///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Sultan Sharafuddin Idris News   Page 1    





Sin Chew Daily presents trilingual commemorative book “Silver .. - Sinchew - 25/10 5:05 pm

Sin Chew Daily presents trilingual commemorative book "Silver Jubilee Splendour" to Sultan Sharafuddin SHAH ALAM: Sin Chew Daily presents a commemorative publication - Silver Jubilee Splendour: 25 Years of the Reign of the Sultan of Selangor" to Sultan Sharafuddin Idris Shah on Friday





Citing Sultan Selangor???s decree, fishermen raise alarm over live pig .. - Sinchew - 25/10 5:05 pm

Citing Sultan Selangors decree, fishermen raise alarm over live pig shipments from Sarawak to Port Klang KLANG: Since July this year, up to 3,200 live pigs have been transported from Sarawak to Port Klang every month, according to the Port Klang Fishermen's Association. This has raised questions as to whether the practice complies with the decree issued by the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, regarding the pork supply in the state





Jangan campur aduk isu kaum, agama dengan politik – Sultan Selangor - Mygazette - 25/10 5:05 pm

# Jangan campur aduk isu kaum, agama dengan politik - Sultan Selangor KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewaterhadap salah urus Lembaga Tabung Haji (TH),sambil menegaskan bahawa dana yang diamanahkan bagi tujuan keagamaan perlu diurus dengan penuh akauntabiliti dan bertanggungjawab





???Dia nak bising, itu hak dia,??? kata Rauf kepada bekas ADUN... - Mygazette - 25/10 5:05 pm

# Dia nak bising, itu hak dia, kata Rauf kepada bekas ADUN Sungai Udang AYER KEROH - Pertembungan politik bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang semakin hangat apabila keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Rais Yasin di kawasan itu mencetuskan pertikaian oleh penyandangnya, Dr Mohd Aleef Yusof





PRN Melaka: BN, MCA runding muktamadkan calon sebelum 31 Oktober ini - Mygazette - 25/10 5:05 pm

# PRN Melaka: BN, MCA runding muktamadkan calon sebelum 31 Oktober ini BAGAN DATUK Barisan Nasional (BN) akan mengadakan rundingan bersama MCA bagi memuktamadkan calon parti komponen itu sebelum hari penamaan calon yang berlangsung hujung bulan ini





Kes Shuhaily: Hormati Kamal Hisham sebagai peguam dua anggota polis - Mygazette - 25/10 5:05 pm

# Kes Shuhaily: Hormati Kamal Hisham sebagai peguam dua anggota polis JOHOR BAHRU - Tugas Kamal Hisham Ja'affar sebagai peguam kepada dua anggota polis yang mendakwa dicederakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain perlu dihormati dan bukan diserang dalam media sosial





Kontroversi KP AKPS: Kecaman tidak alih fokus Kamal Hisham bela dua anggota polis - Sinarharian - 25/10 4:07 pm

KUALA LUMPUR Kecaman di media sosial tidak akan mematahkan semangat peguam, Kamal Hisham Jaafar, untuk terus membela dua anggota polis yang didakwa dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.Kamal Hisham berkata, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab itu secara profesional bagi memastikan proses siasatan dan perbicaraan kes berkenaan berlangsung secara telus.Menurutnya, beliau hadir sebagai peguam pemerhati dalam kes tersebut, selain bertindak sebagai peguam cara bagi tuntutan sivil yang berkaitan."Serangan di media sosial tidak akan mengalih perhatian saya daripada tanggungjawab ini atau melemahkan semangat saya untuk membela golongan berpangkat rendah yang menjadi mangsa buli individu berjawatan tinggi."Lebih-lebih lagi apabila perbuatan pelaku didakwa berulang kali berlaku, namun sebelum ini dikaburkan dan terlepas begitu sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan mengaitkan Kamal Hisham dengan beberapa kes mahkamah ketika beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang.Media pada 21 Oktober lalu melaporkan Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.Mohd Shuhaily, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.Kamal Hisham berkata, beliau mengendalikan kes berkenaan secara pro bono atau percuma, selain beberapa kes lain yang turut diuruskannya tanpa mengenakan sebarang bayaran.Menurutnya, kecaman yang diterima ketika menjalankan tugas sebagai peguam merupakan lumrah bagi individu yang berpegang kepada prinsip bahawa keadilan perlu ditegakkan tanpa rasa takut atau pilih kasih."Saya percaya keadilan hanya boleh ditentukan melalui mahkamah, bukan melalui kecaman awam," katanya.Sehubungan itu, beliau mengingatkan warganet supaya berfikiran terbuka dan tidak terlalu taksub mempercayai kempen di media sosial yang didakwanya tidak menggambarkan keadaan sebenar, selain bertujuan mengalihkan perhatian daripada isu utama kes.Beliau turut menggesa orang ramai supaya meneliti fakta, bukti serta latar belakang individu yang terlibat sebelum memberikan sebarang pandangan.Katanya, bagi memastikan pentadbiran keadilan dilaksanakan secara adil dan saksama di negara ini, beliau menganggap segala kecaman dan kritikan yang diterima sebagai dorongan untuk terus memperjuangkan kebenaran."Untuk memastikan pentadbiran keadilan dijalankan dengan adil dan saksama di negara ini, saya anggap segala kecaman dan kritikan sebagai satu dorongan untuk terus menjadi pembela kebenaran dan keadilan," katanya.Dalam kenyataan sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sultan Ibrahim atas pemberian pengampunan tanpa syarat yang menurutnya telah diumumkan secara rasmi oleh Istana Johor.Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya dipersoalkan atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak demi menjaga kemuliaan dan institusi diraja, selain menganggap isu berkenaan telah selesai.Kamal Hisham berkata, beliau kini menjalankan tugas sebagai peguam bela dan peguam cara secara aktif seperti biasa kerana mendakwa tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah, sekali gus menyangkal dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah di media sosial."Jika saya mempunyai sabitan jenayah, sudah pasti Majlis Peguam Malaysia tidak akan mengeluarkan Sijil Amalan Guaman kepada saya," katanya.Pada masa sama, beliau memaklumkan pasukan guamannya sedang mengumpul bukti berkaitan kecaman, cercaan, fitnah dan kritikan yang didakwa melampaui batas undang-undang untuk tindakan lanjut.





Teguran bukan campuri urusan kerajaan, titah Sultan Sharafuddin - FMT - 25/10 2:17 pm

Sultan Selangor bertitah ia sebahagian tanggungjawab pastikan pentadbiran sentiasa ambil berat kepentingan rakyat.





Criticism not meant to interfere in Selangor govt affairs, says sultan - FMT - 25/10 2:16 pm

Sultan Sharafuddin Idris Shah says a handful of politicians have misinterpreted his criticisms or 'royal pronouncements'.





Sultan of Selangor: Criticisms aimed at safeguarding peoples well-being, not interfering in govt affairs - Malaymail - 25/10 2:07 pm

KLANG, Oct 25 The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, has said that his views, criticisms and con...





Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail dahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor - Sinarharian - 25/10 12:48 am

KLANG - Orang Besar Istana Engku Maharaja Lela Setia, Paduka Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail mendahului senarai enam penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad.Berangkat sama pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.Istiadat turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan Exco kerajaan negeri.Syed Budriz Putra Jamalullail yang juga Presiden Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Seri kepada penerima wanita sementara isteri ahli lelaki menggunakan gelaran Datin Seri.Darjah S.P.M.S turut dikurniakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.Sultan Selangor juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) kepada Datuk Diraja Selangor Datuk Lela Jasa Diraja Datuk Richard Alexander John Curtis dan bekas Penasihat Undang-undang Negeri Selangor (2020-2026) Datuk Salim Soib @ Hamid.Pengurniaan darjah itu membawa gelaran Dato' Setia kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Setia kepada penerima wanita.Selain itu, turut berlangsung hari ini ialah Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor.Dalam istiadat itu, dua individu dimasyhurkan sebagai Orang Besar Istana iaitu Raja Datuk Reza Alhaj Raja Zaib Shah Alhaj dengan gelaran Engku Sri Paduka Diraja dan Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj dengan gelaran Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.Yang turut dimasyhurkan ialah Datuk Dr Aljafri Abdul Majid sebagai Dato Diraja Selangor dengan gelaran Dato' Sri Maharaja Diraja.Dalam istiadat itu, mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah gelaran sebelum dikurniakan keris panjang daripada Sultan Sharafuddin.Mereka juga perlu meninggalkan negeri Selangor selama tujuh hari bermula hari ini sebelum kembali bagi istiadat menjunjung duli.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam kenyataan berkata sebanyak 25 calon telah diperakukan dalam Mesyuarat Dewan di-Raja pada 6 Oktober sebagai penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sebelum senarai tersebut mendapat perkenan Sultan Selangor."Daripada jumlah itu, enam penerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama akan menerima pengurniaan pada 25 Okt manakala 19 penerima Darjah Kebesaran Kelas Kedua dan Kelas Ketiga akan menerima pengurniaan dalam istiadat yang dijadualkan pada 1 November."Kesemua calon yang diperakukan telah melalui dan melepasi proses tapisan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi aspek keselamatan dan rekod jenayah, Jabatan Insolvensi Malaysia serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya





Pemuda Pas Selangor desak kerajaan negeri siasat kemasukan babi hidup - Sinarharian - 25/10 12:30 am

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendesak kerajaan negeri segera menyiasat kemasukan ribuan ekor babi hidup setiap bulan melalui Pelabuhan Klang sejak Julai lalu.Naib Ketua Dewan Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan segera berhubung perkara itu bagi meredakan keresahan awam dan memastikan pematuhan terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Menurutnya, Sultan Selangor sebelum ini menitahkan hanya daging babi yang diimport dibenarkan bagi memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam di Selangor."Laporan mengenai kemasukan babi hidup dalam skala besar menimbulkan persoalan serius sama ada aktiviti ini membelakangi titah Sultan Selangor," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kerajaan Selangor akan menyemak isu berkaitan kemasukan babi hidup dari negeri lain yang didakwa menggunakan negeri itu sebagai pintu masuk sebelum menentukan tindakan selanjutnya.Mengulas lanjut, Muhammad Faizzuddin berkata, pihaknya turut bimbang terhadap kesan aktiviti itu terhadap kebersihan, kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar khususnya di kawasan sekitar pelabuhan.Beliau menjelaskan, laporan mengenai sisa pembersihan dan pencemaran bau ketika proses pemindahan haiwan itu dari kapal ke lori didakwa menjejaskan ketenteraman komuniti nelayan setempat.Menurutnya, sebarang pelepasan sisa kumbahan dan bahan buangan ke laut tanpa kawalan ketat berpotensi menjejaskan kualiti air, ekosistem marin serta hasil tangkapan nelayan.Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan segera serta memperketat pemantauan bagi memastikan kebajikan penduduk dan nelayan tidak terjejas."Kerajaan negeri wajib ambil tindakan keras dan Menteri Besar Selangor jangan memandang ringan isu ini," tambah beliau.





'Kereta berpusing beberapa kali sebelum terbalik' - Dua wartawan kemalangan ketika tugasan TPM - Sinarharian - 25/10 12:28 am

IPOH - Dua wartawan cedera selepas kereta dinaiki mereka terbalik dirempuh sebuah lori dari arah belakang ketika dalam perjalanan tugasan liputan program Timbalan Perdana Menteri pada Ahad.Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37, berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Taman Kledang Permai, Menglembu.Kedua-dua mereka menaiki kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari Meru Raya bagi membuat liputan majlis perasmian program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk yang dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Nur Afiradina yang memandu kereta menerima rawatan di zon kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat cedera di tangan dan leher manakala Zahratulhayat menerima rawatan pesakit luar dengan kesan lebam di muka dan tangan.Kedua-dua mereka yang juga ahli Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.Zahratulhayat berkata, semasa kejadian, kenderaan mereka sedang berhenti di persimpangan tersebut kerana keadaan lampu isyarat merah.Bagaimanapun katanya, secara tiba-tiba satu rempuhan diikuti dentuman kuat berlaku dari arah belakang."Kereta dinaiki kami berpusing beberapa kali sebelum terbalik





Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail dahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor - Astroawani - 25/10 12:10 am

Enam individu menerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama Selangor sempena Jubli Perak Sultan Sharafuddin, dengan Syed Budriz Putra Jamalullail mendahului senarai penerima.





Anwar congratulates Sultan of Selangor on silver jubilee of reign - Malaymail - 25/10 12:09 am

KUALA LUMPUR, Oct 25 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today extended his congratulations to the Sultan of...





Pemain bass Bloodshed, Joe Bass meninggal dunia - Sinarharian - 25/10 12:04 am

SHAH ALAM Kumpulan rock tanah air, Bloodshed menerusi hantaran rasmi di laman Facebook mereka mengesahkan pemergian pemain bass kumpulan berkenaan, Allahyarham Mohamad Abdul Wahap atau lebih dikenali sebagai Joe Bass.Allahyarham yang terkenal menerusi penglibatannya sebagai bassist kumpulan itu untuk single Manifestasi Cinta telah kembali ke rahmatullah pada 24 Oktober 2026 bersamaan 12 Jamadilawal 1448H."Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Joe Bass (Bassist Bloodshed Single Manifestasi Cinta) yang telah kembali kerahmatullah pada 24 Oktober 2026 bersamaan 12 Jamadilawal 1448H."Semoga diampunkan dosa-dosa arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," petik hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Bloodshet pada Ahad.Allahyarham dilahirkan pada tahun 1963 dan meninggal dunia pada usia 63 tahun.Terdahulu, media tempatan termasuk Buletin TV3 melaporkan Allahyarham Joe dilaporkan meninggal dunia selepas rebah ketika membuat persiapan untuk sesi persembahan busking di sebuah kedai makan di Temerloh, Pahang pada Sabtu malam.Menurut laporan berkenaan, insiden berlaku secara tiba-tiba sebelum Allahyarham bersama rakan-rakan pemuziknya sempat memulakan persembahan santai di premis berkenaan.Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi urusan rasmi pihak hospital dan tindakan lanjut.





PM Anwar ucap tahniah sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Selangor - Astroawani - 25/10 11:40 am

Anwar mendoakan agar Sultan Sharafuddin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjanganserta terus memayungi rakyat Selangor dengan adil dan saksama.





Keep race and religion out of politics, says Selangor sultan - FMT - 25/10 10:01 am

He says he is also fed up with excessive and unproductive politicking.





25 years of royal rule: Selangor emerges as nations IP, innovation and commercial hub - Sinardaily - 25/10 10:00 am

SHAH ALAM - In the 25 years of Sultan Sharafuddin Idris Shahs reign, Selangor has become more than a driver of national economic growth





Selangor Sultan rebukes Tabung Haji mismanagement, says politicians must serve rakyat - Malaymail - 25/10 9:36 am

KUALA LUMPUR, Oct 25 The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, has expressed disappointment over th...





After 25 years on the throne, Selangor Sultan says people remain his priority - Malaymail - 25/10 9:29 am

KUALA LUMPUR, Oct 25 The Sultan of Selangor hopes his legacy will be one of progress, strong institutions and so...





Sultan Selangor harap dapat tinggalkan legasi perpaduan - Sinarharian - 25/10 9:23 am

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap legasi yang ditinggalkan baginda akan merangkumi kemajuan, institusi yang kukuh dan keharmonian sosial, dengan kepentingan rakyat terus menjadi teras dalam pemerintahan baginda.Sultan Sharafuddin bertitah, baginda akan menganggap pemerintahannya bermakna sekiranya generasi akan datang percaya bahawa baginda telah menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan mengutamakan rakyat."Beta percaya sepanjang 25 tahun yang lepas, walaupun berlaku perubahan dalam kepimpinan, kita telah membina legasi institusi yang kukuh, keharmonian sosial, tadbir urus yang bertanggungjawab dan peluang untuk generasi akan datang," titah baginda dalam wawancara khas bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.Sultan Sharafuddin bertitah, bangunan dan infrastruktur mungkin berubah mengikut peredaran masa, namun nilai, kepercayaan dan perpaduan akan berkekalan lebih lama.Ketika ditanya pesanan yang akan diberikan kepada generasi pemerintah dan pemimpin akan datang, baginda bertitah kepimpinan mestilah sentiasa dianggap sebagai amanah."Sentiasalah ingat bahawa kepimpinan ialah amanah





Sultan Selangor kecewa salah urus TH, muak politik keterlaluan - FMT - 25/10 9:22 am

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sebagaimana rakyat, baginda juga sudah muak politik tidak mendatangkan hasil.





Jangan campur aduk isu kaum, agama dengan politik - Sultan Selangor - Sinarharian - 25/10 9:11 am

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa terhadap salah urus Lembaga Tabung Haji (TH), sambil menegaskan bahawa dana yang diamanahkan bagi tujuan keagamaan perlu diurus dengan penuh akauntabiliti dan bertanggungjawab.Baginda bertitah, TH ditubuhkan bagi membantu umat Islam di Malaysia menabung untuk menunaikan ibadah haji di Makkah, justeru salah urus serta dakwaan penyelewengan tidak sepatutnya berlaku."Begitu juga, pengurusan dana yang diperuntukkan bagi tujuan keagamaan mestilah berlandaskan akauntabiliti dan tanggungjawab," titah baginda sambil menegaskan bahawa prinsip sama turut terpakai kepada rumah ibadat semua agama dan rumah anak yatim.Sultan Sharafuddin turut menggesa ahli politik di Selangor supaya memberikan tumpuan kepada usaha berkhidmat untuk rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi dan memelihara perpaduan bagi mengekalkan kedudukan negeri itu sebagai antara negeri terunggul di negara ini.Baginda bertitah, sudah muak dengan kegiatan berpolitik secara keterlaluan yang tidak mendatangkan hasil."Seperti rakyat, Beta juga sudah muak," titah baginda.Sultan Sharafuddin bertitah, tidak ada tempat bagi politik yang memperalatkan isu kaum dan agama atau mengheret institusi diraja ke dalam pertikaian politik."Kekuatan Selangor sejak dahulu lagi terletak pada rakyatnya





25 tahun pemerintahan diraja: Pacu Selangor sebagai hab harta intelek, inovasi dan komersial negara - Sinarharian - 25/10 9:05 am

SEPANJANG 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selangor bukan sahaja muncul sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara, malah berjaya membina reputasi sebagai peneraju inovasi, teknologi dan ekonomi berasaskan pengetahuan.Di bawah naungan kebijaksanaan Baginda, Selangor berkembang daripada sebuah negeri perindustrian kepada pusat yang memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan teknologi serta perlindungan harta intelek (IP), sekali gus memperkukuhkan kedudukannya dalam landskap ekonomi moden negara.Transformasi tersebut tidak berlaku secara kebetulan, ia lahir daripada dasar pembangunan yang konsisten, ekosistem inovasi yang matang serta kerjasama erat antara kerajaan, institusi pendidikan, industri dan komuniti perniagaan.Kesemua elemen ini saling melengkapi dalam membentuk sebuah negeri yang bukan sahaja menjana kekayaan melalui pelaburan dan perindustrian, malah melalui idea, kreativiti dan inovasi.Selangor kekal peneraju harta intelek negara Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, kemajuan sesebuah ekonomi hari ini bukan lagi diukur sematamata melalui jumlah kilang atau nilai eksport, sebaliknya keupayaannya mencipta idea baharu, menghasilkan teknologi serta melindungi hasil ciptaan tersebut."Selangor merekodkan jumlah permohonan harta intelek kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tertinggi di negara ini iaitu sebanyak 165,492, merangkumi 129,148 permohonan cap dagangan, 7,836 paten, 1,044 reka bentuk perindustrian, 27,462 hak cipta dan dua petunjuk geografi."Pencapaian berkenaan merangkumi tiga komponen utama, iaitu paten, cap dagangan dan hak cipta yang menjadi petunjuk jelas kepada kerancakan aktiviti inovasi dan keusahawanan di negeri ini," katanya.Banyak permohonan paten pula dipacu oleh sektor teknologi maklumat, bioteknologi, pembuatan berteknologi tinggi dan teknologi hijau, manakala peningkatan pendaftaran cap dagangan mencerminkan pertumbuhan memberangsangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri kecil dan sederhana (IKS).Dalam sektor kreatif pula, Selangor menjadi pusat perkembangan industri animasi, pembangunan perisian serta kandungan digital yang menyumbang kepada peningkatan pendaftaran hak cipta.Kejayaan syarikat seperti Monsta Studio di Cyberjaya dan Les Copaque di Shah Alam membuktikan kreativiti tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa apabila dilindungi melalui sistem harta intelek yang mantap.Ekosistem inovasi semakin matang Di sebalik kejayaan tersebut ialah ekosistem inovasi yang semakin berkembang dan saling melengkapi.Selangor memiliki rangkaian institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan yang menjadi nadi kepada pembangunan teknologi negara.Melalui Program Pusat Sokongan Teknologi dan Inovasi (TISC) kendalian MyIPO, universiti serta institusi penyelidikan memainkan peranan penting dalam membantu penyelidik melindungi hasil penyelidikan mereka sebelum dikomersialkan.Institusi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Management and Science University (MSU) dan University Malaysia of Computer Science and Engineering (UNIMY) menjadi antara pemacu utama kepada penghasilan teknologi bernilai tinggi.Kehadiran Selangor Science Park, Cyberjaya dan pelbagai taman perindustrian berteknologi tinggi pula melengkapkan rantaian inovasi apabila hasil penyelidikan dapat diterjemahkan kepada produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai komersial tinggi.Harta intelek pemangkin ekonomi rakyatPerlindungan harta intelek bukan hanya memberi manfaat kepada syarikat besar, malah membuka peluang kepada usahawan mikro, PKS dan komuniti tempatan untuk meningkatkan daya saing.Melalui kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Selangor, MyIPO terus memperluaskan program kesedaran dan bimbingan bagi membantu usahawan memahami kepentingan melindungi hak eksklusif terhadap produk dan jenama mereka.Pada masa sama, usaha memelihara warisan negeri turut diperkukuhkan menerusi pendaftaran Petunjuk Geografi (GI), termasuk pengiktirafan Wau Kapal sebagai produk GI Selangor.Inisiatif ini bukan sahaja melindungi identiti warisan, malah meningkatkan nilai ekonomi produk tempatan.Lebih menarik, MyIPO turut memperkenalkan pendekatan baharu melalui skim pembiayaan dan pencagaran IP, membolehkan harta intelek dijadikan aset bernilai bagi mendapatkan akses pembiayaan daripada institusi kewangan.Pendekatan ini membuka dimensi baharu kepada pembangunan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti





Sedia soalan, cadangan dan semangat - Sinarharian - 25/10 8:50 am

SHAH ALAM - Rakyat Pahang khususnya di Kuala Lipis perlu mengambil peluang menghadiri TownHall Rakyat Sinar Harian yang memberi ruang terbuka berdialog dan bertemu empat mata dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Karangkraf, Airol Fadley Limin berkata, program berkenaan merupakan platform istimewa untuk rakyat mendengar sendiri penjelasan Menteri Besar mengenai agenda Pahang 1st, pencapaian serta aspirasi kerajaan negeri.Menurut beliau, bersemuka dengan Menteri Besar Pahang merupakan peluang yang bukan mudah didapati setiap hari."Hanya melalui program TownHall Rakyat Sinar Harian, orang ramai boleh hadir untuk mendengar sendiri penjelasan beliau tentang pencapaian dan aspirasi untuk rakyat."Kekuatan program ini lebih kepada interaksi dua hala





Sultan Sharafuddin: Suku abad, sebuah amanah - Sinarharian - 25/10 8:30 am

KETIKA Selangor mengalami perubahan landskap politik, ekonomi dan demografi, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj terus menjadi lambang kesinambungan pemerintahan beraja yang berwibawa.Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke-9 pada 22 November 2001, baginda menyaksikan negeri itu berubah menjadi pusat ekonomi terbesar negara dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM460.1 bilion pada 2025.Perjalanan hampir suku abad itu turut merentasi pertukaran kerajaan negeri pada 2008, kemelut pelantikan Menteri Besar pada 2014, pandemik dan banjir besar, sekali gus menguji peranan institusi diraja.Di sebalik kemajuan itu, jumlah penduduk negeri juga meningkat daripada sekitar empat juta kepada lebih 7.4 juta orang





Sultan Sharafuddin baca semua surat rakyat - Sinarharian - 25/10 7:30 am

PUTRAJAYA Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bukan sahaja membaca semua surat yang dikirimkan kepada baginda, malah mengumpulkannya untuk diteliti bagi mengetahui sendiri masalah dan pandangan rakyat.Perkara itu didedahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menyifatkan Sultan Sharafuddin sebagai pemerintah yang teliti, kuat membaca dan sentiasa mengikuti perkembangan Selangor, Malaysia serta dunia.Menurutnya, baginda turut meminta pegawai mencetak artikel untuk dibaca, walaupun kini baginda juga mendapatkan maklumat menerusi telefon.Sikap suka membaca itu tidak terhad kepada urusan negeri kerana baginda mengikuti perkembangan kerajaan Persekutuan dan berita antarabangsa, sekali gus memahami isu dari pelbagai sudut."Baginda cerita pasal surat-surat





Terengganu Sultans younger brother laid to rest - Malaymail - 24/10 7:49 pm

KUALA TERENGGANU, Oct 24 The younger brother of the Sultan of Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Alma...





Selangor Sultan graces Royal Tea Reception in conjunction with Silver Jubilee celebration - Malaymail - 24/10 7:46 pm

KLANG, Oct 24 The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, today graced a Royal Tea Reception att...





Pemandu mabuk rempuh pekerja penyelenggaraan, seorang maut - Sinarharian - 24/10 4:16 pm

KUALA LUMPUR Seorang pekerja penyelenggaraan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini pada awal pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar dua pekerja yang sedang bertugas di lorong kiri lebuh raya berkenaan.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 5.08 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati lima pekerja yang terdiri daripada seorang penyelia, seorang pemandu lori dan tiga warga Bangladesh sedang menjalankan kerja pemasangan papan tanda amaran di bawah kontrak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)."Siasatan mendapati kerja-kerja berkenaan bermula pada jam 11 malam Jumaat hingga 4 pagi Sabtu."Akibat kemalangan itu, seorang penyelia lelaki berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, seorang lagi mangsa iaitu pemandu lori berusia 49 tahun mengalami kecederaan di kepala dan tangan kanan serta kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurutnya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan."Hasil ujian saringan pernafasan alkohol terhadap pemandu mendapati bacaan sebanyak 64 miligram bagi setiap 100 mililiter (mg/100 ml)."Pemandu berkenaan ditahan dan direman selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Oktober bagi membantu siasatan," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) dan Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S





1 maut pemandu mabuk langgar pekerja pasang papan tanda lebuh raya - FMT - 24/10 3:56 pm

Ketika kejadian lima pekerja sedang pasang papan tanda amaran di Lebuhraya Sultan Iskandar di Kuala Lumpur.





PRN Melaka: PN pertahan prinsip penyandang, UMNO kuasai 21 kerusi - Sinarharian - 24/10 10:30 am

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) mempertahankan prinsip penyandang sebagai asas pengagihan kerusi pilihan raya, sekali gus memberi gambaran bahawa UMNO mempunyai kelebihan untuk mengekalkan 21 kerusi yang dimenangi di Melaka sebelum ini.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, prinsip 'incumbency' atau penyandang menjadi konsep yang dipersetujui secara umum dalam rundingan pengagihan kerusi bagi memastikan kerjasama politik dapat dibentuk.Menurut beliau, kedudukan parti yang memegang kerusi sedia ada perlu diambil kira, seperti yang berlaku di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan."Konsep yang dipersetujui secara umum ialah incumbency, maknanya penyandang."Kena ingat, di Kelantan ini Pas dan PN memegang 42 daripada 43 kerusi





PRN Sarawak: Pas belum putuskan penyertaan, tunggu perbincangan PN - Sinarharian - 24/10 10:05 am

KOTA BHARU Pas belum memutuskan sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya perkara itu bakal dibincangkan bersama kepimpinan parti dan Perikatan Nasional (PN).Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu masih berada pada peringkat awal untuk menentukan pendirian berhubung penyertaan dalam pilihan raya berkenaan.Menurut beliau, Pas sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa, namun keputusan untuk bertanding di Sarawak masih belum dimuktamadkan."Pas bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya





Pas jumpa MB Perlis, cari penyelesaian kemelut negeri - Sinarharian - 24/10 9:35 am

KOTA BHARU - Pas akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku di negeri itu.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, surat permohonan perbincangan berkenaan sudah dihantar kepada menteri besar bagi membolehkan perkara itu dibincangkan bersama.Menurut beliau, Pas akan terus berbincang dengan kerajaan negeri dari semasa ke semasa meskipun parti itu tidak berada dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika ini."Ya, waktu terdekat





Takiyuddin mahu mediasi dengan Speaker, enggan tarik balik perkataan 'munafik' - Sinarharian - 24/10 9:15 am

KOTA BHARU - "Saya tidak akan tarik balik





PRN Melaka: Pas tak gentar guna logo bulan, penyatuan ummah akan ranapkan PH - Sanusi - Sinarharian - 24/10 12:17 am

KOTA BHARU - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan parti itu sedia menggunakan logo bulan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Perikatan Nasional (PN) tidak dibenarkan bertanding menggunakan lambangnya sendiri pada 14 November ini.Beliau berkata, Pas tidak gentar menggunakan simbol bulan kerana tidak mempunyai sebarang masalah."Pengunaan logo Pas itu bagi memastikan agenda penyatuan ummah diteruskan dalam usaha menentang Pakatan Harapan (PH)," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (BMI) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.Menurut beliau, keputusan mahkamah memberi penangguhan kepada pembatalan itu memberi ruang kepada PN untuk terus bergerak sebagai gabungan yang sah.Menteri Besar Kedah itu berkata, penyokong agenda penyatuan ummah di seluruh negara mahu kerjasama berkenaan diteruskan tanpa mengira lambang yang digunakan dalam pilihan raya.Jelas beliau, kerjasama atas dasar penyatuan ummah sebelum ini terbukti mampu menewaskan PH dan yakin pendekatan sama dapat memberikan hasil serupa di Melaka."Kerjasama kita atas nama penyatuan ummah akan meranapkan PH."Semua ini akan membawa kita masuk ke Pilihan Raya Umum Ke-16 sebagai kerajaan Pusat yang menanti," katanya.Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menggesa penyokong mempergiat gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya dan tidak mudah terpengaruh dengan janji politik kerajaan.Beliau turut mendakwa kerajaan ketika ini gagal menunaikan banyak janji kepada rakyat selain menyifatkan pelbagai kelemahan dalam pentadbiran negara sebagai alasan untuk rakyat membuat perubahan pada pilihan raya akan datang.





Halang ambulans ketika kecemasan, penunggang motosikal ditahan - Sinarharian - 23/10 8:57 pm

BALIK PULAU Tindakan seorang penunggang motosikal yang dipercayai menghalang laluan sebuah ambulans ketika dalam kecemasan di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Tiram, Bayan Lepas membawa padah apabila dia ditahan polis pada Jumaat.Penahanan itu dibuat susulan penularan video berdurasi 44 saat yang memaparkan kejadian berkenaan menerusi akaun TikTok MRCS Penang.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya mengesan video tersebut pada Jumaat sebelum berjaya mengenal pasti dan menahan lelaki yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa."Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memberikan keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang sedang menjalankan tugas."Tindakan menghalang laluan kenderaan kecemasan boleh menjejaskan usaha menyelamatkan nyawa terutama ketika pesakit memerlukan bantuan segera."Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis," ujarnya lagi.





Pemohonan bekas Exco Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan didengar 16 Disember - Sinarharian - 23/10 7:17 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Disember ini untuk mendengar permohonan 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi mencabar keputusan pemerintah negeri itu yang membatalkan pelantikan mereka bulan lepas.Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakilibekas Exco berkenaan dan peguam Marisa Regina Mohd Aris Rizal yangmewakili Kerajaan Negeri Sembilan, mengesahkan tarikh pendengaran itu ketika dihubungi Bernama, selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azaraorni Abd Rahman.Sepuluh individu itu ialahDatuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Mohd Fairuz Mohd Isa danDatuk Razali Abu Samah.Mereka menfailkan notis usul pada 14 Oktober lepas, dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan negeri sebagai responden.Menurut notis usul itu, mereka meminta mahkamah menentukan tiga persoalan undang-undang berhubung kesan dan tafsiran peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang berbangkit daripada saman pemula difailkan mereka di Mahkamah Tinggi Seremban.Pada 5 Oktober lepas, mereka menfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar kesahihan warta pembatalan pelantikan mereka sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan.Antara persoalan yang dibangkitkan ialahsama ada Perkara 38(5) apabila dibaca bersama Perkara 38(2), 38(3), 38(4), 40(1), 40(1A) dan 40(2)Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan Yang Dipertuan Besar membatalkan pelantikan seseorang Exco tanpa nasihat Menteri Besar.Sekiranya jawapan kepada persoalan itu adalah negatif, mereka memohon penentuan sama ada pembatalan pelantikan Exco seperti diwartakan pada 24 September lepas dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan sama ada pembatalan itu terbatal, tidak sah serta tidak mempunyai kuat kuasa.Satu lagi persoalan ialah sama ada Perkara 38(5), apabila dibaca bersama Perkara 28(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, membawa maksud bahawa istilah "Raja Pemerintah" merujuk kepada Yang Dipertuan Besar yang mempunyai kuasa untuk membatalkan pelantikan seseorang Exco atas perkenan baginda sendiri tanpa nasihat Menteri Besar.Sekiranya jawapan kepada persoalan itu adalah negatif, sama ada pemecatan mereka bertentangan dengan perlembagaan negeri.Pada 20 September lepas, Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Pembatalan pelantikan mereka diwartakan pada 24 September lepas, dengan pemecatan itu berkuat kuasa mulai 20 September.Menurut warta itu, pelantikan mereka dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah kerana melanggar sumpah taat setia kepada Tuanku Muhriz apabila mereka bersetuju untuk melucutkan baginda daripada jawatan yang Dipertuan besar Negeri Sembilan





Queen expresses concern over mental health issues among children and adolescents - Sinardaily - 23/10 5:52 pm

KUALA LUMPUR - Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia, has expressed concern over the worsening mental health issues among children and adolescents, which have led to loss of life.The Queens concern for young people's mental and emotional well-being has prompted Istana Negara to take proactive measures, including discussions on initiatives to develop and enhance complaint and counselling systems, according to a post on Sultan Ibrahim Sultan Iskandars official Facebook page today.This effort is specifically aimed at helping teens facing emotional distress, mental health problems and various life challenges.Istana Negara Grand Chamberlain Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini led the discussion, which brought together several government agencies, including the Education Ministry, the Women, Family and Community Development Ministry, the Communications Ministry, the Royal Malaysia Police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission."The discussion focused on strengthening accessible, safe and effective complaint and support channels, while improving the support available to students who require assistance, the post said.Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA International), an official association for the counseling profession and practice, will also work closely with the Women, Family and Community Development Ministry to involve counsellors registered with and trained by the Malaysian Board of Counsellors.In the post, the Queen said the mental health of children and adolescents must be prioritised because they need to know that they are loved."It is our collective responsibility, regardless of our rank, position or occupation, to safeguard their physical and mental health and pay attention to their emotional well-being, whether at home or at school."Awareness of the importance of mental health must continue to be raised so that signs of emotional distress can be identified early and appropriate assistance provided, Her Majesty said





Melaka polls: Pas denies plans to announce candidates alongside BN - Sinardaily - 23/10 4:02 pm

KOTA BHARU Pas denies it will announce its candidates for the Melaka state election alongside Barisan Nasional (BN), contrary to an earlier statement by Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Pas deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man said the party was expected to announce its candidates on Oct 28 or 29, during the final week before nomination day.Not at this point





Bekas pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.5 juta, AMLA RM403,000 .. - Mygazette - 23/10 3:39 pm

# Bekas pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.5 juta, AMLA RM403,000 KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat perisian dan teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah RM5.5 juta dan terlibat dalam transaksi pengubahan wang haram sebanyak RM403,000, pada 2019





Veteran Keadilan buat laporan polis, tiga pihak didakwa hina Tuanku Muhriz - Mygazette - 23/10 3:39 pm

# Veteran Keadilan buat laporan polis, tiga pihak didakwa hina Tuanku Muhriz AMPANG Biro Veteran Keadilan Malaysia membuat laporan polis terhadap tiga pihak didakwa mencetuskan provokasi dan menyebarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerusi media sosial





Lelaki menyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor .. - Mygazette - 23/10 3:39 pm

# Lelaki menyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor 'cekau' RM700,000 SHAH ALAM - Penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor mengakibatkan kerugian kira-kira RM700,000 sejak 2024





PRN Melaka: Pas guna lambang bulan jika PN ada masalah - Sinarharian - 23/10 2:24 pm

KOTA BHARU Pas bersedia menggunakan lambang bulan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya timbul sebarang halangan terhadap penggunaan logo Perikatan Nasional (PN).Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu sebagai persediaan susulan perkembangan berkaitan status pendaftaran PN yang kini menjadi subjek semakan dan prosiding mahkamah.Menurut beliau, dari sudut perundangan, logo yang telah diserahkan, diterima dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya."Dari segi undang-undang, apabila sesuatu logo telah diserahkan, diterima dan disahkan oleh SPR selepas pembubaran, ia tidak boleh dibatalkan di tengah jalan kerana kuasa penuh terletak di bawah SPR."Walau bagaimanapun, jika ia berlaku sebelum proses penamaan calon, kita menyatakan kesediaan untuk menggunakan logo Pas sekiranya diarahkan berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah pada Kuliah Pagi Jumaat Perdana sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.Pada Selasa lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.RoS memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti dokumen serta penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.Bagaimanapun, pada Khamis, PN memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk menggantung sementara pelaksanaan keputusan RoS tersebut.Peguam PN, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan itu membolehkan gabungan berkenaan mengekalkan status quo sementara menunggu penyelesaian kes utama yang mencabar tindakan RoS.Menurutnya, keputusan mahkamah itu turut membolehkan PN meneruskan aktiviti politik termasuk bertanding dalam pilihan raya menggunakan logo gabungan berkenaan."Kita boleh bertanding, bermaksud kita boleh guna logo, bermaksud kita boleh teruskan dengan segala aktiviti dan kegiatan kita, termasuklah di Melaka dan nanti di Sarawak," katanya.





PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi - Sinarharian - 23/10 12:58 am

KOTA BHARU Perikatan Nasional (PN) masih berunding bagi memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan sasaran mendapatkan tambahan dua kerusi daripada tujuh yang dibincangkan setakat ini bersama UMNO.Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan berkenaan masih berlangsung dan keputusan akhir dijangka dibuat dalam masa terdekat, termasuk kemungkinan satu atau dua kerusi tambahan.Menurut beliau, perbincangan itu kini berada di peringkat Jawatankuasa Induk dan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat yang dijangka berlangsung dalam tempoh sehari dua ini."Setakat ini kita masih belum final





PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN - Sinarharian - 23/10 12:45 am

KOTA BHARU Pas menafikan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon."Setakat ini tidak





Polis buru suspek menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, tipu RM700,000 - Sinarharian - 23/10 10:53 am

SHAH ALAM Kegiatan seorang lelaki yang didakwa menyamar sebagai pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor dipercayai aktif sejak tahun 2024 dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM700,000.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, anggaran kerugian itu berdasarkan sembilan laporan polis yang diterima setakat ini berkaitan kegiatan penipuan suspek.Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek utama berusia 40 tahun itu bukan kakitangan istana dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Institusi Diraja Selangor."Semakan mendapati suspek utama berusia 40 tahun itu bukan kakitangan istana atau mempunyai sebarang kaitan dengan Institusi Diraja Selangor."Mengikut laporan polis, kegiatan penipuan ini dilakukan sejak 2024," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.Shazeli berkata, suspek dipercayai mengambil kesempatan menggunakan nama serta imej yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja bagi memperdaya mangsa."Dia tidak mempunyai kaitan dengan Institusi Diraja Selangor atau kakitangan istana





Harapan baharu PN hadapi sistem demokrasi secara sihat, adil - Hamzah - Sinarharian - 22/10 6:55 pm

SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung pembatalan Perikatan Nasional (PN) memberi harapan baharu kepada gabungan itu untuk menghadapi sistem demokrasi dalam negara secara sihat dan adil.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkembangan itu turut membolehkan lambang PN digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti."Keputusan ini akan memberi harapan baru khususnya kepada PN untuk menghadapi sistem demokrasi dalam negara secara sihat dan adil kerana kami percaya, kuasa bukanlah lesen untuk bertindak secara sesuka hati, manakala undang-undang juga bukan alat untuk menekan pihak yang berbeza pandangan."Insya-ALLAH, keputusan positif yang dicapai hari ini menguatkan lagi tekad PN untuk memperkukuhkan kekuatan, bagi menawarkan polisi serta khidmat terbaik kepada rakyat dan menterjemahkannya melalui sokongan rakyat dalam PRN Melaka nanti," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad pada Khamis, membenarkan permohonan PN untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan berkenaan sementara menunggu penyelesaian permohonan semakan kehakimannya, selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan pemberian relif interim.Hakim memutuskan bahawa keputusan RoS membatalkan pendaftaran PN pada 20 Oktober lalu tidak secara automatik menjadikan permohonan penangguhan itu tidak lagi relevan.Bagaimanapun, mahkamah tidak memutuskan kesahan keputusan RoS berkenaan, sebaliknya menyerahkan persoalan itu untuk ditentukan ketika pendengaran substantif semakan kehakiman kelak.Mengulas lanjut, Hamzah berkata, keputusan mahkamah itu juga bertepatan dengan penghakiman Almarhum Sultan Azlan Shah dalam kes Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan dan Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd [1979] yang menegaskan setiap kuasa mempunyai batasan undang-undang.





Mahkamah tolak permohonan dengar saman sivil kes tikam pelajar secara tertutup - Sinarharian - 22/10 6:35 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menolak permohonan supaya keseluruhan prosiding saman sivil berhubung kes tikam sehingga menyebabkan seorang pelajar perempuan maut di sebuah sekolah di Petaling Jaya tahun lepas, dijalankan secara tertutup, dengan memutuskan bahawa orang ramai berhak mengetahui perkara yang berlaku.Hakim Datuk P Anand semasa menolak permohonan itu berkata, walaupun identiti defendan bawah umur mesti dilindungi, tiada justifikasi untuk mengenakan larangan menyeluruh terhadap pelaporan media.Beliau berkata, mahkamah perlu mengimbangi antara keperluan untuk melindungi remaja berkenaan daripada gangguan dan tekanan psikologi dengan prinsip keadilan terbuka, yang membolehkan orang awam meneliti prosiding mahkamah."Malah, sebahagian besar saman sivil itu melibatkan sama ada langkah-langkah berkesan telah diambil berhubung insiden di sekolah terbabit termasuk isu berkaitan dengan dasar dan sistem, dan bukannya tertumpu semata-mata kepada defendan bawah umur itu."Kes ini juga akan memberikan tumpuan sama ada pihak berkuasa berkaitan mempunyai kewajipan menjaga kesejahteraan pelajar bagi memastikan persekitaran selamat termasuk menangani isu kesihatan mental," katanya.Hakim Anand berkata, mahkamah mengambil maklum Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang mengehadkan pelaporan butiran yang boleh mengenal pasti seseorang kanak-kanak, selain mempertimbangkan kepentingan keadilan dan kepentingan awam."Terdapat banyak kes yang menyaksikan perintah dikeluarkan bagi melindungi kanak-kanak, namun prosiding tetap dijalankan dengan media dibenarkan membuat laporan, tertakluk pada sekatan tertentu," katanya.Hakim juga memutuskan bahawa defendan boleh memohon kemudian supaya saksi tertentu atau sebahagian daripada keterangan mereka boleh didengar secara tertutup jika keterangan itu berkemungkinan akan mendedahkan identiti kanak-kanak terbabit."Walaupun kanak-kanak itu mesti dilindungi, saya tidak nampak sebarang alasan untuk mengenakan larangan penuh terhadap pelaporan





KSSB, Infrasel perkukuh hubungan strategik dengan Selangor FC - Sinarharian - 22/10 10:05 am

SHAH ALAM Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) terus memperkukuh hubungan strategik dengan Selangor FC menerusi Majlis Menandatangani Kerjasama tiga hala di ibu pejabat Infrasel di sini, baru-baru ini.Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon; Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Nizran Noordin dan Ketua Pegawai Operasi Infrasel, Dr Che Shobry Shahid.Dalam ucapannya, Nizran berkata majlis itu bukan sekadar menandatangani kerjasama, sebaliknya usaha mengukuhkan hubungan yang telah lama terjalin antara Kumpulan KSSB dan Selangor FC."Kami sentiasa percaya bahawa pelaburan dalam sukan adalah pelaburan untuk masa depan masyarakat," katanya menerusi satu kenyataan.Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini sahaja, KSSB dan Infrasel telah menyumbang hampir RM3.5 juta bagi menyokong pembangunan bola sepak negeri Selangor.Selain tajaan, KSSB turut membeli barangan rasmi Selangor FC untuk dihadiahkan kepada warga kerja KSSB dan anak-anak syarikat sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang syarikat, selain memupuk rasa kekitaan terhadap pasukan kebanggaan negeri itu.Dari segi prasarana, Infrasel menyumbang kepada kerja-kerja penurapan dan pembangunan kawasan parkir di SFC Training Centre, sekali gus meningkatkan keselesaan dan kemudahan kaki- tangan SFC serta pengunjung awam.Kerjasama itu juga bersifat dua hala apabila Selangor FC turut menyokong perniagaan air mineral KSSB melalui pembelian pukal, sekali gus memberi pendedahan lebih luas kepada jenama AquaSel.Nizran berkata, nilai sumbangan itu tidak terhad kepada angka semata-mata, sebaliknya mencerminkan keazaman Kumpulan KSSB memperkukuh asas Selangor FC secara berterusan serta menyumbang kepada kelestarian ekosistem bola sepak Selangor, termasuk pemain, jurulatih, pasukan sokongan dan peminat yang menjadi nadi sukan itu.Sementara itu, Johan berkata, kerjasama berterusan KSSB serta Infrasel banyak memberi impak positif kepada pembangunan dan kemajuan Selangor FC sama ada pada peringkat domestik hingga antarabangsa."Antara pencapaian membanggakan Skuad Gergasi Merah ialah apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab ASEAN atau Piala Shopee musim lalu, buat kali pertama sejak 1967," katanya.Ketiga-tiga organisasi tersebut yakin kerjasama yang dijalinkan akan membuka pelbagai peluang baharu ke arah kecemerlangan KSSB, Infrasel dan Selangor FC.Kerjasama itu membolehkan semua pihak bersama-sama merangka inisiatif bagi memperkukuh hubungan, meluaskan jaringan serta meningkatkan nilai tambah kepada semua.





Young Tigers fight back to edge Pakistan, reach SOJC final - SUN - 22/10 7:47 am

Malaysia came from behind to beat Pakistan 3-2 in the Under-21 Sultan of Johor Cup semi-finals at Taman Daya and booked a place in the final.





Akan akur jika MB Terengganu minta lepas jawatan, kata Adun Bersatu - FMT - 21/10 8:00 pm

Razali Idris berkata akan terus menggalas tugas exco selagi diberikan amanah oleh Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.





More than 3,000 attend Selangor Sultans Silver Jubilee royal tea reception in Klang - Malaymail - 21/10 6:42 pm

KLANG, 21 Oct The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, graced a Royal Tea Reception with over 3,00...





Jakim to hold solat hajat for Al-Aqsas protection, Malaysias safety amid haze - Sinardaily - 21/10 1:51 pm

PUTRAJAYA - The Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) will hold solat hajat (special prayers of need) at three major mosques under its administration after Friday prayers this week, seeking Allahs protection for Al-Aqsa Mosque in Palestine and safety for Malaysia amid the haze.JAKIM director-general Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee said the initiative followed an order from the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah and a call from Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan for Muslims to perform special prayers for both matters.The three mosques are Masjid Negara (National Mosque) in Kuala Lumpur, Masjid Putra, and Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin in Putrajaya.Sirajuddin said special prayers would be recited to seek protection for Al-Aqsa Mosque from incursions and oppression, and to ask that Malaysia be spared the haze, which could affect people's health and well-being."Muslims are urged to come together to enliven mosques, strengthen Muslim unity and offer more prayers for Allah SWT to grant protection, safety and blessings to their brothers and sisters in Palestine and all Malaysians."May this initiative serve as a means of uniting the hearts of Muslims in recognising our shared responsibilities, strengthening solidarity with Palestine and praying for the well-being of our beloved country, he said in a statement today





10 Exco Negeri Sembilan fail permohonan cabar pembatalan pelantikan di Mahkamah Persekutuan - Sinarharian - 21/10 12:16 am

PUTRAJAYA - Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan membatalkan pelantikan mereka bulan lepas.Mereka ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.Kesemua mereka menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai responden.Notis usul itu difailkan pada 14 Oktober lepas menerusi firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.Menerusi notis usul berkenaan, kesemua Exco itu memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan tiga persoalan undang-undang berhubung kesan dan tafsiran peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang berbangkit daripada saman pemula yang difailkan mereka di Mahkamah Tinggi Seremban.Pada 5 Oktober lepas, mereka memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar kesahihan warta pembatalan pelantikan mereka sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan.Menerusi saman pemula tersebut, kesemua 10 individu berkenaan membangkitkan beberapa persoalan berkaitan perlembagaan negeri itu.Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada Perkara 38(5) apabila dibaca bersama Perkara 38(2), 38(3), 38(4), 40(1), 40(1A) dan 40(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan Yang di-Pertuan Besar membatalkan pelantikan seseorang Exco tanpa nasihat Menteri Besar.Sekiranya jawapan kepada persoalan itu adalah negatif, mereka memohon penentuan sama ada pembatalan pelantikan Exco seperti diwartakan pada 24 September lepas dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan sama ada pembatalan itu terbatal, tidak sah serta tidak mempunyai kuat kuasa.Satu lagi persoalan ialah sama ada Perkara 38(5), apabila dibaca bersama Perkara 28(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, membawa maksud bahawa istilah "Raja Pemerintah" merujuk kepada Yang di-Pertuan Besar yang mempunyai kuasa untuk membatalkan pelantikan seseorang Exco atas perkenan baginda sendiri tanpa nasihat Menteri Besar.Sekiranya jawapan kepada persoalan itu adalah negatif, sama ada pemecatan mereka bertentangan dengan perlembagaan negeri.Pada 20 September lepas, istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Pembatalan pelantikan mereka diwartakan pada 24 Sept lepas, dengan pemecatan itu berkuat kuasa mulai 20 September.Menurut warta berkenaan, pelantikan mereka dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah kerana melanggar sumpah taat setia kepada Tuanku Muhriz apabila mereka bersetuju untuk melucutkan baginda daripada jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Pengurusan kes dijadualkan berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini





Ten file application in Federal Court to challenge revocation of Negeri Sembilan exco appointments - Sinardaily - 21/10 11:46 am

PUTRAJAYA - Ten former Negeri Sembilan state executive council (exco) members have filed an application in the Federal Court seeking to challenge the state rulers decision last month to revoke their appointments.The 10 are Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Datuk Mohd Fairuz Mohd Isa and Datuk Razali Abu Samah.They named the Negeri Sembilan state secretary and the state government as respondents.They filed the notice of motion on Oct 14 this year through law firm Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.In the notice of motion, they want the Federal Court to determine three questions concerning the effect and interpretation of the provisions of the Negeri Sembilan State Constitution, which have arisen in their originating summons filed in the Seremban High Court.On Oct 5 this year, they filed the originating summons to challenge the validity of a gazette revoking their appointments as exco members.In their originating summons, they raised several constitutional questions.Among the questions is whether Article 38(5), read together with Articles 38(2), 38(3), 38(4), 40(1), 40(1A) and 40(2) of the Negeri Sembilan Constitution, allows the Yang Dipertuan Besar to revoke the appointment of an exco without the Menteri Besars advice.If the answer to that question is negative, whether the revocation of the exco members appointments, as gazetted on Sept 24 this year, was done in accordance with the Laws of the Constitution of Negeri Sembilan 1959 and therefore null, void and ineffective.Another question is whether, under Article 38(5), read together with Article 28(1) of the Negeri Sembilan Constitution, the expression "Ruler" shall mean the Yang Dipertuan Besar alone at his pleasure can revoke the appointment of an exco without the advice of the Menteri Besar





PRN Melaka: Guna apa sahaja logo, asalkan bukan PH dan Bersatu... - Mygazette - 21/10 8:06 am

# PRN Melaka: Guna apa sahaja logo, asalkan bukan PH dan Bersatu Idris Ahmad KUALA LUMPUR: Gunalah lambang apa pun, asalkan bukan lambang PH dan Bersatu





Sultan Selangor tidak berkenan kerabat diraja ambil kesempatan demi .. - Mygazette - 21/10 8:06 am

# Sultan Selangor tidak berkenan kerabat diraja ambil kesempatan demi kepentingan peribadi KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda tidak berkenan mana-mana ahli kerabat diraja Selangor menyalahgunakan kedudukanuntuk memperdaya pihak lain demi kepentingan peribadi





SOJC 2026: Young tigers beat Japan 4-2 - SUN - 21/10 7:51 am

Malaysias Young Tigers defeated Japan 4-2 in the 2026 Sultan of Johor Cup, scoring three goals in the final 10 minutes to secure victory





Zahid cancels attendance at Pas-organised Ummah Unity Gathering - Sinardaily - 21/10 7:40 am

KOTA BHARU Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who was initially scheduled to attend the Ummah Unity Prayer Gathering organised by Pas this Friday, will be unable to attend due to an Umno programme in Melaka on the same date.Pas secretary-general Datuk Seri Takiyuddin Hassan said the matter was conveyed by Kelantan Umno liaison body deputy chairman Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh during a meeting to discuss both parties participation in the event.He said Zahid had initially been scheduled to deliver a speech alongside Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang at the gathering, which is expected to draw more than 100,000 people to Sultan Muhammad IV Stadium.He conveyed their presidents greetings and apologised because Umno has a major programme in Melaka on the 23rd of this month





Ahmad Zahid batal sertai Munajat Penyatuan Ummah anjuran Pas - Sinarharian - 20/10 11:26 pm

KOTA BHARU Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang awalnya dijadual menyertai program Munajat dan Penyatuan Ummah anjuran Pas pada Jumaat ini, dimaklumkan tidak dapat hadir kerana mempunyai program UMNO di Melaka pada tarikh sama.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh ketika pertemuan dengan beliau bagi membincangkan penyertaan kedua-dua parti dalam program berkenaan.Menurutnya, Ahmad Zahid sebelum ini dirancang menyampaikan ceramah bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada himpunan yang dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 di Stadium Sultan Muhammad IV."Beliau sampaikan salam Presiden mereka dan minta maaf kerana UMNO ada satu program besar di Melaka pada 23 hari bulan ini




Reformasi     >>



'Ini akibat jadi pak turut Umno' - MP DAP cabar MCA .. - Mkini
Selepas MCA tidak berpuas hati berhubung agihan kerusi di Melaka.
Kroni     >>



Cadang mediasi isu munafik, enggan tarik balik - Harakahdaily
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mencadangkan sesi mediasi bersama Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bagi menyelesaikan pertikaian penggunaan perkataan munafik di Dewan Rakyat tanpa menarik balik kenyataannya. Setiausaha Agung PAS itu berkata, beliau telah menghantar ..
Tabloid     >>



Senarai Pemain Malaysia Mara Ke Final Terbuka Perancis .. - Hotfm
Hari yang cemerlang buat wakil Malaysia di Terbuka Perancis 2026 apabila empat pasangan beregu negara berjaya melangkah ke pentas final saingan berstatus
Tech     >>



Instagram Kini Menawarkan Aplikasi Yang Dioptimasikan .. - Amanz
Instagram kini telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi mereka, sekaligus menyertakan sokongan untuk Apple TV. Dengan penawaran ini, kini pengguna Apple TV boleh menikmati kandungan Instagram pada kaca televisyen yang besar. Instagram TV sebelum ini telah ditawarkan untuk pengguna ..
World     >>



After SpaceX restores high-speed service, Musk claims .. - Cnbc
Ukraine says restrictions on Starlink and Starshield have been lifted, restoring connectivity to fast-moving military systems after disruptions.
Motor Trend     >>



Nio Firefly Guna Bateri CATL Qilin 60 kWh, Jarak .. - Careta
Pek bateri yang dilancarkan pada 23 Oktober 2026 itu menambah jarak perjalanan sebanyak 140 km atau 33 peratus berbanding bateri asal 42 kWh, tanpa mengubah dimensi bateri mahupun berat kenderaan, menurut Firefly. Berdasarkan artikel CnEVPost bertajuk CATL confirms Qilin Battery powers Nio