| /// |
|
| Search : Rocky News | Page 1 |
|
Pemilik anjing Rocky didakwa di Mahkamah Sesyen Klang - Mygazette - 20/08 4:14 pm # Pemilik anjing Rocky didakwa di Mahkamah Sesyen Klang KLANG - Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyakiti seekor anjing bernama Rocky ketika operasi penangkapan haiwan di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang pada 29 Julai lalu |
|
Kes Rocky: Shah mengaku tidak bersalah - Mygazette - 20/08 4:14 pm KLANG **- **Lelaki yang didakwa menyakiti seekor anjing bernama _Rocky_ ketika operasi penangkapan haiwan di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang pada 29 Julai lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini |
|
Rocky's owner faces another charge over keeping dog without licence - Sinardaily - 20/08 2:01 pm KLANG The owner of Rocky, S |
|
Mohon maaf, peguam beritahu pihak dakwa sukarelawan bunuh Rocky - FMT - 20/08 1:38 pm Rafique Rashid Ali berkata Shah Idham Nor Haikal Shaharom tidak didakwa atas pertuduhan membunuh atau menyeksa haiwan peliharaan itu. |
|
Rocky case: Lawyer says charge does not contain word 'killing', calls on netizens to apologise - Sinardaily - 20/08 1:28 pm KLANG Lawyer Muhammad Rafique Rashid Ali, who is representing Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, has urged netizens who labelled his 24-year-old client a killer and animal abuser to apologise, stressing that the charge against him does not allege that he killed or cruelly abused the animal.Rafique said the charge read out at the Sessions Court here on Thursday accused his client of unreasonably strangling a dog with a looped rope, causing pain to the animal.He also urged the media and public not to distort the facts or make allegations that were not stated in the charge sheet."Please tell me, where is the word 'killing'? Where is the word 'abuse'? Where is the word 'hitting' or 'hitting so hard that it caused death'?"To those who have all this time labelled Shah as a cruel person, a killer and so on, this is an open opportunity for you to apologise to a young man who is only 24 years old," he said when met outside the courtroom.Earlier, Shah and Rocky's owner, S |
|
Apologise, lawyer tells those who claimed volunteer killed Rocky - FMT - 20/08 1:17 pm Rafique Rashid Ali says Shah Idham Nor Haikal Shaharom has not been charged with killing or torturing the pet dog. |
|
Pempengaruh, Yang Dalam Parlimen Pun Ada – Peguam Muhammad Shah Dedah Ramai Dalam Radar Tindakan Sivil Kes Fitnah - Beautifulnara - 20/08 1:01 pm Sejumlah individu termasuk pempengaruh kini berada dalam radar untuk dikenakan tindakan sivil selepas didakwa memfitnah penghantar makanan, Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, susulan kes kekecohan ketika operasi penangkapan anjing liar dikenali sebagai Rocky |
|
Rockys Death: Delivery Worker And Dog Owner Charged With Animal Cruelty - Rakyatpost - 20/08 1:01 pm Both defendants pleaded not guilty after being accused of causing unnecessary death to Rocky during a chaotic dog-catching operation in Port Klang last month. |
|
Pemilik Rocky Dituduh Atas Dakwaan Bela Anjing Tanpa Lesen - Lobakmerah - 20/08 12:42 am Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas satu pertuduhan memelihara anjing tanpa lesen yang sah. Pemilik anjing yang bernama Rocky iaitu S Roghini Devi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini |
|
Rocky's purported owner, Klang council volunteer claim trial to animal cruelty - Mkini - 20/08 11:42 am Both face charges over dog's death in enforcement operation last month. |
|
Kematian Rocky: Pemilik anjing, sukarelawan MBDK didakwa - Mkini - 20/08 11:20 am S Roghini Devi, pemilik Rocky, dan Shah Idham Nor Haikal Shaharom mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015. |
|
Pemilik Rocky didakwa tarik manakala penghantar barang dituduh jerut anjing - Hmetro - 20/08 10:47 am Klang: Penghantar barang dan suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menarik serta menjerut seekor anjing hingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan, bulan lalu |
|
Anjing Rocky : Pemilik Didakwa Tarik Tali, Manakala Shah Dituduh Jerut Guna Peralatan Gelung Tali ‘Loop’ - Beautifulnara - 20/08 10:44 am Seorang pemilik anjing bernama Rocky dan seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan dalam kejadian tiga minggu lalu |
|
Kes Rocky: Pemilik didakwa lagi, bela anjing tanpa lesen - Sinarharian - 20/08 10:44 am KLANG - [DIKEMAS KINI] Selepas berdepan pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap anjing bernama Rocky, seorang wanita yang juga pemilik haiwan itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan memelihara anjing tanpa lesen sah.Surirumah, S Roghini Devi, 42, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memelihara anjing melebihi umur tiga bulan tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, Klang Selatan, di sini pada jam 10.50 malam 29 Julai lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing Mmajlis Perbandaran Klang 2007 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak maksimum satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad ShahMuhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis iniKes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPRKes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP SelangorWanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari iniKes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawalSemasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi Nawawi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam Jeremy Vinesh Anthony yang mewakili Roghini Devi memohon supaya jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan jumlah yang dicadangkan pendakwaan bersamaan dengan denda maksimum yang ditetapkan di bawah undang-undang.Karthiyayini membenarkan ibu kepada empat anak itu diikat jamin sebanyak RM1,000 dan menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan semula kes.Turut hadir dalam prosiding ialah peguam pemerhati, Mohd Norazihan Adnan bagi pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang sementara peguam, Audrey Hoh Foong Yee untuk Badan Peguam Malaysia.Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, Roghini didakwa atas satu pertuduhan menarik Rocky sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan, tiga minggu lalu.Media sebelum ini melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung kematian anjing berkenaan ketika operasi tangkapan haiwan berkeliaran.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, anjing itu disahkan mati di lokasi berkenaan pada jam 10.50 malam dan bangkainya dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JVS) bagi tujuan bedah siasat. |
|
Rocky case: Owner also hit with animal cruelty charge over dogs death - Malaymail - 20/08 10:41 am KLANG, Aug 20 The owner of the dog named Rocky has also been charged in the Sessions Court here with cruelty aga... |
|
Rocky case: Klang council volunteer claims trial over alleged animal cruelty in dogs death - Malaymail - 20/08 10:33 am KLANG, Aug 20 A volunteer with the Klang city council claimed trial in the Sessions Court today for allegedly co... |
|
Pemilik Rocky berdepan 2 tuduhan - Hotfm - 20/08 10:17 am S Roghini Devi didakwa melakukan kekejaman terhadap Rocky dan memelihara haiwan itu tanpa lesen sah. |
|
Pemilik Rocky berdepan 2 tuduhan - FMT - 20/08 10:17 am S Roghini Devi didakwa melakukan kekejaman terhadap Rocky dan memelihara haiwan itu tanpa lesen sah. |
|
Rocky's owner, delivery worker plead not guilty to animal cruelty charges - Sinardaily - 20/08 10:14 am KLANG The owner of the dog named Rocky and a delivery worker were charged at the Sessions Court here today with committing animal cruelty against the dog.S |
|
Rockys owner slapped with 2 charges - FMT - 20/08 9:52 am S Roghini Devi is charged with committing animal cruelty against Rocky and keeping the pet dog without a valid licence. |
|
Sukarelawan mengaku tak salah lakukan kekejaman terhadap Rocky - FMT - 20/08 9:49 am Shah Idham Nor Haikal Shaharom ialah sukarelawan Majlis Bandaraya Diraja Klang ketika anjing itu mati dalam operasi menangkap anjing liar. |
|
Pemilik anjing, penghantar barang didakwa sebabkan kesakitan Rocky - Sinarharian - 20/08 9:43 am KLANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pemilik anjing bernama Rocky dan lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan, menarik dan menjerut sehingga menyebabkan kesakitan ke atas haiwan itu tiga minggu lalu.Surirumah, S Roghini Devi, 42, dan penghantar barang, Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Mujib Saroji.Mengikut pertuduhan, Roghini Devi didakwa secara tidak munasabah telah menarik Rocky sementara Muhammad Shah Idham Nor Haikal dituduh menjerut anjing jantan itu, menggunakan peralatan gelung tali 'loop'.ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad ShahMuhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis iniKes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPRKes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP SelangorWanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari iniKes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawalKedua-dua OKS terbabit didakwa menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan, di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang di sini, antara jam 11 hingga 11.30 malam pada 29 Julai.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, Mohd Sharif Sabran mencadangkan setiap OKS dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin."Ia termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di Jabatan Veterinar Selangor," katanya.Bagaimanapun, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal merayu kadar ikat jamin berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri."Jaminan tidak seharusnya menjadi bentuk hukuman sebelum prosiding perbicaraan bermula malah syarat tambahan yang dicadangkan, bersifat menekan," katanya yang hadir bersama peguam, Mahmud Abdul Jumaat.Sementara itu, Roghini Devi yang diwakili peguam, Jeremy Vinesh Anthony merayu anak guamnya diberi ikat jamin yang rendah dengan alasan suami OKS merupakan Orang Kurang Upaya (OKU)."Dia merupakan seorang ibu kepada empat anak maka saya mohon dia tidak dikenakan syarat tambahan," katanya yang turut dihadiri peguam, Jamie Wong dan Jeichandran Santhirasegaran.Turut hadir dalam prosiding ialah peguam pemerhati, Mohd Norazihan Adnan bagi pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang sementara peguam, Audrey Hoh Foong Yee untuk Badan Peguam Malaysia.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mujib membenarkan setiap OKS diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin."Mereka juga dikehendaki melaporkan diri sekali setiap bulan di JPV Selangor dan sebutan semula kes ini ditetapkan pada 8 Oktober depan," katanya.Media sebelum ini melaporkan, polis membuka kertas siasatan berhubung kematian anjing berkenaan semasa operasi tangkapan haiwan berkeliaran.Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, anjing itu disahkan mati dalam kejadian pada 10.50 malam dan bangkainya dihantar ke JVS bagi tujuan bedah siasat. |
|
Man claims trial to animal cruelty against Rocky - FMT - 20/08 9:31 am Shah Idham Nor Haikal Shaharom was a volunteer with the Klang city council during the stray dog-catching operation in which the animal died. |
|
Port Klang dog death: Man and woman to be charged over alleged abuse of Rocky - Malaymail - 20/08 9:26 am KLANG, Aug 20 A man and a woman linked to the death of a dog named Rocky are scheduled to appear in court today.... |
|
Kes Rocky: Muhammad Shah, wanita didakwa pemilik anjing tiba di mahkamah - Sinarharian - 20/08 9:19 am KLANG - Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, tiba di Mahkamah Sesyen di sini kira-kira jam 8.45 pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes kematian anjing bernama Rocky.Beliau dilihat memasuki kompleks mahkamah diiringi peguam serta aktivis sosial, Firdaus Wong dalam keadaan terkawal.Kira-kira 10 minit sebelum itu, wanita didakwa pemilik Rocky, S Roghini Devi, 42, turut dilihat memasuki kompleks mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes berkenaan.Suasana di sekitar Mahkamah Sesyen kekal tenang dan terkawal tanpa sebarang gangguan atau perhimpunan.Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan terhadap Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom dijadualkan dibacakan di hadapan Hakim, Mujib Saroji.ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad ShahMuhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis iniKes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPRSebelum ini, Muhammad Shah Idham Nor mengaku terkejut selepas menerima waran untuk hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dipercayai berkaitan Akta Kebajikan Haiwan.Beliau turut menegaskan kematian Rocky tidak seharusnya dikaitkan dengan sentimen perkauman, sambil menyatakan hubungan penduduk pelbagai kaum di Taman Telok Gedong Indah kekal baik.Kes berkenaan mendapat perhatian ramai selepas video berkaitan insiden operasi menangkap anjing liar di Taman Telok Gedong Indah pada 29 Julai lalu tular di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Kes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP SelangorWanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari iniKes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawalSementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berkaitan kes berkenaan serta memberi ruang kepada proses perundangan berjalan. |
|
Kes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawal - Sinarharian - 20/08 8:19 am KLANG - Suasana di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini tenang dan terkawal tanpa sebarang gangguan, susulan prosiding berkaitan kes kematian anjing bernama Rocky.Setakat jam 8 pagi, tiada sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan dikesan di kawasan mahkamah, manakala urusan orang ramai berjalan seperti biasa.Keadaan itu selaras dengan nasihat Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar supaya orang ramai tidak menyertai sebarang perhimpunan berkaitan kes berkenaan dan memberi ruang kepada proses perundangan berjalan.ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad ShahMuhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis iniKes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPRKes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP SelangorWanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari iniTerdahulu, seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang wanita berusia 40-an yang dikatakan pemilik Rocky dijangka berdepan pertuduhan di dua mahkamah berasingan hari ini.Pertuduhan dijadualkan dibacakan pada jam 9 pagi di hadapan Hakim, Mujib Saroji, manakala wanita berkenaan turut berdepan pertuduhan lain di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Kes kematian Rocky sebelum ini mencetuskan perhatian ramai selepas video berkaitan kejadian di Taman Telok Gedong Indah pada 29 Julai lalu tular di media sosial.Pihak polis sebelum ini meminta semua pihak memberi ruang kepada siasatan dan proses perundangan serta tidak menjadikan kes berkenaan sebagai isu perkauman. |
|
Kes Rocky: ‘Pemilik’ anjing juga akan didakwa - Kosmo - 20/08 7:30 am KLANG Pertuduhan kes melibatkan insiden kekecohan sehingga membawa kematian anjing liar bernama ‘Rocky’ turut melibatkan seorang wanita yang dikatakan pemilik haiwan itu di Mahkamah Klang, hari ini |
|
Wanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari ini - Sinarharian - 20/08 7:14 am KLANG - Selain seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama Rocky, seorang wanita yang dikatakan sebagai pemilik haiwan itu juga, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.Wanita berusia 40-an berkenaan dijangka berdepan beberapa pertuduhan di dua mahkamah berasingan.Sumber mengesahkan wanita itu antara individu yang akan dituduh hari ini."Ya, betul," katanya.Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan terhadap kedua-dua individu itu akan dibacakan pada jam 9 pagi di hadapan Hakim, Mujib Saroji.Selain itu wanita berkenaan berdepan pertuduhan lain di hadapan Majistret, A Karthiyayini.Bagaimanapun, belum dapat dipastikan seksyen dan akta yang akan digunakan bagi mendakwa kedua-dua individu berkenaan kerana pertuduhan hanya akan ditentukan dan dibacakan di mahkamah kelak.Isnin lalu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian.Muhammad Rafique berkata, mereka akan hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi, 20 Ogos.Sebelum ini, pemuda berkenaan menjadi sasaran kemarahan netizen selepas video yang mendakwa dia bertindak kejam dengan menyeksa sehingga menyebabkan kematian Rocky di Taman Telok Gedong Indah di sini pada 29 Julai lalu tular di media sosial.Sementara itu, Muhammad Shah Idham Nor mengaku terkejut selepas menerima waran bagi menjawab pertuduhan, dipercayai di bawah Akta Kebajikan Haiwan.Dia yang bekerja sebagai penghantar barang turut menegaskan isu kematian Rocky tidak seharusnya dikaitkan dengan sentimen perkauman kerana hubungan antara penduduk pelbagai kaum di kawasan berkenaan kekal baik.Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berkaitan kes kematian Rocky di mahkamah.Beliau berkata, masyarakat seharusnya memberi kepercayaan dan ruang kepada pihak berkuasa serta membiarkan proses perundangan berjalan selepas siasatan berhubung kes berkenaan selesai dijalankan. |
|
Pertuduhan Kes Kematian Rocky Diadakan Esok, Polis Nasihat Jangan Buat Perhimpunan - Lobakmerah - 19/08 5:31 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Isu tular mengenai kes kematian anjing yang dikenali sebagai Rocky ketika operasi tangkapan di Pelabuhan Klang baru-baru ini telah memasuki proses baharu |
|
PDRM advise calm before Klang court charging over Rocky's death - Sinardaily - 19/08 4:00 pm SHAH ALAM - Police have advised the public not to hold any gatherings or demonstrations regarding the death of a dog named Rocky, which is scheduled to be brought to the Klang Court on Thursday.Selangor Police Chief, Datuk Shazeli Kahar, stated that the public should trust the authorities and allow the legal process to take its course following the completion of the investigation into the case."I advise that there is no need to exaggerate this issue to the extent of holding any gatherings or demonstrations |
|
Klang court to hear charges over Rocky's death - Sinardaily - 19/08 3:55 pm SHAH ALAM - Police have received instructions from the Deputy Public Prosecutor's (DPP) office to proceed with charges regarding the death of a dog named Rocky.Selangor police chief, Datuk Shazeli Kahar, stated that the charges will be brought to the Klang Magistrates' Court on Thursday."Insya-Allah, the charges are expected to be brought tomorrow at the Klang Magistrates' Court."I request media partners to refer to the court in Klang to obtain the exact time for the proceedings," he said during a press conference at the Selangor Contingent Police Headquarters (IPK) here on Wednesday.Previously, Sinar Harian reported that a man targeted by public backlash following an altercation during a stray dog capture operation involving Rocky would be charged in court.The case gained widespread attention after a video showing the incident, which occurred in Taman Telok Gedong Indah, Klang, on July 29, went viral on social media.He added that the charges are expected to involve not only the police, but other enforcement agencies will also be bringing charges related to the issue.However, Shazeli did not elaborate on whether the charges involve a man and a woman previously linked to the case.He also declined to reveal the specific sections or legal provisions to be used, asking that the matter be referred to the court on Thursday."I suggest that our media partners wait and obtain the details at court tomorrow," he said. |
|
No need to escalate: Selangor police urge public against gathering at court over Rocky case - Malaymail - 19/08 3:23 pm SHAH ALAM, Aug 19 Selangor police chief Datuk Shazeli Kahar today reportedly urged the public not to hold a... |
|
Kes anjing Rocky: Peguam sahkan Shah dituduh di mahkamah esok - Hmetro - 19/08 2:12 pm Kuala Lumpur: Lelaki yang didakwa membunuh seekor anjing bernama 'Rocky' di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Klang, esok |
|
Kes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP Selangor - Sinarharian - 19/08 2:07 pm SHAH ALAM - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berkaitan kes kematian anjing dikenali sebagai Rocky yang dijadualkan dibawa ke Mahkamah Klang pada Khamis.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, orang ramai perlu memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa dan membiarkan proses perundangan berjalan selepas siasatan berkaitan kes itu selesai dijalankan."Saya menasihatkan supaya tidak perlulah diperbesarkan isu ini sehingga nak diadakan sebarang perhimpunan ataupun tunjuk perasaan."Daripada aspek perundangan, siasatan telah dijalankan dan kita telah kenal pasti siapa pihak-pihak yang bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor komited menjalankan siasatan secara adil tanpa memihak kepada mana-mana pihak."Siasatan yang kami jalankan ini telah membawa kepada arahan pertuduhan esok |
|
Kes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPR - Sinarharian - 19/08 1:37 pm SHAH ALAM - Polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menjalankan pertuduhan berkaitan kes kematian anjing dikenali sebagai Rocky.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis."Insya-ALLAH, esok dijangka akan diadakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang."Saya mohon rakan media merujuk kepada pihak mahkamah di Klang untuk mendapatkan waktu sebenar bagi menjalankan pertuduhan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman susulan insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama Rocky akan didakwa di mahkamah.Kes berkenaan mendapat perhatian selepas video berkaitan insiden penangkapan Rocky di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu tular di media sosial.Menurutnya, pertuduhan itu dijangka bukan sahaja membabitkan pihak polis, malah agensi penguat kuasa lain turut akan menjalankan pertuduhan berkaitan isu berkenaan.Bagaimanapun, Shazeli tidak mengulas lanjut sama ada pertuduhan itu membabitkan lelaki dan wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan kes berkenaan.Beliau turut enggan mendedahkan seksyen serta peruntukan undang-undang yang akan digunakan dan meminta perkara itu dirujuk di mahkamah pada Khamis."Saya mencadangkan kepada rakan media untuk tunggu dan dapatkan maklumat di mahkamah esok," katanya. |
|
Kes Anjing Rocky: Muhammad Shah Hizam Bakal Didakwa Di Mahkamah Sesyen Khamis Ini - Beautifulnara - 18/08 10:40 am Kes membabitkan anjing liar bernama Rocky memasuki perkembangan baharu apabila seorang lelaki yang sebelum ini menjadi sasaran kecaman di media sosial, Muhammad Shah Hizam, dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis ini |
|
Kes Anjing Rocky: Shah Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah Sesyen Khamis Ini - Vocket - 18/08 9:49 am Insiden kekecohan yang melibatkan penangkapan seekor anjing liar bernama Rocky kini memasuki fasa baharu apabila lelaki yang menjadi sasaran kritikan ramai bakal didakwa di Mahkamah.. |
|
SNAPSHOT Man linked to Rocky's death to be charged; BN will cross GE16 bridge when we get there: Khaled - Mkini - 18/08 9:10 am What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm. |
|
Individu tangkap anjing liar bakal didakwa di mahkamah - Utusan - 17/08 9:22 pm KLANG: Individu penangkap anjing liar dikatakan terlibat dalam insiden yang menyebabkan kematian Rocky akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis ini |
|
Kes Rocky: Muhammad Shah bakal didakwa Khamis ini - Kosmo - 17/08 8:32 pm KLANG – Pemuda yang terpalit dalam kekecohan operasi penangkapan anjing liar dikenali Rocky di Taman Telok Gedong Indah bakal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis ini |
|
Muhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis ini - Sinarharian - 17/08 8:25 pm KLANG - Seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama 'Rocky'akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis ini.Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Muhammad Shah Hizam, 24, mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian."Ya, saya sahkan Muhammad Shah telah diserahkan saman oleh Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar."Kami akan hadir jam 9 pagi pada 20 Ogos ini," kata Muhammad Rafique.Bagaimanapun, belum dapat dipastikan seksyen dan akta yang akan digunakan bagi mendakwa pemuda berkenaan kerana pertuduhan hanya akan ditentukan dan dibacakan di mahkamah kelak.Sebelum ini, pemuda itu menjadi sasaran kemarahan netizen selepas video yang mendakwa dia telah bertindak kejam dengan menyeksa sehingga menyebabkan kematian Rocky di Taman Telok Gedong Indahdi sini pada 29 Julai lalu tular di media sosial.Muhammad Shah mendakwa, telah menerima ancaman terhadap diri dan keluarganya selepas kejadian berkenaan. |
|
Saya Tak Terkesan Dengan Segala Kejian Dan Makian Firdaus Wong Nafi ‘Tunggang’ Isu Shah Rocky, Tegas Isu Bukan Soal Kaum - Beautifulnara - 14/08 11:31 am Firdaus Wong menafikan dakwaan kononnya dia menunggang kontroversi membabitkan Shah dan anjing Rocky demi kepentingan tertentu |
|
Shah Dakwa Terima Ugutan Bunuh Selepas Insiden Anjing Rocky - Ohmedia - 13/08 7:52 pm Shah tampil menjelaskan insiden anjing Rocky dan mendakwa menerima ugutan bunuh selepas video kejadian tular |
|
'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad Shah - Sinarharian - 13/08 6:22 pm SHAH ALAM - Seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar, Muhammad Shah Hizam, 24, mendakwa menerima ancaman terhadap diri dan keluarganya selepas kejadian itu tular di media sosial.Menurut Muhammad Shah, ancaman itu diterima pada hari pertama dan kedua selepas kejadian apabila terdapat individu datang ke kawasan kediaman untuk mencarinya."Selepas beberapa hari ini, tiada lagi ancaman berbentuk fizikal berbanding semasa hari pertama dan kedua ketika perkara ini masih tular," katanya pada sidang media #JusticeForShah di Bukit Jelutong di sini pada Khamis.Muhammad Shah memberitahu, individu terbabit bagaimanapun gagal menemuinya kerana keselamatannya ketika itu dijaga pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT).Beliau turut mengakui berasa terancam apabila terdapat komen di media sosial yang bukan sahaja menyasarkan dirinya, malah turut mengugut keluarganya.Mengulas sokongan diterima sepanjang berdepan isu itu, Muhammad Shah berkata, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sentiasa memberikan sokongan termasuk menghubungi bagi memaklumkan perkembangan terkini.Muhammad Shah menegaskan, kehadirannya di Taman Telok Gedong Indah, Klang adalah bagi menjalankan tugas dan bukan dengan niat untuk mencederakan atau membunuh mana-mana haiwan."Saya tak sokong kekejaman, jauh sekali berniat nak mencederakan atau membunuh mana-mana haiwan," jelasnya.Menurut Muhammad Shah, kehadirannya bersama rakan dan pihak MBDK bagi memastikan operasi itu berjalan mengikut prosedur ditetapkan."Bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, ada pihak menasihatkan supaya mematuhi produser ditetapkan," katanya.Sementara itu, peguam Muhammad Shah, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya hadir dalam operasi itu selepas dijemput secara bertulis oleh KRT Jalan Sama Gagah, Taman Telok Gedung Indah, Klang.Katanya, semua peserta operasi sudah diberikan taklimat oleh anggota MBDK mengenai kaedah tangkapan, manakala alat penjerut leher atau loop yang digunakan bukan milik Muhammad Shah, sebaliknya dibekalkan pihak MBDK."MBDK tunjuk cara nak buat tangkapan, malah paling penting, alat loop itu bukan milik peribadi Muhammad Shah, sebaliknya pihak MBDK yang bekalkan," katanya.Rafique berkata, keadaan menjadi kelam-kabut apabila seorang wanita mendakwa sebagai pemilik Rocky datang dan cuba menghalang anjing terbabit daripada dibawa pergi."Berdasarkan apa yang Muhammad Shah lihat sendiri, wanita itu tiba-tiba datang peluk dan duduk atas badan Rocky sebab nak halang anjing itu dibawa pergi hingga berlaku tarik-menarik sedangkan alat loop masih ada di leher Rocky," katanya.Menurutnya, operasi pada malam itu berjaya menangkap 12 anjing liar lain tanpa sebarang kecederaan, manakala Rocky satu-satunya anjing yang disahkan mati akibat insiden kekecohan itu.Dalam pada itu, Rafique mendakwa Muhammad Shah menjadi mangsa buli siber ekstrem susulan penularan video kejadian yang didakwa hanya memaparkan sebahagian insiden."Tuduhan, penghinaan dan ancaman telah memberikan tekanan emosi yang amat berat kepada Muhammad Shah."Wajah dan identitinya disebarkan secara meluas, dia dilabel sebagai pembunuh dan penyeksa haiwan, malah ada yang mendoakan kecelakaan kepada keluarganya," katanya.Rafique turut mempertikaikan penyebaran imej X-ray yang didakwa menunjukkan tulang belakang Rocky patah akibat dipukul, sebaliknya memaklumkan imej itu adalah palsu."Kita pun tak tahu gambar X-ray itu daripada siapa, daripada mana dan bagaimana ia boleh timbul," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, pihak peguam kini sedang mendokumentasikan segala komen berbaur ugutan dan fitnah di media sosial untuk tindakan lanjut."Kita tidak akan teragak-agak memulakan tindakan undang-undang sivil termasuk saman fitnah terhadap individu atau portal yang mencetuskan provokasi terbabit," tambah beliau. |
|
‘I Never Intended To Hurt Or Kill Rocky,’ Says Man Accused Of Animal Cruelty - Rakyatpost - 13/08 6:16 pm Muhammad Shah Hizam says he has been living under pressure amid public backlash and death threats following Rockys death during a dog-catching operation in Klang. |
|
'Saya tiada niat cederakan, apatah lagi bunuh haiwan' - Mkini - 13/08 5:47 pm Individu yang dikaitkan dengan kematian anjing bernama Rocky menegaskan dia tidak berniat membunuh haiwan itu. |
|
Rocky's death: 'No intention to kill,' says man involved in dog-catching operation - Mkini - 13/08 5:27 pm Lawyers mull legal action against those who defamed and sent death threats. |
|
Kes Rocky: Peguam Shah Tuntut Permohonan Maaf Secara Terus, Bukti Fitnah Kini Dikumpul - Vocket - 13/08 4:49 pm Dalam isu insiden kekecohan penangkapan anjing liar yang menjadi... The post Kes Rocky: Peguam Shah Tuntut Permohonan Maaf Secara Terus, Bukti Fitnah Kini Dikumpul appeared first on VOCKET . |
|
Rocky controversy: Shah denies involvement in dog's death amid backlash, death threats - Sinardaily - 13/08 4:06 pm SHAH ALAM - A 24-year-old man accused online of being involved in the death of Rocky has denied the allegations, saying he has faced intense public backlash and death threats despite insisting he had no involvement in the animal's death.Muhammad Shah Hizam said he did not support cruelty towards animals and was at the scene in Taman Telok Gedong Indah, Port Klang, on July 29 only to carry out an assigned duty.I am living under pressure, receiving a lot of backlash and death threats following Rocky's death |
|
Shah Nafi Cederakan Anjing Rocky, Peguam Sedia Saman Individu & Portal Sebar Fitnah - Lobakmerah - 13/08 3:54 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Lelaki yang menjadi sasaran segelintir pihak tampil bersuara berhubung isu kematian seekor anjing bernama Rocky dalam kejadian di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu |
|
Isu anjing Rocky: 'Saya tak hadir pada malam itu dengan niat untuk .. - Hmetro - 13/08 1:45 pm Shah Alam: Saya tak sokong kekejaman haiwan, jauh sekali berniat nak mencederakan atau membunuhnya, kata Muhammad Shah Hizam, 24, atau lebih dikenali sebagai Shah yang kini mendakwa hidup dalam tekanan akibat kecaman dan ugutan bunuh terimanya |
|
Ancaman Bun*h Sampai Cari Di Rumah Peguam Tegas Netizen, Selebriti & Pempengaruh Fitnah Shah Seksa & Bunuh Rocky Bakal Diambil Tindakan - Beautifulnara - 13/08 12:34 am Pihak peguam yang mewakili individu dikenali sebagai Shah tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi membabitkan kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky yang hangat diperkatakan di media sosial |
|
Pemilik Rocky Sudah Bersuara, Kini Giliran Pihak Shah Tampil Dalam Sidang Media #Justice4Shah - Beautifulnara - 12/08 3:00 pm Kontroversi membabitkan kematian seekor anjing bernama Rocky terus mendapat perhatian apabila satu sidang media bertemakan #Justice4Shah bakal diadakan bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadap seorang petugas Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang dikenali sebagai Shah |
|
Gubal aturan pelihara anjing tepati negara maju - Harakahdaily - 9/08 6:50 pm VIDEO tular isu bantahan Justice for Rocky di hadapan Balai Polis Klang Selatan ekoran tindakan penguatkuasa menjalankan operasi penangkapan anjing liar hingga menyebabkan kematian seekor haiwan menarik minat warga maya mengikuti kisahnya |
|
Rocky case sparks calls for influencer accountability - Sinardaily - 6/08 8:02 pm SHAH ALAM The nationwide controversy over the death of Rocky, a stray dog at the centre of a heated public debate, has prompted communication experts to call for social media influencers and celebrities with large followings to be held to higher standards of accountability when commenting on sensitive issues.They said public figures have every right to speak on matters of public interest, but their influence also carries greater responsibility to ensure allegations are accurate, fairly presented and based on verified facts before being amplified to millions of people online.International Islamic University Malaysia communication lecturer Dr Shafizan Mohamed said the Rocky controversy highlighted a growing problem in the digital era, where emotionally driven narratives often spread faster than verified facts."Social media platforms often prioritise speed and emotional reactions, allowing initial narratives to gain widespread attention before corrections or additional information emerge."This makes it increasingly difficult to correct misinformation once public opinions have already been formed based on incomplete information," she told Sinar Daily.The controversy erupted following Rocky's death during a dog-catching operation in Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang, sparking widespread public outrage over animal welfare and accountability.As investigations progressed and more details emerged, several public figures faced criticism for commenting before all the facts were established |
|
'I begged them to let him go': Rocky's owner recounts dog's final moments - Mkini - 6/08 8:01 pm She says neighbours witnessed violence before animal died during Klang operation. |
|
'Jiran beritahu mereka pukul Rocky sampai terberak' - Mkini - 6/08 5:58 pm Kali terakhir Roghini Devi melihat Rocky masih bernyawa, namun anjing peliharaannya itu berada dalam keadaan lemah. |
|
Bukan perkauman buat PH kecundang tetapi ideologi dan nilai - Sinarharian - 6/08 3:11 pm SEJURUS keluar keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang membawa kekalahan besar kepada Pakatan Harapan (PH), pemimpin mereka memberi alasan faktor kekalahan besar PH berpunca daripada naratif politik agama, identiti dan perkauman yang dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menenggelamkan prestasi kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh PH dahulu.Tidak dinafikan impak ucapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor yang diputarbelitkan secara tidak bertanggungjawab, daripada ucapan asalnya berbunyi "orang Cina ada China, orang India ada India, orang Siam ada Thailand" kepada versi menyeleweng "orang Cina balik Cina, orang India balik India" telah menimbulkan pelbagai reaksi dan intepretasi.Natijahnya, asas integrasi nasional dan pembinaan negara bangsa perlu dinilai dan diukur semula, adakah identiti negara Malaysia mesti dipertegaskan dengan berteraskan agama Islam dan kaum Melayu mengikut definisi Perlembagaan iaitu Perkara 3, Perkara 153, Perkara 160(2) dan Perkara 89(6), ataupun Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan menurut ideologi sekular seperti yang diperjuangkan oleh DAP? (sila rujuk perlembagaan parti tersebut).Persoalan ini bermakna, pertembungan antara parti-parti politik di Malaysia, adakah ia berlaku semata-mata atas dasar perkauman dan identiti, ataupun atas dasar pertembungan ideologi dan nilai?Sekiranya dilihat secara jujur terhadap isu-isu sosial yang berlaku kebelakangan ini, ia lebih menunjukkan krisis nilai yang membangkitkan kesedaran politik sehingga memecahkan bangsa Malaysia kepada dua kumpulan yang berpegang dengan nilai yang bertentangan, berbanding krisis perkauman.Sebagai contoh, mutakhir ini dalam isu kematian anjing bernama Rocky, reaksi rakyat terpecah kepada dua kumpulan, sama ada yang menyokong pihak penguatkuasa dan mangsa serangan anjing liar atau mereka yang mendakwa sebagai pencinta haiwan yang mahu membiarkan haiwan liar berkeliaran walaupun membahayakan keselamatan orang awam.Jika dilihat, isu ini tiada kaitan dengan kaum kerana semua kaum ada dalam kumpulan A ataupun kumpulan B.Titik yang membezakan pendirian mereka ialah pegangan nilai.Isu kedua, berkenaan arak |
|
“Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi…..” – Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan - Beautifulnara - 6/08 2:37 pm Isu kematian seekor anjing peliharaan dikenali sebagai Rocky ketika operasi tangkapan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pelabuhan Klang terus menjadi perhatian ramai apabila pemiliknya tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut |
|
Pemilik Rocky Pertahankan Tindakan, Mahu Siasatan Telus - Ohmedia - 6/08 2:02 pm Kematian Rocky terus dipersoalkan apabila pemiliknya menggesa siasatan telus daripada DVS dan PDRM |
|
Rihanna is 'in the studio', says partner A$AP Rocky - BBC - 6/08 12:44 am The singer, who last released a full album in 2016, is in the studio and "cooking", her partner said. |
|
Justice For Rocky: Owner Speaks Up, Selangor DVS Says It’s Now In DPP’s Hands - Rakyatpost - 6/08 11:01 am A press conference was held for Rocky the dog's owner to share the story from her side. |
|
Justice for Rocky: How many more lives? - SUN - 6/08 7:00 am Justice for Rocky: Calls grow for animal welfare reforms, accountability and humane stray management after the dog's alleged death in Port Klang. |
|
Animal welfare group presses Klang council for answers over Rocky's death - Mkini - 5/08 8:14 pm SAFM says the local authority should reveal its operation records and reports on the incident. |
|
Rocky was dead before MBDK arrived, owner claims - Sinardaily - 5/08 7:41 pm SHAH ALAM - The woman claiming to be Rocky's owner has alleged that the stray dog was beaten to death by four members of the public before officers from the Klang Royal City Council (MBDK) arrived for an enforcement operation in Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang, directly contradicting the council's account of the incident.Roghini Devi claimed Rocky had already died by the time MBDK officers reached the scene, alleging the dog was dragged from beneath a parked car where he had sought shelter before being assaulted.She also acknowledged that Rocky was not licensed.Speaking at a press conference on Wednesday, Roghini claimed four men entered her neighbour's compound without permission after Rocky ran there in fear during the stray dog operation.According to her, the neighbour had regularly fed Rocky and allowed the dog to remain on the property."One of my neighbours told me that four men went into the house to get Rocky |
|
Persatuan haiwan gesa pihak berkuasa jawab persoalan operasi tangkap Rocky - Mkini - 5/08 7:40 pm SAFM turut mempersoalkan jenis peralatan yang digunakan ketika operasi menangkap anjing liar berkenaan. |
|
Police submit Rocky dog death probe in Klang to DPP, owner weighing legal options - Malaymail - 5/08 7:15 pm KUALA LUMPUR, Aug 5 Police have submitted the investigation paper on the death of Rocky the dog to the deputy pu... |
|
Pemilik timbang pilihan undang-undang susulan kematian Rocky - FMT - 5/08 6:40 pm Roghinidevi berkata beliau menunggu hasil siasatan polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum ambil tindakan seterusnya. |
|
Rockys owner weighing legal options after dogs death during operation - FMT - 5/08 6:12 pm Roghinidevi claims her dog Rocky, which was beaten during a dog-catching operation in Port Klang on July 29, had died by the time Klang city council officers arrived. |
|
Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Sinarharian - 5/08 6:12 pm KLANG - Kertas siasatan berhubung kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky semasa operasi gotong-royong menangkap anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, minggu lalu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Selasa.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kertas siasatan itu telah dilengkapkan dan dirujuk kepada TPR pada 4 Ogos bagi mendapatkan arahan lanjut."Kes telah dirujuk kepada TPR semalam (4 Ogos) dan kini menunggu arahan selanjutnya," katanya ringkas dalam kenyataan pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis membuka siasatan berhubung kematian seekor anjing semasa operasi gotong-royong menangkap anjing liar yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama penduduk di Taman Teluk Gedung Indah pada Rabu lalu.Jit Huey berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan khianat dengan membunuh haiwan.Menurutnya, tindakan itu diambil selepas polis mengesan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki mengikat dan menarik seekor anjing, manakala seorang wanita dilihat merayu supaya haiwan berkenaan dilepaskan.Jelas beliau, rakaman itu dipercayai berlaku kira-kira jam 10.50 malam di hadapan sebuah rumah di kawasan berkenaan.Tambah beliau, selepas kejadian, anjing itu disahkan mati dan telah dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Veterinar Selangor bagi tujuan bedah siasat. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |