///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Tiga News   Page 1    



800 individu yang diusir dari Sabah tiba di Zamboanga City pada... - Mygazette - 2/11 7:56 am

Pejabat Luar IX Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Filipina (DSWD) memaklumkan bahawa kumpulan itu merupakan kumpulan kedua individu yang diusir dan diterima tahun ini sejak operasi penghantaran pulang disambung semula, dengan kumpulan pertama telah tiba pada Januari 2026. DSWD menerusi Processing Centre for Displaced Persons (PCDP) memaklumkan bahawa mereka yang dihantar pulang dari tiga pusat tahanan di Sandakan, Papar dan Tawau tiba pada 8 malam, 30 Okt





Warga emas disepak, ditampar depan kedai cuci kereta - Mygazette - 2/11 7:56 am

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan video berdurasi dua minit enam saat yang memaparkan kejadian itu selepas dimuat naik menerusi Facebook semalam. "Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dan punca pergaduhan juga disebabkan masalah keluarga





Ceramah Bersama `sendu’, kurang 50 hadir tunggu Rafizi - Mygazette - 2/11 7:56 am

# Ceramah Bersama `sendu', kurang 50 hadir tunggu Rafizi ALOR GAJAH Ceramah Trak Kancil Parti Bersama Malaysia (Bersama) di Dataran Keris, di sini malam tadi, berlangsung dalam suasana hambar apabila kurang 50 peserta hadir mengikuti program kempen yang bermula jam 8 malam itu. Lebih mencuri perhatian, pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli hanya tiba kira-kira jam 11.10 malam, iaitu lebih tiga jam selepas ceramah berkenaan dijadualkan bermula





PRN Melaka: Tiada ???report card???, Azman sandar pengalaman bersama PMX - Mygazette - 2/11 7:56 am

Paya Rumput merupakan kawasan separa bandar yang turut mempunyai ramai penduduk daripada golongan B40, justeru keperluan kumpulan berkenaan perlu diberikan perhatian," katanya. DUN Paya Rumput menyaksikan saingan tiga penjuru antara Azman dan dua lagi juga muka baharu daripada Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas iaitu Rafie Ahmad, manakala Abdul Rashid Abu Bakar bertanding atas tiket Parti Bersama Malaysia (Bersama)





Penerimaan pengundi India memberangsangkan – Calon PH DUN Rembia .. - Mygazette - 2/11 7:56 am

Katanya, beliau berpeluang menyantuni penduduk setempat dan setakat ini tidak berdepan sebarang penolakan sepanjang turun padang. Mengulas persaingan di Rembia yang menyaksikan ketiga-tiga calon merupakan muka baharu, beliau berkata, hubungan baik dengan calon BN yang juga rakannya tidak menjadi penghalang untuk berkempen secara sihat





Tiga kali YB Along ziarah, Noor Jahan kini miliki rumah sendiri - Mygazette - 2/11 7:56 am

# Tiga kali YB Along ziarah, Noor Jahan kini miliki rumah sendiri ALOR GAJAH Tiga kali kunjungan Datuk Fairul Nizam Roslan yang dikenali sebagai YB Along ke rumah sewa Noor Jahan Mohamed menjadi kenangan bermakna apabila usaha membantu keluarganya membuahkan hasil dengan penerimaan kediaman baharu menerusi Projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB)





Iraola hairan pengadil tutup mata insiden kekasaran pemain Arsenal - Sinarharian - 2/11 7:20 am

Jika tidak, mereka tidak akan memberikan keputusan."Kemudian pengadil mengeluh mengapa pemain sering menjatuhkan badan. Ini kerana jika anda tidak terjatuh, mereka tidak akan memberikan penalti," katanya.Kenyataan itu menggambarkan kekecewaan Iraola terhadap situasi yang dianggapnya meletakkan pemain dalam keadaan serba salah ketika cuba mendapatkan hak mereka di atas padang.Kekalahan tersebut menyaksikan Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, manakala Arsenal membawa pulang tiga mata berharga untuk merampas status pendahulu liga daripada Manchester City.





Arsenal tamatkan badi 14 tahun di Anfield - Sinarharian - 2/11 7:10 am

ARSENAL menamatkan penantian 14 tahun untuk meraih kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield selepas menundukkan Liverpool 1-0 dalam aksi liga, awal pagi Isnin.Jaringan Kai Havertz pada minit ke-16 memastikan kemenangan berharga buat skuad kendalian Mikel Arteta itu, sekali gus membolehkan The Gunners merampas takhta pendahulu liga daripada Manchester City dengan mengumpul 24 mata selepas sembilan perlawanan.Kali terakhir Arsenal mencatat kemenangan liga di Anfield adalah pada September 2012, ketika Arteta masih bergelar pemain kelab London itu.Kali ini, Havertz muncul wira apabila menyudahkan hantaran rendah Declan Rice selepas Arsenal memanfaatkan kesilapan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker ketika cuba membina serangan dari kawasan sendiri.Martin Odegaard terlebih dahulu merampas bola sebelum gerakan pantas diteruskan ke bahagian kanan menerusi Noni Madueke dan Rice, yang melakukan hantaran tepat untuk disudahkan Havertz di depan gawang.Liverpool yang dibimbing Andoni Iraola cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun beberapa peluang terbaik gagal dimanfaatkan.Florian Wirtz hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang terkena palang, manakala Alexis Mac Allister mensia-siakan peluang menerusi tandukan yang melewati palang gol.Tuan rumah turut berasakan mereka sepatutnya diberikan sepakan penalti selepas Jurrien Timber menarik jersi Alexander Isak ketika penyerang itu cuba menyambut hantaran lintang.Bagaimanapun, pengadil dan video bantan pengadil (VAR) tidak memberikan sebarang hukuman.Memasuki babak kedua, Liverpool terus meningkatkan tekanan, tetapi benteng Arsenal kekal tersusun dan berdisiplin untuk mengekalkan kelebihan.Malah, The Reds gagal menghasilkan percubaan tepat ke sasaran sepanjang perlawanan, sekali gus menggambarkan keberkesanan pendekatan pertahanan pasukan pelawat.Kemenangan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 24 mata, tiga mata di depan Manchester City yang tewas 0-1 kepada Brighton & Hove Albion pada Sabtu.Liverpool pula kekal di tangga kelima dengan 15 mata, sembilan mata di belakang pendahulu.





Pendapatan penjaja dinilai, ukur keberkesanan bantuan - Utusan - 2/11 6:45 am

HULU LANGAT: Pendapatan penjaja dan peniaga kecil akan dinilai berdasarkan perbandingan diperoleh mereka pada tiga tahun lalu bertujuan mengukur keberkesanan bantuan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan





Watak Hang Tuah kemuncak karier Aqasha - Hmetro - 2/11 6:00 am

Hampir tiga dekad menceburi bidang seni, nama pelakon dan penyanyi berpengalaman, Aqasha terus bertahan hingga hari ini





Penang FC rehatkan Wan Rohaimi, Victor Andrag ambil alih tugas ketua jurulatih - Sinarharian - 1/11 11:30 pm

KETUA Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail direhatkan daripada mengendalikan pasukan itu berkuat kuasa serta-merta.Penang FC dalam kenyataan malam ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan kekalahan 1-2 kepada Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini petang tadi."Sehubungan dengan itu, Pengarah Teknikal Penang FC, Victor Andrag akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih pasukan berkuat kuasa serta-merta," menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab itu.Prestasi skuad Harimau Kumbang dilihat hambar musim ini apabila menduduki tangga ke-11 liga selepas mengharungi enam perlawanan dengan mengutip empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri.Dalam perlawanan petang Ahad, Penang FC mengalami kekalahan keempat musim ini meskipun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti kapten pasukan Stefano Brundo pada minit ke-62.Namun, kealpaan tuan rumah membolehkan pemain tengah Melaka FC Dino Kalesic menyamakan kedudukan pada minit ke-72 sebelum Abdel Kader Coulibaly menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir permainan untuk memastikan skuad Hang Tuah membawa pulang tiga mata penuh.Wan Rohaimi, 50, dilantik sebagaisebagai Ketua Jurulatih Penang FC pada November 2024





Liga Super: Selangor FC, Melaka FC lakar kemenangan dramatik - Kosmo - 1/11 11:02 pm

PETALING JAYA – Selangor FC terus mengukuhkan momentum dalam saingan Liga Super apabila mencatat kemenangan keenam berturut-turut selepas menewaskan Star City 1-0 di Stadium MBPJ, sebentar tadi. Jaringan tunggal Hugo Boumous pada minit ke-16 sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata buat skuad kendalian Kim Pan-gon yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan kelebihan tersebut





PM beri semangat Hakim Danish terus bangkit, buru kejayaan - Sinarharian - 1/11 10:54 pm

PERDANAMenteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli tidak berputus asa selepas menamatkan perlumbaan Moto3 di tempat keempat pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.Sambil mengucapkan tahniah,Perdana Menteri berharap pelumba berusia 19 tahun itu terus berusaha pada baki saingan musim ini."Tahniah kepada Hakim Danish kerana menamatkan saingan Moto3 di tempat keempat! Teruskan usaha dan jangan patah semangat, masih ada baki perlumbaan untuk cuba melangkah lebih jauh," kata beliau menerusi hantaranX pada Ahad.Anwar berkata, selain Hakim Danish, beliau turut meluangkan masa bertemu dengan pelumba muda negara, Muhammad Qabil Irfan Azlan, Qayyim Razin Razali dan Muhammad Naqib Rifqi Zulhelmi."Saya juga titip pesan agar mereka jangan mudah mengalah apabila berdepan cabaran kerana setiap juara juga pernah melalui episod jatuh bangun."Semoga suatu hari nanti kalian pula menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak Malaysia untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia," katanya.Hakim Danish, yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, terlepas peluang menaiki podium di laman sendiri selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat, hanya 4.410 saat di belakang juara dari Sepanyol, Maximo Quiles.Pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan aksi kompetitif apabila berjaya melonjak ke tempat kedua pada pusingan ke-11 sebelum kedudukannya dipintas dua pencabar pada pusingan berikutnya.Hakim Danish sebelum ini turut mencatat kejayaan menaiki podium pada GP Itali dan GP Republik Czech musim ini, sekali gus membuktikan keupayaannya bersaing dengan pelumba terbaik dunia dalam kategori Moto3.Berdasarkan kalendar MotoGP, saingan musim ini kini berbaki tiga pusingan lagi, iaitu di Qatar, Portugal dan Sepanyol





Wanita maut motosikal rempuh kereta buat pusingan U - Sinarharian - 1/11 9:19 pm

MACHANG Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang dipercayai membuat pusingan U di Kilometer 26, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada Ahad.Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios, motosikal SYM BX110 dan Toyota Hilux milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan itu bergerak dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai sebelum pemandu Toyota Vios juga pesara guru lelaki berusia 84 tahun dipercayai membuat pusingan U secara tiba-tiba dari bahu jalan."Tindakan itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan hadapan kereta terbabit."Pada masa sama, Toyota Hilux PDRM yang dipandu seorang pegawai polis dari arah belakang turut tidak sempat mengelak sebelum melanggar motosikal berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Azuhar berkata, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala pegawai polis yang memandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian."Polis sedang mengesan saksi bebas serta rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Machang.





Tular warga emas disepak, ditampar: Polis tahan tiga sekeluarga - Sinarharian - 1/11 8:17 pm

JOHOR BAHRU Perselisihan faham berkaitan masalah keluarga dipercayai menjadi punca pergaduhan membabitkan tiga lelaki di hadapan sebuah kedai di kawasan Plentong, di sini, yang tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 27 hingga 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.Menurutnya, polis mengesan video berdurasi dua minit enam saat yang memaparkan kejadian itu selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook pada Sabtu."Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dan punca pergaduhan juga disebabkan masalah keluarga."Semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan.Jelasnya, ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari sehingga 3 November ini bagi membantu siasatan.Sebelum itu, tular satu rakaman video berdurasi dua minit 54 saat memaparkan seorang warga emas dipercayai ditolak, disepak dan ditampar seorang lelaki di hadapan sebuah kedai mencuci kereta di Plentong.Rakaman berkenaan mengundang kecaman pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati terhadap mangsa serta mempersoalkan tindakan lelaki terbabit.





PRN Melaka: Adly Calon Ketua Menteri PH - Wrlr - 1/11 7:43 pm

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kajang, di sini, hari ini. Amirudin berkata, PH akan mengumumkan manifesto Rumah Kita mewakili pakatan itu bagi rakyat Melaka dalam tempoh tiga hari lagi





PRN Melaka: Pengalaman PH Tadbir Melaka, Kemampuan Calon Jadi Taruhan - Wrlr - 1/11 7:33 pm

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari bersama Khoo Poay Tiong (dua dari kanan) ketika sidang media harian PH di Bukit Piatu pada 1 November 2026. Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, kemampuan calon di kawasan masing-masing menjadi satu daripada tiga faktor utama yang dinilai dalam menetapkan sasaran berkenaan, selain kekuatan jentera parti dan tahap sokongan rakyat





Tiga calon DUN Bandar Hilir 'bertembung' di pasar malam - Sinarharian - 1/11 7:20 pm

KOTA MELAKA Suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir menyaksikan situasi menarik apabila tiga calon yang bersaing bagi kerusi itu bertemu secara serentak ketika berkempen di Pasar Malam Bandar Hilir di sini pada Ahad.Calon Barisan Nasional (BN), Jasmine Lok terlebih dahulu menyapa calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Dr Mohd Nor Rashidi Ab Jalil sebelum kedua-duanya didatangi calon Pakatan Harapan (PH), Leng Chau Yen.Ketiga-tiga calon yang tiba sekitar jam 5.30 petang itu masing-masing menjalankan program kempen, termasuk menyampaikan ceramah ringkas serta beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung pasar malam berkenaan.Mohd Nor Rashidi berkata, pihaknya mengadakan ceramah mini sebagai salah satu pendekatan untuk mendekati masyarakat dan menyampaikan mesej kempen.Beliau menyifatkan pertemuan dengan calon parti lawan itu sebagai gambaran politik matang apabila masing-masing dapat bertegur sapa tanpa sebarang provokasi."Kami berjumpa, bertanya khabar sesama sendiri dan siap bergambar





ECRL, lebuh raya, lapangan terbang pacu ekonomi - Harakahdaily - 1/11 6:38 pm

KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pembinaan lebuh raya (Lebuh Raya Rakyat) serta pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra perlu diberi keutamaan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Kelantan, khususnya dalam membuka peluang baharu kepada rakyat. Dato Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) berkata, pembangunan ketiga-tiga infrastruktur berkenaan perlu disusuli perancangan strategik Kerajaan Negeri bagi memastikan […] The post ECRL, lebuh raya, lapangan terbang pacu ekonomi appeared first on Harakahdaily .





Tiga lagi negara ASEAN mahu tangani bersama isu keselamatan kanak-kanak dalam talian - Fahmi - Astroawani - 1/11 6:08 pm

"Rantau Asia Tenggara akan bergerak dalam hala tuju yang sama, kerana apabila kita bersatu, kita akan lebih kuat, terutama dalam mendepani platform-platform media sosial gergasi."





Pelajar maut kemalangan di Lebuhraya KL-Seremban - Sinarharian - 1/11 5:39 pm

KAJANG - Seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 301.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua yang bergerak lurus."Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya sebelum dilanggar dua lagi motosikal yang datang dari arah belakang di lorong sama."Dua lagi penunggang berusia 22 dan 20 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di wad kecemasan Hospital Serdang, keadaan kedua-dua mereka dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod menerusi talian 017-381 8422," katanya.





AGC fail rayuan kes kematian Zaharif, mahu pertuduhan bunuh dikembalikan terhadap pegawai kanan polis - Harapandaily - 1/11 5:14 pm

Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan supaya pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dikembalikan terhadap seorang pegawai kanan polis yang menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie tiga tahun lepas





PRN Melaka: 'Lepas jadi wakil rakyat projek terus jalan, bukan masa PRN baru muncul diri' - Sinarharian - 1/11 5:03 pm

MELAKA - Barisan Nasional (BN) terus melaksanakan projek untuk manfaat rakyat sebaik sahaja diberi mandat, bukannya hanya muncul memperkenalkan diri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, selain memberi tumpuan kepada sektor pelancongan dan pelaburan, kerajaan negeri turut memperkenalkan inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) serta Hari Mesyuarat Kerajaan Negeri Bersama Rakyat (HEBAT) bagi mendekati masyarakat.Pengerusi MCA Melaka itu berkata, usaha berkenaan bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya, sebaliknya secara berterusan demi pembangunan Melaka."Sejak menjadi wakil rakyat, projek sudah mula berjalan. Ini berbeza dengan parti lain yang hanya muncul memperkenalkan diri apabila pilihan raya semakin hampir."Rakyat dapat melihat perbezaan antara BN dengan parti lain kerana BN ikhlas berjuang untuk rakyat," katanya.Beliau berkata demikian selepas lawatan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ke Bilik Gerakan BN Bukit Rambai pada Ahad.Katanya, beliau mahu DUN Klebang menjadi sebahagian daripada pasukan BN bagi memastikan kawasan itu terus berada di bawah pentadbiran Ketua Menteri.""Berdasarkan maklum balas di lapangan, banyak pihak memberikan sokongan dan saya mempunyai keyakinan penuh bahawa selepas PRN ini, Melaka akan kekal biru dan Ab Rauf akan terus menjadi Ketua Menteri kita"Kita kena terus bekerja keras dan memberikan sumbangan bagi membantu BN Melaka membentuk kerajaan negeri," katanya.DUN Klebang menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRN Melaka ke-16 kali ini.Persaingan itu membabitkan penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Ban Hong yang berdepan cabaran tiga calon lain iaitu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Bersatu), Young Jie Yu (Bersama) dan Farzana Hayani Mohd Nasir (Pakatan Harapan).Pada PRN Melaka 2021, Ban Hong memenangi kerusi DUN Klebang dengan memperoleh 5,028 undi, menewaskan calon PKR, Datuk Gue Teck yang mendapat 4,152 undi dan calon PN, Bakri Jamaluddin dengan 3,884 undi.





PRN Melaka: 'Saya mahu selesaikan khidmat yang tertangguh' - Ginie - Sinarharian - 1/11 4:48 pm

ALOR GAJAH - Mahu menyambung khidmat yang belum sempat disempurnakan ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini menjadi antara hasrat calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ginie Lim sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.Beliau berkata, tempoh hanya 22 bulan sebagai sebahagian daripada kerajaan dan lebih tiga tahun sebagai ADUN pembangkang sebelum ini menyebabkan terdapat beberapa perkara yang belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.Menurutnya, peluang untuk kembali berkhidmat akan dimanfaatkan bagi meneruskan usaha terdahulu, selain membawa idea baharu hasil pengalaman serta jaringan yang diperoleh sepanjang lebih tiga tahun berkhidmat di Invest Melaka."Saya harap dapat teruskan perkhidmatan saya yang tertangguh dan membawa idea-idea baharu yang saya kumpul sepanjang tiga tahun berkhidmat di Invest Melaka."Pengalaman itu memberi saya perspektif serta jaringan baharu yang saya yakin boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Dalam pada itu, Ginie berkata, antara perkara yang mahu diberi perhatian ialah penambahbaikan kemudahan awam dan infrastruktur bagi memastikan penduduk dapat menikmati persekitaran lebih selesa serta selamat.Beliau memberi contoh keadaan padang bola di Hutan Percha yang mempunyai kemudahan tidak lengkap termasuk tiang gol, sekali gus menjejaskan penggunaan kemudahan berkenaan."Tidak boleh diterima apabila padang sudah ada tetapi kemudahan tidak lengkap





ADUN Guar Chempedak, anak terlibat kemalangan - Sinarharian - 1/11 3:44 pm

YAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya terlibat dalam kemalangan di Ulu Sedaka di sini pada Sabtu.Dalam kejadian itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki dilaporkan terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sedaka.Susulan kemalangan tersebut mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan, begitu juga pemandu Perodua Myvi yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.Menurutnya, susulan maklumat tersebut, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan mengarahkan anggota kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian sebelum memaklumkan insiden itu kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik."Hasil maklumat daripada anggota MPV mendapati pemandu Proton X50 itu ialah anak lelaki ADUN Guar Chempedak yang berusia 32 tahun, manakala Abdul Ghafar merupakan penumpang kenderaan tersebut."Ketiga-tiga individu yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan," katanya.Terdahulu, kejadian berkenaan turut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook oleh kumpulan Kaki Jalan 66's yang berada di daerah itu bagi menyertai program Explore Ride Yan Kedah.Menerusi hantaran tersebut, kumpulan berkenaan memaklumkan bahawa Abdul Ghafar sepatutnya menyertai mereka untuk bersarapan di sebuah gerai roti canai sebelum kejadian berlaku.Mereka turut mendoakan agar ADUN berkenaan dan anaknya segera pulih.





Lagi isu petrol campur air: KPDN siasat stesen minyak di Sungai Buloh - Careta - 1/11 3:11 pm

Menurutnya, sebanyak tiga tin sampel petrol RON95 diambil dari pam nombor tiga untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis





Tiga termasuk dua wanita Indonesia ditahan terlibat judi dalam talian - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# Tiga termasuk dua wanita Indonesia ditahan terlibat judi dalam talian KULAI - Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia kerana terbabit kegiatan perjudian dalam talian di sebuah premis kedai di sekitar Kulai Besar di sini, 30 Oktober lalu





Tiga tahun tekanan air rendah, penduduk Taman Peruna terus berharap - Mygazette - 1/11 3:08 pm

# Tiga tahun tekanan air rendah, penduduk Taman Peruna terus berharap MELAKA Sebahagian daripada kira-kira 500 buah rumah di Taman Peruna, Sungai Udang, di sini, mendakwa berdepan masalah tekanan air rendah sehingga menyukarkan penduduk menjalankan urusan harian sejak kira-kira tiga tahun lalu





Jika layak, apa salahnya suami isteri berkorban jadi wakil rakyat? ???... - Mygazette - 1/11 3:08 pm

Bekas pakar perubatan dalam bidang kesihatan awam itu berkata demikian ketika diminta mengulas naratif dimainkan di media sosial mengenai penyertaannya dalam politik sedangkan suaminya, Datuk Seri Jamil Salleh adalah ADUN Dengkil, Selangor. Dr Asmah yang sudah bersara tiga tahun lalu selepas kira-kira 34 tahun perkhidmatan berkata, masyarakat tidak seharusnya terlalu cepat membuat tanggapan negatif sebaliknya menilai berdasarkan prinsip dan kemampuan individu terbabit





Ginie Lim hantar surat jemputan dialog terbuka kepada calon BN, Bersama .. - Mygazette - 1/11 3:08 pm

Ginie turut merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN, Datuk Ngwe Hee Sem dan calon Bersama, B. Prashanth Kumar atas kelancaran proses penamaan calon serta menyifatkan saingan tiga penjuru di kerusi berkenaan sebagai satu 'pertandingan persahabatan' yang sihat





PRN Melaka: Berdepan Ginie dan Bersama, Hee Sem yakin rekod lima... - Mygazette - 1/11 3:08 pm

Kalau dahulu saya sebagai orang baharu pada 2021, kali ini tidak ada masalah untuk saya kerana semua orang sudah kenal, malah budak kecil pun kenal saya, katanya. Pada PRN kali ini, Hee Sem berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim Siew Lin dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), B





Bantuan tambahan RM1 juta kepada KUSKOP bantu persatuan dan peniaga kecil .. - Mygazette - 1/11 3:08 pm

Pada masa sama,Anwar turut meminta Steven bekerjasama dengan persatuan berkaitan bagi mengenal pasti tahap peningkatan pendapatan serta kelemahan yang masih perlu ditangani. Katanya, ini kerana keberkesanan bantuan kerajaan juga perlu dinilai berdasarkan peningkatan pendapatan peniaga termasuk perbandingan purata pendapatan mereka dalam tempoh tiga tahun lalu dengan tahun ini





PRN Melaka: Ginie pertahan dialog terbuka, tolak politik caci maki - Sinarharian - 1/11 3:06 pm

Kalau nak cakap apa, cakap depan-depan."Kita pernah menjadi kerajaan dan pernah bertanggungjawab bersama-sama. Jadi, boleh sahaja kita duduk untuk berbincang," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Ahad.Beliau menjelaskan, dialog berkenaan bukan bertujuan menentukan pihak yang betul atau salah seperti perdebatan, sebaliknya membuka ruang kepada setiap calon mengetengahkan pandangan dan cadangan terbaik demi kepentingan Machap Jaya.Ginie berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada dua pencabar selepas menyerahkan surat jemputan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ngwe Hee Sem dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), B Prasanth Kumar pada hari penamaan calon, Sabtu.Katanya, beliau menghormati jadual kempen kedua-dua calon yang padat dan bersedia berbincang mengenai tarikh serta masa bersesuaian sekiranya mereka bersetuju menyertai dialog itu.Ditanya perkembangan kempen setakat ini, Ginie menyifatkan sambutan pengundi sebagai positif, selain melihat peningkatan minat untuk keluar mengundi pada 14 November ini.Beliau turut menghargai kehadiran pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa hari penamaan calon termasuk Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memberikan sokongan kepada jentera parti.Ginie yang pernah memenangi kerusi Machap Jaya pada PRN 2018 berkata, beliau yakin pengalaman, keupayaan kepimpinan serta sokongan Kerajaan Persekutuan menjadi antara kekuatan yang boleh ditawarkan kepada pengundi.Menurutnya, pilihan raya kali ini perlu memberi tumpuan kepada perancangan pembangunan untuk tempoh lima tahun akan datang, bukan semata-mata menilai pencapaian lalu.Pada PRN 2018, Ginie memenangi kerusi Machap Jaya dengan majoriti 1,336 undi selepas memperoleh 5,550 undi dalam pertandingan tiga penjuru.Bagaimanapun, pada PRN 2021, kerusi itu dimenangi Ngwe dengan majoriti 938 undi selepas memperoleh 3,732 undi dalam pertandingan lima penjuru, manakala Ginie tidak bertanding.





PRN Melaka: Adly Zahari akan dinamakan calon ketua menteri jika PH menang - Sinarharian - 1/11 2:49 pm

KAJANG - Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka adalah calon terbaik untuk menerajui pentadbiran negeri."Adly ialah calon terbaik (Ketua Menteri) dan beberapa yang lainlah tetapi setakat ini, Adly ialah konsensus untuk dinamakan sebagai calon Ketua Menteri kalau kita mendapat majoriti atau pun diberi kepercayaan," katanya.Menteri Besar Selangor itu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini pada Ahad.Pada PRN kali ini, Adly yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil berdepan saingan empat penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Ridzuan Sarif, Dr Aliza Che Amran daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan Abu Bakar Sabudin (Bebas).Pada PRN Melaka ke-15, Adly yang juga Naib Presiden Amanah memperoleh majoriti 1,057 undi selepas menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hasnoor Sdg Husin daripada Barisan Nasional (BN), Muhammad Al Afiz Yahya (PN) dan Abdul Hamid (Bebas).Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR berkata, berdasarkan situasi selepas selesai penamaan calon semalam, PH yakin mampu memberikan saingan sengit pada PRN ke-16.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala pengundian awal pada 10 November





‘Alhamdulillah bergelar graduan, tiada satu semester tertangguh’ - Kosmo - 1/11 2:39 pm

Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd. Salleh, 26, berkata, sepanjang tiga tahun mengejar untuk menggenggam ijazah, dia tidak pernah menangguhkan walaupun satu semester meski dalam masa sama sibuk dengan kerjaya sebagai ..





Kes langgar Zaharif: AGC fail rayuan hukuman pegawai kanan polis - Sinarharian - 1/11 2:37 pm

KOTA BHARU - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun enam bulan terhadap seorang pegawai kanan polis dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie di Perak, tiga tahun lepas.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, keputusan memfailkan rayuan itu dibuat, selepas beliau berbincang dengan Ketua Bahagian Pendakwaan AGC, Datuk Masri Mohd Daud serta Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC bagi meneliti pelbagai aspek kes berkenaan.Beliau berkata, rayuan itu telah difailkan pada minggu lepas, bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.Mohd Dusuki berkata, antara perkara yang akan diteliti ialah kemungkinan mengemukakan hujahan supaya pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dikembalikan atau mengambil tindakan lain yang bersesuaian berdasarkan keadaan kes."Kita nak meneliti segala aspek kes inilah





Segera tambah doktor di Sabah MMA - Utusan - 1/11 2:30 pm

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Sivanaesan Letchumanan berkata, penempatan tiga pegawai perubatan sebagai bantuan sementara dialu-alukan, namun KKM perlu memastikan sokongan ..





PRN Melaka: 'Tugas wanita bukan sekadar jaga suami, anak di rumah' - Sinarharian - 1/11 1:32 pm

Terima kasih kerana sentiasa percaya, merestui dan berdiri teguh di belakang saya."Doakan saya terus kuat memikul amanah ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita menjadi asbab kebaikan buat keluarga, masyarakat dan seluruh warga Taboh Naning," katanya.Junainah yang bekerja sebagai peniaga memilikiDiploma Eksekutif dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).PRN Melaka ini, Junainah bakal berdepan penyandang, Datuk Zulkiflee Mohd Zin daripada Barisan Nasional (BN)-UMNO dalam pertandingan dua penjuru di DUN Taboh Naning yang mempunyai 11,299 pengundi berdaftar.Sebagai rekod, pada PRN Melaka 2021, Zulkiflee memenangi kerusi berkenaan dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 3,170 undi dan majoriti 1,825 undi.Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Abu Hashim Abdul Samad yang memperoleh 1,345 undi, manakala calon PH, Zairi Suboh mendapat 1,024 undi.Taboh Naning merupakan kubu kuat BN yang mempunyai rekod kemenangan yang konsisten.Pada 2018, sokongan BN merosot dan majoriti mengecil kepada 740 undi namun pada 2021, BN kembali mencatat kemenangan lebih besar dengan majoriti 1,825 undi.





Amanah yakin PH boleh menang 'solo' di Perak pada PRU16 - Sinarharian - 1/11 12:55 am

IPOH - Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) di Perak tanpa memerlukan kerjasama dengan gabungan parti politik lain.Keyakinan itu disuarakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Dr Ahmad Termizi Ramli yang melihat kekuatan sedia ada PH di negeri ini mampu membentuk kerajaan negeri sekiranya parti-parti komponen mengekalkan prestasi masing-masing.Menurutnya, PH mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan kedudukan di Perak menerusi kekuatan kerusi dimiliki DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain peluang Amanah menambah kerusi pada pilihan raya akan datang."Perak, insya-ALLAH PH 'alone' boleh menang. Sebab kita ada DAP sudah ada 18 kerusi penyandang, PKR sudah ada lima, walaupun Amanah satu."Tetapi di tempat kedua (kerusi yang tewas dalam keputusan PRU15) ada lagi empat kerusi Amanah dan tiga kerusi PKR





PRU16: Amanah letak sasaran tanding 32 kerusi Parlimen - Sinarharian - 1/11 12:53 am

IPOH Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding di 32 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan 18 daripadanya dikenal pasti sebagai kerusi fokus yang berpotensi dimenangi.Pengarah Strategi Amanah, Ahmad Sabki Yusof berkata, ketetapan itu dibuat menerusi pemukiman pilihan raya parti di peringkat nasional pada September lalu sebagai sebahagian daripada strategi memperkukuh kedudukan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya akan datang.Menurutnya, Amanah juga memutuskan untuk mempersiapkan diri menghadapi PRU16 dan pilihan raya negeri (PRN) atas kapasiti PH tanpa membayangkan sebarang kerjasama dengan parti lain buat masa ini."Kita bermula dengan memperkukuhkan Pakatan Harapan dengan tiga parti yang kita ada iaitu Amanah, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP serta memperkukuhkan saf kita."Kita berazam untuk mengekalkan pentadbiran kita sama ada di peringkat nasional mahupun negeri-negeri dengan kekuatan kita sendiri," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2026 di sebuah hotel di sini pada Ahad.Ahmad Sabki berkata, keputusan itu turut mengambil kira perkembangan politik semasa termasuk kecenderungan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).Sehubungan itu, katanya, Amanah perlu memperkukuh kekuatan sendiri bagi memastikan parti mampu menyumbang jumlah kerusi mencukupi untuk mempertahankan Kerajaan Madani.Dalam pada itu, beliau berkata, Amanah menetapkan persiapan pilihan raya perlu dimulakan sekarang dan tidak menunggu sehingga Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.Menurutnya, semua kawasan yang dikenal pasti sebagai sasaran dan fokus perlu menggerakkan jentera masing-masing menerusi aktiviti kempen serta pemantauan berkala berdasarkan perancangan dan data pilihan raya."Ketetapan kita adalah sasaran bertanding 32 kerusi Parlimen dan fokus kita 18 kerusi."Di Perak, sasaran bertanding adalah 19 kerusi manakala enam kerusi dikenal pasti sebagai fokus," katanya.Beliau turut memuji Amanah Perak yang memulakan persiapan sejak tahun lalu, termasuk membangunkan rangka kerja kesiapsiagaan jentera di peringkat kawasan serta melaksanakan pemantauan setiap tiga bulan.Ahmad Sabki berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan gerak kerja parti dapat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan sebelum tiba musim pilihan raya.Tambahnya, Amanah perlu memberi tumpuan kepada kekuatan di lapangan berikutan kemenangan PH dalam pilihan raya terdahulu banyak bergantung kepada gelombang politik di peringkat nasional.





PRN Melaka: DUN Pantai Kundor jadi rebutan dua wanita - Sinarharian - 1/11 12:13 am

Bukan wakil rakyat sahaja, rakyat juga perlu memainkan penting bagi memastikan segala tanggungjawab serta keperluan rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,"katanya.Dr Asmah berkata, keputusan untuk bertanding didorong minat untuk terus bekerja dan menyumbang kepada masyarakat meskipun sudah bersara daripada perkhidmatan kerajaan."Selepas bersara, saya ada juga melakukan kerja sosial dan kebajikan seperti mengadakan pemeriksaan serta ceramah kesihatan."Daripada situ, saya merasakan masih berminat untuk bersama masyarakat dan melakukan kerja-kerja sebegitu. Jadi, saya rasa masih boleh menyumbang kepada masyarakat," katanya.Tambahnya, memandangkan anak-anaknya sudah dewasa, beliau mahu memanfaatkan pengetahuan serta jaringan hubungan yang dimiliki untuk terus membantu mereka yang memerlukan.Sepanjang perkhidmatannya, Asmah pernah bertugas sebagai doktor latihan siswazah di Hospital Kuala Lumpur (HKL), berkhidmat di Jabatan Nanas Malaysia selama tujuh hingga lapan tahun sebelum meneruskan kerjaya dalam KKM.Jawatan terakhirnya ialah Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.Untuk rekod, pada PRN Melaka ke-15 pada 2021, Tuminah memenangi kerusi DUN Pantai Kundor dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 827 undi.Beliau memperoleh 3,960 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Ridzwan Mustafa yang memperoleh 3,133 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Nor Azman Hassan yang mendapat 2,799 undi.





Dr Fie sah bergelar isteri Kapten Amrul dengan sekali lafaz - Sinarharian - 1/11 12:12 am

USAHAWAN dan personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Kapten Amrul Nizar Anuar.Menerusi perkongsian di sesi siaran langsung di TikTok, pasangan yang sama cantik sama padan berbusana putih itu selamat diijabkabulkan pada jam 10 pagi.Dr Fie dan Amrul selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz dan dalam majlis tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Nubhan ini menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun





Tiga individu disyaki terbabit judi dalam talian ditahan - Sinarharian - 1/11 12:04 am

KULAI - Tiga individu termasuk dua wanita warga Indonesia ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian menerusi serbuan Op Dadu di sebuah premis kedai di sekitar Kulai Besar, di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, serbuan kira-kira jam 6.14 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.Beliau berkata, dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Redmi serta wang tunai RM400 yang dipercayai hasil pertaruhan."Pemeriksaan terhadap telefon bimbit berkenaan mendapati terdapat aplikasi permainan judi dalam talian."Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 26 hingga 29 tahun mengaku berperanan sebagai penjaga kaunter dan individu yang menguruskan tambah nilai (top-up) bagi kegiatan perjudian berkenaan."Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing juga negatif bagi sebarang penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan.Beliau memberitahu, selepas siasatan awal selesai dijalankan dalam tempoh 24 jam, seorang suspek lelaki warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis.Bagaimanapun, dua wanita warga Indonesia terbabit ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan imigresen kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Terdahulu, polis mengesan satu video tular di media sosial Threads yang dimuat naik pemilik akaun rxmieee90 pada Jumaat, memaparkan tindakan serbuan dan tangkapan di sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di Kulai Besar.Seng Lee berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi dan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan perjudian dalam talian serta memastikan undang-undang negara dipatuhi.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menghubungi Hotline IPD Kulai di talian 07-663 2222 bagi membantu usaha membanteras aktiviti berkenaan.





Sabah, Sarawak tidak dipinggir, didahulukan peruntukan jalan luar bandar - Tengku Zafrul - Astroawani - 1/11 11:00 am

Tengku Zafrul berkata Sabah dan Sarawak terus diutamakan dalam pembangunan jalan luar bandar, dengan peruntukan 2023-2027 meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM11 bilion.





Pembangkang tiada isu nak korek, Johan yakin Gelombang Biru kuasai .. - Mygazette - 1/11 8:10 am

# Pembangkang tiada isu nak korek, Johan yakin Gelombang Biru kuasai Tanjung Bidara MELAKA - Prestasi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sepanjang tiga tahun menjadi Ketua Menteri dilihat menjadi taruhan utama Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih selesa





Hasrat ADUN Mata Ayer bawa tiga anak bercuti selepas persidangan DUN tidak .. - Mygazette - 1/11 8:10 am

# Hasrat ADUN Mata Ayer bawa tiga anak bercuti selepas persidangan DUN tidak kesampaian KANGAR - Hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer Wan Badariah Wan Saad yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini untuk bercuti bersama tiga anak berusia antara 15 hingga 19 tahun dan suami selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak kesampaian





Tiada istilah terlambat satukan UMNO, Pas dan Wawasan – Hamzah - Mygazette - 1/11 8:10 am

# Tiada istilah terlambat satukan UMNO, Pas dan Wawasan - Hamzah KUALA LUMPUR Penyatuan UMNO, Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang semakin diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai perkembangan positif dalam usaha menyatukan ummah. Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penyatuan itu dizahirkan menerusi kesepakatan ketiga-tiga parti yang turut bersama menghayati dan mengaminkan doa mengenai penyatuan ketika satu pertemuan berlangsung





Dari tangga ke-47, remaja Thailand kini ancam jaguh dunia - Sinarharian - 1/11 7:38 am

SIAPA sangka pemain amatur berusia 17 tahun yang memulakan Maybank Championship 2026 di tangga ke-47 kini berpeluang mencabar kelompok terbaik dunia menjelang pusingan akhir di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Ahad.Marisa Tojai dari Thailand mencetuskan antara kisah paling menarik kejohanan apabila melonjak ke kedudukan keempat bersama pemain Australia, Robyn Choi selepas mengumpul 14 bawah par 202 pukulan dalam tiga pusingan.Pemain termuda kejohanan itu menghasilkan tujuh bawah par 65 pukulan buat hari kedua berturut-turut, sekali gus merapatkan jurang kepada hanya empat pukulan di belakang pendahulu yang juga juara bertahan dari Jepun, Miyu Yamashita.Lebih mengagumkan, Marisa yang layak menerusi ASEAN Qualifiers itu bangkit daripada permulaan sederhana dengan catatan par 72 pada Khamis sebelum menghasilkan dua pusingan cemerlang untuk mengatasi ramai pemain profesional berpengalaman.Pada pusingan ketiga, pemain muda itu menghasilkan enam birdie dan satu eagle biarpun melakukan satu bogey untuk meneruskan peningkatan mendadaknya dalam saingan bertaraf Jelajah LPGA.Marisa kini berpeluang memperbaiki pencapaian terbaik pemain amatur dalam sejarah kejohanan, iaitu kedudukan ke-12 yang diraih wakil Malaysia, Mirabel Ting pada 2024.Sementara itu, Yamashita kekal mendahului dengan 18 bawah par 198 pukulan selepas mencatat lima bawah par 67 pada Sabtu.Bagaimanapun, pemain nombor empat dunia itu bakal menerima tentangan sengit daripada Yan Liu dari China dan Pauline Roussin-Bouchard dari Perancis yang berkongsi kedudukan kedua dengan 16 bawah par 200 pukulan.Liu melonjak daripada kedudukan ke-11 ke tangga kedua selepas menghasilkan sembilan bawah par 63 pukulan, termasuk eagle di lubang terakhir, untuk mencatat skor terendah pusingan ketiga.Bagi cabaran Malaysia, Mirabel Ting muncul wakil terbaik negara di kedudukan ke-43 dengan empat bawah par selepas menghasilkan 69 pukulan, diikuti Natasha Andrea Oon di tangga ke-58 dan Liyana Durisic di kedudukan ke-61.Ketika Yamashita memburu peluang mempertahankan gelaran, perjalanan Marisa daripada kelompok bawahan ke barisan pencabar utama memberikan dimensi berbeza kepada pusingan akhir kejohanan.Tanpa pengalaman kemenangan profesional untuk dijadikan sandaran, remaja Thailand itu kini berdepan ujian terbesar dalam karier mudanya apabila turun bersama barisan pemain elit dunia bagi menentukan kedudukan akhir pada Ahad.





Hasrat Badariah bawa tiga anak bercuti tidak kesampaian - Kosmo - 1/11 12:00 am

KANGAR – Hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini untuk bercuti bersama tiga anak berusia 15 hingga 19 tahun dan suami selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak kesampaian





Usaha jatuhkan kerajaan adil adalah haram - Syeikh Wazir - Sinarharian - 31/10 11:35 pm

Yang berfikir siang malam untuk menjatuhkan dua orang tokoh yang memerintah negeri, memerintah negara dengan secara adil."Membangun negeri, membangun negara, tapi ada usaha untuk menjatuhkan mereka. Nauzubillah, haram," katanya ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi di sini pada Sabtu.Turut hadir merasmikan majlis dan bersalawat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Syeikh Wazir juga Profesor Adjung Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut mengulangi seruan takbir sebanyak tiga kali sebelum mengakhiri ucapannya.





UiTM raih pengiktirafan MBOR menerusi Program Sapuan Fluorida - Astroawani - 31/10 10:00 pm

Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraihpengiktirafanMalaysia Book of Records (MBOR) bagi kategoriPenyertaan Teramai dalam Program Aplikasi Fluorida Topikal Secara Oral selepas737 rakyat Malaysia menerima sapuan fluorida dalam tempoh tiga jam sempena program Mega Fluoride Oral Health Day 2026: The Fluoride Factor.





17 individu ditahan di Flat Lembah Jaya - Sinarharian - 31/10 8:49 pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 individu bagi membantu siasatan insiden pergaduhan di kawasan Flat Lembah Jaya, Ampang Jaya, dekat sini awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Jalan 3, Lembah Jaya Utara itu pada jam 2.07 pagi."Anggota peronda telah diarahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan, bagaimanapun mendapati tiada pergaduhan berlaku."Namun, terdapat sekumpulan orang awam berkumpul di lokasi dan bertindak menahan 17 individu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Khairul Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan semua yang ditahan direman antara dua hingga ke tiga hari.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.Terdahulu tular dua video di media sosial memaparkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan tempat letak kereta flat berkenaan





Micron Memberikan Bonus Sehingga 5 Tahun Gaji Kepada Pekerja - Amanz - 31/10 8:38 pm

Daripada 4300 pekerja barisan pengeluaran Micron di Taiwan, sekitar 700 menerima bonus luar biasa nilainya bersamaan 5 tahun gaji. Pakej bonus terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bonus prestasi tahunan sekitar 7.5 […]





Liga Super: Sabah kembali ke landasan kemenangan, tumpaskan Terengganu 2-0 - Sinarharian - 31/10 8:26 pm

SABAH FC menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan dengan menumpaskan Terengganu FC 2-0 pada aksi Liga Super 2026/2-27 di Stadium Likas di sini malam ini.Pasukan tuan rumah menceriakan penyokong mereka apabila lambungan jarak jauh tonggak pertahanan kiri dari Sepanyol, Enrique Lopez Fernandez melantun di dalam kawasan penalti lawan dan melangkaui penjaga gol Terengganu, Mohd Suhaimi Husin, sekali gus meletakkan Sang Badak di depan pada minit ke-20.Hantaran menarik satu dua yang dimulakan penyerang Darren Lok pula berjaya disudahkan pemain sayap kanan dari Argentina, Gonzalo Ignacio Di Renzo yang melepaskan voli rendah untuk menggandakan kelebihan Sabah lima minit kemudian.Malang terus menimpa skuad Sang Penyu apabila terpaksa beraksi dengan 10 orang selepas penyerang naturalisasi kebangsaan, Romel Morales dilayangkan kad merah pada minit ke-42 setelah mengasari pemain tuan rumah.Biarpun beraksi dengan kelebihan seorang pemain, Sabah gagal menambah jaringan pada babak kedua sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.Keputusan itu menyaksikan Sabah di tangga kelima liga selepas mengutip 10 mata dengan rekod tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.Terengganu pula berada di kedudukan kesembilan dengan lima mata menerusi satu kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan





Rumah mewah jadi pusat judi dalam talian, lima warga Indonesia ditahan - Sinarharian - 31/10 6:13 pm

SHAH ALAM - Sebuah kediaman mewah di Seksyen U13 di sini yang dipercayai dijadikan pusat operasi judi dalam talian diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi khas pada Khamis.Operasi yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya itu turut menahan lima warga Indonesia terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 23 hingga 41 tahun.JIM dalam kenyataan memaklumkan, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya."Kegiatan ini dipercayai dipromosikan menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram serta beroperasi selama 24 jam sehari secara dua syif sejak kira-kira setahun lalu," menurut kenyataan itu pada Sabtu.Dalam operasi berkenaan, pihak imigresen turut menyita enam set monitor, 12 telefon bimbit, dua unit penghala (router) serta kunci premis bagi membantu siasatan."Kesemua warga asing terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini."JIM akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.





