///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Setiawangsa News   Page 1    



KEMASKINI: Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Pandan dan Setiawangsa - Mygazette - 18/05 3:41 pm

# KEMASKINI: Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Pandan dan Setiawangsa PETALING JAYA -Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan, hari ini





Rafizi, Nik Nazmi gagal terjemah tanggungjawab kepada rakyat – .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm

Daripada merangka pelan intervensi yang tuntas, berani, dan menyeluruh untuk meringankan beban rakyat jelata, mereka lebih selesa menuding jari, memberikan alasan makroekonomi yang meleret, serta mempamerkan keangkuhan elit seolah-olah keluhan rakyat ini hanyalah isu kecil yang terpencil, katanya menerusi Facebook semalam. Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi masing-masing mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa, sekali gus keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)





Langkah kamikaze Rafizi khianati mandat rakyat – MPN PKR Sarawak .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm

Menurutnya, fokus utama pimpinan di Sarawak kekal mempertahankan hak wilayah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta membela kebajikan rakyat, bukannya melayan drama siri kegagalan individu yang gilakan kuasa. Semalam, Rafizi dan dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuat kuasa hari ini





Pemuda UMNO Setiawangsa sindir Nik Nazmi: Suara reformasi kedengaran bila .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm

# Pemuda UMNO Setiawangsa sindir Nik Nazmi: Suara reformasi kedengaran bila tiada jawatan KUALA LUMPUR Kenyataan terbaharu Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai perjalanan politiknya mengundang reaksi sinis daripada Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa, Fadzmel Fadzil





Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta, saman sedang dipertimbang .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm

Jelas beliau, kedua-dua bekas pemimpin parti berkenaan juga masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen sebelum keluar parti. "Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa mengumumkan bahawa pada 18 Mei, iaitu hari ini mereka akan kosongkan kerusi Parlimen masing-masing dan pada 19 Mei iaitu esok, mereka akan keluar parti





Rafizi, Nik Nazmi hantar notis kosongkan kerusi, akan pertahan Pandan, .. - Mygazette - 18/05 3:41 pm

# Rafizi, Nik Nazmi hantar notis kosongkan kerusi, akan pertahan Pandan, Setiawangsa pada PRU-16 KUALA LUMPUR Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan sudah menghantar surat pemaklumkan kekosongan kerusi Parlimen masing-masing kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini





Dewan Rakyat belum terima notis kosong kerusi Rafizi, Nik Nazmi - Mygazette - 18/05 3:41 pm

# Dewan Rakyat belum terima notis kosong kerusi Rafizi, Nik Nazmi KUALA LUMPUR Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengesahkan belum menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh dua bekas pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad





Notis kekosongan kerusi Parlimen Rafizi, Nik Nazmi belum diterima Dewan Rakyat - Mypress - 18/05 3:27 pm

PUTRAJAYA – Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR) masih belum menerima sebarang pemakluman rasmi terhadap pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa oleh dua bekas pemimpin kanan PKR, Datuk Seri Rafizi…





Rafizi, Nik Nazmi sudah serah surat letak jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat - Utusan - 18/05 3:23 pm

PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad sudah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul bagi memaklumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa





Rafizi, Nik Nazmi rasmi hantar surat letak jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat - Sinarharian - 18/05 3:20 pm

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad secara rasmi telah menghantar surat pemakluman peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin.Menurut mereka, keputusan itu dibuat susulan hasrat untuk meneroka agenda politik baharu, selain akan kembali bertanding di kedua-dua kerusi tersebut menggunakan platform Parti Bersama Malaysia pada pilihan raya akan datang."Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan (PH) dalam pilihanraya umum yang lepas."Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal," kata mereka dalam kenyataan bersama pada Isnin.Dalam perkembangan sama, kongsi Rafizi dan Nik Nazmi, pusat khidmat mereka akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi.Sebelum ini, kedua-dua mereka menerusi surat berasingan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuat kuasa serta-merta pada 18 Mei 2026.Rafizi dalam suratnya memaklumkan, beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan secara sukarela bagi memenuhi keperluan Perlembagaan Malaysia supaya tindakan lanjut dapat diambil.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan seluruh kakitangan Parlimen sepanjang dua penggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.Nik Nazmi pula dalam surat peletakan jawatannya turut memberitahu pengosongan kerusi Parlimen Setiawangsa dibuat selaras Perlembagaan Persekutuan.Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama diberikan sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dari 2018 hingga 2026.Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.Kedua-dua bekas menteri tersebut untuk mengesahkan bahawa mereka akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU) yang didaftarkan pada 2 Disember 2016.





Dewan Rakyat sudah dimaklumkan peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi - Sinarharian - 18/05 3:15 pm

SHAH ALAM - Pejabat Speaker Dewan Rakyat mengesahkan telah menerima notis peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin.Menerusi satu kenyataan ringkas, pejabat itu berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan."Salam semua, notis perletakan jawatan daripada DS Rafizi Ramli dan Tuan Nik Nazmi telah diterima oleh Pejabat YPDR





Nik Nazmi letak jawatan, Hannah janji Setiawangsa tak terabai - Harapandaily - 18/05 3:02 pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memberi jaminan bahawa urusan dan perkhidmatan kepada penduduk Setiawangsa akan terus berjalan seperti biasa walaupun kerusi Parlimen kawasan itu bakal dikosongkan





Dewan Rakyat sudah terima notis perletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi - Utusan - 18/05 2:59 pm

PETALING JAYA: Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengesahkan telah menerima notis peletakan jawatan serta pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa daripada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad





Making it official: Rafizi, Nik Nazmi confirm vacating Pandan and Setiawangsa federal seats, effective today - Malaymail - 18/05 2:40 pm

KUALA LUMPUR, May 18 Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad have resigned as members of Parliament of P...





Rafizi, Nik Nazmi send letters to speaker vacating seats - Mkini - 18/05 2:29 pm

Duo say they will contest in Pandan and Setiawangsa on a Bersama ticket in GE16.





Rafizi, Nik Nazmi still bound by RM10 million bond PKR - Sinardaily - 18/05 2:03 pm

JOHOR BAHRU Former PKR deputy president Datuk Seri Rafizi Ramli and former party vice-president Nik Nazmi Nik Ahmad are allegedly still bound by the partys RM10 million bond, despite announcing the vacation of their parliamentary seats before leaving the party.PKR secretary-general Datuk Fuziah Salleh said there is evidence showing that the Members of Parliament for Pandan and Setiawangsa had joined Parti Bersama Malaysia earlier, on May 17.She said this could be considered as defecting from the party (party-hopping) first before the seats were vacated on May 18, thereby keeping the terms of the party bond in effect."They claim that the Anti-Party Hopping Act does not apply





SNAPSHOT Pua: Bersama-hopefuls still in PKR self-serving cowards; Yeoh assures Setiawangsa residents - Mkini - 18/05 1:53 pm

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.





PKR Rules Out By-Elections In Pandan, Setiawangsa After Rafizi, Nik Nazmi Exit - Rakyatpost - 18/05 1:42 pm

PKR says no need for by-elections as majority remains stable, despite high-profile exits shaking party ranks.





PKR teliti tindakan terhadap ahli Parlimen hadir program Rafizi, Nik Nazmi - Sinarharian - 18/05 1:16 pm

JOHOR BAHRU -Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membincangkan tindakan terhadap beberapa Ahli Parlimennya yang hadir dan bergambar bersama bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam program pengumuman hala tuju politik di sini pada Ahad.Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR termasuk kemungkinan tindakan lanjut terhadap semua yang terlibat."Kita akan bincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Biro Politik PKR esok. Apa-apa kita akan bincang perkara ni," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) berkata demikian pada sidang media selepas Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di sini pada Isnin.Pada Ahad, beberapa Ahli Parlimen PKR dilihat hadir dan bergambar bersama Rafizi dan Nik Nazmi ketika kedua-dua pemimpin itu mengumumkan keputusan keluar parti serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.Antara Ahli Parlimen yang terlibat ialah Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan akan keluar daripada PKR serta mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkuat kuasa Isnin.





Terima kasih Nik Nazmi, menteri arah DBKL bantu penduduk Setiawangsa - Mkini - 18/05 1:04 pm

Yeoh arah DBKL perkukuh peranan DBKL Setiawangsa susulan peletakan jawatan bekas pemimpin PKR itu.





Perkhidmatan Penduduk Setiawangsa Kekal Berjalan Lancar Walaupun Kerusi Parlimen Dikosongkan - Rotikaya - 18/05 11:52 am

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memberi jaminan urusan melibatkan penduduk Setiawangsa akan terus berjalan lancar meskipun kerusi Parlimen kawasan itu dikosongkan oleh penyandangnya, Nik Nazmi Nik..





No disruption to Setiawangsa services, Hannah assures amid seat vacancy - Sinardaily - 18/05 11:47 am

PUTRAJAYA - Setiawangsa residents will continue to receive full attention and support, including through the strengthening of the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) Setiawangsa Branch Office.The assurance comes following former Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice president Nik Nazmi Nik Ahmad's decision to vacate the area's parliamentary seat.Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh assured that services under the Federal Territories Department will continue running as usual, without any disruption."I have instructed Kuala Lumpur Mayor Datuk Seri Fadlun Mak Ujud to help reinforce the role of the DBKL Setiawangsa Branch Office in addressing local issues, and to ensure that residents' complaints and needs continue to receive proper attention."This includes adding more manpower to speed up on-the-ground action throughout this interim period," she said in a statement today.Hannah added that residents can still visit, call, or submit complaints through the DBKL Setiawangsa Branch Office at D'Wangsa, 1, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur





Nik Nazmi and I are not bound by PKRs RM10 million bond Rafizi - Sinardaily - 18/05 11:05 am

PETALING JAYA Former economy minister Datuk Seri Rafizi Ramli and former natural resources and environmental sustainability minister Nik Nazmi Nik Ahmad who have announced their departure from Parti Keadilan Rakyat (PKR), are not bound by the partys RM10 million bond.Rafizi clarified that this is because they had taken the step of vacating their parliamentary seats for Pandan and Setiawangsa before leaving the party.He added that the bond or legal action only applies if a Member of Parliament (MP) leaves the party and joins another party without vacating the seat won under the PKR ticket.PKR has a bond or lawsuit in place if an MP leaves the party and joins another party, because previously no elected representatives were willing to vacate their seats.Many wanted to remain MPs while switching parties





Hannah assures Setiawangsa residents of uninterrupted services - FMT - 18/05 10:47 am

Federal territories minister says DBKLs Setiawangsa branch will be strengthened following Nik Nazmi Nik Ahmads decision to vacate the seat.





Hannah jamin perkhidmatan penduduk Setiawangsa tidak terjejas - Sinarharian - 18/05 10:47 am

PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh memberi jaminan urusan melibatkan penduduk Setiawangsa kekal berjalan lancar meskipun kerusi Parlimen kawasan itu dikosongkan oleh penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad.Menurutnya, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud telah diminta membantu memperkukuhkan peranan Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Setiawangsa dalam menangani isu setempat termasuk aduan dan keperluan penduduk.Ini termasuk penambahan tenaga kerja bagi mempercepatkan tindakan di lapangan sepanjang tempoh ini, katanya."Saya merujuk kepada pengumuman Nik Nazmi untuk mengosongkan kerusi Ahli Parlimen Setiawangsa





Menteri jamin bantu penduduk Setiawangsa, terus pelihara Bukit Dinding - FMT - 18/05 10:36 am

Hannah Yeoh berkata perkhidmatan kepada penduduk akan berjalan seperti biasa walaupun Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen Setiawangsa.





Menteri jamin bantu penduduk Setiawangsa, terus pelihara Bukit Dinding - Hotfm - 18/05 10:36 am

Hannah Yeoh berkata perkhidmatan kepada penduduk akan berjalan seperti biasa walaupun Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen Setiawangsa.





Rafizi and Nik Nazmi issue: I am not following - Anwar - Sinardaily - 18/05 10:25 am

JOHOR BAHRU - PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said he is not following the latest political developments involving two former senior party leaders, Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad."I am not following," he said briefly after attending the Prime Minister's Goodwill Programme with the People at Taman Desa Mutiara People's Housing Project (PPR) in Tebrau here, yesterday.He said this when asked to comment on the decision of the former deputy president and former vice resident of PKR on reportedly taking over a political party known as Parti Bersama Malaysia or Malaysian United Party (MUP).MUP is a political party registered on Dec 2, 2016 in Penang.Earlier, Rafizi and Nik Nazmi announced their latest political direction at a function in Petaling Jaya, Selangor, besides announcing their exit from PKR and vacating their respective parliamentary seats effective today.Rafizi, who is the Pandan Member of Parliament, said he and Nik Nazmi, the Setiawangsa Member of Parliament, will write a letter regarding the decision to the Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul today





'Saya dan Nik Nazmi tidak terikat bon RM10 juta PKR' - Rafizi - Sinarharian - 17/05 11:50 pm

PETALING JAYA [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terikat dengan bon RM10 juta parti tersebut.Rafizi menjelaskan, ia susulan mereka mengambil langkah mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu sebelum keluar parti.Beliau menambah, bon atau saman itu hanya terpakai sekiranya seseorang Ahli Parlimen keluar parti dan menyertai parti lain tanpa melepaskan kerusi yang dimenangi atas tiket PKR."PKR ada saman atau bon sekiranya Ahli Parlimen keluar parti dan masuk parti lain kerana sebelum ini tiada wakil rakyat yang sanggup kosongkan kerusi."Ramai mahu kekal jadi Ahli Parlimen tetapi bertukar parti





Speaker tunggu surat Rafizi, Nik Nazmi sebelum putus status kerusi - Hotfm - 17/05 11:30 pm

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata, keputusan mengenai keperluan adakan PRK Pandan, Setiawangsa hanya akan dibuat selepas terima dokumentasi rasmi.





Speaker tunggu surat Rafizi, Nik Nazmi sebelum putus status kerusi - FMT - 17/05 11:30 pm

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata, keputusan mengenai keperluan adakan PRK Pandan, Setiawangsa hanya akan dibuat selepas terima dokumentasi rasmi.





Nik Nazmi, Rafizi khianati mandat rakyat - AMK - Sinarharian - 17/05 11:21 pm

SHAH ALAM - Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu demi mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) dianggap keputusan mengecewakan serta mengkhianati mandat rakyat, dakwa Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin.Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu patut memberi tumpuan penuh kepada amanah menjaga kebajikan rakyat dan membantu memperkukuh kestabilan negara.Ia kerana baginya, perkara tersebut amat mustahak memandangkan rakyat sedang berdepan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dunia serta cabaran krisis bekalan global."Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini adalah percaturan politik peribadi, langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat yang memilih mereka atas tiket perjuangan reformasi dan kestabilan Kerajaan Madani."Rakyat Pandan dan Setiawangsa memberikan mandat untuk berkhidmat, bukannya menjadikan kerusi dimenangi sebagai batu loncatan membina platform politik baharu selepas menang pilihan raya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Danish berpendapat bahawa tindakan sedemikian juga memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab kerana memaksa negara berdepan pilihan raya kecil (PRK).Tambah beliau, ia bakal melibatkan kos besar menggunakan wang rakyat ketika negara masih berusaha memulihkan ekonomi dan menghadapi cabaran global.Jelasnya lagi, rakyat hari ini mahukan kestabilan politik, dasar konsisten dan pemimpin yang fokus bekerja menyelesaikan masalah rakyat."Bukannya ahli politik yang terus bermain percaturan demi 'survival' dan cita-cita politik sendiri."Jika benar mahu membawa idealisme atau perjuangan baharu, mereka sepatutnya mendapatkan mandat baharu lebih awal dan bukannya menggunakan kedudukan dimenangi atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memperkukuh parti lain," ujar beliau.Justeru, kata Danish, pihaknya akan terus istiqamah mempertahankan agenda reformasi, kestabilan kerajaan dan kepentingan rakyat tanpa tunduk kepada politik kecewa atau percaturan individu tertentu."Perjuangan reformasi tidak boleh dijadikan slogan ketika mahu meraih sokongan rakyat, kemudian ditinggalkan apabila kepentingan politik peribadi mula mengatasi amanah perjuangan," tegas beliau.Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan keluar PKR, seterusnya akan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa, masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika majlis pengumuman hala tuju politik yang berlangsung di Petaling Jaya pada Ahad.Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, seterusnya pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.Rafizi dan Nik Nazmi dalam program sama mengesahkan mengambil alih Bersama, iaitu parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.





PKR sahkan keanggotaan Rafizi, Nik Nazmi tergugur - Sinarharian - 17/05 7:45 pm

SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan keanggotaan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tergugur selepas mereka mengisytiharkan keluar parti.Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan tersebut dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas menerima hasrat keluar parti daripada bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden itu."PKR menerima rakaman ucapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen dan keluar daripada parti, hari ini."Pengisytiharan itu adalah jelas bertepatan dengan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan."Ia menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut, setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi dalam Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik mengesahkan akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing serta menyertai sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (Bersama).Sementara itu, Fuziah memaklumkan akan merujuk kes membabitkan dua bekas menteri itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai status mereka sebagai Ahli Parlimen, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.Selain itu, beliau menjelaskan PKR juga akan menentukan keanggotaan Ahli Parlimen lain yang hadir pada program berkenaan iaitu Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).





Rafizi, Nik Nazmi keluar parti PKR, kosong kerusi Parlimen: Saya tak follow lagi - Anwar - Sinarharian - 17/05 6:47 pm

JOHOR BAHRU - Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum bersedia memberikan sebarang maklum balas berhubung tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa.Anwar ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Dewan Terbuka, Desa Mutiara Tebrau pada petang Ahad berkata, beliau belum mengikuti perkembangan perkara itu.ARTIKEL BERKAITAN:Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Projek 'kamikaze' cari platform politik baharu sejak setahun lalu - Rafizi"Saya tak follow lagi," katanya ringkas pada majlis tersebut.Terdahulu, Anwar menghadiri Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu pada Ahad mengumumkan keluar daripada parti berkenaan sekali gus mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa Isnin.Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.ARTIKEL BERKAITAN:Tindakan Rafizi, Nik Nazmi perlu diteliti dari aspek undang-undang - Anthony LokeRafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, manakala pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh akan dibuat pada Selasa.Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan tindakan tersebut tidak dilihat sebagai lompat parti kerana menghormati mandat yang dimenangi atas tiket PKR dan PH.Pada sidang media sama, mereka turut mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (MU).Untuk rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.





Kami kosong kerusi Parlimen elak tuduhan lompat parti, kata Rafizi - FMT - 17/05 6:19 pm

Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa tak perlu bayar bon RM10 juta kepada PKR kerana letak jawatan dahulu sebelum sertai parti baharu.





Projek 'kamikaze' cari platform politik baharu sejak setahun lalu - Rafizi - Sinarharian - 17/05 6:13 pm

PETALING JAYA - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan projek 'kamikaze' untuk mencari platform politik baharu sudah bermula sejak setahun lalu.Ahli Parlimen Pandan itu berkata, langkah tersebut diambil selepas beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpandangan, penubuhan parti baharu sukar diluluskan selain parti-parti sedia ada pula mempunyai percaturan masing-masing."Atas kesedaran itu, saya dan rakan-rakan yang lain bersetuju untuk membuat kamikaze sekali lagi





Politik negara perlu kembali kepada asas untuk berkhidmat, bukannya pangkat - Nik Nazmi - Sinarharian - 17/05 5:53 pm

PETALING JAYA - Politik negara perlu kembali kepada asas dengan membawa naratif harapan dan perjuangan berprinsip, bukannya bersandarkan ketakutan serta perebutan kuasa semata-mata.Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keadaan politik semasa ketika ini menyebabkan ramai rakyat terutama golongan muda semakin hilang keyakinan terhadap sistem politik dan demokrasi negara."Jika dulu PH bercakap tentang harapan, kini PH mula memainkan sentimen ketakutan." Di bandar, dibisik jika tidak undi PH, PAS akan menang," katanya ketika menyampaikan ucapan pengumuman hala tuju politiknya di Petaling Jaya pada Ahad.Beliau berkata, keadaan itu dibimbangi akan menyebabkan generasi muda mula percaya bahawa perubahan parti politik tidak lagi mampu membawa perubahan sebenar kepada negara."Mereka akan mula percaya bahawa walaupun parti politik berubah, politik tidak boleh bawa perubahan yang sebenar





Tindakan Rafizi, Nik Nazmi perlu diteliti dari aspek undang-undang - Anthony Loke - Sinarharian - 17/05 5:37 pm

JOHOR BAHRU - Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke menyifatkan tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU), sebagai satu perkembangan politik yang perlu diteliti dari sudut perundangan.Setiausaha Agung DAP itu berkata, sebarang implikasi undang-undang berkaitan langkah tersebut perlu diperhalusi termasuk Speaker Dewan Rakyat, bagi memastikan ia selaras dengan peraturan sedia ada."Itu mungkin ada implikasi terhadap dari segi perundangan."Itu kena lihat, pihak speaker kena buat keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, pada Ahad.Menurut Anthony prinsip asas dalam sistem demokrasi berparlimen perlu dihormati, khususnya apabila seseorang dipilih sebagai wakil rakyat."Walaupun saya menghormati pendirian mereka ( Rafizi dan Nik Nazmi), mungkin dia kata sudah kecewa dan sebagainya, tetapi sepatutnya kena kekal sehingga akhir penggal."Sekarang mereka tahu pun, sekarang sudah lebih tiga tahun, letak jawatan pun tak ada pilihan raya kecil"Jadi itu yang saya kata bahawa patutnya prinsipnya adalah apabila kita dah menang atas kapasiti parti, kita kena kekal sehingga akhir penggal," ujarnya lagi.Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU).Sebagai rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.





Lepasi tempoh mandat tiga tahun, PRK Pandan, Setiawangsa tidak perlu diadakan - Pakar perlembagaan - Sinarharian - 17/05 5:14 pm

SHAH ALAM - Pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa yang bakal dikosongkan dua penyandangnya, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin tidak perlu diadakan dalam masa terdekat memandangkan penggal Parlimen ke-15 ini telah mencapai tempoh mandat melepasi tiga tahun.Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.Sebagai rekod, tarikh 19 Disember 2022 ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 dengan mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada Disember 2027.Wan Ahmad Fauzi bagaimanapun berkata,tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas."Sepertimana Parlimen, PRK juga tidak boleh lagi diadakan bagi DUN dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan berakhir, kecuali ada keperluan khas."Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Mohd Rafizi dan Nik Nazmi, kedua-duanya pernah menggalas jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, membuat pengumuman mengejutkan apabila kedua-duanya nekad akan mengosongkan kerusi Parlimen yang disandang pada Isnin ini, dan akan menghantar surat peletakan jawatan kepada PKR bagi menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebagai ahli pada Selasa.Kedua-dua tokoh berpengaruh itu turut mengumumkan langkah untuk mengambil alih Bersama dalam satu majlis khas yang diadakan di Petaling Jaya pada Ahad.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi menegaskan jika Speaker Parlimen, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) situasi di mana kerajaan sedia ada tidak boleh lagi membentuk kerajaan kerana hilang majoriti dalam dewan, PRK boleh diadakan."Ketika ini, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan," katanya.Sebelum ini, Bersama atau Malaysian United Party didaftarkan pada tahun 2016 di Pulau Pinang.Rafizi turut memaklumkan hasrat untuk parti itu menggunakan kancil atau pelanduk sebagai logo baru dan bukan logo sebelum ini.Sementara itu, lima lagi Ahli Parlimen PKR turut hadir dalam majlis berkenaan dan dilihat bergambar bersama Rafizi dan Nik Nazmi.Mereka ialah Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau); Wong Chen (Subang); Rodziah Ismail (Ampang), Kesavan Subramaniam (Sungai Siput) dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).





Bersama parti baharu, ini kamikaze kedua saya ??? Rafizi Bersama parti .. - Mygazette - 17/05 4:27 pm

Ini kamikaze kedua yang berbaloi buat kami. Platform baru dan idea yang baru, tidak boleh datang dari parti baru, katanya ketika mengumumkan hala tuju politik beliau bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad





Rafizi Ramli and Nik Nazmi quit PKR, will vacate Pandan and Setiawangsa seats - Malaymail - 17/05 4:20 pm

PETALING JAYA, May 17 Datuk Seri Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad said they will vacate the Pandan and Setia...





Rafizi, Nik Nazmi ambil alih Parti Bersama Malaysia - Hmetro - 17/05 3:09 pm

Petaling Jaya: Spekulasi hala tuju Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad terjawab hari ini dengan kedua-duanya diumum mengambil alih Parti Bersama Malaysia





Rafizi, Nik Nazmi akan ambil Parti Bersama Malaysia - FMT - 17/05 3:04 pm

Perkara itu diumumkan sempena Pengumuman Hala Tuju Politik Baru Bersama Ahli Parlimen Setiawangsa dan Pandan hari ini.





2 lelaki ditahan selepas video aksi ???wheelie??? di Lebuhraya SPE tular - Mygazette - 17/05 8:04 am

# 2 lelaki ditahan selepas video aksi wheelie di Lebuhraya SPE tular KUALA LUMPUR -Tindakan dua lelaki melakukan aksi wheelie secara berbahaya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai(SPE) membawa padah apabila ditahan polis awal pagi tadi selepas video aksi terbabit tular di media sosial





Nik Nazmi nafi program bersama Rafizi esok tangguh - Sinarharian - 16/05 6:31 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan program pengumuman hala tuju politik baharunya bersama Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Ahad ditangguhkan.Beliau yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan acara tersebut akan tetap berlangsung pada waktu dan tarikh yang sama di Petaling Jaya."Tersebar poster yang mengatakan program pengumuman hala tuju politik saya dan saudara Rafizi Ramli akan ditangguhkan





Lagak 'wheelie', dua penunggang Ducati ditahan - Sinarharian - 16/05 5:02 pm

KUALA LUMPUR Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melakukan aksi wheelie ketika berkonvoi melalui Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) di sini ditahan polis pada Sabtu.Tangkapan dilakukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan selepas video aksi itu tular di aplikasi Threads.Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dua lelaki tempatan berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 pagi.Menurutnya, kedua-dua mereka telah direman sehari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain."Antara tindakan yang telah diambil termasuk permohonan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, rakaman percakapan suspek serta dokumentasi motosikal terlibat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Video itu dikesan JSPT Kuala Lumpur selepas tular pada Jumaat.Mohd Zamzuri berkata, semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 9 Mei kira-kira jam 11 pagi di Lebuhraya SPE dari arah pusat bandar menghala ke Putrajaya."Aksi berbahaya tersebut dipercayai dilakukan dua penunggang motosikal jenis Ducati Hypermotard 950 berwarna merah dan Ducati Panigale berwarna hitam," ujarnya.Tegasnya, JSPT Kuala Lumpur memandang serius tindakan pengguna jalan raya yang melakukan aksi berbahaya dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang serta mengancam keselamatan awam.





Saifuddin nafi pengumuman Rafizi cubaan sabotaj Konvensyen PH - Utusan - 15/05 2:31 pm

KULIM: Pengumuman hala tuju politik oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad ini tidak harus dilihat sebagai cubaan mensabotaj Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung pada tarikh sama





“Pengumuman Hari Ahad Ini ‘Luar Biasa'” – Rafizi Ramli - Beautifulnara - 14/05 4:37 pm

Bagaimanapun, bekas Menteri Ekonomi itu masih enggan memperincikan perkara tersebut buat masa ini. Advertisement View this post on Instagram Menurut Rafizi, pengumuman yang akan dibuat bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi […] The post Pengumuman Hari Ahad Ini Luar Biasa' Rafizi Ramli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Rafizi, Nik Nazmi perlu berterus terang jika hilang keyakinan terhadap PKR - Mygazette - 14/05 3:46 pm

Kalau benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju parti, maka Rafizi Ramli dan Nik Nazmi sepatutnya berterus terang kepada anggota dan rakyat. "Jangan terus bermain tarik tali politik sambil mengekalkan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa dan juga terus mempengaruhi penyokong beliau yang ada di dalam PKR," katanya





Akmal enggan ulas tindakan Rafizi umum hala tuju baharu politik Akmal .. - Mygazette - 14/05 3:46 pm

Semalam, Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengumumkan hala tuju politik baharu mereka pada Ahad ini. Menurut Rafizi, tempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada beliau dan Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa untuk mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik yang seterusnya





Hala tuju politik: Pengumuman Ahad ini luar biasa – Rafizi - Utusan - 14/05 3:24 pm

Bagaimanapun, bekas Menteri Ekonomi itu enggan memperincikan perkara itu ketika ini dan masih berteka-teki. Menurutnya, pengumuman yang akan dibuat bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad ini ..





'Kalau pengumuman biasa saya buat di TikTok sahaja' - Rafizi janji .. - Hmetro - 14/05 2:49 pm

Putrajaya: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui bakal membuat pengumuman luar biasa pada Ahad ini, berhubung hala tuju politiknya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad





'Pengumuman bersama Nik Nazmi pada Ahad ini bukan biasa-biasa' - Rafizi - Sinarharian - 14/05 2:47 pm

PUTRAJAYA Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi isyarat bahawa pengumuman yang akan dibuatnya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad ini bukan satu pengumuman biasa, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi politik.Beliau berkata, pengumuman tersebut dijangka mempunyai makna lebih besar berbanding kenyataan politik lazim, namun enggan memperincikan kandungan sebenar buat masa ini."Kalau setakat pengumuman biasa, maka saya buat dekat TikTok saja





Rafizi, Nik Nazmi digesa keluar parti secara terhormat - Sinarharian - 14/05 9:40 am

KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli digesa meninggalkan parti secara terhormat dan menyatakan pendirian politiknya dengan jelas.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan yang sama juga wajar dilakukan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, sekiranya kedua-dua mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti.Menurutnya, anggota parti tidak seharusnya terus dibiarkan tertanya-tanya selain PKR terus dibebani dengan polemik politik yang berpanjangan."Politik matang memerlukan kejujuran, bukannya sindiran berterusan."Jika benar sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan dan hala tuju parti, maka Rafizi Ramli dan Nik Nazmi sepatutnya berterus terang kepada anggota parti serta rakyat."Jangan terus bermain tarik tali politik sambil mengekalkan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa serta terus mempengaruhi penyokong mereka dalam PKR," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau mengulas pengumuman Rafizi bersama Nik Nazmi yang dijangka mengumumkan hala tuju politik baharu pada 17 Mei ini selepas kedua-duanya meletakkan jawatan dalam Kabinet sebelum ini.Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil tempoh kira-kira setahun untuk meneliti pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor sebelum menentukan langkah politik seterusnya.Majlis pengumuman berkenaan dijadual berlangsung di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya.Mengulas lanjut, Dzul Hilmi menegaskan bahawa PKR dibina atas semangat perjuangan dan bukannya untuk dijadikan pentas tekanan peribadi atau politik adu domba.Katanya, anggota akar umbi bekerja siang dan malam mempertahankan kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika susah dan senang, bukannya untuk melihat pimpinan menghantar isyarat politik yang mengelirukan kepada ahli parti.





Rafizi, Nik Nazmi umum hala tuju politik baharu Ahad ini - Mygazette - 13/05 10:15 pm

Perkara itu dikongsi Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menerusi Facebooknya hari ini. Menurut Rafizi, tempoh setahun yang lalu telah memberi ruang kepada beliau dan Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa untuk mengambil kira pelbagai pandangan, pertimbangan dan faktor untuk memutuskan hala tuju politik yang seterusnya





KEMASKINI: Tokoh kewangan Islam, pengarah syarikat didakwa pecah amanah .. - Mygazette - 11/05 4:24 pm

Menurut pertuduhan, kontrak itu melibatkan `Shareholders Advance Agreement' bertarikh 22 Jun 2021, 19 Januari 2022, 1 April 2022, 27 April 2022, 6 Disember 2022, 5 April 2023 dan 12 Mei 2024. Kejadian didakwa berlaku di antara 22 Jun 2021 dan 12 Mei 2024 di di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Taman Setiawangsa dan RHB Islamic Bank Berhad, Cawangan Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bangsar di sini





Islamic finance figure Daud Bakar, business partner charged with criminal breach of trust involving RM10.55mil - Sinardaily - 11/05 11:06 am

KUALA LUMPUR - Two company directors, including a prominent Islamic finance figure, were charged in the Sessions Court here today on seven charges of criminal breach of trust (CBT) involving RM10.55 million.Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, 62, who is also the former Chairman of the Shariah Advisory Council (SAC) of Bank Negara Malaysia (BNM) and Datuk Norliza Tajudin, 54, pleaded not guilty after the charges were read out before Judge Suzana Hussin.For the first to the seventh charges, they were jointly charged as directors and shareholders of Energy Eco Sdn Bhd with committing CBT involving money amounting to RM400,000, RM500,000, RM900,000, RM2 million, RM550,000, RM6 million and RM200,000 belonging to Moideen Kunjayu, Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad, Datuk Dr Mashitah Ibrahim and Myad Kapital Sdn Bhd.They are charged with dishonestly using the money by breaching the express contract, namely the Shareholder's Advance Agreement dated June 22, 2021, Jan 19, 2022, April 1, 2022, April 27, 2022, Dec 6, 2022, April 5, 2023 and May 12, 2024, involving a sharia-compliant glove manufacturing business.The offence was allegedly committed at two banks in Taman Setiawangsa and Bangsar here between June 22, 2021 and May 15, 2024.The charge, brought under Section 409 of the Penal Code and read together with Section 34 of the same law, provides a prison sentence of not less than two years and a maximum of 20 years with whipping and may be fined, if convicted.Deputy Public Prosecutor Mahadi Abdul Jumaat informed the court that the prosecution and defence agreed to a bail of RM100,000 for each accused with one surety."For Norliza, the prosecution requested additional conditions, namely that her passport be surrendered to the court, not make any communication regarding this case with prosecution witnesses and report herself on the first week of every month at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office in Putrajaya pending disposal of the case," he said.As for Daud, Mahadi said the accused had previously been charged at the Kuala Lumpur Sessions Court 10 on Feb 23 and was granted bail of RM50,000, with additional conditions requiring the surrender of his passport and monthly reporting to the Securities Commission Malaysia (SC)."For this case, the agreed bail amount is RM100,000





Chegubard mohon maaf kepada Nik Nazmi, akui kenyataan fitnah, palsu, tidak berasas - Sinarharian - 4/05 1:09 pm

Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada YB Nik Nazmi di atas rasa malu, kesusahan dan kesulitan yang mana berbangkit kepada beliau."Saya memberi aku janji untuk tidak akan mengulangi atau menyebarkan sebarang kenyataan atau dakwaan lanjut mengenai perkara yang sama atau mempunyai kesan serupa," katanya.Selain itu, Badrul Hisham berkata, beliau akan menurunkan atau mengeluarkan segala perkataan yang dipersoal serta pautan dalam semua akaun media sosialnyaserta laman web berkenaan.Hakim Gan Techiong kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dengan terma penyelesaian yang dinyatakan dalam draf persetujuan."Berdasarkan perintah persetujuan ini, defendan (Badrul Hisham)perlu menyiarkan video permohonan maaf dimana-mana akaun media sosialnyadalam tempoh 24 jam selepas permohonan maaf ini. Sila patuhi supaya tidak dikenakan tindakan menghina mahkamah," kata hakim itu.Terdahulu, peguam RazlanHadri Zulkifli mewakili Nik Nazmi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak-pihak telah mencapai penyelesaian serta bersetuju dengan penghakiman persetujuan dan perkara itu disahkan peguam Zolazrai Zolkapli bagi pihak Badrul Hisham.Bercakap kepada media selepas prosiding itu, Nik Nazmi berkata, pihaknya tidak mahu memanjangkan isu tersebutdan menerima permohonan maaf defendan.Nik Nazmi yang memfailkan saman pada 15 Januari 2024, mendakwa Badrul Hisham memuat naik lima kenyataan berunsur fitnah terhadap Ahli Parlimen Setiawangsa itu melalui akaun media sosial Facebook milik defendan iaitu 'Che GuBard' pada 20 dan 29 Disember 2023 berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).Plaintif mendakwa kenyataan itu antaranya membawa maksud plaintif berbohong kononnya terdapat tender terbuka dalam proses perolehan projek RBT selain berlaku rasuah dalam projek tersebut yang mengakibatkan peningkatan kos kepada RM16.6 bilion."Defendan berniat jahat dengan menyiarkan kenyataan itu bagi memburuk-burukkan kewibawaan dan imej saya sebagai seorang ahli politik sehingga saya berdepan dengan kecaman serta perasaan syak wasangka oleh orang awam dan penduduk di kawasan parlimen saya





Ok dh kompom....Calon2 PKR yg dipilih bertanding di Parlimen. - Wrlr - 2/05 6:21 pm

- Hulu Selangor : Zulklifi Hassan - Selayang : Juwairiya Zulklifi - Gombak : Amiruddin Shaari - Ampang : Nurul Izzah Anwar - Pandan : Tengku Zafrul - Subang : Loh Ker Chean - Petaling Jaya : Lee Chean Chung - Sungai Buloh : Amir Hamzah Azizan - Kuala Langat : Borhan Aman Shah - Batu : P. Prabakaran - Wangsa Maju : Zahir Hassan - Setiawangsa : Hassan Merican - Lembah Pantai : Johan Mahmood - Bandar Tun Razak : Azman Abidin - PutraJaya: Wfauzdin Ns Gol & gincu, Ramanan tak dapat kerusi



Jangan putar belit fakta FWCMS, TURAP - Aizuddin - Sinarharian - 21/04 4:56 pm

KUALA LUMPUR - Kenyataan berhubung Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS), dan cadangan sistem pengambilan pekerja asing baharu (TURAP) perlu berasaskan fakta dan bukan naratif politik.Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Gaffar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan FWCMS serta cadangan sistem TURAP yang masih dalam peringkat penelitian.Aizuddin menegaskan bahawa proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi perlu berlandaskan integriti serta ketepatan fakta, bukan dipengaruhi kepentingan politik."Dasar negara tidak boleh digerakkan oleh emosi dan retorik semata-mata, sebaliknya mesti berpaksikan fakta, keperluan ekonomi semasa dan kesejahteraan semua pihak," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, pelanjutan kontrak FWCMS hingga 2031 telah diluluskan pada 24 Jun 2024 di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri ketika kedua-dua mereka berkenaan masih berada dalam Kabinet."Pada ketika itu, kedua-dua individu yang kini lantang bersuara masih anggota Kabinet yang mempunyai kuasa, akses kepada maklumat, dan tanggungjawab kolektif dalam proses membuat keputusan tersebut," katanya.Beliau mempersoalkan tindakan kedua-dua Ahli Parlimen itu yang hanya membangkitkan isu berkenaan selepas tidak lagi berada dalam Kabinet."Jika benar terdapat kelemahan yang begitu serius seperti yang didakwa hari ini, mengapa suara itu tidak kedengaran ketika mereka berada di meja membuat keputusan? Mengapa hanya sekarang barulah pelbagai isu diketengahkan?," katanya.Aizuddin berkata, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut membangkitkan beberapa isu berkaitan pelaksanaan FWCMS dan kemungkinan pertindihan dengan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), namun perkara itu tidak dibantah ketika proses terdahulu.Beliau menyifatkan tindakan mengubah pendirian selepas meninggalkan Kabinet sebagai tidak konsisten dan mengelirukan.Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan kekal komited melaksanakan agenda jangka panjang termasuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berperingkat melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).Bagaimanapun, katanya keperluan semasa industri tidak boleh diabaikan termasuk isu pekerja asing yang terperangkap dalam beban hutang pencarian kerja, serta permintaan sektor perniagaan dan industri terhadap sistem pengambilan yang lebih telus dan efisien.Aizuddin turut berkata, cadangan sistem pengambilan pekerja asing baharu masih berada pada peringkat penilaian dan belum ada sebarang keputusan muktamad atau pelantikan dibuat.Beliau dalam masa sama menggesa semua pihak menghentikan cubaan membina persepsi yang mengelirukan terhadap kerajaan."Segala pertimbangan sedang dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira kepentingan negara, ketelusan serta keberkesanan jangka panjang," katanya



10 Ahli Parlimen bantah pelaksanaan sistem TURAP oleh Bestinet - Mygazette - 21/04 7:34 am

# 10 Ahli Parlimen bantah pelaksanaan sistem TURAP oleh Bestinet KUALA LUMPUR - Sembilan Ahli Parlimen membantah cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk melaksanakan satu sistem baharu bagi pengambilan pekerja asing yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd bernama _The Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP)._ Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan; Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim; Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan Subramaniam dan yang terkini Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Bakar menyatakan pendirian mereka menerusi satu kenyataan bersama hari ini



Sembilan MP PKR pertikai sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Sinarharian - 20/04 12:00 am

SHAH ALAM - Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius laporan media dan reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berhubung cadangan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melaksanakan satu sistem baharu dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) yang dinamakan 'The Universal Recruitment Advanced Platform' (TURAP).Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, Ramanan bukan sahaja mengesahkan cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, tetapi juga mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).Dakwanya lagi, pendirian Ramanan bertentangan dengan penemuan dan keputusan dibuat badan-badan semak imbang yang meneliti FWCMS.Antaranya, menurut Rafizi, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menjadi semak imbang kerajaan bersidang sebanyak lapan kali dalam tempoh Disember 2023 hingga Februari 2025 untuk meneliti perihal FWCMS dan Bestinet."Penemuan PAC yang diumumkan di dalam laporan bertarikh 6 Mac 2025 adalah FWCMS beroperasi dan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) walaupun tiada kontrak ditandatangani antara Bestinet serta kerajaan sejak Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 12 Januari 2018 hingga tarikh SST luput pada 31 Mei 2024."Selama lebih enam tahun, ada kelemahan kronik dalam operasi FWCMS bersabit kawalan sistem iaitu dua ID pengguna 'super admin' tidak dipegang oleh pegawai Kesuma dan 24 pengguna tidak sah yang meluluskan permohonan 24 majikan."Pelaksanaan FWCMS tidak termasuk dalam senarai projek kerjasama awam swasta yang membolehkan pendekatan 'proof of concept' dan melepasi proses tender terbuka seperti satu surat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bertarikh 30 Disember 2020," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Rafizi menambah, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 juga menemukan perincian penting antaranya keseluruhan pengurusan FWCMS diklasifikasikan sebagai 'tidak memuaskan'.Bukan itu sahaja, kata bekas Menteri Ekonomi tersebut, FWCMS digunakan untuk pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sahaja sedangkan terdapat 15 negara sumber tenaga asing secara keseluruhannya."Kontrak tidak ditandatangani walaupun FWCMS digunakan menyebabkan hak dan kepentingan kerajaan terjejas."Ada risiko salah guna apabila dua ID 'super admin' yang tidak dipegang oleh pegawai Kesuma dan 24 lagi ID pengguna bukan kerajaan meluluskan permohonan kuota pekerja asing."Penemuan-penemuan ini secara jelas menunjukkan isu tatakelola yang kronik mengenai FWCMS dan hubungan kerajaan dengan Bestinet dalam urusan pengambilan pekerja asing," ujar beliau.Atas dasar itu, Rafizi berpendapat bahawa kenyataan Ramanan memberi gambaran seolah-olah prestasi Bestinet dan FWCMS adalah baik sangat bertentangan dengan prinsip tata kelola yang diulang-ulang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jelasnya, kerajaan membuat keputusan untuk memuktamadkan perjanjian dengan Bestinet dari 1 Jun 2024 hingga 31 Januari 2031 pada caj RM215 setiap pekerja, berbanding persetujuan asal RM100 per orang atas pertimbangan mengelakkan tuntutan Bestinet selama enam tahun (sebelum perjanjian dimeterai) dibawa ke mahkamah."Keputusan ini juga dibuat dengan perancangan pelaksanaan 'National Integrated Immigration System' (NIISe) yang dijangka beroperasi pada 2028 dan membolehkan FWCMS tidak lagi digunakan."Latar belakang ini penting bagi membolehkan orang ramai faham kenapa cadangan penggunaan satu lagi sistem baharu oleh Bestinet iaitu TURAP mengundang kemarahan rakyat," tegasnya lagi.Justeru, Rafizi bersama lapan lagi Ahli Parlimen PKR berpandangan keras bahawa tiada keperluan utnuk memperkenalkan satu lagi sistem baharu memandangkan kerajaan sepatutnya menggunakan NIISe yang dilaporkan menelan belanja lebih RM1 bilion dan dijangka beroperasi pada 2028.Pada hemat mereka, sistem dan perkhidmatan penting kerajaan yang berkaitan keselamatan negara serta pekerja asing tidak boleh diswastakan melalui kaedah usaha sama awam swasta sepertimana dicadangkan melalui TURAP."Jika pun ada keperluan untuk sistem baharu, apa-apa sistem yang hendak diperkenalkan perlu mengikut spesifikasi dan ditentukan oleh kerajaan serta melalui tender terbuka."Kerajaan tidak boleh mempunyai beberapa sistem yang menguruskan pengambilan pekerja asing beroperasi serentak."Kerajaan telah mengikat perjanjian untuk menggunakan FWCMS sehingga 2031, maka tidak bolehlah perkenalkan satu lagi sistem seperti TURAP yang akan memanjangkan 'konsesi monopoli' kepada sebuah syarikat swasta untuk tempoh panjang (12 tahun seperti dilaporkan media)," kata Rafizi.Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.Selain itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ir Ts Zahir Hassan; Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan.




Reformasi     >>



Kerajaan Perpaduan 2.0 atau perpisahan menjelang PRU16? - Harapandaily
OLEH ZULQARNAIN LUKMAN Perkembangan politik pada hari ini nampaknya semakin rencam. Semalam PH mengadakan Konvensyen PH di Johor Baru. Pada hari sama juga, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi mengumumkan keluar daripada PKR dan memilih untuk menganggotai parti baru, Parti Bersama. Kelmarin, Umno Johor ..
Kroni     >>



Raja payung kedaulatan negara - Utusan
DALAM kerangka pemerintahan Malaysia yang berteraskan kepada sistem Raja Berperlembagaan, institusi raja kekal sebagai tunjang kepada kedaulatan negara yang tidak lapuk dek zaman walaupun negara menjangkau era teknologi moden. Peranan raja bukan sekadar satu simbol tradisi semata-mata, tetapi menjadi payung yang ..
Tabloid     >>



Piala FA: Chelsea dakwa dinafikan sepakan penalti - Kosmo
LONDON – Pengurus sementara Chelsea, Calum McFarlane mendakwa pasukannya berhak untuk diberikan sepakan penalti ketika tewas 0-1 kepada Manchester City pada final Piala FA, kelmarin. McFarlane merasakan pertahanan The Citizens, Abdukodir Khusanov melakukan kekasaran kepada Jorrel Hato, namun ..
Tech     >>



Google Gemini Intelligence Will Be Limited To Select .. - Lowyat
Last week, Google hosted the latest edition of The Android Show, which saw the reveal of Gemini Intelligence. Essentially, it is a suite of advanced AI-driven features for premium Android devices. These features allow Gemini to automate multi-step tasks in the background on the users behalf, ..
World     >>



Iran war day 80: Trump issues warning; Tehran ready to .. - Aljazeera
The fear of renewed US strikes in Iran looms while Israeli attacks continue in Lebanon despite extended 'ceasefire'.
Motor Trend     >>



BYD Ambil Bekas Jurutera Nissan Untuk Bangunkan EV Kei .. - Careta
Menurut laporan Nikkei, Tagawa merupakan individu penting di sebalik pembangunan beberapa model kei car Nissan seperti Nissan Dayz dan Nissan Sakura, selain terlibat dalam program EV kei car Nissan sejak beberapa tahun lalu. Beliau dikatakan mempunyai pengalaman hampir 25 hingga 30 tahun ..