![]() |
/// |
|
Search : Sungai Korok News | Page 1 |
Penduduk Kampung Sungai baru gesa SUHAKAM campur tangan, buat inkuiri - Mgazette - 11/07 5:05 pm # Penduduk Kampung Sungai baru gesa SUHAKAM campur tangan, buat inkuiri KUALA LUMPUR - Kira-kira 20 penduduk Kampung Sungai Baru hari ini menyerahkan memorandum tuntutan hak dan keadilan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) supaya campur tangan terhadap pengusiran para penghuninya pada 16 Julai ini |
DAPSY Melaka desak kerajaan dedah penyata RM8 juta bina Jejantas Tun... - Mgazette - 11/07 5:05 pm # DAPSY Melaka desak kerajaan dedah penyata RM8 juta bina Jejantas Tun Teja MELAKA - Pemuda DAP (DAPSY) Melaka mendesak kerajaan negeri mendedahkan dua penyata akaun dan tender projek menaik taraf Jejantas Tun Teja di Peringgit di sini yang menjadi perdebatan umum ekoran kosnya sehingga RM8 juta |
Bapa terkejut anak terlibat nahas helikopter, patah tulang rusuk - Mgazette - 11/07 5:05 pm # Bapa terkejut anak terlibat nahas helikopter, patah tulang rusuk JOHOR BAHRU - Saya baru saja dapat telefon daripada anak, dia beritahu nak naik helikopter untuk latihan, dia ada mintak saya berdoa sebelum berlepas |
Bapa kongsi detik akhir panggilan anak sebelum kemalangan helikopter - SUN - 11/07 2:39 pm JOHOR BAHRU: Dia baru sahaja telefon saya minta saya doakan (keselamatan) .. |
Bangkai helikopter terhempas belum dinaikkan - Sinarharian - 11/07 1:48 pm ISKANDAR PUTERI Bangkai helikopter jenis AS355N yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah pada pagi Khamis masih belum dinaikkan.Tinjauan dari Jambatan Sungai Pulai mendapati terdapat dua pelampung hitam yang dipercayai digunakan untuk menandakan lokasi bangkai helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikesan di sungai berkenaan.Difahamkan, siasatan sedang giat dijalankan di lokasi nahas oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan serta Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM sebelum bangkai helikopter tersebut dinaikkan.Bangkai helikopter itu dipercayai akan dinaikkan hanya selepas siasatan di lokasi selesai.Pada Khamis, sebuah helikopter milik PDRM terlibat dalam kemalangan ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai.Insiden itu berlaku di perairan berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitu lokasi latihan melibatkan empat negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataannya mengesahkan kemalangan itu melibatkan helikopter jenis AS355N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, dua daripada lima mangsa kini diberikan bantuan pernafasan, manakala tiga yang lain dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Kru yang terlibat dalam insiden tersebut membabitkan dua pegawai kanan dan tiga anggota polis termasuk juruterbang dari PGU PDRM, Bukit Aman serta anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang. |
Lelaki ditahan acu parang ke leher pengawal keselamatan - Sinarharian - 11/07 12:10 am RAUB - Seorang lelaki disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Kompartmen 214, Hutan Simpan Tras, Raub, telah ditahan polis pada Rabu lalu.Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, suspek ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Lui di sini kira-kira jam 11.15 malam pada hari yang sama.Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi tangkapan, polis menemui sebuah motosikal jenis Honda EX-5 yang dipercayai digunakan semasa kejadian."Turut ditemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu."Kedua-dua kenderaan itu telah dirampas untuk siasatan lanjut," katanya.Mengulas lanjut mengenai kejadian, Mohd Shahril berkata, mangsa berusia 29 tahun membuat laporan polis kira-kira jam 1.20 tengah hari Rabu, mendakwa diugut oleh lima lelaki tidak dikenali ketika sedang bertugas di pos pengawal Kompartmen 214, Hutan Simpan Tras."Mangsa mendakwa lima lelaki menaiki motosikal telah mendesak supaya palang jalan keluar dibuka."Mangsa yang tidak mempunyai kunci palang telah dimarahi sebelum salah seorang lelaki tersebut bertindak agresif dengan mengetuk kunci palang menggunakan cota besi serta mengacukan parang ke lehernya," jelasnya.Bagaimanapun, menurut beliau, rakan suspek telah meleraikan keadaan sebelum mereka semua beredar dari lokasi kejadian."Susulan laporan diterima, pihak polis berjaya mengesan suspek utama dan menahannya pada malam yang sama."Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.Tambah beliau, siasatan lanjut juga dijalankan terhadap suspek berkaitan penggunaan nombor pendaftaran kenderaan palsu. |
Kemalangan lori sebabkan tumpahan asid nitrik di Sungai Besar - SUN - 11/07 11:00 am SHAH ALAM: Satu kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Besar Sabak Bernam, Sungai Besar, mengakibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya semalam |
Sungai Korok tragedy: JHEAIK steps up surveillance at burial site to prevent un-Islamic practices - Sinardaily - 11/07 10:33 am ALOR SETAR The Kedah Islamic Religious Affairs Department (JHEAIK) has taken proactive steps to monitor the gravesite of six family members who tragically lost their lives in the recent Sungai Korok incident.The move aims to prevent any superstitious or un-Islamic practices at the burial site.This decision comes in response to concerns raised by local residents regarding unusual and suspicious activities observed at the cemetery.Its director, Datuk Abd Ghani Zainudin, confirmed that officers have been assigned to carry out ongoing surveillance at the Kampung Bohor Karang Muslim Cemetery in Jerlun.We have not placed any ropes or physical barriers around the burial site, but monitoring is ongoing from time to time.Action will be taken if there is clear evidence of practices that go against Islamic principles, he said when contacted on Thursday.He also urged the public to refrain from engaging in superstitious or irrational activities, and called on local mosques to play an active role in preventing any acts that contradict Islamic beliefs at the cemetery.Meanwhile, the At-Taqwa Mosque secretary Mhd Shukri Hassan, confirmed that they have received instructions from JHEAIK to monitor the site and have also appealed to the local community to assist in the effort.He emphasised that the initiative aims to prevent a repeat of incidents such as the alleged act of someone collecting grave soil from the grave of the late Nurly Sahirah Azman, a student from Sultan Idris Education University (UPSI) who died in an accident in Gerik.The mosque does not prohibit the public from visiting the graves, but we stress that no acts of shirk (idolatry) or un-Islamic rituals should be carried out.Theres no issue with visiting graves, but dont do things that go against the faith |
Tanah kubur Balok jerlus, pernah kaki pelawat terpelosok ke dalam lubang - Mgazette - 11/07 7:48 am # Tanah kubur Balok jerlus, pernah kaki pelawat terpelosok ke dalam lubang KUANTAN Insiden Tanah Perkuburan Balok di Kuantan yang jerlus sehingga mampu menelan penggali kubur dan waris yang datang ziarah cukup merisaukan terutama setiap kali tibanya musim tengkujuh |
MOSTI beri kerjasama penuh siasatan insiden helikopter terhempas - Sinarharian - 11/07 12:03 am JOHOR BAHRU - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kemalangan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Pulai, Gelang Patah pagi tadi.MOSTI memaklumkan dalam kenyataan malam ini bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kementerian komited untuk memastikan semua aspek keselamatan diteliti secara menyeluruh."MOSTI komited memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan serta memastikan semua aspek keselamatan diteliti secara menyeluruh," menurut kenyataan itu.Insiden berlaku kira-kira jam 10.15 pagi berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM) 2025 melibatkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.MOSTI berkata, pasukan penyelamat di lokasi bertindak pantas menyelamatkan kesemua lima kru helikopter yang kini menjalani rawatan.Kementerian itu turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamat."Kementerian akan terus memantau perkembangan situasi ini dan akan memaklumkan sebarang maklumat lanjut dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.Penganjuran MITSATOM kali ini bersempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025 dengan Atom Malaysia menggalas peranan sebagai Pengerusi Rangkaian Badan Kawal Selia ASEAN mengenai Tenaga Atom (ASEANTOM) di bawah Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).Latihan itu bertujuan menguji keberkesanan pengesanan dan tindak balas negara anggota ASEAN dalam menangani kejadian keselamatan nuklear membabitkan penyeludupan bahan radioaktif atau nuklear rentas sempadan darat Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura serta sempadan laut Malaysia-Indonesia.Terdahulu Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, dua mangsa kritikal dan sedang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini |
Tebingan Kapit Fasa Dua jadi mercu tanda baharu, tarikan pelancongan - Nanta - SUN - 10/07 10:51 pm KAPIT : Projek Tebingan Kapit Fasa Dua bukan sahaja menjadi mercu tanda baharu bagi Kapit malah sebagai tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi tempatan |
Johor helicopter crash: Search for black box underway IGP - SUN - 10/07 8:01 pm ISKANDAR PUTERI : Police are intensifying efforts to locate the black box of the helicopter that crashed near Sungai Pulai, Gelang Patah, to determine the cause of the incident |
Pegawai polis percubaan ditahan reman SPRM kes rasuah RM2,000 - SUN - 10/07 7:54 pm ALOR SETAR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memohon reman selama tiga hari terhadap seorang pegawai polis percubaan yang disyaki terlibat dalam kes rasuah bernilai RM2,000 |
Johor helicopter crash: Police focusing on black box search - IGP - Sinardaily - 10/07 5:57 pm ISKANDAR PUTERI - Police are focusing efforts on locating the black box of the helicopter that crashed near Sungai Pulai, Gelang Patah, this morning to determine the cause of the incident, said Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.He said the search is being carried out in collaboration with several relevant agencies, including the Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) and other agencies with technical investigation expertise.In addition to locating the black box, efforts are also underway to recover the wreckage of the helicopter, which is believed to have sunk to the riverbed."A coordinated effort is being carried out with the cooperation of various agencies, involving highly specialised technical expertise, he said after inspecting the crash site near the MMEA Jetty in Gelang Patah today.Also present was Johor police chief Datuk M |
Pegawai polis percubaan terlibat rasuah direman tiga hari - Sinarharian - 10/07 5:41 pm ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai polis percubaan ditahan reman tiga hari bermula pada hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM2,000 bulan lepas.Perintah reman hingga Sabtu itu dikeluarkanoleh Majistret Noor Fazlina Musa selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi tadi.Menurut sumber SPRM, suspek yang bertugas di sebuah balai di negeri ini meminta suapan terbabit sebagai balasan kerana melepaskan seorang tahanan daripada jaminan polis.Sumber itu berkata, lelaki berumur30-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam di balai suspek bekerja."Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Jun lepasdan siasatan awal mendapati suspek meminta rasuah kira-kira RM2,000 daripada seorang tahanan bagi membolehkannya dilepaskan daripada jaminan polis, sedangkan tiada bayaran yang perlu dijelaskan," katanya hari ini.Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- Bernama |
Pegawai polis direman, disyaki minta rasuah daripada tahanan - Astroawani - 10/07 5:34 pm Perintah reman selama tiga hari dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada pagi Khamis. |
PM dijangka beri penerangan lantikan Ketua Hakim Negara pada ahli Parlimen minggu hadapan - Anthony - Sinarharian - 10/07 5:21 pm SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan memberi penerangan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara kepada semua Ahli Parlimen pada minggu hadapan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua ahli Parlimen mempunyai ruang untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan."Perdana Menteri akan buat penerangan kepada ahli Parlimen pada minggu depan dan ada sesi bersama dengan beliau."Ahli-ahli Parlimen ada ruang untuk mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri dan Kabinet telah pun membincangkan mengenai perkara itu," katanya ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen(B2) Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Khamis.Ahli Parlimen Seremban itu berkata, semua pihak seharusnya memahami bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara mempunyai prosesnya.Malah jelas beliau, bukannya menjadi satu kesalahan sekiranya jawatan itu belum diisi kerana Hakim Besar Malaya telah pun dipertanggungjawabkan untuk menanggung tugas tersebut buat sementara waktu."Jawatan itu belum diisi bukan sesuatu yang salah sebabnya dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, apabila adanya kekosongan, Hakim Besar Malaya akan menanggung kerja itu."Proses pelantikan Ketua Hakim Negara perlu melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas dinasihati oleh Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja," katanya.Menurut Anthony, mesyuarat Majlis Raja-Raja pula dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan dan tidak sepatutnya ia didahului.Ditanya sama ada beliau ada menerima surat daripada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan meminta supaya menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan kehakiman, Anthony berkata, beliau tidak menerimanya."Saya tak tahu sama ada mereka (ahli Parlimen) telah terima atau tidak |
Tiada isu peralihan kuasa dalam Pas - Sanusi - Sinarharian - 10/07 5:21 pm SUNGAI PETANI Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa tidak timbul sebarang isu peralihan kuasa dalam Pas sekiranya Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang melepaskan jawatannya pada masa depan.Beliau berkata, isu berkenaan hanya dibangkitkan oleh pihak luar yang berasa gusar dengan kekuatan Pas di bawah kepimpinan Abdul Hadi.Menurutnya, persoalan mengenai siapa yang akan menggantikan Abdul Hadi tidak wajar dibangkitkan kerana perkara itu tidak berlaku dan tidak pernah menjadi isu dalam parti tersebut."Perkara itu tidak berlaku, jadi bagaimana saya nak jangka sesuatu yang tidak berlaku," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7 di sini pada Khamis.Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat menyifatkan ia sekadar spekulasi luar parti yang dicetuskan oleh musuh politik."Ramai yang mahu begitu, pasal apa.. |
Nahas helikopter: PDRM tumpu usaha cari kotak hitam - KPN - Astroawani - 10/07 5:10 pm Nahas berlaku ketika helikopter berkenaan menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah. |
Tragedi Sungai Korok: JHEAIK pantau kubur enam beranak - Astroawani - 10/07 4:55 pm JHEAIK akan memantau tanah perkuburan enam beranak yang maut dalam nahas di Sungai Korok pada Sabtu lepas bagi mengelak kemungkinan berlaku aktiviti khurafat. |
Mai Kedah, tengok suasana sini' - Sanusi - Sinarharian - 10/07 4:49 pm SUNGAI PETANI - Penentuan kuasa dalam politik terletak sepenuhnya di tangan rakyat, bukan segelintir individu atau parti semata-mata.Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, rakyat akan menilai prestasi parti yang membentuk kerajaan dan ketika pilihan raya, mereka akan membuat penilaian serta pendirian masing-masing.Menurutnya, mana-mana pemimpin politik boleh membuat dakwaan mahupun jangkaan politik tersendiri, namun keputusan rakyat lebih tepat dalam menentukan kuasa politik."Politik bergantung pada tangan orang ramai, bukan tangan seseorang |
'Helikopter PDRM terhempas depan mata ketika buat liputan' Wartawan - Sinarharian - 10/07 4:39 pm ISKANDAR PUTERI Dua wartawan yang berada di lokasi kejadian ketika sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ke dalam Sungai Pulai, Gelang Patah pagi Khamis berkongsi detik cemas menyaksikan insiden tersebut yang disifatkan sebagai pengalaman tidak dapat dilupakan.Muhammad Aiman Hakeem Awazmin, 27, berkata, ketika kejadian, beliau sedang bertugas membuat liputan latihan amal pelbagai hala sekuriti nuklear Malaysia- Indonesia- Thailand dan Singapura MITSATOM 2025 di Jeti Maritim Sungai Pulai, Maritim Malaysia."Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang bagaimana helikopter tu jatuh menjunam ke dalam sungai |
Perkeso teliti bantuan untuk anak mangsa tragedi lemas di Sungai Korok - Mgazette - 10/07 4:00 pm # Perkeso teliti bantuan untuk anak mangsa tragedi lemas di Sungai Korok NIBONG TEBAL - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan meneliti bentuk bantuan bersesuaian yang boleh disalurkan kepada anak sulung pasangan yang terkorban bersama empat anak mereka di Sungai Korok, Jitra, Kedah baru-baru ini |
Pencemaran Sungai Air Batu sudah 20 tahun, jangan hanya asyik berpolitik .. - Mgazette - 10/07 4:00 pm # Pencemaran Sungai Air Batu sudah 20 tahun, jangan hanya asyik berpolitik - Penduduk MELAKA - Lebih 50 petani dan penternak di Kampung Paya Rumput Jaya , Sungai Udang di sini mendesak kerajaan segera menoktahkan isu pencemaran air busuk di Sungai Air Batu kampung berkenaan yang berlarutan sejak dua dekad lalu |
Kemalangan helikopter PDRM, lima mangsa selamat -CAAM - Mgazette - 10/07 4:00 pm # Kemalangan helikopter PDRM, lima mangsa selamat -CAAM KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran9M-PHG, berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor hari ini |
Selangor partners with MOE to build TVET graduate database - SUN - 10/07 3:55 pm SHAH ALAM : The Selangor government is joining forces with the Education Ministry (MOE) and community colleges to establish a comprehensive database for Technical and Vocational Education and Training (TVET) graduates |
Helikopter PDRM terhempas: Siasatan menyeluruh dijalankan BSKU - Sinarharian - 10/07 3:43 pm KUALA LUMPUR - Siasatan menyeluruh berkaitan insiden melibatkan helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor pagi Khamis akan dijalankan secara menyeluruh.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan berkaitan insiden itu akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia."Siasatan dijalankan selaras dengan peruntukan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video insiden yang boleh mengganggu siasatan atau menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, seramai lima pegawai dan anggota PDRM di dalam helikopter berkenaan ketika kejadian."Antara individu terlibat terdiri daripada dua pegawai kanan dan tiga anggota polis termasuk juruterbang dari Pasukan Gerakan Udara PDRM, Bukit Aman dan anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang."Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti APMM sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan sebuah helikopter jenis AS355N berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pada Khamis.CAAM berkata, helikopter yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dengan lima orang penumpang, termasuk juruterbang. |
Selangor may withdraw land approval for unused worship sites - SUN - 10/07 3:05 pm SHAH ALAM: The Selangor government has the authority to revoke land approvals for non-Muslim houses of worship if the sites remain undeveloped within the stipulated timeframe |
IMT-GT boosts regional integration amid global challenges - SUN - 10/07 2:45 pm KUALA LUMPUR: Indonesia, Malaysia, and Thailand are reinforcing their commitment to the Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) as a strategy to navigate global uncertainties and enhance regional stability |
Kerajaan Selangor boleh tarik balik tanah rumah ibadat jika tidak dibangunkan - SUN - 10/07 2:37 pm SHAH ALAM : Kerajaan Selangor berhak menarik balik kelulusan tanah bagi pembangunan rumah ibadat bukan Islam sekiranya projek tersebut tidak dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan |
IMT-GT pacu integrasi serantau hadapi ketidaktentuan global - SUN - 10/07 2:36 pm KUALA LUMPUR : Indonesia, Malaysia, dan Thailand terus memperkukuh kerjasama dalam Inisiatif Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) sebagai strategi utama menangani ketidaktentuan ekonomi global |
Helikopter polis terbabit kemalangan di Gelang Patah, lima mangsa selamat - SUN - 10/07 2:36 pm GELANG PATAH : Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kemalangan pagi ini semasa menjalani simulasi lintas hormat bagi latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai |
Land approved for houses of worship can be withdrawn if not built within stipulated period - Sinardaily - 10/07 2:34 pm SHAH ALAM - The Selangor government can withdraw approval for land that has been given for building a non-Muslim house of worship if it is not developed within the specified period, the Selangor State Assemblywas told today.State Local Government and Tourism Committee chairman Datuk Ng Suee Lim said the land for which approval was withdrawn would be given to those in need.He said the Special Committee on Buddhist, Christian, Hindu, Sikh and Taoist (Limas) had approved 400 land slots for the building ofnon-Muslim houses of worship since 2008.If no house of worship is built within a certain period, the state government will take back the land,he said in response to a supplementary question from Lwi Kian Keong (PH-Sungai Pelek) |
Desakan tolak peranan PM dalam pelantikan Ketua Hakim Negara bertentangan Perlembagaan - Sinarharian - 10/07 2:29 pm IPOH - Desakan agar Perdana Menteri tidak terlibat dalam proses pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan adalah tidak benar dan bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kampar, Baldip Singh berkata, perkara itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk spekulasi tidak berasas yang perlu ditepis segera oleh rakyat yang memahami undang-undang tertinggi negara ini."Perdana Menteri memang berperanan secara langsung dalam proses pelantikan hakim-hakim tertinggi berdasarkan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.Beliau bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja."Jadi jika timbul spekulasi mengatakan Perdana Menteri tidak harusnya terlibat, itu sama sekali tidak tepat dan perlu diperbetulkan," katanya dalam satu sidang media di Pejabat PKR Perak di sini pada Khamis.Hadir sama, Ketua Cabang Sungai Siput, K Novinthen; Ketua Cabang Larut, Mohd Fairuz Mohd Saari dan Timbalan Ketua Cabang Ipoh Barat, SK Ramesh.Sebagai seorang Peguam, Baldip berkata, semua pihak diminta agar tidak mempertikaikan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk peranan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja."Ini adalah undang-undang tertinggi negara |
Police helicopter crashes near Sungai Pulai, crew safe - Sinardaily - 10/07 1:35 pm KUALA LUMPUR A Police Air Wing AS355N helicopter, carrying five crew members including the pilot, was involved in an accident near Sungai Pulai, Gelang Patah in Johor on Thursday.However, all five crew members were confirmed to be safe.The Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) stated that the helicopter, piloted by one pilot, took off from the Tanjung Kupang Police Station at 9.51am with four passengers on board.According to CAAM, all five victims were rescued by the Marine Police team and transported to the Maritime Enforcement Agency (Maritim Malaysia) jetty in Johor."All victims have been transferred to Sultanah Aminah Hospital (HSA) in Johor Bahru for evaluation and further treatment."An investigation will be conducted by the Air Accident Investigation Bureau under the Ministry of Transport," the statement said on Thursday.The investigation is being carried out under Section XXVI of the Civil Aviation Regulations 2016. |
Police helicopter crash-lands in Johors Sungai Pulai, all five crew rescued - BorneoPost - 10/07 1:23 pm ISKANDAR PUTERI (July 10): A police helicopter, ferrying five crew members, was forced to make an emergency landing and crashed near the Sungai Pulai in Gelang Patah here earlier today |
Helikopter PDRM terlibat nahas ketika latihan - Sinarharian - 10/07 1:11 pm GELANG PATAH - Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kemalangan pagi ini ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai di sini kira-kira 35 km dari Johor Bahru.Insiden itu berlaku di perairan berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitu lokasi latihan yang melibatkan empat negara - Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.Menurut CAAM helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh PDRM telah berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dan membawa lima penumpang termasuk juruterbang.Wartawan Bernama yang berada di lokasi bagi membuat liputan program turut menyaksikan sendiri kejadian tersebut |
Police helicopter crashes near Sungai Pulai, five rescued - SUN - 10/07 1:11 pm PETALING JAYA: A Royal Malaysia Police helicopter crashed near Sungai Pulai in Gelang Patah, Johor, this morning, with all five people on board successfully rescued by marine authorities |
Police helicopter crash-lands in Johors Sungai Pulai, all five crew rescued - Malaymail - 10/07 1:10 pm ISKANDAR PUTERI, July 10 A police helicopter, ferrying five crew members, was forced to make an emergency landing and... |
CAAM sah helikopter PDRM bawa juruterbang, 4 penumpang terbabit kemalangan di Johor - Astroawani - 10/07 12:40 am Lima orang termasuk juruterbang helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disahkan selamat selepas pesawat terbabit kemalangan berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor, hari ini. |
Jalan raya bukan trek basikal - MTPN - Sinarharian - 10/07 11:51 am KUALA TERENGGANU Penunggang basikal dinasihatkan supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai laluan peribadi sehingga membahayakan keselamatan pengguna lain.Naib Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Timur, Datuk Mohd Faiz Zulkifli berkata, kemudahan awam jalan yang dikongsi bersama perlu digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan."Jalan raya bukan trek perlumbaan atau ruang peribadi |
Pencemaran sungai air batu di Melaka disiasat sepenuhnya - SUN - 10/07 11:26 am MELAKA : Kerajaan Melaka memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan berhubung insiden pencemaran Sungai Air Batu berhampiran Kampung Paya Rumput, Sungai Udang |
Putri Qisya terima sokongan pelbagai pihak selepas tragedi Sungai Korok - SUN - 10/07 11:17 am JITRA : Musibah yang menimpa Putri Qisya Nur Izzat, 12, yang kehilangan ibu bapa serta empat adiknya dalam tragedi di Sungai Korok pada Sabtu lepas, terus mendapat perhatian pelbagai pihak |
Air Batu river turned black from effluent discharge, source still under .. - Malaymail - 10/07 10:56 am MELAKA, July 10 The recent pollution in Sungai Air Batu near Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, is believed to have be... |
Pencemaran Sungai Air Batu: Melaka jamin siasatan menyeluruh - Astroawani - 10/07 10:05 am JAS Melaka telah diarahkan menjalankan siasatan serta-merta sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada Selasa (8 Julai) lepas. |
MCMC and SDEC boost Sarawak digital connectivity with SMART600 project - SUN - 9/07 9:41 pm PUTRAJAYA : The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) have formalised a partnership to accelerate digital connectivity in Sarawak through the SMART600 Project |
Penang police seek key witness in drug trafficking case - SUN - 9/07 9:37 pm GEORGE TOWN : Penang police are appealing for public assistance to locate a crucial witness linked to an ongoing drug investigation |
Polis cari Mohd Amiruddin, saksi penting kes dadah di George Town - SUN - 9/07 9:09 pm GEORGE TOWN : Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai saksi penting bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 |
Mangsa serangan buaya di Limbang ditemukan meninggal dunia - Astroawani - 9/07 8:30 pm Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Kampung Pendam, semalam, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini. |
Mangsa serangan buaya ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 9/07 7:21 pm LIMBANG - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Kampung Pendam di sini Selasa, ditemukan meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jasad, Karim Osman, 58, ditemui dalam keadaan sempurna pada jam 2.28 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB), oleh pasukan SAR yang menggunakan teknik pencarian di permukaan."Operasi SAR hari kedua dimulakan seawal jam 9 pagi dengan pencarian dilakukan di sepanjang sungai dalam radius satu hingga dua kilometer, di kawasan yang dipercayai lokasi terakhir kelibat buaya itu kelihatan sebelum insiden berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, jasad mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Dalam kejadian yang pada jam 3.13 petang Selasa, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam dan saksi memaklumkan hanya barangan peribadi dan peralatan memancing milik mangsa ditemui di lokasi kejadian.Pasukan SAR semalam turut melaporkan kelibat seekor buaya timbul seketika di permukaan air dengan objek menyerupai jasad manusia berada dalam mulut reptilia itu |
Polis cari Mohd Amiruddin - Sinarharian - 9/07 6:34 pm GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki yang dicari dikenali sebagai Mohd Amiruddin Mazlan, 35, dan merupakan saksi penting dalam kes berkenaan.Menurutnya, alamat terakhir lelaki itu ialah di Desa Permai Indah, Sungai Dua, Gelugor."Individu berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut, Inspektor Nur Hasanah Jamil di talian 019-3660848 dengan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. |
Penjaga parkir didakwa miliki pistol tiruan, ugut dan cederakan mangsa - Astroawani - 9/07 6:00 pm Kesalahan itu didakwa dilakukan di lima lokasi berasingan antaranya di Jalan Sungai Besi, Jalan Klang Lama dan Taman Desa. |
Projek SMART600 perluas akses digital luar bandar Sarawak - Sinarharian - 9/07 5:32 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) memperkukuh komitmen memperluas kesalinghubungan digital luar bandar menerusi pelaksanaan Projek SMART600.MCMC dalam kenyataannya berkata, ia merupakan sebuah inisiatif berimpak tinggi yang dijangka mengubah landskap digital Sarawak.Menurutnya, pelaksanaan Projek SMART600 membuktikan komitmen kerajaan dalam memacu kemajuan infrastruktur digital yang inklusif, khususnya bagi menyokong keperluan komuniti luar bandar dalam bidang pendidikan, telekesihatan, komunikasi harian dan ekonomi digital."Sebanyak 600 menara komunikasi baharu disasarkan dibina di bawah projek ini, melibatkan dua fasa pelaksanaan dengan 300 menara bagi setiap fasa."Setakat ini, sejumlah 587 menara telah berjaya disiapkan, dan daripada jumlah itu, 431 menara telah diaktifkan atau 'on-air' menggunakan teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN), manakala selebihnya dijangka diaktifkan secara berperingkat," katanya.Kolaborasi strategik itu dimeterai melalui majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, pada Rabu.Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Datuk Ir Ts Sudarnoto Osman, sekali gus menandakan sokongan padu terhadap agenda pendigitalan luar bandar di negeri berkenaan.Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu ialah Pengerusi SDEC, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama pegawai-pegawai kanan SKMM dan SDEC.Projek tersebut akan menyediakan liputan perkhidmatan mudah alih 4G yang berkualiti tinggi kepada lebih 1,000 lokasi luar bandar dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 180,000 penduduk di Sarawak termasuk di kawasan seperti Belaga, Marudi, Sungai Belawai, Kapit dan Sungai Encheremin.SKMM memaklumkan, akses kepada internet berkelajuan tinggi juga akan dipertingkatkan bagi menyokong penggunaan aplikasi data besar seperti kecerdasan buatan (AI), penstriman video, perkhidmatan awam dan Internet of Things (IoT)."Pengguna turut mempunyai lebih banyak pilihan perkhidmatan menerusi lima Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) di bawah kelolaan MCMC serta jalur lebar Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) kendalian kerajaan Sarawak, di mana semua perkhidmatan ini berkongsi infrastruktur dan spektrum menerusi susunan MOCN," katanya.Model pembiayaan SMART600 turut melibatkan sumbangan dua pihak di mana kerajaan Sarawak melalui SDEC akan membiayai kos perbelanjaan modal (CAPEX), manakala kerajaan Persekutuan menerusi SKMM bersama syarikat telekomunikasi akan menampung perbelanjaan operasi (OPEX).Ujar kenyataan sama, langkah itu sekali gus memastikan kelestarian operasi menara komunikasi di kawasan pedalaman Sarawak walaupun berdepan cabaran geografi dan ekonomi."Projek SMART600 juga menyokong aspirasi Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 yang bertujuan merapatkan jurang digital dan memperkasa sosioekonomi rakyat secara menyeluruh," katanya. |
Penjaga parkir didakwa miliki pistol tiruan, ugut dan cederakan mangsa - Sinarharian - 9/07 5:20 pm KUALA LUMPUR - Seorang penjaga parkir mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas 11 pertuduhan memiliki pistol tiruan, melakukan ugutan jenayah dan mencederakan dua individu di sekitar ibu negara, awal bulan ini.R Sanjjiiv, 27, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M S Arunjothy, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan.Tertuduh didakwa atas lima pertuduhan memiliki sepucuk pistol tiruan berwarna hitam berlabel M1911A1 US Army ASGK Tokyo Marui Made in Japan yang disimpan di dalam papan pemuka kenderaan Toyota Yaris miliknya, tanpa alasan yang sah.Kesalahan itu didakwa dilakukan di lima lokasi berasingan antaranya di Jalan Sungai Besi, Jalan Klang Lama dan Taman Desa antara jam 10 malam hingga 11.30 malam pada 1 Julai lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Berbahaya 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sanjiiv turut didakwa atas empat pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima lelaki dengan niat menimbulkan ketakutan, di tempat dan masa yang sama.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, dan jika ugutan melibatkan niat menyebabkan kematian atau kecederaan parah, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Tertuduh juga didakwa atas dua lagi pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua individu, termasuk menumbuk seorang mangsa di muka di Jalan Sungai Besi melepasi Terowong Smart kira-kira 10 malam pada hari yang sama.Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencederakan seorang lelaki berusia 58 tahun dengan menggunakan pistol tiruan di hadapan sebuah kondominium di Jalan Klang Lama pada 11.30 malam, hari yang sama.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusyri, Iman Nurhidayah Ezani dan Nursyuhada Husna Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam Khairunnisa Azzahra Ghazalie.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM19,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 13 Ogos dan 4 September ini |
Remaja lemas di Sungai Kuantan ditemukan selepas operasi SAR - SUN - 9/07 5:19 pm KUANTAN : Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuantan semalam telah ditemukan lemas pada tengah hari tadi |
Polis siasat insiden halang laluan bas oleh pengayuh basikal di Kuala Selangor - SUN - 9/07 5:17 pm SHAH ALAM : Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan pengayuh basikal yang didakwa menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur arah Sungai Buloh pada Ahad lepas |
Rescuers recover body of teen who drowned while fishing in Kuantan river - Malaymail - 9/07 4:55 pm KUANTAN, July 9 A 15-year-old boy who fell into Sungai Kuantan while fishing yesterday was found drowned at noon |
Halang laluan bas: Polis rakam keterangan pemandu bas, pengayuh basikal - Sinarharian - 9/07 4:39 pm KUALA SELANGOR - Polis telah merakam keterangan empat individu berhubung insiden menghalang laluan sebuah bas yang dipercayai melibatkan sekumpulan pengayuh basikal di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur arah Sungai Buloh, pada Ahad lepas.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya juga telah menerima dua laporan polis setakat ini, iaitudaripada pemandu bas dan seorang daripadapenunggang basikal terbabit."Buat masa ini polis telah merakam keterangan empat individu dan tiada saman dikeluarkan memandangkan siasatan masih lagi berjalan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Semalam,Azaharudin dilaporkan berkata, polis sedangmengesan sekumpulan pengayuh basikal yang dipercayai terbabit dalam insiden menghalang laluan sebuah bas kira-kira jam 9.35 pagi Ahad berdekatan lampu isyarat Batu Arang dengan kes disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing.Terdahulu, tular satu video memaparkan pertelingkahan antara sekumpulan penunggang basikal dengan seorang pemandu bas sebelum ditenangkan anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan melalui jalan berkenaan |
Sungai Korok tragedy: Nurulhidayah welcomes sole survivor as her new daughter - Sinardaily - 9/07 4:36 pm Thethe loves Qisya. Her late mothers name was Nurul Hidayah and now her new Thethe (guardian) is Nurulhidayah, she wrote.The tragic accident occurred when six family members went missing on their journey from a relatives home in Taman Aman, Jitra, back to Jerlun around 5.30am on Saturday.The family's vehicle was later discovered submerged in Sungai Korok on Monday, with all six occupants found deceased inside the car.Putri Qisya, the eldest child, had stayed behind with her grandmother in Jerlun and was not in the vehicle at the time of the tragedy.Nurulhidayah prayed for Qisyas future, writing, May Qisya grow into a pious, successful and respected woman.The tragedy has stirred painful memories and garnered national attention.The victims were identified as Mohamad Azim Izat Ishak, 32; his wife, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31; and their children: Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; and six-month-old Tuah Haydar.All six were laid to rest together in a single grave at the Kampung Bohor Karang Muslim Cemetery in Jerlun around 11.50pm on Monday night. |
Teen who fell into Sungai Kuantan found drowned - Sinardaily - 9/07 4:06 pm KUANTAN - A 15-year-old boy who fell into Sungai Kuantan while fishing yesterday was found drowned at noon.Acting Kuantan police chief Superintendent Mohd Adli Mat Daud said in a statement that the search and rescue (SAR) team recovered the victims body at 12.40pm, about one kilometre from where he was believed to have slipped.The SAR operation involved personnel from relevant agencies, including the Malaysian Fire and Rescue Department, the Malaysian Civil Defence Force, the Marine Police, as well as members of the public.Mohd Adli said the body was sent to Tengku Ampuan Afzan Hospital for identification and post-mortem examination.Earlier, media reports cited that a 15-year-old boy was feared to have drowned while fishing in Sungai Kuantan near Jalan Indera Mahkota 15/7, Bandar Indera Mahkota, yesterday evening |
Remaja ditemui lemas selepas jatuh sungai ketika memancing - Astroawani - 9/07 3:37 pm Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses pengecaman dan bedah siasat. |
PERHILITAN sertai SAR remaja dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan - Mgazette - 9/07 3:13 pm # PERHILITAN sertai SAR remaja dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan KUANTAN - Kewujudan reptilia berbahaya di lokasi menyebabkan pihak bomba berdepan kesulitan menjalankan operasi dan menyelamat (SAR) remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan terjatuh ke sungai di sini sewaktu memancing dalam kejadian malam tadi |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |