///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Sncc News   Page 1    



Anwar vows full effort to free detained flotilla activists - SUN - 21/05 3:45 pm

Prime Minister Anwar Ibrahim assures full commitment to secure the release of GSF 2.0 activists detained by Israel, says SNCC.





87 Aktivis Termasuk 29 Rakyat Malaysia Ditahan Di Isr*el Lancar Mogok Lapar - Lobakmerah - 21/05 3:33 pm

Sekitar 87 aktivis kemanusiaan yang dikhabarkan ditahan di Pelabuhan Ashdod, Israel telah melancarkan mogor lapar secara besar-besaran. Ketua Pengarah Pusar Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sany Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda protes terhadap penahanan secara haram kira-kira 9,500 warga Palestin oleh rejin Zionis





Peserta GSF 2.0 mungkin ditahan lebih lama di Penjara Ketziot - Kosmo - 21/05 3:32 pm

SEPANG – Peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang kini berada di bawah kawalan tentera rejim Zionis Israel mungkin akan ditahan lebih lama di Penjara Ketziot, Israel. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, perkara itu disandarkan kepada latar belakang peserta misi yang sebelum ini pernah ditahan oleh ..





PM Anwar pledges commitment to secure release of Gaza flotilla activists, says SNCC - Malaymail - 21/05 3:27 pm

SEPANG, May 21 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has given his assurance and full commitment to lead effor...





Anwar nyata komitmen desak Israel bebaskan aktivis GSF 2.0 - Mkini - 21/05 3:12 pm

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berkata komitmen itu dinyatakan PM kepada SNCC menerusi panggilan telefon.





PM beri komitmen maksimum gesa pembebasan aktivis GSF 2.0 - SNCC - Sinarharian - 21/05 2:29 pm

SEPANG -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dan komitmen maksimum untuk mengetuai segala usaha menggunakan hubungan dua hala bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0yang diculik serta ditahan Israel.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, komitmen berkenaandinyatakan Perdana Menteri kepada SNCC menerusi satu panggilan telefon pada Khamis."Perdana Menteri sedang mengetuai segala usaha bersama Kerajaan Malaysia, menggunakan hubungan dua hala yang akrab serta telah berhubung rapat dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, bagi mendesak pembebasan segera seluruh aktivis yang diculik, dipastikan selamat dan mengelakkan mereka daripada dipenjarakan di Penjara Ketziot," katanya.Dalam sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, Sani Araby berkata, SNCC turut dimaklumkan yang Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Wisma Putra menggandakan usaha diplomatik bersama Turkiye serta beberapa negara lain.Ia termasuk membuat persediaan wakil kedutaan di Istanbul, Aman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan dan pembebasan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi flotilla kemanusiaan ini."SNCC menegaskan insiden penculikan ini turut membangkitkan kemarahan dan kecaman antarabangsa termasuk kenyataan negara serta aksi demonstrasi di Itali, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Belgium, Ireland, Kanada, Belanda, Jerman, Korea Selatan, Australia, Portugal serta organisasi antarabangsa."Mereka juga turut mengecam tindakan pencerobohan dan penculikan terhadap aktivis flotilla kemanusiaan ini yang berlaku di perairan antarabangsa," katanya.Sani Araby berkata, SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperhebat solidariti melalui solat hajat, Qunut Nazilah, munajat nasional serta tekanan diplomatik dan advokasi berterusan sehingga seluruh delegasi kemanusiaan dibebaskan.Semalam, SNCC mengesahkan kesemua 50 kapal GSF 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.- Bernama





Peserta GSF laung Free Palestine ke arah Ben Gvir ketika tiba di Ashdod - Sinarharian - 20/05 10:44 pm

KUALA LUMPUR - Jeritan 'Free Palestine!' atau Bebas Palestin oleh peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dihalakan tepat ke arah Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby, kesemua peserta GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 18 dan 19 Mei lalu telah tiba di Pelabuhan Ashdod pada petang tadi."Mereka ketika ini berada di Ashdod," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Sementara itu, sebuah rakaman tersebar di media sosial menunjukkan para peserta dipaksa melutut ke lantai dan ditarik secara kasar oleh tentera rejim untuk dipindahkan dari kapal ke tempat tahanan.Pada masa sama, Itamar juga turut dilihat mengelilingi para peserta sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.Semalam, GSF memaklumkan kesemua 50 bot misi itu dipintas rejim Zionis di timur Mediterranean pada 18 dan 19 Mei, menyebabkan 428 aktivis dari lebih 40 negara ditahan termasuk 29 delegasi Malaysia yang menyertai 18 bot berkenaan.Untuk rekod, sebanyak 54 buah kapal GSF 2.0 mula berlepas dari Pelabuhan Marmanis, Turkiye ke Gaza pada 14 Mei lalu.Pada 30 April, sekurang-kurangnya 22 kapal GSF 2.0 dipintas oleh tentera rejim Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece sebelum dilepaskan di negara yang sama pada 2 Mei.Dalam operasi haram itu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan antara peserta yang ditahan atau terputus hubungan selepas kapal mereka dinaiki tentera rejim





Peserta GSF 2.0 belum tiba di Ashdod, nasib belum diketahui sejak 48 jam lalu. - Utusan - 20/05 3:38 pm

SEPANG: Setakat berita ini ditulis, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima apa-apa perkembangan mutakhir mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan Israel pada Isnin lalu dan semalam





SNCC still awaiting word on detained GSF 2.0 activists - SUN - 20/05 3:15 pm

Sumud Nusantara Control Centre says it has not received updates on Global Sumud Flotilla participants detained by Israeli forces.





GSF 2.0: SNCC terputus hubungan dengan peserta ditahan tentera laut rejim Zionis - Sinarharian - 20/05 3:15 pm

SEPANG, 20 April (Bernama) -- Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima sebarang perkembangan mutakhir mengenai kesemua peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang ditahan tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) pada Isnin dan Selasa.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai nasib kesemua aktivis berkenaan."Kami belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai nasib ratusan aktivis kemanusiaan kita walaupun penahanan sudah dibuat hampir 48 jam."Boleh jadi mereka dipukul, boleh jadi mereka berhadapan dengan tindakan agresif





Semua kapal GSF 2.0 bawa 428 aktivis dipintas tentera laut Zionis - SNCC - Sinarharian - 20/05 2:51 pm

SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 50 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, laporan dan bukti visual mendedahkan, kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal IOF beridentiti A833D."Bukti visual turut merakamkan insiden tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi





Aktivis kemanusiaan GSF yang diculik belum tiba di Pelabuhan Ashdod - Sinarharian - 20/05 2:27 pm

SEPANG - Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) belum menerima petunjuk berhubung kehadiran kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Ashdod.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sayap perundangan Pusat Kajian Hak Asasi Manusia dan Advokasi (Centhra) telah melakukan persiapan awal di lapangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Maklumat daripada Centhra sehingga kini melalui pasukan Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) yang berada di lapangan, khususnya di Pelabuhan Ashdod masih belum dapat mengesahkan kehadiran kesemua peserta ini," katanya dalam sidang media khas di Mapim Central Warehouse pada Rabu.Menurut beliau, tentera rejim Zionis (IOF) dipercayai menggunakan helah dengan sengaja menempatkan peserta misi kemanusiaan itu di atas kapal lebih lama sebelum dibawa ke darat."Sebaik sahaja dibawa ke darat, mereka terpaksa akur dengan undang-undang yang digubal sendiri iaitu tahanan harus dilepaskan dalam tempoh 24 jam."Boleh jadi hari ini mereka sampai namun, sekiranya semua tahanan yang diculik itu tiba di Pelabuhan Ashdod, Adalah bersedia menjadi wakil peguam mewakli Centhra dan seluruh dunia," ujarnya.Sani Araby percaya situasi kini agak tegang selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas lima pimpinan tertinggi Israel termasuk menteri serta komander IOF atas jenayah perang.ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman video tunjuk tentera Israel lepaskan tembakan ke arah kapal GSFBeliau berkata, peserta GSF mempunyai profil antarabangsa yang mewakili pelbagai negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan ia turut melibatkan adik perempuan Presiden Ireland, Catherine Connolly."Jika dalam tempoh 48 jam tidak ada maklumat pendaratan di Pelabuhan Ashdod saya kira itu adalah satu insiden dunia ambil peduli dan perlu masuk campur," katanya.Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata, kerajaan sedang menggerakkan usaha diplomatik dengan bekerjasama rapat negara-negara sahabat bagi memastikan kesemua aktivis kemanusiaan dibebaskan segera.Tambah beliau, tindakan ketenteraan bersenjata di koridor laut bebas itu merupakan pencabulan terhadap Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) 1982 yang menjamin kebebasan pelayaran mutlak bagi kapal awam termasuk kapal kemanusiaan."SNCC telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri serta Menteri Luar melalui Wisma Putra bahawa usaha diplomatik sedang digerakkan secara giat dan berterusan untuk meningkatkan tekanan antarabangsa," katanya lagi.Dalam insiden hitam pada Isnin dan Selasa lalu, kesemua 50 kapal yang membawa 428 aktivis kemanusiaan dari 40 buah negara telah dipintas secara haram dan dikepung oleh tentera rejim zionis israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.Laporan dan bukti visual mendedahkan kapal Sirius telah diserang menggunakan meriam air bertekanan tinggi serta dirempuh secara agresif oleh kapal tentera laut israel beridentiti A833D.Insiden turut merakamkan tembakan ke arah kapal Girolama dan Elengi.





Semua 10 kapal GSF 2.0 dipintas IOF – SNCC Semua 10 kapal GSF 2.0 .. - Mygazette - 20/05 7:56 am

PUTRAJAYA - Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan kesemua 10 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 8.25 malam waktu Malaysia





Semua 10 Kapal GSF 2.0 Dipintas IOF - SNCC - Siakapkeli - 19/05 11:09 pm

Semua 10 Kapal GSF2.0 Dipintas IOF - SNCC PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan





GSF 2.0: Sembilan jam lagi empat rakyat Malaysia sampai ke Gaza - Sinarharian - 19/05 5:05 pm

SEPANG Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza kini memasuki fasa paling getir apabila empat rakyat Malaysia yang masih meneruskan pelayaran dijangka menghampiri zon berisiko dalam tempoh sembilan jam lagi.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, berdasarkan data penjejakan semasa, kapal yang membawa delegasi Malaysia kini berada dalam fasa terakhir perjalanan menuju Gaza tanpa sebarang petunjuk untuk berpatah balik.Menurutnya, empat rakyat Malaysia yang masih selamat dan meneruskan pelayaran ialah Muhammad Hareez Adzrami dan Chin yang berada di atas kapal Alcyone, Syed Amirul di kapal Don Juan serta Noor Thanisah di kapal Zefiro."Dengan kelajuan sekitar 15 kilometer sejam atau kira-kira lapan knot, kapal berkenaan dijangka tiba di zon berisiko dalam tempoh sembilan jam lagi."Sembilan jam ini adalah pecutan akhir yang sangat mendebarkan buat anak muda Malaysia patut kita banggakan kerana mereka tidak berpatah hati, tidak melarikan diri dan terus mara ke hadapan walaupun berdepan risiko diculik," katanya.Beliau berkata demikian pada Sidang Media Khas Sumud Nusantara Command Center (SNCC) di sini pada Selasa.Dalam pada itu, Sani Araby memberitahu, SNCC kini memantau rapat dua perkembangan utama membabitkan konvoi kapal terbabit.Katanya, perkembangan pertama ialah maklumat awal mengenai pergerakan kapal tentera rejim Zionis yang didakwa sedang menghampiri flotila berkenaan."Kita melihat dan membuat pemantauan terhadap maklumat awal yang mengatakan kapal tentera rejim penjajah sedang bergerak menghampiri kapal-kapal ini."Bagaimanapun, kita masih belum mendapat pengesahan penuh mengenainya," katanya.Beliau berkata, perkembangan kedua pula susulan pengumuman seorang menteri Itali yang mendakwa flotila berkenaan dijangka tiba di Mesir.Katanya, kedua-dua situasi itu mempunyai kebarangkalian tinggi dan tidak menolak kemungkinan ia adalah taktik Israel untuk mengalih perhatian dunia terhadap operasi sebenar mereka."Kita belum pasti ke mana sebenarnya mereka mahu membawa kapal ini kerana Israel sebelum ini sudah mengambil tindakan luar biasa terhadap GSF."Jika mereka dibawa ke darat, proses pembebasan mungkin tidak lagi mengambil masa 30 hingga 40 jam seperti sebelum ini





Malaysia working with friendly nations to push for release of GSF activists - PM - Sinardaily - 19/05 1:06 pm

KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said he is working closely with leaders of friendly nations to secure the immediate release of activists from the Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 detained by the Zionist regime.In a Facebook post today, Anwar said Malaysia is demanding that all activists involved be treated humanely and protected from any form of abuse."Malaysia demands that they are not mistreated, denied their humanitarian rights or subjected to any inhumane action simply for carrying the message of peace and humanitarian aid for the Palestinian people."Pray that all these efforts will be eased, Insya-Allah. Hasbunallah wa nimal wakil, he posted.Meanwhile, when asked about the governments next course of action regarding the incident, Anwar said that Malaysia has lodged a formal protest over the interception of the Gaza-bound flotilla and the detention of more than 100 activists, including 16 Malaysians involved in the humanitarian mission."We have already lodged a protest, he said briefly when met after attending the National Sports Awards 2025 ceremony at Bukit Jalil.Yesterday, the Sumud Nusantara Command Center (SNCC) confirmed that the Israeli forces had intercepted nine GSF vessels, with 16 Malaysians onboard, as of 8 pm Malaysian time.SNCC director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said the vessels were approached aggressively by Israeli naval forces while in international waters near Cyprus





Malaysia bersama negara sahabat usaha aktivis GSF dibebaskan segera - PM - Sinarharian - 19/05 12:39 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkata, Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi."Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin."Doakan agar segala usaha ini dipermudahkan, Insya-Allah. Hasbunallah wa nimal wakil," katanya.Semalam, Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sembilan kapal GSF yang dinaiki 16 rakyat Malaysia telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) setakat 8 malam waktu Malaysia.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal mereka dihampiri secara agresif oleh IOF ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus





Sinar ke Gaza masih ada, lima rakyat Malaysia kekal belayar - Kosmo - 18/05 10:50 pm

SEPANG – Harapan rakyat untuk melihat bantuan kemanusiaan menerusi misi Global Sumud Flotila (GSF) sampai ke Gaza dilihat masih ada apabila seramai lima peserta Malaysia dilaporkan masih belayar menuju ke Zon Merah 3. Berdasarkan paparan di Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Dashboard, kelima-lima rakyat Malaysia yang menaiki kapal Azur, Alcyone, Don Juan dan Zefiro masih ..





Aktivis GSF ditahan di penjara atas kapal sebelum ke Ashdod - Kosmo - 18/05 9:55 pm

SEPANG- Kesemua 150 aktivis Global Sumud Flotila (GSF) termasuk 16 rakyat Malaysia yang dipintas Israel hari ini dipercayai ditahan di penjara atas kapal sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod untuk proses dokumentasi dan pengusiran. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Commad Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya menjangkakan kesemua aktivis itu akan ditahan sekurang-kurangnya ..





SNCC: Global Sumud Flotilla vessels halts briefly in Greece, Turkiye waters for repairs before resuming Gaza voyage - Malaymail - 17/05 8:57 am

PUTRAJAYA, May 17 The Global Sumud Flotilla (GSF) vessels are currently in waters around Greece and Turkiye...





Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC - Sinarharian - 16/05 10:27 pm

SHAH ALAM - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi kerja-kerja pembaikan sistem komunikasi serta enjin beberapa bot.Memasuki hari ke-34 misi kemanusiaan GSF, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, keadaan laut bergelora di laluan operasi turut menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan semasa flotila."Hentian teknikal ini hanyalah bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan."Kapal-kapal GSF dijangka meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei (Ahad) selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan," katanya dalam kenyataan rasmi SNCC pada Sabtu.Dalam masa sama, Sani Araby mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu hati dan sepakat menggandakan usaha menyebarkan fakta serta sejarah yang sahih.Beliau juga menggesa orang ramai untuk menangkis propaganda jahat rejim Israel serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media."SNCC turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza."Setiap penyebaran maklumat hendaklah sentiasa berpandukan sumber sahih dan berautoriti," ujarnya lagi.Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan GSF dan Palestin, boleh layari portal rasmi di tanya.sumudnusantara.com





Malaysia-led Gaza aid flotilla enters high-risk waters as interception fears grow - Malaymail - 16/05 9:40 am

SEPANG, May 16 The Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) has confirmed that 54 ships of the Global Sumud Flotill...





54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat - Mypress - 15/05 10:03 pm

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…





SNCC lancar 'Sumud Protocol', gerak empat tindakan sokong Gaza - Sinarharian - 15/05 8:52 pm

SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) melancarkan 'Sumud Protocol' merangkumi empat usaha sebagai pelan tindakan fasa satu yang akan digerakkan bermula pada fasa akhir misi flotila menuju ke Gaza.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan menerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia bakal menggerakkan sokongan dan keahlian sekurang-kurangnya 150 ahli Parlimen merentas parti dan ideologi.Menurut beliau, perkara itu merupakan cerminan keteguhan institusi Parlimen negara yang berani dan komited membela isu Palestin."SNCC juga menggesa Kaukus Palestin Parlimen mengadakan usul tergempar bagi mengabsahkan Deklarasi Brussels yang digerakkan oleh ahli-ahli Parlimen dunia khususnya dari Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Kesatuan Eropah (EU)."Ia merupakan usaha bagi meningkatkan tekanan diplomatik serta ekonomi terhadap rejim susulan pencabulan undang-undang antarabangsa serta sekatan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Sani Araby berkata, melalui Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan sokongan kerajaan, pihaknya menggerakkan usaha memfailkan tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)."Fail itu adalah untuk pencabulan undang-undang antarabangsa susulan tindakan menculik, menyerang dan merampas bahan bantuan kemanusiaan serta kapal flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa oleh pihak rejim Israel pada tahun 2025 dan April lalu."Ini adalah satu lagi sejarah yang mana keberanian bukan hanya menghantar memorandum tetapi kesatuan ini akan membuktikannya dengan memfailkan satu petisyen dan satu saman kepada pihak ICC untuk mengheret penjajah ini yang akan dimulakan seawal Jun depan," katanya lagi.Tambah beliau, SNCC turut melancarkan usaha siaran langsung selama 100 jam 'Sumud Kita Untuk Gaza' menerusi platform rasmi Sumud Nusantara bagi memperluaskan kesedaran awam dan menyampaikan perkembangan semasa misi flotila kepada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa.Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk melakukan tindakan menggandakan usaha menyebarkan fakta dan sejarah yang sahih, menangkis propaganda jahat rejim serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media.





Pelayaran Global Sumud Flotilla semakin getir - Sinarharian - 15/05 8:16 pm

SEPANG - Pelayaran 54 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang telah memasuki fasa akhir dijangka akan berhadapan dengan pintasan oleh pihak rejim Zionis dalam tempoh beberapa jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, misi yang turut disertai delegasi Malaysia itu kini berada di Zon Kuning 2 iaitu sekitar 340 batu nautika dari pantai Gaza."Dalam tempoh beberapa jam akan datang, flotila dijangka memasuki zon berisiko tinggi pada waktu malam yang mana potensi berlakunya pintasan oleh pihak rejim adalah sangat tinggi," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Tegas beliau, pintasan yang mungkin dilakukan oleh pihak rejim itu bertujuan untuk menyekat keabsahan koridor kemanusiaan maritim yang sah di bawah klausa Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS)."Klausa UNCLOS membenarkan apa jua bantuan kemanusiaan disalurkan ke kawasan bergolak tanpa sekatan."Pintasan ini pastinya menjadi bukti kukuh salah laku rejim Zionis sekali lagi yang akan diheret ke muka pengadilan pada tahap tertinggi dengan kerjasama rangkaian peguam antarabangsa," katanya lagi.Sani Araby meminta rakyat Malaysia mempergiat usaha menyebarkan fakta dan sejarah sahih berkaitan Palestin serta terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat demi keselamatan delegasi misi berkenaan.Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga kini rejim Zionis Israel melaksanakan penjarahan haram selepas 78 tahun peristiwa Nakba yang menyaksikan rakyat Palestin kehilangan tanah air, hak dan kehidupan mereka."Gaza yang kononnya dalam fasa gencatan senjata sebenarnya sedang dialihkan perhatian atau dimanipulasikan sehingga pengalihan blok batu, garisan kuning atau pencabulan pengambilalihan tanah berlaku secara besar-besaran di bumi Gaza."Kenyataan angkuh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam yang mengumumkan bahawa rejim Israel menguasai 60 peratus wilayah Gaza serta menyasarkan penguasaan penuh ke atas keseluruhan Gaza membuktikan agenda penjajahan dan peluasan sedang dilakukan," ujarnya.Katanya, 950 hari berlalu sejak bermulanya perang pada 7 Oktober 2023, lebih 100,000 rakyat Palestin syahid manakala sejak peristiwa Nakba, dianggarkan lebih 136,000 rakyat terbunuh akibat penjajahan, peperangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis.





Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza .. - Mygazette - 15/05 7:48 am

# Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira 7.30 malam waktu Malaysia hari ini. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata pelayaran itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 negara yang digerakkan pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia





SNCC jangka 30 jam akan datang tempoh paling kritikal bagi misi GSF - Sinarharian - 14/05 11:04 pm

SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 yang membawa hampir 500 aktivis kemanusiaan antarabangsa menuju ke perairan Gaza kini memasuki fasa paling kritikal apabila kapal-kapal misi itu dijangka berdepan pelbagai risiko, termasuk pintasan dalam tempoh 28 hingga 30 jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tempoh itu menjadi fasa paling mencabar selepas kapal-kapal misi berkenaan memasuki kawasan Zon Kuning 3 sejurus meninggalkan Pelabuhan Marmaris, Turkiye.Sani Araby berkata, perubahan corak operasi tahun ini menyaksikan zon kuning diletakkan lebih awal berbanding tahun lepas susulan risiko pintasan oleh rejim Zionis.Beliau berkata, jarak perjalanan ke Gaza dianggarkan mengambil masa kurang daripada empat hari sekiranya tiada sebarang gangguan berlaku."Keluar sahaja daripada Pelabuhan Marmaris (Turkiye), mereka (kapal) sudah pun masuk Zon Kuning 3





GSF 2.0: ’28 jam tempoh getir, risiko keselamatan paling kritikal’ - Kosmo - 14/05 11:03 pm

SEPANG – Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan tempoh 28 jam akan datang sebagai tempoh paling getir bagi gelombang kedua Misi Pelayaran Global Sumud Flotila





GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia belayar ke Gaza - Kosmo - 14/05 10:38 pm

SEPANG – Gelombang kedua Misi Pelayaran Global Sumud Flotila secara rasminya telah mula belayar menuju perairan Gaza, Palestin kira-kira pukul 7.30 malam (waktu Malaysia) tadi. Perkara itu disahkan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) pada sidang akhbar di sini, hari ini





Misi Global Sumud Flotilla masuk fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza - Sinarharian - 14/05 10:25 pm

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira jam 7.30 malam waktu Malaysia hari ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pelayaran itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 negara yang digerakkan pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia.Beliau berkata, misi berkenaan mendapat sokongan penuh, khususnya daripada Kerajaan Malaysia dengan dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Turkiye, Sepanyol dan Brazil."Pelayaran fasa akhir ini juga berlaku sehari sebelum peristiwa Nakba, iaitu 15 Mei 1948, 78 tahun lepas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Sani Araby berkata, SNCC turut mengesahkan lebih 40 peserta daripada enam negara Nusantara, iaitu Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Sri Lanka dan Filipina menyertai pelayaran berkenaan.Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 29 peserta Malaysia berumur antara 22 tahun hingga 58 tahun terdiri daripada tenaga profesional pelbagai bidang meneruskan pelayaran dari Marmaris dengan peranan masing-masing termasuk kapten, pembantu kapten, kru, pegawai perubatan dan juruteknik."Lima kapal daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) turut bergabung dalam misi itu," katanya.Sani Araby berkata, tiga peserta Malaysia, iaitu Mohamad Aqil Asmadi, Mohamad Zurini Karim dan Hajah Sereba Mustafa Al-Bakri telah disusun semula peranan mereka dan akan kembali ke tanah air bagi memperkukuh strategi operasi lapangan SNCC.Beliau juga berkata, SNCC telah mengubah radius garisan zon kuning dan merah berdasarkan analisis risiko keselamatan terkini di kawasan operasi."Berdasarkan penilaian semasa, laluan dari Pelabuhan Marmaris hingga 30 batu nautika diklasifikasikan sebagai Zon Hijau (Green Zone)manakala kawasan antara 30 batu nautika hingga 150 batu nautika diletakkan di bawah Zon Kuning (Yellow Zone)."Seterusnya, laluan bermula 150 batu nautika sehingga memasuki perairan Gaza kini dikategorikan sebagai Zon Merah (Red Zone), yang membawa tahap risiko keselamatan paling kritikal sepanjang misi pelayaran ini," katanya



10 Malaysian activists safe in Istanbul, to continue in second wave of GSF 2.0 mission - Sinardaily - 4/05 8:59 pm

SEPANG - Ten Malaysians involved in the Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) humanitarian mission, who were previously held by Israeli forces in international waters, are now in stable health in Istanbul and are expected to take part in a reorganised second wave of the mission.Sumud Nusantara Command Center (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said all of them underwent medical checks upon arrival in Turkiye and were confirmed to have no serious injuries, despite reports they were unlawfully abducted at midnight while sailing towards Gaza."So far, we can confirm they are stable, remain in high spirits and have chosen not to return to Malaysia as the mission will continue



Malaysia perkukuh sokongan misi kemanusian ke Gaza, hargai pengorbanan aktivis GSF - Amirudin - Sinarharian - 4/05 6:53 pm

SEPANG - Kerajaan menegaskan pendirian untuk terus menyokong misi kemanusiaan ke Gaza meskipun berdepan cabaran susulan insiden penahanan peserta Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0), termasuk rakyat Malaysia oleh rejim Israel pada 1 Mei lepas.Menteri Besar Selangor yang juga Menteri Penaung GSF2.0 Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sokongan konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan komitmen negara dalam memperjuangkan isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa."Sudah pasti sokongan kita akan bertambah kuat kerana kita hargai pengorbanan aktivis, termasuk dari Malaysia yang bersedia mengorbankan masa, wang dan juga keselesaan mereka. Saya rasa Malaysia kena bangga dengan penyertaan aktivis-aktivis ini kerana mereka datang dengan sukarela."Mereka mendedahkan diri kepada risiko semata-mata untuk "Break the Silence" dan "Break the Siege", dua misi yang dilakukan secara konsisten," katanya pada sidang media selepas melawat pusat operasi Sumud Nusantara Command Center (SNCC), di sini hari ini.Beliau berkata, pengurusan misi kali ini juga dilihat lebih tersusun dan teratur, sekali gus meningkatkan keyakinan bahawa matlamat misi berkenaan semakin hampir dicapai atau sekurang-kurangnya berjaya memperkukuh suara antarabangsa mengenai isu Gaza.Beliau berkata, sokongan terhadap perjuangan itu turut semakin lantang di Eropah, mendorong Malaysia mengambil pendirian jelas dalam menyokong usaha berkenaan.Amirudin berkata, Malaysia kini merupakan satu-satunya negara memberikan pengiktirafan rasmi di peringkat kerajaan terhadap misi tersebut, berbanding negara lain yang hanya menyalurkan sokongan secara individu, kewangan atau moral."Pendekatan ini turut menarik perhatian negara lain, yang menghargai kesediaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi penaung bukan sahaja secara individu, tetapi atas kapasiti rasmi kerajaan," katanya.Amirudin berkata, misi kemanusiaan itu bukan hanya melibatkan umat Islam, sebaliknya disertai pelbagai pihak termasuk dari Eropah dan Nusantara dalam usaha memecahkan kepungan di Gaza serta meningkatkan kesedaran global.Beliau berkata, misi kali ini melibatkan dua pendekatan iaitu darat dan laut, menerusi penghantaran bantuan darat melalui Rafah, dengan 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan sedang dalam perjalanan.Amirudin berkata, proses penghantaran bantuan memerlukan pematuhan kepada beberapa protokol di negara terlibat, khususnya dalam usaha melepasi sempadan.Namun, beliau berkata, pengalaman terdahulu menunjukkan sebanyak 100 kontena bantuan telah dihantar sebelum ini, termasuk 40,000 tin makanan yang disediakan menjelang Ramadan dan Aidilfitri berjaya sampai ke rakyat Palestin.Beliau berkata pihaknya akan mengemas kini perkembangan misi termasuk di Rafah selepas semua urusan berkaitan penghantaran selesai dilaksanakan.Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, tindakan menghalang pergerakan misi GSF2.0 di perairan antarabangsa sejauh kira-kira 1,000 kilometer atau 600 batu nautika dari Gaza menunjukkan keadaan terdesak rejim Israel serta mendapat perhatian meluas masyarakat dunia."Suara di Eropah semakin kuat dan Malaysia akan terus mengambil pendekatan damai dengan pendirian tegas serta tindakan lebih berani, termasuk pendirian yang telah ditunjukkan oleh kerajaan."Saya juga percaya bahawa pendirian Malaysia ini sebenarnya mengajak negara lain untuk turut serta, sekali gus menjadi contoh kepada negara-negara lain untuk memberikan pengiktirafan yang sama," katanya



10 M’sian activists safe in Istanbul, to continue in second wave of GSF 2.0 mission - BorneoPost - 4/05 6:47 pm

SEPANG (May 4): Ten Malaysians involved in the Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) humanitarian mission, who were previously held by Israeli forces in international waters, are now in stable health in Istanbul and are expected to take part in a reorganised second wave of the mission. Sumud Nusantara Command Center (SNCC) director-general Datuk Dr Sani [...] The post 10 M’sian activists safe in Istanbul, to continue in second wave of GSF 2.0 mission appeared first on Borneo Post Online .



GSF 2.0: 10 aktivis Malaysia akan mulakan pelayaran kedua bila-bila masa - Sinarharian - 4/05 5:54 pm

SEPANG 10 aktivis Malaysia dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang ditahan rejim Zionis sebelum ini akan memulakan pelayaran kedua dalam misi menuju ke Gaza, pada bila-bila masa.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, mereka akan berlepas dan bergabung dengan aktivis antarabangsa dari Turkiye."Mereka (10 aktivis) sudah tiba di Istanbul pada 1 Mei lalu dan bukan sampai di Malaysia kerana perjuangan terus dilangsungkan."Setakat maklumat daripada Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mereka (dalam keadaan) baik, melalui satu fasa diculik secara haram di tengah malam," katanya pada sidang media khas perkembangan terkini GSF 2.0 pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Greece sudah dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di Kepulauan Crete, Greece.Dalam pada itu Sani Araby memaklumkan, SNCC juga sedang melakukan penilaian untuk menggerakkan flotilla yang dijangka akan bergabung dari Greece bersama sektor di Turkiye.Justeru menurutnya, kesemua 10 aktivis Malaysia tidak pulang ke tanah air dalam masa terdekat dan akan diberikan tugasan dari semasa ke semasa dan misi pelayaran akan dimaklumkan pada masa sesuai.Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut melancarkan gelombang kebangkitan menerusi kempen #BreakTheSilent dan #BreakTheSiege dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebagai usaha memperkukuh tekanan antarabangsa ke arah pembebasan Gaza."Setakat ini kita sudah menerima sokongan daripada banyak kepimpinan dunia termasuk dari OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)."Sokongan itu mencerminkan indikator awal perjuangan ini perlu digandakan dan diteruskan."Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk terus bersuara di pelbagai platform termasuk media sosial bagi menyokong pembebasan Gaza di samping melaksanakan solat hajat serta qunut Nazilah," ujarnya



Bantuan kepada keluarga peserta GSF 2.0 diteruskan ikut keperluan - Zulkifli - Sinarharian - 3/05 2:30 pm

JERTIH - Usaha menyalurkan bantuan kebajikan dan sokongan kepada ahli keluarga rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 diteruskan kali ini dengan mengambil kira keperluan bersesuaian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan perkara itu berdasarkan beberapa siri perbincangan dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby bagi menilai keperluan serta kesesuaian bantuan yang diperlukan."Kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberikan sokongan penuh kepada program GSF dan pada pelaksanaan sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan sokongan serta bantuan (kepada ahli keluarga mereka terlibat)."Usaha itu diteruskan dengan mengambil kira keperluan yang bersesuaian



Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Wrlr - 2/05 6:15 pm

Harapandaily May 1, 2026 Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece. Menurut Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, kesemua mereka dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di kepulauan tersebut



Isra*l Koyak, Aktivis GSF Tak Jadi Dibawa Ke Pelabuhan Ashdod - Wrlr - 2/05 4:05 pm

Nadir al Nuri berkongsi perkembangan aktivis GSF 2.0 pada 30 April 2026 dipercayai dari Turkiye. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, perkembangan itu disahkan setakat pukul 7 malam waktu Malaysia semalam



ZRA, Aktivis GSF Diculik Selamat Tiba Di Istanbul - Wrlr - 2/05 4:03 pm

Aktivis Global Sumud Flotila (GSF) tiba di pelabuhan Atherinolakkos selepas turun dari kapal Pengawal Pantai Greece pada 1 Mei 2026. Foto AFP Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua aktivis berkenaan diculik oleh rejim Zionis Israel dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion menaiki bas yang disediakan oleh pihak Greece



Gaza aid mission turns violent: Ten Malaysians in flotilla freed in Greece after claims of attack in custody - Malaymail - 2/05 8:54 am

KUALA LUMPUR, May 2 Ten Malaysian delegates from the Sumud Nusantara Command Center (SNCC), who were detained in...



GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah - Mygazette - 2/05 8:00 am

# GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah BANGI - Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat serta bacaan doa Qunut Nazilah, bagi mendoakan keselamatan 175 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang diculik oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Dr Zulkifli Hassan berkata pihaknya memberikan sokongan penuh terhadap GSF 2.0, serta mengikuti rapat perkembangan terkini misi berkenaan daripada Sumud Nusantara Command Center (SNCC)



Sumud Nusantara jangka proses bebaskan peserta GSF kali ini berdepan .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

# Sumud Nusantara jangka proses bebaskan peserta GSF kali ini berdepan kesukaran KUALA LUMPUR - Dijangkakan proses pembebasan peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kali ini berdepan kesukaran kerana rejim Zionis dilihat terdesak untuk menghalang bantuan dihantar menerusi kumpulan berskala besar kali ini. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, rejim berkenaan kali ini dilihat sengaja mahu memberi tekanan secara besar-besaran



GSF: 10 rakyat Malaysia dibebaskan, berlepas dari Greece 10.15 malam waktu .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

"Pelepasan dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada jam 10.15 malam waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul jam 11.45 malam waktu Malaysia," katanya, Menurut Sani Araby, kerajaan Turkiye menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang untuk membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan dalam kalangan rakyatnya yang turut ditahan. Kerajaan Turkiye juga katanya mempelawa aktivis GSF dari negara lain untuk turut menaiki pesawat "SNCC sudah berhubung dengan pihak Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul



Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Harapandaily - 1/05 11:02 pm

Seramai 10 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah dibebaskan selepas diculik rejim penjajah Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Kepulauan Crete, Greece. Menurut Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, kesemua mereka dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di kepulauan tersebut



GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Zionis dibebaskan di Crete - SNCC - Sinarharian - 1/05 10:55 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 10 aktivisGlobal Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyatMalaysiayang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskandi Pelabuhan Lerapetra, Crete.Ketua PengarahSumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSFyang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.Beliau berkata, SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan."Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini malam Jumaat.Beliau mengesahkan, 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskanakan terbang ke Istanbul.Sani Araby berkata, SNCC turut menerima laporan bahawa aktivis berdepan provokasi dan serangan fizikal selain dipaksa berada dalam keadaan tidak selesa sehingga berlaku insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta ketika penahanan.Beliau berkata, dua ahli jawatankuasa induk GSF,Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi.Katanya SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul."Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian," katanya.Selain itu, beliau berkata, keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia terlibat akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan GSF.Pada masa sama, beliau berkata, SNCC menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan serta mendesak pembebasan Thiago dan Saif yang masih ditahan pihak rejim.Beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin, melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah selain mempergiat penyebaran maklumat sahih dan advokasi di peringkat nasional serta antarabangsa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan



10 Malaysian GSF activists detained near Crete, released – SNCC - SUN - 1/05 10:49 pm

SNCC confirms 10 Malaysians freed after detention in Greek waters, with activists set to depart for Istanbul following GSF mission incident



GSF: 10 Rakyat Malaysia Dibebaskan Di Crete - SNCC - Siakapkeli - 1/05 10:36 pm

Kesemua 10 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dari Malaysia yang ditahan di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece, telah dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra dan dijadual berlepas ke Istanbul malam ini.



Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC - Mypress - 1/05 7:01 pm

BANDAR BARU BANGI – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) memaklumkan sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan rasmi diterima berhubung nasib rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla…



Status keselamatan aktivis GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia belum diketahui - SNCC - Sinarharian - 1/05 4:50 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa, Khamis lepas.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sedang meneliti satu maklumat yang menyatakan kesemua aktivis dijangka bebas pada jam 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di Pelabuhan Ierapetra, Kepulauan Crete.Bagaimanapun,beliau berkata, status terkini berhubung maklumat itu juga belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan pasukan SNCC di lapangan."Memasuki hari ke-19 misi dan 38 jam selepas penahanan aktivis GSF 2.0 oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, SNCC belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan kesemua 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia."Setakat sekarang, sebanyak 21 daripada 22 bot yang kita sahkan, satu dah disabotaj dan mereka terputus hubungan sehinggalah ada kapal yang kita hantar dari Greece untuk tinjau."Kita dapati rejim Zionis mungkin melakukan sabotaj sama kepada kapal-kapal yang ditinggalkan, tetapi kita tidak pergi kepada kefahaman bahawa ia disita




Reformasi     >>



Berbeza pandangan sekali pun, adab dengan Insitusi .. - Harapandaily
Wanita Muda AMANAH (WARDA) Nasional memandang serius kenyataan terbaharu melibatkan Tony Pua yang menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara dalam nada tidak wajar ketika polemik berkaitan titah Sultan Selangor masih hangat diperkatakan. Timbalan Ketua Wanita Muda AMANAH (WARDA) ..
Kroni     >>



Villa juara Eropah, pecah badi 30 tahun - Utusan
ISTANBUL: Penantian tiga dekad akhirnya berakhir buat Aston Villa yang menutup musim paling luar biasa mereka dengan sentuhan emas apabila membelasah Freiburg 3-0 pada final Liga Eropah awal pagi tadi, sekali gus menamatkan kemarau trofi yang menghantui kelab itu sejak 1996. Di pentas megah Stadium Besiktas, ..
Tabloid     >>



Ampun Tuanku Sultan Pahang Rayuan Di Tepi Jalan Ini .. - Siraplimau
Selepas lebih sedekad hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di kawasan pedalaman Ulu Tembeling, Pahang akhirnya boleh menarik nafas lega apabila permohonan pemasangan tiang elektrik mereka mendapat perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baca ..
Tech     >>



Trump Phone unboxed: A few extras we miss from Google .. - Androidauthority
There is one area where the Trump Phone beats Samsung and Google. If you actually receive it, though.
World     >>



China and Russia unite after Trumps Beijing visit - Aljazeera
Just days after Donald Trumps visit to Beijing, Vladimir Putin arrived in China for a summit with Xi Jinping.
Motor Trend     >>



Motosikal Petronas Sprinta Perkenal Minyak Enjin .. - Mekanika
# PETRONAS SPRINTA PERKENAL MINYAK ENJIN SKUTER BERPRESTASI TINGGI **Petronas Lubricants Marketing Malaysia dengan rasminya memperkenalkan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 untuk pengguna skuter berprestasi tinggi ketika International Scooter Mega Gathering 4.0, baru-baru ini.** Minyak ..