Pemergian sahabat baik dorong lelaki infak al-Quran di Jualan Gudang Karangkraf - Sinarharian - 31/10 5:59 pm

SHAH ALAM - Pemergiansahabat baik akibat kemalangan jalan raya mendorong seorang lelaki menyertai program Infaq al-Quran sempena Jualan Gudang Karangkraf sebagai usaha menghadiahkan pahala sedekah jariah buat Allahyarham.Muhammad Imran Syakir Burhanuddin, 27, berkata, sumbangan itu diniatkan sebagai salah satu bentuk sedekah buat sahabatnya, Amirul Mukminin Muhammad Zainyang meninggal dunia awal tahun ini.Menurutnya, meskipun kehilangan itu sudah beberapa bulan berlalu, dia masih mengenang arwah dan berharap sumbangan dilakukan menjadi pahala berpanjangan buat sahabatnya.Mengulas mengenai pakej infak naskhah al-Quran bernilai RM50, Muhammad Imran berkata, tawaran itu amat berbaloi sekiranya sumbangan disalurkan kepada penerima tepat.Katanya, programseumpama itu wajar diteruskan bagi menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat melakukan kebaikan dan membantu golongan yang tidak berkemampuan."Sudah semestinya program macam ini perlu diteruskan, apa salahnyaberbuat baik. Kita boleh menarik lebih ramai orang untuk bersedekah kepada mereka yang tidak berkemampuan."Saluran sumbangan yang betul juga mampu meningkatkan keyakinan masyarakat untuk menyertai program kebajikan seumpama ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Selain program Infaq Al-Quran, Jualan Gudang Karangkraf yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 9 November turut menawarkan promosi buku daripada pelbagai kategori pada harga serendah RM1.Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, buku terbaharu turut ditawarkan dengan diskaun antara 15 hingga 30 peratus manakala pembelian melebihi tiga naskhah membolehkan pelanggan menikmati potongan harga sehingga 30 peratus.Ujarnya, pembelian pakej kombo yang mengandungi tiga bahan bacaan menawarkan penjimatan antara 30 hingga 40 peratus berbanding harga asal."Pembelian secara kombo lebih menjimatkan





PRN Melaka: 'Terima kasih kerana melahirkan saya' - Ibu sokong BN restu anak bertanding atas tiket PH - Sinarharian - 31/10 5:47 pm

MELAKA - Di sebalik perbezaan wadah politik, kasih sayang seorang ibu terhadap anak tetap utuh, malah restunya menjadi pengiring perjalanan hidup setiap anak.Itulah yang tergambar menerusi detik penuh emosi membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Muhammad Faiq Azman, 36, atau Along Faiq bersama ibunya yang juga penyokong Barisan Nasional (BN) apabila kedua-duanya berpelukan erat sambil menitiskan air mata.Momen berkenaan mencuri perhatian selepas video yang dikongsi menerusi akaun @threads faiq_n26serkam tular dan dipercayai dirakam ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.Apa yang menarik perhatian ialah perbezaan sokongan politik antara mereka apabila Faiq hadir sebagai calon PH, manakala ibunya pula mengenakan pakaian yang memperlihatkan sokongan kepada BN.Dalam video itu, Faiq dilihat memeluk ibunya sebelum meluahkan rasa terima kasih atas pengorbanan wanita berkenaan yang telah melahirkannya."Terima kasih kerana melahirkan saya. Saya cuba buat yang terbaik untuk keluarga, untuk masyarakat, untuk negara dan untuk semua," katanya dalam nada sebak.Faiq merupakan anak jati Kampung Pulai, DUN Serkam dan bakal berdepan saingan tiga penjuru bagi merebut kerusi berkenaan dengan Datuk Azman Abdullah mewakili BN manakala Muhammad Saffie Md Yasan bertanding atas tiket Parti Bersama Malaysia (Bersama).Kerusi DUN Serkam mempunyai seramai 21,352 pengundi manakala penyandangnya ialah Datuk Zaidi Attan daripada BN yang memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 79 undi dalam PRN lalu.





Hamzah yakin nikmat penyatuan ummah dirasai di Melaka - Sinarharian - 31/10 5:36 pm

SHAH ALAM - Penyatuan UMNO, Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diyakini membawa nikmat kepada usaha memperkukuh penyatuan ummah.Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penyatuan itu dizahirkan oleh ketiga-tiga parti berkenaan dengan menghayati doa mengenai penyatuan ummah."Alhamdulillah





Lebih 6.5 tan ayam disyaki disembelih tidak ikut syarat dirampas - Sinarharian - 31/10 5:13 pm

KUALA LUMPUR - Gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah di Puchong yang diserbu menerusi Ops Taring Chiller semalam dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira 20 tahun lepas.Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, siasatan turut mengenal pasti pemilik gudang berkenaan sebagai lelaki tempatan berusia 34 tahun."Hasil pemeriksaan di lokasi, gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam segar ini telah beroperasi lebih kurang 20 tahun lepas."Siasatan lanjut berhubung perkara itu akan diteruskan oleh Bahagian Penguatkuasa Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata sepanjang tempoh gudang itu beroperasi, kira-kira tiga hingga empat serbuan dan pemeriksaan telah dilakukan oleh JAIS bersama agensi penguatkuasa berkaitan, namun serbuan semalam adalah yang pertama melibatkan PDRM menerusi WCB/PSK.Mohd Zaki dalam kenyataan semalam mengesahkan lebih 6.5 tan ayam mentah yang disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan persijilan halal, dirampas dalam serbuan terhadap sebuah gudang di Puchong.Turut ditahan dalam Ops Taring Chiller itu ialah 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di premis berkenaan.Bekalan ayam hidup dipercayai diperoleh daripada beberapa ladang ayam di sekitar Sepang manakala ayam yang siap diproses dipercayai diedarkan kepada pelanggan, termasuk kedai makan, kedai runcit dan pasar raya sekitar Lembah Klang.Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(A) dan Seksyen 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 serta Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974




Reformasi     >>



Melaka ler! Jasa Adly vs sepenggal Rauf - Harapandaily
Pertembungan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini bukan sekadar soal siapa lebih layak memimpin, sebaliknya turut membuka ruang untuk membandingkan rekod pentadbiran kerajaan terdahulu dengan prestasi kerajaan negeri semasa. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum ini ..
Kroni     >>



Iran warns US of prolonged war as Trump threatens new .. - NST
TEHERAN: Iran warned on Sunday that any renewed war with the United States could last longer than the previous round of fighting, after President Donald Trump said he still had to take care of more targets.
Tabloid     >>



Makan Ayam Tidak Sah Sembelihan Tanpa Sengaja Bukan .. - Siraplimau
Pendedahan mengenai rampasan kira-kira 6.5 tan ayam tidak sembelih mengikut hukum syarak baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna Islam. Lebih merisaukan, ayam berkenaan mati ketika melalui proses rendaman air panas sebelum disembelih, sekali gus menimbulkan persoalan ..
Tech     >>



Become a Claude power user with this $20 E-Degree - Mashable
Stop underutilizing Claude with some help from the Claude AI Professional E-Degree
World     >>



High-ranking US Democratic senator suffers stroke - Aljazeera
Senator Chris Murphy, a fierce Trump critic who is not up for re-election in the midterms, is 'alert' after a stroke.
Motor Trend     >>



Isu petrol bercampur air: PDAM gesa KPDN siasat depot .. - Careta
Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, siasatan perlu merangkumi keseluruhan rantaian bekalan bahan api termasuk depot penyimpanan dan proses penghantaran, bukan hanya tertumpu kepada pemeriksaan di stesen minyak. Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz - Foto: Harian Metro Menurut