///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Sungai Pertak News   Page 1    





Jeti uzur ancam keselamatan nelayan terus diberi perhatian serius – .. - Mygazette - 11/11 7:17 am

# Jeti uzur ancam keselamatan nelayan terus diberi perhatian serius - Rosli KUALA LINGGI - Isu jeti uzur dan mengancam keselamatan nelayan sememangnya menjadi agenda utama calon Barisan Nasional (BN) DUN Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah sejak lima tahun lalu





Lebuhraya Pantai Barat siap, Kuala Linggi ke KLIA hanya 45 minit – .. - Mygazette - 11/11 7:17 am

# Lebuhraya Pantai Barat siap, Kuala Linggi ke KLIA hanya 45 minit - Ab Rauf KUALA LINGGI - Kuala Linggi bakal menjadi kawasan paling maju di Melaka apabila Lebuh Raya Pantai Barat yang menghubungkan Banting ke Gelang Patah siap dibina kelak





Najib tinggalkan Penjara Kajang jam 9 malam, guna laluan lain - Mygazette - 11/11 7:17 am

# Najib tinggalkan Penjara Kajang jam 9 malam, guna laluan lain KAJANG Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah meninggalkan Penjara Kajang menunju kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, tepat pukul 9 malam ini





Tragedi kepala air: SAR tiga mangsa tertumpu di dua kawasan - Sinarharian - 10/11 8:40 pm

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, kini tertumpu di Jambatan Pertak dan Empangan Sungai Selangor.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, kedua-dua kawasan itu menjadi tumpuan pasukan SAR bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang."kita memberi tumpuan kepada kawasan empangan dan bawah jambatan





Tangguh aktiviti rekreasi air sepanjang MTL - Sinarharian - 10/11 7:10 pm

PUTRAJAYA Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang aktiviti rekreasi air di kawasan sungai, jeram, air terjun dan tali air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan memaklumkan, nasihat itu dikeluarkan berikutan keadaan cuaca tidak menentu, termasuk hujan lebat dan berterusan di beberapa kawasan yang berpotensi menyebabkan peningkatan paras air secara mendadak.Menurut kenyataan itu, keadaan berkenaan juga boleh mengakibatkan arus deras dan fenomena kepala air yang berisiko mengancam keselamatan serta meragut nyawa."Orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan aktiviti rekreasi air termasuk mandi-manda, berenang, berkelah dan berkhemah di kawasan sungai, jeram, air terjun serta tali air sepanjang tempoh MTL."Orang ramai juga diminta sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengutamakan langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu pada Selasa.Dalam pada itu, JBPM mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah fenomena kepala air yang boleh berlaku dalam tempoh singkat.Menurutnya, orang ramai perlu segera bertindak sekiranya terdapat perubahan keadaan air dan tidak menunggu sehingga arus menjadi deras sebelum meninggalkan kawasan berisiko."Keselamatan nyawa hendaklah sentiasa menjadi keutamaan."Sekiranya berlaku kecemasan, orang ramai diminta menghubungi talian kecemasan 999 dengan segera dan memberikan maklumat lokasi kejadian kepada pihak penyelamat," menurut kenyataan itu.Dalam pada itu, JBPM turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 9 November lalu.Dalam kejadian itu, seramai lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti rekreasi dan pendakian di sekitar kawasan berkenaan.Bagaimanapun, seramai 26 individu yang terkandas di sekitar lokasi kejadian berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.JBPM turut berharap seluruh ahli keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi tragedi berkenaan.Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan sekali lagi menjadi peringatan bahawa aktiviti rekreasi di kawasan sungai dan hutan mempunyai risiko keselamatan tinggi, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu sepanjang musim monsun.





Pesakit mental maut dibunuh di pusat jagaan - Sinarharian - 10/11 5:56 pm

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang dikatakan menghidap Skizofrenia ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh semasa berada di sebuah pusat jagaan di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil bedah siasat ke atas lelaki dari Machang, Kelantan berusia 42 itu mendapati terdapat kesan kecederaan di dada.Menurutnya, semasa pengadu bertugas di Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.02 malam, memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri.'"Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku di pusat jagaan dan rawatan pesakit mental di mana kesemua penghuni di premis tersebut mempunyai masalah mental."Sebelum itu, pihak hospital yang hadir sekitar jam 7 malam mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.Menurut Hanyan, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat yang dijalankan pada Selasa.Berikutan itu, seorang lelaki yang juga penghuni pusat jagaan sama berusia 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan."Suspek berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang dikesan mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan kes jenayah dan enam kes narkotik," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Wanita OKU hilang ditemukan lemas - Sinarharian - 10/11 5:40 pm

TAWAU - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual berusia 33 tahun dan tidak boleh bertutur ditemukanlemas di sungai berhampiran Taman Green, Jalan Sin Onn di sini pada Selasa.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mayat wanita itu dijumpai tersangkut di tepi sungai oleh penduduk kampung pada 2 petang."Berdasarkan maklumat,wanita itudisedari hilang oleh bapanya pada 12 tengah hari tadi dan pencarian awal dilakukan pendudukkampung."Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan penemuan mayat itu daripada pihak polis pada 1.56 tengah hari dan tiba di lokasi pada2.03 petang untuk membantu mengeluarkanmayat dari sungai,"katanya dalam kenyataan.Wanita itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian manakalaoperasi berkenaan tamat sepenuhnyapada 2.38 petang.- Bernama





Melaka records 94.75 per cent early voter turnout - Sinardaily - 10/11 5:13 pm

MELAKA A total of 9,396 voters, or 94.75 per cent, had cast their ballots in the early voting for the 16th Melaka State Election as at 4pm today.According to the Election Commission's (EC) real-time voter turnout dashboard, 9,917 security personnel and their spouses were eligible to vote today.The figure comprised 7,472 military personnel and their spouses, as well as 2,445 police personnel and their spouses, who were eligible to vote at 31 polling centres.Checks by Bernama at Terendak Camp in Sungai Udang and the Melaka police contingent headquarters in Ayer Keroh found that the voting process proceeded smoothly under clear weather conditions.EC chairman Datuk Seri Ramlan Harun had earlier said that several polling centres with a small number of voters had closed at noon.He said several other polling centres had closed in stages from 2pm, while the remaining centres would close at 5pm.The EC is targeting a 95 per cent turnout for early voting.A total of 79 candidates representing various political parties and coalitions, as well as independents, are contesting in the state election.Polling day is this Saturday





Polis Kelantan tumpaskan sindiket edar ganja guna kurier - Sinarharian - 10/11 5:11 pm

KOTA BHARU Polis Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran ganja yang menggunakan perkhidmatan kurier sebagai modus operandi untuk mengedar bekalan dadah ke sekitar Lembah Klang sejak Ogos tahun lalu.Kejayaan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 27 tahun serta rampasan 90.38 kilogram (kg) ganja mampat dan 107.6 gram bunga ganja bernilai keseluruhan RM279,902 dalam satu operasi di Tanah Merah pada Ahad lalu.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kegiatan sindiket terbabit berjaya dibongkar selepas polis menjalankan risikan selama sebulan sebelum menahan suspek kira-kira jam 3.30 petang di Batu 10, Batang Merbau.Menurut beliau, hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada pemeriksaan sebuah kedai telekomunikasi yang dipercayai dijadikan pusat pengumpulan bungkusan kurier."Sebanyak 13 bungkusan mengandungi dadah ditemukan di lokasi tersebut dan dipercayai sedia untuk dihantar ke 13 alamat berbeza."Penghantaran itu dipercayai menyasarkan pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.Mohd Yusoff berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak awal Ogos 2025 dan menggunakan rangkaian perkhidmatan kurier bagi mengedar dadah kepada pelanggan.Menurutnya, sindiket itu dipercayai didalangi empat individu, namun tiga lagi suspek dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran.Beliau berkata, bekalan dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram di Sungai Golok berhampiran Lalang Pepuyu, Tanah Merah sebelum diedarkan menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier.Dalam operasi sama, polis turut merampas 14 biji pil disyaki yaba seberat 1.4 gram hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta Honda FD yang dinaiki suspek."Jumlah keseluruhan dadah jenis ganja yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 90,502 penagih."Suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine," katanya.Menurut beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 November bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.





Maritim giat kesan kru nelayan Kemboja hilang di perairan Pangkor - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Maritim giat kesan kru nelayan Kemboja hilang di perairan Pangkor KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mengesan seorang kru vesel nelayan tempatan (VNT) warga Kemboja yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut di perairan Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, semalam





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan Sungai Selangor - Bomba HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak di sini diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian





SPR sedang diteliti dakwaan gangguan siber, jamin keselamatan sistem .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# SPR sedang diteliti dakwaan gangguan siber, jamin keselamatan sistem pilihan raya SUNGAI UDANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti dakwaan gangguan siber laman web rasminya dan akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja laporan penuh diterima





Tragedi kepala air: Seorang daripada lapan mangsa ditemui di Jambatan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air: Seorang daripada lapan mangsa ditemui di Jambatan Pertak KUALA LUMPUR Salah seorang daripada lapan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus kepala air di Sungai Pertak awal pagi ini





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang HULU SELANGOR - Lima daripada lapan individu yang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini semalam, ditemukan lemas setakat 9.20 pagi ini, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan





Jerantut dan Rompin diramal banjir mulai esok - Mygazette - 10/11 5:00 pm

KUANTAN - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua daerah iaitu Jerantut dan Rompin bermula esok hingga 14 November





Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan ditemukan lemas pagi ini selepas hilang ketika beriadah dengan keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat sini semalam





PRN Melaka: Rais gesa calon fokus tawaran tiga hari terakhir kempen - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# PRN Melaka: Rais gesa calon fokus tawaran tiga hari terakhir kempen SUNGAI UDANG Semua calon yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diharap dapat supaya mengelak politik kotor khususnya ketika kempen memasuki fasa tiga hari terakhir





BN wajib menang DUN, rampas Parlimen Melaka pada PRU ??? Ahmad Zahid - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# BN wajib menang DUN, rampas Parlimen Melaka pada PRU Ahmad Zahid PANTAI KUNDOR Barisan Nasional (BN) bukan sahaja perlu mempertahankan penguasaan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, malah wajib merampas semula kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang





Seven men claim trial over armed rioting outside Sungai Besi cafe - SUN - 10/11 4:35 pm

Seven men, including a 16-year-old, have pleaded not guilty in the Kuala Lumpur Magistrate's Court to charges of participating in an armed riot outside a cafe in Desa Tun Razak, Sungai Besi.





Flash flood tragedy: Sudden rise in river water levels - Sinardaily - 10/11 4:22 pm

HULU SELANGOR "Everything happened so quickly that all we could do was stand and watch," says B





Tujuh lelaki termasuk remaja 16 tahun didakwa merusuh guna senjata rebut kawasan perniagaan - Sinarharian - 10/11 3:57 pm

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki termasuk seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan merusuh menggunakan senjata di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi di sini,minggu lepas.Iftikhar Muhammad Rehmani Mohd Rafie, 30, Danny Chan Tim Meng, 20, Yee Jun Jiet, 20, Khaw Kah Ho, 19, Mohd Quayyum Azman, 43, Syaiful Kamal Abdulahak, 44, dan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun, didakwa bersama-sama seorang individu yang masih bebas.Kesemua mereka didakwa menyertai dan berada dalam rusuhan serta memiliki benda memudaratkan yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang, dalam kejadian pada 11 malam, 1 November.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Mohamad Poad menawarkan jaminan RM3,000 kepada remaja terbabit, manakala tertuduh lain tidak ditawarkan sebarang jaminan.Peguam Mohamad Akmal Mohd Taufik mewakili Iftikhar, Danny, Yee, Khaw dan remaja berkenaan, manakala Mohd Quayyum dan Syaiful Kamal diwakili peguam Nurul Aina Ardilla Abdul Halim.Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membenarkan remaja itu diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin, manakala enam tertuduh lain dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran kediaman sebulan sekali sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 11 Disember depanuntuk serahan dokumen.Pada 2 November, media melaporkan sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian merusuh, dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan perniagaan di hadapan sebuah kafe di Sungai Besi.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 44 tahun itu, ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sekitar lokasi kejadian.- Bernama





Pertak river water surge: Search for three missing victims widened to Sungai Selangor dam - Malaymail - 10/11 3:43 pm

HULU SELANGOR, Nov 10 The search and rescue (SAR) operation for three people still missing following a water sur...





Lima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh - Sinarharian - 10/11 3:43 pm

SUNGAI BULOH -Lima mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang Selasa.Kesemua mayat dibawa menggunakan trak polis selepas ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan susulan kejadian kepala air pada kira-kira jam 5.30 petang Isnin.Setakat ini, lima daripada lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan.Sebelum ini, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, mangsa pertama dikenali sebagai V Vijayan, 36, ditemukan pada jam 1.30 pagi, Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan arus di Lata Jebus.Empat lagi mayat ditemukan sekitar jam 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Menurutnya, operasi berdepan cabaran arus deras yang mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam untuk surut sebelum pencarian di permukaan air dapat dijalankan.Dalam kejadian itu, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.Selain itu, seramai 26 individu daripada beberapa kumpulan yang menjalankan aktiviti rekreasi dan pendakian turut dilaporkan terkandas di sekitar kawasan sungai berkenaan sebelum berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.





Sungai Pertak water surge: Three victims still missing, search extends to Sungai Selangor Dam - Sinardaily - 10/11 3:40 pm

HULU SELANGOR - The search and rescue (SAR) operation for three more water surge victims at Lata Jebus, Kampung Pertak, has been extended to the Sungai Selangor Dam, about three kilometres from the incident location.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said the search was focused along the Sungai Luit stretch from Lata Jebus towards the dam.The search distance has been widened to the Sungai Selangor Dam, covering about three kilometres along Sungai Luit from the incident location.So far, five of the eight victims reported swept away by the current have been found, while three are still being searched for, he told reporters at the scene on Tuesday.Earlier, four bodies were found this morning, with three of them trapped on the riverbank near Senget Bridge, about 950 metres from Lata Jebus, at 9.20am.Another body was found at 10.20am near a suspension bridge, about 50 metres from Senget Bridge or one kilometre from the incident location.The operation to retrieve all four bodies was completed at 11.15am before they were taken to the fire departments forward control post in Kampung Pertak here.Another victim, a 36-year-old local man, was found dead at Pertak Bridge at about 1.30am today.It is understood that all five bodies were sent to Sungai Buloh Hospital for further action.The water surge on Monday evening caused eight people to be reported swept away by the strong current at the location.





Man who pleaded guilty to attempted murder, rape referred to Hospital Bahagia - Sinardaily - 10/11 3:31 pm

KUALA KANGSAR - The Sessions Court here today ordered a man who pleaded guilty to attempting to murder and raping a woman to undergo a psychiatric assessment at Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.Judge Nuur Hafiedzah Md Daud issued the order against Marwan Mohd Nor, 38, under Section 342 of the Criminal Procedure Code after observing the accuseds demeanour when he pleaded guilty to both charges.Earlier, Marwan pleaded guilty to both charges and appealed to the court to impose the maximum sentence for the rape charge.According to the first charge, the accused was alleged to have attempted to murder a 20-year-old woman, causing her injuries by the roadside along the Felda Lasah-Lintang road, at Lubuk Kelah Lintang, Sungai Siput, at about 11.20 pm on Nov 3.The charge was framed under Section 307(1) of the Penal Code, which provides for a jail term of up to 20 years and a possible fine upon conviction.Under the second charge, the man was accused of causing injury to and raping the victim at the same location, date and time.He was charged under Section 376(2)(a) of the Penal Code, which provides for a minimum jail term of 10 years and a maximum of 30 years, as well as whipping, upon conviction.Royal Malaysia Police (PDRM) prosecuting officer Insp Nor Ain Ahmad applied for a date to be fixed for the submission of the facts of the case and sentencing.The court subsequently ordered the accused to be sent to Hospital Bahagia Ulu Kinta Tanjung Rambutan for monitoring and a mental health assessment, and fixed Dec 21 for mention of the case and submission of the psychiatric report





Lelaki mengaku bersalah cuba bunuh, rogol dirujuk ke Hospital Bahagia - Sinarharian - 10/11 3:28 pm

KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan cuba membunuh dan merogol seorang wanita untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.Hakim Nuur Hafiedzah Md Daud mengeluarkan perintah itu terhadap Marwan Mohd Nor, 38, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas meneliti keadaan lelaki itu ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut.Marwan juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum bagi pertuduhan merogol.Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa cuba membunuh seorang wanita berusia 20 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tepi jalan Felda Lasah ke Lintang, di Lubuk Kelah Lintang, Sungai Siput pada jam 11.20 malam, 3 November.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.Selain itu, lelaki itu didakwa merogol mangsa di lokasi dan pada waktu sama dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan 21 Disember untuk sebutan semula kes dan mendapatkan laporan psikiatri.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia Inspektor Nor Ain Ahmad





Lelaki rogol wanita tepi jalan, cuba bunuh mangsa diarah jalani pemeriksaan psikiatri - Sinarharian - 10/11 3:28 pm

KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita serta cuba membunuh untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.Hakim Nuur Hafiedzah Md Daud mengeluarkan perintah itu terhadap Marwan Mohd Nor, 38, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas meneliti keadaan lelaki itu ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut.Marwan juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum bagi pertuduhan merogol.Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa cuba membunuh seorang wanita berusia 20 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tepi jalan Felda Lasah ke Lintang, di Lubuk Kelah Lintang, Sungai Siput pada jam 11.20 malam, 3 November.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.Selain itu, lelaki itu didakwa merogol mangsa di lokasi dan pada waktu sama dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Mahkamah menetapkan 21 Disember untuk sebutan semula kes dan mendapatkan laporan psikiatri.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia Inspektor Nor Ain Ahmad





Mayat Muhammad Muiz ditemukan tersangkut pada kayu - Sinarharian - 10/11 3:27 pm

GOPENG - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia pada Selasa.Mayat Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.Menurutnya, mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula jam 9.30 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi itu membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Katanya, operasi SAR menggunakan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan Sungai Selangor - Bomba - Astroawani - 10/11 3:00 pm

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsayang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak di Hulu Selangor, diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor.





Jerantut, Rompin at risk of flooding tomorrow - Sinardaily - 10/11 2:36 pm

KUANTAN Flooding is expected in parts of Jerantut and Rompin from 1am tomorrow until 11.59pm on Nov 14.The National Flood Forecasting and Warning Centre (PRABN), under the Department of Irrigation and Drainage (JPS), said the forecast involved areas along the Rompin and Pahang River basins, particularly low-lying areas at risk.In a statement, it said the forecast was based on the Continuous Rain Warning (Alert Level) issued by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) at 8.30am and JPS flood forecasting models."Among the locations at risk of flooding in Rompin are low-lying areas within a five-kilometre radius of the Rompin River basin, including Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Tebu Hitam, Pantai Bernas, Kampung Ayau, Leban Chondong, Kampung Gading and Kampung Sarang Tiong."Other locations are low-lying areas within a five-kilometre radius of the Pahang River basin, including Kampung Mikang, Kampung Buluh Nipis, Kampung Simpang Sepayang, Kampung Sepayang, Kampung Tebu Hitam, Kampung Tengah, Kampung Tekek, Perumahan Murah Kampung Tekek, Kampung Serinkin and Kampung Janglau 1, 2 and 3," the statement said.In Jerantut, the locations forecast to be at risk include low-lying areas within a five-kilometre radius of the Pahang River basin.The statement said these areas included Perumahan Felda Jengka 24 in Block 11, Taman Ria, Perumahan Sungai Jan and Felda Gelanggi 1 and 3."Other locations include Kampung Baharu, Kampung Besul, Kampung Jerangsang, Kampung Sungai Siam, Kampung Lata Kasah, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol and Kampung Paya Garuk," it said.PRABN said JPS would continue monitoring the situation and issue flood warnings if significant rainfall persisted in the river basins."Flooding may occur earlier or later than forecast





Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti - Sinarharian - 10/11 2:35 pm

HULU SELANGOR Identiti tiga daripada lima mangsa yang ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini pada Isnin, sudah dikenal pasti.Mangsa pertama ditemukan ialah V Vijayan, 36, yang dijumpai anggota bomba di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi Selasa, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, dua lagi mangsa yang dikenal pasti ialah Kapali, 49, warga Nepal dan B Kunjanmalayil, 35, warga India."Dua lagi mangsa yang telah ditemui belum dapat dikenal pasti identitinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, operasi pada Selasa membabitkan 45 anggota JBPM, 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga anggota polis dan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali.Turut terlibat tiga anggota Pejabat Tanah Hulu Selangor, tiga anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan dua malim gunung.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Senarai mangsa dihanyutkan1





Tragedi kepala air: Tiga mangsa masih hilang, pencarian hingga Empangan Sungai Selangor - Sinarharian - 10/11 1:48 pm

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pencarian tertumpu sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus ke arah empangan berkenaan."Jarak pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian."Setakat ini, lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih dicari," katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.Terdahulu, empat mayat ditemukan pagi tadi, dengan tiga daripadanya tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan pada jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, kira-kira 50 meter dari Jambatan Senget atau satu kilometer dari lokasi kejadian.Operasi membawa keluar keempat-empat mayat selesai pada jam 11.15 pagi sebelum dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak di sini.Seorang lagi mangsa, lelaki tempatan berusia 36 tahun, ditemukan meninggal dunia di Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.Difahamkan, kesemua lima mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.Kejadian kepala air petang semalam menyebabkan lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras di lokasi.





Tragedi kepala air: Arus sungai naik mendadak - Sinarharian - 10/11 1:12 pm

HULU SELANGOR "Kami hanya mampu berdiri dan melihat arus deras yang berlaku secara tiba-tiba."Demikian kata B Partiban, 27, yang terselamat dan menyaksikan detik cemas kejadian kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak di sini pada Isnin.Partiban berkata, beliau sepatutnya menyertai saudaranya, V Vijayan, 36, bersama beberapa rakan untuk beriadah di kawasan air terjun berkenaan, namun tiba lewat berbanding mangsa lain."Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang, ketika itu arus sungai meningkat mendadak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurutnya, dia bersama tiga rakannya sempat menyelamatkan diri selepas keluar lebih awal dari kawasan sungai sebelum paras air meningkat, namun tidak menyedari Vijayan dihanyutkan arus.Terdahulu, empat mayat yang ditemukan pagi Selasa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.Sebuah lori polis dilihat meninggalkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kira-kira jam 12 tengah hari dengan membawa mayat berkenaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Beliau berkata, pencarian tertumpu di sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus menuju ke empangan berkenaan.Pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira jarak tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian.Mangsa pertama, Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan arus.Empat lagi mangsa ditemukan kira-kira jam 9.20 pagi di sekitar kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Bagaimanapun, identiti serta kewarganegaraan empat mangsa berkenaan belum dikenal pasti.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Sementara itu, seorang pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian berkenaan berkata, keadaan cuaca ketika itu baik dan tidak hujan, malah tiada sebarang petanda awal berlakunya kepala air.Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad, 19, berkata, dia tiba di sungai berkenaan bersama lima rakannya sebelum tiga daripada mereka pergi ke kawasan tebing untuk mandi-manda."Tiba-tiba arus deras, dua daripada rakan kami berjaya menyelamatkan diri, namun seorang lagi masih hilang dan belum diketahui statusnya," katanya.





Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini - Astroawani - 10/11 12:45 am

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulanditemukanlemas pagi ini selepas hilang ketika beriadah dengan keluarganya diDataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat Gopeng semalam.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang - Astroawani - 10/11 12:35 am

Lima daripada lapan individu yang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharusemalam, ditemukanlemas setakat 9.20 pagi ini





Budak 2 tahun hilang ditemukan meninggal dunia - Sinarharian - 10/11 12:16 am

GOPENG - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Jahang di sini pada Isnin ditemukan meninggal dunia.Mangsa, Muhammad Muiz Muhd Luqman ditemukan tersangkut pada kayu di tengah sungai berhampiran kawasan Gua Tempurung kira-kira jam 10.29 pagi.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang."Mangsa ditemukan oleh sekumpulan pemandu aktiviti rafting yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian."Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar kira-kira jam 11.15 pagi untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi SAR hari kedua bermula pada jam 9.30 pagi dengan melibatkan pelbagai agensi.Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan 14 anggota JBPM, empat anggota unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 komuniti pemandu aktiviti rafting serta lima anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Operasi SAR melibatkan 10 bot rafting dengan pencarian difokuskan dari Dataran Sungai Kampar di Jahang hingga ke Jambatan Sungai Kampar, Kuala Dipang, meliputi jarak kira-kira 10 kilometer."Pasukan menggunakan kaedah 'follow the river stream' selain pencarian di tebing sungai oleh unit K9," katanya.Beliau berkata, pasukan SAR dibahagikan kepada dua kumpulan dengan pasukan pertama memulakan pencarian di lokasi mangsa dipercayai hilang, manakala kumpulan kedua ditempatkan kira-kira empat kilometer dari lokasi berkenaan.Dalam kejadian Isnin, mangsa yang datang berkelah bersama keluarganya dari Batu Gajah disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi.Mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.





4 more victims swept away in Sg Pertak found - FMT - 10/11 11:49 am

Three victims were found near the Senget bridge, while another was located 1.2km from the scene.





EC, MCMC take measures to protect website following reported cyber attack - Sinardaily - 10/11 11:48 am

MELAKA - The Election Commission (EC) is working with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and other relevant parties to strengthen the security of its website following reports of a suspected cyber attack.EC chairman Datuk Seri Ramlan Harun said a report on the incident had also been submitted to the relevant authorities as an initial measure to ensure the commission's systems remain protected."We have already worked with all relevant authorities to ensure that this does not happen again





Empat mayat mangsa kepala air berjaya dibawa keluar - Sinarharian - 10/11 11:47 am

HULU SELANGOR - Empat mayat mangsa kejadian kepala air di Lata Jebus, Sungai Luit, Kampung Pertak, berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan pada jam 11.15 pagi tadi, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.Tinjauan di lokasi mendapati tiga mayat ditemukan tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari lokasi kejadian di Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, terletak 50 meter dari Jambatan Senget atau kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Kesemua mayat kemudian dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai pada jam 11.15 pagi.Identiti keempat-empat mangsa masih belum dikenal pasti.Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi.Penemuan itu menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus susulan kejadian kepala air di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak.Mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada seorang warga Yemen, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.Selain mangsa yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.Operasi SAR dijalankan oleh JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain.





Sungai Pertak water surge: Four more victims found, five of eight now located - Sinardaily - 10/11 11:11 am

HULU SELANGOR - Four more victims of the flash flood at Sungai Pertak in Kuala Kubu Bharu were found drowned on Tuesday morning, bringing the number of victims found so far to five out of the eight reported swept away by the current.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said three victims were found trapped near Senget Bridge, close to the Sungai Luit camp site, at about 9.20am.Another victim was found near the same area at 10.20am, about 1.2 kilometres from the incident location.All the victims are now being retrieved by search and rescue (SAR) team members, he told reporters at the scene on Tuesday.Earlier, a local man identified as V Vijayan, 36, was found dead near Pertak Bridge at about 1.30am.Ashrul Riezal said the SAR operation continued this morning, with the search area divided into four sectors.Sector A covers the area from Lata Jebus to Lubuk Pertak, while Sector B runs from Lubuk Pertak to Dam Bridge.Sector C covers the Dam Bridge area and Sector D the dam area, he said.In the incident on Monday evening, eight people were reported swept away by the current following flash floods at several locations around Sungai Pertak.The missing victims comprised a Yemeni national, four Indian nationals, a Nepali national, a Sri Lankan national and a local man.Besides those swept away, several groups of visitors were also reported stranded at Lata Jebus, Sungai Luit Camp and Gunung Rajah.The SAR operation is being carried out by JBPM together with several other rescue agencies.





Water surge at Pertak river: Four more bodies found, bringing toll to five - Malaymail - 10/11 11:07 am

HULU SELANGOR, Nov 10 Four more bodies of victims swept away by strong currents at Sungai Pertak in Kuala Kubu B...





Sungai Pertak water surge: One found drowned, seven still missing - Sinardaily - 10/11 10:57 am

KUALA LUMPUR - One of the eight individuals reported missing following a surge water at Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, near here yesterday, was found drowned near the Pertak Bridge this morning.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant operations director, Asrul Riezal Asbar, said the victim, a local man identified as V





PRN Melaka: Pengalaman kali kedua mengundi awal selepas habis pantang - Sinarharian - 10/11 9:59 am

TANGGA BATU - Ibu yang baharu habis berpantang bersama bayi berusia dua bulan antara yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, DUN Sungai Udang pada Selasa.Seorang isteri anggota tentera, Nurul Atika Syuhada Zainal, 31, berkata, itu merupakan pengalaman kedua mengundi ketika berpantang, yang pertama ketika melahirkan anak keduanya pada 2021.Menurutnya, walaupun baru habis berpantang selepas melahirkan anak ketiga pada penghujung September lalu, dia tetap berusaha hadir mengundi kerana menganggapnya sebagai satu tanggungjawab."Ini kali ketiga saya mengundi, tetapi kali kedua ketika baru melahirkan."Anak kedua dahulu pun saya datang mengundi ketika sedang berpantang," katanya selepas selesai membuang undi awal di SK Kem Terendak 1 di sini pada Isnin.Ibu kepada tiga anak itu berkata, membuat persiapan sejak awal pagi untuk keluar mengundi bagi mengelakkan cuaca panas."Pagi tadi bayi saya agak kurang sihat kerana demam tapi sebab nak pergi mengundi, saya siap awal dan datang pada waktu pagi bagi mengelakkan cuaca panas kerana membawa anak kecil."Sementara dua lagi anak saya ditinggalkan di rumah bersama nenek mereka," katanya.Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka tepat jam 8 pagi pada Selasa bagi membolehkan 12,531 anggota pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu membabitkan 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.Empat pusat mengundi awal bagi anggota tentera membabitkan 2,850 pengundi di SK Kem Terendak 1, diikuti 2,660 di SK Terendak 2, 2,189 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak dan 1,584 di Dewan Kem Sungai Udang Ramli.





Lelaki tempatan ditemui lemas, SAR kepala air Sg Pertak dibahagi 4 sektor - FMT - 10/11 9:11 am

Operasi SAR tujuh lagi mangsa diteruskan dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor dari Lata Jebus ke Lubuk Pertak, Jambatan Dam dan kawasan empangan.





Upgraded transport network and roads needed to tackle Melaka congestion - Sinardaily - 10/11 8:59 am

KOTA LAKSAMANA - Pakatan Harapan (PH) Kota Laksamana incumbent Low Chee Leong has called for improved road connectivity and a more comprehensive public transport network in Melaka, saying both are essential to easing traffic congestion and supporting the state's future development.Low, who is seeking a third term as DAPs candidate for Kota Laksamana said the state needed additional roads to connect different areas and accommodate further development, particularly as Melaka City continued to attract large numbers of tourists and visitors.He said better road connectivity would not only improve traffic flow but also create opportunities for development in surrounding areas.In Kota Laksamana, we need to build new roads to connect different areas and support further development





Pertak river surge: One body recovered, seven still missing in Kuala Kubu Bharu - Malaymail - 10/11 8:58 am

KUALA LUMPUR, Nov 10 One of the eight individuals reported missing following a water surge at Sungai Pertak, Kua...





Kepala air Sungai Pertak: Seorang ditemukan lemas, tujuh lagi masih hilang - Astroawani - 10/11 8:50 am

Mangsa ditemukan kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan di Lata Jebus.





Pertak river surge leaves eight missing, nine stranded in Kuala Kubu Bharu - Malaymail - 10/11 8:44 am

KUALA LUMPUR, Nov 10 Eight people remain missing after they were swept away by swift currents, while nine others...





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Mangsa pertama ditemukan maut, tujuh masih hilang - Sinarharian - 10/11 8:43 am

HULU SELANGOR Mangsa pertama yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada Selasa.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, lelaki tempatan dikenali sebagai V Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan."Mangsa dijumpai dalam jarak 2.7 kilometer dari lokasi dia terjatuh di Lata Jebus





PM umum bantuan tunai khas RM2,500 kepada ketua isi rumah mangsa... - Mygazette - 10/11 7:58 am

# PM umum bantuan tunai khas RM2,500 kepada ketua isi rumah mangsa banjir di Selangor KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah mangsa banjir yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula 10 November 2026





Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai Jahang GOPENG Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, hari ini





Insiden kepala air Sungai Pertak: 8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas .. - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Insiden kepala air Sungai Pertak: 8 mangsa dibawa arus, 9 lagi terkandas KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan lapan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus, manakala sembilan lagi dilaporkan terkandas dalam tiga kejadian kepala air melibatkan kumpulan berbeza di kawasan Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini, petang semalam





Trafik menghala ke Lembah Klang mula sesak petang ini - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Trafik menghala ke Lembah Klang mula sesak petang ini KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang sesak setakat 3 petang ini, disebabkan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali





Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Hujan, ribut petir dijangka hingga Selasa, bomba tingkat kesiapsiagaan GEORGE TOWN, - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mempergiat rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir kilat di seluruh negeri itu susulan ramalan hujan dan ribut petir sehingga Selasa ini





Najib: Tahanan rumah atau pelepasan, KDN tunggu penjelasan mahkamah - Mygazette - 10/11 7:58 am

# Najib: Tahanan rumah atau pelepasan, KDN tunggu penjelasan mahkamah KLEBANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu penjelasan melalui proses mahkamah berhubung perbezaan tafsiran antara keputusan Lembaga Pengampunan yang memperuntukkan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak dengan perintah pelepasan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi





Nine stranded, eight swept away by surging waters at Sungai Pertak - Sinardaily - 10/11 7:29 am

KUALA LUMPUR - Eight people remain missing after they were swept away by swift currents, while nine others are reported to be stranded in three separate incidents involving different groups when the water level of Sungai Pertak surged in Kuala Kubu Bharu near here on Monday.Selangor Fire and Rescue Department asst operations director Asrul Riezal Asbar the eight missing included an individual from a group of Yemeni nationals and locals, and seven from a group of 11 locals."For the first group, one was swept away and has yet to be found





8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air - Sinarharian - 10/11 7:05 am

HULU SELANGOR Seramai lapan individu dilaporkan hilang dibawa arus deras, manakala 19 lagi terkandas selepas kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Pertak di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang, seramai 34 individu dalam kumpulan berasingan terlibat dengan insiden berkenaan, termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan selamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu."Maklumat awal pada jam 6.37 petang, membabitkan lima warga Yaman yang melakukan aktiviti pendakian, seorang dilaporkan dihanyutkan arus manakala empat lagi selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, tiga minit kemudian, pihak bomba menerima satu lagi laporan membabitkan tujuh mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan dihanyutkan arus."Manakala tujuh lagi individu terkandas," katanya.Beliau berkata, kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi iaitu Lata Jerlus, Kem Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa turun ke kawasan selamat."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras," katanya.





Insiden kepala air: 8 dibawa arus, 9 terkandas di Sg Pertak - FMT - 10/11 6:46 am

Lapan mangsa itu terdiri daripada seorang dalam kumpulan warga Yaman dan penduduk tempatan, serta tujuh lagi daripada kumpulan 11 warga tempatan.





Insiden kepala air Sungai Pertak: Lapan mangsa dibawa arus, sembilan lagi terkandas - Astroawani - 10/11 6:10 am

Lapan mangsa itu terdiri daripada seorang warga Yaman serta tujuh lagi warga tempatan.





Isu tahanan rumah Najib: KDN tunggu keputusan mahkamah - Sinarharian - 9/11 8:31 pm

TANGGA BATU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sebenar perintah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu penting bagi menjernihkan kekeliruan berhubung penggunaan istilah 'order of discharge' dalam dokumen mahkamah yang membawa maksud pelepasan, sedangkan keputusan Lembaga Pengampunan menetapkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Menurutnya, kedua-dua istilah itu mempunyai implikasi perundangan berbeza kerana pelepasan bermaksud Jabatan Penjara tidak lagi mempunyai kuasa terhadap banduan, manakala tahanan rumah masih meletakkan individu berkenaan di bawah bidang kuasa jabatan itu.Beliau berkata, KDN perlu mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut sebelum melaksanakan sebarang tindakan bagi mengelakkan implikasi perundangan."Kalau ada dua interpretasi, mahkamah adalah platform terbaik





Budak 2 tahun hilang: 'Kali terakhir Muhammad Muiz dilihat sedang main air di tepi sungai' - Sinarharian - 9/11 7:39 pm

GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki,Muhammad Muiz Muhd Luqman, 2, dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Sungai Jahang di sini pada Isnin.Mangsa yang datang berkelah bersama keluarga dari Batu Gajah itu disedari hilang kira-kira jam 11.30 pagi sebelum usaha mencarinya dilakukan di sekitar kawasan sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, mangsa kali terakhir dilihat sedang bermain air di tepi sungai sebelum keluarganya menyedari kehilangan kanak-kanak itu.ARTIKEL BERKAITAN:Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga"Ahli keluarga telah melakukan pencarian di sekitar kawasan perkelahan, namun mangsa gagal ditemui."Mereka kemudian mengesyaki mangsa dihanyutkan arus sungai yang agak deras sebelum menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan polis dan bomba," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan kekuatan dua pegawai dan 15 anggota polis serta tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng.Katanya, operasi itu turut dibantu 21 orang awam dengan menggunakan empat bot water rafting bagi memperluaskan kawasan pencarian."Pasukan penyelamat melakukan pencarian melalui laluan sungai menggunakan bot, manakala anggota lain menjalankan pencarian di kawasan darat sekitar lokasi kejadian."Sehingga jam 6 petang, mangsa masih belum ditemukan




Reformasi     >>



Rasuah musuh keadilan titah Raja-Raja Melayu kembali .. - Harapandaily
Perkembangan terbaharu berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak, kembali mengangkat persoalan mengenai prinsip integriti, keadilan dan usaha membanteras rasuah, susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara kes SRC International ..
Kroni     >>



Nvidia heads for US$470 billion two-day wipeout as CEO .. - NST
BENGALURU: Nvidia shares extended losses on Tuesday, putting the chip giant on track to shed more than US$470 billion in market value over two sessions as concerns mounted over the fallout from CEO Jensen Huangs affair with a Chinese businesswoman alleged to be a spy for Beijing.
Tabloid     >>



Tidak kisah soal bayaran mahu tumpu kerjaya seni .. - Hmetro
DI sebalik kejayaan menerusi pelbagai naskhah lakonannya kebelakangan ini, pelakon Amir Ahnaf rupa-rupanya pernah berdepan detik sukar apabila hilang hingga tercari-cari hala tuju dalam perjalanan seninya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Alice Huang reportedly instrumental in securing over .. - Tomshardware
Alice Huang is reportedly connected to a web of Chinese companies, which then leveraged her closeness to Jensen Huang to gain access to billions of dollars' worth of Nvidia GPUs.
World     >>



Is Jensen Huangs Affair a Crisis for the A.I. Boom? - Newyorker
Its not yet clear what the Nvidia C.E.O.or the Trump Administrationknew about the alleged Chinese spy he was involved with.
Motor Trend     >>



Buletin Suzuki Spacia Baharu Diperkenal Tak Lama Lagi, .. - Mekanika
# SUZUKI SPACIA BAHARU DIPERKENAL TAK LAMA LAGI, TAMPIL DENGAN KONSEP MINI CAMPERVAN **Suzuki bakal memperkenalkan model baharu berasaskan Spacia pada musim sejuk 2026 dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikannya lebih praktikal, khususnya untuk pengguna gemar aktiviti perkhemahan dan ..