///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Sukma News   Page 1    



Sarawak dijangka kekal penguasaan acara terjun - Hotfm - 17/08 10:30 pm

Shah Alam: Sarawak dijangka kekal sebagai pasukan pilihan apabila acara terjun bermula pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor, Rabu ini, selepas menguasai saingan pada edisi terdahulu.





SUKMA 2026: Kuartet 4x100m Johor lebur rekod 10 tahun - Mygazette - 17/08 10:11 pm

# SUKMA 2026: Kuartet 4x100m Johor lebur rekod 10 tahun KUALA LUMPUR - Kuartet Johor 4100 meter (m) lelaki mencipta kejutan apabila menyambar pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 hari ini dengan memecah rekod kejohanan selama 10 tahun





Pahit manis Izzatul sebelum bergelar ratu pecut SUKMA - Hotfm - 17/08 10:02 pm

Serdang: Di sebalik kejayaan bergelar ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, tersimpan perjalanan panjang penuh cabaran buat Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang terpaksa melalui pelbagai episod jatuh bangun sebelum menjejak podium tertinggi.





Nurul Aisyah cipta sejarah raih emas pertama Perlis - Hotfm - 17/08 9:39 pm

Petaling Jaya: Keputusan bekas pemain Johor, Nurul Aisyah Salleh mewakili Perlis dalam acara boling pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 membuahkan hasil lumayan apabila mencipta sejarah menghadiahkan pingat emas pertama buat negeri itu di sini, hari ini.





Panahan emas Catherine cipta rekod baharu SUKMA - Utusan - 17/08 9:30 pm

KAJANG: Pemanah muda Sabah, Catherine Looi Mei Qi Abdullah mencuri tumpuan pada penampilan sulung di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 apabila bangkit daripada permulaan kurang meyakinkan untuk meraih emas acara kelayakan compound 50 meter (m) wanita, hari ini





Acara Berbasikal Lebuhraya SUKMA Selangor 2026 Pagi Esok, Ini Laluan Yang Terlibat - Vocket - 17/08 9:24 pm

Orang ramai khususnya penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan Kuala Langat dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal susulan penganjuran acara Berbasikal Lebuhraya Lelaki sempena... The post Acara Berbasikal Lebuhraya SUKMA Selangor 2026 Pagi Esok, Ini Laluan Yang Terlibat appeared first on VOCKET .





Acara Berbasikal Lebuhraya SUKMA Selangor 2026 Pagi Esok, Ini Laluan Yang Terlibat - Hotfm - 17/08 9:24 pm

Orang ramai khususnya penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan Kuala Langat dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal susulan penganjuran acara





Aiman Haikal tekad buru pingat berganda, sasar tiket Sukan SEA 2027 - Utusan - 17/08 9:15 pm

SERDANG: Atlet pejalan kaki Pulau Pinang, Mohammad Aiman Haikal Sahrudin tekad memburu pingat emas berganda pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas mencipta kejutan dengan memenangi acara 10,000 meter (m) di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini





Futsal SUKMA 2026: Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir - Vocket - 17/08 8:56 pm

Berakhirnya saingan peringkat kumpulan pada petang tadi menyaksikan slot lapan pasukan ke suku akhir acara futsal SUKMA 2026 sudah pun diketahui





Terengganu kembali kuasai ujian masa - Utusan - 17/08 8:49 pm

SEPANG: Selepas sedekad menanti, Terengganu akhirnya kembali menguasai acara ujian masa berpasukan wanita apabila kuintetnya meraih emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini





Sukma 2026: Bakal doktor ‘bidik’ emas buat Sabah - Kosmo - 17/08 8:04 pm

SUBANG JAYA – Atlet menembak Sabah, Nur Aina Natasya Anderson meraih penamat gemilang dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 selepas menjulang pingat emas acara 10 meter (m) air rifle wanita di Lapang Sasar Menembak Subang Jaya, sebentar tadi





SUKMA 2026: Kuartet Johor lebur rekod 10 tahun 4x100m - Sinarharian - 17/08 7:46 pm

JOHOR memecahkan rekod 4x100 meter (m) lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) yang berusia 10 tahun sekali gus menyambar emas pada edisi SUKMA Selangor 2026 di sini pada Isnin.Kuartet dibarisi Mohamad Haziq Ilmani Osman, Muhamad Airiel Iskandar Rusli, Adam Harith Hairulaydel dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee unggul melintasi garisan penamat dengan catatan masa 39.46 saat (s) pada aksi final di Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM).Catatan mereka mengatasi rekod temasya sebelum ini, iaitu 39.89s yang dilakukan kuartet Melaka terdiri daripada Asnawi Hashim, Badrul Hisyam Abdul Manap, Muhammad Azam Masri dan Khairul Hafiz Jantan pada edisi 2016.Kuartet Sabah yang turut mencatat masa lebih baik daripada rekod temasya sebelum ini bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat 39.88s, manakala tuan rumah Selangor meraih gangsa dengan catatan 40.29s."Kami mempunyai keyakinan sebagai satu pasukan, pasukan Johor





Sukma 2026: Isyraq dedikasi pingat emas untuk arwah ibu - Kosmo - 17/08 7:25 pm

PETALING JAYA – Pemain tenpin boling Sarawak, Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan menampilkan kisah penuh emosi apabila menghadiahkan pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2026 kepada arwah ibunya yang meninggal dunia akibat sakit jantung tahun lalu





Sukma 2026: Kuartet 4x100m wanita Sarawak cipta ‘magis’ raih emas - Kosmo - 17/08 7:25 pm

SERDANG – Kuartet 4100 meter (m) wanita Sarawak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 dengan penuh kejutan apabila mereka sendiri menyangka mampu menjelmakan emas selepas semua menjangkakan pasukan Terengganu muncul juara





Sukma 2026: Kuartet 4x100m Johor padam rekod 10 tahun - Kosmo - 17/08 7:12 pm

SERDANG Penantian 10 tahun untuk menyaksikan rekod acara 4100 meter (m) lelaki dipecahkan akhirnya terlerai apabila kuartet Johor mencipta kejutan menyambar pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, hari ini





‘Pingat emas untuk ibu’ - Hotfm - 17/08 6:58 pm

Subang Jaya: Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan tidak dapat menahan air mata selepas meraih emas sulungnya di Sukan Malaysia (Sukma) hari ini, sambil mendedikasikan kejayaan terbesar dalam karier boling kepada arwah ibu.





SUKMA: Jurulatih Sofbol Lelaki Terengganu Meninggal Dunia - Lobakmerah - 17/08 4:36 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





SUKMA 2026: Jurulatih Sofbol Terengganu Meninggal Dunia Ketika Bertugas - Siakapkeli - 17/08 4:19 pm

SUKMA 2026: Jurulatih Sofbol Terengganu Meninggal Dunia Ketika Bertugas - Seorang jurulatih pasukan sofbol Terengganu, Wan Mohd Shymin Amirul Wan Mohd Sofli





SUKMA: Pengurusan lemah, Menteri KBS tunjuk muka saja? - Harakahdaily - 17/08 4:00 pm

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menuntut penjelasan segera daripada Menteri Belia dan Sukan berhubung kelemahan pengurusan media serta ketiadaan liputan langsung beberapa acara bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026





Nurul Aisyah cipta sejarah, hadiah emas boling pertama buat Perlis - Sinarharian - 17/08 3:26 pm

KEPUTUSAN bekas pemain Johor, Nurul Aisyah Salleh mewakili Perlis dalam acara boling pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 membuahkan hasil lumayan apabila mencipta sejarah menghadiahkan pingat emas pertama buat negeri itu di sini, pada Isnin.Lebih manis, Nurul Aisyah yang mengumpul 1,344 jatuhan pin dalam acara perseorangan wanita turut meraih pingat emas SUKMA pertama dalam penampilan ketiganya pada temasya berkenaan.Atlet berusia 18 tahun itu menewaskan pilihan tuan rumah Adania Mohd Redzwan yang mengumpul 1,306 jatuhan pin, manakala Nur Alya Qaisara Noor Fazemil dari Perlis melengkapkan podium dengan 1,287 jatuhan pin.Nurul Aisyah yang mewakili Johor pada edisi 2022 dan 2024 berkata dia tidak menyangka dapat beraksi pada temasya tahun ini selepas terpaksa berehat bagi memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas."Ketika itu, saya ambil SPM dan terpaksa berehat agak lama selain tidak dapat mewakili Johor





SUKMA 2026: Dari tempat ke-11 ke puncak podium, Dzul Darwisy bangkit bergelar juara - Sinarharian - 17/08 3:20 pm

SELEPAS sekadar menamatkan saingan di tempat ke-11 pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dua tahun lepas, atlet lompat tinggi Kelantan Dzul Darwisy Adam Khairulaswari bangkit mencipta peningkatan ketara apabila muncul juara pada edisi Selangor 2026 di sini, pada Isnin.Beraksi di Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dzul Darwisy melepasi ketinggian 2.09 meter (m) untuk meraih pingat emas sekali gus menghadiahkan emas kedua Kelantan dalam acara olahraga pada temasya sukan dwitahunan itu.Dua wakil Kedah, Muhamad Nawawi Mohamad dan Muhammad Naufal Zulkifli masing-masing meraih perak dan gangsa selepas mencatat 2.07m dan 2.04m.Lebih manis, kejayaan itu merupakan kemenangan pertama Dzul Darwisy di pentas kejohanan utama peringkat kebangsaan."Apa berlaku hari ini satu rezeki





Catherine bangkit daripada hampir putus asa, raih emas dan cipta rekod - Hotfm - 17/08 3:09 pm

Kajang: Pemanah muda Sabah, Catherine Looi Mei Qi Abdullah membuktikan ketenangan menjadi kunci kejayaan apabila bangkit daripada prestasi kurang memberangsangkan pada pusingan pertama untuk meraih emas acara kelayakan compound 50 meter (m) wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.





SUKMA 2026: Kai Le padam rekod 26 tahun, rangkul emas rejam lembing - Sinarharian - 17/08 2:23 pm

ATLET Johor, Chai Kai Le mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod Sukan Malaysia (SUKMA) berusia 26 tahun untuk merangkul pingat emas acara rejam lembing lelaki pada edisi Selangor 2026 pada Isnin.Atlet berusia 18 tahun itu melakukan rejaman sejauh 64.44 meter (m) pada percubaan kedua di Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), sekali gus memadam rekod temasya 62.33m milik atlet Sarawak, Kho Mei Kuan yang dicatat pada edisi 2000 di Pulau Pinang.Pingat perak menjadi milik wakil Pulau Pinang, Tan Chun Wei yang mencatat rejaman 60.43m, manakala rakan sepasukan Kai Le dari Johor, Mohd Noor Iman Norman membawa pulang gangsa dengan catatan 59.04m.Bercakap kepada pemberita, Kai Le yang juga pemegang rekod kebangsaan bawah 20 tahun dengan catatan 65.65m berkata, beliau turun beraksi dengan sasaran untuk memperbaharui rekod temasya berkenaan."Memecahkan rekod itu memang dalam jangkaan saya kerana saya telah membuat persiapan rapi untuk SUKMA ini sejak dua tahun lepas





SUKMA Selangor 2026: Jurulatih sofbol Terengganu meninggal dunia ketika bertugas - Sinarharian - 17/08 1:29 pm

SEORANG jurulatih pasukan sofbol Terengganu meninggal dunia ketika sedang bertugas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang sedang berlangsung ketika ini.Berdasarkan maklumat ringkas diterima, Allahyarham Wan Mohd Shymin Amirul Wan Sofli, difahamkan rebah di lokasi sebelum pasukan perubatan memberikan bantuan kecemasan.Punca sebenar kematian masih belum diketahui dan menunggu pengesahan lanjut daripada pihak hospital.Turut berdukacita adalah atas pemergian seorang lagi petugas SUKMA dari Majlis Sukan Negeri Kelantan, Syhizad Mohd Zahari, yang sebelum ini menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menjemput atlet catur di Sabak Bernam





SUKMA 2026: Jurulatih sofbol Terengganu meninggal dunia - Hotfm - 17/08 12:04 am

Kuala Lumpur: Dunia sukan tanah air dikejutkan dengan pemergian jurulatih pasukan sofbol lelaki Terengganu, Shymin Amirul Wan Mohd Sofli, yang meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika perlawanan berlangsung, semalam.





2026 SUKMA: Selangor leads after first day as focus falls on athletics - SUN - 17/08 7:23 am

Athletics steals the spotlight on Day 1 of SUKMA 2026 as Danish Iftikhar defends his 100m gold and Terengganu sets a new record





Sasha Alyssa hadiahkan emas pertama olahraga buat Selangor - Hotfm - 16/08 9:22 pm

Serdang: Atlet lempar cakera wanita Sasha Alyssa Philip menghadiahkan pingat emas pertama dalam olahraga buat Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) [...]





Izzatul Musfirah kini bergelar ratu pecut SUKMA - Hotfm - 16/08 6:22 pm

Serdang: Pelari pecut Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira menebus kekecewaan dua tahun lalu apabila muncul ratu pecut Sukan Malaysia [...]





Armin lebur rekod baharu Hazriq - Kosmo - 16/08 4:26 pm

SERDANG Rekod Sukan Malaysia (Sukma) acara 110 meter (m) berpagar lelaki yang baru diperbaharui Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau hanya mampu bertahan beberapa jam sebelum dipadamkan pemegang rekod kebangsaan, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif pada aksi final Sukma Selangor 2026, sebentar tadi





Aliff ‘langgar’ sakit demi emas - Hotfm - 16/08 3:03 pm

Kuala Lumpur: Meskipun terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan pada kedua-dua lutut dan buku lali kiri hingga memerlukan suntikan, pesilat Selangor, Aliff Damien Mohd Redzuan enggan menjadikan kecederaan sebagai alasan apabila sanggup langgar sakit demi emas dalam acara tunggal putera Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.





Kurang kejohanan bukan penghalang Earl Isaac raih emas SUKMA - Hotfm - 16/08 12:44 am

Serdang: Kekurangan pendedahan kejohanan sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 tidak menghalang atlet lontar peluru lelaki Sabah, Earl Isaac Mitzler Fredolin mencipta kejutan apabila meraih pingat emas pada penampilan sulungnya di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.





Hui Ying sumbang emas pertama Wilayah Persekutuan dalam olahraga - Hotfm - 16/08 9:11 am

Serdang: Atlet Wilayah Persekutuan, Kok Hui Ying muncul atlet pertama meraih pingat emas dalam sukan olahraga pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas mengungguli acara 10,000 meter (m) jalan kaki wanita di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), sebentar tadi.





15 kontinjen berkampung di Selangor, SUKMA, Para SUKMA buka tirai secara rasmi - Hotfm - 15/08 11:55 pm

Shah Alam: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam ini.





Selangor gegar pentas Sukma 2026 - Kosmo - 15/08 11:39 pm

SHAH ALAM Selepas 28 tahun menanti, Selangor kembali menyambut kehadiran temasya Sukan Malaysia (Sukma) apabila edisi ke-22 membuka tirai secara rasmi dalam suasana penuh meriah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam ini





SUKMA 2026: Beberapa Jalan Utama Sepang Ditutup Secara Berperingkat Mulai Esok - Careta - 15/08 9:33 pm

Beliau berkata, sebanyak 96 kawasan dalam daerah Sepang akan diberi perhatian bagi penugasan kawalan lalu lintas sepanjang acara berlangsung





Futsal SUKMA 2026: Johor, Sabah Cemerlang Di Aksi Pembukaan - Vocket - 15/08 8:13 pm

Johor memulakan kempen SUKMA 2026 acara futsal dengan nota kemenangan selepas menang selesa 5-1 ke atas Terengganu pada aksi kumpulan C yang berlangsung di Kompleks..





Johor, Sabah Cemerlang Di Aksi Pembukaan - Hotfm - 15/08 8:13 pm

Johor memulakan kempen SUKMA 2026 acara futsal dengan nota kemenangan selepas menang selesa 5-1 ke atas Terengganu pada aksi kumpulan C yang berlangsung di





Pasangan Perak sukar digugat Terengganu - Utusan - 15/08 7:30 pm

SHAH ALAM: Gandingan Perak, Yong Xuan dan Low Jeng Yih memastikan pingat emas acara bola tampar pantai lelaki menjadi milik mereka selepas menundukkan pasangan Terengganu A pada final Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, semalam





Nabilah tutup SUKMA terakhir penuh bergaya - Utusan - 15/08 7:22 pm

SHAH ALAM: Kedah meneruskan dominasi mereka dalam acara berbasikal merentas desa Olimpik (XCO) wanita apabila mempertahankan pingat emas buat edisi keempat berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, semalam





Putri pertahan emas SUKMA, hadiah emas pertama Perlis - Hotfm - 15/08 6:38 pm

Shah Alam: Atlet taekwondo Perlis, Putri Nurrafqistina Damia Md Roshidi mengakui keputusan beralih kategori daripada 46 kilogram (kg) kepada bawah 73kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 bukanlah semudah yang disangkakan.





Petugas SUKMA meninggal dunia ketika memandu - Sinarharian - 15/08 4:20 pm

SABAK BERNAM - Seorang petugas pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas kenderaan dipandunya terbabas di Sungai Besar, Sabak Bernam, semalam.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.35 malam memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas kenderaan itu terbabas di hadapan Tongkang 10, Sungai Besar."Mangsa berusia 49 tahun dan bertugas sebagai pemandu khidmat awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Bharu yang membawa pasukan atlet SUKMA Kelantan menyertai pertandingan catur di daerah itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Md Yusof berkata, bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Sementara itu, SUKMA Selangor menerusi Instagram rasminya memaklumkan Syahizad Mohd Zahari ialah staf JPS Kelantan dan juga petugas Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan.Kejadian berlaku semasa Allahyarham yang turut berperanan sebagai bapa angkat kepada kontinjen Kelantan dalam perjalanan menjemput atlet catur di Sabak Bernam





Petugas SUKMA kontinjen Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung - Sinarharian - 15/08 4:20 pm

SABAK BERNAM - Seorang petugas pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas kenderaan dipandunya terbabas di Sungai Besar, Sabak Bernam, semalam.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.35 malam memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas kenderaan itu terbabas di hadapan Tongkang 10, Sungai Besar."Mangsa berusia 49 tahun dan bertugas sebagai pemandu khidmat awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Bharu yang membawa pasukan atlet SUKMA Kelantan menyertai pertandingan catur di daerah itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Md Yusof berkata, bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Sementara itu, SUKMA Selangor menerusi Instagram rasminya memaklumkan Syahizad Mohd Zahari ialah staf JPS Kelantan dan juga petugas Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan.Kejadian berlaku semasa Allahyarham yang turut berperanan sebagai bapa angkat kepada kontinjen Kelantan dalam perjalanan menjemput atlet catur di Sabak Bernam





96 kawasan di Sepang ditutup sempena Sukan Berbasikal Lebuhraya Sukma .. - Mygazette - 15/08 8:15 am

# 96 kawasan di Sepang ditutup sempena Sukan Berbasikal Lebuhraya Sukma Selangor XXIII 2026 KUALA LUMPUR - Sebanyak 96 kawasan di daerah Sepang akan ditutup bagi acara Sukan Berbasikal Lebuhraya Sukma Selangor XXIII 2026 yang disertai seramai 142 peserta yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 19 Ogos ini





Sukma 2026: Selangor langkah kanan buru ‘ibu emas’ - Kosmo - 14/08 11:00 pm

PETALING JAYA – Selangor membuka langkah kanan dalam acara bola sepak lelaki temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 apabila menewaskan juara bertahan, Wilayah Persekutuan dengan keputusan 3-1 pada aksi Kumpulan C sebentar tadi





Rhea bantu Wilayah raih emas acara gimrama berpasukan - Hotfm - 14/08 9:27 pm

Bangi: Atlet gimrama, Rhea Dhaliwall mengakui persembahannya bukan yang terbaik, namun segala kesilapan tidak menghalangnya membantu Wilayah Persekutuan meraih pingat emas berpasukan yang menjadi impiannya selama bertahun-tahun di Sukan Malaysia (Sukma).





Aina buktikan usia bukan penghalang raih emas di Sukma Selangor - Hotfm - 14/08 9:10 pm

Shah Alam: Empat tahun selepas mula berjinak-jinak dengan taekwondo, Nur Aina Qistina membuktikan usia bukan penghalang untuk bergelar juara apabila meraih emas sulungnya di Sukan Malaysia (Sukma).





Heading to Sepang? Expect road closures for Sukma cycling events from Sunday until Aug 19 - Malaymail - 14/08 7:01 pm

SEPANG, Aug 14 Several major roads in the Sepang district will be closed and traffic diverted in stages from thi...





Jom serbu Pusat Konvensyen MPAJ, bakal jadi gelanggang pertarungan e-sukan - Hotfm - 14/08 5:37 pm

Ampang Jaya: Peminat e-sukan tidak harus melepaskan peluang hadir ke Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati di sini,yang bakal menjadi gelanggang pertarungan pemain terbaik negara sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.





SUKMA Selangor buka tirai, medan lahirkan bintang baharu - Hotfm - 14/08 3:25 pm

Kuala Lumpur: Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 bakal menjadi medan penting buat lebih 5,000 atlet remaja dari 14 negeri di [...]





Sukma 2026: Selangor sapu dua emas pertama - Kosmo - 13/08 3:23 pm

PETALING JAYA Selangor membuka kempen Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan langkah kanan apabila menyapu bersih dua pingat emas bola keranjang 33 lelaki dan wanita di Dewan Bola Keranjang Bukit Tinggi 2, Klang, hari ini





SUKMA 2026: Skuad ragbi Terengganu sasar gangsa, pertaruh muka baharu - Sinarharian - 12/08 4:16 pm

TIDAK mahu dibebani pencapaian pada edisi lalu, skuad ragbi Terengganu tampil lebih realistik dengan meletakkan sasaran pingat gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.Pengurus pasukan, Mohd Amirulmukminin Sulaiman berkata, sasaran itu dibuat selepas mengambil kira perubahan besar dalam skuad kali ini yang dibarisi sebahagian besar pemain baharu.Katanya, biarpun sasaran ditetapkan secara sederhana, persiapan pasukan kini berada pada tahap terbaik dan pemain sudah bersedia untuk turun beraksi apabila saingan bermula 19 Ogos ini."Momentum pasukan ketika ini berada pada tahap terbaik dan semua pemain sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik





Sukma 2026: Selangor sedia tindakan susulan jika IPU tak sihat - FMT - 10/08 7:37 pm

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya akan ambil langkah yang dinasihatkan MetMalaysia dan Jabatan Kesihatan negeri.





Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor - Mypress - 10/08 6:52 pm

KUCHING – Kontinjen Para SUKMA Sarawak bertekad mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Para SUKMA ke-22 di Selangor, biarpun bakal berdepan cabaran sengit berikutan perubahan had umur atlet





Buktikan kemampuan di tempat lawan, Sarawak sasar tawan SUKMA Selangor 2026 - Mypress - 10/08 5:16 pm

KUCHING – Kontinjen Sarawak diseru mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor, sekali gus membuktikan kemampuan sebenar atlet negeri itu di luar halaman sendiri





SUKMA 2026 diharap mampu lahirkan jelmaan Danish, Izzatul - Hotfm - 9/08 2:47 pm

Kuala Terengganu: Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang bakal membuka tirainya pada 15 hingga 24 Ogos ini di Selangor menjadi medan terbaik dan penanda aras buat atlet baharu menyerlah.





Selangor mahu buktikan mampu anjur Sukma 2026 tanpa dana persekutuan - FMT - 8/08 3:55 pm

Exco Selangor Najwan Halimi berkata, kerajaan negeri kini beri tumpuan buat persiapan akhir temasya sukan yang akan berlangsung di 52 lokasi.





Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor - Mypress - 7/08 8:29 pm

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026





KBS Terus Sokong SUKMA Selangor, RM1 Juta Disalur Untuk Keperluan Teknikal - Harapandaily - 7/08 3:21 pm

PUTRAJAYA, 7 Ogos Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Selangor bagi memastikan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor dapat dilaksanakan dengan lancar, meskipun sebarang peruntukan tambahan perlu mendapat persetujuan Kabinet





Dua tahun mohon dana, Selangor terpaksa anjur SUKMA tanpa geran KBS .. - Mygazette - 6/08 8:14 am

# Dua tahun mohon dana, Selangor terpaksa anjur SUKMA tanpa geran KBS - Exco SHAH ALAM - Kurang dua minggu sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 membuka tirainya, kerajaan negeri Selangor mendedahkan temasya itu dianjurkan sepenuhnya menggunakan dana negeri kerana tidak menerima geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS)





Najwan dedah SUKMA Selangor tiada dana KBS - Hotfm - 5/08 4:57 pm

Shah Alam: Lagi 10 hari lagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA XXII) Selangor 2026 akan membuka tirainya bermula dengan sambutan pembukaan temasya sukan dwitahunan itu yang dijadualkan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14 di sini.





Sukma: Terengganu sasar rampas kembali kejuaraan - Kosmo - 5/08 3:40 pm

KUALA TERENGGANU – Kontinjen Terengganu menyasarkan 61 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 di Selangor yang akan membuka tirai 15 Ogos ini ini dalam usaha merampas kembali gelaran juara keseluruhan temasya berkenaan





No further word from Putrajaya on Sukma funding shortfall, says Selangor exco - FMT - 5/08 2:08 pm

Najwan Halimi points out that Sarawak was allocated RM50 million for hosting Sukma two years ago.





Tiada dana pusat untuk Sukma 2026 langkah tak sihat, kata exco Selangor - FMT - 5/08 12:08 am

Najwan Halimi berkata negeri terpaksa menggunakan RM50 juta dana sendiri walaupun tuan rumah terdahulu menerima bantuan kerajaan persekutuan.





Sabah targets 40 golds at SUKMA, confident 80% of athletes will medal - SUN - 4/08 3:53 pm

Sabah Chief Minister Hajiji Noor is confident 80% of the state's athletes will win medals, including 40 golds, at SUKMA.





Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor - Mypress - 4/08 3:46 pm

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan kutipan 40 pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor menerusi persediaan rapi bagi memastikan kontinjen negeri mampu mencatat prestasi terbaik di temasya…





Tekad jadikan SUKMA 2028 terbaik dalam sejarah - Harakahdaily - 4/08 2:56 pm

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bertekad menjadikan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Kelantan 2028 sebagai temasya sukan terbaik dalam sejarah negeri.Menteri Besar, Dato Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud, berkata tekad tersebut bukan sahaja melibatkan aspek penganjuran, malah turut merangkumi pencapaian kontinjen





Kelantan sasar 16 pingat emas hadapi SUKMA 2026 - Harakahdaily - 3/08 11:25 pm

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyasarkan 16 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan memberi tumpuan kepada sukan tempur yang dilihat mempunyai potensi besar untuk menyumbang kejayaan kontinjen negeri





Johor sasar 45 pingat emas di SUKMA Selangor - Hotfm - 3/08 10:31 pm

Iskandar Puteri: Johor meletakkan sasaran tinggi dengan memburu 45 pingat emas selain berada dalam kelompok tiga terbaik pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dari 15 hingga 24 Ogos ini.





Kontinjen Johor sasar 45 emas, tiga terbaik SUKMA Selangor - Sinarharian - 3/08 6:16 pm

ISKANDAR PUTERI Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Johor menyasarkan kutipan 45 pingat emas serta menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik pada temasya SUKMA Selangor yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, seramai 689 atlet, dibantu 150 jurulatih dan 48 pengurus, akan bertanding dalam 379 acara membabitkan 37 jenis sukan.Beliau yang juga Chef de Mission turut memaklumkan pemenang pingat emas akan menerima ganjaran RM10,000 bagi acara individu serta berpasangan."Bagi atlet berpasukan yang terdiri daripada tiga hingga enam orang, ganjaran yang diterima ialah RM9,000 seorang, manakala pasukan yang melebihi tujuh orang akan menerima RM8,500 setiap seorang."Bagi pemenang pingat perak dan gangsa pula, mereka akan menerima ganjaran wang tunai bermula RM1,000 hingga RM750," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Johor di Bangunan Temenggong Ibrahim, di sini, pada Isnin.Menurutnya, ganjaran itu turut diberikan kepada atlet para Johor yang dijadualkan bertanding dari 5 hingga 14 September.Seramai 110 atlet para akan mewakili Johor bersama 23 jurulatih dan 28 pegawai dalam 10 jenis sukan yang dipertandingkan.Kontinjen Johor muncul juara keseluruhan SUKMA buat pertama kali ketika temasya itu berlangsung di Kuala Lumpur pada 2022 selepas meraih 77 pingat emas, 52 pingat perak dan 43 pingat gangsa.Dua tahun lalu di Sarawak, Johor menduduki tangga keenam keseluruhan selepas membawa pulang 35 pingat emas.Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal apabila sukan kanu yang menjadi lubuk pingat emas atlet Johor tidak dipertandingkan dalam dua edisi terakhir."Saya agak kesal sukan ini tidak dipertandingkan kerana ia merupakan sukan bertaraf Olimpik yang mampu memberi pendedahan kepada atlet untuk memantapkan kemahiran dalam acara berkenaan."Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan dapat meneliti semula situasi ini bagi memberi peluang kepada atlet bertanding sama ada di dalam atau di luar negara," katanya.





ABARO Takraw Diperkenal, ABARO Perkasa Persiapan Skuad Sepak Takraw Selangor Ke SUKMA 2026 Bersama PSS - Siakapkeli - 3/08 6:04 pm

Abaro Takraw Diperkenal, Abaro Perkasa Persiapan Skuad Sepak Takraw Selangor Ke SUKMA 2026 Bersama PSSMenjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, jenama kasu...





Perlis sasar 20 emas SUKMA 2026 - Hotfm - 3/08 1:50 pm

Kanfar: Kerajaan negeri Perlis meletakkan sasaran 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang akan berlangsung di Selangor, bermula 15 Ogos ini.



Penang offers RM10,000 incentive for SUKMA gold medallists if target met - SUN - 1/08 5:18 pm

Penang will reward SUKMA 2026 gold medallists with up to RM10,000 each if the state contingent achieves its 60-gold target in Selangor.



Pahang sasar 35 emas dalam SUKMA - Sinarharian - 28/07 8:04 pm

KONTINJEN Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang menyasarkan kutipan 35 pingat emas pada temasya SUKMA Selangor 2026, manakala kontinjen Para SUKMA pula memburu 15 pingat emas dalam saingan yang berlangsung pada Ogos dan September depan.Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan potensi dan prestasi atlet negeri pada ketika ini."Kontinjen Pahang kali ini diwakili 737 atlet membabitkan 397 lelaki dan 340 wanita yang akan memberi tumpuan kepada acara berpotensi menyumbang pingat emas."Kita juga mempertaruhkan 75 atlet membabitkan 49 lelaki dan 26 wanita pada Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 10 September depan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pahang ke SUKMA dan Para SUKMA di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Selasa.Majlis itu disempurnakan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Fadzli memberitahu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM12 juta bagi persiapan kontinjen SUKMA dan Para SUKMA kali ini."Kontinjen kita lebih besar kali ini dan pertama kali SUKMA tidak mempunyai perkampungan sukan, jadi kita perlu menanggung kos penginapan, pengangkutan serta makan minum."Alhamdulillah, menjelang temasya yang berbaki kira-kira 18 hari lagi, kita berjaya memperoleh peruntukan tambahan."Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail yang cukup prihatin terhadap keperluan atlet-atlet kita," jelasnya.Mengulas peluang kutipan pingat, Fadzli berkata, acara menembak menjadi antara sandaran utama Pahang selepas mencatat pencapaian membanggakan pada SUKMA lalu.Katanya, selain menembak, Pahang turut melihat potensi menerusi beberapa acara lain seperti angkat berat, silat, memanah, judo, karate, taekwondo dan olahraga."Dalam SUKMA yang lepas, kita berjaya memperoleh 12 pingat emas bagi acara menembak dan kali ini kita mahu mengekalkan kejayaan tersebut atau mencapai pencapaian lebih baik."Kita nampak peluang-peluang baharu untuk emas, sebab itu kita menyasarkan 35 pingat emas kali ini," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri mengekalkan ganjaran RM6,000 bagi pemenang pingat emas individu SUKMA seperti yang diberikan pada temasya di Sarawak.



Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor - Mypress - 28/07 7:08 pm

KONTINJEN Pahang menyasarkan kutipan 35 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 manakala 15 pingat emas bagi temasya Para SUKMA



Stadium Hoki MBDK diiktiraf FIH, siap sedia jadi gelanggang SUKMA Selangor 2026 - Sinarharian - 22/07 5:04 pm

STADIUM Hoki Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Kompleks Sukan Pandamaran yang siap dinaik taraf dengan kos RM8 juta kini diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara venue utama Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.Stadium berkenaan, yang dirasmikan pada Selasa, menjadi simbol komitmen MBDK dalam memperkasakan infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa di Bandar Diraja Klang menjelang temasya SUKMA yang berlangsung bulan depan.Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, penaiktarafan itu bukan sahaja meningkatkan kualiti kemudahan sukan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat atlet, penganjuran kejohanan bertaraf tinggi serta pertumbuhan ekonomi setempat.Menurutnya, projek naik taraf stadium itu disiapkan sepenuhnya pada 1 Julai lalu dengan kos keseluruhan RM8 juta."Peruntukan yang dilaburkan ini bukan sekadar satu perbelanjaan, sebaliknya merupakan pelaburan strategik yang bakal memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan sukan dan ekonomi tempatan."Kita percaya kemudahan sukan yang berkualiti mampu menjadi pemangkin kepada gaya hidup sihat, pembangunan belia, pengukuhan perpaduan komuniti serta menjadi platform melahirkan atlet yang mampu bersaing di pentas dunia," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Padang dan Penaiktarafan Kemudahan Fasiliti Stadium Hoki MBDK di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.Abd Hamid berkata, lebih membanggakan apabila stadium berkenaan menerima pensijilan FIH bagi tempoh tiga tahun bermula 3 Julai lalu, sekali gus mengesahkan ia memenuhi piawaian antarabangsa.Katanya, pengiktirafan tersebut membolehkan Stadium Hoki MBDK menjadi venue penganjuran kejohanan hoki bertaraf dunia selain memenuhi keperluan penyiaran televisyen secara langsung."Selain dilengkapi padang sintetik jenis Poligras Platinum, stadium ini turut mempunyai papan skor elektronik dan sistem lampu limpah berkualiti tinggi yang memenuhi spesifikasi pertandingan antarabangsa."Stadium ini mampu menampung sehingga 1,300 penonton serta menyediakan 160 petak parkir, sekali gus memperkukuh hasrat menjadikan Bandar Diraja Klang sebagai hab penganjuran hoki bertaraf kebangsaan dan antarabangsa," katanya.



Kos anjur Sukma 2026 jimat sehingga 67%, kata timbalan menteri - FMT - 22/07 2:11 pm

Mordi Bimol berkata penjimatan dilaksanakan berasaskan prinsip pengoptimuman sumber melalui penggunaan fasiliti sedia ada.



Ehsan Vooze pacu evolusi jenama Ehsan - Sinarharian - 22/07 9:30 am

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd (PEMSB) memperkenalkan minuman isotonik Ehsan Vooze sebagai langkah mempelbagai jenama Ehsan serta memenuhi permintaan pengguna.Ketua Pegawai Operasi PEMSB, Md Fazir Abdul Latif berkata, Ehsan Vooze direka bagi memenuhi keperluan atlet, penggiat sukan dan individu yang menjalani gaya hidup aktif, selain mencerminkan usaha PKPS menghasilkan lebih banyak produk berkualiti dan inovatif di bawah jenama Ehsan."Kami berharap Ehsan Vooze diterima sebagai minuman isotonik tempatan yang berkualiti pada harga berpatutan. Pelancarannya juga menjadi pembuka tirai kepada pengenalan produk ini sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengenalan Ehsan Vooze pada program Riuh Bola SINAR x redONE x RTM sempena perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam pada Isnin.Md Fazir berkata, pemilihan program itu sebagai lokasi prapelancaran membolehkan PKPS memperkenalkan produk berkenaan kepada lebih ramai pengguna khususnya komuniti sukan.Ehsan Vooze ialah minuman tanpa karbonat yang diformulasikan untuk membantu mengekalkan hidrasi badan dan memulihkan elektrolit selepas melakukan aktiviti fizikal.Ia turut diperkaya dengan Vitamin B1, B6 dan B12 untuk menyokong penghasilan tenaga serta membantu fungsi sistem saraf.Ehsan Vooze didatangkan dalam dua pilihan perisa iaitu Original dan Blackcurrant.Dalam pada itu, Md Fazir berkata, penyertaan PKPS dalam program Riuh Bola Sinar 2026 juga merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh penjenamaan Ehsan selain meningkatkan kesedaran pengguna terhadap produk tempatan.Sepanjang program itu, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti di Booth Ehsan PKPS seperti cabaran Timbang Bola, Foot Golf, roda hadiah serta menikmati sampel percuma Ehsan Vooze.Ehsan Vooze mula temui pengguna Ogos iniMengulas perancangan pemasaran, Md Fazir berkata, Ehsan Vooze akan mula dipasarkan pada pertengahan Ogos ini dengan kempen promosi yang memberi tumpuan kepada SUKMA Selangor 2026 yang bakal berlangsung dari 15 Ogos hingga 24 Ogos 2026.Katanya, produk Ehsan Vooze juga boleh didapati di rangkaian outlet Ehsan Mart dan rakan strategik serta lokasi bergerak Jualan Ehsan Rahmah (JER) di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya.PKPS turut meneroka kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi mengadakan jualan di sekolah-sekolah.Md Fazir berkata, PKPS meletakkan sasaran jualan produk Ehsan Vooze berjumlah RM250,000 sebulan sekali gus sasaran jualan antara RM1 juta hingga RM2 juta menjelang akhir tahun ini.PKPS perhebat promosi jenama EhsanSementara itu, Pengurus Besar Sektor Strategi Korporat PKPS, Rosnani Abdul Malek berkata, kerjasama PKPS dengan Sinar Harian banyak membantu memperluaskan promosi produk dan inisiatifnya kepada masyarakat."Sejak awal lagi PKPS dan Sinar Harian mempunyai hubungan yang baik




Reformasi     >>



'Caught in the wave': How BN-PN's 'Malay unity' push .. - Mkini
'Bersatu needs to revitalise itself or risk more electoral setbacks.'
Kroni     >>



WAWASAN sasar disertai anggota bukan-Melayu - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Penubuhan Wawasan Negara (WAWASAN) dilihat sebagai langkah strategik untuk membantu Perikatan Nasional (PN) memperluas sokongan melangkaui pengundi sedia ada, khususnya dalam kalangan masyarakat bukan-Melayu di Semenanjung. Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ..
Tabloid     >>



Idea kita cipta nama di dunia - Hmetro
Shah Alam: Siapa sangka idea program perusahaan sosial diusahakan Nazrul Hanif Ahmad Nadzer, 37, bersama dua rakan berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat global dengan pengiktirafan World Summit Awards (WSA) pada Mei lalu. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Epic doesn't believe in compromise unless it is with .. - Appleinsider
The vendetta Epic Games holds against Apple seemingly won't let it accept any settlement beyond complete surrender, but it wants to participate "in good faith." Epic settled with Google by paying for a promotional campaign Apple shared its latest proposed commission rates in an attempt to ..
World     >>



War on Iran: Phase II, Day 37 - Aljazeera
Iran is offering $30,000 for captured or killed US soldiers. Trump cuts back South Korea drills.
Motor Trend     >>



JPJ Kelantan - Demi aksi 'Superman', labur hingga .. - Careta
Malah, katanya, antara remaja paling muda dikesan menggunakan motosikal yang diubah suai secara ekstrem adalah pelajar berusia 15 tahun. Katanya, antara alasan yang digunakan kumpulan berkenaan ketika operasi dilakukan adalah mahu tampil lebih menonjol di kalangan rakan-rakan selain hobi serta