| /// |
|
| Search : Tentera News | Page 1 |
|
Tambah baik sistem sebut harga perolehan ATM - Mgazette - 22/02 7:53 am PASIR GUDANG - Kerajaan mengambil langkah menambah baik sistem sebut harga perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan dilakukan memastikan proses lebih telus dan cekap |
|
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran - Mgazette - 22/02 7:53 am # Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati atas pemergian anggota tentera Truper K.Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lepas |
|
Tubuh jawatankuasa khas siasat kematian anggota tentera ketika kursus - Mgazette - 22/02 7:53 am # Tubuh jawatankuasa khas siasat kematian anggota tentera ketika kursus JOHOR BAHRU - Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menubuh satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan terperinci kematian seorang anggota tentera yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang kelmarin |
|
Susulan pembekuan dana, Mindef tambah baik perolehan aset tentera - Mkini - 22/02 7:00 am Pendekatan baru itu dipersetujui selepas hasil rundingan dengan Kementerian Kewangan, kata Mohamed Khaled Nordin. |
|
Berikan ganjaran tinggi untuk keluarga K Indiran - Harakahdaily - 21/02 5:45 pm KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berpandangan kerajaan perlu tampil lebih proaktif dan bermakna dalam menghargai keluarga anggota tentera, mendiang Truper K Indiran, 22 yang meninggal dunia ketika sedang berkhidmat untuk negara |
|
ATM tambah baik sistem sebut harga perolehan - Khaled Nordin - Sinarharian - 21/02 4:42 pm JOHOR BAHRU - Langkah menambah baik sistem sebut harga perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dilakukan kerajaan bagi memastikan proses lebih telus dan cekap.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu antara yang dipersetujui dalam rundingan Kementerian Pertahanan (Mindef) bersama Kementerian Kewangan (MoF) berhubung pelepasan dana susulan pembekuan perolehan ATM."Jika sebut harga perolehan itu dibuat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mesti ada ahli dari perkhidmatan lain seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau Tentera Darat (TDM) dalam jawatan kuasa itu, begitu juga yang lain."Selain itu, kerajaan juga mahu supaya perolehan daripada pembekal, jika ia libatkan peralatan luar negara, mesti dilakukan secara tender terbuka antarabangsa."Jika dahulu tidak buat begitu, ejen akan masuk, jadi harganya akan naik, jadi kali ini perlu buat secara langsung," katanya ketika sidang akhbar selepas Program Back To School Parlimen Pasir Gudang di Dewan Muafakat Bandar Seri Alam di sini pada Sabtu.Pada 16 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, semua keputusan perolehan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.Kata Anwar, kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.Mengulas lanjut, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, pembekuan perolehan tidak membabitkan soal pembekalan makanan dan dana perolehan ATM yang masih dibekukan tidak menjejaskan kesiapsiagaan anggota tentera dan operasi ATM."Ada sesetengah perkara kita rasakan tidak boleh berpanjangan (pembekuan) seperti makanan sebab bila tentera beroperasi, dia perlukan pembekalan makanan dan juga seperti kenderaan, dalam isu alat ganti dan minyak, ini semua memang kita minta untuk dikecualikan daripada pembekuan," jelasnya. |
|
Kematian Indiran tiada unsur buli, jangan politikkan isu, kata Khaled - FMT - 21/02 4:41 pm Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata hasil bedah siasat mendapati tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera Truper K Indiran. |
|
ATM tubuh jawatankuasa khas siasat kematian Indiran - Sinarharian - 21/02 4:25 pm JOHOR BAHRU - Kementerian Pertahanan akan menjalankan siasatan terperinci susulan kematian seorang anggota tentera yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja, Kem Batu 10 Kuantan, Pahang pada Khamis lalu.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan berhubung kematian, Truper K Indiran,22."Saya difahamkan bedah siasat baru dibuat pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematian |
|
MIC Pulau Pinang mahu bedah siasat kedua dibuat ke atas Indiran - Mgazette - 21/02 2:33 pm # MIC Pulau Pinang mahu bedah siasat kedua dibuat ke atas Indiran GEORGE TOWN - MIC Pulau Pinang menggesa siasatan menyeluruh dan telus dijalankan berhubung kematian anggota tentera, Truper K |
|
Jangan cemarkan imej ATM, kematian Indiran bukan kes buli – Ibu .. - Mgazette - 21/02 2:33 pm # Jangan cemarkan imej ATM, kematian Indiran bukan kes buli - Ibu GEORGE TOWN - Jangan cemarkan nama angkatan Tentera Malaysia (ATM), tegas ibu kepada anggota tentera, Truper K |
|
Berjaya Pintas Penyeludupan, Tentera Laut Mexico Iring Kapal Bawa 4 Tan D*dah - Lobakmerah - 21/02 1:11 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Tentera Laut Mexico mengiringi sebuah kapal separa selam yang membawa muatan kokain dianggarkan sehingga empat tan ke Pelabuhan Manzanillo, Colima, pada Jumaat selepas ia dipintas dalam operasi antidadah di Lautan Pasifik |
|
Kematian Truper Indiran: Ibu minta henti spekulasi, jangan cemar nama ATM - Sinarharian - 21/02 11:09 am GEORGE TOWN - Ibu mendiang anggota tentera Truper K |
|
Pengorbanan bapa pembakar semangat - Sinarharian - 21/02 8:50 am KUALA LUMPUR Seragam biru bukan sekadar pakaian kerja semata-mata, sebaliknya sebahagian warna kehidupan kerana membesar dalam keluarga yang menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai kerjaya.Bagi bekas pegawai kanan polis, Datuk Asmawati Ahmad, melihat pengorbanan ibu bapanya bertugas demi keselamatan negara adalah satu kebanggaan."Pengorbanan arwah bapa saya sebagai anggota Pasukan Polis Hutan ketika negara berhadapan ancaman komunis merupakan pembakar semangat kepada saya untuk menyertai PDRM," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.Menurut Asmawati, pelbagai cabaran dan pengalaman berharga dilalui sepanjang 40 tahun berkhidmat bersama pasukan Sang Saka Biru."Setiap detik dilalui dalam PDRM merupakan pengalaman berharga kerana mengajar erti pengorbanan yang melangkaui kepentingan peribadi," katanya.Menyingkap kembali perjalanan kerjaya, anak sulung daripada lima beradik itu berkata, beliau menyertai PDRM pada 8 Februari 1981 kerana minat terhadap tugas kepolisan."Saya generasi keempat dalam keluarga menjadikan PDRM sebagai kerjaya," katanya.Asmawati berkata, beliau memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak sebagai pegawai penyiasat selama setahun."Biarpun singkat, tempoh itu dimanfaatkan sebaiknya bersama pengalaman mengendalikan pelbagai kes."Saya kemudian ditukarkan ke Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 1982," katanya.Beliau berkata, kesempatan itu memberi peluang menimba ilmu dan pengalaman dengan mengikuti kursus di dalam dan luar negara bagi menambah kepakaran dalam bidang kepolisan."Pengalaman terlibat dalam menyediakan kawalan keselamatan orang kenamaan dan venue persidangan peringkat antarabangsa dan serantau yang berlangsung di negara ini antara kenangan paling berharga," ujarnya.Sifat kepimpinan yang tersemat dalam diri Asmawati terus menyerlah melalui ketelitian dalam menjalankan tugas.Hal itu dapat dilihat melalui kejayaan dilakar menerusi tugas risikan yang diamanahkan kepadanya.Selama 32 tahun berkhidmat di jabatan berkenaan, Asmawati memegang pelbagai jawatan penting hasil kepercayaan penuh pegawai atasan.Tanggal 2 Januari 2014 menjadi detik bersejarah buat Asmawati apabila dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat PDRM yang ke-11.Asmawati berkata, beliau berada di barisan hadapan mengurus komunikasi pasukan ketika negara dilanda pelbagai insiden termasuk kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17, kes pembunuhan Kim Jong-nam, penemuan kubur di Wang Kelian, banjir besar di seluruh negara serta pandemik Covid-19."Selain itu, saya dijemput menjadi tetamu bagi program di televisyen, radio malah akhbar utama sebagai jurucakap PDRM sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Polis dan Hari Pahlawan."Malah, apabila berlaku penularan berita palsu, saya diberi amanah untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PDRM agar kegusaran masyarakat dapat segera dibendung," ujarnya.Cabaran tangani persepsi negatifMenurutnya, cabaran paling utama kepada mana-mana agensi penguat kuasa seperti PDRM ialah usaha menangani persepsi negatif dalam kalangan masyarakat."Situasi itu amat menyedihkan kerana stigma tersebut ada kalanya menyebabkan pihak tertentu seakan-akan terlupa akan segala pengorbanan dan khidmat bakti PDRM selama ini," katanya.Menurut beliau, berkhidmat dalam pasukan keselamatan sama ada sebagai pegawai atau anggota polis mahupun tentera merupakan sebaik-baik peluang menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar."Bagi saya, ia merupakan satu jihad apabila setiap hari kita berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran."Saya bersyukur dapat membesarkan anak-anak dengan gaji seorang pegawai polis," katanya.Asmawati bersara pada 9 Januari 2021 dengan pangkat Senior Asisten Komisioner kini meneruskan perjuangan sebagai Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA)."MAPA ialah pasukan sokongan kepada PDRM dalam memastikan khidmat kepolisan sampai kepada setiap lapisan masyarakat melalui kewujudannya di agensi kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta," katanya.Asmawati berkata, MAPA akan terus mendukung dan menyokong wawasan PDRM selari dengan amanat Ketua Polis Negara ke arah pengukuhan integriti, disiplin, penyeliaan berkesan dan adaptasi teknologi seperti Kecerdasan Buatan."MAPA juga telah memulakan inisiatif yang bersesuaian ke arah memenuhi hasrat pucuk pimpinan PDRM tersebut."Terima kasih kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM yang memberi nasihat dan sokongan sepanjang memegang jawatan Presiden MAPA," ujarnya. |
|
'Jangan burukkan ATM, ini bukan kes buli' - Ibu Indiran - Hmetro - 21/02 8:20 am Georgetown: "Ini bukan kes buli. Jangan burukkan ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," demikian kata ibu kepada anggota tentera, Truper K Indiran, 22, berhubung berhubung spekulasi di media sosial yang mengaitkan kematian anaknya dengan unsur buli atau penderaan |
|
Indiran akan dikebumikan di sebelah pusara bapanya esok - Mgazette - 21/02 5:41 am # Indiran akan dikebumikan di sebelah pusara bapanya esok GEORGE TOWN - Jasad seorang anggota tentera yang meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang dibawa pulang ke negeri ini untuk pengebumian |
|
Sedekad hilang suami kini saya hilang anak sulung pula – Usha .. - Mgazette - 21/02 5:41 am # Sedekad hilang suami kini saya hilang anak sulung pula - Usha KUANTAN - Sedekad selepas kehilangan suami dalam nahas udara tragis di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang, seorang balu sekali lagi diuji dengan kehilangan anak sulung tercinta |
|
Anggota tentera meninggal dunia lepas tak sedarkan diri - Thempress - 20/02 5:30 pm KUANTAN – Seorang anggota tentera yang mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, dekat sini, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),… |
|
Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia - Sinarharian - 20/02 2:54 pm KUANTAN - Seorang anggota tentera yang mengikuti kursus kru Armor Kelas 1 di Kem Batu 10 di sini, dilaporkan meninggal dunia petang Khamisselepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika mengesahkan perkara itu berkata, Truper K Indiran, 22, ditemukan tidak sedarkan diri pada Rabu lepas di kem berkenaan, sebelum dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut."Bedah siasat telah selesai dan tiada apa-apa kecederaan fizikal dialami anggota itu |
|
5 negara hantar tentera, HAMAS enggan lucutkan senjata - Harakahdaily - 20/02 2:32 pm WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya lima negara ahli Board of Peace (Lembaga Keamanan) telah menyatakan persetujuan untuk menghantar tentera bagi menyertai Pasukan Penstabilan Antarabangsa ke wilayah Palestin di Semenanjung Gaza |
|
Anak wira nahas Beechcraft TUDM maut ketika ikuti latihan, polis .. - Hmetro - 20/02 2:31 pm Kuantan: Seorang anggota tentera yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama, Kor Armor Diraja, Kem Batu 10, di sini, meninggal dunia semalam, selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) |
|
Polis nafi kematian anggota tentera ada unsur dibuli - Sinarharian - 20/02 12:59 am KUANTAN - Polis menafikan kes kematian seorang anggota tentera akibat dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini sebagaimana yang disebarkan di laman sosial.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa dibawa ke hospital dipercayai kerana tidak sedarkan diri dan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada Khamis.Bagaimanapun menurutnya, pemeriksaan awal oleh pihak polismendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa."Difahamkan keluarga mangsa ada buat laporan mendakwa anaknya dibuli."Pegawai penyiasat sudah membuat siasatan dan mendapati kes kematian anggota tentera terbabit setakat ini tiada unsur jenayah," katanya.Ashari berkata, sekiranya benar kes kematian itu melibatkan buli dan ada kesan kecederaan, laporan polis akan dibuat pihak perubatan untuk siasatan lanjut.Ashari berkata, proses bedah siasat juga telah dijalankan dan doktor mengesahkan organ dalaman mangsa dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan."Pihak polis menunggu laporan kimia bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh diperoleh," ujarnyaSebelum ini, sebuah akaun Facebook berkongsi gambar mangsa sedang menjalani rawatan selepas didakwa dibuli dan dipukul menggunakan kayu serta besi dalam sebuah kem di sini. |
|
Bekas presiden Korea Selatan dihukum penjara seumur hidup - Mkini - 20/02 6:00 am GLOBAL Yoon Suk Yeol disabitkan bersalah selepas gagal laksanakan undang-undang tentera pada 2024. |
|
Kerajaan terus fokus tambah baik kuarters tentera, polis yang uzur - PM - Sinarharian - 19/02 1:42 pm PUTRAJAYA - Kerajaan terus memberikan fokus kepada usaha menambah baik kuarters tentera dan polis yang telah uzur demi keselesaan anggota pasukan keselamatan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, dalam perancangan sedang dibincangkan sekarang, terdapat beberapa pembaikan kuarters telah diambil tindakan."Perumahan polis kita dah ambil tindakan sepertinya (demikian juga) tentera, jadi kita akan lebih fokus |
|
Kerajaan terus fokus tambah baik kuarters uzur tentera, polis - FMT - 19/02 12:53 am Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beberapa perancangan sedang dibincangkan sekarang dan ada pembaikan kuarters telah diambil tindakan. |
|
AS sedia lancar serangan: China sertai Iran, Rusia - Harakahdaily - 19/02 12:06 am TEHRAN: Rusia, China dan Iran telah mengerahkan kapal tentera laut untuk latihan bersama di wilayah strategik Selat Hormuz di bawah rangka kerja Maritime Security Belt 2026, dengan sebuah badan pemikir geopolitik dan teknologi, Global Surveillance menyifatkan langkah itu sebagai kejutan |
|
Iran, Rusia mulakan latihan ketenteraan di Laut Oman - Harakahdaily - 19/02 10:25 am TEHRAN: Iran dan Rusia dijangka akan memulakan latihan tentera laut bersama di utara Lautan Hindi dan Laut Oman pada Khamis |
|
Dalam Suasana Tegang & Dikawal Ketat, Ribuan Jemaah Tetap Penuhi Masjid Al-Aqsa Untuk Tarawih Pertama - Siraplimau - 19/02 6:30 am Ribuan umat Islam rakyat Palestin solat Tarawih pertama bagi bulan Ramadan pada Selasa malam di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, dalam suasana kawalan keselamatan yang ketat oleh tentera zionis |
|
Lubnan perlu empat bulan lucutkan senjata Hezbollah - Utusan - 17/02 2:00 pm BEIRUT: Kerajaan Lubnan memaklumkan tenteranya memerlukan sekurang-kurangnya empat bulan untuk melaksanakan fasa kedua pelan ketenteraan bagi melucutkan senjata kumpulan Hezbollah di selatan negara itu |
|
Iran lancar latihan ketenteraan di Selat Hormuz - Harakahdaily - 17/02 12:30 am TEHRAN: Media kerajaan Iran melaporkan bahawa Kor Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRCG) telah memulakan satu siri latihan ketenteraan di Selat Hormuz, laluan air yang sempit dan strategik di Teluk |
|
Chief of Defence Force: ATM caps high-risk posts at 18 months in integrity push - Malaymail - 17/02 9:30 am KUALA LUMPUR, Feb 17 The Angkatan Tentera Malaysia (ATM) will enforce a maximum 18-month period for officers hol... |
|
Myanmar usir wakil Timor Leste kes jenayah perang - Utusan - 17/02 8:30 am YANGON: Junta Myanmar mengumumkan pengusiran wakil tertinggi Timor Leste di negara itu selepas sebuah kumpulan hak asasi menyatakan Dili membuka kes undang-undang terhadap pihak tentera berhubung jenayah perang |
|
Tentera tetap had 18 bulan pegang jawatan risiko tinggi - FMT - 16/02 7:55 pm Jika pegawai didapati berintegriti, tunjuk prestasi baik, tempoh boleh dilanjutkan, kata panglima. |
|
Pesara tentera maut semasa konvoi motosikal ke Mersing - Mgazette - 16/02 3:06 pm # Pesara tentera maut semasa konvoi motosikal ke Mersing KLUANG - Seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia selepas konvoi motosikal disertai terlibat kemalangan di Kilometer 76 Jalan Batu Pahat-Mersing semalam |
|
Buletin BHPetrol Anjur Program Keselamatan Balik Kampung Sempena Tahun .. - Mekanika - 16/02 3:06 pm Azizul berkata, pihaknya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan dan berharap sambutan kali ini membawa kegembiraan serta kemakmuran. Beliau turut menekankan peranan BHPetrol sebagai anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan produk tempatan, termasuk melalui rangkaian makanan sedia dimakan eNAK yang ditawarkan di stesen-stesen BHPetrol |
|
Mindef belum terima perkembangan siasatan kebocoran maklumat ATM - Sinarharian - 16/02 1:24 pm PETALING JAYA - Kementerian Pertahanan (Mindef) belum menerima sebarang perkembangan daripada pihak polis berhubung siasatan kebocoran maklumat sulit kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari lalu.Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan hanya dijalankan oleh pihak polis, bukannya kementerian."Setakat ini belum ada perkembangan |
|
Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi RAJD Askar Wataniah dilancar - Sinarharian - 16/02 1:00 pm PETALING JAYA - Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah rasmi dilancarkan pada Isnin.Skuadron yang melibatkan 33 pegawai dan 191 anggota Askar Wataniah itu berperanan sebagai pasukan pakar yang menyokong Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam aspek perlindungan, sokongan teknikal serta pemulihan infrastruktur rel bandar semasa kecemasan, bencana alam, sabotaj atau gangguan operasi berskala besar.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penubuhan skuadron tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam memastikan kebolehoperasian dan keselamatan infrastruktur pengangkutan awam strategik sentiasa berada di tahap optimum."Inisiatif ini turut menyokong agenda Kerajaan Madani yang menekankan kepentingan sistem pengangkutan awam dari aspek daya tahan, kesinambungan perkhidmatan serta keselamatan rakyat, selaras Dasar Pertahanan Menyeluruh (HanRuh)."Sistem rel bandar adalah infrastruktur kritikal yang menyokong mobiliti harian rakyat dan kelangsungan ekonomi |
|
Pesara tentera dari Kelantan buat laporan polis, isteri kahwin lain dengan lelaki Pakistan - Mdateline - 16/02 11:00 am Alangkah terkejutnya lelaki ini apabila diberitahu bahawa isterinya sudah berkahwin lain dengan seorang pemuda warganegara Pakistan sewaktu mereka masih bergelar pasangan sah |
|
‘Tentera siber’ Malaysia negara keenam paling banyak guna kata-kata kesat - Mdateline - 16/02 9:00 am Malaysia tersenarai pada kedudukan keenam dunia sebagai negara paling banyak menggunakan kata-kata kesat menerusi komen dalam talian iaitu dengan kadar 0.019 peratus |
|
Pesara Tentera Terkejut Isteri Ada Dua Suami, Dakwa Kahwini Lelaki Lain Ketika Masih Bersama - Ohmedia - 15/02 3:51 pm Pesara tentera dakwa isteri ada dua suami selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan sebelum cerai di Bachok |
|
Pembenihan awan di Kedah dan Perak tangani kesan cuaca panas, penyusutan air - Nadma - Sinarharian - 14/02 12:18 am PUTRAJAYA - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di zon utara bagi menangani kesan cuaca panas serta penyusutan paras air di beberapa empangan utama.Nadma menerusi hantaran Facebook rasminya memaklumkan operasi yang bermula pada Jumaat itu diteruskan pada Sabtu dengan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan hujan di Kedah dan Perak, melibatkan beberapa empangan strategik yang menjadi sumber utama bekalan air domestik, industri dan pengairan pertanian."Di Kedah, kawasannya meliputi Empangan Pedu yang merupakan nadi utama pengairan padi serta bekalan air domestik dan industri, Empangan Muda pula berfungsi sebagai empangan pengimbang dengan airnya disalurkan ke Empangan Pedu melalui Terowong Saiong dan Empangan Ahning yang menjadi antara empangan penting bagi pelepasan air untuk kegunaan domestik dan industri," kata Nadma.Sementara itu di Perak, operasi tertumpu di Empangan Bukit Merah bagi memastikan kestabilan sistem pengairan padi di utara negeri itu selain Empangan Temenggor yang berperanan sebagai penjana kuasa hidroelektrik dan kawasan tadahan air bagi membekalkan air minuman dan keperluan sektor pertanian khususnya di daerah Perak Tengah.Operasi itu menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang.Menurut Nadma pelaksanaan OPA itu diharap dapat membantu memulihkan simpanan air demi kesejahteraan rakyat, khususnya bagi sektor pertanian dan kegunaan domestik.OPA dilakukan untuk mempertingkatkan proses pembentukan hujan dan menambahkan jumlah hujan di kawasan yang dikehendaki semasa krisis kekurangan air, jerebu dan kebakaran hutan |
|
Mengapa Azam Baki dilihat ‘kebal’ – Syahir Sulaiman - Mgazette - 14/02 7:55 am "Dalam soal integriti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perdana Menteri hendaklah bersikap tegas, konsisten dan bertindak tanpa kompromi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden Pas menambah, aspek integriti amat penting bagi agensi seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Peguam Negara kerana ia merupakan tonggak kepercayaan negara |
|
Bukan bela penceroboh, kerajaan Selangor utamakan penyelesaian aman - Mgazette - 14/02 7:55 am Beliau berkata, situasi sedemikian akhirnya akan memaksa campur tangan polis serta penguat kuasa pihak berkuasa tempatan bagi meleraikan kekecohan yang berlaku. Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan adalah lebih wajar sekiranya pihak polis dan penguat kuasa PBT dilibatkan lebih awal bagi memastikan ketenteraman awam terjamin dan sebarang pertelingkahan dapat dielakkan |
|
Azam Baki perlu direhatkan serta-merta sementara siasatan - Syahir - Sinarharian - 13/02 4:21 pm SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu direhatkan serta-merta, sementara siasatan dijalankan bagi membolehkan ia dilakukan secara telus.Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPRM.Menurutnya, dalam soal integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah bersikap tegas, konsisten dan bertindak tanpa kompromi."Selain itu, disarankan juga notis pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 diserahkan kepada beliau."Dalam masa sama, Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu tampil memberi penjelasan berhubung pematuhan pekeliling serta larangan penjawat awam berkaitan pemilikan saham dan potensi konflik kepentingan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media antarabangsa Bloomberg melaporkan Azam didakwa memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.Laporan itu menjadi pendedahan awam terbaharu mengenai pegangan saham atas nama beliau sejak kontroversi beberapa tahun lalu yang mencetuskan gesaan supaya beliau meletakkan jawatan.Syahir turut mengingatkan bahawa agensi seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Peguam Negara (AG) merupakan tonggak kepercayaan negara.Jelasnya, integriti institusi pengawal sendi negara itu mesti dijunjung pada tahap tertinggi."Bagaimanapun, kenyataan Perdana Menteri yang mempertahankan Azam Baki dengan ungkapan, 'baca penjelasan Azam Baki dia buat kerja, buat apa maki dia' amat dikesali."Sedangkan dalam hal ini, kepercayaan rakyat terhadap tatakelola negara hendaklah dipulihkan |
|
Siasat dakwaan 'Mafia Korporat' dikaitkan SPRM - Puad - Sinarharian - 13/02 3:57 pm Amat merunsingkan jika ia benar. Takut ia sudah berakar umbi dan sukar untuk dipulihkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Mohd Puad berkata, rakyat perlu diberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut."Tidak guna SPRM dilihat tegas, ada pegawai tinggi tentera didakwa dan pemimpin politik ditangkap tetapi di dalam SPRM ada mafia."Isunya reform terhadap SPRM |
|
Maritim Malaysia bantu bot nelayan tempatan ditahan TNI-AL - Sinarharian - 13/02 12:54 am SHAH ALAM Sebuah bot nelayan tempatan dibawa pulang ke perairan negara selepas ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki memasuki perairan negara jiran dalam kejadian pada Rabu.Insiden itu berlaku kira-kira jam 2 pagi apabila bot yang dikendalikan tiga awak-awak warga Indonesia ditahan oleh Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) selepas dipercayai melepasi sempadan perairan negara.Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd Fairusnizam Abdul Razak berkata, Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk digerakkan ke lokasi kejadian susulan permohonan bantuan aset oleh Maritim Malaysia Perak bagi menyokong operasi berkenaan.Menurutnya, kapal terbabit tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi sebelum rundingan segera diadakan bersama pihak penguat kuasa Indonesia."Siasatan mendapati bot nelayan tempatan itu dikendalikan tiga awak-awak warga Indonesia dan dipercayai telah memasuki perairan Indonesia secara tidak sengaja."Hasil rundingan yang dijalankan secara profesional dan berhemah, pihak penguat kuasa Indonesia bersetuju melepaskan bot berkenaan sebelum ia diiring pulang dengan selamat ke perairan Malaysia," katanya pada sidang akhbar Op MARDOF di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini pada Jumaat.Katanya, kejadian berkenaan berlaku di perairan Perak namun bantuan aset dari Selangor dihantar bagi memenuhi keperluan operasi di kawasan terbabit.Ketika ini, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti jarak sebenar dan faktor yang menyebabkan bot berkenaan boleh tersasar sehingga melepasi sempadan perairan," katanya.Sementara itu, Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, komuniti nelayan diingatkan supaya lebih berwaspada dan memastikan tidak menangkap hasil laut sehingga memasuki perairan negara lain."Setiap nelayan tempatan telah dibekalkan dengan peralatan pemantauan seperti Sistem Pengenalan Automatik (AIS) dan peranti pengesan satelit (MTU) bagi tujuan pengesanan serta pemantauan kedudukan bot di laut."Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir nelayan yang mematikan peralatan tersebut ketika berada di laut dan hanya mengaktifkannya semula apabila tiba di jeti," katanya.Beliau menegaskan, berdasarkan syarat lesen, kapal nelayan diwajibkan mengaktifkan AIS atau MTU sekurang-kurangnya 80 peratus sepanjang operasi dan sebarang kerosakan peralatan perlu disahkan oleh pihak vendor.Tambahnya, pematuhan terhadap syarat berkenaan penting bagi mengelakkan kejadian bot tempatan tersasar ke perairan asing daripada berulang. |
|
Selepas Facebook, Instagram dan X: Rusia sekat WhatsApp - Harakahdaily - 13/02 12:13 am WhatsApp di negara itu, dan sebaliknya mengarahkan rakyatnya untuk menggunakan aplikasi Max yang disokong oleh kerajaan. Berita itu muncul beberapa hari selepas pihak berkuasa Rusia mengehadkan akses kepada Telegram, satu lagi aplikasi pesanan segera yang digunakan oleh berjuta-juta orang di Rusia, termasuk tentera, pegawai […] The post Selepas Facebook, Instagram dan X: Rusia sekat WhatsApp appeared first on Harakahdaily . |
|
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean - Siakapkeli - 13/02 8:51 am Dua Kapal AS Bertembung Di CaribbeanDua anggota Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) cedera pada Rabu selepas sebuah kapal pemusnah Tentera Laut |
|
Tiga hari operasi pembenihan awan atasi paras air empangan susut - Mgazette - 13/02 8:07 am "Kerajaan negeri memohon secara rasmi pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi membantu meningkatkan peluang hujan di kawasan tadahan utama. "Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dengan kerjasama METMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) dan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan menggunakan pesawat C130 Hercules yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang, dari pagi hingga ke petang, bermula semalam |
|
India lulus cadangan berbilion dolar beli 114 pesawat pejuang Rafale dari Perancis - Mkini - 13/02 8:00 am Pakej untuk Tentera Udara India itu merangkumi jet pejuang serta peluru berpandu serangan darat. |
|
Isu keselamatan, pertahanan, agama antara dibincang dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 - Sinarharian - 12/02 6:42 pm KUALA LUMPUR -Aspek keselamatan dan pertahanan negara, hal ehwal agama Islam, kebajikan pendidikan, pelantikan kehakiman serta isu perdagangan antarabangsa adalah antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-271 yang berlangsung dua hari di Istana Negara.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, MRRdipersembahkan taklimat terkini tentang keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, manakalaPanglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman memberikan sembah taklimat berhubung pertahanan negara.Beliau berkata, turut dibincangkan ialah laporan dan cadangan daripada Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri yang ditubuhkan lebih 40 tahun lepashasil sumbangan Raja-Raja bagi manfaat pelajar terpilih menerima biasiswa dan anugerah diraja di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)."Raja-Raja turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas ampun kurnia sebanyak RM1.3 juta pada 2025 bagi menyokong dana berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Dalam aspek pentadbiran Islam setiap negeri, beliau berkata, persidangan membincangkanpelantikan ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI), pensijilan halal, pengurusan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan bagi bantuan selenggara dan naik taraf institusi pendidikan Islam (IPI), serta pelaksanaan dan pencapaian program takmir di seluruh Malaysia."Raja-Raja turut memperkenankan supaya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah terus mempengerusikan MKI bagi tempoh dua tahun lagi," katanya.Selain itu, Syed Danial berkata, Mesyuarat MRR ke-271meneliti kertas cadangan berhubung dasar pindaan Akta Orang Asli 1954 yangberkaitan dengan hal ehwal tanahselain Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).Beliau berkata, persidangan berkenaan turutmeneliti cadangan pelantikan hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, serta cadangan pelantikan lain yang memerlukan pertimbangan MRRtermasuk membabitkan lembaga pengelola Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).Berhubung isu perdagangan, beliau berkata, Mesyuarat MRRke-271 telah dipersembahkan taklimat dan penjelasan mengenai beberapa isu berkaitan Perjanjian Timbal Balas Perdagangan (ART) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.Mesyuarat MRR ke-271 yang berlangsung semalam dipengerusikan oleh Sultan TerengganuSultan Mizan Zainal Abidin |
|
Tragedi tertembak anak AR Badul: Sesi soal balas saksi ditangguh, eksibit bendera tidak dibawa ke mahkamah - Sinarharian - 12/02 6:21 pm KOTA KINABALU - Sesi pemeriksaan balas saksi ketiga pihak pembelaan terpaksa ditangguhkan susulan bahan eksibit iaitu bendera yang sepatutnya dikemukakan tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi semasa prosiding berlangsung.Dalam pemeriksaan balas yang dikendalikan peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi Koperal Muhammad Idzham Ramalan, 31, ditanya mengenai gimik disertai enam tahun lalu oleh defendan pertama, Kolonel Mohd Razahar Rashid, yang membawa eksibit berupa beg dan bendera.Bagaimanapun, semasa eksibit D13 iaitu bendera mahu dikemukakan, ia tidak berada di mahkamah semasa prosiding berlangsung.Peguam Persekutuan Wan Nur Muhammad Ehsan Alauddin memaklumkan bahawa bendera berkenaan tidak dapat dibawa ke mahkamah kerana sedang digunakan dalam upacara rasmi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Menjawab perkara itu, Ansari menyatakan perkara itu amat mengejutkan kerana Hakim telah mengarahkan bahawa eksibit fizikal yang berada di dalam jagaan defendan, perlu dibawa ke mahkamah untuk sambungan perbicaraan.Wan Nur Muhammad Ehsan kemudian menjelaskan bahawa pihak mereka mempunyai gambar eksibit tersebut yang boleh digunakan untuk ditunjukkan kepada saksi."Kenapa ATM perlu menggunakan exhibit mahkamah? Tiada bendera lain yang boleh digunakan di seluruh Malaysia," kata Ansari yang mempersoalkan ketiadaan eksibit tersebut di mahkamah.Bagaimapun, pihak pembelaan mempertahankan perkara itu dengan mengatakan pihak defendan memaklumkan bahawa di Kota Kinabalu hanya ada satu bendera yang tersedia.Susulan itu, mahkamah bersetuju untuk menangguhkan soal balas saksi dan diteruskan dengan saksi baharu pada Khamis.Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Prosiding tersebut didengar oleh Hakim Datuk Alexander Siew How Wai.Pasukan peguam plaintif diwakili oleh Ansari bersama anaknya, Erveana dan Noor Shazwani Sapri manakala pasukan pembelaan defendan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb dan Peguam Persekutuan, Siti Norashikin Hassanor serta Wan Nur Muhammad Ehsan.Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya, 36, yang juga anak kepada pelakon popular A R Badul disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, pada 4 September 2019. |
|
CPR dibuat terhadap anak AR Badul - Saksi - Sinarharian - 12/02 3:57 pm KOTA KINABALU - Seorang doktor memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa beliau ada berada bersama Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya ketika disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi selepas kejadian tembakan semasa demonstrasi yang diadakan di Kem Lok Kawi, enam tahun lalu.Mejar Dr Mohd Syazwi Mohamad Safiai yang merupakan saksi keempat pihak pendakwaan menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan pemeriksaan balas peguam Datuk Ansari Abdullah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pada Khamis.Mahkamah turut diberitahu bahawa sebelum pengesahan kematian dibuat, pasukan perubatan telah menjalankan prosedur resusitasi sejurus selepas Mohd Zahir ditembak kira-kira jam 8.40 pagi.Menurut saksi itu, beliau bersama dua lagi pegawai perubatan telah melaksanakan protokol trauma standard sebaik tiba di lokasi mangsa berada sebelum dimasukkan ke dalam ambulans."Kami menjalankan protokol trauma standard dan meneruskan proses resusitasi," katanya.Menjawab soalan lanjut, beliau memaklumkan bahawa tekanan dada sebagai sebahagian prosedur pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) turut dilakukan."Ya," katanya apabila ditanya sama ada tekanan tangan pada dada mangsa dilakukan.Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tindakan tersebut boleh memburukkan kecederaan dada yang dialami mangsa.Saksi itu turut memberitahu mahkamah bahawa proses resusitasi dijalankan kira-kira 20 minit dan diteruskan dalam ambulans sehingga tiba di hospital.Terdahulu, beliau menjelaskan bahawa pasukan perubatan dimaklumkan oleh dua anggota tentera sebelum bergegas mendapatkan mangsa.Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Prosiding tersebut didengar oleh Hakim Datuk Alexander Siew How Wai.Pasukan peguam plaintif diwakili oleh Ansari bersama anaknya, Erveana dan Noor Shazwani Sapri manakala pasukan pembelaan defendan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb dan Peguam Persekutuan, Siti Norashikin Hassanor serta Wan Nur Muhammad Ehsan.Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon popular A R Badul disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, pada 4 September 2019. |
|
Mahkamah putus pemecatan pengurus anak syarikat TM sah - FMT - 12/02 7:00 am Mahkamah Perusahaan berkata pihak menuntut salah guna kedudukan untuk manfaat diri dan seorang pegawai kanan tentera udara. |
|
SPRM serah kertas siasatan rasuah e-waste kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat - Sinarharian - 11/02 6:03 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kertas siasatan rasuah pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) melibatkan dua pegawai tertinggi Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat ini.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap dua pegawai itu kini berada pada peringkat akhir."Saya (telah) memberi tempoh dua minggu kepada pegawai penyiasat dan saya jamin menjelang Jumaat kertas siasatan akan diserahkan dengan cadangan pertuduhan terhadap dua individu itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.Dua pegawai tertinggi itu ditahan SPRM pada 29 Januari bagi membantu siasatan kes tersebut.Dalam perkembangan lain, Azam memaklumkan SPRM menambah empat lagi pegawai di Kementerian Pertahanan bagi membantu menangani isu ketirisan dan tadbir urus, khususnya yang melibatkan perolehan di kementerian itu.Azam berkata, setakat ini, masih terlalu awal untuk menyatakan kementerian itu berjaya dibersihkan.Pada Januari lepas, empat pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia didakwa di mahkamah membabitkan salah guna kuasa dalam perolehan ketenteraan dan pengurusan dana kebajikan, termasuk kes berkaitan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) serta pembekalan di bawah Kementerian Pertahanan.Isu itu mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan rasuah harus diperangi secara besar-besaran tanpa perlindungan undang-undang termasuk terhadap pegawai berpangkat tinggi |
|
Watak saksi dalam demonstrasi enam tahun lalu diambil oleh anak AR Badul - Sinarharian - 11/02 2:47 pm KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini diberitahu saksi bahawa watak yang sepatutnya dilakonkan oleh beliau dalam demonstrasi enam tahun lalu di Kem Lok Kawi telah diambil oleh Allahyarham Leftenan Kolonel Mohd Zahir Armaya.Perkara itu didedahkan oleh Koperal Muhammad Idzham Ramalan, 31, yang juga saksi ketiga pihak pembelaaan dalam prosiding yang bersambung pada Rabu."Pada 4 September 2019 saya terlibat dengan penugasan penyediaan makanan," katanya ketika ditanya dalam pemeriksaan utama oleh Peguam Persekutuan Wan Nur Muhammad Ehsan Alauddin.Diminta menerangkan lebih lanjut mengapa wataknya diambil, beliau menyatakan hanya menerima arahan yang diberikan.Saksi kemudian diminta menjelaskan kenapa Allahyarham enggan dibantu untuk disediakan vest kalis peluru yang dipakainya semasa demonstrasi."Si mati ingin menyediakan kesesuaian mengikut karakternya," jelasnya.Sementara itu, semasa pemeriksaan balas daripada peguam mewakili plaintif, Datuk Ansari Abdullah, saksi menyatakan bahawa dia tidak mengenali Allahyarham Mohd Zahir.Saksi bersetuju dengan cadangan Ansari bahawa dia berkhidmat bersama Leftenan Kolonel Razahar Rashid yang juga pegawai atasannya di Rejiman 22 Komando manakala Mohd Zahir pula bukan pegawai atasannya kerana berkhidmat di kem Komando di Melaka.Ditanya anggaran waktu saksi datang ke Kem Lok Kawi sebelum tarikh pertunjukkan demonstrasi iaitu 3 dan 4 September 2019, beliau menyatakan bahawa sudah berada di kem tersebut sekitar dua minggu.Saksi turut memaklumkan bahawa antara jam 11 malam 3 September hingga 2.30 pagi 4 September 2019 beliau terlibat sebagai anggota penyediaan makanan dan tidak terlibat dengan latihan terakhir yang dijalankan Razahar serta Allahyarham."Saya ambil vest tersebut di penginapan Kolonel Razahar setelah anggota selesai latihan," jelasnya kepada mahkamah apabila ditanya bagaimana vest Razahar diberikan kepadanya untuk diubah suai.Saksi sebelum itu memaklumkan bahawa dia mula menjahit vest tersebut sekitar jam 2.30 pagi di tempat penginapan dengan menggunakan alat jahit benang dan jarum yang ada pada setiap anggota tentera.Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham melalui pasukan peguam mereka telah memulakan prosiding tuntutan saman terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Prosiding tersebut didengar oleh Hakim Datuk Alexander Siew How Wai.Pasukan peguam plaintif diwakili oleh Ansari bersama anaknya, Erveana dan Noor Shazwani Sapri manakala pasukan pembelaan defendan ialah Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb dan Peguam Persekutuan, Siti Norashikin Hassanor serta Wan Nur Muhammad Ehsan.Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon popular A R Badul disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, pada 4 September 2019. |
|
Kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai ATM dalam siasatan polis - Mgazette - 11/02 2:17 pm # Kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai ATM dalam siasatan polis KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit berkait urusan kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 19 Januari lalu |
|
Armada TLDM perkukuh pertahanan, LCS 3 Sharif Mashor dilancar - Thempress - 11/02 10:19 am LUMUT – Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan upacara penamaan dan pelancaran Kapal Tempur Pesisir (LCS) ketiga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di… |
|
Polis siasat dakwaan kebocoran maklumat kenaikan pangkat pegawai ATM - Sinarharian - 10/02 4:35 pm KUALA LUMPUR Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat sulit berkaitan kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya telah merakam keterangan beberapa individu tertentu bagi membantu siasatan tersebut."Siasatan berhubung perkara ini masih diteruskan dan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Selasa.Pada 26 Januari lalu, media melaporkan beberapa pegawai tentera telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan berkata individu terbabit dipanggil susulan Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat itu minggu lalu.Menurutnya, laporan polis tersebut dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, setakat ini siasatan masih berjalan dan pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa. |
|
Tentera Udara Amerika Haramkan Penggunaan Cermin Mata Pintar dan Fon Telinga Bluetooth - Amanz - 10/02 12:11 am Keselamatan operasi (OPSEC) ialah garis panduan yang perlu dipatuhi anggota tentera semasa bertugas |
|
Ancaman bom di pangkalan udara Singapura: Suspek ditahan - Harakahdaily - 9/02 2:04 pm SINGAPURA: Seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) berusia 22 tahun yang bekerja di Pangkalan Udara Paya Lebar telah dikenal pasti sebagai suspek pelaku ancaman bom palsu di pangkalan udara tersebut. Kementerian Pertahanan (MINDEF) Singapura dalam kenyataan pada Isnin (9 Februari) berkata, lelaki itu telah ditahan rapi di Berek Tahanan Angkatan Tentera Singapura (SAF) pada […] The post Ancaman bom di pangkalan udara Singapura: Suspek ditahan appeared first on Harakahdaily . |
|
PAT santuni bekas komando berjuang melawan kanser - Sinarharian - 9/02 12:31 am SHAH ALAM - Kisah kegigihan seorang bekas komando yang berjuang melawan kanser mendapat perhatian Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.Malek Razak yang baru dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-24 pada 1 Februari lalu meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Sarjan Mohd Azuan Asmuni, 40, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral pucuk pimpinan terhadap pesara wira negara yang sedang diuji dengan penyakit serius itu.Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, lawatan tersebut bukan sekadar kunjungan kebajikan, sebaliknya membawa mesej jelas bahawa pengorbanan seorang anggota tidak pernah dilupakan, apatah lagi kini berjuang di medan yang berbeza.Menurut ATM, sepanjang 21 tahun berkhidmat bersama Rejimen Ke-11 Gerak Khas, Mohd Azuan dikenali sebagai anggota yang berdisiplin tinggi, cemerlang dalam latihan dan operasi, serta aktif dalam bidang sukan lasak termasuk triathlon.Bagaimanapun, anggota berkenaan disahkan menghidap kanser pada 2023."Ujian besar dalam hidup beliau bermula pada bulan September apabila pemeriksaan darah oleh Pegawai Perubatan Rumah Sakit Angkatan Tentera Kem Sungai Udang, mendapati bacaan darah yang tidak stabil."Pemeriksaan lanjut di Hospital Besar Melaka mengesahkan beliau menghidap penyakit leukemia, sekali gus mengubah perjalanan hidup seorang anggota komando yang selama ini terkenal dengan ketahanan fizikal dan mental yang luar biasa."Sepanjang tempoh rawatan hingga tamat perkhidmatan, Rejimen Ke-11 Gerak Khas telah menguruskan segala keperluan pentadbiran dan pemantauan kebajikan Mohd Azuan bagi memastikan beliau terus mendapat perhatian sewajarnya dan tidak berdepan ujian ini secara bersendirian," katanya.Sinar Harian pada 29 Januari lalu melaporkan kisah kegigihan Mohd Azuan yang menetap di Bangi berjuang melawan kanser.Mohd Azuan sebelum ini dikenali sebagai seorang yang lincah dan aktif, malah pernah menyertai serta memenangi pelbagai acara triathlon terpaksa melupakan sukan kegemarannya bagi memberi tumpuan kepada rawatan seterusnya pemulihan diri.Isterinya, Salwani Suhaida Mukhtar, 46, berkata, kehidupan suami yang merupakan pesara tentera berubah 180 darjah selepas disahkan mengidap kanser, namun tidak pernah berputus asa dan terus berjuang melawan penyakit dihidapinya itu sejak tiga tahun lalu.Sementara itu, Malek Razak ketika lawatan berkenaan turut meluangkan masa menyantuni ahli keluarga Mohd Azuan, termasuk isteri dan anak-anak kecil yang menjadi sumber kekuatan utama beliau."ATM kekal komited untuk menyantuni kebajikan pesaranya terutama ketika diuji dengan kesakitan dan cabaran hidup |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |