| /// |
|
| Search : Tibet News | Page 1 |
|
70 peratus masih berharap suami selamat, 30 peratus sudah reda ???... - Mygazette - 29/08 9:31 pm Krishnan, 74, dari Sungai Siput, Perak yang turut hilang dalam tragedi berkenaan. Katanya, bapanya begitu teruja sebelum memulakan perjalanan keagamaan ke Gunung Kailash di Tibet yang sudah lama dirancang |
|
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi – Wisma Putra - Mygazette - 29/08 9:31 pm Menurut Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Kathmandu terus bekerjasama dengan Pasukan TindakanKecemasan Kementerian Luar Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan serta pihak berkuasa tempatan berkaitan. "Operasi mencari dan menyelamat di Nepal masih diteruskan manakala pihak berkuasa turut memantau risiko kepala air dari Wilayah Autonomi Tibet, China," katanya |
|
Tragedi Nepal: Keluarga 49 rakyat Malaysia desak kerajaan bantu misi SAR - Mygazette - 29/08 9:31 pm Pada masa sama, Manivanan berkata, MASFIH menyuarakan kebimbangan berhubung kekurangan maklumat daripada pihak berkuasa China. "Terdapat kemungkinan mangsa terperangkap di kawasan kastam dan imigresen China atau telah melepasi sempadan menuju ke Gyirong atau Kerung di Tibet ketika banjir berlaku," jelasnya |
|
Wisma Putra pantau 24 jam usaha kesan rakyat Malaysia di Nepal - Mypress - 29/08 9:16 pm SEREMBAN – Wisma Putra mengaktifkan bilik gerakan selama 24 jam bagi memantau perkembangan bencana banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet, termasuk usaha mengesan rakyat Malaysia yang masih… |
|
Chinese rescuers race to reach mudslide survivors in Nepal-China border - Aljazeera - 29/08 9:10 pm Rescuers raced to clear roads leading to the mudslide-hit border port of Gyirong, China's Tibet Autonomous Region. |
|
Nepal flood survivors reach safe areas as families await news of missing - Globalnews - 29/08 9:10 pm After Nepali authorities updated their figures Saturday, the combined toll in Nepal and Tibet rose to 676 dead and nearly 3,000 people missing. |
|
Tour boss searches for missing brother and 54 pilgrims by air after Nepal floods - Straitstimes - 29/08 7:40 pm The tour group was last known to be inside the Gyoring Port complex at the Nepal-Tibet border |
|
Tular Rakaman Dron Pelancong Rekod Detik Glasier Runtuh Di Nepal - Siakapkeli - 29/08 7:37 pm Bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan Nepal-Tibet menyaksikan ratusan nyawa terkorban manakala ribuan lagi masih hilang.Kejadian itu |
|
Yakin suami masih selamat - Utusan - 29/08 7:05 pm KUALA LUMPUR: Keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan selepas tragedi banjir kilat di kawasan sempadan Nepal-Tibet terus menyimpan harapan agar mereka ditemukan dalam keadaan selamat |
|
Banjir Nepal: Gunung Kailash antara destinasi suci penganut Hindu - Sinarharian - 29/08 7:01 pm KUALA LUMPUR - Perjalanan beberapa kumpulan rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dihubungi di kawasan Nepal-Tibet bukan sekadar aktiviti pelancongan atau pendakian, sebaliknya merupakan sebahagian daripada perjalanan keagamaan ke Gunung Kailash yang dianggap suci oleh penganut Hindu.Wakil keluarga rakyat Malaysia yang gagal dihubungi, Ts Dr Manivannan Rethinam berkata, sebahagian rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjalanan tersebut merupakan penganut Hindu yang mengikuti ziarah keagamaan ke kawasan Gunung Kailash.Menurutnya, perjalanan itu mempunyai nilai spiritual yang sangat tinggi dalam kalangan penganut agama berkenaan."Gunung Kailash dianggap sebagai tempat yang suci bagi penganut Hindu |
|
Wisma Putra adakan taklimat bersama keluarga esok - Utusan - 29/08 6:56 pm SEREMBAN: Wisma Putra akan membantu menguruskan perjalanan keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan insiden banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di kawasan sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu |
|
'Saya bayangkan dia masih berada di kawasan pergunungan' - Isteri Muhamad Nasir - Sinarharian - 29/08 6:15 pm KUALA LUMPUR - "Saya sekarang membayangkan dia berada di suatu tempat di kawasan pergunungan."Demikian luahan isteri kepada Muhamad Nasir Abdul Talib, 68, Jamaliah Tengku Ismail, 67, yang masih berharap suaminya dan anggota kumpulan lain sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di kawasan Nepal-Tibet.Menurut Jamaliah, kemungkinan itu timbul selepas dia melihat rakaman keadaan arus sungai di kawasan berkenaan, selain percaya anggota kumpulan tersebut mungkin sempat keluar daripada kenderaan dan bergerak ke kawasan pergunungan untuk menyelamatkan diri."Kalau tengok rakaman arus itu, air banyak di sungai dan ruang-ruang tertentu, jadi mungkin mereka sempat keluar daripada kenderaan dan pergi ke kawasan gunung."Tetapi kita tidak tahu laluan mana yang mereka lalui," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH) atau Solidariti Malaysia: Famili Dalam Harapan, di sini pada Sabtu.Jamaliah berkata, dia masih berpegang kepada harapan selagi tiada maklumat lain mengenai nasib suaminya dan anggota kumpulan berkenaan.Katanya, walaupun tempoh kehilangan yang semakin panjang menimbulkan kebimbangan, beliau cuba kekal positif dengan membayangkan suaminya berada di lokasi yang selamat."Saya berharap, selagi kita tidak ada berita lain, bagi saya kalau tidak ada berita, masih ada harapan."Saya sekarang membayangkan dia berada di suatu tempat di kawasan pergunungan," katanya.Menurutnya, suaminya bersama kumpulan berkenaan bertolak dari hotel berhampiran Manang kira-kira jam 3.30 pagi waktu Nepal untuk menuju ke sempadan Nepal-Tibet.Katanya, mereka menggunakan jip kerana mahu tiba lebih awal berikutan kawasan sempadan berkenaan sering sesak."Mereka memang mahu bergegas kerana sempadan itu sangat sesak |
|
Amy Search mohon doa keselamatan Loe Solo di Nepal - Sinarharian - 29/08 4:56 pm SHAH ALAM Penyanyi, Datuk Amy Search memohon orang ramai mendoakan keselamatan sahabatnya, Loe Solo yang dipercayai masih berada di Nepal ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa bencana di negara itu masih diteruskan.Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Amy berkata, ahli keluarga masih menantikan berita mengenai sahabatnya itu, manakala usaha mencari Loe Solo bersama beberapa rakannya sedang dijalankan."Mohon semua mendoakan sahabat saya Loe Solo (Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa), Ganesh Adventure White Himalaya Treks dan rakan-rakan yang kini berada di Nepal."Ahli keluarga masih menunggu berita dan usaha mencari mereka masih diteruskan," katanya.Anggota pasukan khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 44 atau lebih dikenali sebagai Loe, antara rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi selepas kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Rasuwa, Nepal.Pendaki profesional itu bersama sekumpulan rakannya dipercayai berada di kawasan berkenaan ketika kejadian dan usaha mengesan serta menghubungi mereka masih diteruskan.Dalam perkembangan berkaitan, seramai 72 rakyat Malaysia yang terkandas di Tibet, China susulan gangguan perjalanan akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal disahkan selamat dan berada dalam keadaan baik.Kementerian Luar (KLN) memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan kumpulan terbabit yang kini berada di Darchen, manakala ahli keluarga mereka turut dimaklumkan mengenai perkembangan berkenaan.Sementara itu, seramai 55 rakyat Malaysia di Nepal masih dilaporkan belum dapat dihubungi, manakala dua individu yang sebelum ini gagal dihubungi kini berjaya dikesan.Menurut KLN, pengesahan mengenai status rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan.Dalam pada itu, Amy turut mendoakan agar semua yang berada di kawasan terjejas dilindungi daripada bahaya, selain memohon urusan pasukan mencari dan menyelamat dipermudahkan."Semoga ALLAH SWT melindungi mereka semua daripada bahaya, mempermudahkan urusan pasukan mencari dan menyelamat serta mengembalikan mereka dalam keadaan selamat."Mohon teruskan doa buat mereka dan semua mangsa bencana di Nepal," katanya.Hantaran itu turut disertakan gambar kenangan Amy bersama Loe dan Ganesh ketika mereka mendaki ke Annapurna Base Camp (ABC) pada April 2018. |
|
Nepal-Tibet floods: 72 Malaysians safe in China, 55 in Nepal still missing - Straitstimes - 29/08 4:20 pm Another 36 Malaysians have also been reported as uncontactable in China due to telecommunications disruptions. |
|
72 rakyat Malaysia sah selamat di Darchen, Tibet - FMT - 29/08 4:18 pm 55 lagi rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir, tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal. |
|
72 rakyat Malaysia terkandas di Tibet disahkan selamat - Sinarharian - 29/08 4:11 pm SHAH ALAM - Seramai 72 rakyat Malaysia yang terkandas di Tibet, China, akibat gangguan perjalanan susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal, disahkan berada dalam selamat dan sihat.Kementerian Luar (KLN) memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan mereka yang kini berada di Darchen dan ahli keluarga turut mengetahui keadaan mereka."Kedutaan Besar sedang memberikan bantuan konsular, termasuk membantu urusan perjalanan mereka untuk meninggalkan Tibet," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada masa sama, Kementerian Luar turut menerima maklumat daripada pihak berkuasa China dan ahli keluarga mengenai 36 rakyat Malaysia yang kini dilaporkan masih belum dapat dihubungi di kawasan yang mengalami gangguan telekomunikasi.Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China dan ahli keluarga untuk menghubungi individu berkenaan."Maklumat yang diterima turut disemak dengan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal bagi mengenal pasti sebarang pertindihan, sementara proses pengesahan diteruskan," katanya.Sementara itu, 55 rakyat Malaysia di Nepal masih dilaporkan belum dapat dihubungi, manakala dua rakyat yang sebelum ini gagal dihubungi, kini berjaya dihubungi.Kementerian memaklumkan, pengesahan mengenai mereka yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan."Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu terus bekerjasama dengan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kementerian Luar Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan dan pihak berkuasa tempatan berkaitan bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan serta keberadaan mereka."Operasi mencari dan menyelamat di Nepal masih diteruskan," menurutnya.Kementerian Luar memaklumkan, pihak berkuasa turut memantau risiko peningkatan aliran air dari Tibet dan setakat jam 5 petang semalam, waktu Nepal (7.15 malam waktu Malaysia), National Disaster Risk Reduction and Management Authority of Nepal melaporkan 771 orang diselamatkan, termasuk 116 warganegara asing.Berdasarkan senarai rasmi yang tersedia pada peringkat ini, kementerian menjelaskan, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti dalam kalangan warganegara asing yang diselamatkan."Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya beroperasi 24 jam sejak 27 Ogos lalu bagi menyelaras maklumat dan membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka."Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi kementerian melalui talian +603 8887 4570 dan emel dutyofficer@kln.gov.my," katanya.Kementerian juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang belum disahkan, sementara usaha untuk mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terbabit masih diteruskan."Kementerian akan terus memberikan perkembangan terkini berdasarkan maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi," ujarnya. |
|
Group of 72 Malaysians confirmed safe in Darchen, Tibet - FMT - 29/08 3:30 pm Wisma Putra also says 55 Malaysians remain uncontactable following floods and landslides in Rasuwa district, Nepal. |
|
Nepal-Tibet floods: Over 630 bodies recovered, number of missing soars to nearly 3,000 - Straitstimes - 29/08 2:10 pm The Red Cross said as many as 93,000 people may have been affected, with the death toll expected to rise. |
|
Tour Agency issues urgent appeal, 24 Malaysians among 55 missing in Nepal .. - Sinchew - 29/08 8:11 am Tour Agency issues urgent appeal, 24 Malaysians among 55 missing in Nepal mudslides KATHMANDU: Travel agency Leaf Holidays Treks & Expedition published photos and names of 55 missing tour members, including 24 Malaysians on its Facebook page, following catastrophic flash floods and landslides along the Nepal-Tibet border |
|
Isteri pegawai bomba hilang di Nepal berlepas ke Kathmandu hari ini - Mygazette - 29/08 8:11 am Vasanthi, 51, adik kepada M. Venilla, 52, seorang lagi rakyat Malaysia yang ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke Gunung Kailash di Tibet, China dan masih gagal dihubungi sehingga kini, berharap kakaknya ditemui dalam keadaan selamat |
|
36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat, status masih dalam .. - Mygazette - 29/08 8:11 am # 36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat, status masih dalam pengesahan PUTRAJAYA - Seramai 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet, China dilaporkan selamat daripada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China |
|
‘Doa kami buat rakyat Malaysia di Nepal’ - Kosmo - 29/08 7:45 am Fakhrul Munir Mohd. Isa, 44, yang gagal dihubungi sejak kejadian banjir dahsyat di sempadan Nepal-Tibet, Rabu masih menaruh harapan tinggi agar lelaki itu dijumpai dalam keadaan selamat |
|
CNA Explains: What caused the deadly Nepal-Tibet disaster? - CNA - 29/08 6:00 am A high-altitude collapse of rock and glacial ice sent a fast-moving mass of debris and water down narrow Himalayan valleys |
|
What lessons can be learned from the Nepal-Tibet flood disaster? - Aljazeera - 29/08 4:44 am Scientists are looking into cause and possible link to climate change. |
|
36 Rakyat Malaysia Di Tibet Dilaporkan Selamat, Status Masih Dalam Pengesahan - Siakapkeli - 28/08 11:25 pm 36 Rakyat Malaysia Di Tibet Dilaporkan Selamat, Status Masih Dalam PengesahanPUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Seramai 36 rakyat Malaysia yang berad |
|
36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat - FMT - 28/08 11:07 pm Timbalan KSU Kementerian Luar Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata identiti dan status mereka masih dalam proses pengesahan dengan pihak berkuasa China. |
|
36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat, status masih dalam pengesahan - Sinarharian - 28/08 10:45 pm PUTRAJAYA - Seramai 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet, China dilaporkan selamat daripada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China.Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata bagaimanapun, identiti dan status mereka masih dalam proses pengesahan dengan pihak berkuasa China.Beliau berkata kementerian turut menjalankan semakan silang bagi menentukan sama ada terdapat pertindihan antara 36 individu berkenaan dengan senarai rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi di Nepal."Kita sedang buat pemeriksaan silang sebab maklumat ini baharu kita terima.. |
|
36 Malaysians reported safe in Tibet, 2 in Nepal - FMT - 28/08 10:45 pm A foreign ministry official says 55 Malaysians in Nepal remain untraceable following flash floods and landslides. |
|
36 Malaysians in Tibet reported safe, status still being verified – Foreign Ministry - SUN - 28/08 10:16 pm On the possibility of bringing affected Malaysians home, he said the matter needed to be coordinated with the Nepali authorities and tour operators, including verifying the status of their travel documents before any further action could be taken. |
|
Number of Canadians missing in Nepal-Tibet floods rises to 32: minister - Globalnews - 28/08 9:56 pm The federal government says at least 32 Canadians are reported missing in an area spanning parts of Nepal and Tibet, an autonomous region in China, after devastating floods. |
|
Banjir Nepal: 36 rakyat Malaysia di Tibet dilaporkan selamat - Hmetro - 28/08 9:08 pm Putrajaya: Seramai 36 rakyat Malaysia yang berada di Tibet, China dilaporkan selamat daripada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan bersempadan Nepal-China |
|
Tim Cook pledges aid to victims of Nepal flooding - Appleinsider - 28/08 7:26 pm It's one of Cook's final acts as CEO of Apple ahead of John Ternus replacing him on September 1, 2026 . Our thoughts are with all those affected by the tragic flash floods and mudslides in Nepal and Tibet |
|
Nepal-Tibet disaster: Singapore to contribute US$100,000 as seed money for Red Cross fundraising - CNA - 28/08 6:13 pm The contribution will support humanitarian relief efforts in Nepal and address the immediate needs of affected communities, said the Ministry of Foreign Affairs. |
|
Banjir Nepal: Keluarga pegawai bomba enggan fikir kemungkinan buruk - Sinarharian - 28/08 5:48 pm SIK - Keluarga kepada Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 44, yang gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat di Nepal masih positif dan enggan memikirkan kemungkinan buruk.Abang mangsa, Mohd Saiful Munir, 46, berkata, mereka sekeluarga terus berharap mangsa berada dalam keadaan selamat dan adiknya itu mungkin terputus hubungan akibat bencana yang melanda kawasan berkenaan.Menurutnya, keadaan komunikasi yang terjejas termasuk talian telekomunikasi dan pencawang yang dilaporkan lumpuh menyebabkan keluarga masih yakin Mohd Fakhrul mungkin berada dalam keadaan selamat."Kami masih elak daripada beritahu ibu mengenai perkara yang negatif kerana belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai keadaan sebenar adik."Kami ambil sikap positif kerana kejadian tanah runtuh itu menyebabkan hubungan komunikasi terputus. Segala talian telekomunikasi dan pencawang turut runtuh serta lumpuh di sana," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Mohd Fakhrul ialah Pegawai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik.Terdahulu, media melaporkan selain Mohd Fakhrul, seorang lagi pegawai bomba, Ketua Cawangan Kajian Operasi Pemadaman Kebakaran, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Sani Harul turut gagal dihubungi.Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 10 rakyat Malaysia yang sedang dalam perjalanan menuju Everest Base Camp (EBC) dan bertolak ke Nepal pada malam Isnin lalu.Difahamkan mereka tidak melakukan pendakian, sebaliknya menggunakan jip mengikut laluan Tibet.Mengulas lanjut, Mohd Saiful yang juga pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang berkata, keadaan itu menyebabkan keluarganya percaya masih ada kemungkinan adiknya terperangkap di kawasan berkenaan dan tidak dapat menghubungi mereka.Menurutnya, Mohd Fakhrul telah biasa ke Nepal kerana aktif dalam aktiviti pendakian dan berkunjung ke negara berkenaan antara tiga hingga lima kali setahun."Boleh dikatakan Nepal seperti rumah kedua dia, jadi pemergiannya ke sana bukan sesuatu yang pelik bagi kami kerana kami sudah biasa dengan aktiviti pendakian yang disertainya."Dia juga pernah membawa kumpulan-kumpulan pendaki sebagai jurupandu ketika berada di sana," ujarnya.Mohd Saiful berkata, kali terakhir mereka berhubung kira-kira seminggu lalu sebelum adiknya itu berlepas ke Nepal, namun perbualan mereka ketika itu hanya berkisar mengenai khabar masing-masing.Katanya, keluarga kini hanya mampu menunggu perkembangan daripada pihak berkuasa sambil terus mendoakan keselamatan Mohd Fakhrul. |
|
Lake overflows on Nepal-China border, sparking panic and halting rescue - CNA - 28/08 5:21 pm At least 489 people in Nepal and five in China's Tibet were killed in catastrophic floods triggered by a glacier collapse, while nearly 1,000 others remain missing. |
|
Ancaman Empangan Pecah, Usaha Menyelamat Pascabanjir Di Tibet Ditangguhkan - Siakapkeli - 28/08 4:31 pm Operasi menyelamat pascabanjir kilat berhampiran pusat pemeriksaan Gyirong di Tibet dihentikan sementara susulan risiko tinggi empangan tasik yang mengandungi sekurang-kurangnya 2.5 juta meter padu air pecah. |
|
Nepal-Tibet floods: How to contribute under Nepal???s ???one-door .. - Sinchew - 28/08 4:07 pm Nepal-Tibet floods: How to contribute under Nepals one-door policy for disaster relief? Thepolicy was introducedto eliminate potential financial irregularities and ensure that relief reaches affected communities without delay |
|
Nepal-Tibet floods: Nepal police warn of scams targeting flood relief .. - Sinchew - 28/08 4:07 pm Nepal-Tibet floods: Nepal police warn of scams targeting flood relief donations The localpolice said scammers could exploit the disaster by using social media and other digital platforms to divert relief donations or obtain peoples personal and banking information |
|
Kerajaan sedang selaras bentuk bantuan ke Nepal – Anwar - Mygazette - 28/08 4:07 pm # Kerajaan sedang selaras bentuk bantuan ke Nepal - Anwar SEBERANG JAYA - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan kewangan, selain menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke Nepal susulan bencana banjir besar di kawasan sempadan Nepal-Tibet |
|
Nearly 470 killed in Nepal floods: What we know about rescue efforts - Aljazeera - 28/08 3:51 pm The devastating Bhotekoshi flood struck the mountainous Nepal-Tibet border region on Wednesday morning. |
|
Nepal arah penduduk pindah selepas empangan di Tibet pecah - Utusan - 28/08 3:37 pm KATHMANDU: Nepal hari ini mengeluarkan amaran kepada penduduk supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi selepas sebuah empangan di hulu sungai di Tibet dilaporkan pecah, dua hari selepas runtuhan glasier mencetuskan banjir dahsyat |
|
Nepal-Tibet floods: Nepal tourism faces another setback as Rasuwa disaster exposes mountain risks - Straitstimes - 28/08 2:40 pm Nepals exposure to climate-related disasters is becoming increasingly difficult to ignore. |
|
Death toll from Nepal-Tibet flood surpasses 470 as barrier lake threatens - Aljazeera - 28/08 2:08 pm Over 1,500 people remain missing as rescue paused near the Nepal-China border amid fears of further flooding. |
|
Nepal-Tibet floods: Nepal struggles to store, identify bodies carried downstream by devastating flood - Straitstimes - 28/08 2:05 pm Hospitals reported that their morgues are filling up after bodies arrived from several districts. |
|
China halts rescue at Tibet disaster epicentre over flood risk - Straitstimes - 28/08 1:15 pm Emergency teams which had earlier accessed the area have been ordered to withdraw 1km. |
|
Pilgrims seeking peace caught in deadly Nepal-Tibet floods - Straitstimes - 28/08 12:50 am They were visiting Mount Kailash in Tibet, which is sacred to Hindus, Buddhists and Jains. |
|
Deadly Nepal-Tibet floods spawn fast-swelling lakes that could burst again - Straitstimes - 28/08 12:40 am Rescuers search for 1,500 missing as unstable lakes pose fresh flood threats across Nepal and China. |
|
Nepals mudslide wiped out areas of eastern China, army helps search - Aljazeera - 28/08 12:20 am China has dispatched hundreds of military personnel to the border town of Gyirong in Tibet, after a deadly mudslide. |
|
JBPM ready to deploy STORM team to Nepal - DG - Sinardaily - 28/08 12:14 am PUTRAJAYA - The Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) is ready to deploy its Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) team to Nepal at any time, even at short notice, should it receive instructions from the government.JBPM director-general Datuk Seri Nor Hisham Mohammad said the deployment of the team, however, would be subject to a request from the Nepalese government as well as instructions and coordination by the Foreign Ministry and the National Disaster Management Agency (Nadma)."We have prepared the best team, particularly from STORM, with the required skills and initial documentation to enable them to be deployed as quickly as possible. If instructions are received, even at short notice, we are ready to move, he told reporters when met at the 2026 National Day parade rehearsal here today.He said the preparations were made based on JBPMs experience in participating in a search and rescue mission in Turkiye previously, which required personnel and travel documents to be prepared in advance.In a related development, Nor Hisham said JBPM had still been unable to contact the nine hikers, including two department officers, as well as a local agent in Nepal as of this morning."We remain hopeful that communication lines there can be restored and that, at the very least, we can obtain some indication of their location and condition, he said.He explained that the trip was a private one and was not organised or managed by JBPM.The members who took part in the trip were experienced hikers, and some were part of the core team that assisted in preparations for a JBPM climbers attempt to scale Mount Everest last year.However, he said the trip this time was more of a trekking expedition, with most of the route covered by four-wheel-drive vehicles and only the final one to two hours requiring travel on foot.The group departed on Aug 24 and was expected to enter the Tibet border area on Aug 26.The last communication was received while the group was having breakfast that morning, but it could not be ascertained whether they were still at their accommodation or had already set off."Based on the last photo and location, they were believed to have been in the area |
|
My only hope is they are safe: A Malaysian familys agonising wait for news after Nepal-Tibet floods - Malaymail - 28/08 12:13 am BIDUR (Nepal), Aug 28 They came to the Himalayas seeking spiritual renewal, drawn by Tibets sacred, snow-... |
|
Nepal-Tibet floods: Survivors describe horror of homes, loved ones being swept away - Straitstimes - 28/08 11:30 am Those who were given a new chance at life are grateful to have survived |
|
JBPM siap gerak pasukan STORM ke Nepal - Ketua Pengarah - Sinarharian - 28/08 11:07 am PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menggerakkan Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) ke Nepal pada bila-bila masa, termasuk dengan notis singkat, sekiranya menerima arahan kerajaan.Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, penghantaran pasukan itu bagaimanapun tertakluk kepada permohonan kerajaan Nepal serta arahan dan penyelarasan Kementerian Luar melalui Wisma Putra dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)."Kita telah menyediakan pasukan terbaik, khususnya daripada STORM dengan kemahiran yang diperlukan serta dokumentasi awal bagi membolehkan mereka digerakkan secepat mungkin."Jika arahan diterima walaupun dengan notis singkat, kita bersedia untuk bergerak," katanya kepada media ketika ditemui di program raptai Hari Kebangsaan 2026 di sini pada Jumaat.Beliau berkata, persediaan awal itu dibuat berdasarkan pengalaman JBPM menyertai misi mencari dan menyelamat di Turkiye sebelum ini, yang menuntut anggota serta dokumen perjalanan disiapkan lebih awal.Dalam perkembangan berkaitan, Nor Hisham berkata, JBPM masih gagal menghubungi sembilan peserta trekking, termasuk dua pegawai jabatan itu, serta seorang ejen tempatan di Nepal setakat pagi ini."Kita masih menaruh harapan tinggi supaya talian komunikasi di sana dapat dipulihkan dan sekurang-kurangnya kita memperoleh petunjuk mengenai lokasi serta keadaan mereka," katanya.Beliau berkata, perjalanan peserta itu adalah program persendirian dan bukan dianjurkan atau dikelolakan JBPM.Anggota yang menyertai perjalanan itu merupakan pendaki berpengalaman dan sebahagian daripada pasukan teras yang membantu persediaan percubaan pendakianGunung Everest oleh seorang pendaki JBPM tahun lepas, katanya.Beliau berkata, bagaimanapun, perjalanan kali ini lebih bersifat trekking dengan sebahagian besar laluan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hanya satu hingga dua jam terakhir melibatkan perjalanan kaki.Nor Hisham berkata, kumpulan tersebut berlepas pada 24 Ogosdan dijangka memasuki kawasan sempadan Tibet pada 26 Ogos.Beliau berkata, komunikasi terakhir yangditerima adalahketika mereka bersarapan pada pagi berkenaan, namuntidak dapat dipastikan sama ada kumpulan itu masih berada di tempat penginapan atau telah memulakan perjalanan."Berdasarkan gambar dan lokasi terakhir, mereka dipercayai telah berada di kawasan berkenaan |
|
Nepal-Tibet floods: How to contribute under Nepals one-door policy for disaster relief? - Straitstimes - 28/08 10:30 am The policy was introduced partly to eliminate potential financial irregularities. |
|
Nepal-Tibet floods: Nepal police warn of scams targeting flood relief donations - Straitstimes - 28/08 10:10 am The warning comes as authorities continue search, rescue and relief operations after the flooding. |
|
Nepal-Tibet disaster: Rescue efforts at Tibet disaster epicentre halted over flood risk - CNA - 28/08 9:03 am A lake formed by immense piles of debris after a mudslide hit the China-Nepal border has begun overflowing, says state broadcaster CCTV. |
|
Wisma Putra: 55 Malaysians unaccounted for following severe landslides and .. - Sinchew - 28/08 7:43 am Wisma Putra: 55 Malaysians unaccounted for following severe landslides and flood in Nepal near Tibetan border PUTRAJAYA: A total of 55 Malaysians are unaccounted for following severe mudslides and floods in Nepal near the Tibetan border on Wednesday |
|
Death toll nears 400, rescuers search for 1,400 missing after Nepal-Tibet floods - CNA - 28/08 6:30 am Emergency teams are racing to pluck survivors from affected zones, while Nepali soldiers use sniffer dogs to search for bodies. |
|
Nepal-Tibet floods: Overflowing lake sends villagers fleeing, halts rescues - Straitstimes - 28/08 5:44 am The authorities in Nepal have temporarily stopped rescue operations. |
|
Nepal-Tibet floods: Death toll rises to 359 as Nepal, China warn of fresh flooding risk - Straitstimes - 28/08 5:44 am Of those missing, at least 540 are foreigners. |
|
How a collapsing glacier may have caused the catastrophic Nepal floods - Globalnews - 28/08 4:07 am A series of flash floods has destroyed villages in parts of Nepal and Tibet, as experts say a falling glacier likely triggered a chain reaction of events that could get worse. |
|
Magnitude-5 quake hits Tibet, hundreds of miles north of Himalayan flood - Straitstimes - 28/08 1:04 am The quake was at a depth of 10km in northern Tibet, GFZ said. |
|
Britains King Charles heartbroken by Nepal-Tibet flash floods - Straitstimes - 27/08 11:44 pm Britain has historic close ties with Nepal, embodied by the armys centuries-old Gurkhas brigade. |
|
Jabatan Pelancongan Nepal dedah nama individu terputus hubungan - Sinarharian - 27/08 11:13 pm SHAH ALAM - Jabatan Pelancongan Nepal mengeluarkan senarai 668 individu daripada pelbagai negara yang dilaporkan masih terputus hubungan susulan banjir besar di Nepal.Menerusi dokumen bertajuk Tourist list (out of contact) in Bhotekoshi Flood yang dikemas kini pada jam 2.15 petang, pada Khamis dan dikongsikan menerusi Facebook Everest Today itu, senarai berkenaan memaparkan maklumat individu terbabit termasuk nama, tarikh lahir, jantina, negara serta agensi pelancongan yang digunakan.Daripada jumlah itu, seramai 51 individu dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan mereka direkodkan menggunakan khidmat beberapa agensi pelancongan, termasuk Leaf Holiday, Fishtail, Dream Tibet Travel and Tour dan Kailash Journey.Seramai 22 rakyat Malaysia disenaraikan di bawah Leaf Holiday, iaitu A Ganesan Anandan, Brabaakaran Krishnan, Eswary Mani Raj, Kalaiselvi P Narayanasamy, Kirubanithi Alagappan, Komathi Rethinam, Krishnan Vadivelu dan Lingam Samykanoo.Selain itu, Malani M Vellu, Mangala Vanan Krishnasamy, Nahentran Ganasan, Navein Palani, Poobalan Murgaya, Poornima Alagappan, Rajita Sivan, S Gomathi Sitoralingam, S Ramu Sawasamy, Santhanaletchmy Tirugnanasambandam, Saraswathi Nagaratnam, Saratha Alagappan, Suguna Balan dan Vallie Palaniasamy.Sementara itu, 19 individu direkodkan menggunakan Fishtail, terdiri daripada Appannah A Muthaloo, Arunasalam Karuppiah, Balasingam Kesavan, Gunanesan Vellaisamy, Gunavathy Muthusamy, Inthumathy Subramaniam dan Kalai Mathe Karuppaiah.Antara lain, Kannan Kerisna, Karunanithi Sundram, Letchumy Sinnappan, Murukan Supramaniam, Neelavany Marimuthu, Padmahwathi A Govindasamy, Raman Supramaniam, Ravindar Ayyavoo, Thanapalan Muthoo, Vanajah Vadival, Vennila Muniandy dan Yougesvari SubramaniamSelain itu, sembilan individu disenaraikan menggunakan Dream Tibet Travel and Tour, iaitu Azman Karim, Jason Ngeow, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, Mohd Nohan Salim, Mohd Padzil Daros, Mohd Sani Harul, Muhamad Nasir Abdul Talib, Muhammad Haziq Ismail dan Shabuddin Mun.Manakala Vijayan Perumal direkodkan menggunakan perkhidmatan Kailash Journey.Bagaimanapun, angka direkodkan pihak Nepal berbeza dengan maklumat terkini Kementerian Luar Malaysia, yang memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi. |
|
Nepal flood: What we know so far - Straitstimes - 27/08 9:10 pm More than 1,000 people are missing following a flash flood that started on the border between Nepal and Tibet on Aug 26. |
|
30 Canadians missing after catastrophic Nepal-Tibet floods, Anand says - Globalnews - 27/08 8:39 pm The number of Canadians missing in Nepal and the Tibet region after a series of catastrophic flash floods has climbed to 30 from 25 Wednesday, according to the federal government. |
|
9 rakyat Malaysia dalam 'Team Loe' tidak dapat dihubungi, dipercayai berada di lembah ketika banjir Nepal - Sinarharian - 27/08 7:25 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Nasib sembilan rakyat Malaysia yang dikenali sebagai 'Team Loe' masih menjadi tanda tanya selepas kumpulan itu gagal dihubungi susulan banjir yang melanda kawasan Rasuwa, Nepal.Memetik laporan The Star, kumpulan terdiri daripada 10 individu termasuk seorang jurupandu Nepal dalam perjalanan dari Kathmandu menuju ke sempadan Nepal-Tibet dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma PutraPengerusi Majlis Rekreasi Malaysia, Muhamad Nur Azrul Che Zabani berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada operator yang mengendalikan kumpulan itu, laluan yang dilalui mereka berada di kawasan lembah dan berisiko terjejas akibat kenaikan paras air secara mendadak."Berdasarkan analisis saya, mereka mungkin berdepan paras air yang sangat tinggi kerana kawasan itu merupakan laluan lembah."Ketika banjir berlaku, kedua-dua kenderaan itu dipercayai masih berada kira-kira 81 kilometer dari sempadan Nepal-Tibet," katanya pada Khamis.Muhamad Nur Azrul memaklumkan, buat masa ini, operator belum menerima sebarang berita daripada kumpulan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaBagaimanapun, beliau berkata, terdapat kemungkinan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan selamat sekiranya mereka sempat melepasi kawasan sempadan sebelum kejadian limpahan air yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9 atau 10 pagi.Setakat ini, kerajaan Nepal bersama pasukan penyelamat dilaporkan sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas.Bagaimanapun, usaha mengesan kumpulan berkenaan dikatakan berdepan cabaran berikutan keadaan muka bumi yang sukar serta berbahaya kepada anggota penyelamat. |
|
Banjir Nepal: 'Lokasi terakhir tiga rakan saya di Bhote Koshi' - Sinarharian - 27/08 7:17 pm Sepatutnya mereka bertiga hiking (mendaki) di Langtang Valley sejak semalam.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilangBanjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di NepalLebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra"Mesej terakhir pada 10.42 pagi dan lokasi terakhir yang dikesan adalah berdekatan Bhote Koshi. Tolong doakan keselamatan mereka," katanya menerusi satu hantaran di platform berkenaan.Terdahulu dilaporkan sekumpulan sembilan rakyat Malaysia yang dalam perjalanan menyertai misi pendakian di Tibet, China gagal dihubungi ketika berada kira-kira 18 kilometer dari sempadan Rasuwagadhi-Kerung, Nepal sejurus negara itu dilanda banjir dahsyat.Kesemua sembilan pendaki terbabit yang diketuai oleh wakil operator pendakian warga Nepal, Ganesh Neupane dianggarkan berusia antara 40 hingga 65 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed KhaledBanjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orangBanjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat MalaysiaMereka ialah Shabuddin Mun, Azman Karim, Mohd Fadzil Daros, Muhammad Haziq Ismail, Mohd Mohan Salim, Jason Ngeow, Muhamad Nasir Abdul Talib, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa dan Mohd Sani Harul.Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Hisham Mohamad berkata, dua anggotanya turut dilapor menjadi antara 56 rakyat Malaysia yang masih gagal dihubungi susulan bencana tersebut.Katanya, kedua-dua anggota berkenaan, Fakhrul Munir Mohamad Isa dan Muhammad Sani Harun berada di sana bagi menyertai aktiviti 'trekking' ke Everest Base Camp. |
|
Death toll mounts, more than 1,000 missing in Nepal and China after Himalayan flood - FMT - 27/08 7:06 pm Friends and relatives are desperate for news, including Malaysian Vasanthi Muniandy, who last heard from her sister Vennila after she crossed into Tibet from Nepal with a Hindu pilgrimage group. |
|
The worlds deadliest glacier disasters - Straitstimes - 27/08 6:39 pm BEIJING, Aug 27 - A glacial collapse triggered a massive flash flood on Wednesday in the Himalayan border areas of Nepal and adjoining Tibet, killing at least 270 people, with authorities fearing more casualties. |
|
Families seek news of pilgrims missing in deadly Nepal-Tibet floods - Straitstimes - 27/08 5:59 pm Many Indians travel through Nepal to Mount Kailash, a site in Tibet revered by Hindus and Buddhists. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |