| /// |
|
| Search : Sandakan News | Page 1 |
|
Sabah, Klang dilanda hujan pagi ini Sabah, Klang dilanda hujan pagi ini - Mgazette - 22/02 7:53 am KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sabah dan Selangor hingga jam 9 pagi ini. Di Sabah kawasan terlibat ialah di pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat |
|
Wira tidak didendang selamatkan mangsa culik Abu Sayyaf - Sinarharian - 21/02 2:00 pm KUALA LUMPUR Nyawa ditaruhkan demi tugas kepada negara, itu antara simbol keberanian pegawai terlibat dalam operasi khas pembebasan mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang dilaksanakan Bahagian Counter Terrorism E8 Cawangan Khas Bukit Aman pada 2012.Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay mengimbau kembali operasi berisiko tinggi itu menerusi perkongsian di laman Facebook beliau, sekali gus membuka semula kisah keberanian pasukan elit berkenaan dalam melaksanakan misi sulit merentas sempadan.Menurutnya, mangsa, Mohd Nazarrudin Saidin diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 8 Mei 2011 ketika berada di Pulau Sulu, Selatan Filipina bagi menguruskan perniagaan mencari cicak tokek yang ketika itu mempunyai nilai tinggi di pasaran gelap."Mangsa ditahan selama 378 hari dan dipindahkan dari satu pulau ke satu pulau lain di gugusan kepulauan Mindanao bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Filipina."Sepanjang tempoh tersebut, mangsa hidup dalam ketakutan, diugut bunuh, dipaparkan video kekejaman serta diancam akan dipenggal kepala sekiranya tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi," katanya.Beliau berkata, selepas hampir setahun tanpa khabar berita, usaha membawa pulang mangsa digerakkan melalui misi senyap yang dilaksanakan pegawai Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman yang kini dikenali sebagai Bahagian Counter Terrorism E8 Cawangan Khas.Ayob Khan berkata, pada awal April 2012 ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman, beliau menerima panggilan daripada Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung rayuan keluarga mangsa."Susulan itu, saya mengarahkan pegawai bertemu keluarga mangsa di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menilai situasi sebenar kes penculikan tersebut."Rayuan penuh emosi daripada anak-anak mangsa yang memohon jasa baik pihak polis untuk menyelamatkan bapa mereka menguatkan iltizam kami untuk membantu walau apa jua risiko," katanya.Menurutnya, tiga pegawai operasi dengan nama samaran Reno, Jaybon dan Komeng dipanggil bagi merangka strategi serta kaedah terbaik menyelesaikan kes berkenaan secara sulit dan berkesan.Ketiga-tiga pegawai itu kemudian digerakkan ke Sandakan, Sabah untuk bertemu beberapa sumber lapangan yang mempunyai rangkaian di Selatan Filipina bagi mengenal pasti lokasi terkini mangsa serta kaedah membawa keluar mangsa dengan selamat."Hasil risikan mendapati kes ini diketuai Apo Mike @ Majan Sahidjuan yang merupakan Sub-Komander Abu Sayyaf dan perancang utama kegiatan culik untuk wang tebusan di pantai timur Sabah."Rundingan menekankan hujah kemanusiaan serta keadaan keluarga mangsa yang daif dan hakikat mangsa merupakan saudara seagama Islam, sedikit demi sedikit melembutkan pendirian penculik," katanyaBeliau berkata, pada awal Mei 2012, beliau bersama beberapa pegawai berlepas ke Sandakan dan membuka Tactical Operation Center (TOC) di lokasi sulit bagi menyelaras operasi tersebut.Kerja risikan lapangan termasuk pemerhatian pergerakan keluar masuk bot dan kapal di perairan Sandakan turut dijalankan bagi mengenal pasti waktu serta laluan paling sesuai untuk pergerakan tanpa dikesan."Pada 11 Mei 2012, sumber digerakkan ke Pulau Jolo bagi mengambil mangsa yang ditahan ASG."Sumber tersebut mengambil risiko besar dengan belayar hampir 24 jam menggunakan bot laju dalam keadaan laut ganas sambil mengelak dikesan kumpulan penculik lain," katanya.Menurutnya, pada 13 Mei 2012 kira-kira jam 2 pagi, dua pegawai operasi menunggu di kawasan pokok bakau sekitar Jampiras, Sandakan sebelum menerima mangsa di tengah perairan Sandakan-Taganak pada jam 5 pagi.Mangsa bersama pegawai operasi akhirnya selamat mendarat di Sandakan pada jam 6.15 pagi tanpa dikesan mana-mana pihak."Kejayaan operasi sulit berisiko tinggi ini hasil perancangan rapi dan keberanian pegawai-pegawai Counter Terrorism khususnya Reno, Jaybon dan Komeng yang merupakan wira tidak didendang dan hanya dikenali dengan nama samaran," katanya. |
|
Agensi keselamatan, jabatan digerak bantu mangsa banjir - Kosmo - 21/02 1:34 pm KOTA KINABALU – Semua agensi keselamatan dan jabatan berkaitan sudah digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan, penyelamatan dan penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di utara Sabah dan Sandakan |
|
2 individu dikesan Polis Sandakan bantu siasatan - Thempress - 20/02 8:35 pm SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sandakan sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 86(1) Akta Polis 1967 berkaitan pembolosan |
|
Semua agensi keselamatan, jabatan digerak bantu mangsa banjir di Sabah - Utusan - 20/02 5:25 pm KOTA KINABALU: Semua agensi keselamatan dan jabatan berkaitan sudah digerakkan bagi melaksanakan operasi pemindahan, penyelamatan dan penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di utara Sabah dan Sandakan |
|
Kerajaan pantau situasi banjir di Sabah Hajiji - Sinarharian - 20/02 4:47 pm KOTA KINABALU Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang memantau rapi situasi banjir di kawasan yang terjejas.Beliau berkata, semua sumber yang ada sedang digerakkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk menyalurkan bantuan dan membantu mangsa di kawasan terjejas."Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana untuk mengaktifkan jentera bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Hajiji berkata, menurut JPBN seramai 336 individu daripada 111 keluarga telah dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas."JPBN juga sedang memantau situasi di Sandakan dan Paitan," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Sementara itu, dalam perkembangan lain, sumbangan daripada kerajaan negeri turut disalurkan kepada 16 mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Tanjung Aru pada Rabu lalu.Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut di PPS Kampung Sembulan |
|
Hujan berterusan, beberapa kawasan di Sandakan banjir - Thempress - 20/02 3:57 pm SANDAKAN – Hujan lebat berterusan yang melanda daerah ini mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir serta beberapa jalan utama dinaiki air |
|
Step into the rainforest: Meet the Sun Bears behind Visit Malaysia 2026 - Sinardaily - 20/02 12:12 am PUTRAJAYA If youre planning your next nature getaway, Malaysia wants you to look beyond the beaches and city skylines - and into the rainforest canopy, where the shy and endangered Malayan Sun Bear roams.As part of Visit Malaysia 2026 (VM2026), travellers are being invited to discover the real-life inspiration behind the campaigns official mascots, Wira and Manja, two cheerful sun bears designed to spotlight the countrys wildlife and conservation efforts.More than just adorable animated figures, Wira and Manja symbolise Malaysias commitment to sustainable tourism and the protection of endangered species.Tourism Malaysia said the mascots reflect the nations dedication to conservation while offering a warm welcome to visitors of all ages.Designed in a friendly and engaging animated form, Wira and Manja are crafted to appeal to visitors of all ages, evoking a sense of warmth and cheerfulness.This approach further enhances Malaysias global image as a welcoming, vibrant and inclusive tourism destination, it said in a statement, today.But beyond the mascots, visitors can encounter the Malayan Sun Bear in carefully managed conservation centres and wildlife parks across the country.Among the key locations is the Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) in Sandakan, Sabah, internationally recognised for its rehabilitation efforts |
|
Hujan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah hari ini - Mkini - 20/02 9:31 am Hujan tahap buruk melibatkan kawasan Sandakan dan Kudat |
|
Jaga jaga! Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hari ini - Harapandaily - 20/02 9:27 am Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hari ini. Amaran dikeluarkan membabitkan daerah Beluran di Sandakan, dan Kota Marudu serta Pitas di Kudat |
|
MetMalaysia issues severe rain warning for Sandakan, Kudat in Sabah - Malaymail - 20/02 8:57 am KUALA LUMPUR, Feb 20 The Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a severe and alert-level continuous... |
|
Hujan berterusan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah - FMT - 20/02 8:42 am Amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Sandakan dan Kudat. |
|
Warning of severe and alert level continous rain in Sabah - MetMalaysia - Sinardaily - 20/02 8:31 am KUALA LUMPUR - The Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a severe and alert-level continuous rain warning in several areas in Sabah today.In a statement this morning, MetMalaysia director-general Dr Mohd Hisham Mohd Anip said that a severe-level warning has been issued for the Sandakan (Beluran) and Kudat (Kota Marudu and Pitas) areas.Meanwhile, an alert-level continuous rain warning has been issued for the West Coast (Ranau and Kota Belud), Sandakan (Telupid and Sandakan) and Kudat.The public can obtain the latest weather information through MetMalaysias official website, the myCuaca mobile application and the departments official social media pages, or by contacting 1-300-22-1638 for any enquiries |
|
Ribut petir, hujan lebat lebih panjang di Sabah dan Sarawak hingga... - Mgazette - 20/02 7:52 am Serentak itu, agensi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 20 Februari 2026 melibatkan beberapa kawasan di Sabah. Kawasan-kawasan tersebut ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) & Kudat |
|
Hujan berterusan diramal landa Sabah hingga esok - Mkini - 19/02 3:03 pm Kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. |
|
Amaran ribut petir di Kuala Lumpur, lima negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 18/02 4:09 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lima negeri hingga 6 petang pada Rabu.MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar).Amaran itu turut membabitkanSelangor (Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) danJohor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).Di Sabah, kawasan terlibat ialah pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid) |
|
Tahun Baharu Cina: Ribut petir, hujan di kebanyakan negeri - Sinarharian - 16/02 5:38 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir dan hujan diramal melanda kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, pantai timur Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak pada hari pertama Tahun Baharu Cina esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Berdasarkan semakan di laman sesawang rasmi MetMalaysia, ribut petir diramalkan di kebanyakan tempat di kawasan pantai di Perak manakala hujan di seluruh kawasan pedalaman Johor pada sebelah pagi."Hujan turut diramalkan di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Selangor."Di Sabah, hujan diramalkan di beberapa kawasan di Tawau dan Sandakan selain cuaca sama dijangka di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak.Pada sebelah petang, ribut petir diramalkan di Perak, pedalaman Kedah serta kebanyakan tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Perlis.MetMalaysia memaklumkan hujan diramal melanda kebanyakan tempat di Pahang serta pedalaman Johor, Kelantan dan Terengganu.Ribut petir dijangka melanda bahagian pedalaman dan pantai barat Sabah selain Tawau dan Sandakan manakala Kudat diramalkan hujan, sementara ribut petir dijangka di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang |
|
Thunderstorms, rain forecast for first day of Chinese New Year - Sinardaily - 16/02 5:34 pm KUALA LUMPUR - Thunderstorms and rain are forecast for most states in Peninsular Malaysia, the east coast of Sabah and several areas in Sarawak on the first day of the Chinese New Year tomorrow, according to the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).Based on checks on MetMalaysias official website, thunderstorms are forecast in most coastal areas of Perak in the morning, while rain is expected across the inland areas of Johor."Rain is also forecast in several areas in Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan and Selangor."In Sabah, rain is forecast in several areas in Tawau and Sandakan, while in Sarawak, similar weather conditions are expected in Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit and Bintulu, it said.In the afternoon, thunderstorms are forecast in Perak, inland Kedah and most areas in Penang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka and Perlis.Rain is also expected in most areas in Pahang as well as inland Johor, Kelantan and Terengganu.Thunderstorms are forecast over the inland and west coast areas of Sabah, including Tawau and Sandakan, while Kudat is expected to experience rain |
|
Perarakan lori singa satukan masyarakat Sandakan - Thempress - 16/02 3:05 pm SANDAKAN – Bandar raya ini melakar sejarah apabila perarakan sulung Tahun Baharu Cina dianjurkan, menyaksikan 15 lori membawa 38 kepala singa, unikorn dan naga mengelilingi bandar |
|
Lion, dragon convoy draws 5,000 in Sandakan CNY first - Star - 16/02 2:21 pm SANDAKAN: A Chinese New Year convoy featuring lion, dragon and unicorn dances rolled through Sandakan on Sabah's east coast, drawing large crowds in a first-of-its-kind event for the town |
|
Solar push alone insufficient to fix Sabahs power woes, says rep - BorneoPost - 15/02 8:03 pm SANDAKAN (Feb 15): Concerns are mounting over whether Sabah’s latest push into solar energy will be sufficient to resolve the state’s long-standing electricity supply shortages |
|
Seru toleransi, elak salah faham dalam penganjuran pasar malam – Vivian - Thempress - 15/02 6:56 pm SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyeru masyarakat dan peniaga agar mengamalkan sikap toleransi serta mengelakkan salah faham dalam penganjuran program pasar malam di bandar ini |
|
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan - Thempress - 14/02 9:40 pm SANDAKAN – Terry Pernell, seorang American Travel Content Creator, meluahkan rasa kagum terhadap keindahan dan keramahan penduduk di Sandakan, Sabah |
|
Ribut petir diramal landa tujuh negeri hingga 6 petang ini - Sinarharian - 14/02 3:48 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga jam 6 petang ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang ini memaklumkan, antara negeri yang terlibat ialah Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Selatan.Bagi negeri Perak, daerah yang dijangka terjejas termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.Di Pahang pula, kawasan terjejas meliputi Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan dan Rompin.Sementara itu, di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Klang, Petaling dan Kuala Langat, manakala di Johor melibatkan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas pula ialah bahagian Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau serta Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) |
|
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 7 malam ini - Sinarharian - 13/02 5:57 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) serta Selangor (Sabak Bernam).Amaran itu turut membabitkan Sarawak meliputi Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.Ia juga melibatkan Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu) dan Wilayah Persekutuan Labuan. |
|
Gagal teruskan rawatan TB, lelaki dipenjara 6 bulan - Hotfm - 12/02 11:10 pm Mahkamah Majistret Sandakan turut memerintahkan tertuduh melengkapkan rawatan tuberkulosis. |
|
Gagal teruskan rawatan TB, lelaki dipenjara 6 bulan - FMT - 12/02 11:10 pm Mahkamah Majistret Sandakan turut memerintahkan tertuduh melengkapkan rawatan tuberkulosis. |
|
Bapa maut, anak cedera nahas tiga kenderaan - Sinarharian - 11/02 9:43 pm SANDAKAN - Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Labuk, Batu 9, di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Ranchanna Hujang, 55, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOC) manakala anaknya yang berusia 17 tahun patah bahagian bahu kiri.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori, Proton Iriz dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza."Dalam kejadian tersebut, lori yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dalam perjalanan dari arah Batu 8 menuju ke Batu 32 dipercayai gagal memberhentikan kenderaannya ketika menghampiri bulatan lalu merempuh bahagian belakang Proton Iriz."Lori tersebut kemudian masuk ke laluan kanan dan melanggar sebuah kenderaan lain iaitu MPV yang berada di bulatan sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan sebelum salah seorangnya disahkan maut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya lagi, pemandu lori dan pemandu Proton Iriz tidak mengalami kecederaan namun dua penumpangnya cedera ringan."Semua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke unit forensik untuk dibedah siasat yang dijadualkan esok."Selain itu, pemandu lori turut ditahan dan akan direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Sandakan perlu jeti moden sokong pergerakan pelancong – Vivian - Thempress - 11/02 9:16 pm SANDAKAN – Sandakan memerlukan sebuah jeti pelancongan baharu bagi memudahkan pergerakan pelancong ke pulau-pulau peranginan di sekitar daerah itu |
|
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal - Sinarharian - 11/02 12:39 am KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu memutuskan bahawa prosiding komital terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.Prosiding komital itu berkaitan kenyataan yang dibuat oleh Mohd Shafie berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang didakwa mengganggu perjalanan prosiding inkues berkenaan.Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan awal yang dikemukakan pihak responden berhubung isu forum dan bidang kuasa.Berhubung bantahan pertama yang mempersoalkan perintah kebenaran memulakan prosiding komital kerana dikeluarkan atas nama Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dan bukannya Mahkamah Koroner Papar, mahkamah memutuskan bahawa perkara itu merupakan kesilapan teknikal dan tidak menjejaskan kesahihan prosiding.Bagaimanapun, berhubung isu bidang kuasa, mahkamah berpendapat bahawa memandangkan prosiding komital mempunyai implikasi hukuman adalah wajar ia ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan kehakiman yang difailkan bagi menentukan isu berkaitan pemakaian undang-undang terhadap prosiding inkues tersebut.Mahkamah turut menegaskan bahawa penangguhan itu hanya melibatkan prosiding komital dan tidak terpakai kepada inkues kematian Zara Qairina yang masih diteruskan.Mahkamah menetapkan 27 Mac depan untuk pihak-pihak mengemas kini status semakan kehakiman berkenaan menerusi aplikasi Zoom manakala kehadiran Mohd Shafie bagi tarikh tersebut dikecualikan.Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan (Warisan) diwakili pasukan peguamnya yangg terdiri daripada Chen Ket Chuin KC, bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam.Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan.Untuk rekod, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dalam satu ucapan di Sandakan pada tahun lalu menyifatkan kematian remaja itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai 2025 di bawah bangunan asrama di sebuah sekolah menengah agama di Papar dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (QEH).Inkues dijalankan bagi mengetahui punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu yang berlangsung sejak 3 September 2025 dan ketika ini masih diteruskan. |
|
Kes Zara Qairina: Shafie Apdal hadiri prosiding komital hina mahkamah - Sinarharian - 11/02 10:19 am KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiba di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini pada Rabu bagi menghadiri prosiding komital berhubung dakwaan menghina mahkamah yang dikaitkan dengan kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.Presiden Parti Warisan (Warisan) yang tiba sekitar jam 9 pagi itu turut diiringi pasukan peguamnya yang terdiri daripada Chen Ket Chuin KC, bersama Jakariya Ab Jalil dan Bartholomew Jingulam.Prosiding didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan dan pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan.Untuk rekod, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dalam satu ucapan di Sandakan pada tahun lalu menyifatkan kematian remaja itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai 2025 di bawah bangunan asrama di sebuah sekolah menengah agama di Papar dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (QEH).Inkues dijalankan bagi mengetahui punca kematian pelajar Tingkatan Satu itu yang berlangsung sejak 3 September 2025 dan ketika ini masih diteruskan. |
|
Pecah amanah lebih RM1.2 juta, penolong akaun dipenjara 6 tahun, 8 sebatan - Sinarharian - 11/02 12:17 am SANDAKAN-Seorang penolong akaundipenjara enam tahun danlapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM1.2 juta tahun lepas.Hakim Roslinda Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Chia Ka Rong, 24, selepas gagal memberikan alasan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.Roslinda menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Februari lepas, manakala satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan dilaksanakan secara berasingan.Lelaki berkenaan didakwa membuatinvois palsu syarikat pembekaluntuk tuntutan kepada syarikat tempatnya bekerja di pejabat syarikat itu di Batu 2di siniantara Jun hingga Oktober tahun lepas, melibatkan jumlah RM1.2 juta dengan memindahkan wang syarikat ke akaun bank peribadinya.Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.Ka Rongyang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman penjara dikurangkan dengan alasan dia anak tunggal yangperlu menyara ibu bapa.Timbalan Pendakwa Raya B |
|
Kos urus penyakit NCD RM63.4 bilion, melebihi peruntukan keseluruhan KKM - Mgazette - 9/02 8:24 am Dzulkefly berkata setakat ini lebih dua juta individu telah memanfaatkan pakej perkhidmatan di Wellness Hub bagi pengurusan faktor risiko kesihatan, dengan Wellness Hub di Hulu Langat menerima lebih 19,000 pelanggan pada tahun lepas. Sebanyak 38 cawangan Wellness Hub kini beroperasi di seluruh negara termasuk lima fasiliti baharu yang mula beroperasi pada tahun ini di Kuala Selangor, Muar, Sibuti, Muallim dan Sandakan |
|
Naik taraf HDOK dijangka beri manfaat hampir sejuta penduduk timur Sabah - Thempress - 8/02 3:09 pm SANDAKAN – Hampir satu juta penduduk di timur Sabah dijangka mendapat manfaat daripada penambahbaikan berterusan perkhidmatan kesihatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan |
|
14 PATI ditahan dalam Operasi Bersepadu ESSCOM di Sandakan - Thempress - 7/02 5:22 pm SANDAKAN – Seramai 14 individu lelaki dan wanita dewasa dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Daerah Sandakan yang dikoordinasikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada 5… |
|
NRES rekod RM413.1 juta nilai rampasan sejak 2019 - Menteri - Sinarharian - 7/02 4:21 pm NABAWAN - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merekodkan sebanyak RM413.1 juta nilai rampasansepanjang tujuh tahun Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilaksanakan sejak 2019.Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kejayaan itu termasuk rampasan jerat haiwan, penahanan penceroboh hutan serta pelbagai aset lain yang diselamatkan demi memastikan kelestarian hutan dan biodiversiti negara.Menurut beliau, program itu melibatkan 89 siri operasi dengan penahanan seramai 904 warga tempatan dan 294 warga asing yang menceroboh kawasan hutan selain memusnahkan hampir 3,000 jerat haiwan."Sejak 2019 hingga hujung 2025, kita telah berjaya menangkap hampir 1,200 individu serta merampas pelbagai barang bernilai RM413.1 juta. Ini merupakan pencapaian besar yang bukan sahaja melindungi hutan negara, tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada komuniti kita."Di Sabah sahaja, seramai 243 Renjer Komuniti telah dilantik dan ditempatkan di 18 pos rondaan merangkumi kawasan Keningau, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Tawau, Tenom dan Sipitang |
|
Pemindahan Pasar Dinihari langkah strategik pembangunan Sandakan - Thempress - 6/02 8:35 pm SANDAKAN – Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Chong Thien Ming mempertahankan keputusan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) memindahkan Pasar Dinihari ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai, sambil menegaskan langkah itu… |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 4/02 6:40 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri melibatkan Johor, Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan di Kedah, daerah terlibat ialah Yan, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.Amaran itu turut melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Johor melibatkan daerah Segamat, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu) |
|
Cops hunt scammers posing as Johor contingent, using Sandakan number to cheat vendors - Malaymail - 4/02 9:09 am JOHOR BAHRU, Feb 4 A syndicate scamming food supply and souvenir companies by impersonating the Johor Contingent... |
|
Suspek pecah dobi dicekup di Bandar Leila - Thempress - 3/02 7:23 pm SANDAKAN – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah dobi di sekitar daerah ini ditahan polis dalam satu operasi di Bandar Leila, awal pagi Selasa |
|
Indonesian sentenced to 15 years’ jail for raping daughter - SUN - 3/02 2:31 pm As a result of the rape, the victim, now 15, was found to be 30 to 32 weeks pregnant upon examination at Kinabatangan Hospital. KOTA KINABALU: An Indonesian man was sentenced to 15 years in prison and 10 strokes of the cane by the Sandakan Sessions Court today (Tuesday) after pleading guilty to raping his […] |
|
Unclear smoking rules at Sandakan Airport risk leaving bad first impression on tourists, says rep - Malaymail - 1/02 8:59 am SANDAKAN, Feb 1 Confusion over smoking rules at Sandakan Airport is drawing complaints from tourists and the pub... |
|
Navy retires KD Pari, a 49-year-old workhorse of Malaysias seas - Malaymail - 30/01 5:01 pm SANDAKAN, Jan 30 KD Pari, which played a key role in Op Daulat to curb the intrusion by Sulu militants in Lahad... |
|
KD Pari tamat perkhidmatan selepas 49 tahun - Sinarharian - 30/01 4:39 pm SANDAKAN - Kapal Diraja (KD) Pari yang pernah memainkan peranan penting dalam Op Daulat bagi mengekang pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada 2013, mengakhiri perkhidmatan secara rasmi selepas 49 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris berkata upacara pelucutan tauliah kapal rondaan itu bukan sekadar menamatkan aset lama sebaliknya simbol penting kepada proses transformasi TLDM ke arah armada yang lebih moden dan berkeupayaan tinggi."Kapal ini sudah berkhidmat dengan cemerlang dalam menjalankan tugas di perairan Sabah dan Semenanjung dengan rekod pelayaran 397 juta batu nautika, selain terbabit dengan pelbagai operasi penting serta latihan bersama kapal tempatan dan luar negara."KD Pari menjadi kapal pertama daripada skuadron yang dilucut tauliah pada tahun ini, beberapa kapal lain dijangka akan melalui proses pelucutan tauliah secara berperingkat," katanya selepas menyempurnakan upacara pelucutan tauliah kapal berkenaan di sini hari ini.Dalam pada itu, beliau berkata, KD Pari juga memainkan peranan penting dalam menyokong misi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi menjamin zon keselamatan di kawasan perairan timur negeri itu Sabah Timur.Berdasarkan sejarah ringkas, KD Pari dilancarkan pada 1975 di Limbungan Hong Leong-Lurssen, Butterworth, Pulau Pinang, seterusnya ditauliahkan pada 23 Mac 1977.Menggunakan panggilan antarabangsa 9MJO dan nombor pennant 3510, kapal ini pada mulanya diletakkan di bawah Skuadron Fast Attack Craft (Gun) bersama lima kapal ronda lain di bawah kelas Jerong, iaitu KD JERONG (3505), KD TODAK (3506), KD PAUS (3507), KD YU (3508) dan KD BAUNG (3509).Pada 2019 skuadron tersebut telah ditukarkan kepada Skuadron Kapal Ronda Laju (SKRL - 6) yang turut menggabungkan KD SERANG (3502) dan KD GANAS (3503).Kesemua kapal milik TLDM itu seterusnya diletakkan di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) yang berpangkalan di Sandakan, Sabah bagi menjalankan tugas rondaan terutamanya di pantai timur Sabah.- Bernama |
|
Bot bawa tujuh tan minyak sawit tanpa permit ditahan - Thempress - 28/01 3:06 pm SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Sandakan menahan sebuah bot yang disyaki membawa kira-kira tujuh tan minyak sawit mentah tanpa kebenaran dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan… |
|
Bekalan darah jenis O kritikal di Hospital Duchess of Kent Sandakan - Thempress - 27/01 9:26 pm SANDAKAN – Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan kini berdepan kekurangan bekalan darah jenis O pada tahap amat kritikal, sekali gus membimbangkan keperluan rawatan pesakit yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan… |
|
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah bermula Jumaat ini - Sinarharian - 27/01 3:33 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah, bermula Jumaat ini.MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Bintulu, Miri dan Limbang pada 30 hingga 31 Januari ini.Keadaan sama turut diramalkan melanda beberapa daerah di Sabah melibatkan Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat bermula 30 Jan hingga 1 Februari - Bernama |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka di beberapa negeri pagi ini - Mgazette - 25/01 7:06 pm Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah) serta Bintulu (Tatau). Sementara itu di Sabah, amaran cuaca buruk melibatkan Sandakan meliputi Kinabatangan, Beluran dan Sandakan, selain Kudat yang membabitkan kawasan Pitas dan Kudat |
|
Lelaki ditahan selepas kereta dinaiki dua kanak-kanak dilarikan di Sandakan - Thempress - 23/01 10:14 pm SANDAKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes melarikan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang ketika kejadian dinaiki dua kanak-kanak di kawasan Stesen Petronas Batu… |
|
Kanak-kanak terjun keluar kereta, suspek larikan Proton Exora - Sinarharian - 23/01 6:45 pm SANDAKAN - Dua kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikimereka dilarikan seorang penjenayah dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 32 di sinipada Khamis.Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikatakan terpaksa terjun keluar dari kenderaan berkenaan.Sementaraseorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun pula ditinggalkan di kawasan simpang Beluran sebelum suspek melarikan diri bersama kenderaan tersebut.Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang ditinggalkan seketika oleh pemiliknya dalam keadaan enjin masih dihidupkan.Menurutnya, ketika kejadian, dua kanak-kanak terbabit berada di dalam kenderaan tersebut iaitu anak pengadu dan anak saudaranya yang berusia tujuh tahun."Kedua-dua kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya keluar dari kenderaan berkenaan dalam keadaan selamat sebelum suspek melarikan kereta terbabit."Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu suspek ketika melalui Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Jalan Sapi Nangoh, Beluran pada hari sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut George, hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 51 tahun bersama kenderaan yang dilaporkan hilang."Suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes berkaitan penyalahgunaan dadah," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin dihidupkan, lebih-lebih lagi jika terdapat penumpang, khususnya kanak-kanakdi dalam kenderaan tersebut. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |