///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Spm News   Page 1    



???Buat yang terbaik??? – Fadhlina titip pesanan buat semua calon SPM - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# Buat yang terbaik - Fadhlina titip pesanan buat semua calon SPM KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menitipkan pesanan kepada calon peperiksaan supaya tidak terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri menjelang peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok





SPM: KPM sasar sifar calon tak hadir, kesan murid bermasalah sejak .. - Mygazette - 23/11 6:37 pm

# SPM: KPM sasar sifar calon tak hadir, kesan murid bermasalah sejak Tingkatan Satu PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan (KPM) mempergiat usaha mengesan murid berisiko tercicir daripada persekolahan seawal Tingkatan Satu bagi mengurangkan jumlah calon tidak hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)





Anak Autisme Hampir Putus Asa, Ibu Ini Tekad & Kembali Jadi Calon SPM Demi Beri Sokongan! - Siraplimau - 23/11 5:05 pm

Bukan mudah melihat anak sendiri hilang semangat ketika berdepan cabaran dalam pelajaran, lebih-lebih lagi apabila perlu menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)





Menteri kabinet titip doa, kata-kata semangat buat calon SPM 2026 - Mydateline - 23/11 2:25 pm

Doa dan kata-kata semangat mengiringi 420,898 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang memulakan peperiksaan bertulis hari ini, dengan beberapa Menteri Kabinet mengingatkan mereka agar ..





NutriSel: Selangor peruntuk RM3 juta agih makanan percuma kepada 73,594 calon SPM - MB - Astroawani - 23/11 1:30 pm

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM3 juta untuk mengagihkan makanan percuma kepada 73,594 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri itu, menerusi program NutriSel SPM 2026.





Mother, 44, sits SPM alongside autistic son to keep him motivated - Sinardaily - 23/11 1:00 pm

KOTA BHARU - A mother's determination to motivate her autistic son has brought her back to the examination hall after more than two decades, as she sits for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination alongside him today.Mazlina Abdul Majid, 44, said she decided to retake the examination to ensure her eldest son, Muhammad Adam Danial Othman, 17, would not feel alone and to encourage him to strive for academic success.She said her son had initially lost motivation to study, prompting her to register as an SPM candidate to foster a sense of healthy competition between them."I'm excited to sit for the SPM again, especially alongside my son





Fadhlina buat lawatan mengejut ke sekolah, mahu calon fokus SPM - Sinarharian - 23/11 12:49 am

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jasmin 2, Kajang kerana tidak mahu pihak sekolah sibuk membuat persiapan menyambut kedatangannya.Fadhlina berkata, beliau mahu pihak sekolah memberikan tumpuan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memulakan peperiksaan bertulis pada Isnin."Saya sengaja tidak memaklumkan lawatan ini lebih awal





274 calon SPM di Negeri Sembilan berdepan risiko bencana susulan MTL - Astroawani - 23/11 12:45 am

JPNS menyediakan pelan pengurusan risiko, penempatan asrama, dan 15 sekolah sebagai Pusat Peperiksaan Alternatif untuk memastikan kelancaran peperiksaan.





SPM 2026 bermula hari ini, pelbagai persiapan dilakukan pastikan kelancaran - Astroawani - 23/11 11:45 am

Peperiksaan bertulis SPM 2026 bermula hari ini di seluruh negara dengan pelbagai persiapan termasuk kemudahan khas untuk calon berkeperluan pendidikan khas.





Demi anak autisme yang hampir putus asa, ibu sanggup ambil SPM semula - Hmetro - 23/11 11:28 am

Kota Bharu: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kali ini melakar sejarah buat dua beranak apabila ibu dan anak lelakinya menjadi calon menduduki peperiksaan itu





Asrama sekolah jadi penempatan sementara calon SPM terjejas banjir - Mydateline - 23/11 11:00 am

Jabatan Pendidikan Kelantan mengenal pasti kekosongan asrama sekolah di seluruh negeri ini sebagai penempatan sementara bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya kediaman atau laluan ..





SPM 2026: Ujian mendengar, bertulis BM dan BI diadakan hari sama elak calon tidak hadir - Sinarharian - 23/11 9:49 am

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan baharu mengadakan ujian mendengar dan peperiksaan bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris pada hari yang sama mulai tahun ini, sebagai usaha mengurangkan ketidakhadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata langkah itu bertujuan memastikan calon menduduki semua komponen peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan sekali gus mengelakkan mereka dianggap gagal hanya kerana tidak hadir bagi satu komponen.Beliau berkata sebelum ini terdapat calon yang mengambil mudah kepentingan melengkapkan semua komponen peperiksaan apabila beranggapan prestasi baik dalam ujian bertutur atau mendengar sudah memadai untuk memperoleh keputusan yang baik."Tahun ini kita mula sekalikan ujian mendengar dengan ujian bertulis supaya kita dapat pastikan anak-anak kita selepas ujian mendengar, mereka terus masuk ujian bertulis."...antaranya memang nak elakkan murid tidak datang





Fadhlina nasihatkan calon SPM bertenang, jangan terlalu menekan diri - Sinarharian - 23/11 12:02 am

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek mengingatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 supaya tidak terlalu menekan diri dan menghadapi peperiksaan bertulis yang bermula esok dengan tenang.Beliau berkata, calon perlu yakin dengan segala usaha yang telah dilakukan sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu."Tidur awal, rehat secukupnya dan masuklah ke dewan peperiksaan esok dengan hati yang tenang





Johor takes steps to assist STPM, SPM students - NST - 19/11 6:01 am

Your browser does not support the audio element.





Doa Ibu Bapa, Guru Bekalan Berharga Buat Calon SPM Dan STPM Fadhlina - Siakapkeli - 18/11 2:55 pm

Doa ibu bapa dan sokongan ibu bapa serta guru menjadi bekalan penting buat calon SPM dan STPM, selain usaha mengulang kaji pelajaran.





Johor salur RM4.19 juta inisiatif Makan Tengah Hari SPM - Mygazette - 17/11 6:23 pm

# Johor salur RM4.19 juta inisiatif Makan Tengah Hari SPM JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri memperuntukkan RM4.19 juta bagi inisiatif Makan Tengah Hari SPM yang akan memberi manfaat kepada 44,075 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu bermula 23 November ini





Melaka Declares Election Holiday Tomorrow, Private Workers Must Clock In, SPM Science Exams Proceed - Rakyatpost - 15/11 10:06 pm

Melaka Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh declared Monday (16 Nov) a special state holiday following the Barisan Nasional (BN) and Perikatan Nasional (PN) coalition victory, though private-sector employees remain bound by company contracts and SPM Science Practical Tests will proceed as scheduled.





Tak sedar diperhati JPJ, calon SPM ditahan buat 'wheelie' - Sinarharian - 15/11 9:38 am

KUALA LUMPUR - Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara 17 individu yang ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas Ekstrem Lumba Haram di sekitar ibu negara, awal pagi Ahad.Pelajar lelaki Tingkatan Lima dari sebuah sekolah menengah di kawasan Petaling Jaya itu ditahan kerana melakukan aksi berbahaya wheelie (mengangkat tayar hadapan) di jalan raya.Ketika ditemui pemberita, remaja terbabit berkata aksi itu dibuat sekadar suka-suka selain mendakwa tidak perasan bahawa tindakan berbahaya itu sedang diperhatikan pihak penguat kuasa JPJ.Susulan itu, dia ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 [Akta 333] kerana kesalahan mengambil bahagian dalam aktiviti menguji atau menduga kelajuan yang melibatkan satu atau lebih kenderaan motor di jalan raya.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, manakala kesemua mereka yang ditahan dikumpulkan di Jalan Sultan Ismail untuk pemeriksaan lanjut.Beliau berkata, dalam operasi yang bermula sejak semalam dan berakhir kira-kira 4.30 pagi itu, daripada 17 individu yang ditahan, lapan daripadanya disiasat di bawah Seksyen 42A(1) dan 42A(2) Akta 333, manakala sembilan lagi melibatkan kes kesalahan pengubahsuaian motosikal secara ekstrem."Sembilan kes itu disiasat di bawah beberapa peruntukan utama dalam APJ 1987, bergantung pada bentuk kesalahan dan tahap bahaya yang ditimbulkan," katanya pada sidang media selepas tamat operasi itu di sini pada Ahad.Beliau berkata, operasi turut menahan sebanyak 1,387 motosikal bagi tujuan pemeriksaan.Aedy Fadly berkata, pelaksanaan operasi khas berkenaan merupakan langkah proaktif JPJ dalam membanteras kegiatan pemanduan berisiko tinggi yang bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga boleh mengancam keselamatan dan meragut nyawa pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah."Sejak dilaksanakan pada 25 Oktober lepas, operasi khas lumba haram (Seksyen 42A) ini telah merekodkan sembilan kes melibatkan enam kes di Kuala Lumpur, dua kes di Selangor dan satu kes di Pulau Pinang," katanya.Beliau berkata, Seksyen 42A yang berkuat kuasa mulai 16 Oktober memperuntukkan kesalahan khusus bagi aktiviti berlumba atau menduga kelajuan di jalan raya yang membolehkan tindakan undang-undang diambil tanpa perlu menunggu berlakunya kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa."Orang awam yang merakam perlumbaan haram atau aksi menduga kelajuan di atas jalan raya juga boleh membuat aduan menerusi aplikasi MyJPJ ataupun melalui e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my, dan mereka perlu bersedia untuk dipanggil bagi membantu siasatan," katanya





Anak tukang rumah terima Anugerah Pelajaran Diraja UniMAP - Sinarharian - 14/11 2:12 pm

Sejak kecil saya sering membantu ayah dalam kerja pembinaan dengan membancuh simen, mengikat bata dan mengangkat pasir. Di situ saya belajar erti usaha, kesusahan dan pengorbanan," katanya semasa berucap sebagai wakil graduan pada sesi pertama Konvokesyen ke-21 UniMAP di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra di sini.Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan anugerah Anugerah Pelajaran Diraja kepada Luqmanul Hakim dan seorang lagi penerima, Kung Zhern Liang yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer.Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor Unimap, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Pro Canselor UniMAP, Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.Luqmanul Hakim berkata, pengalaman tersebut menjadi pembakar semangat untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan sehingga berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 11A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Luqmanul Hakim berkata, selepas menduduki SPM, beliau menyambung pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Mekatronik di UniMAP pada 2020 ketika negara dilanda pandemik Covid-19."Selepas tiga tahun pengajian, saya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.94 selain dianugerahkan Pingat Emas Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen UniMAP Ke-18."Saya meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan Kepujian di universiti sama sebelum diberi peluang menjalani latihan industri selama sebulan di Turkish Aerospace, Ankara, Turkiye pada 2025," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut berjaya mengimbangi kecemerlangan akademik dengan latihan ketenteraan apabila ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Darat pada September 2026.Luqmanul Hakim berkata, perjalanan selama tiga tahun dalam Palapes bukan mudah kerana beliau perlu membahagikan masa antara tuntutan akademik dan latihan ketenteraan yang dijalankan secara konsisten setiap minggu."Saya kini bekerja sebagai Junior Engineer BIM Modeller di DJBH Global iaitu sebuah syarikat pembinaan di Singapura dengan kontrak selama dua tahun."Saya berhasrat menimba pengalaman industri dengan meningkatkan kemahiran profesional dan mengukuhkan kedudukan kewangan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang mekatronik, robotik dan kecerdasan buatan (AI) dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah di institusi pengajian tinggi suatu hari nanti," katanya lagi.





Penang Education Dept to probe allegation that teacher slapped, pinched SPM candidate - Malaymail - 14/11 10:37 am

BUKIT MERTAJAM, Nov 14 The Penang State Education Department is investigating allegations that a teacher repeate...





Modul SPM YAPEIM buka peluang B40 ubah nasib keluarga - Sinarharian - 14/11 9:39 am

PUTRAJAYA - Pendidikan menjadi antara jalan penting untuk membantu keluarga berpendapatan rendah mengubah taraf sosioekonomi menerusi peluang melanjutkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan lebih baik.Atas matlamat itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) meneruskan Projek Pembangunan Modul Kecemerlangan Pendidikan SPM yang diperkenalkan sejak 2016 bagi membantu pelajar B40 membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Nasan berkata, bantuan modul itu bukan sekadar menyediakan bahan ulang kaji, sebaliknya bertujuan meningkatkan peluang pendidikan dan kehidupan pelajar serta keluarga mereka.Menurutnya, keputusan SPM yang baik mampu membuka ruang lebih luas untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mendapatkan pekerjaan lebih baik."Kalau pelajar dapat keputusan baik, banyaklah peluang untuk masuk universiti dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang baik."Jadi, itu akan mengubah sosioekonomi beliau dan juga keluarga





SPM candidate allegedly slapped, pinched repeatedly by teacher, Penang Education Dept launches probe - Sinardaily - 14/11 8:54 am

BUKIT MERTAJAM - The Penang State Education Department is investigating allegations that a teacher repeatedly slapped and pinched an Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) candidate, causing bruises, and verbally humiliated the student at a school here.Penang Education Department director Mohamad Dziauddin Mat Saad said the department received a complaint regarding the incident and instructed the District Education Office to conduct an investigation and submit recommendations on further action and resolution."The district education office also met with the student and the student's family this evening





Ibu lega aduan dapat perhatian KPM Ibu lega aduan dapat perhatian KPM - Mygazette - 14/11 8:16 am

GEORGE TOWN - Ibu kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendakwa dicederakan dan dihina seorang guru di SMK Penanti, Kubang Semang dekat sini, meluahkan rasa lega apabila aduannya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan (KPM)





JPNPP bantu pulihkan emosi calon SPM dakwa dicederakan guru - Mygazette - 14/11 8:16 am

# JPNPP bantu pulihkan emosi calon SPM dakwa dicederakan guru GEORGE TOWN - Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) memberi tumpuan kepada pemulihan emosi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan dakwaan dia ditampar, dicubit sehingga lebam dan dihina oleh seorang guru di SMK Penanti, Kubang Semang dekat sini





JPN P.Pinang siasat dakwaan guru pukul, cubit calon SPM - Astroawani - 14/11 6:30 am

JPNPP menerima aduan berhubung kejadian seorang calon didakwa dipukul dan dicubit guru dan mengarahkan PPD menjalankan siasatan.





Calon SPM dakwa ditampar, dicubit guru berulang kali - Sinarharian - 14/11 12:25 am

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa berulang kali ditampar dan dicubit oleh guru di sebuah sekolah di sini.Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu dan mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menjalankan siasatan serta menyediakan syor tindakan dan penyelesaian lanjut."PPD juga telah mengadakan pertemuan dengan pelajar itu dan keluarganya petang tadi, JPNPP akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam perkara ini," katanya ketika dihubungi malam ini.Mohamad Dziauddin berkata, fokus segera JPNPP adalah menyediakan khidmat bimbingan sosioemosi kepada pelajar berkenaan bagi membantunya membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu.Beliau turut memohon kerjasama semua pihak untuk bersama-sama menyokong pembentukan ekosistem pendidikan yang selamat bagi murid dan guru, khususnya ketika calon SPM 2026 berada pada fasa akhir persediaan menghadapi peperiksaan.Katanya, sokongan semua pihak penting dalam memastikan suasana serta persepsi positif terhadap sistem pendidikan terus dipelihara.Dakwaan kejadian itu tular di media sosial susulan hantaran ibu bapa pelajar berkenaan yang merayu perhatian kepimpinan Kementerian Pendidikan (KPM).Menurut hantaran itu, pelajar tersebut didakwa berulang kali ditampar dan dicubit sehingga mengalami lebam, selain dihina oleh seorang guru hanya kerana tidak memperoleh keputusan yang baik.Ibu bapa pelajar itu turut mendakwa kejadian tersebut menjejaskan keyakinan diri anak mereka sehingga menyebabkan remaja itu takut untuk hadir ke sekolah dan memaklumkan enggan menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula minggu depan.- Bernama





Guru tampar, cubit calon SPM disiasat - Kosmo - 13/11 11:44 pm

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa berulang kali ditampar dan dicubit oleh guru di sebuah sekolah di sini





Parents say teacher slapped and humiliated SPM exam student - FMT - 13/11 11:17 pm

The Penang education department said an investigation is being held, and officers met the student and the family this evening.





Penang Education Dept probing teacher for alleged abuse of SPM candidate - NST - 13/11 9:54 pm

GEORGE TOWN: The Penang Education Department is investigating allegations that a teacher repeatedly slapped, pinched and insulted a Sijil Pelajaran Malaysia candidate.





Anak Sanusi Kemalangan Motosikal, Mungkin Tak Dapat Duduki SPM - Ohmedia - 13/11 7:43 pm

Anak perempuan MB Kedah, Sanusi, dirawat di ICU selepas kemalangan motosikal di Alor Setar. Dia patah jari dan tulang rusuk, mungkin tak dapat duduki SPM





Anak Menteri Besar Kedah patah tulang rusuk, empat jari akibat kemalangan - Sinarharian - 13/11 6:03 pm

ALOR SETAR - Anak perempuan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan mengalami kecederaan pada muka dan kepala selain patah tulang rusuk serta empat jari akibat kemalangan berhampiran Kampung Alor Setol pada petang Khamis.Muhammad Sanusi berkata, anak ketiganya itu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi membolehkan doktor memantau keadaannya serta melakukan pemeriksaan lanjut mengesan kemungkinan berlaku kecederaan dalaman."Masih dirawat di ICU, doktor maklumkan perlu buat pemantauan rapi terlebih dahulu, esok mungkin boleh tukar ke wad biasa selepas pemeriksaan jika keadaan lebih baik," katanya.Beliau berkata, anaknya yang merupakan pelajar tahfiz sedang mengikuti program pembelajaran fast track bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena.Bagaimanapun, peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula 23 November ini kemungkinan tidak dapat diduduki olehnya berikutan kecederaan pada tangan kanan."Sepatutnya dia akan duduki SPM..





How about a post-SPM gap year? - Malaymail - 8/11 8:39 am

NOVEMBER 8 So, the SPM exam just started about a week ago and will end in December





Mitos juruterbang perlu lulus cemerlang SPM perlu diperbetulkan - Sinarharian - 7/11 10:44 am

SEPANG - Mitos yang mengatakan bakal juruterbang memerlukan keputusan subjek Matematik dan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang sebagai syarat masuk kursus tersebut perlu diperbetulkan segera.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Admal Aviation College, Abdul Malek Packeer, mitos atau kefahaman tersebut menyebabkan ramai lepasan SPM tidak berminat dan enggan menceburi bidang tersebut."Sebenarnya pandangan yang mengatakan sesiapa yang berminat menjadi juruterbang perlu lulus cemerlang dalam subjek Fizik dan Matematik adalah pandangan yang salah."Untuk mengikuti kursus penerbangan di kolej kami, syarat minimum hanyalah lima kredit subjek yang diambil semasa SPM," katanya kepada pemberita di sini selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-12 Admal College Aviation yang diadakan di Bangi Avenue Convention pada Jumaat.Abdul Malek berkata, untuk melayakkan seseorang menjadi juruterbang, individu terbabit perlu mendapat Lesen Juruterbang Komersial di Malaysia dikenali sebagai Commercial Pilot Licence (CPL), yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).Katanya, program tersebut dikhaskan untuk mereka yang ingin menjadi juruterbang komersial profesional di syarikat penerbangan seperti AirAsia atau Malaysia Airlines."Program ini biasanya disepadukan bersama Diploma in Aviation Management



Tular Video Pelajar Tingkatan 5 Jadi ‘Zombie’ Dalam Kelas, Disahkan Positif Tiga Jenis Dadah! - Siraplimau - 6/11 10:00 am

Tular rakaman video memaparkan seorang pelajar Tingkatan 5 yang didakwa berada dalam keadaan khayal ketika berada di dalam kelas sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Baca juga: Sorok iPhone Dalam Seluar Dalam Ketika Percubaan SPM, Bekas Pelajar Gagal Rayuan Saman RM400,000 PELAJAR TINGKATAN 5 POSITIF KETAMIN, BENZODIAZEPIN DAN THC Menerusi video yang […] The post Tular Video Pelajar Tingkatan 5 Jadi Zombie Dalam Kelas, Disahkan Positif Tiga Jenis Dadah! first appeared on SirapLimau.com .



Pelajar Tingkatan 5 jadi 'zombie' dalam kelas disahkan positif tiga jenis dadah - Polis - Sinarharian - 5/11 4:54 pm

NILAI - Polis mengesahkan pelajar lelaki yang didakwa dalam keadaan khayal ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Nilai di sini, adalah positif dadah.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap pelajar terbabit mendapati positif dadah jenis ketamin, benzodiazepin (Benzo) dan THC.Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut masih tertakluk kepada pengesahan lanjut dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian terbabit."Polis mengambil maklum berhubung penularan satu rakaman video di media sosial Threads pada 4 November (Rabu) yang memaparkan seorang pelajar sekolah disyaki berada dalam keadaan khayal akibat penggunaan vape."Susulan penularan video berkenaan, polis telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti pelajar terlibat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 28 Oktober lalu di sebuah sekolah menengah di Nilai.Ujar beliau, pelajar berkenaan akan dirujuk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983."Polis memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang, khususnya dalam kalangan pelajar."Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani gejala penyalahgunaan dadah," katanya.Menerusi video yang tular, pelajar berkenaan dilihat berdiri dalam keadaan membongkok dengan kepala tertunduk berhampiran sebuah meja.Keadaan pelajar itu yang kelihatan tidak stabil turut menarik perhatian beberapa pelajar lain di dalam kelas.Hantaran tersebut disertakan keterangan, "teruk budak SPM sekarang, dalam kelas pun nak piu-piu" yang dipercayai merujuk kepada tingkah laku pelajar terbabit.



YDN perluas akses pendidikan, kebajikan komuniti menerusi Program Santuni Madani - Sinarharian - 5/11 4:44 pm

NIBONG TEBAL -Yayasan Didik Negara (YDN) memperluas akses masyarakat setempat kepada peluang pendidikan dan bantuan kebajikan menerusi Program Santuni Madani, sekali gus merapatkan hubungan antara agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dengan komuniti.Ketua Pegawai Eksekutif YDN, Mohd Nasrul Khairi berkata, inisiatif itu bertujuan mendekatkan perkhidmatan, maklumat dan peluang pendidikan kepada masyarakat, selain memastikan komuniti setempat mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan agensi kerajaan serta rakan strategik.Beliau berkata, pelaksanaan program itu merupakan sebahagian daripada mandat KPM yang diperluas kepada enam agensi di bawah kluster Madani Pendidikan, termasuk YDN, bagi mendekati komuniti dan memperkenalkan pelbagai inisiatif pendidikan kepada penduduk sekitar sekolah."Perancangan kita memang satu program khusus Santuni Madani YDN setiap tahun. Bagaimanapun, bagi program lain untuk mendekati komuniti, kita turut melaksanakannya bersama KPM," katanya.Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Program Santuni Madani oleh YDN di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Simpang Ampat di sini pada Khamis.Program itu turut menampilkan pelbagai aktiviti antaranya ceramah kepada pelajar, pameran pendidikan dan Jualan Rahmah Madani hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), yang menawarkan barangan pada harga lebih murah berbanding pasaran.Mohd Nasrul berkata, program itu turut memberi penekanan kepada aspek kebajikan menerusi aktiviti ziarah komuniti apabila 10 keluarga yang tinggal berhampiran kawasan sekolah tersebut dikunjungi dan menerima sumbangan berbentuk pek makanan serta wang tunai.Beliau berkata, sumbangan dengan kerjasama rakan strategik YDN itu bertujuan membantu keluarga yang memerlukan, di samping mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dengan masyarakat setempat.Sementara itu, beliau berkata penglibatan rakan strategik pendidikan turut memberi pendedahan kepada pelajar, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mengenai peluang melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan."Antaranya King's University College yang menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian dan peluang pekerjaan, manakala Saito University College turut bekerjasama dengan YDN untuk menawarkan program sijil dan diploma profesional kepada lepasan SPM sebagai alternatif melanjutkan pengajian selain di universiti awam," katanya.Beliau berkata, pendedahan seumpama itu penting bagi memastikan pelajar mendapat maklumat mengenai laluan pendidikan dan peluang pembangunan kerjaya yang tersedia selepas menamatkan persekolahan.- Bernama



Pelajar SPM 'lalok' dalam kelas? - Sinarharian - 5/11 9:33 am

NILAI - Tular video memaparkan seorang pelajar lelaki yang didakwa dalam keadaan khayal ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di daerah ini.Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna di platform Threads, pelajar berkenaan dilihat berdiri dalam keadaan membongkok dengan kepala tertunduk berhampiran sebuah meja.Keadaan posisinya yang tidak stabil turut menarik perhatian beberapa pelajar lain yang berada di dalam kelas.Hantaran tersebut disertakan keterangan, 'teruk budak SPM sekarang, dalam kelas pun nak piu-piu' yang dipercayai merujuk kepada tingkah laku pelajar terbabit.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya terkejut dengan kejadian tersebut yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah.Malah, ada juga yang mempersoalkan tindakan individu terbabit berkongsi video itu kerana ia memaparkan wajah pelajar yang dipercayai masih di bawah umur.Bagaimanapun, identiti pelajar dan kesahihan lokasi rakaman itu masih belum dapat dipastikan.Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.



Soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026 tak bocor – Lembaga Peperiksaan - Mygazette - 3/11 4:00 pm



MoE steps up flood preparations for SPM candidates - NST - 2/11 10:55 pm

KUALA NERUS: The Education Ministry is stepping up preparations for the northeast monsoon to ensure Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) candidates in flood-prone areas can sit their examinations safely.



KPM pergiat persiapan hadapi MTL, pastikan calon SPM tidak terjejas - Astroawani - 2/11 8:15 pm

Kementerian Pendidikan (KPM) mempergiat persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) menerusi pelaksanaan Operasi Payung bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat danselesa.



Operasi Payung: Education Ministry boosts flood prep for SPM candidates, says deputy D-G - Malaymail - 2/11 7:10 pm

KUALA NERUS, Nov 2 The Education Ministry is stepping up preparations for the North-east Monsoon (MTL) to ensure...



Selangor sedia makanan percuma menerusi NutriSel untuk calon SPM - Astroawani - 2/11 2:30 pm

Kerajaan Negeri Selangor dalam perancangan menyediakan kemudahan makanan secara percuma, khusus buat kira-kira 70,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi inisiatif khas Nutrisi Selangor (NutriSel)SPM 2026.



Selangor sedia makanan percuma untuk calon SPM - FMT - 2/11 1:24 pm

Pelajar akan diberikan makanan pagi atau tengah hari menerusi inisiatif khas NutriSel SPM 2026 sepanjang peperiksaan berlangsung.



Kerajaan jamin kelancaran SPM ketika Monsun Timur Laut - Utusan - 1/11 2:43 pm

BAGAN DATUK: Kerajaan akan memastikan pelajar dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lancar di negeri yang terjejas banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula



Banjir: Kerajaan pastikan pelajar lancar duduki SPM - Kosmo - 1/11 1:58 pm

BAGAN DATUK – Kerajaan akan memastikan pelajar-pelajar dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lancar di beberapa negeri terjejas banjir kerana Monsun Timur Laut 2026/2027 yang telah bermula



JPN Kelantan sedia asrama tempatkan calon SPM terjejas banjir - Utusan - 30/10 2:54 pm

TUMPAT: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengenal pasti kekosongan asrama di beberapa sekolah sebagai persediaan untuk menempatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir



[VIDEO] Guru gosok baju calon SPM basah kena hujan - Kosmo - 30/10 2:32 pm

Tindakan itu memperlihatkan pengorbanan seorang pendidik ... Read more The post [VIDEO] Guru gosok baju calon SPM basah kena hujan appeared first on Kosmo Online .



“Anak Dah Habis SPM, Nak Kerja Ke Sambung Belajar?” Dilema Ibu Bapa & Kenapa Kerja Pertama Boleh Jadi Permulaan Kerjaya Sebenar - Siraplimau - 30/10 1:04 pm

Bila keputusan SPM dah keluar atau anak baru selesai fasa persekolahan, ibu bapa selalunya mula berserabut memikirkan masa depan mereka



MAINJ agih RM463.8 juta zakat bela nasib lapan asnaf di Johor - Mygazette - 30/10 8:14 am

Menurutnya, pendekatan itu membuktikan kesungguhan MAINJ untuk mendekati masyarakat dan menjadikan urusan zakat lebih mudah, mesra serta berkesan. "Lebih bermakna program ini turut melibatkan penyampaian bantuan pendidikan kepada 15,270 anak asnaf yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) membabitkan peruntukkan RM3.2 juta



Zahid arah Felcra tanggung yuran pengajian anak peserta cemerlang SPM, STPM - Mygazette - 29/10 4:59 pm

# Zahid arah Felcra tanggung yuran pengajian anak peserta cemerlang SPM, STPM MELAKA Felcra Berhad diarah menanggung sepenuhnya yuran pengajian anak-anak peserta yang memperoleh keputusan semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)



Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung yuran penuh anak peserta cemerlang SPM, STPM - Sinarharian - 29/10 2:15 pm

MELAKA FELCRA Berhad diarah menanggung sepenuhnya yuran pengajian anak-anak peserta yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sehingga tamat pengajian.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak peserta FELCRA terus mendapat pengiktirafan, selain mengelakkan kekangan kewangan menjadi penghalang kepada masa depan mereka."Saya mengarahkan pengurusan FELCRA menanggung sepenuhnya yuran pengajian sehingga tamat pengajian bagi mereka yang memperoleh semua A dalam SPM atau PNGK 4 dalam STPM."Saya mahu kecemerlangan anak-anak ini diberikan pengiktirafan dan kekangan kewangan tidak boleh menjadi penghalang masa depan mereka," katanya.Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/2026 Projek-projek Peserta FELCRA Berhad di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Khamis.Turut hadir, Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, pendidikan dan kemahiran perlu dijadikan pelaburan penting bagi memastikan generasi seterusnya dalam kalangan keluarga peserta mempunyai lebih banyak pilihan pekerjaan serta peluang keusahawanan."Usaha berkenaan perlu disokong menerusi pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk dengan menghubungkan anak-anak peserta FELCRA kepada peluang latihan serta pekerjaan yang ditawarkan industri."Peruntukan tambahan RM10 juta kepada Melaka TVET Centre of Excellence dan penganjuran Karnival TVET Negeri Melaka 2026 yang menghimpunkan 32 majikan dengan tawaran 2,232 jawatan kosong perlu dimanfaatkan bagi tujuan itu," katanya.Beliau turut berkata, Kolej FELCRA menerusi kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menawarkan program Diploma Pengurusan Industri Perladangan bagi melahirkan tenaga mahir dalam sektor berkenaan.Ahmad Zahid turut berharap Kolej FELCRA memberikan penekanan kepada program TVET Pertanian bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi pertanian.Pada perkembangan sama, beliau berkata, FELCRA juga diarahkan menyediakan bantuan khas kepada peserta kategori B40 yang terlibat dalam program tanam semula sepanjang tempoh menunggu tanaman mengeluarkan hasil.Katanya, bantuan itu perlu diberikan dengan keutamaan khusus menjelang sambutan Aidilfitri bagi memastikan kebajikan peserta terus terpelihara sementara menunggu pulangan daripada hasil ladang."Tanah terus memberikan pulangan, ibu bapa mempunyai pendapatan dan anak-anak memiliki kepakaran serta kebajikannya terjaga."Apabila ketiga-tiganya berkembang, keluarga mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk mengubah taraf hidup mereka," katanya.



Zahid says Felcra to fully sponsor tuition for participants children who excel in SPM, STPM - Malaymail - 29/10 1:31 pm

MELAKA, Oct 29 Felcra Berhad has been directed to fully cover the tuition fees of children of its participants w...



Better perception on TVET, applications increase fourfold - Sinardaily - 29/10 9:24 am

KUALA LUMPUR - The perception of Technical and Vocational Education and Training (TVET) has shifted significantly compared to a decade ago, driven by a growing awareness of its potential for future careers.Head of the National TVET Council (MTVET) secretariat Ts Dr Azmir Mohd Yunus, said the rising interest in such programmes is evidenced by the number of applications for admission to vocational institutions, starting as early as age 16."If we look at the statistics, there has been a significant surge in admission applications. For instance, vocational colleges typically intake 17,000 new students annually."However, upon checking with the Education Ministry, I found that there are approximately 60,000 applicants, an increase of nearly fourfold," he said when appearing as a guest on Bernama TV programme Ruang Bicara, titled 'TVET 2.0: Between Competency and Talent Development,' last night.He noted that while public acceptance is improving, efforts to foster a deeper understanding of the direction of TVET programmes must continue; some of these programmes offer international career opportunities, as well as potential for entrepreneurship."Much can be achieved through TVET if we truly grasp its objectives and while young people from age 16 may struggle to choose a specific programme, we can encourage them to explore short courses offered at Community Colleges to discover where their interests lie," he said.He explained that TVET 2.0 is a government initiative designed to cultivate highly skilled talent in line with Malaysias aspirations to advance economic activities that demand a skilled workforce such as in the electric vehicle, robotics and new energy sectors thereby meeting labour market needs while creating higher-quality job opportunities for the youth.Meanwhile, Dr Muhammad Faizal Tahiruddin, an Executive Council member for Social Mobility and Inclusive Participation in TVET (MTVET), said admission requirements have been adjusted under TVET 2.0 to ensure that individuals from diverse backgrounds can participate in the skills sector."For example, the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) requirements for tahfiz (Quranic memorization) students seeking entry into public skills training institutes have been relaxed."In fact, generally speaking, for programmes under the department dedicated to skills training, there is no requirement for an SPM certificate except for specific professional or specialised programmes, though these are very few in number," he said.According to him, efforts to reach out to vulnerable groups are being carried out through collaborations with agencies such as the Department of Orang Asli Development (JAKOA), tahfiz institutions, and the Ministry of Youth and Sports, with the aim of raising awareness about the benefits of pursuing a path in TVET."Sometimes, they are unaware that such opportunities exist for them



Rural SPM qualification rate rises to 92.9 per cent - NST - 28/10 3:11 pm

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) qualification rate among rural candidates rose to 92.9 per cent last year, from 92.31 per cent in 2024.



Ayam Dah Masak Tapi Masih Ada Darah Pada Urat & Tulang, Hukumnya Boleh Makan Atau Kena Buang? - Siraplimau - 27/10 12:45 am

Namun, ada kalanya daging ayam yang sudah dimasak masih menunjukkan kesan kemerahan seperti darah pada bahagian urat, daging atau tulangnya. Baca juga: Anak Bakal Duduki SPM 2026? Ini Doa Pasti Jadi Untuk Ibu Ayah Amalkan Demi Ketenangan & Dimudahkan DAGING AYAM BERDARAH […] The post Ayam Dah Masak Tapi Masih Ada Darah Pada Urat & Tulang, Hukumnya Boleh Makan Atau Kena Buang? first appeared on SirapLimau.com .



Sorok iPhone Dalam Seluar Dalam Ketika Percubaan SPM, Bekas Pelajar Gagal Rayuan Saman RM400,000 - Siraplimau - 27/10 8:45 am

Seorang bekas pelajar gagal dalam rayuan saman RM400,000 terhadap guru, pengetua sekolah dan kerajaan berhubung kejadian menyembunyikan telefon bimbit ketika peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), enam tahun lalu



High Court dismisses ex-students RM400,000 suit over phone seizure during SPM trial exam - Malaymail - 26/10 3:50 pm

PETALING JAYA, Oct 26 The Kuala Terengganu High Court has upheld the dismissal of a RM400,000 negligence and def...



Sekolah di Johor dibuka secara berfasa esok - FMT - 25/10 6:20 pm

Exco pendidikan negeri, Naqib Md Ghazali berkata sekolah dibuka kepada calon SPM pada Isnin dan Selasa sebelum dibuka sepenuhnya pada Rabu.




Reformasi     >>



'Jemput semua bekas PM, termasuk yang tahanan rumah ke .. - Mkini
PARLIMEN l "Perdana menteri kelapan, kesembilan dan kalau ada perdana menteri dalam tahanan rumah pun tak ada masalah, jemput sekali minta kebenaran KDN untuk (dia) hadir," kata Hassan Karim.
Kroni     >>



Pusat penyembelihan haram guna khidmat pekerja bukan .. - Utusan
KUALA LUMPUR: Lapan pusat penyembelihan haram didakwa mampu mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sehari apabila menggunakan khidmat pekerja bukan Islam bagi melakukan proses penyembelihan pelbagai daging haiwan. Pusat penyebelihan yang terletak di lima negeri iaitu Selangor, Johor, Pahang, ..
Tabloid     >>



Tular Tamatkan IRONMAN Dengan Kelengkapan Asas, .. - Vocket
Pada usia 60 tahun, ketika ramai rakan sebaya mungkin memilih untuk berehat di rumah, Ariffin Abdul Manan membuktikan bahawa semangat kental mampu mengatasi segala keterbatasan.... The post Tular Tamatkan IRONMAN Dengan Kelengkapan Asas, Kerajaan Pahang Sedia Angkat Pakcik Ariffin Jadi Ikon Anak ..
Tech     >>



Samsung Appoints Won-Joon Choi As New Head Of Mobile .. - Lowyat
Samsung has made some changes to its leadership, and for the first time in almost seven years, its mobile division has a new chief. In an announcement last Friday, the company named Won-Joon Choi as the Head of Mobile eXperience (MX) Business. Prior to taking the position, Choi served as the ..
World     >>



Anthropic, Nvidia shares rise in premarket trading .. - Cnbc
The Nasdaq slid 10% last week in its worst week since the early days of Covid in 2020.
Motor Trend     >>



Buka 24 Jam & Cas EV Serendah RM1.20, Zeekr Lounge .. - Vocket
Zeekr Sunway kini melebarkan sayapnya dengan pembukaan Zeekr Lounge yang serba baharu di X Park Sunway Serene, Petaling Jaya. Langkah ini memberi peluang kepada pelanggan... The post Buka 24 Jam & Cas EV Serendah RM1.20, Zeekr Lounge Sunway Serene Tampil Mewah & Eksklusif appeared first on ..