///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Siasatan Jenayah News   Page 1    



JIM, PDRM diarah bantu 34 pelajar ditahan rentas sempadan dapat dokumen... - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# JIM, PDRM diarah bantu 34 pelajar ditahan rentas sempadan dapat dokumen sah KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Kelantan diarahkan untuk membantu 34 pelajar yang ditahan kerana merentas sempadan secara haram sebelum ini untuk mendapatkan dokumen perjalanan yang sah





Deputi Superintendan antara 6 lelaki didakwa acu pistol, rompak - Mgazette - 16/04 8:14 pm

Bagi dua pertuduhan, Ahmad Ruzaini didakwa bersama-sama lima tertuduh, dalam mencapai niat bersama melakukan rompakan dengan menunjukkan senjata api iaitu sepucuk pistol terhadap dua individu sehingga mendatangkan ketakutan dan kematian. Pegawai polis tersebut ketika itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan kini digantung tugas sejak Januari lalu





Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu krisis tenaga global - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu krisis tenaga global KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mendakwa satu kes di Mahkamah Sesyen Sepang berhubung siasatan kes penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga bahan api susulan krisis di Asia Barat





Op Pusak Merah: 21 ahli kumpulan kongsi gelap diberkas di Sarawak - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Op Pusak Merah: 21 ahli kumpulan kongsi gelap diberkas di Sarawak KUALA LUMPUR - Ahli kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam jenayah kekerasan di sekitar kawasan kota Samarahan, Kuching, Simunjan dan Padawan, Sarawak diberkas dalam Ops Pusak Merah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,Datuk M





JKM Jasin cari waris bayi 5 bulan - Mgazette - 16/04 8:14 pm

JASIN Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Jasin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kepada bayi perempuan berusia lima bulan, Puteri Dhia Izzahra





Letupan di kilang besi di Gebeng, empat mangsa cedera Letupan di kilang .. - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Letupan di kilang besi di Gebeng, empat mangsa cedera KUANTAN - Polis mengesahkan berlaku kejadian kemalangan di tempat kerja di sebuah kilang besi di kawasan perindustrian Gebeng, di sini hari ini





Pengharaman dua buku elak jejas keharmonian, ketenteraman awam – KDN - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Pengharaman dua buku elak jejas keharmonian, ketenteraman awam - KDN KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tindakan penguatkuasaan terhadap dua buah penerbitan bertajuk 'Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10' dan 'Komrad ASI (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah' bukan bertujuan menyekat kebebasan intelektual





Pemandu bas, kekasih diriba direman 4 hari bantu siasatan pandu melulu - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Pemandu bas, kekasih diriba direman 4 hari bantu siasatan pandu melulu JASIN - Pemandu bas ekspres dan kekasihnya yang tular melakukan aksi meriba ketika dalam perjalanan ke Johor, Ahad lalu direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Jasin, hari ini





Sindiket dadah tumpas, rampasan lebih RM31 juta - Mgazette - 16/04 8:14 pm

Kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Selangor dan ibu negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan pertama di hadapan sebuah bengkel di Bandar Kinrara, Puchong, pihaknya berjaya menahan suspek yang dipercayai berperanan sebagai transporter





`Inspektor skizo’ tak layak kemuka pengakuan, tunggu laporan .. - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# `Inspektor skizo' tak layak kemuka pengakuan, tunggu laporan psikiatri - Peguam KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili `Inspektor skizo', Muhammad Kamal Raj Shanmugam Abdullah berpendirian, pegawai polis itu tidak berkeupayaan mengemukakan pengakuan terhadap pertuduhan cuba membunuh seorang anggota trafik





Serah memorandum kepada Agong, Albert Tei desak tindakan terhadap Azam Baki - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Serah memorandum kepada Agong, Albert Tei desak tindakan terhadap Azam Baki KUALA LUMPUR Ahli perniagaan, Albert Tei hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung kontroversi pegangan saham serta dakwaan penglibatan dalam Mafia Korporat





Kekasih teringin bawa bas jadi alasan pemandu riba wanita – Polis - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Kekasih teringin bawa bas jadi alasan pemandu riba wanita - Polis JASIN - Pemandu bas ekspres yang tular memandu sambil meriba seorang wanita Ahad lalu memberi alasan kekasihnya itu teringin membawa bas sebelum dia bertindak demikian





Syarikat pembuatan didenda RM3,500 gagal lapor kemalangan di tempat kerja - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Syarikat pembuatan didenda RM3,500 gagal lapor kemalangan di tempat kerja JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,500 terhadap sebuah syarikat atas kesalahan gagal melaporkan kemalangan di tempat kerja dalam tempoh yang ditetapkan, awal tahun ini





Polis buru pemandu bas disyaki mabuk, pandu sebelah tangan - Mgazette - 16/04 8:14 pm

# Polis buru pemandu bas disyaki mabuk, pandu sebelah tangan ALOR GAJAH - Polis sedang memburu pemandu bas yang tular videonya memandu sebelah tangan dan didakwa dalam keadaan mabuk ketika perbuatannya itu dirakamkan lelaki dipercayai penumpang bas berkenaan





Empat cedera dalam insiden letupan di kilang besi Gebeng - Sinarharian - 16/04 7:45 pm

KUANTAN Empat lelaki termasuk warga asing cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang besi di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu melibatkan seorang pekerja tempatan dan tiga warga asing."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada insiden letupan membabitkan peralatan industri di dalam premis berkenaan."Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menggunakan ambulans syarikat untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, susulan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Gebeng telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.Jelasnya, pihak polis kini sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk pengurusan kilang dan agensi keselamatan serta kesihatan pekerjaan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan."Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.





Lagi tular pemandu bas pandu secara berbahaya - Kosmo - 16/04 7:33 pm

ALOR GAJAH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres yang disyaki memandu dalam keadaan tidak selamat, susulan tular satu rakaman video di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini





Pemandu bas ekspres pandu sebelah tangan diburu polis - Sinarharian - 16/04 7:09 pm

ALOR GAJAH - Polis sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres dipercayai memandu dalam keadaan berbahaya seperti yang tular di media sosial pada Khamis.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, rakaman video berkenaan memaparkan pemandu terbabit memandu dalam keadaan duduk menyandar ke belakang serta hanya memegang stereng menggunakan sebelah tangan ketika kenderaan sedang bergerak pada waktu malam.Menurutnya, perbuatan tersebut boleh menjejaskan kawalan kenderaan, mengganggu tumpuan pemandu serta membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain."Hasil siasatan awal mendapati rakaman video berdurasi satu minit 20 saat itu dikesan tular pada Khamis sekitar jam 1.05 tengah hari melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial."Berdasarkan semakan awal, kenderaan yang terlibat dipercayai sebuah bas ekspres milik sebuah syarikat pengendali bas yang sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Katanya,lokasi sebenar kejadian dipercayai di sekitar Kilometer 196.1 arah selatan, namun masih dalam siasatan lanjut.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu Ahmad memohon pemandu bas ekspres yang terlibat tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bagi membantu siasatan."Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pemanduan berbahaya yang tidak bertanggungjawab, khususnya melibatkan kenderaan membawa orang awam."Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini juga diminta tampil menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-25435507 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Padah salah guna AI, gadis ini boleh disumbat ke penjara sehingga 2 tahun - Harapandaily - 16/04 7:02 pm

Video memaparkan dua anggota polis lelaki mengiringi dan memegang tangan seorang wanita dipercayai bergari di hadapan bangunan tertera Balai Polis Merlimau rupanya hasil teknologi kecerdasan buatan (AI)





Pegawai polis pangkat DSP, lima lelaki didakwa rompak berkumpulan guna pistol - Sinarharian - 16/04 6:35 pm

KUALA LUMPUR - Enam lelaki termasuk seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengacukan pistol dan melakukan rompakan berkumpulan di kawasan perumahan di sekitar Kepong, awal bulan ini.Pegawai polis terbabit Deputi Superintenden, Ahmad Ruzaini Ahmad Dahalan, 41, bersama lima lagi tertuduh iaitu Abd Samat Shaari, 44, Faridzuan Yahya, 31, Lim Cheal Kei, 51, Yeoh Choon Siang, 47, dan L Jijayendran, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Haron, Noridah Adam, Mazuliana Abdul Rashid dan Siti Shakirah Mohtarudin di empat Mahkamah Sesyen berasingan.Mengikut dua pertuduhan, Ahmad Ruzaini yang pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa bersama-sama lima yang lain, dalam mencapai niat bersama melakukan rompakan dengan menunjukkan senjata api iaitu sepucuk pistol terhadap dua individu hingga mendatangkan ketakutan dan kematian.Bagi kesalahan itu, lelaki yang telah digantung tugas sejak Januari lepas didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan dikenakan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang penghuni sebuah rumah, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan perumahan Desa Parkcity, Sentul, di sini, antara 4 dan 8.10 pagi, 5 April lepas.Sementara itu, lima individu tersebut turut didakwa atas tiga pertuduhan sama di tempat dan masa sama.Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd Nordin Ismail tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan berat yang tidak boleh dijamin manakala peguam John Ramesh Das mewakili Ahmad Ruzaini, Marthavan Manikam bagi Abd Samat, Faridzuan dan Lim manakala R Kirthiraj yang bertindak bagi Yeoh dan Jijayendran tidak membantah cadangan pihak pendakwaan.Kesemua mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap keenam-enam tertuduh dan menetapkan sebutan kes pada 25 Mei ini.Pada 10 April lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan seorang pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang beberapa siri jenayah samun bersenjata melibatkan nilai RM4.4 juta di sekitar Kepong.Sindiket terbabit melarikan tiga kenderaan mewah jenis Rolls-Royce, Bentley dan Toyota Alphard, selain sebuah peti besi, wang tunai RM24,200, mata wang asing bernilai ASD1,200, pelbagai barang kemas serta dua jongkong emas





Majikan direman kes bunuh pemuda OKU lembam - Sinarharian - 16/04 6:17 pm

BACHOK - Seorang lelakidireman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran pada Selasa.Perintah reman terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Bachok pada Khamisdan berkuat kuasa sehingga Rabu depan.Suspek yang juga majikan mangsa tiba di mahkamah pada jam 9.32 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan suspek adalah majikan kepada mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin.Beliau berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Binjai pada Rabu.Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi, Rabu selepas mengalami kecederaan parah.Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi Selasa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu krisis tenaga global - Sinarharian - 16/04 6:06 pm

CYBERJAYA -Seorang individu akan didakwa di mahkamah manakala lima lagi dikenakan kompaun keseluruhan RM125,000 kerana menyebarkan berita palsu berkaitan krisis tenaga global.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima keputusan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes penyebaran maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api ekoran krisis di Asia Barat.Menurut MCMC, Jabatan Peguam Negara memutuskan satu kes didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, manakala lima kes lagi ditawarkan kompaun dan empat kes diberikan surat amaran."Susulan keputusan itu, MCMC telah mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terlibat dengan nilai RM25,000 setiap seorang."Kesemua tindakan ini adalah hasil siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," kata unit Komunikasi Korporat MCMC.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Dalam pada itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform digital secara bertanggungjawab serta tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.





Op Pusak Merah: 21 lelaki terlibat kumpulan jenayah kekerasan diberkas - Sinarharian - 16/04 5:56 pm

KUALA LUMPUR Seramai 21 lelaki yang disyaki terlibat kumpulan jenayah kekerasan di sekitar kawasan Kota Samarahan, Kuching, Simunjan dan Padawan, Sarawak ditahan menerusiOp Pusak Merah pada Rabu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi itu telah dilancarkan secara kolaborasi oleh Bahagian D9, JSJ Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak."Operasi ini menyasarkan kumpulan yang bergiat aktif dalam melakukan kesalahan jenayah kekerasan di sekitar daerah berkenaan sejak tahun 2024 sehingga kini."Hasil serbuan di beberapa lokasi berasingan, polis berjaya menahan kesemua suspek lelaki berusia antara 19 hingga 44 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Kumar berkata, semakan awal mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk merusuh, mendatangkan cedera parah, samun, khianat serta kesalahan berkaitan dadah."Tindakan operasi ini dilaksanakan sebagai usaha proaktif kita dalam melumpuhkan sindiket yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan, mendatangkan cedera parah dan merusuh dengan menggunakan senjata sehingga mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat."Usaha mengesan serta menahan beberapa lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan tersebut yang masih bebas sedang giat dijalankan," katanya.Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula Rabu hingga Isnin bagi membantu siasatan."Siasatan mengikut Seksyen 148, Seksyen 326, Seksyen 384, Seksyen 394, Seksyen 427 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan," katanya.Kumar berkata, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam jenayah, gengsterisme dan jenayah kekerasan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara."Orang ramai turut diseru untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa," katanya.





Wanita menyamar peguam di Mahkamah Setiu direman tiga hari - Sinarharian - 16/04 5:19 pm

SETIU Taktik licik seorang wanita yang menyamar sebagai peguam semata-mata mahu bertemu dengan seorang tahanan membawa padah apabila dia ditahan pihak polis di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, suspek yang berusia 30-an itu ditahan di kediamannya di daerah Kuala Terengganu susulan laporan polis yang diterima.Menurutnya, kejadian tersebut dikesan berlaku pada 12 April lalu, kira-kira jam 9 pagi, semasa pengadu yang merupakan seorang pegawai polis berusia 30-an sedang bertugas di Mahkamah Majistret Setiu."Pengadu mendakwa telah didatangi oleh suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai peguam kepada seorang tahanan."Atas dasar jawatan yang dinyatakan, wanita itu dibenarkan berjumpa dengan tahanan di dalam kawasan mahkamah."Bagaimanapun, penyamaran suspek mula terbongkar sewaktu pertuduhan dibacakan kepada tahanan apabila dia secara tiba-tiba mengaku kepada pihak mahkamah bahawa dia sebenarnya hanyalah penjamin dan bukannya peguam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Zain berkata, suspek dipercayai sengaja menipu dengan menggunakan identiti peguam sebagai modus operandi untuk mendapatkan akses bertemu tahanan berkenaan.Mengulas lanjut, beliau memberitahu suspek kini direman selama tiga hari bermula 16 April hingga 18 April ini bagi membantu siasatan."Perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan cara penyamaran."Pihak polis komited untuk terus membanteras jenayah penipuan seperti ini dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi prosedur undang-undang yang ditetapkan," ujarnya.





Pengharaman dua buku berdasarkan kepentingan keselamatan awam - KDN - Sinarharian - 16/04 5:07 pm

SHAH ALAM Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan perintah larangan terhadap dua penerbitan berkaitan ideologi komunisme dibuat berdasarkan penilaian semasa dan kepentingan keselamatan awam, bukan semata-mata bergantung kepada tarikh penerbitan sesuatu bahan.Katanya, tindakan penguatkuasaan terhadap buku 'Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10' dan 'Komrad ASI (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah' dibuat selepas penelitian terhadap kandungan serta implikasinya."KDN ingin menjelaskan bahawa tindakan penguatkuasaan tidak tertakluk kepada tempoh sesuatu penerbitan diterbitkan, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan penilaian semasa terhadap kandungan serta implikasinya kepada keselamatan dan ketenteraman awam."Dalam hal ini, setiap tindakan diambil secara sah, teliti dan berasaskan peruntukan undang-undang serta kepakaran yang berkaitan





JKM mohon bantuan kesan waris Puteri Dhia Izzahra - Sinarharian - 16/04 4:44 pm

JASIN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada seorang bayi perempuan berusia lima bulan, Puteri Dhia Izzahra.Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Nazirah Mohd Noh berkata, pihaknya menerima aduan mengenai bayi berkenaan yang didapati tidak mempunyai waris atau penjaga sah di sisi undang-undang.Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta maklumat latar belakang keluarga yang jelas."Kanak-kanak juga tidak dapat memberi maklumat mengenai latar belakang mahupun waris terdekat kerana masih bayi."Susulan itu pihak JKM telah mengambil tindakan menyelamatkan bayi berkenaan di bawah Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya pada Khamis.Selain itu katanya, satu perintah di bawah Seksyen 15(3) akta sama turut dipohon bagi tujuan mengesan waris bayi berkenaan,Justeru katanya, JKM memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi tersebut atau ibunya untuk tampil membantu.Maklumat ibu kandung dikenal pasti sebagai Salwa Maulana Putri dengan nombor pasport X6266404.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Melaka atau Pelindung Kanak-Kanak di talian 06-5291285 bagi membantu siasatan.





Kesan darah di beberapa tempat dalam bengkel, enam motosikal RXZ lesap - Sinarharian - 16/04 4:43 pm

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Pemilik sebuah bengkel motosikal di Senawang di sini mengalami kerugian dianggarkan RM60,000 selepas premis itu dipecah masuk dalam kejadian Isnin lalu.Dalam kejadian terbabit, enam buah motosikal jenis Yamaha RXZ milik pelanggan dan beberapa alat ganti motosikal hilang dipercayai telah dicuri.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada pemilik bengkel pada jam 1 pagi."Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, bengkel itu telah dipecah masuk dan terdapat beberapa kesan umpil pada bahagian pengatup besi, kesan pecah pada lantai serta kesan darah di beberapa kawasan dalam bengkel."Siasatan juga mendapati enam buah motosikal jenis Yamaha RXZ milik pelanggan yang diletakkan di dalam bengkel, sebuah topi keledar jenis Shoie dan MS88 serta alat ganti motosikal telah tiada disyaki dicuri," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, kesemua motosikal yang hilang mempunyai kunci yang ditinggalkan pada kenderaan dan nombor pendaftarannya adalah BRD 135, WVG 3923, JBS 1450, CAL 8555, NBQ 275 dan NAW 8927.Ujarnya, kejadian dipercayai berlaku semasa pemilik bengkel tiada dan ditinggalkan dalam keadaan berkunci."Kes dibuka di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan."Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian atau terjumpa motosikal tersebut diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superitenden Mohd Zawahir Zainuddin di talian 019-771 9434 atau 06 679 2222 bagi membantu siasatan," katanya.





Sebar Berita Palsu: Seorang Akan Didakwa, Lima Dikompaun Fahmi - Wrlr - 16/04 4:17 pm

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama Dr Zulkifli ketika hadir pada Program Ruang Bicara bertajuk 'Tabayyun Dalam Krisis : Maklumat Sahih Jamin Kestabilan' pada 15 April 2026





KDN kesan unsur komunisme dalam 2 buku termasuk berkait Shamsiah Fakeh - FMT - 16/04 4:02 pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata siasatan turut mendapati ada kecenderungan menormalisasi dan mengagung-agungkan fahaman itu.





Inkues Zara Qairina: Skrin tiga telefon bimbit retak, data tidak dapat dianalisis - Sinarharian - 16/04 3:57 pm

KOTA KINABALU - Tiga telefon bimbit yang diterima juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat dianalisis kerana mengalami keretakan pada skrin.Saksi ke-70 inkues kematian Zara Qairina Mahathir, Asisten Superintendan Mohd Zaidi Abu Hassan, 40, berkata, kerosakan fizikal pada peranti berkenaan menyebabkan proses analisis tidak dapat dijalankan."Telefon bimbit ini mengalami kerosakan pada skrin dansaya tidak dapat mengaksesnya," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Sofia S Sawayan semasa prosidingdi Mahkama Koroner di sini pada Khamis.Bagaimanapun, Mohd Zaidi menjelaskan data dalam telefon berkenaan masih boleh diperoleh menggunakan kaedah lain."Skrin perlu dibaiki atau ditukar, jadi kita dapatlah akses data tersebut," katanya.Beliau turut menegaskan data yang diperoleh daripada peranti asal adalah tepat dan tidak boleh dimanipulasi.Sementara itu, Mohd Zaidi turut diminta menjelaskan kenapa data yang dianalisis perlu dimasukkan ke tiga peranti yang berbeza iaitu pemacu kilat dan cakera padat."Untuk 11 telefon bimbit, data terlalu besar jadi terpaksa disalin kepada dua unit pemacu kilat





Kondominium jadi stor, dadah RM13 juta dirampas - Sinarharian - 16/04 3:56 pm

KUALA LUMPUR Taktik licik sindiket dadah yang menjadikan kondominium sebagai stor penyimpanan dan pusat pembungkusan terbongkar selepas tujuh individu ditahan menerusi Op Conops, dengan rampasan melebihi RM13 juta hasil beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 12 April lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 28 hingga 43 tahun."Pelbagai dadah termasuk bunga ganja seberat 170.74 kilogram (kg) dan ganja seberat 7.04kg dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM13.68 juta."Sindiket ini dipercayai aktif sejak Disember tahun lalu dengan menjadikan unit kondominium di Lembah Klang sebagai lokasi penyimpanan dan pembungkusan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan serta antarabangsa," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada Khamis.Hussein berkata, kegiatan pengedaran dalam negara dijalankan menggunakan perkhidmatan e-hailing dan kurier, manakala bagi pasaran luar negara pula, sindiket menggunakan taktik keldai dadah dengan menyembunyikan bahan terlarang dalam bagasi."Jasil ujian saringan awal mendapati lima daripada suspek positif dadah," katanya.Menurutnya, polis turut menyita pelbagai aset termasuk sebuah kereta, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM385,000, menjadikan keseluruhan rampasan serta sitaan sebanyak RM14.07 juta."Daripada keseluruhan tangkapan, lima suspek telah direman selama tujuh hari bermula 13 April hingga 19 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.





PATI jadi 'orang tengah' urus bilik penginapan - Sinarharian - 16/04 3:07 pm

SHAH ALAM - Alasan seorang lelaki warga Myanmar mahu berjumpa kawan di sebuah apartment di Seksyen 14 di sini gagal mengaburi pihak berkuasa untuk melaksanakan tangkapan terhadap dirinya yang disyaki berperanan sebagai 'orang tengah' bagi menguruskan bilik penginapan.Tangkapan tersebut dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menerusi Op Sapu pada RabuLelaki itu ditahan ketika dipercayai mahu menyerahkan kunci bilik kepada pelanggan di lobi apartment servis berkenaan."Saya tak tahu, saya tak kerja dekat sini tuan, saya baru ini hari datang sini mahu jumpa saya punya kawan."Betul tuan saya tak tipu, saya kerja di Rawang," katanya merayu untuk dilepaskan.Bagaimanapun selepas pegawai serbuan mengajukan beberapa soalan, lelaki warga asing itu akhirnya mendakwa bekerja dengan gaji RM2,000 sebulan bagi menguruskan kemasukan pelanggan.Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, serbuan dijalankan bermula jam 1.15 petang.Menurutnya, seramai empat individu diperiksa sebelum penahanan lelaki warga Myanmar berusia 34 tahun untuk tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Siasatan awal mendapati peranan suspek disyaki dengan munasabah bekerja sebagai pekerja yang menguruskan pemberian kunci dan kad akses bilik atau inap desa (homestay) yang ditempah oleh pelanggan secara dalam talian."Suspek dipercayai bekerja sejak Ogos tahun lalu," katanya.Tambah beliau, siasatan masih dijalankan bagi mengesan kegiatan yang dijalankan pendatang asing tanpa izin (PATI).





Polis rampas 400 katrij vape disyaki dadah fentanyl - Sinarharian - 16/04 3:03 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 400 katrij vape mengandungi cecair disyaki fentanyl antara dadah bernilai RM31.57 juta yang dirampas menerusi dua serbuan Op Hemiptera di Selangor dan Kuala Lumpur pada 9 April lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki tempatan berusia 31 dan 33 tahun ditahan dalam operasi berkenaan, dipercayai berperanan sebagai penghantar dadah dan penjaga stor bagi sindiket yang aktif sejak awal tahun ini.Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di hadapan sebuah bengkel di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, yang membawa kepada penahanan suspek pertama."Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kereta jenis Audi mendapati ia dijadikan tempat penyimpanan dadah jenis methamphetamine seberat 212 kilogram (kg)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.Hussein berkata, serbuan kedua di sebuah rumah teres dua tingkat di sekitar Cheras, membawa kepada penemuan methamphetamine seberat 404 kg dan pil erimin 5 seberat 6.4 kilogram, selain dua bungkusan katrij vape berisi cecair fentanyl."Dadah fentanyl berkenaan disyaki dibawa masuk untuk pasaran tempatan khususnya di pusat-pusat hiburan dan bukannya untuk dijual secara terbuka di kedai vape biasa," katanya.Beliau berkata, siasatan mendapati dadah yang turut dikenali sebagai dadah zombi itu tidak diproses di negara ini, sebaliknya Malaysia dipercayai hanya dijadikan tempat pembungkusan semula ke dalam bentuk katrij vape."Harga jualan pasaran tempatan bagi cecair berkenaan belum dapat dipastikan memandangkan ia belum pernah dikesan di pasaran, namun dadah jenis fentanyl cecair itu dianggarkan bernilai RM200,000 bagi setiap liter," katanya.Hussein berkata, modus operandi sindiket adalah pihak pembekal akan meninggalkan kenderaan yang mengandungi dadah berserta kunci di lokasi yang telah ditetapkan."Kemudian kenderaan tersebut diambil oleh pihak pelanggan untuk tujuan menyimpan bekalan dadah di dalam stor dan kemudiannya kenderaan tersebut dipulangkan semula ke lokasi asal sebaik selesai urusan," katanya.Menurutnya, kedua-dua suspek kini direman 11 hingga 13 hari bermula 10 April hingga 22 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam kes berasingan, Hussein berkata, polis menumpaskan sindiket pengedaran 61 kg dadah jenis methamphetamine bernilai RM3.13 juta yang disembunyikan di dalam tin makanan bagi mengaburi pihak berkuasa untuk dihantar ke Sabah, menerusi penahanan lima individu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur."Penemuan dadah ini adalah hasil Op Icerya yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Kawalan Keselamatan Sempadan (AKPS) Sabah," katanya.Beliau berkata, AKPS Sabah mengesan beberapa bungkusan kurier mencurigakan yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke negeri itu, sebelum polis melancarkan tiga siri serbuan yang membawa kepada penahanan suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan, tiga lelaki warga asing dan seorang wanita warga asing berusia 22 hingga 45 tahun."Sindiket dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek adalah negatif dadah."Dadah yang dirampas ini boleh merosakkan seramai 305,000 orang yang menggunakannya," katanya.Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952





Kemuka invois palsu, tiga syarikat pembungkusan minyak masak didenda RM264,000 - Sinarharian - 16/04 2:46 pm

IPOH Tiga syarikat pembungkusan minyak masak masing-masing didenda RM88,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengemukakan maklumat palsu berkaitan invois minyak masak, dua tahun lalu.Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Usaha Prasarana Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Ooi Yien Wei, 29; Arcadia Odyssey Sdn Bhd diwakili pengarah, Kan Shy Ling, 32; serta Aksi Sentral Sdn Bhd yang diwakili pengarah, Kan Cheng Hui, 31.Kesemua syarikat itu mengaku bersalah atas lapan pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara berasingan di hadapan mahkamah.Mengikut pertuduhan, syarikat terbabit sebagai pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak didapati dengan pengetahuan telah memberikan maklumat palsu semasa mengemukakan maklumat dalam borang Arahan Mengemukakan Maklumat di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.Kesalahan itu dilakukan di premis masing-masing di Lapangan Setia, Pusat Perniagaan Lang Indah dan Pusat Perdagangan Jelapang di Ipoh dalam daerah Kinta antara jam 11.45 pagi hingga 4.30 petang pada 9 Ogos 2024.Bagi kesalahan itu, syarikat didakwa di bawah Subseksyen 8(4)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM5 juta kesalahan kali kedua.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Nazreen Zabarudin bersama Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Muhamad Hanif Abd Azis, manakala ketiga-tiga syarikat diwakili Peguam Mohd Khairul Fairuz.Pihak pendakwaan menawarkan denda RM11,000 bagi setiap pertuduhan mengambil kira kepentingan awam kerana berkait dengan penyelewengan barang kawalan.Semasa rayuan, Mohd Khairul memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama selain pengakuan bersalah dibuat telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.Beliau turut memohon agar semua barangan rampasan termasuk mesin dan peralatan pembungkusan dipulangkan semula kepada syarikat.Mahkamah kemudiannya menetapkan denda RM11,000 bagi setiap pertuduhan dengan denda keseluruhan RM264,000.Mahkamah turut memerintahkan semua wang hasil jualan rampasan minyak masak berjumlah RM101,807.30 dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia dan membenarkan barangan rampasan kecuali dokumen diserahkan semula kepada syarikat terbabit.Berdasarkan fakta kes, pada 9 Ogos 2024, sepasukan anggota dari Bahagian Penguat kuasa KPDN Negeri Perak telah membuat pemeriksaan Op Tiris melibatkan barang kawalan bersubsidi iaitu minyak masak di ketiga-tiga premis.Ketika pemeriksaan, syarikat telah gagal menyelenggara buku stok barang kawalan bagi minyak masak dan siasatan kemudiannya mendapati, invois-invois berhubung transaksi penjualan minyak masak adalah palsu kerana transaksi sebenar tidak berlaku.Sehubungan itu, sebanyak 51,507.15 kilogram minyak masak berjumlah RM101,807.30 telah disita dan diambil tindakan





299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global diturunkan setakat ini - Fahmi - Sinarharian - 16/04 2:36 pm

PUTRAJAYA - Sebanyak 299 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial setakat ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 450 kandungan palsu yang dikenal pasti Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diturunkan bagi tempoh 29 Mac hingga 7 pagi ini."Jadi kadar penurunan ialah sebanyak 66 peratus pada waktu ini."Selebihnya masih dalam proses tindakan oleh platform terlibat, kerana penurunan kandungan adakalanya memerlukan sedikit masa pada peringkat platform," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.Fahmi berkata, 147 kandungan berkaitan Selat Hormuz telah dimohon untuk diturunkan, dengan 122 daripadanya telah diturunkan pagi tadi."Platform yang paling banyak (menyebarkan) maklumat palsu ialah Facebook dengan 180 kandungan melibatkan pelbagai isu, manakala kedua paling banyak ialah TikTok dengan 134 kandungan," katanya.Fahmi berkata, peningkatan kandungan palsu di Threads berkemungkinan berkait dengan pemilikan akaun yang saling berkait antara Facebook dan Instagram, sekali gus memudahkan pengguna membuka akaun di platform berkenaan.Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 57 kertas siasatan telah dibuka setakat ini berhubung penyebaran kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global.Fahmi berkata, daripada jumlah itu, satu kes telah diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk didakwa dalam masa terdekat, manakala lima kes menerima arahan pengkompaunan, dengan jumlah kompaun masih belum ditetapkan





Op Langka banteras salah guna dadah tahan 191 individu di Kedah, Perlis - Sinarharian - 16/04 2:00 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 191 individu ditahan dalam 231 serbuan menerusi Op Langka yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di Kedah dan Perlis pada 9 April hingga 12 April.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi khas itu susulan kebimbangan terhadap peningkatan masalah penyalahgunaan dadah di dua negeri tersebut."Usaha membanteras dan melumpuhkan sepenuhnya rantaian bekalan dadah sehingga ke akar umbi, kita telah melancarkan Op Langka dengan memberi fokus kepada daerah Langkawi, Kuala Kedah dan Perlis."Hasil tindakan operatif dan gerak gempur yang dilaksanakan, sebanyak 231 serbuan dan seramai 191 orang telah berjaya ditangkap, di bawah pelbagai kesalahan, di samping merampas pelbagai jenis dadah," katanya.Hussein berkata, kesemua suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.





15 telefon bimbit dianalisis dalam siasatan kes Zara Qairina - FMT - 16/04 1:54 pm

Analisis dilakukan terhadap barang kes diterima dalam dua serahan berasingan, kata Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer polis Mohamad Zaidi Abu Hassan.





'Saya sakit sihir' - Inspektor didakwa cuba bunuh polis trafik, diperintah ke Hospital Bahagia - Sinarharian - 16/04 1:43 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang tular di media sosial berhubung kes langgar lari sehingga menyebabkan seorang anggota trafik cedera, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini pada Khamis, masing-masing atas satu pertuduhan cubaan membunuh dan memandu secara berbahaya, minggu lalu.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Kamal Raj Abdullah, 40, selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim, Mazuliana Abdul Rashid dan Majistret, Tg Syazwany Yasmyn Tuan Roslan.Di Mahkamah Sesyen, lelaki itu didakwa cuba membunuh dengan cara melanggar anggota polis trafik, Konstabel Roslan Salleh menggunakan kereta jenis Perodua Axia, yang diketahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini jam 10.47 malam pada 10 April lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan maka pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan."Saya sakit 'sihir', tak ingatlah," kata tertuduh yang memakai kemeja warna merah dan mengenakan pelitup muka.Semasa prosiding, peguam, G Nanda Goban yang mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya menghidap 'skizofrenia'.Sebelum kejadian beliau berkata, bapa tertuduh membuat laporan polis agar anak lelakinya itu dibawa ke hospital, namun gagal kerana dia melarikan diri.Katanya, berdasarkan rekod cuti sakit terakhir, anak guam berada dalam keadaan terkawal kerana mengambil ubat, namun Muhammad Kamal Raj tidak lagi menjalani rawatan sejak Februari lalu sehingga mencetuskan kejadian itu berlaku.Justeru beliau memohon mahkamah memberikan perintah agar tertuduh menjalani pemeriksaan mental di hospital mengikut Seksyen 342 (1) Kanun Tatacara Jenayah."Anak guam mempunyai rekod kesihatan mental, jadi pemeriksaan itu diperlukan bagi memastikan dia boleh menjawab pertuduhan di mahkamah," katanya.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Banusha Jegathesan mencadangkan tertuduh tidak diberi ikat jamin kerana kesalahan tersebut termasuk dalam kes yang boleh dilepaskan sementara dengan jaminan."Mangsa merupakan seorang penjawat awam, iaitu anggota polis trafik yang telah dirempuh dan beliau mengalami kecederaan serius."Kes ini juga mendapat perhatian awam dan saya mohon tiada jaminan diberikan kepada tertuduh," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan mahkamah memerintahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi pemeriksaan mental.Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mei depan untuk sebutan semula kes.Bagi pertuduhan kedua di Mahkamah Majistret, Muhammad Kamal Raj didakwa memandu kenderaan sama secara melulu dan berbahaya terhadap seorang lelaki lain, di Jalan Loke Yew, di sini jam 4.10 petang pada 13 April.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000.Ia termasuk hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.Tg Syazwany Yasmyn mengeluarkan perintah serupa agar tertuduh dihantar ke hospital untuk pemeriksaan mental."Arahan sama terpakai kepada enam lagi kes yang sepatutnya dihadapi tertuduh dan tiada jaminan diberikan," katanya yang menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes.Selepas prosiding, Nanda berkata, anak guam dan keluarganya memohon maaf terhadap anggota polis yang cedera termasuk beberapa pemilik kenderaan yang terjejas akibat insiden rempuhan berkenaan."Kami mendoakan agar anggota tersebut pulih sepenuhnya," katanya.Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, pemandu kereta dipercayai terlibat dalam kejadian itu, merupakan seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang menghidap skizofrenia.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki itu kini sedang menjalani cuti perubatan khas dan dalam proses dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.Katanya, suspek akhirnya berjaya diberkas selepas aksi mengejar dari Jalan Cheras hingga ke Jalan Empat, Chan Sow Lin pada petang Isnin.





Inkues Zara Qairina: Saksi terima 15 telefon bimbit untuk dianalisis - Sinarharian - 16/04 1:10 pm

KOTA KINABALU - Saksi ke-70 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau telah menganalisis 15 telefon bimbit yang diterimanya berkaitan dalam kes pelajar tersebut.Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Asistan Superintenden Mohd Zaidi Abu Hassan, 40, yang bertugas di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa dia telah menerima dua kali serahan barang kes untuk tujuan dianalisis iaitu pada tarikh yang berbeza iaitu pada 14 Ogos dan 19 Ogos 2025.Katanya, barang kes itu diterimanya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar melibatkan 15 telefon bimbit berserta kad sim."Bagi serahan pertama pada 14 Ogos 2025 sekitar jam 4 petang, saya menerima satu beg plastik lutsinar barang kes PDRM."Hasil pemeriksaan mendapati beg tersebut mengandungi beberapa unit telefon bimbit pelbagai jenama iaitu iPhone 11 Pro, Oppo A53, Vivo Y28S, Vivo Y19S, iPhone 14, Vivo Y20 (skrin hadapan retak), Samsung Galaxy Note 10+ (skrin hadapan retak), Vivo V2043, iPhone 12, Oppo A15 dan Oppo A42 serta beberapa kad Sim," katanya semasa membacakan pernyataan saksi yang disediakan di sini, pada Khamis.Beliau kemudian memaklumkan diminta untuk pemeriksaan dibuat terhadap kesemua barang kes melibatkan 11 unit serta kad sim yang diterimanya."Pemeriksaan itu adalah untuk mendapatkan semua maklumat media sosial, visual, WhatsApp, verbaltim, gambar, gambar dipadamkan dari tempoh masa Februari 2025 sehingga terkini."Saya menjalankan analisis terhadap barang kes ini dengan menggunakan peralatan XRY untuk telefon bimbit





Op Guardian tahan 21 individu, tiga positif dadah - Sinarharian - 16/04 12:45 am

KUANTAN Tiga lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Guardian dijalankan selama dua hari yang berakhir pada Rabu.Pengarah Keselamatan Negeri Pahang, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Safrul Faiz Ab Satar berkata, lelaki berusia antara 33 hingga 49 tahun itu ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas saringan air kencing mendapati mereka positif opiat dan methamphetamine."Kes disiasat dibawah Seksyen 3 (1) dan Seksyen 6 (2) (d) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya pada sidang media di Jeti Jabatan Perikanan Kuantan di sini pada Khamis.Beliau berkata, penemuan kes terbabit membuktikan keberkesanan operasi bersepadu dalam mengesan aktiviti berisiko tinggi yang berselindung di kawasan perairan.Menurutnya, operasi berkenaan membabitkan 11 agensi penguat kuasa dengan kekuatan 85 pegawai dan anggota."Sepanjang operasi, sebanyak 172 pemeriksaan dijalankan dengan 21 tangkapan direkodkan," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan 139 pemeriksaan dan menahan 18 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.Katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut melaksanakan enam pemeriksaan dan merampas minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM2,000."Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pula tidak mengesan ketirisan barang kawalan, namun mengeluarkan lapan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya.Beliau berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) turut mengeluarkan satu saman terhadap majikan serta menjalankan semakan penempatan pekerja asing."Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pula melaksanakan 14 pemeriksaan dengan dua aset laut digerakkan sepanjang operasi," katanya.Safrul Faiz berkata, operasi berkenaan memfokuskan kawasan dari Muara Kuantan hingga ke Sungai Tembeling dan berjaya mencapai objektif utama dalam mengekang pelanggaran undang-undang tempatan.Beliau turut menggesa orang ramai supaya terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat jenayah maritim melalui talian 09-5717345 atau 999 bagi tindakan segera.





Warga emas di Miri rugi lebih RM1.17 juta terpedaya penipuan cinta - Sinarharian - 16/04 12:02 am

KUCHING - Seorang warga emas di Miri berusia 64 tahun kerugian lebih RM1.17 juta selepas menjadi mangsa penipuan cinta.Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa pada mulanya menerima pesanan melalui aplikasi TikTok sebelum berkomunikasi melalui WhatsApp.Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menyamar sebagai warga asing dengan menggunakan gambar individu lain serta dokumen peribadi telah disunting bagi meyakinkan mangsa."Suspek kemudian memperdaya mangsa dengan mendakwa sedang mengendalikan projek cari gali yang telah diluluskan, namun berdepan masalah akaun bank disekat atau digodam."Suspek seterusnya meminta bantuan kewangan daripada mangsa untuk bayaran pendahuluan dan kos projek dengan janji akan memulangkan semula wang tersebut dalam mata wang dolar Amerika (AS$)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.Mohd Farhan berkata, terperdaya dengan kata-kata manis suspek, mangsa telah membuat sebanyak 59 transaksi pembayaran ke sembilan akaun pihak ketiga diberikan suspek, membabitkan jumlah keseluruhan RM1,173,700.Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas berkongsi perkara itu dengan ahli keluarga sebelum tampil membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan





Warga emas ditahan pelihara 16 murai batu tanpa lesen - Sinarharian - 16/04 11:12 am

JOHOR BAHRU Seorang lelaki tempatan ditahan dipercayai memelihara 16 ekor burung murai batu tanpa lesen sah di rumahnya di Serene Park, di sini pada Selasa.Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) menerusi kenyataan memaklumkan, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan dalam Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan bersama Jabatan Perhilitan Johor.Menurut kenyataan itu, serbuan hasil risikan dijalankan kira-kira jam 7 malam di sebuah premis kediaman di kawasan berkenaan."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 16 ekor burung murai batu yang merupakan spesies hidupan liar dilindungi sepenuhnya disimpan di premis tersebut."Suspek bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang lesen sah bagi tujuan pemilikan, penyimpanan atau pemeliharaan hidupan liar berkenaan," katanya pada Selasa.Tambah kenyataan itu, pihak berkuasa turut merampas 16 unit sangkar burung pelbagai jenis, sebuah telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan."Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM295,106."Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.Menurutnya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu pihak Perhilitan Johor melengkapkan siasatanDalam pada itu, PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam mempergiatkan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan bagi membanteras jenayah melibatkan hidupan liar serta memelihara khazanah negara





Pemandu bas, kekasih atas riba direman empat hari - Sinarharian - 16/04 11:10 am

JASIN - Mahkamah Majistret Jasin pada Khamis membenarkan permohonan reman terhadap pemandu bas ekspres yang tular bersama seorang wanita duduk di atas ribanya.Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan reman selama empat hari sehingga Ahad terhadap pasangan berkenaan.Terdahulu, pasangan berusia 36 tahun dan 21 tahun itu tiba sekitar jam 9 pagi dengan memakai pakaian lokap serta bergari.Pasangan itu sebelum ini hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi memberikan keterangan pada Rabu sekitar jam 4.30 petang sebelum ditahan selepas dua jam disoal siasat.Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sebelum ini, berdasarkan perkongsian di Facebook, bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai, Johor.Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu sekitar jam 7.30 malam di susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban arah selatan.Susulan penularan video tersebut, syarikat Sri Maju Group dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan pemandu berkenaan.Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengambil keterangan daripada pemandu terbabit bagi tindakan lanjut.





Pembantu perawatan kesihatan maut langgar babi melintas - Sinarharian - 16/04 10:34 am

SUNGAI BESAR - Seorang pembantu perawatan kesihatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Parit 8, Sri Gambut, di sini awal pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang lelaki itu melanggar haiwan berkenaan sebelum hilang kawalan dan terbabas di atas jalan."Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut."Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 6.48 petang hari sama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Md Yusof memberitahu, mangsa dipercayai berulang-alik ke tempat kerja setiap hari menggunakan laluan berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambah beliau.





Tersalah tekan pedal minyak, dua pelanggan cedera dirempuh kereta - Sinarharian - 16/04 10:33 am

PENAMPANG - Tersalah tekan pedal minyak punca dua pelanggan yang sedang duduk di kawasan sebuah restoran cedera akibat dirempuh kenderaan dalam kejadian di Jalan Papar Lama, Up Town Nambazan, di sini, pada petang Rabu.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.27 petang itu turut tular di media sosial pada hari yang sama.Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan dua kenderaan seperti video yang tular di media sosial itu."Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita tempatan yang sedang mengundur keluar dari kawasan parkir sebelum melanggar sebuah kenderaan lain di belakangnya."Akibat perlanggaran tersebut, pemandu kenderaan yang dilanggar dipercayai telah tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan naik ke kaki lima premis makanan berkenaan."Dua pelanggan masing-masing lelaki dan wanita yang berada di lokasi hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya lagi, kedua-dua pemandu yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan namun kes disiasat di bawah Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959."Polis menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati ketika memandu serta tidakk membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang tular di media sosial itu," katanya





Ops Taring Delta -Tujuh pekebun sayur warga Indonesia ditahan - Sinarharian - 16/04 8:46 am

KUANTAN - Tujuh warga Indonesia yang dikesan mengusahakan kebun sayur berhampiran Kampung Lurau Hulu Chemperoh, Kampung Janda Baik, Bentong ditahan dalam Ops Taring Delta Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Selasa lalu.Briged Tenggara PGA melalui kenyataan di Facebooknya berkata, dalam serbuan ke atas sebuah rumah kongsi itu, pihaknya berjaya menahan warga asing terbabit terdiri tiga lelaki dan empat wanita berusia 29 hingga 64 tahun.Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, dua individu yang ditahan itu memasuki negara ini menggunakan pas pelawat namun telah tamat tempoh."Lima lagi dipercayai masuk secara haram melalui jalan laut di Muar, Johor tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah."Kesemua mereka dipercayai mengusahakan sendiri kebun sayur di sekitar kawasan tersebut sebelum menjual hasil tanaman kepada penduduk serta pemborong tempatan," katanya.Melalui kenyataan itu, Briged Tenggara berkata, operasi tersebut dijalankan hasil maklumat risikan berkaitan penempatan pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.Katanya, semua tangkapan serta rampasan dua pasport Indonesia diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk tindakan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Rondaan, risikan dan operasi berterusan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti pendatang asing tanpa izin di kawasan berkenaan," katanya.





Kes berita palsu berkaitan krisis tenaga global: Seorang akan didakwa, 5 dikompaun - Sinarharian - 15/04 11:58 pm

KUALA LUMPUR - Seorang individu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang berhubung kes penyebaran berita palsu berkait kenaikan harga bahan api susulan konflik di Asia Barat manakala lima lagi dikenakan kompaun, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau memaklumkan perkara itu ketika menjadi tetamu jemputan program Ruang Bicara bertajuk Tabayyun Dalam Krisis: Menangani Maklumat, Menjamin Kestabilan terbitan Bernama TV malam ini yang disiarkan secara langsung di saluran TV2 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Al-Hijrah.Program itu turut mengundang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan sebagai tetamu jemputan.Fahmi berkata, keputusan mendakwa individu itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara selepas meneliti 12 kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dengan empat kes lagi diberikan Surat Amaran.Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung tindakan itu akan diumum oleh MCMC dalam masa terdekat."Sejak 29 Mac hingga hari ini, MCMC telah mengesan sebanyak 441 kandungan yang dikenal pasti menyebarkan berita palsu, dan kesemuanya sedang dalam proses untuk diturunkan."Sebahagian besar kandungan ini melibatkan dakwaan tidak benar berkaitan isu krisis tenaga global termasuk maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan api seperti diesel, RON95 dan RON97," katanya.Beliau berkata, antaranya dakwaan kononnya Kerajaan Malaysia membayar tol kepada Iran untuk melepaskan kapal, yang menyumbang sebanyak 147 kandungan palsu, walaupun perkara itu telah dinafikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan.Dalam pada itu, Fahmi melahirkan kebimbangan terhadap taktik pihak tidak bertanggungjawab yang meniru gaya dan format laporan media arus perdana bagi mengelirukan orang ramai.Antara yang dikesan ialah penggunaan logo dan format media seperti Sinar Harian, Awani dan TV3 sehingga kandungan tersebut dilihat seolah-olah laporan rasmi.Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial.Sementara itu, Zulkifli berkata, penting untuk masyarakat terutama umat Islam mengamalkan konsep tabayyun sebelum menyebarkan apa-apa maklumat agar tidak mengundang keadaan panik."Tabayyun ini bermaksud kita perlu menyelidiki dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan sesuatu maklumat itu benar, bukan sekadar menerima dan terus menyebarkannya," kata beliau.Zulkifli berkata, terdapat beberapa prinsip utama dalam amalan tabayyun antaranya menangguhkan penyebaran sesuatu berita sehingga kesahihan dipastikan selain tidak terburu-buru menghukum pihak yang terlibat.Beliau juga berkata, di pihak kementerian, usaha memperkukuh amalan tabayyun akan terus dipergiat melalui kerjasama dengan Kementerian Komunikasi termasuk memberi penerangan kepada golongan agamawan, imam dan asatizah supaya mereka dapat berperanan sebagai ejen penyebar maklumat sahih





Lelaki OKU maut dengan kecederaan di kepala, kes diklasifikasi bunuh - Polis - Sinarharian - 15/04 9:12 pm

BACHOK - Polis menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran di sini pada Rabu selepas hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati tepi jalan di Kampung Chap, Bekelam di sini pada 8.30 pagi, Selasa."Mangsa dibantu orang awam yang menghubungi ambulans dan dikejarkan ke Hospital Universiti Pakar Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam, Rabu."Jenazah dibawa ke Unit Forensik hospital itu untuk bedah siasat serta mendapati punca kematian adalah kecederaan di kepala akibat trauma tumpul," katanya.Dalam kejadian itu, pemasang jubin berkenaan dipercayai dipukul hingga mengalami kecederaan pada pundi kencing, luka paru-paru dan kepala meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa semasa dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan hospital terbabit.Menurut beliau, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada tanda-tanda kemalangan jalan raya, manakala motosikal jenis Honda C70 digunakan mangsa berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan."Berdasarkan keadaan tersebut, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh."Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," tambahnya.Pihak polis juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok atau balai polis berhampiran.





Mekanik parah diserang dengan parang, terima lima jahitan di kepala - Sinarharian - 15/04 8:41 pm

BUTTERWORTH - Seorang mekanik yang parah diserang dan dipukul menggunakan sebilah parang oleh seorang lelaki dikenalinya di Jalan Besar, Telok Ayer Tawar di sini, pada Ahad lepas, dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 30 tahun telah mengalami kecederaan serius di beberapa anggota badan dan telah menerima lima jahitan di kepala."Mangsa luka di bahagian belakang badan, putus jari telunjuk tangan kanan selain jari tengah tangan kanan serta pergelangan tangan kirinya hampir putus, manakala suspek dalam kejadian itu juga sudah ditangkap di sekitar Butterworth semalam dan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 21 April ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.Dalam pada itu, Azizee berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap lelaki berumur 47 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine selain turut mempunyai dua rekod jenayah dan 11 rekod dadah.Beliau berkata, polis sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 9.16 malam dan hasil siasatan awal, kejadian berlaku di kawasan sebuah bengkel kenderaan.Katanya, terdapat kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam insiden tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah





Guru maut dalam perjalanan ke rumah pengasuh anak - Sinarharian - 15/04 7:33 pm

PONTIAN - Seorang guru wanita maut ketika dalam perjalanan ke rumah pengasuh anaknya di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti-Parit Sikom di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, mangsa Jamaliah Aris,37, mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.Jelasnya, nahas pada jam 4 petang itu, melibatkan kereta Toyota Vios dipandu mangsa dengan lori Isuzu putih dipandu seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa kereta mangsa keluar dari simpang Parit Basilam lalu bertembung dengan lori berkenaan."Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Pontian," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, pemandu lori berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan namun ditahan dan kenderaan berkenaan disita untuk siasatan lanjut."Ujian saringan air kencing pemandu lori didapati negatif





SPRM tahan bekas pengarah pusat pendidikan IPTA bergelar Datuk, disyaki salah guna RM1 juta - Sinarharian - 15/04 6:15 pm

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pengarah pusat pendidikan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bergelar Datuk kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan menggunakan wang berjumlah kira-kira RM1 juta bagi tujuan peribadi.Lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah direman lima hari sehingga 19 April selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Rabu.Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira jam 8 malam, Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2023 hingga 2025 dan ketika itu dia menjawat jawatan sebagai Pengarah IPTA terbabit."Suspek dipercayai mempunyai kepentingan di dalam sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dengan pusat pendidikan terbabit dan menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi," katanya.Tambah sumber, susulan daripada siasatan tersebut, SPRM telah membekukan empat akaun bank iaitu satu akaun syarikat dan tiga akaun individu berjumlah keseluruhan kira-kira RM600,000.Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009."Siasatan menjurus kepada siasatan jenayah dan tatakelola," ujarnya.





Tiga termasuk pegawai penguat kuasa minta suapan ditahan - Sinarharian - 15/04 5:55 pm

TAWAU - Tiga penjawat awam termasuk dua pegawai di sebuah agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta suapan kira-kira RM500,000.Ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 40 hingga 50-an itu diperintah reman selama tujuh hari sehingga 22 April selepas permohonan dibuat SPRM kepada Majistret Don Stiwan Malanjum di Mahkamah Majistret Tawau, di sini pada Rabu.Menurut sumber, penjawat awam tersebut yang bertugas di salah sebuah daerah di negeri ini disyaki meminta dan menerima wang rasuah itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987."Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024 dan telah menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing."Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa turut dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan bernilai kira-kira RM500 hingga RM30,000 seorang daripada beberapa buah syarikat kenderaan berat," katanya.Sehubungan itu, sumber berkata, kesemua mereka ditahan antara jam 4 dan 5 petang Selasa, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.





MoF teliti mekanisme penyasaran subsidi diesel sama seperti BUDI95 - Sinarharian - 15/04 5:24 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MoF) diarahkan untuk meneliti segera proses penyasaran subsidi diesel dengan menggunakan mekanisma seperti yang telah dilaksana bagi BUDI95.Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu."MoF akan diminta untuk membentangkan (mekanisma baharu) sama ada di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ataupun mesyuarat Jemaah Menteri dalam minggu yang akan datang," katanya ketika sidang akhbar khas Taklimat Krisis Tenaga Global dan pasca mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.Beliau berkata, Jemaah Menteri turut meneliti aspek penggunaan biodiesel sebagai sebahagian strategi mengurus tekanan krisis tenaga global.Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan, kadar adunan biodiesel akan ditingkatkan daripada B10 kepada B15 secara berperingkat bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan kepada kerajaan."Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa infrastruktur sedia ada bagi biodiesel B20 pada waktu ini terdapat di seluruh Negeri Sarawak kecuali di Bintulu, juga ada di Labuan dan Langkawi."Insya-ALLAH, pihak kerajaan akan meneliti langkah-langkah seterusnya dan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan melakukan satu lawatan ke premis untuk melihat bahan asas bagi tujuan pengadunan biodiesel pada hari Sabtu ini," jelas beliau.Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memberitahu kerajaan memantau rapat penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan krisis tenaga global yang boleh menjejaskan persepsi awam.Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti sebanyak 441 kandungan palsu sepanjang tempoh 29 Mac hingga 15 April."Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kertas siasatan telah dibuka, 12 kertas siasatan telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian dan tindakan lanjut, manakala 42 lagi kertas siasatan masih berjalan."Terbaharu sejak semalam (Selasa), sebuah grafik telah dikesan disebar yang menyalah guna format oleh salah satu media iaitu Sinar Harian, kononnya pengumuman mengenai Automatic Pricing Mechanism atau APM telah diumumkan."Untuk makluman semua, harga baharu bagi produk-produk bahan api yang dijual dalam negara Malaysia akan diumum setiap hari Rabu sekitar jam 6 atau 7 petang."Sebarang maklumat yang dibuat ataupun sebaran yang dikesan sebelum pada hari dan waktu itu yang bukan disebar melalui laman rasmi MoF berkemungkinan adalah bersifat palsu," jelas Fahmi.





Warga emas rebah, mati mengejut di kelab rekreasi - Sinarharian - 15/04 5:11 pm

GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai rebah ketika berada di sebuah kelab rekreasi di Jalan Boundry, Ayer Itam, di sini semalam.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pusat Panggilan Hospital Seberang Jaya pada kira-kira jam 7.48 malam memaklumkan tentang kematian seorang lelaki berusia 65 tahun di kelab itu."Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan dan pelanggan kelab, ditemukan terjatuh dari kerusi dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 7.10 malam semasa sedang berhibur di premis itu."Kematian mangsa telah disahkan oleh petugas ambulans pada jam 7.34 malam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Swee Sake berkata, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan mencurigakan, manakala siasatan di lokasi kejadian juga tidak menunjukkan unsur jenayah.Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian akibat saluran darah utama pecah (ruptured dissecting aortic aneurysm).Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka bagi melengkapkan siasatan





Punca kebakaran SMU Darul Ulum Al-Muhammadiah masih disiasat - Kosmo - 15/04 5:02 pm

ALOR SETAR – Punca sebenar yang mengakibatkan kebakaran Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Bachok, Kelantan pada Ahad lalu masih dalam siasatan dengan insiden itu buat masa ini diklasifikasikan sebagai kemalangan





Tujuh PATI jadi pekebun sayur dicekup Tujuh PATI jadi pekebun sayur dicekup - Mgazette - 15/04 4:58 pm

Dalam operasi sama, pihak berkuasa turut merampas dua passport Republik Indonesia, katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala semua tangkapan serta rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk tindakan lanjut





Lelaki Indonesia direman dua hari bantu siasatan kes sembunyi kelahiran, .. - Mgazette - 15/04 4:58 pm

# Lelaki Indonesia direman dua hari bantu siasatan kes sembunyi kelahiran, kematian bayi SEREMBAN - Seorang lelaki warga Indonesia direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah di Labu di sini, pada 3 April





Dua lelaki dicekup terlibat penyalahgunaan dadah - Mgazette - 15/04 4:58 pm

Dalam kejadian sama, seorang lagi lelaki berusia 26 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah, namun pemeriksaan fizikal tidak menemukan sebarang bahan terlarang. Menurutnya, suspek kedua dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Tawau untuk ujian air kencing, namun didapati negatif sebelum dibebaskan





Polis tahan penjawat awam kes amang seksual pelajar perempuan - Mgazette - 15/04 4:58 pm

# Polis tahan penjawat awam kes amang seksual pelajar perempuan JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam lelaki ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di sekitar bandar raya ini awal tahun ini





KPDN Pahang rampas 14,870 liter diesel tanpa permit di tapak binaan - Mgazette - 15/04 4:58 pm

# KPDN Pahang rampas 14,870 liter diesel tanpa permit di tapak binaan KUANTAN Kegiatan penyimpanan barang kawalan tanpa permit berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang dengan merampas 14,870 liter minyak diesel dalam satu serbuan di sebuah tapak pembinaan di Mukim Penor di sini Isnin lalu





Lelaki maut, isteri cedera dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura - Mgazette - 15/04 4:58 pm

# Lelaki maut, isteri cedera dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas motosikal mereka naiki kemalangan di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua arah selatan di sini semalam





Kes kematian Prebet Amirul: Polis sudah panggil 16 saksi - Mgazette - 15/04 4:58 pm

# Kes kematian Prebet Amirul: Polis sudah panggil 16 saksi KUANTAN - Polis sudah memanggil seramai 16 saksi bagi diambil keterangan sehingga kini bagi membantu siasatan kes kematian anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi





Terdesak pinjam ahlong, ibu enam anak terjerat kes keldai akaun - Mgazette - 15/04 4:58 pm

# Terdesak pinjam ahlong, ibu enam anak terjerat kes keldai akaun GEORGE TOWN - Tindakan seorang ibu kepada enam anak menyerahkan kad bank kepada ahlong membawa padah apabila akaunnya disalah guna untuk aktiviti tidak sah sehingga dia ditahan polis dan didakwa sebagai keldai akaun di mahkamah baru-baru ini




Reformasi     >>



Can Trump get a better Iran deal than Obama? - Mkini
The situation is far more complicated than it was a decade ago.
Kroni     >>



Business : Takaful Malaysia Celebrates Two Grand Prize .. - Bernama
KUALA LUMPUR, April 16 (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) marked a special milestone with the celebration of two grand prize winners of its Mini Worries, Great Prizes campaign, each of whom drove home aBYD Atto 3 Ultra.
Tabloid     >>



Bukan Ikat Jamin Suami, Duit RM40,000 Aliff Syukri .. - Rotikaya
Pelakon Azar Azmi menafikan dakwaan dia menggunakan wang daripaa usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri bagi urusan ikat jamin suaminya, Mohd. Apri Hazreen. Memetik HibGlam, Azar berkata dia dan ahli keluarga... Baca selanjutnya → The post Bukan Ikat Jamin Suami, Duit RM40,000 Aliff Syukri ..
Tech     >>



Nothing unveils Warp app for easy transfers between .. - Gsmarena
While Google has already given its two newest flagship smartphone series support for AirDrop, and Samsung is slowly following suit, Nothing is releasing its own system for easily transferring files between Android devices and computers running macOS, Windows, or Linux. It's called Nothing Warp ..
World     >>



Hopes for U.S.-Iran talks renewed as Pakistans army .. - Globalnews
The meeting comes as U.S. President Donald Trump announced the leaders of Israel and Lebanon will speak later on Thursday about halting the fighting.
Motor Trend     >>



Nissan Unveils the Updated 2026 X-Trail Electrified SUV - DSF
The Nissan X-Trail received another update but is unlikely to come to Malaysia. The 2026 Nissan X-Trail update represents the latest evolution of one of the world’s most recognized electrified family SUVs. This model year refresh focuses on enhancing the vehicles “rugged ..