| /// |
|
| Search : Semenanjung News | Page 1 |
|
MA63 waad yang harus dihormati dan dilaksana – PM?? - Mygazette - 17/09 8:05 am Sebab itu kita harus ambil serius dalam meneliti, menelaah semua keputusan-keputusan yang telah kita buat dulu. dan saya perlu menyatakan bahawa isu ini (MA63) tidak mungkin selesai selagi sebahagian daripada rakan-rakan kita di Semenanjung yang berpendapat bahawa MA63 itu hanya urusan Sabah dan Sarawak, kata beliau |
|
Kepelbagaian adalah kekuatan Malaysia – Ketua Menteri Sabah - Mygazette - 17/09 8:05 am Selain ucapan Perdana Menteri, acara rasmi yang bermula pada 8.15 malam itu turut menyaksikan majlis menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia. Sambutan turut menampilkan persembahan gabungan artis jemputan, teater muzikal serta persembahan finalyang melibatkan tiga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak |
|
Bantuan khas tiket penerbangan RM500 untuk mahasiswa baharu IPTA – PM - Mygazette - 17/09 8:05 am # Bantuan khas tiket penerbangan RM500 untuk mahasiswa baharu IPTA - PM KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara _one-off_ atau sekali beri bernilai RM500 kepada setiap pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atauOktober ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada7,095 pelajaryang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, SarawakdanLabuan untuk memulakan pengajian masing-masing |
|
Jerebu berlarutan hingga esok, ini sebabnya - Kosmo - 17/09 8:00 am KUALA TERENGGANU Jerebu yang melanda hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia termasuk Pantai Timur berpotensi menghampiri paras bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200 dan dijangka berlarutan sehingga esok |
|
Bantuan khas tiket penerbangan RM500 untuk mahasiswa baharu IPTA - PM - Sinarharian - 17/09 12:23 am KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara one-off atau sekali beri bernilai RM500 kepada setiap pelajar baharu institusipengajian tinggi awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atauOktober ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada7,095 pelajaryang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, SarawakdanLabuan untuk memulakan pengajian masing-masing."Universiti awam, politeknik, kolej komuniti bagi sesi kemasukan September dan Oktober tahun ini |
|
MA63 waad yang harus dihormati dan dilaksana - Anwar - Sinarharian - 16/09 11:20 pm Bapak-bapak (pemimpin) kita dahulu telah memutuskan untuk memperkuat ikatan (Malaysia) ini. Sebab itu kita harus ambil serius dalam meneliti, menelaah semua keputusan-keputusan yang telah kita buat dulu." dan saya perlu menyatakan bahawa isu ini (MA63) tidak mungkin selesai selagi sebahagian daripada rakan-rakan kita di Semenanjung yang berpendapat bahawa MA63 itu hanya urusan Sabah dan Sarawak," kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam Rabu.Tetamu kehormat pada sambutan itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.Mengenai MA63, Anwar berkata, sebanyak sembilan isu berkaitan perjanjian itu telah diselesaikan di bawah Kerajaan Madani.Beliau berkata, antara perkara yang telah diselesaikan ialah keputusan untuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah serta Sarawak sebagai jabatan teknikal selain meletakkan wakil tetap kedua-dua negeri itu di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani juga berjaya menyerahkan kuasa kawal selia elektrik kepada Sabah serta penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak."Untuk menyelesaikan perkara ini perlu ada kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan |
|
Pelarian Rohingya Masuk Malaysia Ketika Najib, Abdul Hadi PM Anwar - Wrlr - 16/09 9:06 pm Najib, Abdul Hadi dan Ahmad Zahid berkongsi pentas ketika himpunan penindasan etnik Rohingya di Stadium Titiwangsa pada 4 Disember 2016. Foto mstar Sejak itu, pelarian etnik berkenaan dilihat semakin bertambah dari tahun ke tahun hingga mengakibatkan kebajiran mereka hampir di segenap pelusuk Semenanjung sehingga kini |
|
38 kawasan di Semenanjung catat IPU tak sihat petang ini - FMT - 16/09 6:42 pm Antara negeri catat bacaan IPU tidak sihat termasuk Selangor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Pahang, selain KL. |
|
38 kawasan di Semenanjung Malaysia catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 16/09 5:53 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 38kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petangini.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS),enam kawasan di Selangor merekodkanbacaan pada tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia (183), Shah Alam (170), Petaling Jaya (164), Klang (160), manakala Banting dan Kuala Selangor masing-masing159.Di Kuala Lumpur, bacaan tidak sihat direkodkan di Cheras (174) dan Batu Muda (170), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (170), Seremban (165) dan Port Dickson (148), serta Putrajaya (170).Di Pulau Pinang, sebanyak empat kawasan berada pada tahap tidak sihat, iaitu Minden (166), Balik Pulau (165), Seberang Jaya (160) dan Seberang Perai (158).Sementara itu, Perak mencatatkan lima kawasan pada tahap tidak sihat di Seri Manjung (166), Tasek, Ipoh (164), Tanjung Malim (161),Taiping (157) dan Pegoh, Ipoh (153).Tiga kawasan di Melaka turut mencatatkan tahap bacaan IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai (155), Alor Gajah (153) dan Bandaraya Melaka (145), manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (162), Besut (145),Kemaman (141) dan Paka (133).Di Pahang,bacaan IPU sama direkodkandi Temerloh (155), Jerantut (152), Indera Mahkota, Kuantan (143), Balok Baru dan Kuantan (142).Di Johor, bacaan tidak sihat melibatkan Tangkak (134),Kluang (124) danBatu Pahat (103), manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (158) dan Kulim Hi-Tech (155) serta satu kawasan di Kelantan, iaitu Tanah Merah (155).Selain itu, sebanyak 21kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap sederhana antaranya di Sarawak, iaitu di Kuching (79), Samarahan (67), Sibu (66), IPD Serian (60), Bintulu (58), Mukah(53), Miri (52), manakala Sabah melibatkan Tawau (73), Kimanis (66) dan Keningau (54).Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya) |
|
'y=mx+c - Ahli Parlimen Bachok kemuka formula muafakat Pas-UMNO - Sinarharian - 16/09 4:56 pm SHAH ALAM - Usaha penyatuan ummah wajar diangkat daripada sekadar strategi pilihan raya kepada agenda kenegaraan bagi memperkukuh kebersamaan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, asas penyatuan itu perlu bersifat inklusif dengan membuka ruang kepada seluruh kekuatan Melayu-Islam, termasuk parti politik, tokoh berpengaruh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersedia mencari titik persamaan."Pada masa sama, kerjasama perlu diperluaskan kepada parti dan masyarakat bukan-Melayu yang membawa pendekatan sederhana serta memahami realiti kemajmukan Malaysia," katanya menerusi kenyataan sempena Hari Malaysia pada Rabu.Beliau berkata, usaha berkenaan tidak boleh hanya bersandar kepada harapan atau sentimen, sebaliknya perlu berasaskan kesedaran, selain diperkukuh dengan integriti dan prestasi.Perkembangan itu hadir ketika agenda penyatuan ummah kembali mendapat perhatian susulan usaha memperkukuh hubungan Pas dan UMNO.Pada 5 September lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan menjadi antara ujian kepada penyatuan berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Syahir turut hadir bersama beberapa pemimpin Pas pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 11 September lalu, ketika hubungan kedua-dua parti kembali mendapat perhatian.Berhubung rundingan kerusi, Mohd Syahir mencadangkan formula muafakat yang positif bagi mengelakkan pertembungan dan mengoptimumkan kekuatan setiap parti.Beliau mengemukakan formula 'y=mx+c, dengan M merujuk muafakat, X kerusi penyandang PN/BN untuk mengelakkan pertembungan sebagai asas kekuatan, manakala C ialah kerusi marginal PH yang boleh ditawan tanpa pertindihan."Ini formula muafakat yang terbukti menjadi di Negeri Sembilan, sehingga kerajaan PH boleh ditumbangkan."Asasnya, (1) pertahan, (2) perluaskan. Sekalipun ada (3) pertukaran, serahkan kepada Presiden untuk tentukan," katanya.Mohd Syahir berkata, jika formula linear itu diterima, perkiraan yang dibuat ialah mencapai majoriti lebih 112 kerusi Parlimen serta memenangi 10 negeri di Semenanjung, termasuk Selangor.Beliau bagaimanapun mengakui usaha penyatuan berkenaan tidak mudah kerana pasti wujud cemburu dan iri hati yang disifatkannya sebagai ujian sepanjang zaman.Katanya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mengingatkan bahawa rundingan kerusi akan menjadi ujian kepada penyatuan ummah."Jangan menang secupak, rugi segantang," katanya.Mohd Syahir turut memetik peringatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya perbezaan dan pertembungan dalam kalangan pihak yang terbabit tidak akhirnya merugikan usaha penyatuan."Jangan sampai lesung dan alu berlaga, ayam yang kenyang," katanya.Mengenai hala tuju penyatuan ummah, Mohd Syahir berkata, Pas kekal konsisten dengan roadmap al-Quran dan Sunnah dalam usaha berkenaan."Segalanya demi mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan watan, tanpa menafikan hak bukan-Islam; supaya Malaysia terus makmur, stabil, dan harmoni."Cahaya di ufuk sudah kelihatan |
|
Jerebu: 41 kawasan di Semenanjung Malaysia catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 16/09 10:48 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 41 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Johan Setia (187), Shah Alam (175), Petaling Jaya (169), Klang (167), Banting (166) dan Kuala Selangor (164).Di Kuala Lumpur, bacaan tidak sihat direkodkan di Cheras (179) dan Batu Muda (172), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (177), Seremban (175) dan Port Dickson (160), serta Putrajaya (176).Di Pulau Pinang, sebanyak empat kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Minden (166), Balik Pulau (164), Seberang Jaya (162) dan Seberang Perai (160).Sementara itu, Perak mencatatkan lima kawasan pada tahap tidak sihat di Seri Manjung (166), Tanjung Malim (164), Tasek Ipoh (162), Taiping (159) dan Pegoh Ipoh (143)Tiga kawasan di Melaka turut mencatat tahap bacaan IPU tidak sihat iaitu Bukit Rambai (164), Alor Gajah (160) dan Bandaraya Melaka (153), manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu (164), Kemaman (154) dan Paka (151).Di Pahang, bacaan IPU sama direkodkan di Temerloh (163), Jerantut (162), Indera Mahkota, Kuantan (157), Balok Baru, Kuantan (154) dan Rompin (119).Di Johor, bacaan tidak sihat melibatkan Tangkak (159), Pasir Gudang (152), Batu Pahat (151), Kluang (125) dan Segamat (107), manakala di Kedah melibatkan Sungai Petani (157), Kulim Hi-Tech (155), Alor Setar (119), serta satu kawasan di Kelantan iaitu Tanah Merah (152).Selain itu, sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan pada tahap sederhana antaranya Sarawak iaitu di Kuching (73), Sibu (66), IPD Serian (66), Samarahan (65), Bintulu (59), Sri Aman (55), Miri (54), manakala Sabah melibatkan Tawau (79), Politeknik Kota Kinabalu (71) dan Keningau (56).Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya) |
|
Kualiti udara di Sarawak baik, 41 lokasi di Semenanjung rekod IPU tidak sihat - FMT - 16/09 10:04 am Sepuluh lokasi di Sarawak merekodkan bacaan IPU 'sederhana', manakala tiga lagi tahap 'baik' setakat 9 pagi. |
|
1 hari untuk semua - FMT - 16/09 8:30 am Jika 31 Ogos membawa makna berbeza di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, 16 Sept adalah hari yang dimiliki bersama semua rakyat Malaysia. |
|
1 hari untuk semua FMT - Hotfm - 16/09 8:30 am Jika 31 Ogos membawa makna berbeza di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, 16 Sept adalah hari yang dimiliki bersama semua rakyat Malaysia. |
|
Bina Malaysia untuk 100 tahun mendatang, bukan satu penggal:Amirudin - Sinarharian - 15/09 6:45 pm SHAH ALAM - Malaysia perlu berani merangka perancangan jangka panjang bagi membina sebuah negara yang bersatu, berdaya cipta, berpendapatan tinggi, berdaulat dan adil menjelang usia 100 tahun.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu tidak seharusnya terikat kepada tempoh satu penggal pentadbiran, satu kitaran ekonomi atau satu generasi kepimpinan. Sebaliknya, katanya, setiap keputusan yang dibuat pada masa kini perlu mengambil kira keupayaan serta cabaran yang bakal dihadapi Malaysia dalam tempoh beberapa dekad akan datang."Gagasan 100 Tahun menuntut kesabaran sebuah generasi dan keberanian sebuah negara."Kita perlu menentukan keupayaan jangka panjang yang mahu dibina, mutu pendidikan dan kesihatan rakyat, keterjaminan makanan dan tenaga, penguasaan teknologi, daya tahan iklim, kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta institusi yang mendapat dokongan dan kepercayaan rakyat," katanya.Beliau dipetik berkata sedemikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Bicara Perdana sempena Hari Malaysia 2026 di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.Amirudin berkata, perancangan untuk tempoh 100 tahun tidak bermaksud Malaysia sekadar menyenaraikan sasaran yang mahu dicapai, sebaliknya menentukan keputusan yang perlu dibuat mulai sekarang bagi memastikan negara mempunyai masa depan yang lebih kukuh.Menurut beliau, Malaysia perlu berfikir secara strategik dengan memahami arah perubahan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, membuat pilihan yang sukar serta membina keupayaan sebelum sesuatu krisis memaksa negara bertindak."Strategik bukan senarai segala perkara yang kita inginkan, sebaliknya ialah kejelasan tentang keutamaan, urutan tindakan dan pengorbanan yang sanggup kita lakukan untuk mencapai matlamat bersama," jelas beliau.Dalam usaha membina Malaysia menjelang usiak 100 tahun akan datang, Amirudin menjelaskan bahawa pembinaan bangsa yang yakin dan berbelas ihsan perlu menjadi asas pertama.Katanya, Malaysia tidak boleh dibina atas rasa curiga terhadap perbezaan bahasa, agama, budaya atau adat, sebaliknya rakyat perlu memahami sejarah negara secara jujur dan belajar untuk saling mengenali."Persengketaan antara rakyat Malaysia hanya akan membawa kehancuran kepada cita-cita kita untuk membina Malaysia bersekutu, Malaysia yang bermutu," jelas beliau.Amirudin memberitahu, pembinaan negara bangsa juga perlu berteraskan Perlembagaan dengan memastikan setiap rakyat mempunyai maruah dan kedudukan yang sama di sisi negara.Dalam masa sama, katanya, hubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu dibina atas semangat rakan pengasas."Tuntutan mengenai hak, pembangunan, infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan hasil bukan gangguan kepada perpaduan."Semua itu ialah sebahagian daripada usaha menyempurnakan janji Persekutuan," ujar beliau.Amirudin berkata, masa depan Malaysia dalam tempoh menjelang usia 100 tahun akan datang juga bergantung kepada keupayaan negara membina ekonomi yang mampu menghadapi perubahan iklim.Katanya, pertumbuhan ekonomi tidak boleh lagi dipisahkan daripada alam sekitar kerana banjir, cuaca panas melampau, gangguan bekalan air dan ketidakstabilan pengeluaran makanan memberi kesan langsung kepada rakyat serta ekonomi negara.Beliau berkata, Malaysia perlu melihat peralihan kepada ekonomi hijau sebagai peluang untuk membina pekerjaan dan teknologi baharu, termasuk dalam sektor tenaga, pertanian pintar, mobiliti rendah karbon dan ekonomi kitaran."Matlamatnya bukan pertumbuhan pada apa jua harga, tetapi pertumbuhan yang meningkatkan mutu kehidupan dan tidak mewariskan kos tersembunyi kepada generasi berikutnya," katanya.Mengulas kedudukan Malaysia dalam tempoh mendatang, Amirudin berkata, negara perlu memanfaatkan kedudukan strategik di Asia dengan memperkukuh ASEAN serta menjalinkan kerjasama dalam bidang pengangkutan, tenaga, ekonomi digital, pendidikan, keselamatan makanan dan tindak balas bencana.Katanya, Malaysia tidak perlu menjadi kuasa besar untuk mempunyai pengaruh, sebaliknya kekuatan itu boleh dibina melalui institusi yang dipercayai, tenaga kerja berkemahiran, dasar yang konsisten dan masyarakat yang stabil.Dalam pada itu, katanya, generasi muda perlu diberikan perhatian serius kerana mereka akan menjadi kelompok yang menentukan wajah Malaysia apabila negara memasuki usia 100 tahun.Menurutnya, generasi muda kini berdepan perubahan besar akibat media sosial, kesan pandemik Covid-19 dan perkembangan kecerdasan buatan (AI). |
|
Jerebu: Hampir Semua Kawasan Pantai Barat & Selatan Semenanjung Catat Bacaan IPU Tidak Sihat - Lobakmerah - 15/09 6:06 pm Sebanyak 39 lokasi di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 3.30 petang ini. Kebanyakan kawasan yang terjejas tertumpu di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung, dengan beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor merekodkan bacaan IPU melebihi 100 |
|
“Berdebar tak, sebab gembira” – BASS Akan Adakan Majlis Khusus Buat Rakyat Di Semenanjung & Sabah - Lobakmerah - 15/09 5:09 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak - Mypress - 15/09 2:31 pm KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang menegaskan setiap kepercayaan agama di negara ini mesti dilayan dengan penuh kemuliaan dan rasa hormat bagi memelihara keharmonian… |
|
Keputusan mohon kebenaran semakan kehakiman hapus subsidi diesel, 16 November - Kosmo - 15/09 2:00 pm KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 November bagi keputusan permohonan kebenaran dua lelaki untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan perdana menteri, kerajaan dan tiga menteri kabinet menghapus serta menyasarkan subsidi diesel di semenanjung |
|
Perpecahan Melayu boleh alih kuasa politik ke Sabah, Sarawak: Zaid - Sinarharian - 15/09 12:25 am SHAH ALAM - Perpecahan dan pertelagahan sesama pemimpin Melayu di Semenanjung dibimbangi boleh mengubah imbangan pengaruh politik dalam Persekutuan, terutama ketika Sabah dan Sarawak semakin lantang mengemukakan tuntutan berkaitan kepentingan negeri masing-masing.Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika keadaan itu berterusan, kedudukan politik Semenanjung mungkin berubah dengan ketara dalam tempoh 20 tahun akan datang.Beliau berkata, perkara itu berlaku ketika Sabah dan Sarawak semakin meningkatkan tuntutan berkaitan hasil negeri, pemberian khas serta perwakilan di Parlimen."Sabah mahukan 40 peratus daripada hasilnya, dengan menegaskan bahawa pemberian RM1 bilion tidak mencukupi."Kemudian Sarawak mahukan 10 peratus daripada jumlah hasil sebagai pemberian khas |
|
Hari Malaysia 2026 perkukuh suara Sabah, Sarawak melalui MA63 - Denyutreformasi - 15/09 8:55 am Usaha perkukuh hubungan Faktor geografi juga tidak boleh diketepikan. Sabah dan Sarawak mempunyai kawasan amat luas, taburan penduduk tidak sekata, kawasan pedalaman serta cabaran pengangkutan jauh berbeza daripada kebanyakan kawasan di Semenanjung |
|
SPAN dan NIOSH lancar WiSP, tingkat kesiapsiagaan keselamatan pekerja industri air - Astroawani - 15/09 4:15 am Pekerja dalam sektor perkhidmatan air di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diwajibkan menjalani latihan keselamatan Water Industries Safety Passport (WiSP) mulai 2028, bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka terhadap risiko di tempat kerja. |
|
Jerebu: 11 kawasan di seluruh negara rekod bacaan IPU tidak sihat - Sinarharian - 14/09 12:03 am KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 pagi ini.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Sri Aman dan Serian dengan bacaan 174 serta Kuching (135).Sementara itu, lapan kawasan di Semenanjung turut mencatat bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi direkodkan di Johan Setia, Selangor (158), Cheras, Kuala Lumpur (153), Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan masing-masing 152 dan 147, Pasir Gudang (145) dan Larkin (136) di Johor, Putrajaya (134) dan Alor Gajah, Melaka (115).Secara keseluruhannya, 55 kawasan dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatat bacaan baik.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya) |
|
Dokumen Pendaftaran Pelarian bukan untuk beri kewarganegaraan - Sinarharian - 14/09 11:37 am Tidak ada sesiapa pun atau individu mana-mana pun boleh (mendapatkannya), ia ada proses yang sangat panjang."Kita tidak boleh bagi warga negara kepada orang yang dia fikir layak untuk menjadi warga negara tetapi dari segi syarat, tidak layak," jelas beliau.DPP mula dilaksanakan pada 1 Januari lalu oleh menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mewujudkan sistem pendaftaran pelarian yang dikendalikan kerajaan sendiri.Program itu dilaksanakan selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 (Semakan 2023), termasuk bagi mendapatkan data biometrik dan maklumat identiti pelarian yang lebih tepat, lengkap serta boleh disahkan.DPP turut membabitkan proses pendaftaran maklumat biometrik, tapisan keselamatan serta penentuan dan pengesahan status individu yang memohon perlindungan sementara di Malaysia.Pada fasa pertama, KDN memberi tumpuan kepada penghuni depot tahanan imigresen di seluruh Semenanjung, dengan 4,010 individu telah didatakan setakat Jun lalu, manakala fasa kedua melibatkan pemegang kad UNHCR dan individu yang mengaku sebagai pelarian di luar depot dirancang bermula pada separuh kedua 2026.Dalam pada itu, Awang Alik meminta warga KDN memberikan penjelasan yang jelas dan tepat sekiranya ditanya mengenai tujuan pelaksanaan DPP."Saya minta sangat-sangat daripada semua pihak agar kita berkongsi |
|
'Kapten Zainol Afiq disayangi ramai termasuk di pedalaman Sarawak' - Sinarharian - 13/09 8:33 pm SEREMBAN - Bapa kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu melihat kehadiran ramai yang mengiringi perjalanan terakhir anaknya itu.Bagi Bee Sham Ahmad, 59, kehadiran begitu ramai individu yang datang ke pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini menjadi bukti anak keempat daripada 12 beradik itu disayangi ramai.Menurutnya, sepanjang lima hari empat malam berada di Sarawak bagi menguruskan pelbagai perkara berkaitan anaknya, beliau tidak tidur membaca perkongsian orang ramai di media sosial berkenaan kebaikan Allahyarham."Berapa ramainya orang yang memuji keperibadian arwah dan orang itu pun saya tak kenal siapa mereka, bukan saja di Semenanjung, tetapi juga di kawasan pendalaman Sarawak."Dalam tempoh beberapa hari sebelum kejadian berlaku, dia kerap masuk ke kawasan pendalaman membawa petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga ramai penduduk di sana menyayanginya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Senawang di Forest Heights di sini pada Ahad.Bee Sham berkata, perjalanan ke sesetengah kawasan pedalaman bukan mudah kerana terdapat lokasi yang memerlukan penerbangan menggunakan helikopter yang tempohnya lebih singkat berbanding menggunakan jalan darat.Katanya, setiap kali anaknya ke kawasan berkenaan, dia akan menginap di rumah inap desa di sana, malah ketika hari kejadian, pemiliknya sudah siap memasak makanan."Itulah yang menunjukkan betapa sayangnya orang-orang di pedalaman kepada dia walaupun tempoh dia di sana agak singkat, kira-kira dua tahun lebih," katanya.Beliau berkata, kasih sayang terhadap Allahyarham turut jelas dirasainya apabila ramai individu yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada anaknya.Ujarnya, keadaan itu jelas menunjukkan yang Allahyarham disenangi ramai termasuklah oleh rakan sekerja daripada pelbagai latar belakang dan agama.Selain itu Bee Sham berkata, sebagai seorang bapa, beliau sememangnya mengetahui anaknya seorang yang baik selain gemar menyebarkan dakwah dalam kalangan rakan-rakannya.Ujarnya, Allahyarham juga sentiasa menjaga solat dan berusaha menunaikan ibadah pada awal waktu."Saya rasa ALLAH mahu tunjukkan sesuatu bahawa kepulangannya ke rahmatullah adalah satu daripada amalan yang dia lakukan."Mungkin banyak rahsianya yang kita tidak tahu, tetapi ALLAH mahu tunjukkan kepada kita supaya berbuat baik sesama insan dan berkebajikan tanpa mengira penat lelah," katanya.Dalam pada itu Bee Sham berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku.Mengulas mengenai dakwaan yang tular berhubung keadaan helikopter yang digunakan uzur, Bee Sham berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi, namun mengharapkan pengangkutan digunakan lebih diberikan perhatian.Tambahnya, anaknya mempunyai pengalaman kira-kira sembilan tahun dalam bidang penerbangan dan pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat sebelum ini.Terdahulu, Jenazah Allahyarham yang yang maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Miri, Sarawak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Height Senawang di sini pada jam 6.04 petang.Pengebumian tersebut dihadiri lebih 500 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat.Turut kelihatan, Nor Izzati Syamimi Suhaimi, 31, dan dua anak mereka Adelia Sofia Zainol Afiq, 6, dan Ian ZaynZainol Afiq, 9 bulan.Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Masjid Bandar Baru Senawang di sini. |
|
KKM serah 5 jenazah nahas helikopter Miri kepada keluarga hari ini... - Mygazette - 13/09 7:04 pm Bagi juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham pula, jenazah Allahyarham akan diterbangkan dari Miri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) menaiki penerbangan Malaysia Airlines untuk dikebumikan di Taman Perkuburan Forest Height, Senawang, Negeri Sembilan. KKM amat berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyediakan kemudahan logistik TUDM bagi melancarkan urusan penghantaran pulang jenazah ke Semenanjung Malaysia |
|
Tambah kerusi Sabah, Sarawak satu lagi ???lakonan??? PMX ??? Fadhli Shaari - Mygazette - 13/09 7:04 pm Tetapi ia memerlukan pindaan Perlembagaan dengan dua pertiga suara majoriti di Parlimen. Tanpa rundingan untuk pertambahan juga di banyak lokasi di Semenanjung, adakah anda fikir ia akan lulus dengan mudah? Jika Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengambil sikap tidak menyokong, adakah ia boleh lulus? katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial hari ini |
|
Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat setakat 4 petang - Astroawani - 13/09 6:30 pm Sebanyak limakawasan,empatdi Sarawak dan satudi Semenanjung, mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahaptidak sihatakibat jerebu setakat 4petangini. |
|
Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 13/09 4:29 pm KUALA LUMPUR - Lima kawasan, empat di Sarawak dan satu di Semenanjung, mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 4 petang ini.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), empat kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (174), Sri Aman (164), Samarahan (154), Kuching (154).Di Semenanjung, Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 131.Secara keseluruhan, sebanyak 56 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan mencatat bacaan baik, sementara tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya) |
|
Pas dakwa janji tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak hanya lakonan PMX - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 13/09 3:32 pm SHAH ALAM - Pas dakwa janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak sebagai lakonan.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tambahan kerusi itu satu perkara yang baik dan praktikal tetapi memerlukan pindaan perlembagaan dengan dua pertiga suara majoriti di Parlimen."Sekali lagi PMX (merujuk kepada Perdana Menteri) tampil dengan lakonan bermutu tinggi apabila menjanjikan tambahan kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak."Maka tersenyum lebarlah kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak di sebelah kanan dan kiri PMX mendengar janji ini. Saya harap mereka berdua tidak mudah terpedaya."Tanpa rundingan untuk pertambahan juga di banyak lokasi di Semenanjung, adakah anda fikir ia akan lulus dengan mudah? Jika Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengambil sikap tidak menyokong, adakah ia boleh lulus?," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Ujarnya, kali terakhir persempadanan pilihan raya dibuat ialah pada tahun 2018, rundingan dan sesi libat urus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama pemegang-pemegang taruh bermula sejurus selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).Katanya, bermula dari sempadan baru bahkan nama Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pun dirunding pada masa itu dengan parti-parti yang terlibat."Adakah anda rasa janji untuk menambah kerusi parlimen ini boleh dilaksanakan sebelum PRU16 tanpa sebarang rundingan dibuat oleh SPR bersama pemegang-pemegang taruh? Ia bukan mudah dan bukan kerja sebulan dua."Pertambahan kerusi parlimen ini perlu, kita akui, tetapi ia bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, bahkan di Semenanjung."Lebih kritikal lagi ialah di kerusi-kerusi negeri-negeri Pantai Timur atau malay belt area yang mana ketika pertambahan kerusi untuk PRU 2004, negeri-negeri ini tidak menikmati pertambahan kerusi sebagaimana Pantai Barat," katanya.Beliau turut mendakwa perkara berkenaan merupakan janji manis namun tidak praktikal untuk masa sekarang.Katanya, PRU16 akan berlaku dalam tempoh setahun sahaja lagi, Sabah Sarawak jangan mudah tertipu dengan lakonan tersebut."Tujuan sebenar janji ini ialah untuk memastikan Sabah Sarawak terus menyokong kerajaan Madani jika BN mengambil sikap untuk keluar dari kerajaan."Jika itu berlaku, kerajaan Madani boleh bertahan dengan majoriti tipis tetapi untuk meminda perlembagaan dan menambah kerusi parlimen, ia tidak akan berlaku jika tiada perundingan."Pas tiada masalah untuk setuju jika pertambahan kerusi ini adil untuk semua dan melalui perbincangan yang sepatutnya," katanya.Menurutnya tidak mahu Sabah Sarawak mengambil salah langkah selain mendakwa menyokong Kerajaan Madani pada hari ini boleh jadi mendapat untung sehari dua, tetapi tidak dalam jangka masa yang panjang."PMX akan jadi XPM tidak lama lagi Insya-ALLAH |
|
Jelajah RCI TH tidak ganggu proses mahkamah - Mujahid - Sinarharian - 13/09 3:29 pm JOHOR BAHRU - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menepis tanggapan bahawa jelajah penerangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang dijalankannya mengganggu proses perundangan yang sedang berlangsung di mahkamah.Beliau berkata, penganjuran siri jelajah tersebut bertujuan memberikan kesedaran awam agar isu salah urus tadbir sedemikian tidak berulang di TH mahupun institusi lain, selain menangkis kekeliruan yang ditimbulkan sesetengah pihak terhadap laporan RCI."Mahkamah kita tak kacau, itu jalur hukum yang kita biarkan. Tujuan laporan RCI itu dibawa ke pengetahuan umum supaya kita ambil pengajaran dan pada masa sama menepis kekeliruan yang timbul, seperti pihak yang tidak menghormati atau menimbulkan keraguan terhadap fakta RCI."Siri jelajah penerangan berkenaan akan meneruskan sasarannya ke seluruh Semenanjung Malaysia secara berterusan bagi memastikan kesedaran awam dapat dipupuk secara berperingkat, khususnya dalam kalangan umat Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Penerangan RCI Tabung Haji di sini pada Ahad.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, empat individu didakwa di mahkamah, manakala beberapa lagi termasuk bekas pengurusan kanan TH dan seorang bekas menteri ditahan serta direman bagi membantu siasatan, kurang dua bulan selepas laporan itu didedahkan kepada umum.Mereka yang telah didakwa ialah Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd, Nasahruddin Ahmad; serta bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd, Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd.Turut didakwa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad, yang dihadapkan ke mahkamah pada Khamis lalu.Dalam perkembangan sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin depan berhubung siasatan SPRM susulan penemuan tersebut.Beliau berkata, pihaknya telah mengesyorkan tiga pertuduhan terhadap individu berkenaan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.Mengulas lanjut mengenai siasatan isu berkenaan, Mujahid menjelaskan tindakan semasa adalah bersandarkan kepada 14 kes yang dirujuk untuk diambil tindakan lanjut.Menurutnya, hampir separuh daripada 14 kes tersebut dikenal pasti dan dilaporkan kepada pihak polis semasa pentadbirannya pada 2018 ketika proses pemulihan TH dijalankan."Laporan polis telah pun dibuat pada zaman itu, tetapi tiada tindakan susulan sehinggalah berlaku perubahan kerajaan |
|
Lebih 70 kerusi diperlukan wakili 1/3 Dewan Rakyat - Bekas MP Sabah - Sinarharian - 13/09 10:57 am KOTA KINABALU - Lebih 70 kerusi Parlimen diperlukan untuk mewakili satu pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat sekiranya berdasarkan komposisi sedia ada ketika ini.Bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berpandangan, jumlah itu bagaimanapun masih perlu diperincikan terutama mengambil kira cadangan penambahan kerusi Parlimen yang turut melibatkan Semenanjung."Kalau sekarang ini 222, ertinya kalau satu pertiga itu lebih kurang 70 hingga 80 kerusi, kalau mengikut 222 kerusi yang ada sekarang."Mungkin daerah-daerah yang ada boleh dibahagi-bahagikan lagi dan diberikan keutamaan kerusi Parlimen, tetapi kena dikaji dan dilihat lagi," katanya ketika ditemui pemberita pada Malam Apresiasi Media di sinipada malam Sabtu.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan penambahan kerusi Parlimen susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai usaha meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak.Azizah berkata, beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan berhubung penambahan kerusi berkenaan dan berharap usaha itu dapat direalisasikan secepat mungkin selepas melalui proses serta prosedur yang ditetapkan."Kita mengalu-alukan apa yang disebut oleh Perdana Menteri berkenaan keputusan Kabinet untuk menambah kerusi bagi Sabah dan Sarawak dan harapan saya supaya ia menjadi satu kenyataan dalam masa yang secepat mungkin."Tentu ia akan melalui banyak prosedur lagi, mungkin pindaan-pindaan Perlembagaan dan sebagainya |
|
Jerebu: Serian, empat kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 13/09 10:20 am KUALA LUMPUR - Tiada kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 9 pagi ini, manakala hanya enam kawasan merekodkan bacaan tidak sihat.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 185, diikuti Sri Aman (174), Samarahan (156), Kuching (156) dan Sibu (109).Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan IPU 120.Secara keseluruhan, sebanyak 54 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan lagi mencatatkan bacaan tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 301 dan ke atas (berbahaya) |
|
Jerebu seluruh negara makin pulih - Mygazette - 13/09 7:02 am Selain Serian, beberapa kawasan lain di Sarawak masih terperangkap dalam kategori tidak sihat, antaranya Sri Aman (199) Samarahan( 176) Kuching( 174) dan Sarikei (115) Kawasan lain di Sarawak seperti Bintulu (97), Mukah (90), Miri (89), dan Samalaju (89) kekal berada pada tahap sederhana. Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan, taburan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pedalaman di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur memainkan peranan penting mendatangkan kesan pembersihan udara secara semula jadi di Semenanjung |
|
Melayu berpecah, kuasa politik semakin lemah – Khaled - Mygazette - 13/09 7:02 am # Melayu berpecah, kuasa politik semakin lemah - Khaled KUALA LUMPUR - Perpecahan politik Melayu bukan sekadar melemahkan kekuatan dalaman bangsa itu, tetapi memberi kesan ke atas kedudukan Semenanjung dalam menentukan hala tuju pemerintahan Malaysia |
|
Angkat MA63 sebagai naratif nasional permulaan kepada perbincangan lebih .. - Mygazette - 12/09 7:57 am Menurutnya, seruan itu juga bukan sekadar membuka ruang lebih luas untuk membicarakan hak Sabah dan Sarawak, tetapi mengajak seluruh rakyat menilai kembali kefahaman tentang sejarah, asas pembentukan dan makna Malaysia itu sendiri. Kita harus mengakui bahawa setelah lebih enam dekad pembentukan Malaysia, wacana kebangsaan masih banyak berlegar dari sudut pandang Semenanjung |
|
MA63 perlu diangkat sebagai naratif nasional, bukan isu Sabah dan Sarawak semata-mata - Kamil Munim - Sinarharian - 11/09 10:18 pm SHAH ALAM - Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diangkat secara lebih mendalam sebagai sebahagian daripada naratif nasional, bukan sekadar dilihat sebagai tuntutan wilayah antara Kota Kinabalu, Kuching dan Putrajaya.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, penegasan Perdana Menteri di Sabah itu membuka ruang untuk menilai semula kefahaman mengenai sejarah, asas pembentukan serta makna Malaysia.Beliau berkata, selepas lebih enam dekad pembentukan Malaysia, wacana kebangsaan masih banyak berlegar dari sudut pandang Semenanjung, sedangkan sejarah tidak pernah meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai catatan sampingan."Naratif nasional tidak memadai sekadar dengan masyarakat di Semenanjung memahami tuntutan Sabah dan Sarawak |
|
Anwar mahu MA63 dijadikan naratif nasional - Sinarharian - 11/09 2:02 pm Tentang pembangunan, tentang kestabilan, tentang apa yang kita janji kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan Malaysia 1963. Itu harus dimeterai sebagai sebuah naratif nasional," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Jumaat.Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.Anwar berkata, rakyat Malaysia perlu diajak untuk melihat perkara berkenaan melangkaui kepentingan kaum, parti atau kelompok tertentu, sebaliknya sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan negara."Kita kena ajak rakyat Malaysia ini tidak bicara soal kaum parti atau kelompok dia sahaja, tetapi bicara sebagai satu wacana untuk memberikan keutuhan kepada negara."Jadi saya sangat hargai sidang ini, kita jelaskan betul-betul, ini adalah komitmen nasional, dasar nasional," katanya.Menurut Anwar, pendekatan sama perlu digunakan dalam memahami pertimbangan Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah dan Sarawak termasuk berkaitan peningkatan peruntukan atau perkara di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.Katanya, rakyat di Semenanjung tidak seharusnya melihat langkah sedemikian sebagai satu bentuk pertimbangan khas yang hanya diberikan kepada Sabah dan Sarawak."Bila kita tambah umpamanya peruntukan ataupun 112D ini kepada Sarawak dan Sabah, umpamanya Sabah dalam konteks ini, di Semenanjung jangan difikirkan ini satu pertimbangan khas kepada Sarawak |
|
Kerjasama Strategik Pemuliharaan MPOGCFPerhilitan Berjaya Lahirkan 8 Anak Harimau Malaya - Lobakmerah - 11/09 12:35 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) terus memperkukuh usaha pemuliharaan Harimau Malaya melalui program penajaan makanan dan suplemen kesihatan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak |
|
MPTMA63: PM Anwar Hadiri Majlis Makan Malam Anjuran Kerajaan Sabah - Wrlr - 11/09 10:54 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO Ketika berucap selaku tuan rumah Hajiji berkata, menjelang Sambutan Hari Malaysia ke-63 yang bakal disambut 16 September depan, semangat kebersamaan yang membawa kepada pembentukan Malaysia pada 1963 terus menjadi asas penting dalam memelihara hubungan erat antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak |
|
7 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini - Siakapkeli - 10/09 11:12 pm MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri serta WP Labuan sehingga jam 1 pagi, membabitkan beberapa daerah di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. |
|
11 kawasan catat IPU tak sihat petang ini - FMT - 10/09 6:57 pm Sebanyak 8 kawasan di Sarawak dan 3 di Semenanjung catat bacaan IPU antara 112 hingga 183 setakat 5 petang. |
|
Fenomena Super El Nino: MetMalaysia jangka suhu lebih 40 darjah celsius tahun depan - Sinarharian - 10/09 6:32 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan suhu di beberapa kawasan dalam negara mampu melepasi 40 darjah Celsius tahun hadapan, susulan fenomena Super El Nino yang diramal berada pada tahap intensiti paling kuat.Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, impak fenomena berkenaan biasanya akan mula dirasai pada penghujung Musim Monsun Timur Laut iaitu sekitar Mac hingga April, khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung.Beliau berkata, kemuncak fenomena cuaca terlalu panas itu dijangka bertembung dengan tempoh Ekuinoks sekitar Mac hingga April depan, sekali gus mendorong lonjakan suhu ekstrem."Rekod suhu harian tertinggi yang pernah dicatatkan di negara ini adalah 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis semasa fenomena Super El Nino pada 1997/1998."Melihat kepada fenomena yang diramal lebih kuat daripada episod sebelum ini, ditambah pula faktor pemanasan global, adalah tidak mustahil suhu boleh melepasi rekod dan mencecah hingga 40.5 atau 41 darjah Celsius," katanya ketika menjadi tetamu program Fokus 30 bertajuk 'Super El Nino: Kesan Kepada Negara' terbitan BERNAMA Radio, di sini hari ini.Beliau berkata, umat Islam dijangka berpuasa dan beraya dalam keadaan cuaca sangat panas tahun hadapan, justeru, aktiviti ziarah-menziarahi serta aktiviti luar rumah wajar dielakkan demi keselamatan dan kesihatan."Matahari berada tegak atas kepala semasa Ekuinoks dan tanpa perlindungan awan yang mencukupi akibat cuaca kering, pendedahan terus kepada haba boleh memberi impak buruk," katanya.Mohd Hisham berkata, persekitaran cuaca ketika ini masih di peringkat El Nino biasa dan perlu melalui fasa beransur-ansur daripada tahap lemah, sederhana, kuat sehingga berkembang menjadi sangat kuat atau Super El Nino menjelang penghujung tahun ini.Menurut beliau, Malaysia pernah berdepan kejadian Super El Nino sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada episod 1982/1983, 1997/1998 dan 2015/2016 yang menyaksikan keadaan cuaca harian negara menjadi panas yang ekstrem.Mohd Hisham berkata, fenomena Super El Nino secara umumnya berlaku berikutan peningkatan suhu air laut di Lautan Pasifik yang mempengaruhi keadaan udara secara global, menyebabkan pengurangan taburan hujan ketara dan cuaca menjadi lebih kering berbanding kebiasaan selain meningkatkan risiko jerebu berintensiti tinggi akibat kebakaran terbuka."Dari segi rekod sebelum ini, kita pernah mencatatkan tempoh tanpa hujan berterusan hingga 70 hari di kawasan utara seperti Langkawi dan Alor Setar |
|
Jerebu: 11 kawasan catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 10/09 5:58 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kawasan, masing-masing lapan di Sarawak dan tiga di Semenanjung, mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat (kuning) akibat jerebu setakat 5 petang ini.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lapan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (183), Sarikei (182), Samarahan (176), Kuching (175), Samalaju (165), Sri Aman (157), Sibu (155) dan Mukah (154).Di Semenanjung, dua kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Larkin (119) dan Pasir Gudang (112) serta di Batu Muda, Kuala Lumpur (167).Secara keseluruhan, 52 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala lima kawasan mencatatkan bacaan baik dan masing-masing sifar bagi bacaan tahap sangat tidak sihat dan bahaya.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga 9 malam ini.Keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh Perlis dan Pulau Pinang serta Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Kerian di Perak, manakala di Kelantan melibatkan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang.Turut dijangka mengalami cuaca buruk itu di Terengganu melibatkan Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, sementara di Pahang merangkumi kawasan Cameron Highlands, Raub, Bentong, Lipis, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh dan Maran.Kawasan lain termasuk Hulu Selangor dan Hulu Langat di Selangor; Jelebu, Negeri Sembilan dan Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor.Cuaca sama turut dijangka melanda Sarawak melibatkan Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau dan Kanowit), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Limbang (Lawas), Miri (Bario), Kuching (Kuching dan Bau) dan Sarikei (Julau).Sementara di Sabah, membabitkan Sandakan, Pantai Barat, Pedalaman (Pensiangan, Sook, Tenom, Sipitang, Beaufort, Membakut, Tambunan dan Keningau) dan Kudat (Kota Marudu) |
|
Beras RM36, diesel RM4.57, tiket flight RM1,000: Rakyat Sabah terus .. - Mygazette - 10/09 4:41 pm # Beras RM36, diesel RM4.57, tiket flight RM1,000: Rakyat Sabah terus terhimpit KUALA LUMPUR - Beras 10 kilogram berharga RM36, diesel RM4.57 seliter dan tiket penerbangan ke Semenanjung boleh mencecah lebih RM1,000 sehala |
|
Malaysia kecam gesaan pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza - Wisma Putra - Astroawani - 10/09 2:00 pm Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya gesaan terbaharu rejim Zionis Israel untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa dari Semenanjung Gaza. |
|
Flat Hijau digempur, 325 PATI ditahan - Sinarharian - 9/09 4:02 pm PUTRAJAYA - Sebuah pangsapuri dikenali sebagai Flat Hijau di sini yang didakwa dibanjiri warga asing digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi penguatkuasaan pada Rabu.Operasi itu dijalankan susulan aduan dan maklumat awam berhubung kehadiran warga asing yang tinggi di kawasan berkenaan.JIM dalam kenyataan memaklumkan operasi membabitkan seramai 127 pegawai dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Menurutnya, operasi berkenaan dilaksanakan hasil risikan serta pemantauan berdasarkan maklumat yang diterima."Seramai 740 individu diperiksa dan daripada jumlah itu, 325 warganegara asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen."Mereka yang ditahan terdiri daripada 270 lelaki dan 55 perempuan berusia antara 18 hingga 56 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.JIM berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan Thailand.Katanya, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas."Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya.Dalam pada itu, JIM memandang serius setiap aduan dan maklumat awam berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen."Setiap maklumat yang mempunyai asas akan dinilai dan dikembangkan melalui risikan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersasar berdasarkan peruntukan undang-undang," katanya.JIM turut memberi amaran tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menggaji, melindungi atau membantu warga asing melakukan kesalahan imigresen."Majikan dan pemilik premis diingatkan supaya memastikan setiap warga asing yang digaji atau ditempatkan mempunyai dokumen serta pas yang sah dan mematuhi syarat ditetapkan."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang," katanya.JIM turut menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat lengkap melalui saluran rasmi jabatan sekiranya mengesyaki keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau sebarang pelanggaran undang-undang imigresen. |
|
Zaid gesa pemimpin Semenanjung bersuara isu Petronas-Sarawak - Sinarharian - 9/09 11:25 am SHAH ALAM -Bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim menggesa pemimpin politik di Semenanjung termasuk daripada Umno dan pembangkang menyatakan pendirian berhubung pertikaian minyak dan gas antara Petronas dan Sarawak.Menurut beliau, isu berkenaan bukan semata-mata membabitkan kepentingan Sarawak, sebaliknya turut mempunyai implikasi terhadap Petronas serta kepentingan Persekutuan secara keseluruhan."Bila saya akan dengar ahli politik pembangkang dan pemimpin Umno bersuara mengenai perkara ini?" katanya menerusi hantaran di X.Zaidturut mempersoalkan sama ada pemimpin politik keberatan mengambil pendirian kerana tidak mahu menjejaskan hubungan dengan parti-parti dari Malaysia Timur yang mempunyai pengaruh penting dalam pembentukan kerajaan Persekutuan.Zaid, yang baru-baru ini menyertai PAS, turut memberi amaran supaya rundingan antara Putrajaya dan Sarawak tidak dipengaruhi pertimbangan politik.Katanya, kepentingan minyak dan gas negara tidak seharusnya dijadikan bahan tawar-menawar bagi mendapatkan sokongan politik.Kenyataan Zaid itu dibuat menjelang mesyuarat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijangka dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu, Jumaat ini.Beliau membangkitkan kemungkinan kedudukan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal Sarawak menjadi antara perkara penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.Zaid mendakwa peranan tersebut bernilai kira-kira RM10 bilion setahun.Beliau turut merujuk kepada cukai jualan negeri (SST) yang dikenakan Sarawak terhadap produk petroleum, yang menurutnya telah memberikan hasil berbilion ringgit kepada negeri berkenaan.Zaid berkata, kerajaan Persekutuan perlu mempertahankan kepentingan Persekutuan dan Petronas, pada masa sama menghormati hak Sarawak.Beliau turut berpandangan bahawa persoalan berkaitan hak perundangan Petronas dan Sarawak seharusnya diputuskan melalui proses kehakiman sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian."Biar Mahkamah Persekutuan putuskan; biar hak Petronas dibicarakan," katanya.Menurutnya, perkara berkaitan MA63 perlu dibincangkan secara terbuka demi kepentingan negara dan tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada percaturan politik antara pemimpin. |
|
Hampir tiga dekad Kelantan tarah hutan simpan kekal, SAM persoal siapa .. - Wrlr - 9/09 11:12 am Kawasan Rangkaian Ekologi CFS berperanan sebagai koridor bagi menghubungkan kompleks hutan dan amat penting kepada pergerakan hidupan liar. Mana-mana kawasan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PlanMalaysia) sebagai Kawasan Rangkaian Ekologi CFS perlulah dikawal atau seboleh-bolehnya mengelakkan apa sahaja kululusan yang melibatkan penukaran guna tanah hutan, tegasnya |
|
Empat kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat - Sinarharian - 8/09 5:17 pm SHAH ALAM - Indeks Pencemar Udara (IPU) di empat kawasan di Sarawak mencatatkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat, membabitkan IPD Serian (254), Kuching (261), Sri Aman (234) dan Samarahan (231).Dapatan itu diperoleh berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat kemas kini pada jam 3 petang Selasa.JAS berkata, sebanyak 24 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Tasek Ipoh (159), Pegoh (151), Seri Manjung (156) dan Tanjung Malim (156) di Perak, manakala di Kuala Lumpur melibatkan Batu Muda (163) serta Cheras (159)."Di Putrajaya (156), manakala daerah Selangor membabitkan Kuala Selangor (124), Petaling Jaya (154), Shah Alam (163), Klang (155) dan Banting (159)."Di Negeri Sembilan pula ialah Nilai dengan IPU 159 dan Seremban (153), manakala di Melaka meliputi Alor Gajah (146) serta Bukit Rambai (107)."Terdapat juga kawasan di Sarawak yang mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat seperti ILP Miri (173), Miri (164), Samalaju (179), Bintulu (168), Mukah (185), Sarawak (166), Sarikei (185) dan di Selangor, iaitu Johan Setia (165)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.JAS turut memaklumkan bahawa tiga kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala 36 lokasi berstatus sederhana.Kata jabatan itu, pihaknya memandang serius perkembangan kualiti udara semasa dan terus memperkukuh pemantauan serta tindakan di lapangan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan Arahan NADMA No. 1: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.Jelasnya, keadaan itu berlaku dalam persekitaran cuaca kering yang berterusan di sebahagian rantau Selatan ASEAN.Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 7 September, sebanyak 109 titik panas dikesan di Kalimantan, 119 di Sumatera dan enam di Malaysia, termasuk empat di Pahang serta satu di Terengganu."ASMC turut melaporkan kepulan asap rentas sempadan sederhana hingga tebal diperhatikan meliputi bahagian barat laut Borneo."Kepulan asap sederhana hingga tebal turut diperhatikan berpunca daripada kelompok titik panas yang dikesan di banyak kawasan di Kalimantan, bahagian timur Jawa serta bahagian tengah dan selatan Sumatera."Jerebu sederhana turut diperhatikan di bahagian barat Semenanjung Malaysia," ujar jabatan itu.Tambah JAS, pihaknya memberi perhatian khusus terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di beberapa lokasi di Sarawak, khususnya di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah berikutan risiko kebakaran yang lebih tinggi dalam keadaan cuaca panas serta kering.Jelasnya, kebakaran di kawasan berkenaan berpotensi menghasilkan asap dan pelepasan bahan pencemar yang boleh menjejaskan kualiti udara setempat sekiranya tidak dikawal.Berdasarkan status terkini, kebakaran antaranya di Jalan Sibujaya Barat, Mukah, berjaya dipadamkan sepenuhnya, manakala di Kampung Kut, Daro, daripada keseluruhan kawasan seluas lapan hektar yang terbakar, kira-kira 7.8 hektar berjaya dipadamkan dengan baki 0.2 hektar masih dalam tindakan pemadaman.JAS dalam masa sama meminta orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, khususnya ketika keadaan cuaca panas dan kering serta kualiti udara berada pada tahap tidak sihat hingga berbahaya."Orang ramai juga diminta supaya tidak membenarkan tanah atau premis milik mereka dimasuki mahupun dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka," tegas jabatan itu lagi.Selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda minimum RM25,000 hingga RM1,000,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.Kompaun sehingga 50 peratus daripada denda maksimum juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan.Orang ramai diminta segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran atau pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi talian 999 atau JAS melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 bagi membolehkan tindakan segera diambil. |
|
873 CCTV Pantau Hampir Enam Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya Setiap Hari - Careta - 8/09 4:25 pm Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Semenanjung Malaysia kini mempunyai 34 lebuh raya bertol sepanjang 2,151 kilometer yang dikendalikan oleh 28 syarikat konsesi |
|
Adakah PH-BN sekufu? Atau Adakah BN-PN sekufu? - Denyutreformasi - 8/09 4:16 pm Maksudnya UMNO/BN sudah ada data dan pertimbangan2 kerjasama dengan dua parti tersebut. Yang UMNO/BN belum ada adalah data dan pertimbangan terkini bergerak secara solo (dalam konteks Semenanjung) |
|
MAHA 2026 lakar sejarah tersendiri, catat 5 juta pengunjung - Sinarharian - 8/09 11:05 am Memorandum persefahaman turut berjaya memeteraikan kolaborasi strategik dan jangkaan pelaburan lebih kurang RM10.35 bilion," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.Mengulas lanjut, Mohamad berkata, MAHA 2026 bukan pengakhiran kepada usaha memperkukuh sektor pertanian negara, sebaliknya menjadi lonjakan baharu ke arah transformasi sektor berkenaan.Menurutnya, segala pemeteraian perjanjian, jalinan perkongsian teknologi dan ilham yang dizahirkan sepanjang program itu berlangsung perlu disusuli dengan tindakan susulan yang pantas supaya manfaatnya sampai ke golongan sasar."Bagi penganjuran MAHA pada masa akan datang, saya menaruh harapan yang tinggi agar platform ini akan terus mekar sebagai hab inovasi agromakanan terunggul di rantau ini."Kita akan terus berusaha menarik lebih ramai penyertaan anak muda dan modal insan berkemahiran tinggi ke dalam ekosistem pertanian, selaras dengan matlamat untuk membina sebuah negara yang mandiri, berdaya tahan dan terjamin daripada segi bekalan makanan," katanya.Dalam pada itu katanya, kemeriahan di 13 Pavilion Negeri,kepelbagaian sajian di Food Empire dan keunikan aktiviti interaktif di Laman Ternakan, Perikanan, Padi serta Hortikultur telah menjadikan MAHA 2026 satu destinasi agropelancongan keluarga yang menyatukan seluruh warga Malaysia Madani.Menurutnya lagi, semasa penganjuran MAHA tahun 2024, pihaknya berjanji untuk mengurangkan jurang de sit imbangan dagangan negara dalam sektor agromakanan.Ujarnya, dengan kerjasama dan sokongan Perdana Menteri serta Kerajaan Madani pihaknya berjaya mengurangkan de sit imbangan dagangan dalam sektor agromakanan sebanyak RM5.4 bilion atau 13.8 peratus pada tahun 2025."Bagi tahun 2026 sehingga Mei, de sit ini terus mencatatkan penurunan sebanyak26.4 peratus.Ini meliputi nilai eksport meningkat 8.1 peratus kepada RM58.8 bilion berbanding nilai import menurun 1.1 peratus kepada RM92.7 bilion pada tahun 2025 berbanding tahun 2024," katanya.Pengalaman berbeza buat pengunjungKemeriahan MAHA 2026 memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung yang hadir, termasuk mereka yang pertama kali menyertai pameran berkenaan.Bagi Camaylea Fasyiehah Aehmad, 18, yang berasal dari Sabah, MAHA 2026 menjadi pengalaman pertama buatnya selain peluang memperkenalkan makanan tradisi negeri itu kepada pengunjung.Pelajar Universiti Islam Selangor itu berkata, penganjuran program berkenaan sedikit sebanyak mengubat kerinduannya terhadap kampung halaman selepas berpeluang melihat pelbagai produk dan tradisi Sabah."Saya teruja kerana pertama kali sertai MAHA. Ramai pengunjung dan kebanyakannya ke sini mencari makanan tradisi Sabah."Orang semenanjung berminat dengan makanan tradisi Sabah |
|
MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026 - Careta - 6/09 5:21 pm Menurut MODENAS, program tersebut ditawarkan di 94 lokasi seluruh negara, melibatkan 84 pengedar sah terpilih, lima MODENAS Service Centre dan lima cawangan Service Plus di Semenanjung Malaysia, Sabah serta Sarawak |
|
Enam kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat - Mygazette - 6/09 5:15 pm Kepulan asap sederhana hingga tebal turut diperhatikan di Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur serta bahagian tengah dan selatan Sumatera. Jerebu sederhana turut diperhatikan di Singapura, bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan bahagian timur Jawa |
|
PN akan bincang kedudukan Bersatu dua minggu lagi - Takiyuddin - Sinarharian - 5/09 5:21 pm KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua minggu lagi bagi membincangkan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan itu.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau diarahkan Pengerusi PN untuk mengeluarkan notis mesyuarat pada bulan ini dan pertemuan itu dijadual berlangsung di Kuala Lumpur.Katanya, mesyuarat berkenaan turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam kalangan parti komponen PN selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serta perkembangan politik di Sarawak."Kami akan bincang macam-macam isu termasuk bagi menghadapi PRU16 dan PRN Melaka."Bersatu juga salah satunya, kami nak lihat kedudukan parti-parti anggota dalam PN ini dan mungkin ada parti-parti baharu yang nak menyertai PN," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Muktamar Tahunan Pas ke-72 di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, mesyuarat itu turut akan meneliti kedudukan parti-parti komponen PN sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.Ketika ditanya mengenai kedudukan Bersatu yang masih belum diputuskan, beliau berkata, keputusan mengenainya akan dibuat dalam mesyuarat berkenaan."Lebih baik lambat daripada tidak langsung, kita akan putuskan perkara itu," katanya.Dalam perkembangan sama, Takiyuddin berkata, agenda Penyatuan Ummah yang diluluskan pada Muktamar Pas kali ini bukan hanya tertumpu di Semenanjung, sebaliknya akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.Katanya, perundingan itu bukan sahaja membabitkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), malah turut melibatkan kerusi Parlimen sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang gabungan berkenaan."Perundingan mengenai Penyatuan Ummah sudah tentulah melibatkan Sabah dan Sarawak," katanya.Ketika ditanya sama ada usaha itu turut melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau berkata, kedua-dua gabungan itu termasuk dalam perancangan tersebut."Sudah semestinya kerana di Sarawak ada GPSdi Sabah ada GRS dan juga UMNO," katanya. |
|
Enam kawasan di Sarawak catat bacaan IPU sangat tidak sihat - Sinarharian - 5/09 3:20 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 1 tengah hari tadi dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 287.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, lima lagi kawasan di negeri itu yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat ialah Kuching (267), Sri Aman (251), Samarahan (242), Samalaju (202) dan Bintulu (201).Beliau berkata, 25 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihatmelibatkan Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak dan Selangor, selain26 kawasanmencatatkan status kualiti udarasederhana dan 11kawasan pada tahap baik.Azuri Azizah berkata, keadaan itu berlaku dalam persekitaran cuaca kering yang berterusan di sebahagian Rantau Selatan ASEAN.Beliau berkata, berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) semalam, 139 titik panas dikesan di Kalimantan, Sumatera (138) dan Malaysia (16), iaitu sembilan di Sarawak, Sabah (lima) dan Terengganu (dua)."ASMC turut melaporkan jerebu sederhana hingga tebal diperhatikan bergerak ke arah timur laut dari Kalimantan ke beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Brunei."Kepulan asap sederhana hingga tebal turut diperhatikan di Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur serta bahagian tengah dan selatan Sumatera, manakala jerebu sederhana di Singapura, bahagian selatan Semenanjung dan bahagian timur Jawa,"katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sehubungandengan itu, beliau berkata, JAS terus mempertingkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan berisiko termasuk hutan, tanah gambut, tapak pelupusan sampah, kawasan pertanian dan perladangan serta kawasan industri yang berpotensi menjadi punca pembakaran terbuka.Azuri Azizah berkata, sebarang sumber pembakaran terbuka atau pencemaran yang dikenal pasti akan disiasat dan tindakan penguatkuasaan akan diambil dengan tegas mengikut peruntukan undang-undang serta bidang kuasa JAS.Orang ramai diminta segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran atau pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui talian 999 atau talian bebas tol JAS 1-800-88-2727 bagi membolehkan tindakan segera diambil.Bacaan IPU terkini boleh dirujuk melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) JAS di laman sesawangapims.doe.gov.myatau aplikasi MyJAS |
|
Kerajaan sedia cadang isytihar darurat kawasan catat IPU lebih 400 - Sinarharian - 5/09 2:02 pm KUALA BERANG - Kerajaan bersedia mencadangkan pengisytiharan darurat ke atas mana-mana kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 400, selaras dengan prosedur operasi standard pengurusan jerebu di negara ini.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu boleh dipertimbangkan sekiranya bacaan IPU berada pada tahap sangat berbahaya, sebagaimana berlaku di Serian, Sarawak yang merekodkan bacaan melebihi 500 sehingga membawa kepada pengisytiharan darurat."Kalau lebih daripada 400 ia dikira sangat berbahaya dan boleh dipertimbangkan untuk diisytiharkan darurat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Tahun 2026 di Dataran Kampung Basong di sini pada Sabtu.Arthur berkata, setakat ini hanya tiga daripada 68 stesen pemantauan IPU di seluruh negara yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat iaitu Kuching, Samarahan dan Sri Aman di Sarawak, manakala Serian merekodkan bacaan pada tahap berbahaya.Beliau berkata, pengisytiharan darurat akan terus berkuat kuasa sehingga bacaan IPU menunjukkan penurunan ke paras yang lebih selamat dengan langkah keselamatan perlu diambil sepanjang tempoh tersebut seperti penutupan sekolah dan pemakaian pelitup muka.Dilapor semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan tersebut.Dalam perkembangan berkaitan, Arthur berkata, operasi pembenihan awan yang dilaksanakan semalam di Sarawak dan utara Semenanjung iaitu di Kedah dan Perlis menunjukkan hasil positif dengan beberapa kawasan direkodkan hujan bermula petang semalam sehingga awal pagi tadi.Beliau berkata, Malaysia juga telah menerima kebenaran bertulis daripada kerajaaan Indonesia yang membolehkan aset udara negara memasuki ruang udara republik tersebut bagi tujuan operasi pembenihan awan."Kita telah melaksanakan operasi pembenihan awan di Sarawak dan kadang-kadang untuk operasi yang lebih meluas, aset udara kita perlu merentas sempadan untuk tembak ke awan dan angin akan membawa awan tersebut kawasan negara kita," katanya.Selain itu, Arthur berkata, Malaysia juga telah menawarkan aset serta tenaga kerja untuk membantu proses pemadaman kebakaran terbuka yang sedang berlaku di Indonesia, namun setakat ini belum ada sebarang permintaan rasmi daripada republik tersebut berhubung perkara itu |
|
Buletin Mercedes-benz Glc 350 e 4matic Coup?? Nightfall Edition .. - Mekanika - 4/09 8:01 am # MERCEDES-BENZ GLC 350 e 4MATIC COUP NIGHTFALL EDITION DILANCARKAN - HARGA DARI RM442K **Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Benz GLC 350 e 4MATIC Coup Nightfall Edition, sebuah varian istimewa yang menggabungkan teknologi hibrid plug-in (PHEV), rekaan coup premium serta elemen luaran berwarna hitam yang menyerlahkan karakter lebih sporty dan eksklusif.** Model pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan di kilang Mercedes-Benz di Pekan, Pahang ini hadir dengan pakej Night Package yang memberikan sentuhan lebih agresif menerusi pelbagai kemasan hitam berkilat pada bahagian luaran. **Spesifikasi Utama Mercedes-Benz GLC 350 e 4MATIC Coup Nightfall Edition** * Enjin petrol turbo 2.0 liter dengan sistem hibrid plug-in (PHEV) * Kelajuan maksimum dalam mod elektrik sehingga 140km/j * Rim aloi AMG 20-inci pelbagai jejari berwarna hitam * Running board kemasan aluminium dengan sisipan getah * Sistem DIGITAL LIGHT dengan Adaptive Highbeam Assist Plus * Tempat duduk ARTICO dengan kemasan kulit sintetik * Panel instrumen dan kemasan dalaman gaya kulit Nappa * Stereng sport pelbagai fungsi berbalut kulit Nappa * Paparan Transparent Bonnet untuk bantuan pemanduan luar jalan Mercedes-Benz GLC 350 e 4MATIC Coup Nightfall Edition ditawarkan pada harga RM442,888 atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |