| /// |
|
| Search : Rayuan News | Page 1 |
|
AGC akan fail permohonan semakan berhubung pembebasan Da???i Syed - Mygazette - 6/11 7:51 am # AGC akan fail permohonan semakan berhubung pembebasan Dai Syed KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan semalam yang membebaskan Dai Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, daripada pertuduhan merogol |
|
AGC akan fail semakan keputusan bebas Dai Syed - FMT - 5/11 9:45 pm Permohonan semakan akan difailkan ikut Kaedah 105 Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994. |
|
AGC akan fail permohonan semakan berhubung pembebasan Dai Syed - Astroawani - 5/11 9:43 pm Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan semakanterhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan semalam yang membebaskan Dai Syed,atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, daripada pertuduhan merogol. |
|
AGC fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan kes Da'i Syed - Sinarharian - 5/11 9:16 pm SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara akan memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.Menurut jabatan itu, keputusan berkenaan dibuat selepas Pendakwa Raya meneliti alasan penghakiman panel Hakim Mahkamah Rayuan."Jabatan Peguam Negara mengambil maklum dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 November 2026 menerusi keputusan majoriti yang melepas dan membebaskan pendakwah bebas, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan."Setelah meneliti alasan penghakiman panel Hakim Mahkamah Rayuan, Pendakwa Raya memutuskan bahawa satu permohonan semakan (review) akan difailkan di bawah Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 [P.U |
|
Pemecatan terancang, bekas pensyarah Unisel menang rayuan - FMT - 5/11 5:26 pm Mahkamah Rayuan memutuskan universiti itu langgar kontrak perkhidmatan Siti Asmahan Ali menerusi proses tatatertib tidak adil. |
|
“Memalukan Dan Mencemarkan Agama Islam” – Netizen Desak Stesen TV Tarik Balik Gelaran Da’i Syed - Beautifulnara - 5/11 3:31 pm Netizen berpandangan gelaran Dai yang diberikan menerusi program realiti Dai Pendakwah Nusantara wajar dinilai semula selepas keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Dai Syed daripada pertuduhan rogol |
|
Syed Saddiq, kerajaan setuju selesai isu peruntukan Parlimen Muar - Sinarharian - 5/11 2:09 pm PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pengundi yang mencabar keputusan kerajaanmemberhentikanperuntukan bagi kawasan Parlimen itu ditangguhkan bagi membolehkan pihak-pihakterlibat mencapai penyelesaiandalam tindakan undang-undang berkenaan.Peguam, Lim Wei Jiet yang mewakili Syed Saddiq dan tiga pengundi itu memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada Khamisbahawa kedua-dua pihak secara prinsip bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan."Persetujuan secara prinsip itu pada asasnya melibatkan pengembalian semula peruntukan RM500,000 bagi 2023 yang telah dibatalkan, selain peruntukan RM230,000 untuk projek tertentu di bawah program myKHAS juga akan dikembalikan," katanya.Susulan itu, beliau memohon mahkamah menetapkan satu tarikh dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkembangan terkini berhubung penyelesaian tersebut.Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly@Arwi yang mewakili Perdana Menteri dan kerajaan mengesahkan persetujuan berkenaan sambil memaklumkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini perkara itu."Saya menyokong permohonan rakan peguam saya supaya mahkamah menetapkan satu tarikh dalam masa terdekat bagi membolehkan kami memperincikan mekanisme penyelesaian berkenaan," katanya.Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Azizah Nawawi yang mempengerusikan panel itu menetapkan 7 Disember ini bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian perkara berkenaan.Pendengaran rayuan Syed Saddiq dan tiga pengundi itu berlangsungdi hadapan panel yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.Syed Saddiq, Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah dan Muhamad Fadzly Bisri memohon kebenaran mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan kerajaan memberhentikan atau membatalkan bakiperuntukan RM500,000 daripada keseluruhan RM1.7 juta yang sepatutnya disalurkan terus ke akaun bank Pusat Khidmat Parlimen Muar bagi pelaksanaan program kebajikan, kesejahteraan komuniti dan bantuan bencana.Pada 24 Disember 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, manakala rayuan mereka turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 27 Oktober tahun lepas.Bagaimanapun, pada 10 Mac tahun ini, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada mereka untuk merayu.Syed Saddiq bersama tiga pengundi Parlimen Muar memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman pada 23 April 2024 dengan menamakan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.Dalam permohonan itu, mereka turut memohon mahkamah mengembalikan akses Syed Saddiq kepada sistem myKHAS yang menguruskan dana pembangunan RM2 juta bagi kawasan Parlimen berkenaan, selain membatalkan keputusan menarik balik kelulusan beberapa projek bernilai RM230,300 yang telah diluluskan menerusi sistem itu.Mereka juga mencabar keengganan responden meluluskan atau menyalurkan sebarang peruntukan kepada Syed Saddiq sebagaiAhli Parlimen Muar bagi pelaksanaan program di bawah Projek Mesra Rakyat atau inisiatif seumpamanya bagi2024.Selain itu, mereka mendakwa tindakan responden melanggar hak kesamarataan Syed Saddiq sebagai Ahli Parlimen Muar serta hak tiga pemohon lain selaku pengundi di kawasan Parlimen itu, seperti yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan |
|
Pendakwaan belum dapat serah notis rayuan kepada Yusoff Rawther - Mygazette - 5/11 6:59 am # Pendakwaan belum dapat serah notis rayuan kepada Yusoff Rawther PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan masih belum dapat menyerahkan notis rayuan secara fizikal kepada bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, iaitu Muhammed Yusoff Rawther yang kini berada di United Kingdom (UK) |
|
STR Fasa 4: RM1.1 bilion diagih kepada 5.4 juta penerima mulai esok - Mygazette - 5/11 6:59 am # STR Fasa 4: RM1.1 bilion diagih kepada 5.4 juta penerima mulai esok KUALA LUMPUR Kerajaan akan menyalurkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 berjumlah RM1.1 bilion kepada 5.4 juta penerima secara berperingkat mulai hari ini hingga 6 November 2026. Kementerian Kewangan berkata,penerima baharu dan pemohon rayuan yang diluluskan akan menerima bayaran mulai 16 November |
|
Dai Syed bebas pertuduhan rogol - Utusan - 5/11 6:38 am PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam melepas dan membebaskan pendakwah selebriti Dai Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd |
|
STR Fasa 4 mula disalur kepada 5.4 juta penerima - MOF - Sinarharian - 4/11 7:11 pm SHAH ALAM Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula disalur kepada 5.4 juta penerima secara berperingkat mulai Rabu.Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pembayaran kepada penerima sedia ada akan dibuat mulai 4 hingga 6 November 2026, manakala penerima baharu dan pemohon rayuan yang diluluskan bakal menerima bayaran bermula 16 November depan.Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai empat juta merupakan isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah dan 1.4 juta lagi terdiri daripada warga emas tiada pasangan."Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan terus ke akaun masing-masing."Penerima tanpa akaun bank pula boleh mendapatkan bayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)."Bagi memastikan bantuan STR terus disalurkan kepada golongan layak, seramai 1.68 juta penerima yang tidak mengemas kini maklumat permohonan selama tiga tahun berturut-turut telah diingatkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) supaya berbuat demikian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu MOF memaklumkan, isi rumah akan menerima bayaran sehingga RM500 manakala warga emas tiada pasangan menerima RM150.Daripada empat juta penerima isi rumah, seramai 2.8 juta terdiri daripada golongan berpendapatan RM2,500 dan ke bawah yang layak menerima bayaran antara RM150 hingga RM500.Baki 1.2 juta penerima pula merupakan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima bayaran sehingga RM250."Peruntukan keseluruhan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 berjumlah RM15 bilion, hampir tiga kali ganda pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 2016."Orang ramai juga diingatkan supaya berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan serta hanya merujuk portal rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini," katanya.Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, penyaluran STR dan SARA merupakan usaha kerajaan mengagihkan sebahagian hasil negara kepada kelompok masyarakat yang memerlukan.Beliau berkata, bantuan itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan lebih bermaruah tanpa mengira kaum dan agama."Menjelang sambutan Deepavali, besarlah harapan saya agar penyaluran STR Fasa 4 ini dapat sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan keluarga yang meraikannya, khususnya kaum India yang merupakan antara penerima utama STR dengan lebih 630,000 penerima, di samping membantu penerima lain mengurus keperluan harian dan perbelanjaan akhir tahun."Bantuan ini melengkapi usaha kerajaan untuk memperkukuh ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat," ujarnya. |
|
Gagal dikesan di UK, notis rayuan kes Yusoff Rawther belum dapat diserah - Mkini - 4/11 6:38 pm Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berkata pihak berkuasa di UK dan Ireland gagal mengesan Muhammed Yusoff atau menyampaikan notis itu kepadanya meskipun bantuan Interpol dimohon. |
|
Laporan Polis Lewat 441 Hari Antara Faktor Dai Syed Dibebaskan - Rotikaya - 4/11 5:57 pm Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan rogol terhadap pendakwah bebas, Dai Syed berikutan pengadu lewat membuat laporan polis selama 441 hari |
|
Mahkamah Rayuan tolak permohonan enam pembesar adat, prosiding hina mahkamah diteruskan - Harapandaily - 4/11 5:39 pm Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan enam individu termasuk beberapa pembesar adat Negeri Sembilan untuk menangguhkan prosiding komital atau menghina mahkamah yang berkaitan dengan pertikaian institusi adat negeri itu |
|
'Tiada izin diberi untuk hubungan seksual' - Hakim minoriti dakwa Dai Syed ambil kesempatan atas kemurungan mangsa - Sinarharian - 4/11 5:10 pm PUTRAJAYA Pendakwah selebriti, Dai Syed didakwa mengambil kesempatan terhadap masalah kemurungan berpanjangan yang dialami seorang wanita sebelum melakukan hubungan seksual dengannya tanpa kerelaan mangsa.Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid pada Rabu berpendapat demikian dengan menambah, keadaan kesihatan mental wanita berkenaan menyebabkan mangsa tidak berupaya memberikan keizinan untuk melakukan hubungan seksual dengan pendakwah itu.ARTIKEL BERKAITAN: Kelakuan wanita selepas kejadian, mesej mesra jadi asas Dai Syed dibebaskan - HakimKelakuan wanita selepas kejadian, mesej mesra jadi asas Dai Syed dibebaskan - HakimMeor Hashimi menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila tidak bersetuju dengan keputusan majoriti yang melepaskan dan membebaskan Dai Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31 daripada tuduhan berkenaan.Semasa membaca keputusan menentang, Meor Hashimi berkata, mangsa ketika kejadian berusia 23 tahun, mengalami masalah Major Depressive Disorder with Psychosis dan Borderline Personality Disorder.Susulan itu katanya, ia tidak boleh dianggap mampu memberikan persetujuan dalam hubungan berkenaan.Menurutnya, masalah kemurungan yang dialami mangsa turut menjelaskan tindakannya yang masih menghantar mesej kepada Syed Shah Iqmal selepas kejadian, termasuk bertanyakan bila mereka boleh berjumpa lagi."Masalah kemurungan mangsa menyebabkan tiada izin boleh diberikan oleh mangsa dalam melakukan hubungan seksual dengan perayu."Ini menunjukkan hubungan di antara perayu dan mangsa dilakukan tanpa kerelaan mangsa dan dengan paksaan perayu."Perayu telah mengambil kesempatan atas masalah kemurungan berpanjangan yang dialami oleh mangsa," katanya.Meor Hashimi berkata, Syed Shah Iqmal mengakui berlaku hubungan intim namun isu utama yang dipertikaikan ialah sama ada ia dilakukan dengan kerelaan wanita berkenaan atau sebaliknya.Hakim itu turut mengambil kira keterangan mangsa yang mendakwa dia cuba melawan dan melepaskan diri ketika kejadian, namun gagal sebelum akhirnya berasa lemah.Selain itu katanya, mangsa juga menangis dan tidak merelakan perbuatan berkenaan dan mendapatkan rawatan psikiatri di beberapa hospital sejak Februari 2019, termasuk Hospital Shah Alam, Hospital Kajang dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.Beliau berkata, rekod perubatan serta keterangan pakar psikiatri mengesahkan mangsa mengalami masalah kemurungan berpanjangan, gangguan halusinasi dan kecenderungan membunuh diri.Mengulas mengenai kelewatan mangsa membuat laporan polis, hakim itu berkata, wanita berkenaan hanya tampil membuat laporan pada 25 November 2020, lebih setahun selepas kejadian, kerana tidak mempunyai pekerjaan serta sumber kewangan untuk mendapatkan khidmat peguam.Beliau berkata, mangsa juga tidak mengetahui kes jenayah akan dikendalikan oleh pihak pendakwaan.Dalam pada itu, Meor Hashimi menolak rayuan Syed Shah Iqmal terhadap sabitan dan hukuman serta rayuan silang Pendakwa Raya yang mencabar hukuman berkenaan.Beliau berpendapat, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak melakukan sebarang kekhilafan undang-undang atau fakta ketika mensabitkan pendakwah itu.Sehubungan itu, beliau mengekalkan hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh jatuh hukum serta tiga sebatan rotan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.Hakim itu turut menyifatkan hukuman berkenaan memadai, setimpal dan tidak keterlaluan selepas mengambil kira kepentingan awam serta keseriusan kesalahan.Bagaimanapun, pandangan minoriti ini tidak terpakai kerana dua lagi hakim memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan perayu.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 pagi pada 11 September 2019 lalu.Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Adlin Abdul Majid menjatuhinya hukuman berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat, tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu iaitu selepas 21 hari dijel, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementara sehingga rayuan akhir di Mahkamah Rayuan didengar. |
|
LFL sambut baik keputusan mahkamah beri peguam kebenaran cabar notis SPRM - Mkini - 4/11 4:58 pm Mahkamah Rayuan semalam membenarkan peguam Mahajoth Singh memulakan semakan kehakiman bagi mencabar dua notis SPRM yang dikeluarkan terhadapnya. |
|
“Mangsa mempunyai beberapa peluang…” – Ini Sebab Da’i Syed Diketepikan Sabitan R*gol - Lobakmerah - 4/11 4:31 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed daripada sabitan kes rogol terhadap seorang wanita pada 2019, sekali gus mengetepikan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan sebelum ini |
|
Mahkamah tolak permohonan Mubarak, lima individu lain tangguh prosiding komital - Sinarharian - 4/11 3:45 pm PUTRAJAYA - Bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak dan lima individu lain hari ini gagal menangguhkan prosiding komital selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka sementara menunggu keputusan rayuan.Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Alwi Abdul Wahab, Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Amarjeet Singh sebulat suara menolak permohonan itu serta memerintahkan enam perayu membayar kos sebanyak RM60,000 kepada responden, iaitu Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin.Enam individu itu mengemukakan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban membenarkan DKU dan Raja Norazli untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka atas dakwaan melanggar perintah injunksi.Selain Mubarak, lima yang lain ialah Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.Hakim Amarjeet berkata, prosiding komital itu secara langsung melibatkan bidang kuasa mahkamah untuk menghalang campur tangan yang tidak wajar terhadap pentadbiran serta memelihara kewibawaan mahkamah demi kepentingan awam."Memandangkan sifat prosiding berkenaan, permohonan komital perlu dilaksanakan dengan segera demi keadilan," katanya ketika menyampaikan keputusan panel berkenaan.Beliau berkata, isu yang dibangkitkan oleh enam individu itu berhubung dakwaan kekebalan mereka perlu diputuskan selepas, dan bukannya sebelum pendengaran substantif prosiding komital berkenaan.Mahkamah juga mendapati perayu tidak jujur dalam perkara itu kerana mereka memohon remedi ekuiti, sedangkan pada masa yang sama memfailkan satu lagi permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu sama.Hakim Amarjeet berkata, perayu juga gagal memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi mengenai kewujudan perintah injunksi itu serta fakta bahawa kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka telah pun diberikan.Pertikaian undang-undang itu bermula pada 5 Mei lepas apabila Mubarak dan lima lagi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan salinan minit mesyuarat khas DKU yang diadakan pada 17 April lepas.Antara kandungan minit mesyuarat itu ialah keputusan untuk melucutkan Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong.Pada 5 Jun lepas, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah injunksi ad interim bagi mengekalkan status quo, khususnya komposisi DKU dan kedudukan Raja Norazli sebagai Setiausahanya, sementara menunggu keputusan mahkamah mengenai isu bidang kuasa serta sama ada pertikaian itu boleh diadili, dan sehingga perintah selanjutnya dikeluarkan.Bagaimanapun, Raja Norazli mendakwa laporan media pada hari yang sama menunjukkan plaintif, khususnya Maarof, terlibat dalam proses pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sembilan 1959 walaupun perintah injunksi itu masih berkuat kuasa.Beliau mendakwa tindakan itu dibuat dengan mengetepikan perintah mahkamah.Susulan dakwaan pelanggaran itu, Raja Norazli dan DKU memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap keenam-enam individu berkenaan atas dakwaan menghina mahkamah |
|
Dai Syed Menangis, Kini Bebas Daripada Tuduhan Merogol - Rotikaya - 4/11 3:27 pm Pendakwah selebriti, Dai Syed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu |
|
Kelakuan wanita selepas kejadian, mesej mesra jadi asas Dai Syed dibebaskan - Hakim - Sinarharian - 4/11 3:18 pm PUTRAJAYA Kelakuan seorang wanita yang terus berhubung dengan pendakwah selebriti, Dai Syed selama beberapa bulan selepas kejadian, termasuk mengajaknya bertemu semula, menjadi antara faktor Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu mengetepikan sabitan rogol terhadap pendakwah selebriti, Dai Syed.Panel tiga hakim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Bagaimanapun, seorang lagi hakim, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid tidak bersetuju dengan keputusan majoriti berkenaan.Semasa membaca keputusan majoriti 2-1, Azman berkata, mahkamah mengambil kira mesej perbualan di Instagram dan WhatsApp antara wanita dengan Dai Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31.Katanya, ia menunjukkan komunikasi berterusan tanpa sebarang luahan rasa marah, kesal atau sedih terhadap kejadian yang didakwa berlaku pada 11 September 2019.ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed menangis dilepas dan dibebaskan tuduhan merogolBebas tuduhan rogol, hakim nasihat Dai Syed jangan salah guna popularitiMahkamah turut mengambil kira, tindakan wanita itu yang menghantar mesej 'Safely arrived' selepas pulang ke rumah, selain terus memulakan perbualan secara santai dan berusaha mengajak pendakwah selebriti itu untuk bertemu kembali.Menurut penghakiman itu, wanita berkenaan juga tidak meninggalkan rumah sewa Syed Shah Iqmal pada malam kejadian, sebaliknya bermalam di situ sebelum pulang pada keesokan harinya.Katanya, mahkamah berpendapat keseluruhan kelakuan wanita itu sebelum, semasa dan selepas kejadian perlu dinilai bagi menentukan sama ada hubungan persetubuhan berlaku secara sukarela atau tanpa kerelaan."Kerelaan merupakan penilaian keadaan mental sewaktu kemasukan atau persetubuhan berlaku."Apabila kelakuan mangsa secara keseluruhan menunjukkan dia bergerak dan berhubung secara sukarela tanpa sebarang bantahan, dakwaan persetubuhan secara paksaan didapati tidak selamat untuk diterima," kata hakim.Sementara itu, mahkamah turut mengambil kira laporan polis yang hanya dibuat pada 25 November 2020, iaitu 441 hari atau setahun dua bulan dan 14 hari.Katanya, rekod menunjukkan laporan itu dibuat selepas Syed Shah Iqmal mula kurang memberi respons terhadap mesej wanita berkenaan dan isu tersebut ditularkan oleh rakannya di media sosial.Dalam pada itu, beliau berpendapat, mahkamah rendah terkhilaf apabila menerima andaian bahawa faktor kemurungan atau kenaifan wanita itu boleh digunakan untuk membatalkan kerelaannya.Mahkamah berpandangan tafsiran peruntukan itu tidak boleh diperluaskan mengikut budi bicara sehingga merangkumi kekecewaan emosi.Azman berkata, wanita itu disahkan mengalami gangguan kemurungan major dengan gejala keresahan dan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kajang."Bagaimanapun, mahkamah mendapati berdasarkan keterangan yang dikemukakan, perayu tidak diletakkan dalam keadaan memahami situasi serta keadaan mental wanita berkenaan sehingga tidak berupaya memberikan kerelaan."Sehubungan itu, panel majoriti memutuskan pembelaan perayu berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan maka sabitan terhadapnya didapati tidak selamat untuk dikekalkan," katanya.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi 11 September 2019 lalu.Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Adlin Abdul Majid menjatuhinya hukuman berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat, tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu, iaitu selepas 21 hari dijel, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementara sehingga rayuan akhir di Mahkamah Rayuan didengar. |
|
Da???i Syed bebas kes rogol, hukuman penjara 10 tahun dan 3... - Mygazette - 4/11 3:02 pm # Dai Syed bebas kes rogol, hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan diketepikan PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini daripada pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019 |
|
Jangan salah guna populariti, pegang prinsip amar makruf nahi mungkar - Kosmo - 4/11 3:01 pm PUTRAJAYA – Penceramah selebriti, Dai Syed dinasihatkan tidak menggunakan populariti untuk mengambil kesempatan terhadap individu yang berada dalam keadaan terdesak. Nasihat itu diberikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azman Abdullah yang mempengerusikan panel tiga hakim selepas membacakan keputusan majoriti 2-1 yang melepas dan membebaskan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, .. |
|
AGC mohon bantuan UK kesan Yusoff Rawther - FMT - 4/11 2:49 pm Jabatan Peguam Negara mahu mendapatkan bantuan pihak berkuasa United Kingdom (UK) untuk mengesan Yusoff Rawther bagi menyerahkan notis rayuan terhadap pembebasannya. |
|
Da’i Syed Tak Nafi Ada Hubungan S*ks Dengan Mangsa, Hakim Beri Nasihat Buat Da’i Syed – “Jangan Guna Populariti Ambil Kesempatan Pada Orang Terdesak” - Beautifulnara - 4/11 2:28 pm Mahkamah Rayuan mengambil kira beberapa faktor sebelum mengetepikan sabitan terhadap pendakwah selebriti, Dai Syed termasuk kelewatan pengadu membuat laporan polis selama 441 hari selepas kejadian yang didakwa berlaku pada September 2019 |
|
Bebas Tuduhan Rogol, Hakim Nasihat Syed Jangan Salah Guna Populariti - Siakapkeli - 4/11 2:09 pm PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Seorang hakim Mahkamah Rayuan menasihati pendakwah selebriti Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaifu... |
|
Laporan polis selepas 441 hari, tiada rasa cemas oleh mangsa – Hakim - Kosmo - 4/11 1:56 pm PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini berpendapat, terdapat kekhilafan melampau atau salah arah yang memerlukan campur tangan dalam rayuan membabitkan pendakwah selebriti Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan merogol tujuh tahun lalu |
|
Laporan polis lewat 441 hari antara faktor Da'i Syed dilepas, dibebaskan .. - Hmetro - 4/11 1:55 pm Putrajaya: Pengadu lewat membuat laporan polis selama 441 hari menjadi antara perkara dipertimbangkan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitan rogol terhadap pendakwah selebriti, Dai Syed |
|
Keputusan majoriti 2-1 di Mahkamah Rayuan ubah nasib Dai Syed - Mkini - 4/11 1:48 pm Hakim Azman dan Mohd Radzi Abdul Hamid dalam keputusan majoriti 2-1 melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019, manakala Hakim Meor Hashimi Abdul H |
|
Bebas tuduhan rogol, hakim nasihat Dai Syed jangan salah guna populariti - Sinarharian - 4/11 1:48 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang hakim Mahkamah Rayuan menasihati pendakwah selebriti, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful supaya tidak menyalahgunakan popularitinya dengan mengambil kesempatan terhadap individu yang berada dalam keadaan terdesak.Hakim Datuk Azman Abdullah yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, perbuatan mengambil kesempatan terhadap individu yang terganggu emosinya boleh mencemarkan nama baik golongan yang membawa imej agama."Saya ingin memberikan sedikit nasihat kepada perayu |
|
'Jangan guna populariti ambil kesempatan pada orang terdesak' - Hakim .. - Hmetro - 4/11 1:27 pm Putrajaya: Hakim Mahkamah Rayuan menasihatkan penceramah selebriti, Dai Syed supaya tidak menggunakan populariti untuk mengambil kesempatan ke atas individu yang berada dalam keadaan terdesak |
|
Mahkamah tolak permohonan 6 individu termasuk Undang tangguh prosiding komital - FMT - 4/11 11:53 am Mahkamah Rayuan berkata prosiding komital itu perlu didengar dengan segera bagi memelihara kewibawaan mahkamah. |
|
Da'i Syed menangis dilepas dan dibebaskan tuduhan merogol - Astroawani - 4/11 11:40 am Dua daripada tiga hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir Da'i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini. |
|
Mahkamah Rayuan benarkan prosiding hina mahkamah terhadap Undang yang dipertikai - Mkini - 4/11 11:30 am Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pagi ini menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding berkenaan. |
|
Menangis Di Mahkamah, Dai Syed Dilepas Dan Dibebaskan Mahkamah Rayuan Daripada Pertuduhan Rogol! - Ohmedia - 4/11 11:30 am Dai Syed dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan merogol wanita pada 2019 menerusi keputusan majoriti 2-1 |
|
(TERKINI) Da’i Syed Bebas Kes Rog*l, Hukuman Penjara 10 Tahun Dan Sebatan Diketepikan - Beautifulnara - 4/11 11:20 am Pendakwah selebriti Dai Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini daripada pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019 |
|
Da'i Syed menangis dilepas dan dibebaskan tuduhan merogol - Sinarharian - 4/11 11:05 am PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Selepas berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, pendakwah selebriti, Dai Syed akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada satu pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.Dua daripada tiga hakim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan akhir Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.Bapa kepada dua anak itu dilihat gagal menahan air matanya ketika mendengar keputusan berkenaan di kandang tertuduh.Isterinya, Hana Ismail yang berada di galeri awam juga menangis sambil menutup muka dengan tangan selepas mendengar keputusan itu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.Bagaimanapun, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid merupakan satu-satunya hakim yang tidak menyokong keputusan majoriti berkenaan.Ketika membacakan keputusan majoriti 2-1, Azman berkata, sabitan terhadap Syed Shah Iqmal selaku perayu didapati tidak selamat."Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan."Perayu dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan," katanya.Azman berkata, mahkamah berpendapat terdapat kekhilafan melampau atau salah arah dalam dapatan mahkamah terdahulu sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.Katanya, berdasarkan hujahan pembelaan, peguam perayu berhujah anak guamnya tidak pernah menafikan berlaku hubungan persetubuhan dengan mangsa.Bagaimanapun, beliau berkata, perayu menegaskan hubungan itu dilakukan atas kerelaan wanita terbabit.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun ketika itu di sebuah bilik kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019.Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Adlin Abdul Majid menjatuhkan hukuman berkenaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara pada hari sama.Selepas 21 hari berada di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini sehingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat tiada alasan khas untuk menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu, iaitu selepas 21 hari dipenjarakan, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementara sehingga rayuan akhir di Mahkamah Rayuan didengar. |
|
Rayuan Akhir Dai Syed Hari Ini, Keputusan Bakal Bebas Atau Kekal Dipenjara 10 Tahun - Ohmedia - 4/11 10:55 am Keputusan rayuan akhir Dai Syed terhadap hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bakal diketahui hari ini di Mahkamah Rayuan |
|
Keputusan majoriti 2-1: Da'i Syed dilepas, dibebaskan daripada tuduhan .. - Hmetro - 4/11 10:55 am Putrajaya: Pendakwah selebriti Dai Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu |
|
Bebas atau penjara 10 tahun: Mahkamah Rayuan putus nasib Da'i Syed hari ini - Hmetro - 4/11 9:25 am Putrajaya: Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Dai Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol tujuh tahun lalu atau dibebaskan sepenuhnya akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini hari ini |
|
Keputusan rayuan kes rogol Dai Syed diketahui hari ini - Sinarharian - 4/11 9:08 am PUTRAJAYA Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Dai Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol tujuh tahun lalu atau dibebaskan sepenuhnya, akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah, dijadualkan bersidang bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membuat keputusan terhadap rayuan Dai Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31 pada jam 9 pagi.Syed Shah Iqmal yang memakai jubah berwarna putih dan ditemani isterinya, Hana Ismail tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi.Pada prosiding 3 Ogos lalu, peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Datuk M Athimulan yang mewakili Syed Shah Iqmal berhujah, Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika mensabitkan anak guamnya atas pertuduhan tersebut.Pembelaan juga memberitahu, ia termasuk dapatan hakim yang melabelkan mangsa sebagai wanita naif.Mereka berhujah, dapatan itu bercanggah dengan keterangan pengadu yang mengatakan dia seorang dewasa, matang dan mampu menjaga keselamatan sendiri.Peguam mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim yang bertindak sebagai responden menafikan perbuatan persetubuhan itu dibuat dengan kerelaan, sebaliknya tanpa persetujuan mangsa.Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi 11 September 2019 lalu.Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Pada 30 Ogos 2024, dia menangis teresak-esak selepas Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Adlin Abdul Majid menjatuhinya hukuman berkenaan dan diperintahkan ke penjara pada hari sama.Selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.Pada 23 Januari pula, Mahkamah Tinggi sama mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.Hakim, Adlin Abdul Majid memutuskan demikian selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dengan alasan pembelaan perayu bersifat penafian semata-mata selain berpendapat, tiada alasan khas bagi menangguhkan hukuman itu.Dia sekali lagi ditempatkan di penjara namun pada 14 Februari lalu, iaitu selepas 21 hari dijel, bapa kepada dua anak itu dibebaskan sementara sehingga rayuan akhir di Mahkamah Rayuan didengar. |
|
Anak Saudara Tak Sedar Dirog*l Hingga Hamil, Pesalah Remaja Diperintah Ke Sekolah Henry Gurney Hingga Usia 21 Tahun! - Siraplimau - 3/11 7:07 pm Kes rogol melibatkan anak saudara berusia 12 tahun sehingga mangsa melahirkan anak membawa kepada keputusan baharu Mahkamah Rayuan apabila pesalah yang ketika kejadian berusia 14 tahun diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai usia 21 tahun |
|
Ismail Sabri syor BNM, KKM tetapkan protokol sekatan panel rawatan cashless - Sinarharian - 3/11 5:36 pm KUALA LUMPUR Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dicadang menetapkan protokol serta kerangka jelas bagi sekatan panel rawatan tanpa tunai (cashless) susulan tindakan syarikat insurans mengeluarkan sejumlah doktor pakar daripada kemudahan berkenaan.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, menurut Persatuan Perubatan Malaysia, dianggarkan sekitar 190 doktor pakar di seluruh negara telah kehilangan kemudahan tersebut."Jumlah ini amat membimbangkan kerana akhirnya pesakit turut terjejas daripada segi akses dan kelangsungan rawatan."(Oleh itu) saya mencadangkan BNM bersama Kementerian Kesihatan menetapkan protokol dan kerangka jelas bagi sekatan panel, surat jaminan dan rawatan berterusan," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Selasa.Ahli Parlimen Bera itu turut mendedahkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai ada kes pembedahan terpaksa dihentikan susulan masalah kemudahan 'cashless' melibatkan doktor pakar di hospital swasta."Saya dimaklumkan terdapat doktor pakar yang dikeluarkan daripada kemudahan 'cashless' sehingga ada kes di mana pesakit yang sedang menjalani pembedahan terpaksa dihentikan kerana doktor yang bertugas tidak mempunyai kemudahan 'cashless' sehingga doktor dari hospital lain terpaksa dipanggil."Persoalannya, apakah kriteria sebenar yang digunakan oleh syarikat insurans untuk mengeluarkan seseorang doktor pakar daripada panel 'cashless'?" soalnya.Ismail Sabri pada masa sama mempersoalkan sama ada keputusan menggugurkan doktor pakar daripada panel dibuat berdasarkan prestasi klinikal, isu etika dan profesional, kelemahan dokumentasi atau semata-mata pertimbangan komersial.Beliau juga membangkitkan hak pesakit untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pilihan mereka, khususnya apabila syarikat insurans didakwa seolah-olah menentukan pilihan tersebut walaupun premium dibayar setiap bulan."Jika atas alasan komersial, apakah jaminan bahawa doktor tidak dipilih atau diketepikan secara sewenang-wenangnya tanpa penilaian yang telus dan adil?"Adakah prinsip ini dipatuhi oleh syarikat insurans dan apakah tindakan BNM setakat ini?" soalnya merujuk kepada prinsip melindungi hak memilih doktor yang ditekankan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).Ismail Sabri meminta BNM menjelaskan sama ada terdapat garis panduan yang mewajibkan syarikat insurans memberikan alasan bertulis, bukti serta hak rayuan sebelum seseorang doktor dikeluarkan daripada panel berkenaan.Selain isu sekatan panel, Ismail Sabri turut membangkitkan kelemahan sistem kod perubatan, borang, proses kelulusan awal surat jaminan (pre-GL) dan kadar bayaran insurans yang masih belum seiring dengan kemajuan teknologi termasuk pembedahan robotik."Jika sistem sendiri tidak menyediakan pilihan yang tepat, adakah wajar doktor dipersalahkan hanya kerana terdapat kekeliruan dalam pengisian borang? Jangan sampai teknologi semakin maju, tetapi sistem masih ketinggalan sehingga doktor dan pesakit terpaksa menanggung akibatnya," ujarnya.Justeru, beliau menyarankan badan profesional dan industri insurans perlu menyemak kod diagnosis serta prosedur perubatan secara berkala seiring dengan kemajuan teknologi. |
|
Khidmat masyarakat tak memadai, remaja laku sumbang mahram diperintah ke Henry Gurney - FMT - 3/11 5:27 pm Mahkamah Rayuan dapati hukuman 120 jam tidak setimpal selepas responden mengakibatkan anak saudaranya hamil ketika usia 12 tahun. |
|
Remaja rogol anak saudara usia 12 tahun hingga hamil diperintah ke Henry Gurney - Sinarharian - 3/11 5:18 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang remaja yang melakukan sumbang mahram dengan anak saudaranya sehingga melahirkan anak ditahan di Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini hingga mencapai umur 21 tahun.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K |
|
Kerugian projek saluran paip gas berjaya dikurangkan kepada RM3 bilion - Sinarharian - 3/11 4:05 pm Tetapi bayaran obligasi ikut undang-undang dan jaminan terpaksa diteruskan. Bayaran balik pinjaman kepada CEXIM berjumlah RM8 bilion," dakwanya.Menurutnya, beberapa Perdana Menteri terdahulu telah berusaha mengadakan rundingan dengan China, namun tidak berhasil sebelum beliau membangkitkan semula perkara itu pada 2024.Beliau berkata, usaha tersebut mendapat perhatian Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Li Qiang, sebelum persetujuan penyaluran semula pinjaman berjaya dimeterai."Sebab itu saya merakamkan penghargaan atas kerjasama negara China dan CEXIM kerana walaupun perjanjian itu tidak memihak kepada kita, pihak mereka menerima rayuan |
|
Rayuan bekas Majistret ketepi hukuman kes rasuah ditangguh 3 Disember - Kosmo - 3/11 3:17 pm PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 3 Disember bagi tarikh baharu pendengaran rayuan seorang bekas Majistret berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM1.05 juta yang didapati bersalah atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tujuh tahun lalu |
|
‘PM kami rayu tolong selesaikan isu banjir, kesesakan di Shah Alam’ - Kosmo - 2/11 10:35 pm PETALING JAYA – Warga Shah Alam merayu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan isu banjir yang sering berlaku di daerah itu sehingga menimbulkan pelbagai kesulitan. Rayuan tersebut dikongsi oleh seorang pengguna di aplikasi Threads yang dikenali sebagai Istaqazthetic |
|
Hukuman bekas pekerja domestik rogol kanak-kanak bawah umur ditambah menjadi 15 tahun - Astroawani - 2/11 9:00 pm Mahkamah Rayuan hari ini meningkatkan tempoh penjara bekas pekerja domestik kepada 15 tahun kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, empat tahun lepas. |
|
Rogol budak, Mahkamah Rayuan tambah hukuman penjara jadi 15 tahun - Mkini - 2/11 6:25 pm Panel tiga hakim meningkatkan hukuman terhadap warga Indonesia Zulpandy Rispen Effendi yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. |
|
Gagal Rayuan, Caprice Diperintah Bayar Ganti Rugi RM220,000 Kepada Ebit Lew Serta-merta - Lobakmerah - 2/11 4:33 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Keluarga mendiang Beng Hock fail semakan kehakiman melebihi tempoh masa - Mygazette - 2/11 3:48 pm "Keluarga mendiang memohon kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kegagalan responden menyiasat kematian Beng Hock di bawah Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan. "Permohonan itu berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 5 September 2014 bahawa siasatan terhadap kematian si mati sepatutnya dijalankan di bawah Seksyen 302 atau Seksyen 304 Kanun Keseksaan," hujahnya ketika membantah permohonan lanjutan masa oleh keluarga mendiang |
|
Kerajaan didesak perjelas cadangan kecuali nikotin vape - Sinarharian - 2/11 3:10 pm PUTRAJAYA Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Aktiviti Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWatch) mendesak kerajaan memperjelaskan sama ada terdapat cadangan baharu untuk mengecualikan nikotin dalam produk rokok elektronik (vape) daripada Senarai Racun.Presidennya, Roslizawati Ali berkata, penjelasan segera diperlukan susulan maklumat diterima pihaknya yang mendakwa kerajaan mungkin sekali lagi sedang mengusahakan pengecualian berkenaan.Menurutnya, sekiranya perkara itu benar, ia menimbulkan persoalan serius mengenai penghormatan terhadap keputusan kehakiman, kebebasan profesional serta tanggungjawab kerajaan dalam melindungi kesihatan awam."Kerajaan perlu segera menjelaskan sama ada sebarang cadangan telah dikemukakan, diedarkan atau dijadualkan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Racun bagi mengecualikan nikotin dalam produk vape daripada Senarai Racun," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, perkembangan itu membangkitkan kebimbangan kerana keputusan pengecualian nikotin pada 2023 sebelum ini telah diputuskan tidak rasional oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Mei 2026.Mahkamah turut mendapati keputusan berkenaan dibuat tanpa rundingan sewajarnya sebelum kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan itu pada Ogos lalu.MyWatch berpandangan keputusan mahkamah berkenaan sepatutnya menjadi titik penting kepada kerajaan untuk membetulkan kesilapan lalu, selain memulihkan keyakinan masyarakat terhadap tadbir urus kesihatan awam.Dalam pada itu, Roslizawati berkata, kerajaan juga perlu mendedahkan justifikasi saintifik, perundangan dan kesihatan awam sekiranya terdapat cadangan baharu berkaitan pengecualian nikotin berkenaan.Beliau turut menggesa kebebasan profesional Lembaga Racun dipelihara bagi memastikan pertimbangannya tidak dipengaruhi tekanan politik, komersial atau pentadbiran."Kerajaan sepatutnya memperkukuh perlindungan, bukannya mencari jalan untuk melemahkannya," ujarnya.Mengulas lanjut, beliau berkata, isu vape kini bukan sekadar berkaitan ketagihan nikotin atau kawal selia produk komersial, sebaliknya turut membabitkan keselamatan masyarakat dan perlindungan kanak-kanak serta remaja.Dakwanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan ratusan kes melibatkan produk vape yang dicampur dengan dadah sintetik berbahaya.Sehubungan itu, MyWatch menggesa kerajaan menyediakan pelan hala tuju yang jelas serta mempunyai tempoh masa khusus ke arah larangan vape, khususnya produk dan peranti yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sintetik.Beliau menegaskan, perlindungan kanak-kanak, remaja dan generasi akan datang perlu diberikan keutamaan berbanding kepentingan komersial serta industri."MyWatch menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menangani kebimbangan ini dengan segera, secara terbuka dan tanpa sebarang keraguan."Ini bukan lagi sekadar isu kawal selia |
|
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini MFL - Sinarharian - 1/11 6:07 pm TUJUH pemain warisan yang sebelum ini dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dibenarkan beraksi semula dalam semua aktiviti bola sepak bermula hari ini.Perkara itu dimaklumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu pekeliling bertarikh 30 Oktober, yang mengesahkan hukuman penggantungan terhadap pemain terlibat berakhir semalam.Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd mengesahkan kandungan pekeliling yang ditandatanganinya, yang turut tersebar di media sosial adalah benar."Betul, sahih," katanya ketika dihubungi Bernama.Menurut pekeliling itu, ketujuh-tujuh pemain terlibat ialah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.Daripada tujuh pemain itu, empat daripadanya, iaitu Figueiredo, Palmero, Irazabal dan Hevel beraksi untuk Johor Darul Tazim manakala Holgado pula hampir menyertai DPMM FC seperti disahkan kelab dari Brunei itu sebelum ini.Isu melibatkan tujuh pemain itu terbongkar pada September tahun lepas, setelah FIFA mendapati dokumen palsu digunakan bagi menyokong kelayakan tujuh pemain kelahiran luar negara untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa.Pada Mac lepas, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebahagiannya menerima rayuan tujuh pemain terbabit berkaitan hukuman dikenakan oleh FIFA berhubung pemalsuan dokumen naturalisasi dan kelayakan.Dalam keputusan operasi yang dikeluarkan tanpa alasan terperinci, CAS memutuskan tujuh pemain berkenaan masih dikenakan penggantungan selama 12 bulan.Bagaimanapun, larangan itu hanya terpakai kepada perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak |
|
AGC fail rayuan kes kematian Zaharif, mahu pertuduhan bunuh dikembalikan terhadap pegawai kanan polis - Harapandaily - 1/11 5:14 pm Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan supaya pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dikembalikan terhadap seorang pegawai kanan polis yang menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie tiga tahun lepas |
|
Najib belum jelaskan denda RM50 juta, tiada tempoh khusus bayaran – .. - Mygazette - 1/11 3:08 pm Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menterimemaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara. Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapNajib, selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dan hukuman itu kemudiannya dikekalkan Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 dan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022 |
|
AGC fail rayuan kes kematian pelajar Tingkatan Lima di Perak - Astroawani - 1/11 3:00 pm Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun enam bulan terhadap seorang pegawai polis dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Lima. |
|
Kes langgar Zaharif: AGC fail rayuan hukuman pegawai kanan polis - Sinarharian - 1/11 2:37 pm KOTA BHARU - Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun enam bulan terhadap seorang pegawai kanan polis dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie di Perak, tiga tahun lepas.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, keputusan memfailkan rayuan itu dibuat, selepas beliau berbincang dengan Ketua Bahagian Pendakwaan AGC, Datuk Masri Mohd Daud serta Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC bagi meneliti pelbagai aspek kes berkenaan.Beliau berkata, rayuan itu telah difailkan pada minggu lepas, bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.Mohd Dusuki berkata, antara perkara yang akan diteliti ialah kemungkinan mengemukakan hujahan supaya pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dikembalikan atau mengambil tindakan lain yang bersesuaian berdasarkan keadaan kes."Kita nak meneliti segala aspek kes inilah |
|
Kes Zaharif: AGC mahu pertuduhan bunuh dikembalikan - Kosmo - 1/11 2:02 pm KOTA BHARU – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan bagi meneliti semula keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun enam bulan terhadap pegawai kanan polis dalam kes kematian pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd |
|
Najib belum jelaskan denda RM50 juta, tiada tempoh khusus bayaran - Peguam Negara - Sinarharian - 1/11 1:36 pm KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum menjelaskan denda RM50 juta berdasarkan maklumat terkini yang diterima Jabatan Peguam Negara (AGC).Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, tiada tempoh khusus ditetapkan bagi pembayaran denda berkenaan."Setakat ini, maklumat yang kami terima belum lagilah dipenuhi oleh Datuk Seri Najib. Setakat ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor di sini pada Ahad.Ditanya sama ada Najib masih perlu menjalani hukuman penjara selagi denda itu belum dibayar, Mohd Dusuki mengesahkan perkara berkenaan.Pada 18 September lepas, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dan hukuman itu kemudiannya dikekalkan Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 dan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.Bagaimanapun menerusi mesyuarat ke-61 pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan memutuskan bahawa hukuman penjara bekas Ahli Parlimen Pekan itu dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Sementara itu, pada 26 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas bekas Perdana Menteri itu selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.Beliau memfailkan rayuan pada 29 Disember 2025.Dalam kes sivil pula, Mahkamah Tinggi pada 31 Mac lepas memerintahkan Najib membayar balik AS$1.3 bilion kepada SRC International selepas didapati melanggar tanggungjawab fidusiari, menyalahgunakan kedudukan serta menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi, namun pembayaran itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.Najib turut berdepan dua lagi saman, masing-masing oleh SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd pada 2021 serta saman sivil AS$5.64 bilion oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya, yang masih dalam prosiding mahkamah |
|
Bekas ketua balai bomba mengaku tidak bersalah terima suapan RM2,000 - Sinarharian - 30/10 12:02 am Pihak pendakwaan turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, Ahmad Nur Faid Afiq memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana jumlah yang ditawarkan dianggap terlalu tinggi dan di luar kemampuan anak guamnya yang berpendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.Menurutnya, tertuduh turut bertanggungjawab menyara isteri dan seorang anak serta kedua-dua ibu bapanya. Selain itu, tertuduh terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membayar wang jaminan.Mengambil kira rayuan tersebut, Sazlina membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin, selain mengekalkan syarat tambahan yang ditetapkan.Mahkamah menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes. |
|
Perikatan Nasional memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan .. - Wrlr - 30/10 10:33 am Ini membolehkan PN bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka menggunakan nama dan lambangnya buat masa ini. JPPM dan Menteri Dalam Negeri kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan penangguhan tersebut, jadi pertikaian ini masih berjalan di beberapa laluan undang-undang |
|
MyEG dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan RM353.13 juta, saman sivil - Sinarharian - 29/10 9:02 pm KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, MyEG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia Zetrix AI memaklumkan taksiran tersebut adalah berkaitan dengan penentuan harga pindahan berjumlah RM333.10 juta dan faedah yang dianggap terakru berjumlah RM20.02 juta bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023, termasuk penalti."Surat yang sama turut memaklumkan MyEG bahawa kerajaan Malaysia telah memfailkan saman sivil terhadap MyEG berhubung perkara ini," maklumnya.Menurut Zetrix AI, MyEG yakin dengan kewajaran pendiriannya dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk melindungi kepentingannya, termasuk mempertahankan pendirian tersebut melalui saluran undang-undang yang sewajarnya apabila perlu.Pada masa yang sama, MyEG juga telah memfailkan rayuan untuk mencabar taksiran cukai pendapatan tambahan tersebut di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, di samping berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dengan LHDN."Syarikat akan membuat pengumuman lanjut mengenai sebarang perkembangan penting berhubung prosiding undang-undang tersebut," maklumnya.Sementara itu, dalam satu makluman berasingan, Zetrix AI memaklumkan ia masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada kerajaan berhubung satu laporan berita dua hari lepas yang mendakwa kerajaan merancang untuk menyaman Zetrix AI berhubung tunggakan berjumlah RM314 juta.Menurutnya, syarikat itu akan membuat pengumuman yang sewajarnya mengenai sebarang perkembangan penting apabila masanya |
|
Putrajaya tolak dakwaan mungkir kewajipan kepada Sabah - FMT - 29/10 6:33 pm Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan Putrajaya terhadap keputusan mahkamah bawahan bahawa ia gagal menghormati hak Sabah ke atas 40% hasil. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |