| /// |
|
| Search : Sungai Langat News | Page 1 |
|
Kedudukan MB N. Sembilan masih sah, isu legitimasi perlu rujukan .. - Mygazette - 4/05 7:47 am # Kedudukan MB N |
|
Kanak-kanak dihanyutkan arus deras ditemukan lemas di Sungai Langat - Mygazette - 4/05 7:47 am # Kanak-kanak dihanyutkan arus deras ditemukan lemas di Sungai Langat KAJANG - Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas, ditemukan lemas di Sungai Langat berdekatan Jalan Reko, di sini hari ini |
|
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam sungai di Taiping - Mygazette - 4/05 7:47 am # Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam sungai di Taiping TAIPING Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tersangkut pada longgokan sampah di tebing Sungai Jebong berhampiran Jalan Izzudin Shah, di sini, pada Ahad |
|
Rayuan akhir Rosmaini ketepi sabitan dan hukuman cederakan bekas isteri .. - Mygazette - 4/05 7:47 am # Rayuan akhir Rosmaini ketepi sabitan dan hukuman cederakan bekas isteri esok PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan esok bagi mendengar rayuan akhir peniaga, Rosmaini Abdul Raof terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma, empat tahun lalu |
|
Mayat lelaki ditemukan tersangkut dalam longgokan sampah - Hotfm - 3/05 10:50 pm Mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam di tebing Sungai Jebong. |
|
Mayat lelaki ditemukan tersangkut dalam longgokan sampah - FMT - 3/05 10:50 pm Mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam di tebing Sungai Jebong. |
|
Body found in rubbish pile along Sungai Jebong, Taiping - SUN - 3/05 10:39 pm Unidentified mans body discovered in rubbish pile along Sungai Jebong in Taiping; firefighters retrieve and hand over to police. |
|
Mayat lelaki ditemui dalam longgokan sampah - Sinarharian - 3/05 10:09 pm TAIPING - Mayat seorang lelaki ditemui dalam longgokan sampah di tebing Sungai Jebong di sini pada Ahad.Mangsa ditemui oleh orang awam sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dihubungi sekitar jam 6.45 petang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian dimaklumkan oleh polis bahawa mayat mangsa tersangkut pada longgokan sampah di bahagian tebing sungai berkenaan."Ketua operasi kemudian menjalankan penilaian situasi sebelum mengarahkan anggota turun ke tebing sungai untuk mengeluarkan mangsa."Mayat mangsa berjaya dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, pemeriksaan awal polis mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa."Operasi melibatkan sembilan anggota itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 malam," katanya. |
|
'Saya terima apa pun keadaan dia, syukur mayat Nur Qaseh ditemui'- Datuk - Sinarharian - 3/05 9:05 pm Asalkan saya dapat tahu di mana dia disempurnakan (dikebumikan), daripada hanyut dan tidak ditemukan," katanya kepada pemberita di unit forensik di sini hari ini.Menyifatkan Nur Qaseh Deandra sebagai seorang kanak-kanak periang dan mudah mesra, Zulkarnain berkata, kali terakhir mereka bertemu ialah dua minggu lepas ketika majlis keluarga di kediamannya di Sendayan, Negeri Sembilan."Dia memang periang, dia mudah berkawan dengan siapa sahaja. Yang paling terkesan sekarang mungkin abang nombor duanya kerana mereka memang sangat rapat," katanya.Kira-kira 10 ahli keluarga termasuk ibu bapa kanak-kanak itu menunggu proses bedah siasat selesai dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long di sini.Difahamkan, jenazah Nur Qaseh Deandra akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, Hulu Langat malam ini, selepas proses bedah siasat selesai pada jam 3.47 petang.Jenazah mangsa dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan sebelum dibawa ke Masjid Taman Rakan di Cheras, dekat sini untuk disembahyangkan.Nur Qaseh Deandra yang terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas, ditemukan lemas di Sungai Langat berdekatan Jalan Reko, di sini jam 12.17 tengah hari tadi.Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang yang juga komander operasi Izman Adnan, kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 10.6 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).- Bernama |
|
Burial tonight for nine-year-old girl found drowned three days after vanishing from Bandar Mahkota Cheras play area - Malaymail - 3/05 7:14 pm KAJANG, May 3 The remains of a nine-year-old girl who was found drowned in Sungai Langat at noon today will be... |
|
K9 unit joins search for missing 83-year-old man in Sungai Petani after blanket found at waters edge, 30m from house - Malaymail - 3/05 6:35 pm SUNGAI PETANI, May 3 An elderly man is feared drowned after he was believed to have fallen into a river in Kampu... |
|
Sg Sadit treatment plant alleviates water supply woes at Sibu west bank, says SUPP man - BorneoPost - 3/05 6:25 pm SIBU (May 3): The commissioning of the Sungai Sadit Water Treatment Plant in May last year has improved long-standing water supply issues affecting Sibu’s west bank, said Councillor Kevin Lau |
|
Lelaki Warga Emas Dikhuatiri Lemas Jatuh Tali Air - Siakapkeli - 3/05 5:47 pm Lelaki Warga Emas Dikhuatiri Lemas Jatuh Tali Air SUNGAI PETANI, 3 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai |
|
'Qaseh kami ditemui jua akhirnya' - Sinarharian - 3/05 3:56 pm KAJANG "Qaseh kami ditemui jua akhirnya, terima kasih atas doa kalian."Demikian luahan keluarga kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, selepas jasad mangsa ditemukan pada Ahad.Bapa saudara mangsa, Afiq Ahmad, 33, berkata, penemuan itu menamatkan penantian penuh debaran keluarga selepas lebih 40 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.Menurutnya, mereka sekeluarga amat terharu dengan sokongan berterusan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan sepanjang usaha pencarian berlangsung."Terima kasih kepada pihak media atas liputan yang membuka ruang untuk satu Malaysia mendoakan sepanjang usaha pencarian dijalankan serta tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk pasukan penyelamat yang terlibat dalam usaha SAR ini."Lepas lebih 40 jam, Qaseh kami telah ditemukan, sesungguhnya kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Katanya, pihaknya difahamkan urusan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini."Insha ALLAH, jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kehilangan Nur Qaseh Deandra yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini terungkai apabila mayatnya ditemukan pada Ahad.Mangsa, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui selepas operasi SAR dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi sejak hari kejadian.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat.Menurutnya, lokasi penemuan adalah kira-kira 10.6 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh |
|
Bomba perluas radius SAR kanak-kanak lemas hingga 29 kilometer - Mygazette - 3/05 3:40 pm # Bomba perluas radius SAR kanak-kanak lemas hingga 29 kilometer KAJANG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, memasuki hari ketiga hari ini dengan pencarian diperluas hingga ke Sungai Langat |
|
Peniaga hampir burnout, jualan festival tak capai sasaran – Ramai persoal harga terlalu mahal - Mydateline - 3/05 3:00 pm Seorang peniaga makanan meluahkan rasa hampir berputus asa apabila jualan yang diterima sepanjang menyertai sebuah festival makanan di Sungai Petani didakwa tidak mencapai sasaran |
|
Missing Bandar Mahkota Cheras girl found dead in Sungai Langat after three-day search - Malaymail - 3/05 2:23 pm KAJANG, May 3 The body of a nine-year-old girl who fell into a drain and was swept away by strong currents in Ba... |
|
Mayat Qaseh akhirnya ditemukan 11km dari lokasi dilaporkan terjatuh - Hmetro - 3/05 1:59 pm Kajang: Mayat kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, yang dilaporkan hilang dibawa arus selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin sudah ditemukan di Sungai Langat, hari ini |
|
Mayat Nur Qaseh ditemui selepas tiga hari, anggota bomba cedera ketika pencarian - Sinarharian - 3/05 1:43 pm KAJANG - [DIKEMAS KINI] Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan pada Ahad.Mangsa, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi sejak hari kejadian.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat.Menurutnya, lokasi penemuan adalah kira-kira 10.6 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh."Mayat mangsa ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menjalankan pencarian menggunakan bot di sepanjang sungai."Ibu bapa mangsa turut hadir dan membuat pengecaman pada jam 1.12 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Mengulas lanjut, Wan Syariman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1 Mei lalu kira-kira jam 7.08 malam di Kondominium Sri Hijau.Katanya, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berukuran kira-kira 3x3 meter ketika cuba mengambil bola."Ketika kejadian, arus longkang dilaporkan deras dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus."Jentera dari BBP Kajang tiba di lokasi kira-kira jam 7.22 malam selepas menerima panggilan kecemasan," katanya.Menurutnya, operasi SAR digerakkan dengan penglibatan lebih 50 anggota bomba termasuk pegawai kanan serta dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta unit PPDA Selangor."Pada hari kedua operasi, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian diteruskan di sekitar lokasi kejadian hingga ke Sungai Langat."Seorang anggota Unit K9 turut mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tertusuk besi ketika operasi dijalankan," katanya.Menurutnya, operasi pada hari kedua ditangguhkan pada jam 7.30 malam sebelum disambung semula keesokan hari."Operasi kemudian diteruskan secara agresif termasuk pada waktu malam dengan penugasan tambahan anggota PPDA."Pencarian diperluaskan hingga ke laluan Sungai Langat memandangkan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras," katanya.Tambahnya, pada hari ketiga, mangsa akhirnya ditemukan, sekali gus menamatkan operasi SAR."Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya. |
|
Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - Sinarharian - 3/05 1:25 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain sehingga jam 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, manakala di Perak melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Mualim.Di Pantai Timur, amaran sama dikeluarkan bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, selain beberapa kawasan di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan serta Rompin.Selain seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang, juga diramal mengalami cuaca sama.Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Bagi Sabah, amaran melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat) |
|
Budak 9 tahun lemas: Bomba tumpu cari mangsa hingga ke Sungai Langat - Sinarharian - 3/05 11:44 am KAJANG Tiada petunjuk baharu ditemui setakat ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi SAR masih diteruskan dengan tumpuan di kawasan mangsa dipercayai jatuh sehingga ke Sungai Langat.Menurutnya, setakat ini pihaknya hanya melaksanakan operasi berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan."Tiada petunjuk baharu ditemui dan operasi diteruskan mengikut kaedah serta penugasan yang telah disusun."Seramai 50 anggota terlibat dalam operasi ini yang dibahagikan kepada beberapa pasukan bagi memperluaskan pencarian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, operasi SAR dibahagikan kepada dua sektor utama melibatkan pencarian di sepanjang aliran air."Pasukan A ditugaskan melakukan pencarian di Sungai Langat melibatkan radius sejauh 2.4 kilometer (km)."Manakala Pasukan B menjalankan pencarian dari lokasi mangsa dipercayai jatuh sehingga jarak 1.4km," katanya.Tambah beliau, operasi SAR akan terus dipergiatkan dengan pemantauan rapi di kawasan terlibat bagi mengesan sebarang petunjuk baharu.Media sebelum ini melaporkan kawasan pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diperluaskan ke Sungai Langat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Izman Adnan berkata, radius SAR yang memasuki hari ketiga, hari ini membabitkan 5km dari lokasi kejadian di Pangsapuri Sri Hijau sehingga Sungai Long yang bersambung dengan Sungai Langat.Menurutnya, pencarian turut dilakukan dari Sungai Langat sejauh 24km menghala ke penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, menjadikan radius keseluruhan pencarian 29km.Terdahulu, kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras dilaporkan sering bermain di kawasan berlakunya tragedi itu. |
|
Kronologi kes bunuh Nurfisya Zulkifly - Sinarharian - 3/05 11:16 am KOTA BHARU [DIKEMAS KINI] Kes pembunuhan tragis dan kejam seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang mayatnya ditemukan berlumuran darah di kawasan sawah di Ketereh di sini menggemparkan masyarakat dengan rentetan pergerakan mangsa berjaya dikesan pihak berkuasa.Dalam tempoh kurang 24 jam selepas penemuan mayat, polis bertindak pantas menahan empat empat suspek bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Berikut kronologi kes : 1 Mei 202612:22 tengah malam Orang awam menemui mayat mangsa dengan berlumuran darah di atas jalan kawasan sawah di Ketereh dan laporan dibuat kepada polis.Bedah siasat dijalankan dan mengesahkan identiti mangsa sebagai Nurfisya Zulkifly, 19, pelajar semester tiga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).4:40 petang Polis memulakan tangkapan pertama melibatkan suspek kes.8 malam Keluarga mangsa tiba di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas menempuh perjalanan kira-kira lapan jam dari Kuala Kangsar, Perak, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian.2 Mei 2026Sehingga 2 pagi Seramai empat individu berjaya ditahan, terdiri daripada dua remaja lelaki (termasuk suspek utama), pasangan warga emas berusia 60 dan 66 tahun.8.40 pagi Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu dan dua remaja berkenaan direman selama tujuh hari manakala pasangan warga emas tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Menjelang tengah hari Sabtu, mula tersebar laporan dipercayai daripada pihak berkuasa berhubung pergerakan mangsa yang dilihat di lobi sebuah kondominium terletak di tepi Sungai Kelantan di Kota Bharu pada jam 12.26 tengah hari, Khamis |
|
Operasi cari kanak-kanak jatuh longkang diperluas hingga ke Sg Langat - Mkini - 3/05 10:55 am Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras. |
|
Bomba perluas radius SAR kanak-kanak lemas hingga 29 kilometer - Sinarharian - 3/05 10:43 am KAJANG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, memasuki hari ketiga hari ini dengan pencarian diperluas hingga ke Sungai Langat.Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Izman Adnan berkata, radius tersebut merangkumi jarak lima kilometer (km) dari lokasi kejadian, di sekitar Pangsapuri Sri Hijau sehingga penghujung Sungai Long yang bersambung dengan Sungai Langat.Beliau berkata, pencarian hari ini, turut dibuat dari Sungai Langat sejauh 24km menghala ke penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, menjadikan radius keseluruhan pencarian 29km."Keseluruhan pasukan penyelamat hari ini sebanyak 60 orang daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis, manakala aset termasuk tiga buah bot dan dua kanu, dengan satu unit K9 (anjing pengesan)."Kita berharap untuk selesaikan pencarian hari ini, dibantu oleh cuaca yang baik ketika ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, pada Ahad.Izman berkata, strategi pencarian hari ini, turut melibatkan khidmat Unit K9 di beberapa lokasi strategik sepanjang sungai yang dalam, sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menyelam jika terdapat sebarang petunjuk positif.Mengenai cuaca, beliau berkata, persekitaran yang cerah dengan keadaan arus sungai yang tenang serta cetek pada paras lutut, banyak memudahkan pergerakan anggota menyusuri tebing dan laluan air.Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil sebiji bola, sebelum dihanyutkan arus deras susulan hujan lebat dalam kejadian petang Jumaat.Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.08 malam |
|
Makan Dalam Sungai Sambil Layan BBQ? BBQ Lamb KL Kemensah Port Paling Unik Di KL - Murai - 3/05 8:00 am Kalau dah bosan makan di restoran biasa dan nak cuba sesuatu yang lain daripada yang lain, BBQ Lamb KL Kemensahialah sebuah restoran berkonsep BBQ yang terkenal dengan pengalaman makan yang unik di dalam sungai |
|
Hidden secrets of Sungai Urong - BorneoPost - 3/05 6:01 am AT the quiet mouth of Sungai Urong – a tributary feeding into the Bakong River, one of the great arteries of the Baram Basin – stands a longhouse that seems to watch over both land and legends |
|
Ok dh kompom....Calon2 PKR yg dipilih bertanding di Parlimen. - Wrlr - 2/05 6:21 pm Ustaz Al-Asri Ok dh kompom....Calon2 PKR yg dipilih bertanding di Parlimen |
|
Pesta Chithirai Sentosa 2026 angkat perpaduan, warisan budaya India – - Harapandaily - 2/05 4:33 pm FB Live… Sidang Media bersama YB Dr |
|
Kanak-kanak perempuan jatuh longkang: Radius pencarian diperluas - Bomba - Sinarharian - 2/05 3:17 pm KAJANG Lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini diperluaskan hingga ke Sungai Langat.Ketua Zon Hulu Langat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor, Wan Syariman Wan Saleh berkata, keadaan air yang semakin surut ketika ini membolehkan anggota penyelamat melakukan pencarian secara lebih menyeluruh."Anggota penyelamat akan melakukan pencarian secara terperinci di kawasan sempit termasuk melalui culvert," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Sabtu.Wan Syariman berkata, pos kawalan semua agensi turut dipindahkan ke Masjid Taman Rakan bagi memudahkan pemantauan serta penyelarasan tenaga operasi."Operasi pencarian akan bermula dari Jambatan Taman Rakan menghala semula ke lokasi mangsa dipercayai terjatuh sebelum diteruskan hingga ke Sungai Langat," katanya.Dalam pada itu, beliau mengakui antara cabaran utama operasi adalah struktur longkang jenis monsoon drain yang mempunyai tebing tinggi serta permukaan tanah tidak stabil."Anggota tidak boleh turun dari atas kerana faktor keselamatan, jadi mereka perlu masuk melalui laluan air untuk meneruskan pencarian hingga ke Sungai Langat."Operasi SAR dijangka diteruskan hingga malam bergantung kepada keadaan cuaca semasa," ujarnya.Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati anggota Bomba Dan Penyelamat turut menggunakan dron bagi membantu operasi pencarian.Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola sebelum dihanyutkan arus deras.Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 malam sebelum operasi SAR digerakkan. |
|
'Saya telefon ibu, ayah dan adik banyak kali, akhirnya polis jawab' - Sinarharian - 2/05 1:09 pm KOTA TINGGI "Saya telefon ibu, ayah dan adik banyak kali, akhirnya anggota polis yang jawab dan beritahu keluarga saya terbabit kemalangan."Demikian kata Mohd Izat Kamilin, 22, anak kedua daripada empat beradik yang kehilangan ibu, Rubeta Mohd, 51, serta adik perempuannya, Nur Isyirah Syakirah, 14, dalam nahas membabitkan dua buah kereta di kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat.Bapanya, Kamilin Alias, 56, yang memandu kereta Proton Persona dilaporkan kritikal dan kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.Menurutnya, ibu bapanya bersama adik dalam perjalanan pulang dari Mersing selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka."Mereka bertiga bergerak pada awal pagi sekitar jam 8 pagi |
|
Mampu Kerajaan DAP jernih kembali air Sg Kereh? - Harakahdaily - 2/05 11:36 am TASEK GELUGOR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang digesa agar segera bertindak menangani isu pencemaran Sungai Kereh yang menimbulkan ketidakselesaan khususnya penduduk setempat |
|
Kanak-kanak perempuan jatuh longkang, operasi SAR diperluas lima kilometer - Sinarharian - 2/05 10:49 am KAJANG [DIKEMAS KINI] Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, ketika mengambil bola diteruskan hari kedua pada Sabtu dengan pencarian diperluaskan dalam radius lima kilometer.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi pencarian melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan bantuan dua unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Shah Alam dan KLIA."Operasi turut dibantu Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Rescue Bencana Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)."Pasukan PPDA akan menyusuri pembentungan dari lokasi mangsa jatuh sehingga ke Sungai Long," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Sabtu.Ahmad Mukhlis berkata, pasukan turut menggunakan 'pole camera' IWK untuk membantu pencarian di dalam pembentung."Anggota penyelamat akan meranduk masuk ke dalam pembentung sejauh 270 meter bagi mengesan mangsa."Pembentung berkenaan dianggarkan sedalam kira-kira 50 meter di bawah paras tanah dengan diameter sekitar dua meter," katanya.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 malam pada Jumaat."Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran kawasan perumahannya ketika bermain bola bersama rakan-rakan."Dimaklumkan terdapat empat kanak-kanak bermain bola sebelum bola terbabit terjatuh ke dalam longkang," katanya.Beliau berkata, mangsa cuba mengambil bola berkenaan namun dihanyutkan arus deras."Rakan mangsa sempat memegang tangannya tetapi gagal disebabkan keadaan licin, hujan dan arus air yang deras," katanya. |
|
Kembali bertanding di Sungai Buloh, Khairy serah kepada UMNO - Mygazette - 2/05 8:00 am # Kembali bertanding di Sungai Buloh, Khairy serah kepada UMNO KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti sama ada beliau akan kembali bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 |
|
Pesara TLDM guna AI untuk ternakan ruminan - Kosmo - 2/05 7:39 am TAPAH Berbekalkan minat mendalam dalam dunia penternakan lembu dan kambing selain niat membekalkan stok daging tempatan bermutu kepada pelanggan membuatkan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan jawatan akhir sebagai laskar kanan nekad menjadikan perniagaan tersebut sebagai teras pendapatan utama |
|
Nine-year-old girl swept away by strong currents in Cheras drain - Sinardaily - 1/05 9:09 pm SHAH ALAM A search and rescue operation is underway for a nine-year-old girl who is feared drowned after falling into a drain near a condominium in Bandar Mahkota Cheras on Friday.The Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) received an emergency call regarding the incident at 7.08pm.Selangor Fire and Rescue Department Operations Assistant Director Ahmad Mukhlis Mokhtar said seven personnel from the Kajang Fire and Rescue Station were dispatched to the scene, arriving at 7.22pm.According to the operations commander, the victim is suspected to have fallen into a three-by-three-metre drain while attempting to retrieve a ball.At the time of the incident, the water current in the drain was swift and it is believed the victim was swept away, he said in a statement.Mukhlis added that the Selangor Water Rescue Unit (PPDA) has been mobilised to the location to assist with search efforts.This incident follows a similar tragedy just days ago in Bandar Puncak Alam.On April 28, a 10-year-old boy, Khairil Izani Khaizalullinudin, was reported missing after falling into a drainage channel at Lorong Cakera Purnama during heavy rain.The search for Khairil Izani ended on April 30 when his body was discovered by rescue teams near a riverbank in Sungai Buloh, several kilometres from where he was first swept away.In response to the Puncak Alam case, the state government has committed to enhancing safety measures at the site to prevent future accidents.Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said immediate steps would include the installation of safety fences and drain covers or barriers at the location."The state government will improve safety aspects at the location where the boy fell and was swept away by strong currents by installing safety fences and drain covers."These immediate steps are vital to ensure such incidents do not recur in the area," he said.Authorities continue to urge the public to stay vigilant around monsoon drains and waterways, especially during periods of heavy rainfall. |
|
KJ not ruling out contesting in Sungai Buloh again - FMT - 1/05 6:45 pm The former Umno Youth chief, however, says the party leadership will have the final say. |
|
Tanding Sungai Buloh, KJ serah kepada pimpinan Umno - FMT - 1/05 5:55 pm Khairy Jamaluddin dipindahkan Umno untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15, namun tewas kepada calon Pakatan Harapan R Ramanan. |
|
Tanding Sungai Buloh, KJ serah kepada pimpinan Umno - Hotfm - 1/05 5:55 pm Khairy Jamaluddin dipindahkan Umno untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15, namun tewas kepada calon Pakatan Harapan R Ramanan. |
|
Aminuddin is a good man ??? but also ???grass in the storm??? - Sinchew - 1/05 3:38 pm Aminuddin is a good man but also grass in the storm Datuk Seri Aminuddin Harun is a good man |
|
Biar Negeri Sembilan tenang dulu, nak rebut apa lagi? – PM Biar .. - Mygazette - 1/05 3:38 pm # Biar Negeri Sembilan tenang dulu, nak rebut apa lagi? - PM RAWANG - Semua pihak dinasihatkan memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mentadbir negeri itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir baru-baru ini |
|
Bekas komando cedera parah disondol babi hutan - Kosmo - 1/05 3:13 pm BENTONG – Seorang bekas komando cedera parah selepas diserang babi hutan ketika mandi di Sungai Repas berhampiran dengan kebunnya di Kampung Kuala Repas di sini semalam |
|
'Pok rindu abe' - Sinarharian - 1/05 9:50 am KUALA SELANGOR - "Saya rapat dengan abe, memang pergi mana-mana selalu dengannya,".Itu cerita Khaizalullinordin Nordin, 45, ayah kepada Khairil Izani, kanak-kanak yang ditemukan di tebing sungai di Sungai Buloh pada Khamis.Beliau menyifatkan anak sulungnya yang mesra dipanggil abe sebagai seorang yang sangat rapat dengannya dan sering menemaninya ke mana sahaja."Dia memang rapat dengan saya, ke mana-mana saya pergi, selalunya dia akan ikut sekali."Sehinggakan isteri saya pernah cakap saya lebihkan dia," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Bandar Puncak Alam di sini pada Khamis.Katanya, anaknya itu juga merupakan seorang anak yang baik serta patuh kepada ibu dan bapa."Tidak pernah sekali pun dia melawan kata-kata saya dan isteri apatah lagi meninggikan suara."Saya saksi bahawa dia anak yang baik, doa saya dan isteri sentiasa mengiringinya hingga ke syurga," katanya.Menurutnya, anaknya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cerakah."Saya berharap jenazah anak saya nanti dikebumikan di situ, saya kerap lalu di kawasan itu," katanya.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu sepanjang operasi SAR dijalankan."Terima kasih kepada kerajaan, penduduk, rakyat Selangor, NGO dan semua pihak yang bantu."Sokongan moral sangat banyak, rakyat Selangor memang prihatin |
|
Trak tentera hilang kawalan rempuh plaza tol, 15 anggota cedera - Sinarharian - 1/05 9:33 am AMPANG JAYA Sebuah trak tentera dipercayai mengalami kegagalan brek sebelum melanggar kawasan Plaza Tol Bukit Teratai, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengakibatkan seramai 15 anggota cedera dalam kejadian pada petang Khamis.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Polis Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.40 petang.Menurut beliau, kemalangan melibatkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia yang dalam perjalanan dari Kem Sungai Besi menghala ke Kuala Kubu Bharu."Siasatan awal mendapati trak terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kawasan plaza tol berkenaan."Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem brek kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, akibat kejadian itu seramai 15 anggota yang berada di bahagian tempat duduk belakang trak mengalami kecederaan."Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang oleh pasukan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya |
|
Kanak-kanak lemas: 'Itu memang anak saya' - Bapa - Sinarharian - 1/05 9:21 am KUALA SELANGOR "Saya terima dengan reda, itu memang anak saya."Demikian luahan sayu seorang bapa, Khaizalullinordin Nordin, 45, yang yakin mayat kanak-kanak lelaki ditemukan di tebing sungai di Sungai Buloh pada Khamis adalah anaknya yang hilang sejak Selasa lalu.Beliau berkata, pengecaman berdasarkan pakaian serta fizikal mangsa yang dikenal pasti di Unit Forensik UiTM."Saya tengok seluar hitam yang dipakai, lepas itu kaki dia, saya tengok kaki dia, saya tahu dan yakin itu memang anak saya."Kalau badan tu... |
|
CVLB Sarawak flags old buses, unlicensed drivers in free school bus scheme - BorneoPost - 1/05 8:01 am KUCHING (May 1): The Commercial Vehicles Licensing Board (CVLB) Sarawak has raised safety concerns over the use of ageing buses and unlicensed drivers under the state’s free school bus initiative involving SJK Chung Hua No |
|
Ramai Tak Tahu Hulu Langat Ada Tempat Secantik Ini! Telang 18 by SeriGreen Jadi Pilihan Ramai - Murai - 1/05 8:00 am Telang 18 by SeriGreen merupakan satu tempat acara berkonsepkan alam yang menyediakan ruang indoor dan outdoor dalam suasana yang tenang dan penuh dengan kehijauan |
|
Laksana enkuiri sambung kembali tali muafakat di Negeri Sembilan - Rais - Sinarharian - 30/04 10:20 pm SHAH ALAM - Satu enkuiri atau siasatan menurut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 perlu dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian paling realistik dalam usaha menyambung kembali tali muafakat susulan krisis di Negeri Sembilan.Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, siasatan yang dimaksudkan adalah mengenai peristiwa pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong.Selain itu, peristiwa tentang empat Undang umum pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.Menurut beliau, jika enkuiri dapat dilunaskan sebagai bahan bukti tambahan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diminta supaya tidak melakukan apa-apa tindakan."Mengusir orang, memadamkan api atau menyuruh pegawai putuskan pintu rezeki mana-mana pihak |
|
Lelaki disyaki cuba mencuri di pencawang TNB terkena renjatan elektrik - Sinarharian - 30/04 9:50 pm SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang disyaki cuba mencuri di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera dipercayai terkena renjatan arus perdana yang kuat di Taman Ria Jaya dekat sini.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pada 27 April lepas, anggota di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menerima panggilan daripada juruteknik TNB pada 2.08 petang memaklumkan berlaku kes kecurian di pencawang itu."Anggota unit rondaan bermotosikal ditugaskan ke lokasi.. |
|
Body of boy who fell into Puncak Alam drain found 10km away in Sungai Buloh - FMT - 30/04 5:59 pm The boy was reportedly swept away by strong currents during heavy rain on Tuesday. |
|
Search for 10-year-old boy who fell in Puncak Alam drain ends after three days; body found in Sungai Buloh - Malaymail - 30/04 5:33 pm SHAH ALAM, April 30 The body of a 10-year-old boy, who went missing after reportedly falling into a drain in Ban... |
|
Negeri Sembilan govt orders Sungai Ujong undangs residence vacated - FMT - 30/04 5:01 pm The directive was issued in a letter to the private secretary of Mubarak Dohak, the former undang of Sungai Ujong. |
|
Kanak-kanak lemas: Suasana hiba selubungi unit forensik Hospital UiTM - Sinarharian - 30/04 4:07 pm KUALA SELANGOR - Suasana hiba menyelubungi sekitar pekarangan Unit Forensik Hospital UiTM selepas mayat dipercayai kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang ditemukan di tebing Sungai Buloh pada Khamis dibawa untuk proses bedah siasat di sini.Turut kelihatan beberapa individu difahamkan ahli keluarga kanak-kanak itu untuk melakukan pengecaman ke atas mayat terbabit.Media bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan unit forensik itu dan hanya dibenarkan merakam gambar dan video daripada luar pagar.Terdahulu, kehilangan kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemui pasukan penyelamat di sini. |
|
Krisis NS: Mubarak diarah kosongkan kediaman rasmi - Mkini - 30/04 3:51 pm Turut diarah untuk dikosongkan melalui surat rasmi itu ialah Balai Undang Sungai Ujong |
|
Mayat Kanak-kanak 10 Tahun Terjatuh Longkang Akhirnya Ditemui Selepas 3 Hari Hilang - Lobakmerah - 30/04 3:37 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Akhirnya kanak-kanak hanyut dalam longkang dijumpai - Mydateline - 30/04 3:27 pm Pencarian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hanyut dalam longkang kelmarin akhirnya menemui jawapan apabila mayatnya ditemukan di tebing Sungai Buloh, Ijok, hari .. |
|
Isu Exco Selangor: Jamal puji Amirudin tegur pemimpin PKR jangan .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm # Isu Exco Selangor: Jamal puji Amirudin tegur pemimpin PKR jangan semberono - Jamal KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Sungai Besar memuji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mengingatkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar tidak membuat kenyataan secara semberono berhubung kedudukan Exco UMNO dalam kerajaan negeri |
|
Mas Ermieyati slams Bersatu reps dog sticker post, says it insults Muslim manners and elected office - Malaymail - 30/04 3:19 pm PETALING JAYA, April 30 Masjid Tanah MP Datuk Mas Ermieyati Samsudin has criticised Sungai Udang assemblyman Dr... |
|
Search for Khairil Izani ends as body found six kilometres from where he was swept away - Sinardaily - 30/04 2:28 pm KUALA SELANGOR A three-day search for a 10-year-old boy feared drowned in Bandar Puncak Alam ended in tragedy on Thursday when his body was found on a riverbank in Sungai Buloh, about six kilometres from where he was believed to have fallen.Khairil Izani Khaizalullinudin was discovered floating by members of the Saujana Utama Volunteer Fire Brigade (PBS), who were conducting search operations in the area.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) North Zone 7 chief, Samsol Maarif Saibani, said the boy, who was reported missing on Tuesday, was found at about 1pm.The Fire and Rescue Departments Water Rescue Team (PPDA), together with Saujana Utama PBS, found the victim in Sungai Buloh heading towards Ijok after beginning the search from the Fire Control Centre (PKB).The search started from a drain near Masjid Taman Alam Jaya before covering approximately five kilometres to the river, he said when met at the operation site on Thursday.He added that the victim was found fully clothed, wearing a light-coloured shirt and black pants.The body will be taken to the UiTM Hospital Forensic Unit for a post-mortem.Selangor Fire and Rescue Department assistant director of operations Ahmad Mukhlis Mukhtar said the case has been handed over to the police for further action.The incident began on Tuesday, when Khairil Izani fell into a drain at Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam and was swept away by powerful currents during heavy rain.The Fire and Rescue Department received the emergency call at 7.47pm.The incident was believed to have occurred around 3pm while Khairil Izani was playing football at a field in Phase 3 of Puncak Alam with two friends, aged 11 and 12, in the midst of heavy rain |
|
Kanak-Kanak Hilang 3 Hari Dipercayai Jatuh Longkang Ditemui Di Sungai Buloh - Beautifulnara - 30/04 2:03 pm Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu akhirnya terungkai apabila satu mayat ditemukan di tebing sungai di Sungai Buloh, pada Khamis |
|
Jasad Kanak-Kanak Hilang Jatuh Longkang Ditemui Di Tebing Sungai Selepas 36 Jam - Siraplimau - 30/04 2:03 pm Kehilangan seorang kanak kanak jatuh longkang dikenali sebagai, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang sebelum ini dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam akhirnya terjawab apabila satu mayat ditemukan di tebing sungai di Sungai Buloh pada Khamis |
|
Melaka Bersatu apologises for reps dog sticker post - FMT - 30/04 1:56 pm State Bersatu information chief Hishamuddin Abdul Karim says the Facebook post by Sungai Udang assemblyman Dr Aleef Yusof was inappropriate and disparaging. |
|
Pemimpin Bersatu Melaka kecam Adun guna imej tidak sopan - FMT - 30/04 1:54 pm Hishamuddin Abdul Karim gesa Adun Sungai Udang Dr Mohd Aleef Yusof turun segera hantaran media sosial yang menggunakan grafik atau stiker tidak sopan terhadap seorang Exco Melaka. |
|
Kanak-kanak jatuh longkang: Mayat Khairil Izani ditemukan selepas tiga hari hilang - Sinarharian - 30/04 1:37 pm KUALA SELANGOR [DIKEMAS KINI] Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh pada Khamis.Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan pada jam 1 tengah hari."Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB)."Pencarian bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi operasi pada Khamis.Beliau berkata, secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer."Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam," katanya.Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat."Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |