///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Tahap News   Page 1    



NASA Bantu Tune EV Ferrari Luce - Careta - 29/03 7:05 pm

Ketua Pegawai Eksekutif Benedetto Vigna mendedahkan bahawa pihak mereka bukan sahaja merujuk pusat perubatan, malah mendapatkan pandangan daripada NASA untuk memahami tahap pecutan yang boleh mengganggu otak manusia





Hujan lebat, ribut petir landa Kedah, Perak petang ini - Mgazette - 29/03 7:01 pm

Di Johor, kawasan yang terlibat adalah Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, lapor MetMalaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di Kedah dan Perak kini dilanda gelombang haba Tahap 2 dengan suhu maksimum harian mencecah hingga 37 hingga 40 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut yang lalu.





Cuaca panas: Sekolah di daerah Kota Setar, Pendang laksana PDPR tiga... - Mgazette - 29/03 7:01 pm

# Cuaca panas: Sekolah di daerah Kota Setar, Pendang laksana PDPR tiga hari mulai esok ALOR SETAR - Pengoperasian sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula esok hingga Selasa. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menunjukkan tahap suhu harian Tahap 2 telah direkodkan selama tiga hari berturut-turut dari 26 hingga 28 Mac di kedua-dua daerah





Aras Empangan Bukit Merah kritikal Tahap 1, pesawah dinasihat guna air .. - Mgazette - 29/03 7:01 pm

# Aras Empangan Bukit Merah kritikal Tahap 1, pesawah dinasihat guna air berjimat KUALA LUMPUR - Status semasa Empangan Bukit Merah di Perak berada pada aras Kritikal Pengairan Tahap 1 iaitu 6.965 meter (m) berbanding aras berjaga-jaga 7.62 m





Biarpun tersingkir, bermain untuk kebanggaan negara lawan Vietnam - Mgazette - 29/03 7:01 pm

"(Ia) bagi menunjukkan kebanggaan kami sebagai rakyat Malaysia, katanya dalam rakaman video yang dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada media hari ini. Ketika ditanya sama ada beliau berharap untuk beraksi dalam edisi Piala Asia 2031, Lambert mengakui usia beliau akan berada dalam lingkungan 30-an kerana ketika ini beliau berusia 28 tahun dan perlu mengekalkan tahap kecergasan





Perlis, 9 daerah di Kedah rekod cuaca panas tahap satu - Mgazette - 29/03 7:01 pm

# Perlis, 9 daerah di Kedah rekod cuaca panas tahap satu KUALA LUMPUR - Perlis dan sembilan daerah di Kedah merekodkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sehingga pukul 4 petang tadi





Artikel Pilihan 10 Kereta Paling Jimat Minyak (ice Vs Mhev Vs Hev Vs Phev) .. - Mekanika - 29/03 7:01 pm

3. Sementara itu,** Toyota Vios 1.5 **membuktikan bahawa enjin petrol moden masih mampu memberikan tahap kecekapan yang baik





Artikel Pilihan Chevrolet Corvette Grand Sport Kembali. 535 Hp V8 6.7 .. - Mekanika - 29/03 7:01 pm

Enjin ini menghasilkan sekitar 535 kuasa kuda dan 705Nm tork, menjadikannya antara enjin NA paling berkuasa dalam sejarah Corvette. Ia bukan sekadar peningkatan biasa, tetapi dibangunkan dengan teknologi terkini termasuk nisbah mampatan tinggi 13.0:1, throttle body yang lebih besar, sistem intake jenis tunnel ram untuk aliran udara lebih efisien, serta komponen dalaman ditempa (forged) bagi memastikan ketahanan pada tahap maksimum





Cuaca panas: Penduduk di Kedah lega hujan walaupun sekejap - Sinarharian - 29/03 5:28 pm

ALOR SETAR Hujan dalam tempoh singkat pada Ahad petang, memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk di beberapa daerah di Kedah selepas beberapa bulan mereka berdepan cuaca panas.Penduduk di Titi Gajah, Pantai Johor di sini, Sayuti Wan Chik berkata, hujan pada kira-kira jam 3 petang itu amat dinanti-nantikan kerana sedikit sebanyak membantu menurunkan suhu panas.Menurutnya, suhu di daerah Kota Setar sebelum ini mencecah Tahap Dua (gelombang haba) dengan bacaan sekitar 38 darjah Celsius sejak beberapa hari lalu."Alhamdulillah, petang ini hujan walaupun hanya beberapa minit, memang terasa nikmatnya kerana dapat menurunkan sedikit suhu panas ini," katanya pada Ahad.Penduduk di Pekan Jitra 3, Mahdzir Hasan pula berkata, dia juga bersyukur walaupun hujan selama 15 minit namun cukup untuk mengurangkan rasa bahang.Menurutnya, walaupun hujan renyai dan sekejap sahaja, orang ramai tetap bersyukur.Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, hampir semua daerah di negeri ini dijangka menerima hujan atau ribut petir pada sebelah petang kecuali Langkawi dan Bandar Baharu.Menurutnya, keadaan itu adalah normal ketika fasa peralihan monsun yang lazimnya membawa hujan dan ribut petir pada waktu petang."Orang ramai dinasihatkan supaya peka terhadap perubahan cuaca dan sentiasa merujuk laman web serta media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya.Terdahulu, media melaporkan bahawa seramai 86,030 pelajar daripada 206 sekolah di daerah Kota Setar dan Pendang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas kedua-dua daerah itu merekodkan suhu Tahap Dua selama tiga hari berturut-turut sejak Khamis lalu.





Status Cuaca Panas: 10 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga - Siakapkeli - 29/03 4:47 pm

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini status cuaca panas yang melibatkan 10 kawasan di Semenanjung Malaysia.





Dakwaan Sabah, Sarawak terima 'layanan istimewa' harga diesel tidak tepat - G57 - Sinarharian - 29/03 4:17 pm

KOTA KINABALU - Naratif yang mendakwa Sabah dan Sarawak menerima 'layanan istimewa' berhubung harga diesel lebih rendah berbanding Semananjung adalah tidak tepat serta mengelirukan, kataPengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Sabah (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar.Beliau berkata, diesel bukan sekadar pilihan bahan api, sebaliknya menjadi nadi kehidupan masyarakat terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.Katanya, penggunaan diesel di Sabah meliputi pelbagai sektor termasuk pengangkutan darat, bot, logistik serta penjanaan elektrik yang menjadi keperluan harian rakyat."Hakikatnya, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan yang kekal sekitar RM2.15 seliter bukan satu bentuk keistimewaan, tetapi satu keperluan asas yang tidak boleh dinafikan."Di Sabah dan Sarawak, diesel bukan pilihan, ia adalah nadi kehidupan yang digunakan secara meluas untuk pengangkutan darat, bot, sektor logistik serta penjanaan elektrik terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Jelasnya, keadaan jalan raya di banyak kawasan di Sabah juga masih mencabar yang mana sebahagian laluan tidak berada pada tahap memuaskan sehingga tidak memungkinkan penggunaan kenderaan biasa."Ramai rakyat terpaksa bergantung kepada kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan diesel sebagai keperluan harian."Ini bukan soal pilihan gaya hidup, tapi ini soal keperluan untuk bergerak dan meneruskan kehidupan





Orang ramai ambil langkah berjaga-jaga hadapi gelombang haba - Mkini - 29/03 2:28 pm

Susulan suhu tinggi pada waktu siang akibat gelombang haba Tahap 1 dan 2 yang melanda beberapa daerah di Kedah.





Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian - Murai - 29/03 1:00 pm

Nama usahawan kosmetik sensasi, Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Setiap kali berkongsi kehidupan mewah di media sosial, pasti ada sahaja netizen yang tertanya-tanya tentang tahap kekayaan sebenar usahawan tersebut





Empat daerah di Kedah catat gelombang haba tahap 2 setakat pagi ini - Mkini - 29/03 11:14 am

Beberapa kawasan lain di Kedah pula merekodkan cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga).





4 daerah di Kedah rekod gelombang haba Tahap 2 - FMT - 29/03 11:06 am

Berdasarkan data MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Kedah pula merekodkan cuaca panas Tahap 1, yang turut direkodkan di Perlis, Pulau Pinang dan Perak.





Empat daerah di Kedah catat gelombang haba Tahap 2 - Sinarharian - 29/03 10:54 am

KUALA LUMPUR - Empat daerah di Kedah, iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat jam 6 pagi tadi.Berdasarkan data dikemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan lain di Kedah pula merekodkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik.Status cuaca panas Tahap 1 turut direkodkan di seluruh Perlis, Seberang Perai Utara di Pulau Pinang serta Kinta, Kuala Kangsar dan Hulu Perak di Perak.Cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celcius manakala Tahap 1 antara 35 hingga 37 darjah Celcius.Kedua-dua tahap direkodkan apabila suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah memaklumkan pengoperasian sekolah di Kota Setar dan Pendang dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula hari ini.Keputusan itu berdasarkan laporan MetMalaysia yang menunjukkan tahap suhu harian Tahap 2 telah direkodkan selama tiga hari berturut-turut dari 26 hingga 28 Mac di daerah tersebut





Gelombang haba: Sekolah di Kota Setar, Pendang laksanakan PdPR tiga hari - Mkini - 28/03 8:52 pm

Susulan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menunjukkan tahap suhu harian Tahap 2 telah direkodkan selama tiga hari berturut-turut.





'Kita ada tanggungjawab untuk pastikan warga kota amal gaya hidup sihat' - Hannah - Sinarharian - 28/03 8:33 pm

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Perbadanan Putrajaya akan terus menyediakan fasiliti serta infrastruktur sukan yang terbaik bagi memastikan warga kota dapat mengamalkan gaya hidup sihat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, penyediaan kemudahan berkualiti serta ruang yang selamat di Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk beriadah sangat penting memandangkan komuniti pelari kini semakin berkembang.Menurut Hannah, pihaknya juga bertanggungjawab memastikan warga kota terus bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat memandangkan tahap obesiti di Wilayah Persekutuan merekodkan statistik paling tinggi."Di Kuala Lumpur, komuniti yang berlari sangat besar





Gelombang haba: Orang ramai perlu had masa di luar bangunan, banyak minum air kosong - KKM - Sinarharian - 28/03 6:11 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai untuk mengehadkan masa di luar bangunan serta mengurangkan aktiviti fizikal luar sebagai langkah utama melindungi diri daripada risiko kesihatan sepanjang musim gelombang haba.Dalam kenyataan hari ini, KKM turut menggariskan lima lagi panduan, iaitu memastikan tubuh kekal terhidrat dengan meminum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.Selain itu, orang ramai diingatkan agar tidak duduk di dalam kenderaan yang diparkir serta tidak meninggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan bagi mengelakkan risiko kesihatan serius.KKM juga menyarankan penggunaan kipas atau penyaman udara untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas."Orang ramai digalakkan memakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang serta menggunakan topi atau payung bagi melindungi diri daripada pendedahan terus kepada sinaran matahari," menurut kenyataan itu.KKM memaklumkan kesemua enam panduan tersebut terkandung dalam video berdurasi satu minit tiga saat yang dimuat naik di platform media sosial rasmi kementerian, iaitu X, Facebook, Instagram dan TikTok.Menurut kementerian itu, gelombang haba merupakan tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca panas."Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut," menurut KKM.KKM turut menasihati orang awam untuk mengikuti arahan pihak berkuasa dan mendapatkan perkembangan cuaca semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Semakan di laman sesawang MetMalaysia mendapati setakat 5 petang ini, Alor Setar di Kedah mencatat suhu tertinggi, iaitu 36 darjah Celcius diikuti Kangar, Perlis (35 darjah Celcius), Ipoh, Perak (34 darjah Celcius) dan Senai, Johor (32 darjah Celcius)





'Malaysia bertahan kerana berjimat, ada subsidi bersasar' - Sinarharian - 28/03 5:33 pm

IPOH - Langkah awal penjimatan dan penstrukturan semula subsidi yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini menjadikan ekonomi negara kekal stabil meskipun konflik Asia Barat semakin memuncak.Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, asas ekonomi yang diperkukuh sebelum krisis berlaku itu membolehkan kerajaan mampu menampung kos subsidi bahan api terutama RON95 meskipun berlaku kenaikan harga minyak dunia.Menurutnya, lonjakan kos subsidi bahan api ketika ini bukan kecil apabila meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM4 bilion sebulan."Kalau ada pihak menyerang, mengatakan usaha kerajaan masih tidak mencukupi, saya ingin tegaskan bahawa kemampuan kita bertahan hari ini adalah hasil penjimatan dan penstrukturan semula subsidi yang telah dilakukan sebelum ini."Keupayaan itu daripada situ," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Satelit: Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat 2.0 Santuni Komuniti Tanjung Rambutan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.Muhammad Kamil berkata, situasi semasa masih berada dalam kawalan dengan kerajaan terus memantau rapat perkembangan termasuk laluan perkapalan di Selat Hormuz yang kini menunjukkan perkembangan positif.Katanya, kerajaan juga terus menilai keperluan memperkenalkan langkah tambahan termasuk kemungkinan pakej rangsangan ekonomi bergantung kepada tahap impak konflik tersebut."Kerajaan bermesyuarat setiap minggu untuk memantau keadaan semasa dan mempertimbangkan pendekatan terbaik agar ekonomi negara kekal mapan tanpa mengetepikan kebajikan rakyat," katanya.Sementara itu, Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan bersama pemimpin politik termasuk pembangkang bagi membincangkan impak konflik global terhadap negara.Beliau berkata, situasi semasa menuntut semua pihak mengetepikan perbezaan politik dan tampil dengan cadangan penyelesaian yang konstruktif, bukannya sekadar melontarkan kritikan yang tidak berpaksikan realiti."Kalau ada cadangan yang baik itu (sudah pasti) boleh dipertimbangkan oleh kerajaan





Paras air empangan di Melaka menyusut - FMT - 28/03 12:10 am

Paras air di Empangan Durian Tunggal berada pada tahap kira-kira 70%, Empangan Jus pula 60% dan Empangan Asahan dengan paras 90%.





Paras air empangan di Melaka menyusut - Hotfm - 28/03 12:10 am

Paras air di Empangan Durian Tunggal berada pada tahap kira-kira 70%, Empangan Jus pula 60% dan Empangan Asahan dengan paras 90%.





Tujuh kawasan di Semenanjung alami gelombang haba - MetMalaysia - Sinarharian - 28/03 9:44 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia direkodkan berada pada Tahap 2 (gelombang haba) setakat pagi ini.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Perlis; di Kedah meliputi Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling; serta Hulu Perak di Perak.Dalam perkembangan sama, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi turut menunjukkan 13 kawasan lain berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).Kawasan tersebut ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak; serta Jerantut di Pahang.MetMalaysia menjelaskan, Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, Tahap 1 merujuk kepada keadaan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tempoh yang sama.





Sekolah boleh ditutup jika suhu cecah 37 darjah selsius - Mgazette - 28/03 7:38 am

# Sekolah boleh ditutup jika suhu cecah 37 darjah selsius GOPENG Pentadbir sekolah dibenarkan membuat keputusan untuk menutup operasi buat sementara waktu sekiranya cuaca panas mencapai tahap amaran dua, iaitu apabila suhu tertinggi melebihi 37 darjah selsius selama tiga hari berturut-turut





Muhyiddin cadang MTEN diaktifkan dalam status krisis, bersidang secara .. - Mgazette - 28/03 7:38 am

"Langkah seperti penyelarasan BUDI95 dan kawalan diesel dilihat lebih bersifat pentadbiran dan tidak menangani isu asas keterjaminan bekalan tenaga negara. "Rakyat berhak mengetahui tahap sebenar rizab, tempoh ketahanan bekalan serta pelan kontingensi sekiranya berlaku gangguan besar," katanya





Kedah masih panas termasuk Langkawi, Perak dan Pulau Pinang mula ‘berbahang’ - Kosmo - 27/03 9:14 pm

PETALING JAYA Sebanyak enam kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) apabila mencatatkan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut





Perlis, beberapa daerah di Kedah, Perak catat gelombang haba Tahap 2 - Sinarharian - 27/03 7:27 pm

KUALA LUMPUR - Seluruh Perlis,empat daerah di Kedah dan satu di Perakmencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala13 kawasan lain di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan dalam kemas kini status cuaca panas pada jam 4 petang, empat daerah di Kedah yang terlibatialahKota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling manakala Perak melibatkan daerah Hulu Perak.Sementara itu, 13 kawasan yang berada padaTahap 1 adalah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Sik, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang) serta Selama, Kinta, Kuala Kangsar danPerak Tengah di Perak.Menurut MetMalaysia, Tahap 2atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Manakala Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh dirujuk di ..





Kemas Kini: Enam Kawasan Rekod Cuaca Panas Tahap 2 - Siakapkeli - 27/03 6:51 pm

Kemas Kini: Enam Kawasan Rekod Cuaca Panas Tahap 2 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkanenamkawasan di Semenanjung





Sekolah boleh ditutup jika suhu cecah 37C tiga hari berturut-turut – KPM - Thempress - 27/03 6:36 pm

GOPENG Pentadbir sekolah diberi kuasa menutup operasi sementara sekiranya cuaca panas mencapai tahap amaran dua, iaitu apabila suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut





Situasi bekalan minyak Malaysia masih terkawal, cukup hingga Mei - Thempress - 27/03 6:00 pm

SHAH ALAM – Kedudukan bekalan minyak negara ketika ini masih berada pada tahap terkawal dan belum seteruk beberapa negara jiran yang terpaksa melaksanakan catuan susulan konflik di Asia Barat, kata…





MTEN perlu diaktifkan segera tangani krisis ekonomi - Muhyiddin - Sinarharian - 27/03 5:18 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa susulan ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MTEN perlu bersidang secara harian dengan penglibatan sektor awam dan swasta bagi memantau perkembangan global serta menyusun tindak balas yang pantas dan bersepadu.Beliau berkata, pendekatan tersebut pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 19971998, 2008 serta pandemik COVID-19 dan terbukti berkesan dalam mengurus tekanan ekonomi negara."Pakej rangsangan perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk melindungi sektor-sektor kritikal dan pemain industri, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi dapat diminimumkan."Apa yang diperlukan rakyat adalah hala tuju ekonomi yang jelas iaitu strategi menangani inflasi, jaminan bekalan makanan dan tenaga, serta perlindungan terhadap pendapatan dan kelangsungan perniagaan tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah Muhyiddin, kepimpinan negara perlu bertindak tegas dan memberikan kejelasan dalam situasi genting ketika ini."Kegagalan berbuat demikian hanya akan menghakis keyakinan rakyat dan pasaran terhadap keupayaan kerajaan mengurus krisis ini," ujarnya lagi.Beliau berpandangan, perutusan khas Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan kebimbangan rakyat bahawa keadaan ekonomi semakin mencabar susulan ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat.Bagaimanapun, menurutnya, ia gagal memberikan keyakinan bahawa kerajaan mempunyai pelan yang jelas, tersusun dan segera untuk menghadapi kemungkinan kegawatan global."Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali daripada risiko kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan tekanan inflasi. Persoalannya, adakah kerajaan benar-benar bersedia?" katanya lagi.Beliau menyifatkan langkah seperti penyelarasan BUDI95 dan kawalan diesel dilihat bersifat pentadbiran semata-mata tanpa menjawab isu asas keterjaminan bekalan tenaga.Muhyiddin berpandangan rakyat berhak mengetahui tahap sebenar rizab, tempoh ketahanan bekalan serta pelan kontingensi sekiranya berlaku gangguan besar."Kenyataan bahawa Malaysia berada dalam keadaan lebih baik juga tidak memadai tanpa penjelasan terperinci yang jelas





Tak sampai tahap perlu bercatu, bekalan minyak cukup sampai Mei - Harapandaily - 27/03 5:10 pm

Perdana Menteri memberi jaminan bekalan minyak semasa negara masih mencukupi untuk tempoh hingga Mei, namun kerajaan tidak bergantung kepada jaminan itu semata-mata dan mula mencari sumber alternatif sebagai langkah berjaga-jaga. Pun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia masih belum berada di tahap rumit seperti negara jiran yang terpaksa melakukan catuan bekalan minyak susulan ketegangan..





Boleh tutup sekolah jika suhu lebih 37 darjah Celsius - Kosmo - 27/03 2:46 pm

GOPENG – Pentadbir dibenarkan menutup sementara sekolah sekiranya cuaca panas mencapai tahap amaran dua, dengan suhu mencecah lebih 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut





Litar COTA mirip Aragon - Sinarharian - 27/03 9:10 am

PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli berpeluang melakukan kejutan pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat yang berlangsung hujung minggu ini di Litar Americas (COTA) di Austin, Texas.Hakim Danish memiliki rekod cemerlang di litar berbentuk anticlockwise (lawan arah jam), termasuk kemenangan di Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025 di Aragon, Sepanyol iaitu litar yang menampilkan banyak selekoh kiri mirip karakter COTARekod ini dijangka menjadi aset penting bagi pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu untuk bersaing dengan pelumba lain.Namun, pusingan ketiga musim ini turut menjadi ujian getir bagi Hakim Danish memandangkan ini kali pertama beliau beraksi di COTA.Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, litar di Austin terkenal sebagai antara trek paling mencabar dalam kalendar perlumbaan, terutama Sektor 1 dan Sektor 2 yang mempunyai selekoh teknikal memerlukan kelancaran tunggangan serta momentum tinggi."Ia satu cabaran besar buat Hakim Danish kerana ini kali pertama dia akan berlumba di sini."Litar ini sangat mencabar dan tidak mudah untuk dikuasai, terutamanya di Sektor 1 dan Sektor 2," kata Zulfahmi.Bagaimanapun, Zulfahmi optimis Hakim Danish mampu menyesuaikan diri dengan cepat berdasarkan peningkatan prestasi ditunjukkan minggu lalu di GP Brazil.Pada sesi kelayakan GP Brazil, Hakim Danish meraih tempat ketiga dan memulakan perlumbaan dari barisan hadapan sebelum menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik, sekali gus mengutip enam mata berharga."Saya yakin keputusan cemerlang di GP Brazil memberikan Hakim Danish keyakinan tambahan untuk menghadapi Litar COTA."Harapan saya supaya dia dapat mempelajari selok-belok litar ini dengan pantas dan mengekalkan tahap prestasi sama seperti di Brazil," tambah Zulfahmi.Walaupun kini berada di tangga ke-13 dengan enam mata dalam kedudukan keseluruhan Moto3 2026, pengalaman Hakim Danish di litar anticlockwise memberinya kelebihan strategik dan potensi untuk mengejutkan pelumba lain.





Peluang reformasi institusi yang terbazir - FMT - 27/03 9:00 am

Kegagalan meluluskan RUU mengehadkan tempoh jawatan PM mencerminkan tahap disiplin Ahli Parlimen dan semangat reformasi.





Malaysia catat pencapaian terbaik domain Penulisan SEA-PLM 2024 - Mgazette - 27/03 7:45 am

Sebanyak 21 peratus murid Malaysia berada pada band pencapaian tertinggi iaitu Band 5 ke atas, berbanding purata serantau sebanyak lima peratus. "Pencapaian ini menunjukkan tahap pemikiran kritis murid yang merangkumi kandungan, konteks serta proses penyampaian idea dalam penulisan





Kenaikan diesel tekan kos sara hidup, Nor Hizwan cadang tubuh .. - Mgazette - 27/03 7:45 am

Antara langkah yang boleh dipertimbangkan termasuk pemberian insentif sementara seperti pengurangan cukai, sokongan bil elektrik, bantuan penyelenggaraan kenderaan, subsidi tenaga kerja serta bantuan bayaran tol kepada penggiat industri makanan asas. Pendekatan ini penting bagi membantu pemain industri mengekalkan harga jualan pada tahap munasabah, jelasnya





Segera hadapkan Victor Chin, isteri ke muka pengadilan – MCW - Mgazette - 27/03 7:45 am

# Segera hadapkan Victor Chin, isteri ke muka pengadilan - MCW KUALA LUMPUR Siasatan terhadap ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long dan isterinya, Chan Swee Ying perlu diberi keutamaan segera dengan kedua-duanya dihadapkan ke muka pengadilan bagi menjawab segala pendakwaan yang timbul. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, dakwaan yang dibangkitkan serta perhatian media tempatan dan antarabangsa bukan sahaja menyentuh integriti sektor korporat malah memberi kesan langsung kepada imej negara, keyakinan pelabur dan tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang





Usaha pulih 3,000 hektar sawah padi terbiar dalam tempoh lima tahun - Thempress - 26/03 10:56 pm

KOTA KINABALU Sekurang-kurangnya 3,000 hektar kawasan sawah padi terbiar di Sabah disasarkan untuk diusahakan semula dalam tempoh lima tahun bagi meningkatkan tahap Sara Diri Beras Tempatan (SSL) negeri kepada…





Penyelarasan kelayakan BUDI95: 300 liter sebulan kepada 200 liter mulai April ini - Anwar - Sinarharian - 26/03 7:20 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan membuat penyelarasan kelayakan Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan, bermula 1 April ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bersifat sementara, sementara menunggu keadaan minyak, bekalan minyak dan ekonomi dunia pulih, namun keadaan itu belum menunjukkan tanda ke arah tersebut."Maka untuk meringankan beban rakyat, saya tegaskan BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter."Tetapi bagi had siling e-hailing dan pekerja gig, kita kekalkan had siling sehingga 800 liter mengambil kira tanggungjawab, pekerjaan dan urusan yang mereka harus lakukan," katanya dalam perutusan khas pada Khamis.Anwar berkata, kerajaan turut memohon kerjasama rakyat agar memahami langkah yang terpaksa diambil berkenaan.Menurutnya, pelbagai tohmahan dan tafsiran mungkin timbul, namun kerajaan memastikan setiap keputusan dibuat secara teliti dan berhemah."Langkah ini terpaksa kita ambil kerana tekanan yang kita hadapi dan saya percaya ada yang akan membuat pelbagai tohaman dan tafsiran yang tak boleh kita elak."Tatapi percayalah, saya tidak mahu rakyat merasa tertekan dan langkah-langkah kita itu sangat teliti dan berhemah."Umpamanya, kita ada pelaksanaan Budi95. Semua negara, termasuk negara jiran, menaikkan harga minyak, tapi Malaysia mengambil keputusan untuk mengekalkan harga minyak BUDI95 pada kadar RM1.99," katanya.Beliau berkata, kerajaan turut meneliti tahap penggunaan BUDI95 dalam kalangan rakyat sebelum membuat penyelarasan."Kita dapati, purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter, maknanya majoriti rakyat guna hanya 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang dari 200 liter sebulan, maka tidak terjejas," katanya.





Perlis, empat daerah di Kedah catat gelombang haba Tahap 2 - Mkini - 26/03 6:03 pm

Manakala 16 lagi kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat 4 petang ini, kata MetMalaysia.





Perlis, 4 daerah Kedah catat gelombang haba Tahap 2 - Hmetro - 26/03 5:41 pm

Kuala Lumpur: Seluruh Perlis dan empat daerah di Kedah mencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat 4 petang ini





Kemas Kini: Lima Kawasan Rekod Cuaca Panas Tahap 2 - Siakapkeli - 26/03 5:08 pm

Kemas Kini: Lima Kawasan Rekod Cuaca Panas Tahap 2 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkanlimakawasan di Semenanjung





Cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga - Mgazette - 26/03 4:11 pm

Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil perhatian serius perkara ini bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena cuaca panas dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun depan. Baginda bertitah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut berperanan penting dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan berikutan cuaca panas semasa yang berpotensi mencetuskan peningkatan kes kebakaran





Takungan air di Empangan Muda rekod paras terendah, 8.04 peratus - Mgazette - 26/03 4:11 pm

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Dr Ismail Salleh berkata, Empangan Muda sangat penting dan berperanan mengumpul air sebelum menyalurkan kepada Empangan Pedu untuk penyaluran air pengairan ke Kawasan Muda bagi tanaman padi. Isunya di sini, selepas beberapa bulan kemarau, paras takungan air di Empangan Muda berada pada tahap sekitar lapan peratus, tahap yang sangat rendah.Kalau dicampurkan semua, Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning berada sekitar 39 peratus





Bekas pegawai SSM dipenjara 18 bulan, cabul gadis 19 tahun - Mgazette - 26/03 4:11 pm

Alasan setebal 26 muka surat yang diperoleh MalaysiaGazette hari ini melalui laman web kehakiman menyatakan, Mahkamah Tinggi telah mempertimbang semua bukti keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah Majistret. Oleh yang demikian, panel itu berpendapat, Mahkamah Tinggi betul ketika memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan munasabah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan





Lima kawasan di Perak hampir capai gelombang haba - Utusan - 26/03 3:53 pm

PETALING JAYA: Lima kawasan di Perak berada pada tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius, menghampiri tahap gelombang haba





Skandal NexG: Segera hadapkan Victor Chin, isteri ke muka pengadilan - MCW - Sinarharian - 26/03 3:26 pm

KUALA LUMPUR - Polis dan pihak berkuasa lain perlu meletakkan keutamaan ke atas siasatan membabitkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long dan isterinya, Chan Swee Ying dan menghadapkan kedua-dua mereka ke muka pengadilan bagi menjawab pendakwaan.Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, dakwaan yang dibangkitkan termasuk kenyataan oleh pihak berkepentingan dan perhatian yang diberikan oleh media tempatan serta antarabangsa, bukan sahaja menyentuh integriti sektor korporat, malah turut memberi kesan langsung kepada imej negara, keyakinan pelabur, serta tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang.Sehubungan itu, beliau berpandangan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberikan keutamaan tinggi terhadap siasatan kes ini secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh."MCW menegaskan bahawa sekiranya terdapat asas bukti yang mencukupi, tindakan tegas termasuk pendakwaan di mahkamah hendaklah diambil tanpa sebarang kelewatan."Dalam masa yang sama, prinsip keadilan mesti dipelihara, tiada individu boleh dihukum melalui persepsi awam atau tekanan media tanpa proses undang-undang yang sah dan telus," katanya pada Khamis.Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan menggelarkan Victor Chin sebagai syaitan korporat dan mendakwa beliau telah melakukan banyak kesalahan dan turut mempertikaikan bagaimana Chan Swee Ying mendapatkan dana sebanyak RM88 juta untuk membelli 9.53 peratus kepentingan atau 220 juta saham MMAG.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan pihak berkuasa sedang menjejaki Victor Chin, yang menjadi tumpuan susulan dakwaan sindiket pengambilalihan paksa syarikat menerusi pakatan kerana pihak berkuasa mengetahui lokasi Chin, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, memaklumkan Chin berada di luar negara dan pihak berkuasa sedang menjejakinya dengan kerjasama pihak berkuasa antarabangsa.Dalam pada itu, Jais berkata, sekiranya siasatan mendapati wujud risiko gangguan terhadap saksi, bukti atau kemungkinan melarikan diri, pihak berkuasa digesa mempertimbangkan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.Teganya, isu ini tidak boleh dilihat sebagai pertikaian korporat semata-mata kerana ia menyentuh aspek lebih besar iaitu tadbir urus, integriti pasaran modal, serta kredibiliti sistem penguatkuasaan negara.Kata beliau, sebarang persepsi mengenai kewujudan mafia korporat atau campur tangan luar dalam proses undang-undang, jika tidak ditangani dengan tegas, boleh menjejaskan reputasi Malaysia di peringkat global."Justeru, MCW menyeru agar semua pihak memberi ruang kepada siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, namun dalam masa sama memastikan tiada sebarang kelewatan atau layanan istimewa diberikan kepada mana-mana pihak."Prinsipnya jelas, sesiapa yang terlibat mesti disiasat dan jika bukti mencukupi, mesti dihadapkan ke muka pengadilan," katanya





Tun M kembali ke pejabat - Sinarharian - 26/03 2:45 pm

PUTRAJAYA - Selepas lebih dua bulan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Rabu.Beliau yang sebelum ini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 Januari lalu dilihat meneliti beberapa dokumen di meja pejabatnya menerusi rakaman video dimuat naik di laman Facebook rasmi negarawan itu.Menerusi perkongsian berkenaan, beliau dilihat berada dalam keadaan sihat serta kembali menjalankan rutin kerja secara berperingkat.Perkembangan terbaharu itu sekali gus memberi gambaran positif terhadap tahap kesihatan Dr Mahathir selepas insiden menimpanya awal tahun ini.Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun dilapor terjatuh di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor sebelum disahkan mengalami keretakan tulang pinggul.Poses pemulihan melibatkan rawatan susulan dan fisioterapi memakan masa yang panjang atas faktor usia.





Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga - Sinarharian - 26/03 2:23 pm

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh berkenaan.Sultan Ibrahim turut bertitah agar Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius berkenaan perkara itu bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena cuaca panas."Pada masa sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang pembakaran terbuka kerana keadaan panas dan berangin boleh mempercepatkan merebaknya api."Warga emas serta kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya tidak terdedah dengan cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi," titah Seri Paduka Baginda.Yang di-Pertuan Agong bertitah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut berperanan penting dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan berikutan cuaca panas semasa yang berpotensi mencetuskan peningkatan kes kebakaran.Selain itu Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan penyelamat termasuk JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta petugas kesihatan yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh cuaca panas ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah





Malaysia Kini Tempat Ke-13 Negara Paling Aman Di Dunia, Kedua Di ASEAN - Lobakmerah - 26/03 12:36 am

Di tengah-tengah dunia yang semakin bergolak dengan peningkatan konflik antarabangsa, Malaysia terus mengekalkan kedudukannya dalam kelompok elit global apabila disahkan sebagai negara ke-13 paling aman di dunia mengikut laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2025. Malaysia kini berada dalam kategori negara yang mempunyai tahap keamanan “Sangat Tinggi” (Very High) dengan skor keseluruhan 1.469





48 stesen minyak berisiko tinggi berlaku ketirisan subsidi di Kelantan - Careta - 26/03 7:40 am

"Pelaksanaan Ops Tiris 2026 turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan KPDN di lokasi tumpuan awam seluruh negeri. "Operasi ini membabitkan pemantauan sepenuhnya terhadap tahap pematuhan peniaga serta memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi, selain





Malaysia di tempat ke-13 negara paling aman di dunia – KPN - Mgazette - 26/03 7:37 am

Saya yakin, kejayaan ini didorong oleh usaha bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi-agensi penguatkuasaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Walau pun terdapat beberapa insiden mencetuskan kejutan sepanjang tempoh kajian Mac 2025 sehingga Mac 2026, namun tahap keselamatan negara masih berada dalam keadaan baik dan terkawal, katanya berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), di sini, hari ini





Gaji jurutera perlu setimpal dan selari kos sara hidup, elak fenomena... - Mgazette - 26/03 7:37 am

Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, Zainuddin Adan berkata, langkah tersebut bagi memastikan gaji diterima setimpal dengan kelayakan akademik, kemahiran dan tanggungjawab profesional yang mereka pikul. "Dalam banyak kes, gaji permulaan jurutera masih berada pada tahap yang tidak seiring dengan kos sara hidup semasa, khususnya di bandar-bandar utama





Wanita lintas jalan sambil guna telefon bimbit sebabkan nahas 3 kenderaan .. - Mgazette - 26/03 7:37 am

Katanya, siasatan awal mendapati seorang pejalan kaki wanita berbangsa India berumur 20 tahun melintas jalan di lokasi yang bukan merupakan lintasan pejalan kaki. Ketika kejadian, pejalan kaki tersebut dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit yang mungkin menjejaskan tahap kepekaan terhadap keadaan lalu lintas di sekitarnya





Buletin Nio Firefly Dilancarkan Di Thailand ??? 141hp, Jarak Gerak 400km, .. - Mekanika - 26/03 7:37 am

Ruang simpanan juga praktikal dengan frunk 92 liter di bahagian depan dan ruang but belakang yang boleh diperluas sehingga 1,253 liter. Dari sudut keselamatan dan bantuan pemanduan, Firefly dilengkapi sistem bantuan tahap L2 seperti bantuan parkir automatik, kawalan pelayaran adaptif, dan bantuan pertukaran lorong lebuh raya





Politik Malaysia yang berantakan: Adakah gabungan Madani akan bertahan? .. - Wrlr - 26/03 7:02 am

Pembersihan ini dilaporkan dicetuskan oleh percubaan dalaman untuk menggulingkan presiden partinya, Mahiaddin. Pemecatan ahli parti itu mencetuskan gelombang peletakan jawatan dan pembubaran beberapa cawangan parti, menandakan perebutan kuasa yang telah mencapai tahap yang tidak dapat didamaikan





48 stesen minyak dikenal pasti berisiko tinggi berlaku ketirisan subsidi - Sinarharian - 25/03 10:30 pm

KOTA BHARU - Sebanyak 48 stesen minyak yang beroperasi dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan negara di Kelantan dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya aktiviti ketirisan subsidi.Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Aswadi Jaafar berkata, pihaknya kini meningkatkan kekerapan pemeriksaan di stesen minyak terbabit bagi mengelakkan penyelewengan bahan bakar oleh pihak tidak bertanggungjawab."Pelaksanaan Ops Tiris 2026 turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan KPDN di lokasi tumpuan awam seluruh negeri."Operasi ini melibatkan pemantauan sepenuhnya terhadap tahap pematuhan peniaga serta memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi, selain menjamin kestabilan harga kepada pengguna," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, rondaan yang dijalankan juga memfokuskan pemantauan terhadap kenderaan yang disyaki cuba melakukan pengisian berulang menggunakan tong jerikin atau tangki tambahan."Selain itu, pemeriksaan turut dijalankan ke atas pemegang permit dan pemborong yang dikeluarkan oleh KPDN bagi memastikan pematuhan kepada syarat yang ditetapkan."KPDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan penyalahgunaan subsidi, khususnya dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api," katanya





Trend pembakaran terbuka membimbangkan, Kedah catat kes tertinggi - Bomba - Sinarharian - 25/03 10:15 pm

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan operasi pemadaman dan pemantauan secara berterusan selama 24 jam susulan trend kebakaran terbuka yang menunjukkan peningkatan ketara sejak pertengahan Mac.JBPM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan sebanyak 12,222 kes kebakaran terbuka direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 25 Mac lepas, dengan peningkatan kes yang konsisten bermula pada 17 Mac lepas."Bermula pada 17 Mac 2026, trend kebakaran terbuka menunjukkan peningkatan yangkonsisten dan semakin ketara apabila bilangan kes meningkat secara berperingkat daripada 180 kepada 213 kes pada 19 Mac sebelum melonjak secara mendadak kepada 304 kes pada 20 Mac."Peningkatan ini berterusan kepada 363 dan 362 kes pada hari-hari berikutnya, seterusnya mencapai kemuncak tertinggi sebanyak 452 kes pada 23 Mac 2026, menandakan berlakunya lonjakan signifikan dalam tempoh yang singkat," menurut kenyataan itu.JBPM memaklumkan jumlah kes menunjukkan sedikit penurunan kepada 444 dan 439 kes pada 24 dan 25 Mac, namun masih kekal pada paras yang tinggi."Situasi ini menggambarkan bahawa trend kebakaran terbuka masih berada pada tahap membimbangkan dan belum menunjukkan tanda penurunan yangstabil," menurut kenyataan itu.JBPM memaklumkan tempoh dua minggu kebelakangan ini memperlihatkan peralihan daripada keadaan terkawal kepada peningkatan yang lebih agresif, sekali gus memerlukan tindakan berterusan bagi mengawal situasi.Menurut JBPM, Kedah merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka tertinggi, iaitu sebanyak 2,411 kes, diikuti Johor (2,221 kes), Selangor (1,266 kes), Melaka (961 kes) dan Perak (935 kes).Berdasarkan data kehadiran ke lokasi, JBPM memaklumkan kebakaran melibatkan kawasan belukar merupakan jenis kebakaran paling banyak direkodkan, iaitu 9,492 kes atau 77.66 peratus, diikuti kebakaran sampah sebanyak 1,280 kes atau 10.48 peratus, hutan (829 kes atau 6.78 peratus) dan kebun atau ladang (621 kes atau 5.08 peratus).Dalam perkembangan sama, JBPM memaklumkan sebanyak 203 lokasi kebakaran berskala besar melibatkan keluasan melebihi dua hektar dikesan di 44 daerah merangkumi 11 negeri, dengan jumlah keseluruhan kawasan terjejas seluas 2,406.23 hektar.Daripada jumlah itu, sebanyak 1,783.14 hektar atau 74.10 peratus kawasan telah berjaya dipadamkan, manakala baki 623.09 hektar atau 25.90 peratus masih dalam operasi pemadaman, khususnya di Pahang (537.36 hektar) dan Johor (85.73 hektar).Pemantauan berterusan dilaksanakan di kawasan titik panas (hot spot) melalui data ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menerusi sistem Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS), selain pemantauan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) secara 24 jam.JBPM memaklumkan pemantauan dan rondaan juga dilaksanakan melalui tinjauan udara menggunakan helikopter dan dron, selain kerjasama dengan Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Pasukan Bomba Sukarela di seluruh negara.JBPM memaklumkan jumlah kebakaran terbuka yang direkodkan menunjukkan trend turun naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu 13,906 kes pada 2023, meningkat 17 peratus kepada 16,294 kes pada 2024, sebelum menurun kira-kira 39 peratus kepada 9,941 kes pada 2025Sehubungan dengan itu, JBPM menasihati orang ramai supaya segera menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya melihat sebarang kejadian pembakaran terbuka atau membuat laporan kepada JAS jika melibatkan aktiviti manusia.Menurut JBPM, kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dengan hukuman denda hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali





Berat Badan Naik Mendadak, Ini 5 Tanda Tahap Kortisol Anda Tinggi - Siakapkeli - 25/03 7:13 pm

Berat Badan Naik Mendadak, Ini 5 Tanda Tahap Kortisol Anda Tinggi Dalam kehidupan seharian, kebanyakan orang tidak dapat lari daripada tekanan atau stres.





Malaysia negara ke-13 paling aman di dunia, kedua di Asia Tenggara - Sinarharian - 25/03 5:49 pm

KUALA LUMPUR - Lonjakan empat anak tangga Malaysia dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2025 adalah hasil penurunan jenayah indeks sebanyak 6.4 peratus berserta peningkatan 9,000 operasi keselamatan di sempadan dan di seluruh negara.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pencapaian itu membolehkan Malaysia menduduki tempat ke-13 sebagai negara paling aman di dunia, selain menduduki tangga kedua di rantau Asia Tenggara."Saya yakin kejayaan ini didorong oleh usaha bersepadu Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi-agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Walaupun terdapat beberapa insiden serta kejadian yang mencetuskan kejutan sepanjang tempoh kajian Mac 2025 hingga Mac 2026, namun tahap keselamatan negara pada umumnya masih berada dalam keadaan baik dan terkawal," katanya.Mohd Khalid berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, polis kini berdepan era yang amat mencabar untuk kekal relevan sebagai pasukan penguat kuasa terulung negara."Cabaran yang mendatang perlu diharungi demi memenuhi aspirasi kerajaan serta kehendak masyarakat," katanya.Mengambil contoh insiden serangan yang mengorbankan anggota polis di Balai Polis Pinggiran Subang, Selangor pada 2017 dan Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 2024, beliau menegaskan kejadian berkenaan membuktikan wujudnya pihak yang berani mencabar undang-undang serta autoriti negara.Susulan ancaman keselamatan yang semakin rencam dan kompleks, beliau menggesa agar penambahbaikan infrastruktur di premis-premis kritikal serta pindaan undang-undang sedia ada dilaksanakan supaya ia menjadi lebih progresif selari dengan keperluan semasa.Dalam pada itu, Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan tindakan nyata kerajaan yang sentiasa menyokong usaha serta kebajikan warga Sang Saka Biru.Menurut beliau, keprihatinan itu dibuktikan menerusi kelulusan peruntukan keseluruhan berjumlah RM12.063 bilion kepada PDRM pada 2026, di samping peruntukan RM200 juta bagi meluaskan rangkaian perkhidmatan dan kelengkapan teknologi maklumat di balai-balai polis serta kuarters kediaman di seluruh negara.





Cuaca panas: Perlis rekod lebih 500 kes pembakaran terbuka sejak Januari - Mgazette - 25/03 5:09 pm

"Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka, dan segera laporkan (kejadian) kebakaran kepada talian 999," katanya. Sementara itu, berdasarkan Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini, kemas kini status cuaca panas setakat 6 pagi tadi, terdapat 16 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) termasuk Perlis





Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM - Mgazette - 25/03 5:09 pm

# Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan - KKM PUTRAJAYA - Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara ketika ini boleh memudaratkan kesihatan manusia dengan spektrum penyakit berkaitan cuaca panas daripada tahap ringan hingga tahap teruk dan boleh membawa maut, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM)





Mafia korporat: Rafizi dakwa wujud persekongkolan dalam sistem .. - Mgazette - 25/03 5:09 pm

Dalam reaksi terbaharu, Rafizi berkata, situasi menjadi bahaya apabila pihak berkuasa bukan sahaja mengetahui kegiatan tersebut, malah tindakan diambil didakwa memudahkan penjenayah. Pada tahap ini, ia bukan lagi soal menutup mata





Mafia korporat: Polis teliti modus operandi, rangkaian terlibat - Saifuddin - Sinarharian - 25/03 5:03 pm

KUALA LUMPUR Polis sedang meneliti secara menyeluruh dakwaan kewujudan kegiatan mafia korporat, termasuk mengenal pasti modus operandi dan rangkaian yang dipercayai terlibat dalam aktiviti berkenaan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan yang dijalankan oleh polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)."Siasatan turut melibatkan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi memastikan tindakan lebih berkesan dapat diambil."Proses siasatan kini berada pada peringkat awal dengan fokus diberikan kepada pengumpulan maklumat dan bukti sebelum langkah seterusnya dilaksanakan terhadap individu berkaitan."Kertas siasatan telah dibuka dan proses siasatan sedang berjalan. Pihak polis akan mengenal pasti modus operandi terlebih dahulu serta mengumpul bukti berkaitan sebelum memanggil individu yang terlibat," katanya.Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.Saifuddin berkata, sebarang tindakan termasuk sekatan perjalanan terhadap individu berkaitan hanya akan diputuskan selepas siasatan mencapai tahap tertentu."Sama ada perlu menyekat pergerakan atau mengambil tindakan lain, kita serahkan kepada proses siasatan




Reformasi     >>



Iran mulls exit from nuclear weapons treaty - Mkini
Emergency plan to support the nuclear rights of Iran - Tehran MP.
Kroni     >>



Kerian padi farmers concerned as planting season .. - Star
IPOH: Padi farmers in Kerian are expressing concern about the current hot weather, which is causing critical levels at the Bukit Merah Dam. Read full story
Tabloid     >>



Satu soalan bongkar segalanya, Umie Aida puji cara .. - Mdateline
Pelakon Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa syukur dan gembira melihat perkembangan hubungan melibatkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



Samsung Galaxy A57/A37, OnePlus 15T official, Week 13 .. - Gsmarena
The highly anticipated arrival of the Samsung Galaxy A57 and Galaxy A37 went down this week. Both share the core specs of their predecessors but with subtle 2026 improvements - new chipsets, better build quality, and some more AI. The Samsung Galaxy A37 and Galaxy A57 will be available from ..
World     >>



Trump has to open the Strait of Hormuz with ground .. - Aljazeera
Kenneth Katzman says US war objectives in Iran that cannot be met with air power can be met with a ground invasion.
Motor Trend     >>



BYD Dedah Ruang Kabin Baharu Denza D9 Facelift .. - Careta
Kabin Tiga Baris, Fokus Pada Keselesaan Penumpang Denza D9 versi dikemas kini ini masih mengekalkan konfigurasi tiga baris tempat duduk, namun ruang dalamannya kini nampak lebih mewah dan sarat dengan elemen teknologi. Di bahagian depan, kabin menampilkan: kluster instrumen digital skrin