| /// |
|
| Search : Taman Cerating Damai News | Page 1 |
|
JAS digesa pastikan lesen kilang kitar semula ikut syarat - Mgazette - 19/02 2:46 pm # JAS digesa pastikan lesen kilang kitar semula ikut syarat GEORGE TOWN - Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyemak semua lesen kilang kitar semula di seluruh negara susulan penguatkuasaan larangan mutlak import sisa elektronik (e-waste) berkuat kuasa 4 Februari lalu |
|
Former Chief Justice Tun Abdul Hamid dies at 83 - Sinardaily - 19/02 2:33 pm KUALA LUMPUR - Former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad, 83, passed away at Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) at noon today.The news was confirmed by his daughter, Murni Abdul Hamid, when contacted by Bernama.Murni said her father had been admitted to HUKM since Feb 9 and died of natural causes, with his wife, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah and their children by his side."Insya-Allah, the funeral prayer for my father will be held at the Musolla Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya, after Asar prayers."The burial will take place at the Muslim cemetery in Presint 20 |
|
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia - Kosmo - 19/02 2:21 pm PETALING JAYA – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini |
|
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia - Utusan - 19/02 1:48 pm PETALING JAYA: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini |
|
Malaysian suspects brother recounts final moments before family of 5 killed in Kuantan - Scmp - 19/02 9:48 am A witness to the tragic incident where a family of five were killed in a house in Cherating Damai, Malaysias Pahang state, has said that he heard an argument before the alleged murders unfolded |
|
611 lot niaga bazar Ramadan di Perlis - Utusan - 19/02 8:03 am KANGAR: Sebanyak 611 lot niaga membabitkan empat lokasi bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) disediakan bersempena bulan puasa tahun ini |
|
Lima beranak selamat dikebumikan dalam dua liang lahad Lima beranak .. - Mgazette - 19/02 8:01 am # Lima beranak selamat dikebumikan dalam dua liang lahad KUANTAN - Jenazah lima beranak ditemukan maut dibunuh di Taman Cherating Damai semalam, selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Cherathing malam ini |
|
Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri - Mgazette - 19/02 8:01 am # Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam tadi |
|
Nurul Zahida longlai selepas buat pengecaman jenazah - Mgazette - 19/02 8:01 am # Nurul Zahida longlai selepas buat pengecaman jenazah KUANTAN - Salah seorang ahli keluarga lima mangsa kes bunuh di sini tidak dapat menyembunyikan rasa sebak selepas keluar daripada bilik mayat selepas membuat pengecaman kesemua jenazah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini |
|
Kes bunuh di Kuantan: 4 sekeluarga disemadi satu liang, jenazah suspek .. - Hmetro - 18/02 8:46 pm Kuantan: Jenazah lima sekeluarga mati di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budaya Cerating, di sini, hari ini |
|
Man loses leg in Segamat fireworks explosion during CNY celebration - Malaymail - 18/02 8:09 pm SEGAMAT, Feb 18 A man in his 30s lost his leg in a fireworks explosion at Taman Damai Jaya, Bukit Siput, here ye... |
|
Empat beranak mangsa bunuh dikebumi satu liang lahad, suspek dikuburkan berasingan - Sinarharian - 18/02 7:54 pm KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Jenazah lima sekeluarga dipercayai dibunuh di Taman Cerating Damai di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating pada Rabu.Jenazah mangsa wanita, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dua anak perempuan, Nur Sumayyah Humairah, 2, dan Saffiyah Humairah, 5, serta ibu mentuanya, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dikebumikan dalam satu liang lahad.Manakala jenazah suami dikebumikan dalam liang lahad berasingan.Proses pengebumian selesai sepenuhnya jam 7.20 petang.Suasana pilu menyelubungi proses pengebumian yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai serta penduduk setempat untuk memberikan penghormatan terakhir.Terdahulu, jenazah dituntut keluarga serentak dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 3.10 petang menggunakan empat van jenazah sebelum dibawa ke Masjid Kampung Cerating di sini untuk dikafan dan disembahyangkan.Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan jam 6.50 petang sebelum dikebumikan.Proses bedah siasat ke atas semua mangsa dijalankan dua hari dan selesai pada Rabu.Jenazah suspek dan isterinya selesai menjalani proses itu di pada Selasa manakala roses bedah siasat ke atas ibu dan dua anak perempuan mereka dijalankan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati disyaki dibunuh di rumah mereka di Taman Cerating Damai di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek disyaki mencederakan empat ahli keluarganya itu sehingga maut menggunakan senjata tajam.Lelaki tersebut turut menikam diri sendiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. |
|
Five family members killed in Kuantan murder laid to rest in Cerating - Malaymail - 18/02 6:10 pm KUANTAN, Feb 18 The bodies of five family members involved in a tragic murder at the Cerating Damai housin... |
|
Lelaki putus kaki terkena letupan bunga api malam Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 18/02 5:24 pm SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam Selasa.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an bermain bunga api itu jam 12.30 tengah malam."Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis shoot cake 4(D) 16 shot (premium) di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina."Bunga api tersebut meletup dan mangsa cedera parah sehingga kudung kaki kiri."Mangsa kemudian dikejarkan ke Zon Merah Hospital Segamat untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa putus kaki kiri bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil."Kes disiasat bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Pihaknya menasihatkan orang ramai agar bermain bunga api yang dibenarkan di kawasan lapang di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan," ujarnya.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Kes bunuh: Jenazah lima sekeluarga dituntut keluarga selepas selesai bedah siasat - Sinarharian - 18/02 4:00 pm KUANTAN - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cerating Damai di sini dituntut keluarga untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat selesai kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, jenazah pertama dibawa keluar kira-kira jam 2.50 petang.Empat van jenazah yang membawa jenazah keluarga terbabit beredar dari pekarangan HTAA kira-kira jam 3.10 petang diiringi kenderaan polis.Jenazah dibawa ke Masjid Cerating untuk diuruskan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Cerating untuk dikebumikan.Jenazah pengawal keselamatan berusia 32 tahun dan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, telah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Selasa.Proses bedah siasat ke atas tiga lagi jenazah mangsa terdiri ibu suspek, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, dan dua anak perempuan, Saffiyah Humairah, 5, dan Sumayah Humairah, 2, dijalankan hari ini.Sinar Harian pada Selasa melaporkan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam menyayat hati disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek pengawal keselamatan, manakala mangsa iaitu isterinya ibu, dan dua anak perempuan berusia dua dan lima tahun ditemui maut.Suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri hingga maut. |
|
Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini KUANTAN - Tiada siapa boleh menduga hari ulang tahun keduanya hari ini disambut dengan proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas maut di tangan bapa sendiri semalam |
|
Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan – Polis - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis KUANTAN - Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku |
|
Pemilik menara telekomunikasi perlu kelulusan sebelum pembinaan - MCMC - Sinarharian - 18/02 3:24 pm SHAH ALAM - Semua pemilik struktur telekomunikasi bertanggungjawab mendapatkan kelulusan tanah melalui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor serta permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan.Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pihaknya tidak menyokong sebarang pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang dijalankan tanpa kelulusan sewajarnya."MCMC turut meneliti penambahbaikan proses, termasuk mewajibkan syarikat telekomunikasi atau Network Facilities Provider memperoleh kelulusan PBT terlebih dahulu sebelum pendaftaran tapak atau permohonan penguntukan radas dikemukakan kepada MCMC," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aduan penduduk mengenai pembinaan sebuah struktur telekomunikasi tanpa kelulusan di Lot 60458, Jalan Bukit Jati 1A, Klang pada Jumaat.Susulan itu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan tegas dengan menyita struktur telekomunikasi berkenaan.Menurut kenyataan MCMC, siasatan bersama MBDK, One Stop Agency (YTSB) dan EDOTCO mengesahkan bahawa struktur jenis smartpole setinggi 24 meter itu adalah milik Edotco (M) Sdn Bhd dan telah dibina tanpa permit.Ujarnya, setakat ini MCMC juga belum menerima sebarang permohonan untuk ulasan teknikal seperti yang sepatutnya."Untuk makluman, struktur berkenaan dicadangkan sebagai penggantian kepada struktur PBTS sedia ada bagi memenuhi keperluan liputan dan kapasiti rangkaian komunikasi mudah alih dengan liputan jenis luar bangunan, melibatkan kawasan Kampung Kuantan, Kampung Datok Dagang, Taman Shahbandar, Taman Bukit Jati dan Taman Jati."Namun MCMC menegaskan bahawa tujuan teknikal tersebut tidak mengatasi keperluan pematuhan perundangan dan sebarang pembinaan atau pengoperasian infrastruktur hanya boleh dilaksanakan setelah semua kelulusan pihak berkuasa berkaitan diperoleh sepenuhnya," ujarnya. |
|
Struktur telekomunikasi tanpa permit di Klang diturunkan - Sinarharian - 18/02 3:24 pm SHAH ALAM - Semua pemilik struktur telekomunikasi bertanggungjawab mendapatkan kelulusan tanah melalui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor serta permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan sebarang kerja pembinaan.Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pihaknya tidak menyokong sebarang pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang dijalankan tanpa kelulusan sewajarnya."MCMC turut meneliti penambahbaikan proses, termasuk mewajibkan syarikat telekomunikasi atau Network Facilities Provider memperoleh kelulusan PBT terlebih dahulu sebelum pendaftaran tapak atau permohonan penguntukan radas dikemukakan kepada MCMC," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aduan penduduk mengenai pembinaan sebuah struktur telekomunikasi tanpa kelulusan di Lot 60458, Jalan Bukit Jati 1A, Klang pada Jumaat.Susulan itu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan tegas dengan menyita struktur telekomunikasi berkenaan.Menurut kenyataan MCMC, siasatan bersama MBDK, One Stop Agency (YTSB) dan EDOTCO mengesahkan bahawa struktur jenis smartpole setinggi 24 meter itu adalah milik Edotco (M) Sdn Bhd dan telah dibina tanpa permit.Ujarnya, setakat ini MCMC juga belum menerima sebarang permohonan untuk ulasan teknikal seperti yang sepatutnya."Untuk makluman, struktur berkenaan dicadangkan sebagai penggantian kepada struktur PBTS sedia ada bagi memenuhi keperluan liputan dan kapasiti rangkaian komunikasi mudah alih dengan liputan jenis luar bangunan, melibatkan kawasan Kampung Kuantan, Kampung Datok Dagang, Taman Shahbandar, Taman Bukit Jati dan Taman Jati."Namun MCMC menegaskan bahawa tujuan teknikal tersebut tidak mengatasi keperluan pematuhan perundangan dan sebarang pembinaan atau pengoperasian infrastruktur hanya boleh dilaksanakan setelah semua kelulusan pihak berkuasa berkaitan diperoleh sepenuhnya," ujarnya. |
|
Mantai N. Sembilan meriah, penduduk ‘sporting’ berkain batik - Kosmo - 18/02 3:09 pm SEREMBAN – Aktiviti ‘mantai’ yang menjadi tradisi masyarakat Negeri Sembilan disambut meriah apabila penduduk di kawasan rukun tetangga (KRT) Taman Pinggiran Senawang di sini memilih tema klasik tradisional ketika bergotong royong |
|
Suri rumah maut ketika melintas jalan - Sinarharian - 18/02 3:05 pm ALOR SETAR Seorang suri rumah maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan dalam kejadian di Lebuhraya Darul Aman, di sini lebih kurang jam 7.30 pagi Rabu.Mangsa, Chin Seow Hua, 68, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dilanggar kereta Proton Saga yang sedang bergerak lurus di lorong kanan jalan berkenaan.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati pemandu lelaki berusia 29 tahun datang dari arah Taman Sri Gemilang, Mergong menuju ke Jitra, manakala mangsa melintas dari kiri ke kanan jalan."Ketika kejadian, keadaan jalan lurus dan cuaca baik, namun pencahayaan gelap kerana lampu jalan tidak menyala."Difahamkan, mangsa dipercayai melintas jalan secara mengejut di hadapan kenderaan," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa, mengakibatkan mangsa melambung dan terjatuh di atas jalan."Kesan seretan brek sepanjang 9.6 meter turut ditemui di lorong kanan jalan |
|
Kes 5 dibunuh: Tiga mangsa lagi selesai dibedah siasat - Kosmo - 18/02 2:44 pm KUANTAN – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan yang dihadiri keluarga mangsa kes pembunuhan tragis di sebuah rumah di Taman Cerating Damai di sini |
|
Jenazah 5 sekeluarga maut di Cherating dikebumi selepas Zohor - Thempress - 18/02 2:35 pm KUANTAN – Proses bedah siasat tiga daripada lima individu yang ditemukan maut di Taman Cherating Damai semalam, dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, pagi tadi |
|
Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dibedah siasat pada hari lahir - Sinarharian - 18/02 12:48 am KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Proses bedah siasat ke atas salah seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dibunuh dalam kejadian lima sekeluarga maut di Taman Cerating Damai, di sini dilakukan pada hari jadinya yang kedua pada Rabu.Nur Sumayyah Humairah yang dilahirkan pada 18 Februari 2024 antara mangsa yang disyaki dibunuh bapa kandung dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, proses bedah ke atas mangsa bersama jenazah kakaknya, Saffiyah Humairah, 5 dan nenek mereka, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56dijangka selesai selepas jam 1 tengah hari.Menurutnya, mayat bapa kanak-kanak terbabit dibedah siasat jam 4 petang semalam manakala ibu mereka, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dibedah siasat jam 8.30 malam hari yang sama.Semua jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating, di sini.Sementara itu, mengulas lanjut kejadian tragis itu, Ashari berkata, keterangan awal saksi kejadian iaitu adik bongsu suspek, dia terdengar bunyi bising orang bertengkar kira-kira jam 7 pagi."Remaja lelaki berusia 15 tahun itu keluar dari biliknya dan mendapati dinding bilik tidur utama yang didiami saspek dan keluarga terdapat kesan percikan darah."Saksi itu juga mendapati ibunya terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum menjerit meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama," katanya.Ashari berkata, setelah tiba di rumah itu, bapa saudaranya mendapati kesemua mangsa dan saspek berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri."Siasatan di tempat kejadian mendapati saspek menikam isteri terlebih dahulu dan kemudian menikam ibunya seterusnya mengelar dua anaknya sebelum menikam diri sendiri."Sebilah pisau berukuran 29 sentimeter turut ditemui di lokasi," katanya. |
|
Terkenang pandangan Allahyarham Subky Latiff - Msomelayu - 18/02 12:14 am RENUNGAN Ketika mengunjungi Allahyarham Haji Subky Latiff |
|
Wanita dikerat: Kertas siasatan dilengkapkan bergantung siasatan terhadap suspek - Sinarharian - 18/02 11:54 am KOTA KINABALU Kertas siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita yang dikerat anggota badannya akan dilengkapkan bergantung kepada siasatan terhadap suspek yang ditahan sebelum ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, setakat ini pihaknya masih dalam proses menjalankan siasatan terhadap suspek yang ditahan berkaitan kes tersebut."Kertas siasatan akan dilengkapkan bergantung kepada maklumat yang kita terima termasuk membabitkan dua lagi tangkapan baharu-baharu ini."Setakat ini masih dalam proses siasatan, kita tidak boleh dedahkan kesemuanya |
|
Laksana penilaian kesihatan mental bakal pengantin - Pakar - Sinarharian - 18/02 11:53 am SHAH ALAM Penilaian tahap kesihatan mental bakal pengantin wajar dipertimbangkan sebagai syarat tambahan sebelum perkahwinan bagi mencegah peningkatan kes jenayah dalam rumah tangga.Ketua Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nur Hafizah Yusoff berkata, ia penting bagi mengelakkan lebih banyak kes berkaitan pembunuhan yang berpunca daripada ketidakmampuan mengurus masalah atau tekanan."Selain itu silibus kursus perkahwinan juga mungkin perlu disemak semula melibatkan elemen pengurusan emosi dalam perkahwinan bagi menyediakan pasangan untuk mengurus emosi sendiri, pasangan serta anak-anak."Ahli keluarga perlu memainkan peranan jika melihat tanda-tanda ahli keluarga lain yang memiliki masalah berkaitan kesihatan mental, masalah kewangan atau masalah lain," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Sebelum ini media melaporkan kejadian di Kota Tinggi, Johor, membabitkan seorang suami yang dipercayai mempunyai masalah mental, disyaki membunuh isterinya selepas mendakwa wanita hamil itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.Selain itu pada Selasa, lima sekeluarga dilapor maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai 2, Taman Cerating Damai, Kuantan, melibatkan seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun.Dalam pada itu, Nur Hafizah yang juga Penyelaras Program Pengajian Kepolisan UKM-PDRM menjelaskan, kejadian kes bunuh diklasifikasikan sebagai jenayah interpersonal yang lazimnya melibatkan individu terdekat seperti pasangan atau ahli keluarga sendiri.Malah beliau menegaskan, kes-kes berkenaan secara tidak langsung menggambarkan institusi keluarga semakin rapuh apabila perkahwinan yang sepatutnya menjadi ruang perlindungan bertukar kepada punca ancaman keselamatan."Situasi ini perlu dilihat secara serius kerana institusi keluarga yang rapuh bakal memberi gambaran kepada orang bujang untuk berkahwin."Pengesanan dan pencegahan awal masalah boleh membantu mengelakkan seseorang individu mengambil jalan pintas bagi menyelesaikan masalah."Institusi keluarga berperanan memberi perlindungan emosi, fizikal dan psikologi kepada pasangan dan anak-anak," ujarnya |
|
Witness recounts hearing arguments before tragic Kuantan family-of-five murder, say police - Malaymail - 18/02 11:50 am KUANTAN, Feb 18 A witness to the incident in which a family of five was killed in a house in Cerating Damai here... |
|
Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis - Sinarharian - 18/02 11:50 am KUANTAN - Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, saksi yang juga adik bongsu suspek memaklumkan kejadian itu didengari kira-kira jam 7 pagi semasa dia berada di bilik tidur."Apabila saksi keluar bilik dan menoleh ke arah dapur, didapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan menjerit supaya dia pergi meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan sama."Saksi kemudian meminta bantuan bapa saudaranya dan setelah tiba di rumah, didapati kesemua mangsa dan suspek berada dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, rumah berkenaan didiami lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isteri seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelakinya, namun semasa kejadian hanya terdapat enam ahli keluarga.Ashari berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 32 tahun tiada sebarang rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati suspek telah mencederakan isteri, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, terlebih dahulu dan kemudian ibunya Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55, seterusnya dua anak perempuan Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri serta turut maut.Kesan kecederaan terhadap mangsa ditemukan antaranya di bahagian tangan, telinga dan leher manakala polis turut merampas sebilah pisau berukuran 29 sentimeter di lokasi kejadian.Difahamkan, bedah siasat terhadap suspek dan isteri telah dijalankan semalam manakala ibu dan dua anaknya bersambung jam 9 pagi tadi |
|
Witness heard argument before tragic family murder, says Kuantan police - BorneoPost - 18/02 11:38 am KUANTAN (Feb 18): A witness to the incident in which a family of five was killed in a house in Cerating Damai here yesterday claims to have heard the sound of an argument before the tragic incident unfolded |
|
Bedah siasat tiga lagi mangsa kes bunuh dilaksanakan hari ini - Sinarharian - 18/02 11:16 am KUANTAN Proses bedah siasat tiga daripada lima sekeluarga yang ditemui mati, disyaki dibunuh awal pagi Selasa, diteruskan pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, setakat ini dua mangsa terdiri daripada jenazah suspek dan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, telah selesai menjalani proses itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.Menurutnya, proses bedah siasat ke atas tiga lagi jenazah mangsa terdiri daripada ibu suspek, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, serta dua anak perempuan, Saffiyah Humairah, 5, dan Sumayah Humairah, 2, dijalankan hari ini."Proses bedah siasat dijangka selesai kira-kira jam 12 atau 1 tengah hari," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 10 pagi mendapati suasana masih tenang dan belum ada waris menunggu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam kejadian menyayat hati, disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa terdiri daripada seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun (suspek), isterinya, ibu serta dua anak perempuan masing-masing berusia dua dan lima tahun.Suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri. |
|
Kes bunuh di Kuantan: Mayat kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir .. - Hmetro - 18/02 10:48 am Kuantan: Jasad kanak-kanak perempuan mangsa pembunuhan kejam di Taman Cerating Damai, di sini, semalam dibedah siasat pagi ini, pada hari jadi tahun keduanya |
|
A symphony of unity in a single month - Sinardaily - 18/02 9:01 am KUALA LUMPUR - This February, Malaysias diversity was not just spoken of - it was seen and felt, as Thaipusam, Chinese New Year and the approach of Ramadan unfolded almost side by side in a rare convergence of faith, culture and unity.If the calendar were a canvas, this month would stand out as one of its most vibrant portraits - a meeting of colour, culture and spiritual devotion that underscores a harmony long rooted in the countrys diversity.The sequence began with the fervour of Thaipusam on Feb 1 |
|
Sultan Pahang zahir dukacita pembunuhan tragis di Cherating - Mgazette - 18/02 7:57 am # Sultan Pahang zahir dukacita pembunuhan tragis di Cherating KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan mendalam terhadap kejadian pembunuhan tragis yang berlaku di Cherating, pagi tadi |
|
Hormati keluarga kami, hentikan spekulasi kes mati 5 beranak – Nurul .. - Mgazette - 18/02 7:57 am # Hormati keluarga kami, hentikan spekulasi kes mati 5 beranak - Nurul Zahidah KUANTAN - Seorang ahli keluarga kepada lima beranak yang maut dipercayai mati dibunuh itu meminta agar semua pihak berheti membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan |
|
Tragedi 5 sekeluarga maut: Keluarga mohon henti spekulasi bukan-bukan - Sinarharian - 17/02 6:13 pm KUANTAN Keluarga lima beranak yang ditemui mati disyaki dibunuh di Taman Cerating Damai di sini merayu semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah berhubung kejadian itu.Nurul Zahidah Zambri, 34, berkata, masyarakat perlu menghormati keluarga dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan mengikut prosedur."Saya minta semua untuk menghormati segala proses ini sehingga polis mengeluarkan kenyataan dan yang itu kita akan pakai nanti," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Selasa.Nurul Zahidah berkata, pihak keluarga sedang menunggu proses bedah siasat dan perkembangan siasatan daripada pihak polis."Minta sangat jangan buat spekulasi yang bukan-bukan dan hormati keluarga kami," ujarnya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut khususnya di media sosial.Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian berkenaan."Berilah ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas |
|
Kes bunuh keluarga: Suspek orang yang baik, peramah - Jiran - Sinarharian - 17/02 5:15 pm KUANTAN Lelaki yang dipercayai membunuh empat ahli keluarganya sebelum mencederakan diri sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cerating Damai pada Selasa dikenali jiran sebagai seorang yang baik dan peramah.Seorang jiran, Saripah Jaya, 60, berkata, sepanjang mengenali keluarga tersebut, suspek tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap atau tingkah laku yang mencurigakan.Menurutnya, suspek yang baru tinggal semula bersama keluarga kira-kira sebulan lalu sering bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran."Suspek sendiri memanggil saya dan suami sebagai Mok dan Aboh dan setiap kali bersua, pasti dia akan menegur kami."Selepas dia pulang dan tinggal bersama keluarga di rumah ini sejak kira-kira sebulan lalu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, nampak seperti biasa sahaja," katanya ketika ditemui di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.Menurut Saripah, dia kali terakhir bertemu ibu suspek pada pagi Isnin ketika wanita itu sedang bersenam di hadapan rumahnya.Bagaimanapun, pada pagi itu, Saripah berkata, dia langsung tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan sama ada suara orang menjerit atau meminta tolong.Menurutnya, dia dan suami sudah terjaga kira-kira jam 6 pagi ketika hujan turun agak lebat."Saya dan suami langsung tidak mendengar sesuatu yang mencurigakan sehinggalah ternampak salah seorang ahli keluarga terbabit keluar rumah dalam keadaan agak cemas dan cuba memberitahu sesuatu."Tanpa mengesyaki sesuatu kejadian buruk berlaku, suami keluar untuk membeli sarapan dan saya memberi makan ayam sebelum masuk semula ke dalam rumah," katanya yang tinggal di kejiranan itu sejak lebih 20 tahun lalu.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai hilang kawalan membawa kepada penemuan lima mayat dalam satu kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Cerating Damai.Suspek berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu kandung dan dua anak perempuannya sehingga maut sebelum dia turut mencederakan diri sendiri serta ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu mengorbankan seorang wanita berusia 55 tahun, menantu berusia 28 tahun serta dua cucu perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden berkenaan daripada seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga ahli keluarga dan tinggal di rumah tersebut. |
|
Police: Financial strain may have driven Kuantan family-of-five murder - Malaymail - 17/02 4:22 pm KUANTAN, Feb 17 Initial police investigations into the murder of a family of five at the Cerating Damai housing... |
|
Kes bunuh di Kuantan: Jiran kenali suspek sebagai peramah, hormat orang - Hmetro - 17/02 3:57 pm Kuantan: Seorang pengawal keselamatan yang didakwa membunuh empat ahli keluarganya termasuk ibunya sebelum membunuh diri di Taman Cherating Damai, di sini, hari ini, disifatkan sebagai jiran yang menghormati orang lain dan peramah |
|
'Kami tak dengar apa-apa' Jiran terkejut tragedi 5 sekeluarga maut - Sinarharian - 17/02 2:39 pm KUANTAN - Kejadian lima sekeluarga maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, di sini pada pagi Selasa mengejutkan penduduk setempat.Rata-rata penduduk di situ termasuk jiran terdekat mengakui langsung tidak menyedari kejadian terbabit sehinggalah ternampak kehadiran anggota polis ke rumah mangsa.Jiran keluarga itu, Saripah Jaya, 60, berkata, dia langsung tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan sama ada suara orang menjerit atau meminta tolong awal pagi itu.Menurutnya, dia dan suami sudah terjaga kira-kira jam 6 pagi dan ketika itu cuaca hujan agak lebat."Saya dan suami langsung tidak mendengar sesuatu yang mencurigakan sehinggalah ternampak salah seorang ahli keluarga terbabit keluar rumah dalam keadaan agak cemas dan cuba memberitahu sesuatu."Tanpa mensyaki sesuatu kejadian buruk berlaku, suami keluar untuk membeli sarapan dan saya memberi makan ayam sebelum masuk semula ke dalam rumah," katanya yang tinggal di kejiranan ini sejak lebih 20 tahun lalu.Saripah berkata, selepas suaminya pulang dari kedai, barulah mereka sedar kejadian itu setelah beberapa anggota polis berada di kawasan rumah mangsa."Memang terkejut dan langsung tidak menyangka kejadian itu berlaku kepada keluarga jiran sendiri."Jiran yang mesra dipanggil 'Kak Yah' dan anak lelakinya (suspek) nampak biasa sahaja sebelum ini dan langsung tidak menunjukkan seolah-olah mereka berada dalam masalah," katanya.Saripah menyifatkan mangsa dan ahli keluarganya termasuk suspek begitu baik, peramah dan selalu bertegur sapa."Suspek sendiri memanggil saya dan suami sebagai 'Mok dan Aboh' dan setiap kali bersua, pasti dia akan menegur kami."Lepas dia pulang dan tinggal bersama keluaga di rumah ini sejak kira-kira sebulan lalu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, nampak seperti biasa sahaja," katanya.Saripah berkata, kali terakhir dia bertemu jirannya itu pada pagi Isnin ketika wanita itu sedang bersenam di luar rumah. |
|
Dua beranak terselamat dalam kebakaran rumah flat - Mgazette - 17/02 2:22 pm # Dua beranak terselamat dalam kebakaran rumah flat BUTTERWORTH - Sambutan Tahun Baharu Cina pagi ini bertukar cemas bagi dua beranak apabila kediaman mereka di Flat Taman Bagan Lalang di sini terbakar |
|
Dua kanak-kanak perempuan antara lima sekeluarga mati dibunuh Dua .. - Mgazette - 17/02 2:22 pm # Dua kanak-kanak perempuan antara lima sekeluarga mati dibunuh KUANTAN - Mayat dua kanak-kanak perempuan antara lima individu yang terlibat dalam kejadian bunuh awal pagi tadi di Lorong Cehrating Damai di sini hari ini |
|
Lima sekeluarga ditemukan maut di sebuah rumah dipercayai dibunuh Lima .. - Mgazette - 17/02 2:22 pm # Lima sekeluarga ditemukan maut di sebuah rumah dipercayai dibunuh KUANTAN - Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini |
|
Masalah kewangan mungkin punca suspek bunuh ibu, isteri dan dua anak - Polis - Sinarharian - 17/02 2:14 pm KUANTAN Polis tidak menolak kemungkinan masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak mencederakan empat ahli keluarganya sehingga maut di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suspek berusia 32 tahun dipercayai menyerang ibu kandung, isteri serta dua anak perempuannya sebelum dia ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat mencederakan diri sendiri.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sedang menyiasat motif kejadian dari pelbagai aspek sehingga menyebabkan suspek bertindak sedemikian."Berdasarkan maklumat awal suspek baru berhenti bekerja kerja di Selangor bulan lalu dan baru memulakan pekerjaan di daerah ini."Dia tinggal di rumah ibunya bersama isteri, anak-anak dan tiga adiknya sejak sebulan lalu."Motif kita dalam siasatan lanjut, tapi kita tidak menolak kemungkinan masalah kewangan atau apa, dan kita masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Selasa.Beliau menambah, semakan awal juga mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan masalah mental.Terdahulu, Yahaya berkata, insiden tragis itu disedari salah seorang adik lelaki suspek berusia 15 tahun yang berada di rumah selepas mendengar kekecohan di dalamrumah tersebut"Hasil pemeriksaan mendapati suspek, isterinya berusia 28 tahun serta dua anak perempuan mereka berumur tiga dan empat tahun ditemui maut di dalam sebuah bilik."Ibu suspek berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia di bahagian dapur," jelasnya.Yahaya memaklumkan, pihak juga merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian."Secara kasarnya, terdapat kesan kelar pada tubuh mangsa, namun laporan penuh bedah siasat masih ditunggu," tambah beliau.Kesemua mayat di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh |
|
‘Gatal tangan’ baling mercun, kan dah kena tangkap - Kosmo - 17/02 2:09 pm SEREMBAN – Tiga remaja lelaki yang dipercayai melempar mercun ke dalam kawasan rumah penduduk di Taman Senawang Jaya di sini direman selama empat hari bermula hari ini |
|
Bunuh lima sekeluarga: Anak bongsu tunjuk ke dalam rumah bila ditegur jiran - Utusan - 17/02 2:02 pm KUANTAN: Jiran paling dekat dengan rumah kes bunuh melibatkan lima sekeluarga di Taman Cerating Damai, di sini, terkejut mendapat tahu kejadian itu kerana tidak mendengar bunyi bising atau pertengkaran |
|
Tiga remaja bawah umur direman baling mercun dalam rumah warga emas - Sinarharian - 17/02 1:54 pm SEREMBAN - Tiga lelaki yang videonya tular kerana membaling mercun ke dalam rumah seorang warga emas di Taman Senawang Jaya di sini pada Sabtu lalu telah ditahan polis.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini pada malam Isnin.Menurutnya, mereka telah direman selama empat hari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa."Mereka direman bermula hari ini hingga 20 Februari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan memiliki atau membakar mercun tanpa kebenaran," katanya.Sebelum ini, media melaporkan laporan berkaitan kes baling mercun terbabit diterima polis pada jam 1.45 petang pada Isnin, manakala kejadian berlaku kira-kira jam 8.12 malam pada Sabtu lalu. |
|
Saya nasihat ibu jangan berhubung dengan suspek selepas putus tunang - Utusan - 17/02 1:40 pm KOTA KINABALU: “Saya ada menasihati ibu supaya tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki itu, walaupun sekadar kawan |
|
Mother, daughter face sombre Chinese New Year after fire destroys flat - Star - 17/02 1:32 pm BUTTERWORTH: A mother and daughter endured a terrifying ordeal when a fire destroyed their home and all their Chinese New Year festive preparations at Flat Taman Bagan Lalang |
|
Kes bunuh di Kuantan: Lelaki disyaki bunuh ibu kandung, isteri dan dua anak - Hmetro - 17/02 1:23 pm Kuantan: Seorang lelaki disyaki membunuh ibu kandung, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri dalam kejadian pembunuhan kejam di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, di sini, hari ini |
|
DHPP Marang dilancarkan perkukuh perpaduan pelbagai kaum - Harakahdaily - 17/02 12:27 am MARANG: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Peringkat Kawasan Marang dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis penuh muhibah di Dataran Taman Rekreasi Madani, Taman Raya Wakaf Tapai, di sini, baru-baru ini |
|
Kes bunuh di Kuantan: Dua kanak-kanak antara lima mangsa maut - Hmetro - 17/02 12:00 am Kuantan: Mayat lima sekeluarga yang dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai, pagi ini difahamkan turut membabitkan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun |
|
Family of five found dead in Kuantan house - SUN - 17/02 11:55 am A family of five was found dead in a Kuantan house in a suspected murder case, with police cordoning off the scene for forensic investigation |
|
Family of five found dead in Kuantan house in suspected murder - BorneoPost - 17/02 11:41 am KUANTAN (Feb 17): A family of five were found dead, believed to have been murdered in a house in Lorong Cherating Damai, Kuantan this morning |
|
Penunggang motosikal parah tersepit belakang lori sampah - Sinarharian - 17/02 11:14 am GEORGE TOWN Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori sampah dalam kemalangan di Jalan Free School, Taman Free School, pada Selasa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai sebelum tiba tujuh minit kemudian."Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah."Penunggang motosikal didapati tersepit di bahagian belakang lori tersebut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, mangsa yang berusia 36 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan berada dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui di lokasi kejadian."Anggota bomba yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit."Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.24 pagi sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut," ujarnya.Menurut beliau, operasi yang melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT itu turut dibantu pihak polis dan KKM."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.37 pagi selepas keadaan disahkan selamat," katanya lagi. |
|
5 sekeluarga maut disyaki dibunuh - FMT - 17/02 11:11 am Kejadian berlaku di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan, sekitar 7 pagi tadi |
|
Lima sekeluarga ditemukan maut di sebuah rumah dipercayai dibunuh - Hmetro - 17/02 10:57 am Kuantan: Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini |
|
Lima sekeluarga ditemui mati disyaki dibunuh - Sinarharian - 17/02 10:11 am KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cerating Damai 2, Taman Cerating Damai, di sini pada Selasa.Mangsa terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun.Kejadian disedari oleh salah seorang ahli keluarga yang kebetulan pulang dari kerja kira-kira jam 6.30 pagi.Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.Sidang media akan diberikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman. |
|
Lelaki mengaku empat kali curi ubat, paracetamol dijel 12 bulan - Mgazette - 17/02 8:27 am # Lelaki mengaku empat kali curi ubat, paracetamol dijel 12 bulan MELAKA - Padah mencuri puluhan ubat-ubatan termasuk 28 papan paracetamol melibatkan nilai lebih RM853.20 sejak tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini |
|
Aktivis dakwa dilayan kasar ketika ditahan di IPD Gombak - Sinarharian - 16/02 5:49 pm SHAH ALAM - Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mendakwa beliau dilayan seperti binatang dan dibogelkan sebelum diberi baju lokap ketika ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung isu perobohan kuil tidak sah di Taman Rawang Perdana.Tamim Dahri berkata, layanan yang diterimanya di sana lebih kasar berbanding pengalaman terdahulu di lokap Dang Wangi, malah beliau dibentak-bentak seperti seorang pesalah.Menurutnya, beliau dan rakan-rakan membuat laporan polis selepas dikepung oleh sekumpulan lelaki India yang bersenjatakan kayu atau batang besi."Bagaimanapun, pihak yang mengepung dan mengancam kami pula tidak ditahan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |