| /// |
|
| Search : Raya Barat News | Page 1 |
|
PRN Johor: Pas pertahan DUN Maharani, hasrat rampas DUN Simpang Jeram - Mgazette - 30/03 3:59 pm # PRN Johor: Pas pertahan DUN Maharani, hasrat rampas DUN Simpang Jeram JOHOR BAHRU - Pas Johor akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan berhasrat merampas kerusi DUN Simpang Jeram daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang |
|
Rangka bayi: Reman 4 beranak, teman lelaki disambung 3 hari lagi - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Rangka bayi: Reman 4 beranak, teman lelaki disambung 3 hari lagi ALOR GAJAH Tempoh reman terhadap empat beranak dan seorang lelaki berhubung siasatan penemuan bayi yang rangkanya ditemukan ditanam di depan rumah keluarga itu di Kelemak di sini Rabu lalu, disambung tiga hari lagi |
|
Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan, datangkan kebencian terhadap Agong - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan, datangkan kebencian terhadap Agong KUALA LUMPUR - Penulis blog, Papagomo dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dengan niat menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2024 |
|
Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk - Exco SHAH ALAM - Tindakan lebih tegas termasuk hukuman penjara maksimum dan sebatan perlu dipertimbangkan bagi menangani kes pamanduan di bawah pengaruh alkohol serta dadah yang semakin membimbangkan. Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V Papparaidu berkata pendekatan sedia ada dilihat masih belum mencukupi untuk memberikan pengajaran kepada pelaku, susulan insiden terkini yang mengorbankan seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang, semalam |
|
Nahas pemandu mabuk: Hukuman lunak hantar mesej salah kepada masyarakat .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Nahas pemandu mabuk: Hukuman lunak hantar mesej salah kepada masyarakat - Pembela KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) tampil menawarkan khidmat perundangan secara percuma (pro bono) kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi mangsa nahas pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, semalam |
|
Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari KUALA LUMPUR - Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh penunggang motosikal sehingga maut di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor semalam, direman empat hari |
|
8 lelaki didakwa cederakan 3 anggota polis di George Town - Mgazette - 30/03 3:59 pm # 8 lelaki didakwa cederakan 3 anggota polis di George Town GEORGE TOWN - Seramai lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan tiga anggota polis minggu lalu |
|
Luahan hati Zizi Kirana cetus persoalan rumah tangga - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Luahan hati Zizi Kirana cetus persoalan rumah tangga KUALA LUMPUR - Hantaran penyanyi Zizi Kirana, 41, yang berkongsi sebaris maksud ayat al-Quran mengenai perasaan berserah terhadap ketentuan takdir kini menarik perhatian netizen di media sosial, Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil berkata, Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya dan menyerahkan segala ketetapan kepada Tuhan |
|
Pemandu mabuk: Anthony Loke `do something’! – Khairil Nizam - Mgazette - 30/03 3:59 pm Berapa ramai lagi perlu terkorban dan berapa banyak lagi keluarga perlu menangis? soalnya. Terdahulu, seorang lelaki maut selepas dirempuh pemandu kereta yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang semalam |
|
NRES sedia laksana langkah intervensi tangani impak cuaca panas berpanjangan - Sinarharian - 30/03 3:47 pm SHAH ALAM - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersedia melaksanakan langkah intervensi termasuk pembenihan awan, bagi menangani kesan cuaca panas yang kini melanda beberapa negeri di seluruh negara.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, tindakan berkenaan akan dilaksanakan mengikut keperluan semasa, berpandukan data serta laporan teknikal daripada agensi berkaitan bagi memastikan impak fenomena cuaca dapat dikawal, khususnya terhadap sektor seperti pertanian."Sekiranya perlu kita akan melaksanakan intervensi seperti pembenihan awan berdasarkan data yang diperoleh bagi memastikan tindakan diambil secara tepat dan berkesan," katanya selepas menghadiri Program Forest Conservation Certificate (FCC) As Malaysias Trusted Platform For Conservation Finance di sini hari ini.Arthur berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus memainkan peranan penting dalam menyediakan maklumat cuaca yang tepat bagi menyokong tindakan susulan, sekali gus membantu agensi berkaitan serta orang awam membuat persediaan sewajarnya."Lebih-lebih lagi sekarang dalam keadaan ketidaktentuan iklim yang semakin berubah kitamempunyai peranan penting untuk memberi amaran awal khususnya kepada jabatan berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pertanian supaya mereka boleh buat persediaan yang diperlukan," katanya.Sebelum ini, menurut MetMalaysia fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah |
|
Isu pemandu mabuk, Pembela sedia khidmat pro bono kepada mangsa - Thempress - 30/03 3:42 pm PUTRAJAYA – insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku di Jalan Raya Barat, Klang bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang telah meragut nyawa… |
|
Drink-driving death in Malaysia spirals into race-baiting, inflames ethnic tensions - Scmp - 30/03 3:30 pm A horrific road crash in Malaysias port city of Klang that left a motorcyclist dead on Sunday has spiralled into yet another bout of race-baiting, after what began as a fatal drink-driving investigation. Police said the crash happened at about 11.40am on Jalan Raya Barat, when an allegedly speeding Honda City driven by a local man in his twenties overtook several vehicles, crossed into the opposite lane and struck a motorcycle coming from the other direction |
|
[VIDEO] Pelajar USIM Tahun 1 maut tercampak dari kereta, dua lagi cedera - Kosmo - 30/03 3:06 pm GOMBAK Seorang pelajar Tahun 1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dilaporkan meninggal dunia manakala dua lagi rakannya cedera dalam kemalangan di Kilometer 25.40 arah Timur Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, malam semalam |
|
[VIDEO] Ucapan 2022 isteri ‘rider’ maut dilanggar pemandu mabuk undang sebak - Kosmo - 30/03 3:04 pm PETALING JAYA – “Isteri ni dah lama perasan….setiap malam sebelum tidur mesti skrol gambar motosikal lepas tu ‘save’ (simpan). Nampak sangat dia teringin…” Itu antara ‘kenangan’ luahan manis isteri kepada penunggang motosikal yang maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat, Klang semalam |
|
Pemandu mabuk sebabkan kematian: Pinda undang-undang, kenakan hukuman lebih berat - Papparaidu - Sinarharian - 30/03 2:59 pm KLANG - Undang-undang sedia ada perlu dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat termasuk penjara maksimum dan sebatan dikenakan terhadap pelaku kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, Papparaidu Veraman berkata, tindakan tegas tanpa kompromi itu penting susulan kemalangan tragis di Jalan Raya Barat di sini yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal."Kejadian ini jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk memperketatkan hukuman sebagai langkah pencegahan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Papparaidu menjelaskan, kes seumpama itu bukan lagi terpencil, sebaliknya semakin kerap berlaku sehingga mengorbankan nyawa individu tidak bersalah.Katanya, pendekatan lebih tegas melalui penguatkuasaan yang ketat perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa dukacita terhadap kematian mangsa yang juga seorang bapa kepada dua anak kecil."Lebih menyedihkan apabila kecuaian sebegini meragut nyawa individu yang langsung tidak bersalah," jelas beliau.Beliau turut menggesa agar bantuan segera disalurkan kepada keluarga mangsa, terutama apabila kehilangan membabitkan ketua keluarga."Nyawa rakyat tidak seharusnya menjadi taruhan kepada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak, jalan raya mesti selamat untuk semua," tambah beliau. |
|
Pasangan tunang dicekup, berdua-duaan kemas rumah selepas open house raya - Sinarharian - 30/03 2:52 pm MELAKA - Seorang lelaki memberi alasan berdua-duaan dengan tunangnya di dalam sebuah rumah teres di Bukit Beruang di sini bagi membantu wanita itu mengemas selepas selesai mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri.Pasangan tersebut dicekup di rumah wanita berkenaan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sekitar jam 1 pagi, Khamis lalu.Penguat kuasa JAIM menyerbu rumah tersebut selepas menerima aduan awam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki dan wanita berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan.Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 27 tahun itu merupakan pasangan tunang dan yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.Bagaimanapun, pegawai penguat kuasa menjelaskan bahawa walaupun mempunyai hubungan sebagai tunang, mereka tetap dianggap bukan mahram dan tidak dibenarkan berada berdua-duaan dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak."Kami tidak menuduh berlaku zina, namun perbuatan bersekediaman atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan mahram boleh menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang syariah," katanya menerusi keterangan dalam video yang dikongsikan di media sosial.Pasangan tersebut kemudiannya dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkhalwat atau bersekediaman tanpa hubungan yang sah. |
|
Pemandu Mabuk & Positif Dadah Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal Direman 4 Hari - Beautifulnara - 30/03 2:42 pm Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an direman selama empat hari selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang, semalam |
|
Pas Selangor cadang tarik lesen seumur hidup pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 2:41 pm SHAH ALAM Pas Selangor mencadangkan tindakan lebih tegas termasuk menarik balik lesen memandu seumur hidup terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.Pesuruhjayanya, Ab Halim Tamuri berkata, langkah itu wajar dilaksanakan sebagai usaha melindungi keselamatan awam selain memberi pengajaran keras kepada pesalah.Menurutnya, pihaknya memandang serius insiden kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol yang terus berulang sekali gus menunjukkan pendekatan sedia ada masih belum mencukupi."Situasi ini membuktikan undang-undang serta penguatkuasaan ketika ini belum cukup menggerunkan."Ketegasan tidak memberi makna jika pelaksanaannya longgar dan tidak konsisten," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ab Halim berkata, walaupun kerajaan telah meningkatkan hukuman terhadap kesalahan itu, namun ia dilihat belum mampu memberi kesan pencegahan yang benar-benar berkesan.Sehubungan itu, Pas Selangor turut mencadangkan agar pampasan disalurkan secara automatik kepada keluarga mangsa tanpa perlu melalui proses saman sivil yang panjang dan membebankan.Katanya, pendekatan berasaskan prinsip diyat juga boleh dipertimbangkan sebagai mekanisme tambahan dalam kerangka perundangan sedia ada selaras dengan nilai keadilan.Dalam pada itu, beliau mencadangkan penubuhan pangkalan data khas bagi mengenal pasti individu yang mempunyai ketagihan alkohol bagi tujuan pemantauan dan intervensi lebih sistematik.Tambahnya, usaha pencegahan perlu diperkasakan melalui penyediaan sokongan seperti kaunseling percuma serta program pemulihan bagi membantu individu yang berdepan masalah ketagihan."Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan tindakan lebih tegas, menyeluruh serta berani daripada kerajaan," jelas beliau.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi. |
|
Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau - Sinarharian - 30/03 2:41 pm KLANG Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu, disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam tiga keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan."Tiada rekod lampau, tiga keterangan diambil setakat ini," katanya ringkas pada Isnin.Terdahulu, lelaki berusia 20-an berkenaan direman empat hari bermula Ahad hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya. |
|
11 kes hasil wang haram: Bekas Panglima Tentera Darat, isteri dibicarakan bersama - Sinarharian - 30/03 2:29 pm KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin membenarkan enam kes menerima wang hasil aktiviti haram bernilai hampir RM2.3 juta membabitkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan lima kes sama berjumlah RM82,000 dihadapi isterinya, Salwani Anuar @ Kamaruddin dibicarakan bersama.Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat selain tidak mendapat bantahan daripada peguam, Aizul Rohan Anuar dan Fahmi Abd Moin yang mewakili Muhammad Hafizuddeain, 58, dan Salwani, 27."Mahkamah menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen," katanya.Semasa prosiding, Mahadi berkata, Muhammad Hafizuddeain sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan kes berkenaan telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.Katanya, Salwani pula didakwa di dua Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.Beliau memohon, supaya semua kes tersebut dibicarakan bersama mengikut peruntukan Seksyen 91 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), Seksyen 165 serta Seksyen 170 Kanun Prosedur Jenayah (CPC)."Kes ini melibatkan saksi dan fakta yang sama maka saya mohon ia dibicarakan bersama."Pendakwaan juga memohon supaya satu tarikh sebutan kes ditetapkan bagi serahan dokumen," katanya.Pada 22 Januari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat kes menerima hasil aktiviti haram mencecah RM2,122,400 pada 2024 hingga tahun lalu.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima hasil haram iaitu wang masing-masing RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di beberapa bank berbeza di Jalan Melaka, Jalan Tun Perak dan Bukit Damansara di sini antara 2 Februari 2024 dan 7 November 2025.Sehari kemudian, dia didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas dua pertuduhan menerima wang haram berjumlah RM145,000, tahun lalu.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke akaun bank miliknya.Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank di Ampang antara 19 September 2024 dan 19 Mei 2025.Setiap pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai kesalahan itu atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, pada 22 Januari lalu, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000, 2024 dan tahun lalu.Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa sebagai pengawal syarikat Wany Venture, telah menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM50,000, RM7,000 dan dua lagi jumlah masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke akaun bank milik syarikat itu.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank Damansara Heights, di sini antara 24 November 2024 dan 25 November 2025.Di Terengganu, pada 26 Januari, wanita itu didakwa atas satu pertuduhan menerima wang berjumlah RM5,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Kerteh dekat Besut, pada 16 Januari 2025.Setiap pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1) (b) AMLATFPUAA 2001 dan dibaca bersama dengan Subseksyen 87(1)(a) akta sama, serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa yang membawa hukuman sama. |
|
Dirempuh pemandu mabuk: Penguatkuasaan, kempen kesedaran terhenti atau masih berjalan? - Sinarharian - 30/03 2:22 pm SHAH ALAM - Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pimpinan Anthony Loke digesa mengambil langkah susulan sewajarnya bagi membendung isu pemanduan berbahaya yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya.Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata, Anthony juga perlu tampil ke hadapan untuk menjawab beberapa persoalan seperti operasi penguatkuasaan serta kempen kesedaran awam mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang digerakkan pada 2020, dihentikan atau masih berjalan."Adakah tiada penguatkuasaan dijalankan? Adakah kempen kesedaran awam mengenai bahayanya pemanduan dipengaruhi dadah atau alkohol yang digerakkan pada 2020 dihentikan setelah pertukaran kerajaan?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Lawrence dalam masa sama membangkitkan bahawa isu tersebut menjadi keutamaan sewaktu Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menerajui MOT suatu ketika dahulu.Beliau berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dibuat bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, khususnya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.Jelasnya lagi, ia dibuktikan apabila akta tersebut berjaya diluluskan di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudiannya diwarta serta mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020."Bukan itu sahaja, usaha tidak tertumpu kepada hukuman semata-mata, malah turut disusuli pelaksanaan kempen kesedaran secara meluas bagi mendidik masyarakat tentang bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemanduan secara melulu."Ini bukanlah isu perkauman kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan terkorban disebabkan pemandu mabuk, dipengaruhi dadah serta mereka yang tidak bertanggungjawab memandu secara berbahaya," ujarnya.Lawrence menambah, banyak sesi libat urus diadakan bersama pelbagai pihak termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang berlangsung di MOT pada 23 Jun 2020 semasa proses meminda Akta 333 itu.Menurutnya, MCCBCHST bersetuju perundangan dan pendidikan mesti saling melengkapi bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya."Turut ditekankan bahawa memandu dalam keadaan mabuk tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kepercayaan agama atau bangsa, sebaliknya pindaan Akta 333 adalah demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Atas dasar itu, pemimpin MCA terbabit menggesa Anthony tampil bagi menjawab segala persoalan berbangkit."Nyawa manusia tiada galang gantinya. Keselamatan pengguna jalan raya tidak patut dipertaruhkan dek kecuaian pihak lain."Tindakan tegas, konsisten dan berterusan daripada MOT serta agensi berkaitan perlu diperkasakan, bukan bersifat reaktif hanya selepas berlakunya tragedi," kata Lawrence lagi.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Suspek telah direman empat hari bermula Isnin hingga 2 April ini bagi membantu siasatan. |
|
Kes bekas panglima tentera darat, isteri dibicara serentak di KL - Mkini - 30/03 2:07 pm Permohonan dibuat timbalan pendakwa raya dan tidak dibantah oleh peguam tertuduh |
|
TNG eWallet Gets Physical Customer Service Hub At Kota Raya - Lowyat - 30/03 1:50 pm TNG Digital, the company behind the TNG eWallet, has announced something pretty unexpected |
|
Anak Dapat Duit Raya Cecah Ribuan Ringgit? Ini 6 Cara Bijak Urus Simpanan Elak ‘Lesap’ Begitu Saja! - Siraplimau - 30/03 1:49 pm Setiap kali Syawal tiba, pasti ramai ibu bapa tertanya-tanya, apa nak buat dengan duit raya anak supaya ia lebih daripada sekadar angka di tabung atau akaun bank |
|
Pembangkang desak kaji hukuman mati terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 1:41 pm SHAH ALAM - Blok pembangkang mendesak kerajaan supaya mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, cadangan itu dilihat perlu susulan insiden tragis di Klang pada Ahad yang sekali lagi meragut nyawa tidak berdosa akibat tindakan pemandu di bawah pengaruh alkohol.Menurutnya, kejadian itu bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang seharusnya dianggap sebagai jenayah berat terhadap masyarakat.Tegasnya, hukuman sedia ada dilihat masih gagal memberikan kesan pencegahan yang mencukupi apabila insiden seumpama itu terus berulang."Ini membuktikan bahawa pendekatan undang-undang ketika ini tidak lagi memadai untuk menangani isu pemanduan mabuk yang semakin membimbangkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, cadangan mengkaji pelaksanaan hukuman mati itu bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi sebagai mesej jelas bahawa nyawa manusia tidak boleh dipandang ringan dan sebarang tindakan yang membahayakan orang lain akan berdepan akibat paling berat.Beliau turut menegaskan bahawa apabila seseorang berada di bawah pengaruh alkohol tetapi tetap memilih untuk memandu, undang-undang sewajarnya menganggap individu berkenaan mempunyai niat untuk membunuh kerana tindakannya itu secara nyata berisiko tinggi meragut nyawa orang lain.Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya segera meminda undang-undang sedia ada, termasuk memperketatkan penguatkuasaan serta memperluaskan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol."Nyawa yang hilang tidak dapat diganti. Sudah tiba masanya tindakan lebih drastik diambil demi melindungi keselamatan rakyat dan memastikan keadilan ditegakkan," tambahnya.Pemandu mabuk langgar orang sampai mati patut dihukum mati - Afnan HamimiSHAH ALAM Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan, sudah tiba masa untuk pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang awam di jalan raya dikenakan hukuman mati.Ini kerana katanya, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa adalah satu tindakan membunuh dengan sengaja."Orang yang mabuk, memandu, langgar orang sampai mati, patut dihukum mati!" katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke supaya segera mengambil tindakan bagi menangani kes berkenaan.Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi perlu diambil terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk.Beliau yang juga Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional (PN) berkata, pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol bukan sekadar melanggar undang-undang tetapi turut memberi ancaman kepada nyawa pengguna jalan raya lain."Saya menegaskan bahawa Kerajaan perlu memperkasa pelaksanaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, khususnya Seksyen 44 dan 45A, dengan mengenakan hukuman yang lebih tegas kepada pesalah pemandu mabuk."Tidak perlu lagi sekadar menggantung lesen, pesalah wajar terus dihitamkan (blacklist) seumur hidup daripada memandu |
|
PEMBELA tawar khidmat guaman pro bono bantu keluarga mangsa pemandu mabuk - Sinarharian - 30/03 1:37 pm SHAH ALAM Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menawarkan khidmat perundangan secara pro bono kepada keluarga mangsa insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini di Jalan Raya Barat, Klang.Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya kejadian tersebut yang disifatkan sebagai kecuaian melampau sehingga meragut nyawa insan tidak berdosa."Bantuan guaman itu meliputi nasihat perundangan, pemantauan prosiding kes serta representasi di mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya."Usaha ini juga bertujuan membantu keluarga mangsa mendapatkan pampasan yang sewajarnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang susulan insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan, perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan satu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak."Sebarang bentuk kelonggaran terhadap pelaku hanya akan memberi isyarat salah kepada masyarakat dan membuka ruang kepada lebih banyak tragedi seumpamanya."Minuman memabukkan perlu dikawal dengan lebih tegas, manakala premis yang menyediakannya juga harus bertanggungjawab menghalang pelanggan daripada memandu dalam keadaan mabuk," ujarnya.Tambah beliau, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk memastikan pendakwaan dilakukan secara segera serta hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku."Kegagalan mengambil tindakan sewajarnya boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap keadilan dan keselamatan awam," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan, usaha menegakkan keadilan kepada mangsa dan keluarga perlu diberi keutamaan.Menurutnya, kerajaan juga disaran mempertimbangkan pelaksanaan konsep diyat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa."PEMBELA boleh dihubungi melalui No 019-3217845 (En Amirul Arib) untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa. |
|
Mangsa pemandu mabuk buat 2 kerja sara keluarga - Hmetro - 30/03 1:26 pm Kuala Lumpur: Arwah kuat bekerja, siang dia bekerja di gudang, malam dia jadi penghantar sambilan, kata Illyasa Saipuzzaman rakan kepada Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang dekat sini semalam |
|
Lapan lelaki mengaku tidak bersalah cederakan polis - Sinarharian - 30/03 1:15 pm GEORGE TOWN - Lapan lelaki mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga anggota di sebuah flat di sini pada minggu lalu.Noor Nizar Shah Zainol Abidin, 37, Muhammad Syafiq Mohd Nordin, 28, Azwandy Azmi, 38, Muhamad Aiqal Zulkifrey, 28, Muhammad Firdaus Abdul Malik, 34, Muhammad Razin Abdul Muthalib, 34, Muhammad Syazwan Mohd Omar, 30, dan Low Jia Hui, 26 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin di Mahkamah Majistret 2 pada Isnin.Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Lans Koperal S Uvaneand, 26, Konstabel Muhammad Danial Danish Azlan, 23, dan Lans Koperal Muhammad Amzaruddin Fakhri Khuiruddin, 30, semasa mereka melaksanakan tugas sebagai seorang penjawat awam yang sah.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai, Sungai Pinang pada jam 9.50 malam, 25 Mac lalu.Oleh demikian, mereka dituduh di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli sementara kelapan-lapan tertuduh diwakili Peguam, S Meharaj.Dalam pendakwaannya, Siti Marissan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Sementara itu, Meharaj dalam rayuannya memohon agar wang jaminan dikurangkan berikutan kesemua anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga."Bagi tertuduh pertama, dia berusia 37 tahun, sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan bekerja sebagai peniaga |
|
Terkelu Lidah Lihat Cermin Kereta Retak Akibat Panas Terik, Pemuda Nak Ke ‘Meeting’ Rugi Hampir RM3 Ribu! - Siraplimau - 30/03 1:08 pm Seorang pemuda, Abdul Rahman Mohd Jamadi, 29, mengalami kerugian hampir RM3,000 selepas cermin kereta belakang miliknya retak dipercayai akibat cuaca panas |
|
Pemandu mabuk ragut nyawa: Akmal cadang hukuman mati, penjara seumur hidup dikenakan - Sinarharian - 30/03 1:00 pm SHAH ALAM - Kerajaan sekali lagi digesa mempertimbangkan cadangan untuk menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati bagi kes melibatkan kematian akibat pemandu mabukKetua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, untuk membolehkan hukuman lebih berat itu dikenakan terhadap pelaku, pendakwaan bagi kes tersebut perlu dibuat di bawah Kanun Keseksaan.Menurutnya, gesaan itu dibuat susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi satu lagi peringatan mengenai ancaman nyata pemandu mabuk di jalan raya.Kata beliau, hakikatnya, kes tersebut bukan insiden terpencil kerana sudah terlalu kerap rakyat mendengar mengenai nyawa insan tidak bersalah diragut oleh kecuaian pihak yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk."Lebih membimbangkan, kejadian sebegini seolah-olah tidak lagi memberi kesan kepada golongan terbabit, malah dilihat semakin berleluasa."Sejak awal, kita telah mendesak agar hukuman terhadap pemandu mabuk diperketatkan. Walaupun undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000, realitinya ia masih belum cukup kuat untuk mengekang jenayah ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.Terdahulu, media melaporkan individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian itu, Amirul Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk.Kata beliau, siasatan awal mendapati pemandu Honda City dipercayai memandu laju, memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.Mangsa kemudiannya tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi serta hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah.Justeru, Muhamad Akmal menegaskan, kerajaan perlu mengambil langkah lebih berani dan tegas kerana nyawa manusia tidak boleh terus dipertaruhkan dengan hukuman yang tidak memberi kesan pencegahan yang nyata.Beliau turut mencadangkan agar pampasan mandatori yang signifikan diberikan kepada keluarga mangsa dan wajib ditanggung oleh pelaku.Ujarnya, sekiranya pelaku tidak berkemampuan, mekanisme tanggungan alternatif termasuk penglibatan keluarga pelaku perlu dipertimbangkan secara adil dan berperundangan.Muhamad Akmal juga menyarankan pelaksanaan skim khairat kematian berpusat yang perlu diwajibkan kepada semua pemegang lesen memandu bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada keluarga mangsa tanpa birokrasi yang melambatkan.Tambahnya, jika kesalahan berkaitan dadah dikenakan hukuman berat kerana merosakkan masyarakat, maka perbuatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa juga wajar dipandang dengan keseriusan yang sama.Beliau pada masa sama turut menggesa Menteri Pengangkutan serta semua ahli parlimen tanpa mengira blok politik supaya segera membawa usul dan mengambil tindakan legislatif yang tuntas dalam perkara tersebut."Berapa banyak lagi nyawa tidak bersalah perlu terkorban sebelum kita benar-benar bertindak? Nilai sebuah nyawa itu tidak ternilai."Jangan sampai kita hanya tersedar apabila ia melibatkan orang yang kita sayangi |
|
Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000 - Sinarharian - 30/03 12:39 am KUALA LUMPUR Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu.Hakim, Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati Wan Muhammad Azri, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Semasa membaca keputusan Norma berkata, setelah mengambil kira semua keterangan, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan tersebut."Tertuduh perlu dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut," katanya.Semasa prosiding, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri merayu anak guamnya hanya dikenakan hukuman berbentuk denda tanpa pemenjaraan.Menurutnya, tertuduh sentiasa memberi kerjasama termasuk tidak pernah gagal melaporkan diri di balai polis sepanjang prosiding ini berlangsung.Beliau berkata, bapa kepada lima anak perempuan termasuk bongsu menghidap autisme."Dia tidak pernah disabitkan atas kesalahan hasutan namun saya berterus terang, dia mempunyai dua kes lain."Pengadu dalam kes ini telah menarik balik laporannya malah catatan yang dibuat anak guam tidak menimbulkan kesan rusuhan," katanya.Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.Beliau berkata, tertuduh telah menghina menggunakan kata-kata kesat, bersifat menghina dan merendah-rendahkan Agong."Tertuduh merupakan bekas anggota polis sekali gus menunjukkan dia sedar kesan dan akibat atas perbuatan yang dilakukan."Justeru, denda semata-mata tidak mencukupi kerana kesalahan berkenaan serius," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman.Pada 2 Mei 2024, dia yang juga bekas Exco Pemuda UMNO mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan membuat penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menghadap Sultan Ibrahim di aplikasi X miliknya atas nama Sir Azri.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini, pada jam 12 tengah hari, 29 April 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan terhadap tertuduh dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula Oktober 2024 sementara Wan Muhammad Azri merupakan saksi tunggal di peringkat pembelaan. |
|
'Baru bertemu Sabtu, Ahad dia pergi selamanya' - Rakan kongsi kisah pilu pemergian Amirul - Sinarharian - 30/03 12:15 am KLANG - "Dia tidak pernah berkira tenaga, ringan tulang dan sering mempermudahkan urusan orang lain."Itu luahan pilu seorang rakan sekerja kepada Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.Rakan sekerja mangsa, Illyasa Saipuzzaman berkata, pemergian Amirul bukan sahaja mengejutkan, malah meninggalkan kekosongan besar buat mereka yang sudah lebih sedekad bekerja bersama.Menurutnya, arwah merupakan seorang yang ringan tulang, peramah dan sentiasa mengukir senyuman."Kami sudah bekerja bersama kira-kira 11 tahun, dia seorang yang sangat membantu |
|
Perpecahan PH-BN memberi kelebihan kepada pihak lawan - Thempress - 30/03 12:01 am SEBERANG PERAI Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi kunci bagi mengelakkan perpecahan undi menjelang pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang |
|
'Bersatu hadapi cabaran bersama' - DAP gesa ketepikan politik, fokus krisis Asia Barat - Sinarharian - 30/03 12:01 am IPOH - DAP menggesa semua pihak mengetepikan perbezaan politik buat sementara waktu dan memberi tumpuan kepada krisis Asia Barat yang sedang memberi kesan kepada ekonomi serta bekalan global ketika ini.Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, situasi semasa bukan krisis biasa, sebaliknya berpotensi memberi tempias besar kepada negara termasuk Malaysia.Menurutnya, beberapa negara sudah mula berdepan kesan ketara seperti kekurangan bekalan minyak dan gangguan tenaga."Kita lihat negara seperti Filipina berdepan kekurangan bekalan minyak manakala di Thailand rakyatnya terpaksa beratur berjam-jam untuk mengisi minyak dan Bangladesh pula menutup institusi pendidikan kerana kekurangan tenaga."Justeru, ini bukan lagi masa untuk kita berpolitik atau memainkan sentimen |
|
Kes Rempuh Penunggang Maut: Pemandu Positif Alkohol, D*dah Direman 4 Hari - Lobakmerah - 30/03 11:46 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Seorang pemandu lelaki berusia 20-an yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang semalam, kini diperintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut |
|
Keluar Cari Kelengkapan Buku Sekolah Anak, Penunggang Motosikal Terpelanting Maut Dilanggar Pemandu Mabuk - Siraplimau - 30/03 11:42 am Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan tragis di Jalan Raya Barat, selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah |
|
Ibu Muat Naik Video Aliff Aziz Di IG Story, Netizen Terperasan Gambar Seseorang ‘Ditampal’ Di Belakang? - Lobakmerah - 30/03 11:00 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari - Sinarharian - 30/03 10:54 am KLANG Individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat."Tempoh reman bermula hari ini hingga 2 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jit Huey dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.Jelas beliau, akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.Tambah beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. |
|
STR Fasa 2 Dah Masuk! 200,000 Penerima Baharu Mula Terima Bayaran Hari Ini, Confirm Raya Lagi Meriah - Murai - 30/03 10:45 am Berita baik buat rakyat Malaysia! Dalam suasana Aidilfitri yang masih hangat dengan bau lemang dan rendang, kerajaan tampil meneruskan bantuan kewangan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang kini sudah mula disalurkan kepada penerima |
|
Kanak-Kanak Malaysia Beri Duit Raya Dituduh Gimik? Mat Saleh Ini ‘Sekolahkan’ Netizen Seberang - Thevocket - 30/03 10:22 am Budaya bersedekah dan pemberian ‘duit raya’ merupakan satu amalan murni yang cukup sinonim dengan keharmonian masyarakat di Malaysia |
|
Masih ramai suka langgar lampu isyarat, guna telefon ketika memandu - JPJ - Sinarharian - 30/03 9:11 am KAJANG - Melanggar lampu isyarat merah serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu antara kesalahan tertinggi direkodkan sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.Operasi yang berlangsung dari 13 Mac hingga 29 Mac itu menyaksikan pelbagai kesalahan lalu lintas dikesan hasil pemantauan intensif di seluruh negeri ini.Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, dua kesalahan berkenaan dikenal pasti sebagai antara paling kerap dilakukan pengguna jalan raya sepanjang tempoh operasi."Antara alasan yang sering diberikan oleh pesalah ialah tergesa-gesa selain tidak menyedari lampu isyarat telah bertukar merah sebelum bertindak memecut."Penggunaan telefon bimbit ketika memandu juga masih berlaku walaupun telah banyak peringatan diberikan kerana ia boleh mengganggu tumpuan dan meningkatkan risiko kemalangan," katanya dalam sidang akhbar ketika Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Ramal, di sini pada Ahad.Beliau berkata, sepanjang tempoh operasi itu, seramai 334 anggota penguat kuasa telah ditugaskan bagi menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi strategik."Sebanyak 45,140 kenderaan telah diperiksa dengan tindakan diambil terhadap 1,789 kenderaan."Secara keseluruhan, sebanyak 6,688 kesalahan direkodkan melibatkan pelbagai peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah berkaitan," katanya.Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kesalahan lain yang turut dikesan termasuk lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada lesen memandu sah, tiada perlindungan insurans, kesalahan teknikal kenderaan serta kesalahan lebih muatan."Berdasarkan statistik operasi, kesalahan berkaitan lesen kenderaan motor mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti kesalahan teknikal serta kesalahan lain," katanya.Dalam pada itu, Azrin berkata, tahap pematuhan kenderaan barangan terhadap larangan operasi menunjukkan peningkatan."Dalam operasi ini, hanya sembilan kenderaan didapati melanggar peraturan sepanjang tempoh berkenaan."Walaupun masih terdapat lori di lebuh raya, pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut berada dalam kategori yang dibenarkan seperti membawa barangan keperluan harian termasuk makanan, petroleum dan hasil pertanian," katanya.Tambah beliau, lori tanpa muatan juga dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam."Operasi khas itu turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan di lebuh raya utama, pemeriksaan di depoh bas dan terminal pengangkutan awam, selain rondaan di kawasan perindustrian serta lokasi berisiko tinggi."Sebanyak 15 kawasan dikenal pasti sebagai lokasi keutamaan pemantauan dengan kehadiran anggota JPJ setiap hari bagi memastikan kelancaran trafik," katanya.Menurut Azrin, penguatkuasaan dilaksanakan secara terus di lapangan termasuk memberhentikan kenderaan di lokasi selamat sebelum notis atau kompaun dikeluarkan."Malah, kaedah penyamaran turut digunakan termasuk dalam bas ekspres bagi mengesan kesalahan lalu lintas," katanya.Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati kebanyakan pemandu bas ekspres mematuhi peraturan dan semakin peka terhadap kehadiran anggota penguat kuasa."JPJ Selangor akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan."Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memandu secara berhemah demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya. |
|
Helah remaja perempuan matikan enjin gagal, kantoi ubah suai ekzos bising dikesan JPJ - Sinarharian - 30/03 9:07 am KAJANG Taktik seorang remaja perempuan mematikan enjin motosikal bagi mengelak tindakan terbongkar dalam Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Ramal, di sini pada Ahad akhirnya tidak berjaya.Remaja berusia 17 tahun itu dipercayai bertindak demikian selepas motosikal ditunggangnya menghasilkan bunyi ekzos yang bising.Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motosikal itu telah diubah suai, termasuk penggunaan ekzos tidak mengikut spesifikasi.Lebih mengejutkan, motosikal berkenaan juga didapati tidak mempunyai brek belakang dan hanya bergantung kepada brek hadapan.Ketika disoal, remaja terbabit memberi alasan pengubahsuaian itu dibuat atas faktor minat.Dalam operasi sama, seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 30-an turut ditahan selepas gagal mengemukakan lesen memandu yang sah.Lelaki itu memberi alasan motosikal berkenaan baru sahaja dibeli daripada seorang warga tempatan pada harga kira-kira RM2,500.Pemeriksaan mendapati motosikal tersebut juga menggunakan cukai jalan yang telah tamat tempoh.Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kesalahan tidak memiliki lesen memandu merupakan antara kesalahan tertinggi yang direkodkan sepanjang operasi berkenaan.Menurutnya, operasi yang dijalankan bermula jam 8 malam itu melibatkan seramai 40 pegawai serta anggota JPJ."Sebanyak 712 kenderaan telah diperiksa dengan 194 daripadanya diambil tindakan."Dalam operasi ini, sebanyak 377 notis telah dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan," katanya dalam sidang akhbar ketika Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Ramal di sini pada Ahad.Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 354 notis saman dikeluarkan, selain lapan notis larangan penggunaan kenderaan (PG1)."Turut dikeluarkan ialah lapan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) serta tujuh notis penahanan kenderaan di bawah Seksyen 64(1)," katanya.Tambah beliau, sebanyak 349 kesalahan direkodkan dengan kesalahan tiada lesen memandu (CDL) mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 104 kes."Selain itu, kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans masing-masing merekodkan 90 kes, diikuti kesalahan nombor pendaftaran sebanyak 15 kes."Terdapat juga kesalahan teknikal lain sebanyak lapan kes serta lain-lain kesalahan sebanyak 42 kes," katanya.Tegasnya, JPJ akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna, khususnya melibatkan penunggang motosikal. |
|
Konflik Asia Barat: Tiada kenaikan harga di pasar basah PJ - FMT - 30/03 9:00 am Peniaga kata harga secara keseluruhan kekal buat masa ini dengan ayam dan telur lebih murah walaupun kebimbangan terhadap kesan perang US-Iran. |
|
Tiada jaminan bekalan minyak stabil sepenuhnya - Pakar - Sinarharian - 30/03 9:00 am SHAH ALAM - Keputusan Iran membenarkan kapal tangki minyak Malaysia melalui Selat Hormuz belum cukup untuk menjamin bekalan dan harga bahan api di negara ini kembali stabil dalam tempoh terdekat.Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, keadaan kekal tidak menentu selagi ketegangan geopolitik di Asia Barat belum tamat sepenuhnya."Mungkin ramai yang menyangka bekalan minyak tidak cukup yang menyebabkan harga akan naik |
|
Laos keluarkan amaran haba, suhu dijangka mencecah 40 darjah celsius - Mgazette - 30/03 7:47 am # Laos keluarkan amaran haba, suhu dijangka mencecah 40 darjah celsius VIENTIANE - Pihak berkuasa Laos mengeluarkan amaran cuaca panas hingga sangat panas di seluruh negara, sambil menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga susulan suhu dijangka mencecah setinggi 40 darjah Celsius, lapor Xinhua |
|
Alahai Wee Ka Siong! Alahai! - Wrlr - 30/03 7:47 am Sebagai ahli parlimen penyokong Kerajaan (walaupun sokongan tak berapa jelas dan main banyak kolam), takkan Wee Ka Siong tak tahu dah nak masuk dua tahun Diesel diberi subsidi secara bersasar? PENDAPAT, 28 Mac Ramai yang menunggang isu harga Diesel meningkat |
|
Lapan Juta Turun Protes Trump Di Seluruh AS - Wrlr - 30/03 7:45 am Sekurang-kurangnya lapan juta orang berkumpul di lebih 3,300 acara protes di kesemua 50 negeri, termasuk bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil membantah Trump pada 28 Mac 2026 |
|
Pembangkang kona isu minyak, akhirnya akui realiti sebenar - Wrlr - 30/03 7:39 am Harapandaily March 29, 2026 Oleh JAMZURI ARDANI Penyokong pembangkang akhirnya sedar serangan mereka ke atas kenaikan harga pasaran minyak sudah jadi macam peluru angin |
|
Sijil halal jadi kunci ADIA Global lebarkan sayap pasaran - Utusan - 30/03 7:33 am PETALING JAYA: ADIA Global Sdn |
|
Rakyat perlukan jawapan dan ketelusan dari kerajaan - Harakahdaily - 30/03 7:17 am BARU ini PMX minta rakyat memahami langkah yang diambil Kerajaan dalam menangani kenaikan kos bahan api disebabkan oleh ketegangan geopolitik di Asia Barat |
|
Pembangunan hoki tunggu kejelasan lepas kejurulatihan bertukar - Hotfm - 30/03 7:00 am Cadangan perkongsian bersama Hoki Australia Barat mula mendapat sokongan dalam struktur kebangsaan, namun langkah seterusnya masih belum jelas susulan perubahan kejurulatihan. |
|
Pembangunan hoki tunggu kejelasan lepas kejurulatihan bertukar - FMT - 30/03 7:00 am Cadangan perkongsian bersama Hoki Australia Barat mula mendapat sokongan dalam struktur kebangsaan, namun langkah seterusnya masih belum jelas susulan perubahan kejurulatihan. |
|
Nadia gotong-royong masak dengan adik-beradik pada malam raya - Hmetro - 30/03 6:45 am PELAKON Nadia Brian menyifatkan Aidilfitri cukup bermakna bagi dirinya dan keluarga sekali gus memberi peluang berkumpul bersama yang tersayang |
|
Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Pemandu Disyaki Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah - Siakapkeli - 30/03 1:09 am Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Raya Barat, Klang hari ini dilanggar pemandu kereta bawah pengaruh alkohol, dadah. |
|
Bolehkah Sambut Raya Aidilfitri Selama Sebulan? Ini Penjelasan Mufti - Siakapkeli - 30/03 12:55 am Ramai di Malaysia sambut raya Aidilfitri sampai sebulan dengan ziarah dan rumah terbuka |
|
Smaller Raya gatherings, but festive spirit endures - Star - 30/03 12:00 am PETALING JAYA: Hari Raya celebrations may be more modest for some families this year, but the festive spirit remains intact, with many choosing smaller gatherings or visiting loved ones instead of hosting large open houses |
|
Dunia di ambang bencana global, MP DAP ini gesa rakyat Malaysia bersatu - Harapandaily - 29/03 9:47 pm Malaysia berdepan risiko tempias krisis global yang semakin memuncak susulan konflik di Asia Barat, dengan kemungkinan tercetusnya perang dunia jika eskalasi terus berlaku |
|
Pas syor mansuh peruntukan Ahli Parlimen kerajaan RM3.5 juta - Sinarharian - 29/03 9:42 pm SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan cadangannya berhubung pemansuhan segera peruntukan sebanyak RM3.5 juta setahun kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan adalah berdasarkan prinsip.Ahmad Fadhli berkata, ia kerana peruntukan itu cukup besar dan lebih memberikan kesan kepada perbelanjaan negara.Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut, jika langkah sedemikian dibuat, ia bakal menyaksikan penjimatan yang lebih besar berbanding menerima cadangan supaya elaun petrol Ahli Parlimen sejumlah RM1,500 dikurangkan."Elaun petrol pula hanya melibatkan Ahli Parlimen biasa sahaja, ahli Kabinet iaitu Menteri dan Timbalan Menteri setahu saya tidak terlibat |
|
Penunggang motosikal maut, tercampak ke atas kereta dirempuh pemandu mabuk - Hmetro - 29/03 9:23 pm Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di Klang hari ini selepas dirempuh seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah |
|
Laos keluarkan amaran haba, suhu dijangka mencecah 40 darjah celsius - Mkini - 29/03 8:32 pm Sistem tekanan cuaca rendah sederhana hingga kuat, digabungkan dengan angin barat, sedang mempengaruhi kebanyakan kawasan negara itu. |
|
“Apa Yang Dirakam Tu?”- Jelas Ada Penampakan. Siapa Balik Raya Lalu Jalan Dalam, Ada Yang Kena Macam Ni? - Beautifulnara - 29/03 8:04 pm (Update: Video dirakam menggunakan Samsung A57 bukan dashcam |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |