///
See Also: Shutterstock

Search : Tanah Melayu News   Page 1    



Anwar umum wakaf dakwah, Perkim diperkasa suara Islam sederhana - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Anwar umum wakaf dakwah, Perkim diperkasa suara Islam sederhana KUALA LUMPUR Kerajaan akan memulakan perbincangan bagi memperkasakan inisiatif Wakaf Dakwah di negara ini termasuk melibatkan beberapa kementerian berkaitan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu





Pekerja kilang papan gempar terima ugutan bom tangan - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Pekerja kilang papan gempar terima ugutan bom tangan SUNGAI PETANI - Pekerja sebuah kilang papan di Bukit Selambau di sini digemparkan dengan penemuan objek seakan bom tangan berserta nota ugutan yang diletakkan di hadapan pintu utama bangunan pejabat kilang tersebut, pagi tadi





PRN N. Sembilan: Ambil tindakan segera pihak kempen kaitkan istana dengan .. - Mygazette - 28/07 8:07 am

# PRN N





Zahid nafi BN-PN bergaduh, perbezaan pandangan bukan konflik Zahid nafi .. - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Zahid nafi BN-PN bergaduh, perbezaan pandangan bukan konflik SEREMBAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr





Hamzah tempelak dakwaan BN-PN hanya bela Melayu, Islam - Mygazette - 28/07 8:07 am

# Hamzah tempelak dakwaan BN-PN hanya bela Melayu, Islam SEREMBAN - Presiden Parti Wawasan Negara (PWN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menolak dakwaan bahawa gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu serta Islam





UMNO Parit Sulong bawa usul BN gerak solo hadapi PRU-16 - Mygazette - 28/07 8:07 am

# UMNO Parit Sulong bawa usul BN gerak solo hadapi PRU-16 BATU PAHAT - UMNO Bahagian Parit Sulong mengusulkan Barisan Nasional (BN) bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) tanpa perlu bergabung dengan mana-mana parti





Kesetiaan negara dibukti, bukan sekadar kata - Utusan - 28/07 8:00 am

MALAYSIA sebagai sebuah negara berbilang kaum, meskipun berteraskan Melayu-Islam, menyaksikan kebanyakan naratif kenegaraan, malah pelbagai isu di luar kerangka kenegaraan, sering dilihat melalui lensa perkauman





DAP menang kuasa, kalah rebut hati Melayu? - FMT - 28/07 7:30 am

Cabaran terbesar DAP bukan lagi bagaimana untuk berada dalam kerajaan tapi bagaimana meyakinkan kelompok yang selama ini sukar menerima kewujudannya.





Sanusi hantar surat tuntutan kepada pemimpin PKR berkait ucapan Tanah Melayu - FMT - 28/07 7:03 am

Menteri besar Kedah minta Dr Sathia Prakash padam video, mohon maaf, dan bayar ganti rugi dalam tempoh tujuh hari.





Tidak Benar Kerajaan MADANI Tak Jaga Melayu, Bumiputera PM Anwar - Wrlr - 28/07 5:51 am

Foto Facebook Anwar Ibrahim Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga PETRONAS dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai Melayu. Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur, katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas





Jangan biar fitnah kalahkan perpaduan Pesanan Anwar kepada warga ATM - Wrlr - 28/07 5:45 am

Harapandaily July 27, 2026 Keamanan dan kestabilan yang dinikmati Malaysia hari ini dibina atas pengorbanan berterusan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh pasukan keselamatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim





Pekerja kilang papan gempar terima ugutan bom tangan - FMT - 27/07 9:16 pm

Nota bertulis tangan dalam bahasa Melayu diletakkan bersebelahan objek itu menggunakan dakwat merah dengan ugutan agar satu operasi dihentikan.





“Melayu Ada Tanah Melayu Ni Saja” – Ucapan Jadi Kontroversi, Sanusi Beri Penjelasan - Ohmedia - 27/07 8:01 pm

Sanusi jawab kontroversi Tanah Melayu, tegas tidak pernah nafikan hak kaum lain di Malaysia





Pulo tolak dakwaan kaitkan Malaysia biaya perjuangan Patani - Sinarharian - 27/07 6:56 pm

KOTA BHARU - Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (Pulo) menolak sebarang cubaan mengaitkan Malaysia dengan dakwaan pemberian sokongan atau pembiayaan kepada perjuangan Patani tanpa bukti yang kukuh dan boleh disahkan.Presiden Pulo, Kasturi Mahkota berkata, sebarang tuduhan berkaitan perkara itu perlu berasaskan fakta, bukannya spekulasi atau andaian yang boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand."Sebarang dakwaan seperti ini hendaklah disokong dengan bukti yang kukuh dan boleh disahkan."Janganlah membuat tuduhan berdasarkan spekulasi atau andaian kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara Thailand dan Malaysia serta mengganggu usaha ke arah perdamaian," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, Malaysia selama ini memainkan peranan penting sebagai fasilitator dalam proses dialog damai antara pihak berkaitan konflik selatan Thailand dan peranan itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai bentuk sokongan terhadap mana-mana pihak dalam konflik tersebut.Kasturi berkata, penglibatan Malaysia dalam proses berkenaan perlu dilihat sebagai usaha diplomasi bagi membantu mencari penyelesaian politik secara aman dan menyeluruh."Malaysia memainkan peranan penting sebagai fasilitator dalam proses dialog damai."Pulo melihat peranan tersebut sebagai satu usaha untuk membantu mencari penyelesaian politik secara aman dan bukannya sebagai bukti sokongan terhadap mana-mana pihak," katanya.Beliau turut menggesa semua pihak termasuk media supaya melaporkan isu berkaitan konflik Patani secara bertanggungjawab dengan berpandukan fakta selain mengelakkan penyebaran dakwaan yang boleh menjejaskan proses perdamaian.Katanya, keutamaan semua pihak seharusnya adalah mencari jalan bagi menamatkan konflik dan mewujudkan keamanan berkekalan di Patani."Pulo tetap menyokong proses dialog dan rundingan damai yang inklusif, serta menghargai peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam usaha menuju kepada penyelesaian yang aman, adil, menyeluruh dan berkekalan," katanya.Isu kaitan Malaysia dengan perjuangan Patani sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila wujud dakwaan daripada beberapa pihak mengenai kemungkinan sokongan dari wilayah Malaysia terhadap kumpulan tertentu.Konflik di selatan Thailand melibatkan isu sejarah, identiti, politik dan tuntutan masyarakat Melayu Patani dengan pelbagai pihak sejak sekian lama terlibat dalam usaha mencari penyelesaian melalui rundingan serta pendekatan politik.





'Pas pilih kawan dan lawan bukan kerana Melayu atau Islam, tetapi kerusi' - Marzuki - Sinarharian - 27/07 6:45 pm

SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa Pas memilih rakan dan lawan politik bukan kerana ketuanan Melayu atau ketuanan Islam, sebaliknya kerana kerusi.Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999, Pas memilih untuk bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional dan DAP.Menurutnya, kerjasama itu menguntungkan Pas apabila memenangi 27 kerusi Parlimen, iaitu jumlah terbanyak dalam sejarah parti itu pada ketika berkenaan."PRU15 pula Pas pilih berkawan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





Salsilah Melayu di gugusan Benua Sunda - Harakahdaily - 27/07 6:26 pm

MENTERI Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kempen ceramah politik sempena Pilihan Raya Negeri Sembilan telah mencerakinkan manusia di bumi lazimnya memiliki tanah sendiri mengikut bangsa khusus masyarakat Cina di Benua Cina, India di Benua India, masyarakat Siam di negara Thailand dan Vietnam di negara Vietnam





PRN Negeri Sembilan: 'BN-PN tak bergaduh, beza pendapat pun tidak' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 27/07 6:25 pm

Itu bukannya satu pergaduhan tapi hanya pandangan kita," katanyaketika ditemui pemberita selepas Program Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 di sini pada Isnin.Ini kerana beliau berpendapat, geopolitik di sesebuah negeri itu adalah berbeza dan kenyataan tersebut tidak sesuai dikeluarkan di Negeri Sembilan."Geopolitik di sesebuah negeri itu berbeza dengan sebuah negeri lain. Mungkin apa yang dikeluarkan itu sesuai untuk negerinya tapi tidak sesuai di Negeri Sembilan."Tapi ini bukan satu pergaduhan, tetapi satu yang pada hemat saya tidak seharusnya berlaku," katanya.Tanpa menyebut sebarang nama, kenyataan Ahmad Zahid terbabit dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.Ia susulan ucapan Muhammad Sanusi dalam ceramah di Jempol baru-baru ini yang didakwa menyentuh mengenai sejarah Tanah Melayu dan kedudukan orang Melayu yang dikatakan semakin terhakis dari aspek ekonomi serta politik.Kenyataan berkenaan menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuk Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong yang mendakwa kenyataan tersebut berbaur perkauman dan bersifat hasutan.Selain itu Ahmad Zahid menegaskan bahawa BN sentiasa menghormati Institusi Diraja Negeri Sembilan termasuk Undang Yang Empat."Alhamdulillah kempen-kempen yang kita jalankan tidak menyentuh perkara itu."Mungkin ada pihak lain yang menyentuh sebab kami berpegang bahawa Institusi Raja-Raja mesti dipertahankan, begitu juga institusi Undang Yang Empat dalam konteks di Negeri Sembilan."Untuk itu, saya ingin ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menyentuh mengenai perkara itu,"katanya.Istana Negeri Sembilan menegaskan sebarang dakwaan yang mengaitkan pihaknya dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar.Menerusi kenyataan media dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, semua parti politik dinasihatkan tidak mengaitkan istana semasa ceramah dan kempen Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan.





Video tular dakwa Istana Negeri Sembilan dipegang DAP, PH Jeram Padang lapor polis - Sinarharian - 27/07 6:14 pm

JEMPOL - Pakatan Harapan (PH) Dewan Undang Negeri (DUN) Jeram Padang membuat laporan polis berhubung satu rakaman video yang mengandungi kenyataan didakwa memfitnah Institusi Diraja Negeri Sembilan.Calon PH DUN Jeram Padang, G Manivannan berkata, laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil calonnya di Balai Polis Rompin pada Isnin."Dalam rakaman video tersebut, seorang individu yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau telah menyampaikan ucapan di hadapan orang ramai dan antara lain menyatakan, 'sampai Istana, sampai negeri, sampai kuasa negeri, Menteri Besar kita habis dipegang oleh DAP ni'."Berdasarkan kenyataan itu, individu berkenaan didakwa memberi gambaran bahawa Institusi Diraja Negeri Sembilan dan kerajaan negeri berada di bawah kawalan parti politik DAP."Saya mendapati kenyataan itu mengelirukan





Aminuddin rayu pengundi awal pilih PH demi kesinambungan pembangunan - Sinarharian - 27/07 5:38 pm

PORT DICKSON - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru pengundi awal yang akan menunaikan tanggungjawab mereka esok supaya memberikan sokongan kepada PH bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri itu dapat diteruskan.Beliau berkata, mandat yang diberikan kepada PH amat penting untuk memastikan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk penyediaan perumahan mampu milik terus diperkasakan demi manfaat rakyat."Esok bermulanya pengundian awal





Bersatu lebih selesa raih undi bukan Melayu tanpa PAS - calon DUN Nilai - Mkini - 27/07 5:29 pm

PRN NEGERI SEMBILAN l Calon Bersatu di Nilai, Saravana Kumar berkata parti itu lebih diterima oleh pengundi Cina dan India apabila meeka bergerak tanpa PAS.





Sejarah asal-usul bukan alasan persoal kedudukan Cina, India di Malaysia - PKR Tambun - Sinarharian - 27/07 5:04 pm

IPOH Asal-usul nenek moyang rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India tidak boleh dijadikan alasan untuk mempersoalkan kedudukan mereka sebagai warganegara yang sah.Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tambun, Kalaimughilan Arjunan berkata, kewarganegaraan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan selain mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama seperti mana-mana rakyat Malaysia lain.Menurutnya, walaupun sebahagian masyarakat berketurunan Cina dan India mempunyai susur galur dari negara asal nenek moyang mereka, hakikat itu tidak menjejaskan status mereka sebagai rakyat Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Sanusi tidak wajar, boleh lukakan hati rakyat - Chang Lih Kang'Tak akan Sanusi nak cakap perkauman, PN pun ada pengundi bukan Melayu' - ShahidanUcapan Sanusi dipetik di luar konteks, beliau hanya nyatakan sejarah - Penganalisis politikDr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasatKenyataan Sanusi: Jangan manipulasi untuk raih sokongan politik - Syed Ali"Apakah mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh seorang Menteri Besar kepada rakyat Malaysia, adakah kami rakyat berbangsa Cina dan India merupakan warganegara kelas kedua atau dianaktirikan?"Sekiranya apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina atau India ketika berada di luar negara, Malaysia yang akan melindungi mereka dan bukannya China atau India," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menyentuh isu berkaitan asal-usul rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.Kalaimughilan berkata, PRN Negeri Sembilan sepatutnya menjadi medan untuk parti-parti politik menawarkan dasar, idea dan penyelesaian terhadap masalah rakyat, bukannya mengapi-apikan sentimen perkauman atau mempersoalkan kesetiaan rakyat berdasarkan kaum.Beliau turut mendakwa politik yang dimainkan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) menggunakan sentimen kaum dan agama bukanlah sesuatu yang baharu.Menurutnya, Malaysia dibina atas semangat perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum sebagaimana yang ditekankan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.Sehubungan itu, beliau menggesa Muhammad Sanusi menarik balik kenyataan berkenaan serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung.Dalam pada itu beliau turut menyeru pengundi di Negeri Sembilan supaya membuat penilaian secara bijaksana dengan memilih pemimpin yang mengamalkan politik perpaduan, menghormati kepelbagaian kaum dan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu rakyat bukannya menjadikan agama serta perkauman sebagai senjata politik.Terdahulu dalam penjelasannya mengenai perkara tersebut, Muhammad Sanusi menegaskan, ucapannya yang menyatakan orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu tidak seharusnya dianggap sebagai kenyataan perkauman atau cubaan menafikan kewarganegaraan rakyat Malaysia bukan Melayu.Beliau yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PN menegaskan ucapan itu berpaksikan fakta sejarah yang pernah direkodkan dalam Parlimen British sejak 1946.





ULASAN Tanah Melayu satu-satunya tanah air orang Melayu gagasan diakui sejak 40-an - Mkini - 27/07 4:35 pm

Ini penjelasan panjang lebar Sanusi, yang memetik hujah Oliver Stanley, Lord Killearn dan Lord Ogmore dalam parlimen UK.





Nak Balik Mengundi? Ini Jadual Tren Tambahan KTMB ETS Sempena PRN Negeri Sembilan, Cepat Beli! - Siraplimau - 27/07 4:31 pm

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengeluarkan jadual tren tambahan Electric Train Service (ETS) bagi memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan





UMNO idam kerusi DUN Tebing Tinggi - Sinarharian - 27/07 4:29 pm

IPOH UMNO Bahagian Ipoh Timur mahu calon dari parti itu diberi peluang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ketetapan itu dibuat sebulat suara di dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Ipoh Timur dengan alasan langkah berkenaan merupakan formula terbaik bagi mengembalikan kemenangan BN di kerusi tersebut berdasarkan sentimen semasa serta kebolehmenangan parti.Menurut usul berkenaan, calon yang dipilih perlu memiliki kewibawaan, berkelayakan tinggi serta mendapat keyakinan dan penerimaan majoriti pengundi tempatan."Kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Tebing Tinggi menjadi matlamat utama akar umbi UMNO Bahagian Ipoh Timur."Formula untuk merampas dan memenangi kerusi ini menuntut BN meletakkan calon yang bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan tinggi, malah diyakini sepenuhnya serta boleh diterima oleh majoriti pengundi tempatan," katanya.Mesyuarat tersebut disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman pada Ahad.UMNO Bahagian Ipoh Timur turut berpandangan perubahan demografi pengundi dan sentimen semasa di DUN Tebing Tinggi memerlukan kepimpinan Melayu yang kompeten serta berupaya mewakili semua lapisan masyarakat.Menurut kenyataan itu lagi, rekod UMNO yang konsisten mendampingi rakyat tanpa mengira kaum menjadi asas kukuh untuk parti berkenaan diberikan mandat bertanding di kerusi tersebut.Selain itu, UMNO Bahagian Ipoh Timur juga berpandangan rakyat di kawasan berkenaan kini memerlukan kepimpinan yang progresif, berdaya saing dan berkesan dalam mendepani cabaran politik, sosial serta ekonomi semasa.Jelas usul itu, calon UMNO yang disokong jentera parti, logistik tersusun dan kekuatan akar umbi diyakini mampu memperkukuhkan peluang kemenangan BN serta memastikan pentadbiran yang lebih berkesan.Sehubungan itu, UMNO Bahagian Ipoh Timur menggesa kepimpinan UMNO dan BN di peringkat negeri serta pusat menyusun semula dan memuktamadkan pembahagian kerusi PRU16 dengan memberikan DUN Tebing Tinggi kepada UMNO.Menurutnya, keputusan pembahagian kerusi perlu dibuat berdasarkan fakta demografi pengundi, realiti sokongan semasa serta faktor kebolehmenangan parti bagi memastikan BN mampu meraih kemenangan pada pilihan raya akan datang.Untuk rekod DUN Tebing Tinggi dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 menerusi Dr Abdul Aziz Bari dari DAP dengan majoriti 660 undi dalam pertembungan empat penjuru.Pada PRU tersebut, PH memperoleh 11,286 undi mengatasi Perikatan Nasional (PN) menerusi calon Bersatu meraih 10,626 undi, manakala BN yang diwakili MCA (5,705) dan Pejuang (194).





Melayu-Islam memimpin: Fitrah bangsa, amanah siasah dan keadilan untuk semua - Harakahdaily - 27/07 4:25 pm

PENDAHULUAN Perbahasan mengenai kedudukan Melayu-Islam dalam kepimpinan Malaysia sering terperangkap antara dua kutub iaitu menganggap perjuangan bangsa sebagai perkauman, atau mengangkat bangsa sehingga mengatasi agama, keadilan dan kemanusiaan





Mesej Sanusi pertahan politik Melayu-Islam demi kestabilan - Harakahdaily - 27/07 4:06 pm

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataannya sama sekali tidak membawa mesej perkauman atau kebencian terhadap kaum Cina dan India





Tanah Melayu satu-satunya tanah air orang Melayu - Harakahdaily - 27/07 3:58 pm

TIDAK semena-mena ucapan saya dalam Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan, pada malam 23 Julai lalu telah mencetuskan kontroversi apabila saya didakwa menyatakan bahawa orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sedangkan bangsa-bangsa lain mempunyai negara yang secara sejarah dikaitkan dengan asal-usul masing-masing





Anwar sangkal dakwaan abaikan Melayu, umum tanah rizab baharu - Mkini - 27/07 3:50 pm

Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur yang ada semua yang dijual."





'Tak akan Sanusi nak cakap perkauman, PN pun ada pengundi bukan Melayu' - Shahidan - Sinarharian - 27/07 3:40 pm

KANGAR Seorang pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) tampil mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa berbaur perkauman dengan menegaskan ucapan pemimpin itu telah disalah tafsir dan diputar belit oleh pihak tertentu.Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, tidak munasabah untuk mendakwa Muhammad Sanusi mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman memandangkan PN sendiri mempunyai sokongan daripada pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina, India dan Siam."Tak akan Sanusi nak cakap perkauman





'Tanah Melayu satu-satunya tanah air orang Melayu' - Penjelasan Sanusi - Sinarharian - 27/07 3:35 pm

TIDAK semena-mena ucapan saya dalam Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan, pada malam 23 Julai lalu telah mencetuskan kontroversi apabila saya didakwa menyatakan bahawa orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sedangkan bangsa-bangsa lain mempunyai negara yang secara sejarah dikaitkan dengan asal-usul masing-masing.Apa yang saya kata hanya begini: "Melayu tadak dah tanah, Melayu ada Tanah Melayu ni saja





JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam - Sinarharian - 27/07 3:29 pm

KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar kawasan Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil awal April lepas





ULASAN Sanusi salah faham tentang sejarah Melayu - Mkini - 27/07 3:00 pm

Alam Melayu lebih luas dari Tanah Melayu.





'Hentikan retorik perkauman usang' - Pusat KOMAS - Sinarharian - 27/07 2:50 pm

SHAH ALAM -Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa menggunakan retorik perkauman usang ketika berucap dalam kempen politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Dalam satu kenyataan, badan bukan kerajaan (NGO) itu membidas dakwaan bahawa masyarakat Malaysia berketurunan Cina dan India mempunyai 'tanah air' untuk kembali, manakala orang Melayu hanya mempunyai satu tanah air iaitu Tanah Melayu.Menurut Pusat KOMAS, naratif sedemikian merupakan retorik populis yang telah digunakan oleh golongan ketuanan Melayu sejak kemerdekaan Malaya 69 tahun lalu bagi meraih sokongan politik."Sejak kebelakangan ini beberapa ahli politik termasuk Datuk Seri Muhammad Sanusi, Khairy Jamaluddin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi kitaran penggunaan taktik usang ini yang disifatkan mampu menyemarakkan kebencian berasaskan kaum dengan harapan mempengaruhi pengundi."Adalah tidak wajar bagi individu berprofil tinggi dan berstatus sedemikian, yang sebelum ini telah merayu kepada pelbagai lapisan pengundi, untuk merendah-rendahkan minoriti pada masa yang sama," menurut kenyataan itu.Pusat KOMAS turut mengkritik Pas dan UMNO yang sebelum ini pernah menyeru perpaduan kaum serta menolak naratif sedemikian, namun didakwa terus membenarkan wakil mereka memainkan sentimen perkauman setiap kali musim pilihan raya.NGO itu turut menyifatkan penggunaan naratif 'Tanah Melayu' untuk menggambarkan negara ini sebagai bersifat eksklusif kerana Malaysia merangkumi lebih daripada Semenanjung."Perkara itu selari dengan amaran yang pernah disuarakan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bahawa retorik sedemikian melayan Sabah dan Sarawak seolah-olah hanya sebuah 'lanjutan Tanah Melayu'," katanya.Pusat KOMAS berkata, Malaysia sejak sebelum era penjajahan lagi merupakan sebuah negara berbilang etnik dan pengelompokan masyarakat di bawah kategori kaum yang besar menjejaskan kepelbagaian etnik negara selain mengabaikan sejarah penghijrahan yang berlaku selama berabad-abad.Menurutnya, dari sudut sejarah dan perundangan, konsep Malaysia meletakkan semua warganegara pada taraf yang sama tanpa pengecualian dan perkara itu merupakan fakta yang tidak boleh dipertikaikan."Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak, peruntukan itu diwujudkan sebagai langkah penyamaan ekonomi, bukannya bagi mewujudkan sistem apartheid atau menetapkan taraf berbeza berdasarkan asal etnik," katanya.Sehubungan itu, Pusat KOMAS mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan sentimen ketuanan kaum sebagai faktor dalam membuat keputusan di pusat pembuangan undi.Pada masa sama, NGO itu menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang terus menggunakan naratif memecahbelahkan sama ada sebelum, semasa atau selepas pilihan raya."Malaysia yang dipimpin oleh Kerajaan Madani mesti mengambil pendirian tegas menentang rasisme dan tidak bergantung secara berterusan kepada pihak berkecuali untuk bersuara menentangnya," menurut kenyataan itu.Pusat KOMAS turut merayu kepada semua parti politik dan calon yang bertanding supaya menahan diri daripada menggunakan bahasa yang memecahbelahkan sepanjang tempoh berkempen, sebaliknya membiarkan manifesto masing-masing menjadi asas untuk meraih sokongan rakyat.NGO itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mempertahankan semangat demokrasi yang sihat dengan mengutamakan nilai inklusiviti serta perpaduan dalam masyarakat.





'Cukuplah guna fitnah nak takutkan pengundi Melayu' - Chun Weng - Sinarharian - 27/07 2:47 pm

SEREMBAN - DAP menegaskan parti itu tidak pernah campur tangan dalam Institusi Diraja Negeri Sembilan, malah menghormati dan menjunjung tinggi Undang-Undang Tubuh Kerajaan (UUTK) negeri itu.Setiausaha Publisiti DAP Negeri Sembilan, Lim Chun Weng berkata, pihaknya kesal apabila parti berkenaan sering dijadikan sasaran dengan pelbagai tuduhan setiap kali pilihan raya."Politik tidak sepatutnya dibina atas fitnah dan pembohongan





Anwar Sangkal Dakwaan Tak Jaga Melayu, Kerajaan MADANI Laksana Pelbagai Program - Mydateline - 27/07 2:44 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kerajaan pimpinannyatidak menjaga kepentingan kumpulan bumiputera, khususnya masyarakat Melayu





Anwar sangkal dakwaan tak jaga Melayu, Kerajaan Madani laksana pelbagai program - Sinarharian - 27/07 1:56 pm

Saya rampas sebab perkara ini langgar peraturan."Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga oleh Petronas dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai oleh Melayu. Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur," kata beliau ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.Mengulas lanjut, Anwar berkata, cadangan itu turut tidak mendapat bantahan daripada DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan hanya bertanyakan alasan perkara itu mahu dilaksanakan kerajaan."Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur itu makin meleset





'Biarlah yang melanggar dapat balasan setimpal' - Bapa - Sinarharian - 27/07 1:49 pm

TELUK INTAN Bapa kepada remaja perempuan yang maut dalam kemalangan di Jalan Padang Tembak di sini pada Ahad mendesak hukuman setimpal dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kehilangan dua nyawa.Salim Husain, 43, yang kehilangan anak sulungnya itu meminta siasatan dijalankan secara telus dan adil bagi memberi pembelaan kepada Nur Dania Arissa, 17, yang maut dalam nahas tersebut.Menurutnya, segala siasatan lanjut terhadap kejadian diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis."Saya minta sangat pihak polis buat siasatan yang adil





Kewarganegaraan bukan alasan padam sejarah negara Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 27/07 1:40 pm

SHAH ALAM - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) digesa supaya mengulang kaji sejarah asal-usul tanah air sebelum bertindak menasihati golongan anak muda mengenai kepentingan memahami sejarah negara.Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan mendidik generasi muda perlu bermula dalam kalangan pemimpin PH sendiri agar tidak wujud amalan pengajaran sejarah secara selektif mengikut naratif politik tertentu.Beliau ersetuju dengan pandangan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil bahawa anak muda perlu memahami sejarah, namun beliau menegaskan pembentukan Malaysia tidak lahir dalam ruang kosong semata-mata pada tahun 1957 atau 1963."Jauh sebelum Merdeka, sudah wujud Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu, Raja-Raja Melayu, kesultanan, adat, bahasa dan peradaban Melayu yang membentuk sejarah politik tanah ini."Hari ini, sesiapa yang memegang kewarganegaraan Malaysia ialah rakyat Malaysia dan perkara itu tidak dipertikaikan





ULASAN BN-PN dijangka menang, PH bertahan di kerusi sengit - Mkini - 27/07 1:10 pm

Sangat berkemungkinan sokongan Melayu terhadap BN-PN pada PRN Negeri Sembilan melebihi 70 peratus.





PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke berdepan cabaran getir pertahan Chennah - Kian Ming - Sinarharian - 27/07 12:34 am

SHAH ALAM Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berdepan cabaran besar untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, menurut analisis Profesor Adjung Universiti Taylor's, Dr Ong Kian Ming.Kian Ming berkata, sentimen anti-DAP dan anti-PH dalam kalangan sebahagian pengundi Melayu di kawasan yang mempunyai 47.8 peratus pengundi Melayu itu menjadikan Chennah sebagai antara kerusi paling sukar diramal pada pilihan raya kali ini.Beliau berkata, berdasarkan analisis keseluruhan, kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diunjurkan berpeluang membentuk kerajaan negeri dengan memenangi antara 23 hingga 25 daripada 36 kerusi DUN.Menurutnya, PH pula dijangka memperoleh antara 11 hingga 13 kerusi, dengan PKR diunjurkan hanya memenangi satu kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP.Kian Ming berkata, kerjasama BN dan PN dijangka meningkatkan sokongan pengundi Melayu melebihi 70 peratus selain mengelakkan perpecahan undi Melayu yang sebelum ini memberi kelebihan kepada PH.Katanya, walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding sebagai kuasa ketiga, kesannya dijangka terhad di beberapa kerusi dan tidak mampu mengubah gambaran keseluruhan persaingan."PH mentadbir Negeri Sembilan selama dua penggal, iaitu dari 2018 hingga 2023 dan dari 2023 sehingga pembubaran DUN baru-baru ini, namun gabungan itu tidak pernah mempunyai kawalan yang benar-benar dominan."Pada PRU 2018, PH memperoleh 53 peratus undi popular dan memenangi 20 kerusi ketika Bersatu masih berada dalam gabungan itu, dengan sokongan pengundi Melayu melebihi 20 peratus."Bagaimanapun pada PRU 2022, undi PH merosot kepada 44.4 peratus





Tak perlu jadi lebih Melayu, Islam untuk bersaing, kata Saifuddin - FMT - 27/07 12:07 am

Ketua Setiausaha PH itu berkata parti politik sepatutnya bersaing berdasarkan prestasi pentadbiran, bukan memainkan sentimen kaum dan agama.





Ucapan Sanusi dipetik di luar konteks, beliau hanya nyatakan sejarah - Penganalisis politik - Sinarharian - 27/07 11:22 am

SEREMBAN Ucapan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mengguris hati kaum lain telah dipetik di luar konteks asal.Penganalisis politik dan penulis sejarah, Datuk M Periasamy berkata, hasil penelitian terhadap keseluruhan ucapan Menteri Besar Kedah itu tidak mempertikaikan atau menyanggah kesetiaan masyarakat bukan Melayu terhadap negara ini."Jika diteliti secara mendalam, ucapan beliau sebenarnya telah dipetik di luar konteks asal."Beliau langsung tidak mempertikaikan, malah tidak menyanggah kesetiaan warga bukan Melayu terhadap Malaysia. Tapi mungkin cara beliau menyampaikan itu agak sensitif,"katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Sanusi dalam ceramah di Jempol, Negeri Sembilan didakwa menyentuh mengenai sejarah Tanah Melayu dan kedudukan orang Melayu yang dikatakan semakin terhakis dari aspek ekonomi serta politik.Kenyataan berkenaan menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuk Ketua Angkatan Muda Harapan, Woo Kah Leong yang mendakwa kenyataan tersebut berbaur perkauman dan bersifat hasutan.Menurut Periasamy lagi, fokus utama ucapan pemimpin Pas itu adalah untuk memberi kesedaran kepada pengundi Melayu tentang tanggungjawab mereka dalam mengukuhkan kuasa politik kaum itu.Jelasnya, beliau hanya membuat perbandingan sejarah mengenai asal-usul antara orang bukan Melayu dengan orang Melayu."Sanusi hanya menyentuh terhadap hubungan nenek moyang atau turun- temurun kaum Cina dan India,bukan menggesa mereka balik ke negara nenek moyang mereka."Apa yang beliau sebut adalah fakta sejarah dan tidak boleh dinafikan





Mudahkan Pengundi, KTMB Kongsi Jadual Tren Tambahan ETS Express KL-JB Sempena PRN Negeri Sembilan - Vocket - 27/07 11:06 am

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren tambahan Electric Train Service (ETS) bagi membantu melancarkan pergerakan pengundi yang akan pulang melaksanakan tanggungjawab masing-masing sempena..





Bahana guna petikan selektif bagi membentuk persepsi negatif terhadap pemimpin - Sinarharian - 27/07 10:30 am

KONTROVERSI berhubung ucapan Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bermula daripada Ceramah Perdana PN-BN di Jempol, Negeri Sembilan, pada malam 23 Julai lalu.Dalam ucapan tersebut, Sanusi membicarakan tiga perkara utama, iaitu kedudukan ekonomi orang Melayu, penyusutan kuasa politik Melayu menurut penilaiannya serta keperluan kerjasama antara Pas dengan UMNO.Beliau mengaitkan isu berkenaan dengan sejarah Tanah Melayu dan menyeru orang Melayu, khususnya generasi muda, supaya lebih mengambil berat tentang politik.Rakaman penuh ucapan beliau boleh ditonton melalui pautan berikut: yang menjadi kontroversi bermula sekitar 1 jam 59 minit 55 saat: 24 Julai, jam 2.16 petang, sebuah portal berita menerbitkan laporan bertajuk "Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu Sanusi."Laporan berkenaan memetik kenyataan Sanusi: "Melayu tak ada dah tanah





ULASAN Isu ucapan MB Kedah: Bahana petikan selektif - Mkini - 27/07 10:23 am

Fokus ucapan Sanusi adalah pada kebimbangan terhadap kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu, bukannya menafikan kewarganegaraan kaum lain.





PRN Negeri Sembilan: Pusingan pertama kempen sengit, ramai 'pemain utama' parti dah turun padang - Sinarharian - 27/07 9:15 am

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini boleh dianggap antara pilihan raya paling sibuk buat puluhan pengamal media yang berkampung di sini sejak hari penamaan calon pada 18 Julai lalu.Mana tidaknya, seawal minggu pertama kempen, pemimpin utama daripada setiap parti yang berperanan sebagai 'pemain utama' sudah turun padang bagi membantu calon masing-masing.Sebahagian daripada mereka yang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri semestinya memberi kelebihan kepada setiap parti.Kehadiran mereka sejak awal membuktikan pertembungan kali ini bukan sekadar soal mempertahankan atau merampas kuasa, sebaliknya menjadi medan penting yang bakal menentukan hala tuju politik setiap gabungan menjelang pilihan raya umum akan datang.Jika diibaratkan dalam dunia bola sepak, persaingan kali ini tidak ubah seperti aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Manchester United menentang Liverpool.Bezanya, gelanggangnya ialah Negeri Sembilan dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai 'pasukan merah', manakala gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tampil sebagai 'pasukan biru'.Tidak keterlaluan jika dikatakan dalam 'perlawanan' kali ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak begitu menonjol meskipun mempertaruhkan calon di 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Bagaimanapun, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap optimis mampu mencipta kejutan dengan menawarkan beberapa tawaran manifesto yang menarik, antaranya memberikan peruntukan secara adil kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa mengira parti sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri.Jika dibandingkan antara PH dan BN-PN, PH yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih memiliki sedikit kelebihan kerana statusnya sebagai penyandang kerajaan negeri selain mendapat sokongan kepimpinan Kerajaan Persekutuan.Rekod pentadbiran yang dianggap memuaskan serta imej Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang sederhana dan mudah didekati menjadi antara aset utama PH untuk mempertahankan Negeri Sembilan.BN pula tampil dengan strategi berbeza apabila menjalinkan persefahaman taktikal bersama PN, sekali gus membawa naratif penyatuan pengundi Melayu.Kerjasama itu juga dilihat memudahkan kedua-dua gabungan berkempen secara bersama dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri.Situasi itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada PH





Ucapan kontroversi tidak 'membunuh' persefahaman BN-PN - Sinarharian - 27/07 8:40 am

SEREMBAN Kontroversi membabitkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dijangka meruntuhkan persefahaman Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun berpotensi meningkatkan kos politik kerjasama tersebut.Isu itu tercetus selepas ucapan Muhammad Sanusi ketika berkempen di Jempol mengundang pelbagai reaksi, termasuk gesaan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Pengarah Pilihan Raya PN itu tidak lagi turun berkempen di Negeri Sembilan.PN bagaimanapun menegaskan tiada halangan untuk Muhammad Sanusi terus membantu kempen, manakala BN menyatakan kerjasama politik berkenaan tidak bermakna gabungan itu menerima semua naratif mana-mana pihak.Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, persefahaman BN-PN dibina atas kepentingan strategik bagi mengelakkan perpecahan undi dan memaksimumkan peluang menewaskan Pakatan Harapan (PH), bukannya penyatuan ideologi sepenuhnya."Saya tidak melihat kontroversi ini mampu membunuh persefahaman BN-PN secara serta-merta kerana asas kerjasama mereka bukan dibina atas penyatuan ideologi yang lengkap, sebaliknya atas kepentingan strategik untuk memaksimumkan peluang kemenangan melalui penyatuan undi anti-PH."Dalam sains politik, kerjasama seperti ini lazimnya bersifat electoral coalition atau pakatan pilihan raya, bukannya governing coalition





Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Timang Puteri Sulung, Nama Tengku Alia Amira Dipuji Melayu Klasik - Siraplimau - 27/07 8:19 am

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz mengumumkan kelahiran puteri sulung baginda berdua Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah





Kor Ming tak dihalau seperti Sanusi – Fahmi - Mygazette - 27/07 8:09 am

SEREMBAN Kehadiran Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dalam siri kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak memberikan kesan buruk kepada gabungan itu





Empat bulan selesai masalah jambatan Labu Hilir ??? Ahmad Faez - Mygazette - 27/07 8:09 am

Kita cuba tutup dahulu demi keselamatan dan pada masa sama mencari jalan alternatif untuk penduduk, katanya kepada MalaysiaGazette. Ahmad Faez berkata, hasil permohonan yang dibuat, sebuah jambatan baharu kemudian dibina di lokasi tidak jauh dari jambatan asal bagi menggantikan jambatan lama yang kedudukannya terlalu hampir dengan rizab Keretapi Tanah Melayu (KTM)





MP Sik pertahan Sanusi, sejarah Melayu perlu difahami dalam konteks negara - Mygazette - 27/07 8:09 am

# MP Sik pertahan Sanusi, sejarah Melayu perlu difahami dalam konteks negara KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung hakikat sejarah pembentukan negara dan asal-usul bangsa Melayu wajar difahami dalam konteks kenegaraan secara menyeluruh, bukannya dipetik secara terpisah sehingga menimbulkan salah faham atau dijadikan polemik politik





Mengapa Hamzah terlebih dahulu umum calon menteri besar BN? - Mygazette - 27/07 8:09 am

# Mengapa Hamzah terlebih dahulu umum calon menteri besar BN? PILAH - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mempersoalkan mengapa Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjadi individu yang terlebih dahulu mengumumkan calon Menteri Besar Barisan Nasional (BN) bagi Negeri Sembilan sebelum pengumuman rasmi dibuat oleh kepimpinan UMNO





Dr Sathia akui kesilapan sebut ‘balik’ tapi pertahan laporan .. - Mygazette - 27/07 8:09 am

"Saya tidak pernah mendakwa perkataan 'balik' itu merupakan petikan tepat daripada ucapan Muhammad Sanusi, sebaliknya maksud tersirat ucapan itu boleh difahami oleh pendengar apabila mengikuti keseluruhan ucapan itu. "Laporan kepada pihak polis dibuat bukan bersandarkan kepada satu frasa tertentu semata-mata, tetapi berdasarkan keseluruhan kandungan ucapan yang antara lain menyebut bahawa orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini





Manifesto BN, PN akan rencatkan masa depan pembangunan N. Sembilan – .. - Mygazette - 27/07 8:09 am

# Manifesto BN, PN akan rencatkan masa depan pembangunan N





Tunjuk MyKad sahaja tak cukup buktikan jati diri rakyat Malaysia – .. - Mygazette - 27/07 8:09 am

# Tunjuk MyKad sahaja tak cukup buktikan jati diri rakyat Malaysia - Fadhli KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sejauh mana konsep "anak Malaysia" yang dibawa pemimpin DAP selari dengan penghayatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bahasa rasmi negara dan sejarah pembentukan Malaysia





Tuduhan terhadap Sanusi bukan kritikan politik biasa, Pemuda Pas buat .. - Mygazette - 27/07 8:09 am

# Tuduhan terhadap Sanusi bukan kritikan politik biasa, Pemuda Pas buat laporan polis Hakikatnya, ucapan Muhammad Sanusi dalam ceramah di Jempol adalah berbeza daripada apa yang didakwa





Kesatuan di Johor, Negeri Sembilan kembalikan kuasa politik Melayu - Utusan - 27/07 8:00 am

DALAM negara demokrasi seperti diamalkan di negara kita memang sukar untuk mewujudkan hanya satu parti politik Melayu





Dr Sathia akui khilaf sebut 'balik' namun gesa dakwaan 'perkauman' Sanusi disiasat - Sinarharian - 26/07 9:47 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui terdapat kekhilafan ketika mengulangi petikan ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dikaitkan dengan ungkapan perkataan 'balik'.Namun Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Pas itu Jumaat lalu berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman."Saya mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan itu dengan menggunakan perkataan 'balik'."Namun saya tidak pernah mendakwa perkataan tersebut merupakan petikan tepat daripada ucapan Muhammad Sanusi."Sebaliknya, apa yang saya bangkitkan ialah maksud tersirat daripada keseluruhan ucapan berkenaan yang boleh difahami oleh pendengar," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, fokus utama laporan polis berkenaan ialah kenyataan Muhammad Sanusi yang menyebut orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu.Katanya, kenyataan sedemikian wajar disiasat pihak berkuasa kerana berpotensi mencetuskan persepsi bahawa kaum lain merupakan ancaman kepada hak dan masa depan orang Melayu."Dalam kenyataan Muhammad Sanusi, beliau ada menyebut frasa 'Takut tanah ni satu hari nanti kita tak tahu, tanah ni siapa punya'."Maksud tersiratnya jelas dan boleh dipersoal.'Pemimpin Pas itu mungkin tidak menyebut perkataan 'balik', tetapi bila dia kata orang India mempunyai India, orang Cina mempunyai China manakala orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu."Naratif itu menggambarkan kaum lain sebagai ancaman kepada hak atau masa depan orang Melayu boleh menjejaskan semangat perpaduan yang menjadi asas pembentukan negara," katanya.Dr Sathia berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara adil dan profesional mengikut lunas undang-undang, termasuk menentukan sama ada ucapannya sendiri melanggar mana-mana peruntukan undang-undang."Saya menghormati proses siasatan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya.Dalam perkembangan sama, Dr Sathia berkata, istilah 'barua Melayu' dan perbandingan dengan watak 'Buang' dalam filem Sarjan Hassan yang sinonim dengan pengkhianatan turut dilihat melampaui batas kritikan politikIni kerana beliau berpandangan kenyataan itu membawa konotasi bahawa pihak yang berbeza pandangan merupakan pengkhianat kepada bangsa.Jelasnya, kenyataan Muhammad Sanusi itu bukan sahaja berpotensi membangkitkan kebencian dan memperkukuh prejudis, malah boleh mengeraskan sentimen perkauman serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Sebelum ini, Dr Sathia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung ucapannya ketika ceramah di Jempol yang mengaitkan Muhammad Sanusi dengan kenyataan masyarakat Cina dan India perlu 'balik' ke negara asal mereka.Terdahulu, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa Dr Sathia telah memanipulasi ucapan Muhammad Sanusi dan menuntut beliau menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kedah itu.Susulan kontroversi tersebut, beberapa laporan polis turut dibuat terhadap Dr Sathia pada Ahad.





PRN NS: Gelombang Merah PH Masih Membara, Pertempuran Belum Selesai - Wrlr - 26/07 8:41 pm

*DS Anwar sebagai mantan Ahli Parlimen Port Dickson masih mempunyai pengaruh di Negeri Sembilan* Oleh: *Shahbudin Embun* ULASAN: Rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru baru ini memberikan gambaran bahawa blok BN-PN mempunyai kelebihan untuk membentuk Kerajaan Negeri Sembilan





PH jadikan kerjasama BN-PN alat propaganda- Ahmad Samsuri - Sinarharian - 26/07 8:33 pm

SEREMBAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa Pakatan Harapan (PH) menjadikan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai alat propaganda bagi mempengaruhi pengundi supaya menolak gabungan terbabit.Menurut beliau, meskipun pemimpin gabungan itu telah pun memberi penjelasan beberapa kali tentang kerjasama terbabit yang tidak membawa kepada isu perkauman, namun PH masih berterusan bercakap mengenainya."Kalau kita tengok propaganda ini, mereka fikirkan bila diulang-ulang, lama-lama orang percaya."Tetapi saya rasa rakyat sudah celik pada waktu ini, dengan maklumat di hujung jari setiap orang, masing-masing boleh tengok apa yang diucapkan lima atau 10 tahun dahulu yang ada dirakamkan."Jadi tak timbul pun isu itu, mereka sebenarnya yang menimbulkan masalah sedemikian, ini boleh dilihat pada rekod yang lalu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program 'Nogori Beradat, Kito Muafakat' yang dianjurkan Muafakat Nasional di sini pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinSPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanTiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil25+11 belum tentu 36'Jurang melebar tapi belum retak'PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - PenganalisisDalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan Pas sering menjadikan DAP sebagai modal kempen bagi meraih sokongan, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, masalah yang membelenggu PH ketika ini sebenarnya berpunca daripada kelemahan dalaman gabungan itu sendiri."Apa yang berlaku ialah self-destruction





KBS sahkan Formula 1 kembali ke Sepang menerusi GP Bahrain 2026 - Hmetro - 26/07 7:13 pm

Kuala Lumpur: Penantian peminat sukan permotoran tanah air akhirnya berakhir apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disahkan menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober depan





Kewarganegaraan bukan sekadar tunjuk MyKad biru - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 26/07 5:41 pm

SHAH ALAM - Menyuarakan semangat kepunyaan atau kebangsaan sebagai rakyat Malaysia tidak cukup sekadar tindakan simbolik memegang kad pengenalan biru semata-mata.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, status kewarganegaraan itu perlu dibuktikan melalui tindakan dan penyatuan terhadap agenda kebangsaan, bukannya sekadar retorik politik.Beliau memberi peringatan bahawa majoriti penjenayah yang berada di dalam penjara atas pelbagai kesalahan ketika ini juga merupakan pemegang kad pengenalan biru."Apa guna kita bercakap berdegar-degar tentang 'saya anak Malaysia', sedangkan DAP masih tegar memperjuangkan sistem pendidikan luar seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan mengenepikan sistem pendidikan kebangsaan yang ada dalam negara."Apa guna bercakap berdegar-degar mengenai identiti nasional sedangkan suatu ketika dahulu pemimpin DAP pernah menggunakan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan, malah sejarah negara sendiri pun tidak difahami," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang menunjukkan kad pengenalannya baru-baru ini bagi menegaskan identitidan semangat 'Anak Malaysia'.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli turut membangkitkan cadangan pimpinan DAP sebelum ini yang mahu silibus sejarah sekolah ditambah dengan memasukkan peranan parti berkenaan.Selain itu, beliau turut mengungkit tindakan mengubah nama Jalan Temiang di Negeri Sembilan kepada nama pengasas DAP kebangsaan."Adakah negara dan semangat kebangsaan negara ini perlu mengikut acuan dan kehendak DAP?" soalnya.Dalam pada itu, Ahmad Fadhli turut mempersoalkan pendekatan dwistandard yang didakwa diamalkan DAP berhubung isu perpaduan dan politik kaum.Jelas beliau, DAP kerap menuduh orang Melayu sebagai perkauman melampau apabila bersatu menolak Pakatan Harapan (PH), sedangkan pada masa sama parti itu menyeru orang bukan Melayu untuk bersatu menyokong koalisi berkenaan."Adakah ini perpaduan sebenar versi DAP?" soalnya lagi.





PERKASA tolak naratif mengelirukan status penduduk asal, sejarah pembentukan Malaysia - Sinarharian - 26/07 5:20 pm

Ia ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dan kesetiaan kepada negara. Apa sumbangan Ronnie Liu kepada negara?" katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Borhan berkata, kenyataan itu turut mengabaikan hakikat bahawa orang Melayu di Tanah Melayu telah lama memiliki institusi pemerintahan, sistem perundangan, adat istiadat serta tamadun yang berkembang sejak berabad-abad di Nusantara.Beliau berkata, kewujudan Kesultanan Melayu Melaka, Johor-Riau, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan membuktikan tamadun Melayu telah mempunyai institusi raja, sistem pentadbiran serta hubungan diplomatik yang tersusun."Atas asas sejarah itulah Raja-Raja Melayu diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957."Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan juga bukan berdasarkan siapa yang tiba terlebih dahulu, sebaliknya merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan yang dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya status sesuatu kaum hanya diukur berdasarkan siapa yang datang paling awal, hampir semua masyarakat di dunia hari ini boleh dipersoalkan kerana sejarah manusia sememangnya berkait rapat dengan penghijrahan."Bagaimanapun, hakikat bahawa orang Melayu merupakan pribumi asal di negara ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak," katanya.





'Enough is enough' - Ahmad Murad gesa akta khusus lindungi asal usul Melayu - Sinarharian - 26/07 4:23 pm

SHAH ALAM - Negara memerlukan satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa mana-mana individu atau pihak yang mempersoalkan asal usul orang Melayu sebagai satu kesalahan jenayah.Pandangan itu disuarakan Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual dari Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican.Beliau berkata, negara kini diancam dengan 'Melayu phobia' dan menggesa supaya mana-mana individu atau pihak yang secara khusus mempersoalkan asal usul pribumi Melayu di negara ini diharamkan.Menurutnya, Akta Hasutan tidak mencukupi untuk menangani isu berkenaan."Negara diancam dengan Melayu phobia




Reformasi     >>



What Bersatu must achieve to remain relevant after N .. - Mkini
N SEMBILAN POLLS Its future depends on electoral performance amid PAS pressure.
Kroni     >>



Masyarakat India Muslim rakan pembangunan negara - Utusan
PELANCARAN Kerangka Transformasi India Muslim (IMTF) 2030 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan detik penting dalam sejarah pembangunan masyarakat India Muslim di Malaysia. Kerangka ini bukan sekadar pengiktirafan simbolik kepada sebuah komuniti minoriti tetapi usaha menyusun ..
Tabloid     >>



Formula 1 Kembali Gegarkan Sepang! Permohonan .. - Siraplimau
Selepas hampir sedekad, F1 Sepang 2026 bakal kembali pada 2 hingga 4 Oktober 2026. Berita ini bukan sahaja mengujakan peminat sukan permotoran, malah membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman di sebalik penganjuran perlumbaan bertaraf dunia. Baca juga: Bil Elektrik Tiba-Tiba ..
Tech     >>



Samsung Galaxy S27 Pro and S27 Ultra battery .. - Gsmarena
A few days ago we heard some new details about the Galaxy S27 family's cameras, and now the same source is back with information about the devices' batteries. It's good news, by the way. The Galaxy S27 Pro will allegedly have a battery with a rated capacity of 5,087 mAh, which will probably be ..
World     >>



Saudi Arabia defends against drone strikes from .. - Aljazeera
Drones launched at Saudi, Jordan and Iraq suggest Iran, or linked groups, may be testing US as it mulls new strategy.
Motor Trend     >>



Petronas perjelas status SIC, bukan penganjur F1 Sepang - Careta
Menurut Petronas, walaupun syarikat berkenaan memegang hak penamaan Litar Antarabangsa Sepang, litar terbabit sebenarnya dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.). SIC dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn ..