///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Tabung Haji News   Page 1    





Jika MOF yang keluarkan waran, bagaimana KKDW boleh ???terlebih .. - Mygazette - 3/09 8:05 am

Menurutnya, ketelusan berhubung perkara tersebut penting kerana ia membabitkan pengurusan wang rakyat dan prinsip akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan. Beliau turut mengingatkan bahawa polemik berkaitan isu kewangan kerajaan sebelum ini, termasuk isu Tabung Haji, menunjukkan pentingnya dokumen, angka dan kronologi yang jelas bagi membolehkan masyarakat membuat penilaian berdasarkan fakta





Former Tabung Haji COO to be charged in Shah Alam Sessions Court tomorrow - Malaymail - 2/09 7:30 pm

KUALA LUMPUR, Sept 2 A former Lembaga Tabung Haji chief operating officer is expected to be charged at the Shah...





Isu pemilikan saham Azam Baki: Rafizi gesa dedah segera, tidak patut diperam - Sinarharian - 2/09 5:04 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa agar mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mendedahkan dengan segera kertas siasatan mengenai skandal pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang telah pun dibentangkan di Jemaah Menteri.Pengasas Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ia tidak sepatutnya diperam memandangkan kes itu hanya bersifat disiplin mengikut peraturan penjawat awam.Menurutnya, tambahan pula jika pendedahan laporan tersebut boleh membantu menepis serangan-serangan politik yang mencemarkan usaha SPRM menyiasat kes bersabit Tabung Haji."Saya mengikuti perkembangan siasatan SPRM berkenaan Tabung Haji, termasuk siri penahanan yang melibatkan seorang bekas menteri semalam."Dalam tempoh dua minggu yang lepas, tokoh-tokoh pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah direman, ditahan atau didakwa."Saya mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana ahli politik atau penjawat awam yang ada bukti telah melakukan pecah amanah," katanya menerusi Threads pada Rabu.Tambah Rafizi, pada masa yang sama, kredibiliti institusi seperti SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi lain juga adalah sangat penting supaya tindakan-tindakan ini tidak dilihat bermotif politik."Dalam suasana politik sekarang, akibat pertelingkahan di antara Pakatan Harapan (PH) dan BN, saya khuatir usaha SPRM dan agensi penguat kuasa lain untuk membanteras rasuah dikecamukkan dengan tuduhan bermotif politik," ujarnya.





Penahanan ahli politik, kenamaan: SPRM tidak jalankan siasatan semberono - Sinarharian - 2/09 4:15 pm

PUTRAJAYA - Siasatan dan penahanan mana-mana individu termasuk ahli politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilakukan secara semberono, sebaliknya dilaksanakan hasil penyiasatan dan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, tugas SPRM ialah menyiasat berdasarkan aduan."Pihak kami tidak akan melakukan siasatan secara semberono dan ada SOP tertentu."Di peringkat SPRM saya telah menubuhkan satu jawatan kuasa iaitu bagi meneliti kertas siasatan-kertas siasatan lama yang tidak berkeputusan."Terdapat beberapa kertas siasatan yang lama dibuka dahulu di mana setakat hari ini tiada keputusan, jadi jawatan kuasa ini akan menyaring, meneliti semua kedudukan kertas siasatan itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Rabu.Beliau berkata, selepas penelitian dilakukan kemudian diangkat kepada jawatan kuasa sebelum menilai dan meneliti bagi SPRM melihat sama ada wajarkah diakukan pertuduhan, penyiasatan lanjut dan adakan cukup dari segi perudangan.Jelasnya, selepas perkara itu dilihat mungkin akan timbul satu persatu isu.Sebelum ini, beberapa individu kenamaan antara yang disiasat susulan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (LTH).Bahkan, pada Rabu, seorang bekas menteri ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan susulan RCI tersebut berkaitan pelaburan pajakan hotel di Mekah dan Madinah.Selain itu, 28 Ogos lalu, bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan RM1.097 juta, empat tahun lalu.





RCI TH: Bekas menteri direman lima hari ini - Mygazette - 2/09 3:21 pm

PUTRAJAYA - Seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) direman lima hari hingga 6 September ini di Mahkamah Majistret di sini berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)





Pesara Petronas rugi RM1.4 juta, terpedaya phone scam - Mygazette - 2/09 3:21 pm

Selepas membuka akaun tersebut, seorang lelaki tempatan datang berjumpa mangsa di kawasan perumahannya sebelum mangsa menyerahkan kad ATM berserta nombor PIN kepada lelaki berkenaan. Kesemua wang daripada akaun KWSP, ASB dan Tabung Haji, selain hasil gadaian emas berjumlah RM1,417,210 dimasukkan ke akaun Agrobank tersebut, katanya dalam kenyataan hari ini





RCI TH: Bekas menteri UMNO bakal direman pagi ini - Mygazette - 2/09 3:21 pm

# RCI TH: Bekas menteri UMNO bakal direman pagi ini PUTRAJAYA- Seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) era pentadbiran Barisan Nasional sebelum 2018 bakal direman di Mahkamah Majistret di sini berhubung pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini





Jangan pilih bulu dalam siasatan RCI TH, Asyraf Wajdi juga perlu... - Mygazette - 2/09 3:21 pm

# Jangan pilih bulu dalam siasatan RCI TH, Asyraf Wajdi juga perlu dipanggil AMK KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH)





11 detained in MACC probe into Tabung Haji RCI findings - SUN - 2/09 3:11 pm

MACC has detained 11 individuals, including former Tabung Haji officials and a former minister, over matters highlighted in the RCI report on TH.





TH RCI: Several individuals to be charged tomorrow and Friday - MACC chief - Sinardaily - 2/09 3:02 pm

PUTRAJAYA - Several individuals who were previously detained in connection with investigations into the Royal Commission of Inquiry (RCI) Report on Lembaga Tabung Haji (TH) will be charged in court tomorrow and Friday, said Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Datuk Seri Abd Halim Aman."The two charges involve abuse of power under Section 23 of the MACC Act 2009 and Section 420 of the Penal Code for cheating," he told a press conference at the MACC headquarters here today.The charges are understood to be filed at courts in Shah Alam, Kuala Lumpur and Kelantan."There is also another investigation paper that will be referred to the Attorney General and charges are expected to be filed next week following the MACCs latest investigation into a property lease issue involving the Al Rawda investment, namely hotel leases in Makkah and Madinah involving Saudi Riyal 2.49 billion, he said.Abd Halim did not rule out the possibility that the investigation paper expected to result in charges next week could involve prominent individuals who had also previously been remanded by the MACC.He said that overall, the MACC had opened 14 investigation papers related to the TH RCI, four of which had been classified as no further action."So far, 18 individuals have been detained, 11 of whom were remanded, while 245 witnesses have been called and 60 premises searched and inspected to obtain relevant documents, he said.He said the 11 individuals who were remanded included a former CEO of TH Plantation, a former CFO of TH Plantation, a former director of Putra Perdana Construction, a former director of Putrajaya Perdana Berhad and a former chairman of Lembaga Tabung Haji





RCI Tabung Haji: SPRM dedah identiti 11 individu ditahan - Astroawani - 2/09 3:00 pm

Seramai 11 individu setakat ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).





RCI TH: Bekas menteri antara 11 ditahan berkait isu pelaburan bermasalah - SPRM - Sinarharian - 2/09 2:58 pm

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri antara 11 individu ditahan melibatkan lapan kertas siasatan terbaharu yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 10 Ogos lalu susulan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (LTH).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kebanyakannya siasatan melibatkan isu pelaburan yang bermasalah dan kini masih dalam siasatan.Menurutnya, daripada lapan kertas siasatan tersebut, seramai 11 orang telah ditangkap iaitu bekas Pengarah Urusan LTH, Pengarah Syarikat Putrajaya Perdana, bekas Pengarah Putra Perdana Construction Sdn Bhd, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alam Maritim Sdn Bhd."Turut ditahan ialah bekas Pengurus Besar Kanan Haji LTH, bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan LTH, bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan LTH, bekas Penasihat Undang-Undang LTH serta bekas menteri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM pada Rabu.Beliau berkata, lapan isu dibangkitkan iaitu dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan pelaburan LTH dalam TH Marine, TH-Alam dan TH Alam Management berjumlah RM334.2 juta selain pelaburan LTH dalam Alfareeda Residential Fund berjumlah Saudi Riyal 76 juta.Tambahnya, selain itu ialah pelaburan dan pajakan LTH dalam Al-Rawda Real Estate Development & Project Management Co Ltd





RCI TH: Jangan hanya tahan menteri sahaja, siasat juga Asyraf Wajdi - AMK - Sinarharian - 2/09 2:50 pm

KUALA LUMPUR - Susulan penahanan bekas menteri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpendapat pihak berkenaan harus juga menyiasat Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang menjadi timbalannya pada masa itu.Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, siasatan itu tidak sepatutnya berhenti setakat itu sahaja dan kalau benar pihak berkuasa sedang menyiasat segala urusan dan keputusan yang berlaku ketika itu, maka semua pihak yang mempunyai kaitan wajar dipanggil dan diambil keterangan termasuk Asyraf Wajdi."Saya bukan mengatakan beliau bersalah. Tetapi kalau kita benar-benar mahu mencari kebenaran, semua nama yang terlibat harus di panggil ke meja siasatan kerana pada tahun 2017, Asyraf Wajdi hadir dalam majlis memeterai perjanjian pajakan hotel antara Tabung Haji dan Al-Rawda."Beliau hadir atas kapasiti sebagai timbalan menteri dan Ketua Jemaah Haji Malaysia, mewakili Menteri ketika itu





RCI TH: Dua kertas siasatan dicadang dituduh di mahkamah, empat NFA - SPRM - Sinarharian - 2/09 2:48 pm

PUTRAJAYA - Dua kertas siasatan susulan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dicadang pertuduhan pada Khamis dan Jumaat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, 31 Julai lalu SPRM telah menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti hasil laporan RCI TH.Menurutnya, siasatan dijalankan merangkumi aspek di bawah Akta SPRM 2009 membabitkan unsur kesalahan sekiranya dikesan iaitu rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa."Bagi siasatan di peringkat awalan, terdapat enam isu yang telah dibangkitkan di dalam laporan RCI tersebut yang telah dirujuk kepada pihak kami oleh pihak Tabung Haji untuk siasatan."Isu ini antaranya melibatkan dakwaan rasuah dalam pembelian ladang sawit, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan restoran di Kuala Lumpur, pengubahsuaian rumah serta pejabat serta dakwaan pemalsuan dokumen pembekalan anak benih getah," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.Beliau berkata, bagi enam isu ini, tujuh individu telah ditangkap dan mereka terdiri daripada bekas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantation, bekas bekas ketua pegawai kewangan (CFO) TH Plantation, bekas pengurus Lapangan Semaian Tan Kedah, Pengarah AG Reka Sdn Bhd, bekas Timbalan Pengurus Besar Pembinaan TH Properties Sdn Bhd, bekas pengurus Safety and Health TH Properties serta bekas Pengarah TH Properties.Tambahnya, daripada isu itu, enam kertas siasatan telah lengkap dan telah dihantar untuk kajian Timbalan Pendakwa Raya."Bagi kertas siasatan pertama, empat pertuduhan akan dilakukan iaitu tiga pertuduhan di Mahkamah Shah Alam pada esok (3 September), sementara 4 September satu pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kuala Lumpur."Empat lagi kertas siasatan diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," ujarnya.





Several to be charged in Tabung Haji RCI probe - FMT - 2/09 2:24 pm

MACC chief commissioner Abd Halim Aman says the charges involve the alleged abuse of power and misappropriation linked to THs investments.





[TERKINI] RCI Tabung Haji: Beberapa individu yang pernah ditahan akan dituduh di mahkamah - SPRM - Astroawani - 2/09 1:45 pm

Beberapa individu yang pernah ditahan berhubung siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.





Tabung Haji RCI: Former minister remanded five days in Saudi Arabia hotel lease probe - Malaymail - 2/09 1:37 pm

PUTRAJAYA, Sept 2 A former minister has been remanded for five days to assist investigations into a hotel lease...





RCI TH: Bekas menteri direman lima hari - SUN - 2/09 1:22 pm

Seorang bekas menteri direman lima hari bagi membantu siasatan berhubungisu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH), di Arab Saudi.





RCI Tabung Haji: Anak guam sentiasa beri kerjasama - Peguam - Astroawani - 2/09 1:00 pm

Bekas Menteri yang ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung isu pelaburan pajakan hotel di Makah dan Madinah, sentiasa memberikan kerjasama.





[TERKINI] RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman lima hari - Astroawani - 2/09 12:50 am

Seorang bekas menteri ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), berkaitan pajakan hotel di Mekah dan Madinah.





Tuna sirip kuning, belut antara tarikan MySE 2026 - Sinarharian - 2/09 12:48 am

SERDANG Pameran ikan tuna sirip kuning dari Labuan lengkap dengan demonstrasi pemotongan dan sesi uji rasa sashimi percuma menjadi antara tarikan di Pavilion Malaysia Fish and Seafood Exposition (MySE) 2026 sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) kali ini.Pengunjung juga berpeluang mengenali pelbagai spesies hasil laut menerusi Pameran Kingdom of Seafood dan mendekati belangkas menerusi pameran interaktif Touchpool Belangkas, selain menyaksikan pameran belut Anguilla bicolor yang memberi kelainan pada MySE edisi kali ini.Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, MySE bukan sekadar pameran berkaitan makanan laut, sebaliknya platform menghimpunkan keseluruhan ekosistem industri perikanan daripada sektor huluan hingga hiliran."Kepada para pengunjung, ambil peluang ini untuk mengenali pelbagai spesies hasil laut menerusi Pameran Kingdom of Seafood





MACC seeks to remand ex-minister over Tabung Haji Saudi Arabia hotel issue - Malaymail - 2/09 11:37 am

PUTRAJAYA, Sept 2 A former minister arrived at the Magistrates Court here today for remand proceedings in...





TH RCI: Former minister in court for remand proceedings - Sinardaily - 2/09 10:57 am

PUTRAJAYA - A former minister arrived at the Magistrates Court here today for remand proceedings in connection with investigations into the Royal Commission of Inquiry (RCI) Report on Tabung Haji (TH).The man, in his 60s, arrived at 10.25am wearing an orange Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) remand shirt.The individual was arrested at about 4.30 pm yesterday while he was at the MACC headquarters to have his statement recorded, believed to be in connection with investigations into a hotel lease issue involving TH in Saudi Arabia.The TH RCI report was made public on July 29, documenting various weaknesses in THs management and operations between 2014 and 2020, as well as listing problematic investments requiring a forensic audit.The report also stated that there were suspicious transactions and concealment of information





[TERKINI] RCI Tabung Haji: Bekas menteri tiba di mahkamah untuk kebenaran reman - Astroawani - 2/09 10:35 am

Individu bergelar Datuk Seri yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bergari, tiba kira-kira 10.25 pagi diiringi pegawai SPRM.





RCI Tabung Haji: Bekas menteri tiba di mahkamah - Sinarharian - 2/09 10:31 am

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi prosiding permohonan tahanan reman.Beliau yang memakai baju jingga dan bergari tiba jam 10.25 pagi Rabu diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke mahkamah majistret.Terdahulu, individu berkenaan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.ARTIKEL BERKAITAN:RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-mertaPasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri AgamaPenahanan dibuat jam 4.30 petang Selasa untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.Beliau disiasat mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.ARTIKEL BERKAITAN:Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr ZulkifliPendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr ZulkifliParlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN





RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas menteri RCI Tabung Haji: SPRM tahan .. - Mygazette - 2/09 8:05 am

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas menteri bersabit pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TabungHaji (TH)





MAHA Trade Days 2026 catat MoU RM1.49 bilion - Sinarharian - 2/09 7:20 am

SERDANG Sebanyak 14 pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bernilai keseluruhan RM1.49 bilion menjadi antara pencapaian utama pada pembukaan MAHA Trade Days 2026 pada Selasa, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur dan rakan strategik terhadap potensi serta prospek sektor agromakanan Malaysia di peringkat global.Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu berkata, MAHA Trade Days 2026 merupakan platform penting untuk menghubungkan industri agromakanan Malaysia dengan pasaran, pelabur dan rakan perniagaan dari seluruh dunia.Menurutnya, MAHA 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September merupakan platform untuk mempamerkan keupayaan pertanian Malaysia, mempromosikan produk agromakanan, menggalakkan pelaburan serta mewujudkan peluang perniagaan kepada petani, nelayan, pengeluar ternakan dan perniagaan tempatan."MAHA Trade Days 2026 merupakan platform penting yang direka untuk menghubungkan industri agromakanan Malaysia dengan pasaran, pelabur dan rakan perniagaan dari seluruh dunia," katanya.MAHA Trade Days 2026 berlangsung dari 1 hingga 3 September 2026 di Dewan A dan B, MAEPS, Serdang dengan menghimpunkan hampir 2,000 pempamer yang mempunyai produk sedia eksport serta 40 pembeli antarabangsa terdiri daripada pemborong, pengedar dan peruncit dari pelbagai pasaran antarabangsa.Platform itu membuka peluang kepada pemain industri tempatan untuk meneroka pasaran baharu, memperluaskan pasaran sedia ada serta membina jaringan perniagaan dengan rakan strategik antarabangsa.Mohamad berkata, menerusi program MAHA Go Global, tumpuan bukan sahaja diberikan untuk mempamerkan keupayaan Malaysia, malah mewujudkan peluang kepada produk dan perniagaan tempatan untuk memasuki pasaran baharu serta bersaing di peringkat global.Program berkenaan merangkumi beberapa platform penting termasuk International Country Pavilion, Go Global Grow Local dan Business Matching yang direka untuk menggalakkan hubungan antara perniagaan Malaysia dengan rakan antarabangsa."Paling penting, kita mempunyai Hosted Buyer Programme yang melibatkan 40 pembeli jemputan antarabangsa dan 25 pembeli jemputan domestik bersama perniagaan Malaysia yang menyertai program Go Global Grow Local."Ini mewujudkan persekitaran khusus untuk padanan perniagaan, jaringan perniagaan dan potensi kerjasama komersial," katanya.Daripada keseluruhan 14 pertukaran MoU itu, nilai komitmen pelaburan dan perdagangan yang direkodkan adalah sebanyak RM1.49 bilion.Kerjasama yang dimeterai meliputi pelbagai subsektor strategik agromakanan termasuk input pertanian, pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian, industri ternakan, produk makanan halal, nanas, pembangunan produk pertanian serta teknologi dan pembangunan kapasiti.Antara kerjasama bernilai tinggi yang direkodkan ialah pembangunan loji pemprosesan nanas di Tukau, Miri, Sarawak bernilai RM1.031 bilion, selain kerjasama strategik dalam pengeluaran dan pengedaran produk pertanian, pengembangan kapasiti ladang ayam pedaging berteknologi tinggi serta pembangunan baja khusus bagi tanaman nanas.Mohamad berkata, Malaysia mempunyai keupayaan kukuh dalam sektor tanaman, perikanan, ternakan, hortikultur dan industri berasaskan makanan."Objektif kita adalah untuk bergerak melangkaui eksport komoditi dan membangunkan produk agromakanan bernilai tinggi, inovatif, berkualiti dan mampan untuk pasaran antarabangsa."Objektif ini selaras dengan strategi di bawah National Agrofood Policy 2.0 (NAP 2.0), kerangka strategik 10 tahun bagi sektor agromakanan sehingga 2030," katanya.Rangkaian penting ekosistemBeliau berkata, program MAHA Go Global menjadi jambatan penting antara ekosistem pertanian domestik dengan pasaran antarabangsa dengan menghimpunkan perniagaan Malaysia, pembeli, pelabur, institusi dan agensi kerajaan bagi meneroka peluang perdagangan, pelaburan serta kerjasama.Ia turut merangkumi kerjasama dalam teknologi, penyelidikan dan inovasi, akses pasaran serta pembangunan rantaian bekalan."Pertukaran MoU ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor agromakanan."Lebih penting, ia mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keupayaan agromakanan Malaysia serta komitmen untuk membina kerjasama bermakna yang mampu memperluaskan peluang pasaran, memperkukuh rantaian nilai dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada petani, pengeluar serta pemain industri," katanya.Menurut beliau, kerjasama berkenaan perlu diterjemahkan kepada hasil yang bermakna menerusi peluang perdagangan, pelaburan, pemindahan teknologi dan akses pasaran, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan serta daya saing sektor agromakanan Malaysia.Nilai RM1.49 bilion yang direkodkan pada hari pertama itu merupakan sebahagian daripada sasaran keseluruhan RM8 bilion bagi nilai pelaburan dan perdagangan MAHA 2026.Sasaran tersebut mencerminkan aspirasi kementerian untuk menjadikan MAHA bukan sekadar platform pameran, tetapi medan strategik bagi menjana peluang perdagangan, menarik pelaburan dan memperluaskan akses pasaran antarabangsa untuk industri agromakanan Malaysia.Mohamad turut menggalakkan semua perniagaan Malaysia memanfaatkan sepenuhnya platform berkenaan untuk bertemu pembeli berpotensi, meneroka pasaran baharu dan membina kerjasama jangka panjang."Dengan produk berkualiti, pengetahuan yang tepat dan kesediaan memenuhi keperluan antarabangsa, marilah kita yakin untuk membawa produk agromakanan Malaysia ke seluruh dunia," katanya.MAHA Trade Days 2026 diharap dapat mencetuskan lebih banyak padanan perniagaan, peluang pelaburan, kerjasama teknologi dan akses pasaran baharu, sekali gus menyokong usaha memperkukuh daya saing industri agromakanan Malaysia serta meningkatkan kehadiran produk tempatan di pasaran global.





Tabung Haji RCI: Former minister arrested - Sinardaily - 1/09 8:17 pm

PUTRAJAYA A former minister was arrested on Tuesday to assist in investigations following the revelation of the Royal Commission of Inquiry (RCI) report on Tabung Haji (TH).Quoting the official TikTok account of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), the man in his 60s was detained at approximately 4.30pm whilst attending to give a statement at the MACC Headquarters in Putrajaya.Meanwhile, MACC commissioner Datuk Seri Abd Halim Aman, when contacted, confirmed the arrest of the former minister."He (the former minister) will be remanded at the Putrajaya Magistrate's Court tomorrow morning (Wednesday)," he said.The case is being investigated under Section 16(a)(A) of the MACC Act 2009.On Aug 27, a former chairman of the Tabung Haji Board and a former secretary-general of the Treasury were remanded for seven days until Aug 2 to assist in the investigation regarding the issue.Prior to this, a former chief executive officer of TH was also remanded for seven days until Aug 27.In the RCI report revealed on July 29, a total of 25 main recommendations were put forward to enhance transparency, professionalism, and governance within the institution.Among the main recommendations contained in the RCI report was to prohibit active politicians from sitting on the TH Board of Directors to avoid political interference.The Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, also decreed that the investigation into the TH RCI report be conducted thoroughly to the very end.





MACC arrests ex-minister in Tabung Haji RCI report probe - FMT - 1/09 7:28 pm

The suspect, believed to be in his 60s, will face a remand application tomorrow.





RCI Tabung Haji: Bekas menteri pula ditahan - Sinarharian - 1/09 7:21 pm

PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri ditahan pada Selasa untuk membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).Memetik TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SRPM Putrajaya.ARTIKEL BERKAITAN:RCI Tabung Haji: 4 bekas pengurusan kanan TH termasuk Datuk Seri antara ditahan SPRM, disyaki terima rasuahRCI Tabung Haji: Bekas CEO, CFO ditahan disyaki salah guna kuasa pembelian saham RM370 jutaRCI Tabung Haji: Tiga individu direman lima hariSementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan bekas menteri tersebut."Beliau (bekas menteri) akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok (Rabu)," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.27 Ogos lalu, Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) direman selama tujuh hari hingga 2 Ogos untuk membantu siasatan berhubung isu terbabit.Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH juga direman tujuh hari sehingga 27 Ogos.Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi terbabit.Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan hingga ke 'lubang cacing'.





Former Tabung Haji chairman, ex-Treasury sec-gen released from MACC custody in RCI-linked probe - Malaymail - 1/09 4:46 pm

KUALA LUMPUR, Sept 1 A former Lembaga Tabung Haji (TH) chairman and a former Treasury secretary-general were rep...





Nahas LPT: Gambar sambut Hari Kebangsaan jadi kenangan terakhir - Mygazette - 1/09 3:58 pm

# Nahas LPT: Gambar sambut Hari Kebangsaan jadi kenangan terakhir TEMERLOH - Gambar sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang dimuat naik dalam kumpulan WhatsApp keluarga menjadi kenangan terakhir buat pasangan suami isteri bersama anak lelaki mereka sebelum maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, dekat Lanchang, di sini malam tadi





Lori tangki simen hilang kawalan punca nahas ragut 4 nyawa di LPT Lori .. - Mygazette - 1/09 3:58 pm

# Lori tangki simen hilang kawalan punca nahas ragut 4 nyawa di LPT KUANTAN - Tragedi meragut empat nyawa di Kilometer (KM) 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Lanchang, Temerloh makam tadi dipercayai berpunca akibat lori simen hilang kawalan lalu melanggar beberapa buah kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan di atas jalan





Nahas 11 kenderaan: Gambar sambutan merdeka jadi kenangan terakhir tiga beranak - Sinarharian - 1/09 3:12 pm

TEMERLOH - Gambar suasana sambutan Hari Kebangsaan yang dikongsi Allahyarham, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan dalam kumpulan WhatsApp keluarga ketika berada di Putrajaya kini menjadi antara kenangan terakhir buat ahli keluarganya.Abangnya, Mohd Hafiz Rifqi, 33, berkata, Nur Atiqah, 32, sebelum itu memaklumkan ke Kuala Lumpur bersama suami dan anak lelaki mereka sempena sambutan merdeka."Arwah ada hantar gambar suasana di sana dan kami tahu mereka berada di Kuala Lumpur."Cuma kami tidak tahu bila mereka akan balik





Temerloh crash: Three family members killed while returning from National Day celebrations - Sinardaily - 1/09 2:28 pm

TEMERLOH - Three family members who were killed in an 11-vehicle collision at KM110.3 of the East Coast Expressway (LPT) eastbound near Lanchang here last night are believed to have been returning from Putrajaya after celebrating National Day.Mohd Kazwan Mohd Kassim, 59, the father of one of the victims, Nur Atiqah Sofiya, 32, said it was the first time his daughter, her husband, Muhammad Nazatul Nazmi, 32, and their son, Muhammad Armaan Nazeef, four, had celebrated National Day in Putrajaya.He said his family received news of the accident at about 7.50am today after seeing reports of the incident on social media."I saw the news and a post on Facebook about the accident





Nahas 11 kenderaan: 'Bila tengok gambar kemalangan, saya rasa itu kereta anak' - Bapa mangsa - Sinarharian - 1/09 2:03 pm

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] "Bila tengok gambar kemalangan dalam media sosial saya rasa macam kereta anak saya sebab dia memang pakai (Proton) jenis S70, tapi dalam hati, saya kata bukan anak aku."Demikian kata Mohd Kazwan Kassim, 59, bapa kepada pemilik Secangkir Cafe Nur Atiqah Sofiya, 32, sebelum mengetahui anak perempuannya maut dalam kemalangan tragis bersama suami dan anak mereka menerusi paparan berita di media sosial pada pagi Selasa.Mohd Kazwan bagaimanapun mendapat maklumat mengenai kejadian selepas dimaklumkan rakan-rakan anaknya sebelum melihat sendiri berita kemalangan di media sosial."Saya pun tengok dalam Facebook ada kemalangan sekitar jam 7.50 pagi





Nahas 11 kenderaan: Polis sahkan empat maut termasuk suami, isteri dan anak lelaki 4 tahun - Sinarharian - 1/09 1:22 pm

KUANTAN - Empat individu, termasuk pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (arah timur), di Lanchang, Temerloh, malam tadi.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata tiga beranak yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazatul Nazmi, 32, isterinya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun.Katanya, ketiga-tiga mangsa ketika kejadian menaiki sebuah Proton S70 dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.ARTIKEL BERKAITAN:Empat maut, empat cedera dalam nahas libatkan 11 kenderaan di LPT1Nahas 11 kenderaan: 'Bila tengok gambar kemalangan, saya rasa itu kereta anak' - Bapa mangsaSeorang lagi mangsa yang maut ialah Seow Beng Wain, 55, dari Shah Alam, Selangor





Hilang kawalan punca lori tangki langgar 10 kenderaan di LPT1 - FMT - 1/09 1:10 pm

Polis berkata pemandu Honda CRV dan lori tangki yang cedera parah sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.





Nahas 4 maut: Lori tangki hilang kawalan rempuh 10 kenderaan - Sinarharian - 1/09 12:22 am

KUANTAN - Hilang kawalan dipercayai menjadi punca sebuah lori tangki membawa muatan simen merempuh 10 kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, dekat Lanchang di sini pada malam Isnin.Kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu meragut empat nyawa, termasuk pasangan suami isteri bersama anak lelaki mereka berusia empat tahun yang menaiki sebuah Proton S70.Mangsa ialah Muhammad Nazatul Nazmi, 32, selaku pemandu, isterinya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta anak lelaki mereka berusia empat tahun.Turut maut ialah penumpang kereta Honda CR-V, Seow Beng Wain, 55.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati semua kenderaan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke arah timur ketika kejadian."Lori tangki simen yang dipandu lelaki berusia 52 tahun, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang bergerak perlahan."Pemandu Honda CR-V berusia 18 tahun dan pemandu lori tangki mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah bas ekspres, Toyota Hilux, MPV Alphard dan lima kereta lain.Katanya, pemandu serta penumpang lapan kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan serius."Kesemua mangsa telah dibawa ke HoSHAS bagi mendapatkan rawatan dan bedah siasat akan dijalankan pagi ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tindakan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 malam.Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama lapan anggota dan dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam selepas menempuh perjalanan kira-kira 35 kilometer.Beliau menambah, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dua lelaki yang tersepit, masing-masing dari Honda CR-V dan lori tangki, sebelum mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Operasi turut dibantu PKO BBP Temerloh bersama tujuh anggota yang tiba pada jam 12 tengah malam bagi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang masih tersepit di dalam Honda CR-V."Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.





12 ???bayi Merdeka??? lahir di Pahang sempena Hari Kebangsaan - Mygazette - 1/09 7:30 am

# 12 bayi Merdeka lahir di Pahang sempena Hari Kebangsaan KUANTAN Sebanyak 12 bayi Merdeka dilahirkan di hospital seluruh Pahang bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 hari ini





Audit TH 2017: Mengapa clean audit masih dipersoal? - Sinarharian - 31/08 10:19 am

KUALA LUMPUR - Keputusan mengeluarkan pendapat audit tanpa pengubahsuaian terhadap penyata kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dipersoalkan berikutan isu penjejasan nilai yang didakwa bersifat material.Persoalan itu dibangkitkan seorang bekas auditor menerusi surat pembaca yang versi asalnya dalam bahasa Inggeris disiarkan di The Edge Malaysia.Tan Sri Madinah Mohamad merupakan Ketua Audit Negara pada 2018 ketika audit LTH bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dimuktamadkan





Senator says RCI vital to clarify Tabung Haji losses, systemic flaws demand scrutiny - Malaymail - 30/08 12:31 am

KUALA LUMPUR, Aug 30 The Royal Commission of Inquiry (RCI) was crucial to determine whether Lembaga Tabung Haji&...





???Saya tak sokong orang judi??? – Anwar - Mygazette - 29/08 9:31 pm

Dalam ucapannya, Muhammad Sanusi didakwa menggunakan perkataan `celaka dan `pecah perut sehingga mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk parti lawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata, tindakan terhadap sebarang isu membabitkan kehilangan atau kebocoran wang negara termasuklah seperti dilaporkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) adalah untuk memastikan wang negara dilindungi dan manfaatnya kembali kepada rakyat





Siasatan RCI TH diteruskan bagi elak negara terus tanggung rugi ??? Anwar - Mygazette - 29/08 9:31 pm

# Siasatan RCI TH diteruskan bagi elak negara terus tanggung rugi Anwar BUKIT MERTAJAM - Siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diteruskan bagi memastikan negara tidak berterusan menanggung kerugian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim





PAC tidak perlu jadi RCI kedua siasat TH – Tun Faisal - Mygazette - 29/08 9:31 pm

# PAC tidak perlu jadi RCI kedua siasat TH - Tun Faisal KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak wajar diberi mandat mengulangi fungsi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat pengurusan dan operasi Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020





Banjir Nepal: Gunung Kailash antara destinasi suci penganut Hindu - Sinarharian - 29/08 7:01 pm

KUALA LUMPUR - Perjalanan beberapa kumpulan rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dihubungi di kawasan Nepal-Tibet bukan sekadar aktiviti pelancongan atau pendakian, sebaliknya merupakan sebahagian daripada perjalanan keagamaan ke Gunung Kailash yang dianggap suci oleh penganut Hindu.Wakil keluarga rakyat Malaysia yang gagal dihubungi, Ts Dr Manivannan Rethinam berkata, sebahagian rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjalanan tersebut merupakan penganut Hindu yang mengikuti ziarah keagamaan ke kawasan Gunung Kailash.Menurutnya, perjalanan itu mempunyai nilai spiritual yang sangat tinggi dalam kalangan penganut agama berkenaan."Gunung Kailash dianggap sebagai tempat yang suci bagi penganut Hindu





Siasatan RCI Tabung Haji Diteruskan Bagi Elak Negara Terus Tanggung Rugi – Anwar - Mydateline - 29/08 3:00 pm

Siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diteruskan bagi memastikan negara tidak berterusan menanggung kerugian, ..





Anwar: Tabung Haji RCI probe crucial to prevent further losses and identify those responsible for the RM12b shortfall - Malaymail - 29/08 1:48 pm

BUKIT MERTAJAM, Aug 29 The investigation into issues raised in the Royal Commission of Inquiry (RCI) Report on L...





Anwar mahu wang negara diselamatkan dikembalikan kepada rakyat - Sinarharian - 29/08 1:02 pm

Itu saja. Itu kena maki berbagai-bagai."Kalau orang nak RM2,000 saja, yang kamu ambil dan bagi hilang ini bilion-bilion ringgit, saya nak sekat yang itu, ambil balik, bagi balik kepada rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Skim Usahawan Bangkit (SUB) Madani Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman Penanti, Kubang Semang di sini pada Sabtu.Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, kerajaan perlu berani mengambil tindakan terhadap sebarang ketirisan atau kehilangan wang negara berdasarkan siasatan dan bukti meskipun tindakan berkenaan mungkin mengundang kritikan.Beliau memberi contoh isu membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan dakwaan kehilangan dana berjumlah RM12 bilion yang menurutnya perlu disiasat bagi mengenal pasti bagaimana kehilangan itu berlaku serta pihak yang bertanggungjawab."Saya kata duit hilang RM12 bilion





'Permatang Pauh... tak akan saya nak lupa' - Anwar - Sinarharian - 29/08 12:27 am

BUKIT MERTAJAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah melupakan Permatang Pauh yang dianggap sebagai titik awal perjuangan politiknya sebelum meneruskan khidmat sebagai Ahli Parlimen Tambun.Beliau berkata, meskipun kini mewakili kawasan Parlimen Tambun, Permatang Pauh tetap mempunyai nilai sentimental kerana kawasan itu menjadi tempat bermulanya perjalanan politik beliau."Saya jadi Perdana Menteri ini betullah saya wakil rakyat Tambun





Dendam? Perdana Menteri tak ada kuasa hukum orang – Anwar - Mygazette - 29/08 8:11 am

Kalau tidak, orang rasuah tutup kes. 1MDB, Tabung Haji , FELDA semua tutup





Persidangan Masjid Serantau himpun 400 perwakilan, kembali kegemilangan Rumah ALLAH - Sinarharian - 28/08 6:57 pm

IPOH Persidangan Masjid Serantau 2026 yang menghimpunkan kira-kira 400 perwakilan masjid dari Malaysia dan negara-negara serantau menjadi platform mengembalikan kegemilangan masjid sebagai institusi strategik dalam pembangunan ummah.Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, persidangan selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad di Hotel Casuarina@Meru itu dianjurkan MAPIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).Menurutnya, persidangan sempena Hari Masjid Sedunia itu disertai perwakilan dari Indonesia, Singapura, Brunei, Timor-Leste, Myanmar, Kemboja, Thailand dan Vietnam selain Turkiye, Iran serta Pakistan."Persidangan ini bertujuan memperkukuhkan peranan masjid sebagai institusi strategik dalam pembangunan ummah, kebajikan masyarakat, perpaduan umat Islam serta pembelaan isu kemanusiaan global khususnya Palestin dan Masjid Al-Aqsa."Hari Masjid Sedunia pada 21 Ogos setiap tahun mengingatkan kita kepada tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969





Politik medan khidmat, bukan kejar kekayaan- Anwar - Sinarharian - 28/08 6:38 pm

BUKIT MERTAJAM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan politik perlu dijadikan medan untuk berkhidmat kepada rakyat bukannya ruang mengejar kekayaan atau kepentingan peribadi.Menurut beliau, seseorang yang mahu menceburi politik perlu memiliki ilmu, keberanian, integriti serta keikhlasan untuk membela nasib rakyat."Kenapa kamu mahu masuk politik? Kamu perlu berkhidmat kepada rakyat





UMNO patut hentikan sandiwara RCI TH, Asyraf Wajdi perlu letak jawatan .. - Mygazette - 28/08 4:07 pm

# UMNO patut hentikan sandiwara RCI TH, Asyraf Wajdi perlu letak jawatan - AMK KUALA LUMPUR - UMNO didesak menghentikan sandiwara berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), termasuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang didakwa mempunyai kaitan dengan tempoh siasatan berkenaan





Laporan RCI Tabung Haji tidak ‘kebal’ - Mygazette - 28/08 4:07 pm

KUALA LUMPUR - Dalam sistem demokrasi berparlimen, tiada laporan seperti Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang "kebal" daripada dibahas, ditanya atau dikritik secara terbuka





RCI Tabung Haji: UMNO hentikan 'sandiwara', Asyraf Wajdi harus letak jawatan - AMK - Sinarharian - 28/08 11:06 am

KUALA LUMPUR - UMNO perlu berhenti mengadakan 'sandiwara' mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki perlu mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan dengan segera.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, sebagai parti dalam kerajaan, UMNO sepatutnya menghormati dapatan RCI tersebut dan membantu dalam mencari siapa dalang yang menyakau institusi itu, daripada cuba mengelak daripada tanggungjawab."Asyraf Wajdi pula yang berada dalam kerajaan dalam tempoh yang termasuk dalam skop siasatan RCI TH itu perlu bersedia menjawab persoalan tentang tanggungjawab politik, peranan dan pengetahuan terhadap apa yang berlaku ketika itu."RCI telah menyebut wujud transaksi mencurigakan, penyembunyian maklumat, kelemahan proses membuat keputusan pelaburan dan kegagalan tadbir urus





Jangan berdalih lagi soal salah urus Tabung Haji - FMT - 28/08 8:30 am

Keengganan kepimpinan Umno dan PAS berdepan hakikat ini dilihat sebagai strategi politik untuk mengekalkan sokongan, walaupun boleh menjejaskan kepentingan ekonomi umat Islam.





Prestasi berdaya tahan TNB perkukuh keterjaminan tenaga, lindungi rakyat - Sinarharian - 27/08 8:40 pm

Ts. Shamsul Ahmad berkata, daya tahan berkenaan membolehkan syarikat terus melabur dalam ekosistem tenaga Malaysia, selain memberi nilai kepada para pemegang taruh."Prestasi Separuh Pertama 2026 ini membolehkan kami untuk terus melabur dalam infrastruktur kritikal yang bukan hanya membekalkan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan, malah memperkukuhkan keterjaminan tenaga negara, mempercepatkan peralihan tenaga serta memastikan kami dapat terus menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan selamat di samping mencipta nilai buat pelanggan, pemegang saham dan negara," katanya.Bekalan elektrik terjamin untuk rakyatHarga bahan api global terus mempengaruhi kos penjanaan elektrik sepanjang Separuh Pertama 2026, sekali gus menyebabkan pelarasan di bawah mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang diperkenalkan Kerajaan.AFA mencerminkan perubahan dalam kos sebenar bahan api dan dilaksanakan menerusi mekanisme yang diluluskan Kerajaan bagi memastikan ketelusan dalam mengurus turun naik kos bahan api.Sejak AFA diperkenalkan pada Julai 2025 sehingga April tahun ini, pengguna elektrik menerima rebat berjumlah RM3.1 bilion.Susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global berikutan konflik di Asia Barat, Kerajaan turut menyalurkan tambahan RM435 juta daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sejak Mei 2026 bagi mengurangkan impak kepada pengguna.Walaupun harga bahan api dipengaruhi situasi pasaran global, TNB terus memberi tumpuan kepada aspek yang berada dalam kawalannya melalui peningkatan kecekapan operasi, pengoptimuman prestasi penjanaan dan usaha mengekalkan kebolehpercayaan bekalan.Sepanjang Separuh Pertama 2026, TNB melabur RM5.6 bilion dalam projek berkaitan kebolehpercayaan bekalan bagi memenuhi pertumbuhan permintaan, memastikan keterjaminan bekalan dan mempercepatkan peralihan tenaga.Menerusi pelaburan berterusan dalam teknologi grid pintar, automasi rangkaian dan penyelenggaraan ramalan, TNB turut memantapkan keupayaannya memulihkan bekalan dengan lebih pantas serta mempertingkatkan pengurusan gangguan bekalan.Usaha itu penting khususnya ketika tempoh permintaan elektrik tinggi dan cuaca ekstrem.Pelaburan berkenaan turut menunjukkan hasil apabila Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) bertambah baik kepada 23.45 minit.Pacu sistem tenaga masa hadapanTNB terus mempercepatkan pelaburan strategik bagi memperkukuh ekosistem tenaga negara dan mempersiapkan Malaysia menghadapi pertumbuhan permintaan elektrik pada masa hadapan.Pertumbuhan itu dijangka dipacu oleh elektrifikasi industri, industri berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta pelaburan pusat data.Antara pencapaian utama TNB sepanjang tempoh berkenaan ialah pengoperasian Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Santong berkapasiti 100 megawatt/400 megawatt-jam di Terengganu.Kemudahan itu diiktiraf sebagai BESS tersambung grid dengan teknologi grid-forming yang pertama di Malaysia.TNB turut menjalinkan kerjasama dengan Petronas Gas Berhad bagi membangunkan Terminal Regasifikasi Ketiga di Lumut, Perak, yang akan meningkatkan daya tahan bekalan gas asli cecair (LNG) jangka panjang serta menyokong penjanaan elektrik yang boleh dipercayai.Dalam usaha mempercepatkan peralihan tenaga, TNB turut menganjurkan Persidangan Peralihan Tenaga 2026 yang menghimpunkan lebih 6,000 delegasi dari lebih 60 negara.Persidangan itu menghasilkan 15 kerjasama strategik meliputi tenaga boleh baharu, pembangunan grid dan kesalinghubungan serantau.Selain itu, TNB melancarkan Energy Transition and Sustainability Academy (ETSA) bagi membangunkan bakat masa hadapan serta memperkukuh kerjasama antara industri, ahli akademik dan penggubal dasar dalam merealisasikan penyelesaian peralihan tenaga yang praktikal.RM109 juta untuk komunitiSelain membekalkan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan, TNB terus membina nilai berterusan untuk komuniti dan alam sekitar.Menerusi My Brighter Green Initiative 2026, TNB memperkukuh komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar dengan menanam 40,000 anak pokok hutan dan bakau di seluruh negara sepanjang tahun ini.Inisiatif berkenaan menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti, daya tahan iklim dan penglibatan komuniti, selain menyokong agenda kelestarian alam sekitar Malaysia.Pada masa sama, TNB memperluaskan usaha pemerkasaan komuniti menerusi pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat dengan RM109 juta diperuntukkan sepanjang tempoh 1H 2026.Daripada jumlah itu, RM71.1 juta disalurkan bagi Sokongan Pendidikan menerusi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN), memanfaatkan 7,550 pelajar serta memperkukuh pembangunan modal insan jangka panjang Malaysia.Sebanyak RM5.4 juta pula diperuntukkan untuk Pembangunan Sukan yang memanfaatkan 42,420 atlet dan peminat sukan, termasuk menerusi program hoki kebangsaan.Bagi Program Bersama Sekolah, sebanyak RM7.1 juta diperuntukkan merangkumi beberapa inisiatif termasuk Ceria Ke Sekolah dan Sekolah Angkat yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 murid dan 50 sekolah.Sementara itu, RM16.3 juta disalurkan bagi Program Komuniti dan Sokongan, termasuk bantuan bencana dan Projek Mesra Rakyat yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 individu.Sebanyak RM0.4 juta pula diperuntukkan bagi Pemerkasaan Komuniti Melalui Elektrifikasi, termasuk pemasangan sistem solar, pencahayaan LED dan pendawaian semula yang memberi manfaat kepada 3,600 orang.Selain itu, sejumlah RM8.7 juta zakat wakalah disalurkan kepada lebih 50,000 penerima asnaf.Prestasi Mampan 1H 2026Prestasi operasi TNB yang berdaya tahan turut diterjemahkan menerusi kedudukan kewangan yang sihat.Keadaan itu membolehkan syarikat meneruskan pelaburan dalam infrastruktur kritikal di samping memberikan pulangan kepada pemegang saham.Bagi Separuh Pertama 2026, TNB mencatatkan pendapatan RM2.0 bilion, disokong peningkatan jualan elektrik yang sebahagian besarnya disumbangkan sektor komersial serta peningkatan keuntungan operasi.Prestasi stabil itu membolehkan Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 25 sen sesaham, selaras dengan dasar dividen syarikat.Pembayaran dividen berjumlah RM1.5 bilion itu akan diagihkan kepada pemegang saham TNB, dengan 64.1 peratus disalurkan kepada syarikat-syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan.Ia termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan dan Lembaga Tabung Haji."Justeru, manfaat ini dipulangkan secara terus kepada jutaan rakyat Malaysia, lantas mencerminkan komitmen TNB dalam memberi nilai di samping menyumbang kembali kepada negara," kata Shamsul.Daya tahan kewangan TNB terus menyediakan asas kukuh bagi pelaburan berterusan dalam pemodenan grid, integrasi tenaga boleh baharu, pendigitalan dan peluasan infrastruktur.Pelaburan itu menyokong keterjaminan tenaga serta pembangunan ekonomi jangka panjang Malaysia.Kekal teguh berkhidmat untuk rakyatMelangkah ke hadapan, permintaan elektrik dijangka kekal pada trajektori pertumbuhan yang stabil, disokong perkembangan sektor perindustrian, digitalisasi, bangunan pintar, mobiliti elektrik serta peningkatan pelaburan dalam industri berasaskan AI dan pusat data.Di sebalik permintaan yang terus berkembang, TNB kekal dengan tanggungjawab utamanya menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai, terjamin dan mudah diakses kepada rakyat Malaysia."TNB komited untuk memberikan nilai jangka panjang bukan sahaja kepada pemegang saham, tetapi lebih penting kepada rakyat, dengan memastikan peralihan tenaga memperkukuhkan ekonomi Malaysia, mewujudkan peluang baharu dan mempertingkat kualiti hidup generasi akan datang," kata Shamsul.





RCI TH: Former TH chairman, ex-treasury sec-gen remanded seven days - Sinardaily - 27/08 3:58 pm

PUTRAJAYA - A former Lembaga Tabung Haji (TH) chairman and a former Treasury Secretary-General have each been remanded for seven days to assist in investigations into findings contained in the Royal Commission of Inquiry (RCI) report on the institution.The remand order, effective today until Sept 2, was issued by Magistrate Ezrene Zakariah following an application by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) at the Magistrate's Court here today.The two suspects, both in their 60s, are being investigated under Section 23(1) of the MACC Act 2009, according to their respective lawyers.Meanwhile, the court also extended the remand order of a former TH chief executive officer by four days, until Aug 31.Earlier, the three individuals arrived at the court complex at 9.31 am wearing orange MACC remand attire.The RCI report on TH, which was uploaded to the official portal of the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) on July 29, recommended, among other things, that a forensic audit be conducted into the decision-making processes behind past investments that resulted in a significant decline in TH's asset values.The RCI report, which investigated TH's management and operational issues from 2014 to 2020, also listed problematic investments requiring a forensic audit.The RCI found evidence of suspicious transactions and the concealment of information.The scope of the RCI investigation covers an examination of issues related to TH during the period from 2014 to 2020, referencing findings by the firms PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY), and Roland Berger, but excluding the restructuring and recovery plan that was underway at the time





MACC gets seven-day remand for former Tabung Haji chairman, ex-Treasury sec-gen - Malaymail - 27/08 3:44 pm

KUALA LUMPUR, Aug 27 A politician who previously served as Tabung Haji (TH) chairman and a former Treasury secre...





RCI TH: Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan direman 7 hari RCI TH: .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm

# RCI TH: Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan direman 7 hari PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (MOF) direman selama tujuh hari bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanakan siasatan susulan pendedahan dan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH





2 Tan Sri, seorang Datuk Seri direman kes RCI Tabung Haji - Mygazette - 27/08 3:28 pm

# 2 Tan Sri, seorang Datuk Seri direman kes RCI Tabung Haji PUTRAJAYA - Seorang ahli politik bergelar Datuk Seri yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah reman susulan pendedahan dan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH





PRU-16: Pengundi makin kritikal, sentimen perkauman bukan lagi jaminan .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm

Menurut Mazlan, pengundi hari ini juga tidak lagi mudah dipengaruhi hanya melalui lambang parti, slogan politik atau permainan sentimen, sebaliknya semakin mengambil kira prestasi dan rekod kepemimpinan. Dalam perkembangan berkaitan isu tadbir urus, beliau berkata, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) wajar diberi perhatian susulan penemuan berkaitan kelemahan tadbir urus dan unsur campur tangan politik dalam beberapa keputusan institusi itu bagi tempoh yang disiasat




Reformasi     >>



Funding spat brews between Zahid's and Anwar's .. - Mkini
Public dispute began on Monday with the rural and regional development minister venting his frustration.
Kroni     >>



Death toll from Nepal-China flash floods at 1,220, .. - NST
ISLAMABAD: The death toll from last weeks devastating flash floods and mudslides on the China-Nepal border has climbed to 1,220, while nearly 4,762 people, including 844 foreigners, remained missing, Anadolu Ajansi reported, citing the latest official data on Wednesday.
Tabloid     >>



Selepas Lebih Empat Tahun, Yasin Sulaiman Kini .. - Siakapkeli
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 51, kini dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih empat tahun menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Per...
Tech     >>



Apple CEO John Ternus shares first memo to staff in .. - Mashable
Apple's new CEO John Ternus sent his first staff memo, teasing a big iPhone reveal and thanking Tim Cook for the handoff.
World     >>



Trump suggests renaming Strait of Hormuz as Trump .. - Aljazeera
Despite renewed fighting with Iran and near daily attacks on ships, Trump says Strait of Hormuz is 'under USA control'.
Motor Trend     >>



Toyota Labur RM1.12 Bilion Untuk Pengeluaran Kenderaan .. - Careta
Menurut laporan VietnamNet Global, pelaburan itu melibatkan operasi pengeluaran Toyota di Phuc Yen, wilayah Phu Tho, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada wilayah Vinh Phuc. Pada 28 Ogos lalu, Jawatankuasa Rakyat Wilayah Phu Tho menyerahkan keputusan pindaan dasar pelaburan dan sijil