, diikuti 70 saman cermin gelap dengan kutipan RM21,250 serta 25 kes tiada ICP dengan kutipan RM12,000."Kebanyakan pemandu mempunyai rekod saman lampau," katanya.





Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap cemerlang - Mgazette - 24/01 8:02 am

# Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap cemerlang KUALA LUMPUR Langkah berani Kerajaan Madani memperkukuh ekonomi telah membuktikan ia sebagai satu pemulihan semula yang positif, sehingga menyaksikan ringgit menembusi paras psikologi 4.0 berbanding dolar AS dan mencapai paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun kepada 3.99 dalam dagangan intra hari





UIAM menyokong RPTM 2026-2035 menerusi visi epistemologi tauhidik - Mgazette - 24/01 8:02 am

# UIAM menyokong RPTM 2026-2035 menerusi visi epistemologi tauhidik **BAKAL** memandu perjalanan dan hala tuju pendidikan tinggi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyambut Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 20262035 sebagai cabaran untuk direalisasikan





Jangan kerana beza politik, kerumpunan Malaysia-Indonesia berpecah-belah .. - Mgazette - 24/01 8:02 am

Kekhuatiran saya ada usaha-usaha mahu memecahkan keakraban dan kerumpunan ini sehingga ada negara itu cuba memecahkan kita. "Ini harus dipertahankan bahawa dasar pecah dan perintah ini telah memecahkan kita (ketika zaman penjajahan), katanya berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI), di sini, malam ini





Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat disyaki terlibat rasuah direman .. - Mgazette - 24/01 8:02 am

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 29 Januari 2026 terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, pagi tadi





Bekalan semua jenis darah di HSA semakin berkurangan Bekalan semua jenis .. - Mgazette - 24/01 8:02 am

# Bekalan semua jenis darah di HSA semakin berkurangan JOHOR BAHRU - Bekalan darah di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini berkurangan tetapi kadar penggunaan kini agak tinggi





RPTM 2026-2035 mengangkat karamah insaniah - Utusan - 24/01 8:00 am

PELANCARAN Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan detik penting dalam sejarah pendidikan tinggi negara





RPN tidak bermakna tanpa penghayatan ilmu - Utusan - 24/01 8:00 am

MENELITI ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, jelas memperlihatkan iltizam kerajaan mereformasikan sistem pendidikan negara bermula daripada peringkat prasekolah sehinggalah kepada peringkat pengajian tinggi ke arah konsep pendidikan yang lebih bersifat holistik dan mampan





Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah - Sinarharian - 24/01 12:04 am

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman kerana disyaki terlibat rasuah dengan mengesyor dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerjadi tempat beliau bertugas.Turut ditahan reman,seorang pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dan bersubahat dalam aktiviti rasuah berkenaan.Perintah reman selama tujuh hari hingga 29 Januari terhadap kedua-dua individu berkenaan dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi Jumaat.Sumber memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira 6.50 petang dan 9.40 malam Khamis ketika hadir memberiketerangan di pejabat SPRM Perak, di Ipoh."Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020."Siasatan awal turut mendapati pegawai kanan TLDM itu disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga rumah kedai dan dua hotel yang didaftarkan atas nama beliau," katanya.Sumber juga memaklumkan, siasatan mendapati terdapat kemasukan sejumlah wang dari sumber yang diragui bernilai kira-kira RM2 juta ke dalam akaun peribadi dan dua akaun syarikat perhotelan milik pegawai tersebut.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009





Keputusan tangguh pembentangan RUU PSB ambil kira 14 syor konvensyen - Ahmad Zahid - Sinarharian - 23/01 11:40 pm

KUALA LUMPUR - Penangguhan pembentangan semula Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA)di Parlimen dibuat selepas mengambil kira 14 syor penambahbaikan yang dikemukakan pada Konvensyen URA, 3 Oktober lepas.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penangguhan itu perlu bagi memastikan RUU berkenaan diperkukuh dengan mengambil kira pandanganpelbagai pihak berkepentingan dalam konvensyen tersebut."Penangguhan itu dibuat kerana rang undang-undang(RUU PSB) yang ada perlu mengambil kira 14 saranan melaluikonvensyen anjuran UMNO yang disertai oleh banyak NGO (pertubuhan bukan kerajaan), ahli-ahli perusahaan dan juga individu yang mahu memperkukuhURA sebelum ia dibentangkan semula di Parlimen padasidang yang akan datang," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Perdana sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) di sini pada Jumaat.Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu tegas berpendirian bahawa mereka tidak menentang pembangunan bandarnamun RUU PSBperlu diperbaiki dan diperhalusi.Beliau berkata, beberapa pindaan harus dilakukan sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai PSByang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.Asyraf Wajdi berkata, Jawatankuasa Khas itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen URA pada 3 Oktober tahun lepas yang telah meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan terhadap RUU ituuntuk pertimbangan kerajaan





Pemanduan laju, kegagalan brek punca nahas bas UPSI - Sinarharian - 23/01 10:24 pm

KUALA LUMPUR - Analisis video mendapati bas persiaran yang terlibat kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lepas dianggarkan bergerak pada kelajuan kira-kira 114.7 kilometer sejam (km/j), melampaui had kestabilan selamat kenderaan bagi laluan itu.Laporan Akhir Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan laluan di lokasi kejadian direka bentuk untuk kelajuan kira-kira 70 km/j, dengan had laju peraturan ditetapkan pada 60 km/j."Analisis menunjukkan bahawa bas telah bergerak pada kelajuan yang jauh melebihi kedua-dua kelajuan reka bentuk dan had laju yang dibenarkan, sekali gus melampaui had kestabilan selamat kenderaan pada laluan tersebut semasa kejadian," menurut laporan itu.Rakaman video daripada kenderaan awam yang berada berhampiran lokasi kejadian telah digunakan sebagai satu kaedah bebas untuk menganggarkan kelajuan bas semasa kejadian.Laporan memaklumkan bas itu tidak dilengkapi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), Peranti Mengehad Laju (SLD) atau kamera papan pemuka kenderaan, menyebabkan tiada rakaman dalaman kenderaan tersedia.Laporan turut menyatakan penggunaan brek secara agresif pada kelajuan tinggi menyebabkan peningkatan suhu komponen brek secara mendadak, sekali gus mengurangkan keberkesanan brek secara progresif.Gabungan kegagalan brek dan kelajuan berlebihan itu menyebabkan bas hilang kestabilan, tergelincir dan terbalik sebelum melanggar penghadang jalan jenis W-beam dan seterusnya merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.Menurut laporan, penembusan penghadang ke dalam kabin bas dikenal pasti sebagai mekanisme utama yang meningkatkan tahap kecederaan dan kematian penumpang.Bagaimanapun, hasil ujian toksikologi mengesahkan pemandu bas tidak berada di bawah pengaruh alkohol, dadah atau bahan terlarang ketika kemalangan berlaku.Siasatan turut mendapati kerja penyelenggaraan bas berkenaan dijalankan oleh bengkel yang tidak tersenarai sebagai bengkel bertauliah, termasuk bagi kerja kritikal membabitkan sistem brek dan hab roda."Rekod Pemeriksaan Berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menunjukkan bas itu lulus pemeriksaan di Puspakom Kota Bharu pada 13 April 2025 dengan kecekapan brek keseluruhan direkodkan pada 59 peratus, namun ujian statik tersebut tidak mampu mengesan potensi berlakunya fenomena brake fade dalam keadaan beban dan kelajuan tinggi," menurut laporan itu.Pada 9 Jun 2025, sebanyak 15 pelajar UPSI maut apabila bas yang mereka naiki dari Jerteh, Terengganu ke Kampus UPSI Tanjung Malim, Perak terbabit kemalangan dengan Perodua Alza di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), Perak





'Jaga adik-adik, jaga mak' - Pesan terakhir pegawai VAT 69 - Sinarharian - 23/01 9:29 pm

Ayah tanya nak duit ke? Lepas tu tiba-tiba ayah bagi RM50, dia kata untuk belanja sekolah. Itu yang terakhir," katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek, Tanjung Rambutan di sini pada Jumaat.Zharif Iman berkata, berita pemergian ayahnya diterima ketika dia sedang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi kertas Bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan."Saya terima berita itu lebih kurang jam 12 tengah hari





Tukang paip dijel dua tahun, denda RM5,000 tipu baucar warga emas RM100,000 - Sinarharian - 23/01 7:36 pm

PUTRAJAYA Seorang tukang paip dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan menipu seorang bekas penjual mi, kononnya akan menerima baucar bantuan warga emas sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian mencecah RM100,000, Julai tahun lalu.Tan Wing Kit, 26, dikenakan hukuman itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Ezrene Zakariah. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa menipu seorang wanita berusia 72 tahun, dengan memperdayakannya berhubung wang bantuan kewangan kepada warga emas.Tertuduh dengan curangnya mendorong wanita terbabit menyerahkan wang berjumlah RM100,000 sedangkan dia tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan, di sebuah bank di Presint 15 di sini pada 21 Julai 2025.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, ketika keluar dari sebuah pasar raya, mangsa didatangi dua individu, menyatakan dia layak menerima baucar warga emas bernilai RM500 dari sebuah bank.Individu itu kemudian membawa mangsa ke sebuah bank di Kepong lalu mereka menyerahkan RM500 hasil penebusan baucar berkenaan.Selepas itu, mereka mendesak mangsa mengeluarkan wang simpanan kononnya boleh mendapatkan baucar dengan nilai yang lebih tinggi.Mangsa yang percaya dengan perkara tersebut, kemudiannya pulang ke rumah di Taman Kok Lian di sini untuk mengambil buku bank lalu bertolak ke sebuah bank di Putrajaya.Mangsa mengeluarkan RM100,000 dan memberikannya kepada mereka, namun dua individu tersebut masih tidak berpuas hati lalu meminta mangsa membuat satu lagi pengeluaran tambahan sebanyak RM200,000 di bank lain.Bagaimanapun taktik mereka berjaya dihidu pihak bank.Individu itu melarikan diri selepas pegawai meminta kad pengenalan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Khalilah Zaberi.





Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC - Sinarharian - 23/01 7:03 pm

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaatbahawa beliau tidak pernah menghalang siasatan oleh pihak berkuasa dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) danSRC International Sdn Bhd.Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dalam perbicaraan saman sivil RM42 juta yang difailkan oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap beliau.Muhammad Shafee: Sekarang, adalah penting dalam konteks ini untuk mempertimbang bagaimana isu yang melibatkan1MDB danSRC menjadi pengetahuan umum, atau lebih tepat lagi, menjadi perkara yang menjadi perhatian awam.Anda kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh tiga tahun berikutnya sehingga 9 Mei2018..





Mahkamah Rayuan bebaskan suri rumah daripada pertuduhan edar dadah - Sinarharian - 23/01 6:26 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat melepas dan membebaskan seorang suri rumah daripadapertuduhan mengedar 80.6 gram heroin dan monoasetilmorfina.Panel tiga hakim diketuai HakimDatuk Azman Abdullah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 30 tahun yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban terhadapSiti Aisyah Samdin."Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi, tertuduh dilepas dan dibebaskan," kata Hakim Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Choo Kah Sing dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh.Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hakim Azman berkata, kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil pemilik kenderaan tempat dadah itu dijumpai adalah satu kecacatan yang serius, memandangkan kenderaan terbabittelah dipinjam oleh perayu dan diaditahantidak lama kemudian.Beliau berkata, terdapat salah arah dalam sabitan berkenaan dari segi isu pemilikan ekslusif dan kawasan terhadap kenderaan terbabit.Siti Aisyah, yang bakal berusia 38 tahun bulan depan, sebelum ini telah disabitkan kesalahan mengedar dadah dan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Julai2024.Berdasarkan kertas pertuduhan, kesalahan berkenaan dilakukan di dalam sebuah keretaBMWdi kawasan tempat letak kenderaan berhampiran sebuah pasar raya besar di Taman Lavender Heights, Seremban, Negeri Sembilan, pada 5.15 petang, 12 Ogos 2020.Fakta kes mendedahkan pihak polis yang menjalankan pengawasan telah menahan Siti Aisyah yang ketika itu sedang mendukung seorang bayi dan kelihatan gelisah, kerap memandang sekeliling tanpa tujuan jelas.Dalam pembelaannya, ibu kepada lima anak itu menyatakandiameminjam kereta itudaripada isteri pertama suaminya.Siti Aisyah menjelaskandia telah pergi ke Semenyih untuk mengambil barangan dansinggah sebentar untuk membeli keperluan bayinya yang berusia enam bulan, sebelum ditahan.Di Mahkamah Rayuan hari ini, Siti Aisyah diwakili peguam Paul Krishnaraja, Amy Chong dan Virochean Stephan Soosai, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Aznin Mohamed Ariff dan Mohd Zain Ibrahim mewakili pihak pendakwaan





Laluan kemasukan ke IPTA bagi pelajar pelbagai aliran termasuk tahfiz, UEC akan diperjelas - Sinarharian - 23/01 6:07 pm

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperjelas syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lulusan aliran yang tidak berteraskan sistem pendidikan nasional dalam masa terdekat.Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneliti perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, arahan itu susulan maklum balas orang ramai yang mahu laluan kemasukan ke IPTA diperjelas, khususnya bagi pelajar maahad tahfiz dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)."Ini akan disusuli dengan kenyataan daripada pihak KPM dan KPT."Insya-ALLAH, pada minggu depan, kedua-dua kementerian akan mengadakan taklimat bersama rakan-rakan media bagi memberikan maklumat yang lebih terperinci," katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet di sini pada Jumaat.Fahmi berkata, Perdana Menteri turut mengarahkan KPM bersama Kementerian Kerja Raya meneliti persiapan infrastruktur bagi menangani jangkaan pertambahan jumlah murid di sekolah susulan keputusan membenarkan murid memulakan prasekolah pada usia lima tahun dan Tahun Satu pada usia enam tahun.Beliau berkata, persiapan itu merangkumi pembinaan bilik darjah baharu serta penambahan guru."Guru-guru juga perlu disediakan melalui Institut Pendidikan Guru (IPG) sekiranya terdapat penambahan pelajar."Selain itu, terdapat permintaan daripada institusi seperti tahfiz yang memerlukan guru, khususnya bagi peringkat Tingkatan Satu ke atas, sebagai persediaan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.Pada Selasa lepas, Perdana Menteri melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang diterajui bersama oleh KPT melalui Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dan KPM menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.Antara inti pati rancangan itu ialah mulai 2027, prasekolah ditetapkan bermula pada umur lima tahun dan Tahun Satu pada umur enam tahun, bergantung kepada kesediaan ibu bapa dan murid.Selain itu, pengukuran pembelajaran baharu yang ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan akan diperkenalkan bagi murid Tahun Empat mulai 2026 dan pelajar Tingkatan Tiga mulai 2027.Bagi memperkasakan jati diri, pelajar di semua sekolah termasuk Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Persendirian diwajibkan mempelajari Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut Kurikulum Kebangsaan





Saya jangka AGC, SPRM sahkan kesahihan derma Saudi, kata Najib - FMT - 23/01 6:01 pm

Bekas perdana menteri beritahu Mahkamah Tinggi bahawa Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz tidak pernah bangkit isu 'derma' itu ketika mereka bertemu pada 2017 selepas kontroversi tercetus.





JPJ lakukan 573 tangkapan kegiatan 'ulat', kutipan denda lebih RM2 juta bagi 2023-2025 - Careta - 23/01 5:46 pm

"(Kegiatan) "Ulat" ini menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada orang awam yang tiba di balai ketibaan dengan mengenakan caj penghantaran tinggi antara RM80 hingga RM150 ke Kuala Lumpur dan sekitarnya berbanding teksi biasa atau Limo antara RM65 hingga RM80 sahaja," katanya dalam sidang media





DENZA Malaysia Sambut Ulang Tahun Pertama: Harga Kekal, Ganjaran Pemilikan Bernilai Tinggi - Careta - 23/01 5:46 pm

Harga DENZA D9 Kekal Walaupun Pengecualian Cukai EV Tamat 2026 DENZA D9, MPV elektrik mewah yang menjadi antara model paling popular dalam segmennya di Malaysia, akan terus ditawarkan pada harga sedia ada walaupun pengecualian cukai EV dijangka berakhir pada tahun 2026





Penuntut universiti swasta didakwa mabuk rempuh palang keselamatan pintu .. - Mgazette - 23/01 5:38 pm

Kesalahan itu dilakukan di Pintu 2, Istana Negara, di Jalan Changkat Semantan, di sini, kira-kira 3.50 pagi tadi dan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun serta hilang kelayakan lesen hingga lima tahun, jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun menawarkan jaminan RM10,000, bagaimanapun tertuduh merayu jumlah jaminan minimum kerana masih menyambung pengajian dalam peringkat ijazah, selain bukan berasal daripada keluarga yang berpendapatan tinggi





Harga barang naik, mahasiswa anak Pahang ditambah tahun depan- Wan Rosdy - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Harga barang naik, mahasiswa anak Pahang ditambah tahun depan- Wan Rosdy JOHOR BAHRU Kerajaan Pahang akan menambah peruntukan bantuan Inisiatif Makmur (IM) Pahang Kluster Siswa untuk pelajar anak negeri itu yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi





Mahkamah Tinggi bebaskan Ramesh Rajaratnam, ketepikan sabitan dagangan .. - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Mahkamah Tinggi bebaskan Ramesh Rajaratnam, ketepikan sabitan dagangan orang dalam KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Malaysian Merchant Marine Bhd (MMM), Datuk Ramesh Rajaratnam daripada sabitan kes dagangan orang dalam





Bekas PAT didakwa hari ini, tiba di mahkamah dengan tongkat - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Bekas PAT didakwa hari ini, tiba di mahkamah dengan tongkat KUALA LUMPUR - Seorang lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini, susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa kes berprofil tinggi dalam institusi ketenteraan memasuki fasa pendakwaan





Bekas PAT tidak mengaku salah seleweng lebih RM3.7 juta dana TKAT - Mgazette - 23/01 5:38 pm

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah pada 24 Jun 2024 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi





PM arah KPM percepat persiapan prasekolah, Tahun Satu - Mgazette - 23/01 5:38 pm

Pada masa sama beliau berkata, persediaan guru perlu diperkukuhkan melalui Institut Pendidikan Guru (IPG), bukan sahaja bagi menampung pertambahan murid Tahun Satu, malah memenuhi permintaan institusi seperti Maahad Tahfiz yang memerlukan guru, khususnya bagi Tingkatan Satu ke atas, sebagai persiapan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah. Fahmi menambah, Perdana Menteri turut mengarahkan penyelarasan antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan pengurusan SPM, Tingkatan Enam serta laluan pendidikan seterusnya, termasuk bagi pelajar aliran Tahfiz dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)





Ladang babi moden juga ada risiko pencemaran ??? Pas Selangor - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Ladang babi moden juga ada risiko pencemaran Pas Selangor KUALA LUMPUR Pas Selangor memberi amaran keras bahawa pembangunan ladang ternakan babi di Selangor tidak boleh berlindung di sebalik naratif moden atau berteknologi tinggi sekiranya ia terus mengorbankan alam sekitar, kesihatan awam dan keharmonian masyarakat





Najib tetap yakin wang diterima adalah derma dari Arab Saudi – Shafee - Mgazette - 23/01 5:38 pm

# Najib tetap yakin wang diterima adalah derma dari Arab Saudi - Shafee KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih yakin dan percaya semua wang yang pernah diterima beliau sebelum ini, termasuk RM42 juta yang membawa kepada sabitan dalam kes SRC International adalah derma dari Arab Saudi. Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, laporan media telah disalah tafsir dan tidak tepat dalam melaporkan keterangan anak guamnya semasa perbicaraan saman sivil SRC International Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini semalam





Sektor e-hailing kritikal, pemandu semakin tertekan – PPIM - Mgazette - 23/01 5:38 pm

Selain itu katanya, pemandu e-hailing terpaksa mengeluarkan premium insurans berganda iaitu insurans kenderaan serta insurans e-hailing yang mencecah lebih RM2,000 bagi sebuah kenderaan dan ia berterusan meningkat tanpa belas ihsan. PPIM turut dimaklumkan bahawa kenaikan premium ini kononnya berpunca daripada kadar tuntutan dan risiko kemalangan yang tinggi, katanya





Buletin Geely Ex2 Dilancar Di Indonesia – Jarak Gerak 395km, Harga .. - Mekanika - 23/01 5:38 pm

Gabungan ini membolehkan kenderaan tersebut mencapai jarak pemanduan sehingga 395 kilometer bagi satu cas penuh mengikut piawaian NEDC, dengan kadar penggunaan tenaga sekitar 11.8kWh bagi setiap 100 kilometer. Dari segi prestasi, motor elektriknya menghasilkan kuasa maksimum 85kW dan tork 150Nm, dengan kelajuan tertinggi mencecah 130km/j





Da’i Syed jalani hukuman hari ini - Harapandaily - 23/01 5:12 pm

Pendakwah selebriti, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, tewas akan menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan hari ini setelah Mahkamah Tinggi menolak rayuan untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman





Isteri Baru Lepas Bersalin 3 Bulan, Peguam Akan Fail Rayuan Tangguh Hukuman Da’i Syed - Lobakmerah - 23/01 5:06 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Peguam yang mewakili pendakwah selebriti Da’i Syed, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bakal memfailkan rayuan baharu di Mahkamah Rayuan susulan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah mengekalkan hukuman terhadap anak guamnya hari ini





Atlet Olimpik saman MBPJ, kerajaan S'gor sebab larang bela anjing di kondo - Mkini - 23/01 5:01 pm

Noraseela Khalid, memfailkan saman itu pada 19 Januari di Mahkamah Tinggi Shah Alam.





Fazley Yaakob Beri Teguran – Kalau Nak Laser Ketiak Ke, Misai Ke, Bibir Ke.. Suka Hati! Tak Payah Canang 1 Malaysia - Hotfm - 23/01 5:00 pm

"Malaysia ni ramai yang berimaginasi tinggi," - Fazley





Nahas pelajar UPSI: Bas persiaran beroperasi secara tidak sah - Sinarharian - 23/01 4:46 pm

SHAH ALAM - Amalan pemajakan tanpa kebenaran dikenal pasti antara empat faktor utama menyumbang kepada kemalangan maut melibatkan sebuah bas yang membawa 42 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak pada 9 Jun lalu.Berdasarkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), tiga faktor lain ialah pelanggaran syarat lesen, penyalahgunaan sistem pengecualian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta kegagalan mematuhi Kod Amalan Industri Keselamatan (ICOP) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, yang sekali gus mendedahkan kelemahan serius dalam tadbir urus pengendali dan kawalan institusi oleh agensi berkaitan."Kegagalan pengendali menyemak rekod kesalahan pemandu yang mempunyai puluhan saman termasuk kesalahan kelajuan menunjukkan jurang besar dalam pemilihan dan pemantauan sumber manusia."Senario ini membentuk satu corak kegagalan sistemik yang mengakibatkan pemandu tidak berkelayakan, kurang disiplin dan berisiko tinggi ditugaskan untuk mengendalikan kenderaan awam," menurut laporan itu yang dikeluarkan pada Jumaat.Sebelum ini seramai 15 pelajar UPSI terdiri daripada lima lelaki dan 10 wanita dilapor maut, manakala pemandu serta penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) cedera dalam kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) GerikJeli dekat Gerik.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata dalam sidang media pada 11 Jun 2025 berkata, dua kesalahan besar dikesan dilakukan syarikat pengendali bas termasuk memajak permit bas kepada pihak ketiga.Dalam pada itu, laporan tersebut mendapati kemalangan berkenaan berpunca daripada gabungan kompleks faktor mekanikal, manusia, persekitaran dan organisasi.Menurutnya, kegagalan sistem brek bas yang tercemar dan tidak seragam, digabungkan dengan pemanduan pada kelajuan melebihi had selamat menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan."Keadaan jalan yang mencabar, kelemahan reka bentuk dan pemasangan penghadang jalan serta kegagalan struktur kabin bas telah meningkatkan keterukan impak dan kecederaan."Di samping itu, amalan pengendalian tidak sah, ketidakpatuhan terhadap keperluan keselamatan serta kelemahan kawal selia dan penguatkuasaan mencerminkan isu sistemik dalam industri pengangkutan pelancongan," jelasnya





Penuntut universiti didakwa mabuk, rempuh palang keselamatan pintu Istana Negara - Sinarharian - 23/01 4:22 pm

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol hingga merempuh palang keselamatan di Pintu 2, Istana Negara.Mengikut pertuduhan, M Kajen, 22, didakwa memandu kereta jenis Toyota Vios dengan kandungan alkohol dalam badan166 milligram (mg) per 100 mililiter darah, iaitu melebihi had dibenarkan.Kesalahan itudilakukan di Pintu 2, Istana Negara, di Jalan Changkat Semantan, di sini, kira-kira 3.50 pagi Jumaat dan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun serta hilang kelayakan lesen hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa, Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun menawarkan jaminan RM10,000, bagaimanapun tertuduh merayu jumlah jaminan minimum keranamasih menyambung pengajian dalam peringkat ijazah selain bukan berasal daripada keluarga yang berpendapatan tinggi.Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Februariini sebagai tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen.Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten KomisionerMohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 3.30 pagi semasa lelaki berusia 21 tahun itu memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara.Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu yang menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate





Destinasi pelancongan utama negara cerminan imej Malaysia - Sinarharian - 23/01 3:55 pm

KUALA LUMPUR - Destinasi pelancongan utama negara memainkan peranan penting sebagai cerminan imej Malaysia kepada pelawat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, tanggapan awal pelawat terhadap negara ini banyak bergantung kepada kualiti perkhidmatan, pengalaman menyeluruh serta tahap profesionalisme industri hospitaliti di lokasi tumpuan pelancong."Destinasi seperti Pulau Pinang, dengan kekuatan warisan, budaya dan produk pelancongan tersendiri, memberi gambaran awal kepada pelawat tentang wajah sebenar Malaysia," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Jumaat.Menurut beliau, industri hospitaliti masa kini tidak lagi boleh dinilai berdasarkan bangunan atau penarafan bintang semata-mata, sebaliknya merangkumi aspek manusia, budaya perkhidmatan, kebertanggungjawaban serta layanan mesra yang tulen.Katanya, apabila tetamu mengemukakan aduan atau kebimbangan, industri perlu bersedia memberikan respons secara profesional, telus dan bertanggungjawab."Pemulihan perkhidmatan, kehadiran kepimpinan serta pemerkasaan barisan hadapan bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan," katanya.Tiong berkata, industri hospitaliti juga perlu bersedia menyegarkan amalan lama serta prosedur yang terlalu rigid, dengan polisi yang diwujudkan harus menyokong semangat hospitaliti dan bukannya mengehadkan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik.Tambah beliau, pendekatan yang lebih berfokuskan manusia dan berorientasikan perkhidmatan diyakini mampu mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan berdaya saing.Dalam pada itu, beliau menegaskan hotel-hotel perlu terus mengekalkan piawaian tinggi melalui penyelenggaraan yang baik, kerja pembaikan tepat pada masanya serta naik taraf kemudahan secara berkala."Langkah ini penting bukan sahaja untuk memastikan keselesaan dan keselamatan tetamu, malah bagi melindungi imej destinasi pelancongan utama termasuk Pulau Pinang serta reputasi Malaysia secara keseluruhan," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa tetamu harus dilayan dengan penuh hormat di setiap peringkat, manakala pihak pengurusan perlu sentiasa bersedia tampil ke hadapan apabila diperlukan."Inilah standard yang diharapkan ketika kita memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan kompetitif," katanya.





JAKIM perkenal model khas penyeragaman undang-undang Islam negeri, peguam boleh beramal rentas negeri - Sinarharian - 23/01 3:25 pm

PUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggariskan komitmen tinggi bagi memastikan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini lebih seragam menerusi pengenalan model undang- undang Islam negeri serta inisiatif amalan peguam syarie merentasi negeri.Ketika di Program Temubual Khas Bersama Pengarang Kanan Agensi Media, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, langkah strategik ini merupakan antara agenda utama di bawah hala tuju Islah dan Tajdid JAKIM menjelang tahun 2026 bagi memastikan sistem keadilan syariah tidak lagi terbeban dengan isu perbezaan enakmen antara negeri.Menurutnya, isu ketidakseragaman sebelum ini sering menjadi halangan besar kepada kelancaran proses perundangan dan penyelesaian isu-isu rakyat di mahkamah."JAKIM telah menyediakan satu model undang-undang untuk dijadikan panduan kepada semua negeri bagi tujuan penyeragaman dan Alhamdulillah perkara ini telah pun dipersetujui oleh pihak Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja," katanya pada Jumaat.Beliau menjelaskan bahawa model tersebut bukanlah bertujuan mengambil alih kuasa agama yang terletak di bawah bidang kuasa negeri, sebaliknya bertindak sebagai satu kerangka penyelarasan yang dipersetujui bersama demi kepentingan ummah."Proses pembangunan model ini dianggap sebagai satu pencapaian besar dalam diplomasi perundangan kerana berjaya mengharmonikan pandangan antara peringkat Persekutuan dan pihak berkuasa agama negeri," katanya.Jelas beliau, beberapa model undang-undang yang disediakan JAKIM antaranya meliputi kekeluargaan dan pentadbiran Islam yang telah digunakan oleh Wilayah Persekutuan."Sebelum ini (negeri) agak kurang hendak terima namun selepas pembentangan di mesyuarat MKI baru-baru ini, alhamdulillah ia diterima dengan mudah





Ibu Syamsul Haris dibenarkan tarik balik notis usul laporan bedah siasat - Sinarharian - 23/01 3:23 pm

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan permohonan ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin untuk menarik balik notis usul yang mengarahkan Hospital Kota Tinggi, Johormembekalkan salinan laporan bedah siasat pertama pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu.Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman Bee Daulatgun, 46, yang diwakili peguam Aiman Haziq Saiful Kamal.Terdahulu, Aiman Haziq memaklumkan bahawa permohonan itu dibuat setelah pihaknya menerima laporan bedah siasat dan perubatan pertama Syamsul Haris pada 30 Disember lepas daripada pihak hospital serta pendakwaan.Timbalan Pendakwa Raya, Parvin Hameedah Natchiar tidak membantah permohonan itu.Sementara itu, Aiman Haziq yang dibantu oleh peguam, Muhammad Syawal Mohd Razak, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya memohon untuk menarik balik usul tersebut dengan kebebasan memfailkannya semula jika terdapat perkembangan baharu pada masa hadapan.Beliau berkata, notis usul itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Oktoberlepas bagi memperoleh perintah mengarahkan Pengarah Hospital Sultan Ismail dan/atau Pengarah Hospital Kota Tinggi Johor membekalkan salinan laporan bedah siasat pertama serta nota keterangan daripada Bahagian Kecemasan dan Kemalangan hospital berkenaankepada peguam keluarga si mati.Aiman Haziq turut memaklumkan pihaknya kini menunggu perkembangan lanjutselepas kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Pada 2 Disember lepas, Jabatan Peguam Negara mengarahkan agar keskematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah kesalahan membunuh untuk siasatan lanjutoleh pihak Polis Diraja Malaysia.Pada 19 Ogos lepas, Ummu Haiman Bee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi antaranya untuk membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan, dan mencadangkan prosiding inkues dimulakan bagi menyiasat kematian pelajar itu.Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai 2025 di Hospital Kota Tinggi ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai tahun lepasdi Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.- Bernama





Sabitan rogol: Dai Syed kekal dihukum penjara, sebat - Mkini - 23/01 3:17 pm

Mahkamah Tinggi Shah Alam perintahkan hukuman itu bermula hari ini.





'Kita tawakal' - Isteri Da'i Syed serah urusan kepada ALLAH - Sinarharian - 23/01 3:01 pm

SHAH ALAM - Isteri pendakwah selebriti, Dai Syed menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan suaminya ke penjara serta-merta.Ia susulan Hakim, Adlin Abdul Majid menolak rayuan Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, untuk mengetepikan sabitan dan penangguhan hukuman kerana merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.Hana Ismail, 40, turut menyerahkan sepenuhnya soal kebajikan anak-anak kepada ketentuan Ilahi."Insya-ALLAH, semua ALLAH akan uruskan, kita tawakal





Isu ladang babi: Jangan korbankan kesihatan rakyat - Harakahdaily - 23/01 2:59 pm

SHAH ALAM: Pembangunan mampan tidak wajar diukur semata-mata pada label moden atau berteknologi tinggi, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan kesannya terhadap kesejahteraan rakyat, alam sekitar dan keharmonian masyarakat





Warga Politeknik Mukah sambut baik RPTM 20262035 - Thempress - 23/01 2:55 pm

MUKAH – Pengumuman Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 20262035 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disifatkan sebagai satu langkah strategik yang bakal memberi impak positif terhadap pembangunan…





10 ajaran sesat dalam radar JAKIM - Sinarharian - 23/01 2:42 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sekurang-kurangnya 10 ajaran sesat masih aktif dan berada dalam radar pemantauan pihak berkuasa agama di negara ini, termasuk sebahagiannya mempunyai kaitan serta pengaruh dari luar negara.Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, kesemua ajaran terbabit dikesan beroperasi di Malaysia dan sedang dipantau secara berterusan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri."Daripada maklumat yang diterima, jumlah ajaran sesat yang dikenal pasti ketika ini adalah sekitar 10 dan semuanya berada dalam negara, malah ada antaranya turut beroperasi di luar negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Temubual Khas Bersama Pengarang Kanan Agensi Media, di pejabatnya pada Jumaat.Menurut beliau, corak pergerakan ajaran sesat lazimnya bermula di kawasan luar bandar sebelum menyusup masuk ke kawasan bandar bagi menarik pengikut baharu."Biasanya mereka berkumpul di luar bandar dahulu, kemudian dibawa ke bandar. Ajaran ini juga tidak terikat dengan negeri tertentu kerana mereka akan beroperasi di lokasi yang dirasakan selamat dan mudah mendapatkan pengikut," jelas Sirajuddin.Ujar beliau, antara faktor utama masyarakat terpengaruh dengan ajaran sesat adalah keinginan untuk mencapai tahap kerohanian tertentu secara cepat tanpa melalui proses pembelajaran dan amalan agama yang betul."Ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini terleka dengan amalan agama, kemudian mencari jalan singkat untuk cepat sampai ke makam yang lebih tinggi





Ibu Syamsul Haris dibenarkan tarik balik notis usul laporan bedah siasat - Mkini - 23/01 2:40 pm

Mahkamah benarkan Ummu Haiman menarik balik notis usul yang mengarahkan Hospital Kota Tinggi membekalkan salinan laporan bedah siasat pertama pelatih Palapes UTM Skudai itu.





Bekas PTD didakwa lagi terima wang haram RM145,000 - Sinarharian - 23/01 2:11 pm

SHAH ALAM - Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM145,000, tahun lalu.Hafizuddeain, 58, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin."Faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju berwarna hitam.Mengikut semua pertuduhan, bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke akaun bank miliknya.Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank di Ampang antara 19 September 2024 dan 19 Mei 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin, menguna pakai jumlah RM250,000 termasuk syarat tambahan yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, bagi empat kes terdahulu."Saya mohon kes ini dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kerana ia menggunakan saksi serta fakta kes serupa," katanya.Bagaimanapun, peguam, Aizul Rohan Anuar tiada bantahan cadangan pihak pendakwaan.Mohd Nasir membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 30 Mac depan.Pada Khamis, Muhammad Hafizuddeain didakwa atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 dari 2024 hingga tahun lalu.Dia merupakan PTD pertama dituduh atas kes menerima wang haram.Di Mahkamah Sesyen berasingan, isteri ketiganya, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, mengaku tidak bersalah, atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, pada 2024 dan tahun lalu.





Tuduhan rogol: Da'i Syed kekal bersalah, penjara serta-merta - Hmetro - 23/01 1:58 pm

Shah Alam: Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau Da'i Syed diperintah ke penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan bagi kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu





Pelajar STPM maut langgar lembu melintas - Sinarharian - 23/01 1:56 pm

MARAN Seorang pelajar yang akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor lembu melintas dalam kemalangan di Jalan Felda Jengka 12 di sini pada Khamis malam.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Izhar Hariz Izamuddin, 20, dari Taman Sagumpas 2, Temerloh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM VF3i sedang dalam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka menghala ke Jengka 12."Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan."Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh ke bahu jalan sebelah kanan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati laluan berkenaan merupakan jalan lurus, namun gelap dan tidak mempunyai lampu jalan."Motosikal yang ditunggang mangsa turut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Da’i Syed kekal bersalah kes rogol, ke penjara serta merta - Mdateline - 23/01 1:40 pm

Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau Da’i Syed diperintah ke penjara serta merta selepas Mahakamah Tinggi hari ini





“Insya-Allah saya kuat” – Hana Ismail Reda Dengan Keputusan Mahkamah - Lobakmerah - 23/01 1:34 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung dnegan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan hukuman penjara selama 10 tahun di Penjara Kajang terhadap pendakwah itu





SPRM, Kerajaan Selangor perkukuh kerjasama strategik - Sinarharian - 23/01 1:34 pm

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan agenda integriti, tadbir urus baik dan pencegahan rasuah.Ia selepas kunjungan delegasi SPRM Selangor diketuai Pengarahnya, Mohd Azwan Ramli bersama pegawai-pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar Selangor di sini, Rabu lalu.Menurut Mohd Azwan, kunjungan hormat kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh jalinan kerjasama dua hala khususnya dalam aspek pencegahan rasuah, pemantapan integriti serta pengukuhan sistem tadbir urus di peringkat Kerajaan Negeri Selangor."Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan usaha-usaha meningkatkan kesedaran integriti serta pelaksanaan program pencegahan rasuah."Ini juga di samping penambahbaikan mekanisme governans yang telus dan berakauntabiliti dalam pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," katanya.Tambah Mohd Azwan, antara manfaat utama kunjungan hormat ini ialah memperkukuh komitmen bersama dalam membudayakan integriti, meningkatkan keberkesanan kerjasama strategik antara SPRM dan Kerajaan Negeri Selangor.Jelasnya, hubungan strategik dua hala ini juga menyokong aspirasi negeri ke arah pentadbiran yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah."SPRM Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor atas kesudian menerima kunjungan hormat ini serta sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa integriti dan governans di Negeri Selangor," ujarnya.




Reformasi     >>



Malaysias PAS preaches racial domination to woo young .. - Scmp
Malaysias next general election may well be decided by the countrys millions of young voters and its biggest conservative Islamist party is determined to win them over. For the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS), winning young peoples support means dominating the online spaces they inhabit. ..
Kroni     >>



Shafee: RM42mil was Saudi gift - Star
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, who is the counsel of Datuk Seri Najib Razak, has made known that his client continues to maintain that the RM42mil deposited into the former prime minister's personal bank account was a donation from a Saudi monarch. Read full story
Tabloid     >>



Puteri Balqis Dakwa Mia Sara Kaki Club, Gugur .. - Hotfm
Puteri Balqis jelas ibunya bukanlah seorang yang mengamalkan gaya hidup bebas seperti berhibur di kelab malam atau mengambil minuman keras seperti yang didakwa.
Tech     >>



Apple once again rumored to partner with Intel for .. - Gsmarena
In early December, we first heard that Apple was talking to Intel about chip manufacturing, in a bid to diversify its suppliers and not be entirely dependent on TSMC. Now a new research note by GF Securities analyst Jeff Pu reiterates this rumor. Pu says he expects Intel to begin making Apple ..
World     >>



What Trumps renewed attack on Iran could mean for oil .. - Cnbc
U.S. President Donald Trump's renewed threats against Iran have stoked fears of possible supply disruption in the oil-rich Middle East.
Motor Trend     >>



Motosikal Beg Tangki Klasik Givi Cla01 Kembali – .. - Mekanika
**GIVI Malaysia menghadirkan berita gembira buat peminat apabila mengembalikan semula beg tangki GIVI CLA01 Classic Tankbag yang boleh didapati dengan harga jualan RM245.** Memandangkan motosikal klasik kembali popular di Malaysia, GIVI memutuskan untuk mengembalikan beg tangki klasik bagi ..