| /// |
|
| Search : Timur Tengah News | Page 1 |
|
KTMB umum 26 perjalanan tren tambahan sempena Aidilfitri - Mgazette - 2/03 7:57 am # KTMB umum 26 perjalanan tren tambahan sempena Aidilfitri KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan 26 perjalanan tren bagi tempoh 17 hingga 29 Mac sempena sambutan Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang yang pulang ke kampung |
|
TH pantau perkembangan konflik di Iran - Mgazette - 2/03 7:57 am KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) sedang memantau dan menilai keadaan perkembangan konflik semasa di Iran susulan penggantungan semua penerbangan pergi dan balik dari Timur Tengah |
|
Masjid, surau di Pahang laksana solat hajat susulan krisis Timur Tengah - Mgazette - 2/03 7:57 am # Masjid, surau di Pahang laksana solat hajat susulan krisis Timur Tengah KUANTAN - Semua masjid dan surau di Negeri Pahang dimohon mengadakan Solat Hajat khas malam ini bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah serta rakyat Malaysia yang berada di rantau berkenaan |
|
Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di 7 .. - Mgazette - 2/03 7:57 am # Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di 7 negara Timur Tengah KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara di Timur Tengah memandangkan perkembangan terkini di rantau itu |
|
Operasi KLIA lancar walaupun beberapa penerbangan dibatalkan ??? MAHB - Mgazette - 2/03 7:57 am # Operasi KLIA lancar walaupun beberapa penerbangan dibatalkan MAHB SEPANG - Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) stabil dan teratur meskipun beberapa penerbangan dibatalkan susulan perkembangan situasi di Timur Tengah, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) |
|
Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara .. - Mgazette - 2/03 7:57 am # Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara TEHRAN - Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Tehran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad menurut Agensi Berita Jerman (dpa) |
|
“Anak-anak berlari memeluk saya tiap kali misil lintas ruang .. - Mgazette - 2/03 7:57 am Namun, Nur Hamiza berkata dua anaknya yang sudah bersekolah, masing-masing berusia sembilan dan tujuhtahun, cuba memahami apa yang berlaku dengan bersama-sama membaca dan menonton berita berkaitan konflik itu. Beliau berkata sekolah di negara itu akan menjalankan kelas secara dalam talian selama tiga hari bermula 2 Mac sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan di rantau Timur Tengah |
|
Buletin Thailand Pantau Stok Minyak, Beri Amaran Kenaikan Mendadak 4 Mac .. - Mekanika - 2/03 7:57 am # THAILAND PANTAU STOK MINYAK, BERI AMARAN KENAIKAN MENDADAK 4 MAC **Ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali menggoncang pasaran tenaga dunia, sekali gus mencetuskan kebimbangan lonjakan harga minyak di peringkat global.** Di Thailand, pihak berkuasa memberi amaran bahawa pengguna mungkin berdepan kenaikan mendadak harga runcit bahan api seawal 4 Mac ini jika situasi terus meruncing. Menurut sumber di Kementerian Tenaga negara itu, harga minyak mentah dunia sedang melonjak susulan perkembangan terbaharu konflik di Timur Tengah |
|
Konflik Timur Tengah, Apakah Nasib Jemaah Haji Negara? Ini Jawapan Tabung Haji - Ohmedia - 2/03 3:31 am Situasi ini menyebabkan ruang udara di kawasan terlibat terjejas dan tidak selamat untuk operasi penerbangan. The post Konflik Timur Tengah, Apakah Nasib Jemaah Haji Negara? Ini Jawapan Tabung Haji appeared first on Oh! Media . |
|
Kapal berdaftar Malaysia dinasihat elak Selat Hormuz - Hotfm - 1/03 11:26 pm Ia bagi memastikan keselamatan pelayaran susulan perkembangan keselamatan di rantau Timur Tengah. |
|
Kapal berdaftar Malaysia dinasihat elak Selat Hormuz - FMT - 1/03 11:26 pm Ia bagi memastikan keselamatan pelayaran susulan perkembangan keselamatan di rantau Timur Tengah. |
|
Ruang udara Timur Tengah terjejas, TH tunggu nasihat pihak berkuasa - Sinarharian - 1/03 9:46 pm KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH)sedang memantau dan menilai secara rapat keadaan perkembangan konfliksemasa di Iran yang menjejaskan ruang udara di Timur Tengah.Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, susulan konflik berkenaan, semua penerbangan pergi dan balik dari rantau itu digantung buat masa ini."TH sedang memantau dan menilai keadaan perkembangan konflik ini dengan rapat dan akan membuat pemakluman seterusnya pada masa yang sesuai,"katanya dalam kenyataan pada Ahad.Berkenaan tanggungjawab TH kepada bakal jemaah haji negara, beliau berkata, tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Arab Saudi dan Wisma Putra."TH ingin menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji negara adalah keutamaan," katanya.Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu, sebelumIran melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israelserta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu |
|
'Anak-anak berlari memeluk saya tiap kali misil lintas ruang udara' - Rakyat Malaysia di UAE - Sinarharian - 1/03 8:53 pm Mereka tidak mahu tidur di bilik mereka sendiri. Kami tidur berpelukan bersama siri dentuman misil malam tadi," kata ibu tiga anak itu ketika dihubungi Bernama pada Ahad.Namun, Nur Hamiza berkata, dua anaknya yang sudah bersekolah, masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun, cuba memahami apa yang berlaku dengan bersama-sama membaca dan menonton berita berkaitan konflik itu.Beliau berkata, sekolah di negara itu akan menjalankan kelas secara dalam talian selama tiga hari bermula 2 Mac sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan di rantau Timur Tengah.Angkatan tentera udara dan pasukan pertahanan udara UAE berjaya memintas dan memusnahkan 137 peluru berpandu balistik dan 209 dron yang dilancarkan ke arah wilayah negara itu sejak bermulanya serangan Iran, menurut Kementerian Pertahanannya.Kementerian menyatakan bahawa sejak permulaan serangan, 137 peluru berpandu balistik Iran yang dilancarkan ke arah UAE telah dikesan, yang 132 daripadanya berjaya dimusnahkan, manakala lima lagi jatuh ke dalam laut.Sebanyak 209 dron Iran turut dikesan; 195 telah dipintas, manakala 14 jatuh di dalam wilayah dan perairan negara, menyebabkan kerosakan sampingan yang kecil.Ia menyatakan bahawa, hasil daripada pemintasan berkesan peluru berpandu dan dron itu, beberapa serpihan jatuh di kawasan berasingan di seluruh negara, membawa kepada kerosakan material kecil pada sebilangan kemudahan awam.Menurut Nur Hamiza, beliau dan rakan senegara telah melakukan persiapan sekiranya perlu dipindahkan seperti menempatkan dokumen diri yang penting di dalam beg dan diletakkan berdekatan dengan pintu utama rumah masing-masing.Diminta menggambarkan suasana di kediaman beliau di Khalifa City yang berada kurang 10 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Nur Hamiza berkata, "Keadaan jalan raya lengang.""Masing-masing mematuhi arahan pihak berkuasa agar tidak berada di tempat lapang dikhuatiri terkena serpihan peluru berpandu," katanya.Beliau berkata, mereka juga masih boleh membeli keperluan harian di pasar raya berdekatan atau secara dalam talian dan tiada keadaan pembelian panik."Kami juga masih boleh mengeluarkan wang di Mesin Teler Automatik (ATM)," katanya, sambil menyatakan harapan tinggi agar peperangan ini segera berakhir.Abu Dhabi Airports pada Ahad memaklumkan bahawa satu insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, mengakibatkan seorang maut dan tujuh cedera.Dalam satu hantaran di platform media sosial X, pengendali lapangan terbang itu mengesahkan bahawa mangsa yang meninggal dunia adalah seorang berketurunan Asia, manakala mereka yang cedera menerima bantuan perubatan."Orang ramai diminta mengelak daripada menyebarkan khabar angin dan hanya merujuk kepada sumber rasmi |
|
Konflik AS-Iran ganggu penerbangan dunia, kos industri mungkin lebih USD1 bilion - Hotfm - 1/03 8:51 pm Ribuan penerbangan Timur Tengah terpaksa dibatalkan, manakala ruang udara rantau itu turut ditutup selepas AS dan Israel menyerang Iran Sabtu lalu. |
|
Konflik AS-Iran ganggu penerbangan dunia, kos industri mungkin lebih USD1 bilion - FMT - 1/03 8:51 pm Ribuan penerbangan Timur Tengah terpaksa dibatalkan, manakala ruang udara rantau itu turut ditutup selepas AS dan Israel menyerang Iran Sabtu lalu. |
|
Anwar lancar misi bantuan kemanusiaan 30 kontena Malaysia ke Gaza - Sinarharian - 1/03 8:23 pm PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza yang dijangka memberi manfaat kepadalebih 100,000 rakyat Palestin di Gaza.Majlis pelepasan rasmi disempurnakan Anwar sempena Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, yang turut dihadiri isteri beliau, DatukSeri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Inisiatif berskala nasional ituditerajui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersamaSumud Nusantara dengan dukungan penuh kerajaan Malaysia.Mapim dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan misi berkenaan membawa muatan 30 kontena bersaiz besar berjumlah 374 tan termasuk 14 kontena kotak makanan serta masing-masing lapan kontena tepung dan kit kebersihan."Kerajaan memandang serius penutupan ruang udara antarabangsa susulan ketegangan konflik di Timur Tengah serta penutupan penuh sempadan Rafah."Walau bagaimanapun, Malaysia kekal tegas dan konsisten mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat dan tidak akan berdiam diri melihat penderitaan rakyat awam," menurut kenyataan itu.Menurut Mapim, misi berkenaan akan digerakkan secara berfasa dengan penghantaran Pasukan Awal Misi ke Kaherah, Mesir dijangka pada Selasa ini."Misi ini membuktikan bahawa solidariti rakyat Malaysia melangkaui kaum, agama dan latar belakang politik.Malaysia akan terus berdiri teguh bersama rakyat Palestin bukan hanya dengan kata-kata, tetapi tindakan nyata," menurut kenyataan itu.Anwar dalam kenyataan sama berkata, Sumud Darat menandakan komitmen Malaysia yang tidak lentur dalam mempertahankan hak, maruah dan kelangsungan hidup rakyat Palestin."Kita menolak segala bentuk penindasan, menentang kezaliman tanpa mengira pelakunyadan menyokong usaha ke arah keamanan yang berteraskan keadilan serta undang-undang antarabangsa," kata beliau.Turut hadir, barisan Jemaah Menteri antaranya Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil;Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan PelaksanaanJabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Seri Sollehuddin AlyubiZakaria sertaKetua Pegawai Eksekutif Mapim, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby |
|
Konflik AS-Iran ganggu penerbangan dunia, kos industri mungkin cecah lebih AS$1 bilion - Sinarharian - 1/03 6:44 pm KUALA LUMPUR - Konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran kinimenjejaskan operasi lapangan terbang dan akan menimbulkan kesan jangka masa pendek yang ketara terhadap penerbangan dunia dengan agregat kos industri mungkin mencecah lebih AS$1 bilion jika situasimenjadi semakin buruk.Demikian pendapat seorang ahli ekonomi apabila ribuan penerbangan Timur Tengah terpaksa dibatalkan manakala ruang udara rantau itu turut ditutup selepas AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu.Syarikat penerbangan utama termasuk Qatar Airways dan Saudia Airlines serta syarikat penerbangan yang berpangkalan di Abu Dhabi menggantung atau membatalkan sejumlah penerbangan sejak semalam.Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai sebagai lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di dunia, dilaporkan mengalami kerosakan berikutan serangan balas oleh Irandan kalangan pegawai mengesahkan empat kakitangan cedera.Di samping itu, serangan dron yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pula menyebabkan beberapa kakitangan cedera ringan dan Terminal 1 mengalami kerosakan kecil.Dron Iran turut menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain sehingga mengakibatkan kerosakan bangunan namun tiada kehilangan nyawa manakala serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu mengorbankan satu nyawa dan tujuh yang lain cedera.Impak operasi syarikat penerbanganKetua Ahli Ekonomi Global di Juwai IQI, Shan Saeed berkata, syarikat penerbangan mungkin perlu menyusun semula jadual atau mengurangkan kapasiti, yang boleh memberi kesan terhadap kesambungan."Langkah mengubah laluan biasanya menambah tempoh penerbangan satu hingga dua jam, dengan setiap jam meningkatkan kos melibatkan bahan api dan anak kapal dalam anggaran AS$6,000 hingga AS$10,000 bagi setiap penerbangan jarak jauh."Sekiranya penutupan ini berterusan, kos terkumpulboleh meningkat hingga ratusan juta sebulan melibatkan seluruh industri," katanya kepada Bernama.Beliau berkata, bagaimanapun kos ekonomi yang muktamad bergantung kepada tempoh konflik memandangkan gangguan yang berlarutan boleh menyebabkan kesan ekonomi berganda yang lebih luas.Dalam pada itu, Prof Madya Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian dari Business School Universiti Kuala Lumpurturut senada dengan Shan.Beliau berkata, nilai atau kos kewangan akan terjejas teruk memandangkan harga minyak mentah akan melonjak disebabkan peningkatan premium risiko.Perubahan laluan penerbangan untuk mengelakkan kawasan konflik berkemungkinan menyebabkan kos operasi menjadi lebih tinggi terutama jika laluan lebih panjang digunakan, katanya.Beliau berkata, kesesakan di sesetengah laluan juga boleh mengganggu jadual penerbangan dan mengakibatkan kelewatan."Syarikat penerbangan perlu mengambil langkah proaktif dan mengoptimumkan penggunaan sumber dan aset masing-masing untuk mengawal perkara ini |
|
Malaysia Airlines terus gantung penerbangan ke/dari Doha, Jeddah, Madinah sehingga 4 Mac - Sinarharian - 1/03 6:28 pm KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) sehingga 4 Mac 2026, susulan pembatalan yang dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026. Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ini berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak |
|
Masjid, surau Pahang buat solat hajat khusus untuk Timur Tengah - Thempress - 1/03 6:08 pm KUANTAN – Seluruh masjid dan surau di Pahang dipohon mengadakan solat hajat khusus bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam – khususnya di Timur Tengah – serta memohon perlindungan terhadap rakyat Malaysia… |
|
Anwar gesa gencatan senjata, bimbang konflik Timur Tengah meningkat - FMT - 1/03 5:52 pm Perdana menteri berkata serangan udara Iran di Timur Tengah sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel berisiko heret Asia Barat ke 'ambang malapetaka'. |
|
Tiga masjid utama Jakim adakan solat hajat, Qunut Nazilah - Sinarharian - 1/03 5:45 pm PUTRAJAYA - Tiga masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah malam ini sebagai tanda solidariti dan kebersamaan umat Islam terhadap krisis kemanusiaan di Gaza serta beberapa wilayah di Timur Tengah.Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimeeberkata, solat hajat dan Qunut Nazilah akan diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.Beliau berkata, inisiatif itu bukan sekadar pengisian ibadah semata-mata, tetapi juga manifestasi keprihatinan dan kemanusiaan terhadap penderitaan saudara-saudara yang terkesan akibat konflik berpanjangan."Dalam suasana Ramadan yang penuh rahmah, doa menjadi kekuatan rohani yang menyatukan hati-hati orang beriman."Semoga usaha ini menjadi asbab turunnya rahmat dan pertolongan Allah SWT, dikurniakan ketabahan kepada mereka yang diuji, serta dianugerahkan keamanan, keadilan dan kesejahteraan kepada seluruh dunia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasanmenyeru umat Islam seluruh negara agar membaca Qunut Nazilah dan menunaikan solat hajat demi keamanan Gaza dan Timur Tengah.Bernama melaporkan Malaysia bersolidariti bersama semua umat Islam dan masyarakat di Timur Tengah yang terjejas susulan ketegangan berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, Malaysia mendoakan kesejahteraan umat Islam dan semua masyarakat yang terkesan di rantau itu.AS dan Israel dilaporkan melancarkan siri serangan terhadap sasaran di Iran, termasuk Tehran, yang turut mengakibatkan kemalangan orang awam.Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan misil ke wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Timur Tengah.Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA) |
|
Jemaah terkandas di Jeddah beli sendiri tiket penerbangan pulang - Sinarharian - 1/03 5:13 pm KUALA LUMPUR - Sebahagian jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi membeli tiket penerbangan sendiri untuk pulang ke tanah air selepas penerbangan gantian Malaysia Airlines (MAS) ditunda sekali lagi ke Rabu ini (4 Mac).Seorang jemaah, Mohd Nasarudin Kassim, 57, berkata, jadual penerbangan MH159 yang sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 9.30 malam, esok(waktu tempatan) telah dibatalkan dan dijadualkan semula ke Rabu ini."Saya telah membeli tiket Saudi Airlines dengan bayaran sendiri untuk pulang segera dan ada juga (jemaah) lain yang turut serta," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Mohd Nasarudin dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KingAbdul Aziz, Jeddah pada 2.15 pagi Isnin (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3.15 petang hari sama.Terdahulu, kira-kira 55 jemaah di bawah kendalian sebuah agensi yang menawarkan pakej umrah dilaporkan terkandas di Jeddah selepas penerbangan asal mereka pada awal pagi Sabtu dibatalkan.Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu sebelumIran melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israelserta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu |
|
Masjid, surau di Pahang diminta adakan solat hajat - Sinarharian - 1/03 5:02 pm KUANTAN - Seluruh masjid dan surau di negeri ini dipohon mengadakan solat hajat khusus bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam, khususnya di Timur Tengah, serta memohon perlindungan terhadap rakyat Malaysia yang berada di sana.Perkara itu dimaklumkan oleh Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah."Solat hajat tersebut hendaklah dilaksanakan pada hari berkenaan selepas solat Isyak dan sebelum solat tarawih," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan siri serangan ke atas Iran pada Sabtu, termasuk di Tehran, dengan laporan kematian orang awam.Susulan itu, Iran telah melaksanakan serangan balas peluru berpandu ke wilayah Israel serta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.Akibat serangan itu, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pegawai kanan negara itu dilaporkan terkorban. |
|
Mangsa banjir Sabah turun kepada 1,387 - FMT - 1/03 4:35 pm PPS Masjid Darul Ikhlas di Beaufort ditutup 12 tengah hari tadi susulan perkembangan positif keadaan banjir. |
|
Konflik di Timur Tengah: Farah Lee dalam keadaan baik cuma terkandas di .. - Hmetro - 1/03 4:07 pm Kuala Lumpur: Pempengaruh dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee dalam keadaan baik dan selamat kerana hanya terkandas serta bukannya berada dalam kawasan bahaya ketika ini walaupun konflik di Timur Tengah kian memuncak |
|
Rakyat Malaysia di Bahrain kongsi detik cemas lihat letupan depan mata - Sinarharian - 1/03 3:40 pm SHAH ALAM - Seorang rakyat Malaysia berkongsi detik mencemaskan apabila menyaksikan letupan berlaku di depan mata ketika serangan melanda kawasan kediamannya di Juffair, Bahrain, yang terletak berhampiran pangkalan tentera laut Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu.Menerusi perkongsian di Threads, wanita dikenali sebagai @haruko229 itu memaklumkan, suasana pagi berjalan seperti biasa apabila anak-anaknya mengikuti kelas agama Islam secara dalam talian pada jam 10.30 pagi.Bagaimanapun, situasi berubah secara tiba-tiba apabila pada jam 11.15 pagi, siren kecemasan diaktifkan pada semua telefon bimbit dan kelas tersebut dibubarkan serta-merta."Pada jam 11.30 pagi, suami maklum pejabat dia telah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP), manakala saya selesaikan kain baju untuk basuh tangan."Serangan pertama berlaku pada jam 11.38 pagi sehingga menyebabkan seluruh kawasan Juffair bergegar, saya sambung basuh baju, manakala anak-anak sudah berlari panik," kongsinya.Menurutnya, tidak lama kemudian, mereka melihat dengan jelas letupan dari tingkap rumah mereka, sebelum suami menjerit meminta anak-anak menjauhkan diri dari tingkap."Anak-anak ketakutan, jadi saya bawa mereka masuk bilik untuk tenangkan dan mula mengemas barangan penting sebelum meninggalkan kawasan kediaman pada jam 12.13 tengah hari."Baju yang basuh itu tinggal begitu saja dalam bilik air," ujarnya lagi.Kongsi Haruko, mereka tiba di pejabat suami pada jam 12.55 tengah hari sebelum menerima arahan daripada pihak sumber manusia untuk berpindah ke hotel dan selamat mendaftar masuk pada jam 1.12 tengah hari.Menurutnya, lobi hotel ketika itu mula dipenuhi orang ramai yang turut mahu berlindung, manakala pasar raya sesak dengan orang awam yang membuat pembelian panik."Menjelang jam 5.30 petang, kebanyakan butik dan premis di pusat beli-belah ditutup serta-merta dan hanya pasar raya dibuka |
|
Pembunuhan Khamenei kezaliman terang-terangan- Hadi Awang - Mgazette - 1/03 3:20 pm Beliau turut menggesa seluruh masyarakat antarabangsa supaya bersatu mengutuk tindakan yang didakwanya sebagai pengecut dan tidak berperikemanusiaan. Seluruh dunia perlu bersatu mengutuk AS dan Israel yang bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di rantau Timur Tengah, tegasnya |
|
Wisma Putra pantau rapi krisis Timur Tengah - Mgazette - 1/03 3:20 pm PUTRAJAYA Kementerian Luar sedang memantau secara berterusan perkembangan persekitaran keselamatan yang tidak menentu di Timur Tengah, susulan ketegangan serantau yang memberi kesan terhadap pergerakan dan keselamatan orang awam |
|
Hanya pandai drama, pergi Asia pun atas tiket JDT – Tunku... - Mgazette - 1/03 3:20 pm # Hanya pandai drama, pergi Asia pun atas tiket JDT - Tunku Ismail KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail membidas kelab tertentu yang disifatkan tidak menyumbang kepada ranking 'member association' (MA) sebaliknya hanya pandai mencipta drama di hadapan penyokong sendiri bagi menutup kegagalan mereka |
|
Irfan Khairi kongsi detik cemas letupan bom gegarkan kediamannya di Dubai - Sinarharian - 1/03 3:14 pm Jadi, sah memang terjadi sekarang ini serangan ke atas UAE."Saya ada ambil video tapi saya tidak boleh hendak muat naik lagi kerana di sini (Dubai) undang-undang sangat ketat. Selagi sesuatu berita itu tidak disahkan oleh kerajaan, tidak masuk media, lebih baik saya tidak tunjuk," katanya menerusi hantaran video di TikTok pada Sabtu.AS dan Israel melancarkan siri serangan ke atas Iran pada Sabtu, termasuk Tehran, dengan laporan kemalangan orang awam.Susulan itu, Iran telah melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel, serta ke kemudahan tentera AS di Timur Tengah.Akibat serangan itu Ali Khamenei dan beberapa pegawai kanan negara itu dilaporkan meninggal dunia.Sementara itu, Irfan Khairi yang telah hampir 10 tahun menetap di Dubai turut meminta rakyat Malaysia terus mendoakan agar keadaan kembali tenang. |
|
Wisma Putra nasihat tangguh perjalanan libatkan tujuh negara Timur Tengah - Mkini - 1/03 3:05 pm Tujuh negara berkenaan adalah Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan UAE, susulan serangan AS terhadap Iran. |
|
Wisma Putra keluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di 7 negara Timur Tengah - Sinarharian - 1/03 2:40 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara di Timur Tengah memandangkan perkembangan terkini di rantau itu.Kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menyatakan bahawa perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu ditangguhkan sehingga situasi keselamatan stabil.Katanya, memandangkan perkembangan semasa, termasuk serangan ketenteraan terbaharu sertapeningkatan langkah keselamatan di beberapa kawasandi rantau itu, penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan telah dilaporkan di negara berkenaan."Rakyat Malaysia di negara berkenaan dinasihatkan supaya bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan secara mendadak, penutupan lapangan terbang, serta sekatan perjalanan |
|
Penutupan ruang udara Timur tengah mungkin jejaskan penerbangan - CAAM - Mkini - 1/03 2:39 pm Syarikat penerbangan diminta segera memaklumkan kepada penumpang berhubung sebarang perubahan jadual penerbangan. |
|
Ratusan mat motor kena dengar tazkirah OCPD - Sinarharian - 1/03 1:49 pm SEREMBAN Ketika umat Islam membuat persiapan untuk bersahur sekitar jam 4 pagi, ratusan mat motor pula terpaksa mendengar tazkirah OCPD selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini, pada Ahad.Sebelum itu, mereka diarahkan menolak motosikal sejauh kira-kira satu kilometer ke Balai Polis Senawang selepas kawasan berkenaan dikepung pihak berkuasa dalam operasi yang bermula jam 12 tengah malam.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, sebanyak 183 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan terhadap 167 kenderaan dalam operasi terbabit."Daripada jumlah itu, tiga penunggang motosikal termasuk seorang berusia 14 tahun ditahan selepas didapati melakukan aksi wheelie sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain."Kesemua suspek direman selama tiga hari di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya," katanya.Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 192 individu diperiksa yang majoritinya berusia antara 18 hingga 25 tahun.Azahar berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan kekerapan aduan dan rungutan daripada penduduk setempat berhubung aktiviti lumba haram di kawasan itu."Boleh dikatakan hampir setiap minggu kita mengadakan operasi dan kawasan Senawang dipilih kerana ia antara lokasi panas di daerah ini yang sering menerima aduan masyarakat."Walaupun operasi dijalankan secara berterusan, kita dapati individu yang benar-benar terlibat dalam perlumbaan tidak ramai, sebaliknya yang lebih ramai ialah penonton di kiri dan kanan jalan," katanya.Jelas beliau, kehadiran penonton secara tidak langsung memberi sokongan kepada aktiviti berkenaan sekali gus mendorong mat rempit untuk terus beraksi.Tambahnya, berdasarkan pemerhatian polis, lokasi perlumbaan haram di kawasan Senawang lazimnya melibatkan laluan dari Giant Senawang hingga ke arah Matahari Heights."Mereka biasanya mula berkumpul sekitar jam 1 pagi sebelum memulakan perlumbaan kira-kira jam 2 pagi dan berakhir sekitar jam 4 atau 5 pagi."Kita akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin serta mengekang kegiatan lumba haram daripada terus berleluasa," katanya. |
|
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tak penting ke Timur Tengah - FMT - 1/03 12:50 am Kementerian Luar memberi amaran bahawa situasi semasa sangat tidak menentu dengan gangguan penerbangan dan penutupan ruang udara secara tiba-tiba. |
|
Rafizi jawab surat tunjuk sebab PKR, nafi isytihar keluar parti - Sinarharian - 1/03 10:19 am SHAH ALAM Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli sudah menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataannya sebelum ini.Bekas Menteri Ekonomi itu menjelaskan, temu ramah dengan akhbar berbahasa Cina yang dirujuk dalam surat berkenaan mempunyai maksud seperti boleh difahami individu dengan penguasaan bahasa Melayu yang baik."Kenyataan dalam temu ramah berkenaan mempunyai maksud berikut: Saya akan kekal sebagai ahli PKR dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan hingga Parlimen dibubarkan bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)."Selain itu, saya berhak memiliki perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh Ahli Parlimen di tengah-tengah penggal."Jika kenyataan ini difahami mengikut pemahaman bahasa Melayu waras, ia tidak memerlukan tafsiran merumitkan seperti cuba diajukan di dalam surat tunjuk sebab berkenaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Sebelum ini Rafizi diberi surat tunjuk sebab berikutan tindakan beliau seakan-akan sudah hilang kepercayaan terhadap PKR.Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, ia juga susulan kenyataan Rafizi yang beliau tidak mahu keluar parti pada masa ini kerana ia akan mencetuskan Akta Lompat Parti.Dalam pada itu Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR mendakwa, PKR cuba menafsirkan kenyataannya seolah-olah beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan dalam PRU16 tetapi bukan atas tiket PKR sebagai satu pengisytiharan keluar parti."(Kenyataan itu dianggap) menggugurkan kedudukan saya sebagai ahli Parlimen dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan," katanya. |
|
Malaysia Airlines Batalkan Penerbangan Ke Jeddah, Madinah Dan Doha Hingga 1 Mac - Lobakmerah - 1/03 10:11 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Semalam, dunia dikejutkan dengan ketegangan di Timur Tengah susulan serangan melibatkan Iran, Israel dan pangkalan Amerika Syarikat |
|
‘Saya tengah siapkan sahur, dia telefon kata anak dah mati’ - Kosmo - 1/03 8:15 am MELAKA Seorang wanita terkilan apabila tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak perempuannya apabila gadis itu salah seorang antara tiga yang maut dalam kemalangan di Jalan Tambak Paya di sini semalam |
|
Media Iran nafi kematian Khamenei Media Iran nafi kematian Khamenei Media .. - Mgazette - 1/03 8:09 am Serangan pada hari Sabtu ke atas Iran menyasarkan 24 wilayah, mengakibatkan sekurang-kurangnya 201 orang maut, menurut laporan media Iran yang memetik Bulan Sabit Merah. Sebagai tindak balas, Iran melancarkan gelombang serangan balas, menyasarkan aset ketenteraan Israel dan Amerika Syarikat di seluruh Timur Tengah |
|
55 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah - Mgazette - 1/03 8:09 am Pihak agensi dan syarikat penerbangan ada menyediakan penginapan hotel untuk kami sementara menunggu Isnin nanti, katanya. Terdahulu, Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Doha, Jeddah serta Madinah pada 28 Feb dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah |
|
Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan .. - Mgazette - 1/03 8:09 am # Surat tunjuk sebab dikeluarkan kerana Rafizi seakan hilang kepercayaan terhadap parti KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diberikan Surat Tunjuk Sebab berikutan tindakan beliau seakan-akan telah hilang kepercayaan terhadap parti, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh |
|
Saya berhak ada perancangan sendiri selepas Parlimen bubar – Rafizi .. - Mgazette - 1/03 8:09 am # Saya berhak ada perancangan sendiri selepas Parlimen bubar - Rafizi KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Rafizi Ramli menyatakan beliau berhak mempunyai perancangan sendiri selepas Parlimen dibubarkan dan tidak lagi terikat dengan peruntukan bersabit pertukaran parti oleh ahli parlimen di tengah-tengah penggal |
|
Pakistan tolak rundingan dengan Afghanistan - Utusan - 1/03 7:20 am KABUL: Pertempuran antara tentera Pakistan dan Taliban di Afghanistan memasuki hari ketiga pada Sabtu selepas pertembungan semalaman, ketika komuniti antarabangsa menyeru rundingan segera bagi menghentikan konflik |
|
Chelsea tempuh fasa penentu, aksi di Emirates jadi ujian utama - Sinarharian - 1/03 7:10 am CHELSEA kini memasuki tempoh paling getir musim ini apabila bakal mengharungi rangkaian perlawanan sukar bermula dengan kunjungan ke gelanggang seteru kota London, Arsenal tengah malam ini dalam usaha memburu kedudukan lima terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).Anak buah Liam Rosenior sebelum ini memulakan kempen dengan langkah meyakinkan menerusi kemenangan ke atas Brentford, Pafos, Crystal Palace dan Wolves, selain kejayaan penting di gelanggang Napoli serta menundukkan West Ham di laman sendiri.Namun keputusan seri berturut-turut menentang Leeds dan Burnley selepas gagal mempertahankan kelebihan di Stamford Bridge mengubah landskap persaingan, sekali gus meletakkan tekanan besar ke atas The Blues.Ketika ini, Chelsea hanya mengatasi Liverpool menerusi perbezaan jaringan dan berdepan jadual yang dianggap paling mencabar dalam kalangan pasukan yang bersaing merebut slot Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.Selepas aksi di Emirates, The Blues akan bertandang ke Aston Villa sebelum menerima kunjungan Manchester City dan Manchester United secara berturut-turut pada pertengahan April.Cabaran lebih sukar menanti apabila perlu ke Anfield pada 9 Mei.Dalam masa sama, Chelsea turut mengharungi aksi kalah mati UCL serta kempen Piala FA, situasi yang menuntut pengurusan skuad lebih rapi.Model ramalan Opta menjangkakan Chelsea menamatkan saingan di tangga keenam, satu kemunduran berbanding kedudukan keempat musim lalu.Kegagalan menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik bakal memberi kesan kepada perancangan kewangan dan perpindahan pemain musim panas.Rosenior mengakui pasukannya perlu lebih tajam dan konsisten, terutama ketika berdepan Arsenal yang turut memburu kemenangan bagi mengukuhkan cabaran kejuaraan.Chelsea juga perlu memperkemaskan disiplin selepas mengumpul lapan kad merah musim ini.Ketiadaan Wesley Fofana akibat penggantungan, selain Marc Cucurella yang cedera dan Estevao yang masih diragui, menambah cabaran buat skuad London Barat itu.Bagi Rosenior, tempoh ini akan menentukan hala tuju musim mereka sama ada terus kekal dalam landasan UCL atau terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di luar kelompok elit. |
|
Dasar ekonomi domestik masih terkawal meskipun konflik luar bergolak - Anwar - Sinarharian - 1/03 12:21 am PUTRAJAYA - Kerajaan masih mempunyai ruang mengawal dasar ekonomi domestik, termasuk memastikan suasana politik yang aman dan stabil bagi meningkatkan keyakinan pelabur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini memandangkan selain aspek keyakinan pelabur, kestabilan sedemikian turut mempengaruhi faktor penting lain."Jadi (ini mempengaruhi) peningkatan pelaburan, pekerjaan bertambah dan inflasi terkawal," kata Anwar pada sesi santai bersama pelajar dan mahasiswa pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Kompleks Seri Perdana di sini malam ini.Perdana Menteri berkata, demikian sebagai mengulas kebimbangan terhadap situasi terkini di rantau Timur Tengah susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran pada Sabtu.Memperincikan selanjutnya Anwar berkata, terdapat faktor yang berada dalam serta di luar kawalan kerajaan."Sebahagiannya di bawah kawalan kita dan sebahagiannya tidak |
|
55 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah - Sinarharian - 28/02 10:27 pm KUALA LUMPUR - Kira-kira 55 jemaah umrah warga Malaysia di bawah kendalian sebuah agensi kini terkandas di Jeddah selepas penerbangan pulang mereka yang dijadualkan pada awal pagi Sabtu dibatalkan.Seorang jemaah Mohd Nasarudin Kassim, 57, ketika dihubungi Bernama memaklumkan mereka sepatutnya berlepas pulang ke tanah air pada 1 pagi waktu tempatan namun dimaklumkan mengenai pembatalan itu oleh pihak syarikat penerbangan pada 8 malam sebelumnya.Beliau berkata, kumpulan jemaah itu kini ditempatkan sementara di sebuah hotel di Jeddah oleh pihak syarikat penerbangan sementara menunggu jadual penerbangan seterusnya.Selain kumpulan dari agensi berkenaan, terdapat juga beberapa kumpulan jemaah dari agensi lain yang turut terkesan dan ditempatkan di hotel yang sama.Mengenai jadual penerbangan gantian, Mohd Nasarudin berkata berdasarkan maklumat terkini, mereka dijadualkan berlepas pulang melalui penerbangan Malaysia Airlines MH159 pada 2 Mac, pada 9.30 malam namun lokasi pelepasan telah diubah dari Jeddah ke Madinah."Situasi di sini buat masa ini tenang dan terkawal. Pihak agensi dan syarikat penerbangan ada menyediakan penginapan hotel untuk kami sementara menunggu Isnin nanti," katanya.Terdahulu, Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Doha, Jeddah serta Madinah pada 28 Feb dan 1 Mac 2026, susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah.Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah menerusi kenyataan di Facebook malam ini memaklumkan pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan keadaan terkini di rantau itu."Situasi di seluruh Arab Saudi pada ketika ini adalah selamat dan terkawal |
|
Anwar zahir dukacita konflik global berlarutan tanpa noktah - Sinarharian - 28/02 9:55 pm Kita makan tetapi ada yang masih kebuluran di sana. (Kini) terbeban lagi dengan keputusan Israel dengan sekutu AS menyerang Iran hari ini."Kalau belum kita dapat belajar erti perpaduan dan akhlak yang baik, saya tidak tahu apa lagi, jarang sekali dalam sejarah manusia begitu banyak tragedi yang menimpa umat yang terus berlaku di depan mata kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Kompleks Seri Perdana hari ini.Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta lebih 300 warga kedua-dua kementerian.Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai 'serangan awal' terhadap musuh ketatnya bagi 'menghapuskan ancaman'.Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran |
|
Lima perkara perlu diketahui tentang Iran - Sinarharian - 28/02 8:04 pm IRAN sebuah negara yang luas dan berbilang etnik serta majoriti Muslim, telah ditadbir oleh sistem kerohanian sejak revolusi 1979 yang menyingkirkan monarki.Berikut lima perkara utama untuk memahami Republik Islam ini:1 |
|
Malaysia gesa AS-Iran guna saluran diplomasi cari penyelesaian - Anwar - Sinarharian - 28/02 6:59 pm KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menggunakan saluran diplomasi untuk cari penyelesaian dan bukannya terus meningkatkan ketegangan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera tanpa mengamalkan sikap dwistandard.Beliau menegaskan, penghentian permusuhan dengan serta-merta dan tanpa sebarang syarat adalah amat mustahak."Serangan Israel ke atas Iran dan tindakan ketenteraan AS yang mengiringinya, boleh menjerumuskan Timur Tengah ke ambang malapetaka."Tindakan Israel yang memulakan serangan itu adalah cubaan keji untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung dan mengheret negara lain ke dalam konflik yang mungkin mustahil untuk dibendung," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.Perdana Menteri turut melahirkan kebimbangkan terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Iran dan negara lain di rantau berkenaan, sekali gus menyatakan kerajaan akan berhubung dengan rakan serantau bagi menyelaraskan tindakan susulan.Ketegangan di Timur Tengah meningkat apabila AS dan Israel melancarkan serangan pada Sabtu, dengan Israel menyifatkannya sebagai "serangan awal" terhadap musuh ketatnya bagi "menghapuskan ancaman".Serangan itu berlaku selepas AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya secara besar-besaran di rantau berkenaan bagi memberi tekanan kepada Tehran supaya mengurangkan program nuklearnya, serta susulan tindakan keras di Iran terhadap protes besar-besaran |
|
Anwar: Serangan Israel ke atas Iran 'cubaan jijik' gagal rundingan - Mkini - 28/02 5:58 pm Timur Tengah di ambang bencana, kata PM. |
|
Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,910 orang petang ini - Sinarharian - 28/02 5:20 pm KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,910 daripada 2,282 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 6,732 orang daripada 2,293 keluarga tengah hari tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Tenom menunjukkan trend peningkatan iaitu 5,246 orang daripada 1,741 keluarga berbanding 4,500 orang daripada 1,507 keluarga 8 pagi tadi."Jumlah mangsa di Beaufort kekal 1,462 orang daripada 467 keluarga manakala Membakut pula berkurangan kepada 202 orang (74 keluarga) berbanding 441 orang (173 keluarga) pagi tadi," menurut kenyataan itu.Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sipitang telah ditutup pada 12 tengah hari tadi selepas kesemua 329 orang daripada 146 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.Sebanyak 93 kampung di Beaufort masih terjejas banjir, Tenom (46) manakala Membakut (16).Kesemua mangsa ditempatkan di 34 PPS yang dibuka sejak Rabu lepas menjadikan keseluruhan penduduk di 155 kampung di tiga daerah itu tidak dapat melakukan aktiviti harian masing-masing |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |