| /// |
|
| Search : Temerloh News | Page 1 |
|
Pemandu lori tangki akan didakwa esok - Sinarharian - 17/08 11:49 pm KUANTAN - Pemandu lori tangki bahan api yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan dua beranak di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, di Kampung Lebak, Jumaat lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh esok.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dituduh selepas tempoh remannya selama empat hari berakhir."Lelaki berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut."Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun," katanya pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahunKereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangkiDalam kejadian pada Jumaat lalu, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter bahan api.Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung manakala pemandu lori hanya cedera ringan.Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin. |
|
Lori tangki hempap kereta: Polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya - Mygazette - 17/08 10:11 pm # Lori tangki hempap kereta: Polis tunggu arahan timbalan pendakwa raya KUANTAN - Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes kemalangan membabitkan sebuah lori tangki dan sebuah kereta yang mengorbankan dua individu dalam insiden tragis di Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak, Temerloh 14 Ogos lalu |
|
Nahas lori tangki: Jenazah Fatima Syuhada, Aish Naufal selamat dikebumikan - Mygazette - 17/08 10:11 pm # Nahas lori tangki: Jenazah Fatima Syuhada, Aish Naufal selamat dikebumikan TEMERLOH - Suasana hiba menyelubungi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Sanggang, di sini, hari ini, ketika jenazah ibu dan anak yang maut dalam nahas membabitkan sebuah lori tangki dan kereta tiba untuk disolatkan sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sanggang, di sini |
|
Tangisan suami iringi pengebumian isteri, anak - Hmetro - 17/08 4:39 pm Temerloh: Jenazah dua beranak yang maut dalam nahas membabitkan lori tangki dan sebuah kereta di Kilometer 9, Jalan TemerlohTriang, dekat Kampung Lebak, Jumaat lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang, di sini, hari ini |
|
Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/08 4:11 pm TEMERLOH Jenazah ibu dan anak yang maut dalam tragedi kereta terbakar dihempap lori tangki di Jalan Temerloh-Triang, Jumaat lalu selamat dikebumikan dalam dua liang lahad bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin.Van yang membawa jenazah Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, tiba di pekarangan tanah perkuburan berkenaan kira-kira jam 2 petang.Suasana pilu mengiringi upacara pengebumian yang dihadiri ratusan penduduk termasuk keluarga terdekat sebelum kedua-dua jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.30 petang.Suami mangsa, Saifulnizam Sulaiman, 39, turut berada di tanah perkuburan dan dilihat gagal menahan kesedihan selepas selesai pengebumian isteri serta anaknya.Dia turut ditenangkan ahli keluarga yang berada di sisi sepanjang proses pengebumian dua insan tersayang itu.Terdahulu, jenazah Nur Fatima Syuhada dan Muhamad Fattah Aisy Naufal dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Sanggang dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).Kedua-dua jenazah dituntut keluarga pada jam 10 pagi selepas pengesahan identiti dibuat melalui perbandingan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bersama waris dengan bantuan Jabatan Kimia di Kuala Lumpur.Pengesahan itu dilakukan susulan keadaan fizikal mangsa yang sukar dikenali akibat terbakar dalam kejadian berkenaan.Jenazah kemudiannya melalui proses tayamum dan dikafankan di Unit Forensik HOHSAS sebelum dibawa ke masjid bagi urusan selanjutnya.Dalam kejadian petang Jumaat lalu, dua beranak terbabit terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki terbabit yang bermuatan 32,000 liter bahan api manakala pemandu lori hanya cedera ringan.Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung.Sementara itu, pemandu lori tangki terbabit kini direman selama empat hari sehingga 18 Ogos bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala saringan ujian air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif dadah. |
|
Pahang police refute claims of large-scale drug cartel operating in Genting Highlands - Sinardaily - 17/08 3:53 pm KUANTAN - Pahang police have denied viral claims on social media that a large-scale drug cartel is operating in Genting Highlands, Bentong, without any enforcement action being taken.Acting Pahang police chief Datuk Azry Akmar Ayob said police would conduct an investigation and take appropriate action if such illegal activity was detected." If a police report involving illegal activity is lodged, we will immediately investigate and take appropriate action, regardless of the location, he told a press conference at the Pahang Police Contingent Headquarters (IPK) here today.Earlier, Azry Akmar witnessed the handover of duties for the Pahang Crime Prevention and Community Safety Department (JPJKK) chief post from ACP Muhammed Rizal Kamarudin to SAC Ahmad Sukarno Mohd Zahar.In a recent post on Threads, a social media user claimed that a large-scale drug cartel was operating in the popular tourist destination.The social media user claimed that no action had been taken despite several police reports being lodged.In another development, Azry Akmar said the tanker driver involved in the accident that claimed two lives at Kilometre 9, Jalan Temerloh-Triang, near Kampung Lebak last Friday, would be remanded until tomorrow."The investigation paper will be referred to the Deputy Public Prosecutors Office today (for further action), he said.Azry Akmar said the 37-year-old driver was being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987 for causing death by reckless or dangerous driving."The identities of both victims were confirmed through deoxyribonucleic acid (DNA) testing as Nur Fatima Abdullah, 39, and her son, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, he said.The media reported that Nur Fatima and her son were burnt to death after the car they were travelling in was hit by a tanker carrying 32,000 litres of diesel and petrol, causing it to catch fire, while the driver escaped with minor injuries |
|
Polis Pahang nafi dakwaan terdapat kartel dadah beroperasi di Genting Highlands - Sinarharian - 17/08 2:56 pm KUANTAN - Polis Pahang menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya terdapat satu kartel dadah berskala besar beroperasi di Genting Highlands, Bentong tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, jika ada kegiatan menyalahi undang-undang seperti itu, pihaknya pasti akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah jenayah tersebut."Sekiranya ada laporan polis yang membabitkan insiden yang menyalahi undang-undang, pihak kami akan meneruskan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa mengira lokasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Isnin.Terdahulu, Azry Akmar menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) antara Asisten Komisioner Muhammed Rizal Kamarudin yang memangku jawatan itu, kepada Senior Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahar.Dalam hantaran di platform media sosial Threads baru-baru ini, seorang pengguna media sosial itu mendakwa, terdapat satu kartel dadah berskala besar yang beroperasi di lokasi pelancongan terkenal itu.Pengguna media sosial itu mendakwa, meskipun beberapa individu telah tampil membuat laporan polis, namun tiada sebarang tindakan diambil.Dalam perkembangan lain, Azry Akmar berkata, pemandu lori tangki yang terlibat dalam nahas meragut dua nyawa di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak pada Jumaat lepas, akan ditahan reman sehingga esok sebelum dibebaskan."Kertas siasatan kes itu akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini dan ia akan ditutup selepas mendapat keputusan daripada TPR," katanya.Beliau berkata, pemandu lelaki berusia 37 tahun itu setakat ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut."Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua mangsa juga telah disemak dan keputusannya positif iaitu mereka ialah Nur Fatima Abdullah, 39, dan anak lelakinya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12," katanya.Sebelum ini media melaporkan, Nur Fatima dan anak lelakinya, ditemukan rentung selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol, sehingga menyebabkan kebakaran, namun pemandu lori tangki hanya cedera ringan |
|
Tak boleh tidur selepas lihat jasad isteri, anak - Utusan - 17/08 7:23 am TEMERLOH: Alhamdulillah saya dibenarkan melihat sendiri jasad isteri dan anak, namun tidak boleh tidur sampai sekarang |
|
Isteri, anak mangsa nahas lori tangki dikebumi esok - Kosmo - 16/08 10:26 pm PETALING JAYA – Jenazah wanita dan anak lelakinya yang maut dalam kemalangan membabitkan lori tangki bermuatan diesel di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, kelmarin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sanggang, esok |
|
The lowest point of my life Husband grieves wife, son killed in tanker crash - Sinardaily - 16/08 10:54 am KUANTAN I came home to an empty house. It felt like this wasnt my home anymore.Those were the heartbreaking words of Saifulnizam Sulaiman, whose wife, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, and 12-year-old son, Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, died in a tragic crash on Jalan Temerloh-Triang last Friday.The two were killed after the car they were travelling in was crushed by a fuel tanker before catching fire.In a Facebook Story post, Saifulnizam, who was at his home in Jerantut at the time, expressed his gratitude to Malaysians who continued to pray for his wife and son.He said he still could not bring himself to open social media or watch videos of the crash circulating online.I still dont have the strength to watch the videos that are circulating |
|
Arwah Adda memang ???happy go lucky???, pandai ambil hati kawan – .. - Mygazette - 15/08 9:26 pm # Arwah Adda memang happy go lucky, pandai ambil hati kawan - Rakan TEMERLOH Sahabat kepada Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, atau lebih mesra dipanggil Adda, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang ceria, mudah mesra dan sentiasa menceriakan suasana ketika bersama rakan |
|
Identiti dua beranak rentung dihempap treler disahkan melalui DNA - Mygazette - 15/08 9:26 pm # Identiti dua beranak rentung dihempap treler disahkan melalui DNA TEMERLOH Identiti dua mangsa, dipercayai ibu dan anak lelaki yang rentung dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang di sini petang semalam, akan disahkan melalui perbandingan sampel DNA dengan waris |
|
“Melihat video kemalangan, hati terdetik itu isteri dan anak .. - Mygazette - 15/08 9:26 pm # "Melihat video kemalangan, hati terdetik itu isteri dan anak saya" - Saifulnuizam TEMERLOH Sepanjang 14 tahun bersama, dia tidak pernah buat begitu |
|
Luahan Suami Selepas Kehilangan Isteri & Anak Dalam Nahas Temerloh Buat Ramai Sayu - Siakapkeli - 15/08 5:02 pm Saifulnizam Sulaiman memohon maaf kerana tidak dapat berurusan selepas isteri dan anaknya maut dalam nahas di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat. |
|
2 rentung di Temerloh, pemandu lori tangki direman - FMT - 15/08 3:35 pm Polis berkata ujian saringan air kencing ke atas pemandu didapati negatif dadah. |
|
'Itu isteri dan anak aku" - Gerak hati suami lihat video tular nahas lori tangki - Hmetro - 15/08 3:15 pm Temerloh: Itu isteri dan anak aku |
|
He saw the crash online and knew something was wrong: Father loses wife, son in Temerloh crash - Malaymail - 15/08 3:00 pm TEMERLOH, Aug 15 A routine wait for his wifes arrival turned into a frantic search for answers after Saif... |
|
Nahas Temerloh: Pemandu Lori Tangki Direman Empat Hari - Siakapkeli - 15/08 2:41 pm KUANTAN, 15 Ogos (Bernama) -- Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan dua individu maut di Kilometer 9, Jalan TemerlohTriang, de... |
|
Dua beranak maut: Pemandu lori tangki direman - Sinarharian - 15/08 2:16 pm KUANTAN - Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan dua individu maut di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak semalam, direman selama empat hari.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berumur 37 tahun itu direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahunKereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangki"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu berkenaan mendapati lelaki itu negatif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dua beranak dipercayai ibu dan anak terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki terbabit yang bermuatan 32,000 liter bahan api.Pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris dengan bantuan Jabatan Kimia.Sebelum ini, Mohd Nasyim dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan serta menghempap kereta terbabit sebelum kedua-dua kenderaan terbakar |
|
'Saya sempat peluk, cium mereka buat kali terakhir' - Hmetro - 15/08 12:51 am Temerloh: Entah kenapa apabila saya melihat berita di media sosial kemalangan di Jalan Temerloh-Triang, saya terus terdetik bahawa mangsa itu adalah isteri dan anak saya |
|
'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangki - Sinarharian - 15/08 11:17 am TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] "Minta maaf tak dapat berurusan apa-apa buat masa ini, isteri dan anak saya meninggal dunia.Demikian perkongsian pilu Saifulnizam Sulaiman, suami Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan ayah kepada Muhamad Fattah Aisy Naufal, 12, yang meninggal dunia dalam tragedi lori tangki hempap kereta sebelum terbakar di Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak, Temerloh, Pahang pada petang Jumaat.Saifulnizam menerusi hantaran di status WhatsApp yang dirakam rakannya berkata, pasukannya akan berurusan dengan rakan-rakan untuk sebarang perkembangan lanjut."Minta maaf, insya-ALLAH pasukan saya akan berurusan dengan kawan-kawan semua.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahunKereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung"Doakan saya, ahli keluarga beserta isteri dan anak saya semoga diletakkan bersama orang-orang yang soleh serta solehah," kata pengusaha benih ikan itu.Saifulnizam turut memaklumkan bahawa isteri dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kereta dinaiki dua beranak terbabit dilaporkan dari Jerantut menuju Seremban, Negeri Sembilan.Menurut beliau, kereta dinaiki mangsa dihempap lori tangki membawa 32,000 liter petrol dan diesel.Jelasnya, lori tangki terbabit dalam perjalanan dari Bera ke Temerloh.Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit terbabas lalu terbalik dan menghempap kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki dua beranak terbabit.Akibat kemalangan tersebut, kereta dan lori tangki terbakar menyebabkan dua beranak itu rentung."Walaupun keluarga mangsa sudah tampil memberi keterangan kepada polis, namun pengesahan identiti kedua-duanya akan dijalankan melalui perbandingan DNA waris," kata Mohd Nasyim dalam kenyataan.Tambah beliau, pemandu lori tangki berusia 37 tahun yang terbabit dalam nahas itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.Mayat dua beranak tersebut dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk tindakan lanjut.Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 4.08 petang.Menurutnya, seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin dan Temerloh digerakkan ke lokasi kejadian."Ketika tiba di lokasi didapati kedua-dua kenderaan sedang terbakar dan bomba mengambil masa lebih dua jam untuk memadam kebakaran," ujarnya lagi. |
|
PDRM suspect mother and son killed in Temerloh crash - Sinardaily - 15/08 10:49 am KUANTAN - The police believe that the two victims who were burnt to death after the car they were travelling in was involved in a crash with a fuel tanker at Kilometre 9 of Jalan Temerloh-Triang yesterday afternoon are a mother and son.Temerloh District Police chief ACP Mohd Nasyim Bahron said the driver and passenger of the Perodua Bezza were believed to be a 39-year-old woman and her 12-year-old son, who were pronounced dead at the scene."The identities of both victims will be confirmed through comparison of DNA samples from their next-of-kin, he said in a statement yesterday.Meanwhile, he said preliminary investigations found that a tanker carrying 32,000 litres of diesel from Seremban to Temerloh was believed to have skidded into the opposite lane."Based on information from the victims next-of-kin, the car was travelling from Jerantut to Seremban |
|
“Tak Ada Rupa Kereta Dah..” – Ibu, Anak Maut Dalam Nahas Kereta Bertembung Lori Tangki Bawa Diesel Di Temerloh - Beautifulnara - 15/08 8:55 am Dua mangsa yang maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang semalam dipercayai merupakan seorang wanita berusia 37 tahun dan anaknya yang berusia 12 tahun |
|
Polis belum kenal pasti mangsa nahas lori tanker dengan kereta di Jalan .. - Mygazette - 15/08 8:15 am # Polis belum kenal pasti mangsa nahas lori tanker dengan kereta di Jalan Temerloh-Triang TEMERLOH - Pihak polis masih dalam proses siasatan mengenal pasti mangsa yang terbabit dalam nahas membabitkan sebuah lori tanker dengan sebuah kereta Perodua Bezza di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang di sini petang tadi |
|
Ibu, anak dipercayai mangsa rentung kemalangan kereta dan lori tangki Ibu, .. - Mygazette - 15/08 8:15 am # Ibu, anak dipercayai mangsa rentung kemalangan kereta dan lori tangki TEMERLOH - Polis mengesahkan dua mangsa yang rentung dalam nahas tragis membabitkan sebuah kereta dengan lori tanki di kilometer 9, Jalan Temerloh - Triang di sini petang tadi |
|
Polis sahkan 2 beranak rentung dalam nahas di Temerloh - FMT - 15/08 6:53 am Polis berkata pemandu lori tangki berusia 37 tahun hanya cedera ringan. |
|
Nahas lori tangki: ‘Hampir 95 peratus itu anak dan isteri saya’ - Kosmo - 15/08 12:07 am PETALING JAYA – Seorang pengusaha ikan air tawar di Jerantut, Pahang memaklumkan isteri dan anaknya mungkin mangsa maut dalam nahas melibatkan kereta jenis Perodua Bezza yang dihempap sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 9 Jalan Temerloh Triang, Temerloh |
|
Lori tangki hempap kereta: Ibu dan anak 12 tahun disahkan rentung - Hmetro - 14/08 11:54 pm Temerloh: Seorang wanita dan anaknya rentung akibat kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak, di sini, hari ini |
|
Nahas Temerloh: Dua Mangsa Rentung Dipercayai Ibu Dan Anak - Siakapkeli - 14/08 11:49 pm Nahas Temerloh: Polis Sahkan Dua Mangsa Rentung Adalah Ibu Dan Anak KUANTAN, 14 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan dua mangsa yang dipercayai rentung selepas k... |
|
Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahun - Sinarharian - 14/08 11:20 pm TEMERLOH- Mangsa rentung dalam nahas kereta dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak, di sini pada Jumaat dipercayai wanita bersama anak lelakinya berusia 12 tahun.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, bagaimanapun pengesahan identiti kedua-dua mangsa itu akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris.Menurutnya, berdasarkan waris, wanita berusia 39 tahun bersama anaknya yang menaiki kereta jenis Produa Bezza dipercayai dalam perjalanan dari Jerantut ke Seremban,Negeri Sembilan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Tindakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi pengesahan identiti mangsa," ujarnya.Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultan HajinAhmad Shah (HoSHAS), di sini dan proses bedah dijangka dijalankan pada Sabtu.Terdahulu, media melaporkan pemandu dan penumpang rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar dalam nahas kira-kira jam 4.30 petang ituDalam kemalangan itu, pemandu lori tangki berusia 37 tahun terselamat apabila hanya mengalami kecederaan ringan.Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh.Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk laluan bertentangan menyebabkan kereta dinaiki mangsa terlanggar bahagian sisi lori tangki tersebut.Akibat kejadian lori terbabit terbalik menghempap kereta sebelum di kedua-duanya terbakar.Pemandu dan penumpang tersepit dan rentung dalam kereta yang remuk |
|
Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki - Mypress - 14/08 10:50 pm TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan TemerlohTriang, petang tadi.… |
|
Two feared burnt after fuel tanker, car catch fire in Temerloh - SUN - 14/08 10:26 pm A fuel tanker carrying 32,000 litres of fuel crashed into a car on Jalan Temerloh-Triang, with two occupants feared burnt in the resulting fire. |
|
Kereta bertembung lori tangki minyak, beberapa individu dipercayai rentung - Hmetro - 14/08 9:13 pm Temerloh: Beberapa individu dipercayai rentung selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, hari ini |
|
Kereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung - Sinarharian - 14/08 8:41 pm TEMERLOH Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, setakat ini, butiran dan jumlah mangsa terlibat belum diketahui.Menurutnya, pemandu lori tangki berusia 37 tahun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan."Siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh."Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk laluan bertentangan," katanya.Mohd Nasyim berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai gagal mengelak lalu terlanggar bahagian sisi lori tangki tersebut."Akibat kejadian lori terbabit terbalik menghempap kereta sebelum di kedua-duanya terbakar."Pemandu dan penumpang yang belum pasti bilangannya tersepit dan rentung dalam kereta yang remuk," katanya.Jelas beliau, pihak bomba mengambil masa untuk memadam kebakaran kerana melibatkan bahan api.Beliau berkata, pasukan siasatan masih di lokasi untuk pengesahan jumlah dan butiran mangsa terlibat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Pemandu lori kini ditahan untuk siasatan lanjut," ujarnya.Menyusul |
|
SPRM tahan penjawat awam wanita disyaki minta, terima rasuah RM19,000 - Sinarharian - 13/08 4:56 pm KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai wanita sebuah agensi kerajaan di Pahang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM19,000 sebagai balasan membantu mendapatkan tender dan kontrak di sebuah agensi kerajaan lain di negeri berkenaan.Menurut sumber, penjawat awam berusia lingkungan 30-an itu ditahan jam 6.45 petang pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2016 hingga 2021 |
|
Ramai Ingat Gurauan, Rupanya Nama Dalam IC! Warga Emas Ini Dikenali Sebagai ‘Entah Binti Tatahu’ - Siraplimau - 13/08 3:09 pm Nama warga emas dari Kuala Krau, Temerloh, Pahang ini mengundang perhatian ramai selepas kisah identitinya tular di media sosial |
|
Nama Unik Ni Satu Je Dalam Malaysia Warga Emas Dikenali Sebagai Entah Binti Tatahu Curi Perhatian - Beautifulnara - 13/08 11:06 am Seorang wanita warga emas mencuri perhatian pengguna media sosial selepas namanya yang cukup unik, Entah binti Tatahu, didedahkan menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini. Wanita berkenaan yang tinggal di Kuala Krau, Temerloh, Pahang memberitahu namanya ketika berbual bersama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said |
|
Inap desa sasar catat hasil RM100 juta - Utusan - 12/08 8:14 am TEMERLOH: Industri inap desa negara menyasarkan hasil mencecah RM100 juta menerusi kehadiran sejuta pelancong domestik dan antarabangsa tahun ini |
|
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut terbabas ketika berkonvoi - Sinarharian - 9/08 11:11 am KUALA KRAI - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut semasa berkonvoi selepas terbabas dan dipercayai melanggar sebuah treler serta kereta dalam kemalangan di Kampung Stong, Jalan Gua Musang-Dabong, di sini pada Sabtu.Lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan sedang berkonvoi bersama rakan-rakannya dari Temerloh, Pahang menuju ke Betong, Thailand.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.Menurut beliau, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah treler yang membawa dua traktor, motosikal ditunggang mangsa dan sebuah kereta."Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang berkonvoi bersama rakan-rakannya dari Temerloh, Pahang menuju ke Betong, Thailand."Treler pula dalam perjalanan dari Pasir Puteh menghala ke Gua Musang, manakala kereta dipandu seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun dari Kedah menghala ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Mazlan memberitahu, setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal ketika melalui jalan selekoh sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.Ujarnya, motosikal mangsa melanggar bahagian kanan hadapan treler menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan."Motosikal berkenaan kemudian terus bergerak memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta yang sedang bergerak," katanya.Ujar beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk proses bedah siasat."Pemandu kereta dan treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Mazlan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.Beliau turut menasihatkan semua penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati ketika menunggang terutama ketika berkonvoi serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Balai Polis Trafik IPD Kuala Krai atau menghubungi talian 09-966 6222," katanya. |
|
Impian Nik Haziera jadi atlet para lawan pedang akhirnya tercapai - Sinarharian - 4/08 6:43 pm TEMERLOH Impian atlet para lawan pedang negara, Nik Haziera Saffiya Nik Husmadi untuk mengembangkan bakat dalam arena sukan akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau secara rasmi dipilih sebagai Atlet Program Latihan Pelapis Kebangsaan.Perkembangan itu diumumkan ketika kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari ke kediaman atlet berusia 18 tahun itu di Temerloh baru-baru ini bagi menyampaikan sendiri kontrak lantikannya selain memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan keluarga.Pelantikan tersebut membuka lembaran baharu buat Nik Haziera yang sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila kisah ketabahannya bangkit daripada tragedi kemalangan sehingga kehilangan kaki kanan menjadi inspirasi ramai.Dalam kunjungan berkenaan, Dr Mohammed Taufiq turut memaklumkan bahawa Nik Haziera akan mengikuti pakej latihan sepenuh masa sebagai persediaan mempertingkatkan prestasi dan mengembangkan potensinya di peringkat lebih tinggi.Pelantikan Nik Haziera sebagai Atlet Pelapis Kebangsaan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja berkaitan pada 27 April lalu, manakala sukan para lawan pedang turut diputuskan menjalani latihan secara sepenuh masa mulai tahun ini susulan pencapaian memberangsangkan di Sukan Para ASEAN sebelum ini.Malah, beliau juga telah menyertai Kem Fasa 1 Sukan Para ASEAN 2027 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan sebagai persediaan awal menghadapi temasya dwitahunan itu.Sebelum ini, akhbar melaporkan Nik Haziera menyimpan impian untuk bergelar atlet negara walaupun dalam masa sama membantu kakaknya, Nik Haznita mengusahakan perniagaan cendol bagi menampung kehidupan keluarga selepas kedua-dua mereka kehilangan kaki kanan akibat kemalangan jalan raya.Kisah kecekalan dua beradik itu mengundang perhatian ramai apabila mereka memilih untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan berniaga cendol demi membantu meringankan beban keluarga, sambil Nik Haziera terus mengejar cita-citanya dalam sukan para lawan pedang.Kunjungan Menteri Belia dan Sukan itu sekali gus menjadi simbol sokongan kerajaan terhadap pembangunan atlet para serta membuktikan bahawa kesungguhan dan semangat juang mampu membuka ruang kepada atlet berpotensi untuk terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Sofian Hamzah dan Pengarah Bahagian Para MSN, Shukri Harun. |
|
JKM pantau kebajikan anak mangsa terselamat tragedi pokok tumbang - Sinarharian - 4/08 5:34 pm KUANTAN Nasib anak kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, arwah Mohd Radzi Rahimi yang terselamat dalam tragedi pokok tumbang di Bentong pada Isnin terus mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang.Pengarah JKM Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan keadaan emosi kanak-kanak berusia lima tahun itu dipulihkan selain terus memantau aspek penjagaan dan sokongan psikososial.Menurutnya, satu lawatan khas diadakan bagi mengenal pasti keadaan kesihatan kanak-kanak berkenaan yang kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh."Kanak-kanak ini akan dijaga oleh ahli keluarga yang akan ditentukan bersama kelak."Pihak JKM akan terus memantau bagi memastikan kebajikannya sentiasa terjaga, terutamanya dari segi penjagaan serta sokongan psikososial yang berterusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Dalam lawatan berkenaan, Khairul Amri mengiringi Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan.Turut disertai oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dan Pegawai Psikologi bagi menyantuni kanak-kanak terbabit di hospital berkenaan.Dalam kejadian tengah hari Isnin, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki keluarga berkenaan dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong.Tragedi itu meragut nyawa Mohd Radzi, 40, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka, Muhammad Rizz Hazim, 5, serta adik iparnya, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Kanak-kanak berusia lima tahun yang kini menerima rawatan di HOSHAS itu merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian berkenaan.Terdahulu, jenazah empat mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sri Chedung, Maran pada jam 3.15 pagi Selasa.Sebelum itu, kesemua jenazah dituntut waris dari HOSHAS sebelum dibawa ke Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh untuk dimandikan dan dikafankan, sebelum disolatkan di Masjid Asy-Syakirin dan dibawa ke tanah perkuburan.Khairul Amri memberitahu, kerajaan negeri melalui JKM turut menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 di bawah Tabung Malapetaka Daerah (TMD) kepada wakil waris mangsa.Jelasnya, bantuan berkenaan bertujuan meringankan beban keluarga susulan tragedi yang berlaku. |
|
'Jom kita pergi berehat bos' kenangan terakhir Shahaniza bersama Mohd Radzi - Sinarharian - 4/08 3:56 pm MARAN Ungkapan 'jom kita pergi berehat bos' yang dilontarkan secara berseloroh oleh arwah Mohd Radzi Rahimi kepada Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran pada 26 Julai lalu seakan menjadi petanda terakhir sebelum pemergiannya.Shahaniza berkata, ketika pertemuan itu, Allahyarham yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran masih ceria seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan."Masa terakhir saya hendak balik, arwah hantar saya dan ketika itu dia sempat bergurau sambil berkata, jom kita pergi berehat boss'."Saya hanya ketawa dan apabila dia menyebut mengenai 'retreat', saya kata nanti saya akan turut serta."Saya ingatkan (kata-kata) arwah sekadar bergurau kerana tiada tanda perubahan sikapnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Pada Isnin, Mohd Radzi, 40, antara empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong.Turut maut, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Seorang lagi anak kembar Mohd Radzi dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital Bentong.Jenazah Allahyarham Mohd bersama tiga ahli keluarganya yang maut selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sri Chedung, Maran pada jam 3.15 pagi.Sebelum itu, semua jenazah dituntut waris antara jam 10 malam hingga 11.45 malam selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh untuk dimandikan dan dikafankan, sebelum disolatkan di Masjid Asy-Syakirin.Shahaniza memberitahu berita pemergian arwah amat mengejutkan dan beliau turut merasai kehilangan besar susulan pemergian pemimpin muda berkenaan.Menurutnya, arwah merupakan seorang pemimpin berdisiplin, disegani serta disenangi oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan belia di Maran."Saya rasa macam patah kaki pun ada sebab arwah memang banyak menggerakkan program-program orang muda dekat Maran."Pengaruh dia di kalangan anak muda memang besar dan dia banyak menganjurkan program belia dan kalau saya suruh sahaja, terus buat tanpa beri alasan," jelasnya.Shahaniza berkata, arwah juga seorang yang mudah melaksanakan tugasan diberikan tanpa memberikan alasan dan sentiasa bersedia membantu menjayakan program parti.Katanya, antara tanggungjawab terakhir yang diberikan kepada arwah ialah sebagai Pengarah Program Liga Sepak Takraw Pahang First bagi Bahagian Maran yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos ini."Arwahlah yang sepatutnya mengendalikan program itu untuk tiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Luit, Chenor dan Kuala Sentul di bawah Parlimen Maran."Saya juga pernah beri dia tanggungjawab sebagai pengurus pasukan bola sepak perantau kerana dia memang pandai mengendalikan perkara seperti ini, terutama program orang muda," katanya.Menjawab mengenai kebajikan anak arwah selepas ini, Shahaniza berkata pihaknya akan melihat perkara berkenaan dan memastikan keluarga serta anak-anak arwah tidak dipinggirkan."Kita akan tengoklah dan tidak akan tinggal, insya-ALLAH," jelasnya. |
|
Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta - Mypress - 4/08 2:29 pm TEMERLOH Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam… |
|
Teenage students killed after motorcycle crashes near Temerloh - Malaymail - 4/08 11:11 am KUANTAN, Aug 4 Two 17-year-old school students were killed in a three-vehicle crash at KM119 of Jalan... |
|
Dua pelajar Tingkatan Lima maut nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 4/08 9:00 am TEMERLOH Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini pada Isnin malam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, penunggang motosikal, Muhammad Nazim Dzafran Mohd Faizul dan pembonceng, Muhammad Hafizuddin Abdullah masing-masing berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Chenor dalam perjalanan dari bandar Temerloh menghala ke Chenor, Maran ketika kejadian.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dipercayai cuba memotong sebuah Toyota Vios sebelum terlanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan itu."Akibat pelanggaran tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke laluan bertentangan."Pada masa sama, sebuah Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan menghala ke Temerloh tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau memberitahu, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal motosikal ditunggangnya.Menurutnya, pemandu Toyota Vios berusia 34 tahun dan pemandu Perodua Alza berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temerloh untuk bedah siasat," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Empat maut pacuan empat roda dihempap pokok di Bentong - Mygazette - 4/08 7:55 am Hanya pemandu yang kita masih dalam proses untuk pastikan hubungan," katanya lagi. Jelas Zaiham, kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi tujuan bedah siasatan yang dijangka bermula 8 malam ini |
|
Empat jenazah mangsa dihempap pokok dituntut keluarga Empat jenazah mangsa .. - Mygazette - 4/08 7:55 am # Empat jenazah mangsa dihempap pokok dituntut keluarga TEMERLOH Kesemua jenazah empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Lama Kuala Lumpur berhampiran Bentong semalam selamat dituntut oleh ahli keluarga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) malam tadi |
|
Ketua Pemuda UMNO Maran, isteri dan anak dipercayai antara maut kenderaan .. - Mygazette - 4/08 7:55 am Zaiham berkata, berdasarkan maklumat pengenalan diri yang ditemui, keempat-empat penumpang kenderaan terbabit mempunyai pertalian kekeluargaan di mana kedua-dua kanak-kanak lelaki terbabit dipercayai pasangan kembar. Jelas Zaiham, kesemua mayat telah dihantar ke HosHAS, Temerloh bagi tujuan bedah siasatan yang dijangka bermula jam 8 malam ini |
|
Empat maut dihempap pokok: Mohd Radzi aktif dalam politik sejak usia muda - Bapa - Sinarharian - 3/08 11:22 pm TEMERLOH - Rahimi Abd Samad, bapa kepada Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, 40, menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang aktif dalam politik sejak usia muda.Rahimi, 63, berkata, Allahyarham telah berkhidmat kira-kira 10 tahun dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran sehingga dipilih menjadi ketua pemuda bahagian itu dan dilantik menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Pahang."Beliau memang seorang yang aktif |
|
‘Arwah Radzi pinjamkan saya rim, tayar RXZ 20 tahun lalu’ - Kosmo - 3/08 10:43 pm Radzi Rahimi terus menjadi bualan apabila seorang kenalannya, Shahman Fauzi berkongsi pengalaman dibantu mangsa kira-kira 20 tahun lalu. Shahman, 40, berkata, ketika zaman remajanya dia bersama rakan-rakan berkonvoi dari Temerloh ke Cherating sebelum motosikal Yamaha RXZ yang ditunggangnya mengalami tayar pancit sebaik tiba di Maran |
|
Bentong tree tragedy: Injured five-year-old boy transferred to Temerloh Hospital - Sinardaily - 3/08 9:26 pm BENTONG - A five-year-old boy who was reportedly injured after the four-wheel drive vehicle carrying his family was crushed by a tree along the old Kuala Lumpur-Bentong road this afternoon has been transferred to Sultan Haji Ahmad Shah Hospital in Temerloh for further examination.It was learnt that the boy will undergo further medical checks following injuries sustained in the incident, which claimed the lives of four other family members.Bentong District Police chief Supt Zaiham Mohd Kahar had earlier confirmed that the boy, who was seated at the back of the vehicle, was injured and sent to Bentong Hospital for treatment.Those killed were a 35-year-old male driver, a 36-year-old woman and a five-year-old child seated in the front passenger seat, and another 40-year-old man seated at the rear of the vehicle.Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, who is also Pahang Umno Liaison Committee chairman, later confirmed that the four victims were Maran Umno Division Youth chief Mohd Radzi Rahimi, his wife, child and brother-in-law |
|
Maran Umno Youth chief, three family members killed in falling tree tragedy near Janda Baik - Sinardaily - 3/08 7:46 pm TEMERLOH - Maran Umno Youth chief Mohd Radzi Rahimi was among the four people killed after the four-wheel drive vehicle they were travelling in was crushed by a falling tree along the Kuala Lumpur-Bentong old road near Janda Baik, Bentong this afternoon.Jerantut Umnochief Haris Salleh Hamzah, in a Facebook post today, said the tragedy claimed the lives of Mohd Radzi, his wife, child and brother-in-law."May Allah SWT forgive all their sins, bestow His mercy upon them and place them among the righteous," he said.He also extended his condolences to Mohd Radzi's family and prayed that they be granted strength, patience and fortitude in facing the tragedy.Bentong district police chief Supt Zaiham Mohd Kahar said the deceased were a 35-year-old male driver, a 36-year-old woman who was the front passenger along with a five-year-old boy seated on her lap, and another 40-year-old man who was seated at the back.A second five-year-old boy, who was seated at the back of the vehicle, was injured and taken to Bentong Hospital for treatment.Earlier, the media reported that four individuals were killed and a child was injured in the crash |
|
Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut - Sinarharian - 3/08 6:23 pm KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, 40, antara empat mangsa yang maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Bentong, Bentong pada Isnin.Turut maut, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35.Seorang lagi anak kembar Mohd Radzi dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital BentongBerita duka itu dikongsikan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah menerusi satu hantaran di Facebooknya."Salam Takziah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun."Amat dukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Edy, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, bersama isteri, anak serta adik iparnya yang terkorban dalam satu kemalangan di Bentong."Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa mereka, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman," ujarnya.Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Raptor dinaiki dihempap pokok tumbang di lokasi.Mangsa yang maut terdiri pemandu kenderaan jenis Ford Raptor, wanita berusia 36 tahun bersama kanak-kanak lelaki, 5 tahun yang dipangku serta lelaki yang berada di bahagian penumpang.Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dipercayai pasangan kembar kanak-kanak yang maut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.Semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.Dalam hantarannya itu, Haris Salleh mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga."Semoga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," ucapnya. |
|
Empat maut, seorang kanak-kanak cedera kenderaan dinaiki dihempap pokok - Sinarharian - 3/08 4:12 pm KUANTAN -Empat individu termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Bentong Lama menghala ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut terdiri daripada pemandu kenderaan jenis Ford Raptor berusia 35 tahun, wanita berusia 36 tahun bersama kanak-kanak lelaki 5 tahun yang dipangku.Menurutnya, seorang lelaki berusia 40 tahun yang berada di bahagian penumpang belakang turut maut."Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun (dipercayai pasangan kembar kanak-kanak yang maut) cedera dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut."Semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi yang berada 48 kilometer dari balai untuk bantuan menyelamat."Kerja-kerja operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit peringkat awal dilakukan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik sebelum pasukan operasi BBP Bentong tiba," katanya.Mohd Salahuddin berkata, anggota yang tiba di lokasi mendapati sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dihempap pokok dengan lima mangsa terdiri daripada dua lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak terlibat."Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas."Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. |
|
Pemandu pikup punca 3 maut di Jalan Kuantan-Segamat akan didakwa esok - Mygazette - 3/08 7:36 am # Pemandu pikup punca 3 maut di Jalan Kuantan-Segamat akan didakwa esok KUANTAN - Pemandu pacuan empat roda yang menjadi punca kemalangan maut ragut tiga nyawa di Kilometer 67, Jalan KuantanSegamat berhampiran Chini pada 20 Jun lepas akan didakwa di Mahkamah Pekan, esok. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin ketika dihubungi mengesahkan lelaki berasal dari Kuala Krau, Temerloh itu akan dibawa ke mahkamah pagi esok |
|
Projek tebatan banjir punca LPT arah timur sesak teruk - Kosmo - 2/08 10:40 pm PETALING JAYA Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di laluan Lanchang menuju Mentakab dipercayai menjadi antara punca utama kesesakan teruk di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah timur sejak petang tadi. Kesesakan berlaku apabila laluan dua lorong mengecil kepada satu lorong sehingga menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan beratur panjang, terutama di sekitar Lanchang serta Temerloh |
|
Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat - Mypress - 2/08 4:38 pm TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan… |
|
Keyakinan rakyat terhadap BN semakin pulih – Wan Rosdy - Kosmo - 2/08 4:06 pm TEMERLOH Dakwaan Barisan Nasional (BN) menggunakan sentimen perkauman dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah tidak berasas apabila rakyat tetap memberikan sokongan kepada calon pelbagai kaum yang bertanding atas tiket gabungan itu |
|
Lebih 200,000 sertai RXZ Members 8.0 - Sinarharian - 2/08 2:10 pm KUALA NERUS - Walaupun hampir saban tahun Himpunan RXZ Members merekodkan kes kemalangan maut, kebanyakan peserta dilihat tidak serik malah penganjuran acara permotoran terbesar siri 8.0 pada tahun ini menyaksikan angka penyertaan yang semakin meningkat dengan rekod lebih 200,000 peserta.Jumlah direkodkan itu sekali gus menjadikan edisi kali ini paling mendapat sambutan sejak ia mula dianjurkan pada 2017.Penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, jumlah kehadiran itu berjaya mengatasi rekod 160,000 peserta yang dicatatkan pada edisi ketujuh tahun lalu.Menurutnya, pihak penganjur pada awalnya menjangkakan jumlah kehadiran akan berkurangan kira-kira 10 peratus berikutan program itu berlangsung serentak dengan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan."Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila sambutan yang diterima amat luar biasa dengan lebih 200,000 peminat motosikal Yamaha RXZ hadir memeriahkan program ini."Jumlah itu sekali gus menjadikan RXZ Members 8.0 sebagai edisi terbesar pernah dianjurkan sejak program ini diperkenalkan," katanya ketika ditemui pemberita pada program berkenaan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di sini.Mohamad Faizal berkata, himpunan kali ini bukan sahaja menerima penyertaan peminat Yamaha RXZ dari seluruh negara, malah turut disertai peserta dari beberapa negara jiran.Katanya, kehadiran peserta dari luar negara membuktikan jenama RXZ Members semakin dikenali dan berjaya menarik perhatian komuniti permotoran di peringkat antarabangsa.Selain itu, beliau berkata peningkatan jumlah peserta tahun ini turut dipengaruhi penyertaan pemilik dan pengguna motosikal daripada pelbagai jenama serta model lain yang hadir bagi memeriahkan program berkenaan, walaupun bukan pemilik Yamaha RXZ.Jelasnya, keadaan itu membuktikan RXZ Members bukan lagi sekadar himpunan khusus untuk komuniti Yamaha RXZ, sebaliknya berkembang menjadi acara permotoran berskala besar yang menghimpunkan peminat motosikal dari pelbagai latar belakang."Ramai yang datang bukan semata-mata membawa RXZ. Pengguna motosikal jenama dan model lain juga hadir untuk merasai kemeriahan program, bertemu rakan-rakan serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan."Faktor itu antara penyumbang utama kepada peningkatan jumlah peserta pada edisi kali ini sehingga melepasi sasaran kami," katanya.Menurut Faizal, RXZ Members kini menjadi acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan peminat motosikal Yamaha RXZ dan ia memberi semangat kepada pihaknya untuk terus menganjurkan program berkenaan pada masa akan datang."Kami berharap edisi seterusnya akan terus mendapat sokongan padu daripada komuniti RXZ, sekali gus mengukuhkan kedudukan Terengganu sebagai destinasi utama penganjuran himpunan motosikal terbesar di negara ini," katanya.Program RXZ Members 8.0 yang berlangsung selama dua hari dan berakhir pada Sabtu menghimpunkan peminat motosikal menerusi pelbagai aktiviti termasuk pameran motosikal, jualan produk, cabutan bertuah dan program santai komuniti permotoran.Namun begitu, kehangatan penganjuran edisi kali ini turut dicemari dengan beberapa insiden kemalangan maut membabitkan peserta konvoi di sepanjang laluan lebuh raya utama.Di Pahang, insiden kemalangan pertama berlaku di Kilometer 112.3, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Timur berhampiran Temerloh apabila seorang peniaga pasar malam dari Klang, Selangor, Ahmad Danial Hafiz Ahmad Tarmizi, 19, maut di tempat kejadian.Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dalam perjalanan secara berkonvoi menuju ke Terengganu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke lorong kanan jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang gagal mengelak.Satu lagi insiden berhampiran Maran di LPT1 meragut nyawa seorang peserta konvoi lelaki berusia 20an sewaktu rombongan bergerak dalam kumpulan.Motosikal Yamaha RXZ yang ditunggangi mangsa dikatakan bergeser dengan sebuah lagi motosikal ahli konvoi yang sama sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada serta kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.Masih di LPT1, kemalangan ketiga dilaporkan di Kilometer 147.1 arah Kuantan membabitkan penunggang Yamaha Y125ZR berusia 34 tahun dari Selangor.Kejadian berlaku apabila sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton berhenti di lorong kecemasan untuk memberi bantuan kepada salah sebuah motosikal ahli konvoi yang mengalami kerosakan enjin.Namun, mangsa yang datang dari arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan berkenaan hingga mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.Sementara itu di Terengganu, kemalangan maut direkodkan di Kilometer 258.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran R&R Perasing apabila seorang pekerja restoran makanan segera berusia 21 tahun dari Selangor maut.Sewaktu melintasi kawasan berkenaan, motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa hilang kawalan akibat jalan licin atau masalah teknikal lalu merempuh penghadang besi di sebelah kiri jalan hingga tercampak ke dalam longkang konkrit.Satu lagi kes di LPT2 berlaku di Kilometer 354 berhampiran Kuala Dungun membabitkan pelajar universiti swasta dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Muhammad Bakhtiar Mazlan, 22.Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang sewaktu mangsa dalam perjalanan pulang dari program RXZ Members 8.0 ke kampung halamannya apabila motosikal Honda Vario yang ditungganginya terbabas ke sebelah kiri jalan secara tiba-tiba.Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Tiga negeri termasuk Labuan diramal hujan pagi ini - Kosmo - 2/08 7:59 am PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dengan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan negeri Pahang, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 9 pagi ini. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Pahang ialah Temerloh, Maran dan Bera |
|
Pahang, Johor dijangka hujan lebat pagi ini - Kosmo - 1/08 7:23 am PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak sehingga pukul 9 pagi ini. MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Pahang ialah Jerantut dan Temerloh, manakala di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi serta Johor Bahru |
|
RXZ Members 8.0: Tiga maut dalam perjalanan ke Terengganu - Sinarharian - 31/07 10:45 pm KUALA LUMPUR - Perjalanan ke Perhimpunan RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu bertukar tragedi apabila tiga penunggang motosikal maut, manakala dua lagi cedera dalam empat kemalangan berasingan di beberapa lokasi di Pahang sejak malam tadi.Di Temerloh, seorang peniaga pasar malam, Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 112.3 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan, kira-kira jam 11 malam.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11 malam membabitkan motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dari Klang, Selangor menuju ke Terengganu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan terjatuh di atas lebuh raya."Mangsa kemudian tercampak ke lorong kanan sebelum sebuah kereta yang melalui laluan itu gagal mengelak lalu melanggarnya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |