| /// |
|
| Search : Tengku Hassanal News | Page 1 |
|
Lelaki warga China ditahan tikam rakan senegara atas kapal - Mygazette - 11/05 4:24 pm # Lelaki warga China ditahan tikam rakan senegara atas kapal KUALA LUMPUR Seorang kru kapal warga China cedera selepas ditikam rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah kapal MV Lucky Camelia di perairan Selangor semalam |
|
Federalisme bukan ancaman, tuntutan negeri wajar ditangani secara matang .. - Mygazette - 11/05 4:24 pm # Federalisme bukan ancaman, tuntutan negeri wajar ditangani secara matang - Syahir KUALA LUMPUR Pelbagai tuntutan dan penegasan yang dibangkitkan beberapa negeri kebelakangan ini tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada sistem federalisme negara, sebaliknya perlu ditangani secara matang, berhemah dan berasaskan semangat Perlembagaan Persekutuan |
|
Pemuda UMNO Pekan lapor polis kes hina Tengku Mahkota Pahang - Mygazette - 11/05 4:24 pm Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, perkara itu dilihat masih dilakukan orang awam yang nyata tidak cakna untuk memartabatkan prinsip Rukun Negara. Hari ini, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan selepas beberapa kandungan ciapan dimuatnaik menerusi aplikasi media sosial Threads didapati bersifat menghina serta memperlekeh institusi Diraja Pahang khususnya ke atas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah |
|
Pemuda UMNO Pahang tegas pertahan hak negeri seperti titah Tengku Mahkota - Mygazette - 11/05 4:24 pm # Pemuda UMNO Pahang tegas pertahan hak negeri seperti titah Tengku Mahkota PEKAN - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung isu pengekangan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap usaha kerajaan negeri menjana hasil melalui eksport pasir sungai |
|
Kru kapal ditikam rakan sekerja - Sinarharian - 11/05 1:28 pm KLANG Seorang lelaki warga China dipercayai ditikam rakan sekerjanya di sebuah kapal di perairan Selangor pada Ahad.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor, Kepten Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya menerima permohonan bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi memindahkan mangsa berusia 47 tahun itu untuk mendapatkan rawatan kira-kira jam 8.52 malam."Aset Penggalang 41 tiba di lokasi kira-kira empat batu nautika dari pantai Tanjung Rhu pada jam 11.51 malam |
|
Perlu ambil serius suara istana - Sinarharian - 11/05 12:39 am SHAH ALAM - Gesaan beberapa negeri termasuk titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengenai pulangan hasil negeri menunjukkan keperluan tindakan drastik terhadap reformasi fiskal antara kerajaan Persekutuan dan negeri.Pensyarah Pusat Pengajian Polisi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, suara institusi diraja dalam isu itu menunjukkan ketidakseimbangan fiskal negara kini berada pada tahap yang tidak boleh diabaikan.Menurut beliau, perkembangan itu bukan lagi sekadar isu peruntukan atau tuntutan politik negeri tertentu, sebaliknya membabitkan keseimbangan kuasa dalam struktur Persekutuan Malaysia."Dalam praktik fiskal, kebanyakan hasil besar seperti cukai pendapatan, cukai korporat, kastam, eksais dan pelbagai levi strategik dikumpulkan di pusat manakala negeri bergantung kepada hasil tanah, premium dan geran yang lebih kecil."Akibatnya, wujud ketidakseimbangan fiskal yang serius apabila negeri mempunyai sebahagian tanggungjawab pembangunan tetapi tidak mempunyai kapasiti kewangan setara," katanya pada Ahad.Menurut beliau, dalam jangka panjang, pergantungan berlebihan kepada Persekutuan melemahkan kemampuan negeri untuk merancang pembangunan secara strategik dan berterusan.Pada Jumaat, Tengku Hassanal ketika Titah Diraja sempena pembukaan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 melahirkan rasa kecewa apabila usaha negeri untuk menambah hasil tidak diluluskan kerajaan Persekutuan.Sebelum itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengulangi gesaan supaya 25 peratus hasil cukai yang dikutip di Johor dipulangkan semula kepada negeri.Di Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula menuntut insentif fiskal RM200 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan sebagai pampasan kerana mengekalkan kawasan tanaman padi dan hutan tadahan air.Mengulas lanjut, Muhammad Fathi berkata, apa yang berlaku menunjukkan isu hasil negeri kini semakin mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk institusi diraja sekali gus menggambarkan keresahan yang semakin mendalam terhadap struktur fiskal semasa.Beliau berkata, jika keadaan itu berterusan, ia bukan sahaja boleh menjejaskan kestabilan pembangunan negeri malah membuka ruang kepada ketidakseimbangan politik apabila pengagihan sumber dilihat terlalu bergantung kepada kuasa pusat.Justeru, beliau berpandangan sudah tiba masanya formula perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dan negeri dikaji semula bagi memastikan sistem federalisme negara lebih matang, seimbang dan adil kepada semua negeri."Perbincangan tentang desentralisasi dan reformasi federalisme sudah berulang kali dibangkitkan oleh ahli akademik, kerajaan negeri, masyarakat sivil dan kini oleh institusi diraja, namun tindakan drastik masih belum berlaku," katanya.Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid pula berpandangan, tuntutan negeri untuk mendapatkan lebih banyak pulangan hasil daripada kerajaan Persekutuan sememangnya mempunyai asas yang munasabah.Menurutnya, kerajaan negeri memikul tanggungjawab besar dalam pengurusan tanah, sumber air, hutan, mineral tertentu, kerajaan tempatan dan sebahagian aspek alam sekitar."Namun begitu, sumber kutipan hasil utama negara seperti cukai pendapatan, cukai korporat, cukai jualan dan perkhidmatan serta duti perdagangan banyak dikuasai kerajaan Persekutuan."Keadaan ini menyebabkan negeri sering berdepan situasi apabila mereka menanggung kos pembangunan dan pengurusan sumber tetapi tidak menikmati pulangan yang dianggap setimpal," katanya.Beliau berkata, atas sebab itu negeri-negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Pahang, Sabah dan Sarawak sering menuntut agar agihan hasil disemak semula supaya lebih adil.Bagaimanapun, katanya, kerajaan Persekutuan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pembangunan negara berlaku secara seimbang."Jika terlalu banyak hasil tertumpu kepada negeri kaya sumber, jurang pembangunan antara negeri boleh menjadi semakin besar."Oleh itu, isu ini perlu dilihat sebagai usaha mencari keseimbangan antara hak negeri dan kepentingan nasional," katanya.Tambah beliau, jika isu ketidakseimbangan fiskal antara kerajaan pusat dan negeri terus berlarutan, implikasinya boleh memberi kesan besar terhadap politik dan pentadbiran negara.Dari sudut politik, katanya, hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan boleh menjadi semakin tegang kerana negeri mungkin merasakan mereka tidak diberi layanan adil dalam pengagihan hasil negara."Perasaan tidak puas hati ini boleh membawa kepada tuntutan autonomi yang lebih luas serta meningkatkan sentimen kenegerian dalam kalangan rakyat."Dari sudut pentadbiran pula, pergantungan yang terlalu tinggi terhadap geran pusat boleh melemahkan kemampuan negeri untuk merancang pembangunan jangka panjang secara lebih bebas dan berkesan," katanya.Beliau berkata, projek pembangunan, penyelenggaraan infrastruktur, mitigasi banjir serta pengurusan sumber alam boleh terjejas apabila negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.Menurutnya, dalam jangka panjang, ketidakseimbangan ini juga boleh menjejaskan perpaduan nasional sekiranya rakyat negeri tertentu merasakan hasil negeri mereka tidak dipulangkan secara adil. |
|
Murid Tahun Enam meninggal dunia di sekolah pernah mengadu sakit dada - Polis - Sinarharian - 10/05 3:37 pm KLANG - Seorang murid Tahun Enam yang meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri perhimpunan bulanan di dewan sekolahnya di Klang pada Jumaat, dilaporkan pernah mengadu sakit dada kepada bapanya kira-kira dua minggu lalu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata, mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan di klinik sebelum disahkan berada dalam keadaan sihat.Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kematian hanya dapat dipastikan selepas laporan bedah siasat diperoleh."Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Sabtu.Vijaya Rao berkata, mangsa merupakan anak tunggal kepada seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.Menurutnya, setakat ini polis sudah merakam keterangan guru besar sekolah berkenaan dan bapa mangsa.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Fahim Darwisy Yusmafendi,dilaporkan pengsan ketika menghadiri perhimpunan di sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan.Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas itu |
|
Ada hikmah Yusry gagal rayuan tunai haji – Lisa - Mygazette - 10/05 2:49 pm Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, Lisa berkongsi video memaparkan Yusry bersama tiga cahaya mata mereka menghantarnya ke lokasi berkumpul jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci. - MalaysiaGazette Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan kerajaan persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini |
|
Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diberi perhatian serius – Nashriq - Mygazette - 10/05 2:49 pm # Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diberi perhatian serius - Nashriq KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian sewajarnya terhadap perkara yang dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan kepentingan pembangunan negeri dan kebajikan rakyat di negeri itu |
|
Hampir 800 orang sertai Larian Sawah Kampung Padang - Mygazette - 10/05 2:49 pm Tambah Rosmi, dia gembira dan teruja dengan sambutan menggalakkan daripada orang awam dan merancang mengadakan banyak lagi program seperti itu pada masa hadapan. - MalaysiaGazette Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan kerajaan persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini |
|
TMESA bantu 1,157 pelajar B40 sejak 20 tahun lalu - Sinarharian - 10/05 2:22 pm SHAH ALAM - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut (TMESA) sudah membantu seramai 1,157 pelajar kurang berkemampuan (B40) di tiga kawasan di Terengganu menerusi program Sponsor A Student (SAS) sejak 20 tahun lalu.Presidennya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, sehingga kini sebanyak RM1.7 juta dibelanjakan bagi membantu membiayai pendidikan pelajar B40 di daerah Besut, Setiu dan Kuala Berang.Menurutnya, Majlis Tautan Kasih dianjurkan setiap tahun bagi mengekalkan hubungan mesra serta semangat kasih sayang dalam kalangan alumni sejak zaman persekolahan."Program ini diadakan setiap tahun sejak TMESA ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu dan kali ini Shah Alam dipilih kerana lokasi ini strategik bagi kebanyakan ahli yang menetap di sekitar Lembah Klang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih dan Pelancaran SAS 18 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di sini pada Ahad.Hadir sama, Penaung TMESA, Datuk Dr Muhamad Fasri Samsudin.Mengulas mengenai SAS 18, beliau berkata, program berkenaan sebenarnya sudah memasuki tahun ke-20 pelaksanaan, namun pernah terhenti selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.Katanya, idea penubuhan program itu tercetus hasil keprihatinan alumni terhadap kebajikan pelajar miskin yang memerlukan bantuan pendidikan."Setiap tahun kita mengehadkan kepada 70 pelajar untuk menerima biasiswa |
|
Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diperhalusi Putrajaya, kata Pemuda Umno Bera - FMT - 10/05 9:16 am Ketuanya Nashriq Ismail Sabri berkata pandangan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah itu dibuat atas kepentingan kesejahteraan rakyat. |
|
Murid Tahun Enam meninggal dunia selepas pengsan di sekolah - Mygazette - 10/05 7:32 am Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan kerana masih menunggu laporan lengkap makmal dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),katanya. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan kerajaan persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini |
|
Naqib tegur pemimpin tertinggi DAP guna singkatan M’sia Naqib tegur .. - Mygazette - 10/05 7:31 am Hantaran itu kemudian dimuat naik semula dalam satu Facebook dengan menggunakan akaun atas nama afiqhazafi: "Nak tulis Malaysia penuh pun tak sanggup sebab apa? Sebab perkataan Malay = Melayu. Kongsi dan sebarkan pada semua Melayu yang masih buta," tulisnya.- MalaysiaGazette Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan kerajaan persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini |
|
Hatrik Etame hadiahkan tiga mata berharga buat Kuching City - Sinarharian - 9/05 11:19 pm KUALA LUMPUR - Hatrik pemain import Jerome Etame membantu Kuching City FC mencatat kemenangan penting 3-1 ke atas Melaka FC dalam saingan Liga Super 2025/2026 di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.Pemain import dari Cameroon itu muncul watak utama pasukan pelawat apabila meledak tiga gol masing-masing pada minit ke-40, 71 dan 87 untuk memastikan Kuching City membawa pulang tiga mata berharga sekali gus melonjak ke tangga kedua liga.Pada pertembungan malam ini, kedua-dua pasukan saling mengasak seawal permainan dengan Melaka terlebih dahulu mencipta peluang menerusi percubaan Shahrel Fikri Fauzi pada minit keempat, namun rembatan penyerang itu tersasar.Kuching City kemudian mula menguasai permainan dan hampir berada di depan menerusi Ronald Ngah pada minit ke-14, namun percubaannya di hadapan gawang gagal disudahkan dengan baik.Etame akhirnya memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma pada minit ke-40 untuk meletakkan Kuching City di depan sebelum tamat babak pertama.Bersambung separuh masa kedua, Melaka tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan melakukan larian solo sebelum menewaskan penjaga gol Kuching City Muhammad Haziq Nadzli pada minit ke-47.Bagaimanapun, Etame kembali meletakkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu di depan pada minit ke-71 hasil bantuan Jimmy Raymond sebelum melengkapkan hatrik menerusi larian solo selepas menerima hantaran Gabriel Tamin pada minit ke-87.Berbaki satu perlawanan musim ini, Kuching City kini menghuni tangga kedua liga dengan 50 mata selepas mengharungi 23 perlawanan, hanya satu mata di hadapan Selangor FC di kedudukan ketiga.Kuching City dijadual melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC pada aksi terakhir liga di Stadium Negeri pada 17 Mei ini, manakala Selangor akan membuat perhitungan dengan PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Sementara itu, Gabriel Peres muncul wira Sabah FC apabila menjaringkan penalti di hujung permainan untuk memastikan Sang Badak merakam kemenangan 1-0 ke atas wakil Brunei, DPMM FC pada satu lagi perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, Brunei |
|
Eksport pasir sungai: Titah Tengku Mahkota Pahang sepatutnya buka mata Putrajaya cari solusi banjir - Sinarharian - 9/05 4:15 pm SHAH ALAM Titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung cadangan meluluskan eksport pasir sungai di Pahang dilihat bukan sekadar menyentuh soal hasil negeri, sebaliknya membawa mesej lebih besar mengenai keperluan mendesak menangani isu banjir dan pengurusan sungai secara mampan.Ketua Pegawai Perhubungan Awam Malaysian Humanitarian Organization (MHO), Daniel Khoo berkata, pandangan dizahirkan Tengku Hassanal Ibrahim itu wajar diperhalusi kerajaan Persekutuan kerana Pahang memiliki sistem sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia yang memerlukan penyelenggaraan berterusan.Menurutnya, mendapan pasir yang tidak diurus secara sistematik boleh menyebabkan sungai menjadi semakin cetek sekali gus meningkatkan risiko limpahan air ketika musim tengkujuh."Apabila berlaku mendapan pasir yang tinggi, aliran sungai boleh menjadi semakin cetek dan keadaan itu berpotensi meningkatkan risiko banjir terutama ketika musim hujan."Sebab itu titah Tengku Mahkota Pahang ini wajar diperhalusi kerana ia dilihat demi kepentingan rakyat khususnya warga Pahang yang saban tahun berdepan ancaman banjir," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Khoo yang juga aktivis alam sekitar berkata, kerja pengorekan pasir secara terkawal bukan sahaja membantu melancarkan aliran sungai, malah mampu menjana hasil ekonomi kepada negeri dan negara.Menurutnya, pengurusan mendapan pasir secara sistematik turut memberi kesan positif kepada sektor logistik, pengangkutan dan pembinaan selain membuka peluang ekonomi kepada syarikat tempatan."Sudah tentu semua pihak mahu melihat penyelesaian jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negeri."Apa yang penting ialah pelaksanaan dilakukan secara terkawal, telus serta mematuhi aspek alam sekitar," katanya.Khoo berpandangan, cadangan tersebut perlu dinilai secara menyeluruh kerana isu eksport pasir sungai bukan hanya berkait ekonomi negeri semata-mata, sebaliknya melibatkan pengurusan sungai dan usaha mitigasi banjir yang semakin kritikal.Terdahulu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilaporkan melahirkan rasa kecewa apabila usaha kerajaan negeri Pahang untuk menambah hasil menerusi eksport pasir sungai masih belum mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.Perkembangan itu sekali gus mencetuskan persoalan sama ada isu birokrasi dan kelulusan pusat terus menjadi penghalang kepada usaha negeri mencari sumber baharu hasil ekonomi serta penyelesaian jangka panjang terhadap masalah banjir yang berulang setiap tahun. |
|
Projek LRA Taman Mengkuang capai kemajuan lebih 35% Projek LRA Taman .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm Pengoperasian Stesen Pam Lahar Yooi yang dijangka bermula pada 2028 dan berupaya menyalurkan sehingga 440 juta liter air mentah sehari akan membantu mempercepat proses simpanan air Empangan Mengkuang ketika musim hujan serta mengukuhkan lagi fungsi empangan dwiguna itu, katanya. - MalaysiaGazette Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan kerajaan persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini |
|
UMNO Pahang sokong titah Tengku Mahkota, isu eksport pasir perlu diteliti - Mygazette - 9/05 3:26 pm # UMNO Pahang sokong titah Tengku Mahkota, isu eksport pasir perlu diteliti KUALA LUMPUR UMNO Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shahberhubung isu eksport pasir sungai dan menyifatkan perkara itu perlu diteliti secara menyeluruh berdasarkan fakta, kajian teknikal serta kepentingan negeri |
|
Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diperhalusi demi kepentingan rakyat ??? .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm # Titah Tengku Mahkota Pahang wajar diperhalusi demi kepentingan rakyat Daniel Khoo KUANTAN Titah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berhubung cadangan meluluskan eksport pasir sungai di Pahang wajar diperhalusi Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat serta usaha mengurangkan risiko banjir di negeri itu |
|
Bagaimana keadaan sebenar pendidikan Bumiputera? – Anuar Bagaimana .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm Tambah beliau, tanpa data yang jelas, negara hanya akan terus bercakap mengenai kejayaan pendidikan tanpa benar-benar memahami kelompok yang masih tercicir di belakang. - MalaysiaGazette Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan kerajaan persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini |
|
`Hutang budi dibawa mati’ – Tengku Hassanal - Mygazette - 9/05 3:26 pm KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan peruntukan Kerajaan Pusat kepada negeri ini |
|
Titah Tengku Hassanal: Anwar harus lebih cermat sebelum keluar kenyataan .. - Mygazette - 9/05 3:26 pm # Titah Tengku Hassanal: Anwar harus lebih cermat sebelum keluar kenyataan - Tuan Ibrahim KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya lebih cermat sebelum mengeluarkan kenyataan balas berkait titah Diraja Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah semalam |
|
Murid Tahun 6 meninggal dunia, pengsan selepas baca Yasin dalam dewan sekolah - Sinarharian - 9/05 2:37 pm KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang murid lelaki dilaporkan pengsan ketika perhimpunan sebuah sekolah di Kapar sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kanak-kanak itu berumur 12 tahun dan merupakan murid tahun enam di sekolah terbabit."Mangsa dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi ketika perhimpunan di sekolah terbabit."Mangsa kemudiannya dibawa ke HTAR untuk rawatan susulan bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Difahamkan mangsa pengsan selepas mengikuti aktiviti bacaan Yasin yang diadakan di dewan sekolah terbabit.Katanya, bedah siasat dijalankan terhadap kanak-kanak itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian."Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations)."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. |
|
Murid Tahun 6 meninggal dunia selepas pengsan ketika perhimpunan sekolah - Sinarharian - 9/05 2:37 pm KLANG - Seorang murid lelaki dilaporkan pengsan ketika perhimpunan sebuah sekolah di Kapar sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kanak-kanak itu berumur 12 tahun dan merupakan murid tahun enam di sekolah terbabit."Mangsa dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi ketika perhimpunan di sekolah terbabit."Mangsa kemudiannya dibawa ke HTAR untuk rawatan susulan bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Katanya, bedah siasat dijalankan terhadap kanak-kanak itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian."Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations)."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. |
|
Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, amanah - Pemuda Pas Pahang - Sinarharian - 9/05 12:09 am KUANTAN - Dewan Pemuda Pas Pahang berpandangan suara yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam titah istiadat pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bukanlah bersifat politik kepartian.Ketua Pemudanya, Zulfadli Zakariah berkata, ia lahir daripada rasa tanggungjawab dan amanah baginda sebagai payung negeri yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang politik."Kita menjunjung kasih dan menyatakan sokongan penuh terhadap titah Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang menyentuh keputusan Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak berpihak kepada kepentingan negeri dan rakyatnya."Titah baginda jelas memperlihatkan keprihatinan institusi diraja terhadap masa depan negeri, kebajikan rakyat serta hak Pahang yang sewajarnya diberikan perhatian adil oleh Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Zulfadli menjelaskan, dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi, isu pembangunan tidak seimbang serta keperluan infrastruktur yang semakin mendesak.Justeru, katanya sebarang keputusan di peringkat Pusat yang boleh menjejaskan hak negeri sewajarnya dinilai semula."Pahang merupakan negeri yang mempunyai sumbangan besar kepada ekonomi negara melalui hasil bumi, sumber asli, pelaburan dan sektor strategik."Maka, adalah tidak wajar jika kepentingan negeri ini diketepikan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam pertimbangan dasar Kerajaan Persekutuan," tegas beliau.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pimpinan kerajaan Pahang supaya mengambil serius titah yang dizahirkan oleh Tengku Mahkota Pahang serta mengutamakan semangat federalisme yang adil demi kesejahteraan rakyat."Kita juga menyeru seluruh rakyat agar terus mempertahankan institusi diraja sebagai payung perpaduan dan suara semak imbang demi memastikan hak negeri serta kebajikan rakyat sentiasa terbela."Raja dan rakyat berpisah tiada," jelasnya. |
|
Anwar: Amir Hamzah to provide explanation regarding govt's allocation to Tengku Mahkota of Pahang - Malaymail - 9/05 9:53 am CEBU, May 9 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim will request Finance Minister II Datuk Seri Amir... |
|
Penipuan badal haji: JAWHAR sedia main peranan - Sinarharian - 9/05 8:30 am PUTRAJAYA Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bersedia menjadi penggerak utama bagi menyelaras urusan berkaitan badal haji sekiranya diberikan mandat dan kuasa oleh kerajaan.Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, JAWHAR kini sedang bergerak ke arah mewujudkan mekanisme penyelarasan susulan peningkatan isu penipuan membabitkan badal haji dan umrah."Kita sedang bergerak ke arah itu |
|
Pahang deserves fair treatment on sand export issue, says Tengku Hassanal - FMT - 9/05 7:34 am The Tengku Mahkota of Pahang says he takes note of Prime Minister Anwar Ibrahims response to his call for federal approval of river sand exports. |
|
MCMC kenal pasti 15,296 akaun palsu guna nama kerabat diraja – Fahmi .. - Mygazette - 9/05 7:31 am # MCMC kenal pasti 15,296 akaun palsu guna nama kerabat diraja - Fahmi KUALA LUMPUR - Sebanyak 15,296 akaun palsu menggunakan nama 26 kerabat diraja dikenal pasti sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta aduan awam |
|
'Ma jangan marah... saya hendak mati dah' - Sinarharian - 9/05 7:23 am PASIR PUTEH - "Ma jangan marah.. |
|
Hutang budi dibawa mati' Pahang Tengku Mahkota cites proverb in call for fair federal treatment - Sinardaily - 9/05 7:04 am SHAH ALAM - The Tengku Mahkota of Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah has reiterated his call for careful consideration and fair treatment for the state, reaffirming that such treatment must be accorded by the federal government.I take note of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims statement.Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti |
|
Tengku Hassanal mahu Pahang diberi layanan, pertimbangan saksama - FMT - 9/05 7:00 am Tengku Mahkota Pahang bertitah baginda maklum kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri itu. |
|
UiTM alumni push for Royal University status - SUN - 8/05 10:39 pm PAUiTM proposes UiTM be proclaimed a Royal University, citing its constitutional role and the Tengku Permaisuri of Selangor’s recent address |
|
SKMM kesan 15,296 akaun palsu guna nama kerabat diraja - FMT - 8/05 9:29 pm Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kepada akaun palsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin juga turut dikesan. |
|
Menteri kewangan II akan sedia penjelasan kepada Tengku Mahkota Pahang - FMT - 8/05 9:16 pm Perdana Menteri Anwar Ibrahim minta Amir Hamzah Azizan sediakan penjelasan berhubung peruntukan kerajaan persekutuan kepada Pahang. |
|
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Fahmi, sembah maklum isu akaun palsu kerabat diraja - Sinarharian - 8/05 8:46 pm SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan pada Jumaat.Pertemuan itu dikongsikan menerusi Facebook Selangor Royal Office, manakala Fahmi dalam hantaran di Threads memaklumkan sesi menghadap tersebut bagi menerima sembah maklum berhubung laporan penurunan akaun palsu melibatkan kerabat diraja di media sosial dalam tempoh Januari hingga April 2026.Fahmi menambah, sebanyak 15,296 akaun palsu menggunakan nama 26 kerabat diraja dikenal pasti hasil pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta aduan awam diterima.Beliau berkata, jumlah itu termasuk akaun palsu yang menggunakan nama Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin."Susulan itu, tindakan permohonan penurunan telah dilaksanakan dan sehingga kini, penyedia platform media sosial telah menurunkan sebanyak 14,750 akaun berkenaan," katanya.Dalam sesi menghadap itu, Fahmi berkata, baginda turut disembah maklum mengenai pelaksanaan sistem pengesahan identiti secara elektronik atau e-KYC sebagai usaha memperkukuh perlindungan kanak-kanak dan keluarga dalam persekitaran digital.Katanya, beliau turut menjunjung kasih atas pandangan, titah dan nasihat baginda berkaitan pelbagai isu semasa termasuk penyalahgunaan platform dalam talian serta isu 3R yang semakin membimbangkan."Patik juga mengambil maklum atas kebimbangan dan kegusaran Tuanku terhadap pelbagai isu semasa yang berlegar di media sosial dan kaedah yang digunakan oleh pihak berwajib untuk menanganinya,"kongsinya lagi. |
|
Pahang berhak tentukan kepentingan negeri sendiri – Tengku Hassanal - Mygazette - 8/05 2:48 pm # Pahang berhak tentukan kepentingan negeri sendiri - Tengku Hassanal KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini |
|
Larangan eksport pasir jejas hasil negeri, kata Tengku Hassanal - FMT - 8/05 2:32 pm Tengku Mahkota Pahang bertitah negeri itu sebelum ini dapat hasil puluhan juta ringgit menerusi eksport pasir. |
|
Tengku Hassanal says sand export ban hurting Pahangs revenue - FMT - 8/05 2:05 pm The Tengku Mahkota of Pahang says the state previously generated tens of millions of ringgit in revenue through sand exports to other countries. |
|
Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 17 Mei - Sinarharian - 8/05 11:37 am PUTRAJAYA - Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagitahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 17 Mei bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah di 29 lokasi di seluruh negara.Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan penetapan tarikh Awal Zulhijah (1 Zulhijah) akan diisytiharkan pada malam hari sama melalui siaran radio serta televisyen."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang Ahad, 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah."Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab," menurut kenyataan itu.Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Zulhijah ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Balai Cerap Negeri Sembilan (MAINS); Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangordan Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.Lokasi lain ialahBalai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perakdan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau PinangDi Kedah, lokasinya ialahStesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawidan Menara Alor Setar.Lokasi lain adalah Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan dan Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.Selain ituStesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Pusat Falak Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang; Menara 188, Kuantan, Pahang dan Menara Universiti Malaysia Sabah serta Kampus Antarabangsa Labuan turut ditetapkan sebagai lokasi melihat anak bulan.Lokasi lain ialahMenara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajayadan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis |
|
Piala Tunku Azizah kembali, fokus kain samping, bengkung dan tanjak - Mygazette - 7/05 4:18 pm # Piala Tunku Azizah kembali, fokus kain samping, bengkung dan tanjak KUANTAN - Pertandingan Tenun Pahang Diraja, Piala Tunku Azizah (PTA) kembali lagi pada tahun ini sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada artisan melalui karya kain tenun yang cukup ekslusif |
|
Delegasi Singapura kunjungi Pahang, perkukuh kerjasama strategik - Mygazette - 7/05 8:11 am # Delegasi Singapura kunjungi Pahang, perkukuh kerjasama strategik KUANTAN Hubungan diplomatik dua hala antara Negeri Pahang dan Singapura melakar satu lagi detik penting apabila delegasi republik itu yang diketuai Menteri Kanan, Lee Hsien Loong mengadakan kunjungan hormat di sini hari ini |
|
Isu Asia Barat: MOTAC alih tumpuan promosi pelancongan ke pasaran Asia - Sinarharian - 5/05 3:03 pm KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengalih tumpuan strategi promosi pelancongan ke negara Asia yang tidak terjejas dengan konflik peperangan.Ketua Setiausahanya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan momentum sektor pelancongan negara terus berkembang meskipun berdepan ketidaktentuan situasi di Asia Barat.Menurutnya, antara pasaran baharu yang kini diberi fokus merangkumi Korea Selatan, Jepun, China serta negara-negara ASEAN yang mempunyai potensi besar menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong ke Malaysia."Situasi di Asia Barat menyebabkan berlaku pembatalan beberapa jadual penerbangan melibatkan negara yang terjejas konflik, sekali gus memberi impak kepada sektor pelancongan negara."Selain itu, kenaikan harga diesel turut memberi kesan kepada operasi pengangkutan pelancongan, termasuk pengurangan jadual feri di beberapa destinasi," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menaik Taraf Kampung Budaya Terengganu di sini pada Selasa.Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong serta Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Mohd Ariffin Tengku A |
|
Tiada video bukti badal haji tapi kami sedia sijil - Sinarharian - 5/05 9:10 am SHAH ALAM - Tidak mengemukakan video bukti badal haji kerana mahu bersikap adil dengan pelaksana di Tanah Suci, namun pemberi amanah atau pengupah dijanjikan sijil pengesahan pelaksanaan dan majlis tahlil kecil-kecilan di Malaysia sebaik selesai.Itu antara alasan diberi sebuah syarikat pelancongan dan umrah ketika wartawan Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran pakej badal haji murah dengan anggaran sekitar RM2,000 hingga RM3,500.Ia susulan peringatan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir pada Ahad agar rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan tawaran badal haji di bawah RM9,500 atau 9,000 riyal.Menurut wakil syarikat pelancongan umrah dan haji itu, pendaftaran servis badal haji di bawah kendalian pihaknya dibuka sehingga 30 April, namun dilanjutkan sehingga 8 Mei ini atas permintaan ramai.Dengan nada ramah dan cukup meyakinkan, wanita itu memberitahu tidak menyediakan sebarang bukti video badal haji selesai dibuat oleh pelaksana kononnya staf mereka di sana tua serta tidak mahir menggunakan gajet, namun dijamin berpengalaman luas."Tetapi memang akan dapat sijil pengesahan badal haji, satu penama satu pelaksana cuma kami tak ada video bukti pelaksanaan kerana di sana kami juga mahu adil untuk semua pihak."Jangan risau, ramai pelanggan yang buat badal haji dan kami laksanakan, ini amanah orang kan? Kami ada ramai staf di sana yang akan uruskan badal haji."Memang tidak ada masalah dan selepas selesai, kami akan buat majlis tahlil juga |
|
'Tipu badal haji berdosa besar' - Mufti Wilayah Persekutuan - Sinarharian - 4/05 10:41 am SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan penipuan badal haji dikira satu dosa besar."Penipuan badal haji adalah satu dosa yang besar kerana ia melibatkan hak ALLAH Taala dan hak manusia," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan, rakyat Malaysia diingatkan tidak mudah terperdaya dengan tawaran perkhidmatan badal haji meragukan terutama yang ditawarkan pada harga luar biasa rendah berbanding kos sebenar ibadah itu.Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir memaklumkan, kos menunaikan haji adalah tinggi, justeru sebarang tawaran tidak munasabah dikhuatiri tidak memenuhi rukun serta wajib haji yang ditetapkan.Sekiranya kos perkhidmatan badal haji ditawarkan terlalu murah, orang ramai perlu berhati-hati kerana ia mungkin melibatkan perkara yang tidak memenuhi syarat ibadah tersebut.Tengku Mohd Dzaraif berkata, bagi pakej haji domestik di Arab Saudi sendiri, kos minimum kira-kira RM9,000 hingga RM10,000.Beliau bagaimanapun menjelaskan, setakat ini tiada laporan diterima membabitkan rakyat Malaysia berhubung penipuan badal haji.Namun, kes yang dilaporkan media tempatan melibatkan negara lain membuktikan kegiatan itu masih berlaku.Justeru, beliau menasihatkan orang ramai membuat semakan teliti dan tidak terburu-buru melakukan bayaran kepada pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut.Terbaharu, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) menegaskan bahawa tawaran perkhidmatan badal haji pada kadar terlalu rendah, termasuk serendah RM1,500 hingga RM2,000 adalah tidak munasabah dan mustahil untuk dilaksanakan secara sah mengikut peraturan semasa di Arab Saudi. |
|
Pasukan khas pantau media sosial, KLIA, elak penipuan badal haji - Sinarharian - 3/05 4:27 pm BACHOK Kerajaan menggerakkan pasukan khas bagi memantau tawaran mencurigakan berkaitan perkhidmatan badal haji di media sosial dalam usaha membanteras kegiatan penipuan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, pemantauan itu dilaksanakan secara berterusan termasuk juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji untuk memastikan umat Islam tidak menjadi mangsa sindiket."Setakat ini, belum ada sebarang aduan rasmi berkaitan penipuan badal haji bagi musim semasa namun langkah berjaga-jaga terus diperkukuh melalui pemantauan di lapangan terbang selain di media sosial."Pemantauan dibuat bagi mengelakkan rakyat tertipu dan kecewa di saat-saat akhir," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pemerkasaan Perusahaan Bakeri dan Pastri di Kampung Telong di sini pada Ahad.Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Mustakim Mohamad.Sebelum ini, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mudah terperdaya dengan perkhidmatan badal haji meragukan terutama yang ditawarkan pada harga rendah luar biasa.Zulkifli berkata, pasukan pemantau yang juga ditempatkan di KLIA itu memandangkan semua jemaah haji kini berlepas melalui satu pintu utama berikutan pelaksanaan sistem perjalanan berpusat.Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya bersama Lembaga Tabung Haji juga sentiasa mengeluarkan peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran badal haji yang tidak sah."Tiada kadar standard ditetapkan, namun orang ramai dinasihatkan supaya merujuk terus kepada Tabung Haji bagi mendapatkan pengesahan sebelum membuat sebarang bayaran."Penting memastikan ibadah haji dilaksanakan secara sah dan mengikut ketetapan selain mengelakkan kerugian kewangan," katanya.Sementara itu, pada program tersebut, seramai 30 peserta wanita dari Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Kelantan (Proka) terlibat dan dibantu lebih berdaya saing serta meningkatkan pendapatan melalui pemasaran produk pastri |
|
Hati-hati dengan harga tawaran badal haji terlalu murah, elak tertipu - Mygazette - 3/05 3:40 pm # Hati-hati dengan harga tawaran badal haji terlalu murah, elak tertipu JEDDAH - Rakyat Malaysia diminta berhati-hati dengan harga tawaran badal haji yang terlalu murah |
|
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai dalam 1 hingga 2 bulan lagi - Tengku Zafrul - Sinarharian - 1/05 1:32 pm AMPANG - Kesan krisis bekalan global terhadap kos sara hidup dijangka mula dirasai rakyat Malaysia dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, perkara ini didorong oleh peningkatan kos dalam rantaian bekalan termasuk logistik, baja serta input industri lain."Berdasarkan kajian dan analisis yang dijalankan, kesan ini akan memberi impak kepada harga makanan dan barangan harian, walaupun kenaikannya mungkin tidak begitu ketara pada peringkat awal," katanya kepada Bernama selepas mengadakan tinjauan ke Pasar Taman Muda, di sini hari ini.Tengku Zafrul berkata, antara sektor yang dijangka terkesan terlebih dahulu ialah logistik, diikuti pertanian serta industri yang bergantung kepada bahan mentah seperti plastik.Beliau berkata situasi itu merupakan kesan daripada gangguan rantaian bekalan global yang bukan sahaja memberi tekanan kepada harga minyak, tetapi turut melibatkan kos input pengeluaran dan pengedaran.Mengenai tinjauan di pasar tersebut, Tengku Zafrul berkata setakat ini kesan terhadap harga bahan mentah masih belum ketara, namun terdapat tanda awal seperti kenaikan kos bahan pembungkusan seperti plastik.Bagaimanapun, beliau berkata keadaan dalam negara masih terkawal berikutan subsidi bahan api yang membantu mengekang kos pengangkutan, sambil mengingatkan rakyat supaya lebih berhemah dalam penggunaan tenaga termasuk bahan api |
|
Fuel subsidies keep lid on transport costs, but Tengku Zafrul warns supply crunch will test households - Malaymail - 1/05 1:12 pm KUALA LUMPUR, May 1 The impact of the global supply crisis on the cost of living is expected to begin to be felt... |
|
Global supply crisis effects expected to be felt in 1-2 months, says Tengku Zafrul - BorneoPost - 1/05 1:05 pm AMPANG (May 1): The impact of the global supply crisis on the cost of living is expected to begin to be felt by Malaysians within one to two months, said senior political advisor to the Prime Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz |
|
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai 1-2 bulan lagi, kata Tengku Zafrul - FMT - 1/05 12:46 am Penasihat Kanan Politik PM Tengku Zafrul Aziz berkata perkara itu didorong kenaikan kos dalam rantaian bekalan, termasuk logistik, baja dan input industri lain. |
|
Wanita Kemboja kantoi guna dokumen palsu daftar kelahiran - Mygazette - 1/05 7:31 am # Wanita Kemboja kantoi guna dokumen palsu daftar kelahiran KUANTAN Seorang wanita warga Kemboja mengaku bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan mengemukakan dokumen palsu ketika membuat pendaftaran kelahiran bayinya |
|
Warga emas melecur dalam kebakaran bengkel Warga emas melecur dalam .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm KUANTAN - Seorang lelaki warga emas terselamat dalam kebakaran sebuah bengkel membaiki lori di Lorong Bukit Setongkol 41, di sini hari ini |
|
Warga emas melecur 60 peratus, bengkel baiki lori musnah - Sinarharian - 30/04 2:49 pm KUANTAN Seorang warga emas melecur selepas sebuah bengkel membaiki lori di Lorong Bukit Setongkol di sini musnah dalam kebakaran pagi Khamis.Mangsa berusia 68 tahun yang dipercayai pemilik bengkel tersebut melecur kira-kira 60 peratus di hampir keseluruhan badan dan kini dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan tiba tiga minit kemudian."Setibanya di lokasi, didapati sebuah bengkel membaiki lori berkeluasan 15 x 32 kaki persegi terbakar kira-kira 70 peratus."Mangsa ditemui dalam keadaan melecur dan sedar namun mengalami kesukaran bernafas sebelum dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut."Mangsa yang cedera kini dirawat di zon merah HTAA dalam keadaan sedar dan sukar bernafas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau memberitahu, operasi pemadaman melibatkan 35 anggota bersama kekuatan logistik dari BBP Kuantan dengan bantuan BBP Indera Mahkota dan BBP Taman Tas.Jelasnya, pihaknya menggunakan beberapa aliran hos serta sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran bagi mengawal kebakaran di kedua-dua bahagian bangunan."Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.08 pagi," katanya. |
|
OKU mental didakwa bunuh bapa diarah jalani ujian psikiatri - Sinarharian - 30/04 12:16 am KOTA BHARU Mahkamah Majistret di sini pada Khamis mengarahkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang didakwa membunuh bapanya supaya menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.Perintah itu dibuat Majistret Rais Imran Hamid terhadap tertuduh, Mohd Azwan Muhamad, 41, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.Pada prosiding, wakil pendakwa, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nadzir Abdullah turut memohon tempoh sebulan bagi melengkapkan laporan kimia dan bedah siasat.Terdahulu, tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa membunuh bapanya, Muhammad Ishak, 83, di sebuah rumah di Kampung Baung Bayam kira-kira jam 10.30 pagi pada 20 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Semasa prosiding, tertuduh tidak memberikan sebarang respons ketika namanya dipanggil.Peguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Ahmad Nizam Mohamed yang mewakili tertuduh turut mengemukakan kad rawatan mental milik anak guam mereka.Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkaitan.Akhbar sebelum ini melaporkan, warga emas terbabit mengalami kecedera parah di kepala dan dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 6.30 petang ketika dirawat di hospital itu. |
|
The Negeri Sembilan power grab: Umno gently slides the knife into PH - Sinchew - 29/04 1:57 pm The Negeri Sembilan power grab: Umno gently slides the knife into PH The political turbulence in Negeri Sembilan has settledfor nowinto this: Pakatan Harapan has announced that it retains the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir's consent and will continue governing as a minority administration, with Datuk Seri Aminuddin Harun remaining as Menteri Besar |
|
Wanita perlu diberi kebebasan pilih haluan, perjuangkan prinsip – .. - Mygazette - 29/04 1:57 pm # Wanita perlu diberi kebebasan pilih haluan, perjuangkan prinsip - Ketua Hakim Negara KUALA LUMPUR - Wanita perlu diberikan kebebasan menjadi diri sendiri, memilih haluan hidup dan memperjuangkan prinsip masing-masing |
|
Global supply crisis presents opportunities, Malaysia remains safe investment destination, says Tengku Zafrul - Malaymail - 26/04 1:16 pm KUALA LUMPUR, April 26 Senior Political Adviser to the Prime Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz said t... |
|
Krisis bekalan global peluang Malaysia jadi destinasi pelaburan selamat - FMT - 26/04 12:29 am Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Tengku Zafrul Aziz berkata aspek keselamatan tenaga antara faktor utama pertimbangan pelabur global. |
|
Krisis bekalan global buka peluang, Malaysia kekal destinasi pelaburan selamat - Tengku Zafrul - Sinarharian - 26/04 12:15 am KUALA LUMPUR - Krisis bekalan global perlu dilihat sebagai peluang untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat dan berdaya tahan, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, Malaysia mempunyai rekod ekonomi yang kukuh serta ekosistem pelaburan yang berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai krisis global sebelum ini."Ini adalah peluang |
|
Pelantikan KP SPRM baharu perkukuh keyakinan rakyat - Tengku Zafrul - Sinarharian - 26/04 10:37 am KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mampu memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi itu, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Tengku Zafrul berkata, latar belakang Abdul Halim sebagai bekas hakim, memberi nilai tambah kepada usaha memperkasakan integriti SPRM."Saya menyambut baik pelantikan ini |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |