| /// |
|
| Search : Raya Aidilfitri News | Page 1 |
|
Agihan keuntungan Pertubuhan Peladang dilaksana sebelum Aidilfitri ??? Mat .. - Mgazette - 11/03 7:58 am # Agihan keuntungan Pertubuhan Peladang dilaksana sebelum Aidilfitri Mat Sabu KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini mengumumkan pengeluaran Perintah Khas bagi membolehkan pembahagian keuntungan Pertubuhan Peladang bagi Tahun Kewangan Beraudit 2024 dilaksanakan sebelum Aidilfitri |
|
Tak perlu risau guna pengangkutan awam menjelang Aidilfitri – .. - Mgazette - 11/03 7:58 am # Tak perlu risau guna pengangkutan awam menjelang Aidilfitri - Prasarana KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu bimbang menggunakan pengangkutan awam untuk membuat persiapan Aidilfitri kerana tahap kesiagaan operasi dan teknikal perkhidmatan telah dipastikan pada tahapoptimum sepanjang musim perayaan |
|
5 Bahagian Bersatu Melaka bentuk barisan kepimpinan baharu 5 Bahagian .. - Mgazette - 11/03 7:58 am # 5 Bahagian Bersatu Melaka bentuk barisan kepimpinan baharu KUALA LUMPUR - Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah membuat pertimbangan dan bersetuju melantik barisan kepimpinan baharu, melibatkan Ketua Bahagian (Penaja), Timbalan Ketua Bahagian (Penaja) dan Naib Ketua Bahagian (Penaja) di Bahagian Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Jasin |
|
Cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri – KPM - Mgazette - 11/03 7:58 am KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 |
|
Inisiatif Rumah Bangsa dapat reaksi positif tokoh politik, bekas pemimpin .. - Mgazette - 11/03 7:58 am # Inisiatif Rumah Bangsa dapat reaksi positif tokoh politik, bekas pemimpin UMNO - Ahmad Maslan KUALA LUMPUR - Inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenal oleh UMNO mula menerima maklum balas positif daripada tokoh-tokoh politik termasuk bekas pemimpin parti Melayu itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan |
|
Anak Noh letak jawatan Ketua Penerangan Srikandi serta-merta - Mgazette - 11/03 7:58 am # Anak Noh letak jawatan Ketua Penerangan Srikandi serta-merta KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Srikandi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Nurul Syazwani Noh hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta |
|
Pilihan raya serentak mampu pilih wakil rakyat berkualiti, kata Ahli Parlimen - FMT - 11/03 7:30 am Wakil rakyat PH Azli Yusof dan Jimmy Puah berkata pilihan raya serentak akan kurangkan kos dan tingkat peratusan keluar mengundi. |
|
Pelantikan kepimpinan baharu perkukuh Bersatu Melaka - Sinarharian - 11/03 12:23 am KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka melantik barisan kepimpinan baharu melibatkan jawatan Ketua Bahagian (Penaja), Timbalan Ketua Bahagian (Penaja) dan Naib Ketua Bahagian (Penaja) bagi lima bahagian di negeri itu.Naib Presiden Bersatu merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas melalui penelitian menyeluruh dengan mengambil kira pengalaman, daya kepimpinan serta sumbangan khidmat masyarakat.Bahagian yang terlibat ialah Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Jasin.Jelasnya, langkah itu juga bertujuan memperkukuh struktur kepimpinan parti di peringkat bahagian melalui gabungan pemimpin berpengalaman, tokoh muda, golongan profesional dan aktivis masyarakat."Gabungan pelbagai pengalaman dan kepakaran ini akan memastikan Bersatu terus meraih kepercayaan masyarakat melalui pendekatan lebih segar serta memahami denyut nadi rakyat."Pada masa sama, kepimpinan baharu ini diharapkan mampu memperjuangkan agenda kesejahteraan rakyat khususnya di Melaka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mohd Radzi berkata, Bersatu Melaka kini perlu bersiap siaga mendepani cabaran politik semasa selain memberi tumpuan kepada usaha memperkemas organisasi parti dan memperkukuh jentera di semua peringkat.Katanya, keputusan itu penting sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang."Pelantikan ini juga diyakini dapat memperkukuh kerjasama antara Bersatu dan parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional melalui gerak kerja politik yang lebih strategik."Ia sekali gus membolehkan khidmat kepada rakyat dilaksanakan secara lebih tersusun, teratur dan berkesan," ujarnya.Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh ahli Bersatu Melaka supaya memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan baharu berkenaan."Kekuatan Bersatu bergantung kepada kesatuan saf dan kesediaan semua ahli untuk bergerak sebagai satu pasukan demi memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya. |
|
Inisiatif Rumah Bangsa dapat reaksi positif tokoh politik, bekas pemimpin UMNO - Ahmad Maslan - Sinarharian - 10/03 11:45 pm KUALA LUMPUR - Inisiatif Rumah Bangsa yang diperkenal oleh UMNO mula menerima maklum balas positif daripada tokoh-tokoh politik termasuk bekas pemimpin parti Melayu itu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.Beliau berkata, mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin minggu lepas, antara lain membincangkan pendekatan memperkukuh inisiatif berkenaan.Ahmad, yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, mesyuarat turut memutuskan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keterbukaan parti menerima kembali bekas ahli yang pernah digantung keahlian, dipecat atau meninggalkan parti sebelum ini."Sebagaimana kita sedia maklum, Presiden UMNO telah membuat kenyataan media menyatakan keterbukaan UMNO melalui Rumah Bangsa untuk menjemput mereka kembali bersama parti selain mengajak mereka yang belum menjadi ahli untuk menyertai perjuangan demi agama, bangsa dan negar pada Selasa.Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, penelitian awal jawatankuasa mendapati beberapa tokoh telah menyatakan sokongan terhadap gagasan murni itu meskipun ada segelintir pihak yang meletakkan syarat tertentu sebelum mempertimbangkan untuk kembali bersama UMNO menerusi inisiatif Rumah Bangsa.Beliau berkata, jawatankuasa itu, yang dianggotai 10 orang, turut ditugaskan mendekati beberapa bekas pemimpin utama dan dikenali ramai bagi mengadakan pertemuan serta perbincangan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai idea murni Rumah Bangsa sebagai wadah penyatuan dalam usaha mengukuhkan perjuangan orang Melayu menerusi UMNO |
|
Jeti tidak berdaftar jadi hotspot pemantauan imigresen - Sinarharian - 10/03 10:33 pm KUALA LANGAT - Jeti-jeti tidak berdaftar di beberapa kawasan pesisir pantai di Selangor dikenal pasti sebagai antara lokasi hotspot yang dipantau Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengekang pergerakan keluar warga asing melalui laluan tidak sah khususnya menjelang Aidilfitri.Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, beberapa kawasan telah dikenal pasti berisiko digunakan sebagai laluan alternatif bagi membawa warga asing pulang ke negara asal tanpa melalui pintu keluar yang diwartakan.Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti termasuk di Sabak Bernam yang mempunyai jeti-jeti tidak berdaftar serta laluan yang tidak diwartakan."Menjelang Aidilfitri, biasanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Marin akan menjalankan operasi di laut bagi mengekang pergerakan bot yang membawa warga asing pulang ke negara asal secara tidak sah."Bagi Jabatan Imigresen Selangor pula, kita menjalankan pemantauan di kawasan daratan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program inspektorat bazar Ramadan Rimbayu di kawasan Jalan Kebun di sini pada Isnin.Menurutnya, pemantauan itu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan sebarang aktiviti membawa warga asing keluar melalui laluan tidak sah dapat dikesan lebih awal."Sebagai contoh, terdapat beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot seperti di Sabak Bernam yang mempunyai jeti-jeti tidak berdaftar atau laluan tidak diwartakan."Sekiranya melalui laluan sah, mereka boleh menggunakan pintu keluar yang diwartakan seperti di Pelabuhan Klang atau menggunakan feri dari Port Dickson," katanya.Beliau berkata, penggunaan laluan tidak sah biasanya melibatkan pergerakan secara tersembunyi bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.Justeru, katanya, pihak imigresen akan meningkatkan pemantauan di kawasan daratan terutama laluan yang dikenal pasti berpotensi digunakan bagi tujuan tersebut."Bagi laluan tidak sah, kita akan melakukan pemantauan berterusan |
|
Aidilfitri: Sekolah diberi cuti tambahan 18 Mac - FMT - 10/03 10:12 pm Ia bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan. |
|
Extra Raya school holiday on March 18 - FMT - 10/03 9:34 pm The education ministry says this will allow teachers, students and parents adequate time to prepare for the festivities. |
|
Education Ministry declares March 18 as extra school holiday for Aidilfitri - BorneoPost - 10/03 9:30 pm PUTRAJAYA (March 10): The Ministry of Education (MOE) has declared March 18, 2026 as an additional school holiday for all schools nationwide in conjunction with Hari Raya Aidilfitri |
|
Aidilfitri: Sekolah diberi cuti tambahan pada 18 Mac - Sinarharian - 10/03 8:12 pm PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.KPM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid danibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur."Langkah inijuga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,"menurut kenyataan itu.Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.Sekolah dalam Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula diberikan dua hari cuti tambahan, iaitu 19dan 20 Mac |
|
Kes tikam pelajar: Remaja 15 tahun dibicara Ogos depan - Sinarharian - 10/03 5:59 pm SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menetapkan perbicaraan secara tertutup, membabitkan remaja 15 tahun dalam kejadian tikam pelajar 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Oktober tahun lalu bermula Ogos depan.Peguam, Kitson Foong yang mewakili remaja lelaki itu berkata, semasa pengurusan kes, Hakim, Adlin Abdul Majid menetapkan prosiding tersebut berlangsung selama 10 hari iaitu pada 3 hingga 7, dan 10 hingga 14 Ogos.Menurutnya, seramai 10 hingga 14 saksi, termasuk budak lelaki itu, dijangka memberi keterangan di mahkamah.Kitson berkata, pihak pendakwaan, pembelaan dan budak lelaki itu telah menandatangani pernyataan fakta yang dipersetujui serta isu-isu yang akan dibicarakan."Kami bersetuju bahawa kejadian itu memang berlaku, lokasi kejadian dan senjata digunakan."Kedua-dua pihak juga bersetuju supaya kes ini dipercepatkan malah saksi-saksi penting sahaja akan dipanggil memberi keterangan," katanya ketika dihubungi.Kitson berkata, remaja yang tidak boleh dinamakan itu akan hadir semasa prosiding kelak dari Pusat Koreksional Puncak Alam.Dalam pada itu, beliau berkata, hakim menekankan supaya ubat dan sebarang rawatan untuk budak lelaki itu mesti diberikan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor.Katanya, pendakwaan dalam kes terbabit, dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Aqharie Durranie Aziz.Hadir sama ialah peguam pemerhati, Datuk Yasmeen Shariff dan Jason Lim Jie Sheng dari Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.Prosiding dijalankan secara tertutup dan hanya keluarga remaja berkenaan dibenarkan berada di bilik bicara kerana melibatkan kes juvana.Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga kelas peralihan di bilik tandas pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Bandar Utama dekat sini, antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak lebih 12 sebatan jika tidak dihukum gantung.Dalam kejadian berkenaan, mangsa ditemukan meninggal dunia di tandas sekolah itu selepas disyaki ditikam berulang kali.Pada 16 Januari lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini diberitahu, laporan psikiatri mengesahkan remaja itu layak dibicarakan.End |
|
Nurul Syazwani umum letak jawatan Ketua Penerangan Srikandi Bersatu - Sinarharian - 10/03 5:57 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Nurul Syazwani Noh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan Srikandi Bersatu berkuat kuasa serta-merta.Menerusi kenyataan, beliau memaklumkan jawatan yang disandangnya merupakan jawatan lantikan di bawah kepimpinan Ketua Srikandi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin."Susulan perkembangan terkini yang menyaksikan beliau digantung daripada jawatan tersebut, saya merasakan adalah lebih wajar dan berprinsip untuk saya juga melepaskan jawatan yang diamanahkan," katanya pada Selasa.Menurut Nurul Syazwani, sebagai wakil rakyat wanita paling muda dalam parti beliau tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dan bimbang melihat keadaan yang sedang berlaku dalam Bersatu.Tambahnya, parti sepatutnya menjadi wadah perjuangan bersama kini dilihat sedang melalui satu fasa yang sangat mencabar dari sudut kestabilan kepimpinan dan kesatuan dalaman."Perkembangan ini bukan sahaja memberi kesan kepada struktur kepimpinan Srikandi, malah turut memberi gambaran yang kurang meyakinkan kepada akar umbi serta rakyat yang memerhati perjalanan parti," katanya.Nurul Syazwani berkata, lebih membimbangkan lagi apabila wakil rakyat yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat turut dikenakan tindakan pemecatan serta penggantungan.Jelasnya, keadaan ini memberi persepsi seolah-olah suara dan mandat rakyat tidak dihormati sepenuhnya, sedangkan setiap kerusi yang dimenangi adalah hasil kepercayaan serta perjuangan rakyat terhadap parti."Semua ini berlaku pada ketika pilihan raya semakin hampir, di saat parti sepatutnya memperkukuhkan saf perjuangan, menyatukan barisan kepimpinan serta mempersiapkan jentera dengan lebih tersusun dan berdisiplin," katanya.Dalam pada itu, Nurul Syazwani berharap agar kepimpinan parti dapat menilai dengan penuh kebijaksanaan segala perkembangan yang sedang berlaku, demi memastikan Bersatu tidak kehilangan arah disaat rakyat sedang memerhati dan masa depan perjuangan sedang dipertaruhkan.Terdahulu Bersatu menggantung keahlian Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati berkuat kuasa serta-merta. |
|
Jangan usik Bersih! ??? Martabat PJ - Mgazette - 10/03 5:32 pm KUALA LUMPUR Sebarang `gangguan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)adalah tidak boleh diterima dan mesti dihentikan segera |
|
Ahli perniagaan didakwa sogok RM5,000 pegawai JAS - Mgazette - 10/03 5:32 pm # Ahli perniagaan didakwa sogok RM5,000 pegawai JAS SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana memberi suapan berjumlah RM5,000 kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi kilang pemprosesan sisa elektronik (e-sisa) |
|
Penyelia Kemas berdepan 16 pertuduhan, kemuka dokumen matan palsu - Mgazette - 10/03 5:32 pm # Penyelia Kemas berdepan 16 pertuduhan, kemuka dokumen matan palsu SHAH ALAM Seorang penyelia Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Hulu Langat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap 16 pertuduhan termasuk lapan pertuduhan pilihan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu antara 2023 hingga 2024 |
|
ATM terima sumbangan Hari Raya lebih RM2 juta - Mgazette - 10/03 5:32 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan daripada 50 syarikat, badan korporat dan individu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM2.086 juta |
|
Penjawat awam mengaku tidak bersalah kemuka dokumen pencapaian palsu petugas - Sinarharian - 10/03 3:45 pm SHAH ALAM - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas 16 pertuduhan termasuk lapan pertuduhanpilihanmengemukakan dokumen mempunyai butir matan palsu berkaitan penilaian pencapaian petugas, lebih dua tahun lepas.Maheran Abd Malik, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.Wanita itu didakwamengemukakan dokumen penilaian pencapaian yang mengesahkan output kerja petugas Abdul Hamid Khairudin, 28, di bawah seliaannyadengan niat memperdayakan Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Hulu Langat serta Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran Parlimen Pandansedangkan petugas tersebut tidak mencapai output berkenaankerana tidak hadir bertugas.Bagi pertuduhan pilihan, Maheran didakwa secara curang menggunakan suatu dokumen sebagai tulen, iaitu Borang Penilaian Pencapaian Output atas nama petugassama kepada prinsipal yang samayang mengandungi pernyataan palsu.Perbuatan itu didakwa dilakukandi Pejabat Kemas Daerah Hulu Langatdi Seksyen 6, Bandar Baru Bangi antara 31 Julai 2023 hingga 30 April 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan pilihan, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya SPRMMuhammad Arif Asyraf Mohd Khairimenawarkan jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan wanita itu melapor diri di Pejabat SPRM Shah Alam setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Peguam Suzanawati Ismail yang mewakili Maheran merayu jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai tiga anak termasuk seorang masih bersekolah dan memberi kerjasama baik sepanjang siasatan serta bersedia mematuhi segala syarat ditetapkan."Saya harap jaminan dapat diberikan memandangkan kita sudah hampir menyambut Aidilfitri,jadi ia memberi peluang tertuduh untuk bersama-samakeluarga," katanya.Mahkamah membenarkan jaminanRM10,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat dimohon pihak pendakwaan sertamenetapkan 13 Mei sebagai sebutan semula kes.- Bernama |
|
Bakal pengantin dicekup berkhalwat di kondo mewah - Mgazette - 10/03 3:38 pm # Bakal pengantin dicekup berkhalwat di kondo mewah JOHOR BAHRU - Seorang wanita memberi alasan tidak sihat dan mendakwa tunangnya perlu menjaganya semasa ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di bandar raya ini semalam |
|
Samseng jalanan: Dua pelajar tak serik ditahan polis - Mgazette - 10/03 3:38 pm # Samseng jalanan: Dua pelajar tak serik ditahan polis MELAKA Tidak sampai dua minggu tragedi kemalangan maut membabitkan tiga pelajar sekolah, dua pelajar tingkatan tiga antara tujuh individu dicekup polis kerana dipercayai berlumba dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Sungai Udang, di sini semalam |
|
Dua wanita antara 8 ahli Geng Adik Labu Besar didakwa - Mgazette - 10/03 3:38 pm # Dua wanita antara 8 ahli Geng Adik Labu Besar didakwa BUTTERWORTH - Dua wanita antara lapan ahli Geng Adik Labu Besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang pada tahun lalu |
|
Harap Bantuan Kasih Johor diteruskan, bantu ringankan beban rakyat Harap .. - Mgazette - 10/03 3:38 pm "Diharap program seperti ini dapat diteruskan secara tradisi demi kebajikan warga Johor termasuk penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negara ini. "Bantuan yang disampaikan ini dapat memberi sedikit kelegaan serta manfaat kepada seluruh penerima terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan hari ini |
|
Aidilfitri: 27 barangan disenarai bawah Skim Harga Maksimum - Mgazette - 10/03 3:38 pm # Aidilfitri: 27 barangan disenarai bawah Skim Harga Maksimum AMPANG Daging kerbau import dari India, sawi hujau, bawang merah antara 27 barangan disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini |
|
Pecat saja, jangan gantung – Ronald Kiandee Pecat saja, jangan .. - Mgazette - 10/03 3:38 pm KUALA LUMPUR - Kecewa dengan keputusan penggantungan keahliannya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee tampil mempersoalkan ketelusan Lembaga Disiplin parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwa kini sudah tersasar daripada fungsi asalnya |
|
Konflik Asia Barat: Makanan cukup, tak perlu pembelian panik - Mgazette - 10/03 3:38 pm # Konflik Asia Barat: Makanan cukup, tak perlu pembelian panik AMPANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan makanan di negara ini masih mencukupi susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat |
|
UMNO tetap perjuang agenda Melayu dalam kerajaan Perpaduan – Asna .. - Mgazette - 10/03 3:38 pm # UMNO tetap perjuang agenda Melayu dalam kerajaan Perpaduan - Asna Amin KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mohd Asna Amin menegaskan kerjasama UMNO dengan DAP dalam kerajaan Perpaduan tidak boleh disamakan dengan gabungan politik yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini |
|
Essential goods supply enough, no need for panic buying - Armizan - Sinardaily - 10/03 3:27 pm KUALA LUMPUR -The public should not engage in panic buying over concerns that the conflict in West Asia could affect import supplies to the country, as the supply of essential goods, particularly for the upcoming Aidilfitri festive season, is sufficient.Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) Minister Datuk Armizan Mohd Ali said his ministry would work closely with the Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) as well as the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) to identify alternative sources of supplyshould any exporting countries suspend exports due to the conflict."I would like to assure the public not to worry and not to engage in panic buying as the supply of essential goods for the festive season issufficient and already available in the country, he told a press conference on the Festive Season Maximum Price Scheme (SHMMP) for Aidilfitri andMADANI Rahmah Sales Programme (PJRM) here today.He said the SHMMP Aidilfitri 2026 would be implemented from March 14 to 28 to control the prices of 27 essential items during the festive season, which among them includelarge yellow onions, large red onions, red chillies, long beans, green mustard leaves and coconut milk, while dhalis an additional item this year.According to Armizan, KPDN enforcement officers would carry out monitoring and enforcement on the ground to ensure compliance with the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011.In another development, Armizan said KPDN is targeting 1,898 series of PJRM nationwide throughout Ramadan."As of March 9, a total of 910 programmes have been implemented while the remaining 988 are scheduled to be held until a day before 1 Syawal, he said.He said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had instructed that the number of items sold under the programme be increased to at least 50 types in the final week of Ramadan, compared with the previous average of 40 types.At the same event, Armizan also launched the Service Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert (SIM@PAX) programme, which offers vehicle service discounts of between 10 and 30 per cent to help the public reduce vehicle maintenance costs, especially those travelling back to their hometowns for Aidilfitri.The programme runs from March 10 to 31 and involves124 Petronas AutoExpert workshop premises nationwide, with bookings available through the Setel application |
|
Armizan: Essential goods supply enough, no need for panic buying - SUN - 10/03 3:26 pm Minister Armizan Mohd Ali assures sufficient Aidilfitri essential goods supply, urges against panic buying despite West Asia conflict concerns |
|
STR kepada BNM selepas 28 transaksi RM19.3 juta masuk akaun Bersatu - Sinarharian - 10/03 3:24 pm KUALA LUMPUR - Pengurus Kewangan CIMB Bank, Cawangan Menara CIMB KL Sentral memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) telah dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kemasukan RM19.3 juta ke akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), enam tahun lalu.Lee Hui Nee berkata demikian dalam perbicaraan hari kedua, empat kes salah guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM200 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pegawai wanita berusia 58 tahun itu berkata, bank cawangan tersebut mendapati terdapat 28 transaksi wang secara berperingkat mencecah RM19.3 juta, dimasukkan ke akaun semasa CIMB Islamic Bank parti, bermula 24 Ogos 2021 hingga 11 November 2022 lalu.Beliau yang juga saksi pendakwaan kedua berkata, nilai tertinggi diterima akaun parti itu ialah RM2 juta sementara terendah, RM200,000.Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, empat transaksi mencecah RM4 juta didepositkan menerusi cek atas seorang individu dikenali Datuk Azman Yusoff sementara satu transaksi sebanyak RM1 juta daripada syarikat Mamfor Sdn Bhd.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Hui Nee berkata, STR akan dibangkitkan setiap kali pihak bank mengesan isyarat amaran awal atau red flag dengan akaun tersebut.Pendakwaaan: Adakah CIMB keluarkan STR bagi transaksi ini kepada BNM?Hui Nee: STR merupakan maklumat sulit pelanggan, jika ada kemasukan wang yang terlalu tinggi, maka laporan itu akan dikeluarkan.Pendakwaaan: Dalam kes ini, bagi akaun bank Bersatu, adakah STR telah dikeluarkan?Hui Nee: Ya, ada.Pendakwaan: Jadi BNM sudah maklum mengenai perkara itu?Hui Nee: Saya tidak pasti, tugas bank hanya mengemukakan STR kepada BNM, jadi saya tidak tahu tindakan susulan BNM.Berdasarkan pernyataan saksi, beliau berkata, akaun semasa atas nama Bersatu itu didaftarkan sebagai 'pelabur' dan jenis perniagaan disenaraikan sebagai 'parti politik'.Menurutnya, pemohon bagi pembukaan akaun tersebut ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Kamarulzaman Habibur Rahman, Anina Saadudin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Pada 1 Disember 2020, nama pemegang akaun telah ditukar kepada Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Mohamed Salleh Bajuri.Sementara itu, ketika menjawab peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili bekas Perdana Menteri berusia 79 tahun itu turut menyoal mengenai STR.Peguam: Saya cadangkan, jika STR dikemukakan, ia tidak bermakna berlaku kesalahan mengikut undang-undang?Hui Nee: Keputusan muktamad terletak pada BNM.Peguam: Hanya BNM yang boleh menentukan sama ada terdapat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang?Hui Nee: Ya, setuju.Peguam: Jadi, kita tidak sepatutnya membuat kesimpulan bahawa transaksi tersebut menyalahi undang-undang, setuju?Hui Nee: Setuju.Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat pindaan, Ahli Parlimen Pagoh ini didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM225.3 juta.Wang itu didakwa daripada seorang individu iaitu Datuk Azman Yusoff dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika ia dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta antaranya daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara Kuala Lumpur, di sini antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen ini membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Prosiding di hadapan Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin bersambung Rabu. |
|
'Terdapat kesan cedera yang mencurigakan, kepala Hayl Haarith dihentak objek tumpul' - Bapa - Sinarharian - 10/03 3:19 pm MARANG "Selepas bedah siasat, terdapat beberapa kesan kecederaan yang mencurigakan di bahagian kepala, mata, hidung dan bahagian kanan muka."Demikian kata Mohd Syafaeez Mat Liki, 35, bapa kepada bayi lelaki berusia empat bulan, Hayl Haarith, yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.Menurutnya, selain kecederaan tersebut, turut ditemui luka pada kulit kepala anaknya yang dipercayai akibat hentakan objek tumpul."Selain itu, terdapat luka pada kulit kepala yang seolah-olah terkena hentakan objek tumpul," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan di sini pada Selasa.Mohd Syafaeez berkata, pada awalnya dia menyangka kematian anak sulungnya itu adalah kematian biasa selepas dimaklumkan oleh pihak taska bahawa bayi berkenaan lemas ketika tidur.Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang diterima kemudian menimbulkan tanda tanya terhadap punca sebenar kematian.Menurutnya, pada malam sebelum kejadian, dia sempat membuat panggilan video bersama anaknya yang ketika itu kelihatan ceria sebelum isterinya, Ummu Habibah Wahab, 30, masuk bertugas sebagai jururawat.Namun katanya, suasana berubah apabila dia menerima panggilan telefon daripada pihak taska kira-kira jam 4 pagi yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.Berita duka itu kemudiannya disahkan oleh isterinya sekitar jam 5.40 pagi yang memaklumkan bahawa bayi mereka telah meninggal dunia.Mohd Syafaeez yang bekerja sebagai peniaga di Terengganu menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan individu yang bertanggungjawab sekiranya terbukti berlaku penderaan terhadap anaknya."Saya sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan itu kerana ia tidak berperikemanusiaan dan saya berikrar akan menuntut keadilan agar nasib sama tidak menimpa keluarga lain," katanya.Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat membawa anak dan isterinya membeli pakaian baharu bagi menyambut Aidilfitri."Saya rasa sedih dan terkilan sebab hasrat untuk membeli pakaian raya bersama-sama tidak kesampaian |
|
Ambil peluang Ramadan lupakan perselisihan, bekas ahli Umno diberitahu - FMT - 10/03 2:30 pm Veteran Umno berkata suasana Ramadan dan menjelang Aidilfitri waktu terbaik semua pihak bermaafan serta menamatkan pertelingkahan demi kukuhkan parti. |
|
Bakal pengantin dicekup berkhalwat di kondominium mewah - Sinarharian - 10/03 2:29 pm JOHOR BAHRU - Bakal pengantin yang merancang untuk bernikah selepas Aidilfitri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat di sebuah kondominium mewah di bandar raya ini, awal pagi Isnin.Serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi selepas pihak penguat kuasa menerima aduan orang awam berkaitan kehadiran pasangan bukan mahram di sebuah unit kediaman di bangunan berkenaan."Pasukan penguat kuasa yang tiba di lokasi terlebih dahulu memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan sebelum menuju ke unit yang dimaksudkan untuk melakukan pemeriksaan."Pintu rumah diketuk beberapa kali sambil penguat kuasa memberi salam dan memperkenalkan diri, namun tiada respon pada awalnya sebelum pintu akhirnya dibuka kira-kira 10 minit kemudian oleh seorang lelaki."Pemeriksaan di dalam rumah studio itu menemui seorang wanita sebaya lelaki berkenaan yang turut berada di dalam unit berkenaan," kata JAINJ dalam satu kenyataan.Jelas JAINJ, hasil soal siasat awal mendapati pasangan tersebut mengaku belum berkahwin tetapi sudah bertunang dan merancang untuk bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri."Lelaki ini berumur 20-an, masih bujang dan bekerja di seberang tambak |
|
KPDN periksa mengejut kedai emas sempena Aidilfitri - Sinarharian - 10/03 2:22 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan pemeriksaan ketulenan emas di premis sekitar Jalan Masjid India di sini menjelang musim perayaan Aidilfitri.Pemeriksaan ke atas 10 premis itu dijalankan KPDN Kuala Lumpur bersama KPDN Putrajaya.Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, sepanjang pemeriksaan, tiga hingga enam sampel emas dipilih secara rawak daripada setiap premis untuk diuji menggunakan alat X-Ray Fluorescence (XRF) bagi tujuan pengesahan standard ketulenan.Menurutnya, hasil pengujian menunjukkan bahawa semua sampel logam berharga yang diuji mematuhi ketulenan seperti yang ditandakan dengan peratusan komposisi sebenar."Selain itu, KPDN turut menjalankan pemeriksaan tanda harga adakah ia jelas atau mengelirukan, begitu juga alat timbang sukat yang kita dapati pematuhan terbaik di sepanjang premis."Kita juga memeriksa resit jualan bagi memastikan ia mengandungi 10 perkara wajib seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Diperbuat Daripada Logam Berharga) 1994."Butiran itu ialah nama dan alamat penuh pembekal, tarikh pembelian, nama dan jenis artikel, standard ketulenan artikel, harga logam berharga bagi setiap satu gram, berat artikel, harga artikel, kos pembuatan jika ada."Selain itu, tandatangan jurujual serta perihal mengenai bahagian yang dibuat daripada logam berharga yang berlainan standard ketulenannya," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Beliau berkata, tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama mengikut Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011.Mengenai operasi pemeriksaan itu, Mohd Sabri memaklumkan sebuah premis dikenakan notis selepas tidak mempamerkan harga yang jelas bagi emas tulen 999.9."Alasan diberikan peniaga ialah harga kerap bertukar iaitu turun naik."Itu tidak boleh diterima dan peniaga perlu cari jalan dan tentukan harga untuk dipamerkan dan dimaklumkan dengan jelas |
|
Meet The Three Buskers Who Made An Orignal Raya Song For The Curve’s Festive Campaign - Therakyatpost - 10/03 2:15 pm The Curve shopping mall debuts an original Raya song created by veteran buskers who have been performing on its grounds for years. |
|
I will not forgive and will seek justice Father of baby believed abused to death - Sinardaily - 10/03 1:43 pm MARANG A fathers joy of celebrating Hari Raya with his firstborn turned into a heartbreaking tragedy when his four-month-old baby boy died, believed to have been abused at a childcare centre.Mohd Syafaeez Mat Liki, 35, said he never imagined that a video call with his son, Hayl Haarith, on the night before the incident would be their last before they parted forever.He said his baby appeared cheerful that night before his wife, Ummu Habibah Wahab, 30, left for work as a nurse.However, the situation turned tragic when he received a call from the childcare centre at about 4am informing him that his son was unconscious.The devastating news was later confirmed by his wife at around 5.40am, when she informed him that their baby had died.Initially, I thought it was a natural death and there was nothing suspicious |
|
Cuti sekolah tambahan dua hari sempena Aidilfitri - Sinarharian - 10/03 1:41 pm PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sehingga dua hari, tertakluk mengikut Kumpulan A dan B.Berdasarkan kalendar Akademik KPM 2026, Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac.Kumpulan B pula menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Mac.Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya adalah daripada Kumpulan B.Di samping itu, cuti Aidilfitri turut disambung dengan Cuti Penggal Pertama sekali gus membolehkan pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.Bagi Kumpulan A, cuti penggal berlangsung selama sembilan hari bermula 20 hingga 28 Mac, manakala Kumpulan B pula bercuti dari 21 hingga 29 Mac. |
|
27 barangan bawah SHMMP Aidilfitri - FMT - 10/03 1:13 pm Orang ramai diingatkan tidak membuat pembelian panik kerana kerajaan membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan mencukupi. |
|
Drive safe, spend less: Govt rolls out vehicle service discounts ahead of Aidilfitri - Malaymail - 10/03 12:38 am AMPANG, March 10 Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Armizan Mohd Ali today launched the Servis Ihs... |
|
Aidilfitri price cap set for 27 essential goods including vegetables, poultry, and fish, says minister - Malaymail - 10/03 12:22 am AMPANG, March 10 Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Armizan Mohd Ali today said the government wil... |
|
Polis Pahang lulus lebih 600 permit jual mercun, bunga api - Sinarharian - 10/03 11:50 am KUANTAN Polis Pahang mengeluarkan 627 permit atau lesen menjual bunga api dan mercun kepada peniaga sempena musim perayaan Aidilfitri di negeri ini.Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, setakat ini daripada 648 permohonan yang diterima, 19 ditolak atas pelbagai sebab manakala dua lagi masih dalam proses.Menurutnya, hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan mendapati empat kes tangkapan dan rampasan dilakukan melibatkan kesalahan melanggar peraturan termasuk berniaga mercun dan bunga api tanpa permit."Pihak polis sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan peniaga terlibat mematuhi peraturan yang ditetapkan dan hanya menjual mercun atau bunga api yang dibenarkan sahaja," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Peluncuran PDRM Tanjung Putra 188 (PTP 188) Fun Run & Fun Ride 2026 anjuran Polis Pahang di sini pada Selasa.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada beberapa agensi termasuk laporan kimia bagi merumuskan hasil siasatan kes kematian tragis lima sekeluarga di Taman Cerating Damai pada 17 Februari lalu.Beliau berkata, selain keluarga terdekat, pihak polis turut merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan sebelum ini."Setakat ini kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.Berhubung PTP 188 Fun Run & Fun Ride 2026 yang dijadualkan pada 23 Mei depan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1), Yahaya berkata, penganjuran program itu bersempena sambutan Hari Polis ke-219 selari dengan agenda Tahun Melawat Malaysia 2026.Katanya, ia sebagai satu pendekatan santai untuk menghimpunkan warga PDRM dan orang awam melalui aktiviti sukan dan riadah."Pelbagai kategori menarik disediakan pada acara larian dan kayuhan santai itu dengan beberapa kategori dipertandingkan iaitu larian lima dan 10 kilometer (km) serta acara kayuhan 50 km."Orang ramai boleh melayari Facebook Polis Pahang untuk maklumat lanjut termasuk membuat pendaftaran bagi menyertai acara itu," katanya. |
|
JPJ gantung lesen pemandu bas ekspres terbabit kemalangan di Johor - Sinarharian - 10/03 11:05 am ALOR SETAR Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung lesen vokasional (PSV) pemandu sebuah bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan sehingga mencederakan beberapa penumpang di Kilometer 19, Jalan Johor BahruAir Hitam di Johor, pada malam Ahad.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan itu diambil sementara menunggu hasil siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.Menurutnya, arahan penggantungan lesen tersebut dibuat di bawah Seksyen 56 Akta Pengangkutan Jalan."JPJ telah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk menggantung lesen PSV pemandu bas berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya ketika ditemui selepas menyertai Program Singgah Sahur JPJ Kedah bersama Komuniti Permotoran, awal pagi Selasa.Jelas beliau, pihaknya turut mengarahkan satu pasukan menjalankan Audit Keselamatan Pemeriksaan JPJ (JISA) terhadap bas yang terlibat bagi meneliti aspek pematuhan keselamatan kenderaan.Katanya, semakan awal turut mendapati peranti kawalan had laju (SLD) bagi bas berkenaan masih sah digunakan sehingga tahun 2027."Bas tersebut mempunyai sijil SLD yang masih sah, namun siasatan lanjut tetap akan dijalankan bagi memastikan punca sebenar kemalangan," ujarnya.Tambah beliau, kes kemalangan itu kini berada di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandangkan ia melibatkan kemalangan jalan raya.Sebelum ini, media melaporkan sebuah bas ekspres membawa penumpang dipercayai terbabas sebelum terbalik di tepi jalan berhampiran Kampung Sepakat Baru, Batu 11 susur keluar Plaza Tol Skudai.Dalam kejadian itu, bas berkenaan dipandu lelaki tempatan berusia 62 tahun bersama seorang pembantu pemandu berumur 51 tahun serta sembilan penumpang.Sementara itu dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata, JPJ merancang menambah lebih banyak kamera badan (BWC) bagi kegunaan anggota penguat kuasa di lapangan.Menurutnya, setakat ini agensi itu mempunyai kira-kira 100 unit kamera badan yang mula digunakan sejak November tahun lalu, khususnya ketika anggota menjalankan operasi penguatkuasaan di jalan raya."Setakat ini kita lihat keberkesanannya agak tinggi kerana anggota yang bertugas diwajibkan memakai kamera badan semasa menjalankan operasi |
|
PKNS peruntuk RM273,600 jayakan lapan program Ramadan Kasih - Sinarharian - 10/03 10:55 am SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan sebanyak RM273,600 bagi menjayakan lapan program di bawah inisiatif Ramadan Kasih PKNS pada tahun ini.Inisiatif itu memberi manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat termasuk anak yatim, fakir miskin, warga emas dan orang awam.Peruntukan itu merangkumi sumbangan tunai RM100,000 kepada setiap rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Pengurusan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi, Sabak Bernam dan Kompleks Asrama Anak-Anak Yatim Pulau Indah, Klang bagi menyokong operasi serta pembangunan institusi berkenaan.Selain itu, turut disediakan bantuan pakaian raya dan duit raya kepada 26 anak yatim, barangan keperluan asas dapur kepada 50 keluarga warga emas fakir miskin serta pengagihan 6,000 bekas bubur lambuk percuma kepada orang awam dengan keseluruhan peruntukan RM73,600.Terdahulu, kira-kira 500 warga PKNS berbuka puasa bersama 26 anak yatim dari Pertubuhan Pengurusan Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Miskin Sekendi, Sabak Bernam dalam Program Iftar Ramadan Kasih PKNS di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini pada Jumaat.Mereka turut menerima duit raya RM200 setiap seorang yang disampaikan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas.Pada majlis sama, Persatuan Pegawai Kanan (SOA) PKNS yang diwakili presidennya, Wan Zuraimy Che Wan Zaid turut menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada rumah kebajikan berkenaan.Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Kepimpinan Rabbani Mengemudi Cabaran Semasa, Tegas Pada Prinsip dan Pemurah Pada Bersedekah' yang disampaikan penceramah bebas,Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin.Selain itu, solat Isyak dan Tarawih berjemaah diadakan di Aneka Walk yang diimamkan Ustaz Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin.Pelbagai inisiatif kebajikan sepanjang Ramadan bukan sahaja bertujuan membantu golongan memerlukan, malah menyemai nilai keprihatinan, persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.Inisiatif Ramadan Kasih PKNS yang dianjurkan sejak 2023 itu turut mencerminkan komitmen berterusan agensi kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat khususnya di Selangor.Sementara itu, Izham ketika ditemui berkata, kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menganjurkan program kebajikan termasuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan bagi membantu golongan memerlukan.Katanya, usaha seperti itu selaras dengan tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya berkongsi rezeki selain menyantuni anak yatim, fakir miskin dan golongan kurang berkemampuan.Beliau turut memuji inisiatif PKNS bagi membantu golongan memerlukan melalui pelbagai bentuk sumbangan."Menjamu orang berbuka puasa ini pahalanya sangat besar |
|
Kakitangan bank, pelajar antara 8 'Geng Adik Labu Besar' didakwa terlibat kumpulan penjenayah - Sinarharian - 10/03 10:52 am BUTTERWORTH - Seorang kakitangan bank dan pelajar antara lapan individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini di atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang pada tahun lalu.Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22, Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23, Muhamad Samerin Shahrom, 35, Mohamed Aizat Rosmadi, 28, Aizal Abuk Bakar, 23, Mohammad Zaini Yusoff, 27, Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22 dan MuhamadFitri Abdul Karim, 31,mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid, pada Selasa.Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Adik Labu Besar' antara Mac hingga 16 Oktober 2025.Mereka masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah apartmen Vista Perdana di Jalan Kampung Gajah, Kampung Gajah di sini.Oleh demikian, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574] dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, V Suloshani dan Maryam Jamielah Ab Manaf.Peguam Manjit Singh Mann mewakili Nurul Natasha manakala tujuh tertuduh tidak diwakili peguam.Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mana-mana tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Tiada jaminan ditawarkan Suloshani terhadap kesemua tertuduh berikutan kes melibatkan keselamatan awam.Manjit bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan satu jaminan terhadap anak guamnya.Roslan kemudiannya tidak membenarkan jaminan bagi kesemua tertuduh kerana permohonan jaminan hanya boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi."Berkenaan jaminan, mahkamah tidak boleh membenarkannya."Jika ada permohonan (jaminan), boleh dibuat di Mahkamah Tinggi nanti," katanya.Kes ditangguh hingga 4 Mei untuk sebutan semula serta serahan dokumen.Sebelum ini media melaporkan, lapan ahli kumpulan jenayah pecah rumah yang aktif melakukan sekurang-kurangnya 42 kes dengan kerugian hampir RM1 juta berjaya dilumpuhkan polis menerusi operasi khas yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang dalam operasi khas pada 15 Februari lalu.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, operasi khas dinamakan Ops Shadow itu membabitkan satu kumpulan penjenayah yang aktif melakukan kesalahan jenayah harta benda khususnya kes pecah rumah di sekitar Pulau Pinang.Kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak 2024 sehingga Oktober 2025.Semua tangkapan mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk rompak berkumpulan, pecah rumah, curi dalam bangunan, curi kenderaan, mendatangkan kecederaan, khianat, memiliki serta melupuskan barangan curi selain aktiviti penagihan dadah. |
|
Immigration counters for Migrant Repatriation Programme 2.0 to close March 1925 for Hari Raya Aidilfitri - Malaymail - 10/03 10:45 am PUTRAJAYA, March 10 Counters for the Migrant Repatriation Programme 2.0 (PRM 2.0) will be temporarily closed fro... |
|
Rancang pembelian, penyediaan makanan elak pembaziran sepanjang musim perayaan - Sinarharian - 10/03 10:31 am SHAH ALAM - Pengguna harus merancang pembelian dan penyediaan makanan secara sederhana bagi mengelakan pembaziran makanan terutama ketika musim perayaan seperti Ramadan, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dalam masa sama para peniaga juga digalakkan menyediakan makanan mengikut permintaan sebenar bagi mengelakkan lebihan yang tidak terjual.Menurutnya, ini kerana pembaziran makanan merupakan satu masalah serius di negara ini."Walaupun perayaan bertujuan mengeratkan hubungan serta menggalakkan amalan berkongsi rezeki, kita sering melihat banyak makanan yang berakhir sebagai sisa dan dibuang."Pembaziran makanan bukan sahaja satu kerugian dari segi ekonomi, malah merupakan isu moral dan alam sekitar."Ketika masih ada golongan masyarakat yang berdepan kesukaran mendapatkan makanan, pembaziran ini amat dikesali," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah Lam Thye, selain itu, sisa makanan yang dibuang ke tapak pelupusan turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.Jelasnya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengurangkan pembaziran makanan."Usaha untuk menyalurkan lebihan makanan yang masih selamat dimakan kepada golongan yang memerlukan melalui bank makanan dan badan kebajikan perlu diperkasakan."Pendidikan mengenai menghargai makanan juga perlu dipupuk sejak di bangku sekolah," ujarnya.Beliau turut mengajak orang ramai mengamalkan sikap bersederhana dan menghargai setiap rezeki yang ada."Mengurangkan pembaziran makanan adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar," katanya. |
|
Students score extra Aidilfitri break in 2026 term calendar - Malaymail - 10/03 10:00 am KUALA LUMPUR, March 10 Students, teachers, and parents will have a slightly longer break this Aidilfitri, as the... |
|
Politik kita tak pernah berpuasa - FMT - 10/03 9:00 am Dunia politik kita memang tak akan pernah berpuasa kerana sasaran mereka bukan hari raya tapi pilihan raya |
|
Local cookie sellers gear up for Hari Raya growing demand, evolving taste - BorneoPost - 10/03 8:03 am KUCHING (March 10): As Hari Raya Aidilfitri approaches, local bakers and vendors are ramping up preparations to meet rising demand while adapting to changing customer preferences |
|
Tiada wakil India, kaji semula lantikan Ahli Penasihat DBKL – Subash - Mgazette - 10/03 7:51 am # Tiada wakil India, kaji semula lantikan Ahli Penasihat DBKL - Subash KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan digesa menilai semula pelantikan 11 Ahli Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tahun ini |
|
PM akan umum beberapa lagi berita baik menjelang Aidilfitri – PMO - Mgazette - 10/03 7:51 am # PM akan umum beberapa lagi berita baik menjelang Aidilfitri - PMO KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa lagi berita baik buat rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri |
|
PRN, PRU-16 serentak jimat kos, tak bebankan rakyat – Arthur - Mgazette - 10/03 7:51 am # PRN, PRU-16 serentak jimat kos, tak bebankan rakyat - Arthur JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) perlu diadakan serentak untuk menjimatkan kos, tidak menyusahkan rakyat dan tidak menganggu pentadbiran kerajaan |
|
Kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca litar pintas - Exco - Sinarharian - 10/03 2:50 am KUANTAN - Insiden kebakaran yang meragut nyawa lima sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub pada 26 Februari lepas berpunca daripada litar pintas.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mendapati punca kebakaran itu juga disebabkan sistem pendawaian yang tidak teratur sehingga menyebabkan berlakunya litar pintas."Berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh JBPM Pahang terhadap kes-kes kebakaran struktur tahun ini, sebanyak 15 daripada 35 kes keseluruhan berpunca daripada faktor elektrikal iaitu sekitar 43 peratus diikuti tujuh kes berpunca daripada peralatan gas iaitu 20 peratus, serta enam kes berpunca daripada api berbara iaitu sekitar 17 peratus manakala selebihnya masih dalam siasatan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena dengan Siap Siaga Raya Tahun 2026 di Padang MBK 1 di sini pada Isnin.Mohammad Fakhruddin juga berkata, atas titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihaknya akan menyumbangkan sebuah Rumah Rakyat Pahang kepada waris mangsa yang terselamat, yang dijangka siap pada tahun ini.Beliau berkata, pihaknya bercadang memastikan setiap rumah mampu milik di Pahang dilengkapi alat pemadam api bagi meningkatkan tahap keselamatan penghuni memandangkan penggunaannya amat penting terutama apabila melibatkan elektrik atau gas yang tidak boleh dipadam dengan air kerana boleh memburukkan keadaan.Pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar itu turut menyaksikan penyerahan dua jentera Fire Rescue Tender oleh Syarikat Alliance Steel kepada JBPM Pahang.Beliau berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan juga jelas menunjukkan komitmen pihak industri dalam menyokong usaha pihak berkuasa dalam memperkukuh aspek keselamatan awam.Mohammad Fakhruddin berkata, sebagai langkah tambahan untuk meningkatkan kecekapan respons kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jentera dan pasukan JBPM Pahang akan ditempatkan di tiga lokasi strategik sepanjang lebuh raya utama iaitu kawasan rehat dan rawat Temerloh, Gambang serta Genting Sempah dari 19 hingga 24 Mac ini."Langkah ini diambil bagi memastikan masa tindak balas pasukan penyelamat dapat dipertingkat sekiranya berlaku sebarang kecemasan sepanjang tempoh perjalanan pulang masyarakat ke kampung halaman," katanya |
|
Bersih gesa PDRM sahkan kehadiran dua individu mengaku polis di pejabatnya - Sinarharian - 9/03 10:03 pm KUALA LUMPUR Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kehadiran dua individu yang mengaku sebagai anggota polis di pejabat organisasi itu pada Isnin.Sekretariat Bersih memaklumkan, maklumat mengenai kehadiran dua individu berkenaan diperoleh daripada rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di pejabat tersebut ketika kejadian berlaku.Menurutnya, dua individu terbabit dikatakan datang ke pejabat berkenaan dan berbual dengan rakan NGO itu bagi mendapatkan maklumat mengenai keberadaan wakil Bersih."Pihak Sekretariat Bersih mendapat maklumat daripada rakan NGO bahawa terdapat dua orang yang mengaku sebagai anggota polis telah datang ke pejabat Bersih sekitar jam 11.30 pagi tadi."Mereka telah bercakap dengan rakan NGO tersebut bagi mengetahui keberadaan kami," menurut kenyataan Sekretariat Bersih pada Isnin.Bagaimanapun, katanya, tujuan kehadiran dua individu tersebut tidak dimaklumkan dan pihaknya juga tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada polis setakat ini."Setakat maklumat yang diterima, tiada tujuan dimaklumkan dan pihak kami juga tidak dihubungi secara rasmi oleh pihak polis untuk apa-apa siasatan," jelasnya.Sehubungan itu, Bersih menggesa PDRM mengesahkan sama ada individu yang hadir ke pejabat tersebut benar-benar merupakan anggota polis dan memberikan pemakluman rasmi kepada pihaknya."Seandainya dua orang tersebut adalah daripada anggota polis, kami menggesa pihak PDRM untuk mengesahkan lawatan anggota tersebut dan memberi pemakluman secara rasmi kepada Bersih," ujarnya.Bersih merupakan gabungan pertubuhan masyarakat sivil yang memperjuangkan reformasi pilihan raya serta tadbir urus demokrasi di Malaysia. |
|
After losing wife, man raises her sisters like his own children for 21 years - Sinardaily - 9/03 8:37 pm THE sacrifice of a man from Johor Bahru who raised his sisters-in-law as if they were his own children proves that love in a family is not always bound by blood relations.For Syazana Taat, 43, Mohd Puad Basri @ Hassan, 62, is not just a brother-in-law, but an important figure who cared for and raised them.She said although her sister, Khirina, passed away 21 years ago, the man stayed with them and continued to take care of the family."My brother-in-law covered our schooling expenses |
|
PM to announce more good news ahead of Aidilfitri - BorneoPost - 9/03 6:58 pm KUALA LUMPUR (March 9): Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is expected to announce several more pieces of good news for the people ahead of the Aidilfitri celebration, according to the Prime Minister’s Office (PMO) |
|
Sejambak Kasih Aidilfitri assistance reaches Sibus vulnerable communities - BorneoPost - 9/03 6:18 pm SIBU (March 9): A total of 723 Muslim welfare recipients in Sibu Division received Aidilfitri contributions under the Welfare Department’s Sejambak Kasih Hari Raya programme held on Monday |
|
Customers Complain About Local Brand’s Baju Raya, Fades After Just One Wash - Therakyatpost - 9/03 6:12 pm Some customers were shocked when the clothes faded in certain spots after a light wash. |
|
PM umum beberapa berita baik dalam masa terdekat - Sinarharian - 9/03 5:55 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa berita baik untuk rakyat menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pengumuman itu merupakan usaha kerajaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan."Ia selaras dengan tekad untuk membina sebuah negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan."Insya-Allah, Perdana Menteri juga akan mengumumkan beberapa lagi berita baik buat rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri," katanya pada Isnin.Pengumuman itu dibuat selepas Anwar mengemukakan tujuh langkah intervensi segera bagi meringankan beban rakyat.Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan digerakkan dengan hasrat memastikan rakyat dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih tenang dan bermakna."Sebagai imbasan, antara pengumuman utama Perdana Menteri termasuklah pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula Selasa, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 yang melibatkan penjawat awam, pesara dan veteran, selain imam, bilal, guru KAFA dan sebagainya."Pagi tadi juga kita mendengar bahawa peluasan siri Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara akan dilakukan, selain peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa," katanya.Pejabat Perdana Menteri turut berharap segala bantuan, ikhtiar serta langkah yang diumumkan itu dapat memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dan membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |