///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Raya Aidiladha News   Page 1    





Aidiladha: Trafik bergerak perlahan 4 kilometer masuki Kelantan - Mygazette - 26/05 4:50 pm





3 beradik didakwa bunuh warga emas di Jasin - Mygazette - 26/05 4:50 pm

JASIN - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan berhampiran sebuah taman permainan dua minggu lepas





JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JPJ Johor .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm

# JPJ Johor rekod 1,987 kesalahan dalam operasi khas Aidiladha JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengambil tindakan terhadap 1,205 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2026





Padah jadi keldai akaun, 3 lelaki didenda Padah jadi keldai akaun, 3 .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pinjaman dan pekerjaan tidak wujud





8 termasuk 6 warga asing didakwa miliki ketamin, MDMA 8 termasuk 6 warga .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm

# 8 termasuk 6 warga asing didakwa miliki ketamin, MDMA KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk enam warga asing berusia antara 24 hingga 41 tahun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki dua jenis dadah di sebuah hotel mewah di sini awal pagi Ahad lalu





Kemelut Pas-Bersatu: Lebih baik berpisah sekarang – Penganalisis - Mygazette - 26/05 4:50 pm

# Kemelut Pas-Bersatu: Lebih baik berpisah sekarang - Penganalisis KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman yang melanda Pas dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin kritikal sehingga mengundang pandangan, jalan perpisahan segera adalah pilihan terbaik berbanding terus menunda konflik





MB Johor minta maaf gesa Zahid berundur selepas diminta Sultan Johor,... .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm

# MB Johor minta maaf gesa Zahid berundur selepas diminta Sultan Johor, TMJ JOHOR BAHRU - Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mendakwa digantung keahliannya pada 2023 selepas menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)





PKR lantik Amirudin pengarah pilihan raya bersama, ganti Nurul Izzah - Mygazette - 26/05 4:50 pm

# PKR lantik Amirudin pengarah pilihan raya bersama, ganti Nurul Izzah KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya bersama parti itu, menggantikan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar





Dakwaan tipu pindah saham syarikat: Individu dibebaskan tanpa dipanggil .. - Mygazette - 26/05 4:50 pm

# Dakwaan tipu pindah saham syarikat: Individu dibebaskan tanpa dipanggil bela diri KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang individu daripada pertuduhan menipu melibatkan pembayaran lebih RM25,000 berkaitan urusan pemindahan saham sebuah syarikat, kira-kira 14 tahun lalu





Kelantan TRW tidak layak beraksi di Liga Super musim depan - Sinarharian - 26/05 4:44 pm

KELAB bola sepak Kelantan The Real Warriors (TRW) FC sah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 20262027 selepas gagal memperoleh Lesen Kebangsaan.Badan bebas, First Instance Body (FIB) mengesahkan permohonan yang dikemukakan oleh kelab Pantai Timur itu ditolak berikutan kegagalan memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Peraturan Pelesenan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).Pemangku Pengerusi FIB, Hussaini Hussin berkata, keputusan rasmi itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa FIB Pelesenan Kelab MFL yang bersidang pada Isnin.Menurut Hussaini, proses penilaian dibuat secara menyeluruh berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh setiap kelab dengan merujuk kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 20252026."Penilaian ini merangkumi enam kriteria utama iaitu sukan, infrastruktur, personel dan pentadbiran, perundangan, kewangan serta perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.Menurutnya, empat lagi kelab iaitu Imigresen FC, Melaka FC, Kuala Lumpur (KL) City FC dan PDRM FC diberikan Lesen Kebangsaan dengan 'sanction' mengikut Artikel 8.2 MFL CLR."Keempat-empat kelab ini dikehendaki mengemukakan maklumat tambahan kewangan bagi memenuhi keperluan Kriteria Kewangan dan Kriteria Infrastruktur selewat-lewatnya pada 15 Julai."Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan perkara ini dirujuk semula kepada pihak FIB untuk tindakan lanjut





Pemandu peribadi tak mengaku culik budak 11 tahun - Sinarharian - 26/05 4:13 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, minggu lepas.TertuduhMuhamad Rafiqzam Hafeq Mohd Rosly, 23, didakwa menculik kanak-kanak itu daripada bapanyaRosli Ab Ghani, 49, di Jalan Ilmu berhampiran sebuah kolej di sini hingga ke sebuah stesen minyak di Bukit Damansara antara 2.30 petang hingga 4.49 petang pada 19 Mei lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurbatrisyia Mohd Razib, manakala tertuduh diwakili peguam P





WCE expects 150,000 vehicles daily during Aidiladha - SUN - 26/05 3:50 pm

The West Coast Expressway (WCE) expects over 150,000 vehicles daily during the Aidiladha festive season with enhanced traffic measures.





Work Constraints, Family Commitments Keep Raya Haji Celebrations Modest This Year - Rakyatpost - 26/05 3:40 pm

From newlyweds to working parents, many Malaysians are embracing a quieter Aidiladha shaped by duty, distance and devotion.





Over 150,000 vehicles a day expected on WCE highway over Aidiladha break - Sinardaily - 26/05 3:31 pm

SHAH ALAM - More than 150,000 vehicles a day are expected to use the West Coast Expressway (WCE) during peak days coinciding with Hari Raya Aidiladha, the school holidays and a long weekend.WCE said in a statement on Tuesday that a significant increase in traffic flow is anticipated due to balik kampung travel and holiday activities throughout the period.To ensure smooth traffic flow and user comfort, various preparedness measures will be put in place, including the suspension of all construction and maintenance works involving lane closures, except for unforeseen emergency work





PRU16 dijangka jadi medan pertarungan terbuka - Rafizi - Sinarharian - 26/05 3:08 pm

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka menjadi pertandingan terbuka atau 'free-for-all' apabila setiap parti politik dilihat akan membawa haluan dan strategi sendiri demi kelangsungan masing-masing.Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, senario itu semakin jelas apabila UMNO dilihat tidak akan kekal sebagai 'pemain kedua' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, UMNO tidak ditubuhkan untuk menjadi pelengkap kepada parti lain, sebaliknya mempunyai matlamat untuk kembali menguasai kerajaan."UMNO tidak wujud untuk jadi aksesori politik kepada orang lain





RON95 kekal RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai - PM - Sinarharian - 26/05 2:48 pm

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara mencukupi sekurang-kurangnya hingga Julai ini meskipun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan konflik di Asia Barat serta gangguan laluan perdagangan di Selat Hormuz.Menurut beliau, kerajaan juga masih mampu mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun berlaku peningkatan kos penghantaran dan insurans kapal akibat konflik berkenaan."Doa supaya selamat kerana hubungan baik ini membantu bekalan minyak cukup





Tiga beradik didakwa bunuh warga emas - Sinarharian - 26/05 2:11 pm

JASIN - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Majistret Jasin di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan berhampiran sebuah taman permainan dua minggu lepas.Ketiga-tiga tertuduh RMurugan, 20; RArunasalam, 27, dan RMagendran, 28, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamildi hadapan Majistret Mazana Sinin.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa membunuh sorang lelaki warga emas berusia 64 tahun di kawasan berhampiran taman permainan, Jalan Anum 3, Taman Muhibbah, Merlimau dalam daerah Jasin antara 8 hingga 8.30 malampada 13 Mei lepas.Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Yusri manakala peguam LSherveen mewakili ketiga-tiga tertuduh.Mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan patologi





RTM bawakan tiga kisah pengorbanan keluarga sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 1:38 pm

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tiga telefilem istimewa sempena sambutan Aidiladha tahun ini yang mengetengahkan tema pengorbanan, kasih sayang dan kekuatan institusi keluarga.Menurut agensi itu, setiap fasa kehidupan berkeluarga menuntut kesabaran mental dan fizikal selain memerlukan sikap tolak ansur serta komunikasi berterusan bagi membina hubungan yang bahagia."Sambutan Aidiladha turut mengingatkan umat Islam terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang sarat dengan nilai kepatuhan, keikhlasan dan kesediaan melepaskan sesuatu yang disayangi demi tuntutan lebih besar."Dugaan seperti masalah kewangan, perbezaan pendapat dan cabaran mendidik anak menjadi medan untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Antara telefilem yang bakal disiarkan ialah 'Demi Janji Itu' di TV1 pada 27 Mei, jam 10.30 malam.Drama lakonan Juhara Ayob itu mengisahkan Khadijah, seorang wanita tabah yang membesarkan anak tirinya selepas kematian suami.Bagaimanapun, anak tirinya, Irfan sering memberontak dan terjebak dengan jenayah sebelum satu kejadian menyedarkannya untuk berubah.Turut membintangi drama arahan Bade Azmi itu ialah Fadhli Masoot, Sobri Anuar, Amalina Arham, Aleeza Shadan, Dai Fuad, Kalpana Shree dan Azlan Azmi.Selain itu, RTM turut menyiarkan drama 'Direbus Tak Empuk' di TV2 pada hari sama, jam 3 petang.Telefilem tersebut menampilkan Adeline Tsen sebagai Ai Lin, seorang gadis Cina yang memeluk Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya.Dengan sokongan sahabatnya, Zain lakonan Alif Muhaimin, Ai Lin cekal menghadapi cabaran hidup sebelum mereka mendirikan rumah tangga.Dalam pada itu, drama 'Aidil Milik Adha' pula akan disiarkan di saluran Okey pada 27 Mei, jam 9.30 malam.Karya itu dibintangi Wanss Ahmad, Kumika Kufaizul, Adriana Kamaruddin, Hafidzuddin Fazil dan Rosnah Johari.Drama berkenaan mengisahkan perjuangan seorang ayah muda bernama Adha yang sanggup berkorban demi membesarkan anaknya selepas perkahwinannya dipisahkan keluarga isterinya.





PM Anwar back in Permatang Pauh ahead of Aidiladha celebration - Malaymail - 26/05 1:29 pm

GEORGE TOWN, May 26 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim returned to his hometown in Penang today for a brief...





Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 1:08 pm

SHAH ALAM - Lebih 150,000 kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada hari-hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, cuti persekolahan serta cuti hujung minggu yang panjang.WCE dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, peningkatan ketara aliran trafik dijangka berlaku susulan pergerakan pulang ke kampung dan aktiviti percutian sepanjang tempoh berkenaan.Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselesaan pengguna, pelbagai langkah kesiapsiagaan akan dilaksanakan termasuk penangguhan semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang membabitkan penutupan lorong lebuh raya, kecuali kerja kecemasan luar jangka.Menurut kenyataan itu, jentera bantuan seperti trak tunda turut ditempatkan di lokasi strategik sepanjang jajaran lebuh raya."Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) serta petugas peronda juga diperkukuhkan bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara pantas dan berterusan 24 jam sehari."Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan sebarang insiden dapat ditangani segera sekali gus meminimumkan gangguan kepada aliran trafik utama," menurut kenyataan itu lagi.Dalam usaha meningkatkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pengguna disaran memanfaatkan versi terkini aplikasi mudah alih WCE yang menyediakan navigasi laluan, maklumat lokasi kemudahan seperti stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), tempat berteduh motosikal dan telefon kecemasan.Aplikasi itu turut menyediakan bantuan Kecerdasan Buatan (AI) serta maklumat trafik masa nyata.Selain itu, perancangan perjalanan digital dipermudah menerusi sokongan menyeluruh sistem PayDirect Touch n Go di semua plaza tol WCE yang membolehkan caj ditolak terus daripada baki e-dompet tanpa perlu menambah nilai kad secara manual.WCE turut menyediakan enam Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lengkap dengan kemudahan asas seperti kawasan parkir, surau dan tandas.Kemudahan gerai makanan pula disediakan di beberapa lokasi terpilih iaitu di R&R Sungai Nyior arah utara dan selatan serta R&R Bukit Kapar arah utara, manakala Hentian Sebelah dengan kemudahan asas turut disediakan di setiap plaza tol.Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix pula menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada sepanjang tempoh aliran trafik tinggi."Dalam tempoh pergerakan trafik yang tinggi ini, kami menasihatkan semua pengguna agar merancang perjalanan lebih awal dan mengutamakan aspek keselamatan pada setiap masa."Dengan sokongan kemudahan digital dan kesiapsiagaan operasi, WCE komited untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan efisien."WCE mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Hari Wesak dan selamat bercuti kepada semua





Amirudin ganti Nurul Izzah sebagai pengarah pilihan raya PKR - FMT - 26/05 1:03 pm

Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata Nurul Izzah Anwar akan terus memainkan peranan strategik dengan menumpukan pembangunan kapasiti jentera dan gerak kerja parti.





JPJ Sabah intensifies Aidiladha operation with undercover monitoring - BorneoPost - 26/05 12:41 am

KOTA KINABALU (May 26): Undercover monitoring will be among the key enforcement approaches employed by the Sabah Road Transport Department (JPJ) during the Special Hari Raya Aidiladha Operation aimed at curbing traffic offences and reducing road accidents throughout the festive season





Tingkat penguatkuasaan sempadan laut, darat, laluan 'tikus' seludup barang subsidi sempena Aidiladha - Sinarharian - 26/05 12:31 am

SHAH ALAM - Rondaan sempadan darat dan laut, sekatan jalan raya selain menumpukan laluan 'tikus' yang digunakan sindiket menjadi fokus kesiapsiagaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi pada musim perayaan Aidiladha.Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan atau penyalahgunaan barang bersubsidi.Menurutnya, ini kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."PGA terus memperkukuhkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan di kawasan sempadan darat negara dengan memberi fokus khusus kepada sempadan MalaysiaThailand di Semenanjung Malaysia serta sempadan MalaysiaIndonesia di Sabah dan Sarawak."Melalui pelaksanaan Op Taring, Op Tiris, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta risikan berterusan, PGA memberi tumpuan kepada laluan panas dan laluan tidak sah atau laluan tikus yang sering digunakan sindiket penyeludupan bagi membawa keluar barangan bersubsidi seperti diesel, petrol, minyak masak, gula dan barangan kawalan lain ke negara jiran."Pada masa sama, PPM sentiasa memperketatkan kawalan keselamatan serta meningkatkan rondaan di kawasan perairan dan sempadan lautan negara sempena musim perayaan serta cuti panjang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, penugasan PPM memberi tumpuan kepada pemantauan laluan laut, pemeriksaan ke atas bot dan vesel mencurigakan serta pengawasan kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan.Tambahnya, sempena musim perayaan Aidiladha serta cuti panjang, JKDNKA sentiasa mempertingkat tahap kesiapsiagaan dan memperkukuhkan operasi penguatkuasaan di seluruh kawasan sempadan negara bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan, khususnya melibatkan barangan bersubsidi dan barangan kawalan yang boleh menjejaskan kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat."Pendekatan penguatkuasaan secara agresif, bersepadu dan berasaskan risikan yang dilaksanakan bersama agensi penguatkuasaan lain melalui Op Tiris dan operasi-operasi khas berkaitan diyakini mampu membendung ketirisan subsidi negara."Ini juga memastikan bekalan barangan keperluan kekal mencukupi untuk rakyat sepanjang musim perayaan," ujarnya.Kata beliau, selain itu, Ops Tiris terus dilaksanakan secara berterusan di seluruh perairan negara bagi membanteras dan mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan bahan api bersubsidi."Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguatkuasaan lain dalam menutup ruang jenayah rentas sempadan dan melindungi hasil serta subsidi negara daripada dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya.Tegasnya, pada masa sama, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan amat dihargai dan menjadi elemen penting dalam memastikan keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara sentiasa terpelihara.





Kos RM70 juta bawa pulang Mourinho ke Real Madrid - Sinarharian - 26/05 11:30 am

KEPULANGAN semula pengendali berpengalaman, Jose Mourinho untuk mengemudi Real Madrid dilaporkan berdepan sedikit kesukaran ekoran peningkatan ketara pada nilai klausa pelepasan kontraknya bersama Benfica.Walaupun pengendali kelahiran Portugal itu dilaporkan sudah mencapai persetujuan lisan bagi kontrak selama tiga tahun bersama gergasi Sepanyol tersebut, proses perpindahan rasmi kini tergendala akibat isu pentadbiran dalaman.Menurut laporan media Portugal, RTP, kelewatan tersebut berpunca daripada kemelut politik di Santiago Bernabeu, di mana Florentino Perez kini sedang menghadapi saingan sengit dalam pilihan raya presiden kelab buat kali pertama dalam tempoh dua dekad menentang pencabarnya, Enrique Riquelme.Situasi tersebut memaksa Perez memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kempen pemilihan, sekali gus menangguhkan proses menandatangani dokumen rasmi pelantikan Mourinho yang secara teknikalnya masih memegang jawatan di Benfica.Penangguhan berkenaan bagaimanapun membawa implikasi kewangan yang besar buat Real Madrid.Peringkat awal yang membolehkan Los Blancos mengaktifkan klausa pelepasan awal bernilai 7 juta (RM33 juta) dilaporkan telah tamat tempoh pada Selasa lalu.Susulan kegagalan menyelesaikan urusan sebelum tarikh akhir tersebut, klausa pelepasan Mourinho bersama Benfica kini meningkat sekali ganda kepada 15 juta (RM70 juta).Perkembangan ini memberikan kelebihan kepada Presiden Benfica, Rui Costa dalam sesi rundingan untuk menuntut bayaran penuh, atau memaksa Real Madrid mengadakan perbincangan lanjut bagi mencari jalan penyelesaian alternatif.Meskipun berdepan situasi rumit, Mourinho dilaporkan tetap tenang dan komited untuk kembali ke Madrid





Lembu korban 'dicekup' PGA - Sinarharian - 26/05 10:58 am

PASIR MAS Taktik menyeleweng penghantaran lembu sempena sambutan Aidiladha terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah lori yang membawa muatan haiwan ternakan tidak sepadan dengan dokumen kelulusan di Jalan Banggol Ara di sini pada Isnin.Dalam serbuan kira-kira jam 5 petang menerusi Op Taring Wawasan itu, anggota Strike Force Kompeni C Batalion 7 PGA Kuantan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun bersama 13 ekor lembu dan sebuah lori Isuzu berwarna ungu bernilai keseluruhan RM152,000.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya mendapati lori terbabit berada dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dijalankan di kawasan berkenaan.Menurut beliau, hasil semakan mendapati pemandu lori mengemukakan surat kebenaran memindahkan haiwan ternakan dalam Semenanjung Malaysia yang meluluskan penghantaran 20 ekor lembu ke Kota Bharu."Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati hanya 13 ekor lembu berada dalam lori berkenaan."Ini menimbulkan keraguan apabila tujuh ekor lembu dipercayai telah dihantar ke lokasi lain yang tidak dinyatakan dalam dokumen kelulusan pergerakan haiwan ternakan," katanya kepada pemberita pada Selasa.Ujar beliau, suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati lelaki itu mendakwa diarahkan majikannya untuk menghantar lembu terbabit ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan tinggi sempena Aidiladha."Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan haiwan ternakan wajib dihantar ke lokasi seperti yang tercatat dalam borang kelulusan dan menjadi satu kesalahan sekiranya dipindahkan ke lokasi lain tanpa kebenaran," katanya.Menurut beliau, lori serta 13 ekor lembu itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.Tambahnya, pemantauan dan pemeriksaan di Kawasan Tanggungjawab Jeram Perdah akan terus dipertingkatkan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan serta penyelewengan melibatkan haiwan ternakan menjelang musim perayaan.





MPV mewah lari operasi JPJ, ada 20 saman AES - Sinarharian - 26/05 10:34 am

ALOR SETAR - Cubaan seorang pemilik kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire melarikan diri daripada operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal apabila kenderaannya berjaya dikesan dan disita dalam operasi di Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini pada Isnin.Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota penguat kuasa mengesan MPV mewah berkenaan berada di hadapan sebuah pusat perubatan berhampiran Wisma Darul Aman.Menurutnya, pemandu berusia lewat 30-an yang dipercayai seorang tauke lori kemudian cuba melarikan diri dengan memandu kenderaan tersebut ke belakang sebuah bangunan di kawasan Mergong."Bagaimanapun, tindakan pemandu terbabit berjaya dikesan anggota penguat kuasa sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap kenderaan itu," katanya pada Selasa.Beliau berkata, hasil semakan mendapati kenderaan terbabit mempunyai lebih 20 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak membabitkan nilai melebihi RM6,000.Katanya, MPV itu juga didapati tidak memiliki cukai jalan serta perlindungan insurans yang sah."Pemilik memberi alasan saman terbabit baru muncul pada tahun ini, namun tindakan saman dan sita tetap diambil mengikut peruntukan undang-undang," katanya.Stien menegaskan tindakan melarikan diri tidak akan menghalang penguatkuasaan terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya."JPJ akan terus mempergiat operasi bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan," ujarnya.





Rafizi dengan orang Cina - FMT - 26/05 9:30 am

Parti pelbagai bangsa termasuk Bersama tidak punya pilihan selain melayan tuntutan dan desakan orang Melayu jika mahu menang pilihan raya.





Raya korban kurang glamor - FMT - 26/05 9:00 am

Raya haji ibarat kehidupan sebenar kita yang tak sentiasa glamor.





Lembu sado jadi pilihan Aidiladha - Sinarharian - 26/05 8:00 am

TAIPING Jika sebelum ini lembu tempatan menjadi pilihan utama bagi ibadah korban sempena Aidiladha, kini permintaan terhadap lembu sado dilihat semakin meningkat apabila semakin ramai pembeli sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan haiwan bersaiz besar yang menawarkan hasil daging lebih banyak.Biarpun harganya lebih tinggi berbanding lembu biasa dengan nilai mencecah sehingga RM15,000 seekor, permintaan terhadap lembu sado didakwa terus mendapat tempat terutama dalam kalangan mereka yang mahukan nilai lebih besar dari segi kuantiti dan kualiti daging korban.Penternak, Mohd Afiq Shaharim berkata, perusahaan keluarganya yang diusahakan sejak 2001 kini mempunyai kira-kira 385 ekor lembu pelbagai baka termasuk brahman dan Kedah-Kelantan (KK), dengan lapan daripadanya terdiri kategori lembu sado.Menurutnya, fokus terhadap penternakan lembu sado bermula sekitar tahun 2018 selepas mendapat pendedahan daripada pegawai veterinar mengenai potensi baka premium dalam industri ternakan tempatan."Pada awalnya kami tidak nampak potensi besar lembu sado ini, tetapi selepas diberi pendedahan mengenai pembiakbakaan melalui permanian beradas (AI), kami mula cuba."Sekarang ini permintaan semakin ada terutama dalam kalangan pembeli yang mahukan lembu berkualiti tinggi sama ada untuk korban atau tujuan pembiakan," katanya.Beliau berkata, harga seekor lembu sado ketika ini mencecah RM7,000 hingga RM8,000 seekor dan ada juga yang ditawarkan sehingga RM10,000 bergantung kepada saiz serta baka.Katanya, bagi ibadah korban pula, satu bahagian lembu sado ditawarkan sekitar RM750 hingga RM850, sedikit lebih tinggi berbanding lembu biasa kerana nilai daging yang lebih premium."Daging lembu sado lebih lembut dan berkualiti, hampir setanding daging premium seperti wagyu."Itu yang membuatkan ada pelanggan sanggup bayar lebih," katanya.Di PONTIAN, penternak muda yang juga adik-beradik, Mohd Izzuddin Tugiman dan Mohd Ihtisam turut melihat peningkatan permintaan terhadap lembu sado khususnya menjelang Aidiladha.Menurut Izzuddin, haiwan tersebut mendapat permintaan kerana saiz badannya yang besar selain jumlah daging hampir dua kali ganda berbanding lembu biasa."Dulu orang tengok pelik sebab saiz besar dan harga mahal, tetapi sekarang ramai yang cari lembu sado sebab puas hati dapat lebih banyak daging."Kalau lembu biasa sekitar 300 kilogram, lembu sado boleh capai sehingga 700 kilogram."Biarpun harga seekor lembu sado boleh cecah RM15,000, ia tetap dapat permintaan setiap tahun," katanya.Sementara itu, Mohd Izzuddin berkata, kos penternakan lembu sado juga agak tinggi kerana memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram dedak sehari selain makanan tambahan dan rawatan kuku secara berkala.Menurutnya, saiz badan yang besar menyebabkan kuku haiwan tersebut lebih cepat haus dan berisiko mengalami masalah tempang sekiranya tidak dijaga dengan baik.Sementara itu di PADANG TERAP, dua ekor lembu sado seberat kira-kira 900 kilogram di Tenang Agro Farm juga dilaporkan telah ditempah awal oleh pembeli bagi tujuan korban Aidiladha.Pemiliknya, Abdul Hadi Yusoff berkata, dua ekor lembu itu masing-masing dijual pada harga RM15,000.Menurutnya, harga semasa sebenarnya lebih rendah berbanding tahun sebelumnya apabila lembu sado dengan purata berat antara 800 kilogram hingga satu tan pernah dijual pada harga antara RM20,000 hingga RM25,000 seekor."Alhamdulillah, dua ekor lembu sado ini sudah dibeli untuk tujuan korban dan penyumbang juga bersetuju menginfakkan daging kepada fakir miskin di kampung sekitar sini," katanya.Menurut Abdul Hadi, cabaran terbesar penternakan lembu sado ialah pemilihan baka dan aspek penjagaan kerana haiwan bersaiz besar itu memerlukan pemantauan rapi bagi memastikan kesihatannya sentiasa berada pada tahap terbaik.Menurut beliau, bagi mendapatkan lembu bersaiz besar dengan berat mencecah hampir satu tan, haiwan tersebut perlu dibela sekurang-kurangnya selama tiga tahun selain bergantung kepada faktor genetik baka.Katanya, aspek pemakanan juga memainkan peranan penting kerana sebarang kesilapan dalam penjagaan boleh menjejaskan tumbesaran dan berat badan ternakan."Penjagaan lembu sado ini seperti mengasuh anak kecil kerana ia sensitif dan perlu dipantau teliti termasuk aspek kebersihan, kesihatan serta keadaan persekitarannya," katanya.





99,128 tiket feri Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi terjual sempena... - Mygazette - 26/05 7:32 am

# 99,128 tiket feri Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi terjual sempena Aidiladha, cuti sekolah ALOR SETAR - Sebanyak 99,128 tiket feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi serta sebaliknya telah terjual setakat ini bersempena sambutan Aidiladha dan cuti sekolah





Pemilik premis cuci kereta lepas bebas tuduhan edar syabu - Mygazette - 26/05 7:32 am

# Pemilik premis cuci kereta lepas bebas tuduhan edar syabu SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini melepas dan membebaskan seorang pemilik premis mencuci kereta daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 764.4 gram, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya





Lingkaran Cekap akan mulakan caj jalan Gengting Highlands dalam dua fasa - Mygazette - 26/05 7:32 am

# Lingkaran Cekap akan mulakan caj jalan Gengting Highlands dalam dua fasa KUALA LUMPUR - Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, akan melaksanakan caj jalan raya dalam dua fasa, berkuat kuasa 28 Mei dan 28 Jun 2026





KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima - Mygazette - 26/05 7:32 am

# KUSKOP sumbang kira-kira 40 ekor lembu korban, mualaf antara penerima BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 40 ekor lembu korban bernilai RM216,000 disumbangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sempena Aidiladha tahun ini bagi manfaat 27 masjid, surau, NGO, MPKK dan JPKKP di kawasan Parlimen Bukit Mertajam





???Nak jadi PM kena menang kerusi Parlimen dulu??? ??? Nik Nazmi sindir .. - Mygazette - 26/05 7:32 am

# Nak jadi PM kena menang kerusi Parlimen dulu Nik Nazmi sindir Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyindir Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung kenyataan penubuhan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dengan menegaskan seseorang itu perlu memenangi kerusi Parlimen terlebih dahulu sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri





Lori bawa muatan lembu terbabas, 2 cedera di Lebuhraya KL –... - Mygazette - 26/05 7:32 am

# Lori bawa muatan lembu terbabas, 2 cedera di Lebuhraya KL - Seremban KUALA LUMPUR Dua lelaki cedera selepas sebuah lori membawa lima ekor lembu terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di Kilometer 297.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Kajang, awal pagi tadi





Lebih 3 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK, LPT1 sempena Aidiladha - Sinarharian - 25/05 11:30 pm

KUANTAN - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1), AFA Prime Bhd (AFA Prime) menganggarkan jumlah trafik mencecah lebih 3 juta bermula22 Mei lepashingga 2 Jun di lebuh raya berkenaan berikutan sambutan Aidiladhadan cuti umum.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan KesihatanPahang, Datuk Razali Kassim berkata, jumlah kenderaan di Lebuhraya KLK dijangka mencecah 2.18 juta, manakala LPT1 pula dianggarkan menerima 843,000 kenderaan dalam tempoh tersebut.Beliau berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 66 peratus di Lebuhraya KLK dan 71 peratus di LPT1 berbanding hari biasa."Peningkatan ketara aliran trafik ini juga menuntut seluruh pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin, sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalu lintas demi memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar sepanjang musim perayaan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Aidiladha 2026 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini pada Isnin.Razali berkata, kerajaan negeri juga menyeru orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak AFA Prime bagi membantu melancarkan aliran trafik sepanjang musim perayaan.Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 bermula 24 hingga 31 Mei 2026 melibatkan287 anggota penguat kuasa yang berada pada tahap kesiapsiagaan penuh





'Mereka membesar seperti kembar' Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumi - Sinarharian - 25/05 10:07 pm

KOTA BHARU - Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka, Terengganu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buloh Poh, Melor di sini pada Isnin.Jenazah Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14, dikebumikan pada 8.20 malam, manakala abangnya Muhammad Amir Ashraf, 15, pula dikebumikan kira-kira 11 pagi Isnin.Bapa saudara mangsa, Mohamad Zul Hazim Mohd Baldin, 30, berkata, kedua-dua remaja itu membesar bersama seperti pasangan kembar kerana jarak usia mereka hanya setahun selain menjadi cucu sulung yang rapat dengan nenek mereka, Nor Hashimah Hashim, 64."Kami memang terkejut kerana mereka tidak pernah ke sungai itu sebelum ini dan keluarga juga sedang merancang mengadakan hari keluarga sempena Aidiladha hujung bulan ini," katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan tersebut.Dalam kejadian kira-kira 11 pagi Ahad, dua beradik terbabit lemas selepas dibawa arus ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di Sungai Beril.Mayat Muhammad Amir Ashraf ditemukan pasukan penyelamat di dasar sungai kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian pada 3.47 petang Ahad, manakala Muhammad Aidil Amsyar ditemukan terapung berhampiran jeti Pasar Paka pada 9.55 pagi Isnin





Zahid ajak umat Islam manfaat Hari Arafah dengan memperbanyak doa - Sinarharian - 25/05 9:44 pm

KUALA LUMPUR -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh umat Islam untuk memanfaatkan Hari Arafah esok, dengan memperbanyak doa dan amal ibadat demi meraih keampunan dan rahmat daripada ALLAH SWT."Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah."Marilah kita memperbanyak doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan, mudah-mudahan ALLAHSWT mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan ketenangan dan rahmat dalam kehidupan," katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menitipkan doa buat jemaah haji yang sedang berada di Tanah Suci, agarsegala ibadah merekadipermudah dan memperoleh haji yang mabrur.Bagi yang pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha pula, beliau mendoakan agar perjalanan mereka sentiasa selamat dan dipelihara ALLAH SWT."Semoga ia menjadi titik untuk kita terus memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang





'Kami hilang tulang belakang keluarga' - Mangsa pemandu mabuk meninggal dunia selepas 13 hari koma - Sinarharian - 25/05 8:58 pm

KLANG - "Kami sekeluarga mahukan pelaku bertanggungjawab, kami dah hilang anak, hilang tulang belakang keluarga."Demikian luahan pilu seorang ibu, Hamidah Othman, 51, selepas anak sulungnya, Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27, yang sebelum ini parah dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk dan melawan arus di Persiaran Kota di sini, meninggal dunia petang tadi selepas 13 hari bertarung nyawa di hospital.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira jam 4.28 petang selepas berada dalam keadaan koma sejak hari kejadian.Hamidah berkata, dia dan ahli keluarga lain dipanggil doktor untuk berkumpul di wad berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi selepas keadaan Zulfiqar semakin kritikal dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan."Kira-kira jam 4.30 petang, doktor beritahu denyutan nadinya semakin menurun sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HTAR pada Isnin.Menurutnya,mereka sekeluarga mahu pemandu mabuk yang menjadi punca tragedi berkenaan dikenakan hukuman setimpal supaya kejadian sama tidak terus meragut nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah."Saya nak pemandu mabuk ni bertanggungjawab, selain keadilan kepada anak saya sebab dia bukan cedera ringan, tetapi sampai meninggal dunia disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu."Saya minta kerajaan perketatkan lagi undang-undang terhadap pemandu mabuk di jalan raya, jangan bila dah ada kematian baru semua pihak nak ambil serius," katanya.Hamidah berkata, sejak dimasukkan ke hospital selepas kemalangan itu, anaknya tidak pernah sedarkan diri dan hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan mesin pernafasan untuk terus hidup."Dia koma terus sampai sekarang memang tak sedarkan diri, doktor sebenarnya dah cakap harapan untuk dia sangat tipis, tetapi sebagai ibu saya tetap berharap dan terus berdoa supaya ada keajaiban berlaku."Tapi akhirnya saya reda kerana ini semua kuasa ALLAH, cuma sebagai ibu, saya tetap mahukan keadilan buat anak saya yang menjadi mangsa," katanya.Menurutnya, kehilangan Zulfiqar amat dirasai seluruh keluarga kerana arwah merupakan anak sulung yang banyak memikul tanggungjawab membantu keluarga dan adik-adiknya."Dia memang tulang belakang keluarga, adik-adiknya banyak bergantung harap pada dia dan dia juga yang banyak membantu saya selama ini."Banyak lagi cita-cita dia belum tercapai, dia nak buka perniagaan sendiri, sambung belajar sampai habis ijazah dan merancang untuk berkahwin, tetapi semuanya terkubur begitu sahaja," katanya.Sinar Harian pada 18 Mei melaporkan seorang pembantu perancang acara, Low Kean Peng, 35, mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan mangsa parah, kira-kira jam 12.35 pagi, 13 Mei lalu.Siasatan mendapati pemandu terbabit dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Shah Alam sebelum bertindak melawan arus sejauh 3.5 kilometer dan merempuh motosikal ditunggang mangsa sehingga tercampak.Sementara itu, suasana hiba menyelubungi sekitar pekarangan Jabatan Forensik HTAR apabila sanak saudara Allahyarham dilihat mula hadir untuk tujuan serahan jenazah.Jenazah Allahyarham difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Melintang, Perak esok.





Mahkamah Rayuan kembalikan penjara tujuh tahun, kesalahan bahayakan orang awam perlu hukuman berat - Sinarharian - 25/05 6:13 pm

PUTRAJAYA -Mahkamah Rayuan pada Isnin mengembalikan hukuman penjara tujuh tahun ke atas bekas pekerja kilang yang mengaku bersalah merompak seorang wanita, setelah memutuskan kesalahan dilakukan secara melulu dan membahayakan orang awam wajarmenerima hukuman berat.Hakim Datuk Noorin Badaruddin yang mengetuai panel tiga hakim berkata, kesalahan ragut dan rompak menggunakan motosikal telah menjadi semakin berleluasa dan terus menimbulkan ketakutan sertarasa tidak selamat dalam kalangan orang awam, terutamanya wanita dan pengguna jalan raya yang mudahterdedah."Mahkamah telahsecara konsisten mengiktiraf bahawa kesalahan seperti ini bukan sekadar perbuatan mencuri yang terpencil, tetapi kesalahan yang menjejaskan keyakinan orang awam terhadap keselamatan di tempat awam," katanya semasa menyampaikan keputusan itu ke atasAnnuar Jalie.Panel hakim yang dianggotaiDatuk Hayatul Akmal Abdul Aziz danDatuk Seri Mohd Radzi Harun membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengurangkan hukuman penjara terhadap Annuar daripada tujuh tahun kepada empat tahun dan enam bulan.Noorin berkata, hukuman penjara yang berat perlu bukan sahaja untuk menghukum responden (Annuar) tetapi juga sebagai mesej yang jelas bahawa kesalahan yang membahayakan orang awam dengan cara melulu akan membawa hukuman berat.Beliau berkata, Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam mengurangkan hukuman dengan tidak memberi pertimbangan yang mencukupi terhadap beratkesalahan dilakukandan risiko ditimbulkan melalui tindakan responden.Noorin berkata, responden melakukan kesalahan itu pada awal pagi di kawasan perumahan awam terhadap mangsa yang sedangmembonceng motosikal dan perbuatannya menarik beg mangsa semasa kedua-dua kenderaan itu bergerak menimbulkan risiko kecederaan serius, bukan hanya kepada mangsa tetapi juga pengguna jalan raya yang lain."Akibat daripada perbuatan Annuar adalah serius kerana sebarang ketidakseimbangan atau hilang kawalan secara tiba-tiba boleh menyebabkan mangsa tercampak ke jalan raya yang boleh mendatangkan kecederaan atau kematian," katanya.Beliau berkata, hakim Mahkamah Sesyen bertindak betul apabila menganggap kesalahan itu sebagai satu kesalahan yang memerlukan hukuman penjara yang tegas untuk mencerminkan bahaya semasa jenayah itu dilakukan.Noorin berkata, hakim Mahkamah Tinggi telah memberi penekanan berlebihan terhadap pengakuan bersalah Annuar yang walaupun satu faktor mitigasi, namun tidak menjamin pengurangan hukuman secara automatik dan seharusnya bergantung kepada fakta sertakeadaan setiap kes.Beliau berkata, bagi kesalahan melibatkan rompakan dan keselamatan awam, prinsip pencegahan, perlindungan awam serta retribusi mesti kekal sebagai pertimbangan utama.Pengakuan bersalah responden, menurut Noorintidak boleh dianggap sebagai menunjukkan penyesalan luar biasa yang menjamin pengurangan hukuman dan menambah Mahkamah Tinggi telahgagal untuk mengambil kiraresponden cuba mengelak daripada ditangkap semasa melakukan kesalahan itu."Penyesalan yang sebenar mesti dinilai secara keseluruhan keadaan dan tidak hanya disimpulkan daripada pengakuan bersalah," katanya danmenambah hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen mencerminkan ciri memberatkanyang wujud dalam kes itu termasuk risiko ditimbulkan kepada keselamatan awam dan kekerapan kesalahan serupa berlaku.Pada 12 Mac tahun lepas, Annuar, 41, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas kesalahan merompak begNur Antasya Aireen Adnan yang mengandungi beberapa barangan termasuk kad ATM dan telefon bimbit pada 5.30 pagi 17 Februari tahun lepasdi Jalan Ayu 17, Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, Johor.Dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.Pada 15 Oktober tahun sama, Mahkamah Tinggimengurangkan hukuman penjara itu kepada empat tahun enam bulan bermula dari tarikh tangkap pada 17 Februari 2025 namun mengekalkan tiga sebatan, menyebabkan pihak pendakwaan merayu terhadap tempoh penjara itu.Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa RayaShamala Jaganathan mewakili pihak pendakwaan manakala Annuar diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Collin Andrew





Asingkan PRN, Parlimen, kata ketua DAP Sarawak - FMT - 25/05 5:33 pm

Chong Chieng Jen berkata pilihan raya berasingan beri peluang dua kali kepada pengundi menyuarakan tuntutan.





Pengawal keselamatan didakwa bunuh rakan di tapak pelupusan sampah - Sinarharian - 25/05 4:51 pm

SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatandihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas pertuduhan membunuh rakannya di sebuah tapak pelupusan sampah di Ladang Tuan Mee, Ijok, awal bulan ini.K K Turairajoo, 43,mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuhdi bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Lelaki itu didakwamembunuh S Lachumanan,23, di tapak pelupusan sampah Ladang Tuan Mee, Ijok, dalam daerah Kuala Selangorantara 4.41 petang 11 Meihingga 4.42 pagi14 Mei lepas.Pada 11 Mei lepas, mangsa ditemui ahli keluarga dalam keadaan cedera parah sertaberlumuran darah di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan dandisahkan meninggal dunia pada 14 Mei ketika menerima rawatan.Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, muka dan kedua-dua lengan akibat objek tumpul dan senjata tajam selain mengalami pendarahan otak serta retak tulang muka.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun, danjika tidak dihukum matihendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Mahkamah kemudian menetapkan 24 Julai untuk sebutan semula kes bagilaporan bedah siasat dan kimia.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala K Turairajootidak diwakili peguam





SD boleh buktikan sama ada MB Perlis masih ada kepercayaan, kata Sanusi - FMT - 25/05 4:48 pm

Ketua pengarah pilihan raya PAS berkata tidak perlu tunggu usul undi tidak percaya di DUN dibentangkan bagi menguji kedudukan Abu Bakar Hamzah.





Bicara kes Muhyiddin: Tengku Zafrul akan beri keterangan pada 6 Julai - Sinarharian - 25/05 4:19 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Julai ini di Mahkamah Tinggi di sini.Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan perkara itu selepas Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), R Harshini yang juga saksi pendakwaan ke-10 selesai memberi keterangan pada perbicaraan kes tersebutdi hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin."Pada tarikh perbicaraan pada 6 Julai ini kami bercadang untuk memanggil Tengku Zafrul yang merupakan saksi pendakwaan ke-11," katanya yang mengendalikan kes bersama TPR Mahadi Abdul Jumaat, Noralis Mat dan Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memohon supaya pihak pendakwaan menyerahkan pernyataan saksi Tengku Zafrul sebelum Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu dipanggil memberi keterangan pada 6 Julai.Noor Ruwena kemudianmengarahkan pihak pendakwaan menyerahkan pernyataan saksi Tengku Zafrul pada atau sebelum 20 Jun ini kepada pihak pembelaan.Padaprosiding itu, Wan Shaharuddin memohon supaya tarikh perbicaraan pada esok dilapangkan berikutan seorang saksi pendakwaan tidak dapat hadir kerana telah memohon cuti awal.Noor Ruwena turut meminta pihak-pihak memberikan keutamaan kepada kes tersebutkerana ia kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan umum selainmenetapkan tarikh tambahan untuk perbicaraan kes itu pada 1, 2, 3 dan 14 Sept ini."Saya berharap kes pendakwaan ini dapat diselesaikan pada 14 Sept sebelum kedua-dua pihak memfailkan hujahan, selain mahkamah juga perlu meneliti kesemua keterangan (saksi)," katanya.Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti Bersatu.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi





Guru agama didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak - Sinarharian - 25/05 3:54 pm

PASIR MAS -Seorang guru agamamengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki dan menghasilkan gambar lucah.Muhammad Faiz Muhamad Ramly, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah madrasah di Jeli antara 1.10 tengah hari dan 5 petang pada 9 Mei 2026.Bagi pertuduhan ketigadan keempat, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan menghasilkan gambar pornografi kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di Jeli pada Mei 2025.Pertuduhan pertama, kedua dan ketiga dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.Pertuduhan keempat pula di bawahSeksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimumenam sebatan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Nai'lah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zaem Ab Aziz.Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes





6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# 6,107 ternakan direkod bagi ibadah korban di Pulau Pinang GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 1,398 Permit Sembelihan Luar (PSL) bagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal diraikan umat Islam Rabu ini





11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6′ - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# 11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6 KUALA LUMPUR - Seramai 11 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang `Geng RT6 sejak enam tahun lalu





Tular taman permainan ekstrem? Penjaga juga perlu nilai risiko – Exco - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# Tular taman permainan ekstrem? Penjaga juga perlu nilai risiko - Exco MELAKA Setiap pembangunan kemudahan awam termasuk taman permainan di negeri ini telah melalui kajian impak dan penilaian keselamatan sebelum dibina





Tengku Zafrul beri keterangan bicara Muhyiddin Julai ini Tengku Zafrul .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# Tengku Zafrul beri keterangan bicara Muhyiddin Julai ini KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberi keterangan pada perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berkaitan suapan berjumlah RM225.3 juta





PN retak akibat pengkhianatan politik sesama sendiri – Shakir Ameer - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# PN retak akibat pengkhianatan politik sesama sendiri - Shakir Ameer KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman yang semakin membarah dalam Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai karma politik susulan pengkhianatan yang berlaku ketika Langkah Sheraton pada 2020





Perpecahan dalaman boleh bawa kekalahan PN ??? Dominic Lau - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# Perpecahan dalaman boleh bawa kekalahan PN Dominic Lau KUALA LUMPUR Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai mengingatkan bahawa perpecahan dalaman merupakan ancaman terbesar yang boleh melemahkan sesebuah gabungan parti politik seperti Perikatan Nasional (PN)





BN tanding semua 56 kerusi DUN tunjuk sikap pentingkan diri, tak... - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# BN tanding semua 56 kerusi DUN tunjuk sikap pentingkan diri, tak matang - Jimmy Puah JOHOR BAHRU Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di semua 56 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak matang dan tidak berjiwa besar





Pas tuntut tanding di Gombak bukti hilang keyakinan terhadap Bersatu, .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# Pas tuntut tanding di Gombak bukti hilang keyakinan terhadap Bersatu, Azmin A





PRN Johor: BN kekal tanding 56 kerusi DUN, tiada pusingan U - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# PRN Johor: BN kekal tanding 56 kerusi DUN, tiada pusingan U JOHOR BAHRU - Tiada pusingan U akan dibuat berhubung keputusan Barisan Nasional (BN) Johor bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pilihan raya negeri (PRN) akan datang





Krisis Perlis: Undi tidak percaya tak perlu tunggu Sidang DUN - Sanusi - Sinarharian - 25/05 3:01 pm

ALOR SETAR - Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah tidak semestinya perlu menunggu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu jika mahu dilakukan boleh dibuat lebih awal melalui kaedah mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi membuktikan hilang sokongan majoriti terhadap Menteri Besar.Menurutnya, langkah berkenaan tidak memerlukan sidang DUN untuk dilaksanakan sekiranya terdapat sokongan mencukupi dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."Itu pilihan dia (Abu Bakar), tetapi sebenarnya bukan tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya, di luar dewan juga boleh buat perkara itu."Himpun dan hantar SD sebelum sidang DUN boleh dibuat, tak perlu tunggu sidang DUN untuk buat undi tidak percaya," katanya pada sidang akhbar di Seri Mentaloon di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian mengulas laporan media pada Ahad, Abu Bakar secara terbuka memaklumkan akan membubarkan DUN Perlis sekiranya enam ADUN mewakili PAS mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang DUN bulan depan.Menurutnya, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil tindakan tersebut sekiranya situasi berkenaan berlaku walaupun diamanahkan mempertahankan kerajaan negeri ketika ini.Jelas Sanusi, pembubaran DUN mungkin menjadi jalan terbaik sekiranya kemelut politik melibatkan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di negeri itu gagal diselesaikan."Kalau tak ada jalan keluar maka kena bubar, tetapi saya pun teruk juga sebab kena pergi berkempen," katanya berseloroh.Beliau pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya melihat punca sebenar yang mencetuskan krisis politik berkenaan.Menurutnya, tumpuan tidak seharusnya memberi tumpuan terhadap tindak balas yang berlaku selepas itu."Apa yang orang balas itu adalah tindakan balas disebabkan apa yang dibuat





Dua beradik lemas: Mayat adik ditemukan terapung di jeti - Sinarharian - 25/05 2:56 pm

DUNGUN - Mayat mangsa kedua yang lemas di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka dekat sini ditemukan pagi Isnin.Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, mayat Muhammad Aidil Amsyar Mohd Zul-Zunaidi, 14, ditemukan dalam keadaan terapung oleh orang awam berdekatan jeti Pasar Paka pada jam 9.55 pagi.Beliau berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang itu ditemukan dua kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan lemas."Anggota pasukan penyelamat bergegas ke tempat mangsa ditemukan selepas mendapat maklumat penemuan mayat daripada orang awam," katanya ketika dihubungi pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi sungaiDua beradik lemas: Mayat abang ditemukan di dasar sungai'Aidil berpaut pada abangnya, genggaman saya terlepas...' - Rakan mangsa lemas'Kami rancang nak pulang sambut hari raya korban di Kelantan esok' - Ibu mangsa lemasBeliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.Terdahulu, abang mangsa Muhammad Amir Ashraf, 15, telah ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat di dasar sungai sejauh tujuh meter dari tempat kejadian pada 3.47 petang Ahad.Semalam, Bernama melaporkan dua beradik tersebut lemas selepas dibawa arus ketika mandi di Sungai Beril pada jam 11 pagi bersama dua lagi rakan mereka.Sementara itu, bapa mangsa Mohd Zul-Zunaidi Mohd Baldin, 40, ketika ditemui di tempat kejadian berkata jenazah kedua-dua anaknya akan dikebumikan di kampungnya di Melor, Kota Bharu, Kelantan selepas selesai bedah siasat





'Sibuk suruh orang lain bermusyawarah, diri sendiri jalan mengiring' - Dr Mohd Yadzil - Sinarharian - 25/05 1:59 pm

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Mohd Yadzil Yaakub membidas tindakan biro politik parti yang didakwa sibuk mengajar pihak lain mengenai konsep musyawarah sedangkan kepimpinan sendiri dikatakan pernah membuat keputusan tanpa rundingan menyeluruh.Beliau menggambarkan kenyataan Biro Politik Bersatu sebagai cakap tidak serupa bikin dan amalan musyawarah adalah mengikut selera sendiri apabila sibuk mengajar pihak lain mengenainya, tetapi dalam masa sama tidak mengamalkannya sendiri apabila membuat keputusan.Mohd Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban mendakwa, beberapa keputusan penting melibatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dibuat tanpa musyawarah"Musyawarah hanya wujud bila Bersatu untung, tapi ghaib bila Bersatu rugi





Roh reformasi kini pada Rafizi, bukan PMX - Sanusi - Sinarharian - 25/05 1:17 pm

ALOR SETAR Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengalu-alukan kehadiran Parti Bersama Malaysia (MU) untuk mengambil alih ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini.Menteri Besar Kedah itu berkata, perkembangan tersebut dilihat mampu memecah-belahkan PKR selain memberi ruang kepada ahli parti berkenaan menyertai MU.Menurutnya, beliau percaya semangat atau roh reformasi kini lebih dekat dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berbanding Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya alu-alukan kehadiran mereka untuk mengambil ahli-ahli PKR di Kedah, pecah-belahkan PKR dan masuk MU."Sungguh-sungguh pun, saya rasa roh reformasi ada pada Rafizi, tidak ada pada PMX, roh tersebut telah beralih kepada Rafizi," katanya pada Isnin.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 2026 di Mentaloon di sini.Pada 17 Mei lalu, media melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi mengesahkan akan mengambil alih MU sebagai platform politik baharu mereka.Penyerahan parti yang bakal diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilakukan dalam majlis pengumuman hala tuju politik.Perkembangan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mengenai masa depan politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas kedua-duanya dipercayai semakin tersisih dalam PKR sejak setahun lalu.Untuk rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.





11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng RT6 - Sinarharian - 25/05 1:04 pm

KUALA LUMPUR - Seramai 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng RT6' dari 2020.A Raja Ratanam, K Sunthreson, C Vijaya Kumar, N Nadarajah, T Raman, R Vijayan, M Kumaaran, N Harichandran, S Maran, Suwaran Singh Minder Singh dan Mohammad Atif Khan Mohammad Ali Khan yang berusia 22 hingga 48 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng RT6' di daerah Sentul antara 14 Januari 2020 hingga 27 April 2026.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap mereka dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim dan Yazid Mustaqim Roslan.Pada prosiding itu, barisan pembelaan dibarisi peguam Datuk Rajpal Singh, Eu Kah Mun, M Mathaven, Grace Francis, Muhammad Izzhar Idris, S Kirthen, S Premila dan Kelvin Francis.Hanya Nadarajah dan Raman tidak diwakili peguam.Semalam, media melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai Geng RT menerusi tindakan di bawah Akta Langkah-Langkah Keselamatan Khas 2012.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Hussein Omar Khan berkata sindiket itu dipercayai aktif dalam kegiatan pemprosesan dan pengedaran dadah serta jenayah kekerasan di sekitar Lembah Klang sejak 2020




Reformasi     >>



Hubungan baik dengan Iran selamatkan laluan bekalan .. - Mkini
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bekalan minyak negara masih mencukupi, manakala RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter.
Kroni     >>



Rakyat jelata teruja jejak kaki ke Istana Arau - Utusan
ARAU: Tepat pukul 9.30 malam sebaik sahaja pintu pagar dibuka menyaksikan puluhan ribu pengunjung memasuki istana bagi menyaksikan keindahan gemerlapan lampu hiasan bersempena Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau berlangsung selama dua hari berakhir semalam. MKC dianjur bersempena Sambutan Ulang ..
Tabloid     >>



Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia - Ohmedia
Nur Izzati Humaira yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa ditemukan meninggal dunia tengah hari ini. The post Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Another Android brand is teasing us with magnetic rear .. - Androidauthority
C'mon now, why aren't Samsung and Google copying this?
World     >>



Rubio says Strait of Hormuz will open one way or the .. - Aljazeera
Rubio says Strait of Hormuz will open 'one way or the other'
Motor Trend     >>



Buletin MoT Arah Jpj Kembalikan Perkhidmatan Tukar Hak .. - Mekanika
# MOT ARAH JPJ KEMBALIKAN PERKHIDMATAN TUKAR HAK MILIK KENDERAAN DALAM TALIAN SERTA-MERTA **Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengembalikan serta-merta perkhidmatan dalam talian bagi urus niaga Tukar Hak Milik (THM) yang sebelum ini ditangguhkan bagi ..