| /// |
|
| Search : Rumah Bangsa News | Page 1 |
|
Semak semula Bajet 2026, subsidi lebih bersasar - Utusan - 19/04 8:03 am MUKADIMAH Krisis Asia Barat yang terus berlanjutan memberi kesan utama tidak hanya kepada perdagangan, tetapi turut melibatkan peningkatan kos pengeluaran dan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak yang secara langsung menghakis kuasa beli rakyat serta menekan perbelanjaan isi rumah dan firma |
|
Langkawi makin malap, segerakan status bebas cukai - Mgazette - 19/04 8:03 am # Langkawi makin malap, segerakan status bebas cukai SHAH ALAM - Segera kembalikan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai sepenuhnya bagi mengelakkan destinasi pelancongan itu terus malap, demikian gesaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor |
|
Kepelbagaian budaya asas kukuh perpaduan negara ??? PM - Mgazette - 19/04 8:03 am # Kepelbagaian budaya asas kukuh perpaduan negara PM KUALA LUMPUR Kepelbagaian budaya dan tradisi di Malaysia bukan sekadar identiti, sebaliknya menjadi asas kukuh kepada perpaduan nasional yang perlu terus dipelihara, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Kampung Tasek - Mgazette - 19/04 8:03 am # Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita di Kampung Tasek IPOH Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini semalam |
|
KBS perkasa agensi anti-doping Malaysia hadapi Sukan SEA 2027 - Mgazette - 19/04 8:03 am # KBS perkasa agensi anti-doping Malaysia hadapi Sukan SEA 2027 KUALA TERENGGANU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memperkasa agensi-agensi di bawah kementerian itu, terutama Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sebagai persiapan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 |
|
Kes rasuah gelanggang skuasy: KBS serah sepenuhnya siasatan kepada pihak .. - Mgazette - 19/04 8:03 am # Kes rasuah gelanggang skuasy: KBS serah sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa KUALA TERENGGANU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes rasuah melibatkan gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di Kuala Lumpur |
|
Penggantungan UMNO ditarik semula: Saya akan terus berjuang, berkhidmat .. - Mgazette - 19/04 8:03 am Sebelum ini, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu bersetuju menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor. Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki pula memaklumkan seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat telah diterima semula untuk menyertai parti itu di bawah inisiatif Rumah Bangsa |
|
Kos operasi meningkat, penternak lembu pertimbang naikkan harga – .. - Mgazette - 19/04 8:03 am # Kos operasi meningkat, penternak lembu pertimbang naikkan harga - Jamal SUNGAI SIPUT Penternak lembu tempatan mula terkesan dengan kenaikan kos operasi berikutan harga makanan ternakan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini |
|
200 rumah atas air hangus dalam kebakaran - Sinarharian - 19/04 7:26 am SANDAKAN -Kira-kira 200 rumah di perkampungan atas air di Kampung Bahagia di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum menggerakkan operasi pemadaman.Beliau berkata, seramai 30 anggota dikerahkan termasuk bantuan dari BBP Kinabatangan bagi mengawal kebakaran."Menurut laporan, kebakaran melibatkan 200 rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus."Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan keadaan jalan yang sempit menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian."Selain itu keadaan air laut yang surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka dan faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki serta pili bertekanan milik kilang berhampiran bagi memadam kebakaran."Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan kebakaran belum dapat dikawal sepenuhnya."Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya. |
|
Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri Taman Medan meriah, MB Selangor sentuh isu kos sara hidup - Harapandaily - 18/04 11:59 pm FOTO BERITA: Majlis Rumah Terbuka Iltizam Aidilfitri 2026 bersama Tuan Halimey Abu Bakar, Penyelaras DUN Taman Medan bersama En |
|
Kes rasuah gelanggang skuasy: KBS serah sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa - Sinarharian - 18/04 9:43 pm KUALA TERENGGANU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes rasuah melibatkan gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di Kuala Lumpur.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya juga sentiasa terbuka dan bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes itu."Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes yang berlaku, khususnya dalam kementerian ini."Kami berpegang kepada prinsip tatakelola yang baik, sebab itu di peringkat kementerian juga kami inginkan kementerian ini (KBS) bersih dan kami akan memberikan kerjasama yang baik |
|
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy - Thempress - 18/04 8:28 pm KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik |
|
Perpaduan kunci Malaysia bangkit sebagai 'Harimau Asia' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/04 8:11 pm SHAH ALAM - Malaysia berpotensi kembali digelar Harimau Asia sekiranya rakyat bersatu dan mengetepikan perbezaan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, kekuatan negara tidak hanya bergantung kepada dasar ekonomi semata-mata, bahkan meliputi perpaduan rakyat dalam mendepani isu seperti kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup."Kita bersama-sama menghadapi cabaran yang sedang kita hadapi sekarang ini |
|
UMNO bukan lemah, terdesak terima semula bekas pemimpin, ahli - Sinarharian - 18/04 3:58 pm JOHOR BAHRU - Tindakan UMNO menerima semula 6,252 bekas pemimpin dan ahli UMNO bawah gagasan 'Rumah Bangsa' bukan kerana terdesak atau lemah.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, parti mahu memberi peluang kepada mereka selain memperkukuh kedudukan UMNO."Keputusan sebulat suara MKT UMNO itu tidak menunjukkan parti lemah atau terdesak apabila menerima semula pemimpin dan ahli yang mengkritik parti sebelum ini."Taklah (UMNO nampak lemah) |
|
Polis kesan remaja perempuan hilang di Bandar Baru Ampang - Mgazette - 18/04 3:49 pm # Polis kesan remaja perempuan hilang di Bandar Baru Ampang KUALA LUMPUR Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang sejak 15 April lalu selepas keluar rumah untuk bersiar-siar bersama rakan-rakannya di Bandar Baru Ampang |
|
RM2.5 juta laksana projek di Kampung Orang Asli Berasau- TPM - Mgazette - 18/04 3:49 pm # RM2.5 juta laksana projek di Kampung Orang Asli Berasau- TPM KLUANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan kerajaan menyalurkan peruntukan RM2.5 juta untuk melaksana projek pembangunan infrastruktur dan sosial di Kampung Orang Asli Berasau di sini |
|
Wanita melecur, enam kenderaan musnah dalam kebakaran?? ?? - Mgazette - 18/04 3:49 pm # Wanita melecur, enam kenderaan musnah dalam kebakaran JOHOR BAHRU - Seorang wanita melecur dalam kebakaran di rumahnya yang turut memusnahkan enam kenderaan dalam kejadian di Taman Suria di sini hari ini |
|
Pasangan tunang kantoi berkhalwat di siang hari - Mgazette - 18/04 3:49 pm BATU PAHAT - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memberkas pasangan tunang selepas didapati berkhalwat dalam sebuah rumah teres satu tingkat di sini semalam |
|
Terima bekas pemimpin, ahli bukan kerana UMNO lemah, terdesak Terima bekas .. - Mgazette - 18/04 3:49 pm # Terima bekas pemimpin, ahli bukan kerana UMNO lemah, terdesak JOHOR BAHRU - Langkah UMNO menerima semula 6,252 bekas pemimpin dan ahlinya di bawah gagasan 'Rumah Bangsa' bukan kerana parti itu kini lemah atau terdesak |
|
Hishammuddin vows loyalty after Umno lifts suspension, Khairy says Im home - Straitstimes - 18/04 3:42 pm Both were among the 6,252 former leaders and members readmitted under the partys Rumah Bangsa initiative. |
|
Penyertaan KIMMA jadi parti komponen BN perlu persetujuan sebulat suara - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/04 3:06 pm di belakang sama, di depan sama, siang sama dan malam pun sama."Presiden KIMMA, percayalah kepada saya. Saya akan melaksanakannya, dengan syarat mereka perlu mengesahkannya dalam Dewan Tertinggi BN bahawa resolusi itu, jika ada resolusi ia perlu dinyatakan semasa mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan saya mahu mereka mencadangkan supaya KIMMA diterima sebagai ahli penuh BN," katanya.Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan agar rakan gabungan tidak mengamalkan sikap "politik peluang" atau mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan, terutama apabila keadaan politik negara semakin stabil.Beliau merujuk kepada sejarah beberapa organisasi politik yang pernah mengkhianati persepakatan demi kepentingan kelompok kecil sehingga mengetepikan agenda penyatuan ummah dan kepentingan nasional.Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyatakan kesediaan BN untuk melakukan "perdamaian" dengan menerima semula ahli-ahli yang pernah dipecat atau digantung keanggotaan, selaras dengan konsep Rumah Bangsa UMNO yang dibina untuk menyatukan semula kekuatan parti.Beliau turut menggesa KIMMA dan parti komponen lain memberi lebih banyak ruang kepada generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan demi kelangsungan perjuangan.Pada sidang media kemudiannya, Ahmad Zahid berkata sebarang pindaan peraturan iaitu jika dicapai secara konsensus akan membuka ruang kepada parti Friends of BN untuk menjadi komponen utama.Beliau turut menegaskan lapan resolusi yang dikemukakan oleh KIMMA pada perhimpunan itu akan diberikan pertimbangan sewajarnya.KIMMA yang mempunyai 118,000 ahli di seluruh negara merupakan parti bersekutu UMNO dan Friends of BN |
|
Hishammuddin sedia kembali pikul amanah sebagai ahli UMNO - Utusan - 18/04 2:57 pm JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedia untuk kembali memainkan peranan aktif membantu UMNO selepas permohonannya untuk kembali menerusi gagasan Rumah Bangsa, diterima |
|
Tuah pasangan doktor terima hadiah Rumah Terbuka Raya Mydin, F&N RM10,000 - Sinarharian - 18/04 2:42 pm KUALA KRAI - Niat sekadar membeli susu segar bernilai RM18 di Pasar Raya Mydin Tunjong di Kota Bharu memberi rezeki besar buat pasangan doktor dari Kampung Ngangah di sini apabila memenangi hadiah utama Rumah Terbuka Raya Mydin bersama F&N bernilai RM10,000.Hadiah diterima Dr Muhamad Asyraf Che Hashim, 32, dan isterinya, Dr Mahfuzah Md Junos, 33, sekali gus merealisasikan impian mereka untuk menganjurkan majlis Aidilfitri.Pengarah Eksekutif Mydin, Salim Mydin berkata, program tersebut julung kali dianjurkan hasil kerjasama dengan F&N bagi menyemarakkan kemeriahan hari raya.Menurut beliau, pihaknya menerima lebih 3,000 penyertaan di seluruh negara dengan hanya 10 pemenang di seluruh negara terpilih untuk menikmati tajaan rumah terbuka."Objektif utama adalah mengeratkan silaturahim dan menggalakkan masyarakat berkumpul serta meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan."Program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan rakan strategik seperti F&N," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pasangan berkenaan di Kampung Ngangoh di sini pada Sabtu.Beliau memaklumkan ketika ini rangkaian pasar raya itu mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh negara.Menurutnya, di Kelantan sahaja terdapat lima cawangan sedia ada dan pihaknya merancang untuk memperluaskan operasi dengan membuka lebih banyak cawangan termasuk di setiap daerah secara berperingkat termasuk di Kuala Krai."Perluasan ini bagi memastikan masyarakat, khususnya di luar bandar lebih mudah mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan," katanya.Sementara itu, Pengurus Akaun Utama F&N, Aaron Loo berkata, pihaknya menghargai kerjasama dengan Mydin dalam menjayakan kempen berkenaan."Kerjasama ini sempena sambutan hari raya memberi peluang kepada orang ramai meraikan detik bermakna bersama insan tersayang |
|
Bekas pimpinan, ahli UMNO diterima semula perlu tunjuk keihklasan, bersama perjuangkan parti - Utusan - 18/04 2:37 pm JOHOR BAHRU: Sejumlah 6,252 bekas pimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat yang diterima semula untuk menyertai parti itu di bawah gagasan ‘Rumah Bangsa’ perlu menunjukkan keikhlasan mereka |
|
Pembeli rumah trauma disimbah cat, pemilik lama masih guna alamat pinjam along - Mdateline - 18/04 2:00 pm Baru-baru ini tular gambar memaparkan situasi cukup mengerikan apabila sebuah rumah disimbah dengan cat merah oleh individu tidak dikenali dipercayai ahli sindiket pinjaman wang tidak .. |
|
Ini Keadaan Kemudahan Di Akademi Sepaktakraw Malaysia - Thevocket - 18/04 1:20 pm Malaysia kini secara rasminya memiliki ‘rumah’ sendiri buat sukan warisan negara iaitu sepak takraw |
|
‘Pegang macam nak borong, sekali bayar RM11.90 je’ – Aksi lelaki ini buat netizen naik angin - Mdateline - 18/04 1:00 pm Tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki yang dilihat seolah-olah ingin membeli pelbagai barangan untuk disimpan di rumah |
|
Rumah Bangsa: Jafry tunggu laporan bekas pimpinan, ahli kembali kepada UMNO - Sinarharian - 18/04 12:55 am KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan beliau belum menerima laporan berhubung bekas pimpinan atau ahli UMNO di negeri ini yang diterima semula menyertai parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.Menurutnya, perkara itu telah diserahkan kepada Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dan laporan terperinci masih belum diterimanya."Saya belum mendapat laporan khas mengenai perkara itu, tetapi kita telah serahkan kepada Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut."Jadi, butirannya beliau masih belum laporkan kepada saya |
|
Kak KM Tak Jemput Kak Nona Ke Rumah Terbuka – “Ada Sebab, Dah Jadi Kes Polis” - Beautifulnara - 18/04 12:30 am Usahawan sensasi, Liana Rosli mengakui tidak menjemput kakaknya, Rose Azlin Rosli atau Kak Nona ke majlis rumah terbukanya baru-baru ini |
|
Cole Palmer Setia Dengan Chelsea: ‘Manchester Rumah Saya, Namun Saya Tidak Rindukannya’ - Thevocket - 18/04 12:07 am Cole Palmer akhirnya bersuara tentang laporan menyatakan bahawa dia mahu meninggalkan Chelsea kerana masalah ‘homesick’ |
|
Selamba curi pakaian dalam di ampaian - Sinarharian - 18/04 11:54 am IPOH - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian pakaian dalam di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12.51 tengah hari dan turut tular di media sosial.Menurutnya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati suspek yang tidak dapat dipastikan identiti itu datang menaiki sebuah motosikal."Bagaimanapun, nombor pendaftaran serta jenis motosikal yang digunakan tidak dapat dikenal pasti dengan jelas."Suspek dipercayai telah mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian sebelum beredar dari lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Muhammad Hamzah berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah keselamatan tambahan termasuk memasang sistem keselamatan serta memastikan persekitaran rumah berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Semalam tular di media sosial rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memberhentikan motosikal sebelum mengambil pakaian dalam yang disidai di ampaian. |
|
Inisiatif Rumah Bangsa: 'Alhamdulillah - Sinarharian - 18/04 10:21 am KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah. Terima kasih Presiden dan Majlis Tertinggi."Demikian reaksi bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menerima semula keahliannya di bawah inisiatif Rumah Bangsa.Menerusi satu lagi hantaran ringkas di akaun Instagram miliknya pada Jumaat malam, Khairy turut menulis "Im home" atau "Saya kembali", memberi bayangan kepulangannya ke dalam parti yang pernah diterajui sebelum ini.Khairy merupakan antara 6,252 bekas pimpinan dan ahli UMNO yang diterima semula ke dalam parti itu, termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar, selaras dengan gagasan Rumah Bangsa yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Sebelum ini, Khairy telah mengemukakan permohonan rasmi supaya pemecatan keahliannya dibatalkan serta nombor keahlian asal diaktifkan semula.Permohonan itu dibuat atas semangat Rumah Bangsa dan telah diserahkan kepada presiden parti dalam satu pertemuan yang diadakan pada bulan lalu.Khairy dilaporkan menyatakan kesyukurannya diberikan peluang untuk kembali meneruskan khidmat bakti dan perjuangan demi agama, bangsa dan negara bersama UMNO.Untuk rekod, Khairy dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 susulan keputusan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Perkembangan terbaharu itu dilihat sebagai langkah signifikan UMNO dalam usaha menyatukan semula kepimpinan dan ahli parti, selain mencetuskan perhatian terhadap kemungkinan peranan yang bakal dimainkan Khairy dalam landskap politik negara |
|
Buka pintu kepada bekas ahli bukti iltizam, kesungguhan UMNO untuk bangkit - Wan Rosdy - Sinarharian - 18/04 10:20 am KUANTAN Keputusan membuka pintu seluas-luasnya kepada mereka yang ingin kembali memperkukuh perjuangan parti menggambarkan iltizam dan kesungguhan UMNO untuk bangkit, sekali gus merapatkan saf perjuangan serta mengembalikan keyakinan rakyat.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu signifikan sebagai sokongan penuh terhadap gagasan Rumah Bangsa.Menurutnya, melalui pendekatan inklusif dengan semangat penyatuan, UMNO meluluskan kemasukan semula beberapa bekas tokoh utama parti."Antaranya, kelulusan kemasukan semula Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Syed Hamid Albar bersama ribuan ahli lain di seluruh negara," katanya.Beliau berkata demikian melalui hantaran di Facebook pada Sabtu.Wan Rosdy sebelum itu menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr |
|
Undian rakyat tentukan hala tuju Olimpik Jerman - Hotfm - 18/04 9:47 am Berlin: Pengundi di wilayah Rhine/Ruhr, Jerman menjadi kumpulan terbaharu menyatakan pandangan mengenai kemungkinan bidaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2036, 2040 atau 2044. |
|
Perjalanan luar biasa JDT dalam ACLE berakhir di suku akhir - Sinarharian - 18/04 8:51 am HASRAT wakil Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/2026 (ACLE) terhenti, apabila tewas 1-2 kepada kelab gergasi Arab Saudi Al-Ahli pada aksi suku akhir di Jeddah pada Jumaat.Pada pertemuan di Stadium King Abdullah Sports City, Al-Ahli yang juga juara bertahan kejohanan mempamerkan aksi lebih dominan, apabila menguasai sebahagian besar permainan serta mencipta beberapa peluang berbahaya.Skuad JDT kendalian Xisco Muoz bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan, selepas hantaran leret pemain import Brazil Jairo da Silva ke dalam kotak penalti tertampan kaki pemain AlAhli Ali Majrashi, pada minit ke-20 sebelum bola menerjah gawang.Al-Ahli kemudian terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Majrashi dilayangkan kad merah susulan kekasaran dilakukan, namun pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Franck Kessi, yang menanduk masuk sepakan penjuru pada masa tambahan separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, Al-Ahli meningkatkan intensiti permainan dengan beberapa percubaan, sebelum Galeno meletakkan pasukan itu di hadapan pada minit ke-54 menerusi sepakan padu dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol JDT Andoni Zubiaurre.JDT cuba bangkit dengan memasukkan Bergson da Silva pada minit ke-75 bagi menguatkan jentera serangan, namun gagal menemui jaringan penyamaan sehingga tamat perlawanan.Dua jaringan Al-Ahli kendalian Matthias Jaissle sudah cukup untuk memastikan kemenangan, sekali gus menamatkan cabaran JDT dalam saingan edisi kali ini.Keputusan itu menyaksikan Al-Ahli akan bertemu kelab Jepun Vissel Kobe di separuh akhir, selepas pasukan itu menewaskan Al Sadd menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 dalam satu lagi aksi suku akhir.Sebelum ini, beberapa perlawanan pusingan 16 ACLE terpaksa ditunda susulan konflik di Timur Tengah, namun kejohanan kini kembali berlangsung seperti dijadualkan.-Bernama |
|
Hishammuddin, Khairy among 6,252 former members accepted back to Umno - BorneoPost - 18/04 8:22 am MELAKA (April 18): Former Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein and former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin were among those who were accepted back into Umno under the Gagasan Rumah Bangsa initiative |
|
Warga emas maut dilibas parang semasa disamun tiga lelaki - Mgazette - 18/04 7:57 am # Warga emas maut dilibas parang semasa disamun tiga lelaki TELUK INTAN Seorang lelaki warga emas maut selepas disamun tiga lelaki bertopeng yang tidak dikenali dengan menggunakan parang di sebuah rumah di Pekan Baru di sini, awal pagi Jumaat |
|
Dua ejen pengeluaran wang didenda simpan kad ATM milik orang lain - Mgazette - 18/04 7:57 am # Dua ejen pengeluaran wang didenda simpan kad ATM milik orang lain PETALING JAYA - Dua ejen pengeluaran wang masing-masing didenda RM115,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki kad mesin juruwang automatik (ATM) milik individu lain tanpa kuasa yang sah |
|
UMNO terima semula tanpa syarat Hishammuddin, KJ bersama 6,252 ahli UMNO .. - Mgazette - 18/04 7:57 am # UMNO terima semula tanpa syarat Hishammuddin, KJ bersama 6,252 ahli MELAKA - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Melaka malam ini memutuskan untuk menerima kembali Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menyertai semula parti semula di bawah gagasan Rumah Bangsa |
|
Politics : Hishammuddin, Khairy Among 6,252 Former Members Accepted Back .. - Bernama - 18/04 7:57 am MELAKA, April 17 (Bernama) -- Former UMNO vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein and former UMNO Youth chiefKhairy Jamaluddin were among those who were accepted back into UMNO under the Gagasan Rumah Bangsa initiative. |
|
Trump hampir berdamai dengan Iran - Utusan - 18/04 7:30 am WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Khamis bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Iran sangat hampir mencapai perjanjian damai dan beliau akan mempertimbangkan untuk pergi ke Pakistan bagi menandatangani perjanjian tersebut |
|
IKEA Malaysia kekal harga ketika krisis Asia Barat - Utusan - 18/04 7:15 am KUALA LUMPUR: IKEA Malaysia akan terus mengekalkan harga produk walaupun berdepan ketidaktentuan rantaian bekalan susulan konflik geopolitik ketika ini |
|
Im Home! Khairy Jamaluddin Sah Kembali Sertai UMNO, Luah Rasa Syukur - Ohmedia - 18/04 6:40 am Khairy Jamaluddin kembali sertai UMNO di bawah inisiatif Rumah Bangsa |
|
Hishammuddin, KJ diterima kembali ke dalam UMNO tanpa syarat - Sinarharian - 17/04 11:58 pm MELAKA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu bersetuju menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada Jumaat.Menurutnya, antara nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin serta Tan Sri Syed Hamid Albar."Ia termasuk 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO bahagian dan cawangan seluruh negara."Ketetapan itu sebagai menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh Ahmad Zahid bagi membuka ruang kepada mana-mana ahli untuk kembali menyertai UMNO tanpa sebarang syarat," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Mesyuarat MKT berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada malam Jumaat.Tambah beliau, selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, MKT turut meminda Peraturan Keahlian dengan membolehkan pendaftaran dibuat secara dalam talian bagi memudahkan kemasukan ahli baharu, khususnya dalam kalangan golongan muda.Dalam pada itu, beliau berkata, MKT turut menyedari cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat susulan kenaikan harga minyak dan inflasi global, termasuk kesan konflik di Iran.Justeru katanya, negeri-negeri yang diterajui pimpinan UMNO seperti Johor, Melaka, Perak dan Pahang disaran memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan tambahan kepada golongan yang terkesan.Mengulas lanjut, beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur, beberapa program utama akan diadakan.Katanya, program tersebut termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan serta Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli baharu.Selain itu katanya, selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, MKT turut memberi kebenaran kepada sayap parti iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid, iaitu gabungan kehadiran fizikal dan dalam talian, khususnya pada tahun tanpa pemilihan parti. |
|
Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM - Sinarharian - 17/04 11:42 pm KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah dan seorang pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah minggu depan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM di sini berkata, pendakwaan terhadap kedua-dua individu itu dijangka dilakukan pada Rabu atau Khamis depan.Pada 11 Februari lalu, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang Ketua Pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi.Dalam pada itu, Azam turut memaklumkan SPRM berjaya memulihkan lebih 70 peratus aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB), iaitu RM30 bilion daripada keseluruhan RM42 bilion.Beliau berkata, kadar pemulihan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia berbanding purata global yang mencatatkan kurang daripada 30 peratus.Beliau berkata, kerajaan menerusi SPRM berjaya membawa pulang empat karya seni bernilai hampir RM800,000, yang dibeli menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan, selain sedang mengusahakan pemulangan tujuh lagi karya dari rumah lelong Christies di Amerika Syarikat.Selasa lepas, SPRM memaklumkan empat karya seni yang telah dibawa pulang ialah Composition (1953) hasil karya Joan Mir; Maison de rendez-vous de chasse de Henri IV, Rue St |
|
Dua lelaki didenda miliki kad ATM milik individu lain - Sinarharian - 17/04 11:28 pm PETALING JAYA - Dua lelaki masing-masing didenda RM115,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki kad mesin juruwang automatik (ATM) milik individu lain tanpa kuasa yang sah.Lim Chan Chuan, 36, yang berdepan 23 pertuduhan didenda RM5,000 atau tiga dan empat bulan penjara bagi setiap pertuduhan oleh Majistret Farah Azura Mohd Saad dan Shahril Anuar Ahmad Mustapha.Koh Ming Han, 28, pula didakwa atas empat pertuduhan dan Farah Azura menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki itu.Mengikut pertuduhan, Chan Chuan didakwa memiliki 23 kad ATM milik individu lain tanpa kuasa yang sah di tiga lokasi berbeza iaitu di sebuah bank di Damansara, di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara dan di sebuah apartmen di sini antara 4.45 hingga 6.30 petang, 3 April lepas.Ming Han pula didakwa memiliki empat kad ATM milik individu lain tanpa kuasa yang sah di hadapan sebuah kedai di pusat beli-belah Damansara dan di sebuah apartmen di sini pada masa dan tarikh yang sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 serta maksimum RM50,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, pegawai kanan polis yang bertugas di Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) Cyberjaya pada 5.43 petang, 1 April lepas, telah menerima panggilan daripada seorang mangsa wanita yang memaklumkan telah ditipu dalam urusan tawaran perkhidmatan pencucian rumah di dalam Facebook melibatkan kerugian berjumlah RM30,000.Wanita itu melaporkan bahawa pada 1.25 tengah hari, hari sama, dia telah berurusan dengan individu melalui Facebook bagi urusan perkhidmatan pencucian rumah dan telah mengisi maklumat perbankan peribadi miliknya setelah diberikan dua pautan bagi pembayaran deposit sebanyak RM10.Mangsa kemudian membuat semakan perbankan talian dan mendapati terdapat transaksi mencurigakan di dalam dua akaun Maybank miliknya dengan keseluruhan berjumlah RM30,000 sebelum menghubungi NSRC untuk mendapatkan bantuan awal dan membuat laporan polis.Pada 3 April lepas, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah membuat tangkapan dan rampasan kesemua kad ATM tersebut daripada dua tertuduh.Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Athirah Jamalullail dan Lim Leong Hui manakala peguam M N Lo mewakili kedua-dua tertuduh |
|
Party reset: Khairy, Hishammuddin back in Umno? - Sinardaily - 17/04 11:27 pm SHAH ALAM - Umno has agreed to readmit, without conditions, members who were previously suspended, sacked or who left the party, in a move seen as a major consolidation push ahead of its 80th anniversary.Umno Secretary-General Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the decision, made at the partys Supreme Council meeting in Melaka on Friday, includes high-profile figures such as Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Khairy Jamaluddin, alongside Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar and 6,252 former leaders and grassroots members nationwide.He said the move is part of the Rumah Bangsa concept introduced by party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, aimed at rebuilding unity within Umno after years of internal fractures."The decision allows former members to return regardless of the circumstances behind their exit, signalling a more conciliatory approach following past leadership disputes and disciplinary actions," he said.Khairy was previously sacked in January 2023, while Hishammuddin was suspended for six years during the same period, amid internal disagreements within the party leadership.Umno has since faced ongoing challenges in retaining grassroots support, particularly among younger voters and urban Malays, making reconciliation efforts increasingly critical to its political recovery.Meanwhile, Asyraf said the party will also introduce online membership registration as part of efforts to attract younger members and modernise party operations."The decision follows amendments to its membership regulations under Clause 5.2 of the party constitution |
|
Semenyih bakal ‘diserbu’ kerana rumah terbuka - Kosmo - 17/04 10:56 pm PETALING JAYA – Kawasan Semenyih dijangka berdepan kesesakan lalu lintas luar biasa esok susulan peningkatan pergerakan orang ramai sempena minggu terakhir sambutan Hari Raya Aidilfitri |
|
Khairy back in Umno, Hishammuddins suspension lifted - FMT - 17/04 10:45 pm Former federal minister Syed Hamid Albar and 6,252 others are also accepted back as Umno members after their applications were approved under the 'Rumah Bangsa' initiative |
|
PKR Kedah sambut baik langkah penjimatan kerajaan negeri - Sinarharian - 17/04 7:47 pm ALOR SETAR Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah menyambut baik langkah Kerajaan Negeri mempercepatkan pelaksanaan kawalan perbelanjaan sebagai usaha menghadapi ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, tindakan tersebut dilihat selari dengan pendekatan berhemah dan disiplin fiskal yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan.Menurutnya, walaupun langkah itu dianggap agak lewat, ia tetap merupakan perkembangan positif dalam memastikan pengurusan kewangan negeri lebih tersusun dan berdaya tahan."Tahniah kepada Menteri Besar Kedah yang akhirnya mengambil pendirian untuk selari dengan garis kepimpinan Perdana Menteri apabila mengumumkan Kerajaan Negeri akan turut melaksanakan dasar penjimatan dalam perbelanjaan bagi pengurusan kewangan negeri serta langkah menghadapi tekanan kos dan krisis tenaga global," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan negeri perlu memberi keutamaan kepada penyelesaian yang praktikal dan bertanggungjawab berbanding pendekatan bersifat populis.Katanya, langkah tersebut juga mencerminkan keperluan untuk memastikan disiplin fiskal dilaksanakan secara konsisten demi kepentingan rakyat.Dalam pada itu, Tunku Nashrul berkata, rakyat Kedah berharap pendekatan penjimatan tersebut dapat dilaksanakan secara berterusan dan bukan bersifat sementara."Jika ini permulaan kepada perubahan tersebut, maka ia wajar disokong, meskipun mengambil masa untuk sampai ke tahap ini |
|
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis rampas senjata, buku jihad di rumah keluarga suspek - Sinarharian - 17/04 7:43 pm KUALA LUMPUR - Polis merampas empat senapang angin, sembilan batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) dan beberapa buah buku berkaitan jihad di rumah keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.Asisten Superintenden Cassidy Banta, 42, berkata, rampasan itu dilakukan ketika beliau mengetuai pemeriksaan di kediaman keluarga Radin Luqman Radin Imran, 21, di Kampung Sungai Tiram selepas insiden serangan pada 17 Mei 2024 yang mengorbankan dua anggota polis.Saksi pendakwaan kelima itu berkata, sebaik tiba di lokasi, pintu rumah dibuka tertuduh pertama, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, yang juga bapa kepada penyerang berkenaan."Saya kemudian menceritakan kepada penghuni rumah yang merupakan ahli keluarga Radin Luqman berkenaan kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram yang dilakukan oleh suspek sehingga menyebabkan kematiannya serta dua lagi anggota polis," katanya.Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan pada hari keempat perbicaraan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram yang berdepan sembilan pertuduhan berasingan berkaitan keganasan di hadapan Hakim Nurulhuda Nuraini Mohamad Nor.Cassidy berkata, pihaknya turut merampas empat telefon bimbit milik tertuduh sebelum dibawa ke sebuah bilik dan menemukan enam buah buku termasuk yang bertajuk 'jihad'."Di satu bilik lain yang merupakan stor, saya menemui empat senapang angin, sembilan paip PVC dipercayai untuk pembuatan senapang angin panjang dan beg uncang mengandungi 42 biji guli |
|
Tiada keperluan kerja dari rumah di Terengganu - Harakahdaily - 17/04 6:52 pm KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu melihat tiada sebarang keperluan untuk melaksanakan dasar kerja dari rumah bagi penjawat awam di negeri itu |
|
Ibu bapa berperanan penting kawal risiko media sosial dalam kalangan kanak-kanak - MCCA - Sinarharian - 17/04 6:05 pm KUALA LUMPUR - Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mengawal dan memantau penggunaan media sosial anak-anak mereka walaupun kerajaan menyediakan pelbagai garis panduan serta mekanisme perlindungan bagi platform itu.Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, antara kegusaran pendedahan kanak-kanak terhadap platform itu dikaitkan dengan pelbagai kandungan tidak sesuai termasuk unsur toksik, manipulasi maklumat, eksploitasi seksual dan pengaruh negatif."Pendedahan awal kepada maklumat orang dewasa kini boleh diakses oleh kanak-kanak tanpa tapisan sekali gus menimbulkan salah faham tentang perkara yang belum sesuai dengan usia mereka terutama apabila pengawasan ibu bapa masih lemah," katanya pada sesi rakaman program bual bicara "Jendela Fikir" di Wisma Bernama, di sini hari ini.Siraj berkata, masih ramai ibu bapa yang tidak mendapat pendidikan formal berhubung penggunaan Internet seterusnya mewujudkan jurang dalam kawalan digital di rumah."Kita tidak boleh meneruskan kejahilan ini kepada generasi seterusnya |
|
Moga Allah Lindung Kita Dari Segala Fitnah, Tutup Aib Kita Semua - Rotikaya - 17/04 6:04 pm Pelakon Yusuf Bahrin enggan melayan spekulasi yang mendakwa punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri, Zizi Kirana kerana wujud orang ketiga |
|
1MDB: Empat lukisan bernilai tinggi bakal dipamer di Balai Seni Negara - Sinarharian - 17/04 6:03 pm PUTRAJAYA Empat karya seni bernilai tinggi yang berjaya dibawa pulang ke Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bakal dipamerkan untuk tatapan umum di Balai Seni Negara dalam masa terdekat.Lukisan itu ialah hasil karya artis terkenal dunia Joan Mir Composition (1953); Maurice Utrillo Maison de rendez-vous de chasse de Henri IV, Rue St Vincent, Montmartre (1934); Balthus Etude pour femme couche (1948) serta Pablo Picasso LEcuyere et les clowns (1961).Keempat-empat karya seni itu bernilai kira-kira AS$198,125 (anggaran RM786,556.25).Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memperkukuh komitmen dalam memelihara integriti aset negara menerusi kerjasama strategik bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).Menurutnya, rampasan karya seni ini bukan sekadar kejayaan penguatkuasaan, malah membuktikan usaha berterusan SPRM dalam membanteras jenayah kewangan berskala besar demi membawa pulang khazanah milik negara."Meskipun proses perundangan dan keputusan mahkamah bagi tujuan pelucuthakan hak masih berjalan, keutamaan SPRM kini adalah memastikan keselamatan dan keadaan fizikal barang kes tersebut kekal terpelihara tanpa sebarang kerosakan."SPRM turut berhasrat untuk menjadikan karya seni ini sebagai sebahagian daripada bahan sejarah negara untuk dipamerkan kepada umum setelah semua proses undang-undang selesai kerana ia merupakan simbolik kepada ketegasan negara dalam menentang ketirisan aset melalui amalan rasuah," katanya dalam kenyataan.Rabu lalu, Azam menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah LPSVN, Amerrudin Ahmad di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.Kunjungan hormat itu turut dihadiri Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd |
|
Ada Yang Sebelum Tidur Berpeluk, Esok Pagi Cerai – Iqram Dinzly Takut Nak Kahwin - Rotikaya - 17/04 5:43 pm Pelakon Iqram Dinzly berkata dia mengakui ada perasaan takut untuk mendirikan rumah tangga |
|
Sup Ke, Lauk Kampung Ke, Jangan Kutuk Hidangan Makanan Tuan Rumah Sajikan- Ini Teguran Ustaz Elyas Ismail - Siraplimau - 17/04 5:24 pm Sikap segelintir individu yang gemar mengkritik atau memperlekeh hidangan makanan menjadi perhatian Ustaz Elyas Ismail dan tampil memberikan teguran terbuka mengenai adab sebagai tetamu dalam Islam |
|
Ibu bapa berperanan penting kawal, pantau media sosial anak - FMT - 17/04 5:17 pm Masih ramai ibu bapa tidak mendapat pendidikan formal berhubung penggunaan internet seterusnya mewujudkan jurang dalam kawalan digital di rumah. |
|
Sabah Sasar Lahad Datu Menjadi Lokasi Pelancaran Roket Dan Kapal Angkasa - Amanz - 17/04 4:37 pm Pelancaran roket ke angkasa lepas adalah sesuatu yang dilihat sering berlaku kebelakangan ini, tetapi ia juga merupakan salah satu acara yang memerlukan lokasi-lokasi yang sesuai untuk melakukannya, dimana ia perlu berada jauh dari kawasan berpenduduk, tetapi cukup dekat untuk membolehkan pelbagai jenis bekalan untuk dihantar ke lokasi-lokasi ini |
|
Warga emas maut dilibas penyamun dengan parang - Sinarharian - 17/04 4:32 pm TELUK INTAN - Seorang warga emas maut selepas dilibas senjata tajam dipercayai parang oleh sekumpulan penyamun dalam kejadian di Pekan Baru di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.02 pagi ketika isteri mangsa berada di halaman rumah untuk persiapan sembahyang manakala mangsa sedang berehat di dalam rumah.Menurutnya, tiga lelaki bertopeng dipercayai memanjat tembok hadapan sebelum menyerbu masuk ke dalam kediaman mangsa dan mengugutnya bagi mendapatkan barang kemas."Dalam kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah akibat dilibas dengan senjata tajam dipercayai parang di tangan kanan dan tapak tangan kiri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Kesemua suspek telah melarikan diri sejurus kejadian bersama barang kemas dan wang tunai milik mangsa |
|
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Peguam minta rakaman CCTV, rekod lokap - Sinarharian - 17/04 3:58 pm KUALA LUMPUR Pihak pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat supaya dibekalkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rekod pendaftaran lokap bagi lima ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada Mei 2024 lalu.Peguam, Faizal Rahman berkata demikian ketika perbicaraan hari keempat bagi sembilan pertuduhan berkaitan keganasan yang dihadapi lima anggota keluarga penyerang balai polis tersebut.Beliau berkata, bahan bukti itu akan membantu pembelaan dalam menilai keterangan saksi pendakwaan ketiga, penuntut universiti, Muhamad Farhan Haiqim Mohd Isa, 24.Peguam itu berkata, saksi berkenaan memberi keterangan bahawa wujud perbualan bersama dua anak guamnya iaitu tertuduh pertama, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 64, dan anak lelakinya yang juga tertuduh kedua, Radin Romyullah, 36.Katanya, dalam prosiding lalu, penuntut itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah berbual dengan dua lelaki tersebut ketika direman dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam."Sedangkan anak guam mendakwa mereka ditempatkan di lokap berbeza."Justeru, kami percaya rekod pendaftaran lokap dan rakaman CCTV yang berada dalam kawalan pihak pendakwaan adalah relevan untuk dikemukakan kepada mahkamah," katanya.Beliau berkata, hasil semakan kelak dapat mengelakkan situasi keterangan lisan saksi bercanggah dengan keterangan anak guam.Sekiranya rakaman CCTV menunjukkan tiada pertemuan berlaku dalam sel berkenaan, beliau berkata ia memberi implikasi besar terhadap kredibiliti keterangan saksi pendakwaan tersebut.Menurutnya, perkara ini bukan serangan terhadap saksi, tetapi dokumen berkenaan akan membantu mahkamah mencapai keputusan yang adil.Katanya, keterangan berkaitan perbualan di lokap merupakan isu utama dan tidak boleh dipandang ringan.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |