///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Setiausaha News   Page 1    



Penangguhan geran khas Sabah bagi ruang tambahan perincian kiraan – .. - Mgazette - 7/04 7:37 am

Sehubungan itu, beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi berhubung semakan taksiran dan pembayaran Pemberian Khas Sabah itu, tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memperlahankan atau menghentikan momentum kerja dan usaha yang sedang berjalan. Saya menggesa supaya Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah meneruskan proses pengiraan, pengesahan data dan rundingan teknikal yang telahpun dimulakan sebelum ini





Penjawat awam digalakkan pakai batik setiap hari Penjawat awam digalakkan .. - Mgazette - 7/04 7:37 am

Di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, pemakaian baju batik adalah diwajibkan setiap hari Khamis dan digalakkan dipakai pada setiap hari bekerja sebagai alternatif kepada pakaian pejabat, katanya. Beliau berkata demikian dalam surat edaran kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang dimuat naik di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam





Operasi Yayasan Madani timbul tanda tanya, Pemuda MCA gesa kerajaan beri penjelasan - Sinarharian - 6/04 6:20 pm

SHAH ALAM - Pemuda MCA menggesa kerajaan tampil memberi penjelasan mengenai sumber kewangan, proses pelantikan jawatan serta mekanisme operasi Yayasan Madani supaya bebas daripada sebarang konflik kepentingan.Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, ini kerana dakwaan inisiatif itu tidak menerima dana daripada kerajaan membangkitkan dua persoalan iaitu pihak yang mengawal sistem dan kemungkinan wujudnya unsur konflik kepentingan.Menurutnya, sedangkan Yayasan Madani dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) manakala pengasas dan pengarahnya merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan."Timbul persoalan, adakah Yayasan Madani boleh disifatkan sebagai badan bebas apabila jawatan pentingnya dipegang oleh ahli politik kerajaan?"Bukankah ini membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan juga kekurangan ketelusan dalam proses membuat keputusan?"Lebih membingungkan, bagaimana pula sebuah yayasan yang ditubuhkan tiga tahun lepas dilaporkan mampu membuka beberapa ratus pasar raya kecil di seluruh negara dalam tempoh masa yang singkat?" ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah Yee Fung, sehingga hari ini, masih tiada penjelasan mengenai jenis sumber yang diguna pakai dan sokongan di sebalik tabir.Malah jelasnya, laman web Yayasan Madani juga tidak menjelaskan modal operasi, sumber kewangan mahupun dana yang digunakan.Beliau memberitahu, mana-mana projek yang memberi kesan kepada rangkaian bekalan keperluan negara haruslah telus."Jika benar Yayasan Madani tidak menerima sokongan atau subsidi daripada kerajaan, perniagaan manakah yang sanggup menyertai sistem ini yang mengenakan yuran francais sambil menyekat saluran bekalan?"Ini tidak logik dari segi komersial





Tindakan gantung, batal kelulusan kad fleet jika salah guna subsidi diesel - Fadillah - Sinarharian - 6/04 5:50 pm

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung dan membatalkan kelulusan kad fleet terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan subsidi diesel di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan Bagi Membanteras Ketirisan dan Penyeludupan yang dipengerusikan beliau di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Isnin.Beliau berkata, langkah berkenaan bagi menjamin kelangsungan dan kestabilan bekalan tenaga negara."Krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat telah meningkatkan risiko penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan khususnya bahan api diesel dan petrol," katanya pada taklimat krisis tenaga global di KPDN di sini.Selain itu, Fadillah berkata, pelaksanaan SKDS melalui penggunaan kad fleet untuk sektor pengangkutan darat barangan akan diperluas di Sabah, Sarawak dan Labuan.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air berkata, mesyuarat turut bersetuju menetapkan agensi peneraju utama bagi tiga sektor yang dikenal pasti bagi membendung ketirisan iaitu sektor darat akan diterajui KPDN, sektor sempadan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala sektor perairan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).Beliau berkata,bagi mempertingkat dan memperkukuh kawal selia terhadap aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke pakal ataubunkering,mesyuarat bersetuju menubuhkan pasukan khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi Sabah, Sarawak dan Labuan."Ia akan dipengerusikan secara bersama oleh Setiausaha Persekutuan dan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan KPDN negeri menjadi sekretariat kepada kedua-dua pasukan bertindak yang turut melibatkan agensi berkaitan di peringkat negeri," katanya.Beliau berkata, beberapa syor strategik hasil daripada mesyuarat itu juga akan dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) secara berkala sebagai langkah tambahan memastikan kestabilan bekalan negara.Sementara itu, Fadillah berkata, Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang dilaksanakan dari 16 Mac hingga 5 April telah merekodkan nilai rampasan barangan bersubsidi lebih RM2 juta melibatkan 8,148 pemeriksaan yang membawa kepada pembukaan 155 kes."Sebanyak 60 kes melibatkan diesel dengan nilai rampasan lebih RM2.1 juta, 47 kes RON95 (RM51,299), 21 kes gas petroleum cecair (RM37,822) dan 27 kes melibatkan minyak masak, gula dan tepung gandum," katanya.Beliau berkata, kerajaan peka terhadap ketidaktentuan geopolitik global, khususnya konflik di Asia Barat yang berpotensi besar menjejaskan rantaian bekalan dunia serta mencetuskan ketidakstabilan harga tenaga dan barangan keperluan utama."Namun, saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan tidak akan membiarkan rakyat terkesan akibat gangguan bekalan





Mas Ermieyati bayar ganti rugi RM50,000: Asyraf Wajdi salur ke tabung wakaf Mara - Sinarharian - 6/04 3:47 pm

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan komitmen menyalurkan wang ganti rugi dibayar Mas Ermieyatiberjumlah RM50,000 untuk ke tabung kebajikan pelajar di bawah agensi tersebut.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan janjinya untuk tidak menggunakan wang berkenaan bagi tujuan peribadi."Sebagaimana janji saya setiap sen RM50,000 wang ganti rugi tidak akan sesekali digunakan secara peribadi."Bahkan saya sudah minta pengurusan Mara untuk memasukkan wang ganti rugi apabila diterima nanti ke dalam akaun wakaf Mara untuk manfaat pelajar-pelajar miskin, daif dan anak yatim," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Isnin.Terdahulu, Asyraf Wajdi memaklumkan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka, Isa Aziz Ibrahim telah merekodkan Penghakiman Persetujuan bahawa defendan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah mengaku mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak benar dan berunsur fitnah terhadapnya.Katanya, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut bersetuju memohon maaf secara bertulis, menarik balik, memadamkan hantaran video di semua platform media sosial beliau dan membayar gantirugi sebanyak RM50,000 kepada Mara.Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, kes itu diharapkan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghancurkan reputasi serta institusi."Terima kasih kepada barisan Peguam Mara yang diketuai oleh Datuk Adnan Seman dan seluruh pegawai Mara yang berjuang untuk memastikan agar institusi penting orang Melayu dan Bumiputera terus kekal berintegriti dan terpelihara daripada sebarang fitnah yang membinasakan," ujarnya lagi.Sebelum ini,media melaporkan Mas Ermieyati telah menuduh Asyraf Wajdi membazirkan dana Mara melalui lawatan mengejut, memotong program hafazan dan menghentikan pembiayaan pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).





Tiada jemputan ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah - UMNO Terengganu - Sinarharian - 6/04 3:39 pm

KUALA TERENGGANU UMNO Terengganu tampil menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menerima sebarang jemputan rasmi bagi menghadiri Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah anjuran Perikatan Nasional (PN).Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyebut semua parti politik telah dijemput ke program berkenaan.Namun beliau menjelaskan, sehingga kini tiada sebarang dokumen atau jemputan rasmi sampai ke tangan UMNO Terengganu daripada pihak penganjur."Sekiranya jemputan itu dibuat di peringkat kepimpinan tertinggi iaitu UMNO Pusat, perkara tersebut adalah di luar pengetahuan dan tindakan kami di peringkat negeri."Bagaimanapun, hasil semakan yang dilakukan dengan Setiausaha Kerja UMNO Pusat mendapati memang tiada sebarang jemputan diterima setakat ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.Mengulas lanjut, Nik Dir menyatakan bahawa UMNO pada dasarnya tidak mempunyai halangan untuk menghadiri program anjuran mana-mana pihak, asalkan ia melalui saluran yang betul."Kita sentiasa bersikap terbuka dan biasanya akan memenuhi jemputan daripada parti lain, namun ia tertakluk kepada kesesuaian program serta kelapangan masa pimpinan," jelas beliau.Isu ketiadaan wakil UMNO mula mencetuskan tanda tanya selepas kelibat pemimpin parti itu tidak kelihatan sepanjang Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 yang berlangsung di pekarangan sebuah kompleks sukan di sini sejak Khamis lalu.





Mas Ermieyati setuju bayar RM50,000 selesai kes fitnah - Asyraf Wajdi - Mkini - 6/04 2:56 pm

Setiausaha Agung Umno itu berkata, setiap sen wang itu akan digunakan untuk bantu pelajar Mara yang memerlukan





YDPA berkenaan terima menghadap KSN hari ini - Mgazette - 6/04 1:45 pm

KUALA LUMPUR -Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar





ACO terima pengiktirafan ASEAN, perkukuh peranan koperasi peringkat serantau - Utusan - 6/04 1:43 pm

PETALING JAYA: ASEAN Co-operative Organization (ACO) telah diiktiraf secara rasmi oleh Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) sebagai entiti bersekutu, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam kerjasama serantau. Pengiktirafan itu diterima menerusi surat rasmi daripada Setiausaha Agung ASEAN, Dr





Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil tak mengaku buat tuntutan palsu RM50,000 - Sinarharian - 6/04 1:26 pm

SHAH ALAM Seorang pesara kerajaan dan seorang bekas pengerusi kuil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, masing-masing atas satu pertuduhan menggunakan invois palsu serta bersubahat bagi tuntutan kerja baik pulih sebuah rumah ibadat berjumlah RM50,000, lima tahun lalu.Pesara kerajaan, M Thiruselvam, 65, dan bekas pengerusi Kuil Sri Sakthi Easwari, P Selvam, 70, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin dan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mengikut pertuduhan, Thiruselvam yang juga bapa kepada empat anak didakwa menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Invois Datuk Seri M Thiruselvam bertarikh 15 November 2021 berjumlah RM50,000.Ia bagi tuntutan bayaran 'Consultancy Of Majlis Approval for New Yaga Salai, Resolving Leaking Work for Poorviga Amman dan Resolving Leaking Work for Main Temple (Vinayagar Sanathi, Easwari Sanathi and Murugan Sanathi)'.Dokumen itu diberikan kepada Setiausaha kuil, V Gopala Krishnan, 64, yang diketahui palsu, di kuil berkenaan di Petaling di sini pada 22 November 2021.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 465 kanun sama, membawa hukuman penjara selama dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Selvam didakwa bersubahat dengan Thiruselvam berhubung tuntutan sama yang didakwa dilakukan pada tarikh dan lokasi serupa.Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 itu dengan peruntukan hukuman sama.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasua Malaysia (SPRM), Muhammad Arif Asyraf Mohd Khairi manakala Thiruselvam diwakili peguam N





Graduan lestari hasil sinergi KPT, institusi dan industri - Sinarharian - 6/04 12:00 am

Sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), kadar kebolehpasaran graduan negara, kini dikenali sebagai kadar bekerja graduan terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan.Rekod menunjukkan trend positif sejak tahun 2021 apabila kadar bekerja graduan direkodkan 85.2 peratus, meningkat kepada 91.1 peratus pada 2022, sedikit menurun kepada 90.9 peratus pada 2023, sebelum melonjak semula pada tahun 2024 dengan kadar 92.5%. Bagi 2025, angka rasmi masih dalam proses dimuktamadkan.Perkembangan ini mencerminkan keupayaan graduan institusi pendidikan tinggi untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran kerja semasa.Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr Anesee Ibrahim, pencapaian ini bukanlah kebetulan, sebaliknya hasil kerjasama erat antara KPT dan keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi negara."Hubungan rapat antara Kementerian, Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti dan pihak industri memastikan graduan menepati kehendak pasaran kerja





Krisis tenaga global: Projek KPKT diteruskan, fokus kesejahteraan rakyat .. - Mgazette - 6/04 7:57 am

Setakat ini saya rasa tak ada apa yang nak ditunda kerana kami memberi tumpuan kepada projek berteraskan rakyat, bukan projek mega yang berbilion-bilion dan ia sedang giat dilaksanakan, macam projek perumahan PRR (Projek Residensi Rakyat) akan kita teruskan, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek naik taraf Medan Selera Greentown Utama di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPKT Datuk Dr M Noor Azman Taib dan Datuk Bandar Ipoh Zamakhshari Hanipah





PKR Putrajaya hormati keputusan Noraishah keluar parti, tegas perjuangan .. - Mgazette - 6/04 7:57 am

MalaysiaGazette pagi ini melaporkan bekas calon PKR bagi Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini. Dalam surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, beliau memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas tidak lagi memahami hala tuju serta perkembangan parti sejak Konvensyen PKR 2025 di Johor Bahru





PN jangan berlengah, lantik segera Ketua Pembangkang – Muhyiddin - Mgazette - 6/04 7:57 am

Bila ada keputusan, ia perlu dilaksanakan tanpa berlengah. Setiausaha Agung PN boleh menulis kepada Speaker untuk memaklumkan kekosongan jawatan serta mencadangkan calon yang dipersetujui, katanya pada majlis Aidilfitri Parlimen Pagoh di Johor hari ini





Bersatu Perak makin kuat selepas pemecatan ADUN, Ahli Parlimen - Sinarharian - 6/04 7:37 am

SUNGAI SIPUT Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak kini berada dalam keadaan lebih kukuh selepas berdepan pelbagai cabaran termasuk tindakan segelintir pimpinan yang meninggalkan parti sebelum ini.Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan semasa menunjukkan parti berkenaan bukan sahaja kekal stabil malah semakin kuat hasil kesetiaan majoriti ahli di peringkat akar umbi.Menurutnya, kesemua 24 bahagian Bersatu di negeri ini masih beroperasi seperti biasa walaupun terdapat beberapa pimpinan bahagian sebelum ini meletakkan jawatan."Majoriti besar ahli dan cawangan di bahagian terlibat masih kekal setia kepada parti."Malah saya dapati Bersatu Perak bukan sahaja tidak lemah, tetapi bertambah kuat daripada sebelum ini," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak bersama Bersatu Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada malam Ahad.Hadir sama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional termasuk wakil Pas dan Gerakan.Mengulas dakwaan kononnya Bersatu Perak semakin lemah susulan pelantikan beberapa ketua bahagian baharu, Ahmad Faizal menjelaskan situasi sebenar adalah sebaliknya.Katanya, mereka yang meninggalkan parti sebelum ini merupakan individu yang menyertai Bersatu ketika parti itu berada dalam kerajaan manakala ahli asal kini kembali menerajui kepimpinan."Mereka yang telah meletakkan jawatan adalah mereka yang baru datang berhijrah menumpang sewaktu Bersatu mempunyai kuasa."Apabila mereka ini tidak setia, ahli-ahli asal kembali mengambil alih dan hari ini parti dipimpin oleh majoriti daripada kumpulan asal," ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pengunduran beberapa pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden parti tidak menjejaskan kekuatan Bersatu, sebaliknya menyaksikan pertambahan cawangan di beberapa bahagian.Sebelum ini pemimpin Bersatu Perak antara yang paling ramai dipecat dan melepaskan jawatan termasuklah wakil rakyat.Antara mereka termasuklah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Bagi pimpinan bahagian pula, mereka yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Bahagian Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bersatu Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mhod Yunus Mhd Yusop





'Rakyat mahu PN kembali mentadbir' - Peja - Sinarharian - 6/04 7:35 am

SUNGAI SIPUT Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendakwa sentimen rakyat di Perak ketika ini menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya akan datang.Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan semasa itu bukan sahaja berlaku di negeri ini malah turut dirasai di seluruh negara yang mahukan Perikatan Nasional (PN) kembali mentadbir.Menurutnya, rasa tidak puas hati rakyat didorong beberapa faktor termasuk kerjasama antara parti dalam kerajaan sedia ada yang didakwa tidak disenangi sebahagian pengundi."Saya mendapati bahawa golongan rakyat begitu bersedia untuk menukar kerajaan lebih-lebih lagi di negeri Perak ini kerana amat tidak bersetuju terutamanya sekali dengan hubungan rapat di antara UMNO dan DAP dan perkara-perkara yang mereka lakukan melukakan hati terutamanya sekali golongan pengundi Melayu."Malah apabila mereka tidak begitu business friendly menyebabkan pengundi-pengundi daripada golongan Tionghua juga telah beralih arah," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak bersama Bersatu Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada Ahad.Hadir sama, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional termasuk wakil Pas dan Gerakan.Ahmad Faizal berkata, PN berpotensi mencipta kejutan sekiranya kerjasama antara parti komponennya terus diperkukuh menjelang pilihan raya umum akan datang.Katanya, kekuatan jentera parti serta sokongan akar umbi akan menjadi penentu penting dalam usaha menawan semula Perak.Menurutnya, tumpuan kini terarah kepada usaha memastikan hubungan antara parti-parti dalam PN rapat dan utuh





KPKT lulus RM60 juta naik taraf medan selera, pusat penjaja seluruh negara - Sinarharian - 5/04 9:50 pm

Kita sasarkan semua projek ini dapat disiapkan menjelang Disember."Salah satu kejayaan yang telah dicapai ialah di Stadium Perak. Medan Selera Stadium Perak kini sudah berubah dan sangat menarik," katanya dalam sidang akhbar sempena perasmian Naik Taraf Medan Selera Greentown Utama di sini pada Ahad.Hadir sama Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Dr M Noor Azman Taib dan Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, pelaksanaan projek tersebut sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kemudahan awam berteraskan keperluan rakyat.Katanya, tahun ini sahaja, KPKT menyasarkan pelaksanaan sehingga 5,000 projek prasarana seumpama itu di seluruh negara."Dalam tempoh tiga tahun lalu, KPKT telah berjaya menyiapkan sebanyak 15,082 projek prasarana, sekali gus membuktikan komitmen kementerian dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat."Kita mahu rakyat bukan sahaja melihat perubahan, tetapi dapat merasai dan menikmati sendiri kemudahan yang sedang rancak dibangunkan," katanya.Mengulas mengenai peruntukan RM40 juta bagi kerja penurapan jalan di kawasan perumahan di Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang itu berkata, projek melibatkan kira-kira 800 laluan itu telah siap sepenuhnya."Kita menerima maklum balas positif daripada penduduk yang bersyukur selepas ada yang menunggu lebih 30 tahun untuk jalan di hadapan rumah mereka diturap semula," katanya.Sementara itu, projek naik taraf Medan Selera Greentown Utama yang sekian lama dinantikan akhirnya berjaya dilaksanakan selepas lebih dua dekad.Menurut Kor Ming, transformasi itu melibatkan pelbagai penambahbaikan termasuk penyediaan kemudahan baharu seperti meja, bangku, kipas serta kerja-kerja mengecat semula bangunan bagi meningkatkan keselesaan pengunjung."Dulu keadaannya kurang selesa, tetapi hari ini kita dapat lihat perubahan ketara hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan," katanya.





Pemimpin Amanah yakin RUU pendanaan politik dibentang sebelum PRU16 - FMT - 5/04 9:00 pm

Setiausaha Agung Amanah Muhammad Faiz Fadzil berkata langkah itu selaras komitmen perdana menteri terhadap reformasi institusi.





Hamzah belum mohon sertai parti dalam PN, kata Takiyuddin - FMT - 5/04 8:41 pm

Setiausaha agung PN itu berkata bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin juga tidak mohon sertai PAS.





PM Anwar Lulus Peruntukan RM400,000 Naik Taraf Masjid Di Kampung Orang Asli - Wrlr - 5/04 5:43 pm

Foto Facebook Anwar Ibrahim Keadaan ini telah mengganggu bekalan minyak global dan melonjakkan kos secara mendadak, termasuk di negara kita, ujarnya. Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar





Noraishah keluar PKR, ikrar sokong Rafizi - Mgazette - 5/04 3:08 pm

PUTRAJAYA - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz mengumumkan penarikan dirinya daripada parti itu berkuat kuasa hari ini. Dalam surat rasmi kepada Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh bertarikh 5 April, beliau memaklumkan keputusan itu dibuat selepas tidak lagi memahami hala tuju serta perkembangan parti sejak Konvensyen PKR 2025 di Johor Bahru





Kerajaan wajar pertimbang subsidi petrol 300 liter kepada petugas .. - Mgazette - 5/04 3:08 pm

"Bagi memastikan petugas kesihatan yang mempunyai keperluan mobiliti tugas tinggi mendapat sokongan sewajarnya tanpa menjejaskan matlamat rasionalisasi subsidi negara," kata bekas Menteri Kesihatan itu menerusi kenyataan. Beliau berkata demikian susulan pandangan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan (Mapsu) berhubung keperluan mengekalkan kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter sebulan bagi petugas kesihatan yang melaksanakan tugasan lapangan secara berterusan





Tiada PRU mengejut, beri ruang pemimpin terus bantu rakyat, kata Asyraf - FMT - 5/04 2:56 pm

Setiausaha agung Umno itu berkata semua pihak wajar ketepi perebutan kuasa kerana negara kini sedang berdepan krisis yang besar.





'Individu tidak layak masih berlegar-legar guna jawatan Ketua Pembangkang' - Muhyiddin - Sinarharian - 5/04 2:45 pm

MUAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyuarakan kekecewaan terhadap Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) kerana pelantikan Ketua Pembangkang masih belum dibuat, sementara individu yang telah dipecat parti terus menggunakan jawatan itu.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menghantar surat mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil."Sudah tentu tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang."Kalau sudah kosong, isi...tak kan tak ada (calon). Jika sudah ada calon, tidak perlu menunggu Parlimen bersidang."Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan boleh menulis surat kepada Speaker untuk mencadangkan calon yang dipilih," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh di sini, pada Ahad.Muhyiddin menambah, kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang boleh menjejaskan maruah dan imej Perikatan Nasional di mata rakyat."Ini bukan hak Bersatu, bukan hak Pas, bukan hak Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), bukan hak Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)





Umno sambut baik isyarat tiada PRU dalam masa terdekat - Asyraf - Mkini - 5/04 2:24 pm

Setiausaha Agung Umno berkata dalam situasi negara berdepan ketidaktentuan global, semua pihak wajar mengetepikan perebutan kuasa.





Anwar beri bayangan PRU-16 bukan dalam masa terdekat - Mgazette - 5/04 8:02 am

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini, pada Sabtu. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim





Konvoi Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah simbol perjalanan satu ummah .. - Mgazette - 5/04 8:02 am

Antara pemimpin yang dijadual menyertai pidato tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pemimpin lain termasuk Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya serta Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa





Konflik Asia Barat: Kerajaan fokus ringankan beban rakyat ??? PM - Mgazette - 5/04 8:02 am

(Ia termasuk) minyak masak, tepung, garam, gula, sayur, ikan, daging, ayam (segar), katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini, pada Sabtu. Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim





Kerajaan pantau BDR penjawat awam, pastikan integriti terpelihara - Mgazette - 5/04 8:02 am

Beliau berkata, ia bagi memastikan integriti serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam kekal terpelihara. Menurutnya, cadangan pelaksanaan BDR oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam memerlukan budaya kerja yang bertanggungjawab, selain sistem pemantauan yang berkesan bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan





Krisis tenaga global: Kerajaan beri perhatian serius, cari jalan penyelesaian - Ahmad Zahid - Sinarharian - 4/04 11:12 pm

BAGAN DATUK - Kerajaan memberikan perhatian dan fokus serius terhadap usaha penyelesaian krisis tenaga global bagi mengelak kesannya terus membebankan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memainkan peranan penting dalam perkara itu dengan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi merangka langkah terbaik menangani situasi berkenaan.Menurutnya, kerajaan turut mendapatkan pandangan daripada pemain industri mengikut sektor bagi memastikan setiap keputusan yang diambil bersifat holistik dan praktikal."MTEN bermesyuarat setiap minggu dan memanggil peneraju industri untuk memberikan taklimat serta pandangan. Semua input ini diambil kira dalam merangka langkah penyelesaian yang akan dilaksanakan kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026 Parlimen Bagan Datuk di Dewan Dato' Lope Hashim di sini pada Sabtu.Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi; Naib Presiden MIC, Tan Sri M Ramasamy serta beberapa pemimpin lain.Selain mesyuarat berkala, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kerajaan turut mengadakan taklimat harian bagi memastikan maklumat terkini dapat disalurkan kepada rakyat secara tepat dan berterusan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak saling menyalahkan, sebaliknya bersama-sama menghadapi situasi tersebut dengan kesiapsiagaan tinggi."Kita tidak boleh berada dalam zon selesa kerana ini adalah krisis sebenar yang memerlukan tindakan bersama," katanya.Terdahulu, majlis sambutan Aidilfitri berkenaan dihadiri kira-kira 14,000 pengunjung yang mula hadir seawal jam 6.30 petang.





Madani Mart 'copy' KR1M - Pemuda MCA - Sinarharian - 4/04 7:05 pm

SHAH ALAM - Pemuda MCA menyifatkan pelaksanaan Madani Mart hanya mengulangi konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, inisiatif yang diperkenalkan kerajaan itu dilihat sekadar penjenamaan semula program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)."Ketika BN melancarkan KR1M, pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH) ketika itu mengkritiknya secara keras menyifatkannya sebagai pembaziran dana awam, penyelesaian jangka pendek, serta menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kronisme."Kini, apabila PH berada dalam kerajaan, konsep yang sama diperkenalkan semula dengan nama baharu





Tiada kelibat wakil UMNO pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah - Sinarharian - 4/04 5:36 pm

Cuma terpulang kepada mereka sama ada dapat hadir atau tidak."Ada yang memaklumkan tidak dapat hadir kerana bertembung dengan program parti mereka sendiri, jadi tidak mengapa. Asalkan kita sudah menghantar jemputan."Mungkin tidak berkesempatan dalam program ini, kita boleh bertemu pada masa lain dalam pertemuan majlis, perbincangan, mesyuarat dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas perasmian program tersebut di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai penganjuran kali ini, Ahmad Samsuri berkata, ijtimak tersebut merupakan program berkala yang dilaksanakan bagi mengukuhkan perpaduan ummah."Ini adalah program berkala yang biasa kita laksanakan dari semasa ke semasa, tidak semestinya setiap tahun, dan kali ini merupakan penganjuran kali kelima."Terengganu dipilih menjadi tuan rumah dan objektif penganjuran ini saya rasa semua sudah sedia maklum," jelasnya.Menyentuh mengenai pengisian program tersebut, beliau berkata, acara kemuncak akan berlangsung malam ini dengan menampilkan kepimpinan daripada pelbagai latar belakang bagi berkongsi pandangan menerusi Pidato Penyatuan Ummah."Malam ini adalah pidato daripada wakil kepimpinan dalam negara kita, daripada pelbagai latar belakang."Kita memberi ruang kepada setiap kelompok untuk menyatakan pandangan dan ucapan mereka," katanya.Selain Ahmad Samsuri, lapan pemimpin yang terlibat dalam pidato tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya; dan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa.





Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik - PM - Sinarharian - 4/04 5:19 pm

IPOH - Malaysia menegaskan komitmennya untuk menjalin hubungan baik dengan semua negara serta menentukan dasar sendiri sebagai sebuah negara merdeka, termasuk dalam mengurus cabaran krisis tenaga global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pendekatan berkecuali dan terbuka itu penting, bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara khususnya ketika ketidaktentuan geopolitik memberi tekanan kepada ekonomi global.Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak bergantung kepada persetujuan mana-mana kuasa besar dalam menentukan dasar negara, sebaliknya membuat keputusan sendiri sebagai negara berdaulat."Kita kena berkawan dengan semuanegara Malaysia ini bebas dan merdeka, kita putuskan sendiri dasar kita," kata beliau berucap pada Majlis Jalinan Mesra Madani Taman Perpaduan Koperasi Tambun di pekarangan Masjid Ar-Rashid, di sini pada Sabtu.Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa hubungan baik Malaysia dengan negara Arab dan Teluk termasuk Iran, membolehkan komunikasi serta kerjasama berterusan, selain memastikan laluan kapal negara melalui Selat Hormuz kekal terbuka."Walaupun negara kita ini tidaklah negara besar, kita bersyukur kerana semua negara Arab dan negara Teluk yang terlibat telah menghubungi kita, termasuk Presiden Iran," kata Perdana Menteri.Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza di Palestin, termasuk melalui misi penghantaran bekalan makanan dan ubat-ubatan.Perdana Menteri berkata, beliau turut berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi memastikan laluan ke Rafah dibuka, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.Beliau berkata, rakyat di Gaza berdepan kebuluran dan Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha bantuan sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib mereka.Semalam, Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan mewakili Perdana Menteri untuk mengetuai Misi Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza dan delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.Misi anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu akan menyampaikan 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan terus mencari penyelesaian terbaik dalam menghadapi krisis tenaga global, termasuk memberi perhatian kepada golongan peniaga, petani dan nelayan."Saya tak kata tak ada masalah





Krisis tenaga global: Anwar buka ruang bincang dengan pembangkang cari solusi - Sinarharian - 4/04 1:54 pm

Padahal sedaya upaya kita ikhtiar, RON95 itu antara paling rendah di dunia Untuk petani, nelayan, pengangkutan awam, semua diberikan subsidi, satu bulan RM6 bilion. Jadi inilah masa kita bincang secara baik (melibatkan) parti kerajaan, parti pembangkang," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford Kuala Kangsar, di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim dan Ahli Dewan Negara merangkap Presiden Old Cliffordians' Association Senator Datuk Salehuddin Saidin.Anwar menegaskan kerajaan mengambil langkah terbaik menangani krisis itu tanpa mengabaikan bebanan rakyat.Beliau berkata dalam kalangan negara jiran ASEAN sudah ada negara yang terpaksa membuat catuan akibat kekurangan bekalan minyak."Di sebuah negara ASEAN, 400 stesen minyak (telah) ditutup





Krisis tenaga global: Kerajaan jamin isu pendidikan tetap diberi keutamaan - PM - Sinarharian - 4/04 1:31 pm

KUALA KANGSAR - Isu pendidikan akan terus menjadi antara keutamaan kerajaan walaupun dunia kini sedang menghadapi ketidaktentuan susulan krisis tenaga global.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan mutu pendidikan untuk generasi masa depan tidak terjejas.Beliau berkata, pendirian kerajaan adalah untuk memastikan projek kemudahan pendidikan diluluskan dan dilaksanakan segera tanpa menangguhkannya melainkan projek besar yang memerlukan masa yang panjang namun projek kecil, terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan akan terus diberikan keutamaan."Banyak negara kerana kebetulan sengketa dan perseteruan dengan negara-negara jiran dan rantau, terpaksa membelanjakan peruntukan yang tinggi untuk keselamatan."Oleh itu peruntukan untuk pendidikan itu agak terbelakang. Generasi berikutnya tentu akan terkesan bila mutu pendidikan dan kemudahannya itu agak hambar," kata beliau dalam ucapan ketika menghadiri Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford Kuala Kangsar, di sini hari ini.Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalannya, Wong Kah Woh serta Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.Perdana Menteri turut menegaskan dalam sistem pendidikan, penerapan nilai adab adalah suatu perkara yang tidak boleh dipinggirkan dan perlu terus menjadi keutamaan warga pendidik bagi melahirkan generasi yang tinggi moral dan akhlaknya.Sementara itu, berhubung permintaan tambahan oleh Old Cliffordians' Association (OCA) untuk SMK Clifford, Anwar berkata, ia terpaksa ditangguhkan buat sementara sehingga ekonomi negara kembali stabil."Tetapi untuk sekolah, saya telah dengar tadi daripada Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan (Datuk Dr Mohd Azam Ahmad) dan juga beberapa projek yang (dilaksanakan) ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri), Insya-ALLAH kita segerakan."Bila saya katakan segerakan, saya minta pejabat daerah bersama-sama untuk teliti projek ini mesti dimulakan selewat-lewatnya dua minggu (selepas) daripada kehadiran saya," kata beliau.Pada majlis berkenaan, Anwar menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM296,000 yang diluluskan kepada OCA bagi tujuan pemuliharaan bangunan hospital pertama di Kuala Kangsar yang dibina pada 1890 dan berada dalam kawasan SMK Clifford.Perdana Menteri turut mendengar taklimat berkenaan projek menaik taraf bangunan tersebut yang dijangka siap pada Ogos depan





Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia - Sinarharian - 4/04 11:26 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, 83, meninggal dunia pagi ini.Perkara itu disahkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika dihubungi Bernama hari ini."Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.Liong Sik dilahirkan pada 13 September 1943 di Kuala Kangsar, Perak.Beliau mendapat pendidikan awal di King Edward VII School, Taiping sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada University of Singapore pada 1966.Memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum aktif dalam politik dengan menyertai MCA pada 1968, Liong Sik mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Ong Ee Nah, serta dikurniakan dua anak lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.Mendiang pernah menjadi Ahli Parlimen Mata Kuching selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 serta Ahli Parlimen Labis selama empat penggal dari 1986 hingga 1999.Sepanjang tempoh itu, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan termasuk Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan.Jawatan terakhir mendiang ialah sebagai Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari 1986 hingga meletak jawatan pada 2003.Sepanjang perkhidmatan sebagai Menteri Pengangkutan, Liong Sik memainkan peranan penting dalam pemodenan pelabuhan negara termasuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab pemindahan global sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.Beliau turut menyumbang kepada pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebagai pintu masuk utama negara.Dalam parti, beliau merupakan Presiden keenam MCA dan berkhidmat dari 3 September 1986 hingga 23 Mei 2003 sebelum dilantik sebagai Presiden Kehormat Seluruh Hidup pada 13 Jun 2003.Sepanjang tempoh kepimpinan, Liong Sik memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional serta landskap politik negara.Selain itu, mendiang turut aktif dalam bidang pendidikan dan korporat termasuk sebagai Canselor Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta Pengerusi Kolej Tunku Abdul Rahman.Pada 2004, beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun





Trump pecat Ketua Turus Tentera Darat AS - Utusan - 4/04 8:00 am

Ia merupakan satu rombakan mengejut ketika tentera Amerika sedang terlibat dalam peperangan besar menentang Iran. Pemecatan George oleh Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, yang merupakan jeneral tertinggi Tentera Darat Amerika, ..





PAS mungkin beri isyarat PN wadah utama pembangkang, bukan IPR - FMT - 4/04 8:00 am

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan tak hadir mesyuarat persiapan konvensyen Ikatan Prihatin Rakyat dipengerusikan Azmin Ali daripada Bersatu.





Kerajaan perkenal kemudahan AI di institusi perintis, sasar 3,000 pelajar - Sinarharian - 3/04 9:25 pm

KUANTAN- Kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyediakan kemudahan digital kecerdasan buatan (AI) di beberapa institusi perintis di negara ini bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi malah mampu berfikir secara kritis dan inovatif.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu akan dilaksanakan di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.Menurutnya, sebagai permulaan inisiatif itu menyasarkan 3,000 pelajar termasuk dari institut pengajian Islam di negara ini akan didedahkan dengan penggunaan teknologi AI serta kemahiran pemikiran kritis dan inovasi digital."Semua pelajar perlu lebih terdedah dengan kemudahan AI termasuk di institusi pengajian Islam di negara ini," katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan di sini pada Jumaat.Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Lebih 7,000 belia hadir bagi memeriahkan himpunan yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat itu.Bagaimanapun, dalam ucapannya, Anwar mengingatkan bahawa teknologi baharu termasuk AI tidak bererti sekiranya ia menghakis nilai-nilain kemanusiaan."Sebab itu saya kata, akhlak itu penting, budaya itu penting





Desakan undur Rafizi alih fokus isu lebih besar dalam PKR -INCOTT Desakan .. - Mgazette - 3/04 3:26 pm

# Desakan undur Rafizi alih fokus isu lebih besar dalam PKR -INCOTT KUALA LUMPUR Desakan agar Datuk Seri Rafizi Ramli berundur daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyelesaikan isu sebenar, sebaliknya berpotensi mengalih perhatian daripada cabaran lebih besar yang sedang dihadapi parti itu termasuk kemerosotan sokongan rakyat dan persiapan menghadapi pilihan raya negeri Melaka. Setiausaha Kehormat Kumpulan Pemikir Penyelarasan India (INCOTT), Muhammad Navalan Abdullah berkata, suara kritikal yang dibawa Rafizi bukan sesuatu yang asing dalam sejarah PKR, tetapi selari dengan semangat reformasi yang menjadi asas perjuangan parti sejak penubuhannya





Subsidi bahan api wajar diperluas kepada semua pekerja perkhidmatan - Mgazette - 3/04 3:26 pm

# Subsidi bahan api wajar diperluas kepada semua pekerja perkhidmatan KUALA LUMPUR Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyokong cadangan Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) agar kerajaan mempertimbangkan semula pemberian kuota subsidi bahan api sebanyak 300 liter kepada pekerja kesihatan. Setiausaha Agung UNI-MLC, Mohd Effendy Abdul Ghani menegaskan, ia wajar diperluas kepada semua pekerja dalam sektor perkhidmatan memandangkan peningkatan kos sara hidup dan keperluan mobiliti yang tinggi ketika ini





BDR bukan tiket penjawat awam bersenang-lenang – KSN - Utusan - 3/04 3:26 pm

SHAH ALAM: Penjawat awam diingatkan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula pada 15 April ini bukan peluang untuk bersenang-lenang dan mengambil mudah terhadap tanggungjawab. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, walaupun di rumah, penjawat awam tetap perlu melaksanakan kerja mengikut peraturan ditetapkan dan dalam masa sama dipantau oleh ketua jabatan ..





BDR Bukan Baring Duduk Rehat Atau Beli-belah Di pasar Raya, KSN Ingatkan Penjawat Awam - Rotikaya - 3/04 3:08 pm

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam agar tidak menyalahgunakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan Baring Duduk Rehat atau Beli-belah di pasar raya





Pelantikan Ketua Pembangkang PN belum diputuskan - Abdul Hadi - Sinarharian - 3/04 1:43 pm

KUALA NERUS - Pelantikan Ketua Pembangkang di Parlimen masih belum diputuskan dan akan dibincangkan secara menyeluruh dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN).Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tempoh untuk membuat keputusan tersebut masih panjang memandangkan sidang Parlimen hanya akan berlangsung pada Jun depan.Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah menyelesaikan urusan dalaman PN terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan secara rasmi."Kalau soal Ketua Pembangkang, ia akan dibincangkan bersama semua pihak kerana melibatkan semua Ahli Parlimen pembangkang."PN bukan hanya Pas. Walaupun Pas merupakan parti terbesar dalam gabungan ini, kita tetap mengambil kira pandangan parti-parti lain," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan kuliah duha pada Program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 yang berlangsung di pekarangan Kompleks Sukan Negeri di sini pada Jumaat.Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman.Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi menjelaskan, perbincangan berhubung jawatan tersebut perlu dilakukan dengan teliti dan mungkin mengambil sedikit masa bagi memastikan semua aspek diambil kira.Bagaimanapun, beliau menjangkakan keputusan berhubung perkara itu dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum sidang Parlimen akan datang bermula."Kita akan ambil kira semua pandangan parti politik termasuk pandangan Ahli Parlimen pembangkang sebelum membuat keputusan," ujarnya lagi.Sebelum ini, Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, gabungan itu akan mengumumkan Ketua Pembangkang baharu daripada Pas sebelum akhir Mac selepas beberapa proses dalaman parti selesai dilaksanakan.Katanya, keputusan mengenai individu yang akan memegang jawatan itu masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.Sehingga kini, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan masih kekal menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang sehingga satu keputusan baharu dibuat oleh pucuk pimpinan PN.





KSN: BDR bukan Baring Duduk Rehat atau Beli-belah Di pasar Raya - Mkini - 3/04 12:22 am

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar tegaskan ketua jabatan perlu pastikan petugas patuh peraturan, capai KPI.





Dari asas ke aspirasi: Desa kini menjadi pilihan pulang raya - Sinarharian - 3/04 11:24 am

PUTRAJAYA - Pembangunan prasarana luar bandar seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik dilihat memberikan impak besar dalam peningkatan kualiti hidup masyarakat desa, khususnya generasi muda.Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Tuan Ahmad Tuan Wil berkata, pelbagai projek pembangunan luar bandar dilaksanakan kerajaan bagi mempercepat hubungan serta kemudahan asas di kawasan desa





Pegawai tertinggi tentera darat AS letak jawatan selepas desakan Setiausaha Pertahanan, lebih 12 pegawai sudah disingkir - Harapandaily - 3/04 11:09 am

Seorang pegawai tertinggi tentera darat Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan selepas Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, dilaporkan meminta beliau bersara serta-merta





'BDR bukan baring, duduk rehat' - KSN - Sinarharian - 3/04 10:24 am

SHAH ALAM - Pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) yang bakal bermula 15 April ini bukan tiket untuk penjawat awam mengambil mudah tanggungjawab, sebaliknya menuntut tahap disiplin dan produktiviti yang sama seperti bekerja di pejabat.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan, BDR perlu dilaksanakan mengikut peraturan ditetapkan dengan pemantauan ketat oleh ketua jabatan."Jangan salah faham, BDR bukan bermaksud baring duduk rehat, juga bukan beli-belah di pasar raya."Output dan produktiviti mesti sama kerana pegawai yang melaksanakan BDR perlu mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama) jelas dan ditetapkan lebih awal," katanya ketika menyampaikan Ucaptama Taat Setia Madani di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 di sini pada Jumaat.Shamsul Azri menjelaskan, dasar itu merupakan sebahagian daripada reformasi perkhidmatan awam yang menekankan pencapaian hasil kerja, bukan sekadar kehadiran fizikal.Dalam pada itu, beliau mengingatkan penjawat awam di negeri ini supaya terus berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada raja dan negara khususnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Katanya, penjawat awam bukan sekadar melaksanakan tugas pentadbiran seperti memproses borang atau menandatangani dokumen, tetapi berperanan sebagai pelaksana hasrat kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat."Kesetiaan itu bukan hanya ditunjukkan ketika majlis rasmi, tetapi perlu diterapkan dalam setiap keputusan dan tindakan, sama ada di pejabat atau di lapangan" tambah beliau.Beliau turut menegaskan, kepentingan penjawat awam mematuhi dasar kerajaan tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi atau politik sempit.Menurutnya, kegagalan melaksanakan dasar bukan sekadar kelemahan pentadbiran, malah memberi kesan langsung kepada rakyat seperti bantuan tidak sampai, kemudahan tidak diselenggara dan keselamatan terjejas.Mengulas cabaran semasa, Shamsul Azri berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu memberi tekanan besar kepada negara, termasuk peningkatan kos subsidi minyak yang melonjak mendadak.Justeru, katanya, langkah penjimatan perlu dilaksanakan di semua peringkat termasuk pejabat kerajaan dengan mengurangkan pembaziran seperti penggunaan elektrik, penganjuran mesyuarat fizikal dan lawatan ke luar negara yang tidak perlu."Mesyuarat boleh dilaksanakan secara dalam talian dan penggunaan kemudahan perlu dioptimumkan kerana ia tanggungjawab bersama," ujar beliau.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, keputusan kerajaan untuk tidak mengadakan sambutan rasmi Aidilfitri tahun ini mencerminkan semangat kesederhanaan dan solidariti terhadap golongan yang kurang bernasib baik termasuk rakyat di Gaza.Sementara itu, beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya lebih berwaspada dalam penggunaan media sosial dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.Katanya, penjawat awam perlu menjadi sumber rujukan yang tepat kepada masyarakat serta mematuhi undang-undang termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam dan akta berkaitan komunikasi serta rahsia rasmi."Dalam era media sosial, kita perlu menjadi ejen penyampai maklumat yang benar dan bukan penyebar fitnah," katanya.





Pengurangan subsidi minyak beri beban tambahan kepada petugas kesihatan - Mgazette - 3/04 7:43 am

# Pengurangan subsidi minyak beri beban tambahan kepada petugas kesihatan KUALA LUMPUR - Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU) bimbang dengan keputusan pengurangan kuota subsidi bahan api daripada 300 liter kepada 200 liter kerana memberi kesan langsung kepada kebajikan pekerja kesihatan awam





Pelaksanaan bekerja dari rumahjimat perbelanjaan RM10 bilion - Utusan - 3/04 6:50 am

Anggaran itu mengambil kira kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan 500,000 pekerja GLC dengan penggunaan purata 200 liter petrol RON95 sebulan pada harga RM1.99 seliter. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ..





Mapsu gesa kerajaan kembalikan kuota subsidi 300 liter bagi pekerja kesihatan - Sinarharian - 2/04 8:37 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera mengembalikan kuota subsidi kepada 300 liter bagi pekerja kesihatan memandangkan mereka tidak boleh bekerja dari rumah.Presiden Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (Mapsu), Ajulahin Japin berkata, majoriti pekerja kesihatan perlu berulang-alik dalam jarak yang jauh setiap hari, khususnya di Semenanjung Malaysia dan kawasan luar bandar Sabah serta Sarawak.Menurutnya, penggunaan bahan api bulanan mereka lazimnya mencecah atau melebihi 300 liter."Ini bukan soal pilihan gaya hidup, tetapi tuntutan tugas yang tidak boleh dielakkan."Sehubungan itu, pengurangan kuota kepada 200 liter adalah satu langkah yang perlu mengambil kira realiti operasi sektor kesihatan, dan secara langsung tidak menambah tekanan kos sara hidup kepada golongan yang telah pun berdepan beban kerja yang tinggi."Kami berpandangan bahawa kerajaan perlu melihat semula kuota subsidi bahan api supaya petugas kesihatan tidak terus dibebankan dan dasar ini lebih bersifat sensitif kepada keperluan sebenar mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, kerajaan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia.Beliau berkata, penyelarasan berkenaan tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.Mapsu turut menggesa kerajaan agar melaksanakan pendekatan bersasar yang lebih adil, khusus kepada sektor yang tidak boleh melaksanakan bekerja dari rumah (BDR).Tambahnya, sumbangan dan keperluan mobiliti tinggi petugas kesihatan dalam penggubalan dasar berkaitan subsidi juga perlu diiktiraf kerajaan."Mapsu ingin menegaskan bahawa kebajikan pekerja kesihatan bukan sekadar isu dalaman sektor, tetapi berkait rapat dengan keupayaan sistem kesihatan negara untuk terus berfungsi dengan berkesan."Keputusan dasar yang tidak mengambil kira realiti lapangan berisiko menjejaskan moral dan kesejahteraan tenaga kerja kesihatan."Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan negara," ulasnya.





Diketepi parti, Rafizi seolah-olah kena kifarah Langkah Kajang Faekah - Sinarharian - 2/04 6:45 pm

KUALA LUMPUR Bekas Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin mendakwa Datuk Seri Rafizi Ramli kini berdepan situasi seolah-olah sama seperti yang pernah dilalui bekas Menteri Besar Selangor itu apabila diketepikan parti pada 2014.Menurut Faekah, keadaan tersebut dilihat seakan-akan kifarah susulan peranan Rafizi sebagai arkitek strategi Langkah Kajang lebih sedekad lalu.Beliau berkata, walaupun Rafizi tidak mengakui sebarang kesilapan, perkembangan semasa memperlihatkan situasi yang menyerupai pengalaman dilalui Allahyarham Khalid."Langkah Kajang memang tidak sepatutnya berlaku, namun ia tidak akan terjadi tanpa restu kepimpinan tertinggi serta jika kepimpinan bersikap adil dan jujur."Sebagai individu yang terlibat dalam strategi itu, beliau kini dilihat menerima kesan daripada tindakan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Mengulas lanjut, Faekah berkata, episod tersebut turut mengubah pandangannya terhadap Rafizi dan disifatkan sebagai titik tolak kepada pengkhianatan terhadap prinsip keadilan yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak penubuhannya.Menurutnya, peristiwa berkenaan juga antara detik penting yang memberi kesan besar kepada landskap politik dan pentadbiran negeri Selangor.Dalam pada itu, beliau turut mengimbas pemilihan parti pada 2010 yang menurutnya menyaksikan Allahyarham Khalid didakwa menerima tekanan untuk menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden.Dakwanya, perkara itu bagi memberi laluan kepada calon lain, sekali gus menunjukkan wujudnya campur tangan dalam percaturan dalaman parti."Saya nyatakan perkara ini sebagai gambaran bahawa campur tangan dalam parti bukan sesuatu yang baharu."Apa yang berlaku mungkin berulang dalam bentuk berbeza, dan tidak mustahil melibatkan pemimpin lain pada masa hadapan," katanya.Mengulas dakwaan terhadap prestasi Rafizi, Faekah bagaimanapun menegaskan penilaian terhadap seseorang pemimpin tidak boleh dibuat secara terasing, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks kepimpinan kerajaan secara keseluruhan.Tambah beliau, masa depan Rafizi tidak semestinya bergantung kepada kedudukannya dalam parti, sebaliknya ditentukan oleh pendirian dan langkah yang akan diambil dalam landskap politik semasa."Segalanya bergantung kepada keputusan beliau selepas ini, sama ada kekal dengan prinsip atau sebaliknya





Garis panduan BDR diumum dalam masa terdekat - Ramanan - Sinarharian - 2/04 6:27 pm

SUBANG - Beberapa garis panduan berkaitan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) dijangka diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam tempoh terdekat, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan.Beliau berkata kerajaan kini di peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan dasar berkenaan yang melibatkan sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)."Antara telah dibincangkan ialah pelaksanaannya dibuat secara berfasa





Azam enggan komen soal kontraknya bakal berakhir Mei ini - Mgazette - 2/04 3:36 pm

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkhidmatannya dalam agensi penguatkuasaan itu yang bakal tamat pada 12 Mei ini. Tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengesahkan kontrak Azam disambung untuk tempoh 12 bulan lagi bermula 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026





KP JAS, timbalannya didakwa kes rasuah di mahkamah esok – Azam - Mgazette - 2/04 3:36 pm

Dalam pada itu, Azam berkata, kekosongan jawatan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Alam Sekitar (JAS) bakal diisi selepas kedua-dua penyandangnya didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok. Beliau menyerahkan urusan pelantikan itu kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar





PN gesa kerajaan perjelas kaedah penentuan harga diesel PN gesa kerajaan .. - Mgazette - 2/04 3:36 pm

Dalam satu kenyataan hari ini, PN memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia yang sebelum ini meningkat kepada RM5.52 seliter dijangka terus naik sehingga mencecah RM6.02 seliter. Menurut gabungan itu, kenaikan mendadak dalam tempoh singkat berpotensi memberi tekanan besar kepada perniagaan, rantaian bekalan dan kos sara hidup rakyat kata Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan




Reformasi     >>



KINIGUIDE The bridge Penang's LRT still needs to cross - Mkini
Public feedback, environment review ongoing for unapproved Mutiara Line segment.
Kroni     >>



Iran, AS terima kerangka kerja tamat perang - Utusan
PETALING JAYA: Iran dan Amerika Syarikat (AS) menerima kerangka kerja untuk menamatkan perang dan membuka Selat Hormuz yang merupakan laluan perkapalan penting untuk minyak mentah. Perkara itu didedahkan menerusi satu sumber yang mengetahui cadangan tersebut selepas Iran dan AS serta Israel saling ..
Tabloid     >>



Sepakat tidak jaja hal peribadi di media sosial - Hmetro
Urusan rumah tangga bukanlah untuk tatapan umum. Biarpun mengakui dirinya milik masyarakat, pelakon serta penyanyi Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain sepakat untuk tidak berkongsi sebarang perkara negatif membabitkan urusan rumah tangga mereka di media sosial. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Investors push Amazon, Microsoft, and Google to .. - Tomshardware
More than a dozen investors are pressuring Amazon, Microsoft, and Alphabet's Google to provide detailed data on water and energy consumption at their U.S. data centers.
World     >>



Offbeat Wall Street research firm says it sent an .. - Cnbc
Before the U.S and Israel began their war against Iran, about 20% of the world's oil was shipped through the narrow Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Buletin Thailand Sita 100,000 Liter Diesel Milik .. - Mekanika
# THAILAND SITA 100,000 LITER DIESEL MILIK SYARIKAT MALAYSIA DI SADAO **Pihak berkuasa Thailand pada Sabtu menyita 100,000 liter diesel milik sebuah syarikat logistik Malaysia di Sadao, Songkhla dan menahan seorang pekerja warga Thai bagi membantu siasatan.** Gabenor Wilayah Songkhla, Rattasart ..