///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Rang News   Page 1    



Pembangkang perlu sokong RUU pisah peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya - Mgazette - 5/03 8:09 am

# Pembangkang perlu sokong RUU pisah peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya JOHOR BAHRU - Kerajaan perlu meneliti dengan lebih cermat langkah pindaan Perlembagaan berkenaan pemisahan peranan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Pendakwa Raya (PP). Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Jalex Lee En Xiang berkata, pindaan yang bakal dibentangkan itu diharap mendapat sokongan semua pihak termasuk blok pembangkang tidak seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri yang gagal mencapai majoriti dua pertiga di Parlimen kelmarin





RUU had tempoh jawatan PM tak lulus kerugian besar agenda reformasi .. - Mgazette - 5/03 8:09 am

# RUU had tempoh jawatan PM tak lulus kerugian besar agenda reformasi - Sivamalar KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), G. Sivamalar menyifatkan kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun sebagai satu kerugian besar kepada agenda reformasi institusi negara





Had tempoh gagal, sejarah politik tercatat tanda tanya - Utusan - 5/03 8:00 am

DEWAN Rakyat pada Isnin lalu menyaksikan detik yang sepatutnya menjadi titik perubahan sejarah politik negara, namun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun gagal memperoleh majoriti dua pertiga





RUU Bagi Had Tempoh Jawatan PM Akan Dibentang Semula Pada Jun - Fahmi - Siakapkeli - 4/03 10:39 pm

RUU Bagi Had Tempoh Jawatan PM Akan Dibentang Semula Pada Jun - FahmiPUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU





Kerajaan yakin RUU had tempoh PM diluluskan - TPM - Sinarharian - 4/03 9:19 pm

PUTRAJAYA Kerajaan yakin Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun diluluskan selepas ia dibentangkan semula pada sidang akan datang.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kegagalan memperoleh majoriti dua pertiga pada Isnin bukan disebabkan penolakan terhadap cadangan tersebut, sebaliknya berpunca daripada faktor ketidakhadiran beberapa ahli Parlimen."Dia ada berapa orang tak hadir





Penambahbaikan RUU asing peranan Peguam Negara, pendakwa raya ambil masa tiga bulan - Fahmi - Sinarharian - 4/03 6:03 pm

PUTRAJAYA - Proses menambah baik Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 bertujuan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa RUU itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat yang bermula 16 Mac ini."Dijangka proses untuk meneliti pandangan, mengumpulkan maklum balas serta usaha untuk menambah baik rang undang-undang tersebut akan mengambil masa sekitar tiga bulan," katanya yang juga Menteri Komunikasi pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 yang bertujuan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat semalam.Azalina membawa usul untuk merujuk RUU itu ke jawatankuasa berkenaan selepas bacaan kali kedua bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalusi dan meneliti RUU tersebut.Dewan Rakyat kemudian meluluskan usul tersebut dengan lebih suara bersetuju.Azalina berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya itu akan meneliti RUU tersebut termasuk berkenaan mekanisme kawal selia Pendakwa Raya."Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan mencadangkan apa-apa pindaan yang difikirkan perlu berhubung perkara tersebut serta menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan pindaan terhadap rang undang-undang ini dalam tempoh tiga bulan dan boleh melanjutkan tempoh sekiranya perlu," katanya.Jawatankuasa itu akan dianggotai Azalina sendiri sebagai pengerusi selain 11 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.- Bernama





RUU bagi tempoh jawatan PM akan dibentang semula pada Jun - Fahmi - Sinarharian - 4/03 5:41 pm

PUTRAJAYA - Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibentang semula pada sesi Dewan Rakyat seterusnya Jun ini.Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Beliau berkata, kerajaan berharap pindaan Perlembagaan yang bersifat tidak partisan dan bertujuan menambah baik demokrasi negara itu dapat diluluskan dengan sokongan semua pihak kelak."Seharusnya semua Ahli Parlimen memahami bahawa usaha ini adalah untuk memastikan tidak lagi berlaku satu keadaan di mana Perdana Menteri berasa bahawa dia akan dan dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia boleh berkuasa sehingga bila-bila," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen pada Isnin lepas apabila hanya 146 menyokong, 32 tidak hadir dan 44 berkecuali.Keputusan undi belah bahagi diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul selepas ia dibahaskan oleh 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini turut diberi taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Kerajaan berhubung status lapan Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak hadir dalam sesi mengundi bagi RUU itu.Beliau berkata, Kabinet juga difahamkan berlaku salah faham dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang beranggapan RUU itu adalah untuk memberi mandat kepada Anwar menjadi Perdana Menteri bagi tempoh 10 tahun.Lapan Ahli Parlimen menyokong kerajaan tetapi tidak hadir semasa sesi mengundi RUU itu ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Riduan Rubin (Tenom), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Datuk Seri M Saravanan (Tapah), Datuk Larry Soon (Julau) dan Datuk Seri Dr Jeffrey@ Kitingan (Keningau).- Bernaam





Sangat mengecewakan bila ahli Parlimen ponteng - Sinarharian - 4/03 4:25 pm

KUALA LUMPUR - Sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia.Kita menyangka Ahli-ahli Parlimen akan menyokong detik penting dan bersejarah ini untuk menyokong inisiatif reformasi yang sekian lama dinantikan, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang merentasi perbezaan politik.Penggubal undang-undang negara tidak seharusnya merungut tentang kemajuan reformasi yang dikatakan perlahan, namun apabila peluang untuk membawa perubahan, ramai memilih untuk berkecuali dan lebih teruk lagi tidak hadir ke Dewan Rakyat.Ia merupakan satu peluang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menetapkan had tempoh 10 tahun bagi mana-mana individu untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri.Ketidakhadiran lapan Ahli Parlimen kerajaan, ditambah pula dengan keengganan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong pindaan tersebut, amat mengecewakan.Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, bekas pemimpin Bersatu yang kini menyokong kerajaan berkata, beliau memutuskan untuk tidak menghadiri persidangan itu kerana tidak bersetuju dengan undang-undang baharu tersebut.Datuk Larry Sng, Ahli Parlimen dari Julau, Sarawak berkata, beliau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang sukar untuk diterima sebagai satu alasan."Saya dalam perjalanan kembali ke Parlimen selepas mempunyai urusan di tempat lain, tetapi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," kata Sng seperti yang dilaporkan.Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan pula berkata, beliau menghadiri satu majlis keagamaan.Selain itu, ahli Parlimen yang tidak hadir ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Riduan Rubin (Tenom) dan Datuk Seri Jeffrey Kitingan (Keningau).Dalam undian secara blok, 146 Ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu, 44 berkecuali dan 32 tidak hadir.Ia memerlukan sekurang-kurangnya 148 undi untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan bagi pindaan perlembagaan.Semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari DAP dan PKR hadir dan mengundi menyokong rang undang-undang tersebut.Pun begitu, kegagalan Kerajaan MADANI untuk meluluskan rang undang-undang itu bukanlah satu undi tidak percaya





Cadangan had jawatan PM manifesto PH, bukan BN; kenapa salahkan UMNO .. - Mgazette - 4/03 3:43 pm

# Cadangan had jawatan PM manifesto PH, bukan BN; kenapa salahkan UMNO - Asna KUALA LUMPUR - Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mohd Asna Amin mempersoalkan sikap Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin yang seolah-olah menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung isu kehadiran Ahli Parlimen ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026





Jalan sesak, masuk hospital, upacara sembahyang antara alasan 8 MP kerajaan - Harapandaily - 4/03 11:18 am

Pelbagai alasan dikemukakan oleh lapan Ahli Parlimen yang tidak hadir ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun di Dewan Rakyat, kelmarin





Persempadanan pilihan raya: Langkah penting pulih kesaksamaan - Harapandaily - 4/03 10:39 am

Oleh MARTIN VENGADESAN Tahun ini bermula dengan nada positif apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikrar untuk meluluskan empat reformasi utama di Parlimen. Antaranya termasuk rang undang-undang (RUU) untuk memisahkan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri, penubuhan Ombudsman serta rang undang-undang kebebasan maklumat





RUU had tempoh PM: Syahir bidas disiplin blok kerajaan punca reformasi .. - Mgazette - 4/03 7:56 am

# RUU had tempoh PM: Syahir bidas disiplin blok kerajaan punca reformasi terkandas KUALA LUMPUR Kerajaan bertanggungjawab memastikan semua Ahli Parlimen mereka menghadiri sidang Dewan Rakyat supaya situasi menyalahkan pembangkang apabila usul tidak diluluskan tidak berlaku, demikian tegas Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman. Sehubungan itu, beliau menyelar kegagalan blok kerajaan memastikan kehadiran penuh sehingga menyebabkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, 'karam' di Dewan Rakyat, semalam





Lapan ahli Parlimen kerajaan kena beri penjelasan – Fahmi - Mgazette - 4/03 7:56 am

# Lapan ahli Parlimen kerajaan kena beri penjelasan - Fahmi CYBERJAYA Lapan ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan perlu memberi penjelasan berhubung ketidakhadiran mereka ketika sesi pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Mengehadkan Tempoh 10 Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam





NGO kesal RUU had 10 tahun tak lulus, dakwa dipolitikkan - Sinarharian - 4/03 7:50 am

SHAH ALAM - Gabungan #RasuahBusters kecewa berikutan Dewan Rakyat pada Isnin gagal meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berulang kali menegaskan bahawa RUU itu amat penting untuk dilaksanakan agar pembaharuan pada generasi kepimpinan akan datang dapat diwujudkan, di samping mengelakkan pemusatan kuasa yang berpotensi membawa kepada jenayah rasuah dan salah guna kuasa.Beliau berkata, apabila RUU atau undang-undang itu mula diguna pakai, elemen perebutan kuasa dalaman yang menjejaskan kestabilan politik negara untuk jangka masa panjang dapat dielakkan."Kita kena wujudkan satu disiplin politik yang fokus kepada dasar, bukannya kelangsungan kuasa."Sepertimana yang kita lihat, RUU ini gagal diluluskan kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen





Dakwaan PMX tidak punyai sokongan kuat susulan RUU gagal tidak tepat - Afdlin Shauki - Sinarharian - 3/03 11:11 pm

KUALA LUMPUR Dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan kuat di Dewan Rakyat susulan kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 memperoleh majoriti dua pertiga disifatkan sebagai tidak tepat.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, naratif yang dibina Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim itu tidak berasaskan fakta sebenar perjalanan undian di Dewan Rakyat.Menurutnya, blok Pakatan Harapan memberikan sokongan 100 peratus apabila semua Ahli Parlimen hadir dan mengundi menyokong pindaan yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun."Kegagalan mencapai dua pertiga berlaku kerana ketidakhadiran dan kurangnya komitmen daripada sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri."Dalam demokrasi, angka tidak berbohong





Politik sempit gagalkan usaha lulus RUU had tempoh jawatan PM - Mahfuz - Sinarharian - 3/03 6:59 pm

ALOR SETAR Kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun diluluskan di Dewan Rakyat disifatkan sebagai akibat politik sempit pembangkang yang menghalang agenda reformasi institusi negara.Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar kecewa apabila usul pindaan Perlembagaan Persekutuan itu gagal memperoleh majoriti dua pertiga walaupun hanya kekurangan dua undi.Menurutnya, reformasi berkenaan bukan agenda politik mana-mana parti, sebaliknya merupakan keperluan negara yang turut dizahirkan dalam titah rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa pembukaan Parlimen."Persoalan besar timbul sama ada kita benar-benar serius mahu melakukan pembaharuan atau sekadar retorik perubahan tanpa keberanian melaksanakannya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, RUU berkenaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua apabila hanya 146 ahli Parlimen menyokong usul tersebut.Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan seramai 44 ahli Parlimen memilih untuk berkecuali manakala 32 lagi tidak hadir.Beliau berkata, had tempoh jawatan Perdana Menteri bukan soal individu atau serangan kepada mana-mana pihak, sebaliknya satu mekanisme demokrasi bagi mengelakkan penumpuan kuasa berpanjangan serta memastikan peredaran kepimpinan yang sihat.Menurutnya, langkah itu juga penting bagi memperkukuh sistem semak dan imbang serta menghalang politik berkepentingan."Tindakan menolak reformasi berkenaan atau memilih untuk tidak hadir dalam pengundian penting itu merupakan kegagalan moral terhadap amanah rakyat."Ahli Parlimen dipilih untuk hadir dan membuat keputusan dalam detik penting negara, bukan berdiam diri ketika masa depan institusi dipertaruhkan," ujarnya.Beliau menegaskan, sejarah akan mencatat bahawa negara hampir melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh institusi demokrasi, namun digagalkan oleh sikap politik sempit dan kurangnya komitmen terhadap reformasi.Bagaimanapun, katanya, perjuangan memperkukuh institusi negara tidak akan terhenti."Reformasi bukan pilihan politik, ia adalah tuntutan masa depan negara





Hadkan PM 10 tahun: Ketua PKR Batu kecam Ketua Umno Batu - Harapandaily - 3/03 6:20 pm

Tindakan Ketua Umno Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, yang cuba memutarbelitkan fakta dengan mendakwa kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan kuat di Dewan Rakyat dikesali. Ketua PKR Cabang Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, hakikatnya jelas, blok Pakatan Harapan memberikan sokongan 100 peratus terhadap Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang bertujuan mengehadkan..





Ada 154 sokong kerajaan, kenapa salah pembangkang? - Harakahdaily - 3/03 6:05 pm

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainudin, mengingatkan supaya tiada pihak mengeluarkan kenyataan berunsur angkuh susulan kegagalan meluluskan Rang Undang-undang Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam.Beliau berkata, ungkapan seperti kalau nak sampai mati sampai kiamat pun boleh adalah bahasa angkuh dan keangkuhan boleh membawa kepada kekalahan kerana segala penentuan adalah di […] The post Ada 154 sokong kerajaan, kenapa salah pembangkang? appeared first on Harakahdaily .





RUU had penggal PM gagal, kenapa salahkan pembangkang? - Hamzah - Sinarharian - 3/03 4:50 pm

KUALA LUMPUR - Pembangkang menyelar kenyataan beberapa pihak yang menyalahkan blok itu susulan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun gagal diluluskan di Dewan Rakyat.Ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihak yang sepatutnya dipersalahkan ialah ahli Parlimen kerajaan yang menolak RUU tersebut, bukan mengalihkan kesalahan kepada pembangkang."Kalau tengok dari ucapan ahli Parlimen pembangkang semuanya menyatakan kami bersetuju tetapi dengan syarat."Kalau syarat itu tidak diambil kira, maka bermakna bukan kita menolak tapi kita berkecuali."Jadi janganlah keluarkan kenyataan sebegitu





RUU had penggal PM gagal: Pengajaran buat kerajaan supaya lebih bersedia - Sinarharian - 3/03 4:23 pm

SHAH ALAM Kegagalan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berhubung had tempoh maksimum 10 tahun jawatan Perdana Menteri menjadi pengajaran buat kerajaan agar lebih bersedia dan bersatu pada masa hadapan.Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, ia bagi memastikan institusi Perdana Menteri tidak lagi dilihat sebagai kerusi tanpa had, sebaliknya sebagai satu amanah yang mempunyai tempoh tertentu selaras dengan prinsip tadbir urus baik."Kami seramai 40 orang ahli Parlimen dari DAP telah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dengan menyokong sepenuhnya."Demokrasi adalah satu proses maraton, bukan pecutan jangka pendek





Pembangkang letak syarat jika mahu sokong RUU had jawatan PM - Sinarharian - 3/03 3:43 pm

SHAH ALAM - Pembangkang meletakkan dua syarat kepada kerajaan sekiranya mahu menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun jawatan Perdana Menteri.Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, antaranya pindaan terhadap cadangan supaya Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan bagi mengelakkan pemusatan kuasa."Selain itu, had dua penggal sebagai prinsip tetapi Yang di-Pertuan Agong tetap boleh membuat pengecualian dalam hal tertentu dan tetap ada kuasa mutlak untuk melantik seorang Perdana Menteri."Jadi tiada isu bahawa pihak pembangkang tidak menyokong RUU ini sekiranya pindaan ini dibenarkan dengan syarat dipenuhi," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ketika sesi perbahasan, ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) turut membangkitkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, termasuk Perkara 159(5) dan Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.Ujar beliau, pindaan tersebut menyentuh keistimewaan dan kesucian Raja-Raja Melayu, yang memerlukan sesuatu keputusan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu."Ia kerana merujuk kepada Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan ianya kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri





RUU Had Penggal PM gagal: Hebatnya pembangkang ‘membangkang’? - Harakahdaily - 3/03 3:36 pm

KEGAGALAN Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun telah mencetuskan perdebatan awam yang cenderung menyederhanakan punca kegagalan





Dewan Rakyat labuh tirai selepas 20 hari bersidang - Utusan - 3/03 3:07 pm

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat labuhkan tirai mesyuarat pertama bagi penggal kelima, Parlimen ke-15 pada hari ini selepas bersidang selama 20 hari tanpa rehat dan hingga malam bermula 19 Januari lalu. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, mesyuarat pertama itu menyaksikan Dewan Rakyat usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja dan lima Rang ..





Sidang 20 hari tamat, Dewan Rakyat lulus 5 RUU, bahas Laporan... - Mgazette - 3/03 3:04 pm

# Sidang 20 hari tamat, Dewan Rakyat lulus 5 RUU, bahas Laporan Audit KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang berlangsung selama 20 hari sejak 19 Januari lalu, berakhir hari ini selepas menyaksikan pelbagai urusan penting diselesaikan, termasuk meluluskan lima rang undang-undang (RUU)





Dewan Rakyat lulus usul rujuk RUU pisah peranan AG, Pendakwa Raya Dewan .. - Mgazette - 3/03 3:04 pm

# Dewan Rakyat lulus usul rujuk RUU pisah peranan AG, Pendakwa Raya KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul supaya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No





RUU tak lulus, kenapa nak salahkan pembangkang? – Hamzah - Mgazette - 3/03 3:04 pm

# RUU tak lulus, kenapa nak salahkan pembangkang? - Hamzah KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri mendapat sokongan dua pertiga semalam tidak boleh diletakkan di bahu pembangkang





RUU tak lulus bukti Anwar tiada sokongan kuat di Dewan Rakyat – .. - Mgazette - 3/03 3:04 pm

# RUU tak lulus bukti Anwar tiada sokongan kuat di Dewan Rakyat - Gulam Muszaffar KUALA LUMPUR Kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri diluluskan membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan kuat di dalam Dewan Rakyat





RUU pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dirujuk Jawatankuasa pilihan Khas - Azalina - Sinarharian - 3/03 2:39 pm

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan usul supaya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkaitan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan sendiri oleh beliau dan dianggotai 11 ahli Parlimen lain."Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan meneliti RUU tersebut termasuk berkenaan mekanisme akauntabiliti Pendakwa Raya dan mencadangkan apa-apa pindaan yang difikirkan perlu berhubung perkara tersebut."Selain itu, jawatankuasa ini juga kian menyediakan satu penyata yang mengandungi cadangan pindaan terhadap RUU tersebut dalam tempoh tiga bulan."Jawatankuasa Pilihan Khas juga boleh sekiranya perlu melanjutkan tempoh tersebut," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.Azalina pada 23 Februari lalu membentangkan RUU pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa raya untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.Azalina menambah, selain beliau bertindak sebagai pengerusi, ahli Parlimen lain yang turut menganggotai jawatankuasa tersebut ialah William Leong (Selayang), Syahredzan Johan (Bangi), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong), Adly Zahari (Alor Gajah) dan Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu)Senarai lain ialah Lo Su Fui (Tawau), Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) dan Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman (Muar).Azalina turut menjelaskan, ahli Parlimen lain, pakar perlembagaan, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu turut dijemput hadir dalam jawatankuasa khas berkenaan.Usul yang dikemukakan Azalina itu turut disokong sepenuhnya blok pembangkang.Takiyuddin yang bangkit menyokong usul turut menegaskan tindakan itu juga antara perkara yang dimahukan pembangkang.





'Saya setuju RUU, tidak hadir undi sebab tidak sihat' - MP Libaran - Sinarharian - 3/03 2:32 pm

SHAH ALAM - Seorang ahli Parlimen penyokong Kerajaan Perpaduan yang tidak hadir dalam sesi undi belah bahagian bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri pada Isnin, menafikan beliau tidak menyokong usul berkenaan.Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir dari Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan beliau konsisten menyokong usul RUU yang dibawa kerajaan selama ini.Jelasnya, ketidakhadirannya pada sesi undi belah bahagian yang diadakan pada sebelah petang sesi Dewan Rakyat adalah disebabkan beliau tidak sihat dan terpaksa pulang ke rumah pada jam 1.30 petang untuk mendapatkan rawatan doktor."Saya setuju RUU itu, cuma saya tidak dapat ikut (hadir) mengundi disebabkan tidak sihat pada semalam (Isnin)





RUU pemisahan Peguam Negara dan Pendakwaraya diserah kepada JK Pilihan Khas Parlimen - Harapandaily - 3/03 2:10 pm

Rang Undang-undang untuk memisahkan kuasa dan peranan Peguam Negara dan Pendakwaraya diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dipengerusikan oleh Menteri Undang-undang, Datuk Sri Azalina Othman Said





Matematik tidak pernah bohong, yang berubah pendirian politik - Mgazette - 3/03 11:40 am

# Matematik tidak pernah bohong, yang berubah pendirian politik KUALA LUMPUR Isu kekuatan sokongan terhadap kerajaan kembali dipersoalkan apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal meraih sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini





RUU had tempoh 10 Tahun PM dibentang di Dewan Rakyat - Mgazette - 3/03 11:40 am

# RUU had tempoh 10 Tahun PM dibentang di Dewan Rakyat KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun secara agregat





Dewan Rakyat tidak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan .. - Mgazette - 3/03 11:40 am

# Dewan Rakyat tidak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini





RUU pemisahan kuasa Pendakwa Raya, Peguam Negara??tak diundi hari ini? .. - Mgazette - 3/03 11:40 am

# RUU pemisahan kuasa Pendakwa Raya, Peguam Negaratak diundi hari ini? - Fadhli KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari melahirkan keyakinan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya tidak akan diundi di Dewan Rakyat hari ini





Anthony Loke kecewa RUU had jawatan PM tak lulus, semua ahli Parlimen DAP .. - Mgazette - 3/03 11:40 am

# Anthony Loke kecewa RUU had jawatan PM tak lulus, semua ahli Parlimen DAP sokong KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kecewa selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri gagal diluluskan Dewan Rakyat hari ini





Tolak RUU had jawatan PM bukti pembangkang halang reformasi institusi .. - Mgazette - 3/03 11:40 am

# Tolak RUU had jawatan PM bukti pembangkang halang reformasi institusi - Amanah KUALA LUMPUR - Kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat mendedahkan realiti jelas iaitu wujud sikap tidak konsisten dalam kalangan pembangkang yang menghalang kemajuan reformasi institusi





Jumlah wang, aset diperoleh semula SPRM antara tumpuan Dewan Rakyat hari .. - Mgazette - 3/03 11:40 am

Turut tersenarai soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) kepada Menteri Dalam Negeri berhubung strategi menangani peningkatan jenayah kecil dan jenayah harta benda di kawasan perumahan rakyat terutamanya di kawasan berkepadatan tinggi. Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan pembentangan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 berkenaan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya





Anwar dah usahakan had tempoh jawatan PM tapi pembangkang tak minat - Mdateline - 3/03 10:00 am

Pembangkang nampaknya tidak berminat menyokong reformasi untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun untuk jawatan Perdana Menteri. Ia selepas Dewan Rakyat pada semalam gagal meluluskan Rang ..





Ahli Parlimen tolak RUU had tempoh jawatan PM khianat usaha reformasi institusi - Thempress - 3/03 9:59 am

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU)…





Peluang hadkan jawatan PM dah ada tapi pembangkang tolak reformasi - Harapandaily - 3/03 9:41 am

OLEH WAN ANWAR WAN IBRAHIM Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal adalah satu reformasi besar yang bertujuan memodenkan sistem politik negara serta memperkukuh prinsip semak dan imbang. Namun, kegagalan Rang Undang-Undang tersebut memperoleh majoriti dua pertiga mendedahkan satu realiti yang jelas iaitu wujudnya sikap tidak konsisten dalam kalangan pembangkang yang menghalang..





'Bukan saya', Rafizi nafi dakwaan tak sokong RUU had tempoh jawatan PM - Sinarharian - 2/03 11:36 pm

SHAH ALAM - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tampil menafikan dakwaan kononnya beliau antara ahli Parlimen yang tidak menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa beliau bersama wakil rakyat yang lain mengundi dan menyokong usul tersebut."Bukan saya! Saya dan rakan-rakan mengundi menyokong tadi."Yang kami mahu, RUU dipinda yang satu lagi supaya pendakwa raya yang sangat berkuasa dikawal selia oleh Parlimen juga," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.RUU yang dimaksudkan ialah pindaan Perlembagaan bagi mengasingkan peranan peguam negara dan pendakwa raya yang dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.Rafizi bersama sembilan lagi ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat minggu lalu meminta kerajaan supaya meneliti RUU itu dengan lebih terperinci.Beliau berpendapat RUU Perlembagaan (Pindaan) (No





RUU had tempoh jawatan PM: Semua MP PH sokong, ini senarai MP kerajaan tidak hadir - Harapandaily - 2/03 11:16 pm

Semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hadir dan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri





Ada ahli Parlimen kerajaan tidak hadir, sokong usul PMX- Pemuda Pas - Sinarharian - 2/03 9:58 pm

SHAH ALAM - Pemuda Pas mendakwa terdapat ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir dan tidak menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tindakan itu menyebabkan usul tersebut tidak mendapat sokongan dua pertiga majoriti Kerajaan Madani.Menurutnya, walaupun Anwar sendiri membentangkan usul berkenaan, undian yang menyokong hanya berjumlah 146."Hari ini dalam sejarah! Kerajaan Madani pimpinan PMX tidak cukup bilangan majoriti dua pertiga di Parlimen."Undian untuk meminda Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan bilangan minimum 148 orang ahli Parlimen untuk diluluskan."ALLAH Maha Kuasa," ujarnya menerusi laman Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Dewan Rakyat pada Isnin tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.Ketika mengumumkan keputusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen.Seramai 146 ahli Parlimen menyokong RUU tersebut, manakala 44 ahli Parlimen tidak mengundi atau berkecuali dan 32 ahli Parlimen tidak hadir selepas undian secara blok dilakukan sejurus selesai dibahaskan oleh 41 ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang.Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan ahli Parlimen.Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, memberitahu bahawa ia merupakan kali pertama RUU gagal diluluskan dalam penggal pentadbiran PMX."Kerajaan gagal mendapatkan dua pertiga majoriti untuk meminda Perlembagaan petang ini di Dewan Rakyat!"Kali pertama RUU gagal diluluskan dalam penggal pentadbiran PMX," ujarnya.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, berkata pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri gagal mendapatkan sokongan dua pertiga."Jadi pembangkang minta ada pindaan





DAP gesa rakyat persoal ahli Parlimen tak hadir, sokong pindaan had tempoh jawatan PM - Sinarharian - 2/03 8:22 pm

SHAH ALAM - Masyarakat sivil dan pengundi perlu mengecam serta mempersoalkan ketidakhadiran ahli Parlimen termasuk blok pembangkang di Dewan Rakyat susulan keengganan mereka dalam menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya berasa amat dukacita dengan keputusan undian dilaksanakan sebentar tadi berikutan hanya 146 ahli Parlimen yang menyatakan sokongan.Menurut beliau, untuk meluluskan sesuatu pindaan memerlukan sokongan dua pertiga atau 148 ahli Parlimen yang hadir secara fizikal."Keputusan yang menyokong hanya 146 iaitu kurang dua undi untuk mencapai dua pertiga."Saya ingin menegaskan bahawa kesemua 40 Ahli Parlimen DAP hadir untuk menyokong pindaan tersebut."DAP berusaha secara bersungguh-sungguh untuk merealisasikan agenda reformasi ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen apabila hanya sejumlah 146 ahli Parlimen menyokong, 44 ahli Parlimen tidak mengundi manakala 32 selebihnya tidak hadir.





Anwar dah usahakan had tempoh jawatan PM, pembangkang langsung tak sokong - Harapandaily - 2/03 7:28 pm

Pembangkang terbukti tidak menyokong reformasi untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun jawatan Perdana Menteri apabila Dewan Rakyat hari ini gagal meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi tujuan tersebut





Dewan Rakyat tidak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM - Sinarharian - 2/03 7:10 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dewan Rakyat pada Isnin tidak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 untuk mengehadkan tempoh maksimum 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri.Ketika mengumumkan keputusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga ahli Parlimen.Hanya sejumlah 146 ahli Parlimen menyokong RUU tersebut manakala 44 ahli Parlimen tidak mengundi atau berkecuali dan 32 ahli Parlimen tidak hadir selepas undian secara blok dilakukan sejurus selesai dibahaskan oleh 41 ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang.Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan ahli Parlimen.Ia sekali gus menyaksikan RUU yang pertama kali dibentang membabitkan pindaan kepada Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan gagal dibawa untuk bacaan kali ketiga dan kemudiannya diluluskan.RUU berkenaan dibentang bagi bacaan kali pertama pada minggu lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan bacaan kali kedua pula dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diikuti sesi perbahasan oleh ahli Parlimen.Semasa penggulungan RUU itu, Azalina menegaskan, RUU terbabit dirangka serta dibentangkan sepenuhnya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan dengan penghormatan yang tidak berbelah bagi terhadap institusi Raja-Raja.Menurutnya, Perlembagaan sendiri sudah diperuntukkan secara jelas kategori pindaan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 1595 dan Perkara 38(4)."Pindaan ini tidak termasuk dalam mana-mana kategori itu dan tidak menyentuh kedaulatan prerogatif atau kedudukan Raja-Raja





KRPPM-IGAR cadang penelitian menyeluruh Akta SPRM - Sinarharian - 2/03 6:36 pm

KUALA LUMPUR - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governan dan Antirasuah (KRPPM-IGAR) mencadangkan supaya penelitian dibuat untuk menyemak keseluruhan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi memastikan undang-undang sedia ada kekal relevan dan berkesan dalam menangani cabaran rasuah semasa.Pengerusinya, Azli Yusof berkata, keseluruhan Akta SPRM itu perlu dikaji semula dengan memberi tumpuan khusus kepada pindaan terhadap Akta SPRM 2009, khususnya melibatkan Seksyen 5, 13, 14 dan 15.Menurutnya, semakan perlu dilakukan bagi memastikan peruntukan undang-undang bukan sahaja selaras dengan realiti semasa, malah mampu memperkukuh kebebasan institusi dan meningkatkan keyakinan awam terhadap usaha pencegahan rasuah."Cadangan ini antara fokus utama yang dipersetujui dalam mesyuarat pertama KRPPM-IGAR bagi tahun 2026 susulan krisis terkini yang melibatkan institusi tersebut."Antara cadangan utama ialah penyusunan semula mekanisme pemantauan SPRM, termasuk menyemak lima badan pemantau sedia ada," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini pada Isnin.Dalam pada itu, KRPPM-IGAR turut mencadangkan penubuhan sebuah Independent Oversight Board (IOB) yang diperkukuh dengan sembilan ahli bagi menggantikan struktur pemantauan sedia ada.Ujarnya, pelantikan ahli IOB dicadangkan melalui proses saringan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dan disahkan melalui undian majoriti di Dewan Rakyat sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, tanpa penglibatan Perdana Menteri.Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat yang diberi mandat memantau SPRM dicadang dijadikan jawatankuasa tetap yang melapor terus kepada Parlimen."Dalam aspek kepimpinan, kami mencadangkan agar kuasa pemilihan Ketua Pesuruhjaya dipindahkan daripada Perdana Menteri kepada IOB."Melalui mekanisme baharu ini, IOB akan memilih dan menasihati Yang di-Pertuan Agong secara langsung mengenai calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya."Tempoh maksimum perkhidmatan pula dicadangkan dihadkan kepada enam tahun, manakala proses penyingkiran hendaklah dilaksanakan melalui tribunal khas bagi menjamin keselamatan jawatan serta akauntabiliti," katanya.Beliau berkata, bagi memperkukuh akauntabiliti, Jawatankuasa Parlimen di bawah Seksyen 14 Akta SPRM dicadangkan ditambah baik dan dijadikan mekanisme tetap yang bebas daripada kawalan badan Eksekutif.Ujarnya, cadangan itu merangkumi penambahbaikan terhadap keanggotaan dan proses pelantikan ahli jawatankuasa supaya bebas daripada pengaruh Eksekutif, selain memperluas mandat untuk memantau operasi SPRM dan IOB secara langsung.Menurut beliau, laporan jawatankuasa tersebut juga dicadangkan dikemukakan terus kepada Dewan Rakyat sebagai langkah memperkukuh ketelusan."KRPPM-IGAR turut mengesyorkan agar satu pelan halatuju reformasi SPRM yang komprehensif dirangka melalui inkuiri Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dan disiapkan sebelum 31 Disember 2026."Pelan tersebut perlu merangkumi beberapa elemen utama, antaranya, proses pelantikan Pesuruhjaya SPRM yang bebas daripada pengaruh Eksekutif, namun tetap tertakluk kepada kuasa kawal selia Parlimen dan langkah-langkah menjamin pelaksanaan kuasa dan tugas SPRM secara telus serta bertanggungjawab kepada Parlimen."Ia juga termasuk sesi konsultasi awam melibatkan masyarakat sivil dan pakar perundangan; penyediaan laporan cadangan penambahbaikan termasuk draf pindaan kepada Akta SPRM 2009; pengemukaan laporan tersebut kepada kerajaan dan penyebaran kepada umum serta Penggubalan Rang Undang-Undang pindaan Akta SPRM 2009 oleh kerajaan berasaskan laporan jawatankuasa, lengkap dengan jadual masa jelas untuk pembentangan dan perbahasan di Parlimen," katanya.KRPPM turut menegaskan reformasi berkenaan harus dilaksanakan secara tuntas agar institusi ini bebas daripada tanggapan bahawa ia dicengkam oleh pengaruh Eksekutif, memastikan akauntabiliti langsung kepada Parlimen, serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan institusi antirasuah negara.Justeru, ujarnya, bagi merealisasikan reformasi berkenaan pra syaratnya bergantung kepada kehendak politik, pematuhan kepada garis masa serta kesepakatan mererentas parti ke semua pihak berkepentingan."KRPPM secara rasmi akan menyerahkan memorandum reformasi SPRM kepada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said."Kami mendesak agar cadangan ini diberikan keutamaan dan diterjemahkan melalui tindakan segera demi merealisasikan pengukuhan integriti negara dan keadilan kepada rakyat," katanya.





Radzi Jidin nafi tawar diri jadi calon Ketua Pembangkang - Sinarharian - 2/03 3:52 pm

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menafikan dakwaan bahawa beliau menawarkan dirinya sebagai calon Ketua Pembangkang.Mohd Radzi berkata, dakwaan itu dibuat susulan pertemuan beliau bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, Marang pada 18 Februari lalu."Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah menyebut nama saya sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili Bersatu dalam pertemuan tersebut."Fakta atau kebenaran ini boleh disemak dengan sahabat yang turut hadir dalam pertemuan itu iaitu Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Bachok, Shahir Sulaiman dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu, Datuk Razali Idris."Bahkan boleh disahkan juga dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan pembangkang tidak berhasrat untuk mengemukakan sebarang pemakluman rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung jawatan Ketua Pembangkang ketika ini.Justeru Takiyuddin menjelaskan, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin masih kekal sebagai Ketua Pembangkang.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz pada Jumaat berkata, proses penggantian Ketua Pembangkang boleh dilaksanakan kemudian selepas Majlis Tertinggi PN memutuskan siapa Ketua Pembangkang baharu.Tun Faisal berkata, perkara itu boleh dilakukan selepas Dewan Rakyat tamat bersidang dan tiada kaitan dengan tempoh berapa hari lagi Dewan Rakyat perlu bersidang.Ujar Mohd Radzi, beliau dimaklumkan mengenai dakwaan berkenaan ketika membuat persiapan bagi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) di Dewan Rakyat pada petang Isnin."Di bulan Ramadan yang mulia, saya doakan agar mereka yang menyebarkan fitnah ini insaf





Kajian Akta Ibu Kota dibuat secara menyeluruh – Hannah - Mgazette - 2/03 2:58 pm

"Kajian diwujudkan sebelum saya masuk. Yang keduanya, seperti yang saya nyatakan, kajian ini bermula kerana Jabatan Wilayah melihat Akta Ibu Kota dan sebagai respon kepada ahli-ahli Parlimen yang telah membentangkan rang undang-undang persendirian dalam Dewan Rakyat yang telah meminta supaya Jabatan Wilayah melihat struktur ahli majlis," jelasnya





Hamzah perlu berhenti buat kenyataan seolah-olah mewakili PN ??? Tun Faisal - Mgazette - 2/03 2:58 pm

# Hamzah perlu berhenti buat kenyataan seolah-olah mewakili PN Tun Faisal KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Ahli Parimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak lagi mempunyai `locus stadi (hak) untuk mewakili parti itu atau Perikatan Nasional (PN) atas sebarang kapasiti





RUU had tempoh PM jangan jejas kuasa Agong - Utusan - 2/03 2:35 pm

KUALA LUMPUR: Cadangan Rang Undang-Undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun perlu disusun supaya tidak menjejaskan kuasa prerogatif dan keistimewaan Yang di-Pertuan Agong





Pindaan Perlembagaan had tempoh jawatan PM tidak jejas kuasa prerogatif Agong - PM - Sinarharian - 2/03 2:02 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak menjejaskan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pindaan itu juga tidak mengubah asas demokrasi berparlimen dan tidak mengurangkan peranan Dewan Rakyat dalam menentukan kepercayaan terhadap kerajaan."Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Perdana Menteri bergantung pada kepercayaan majoriti Dewan Rakyat





Kajian pindaan akta ibu kota tidak sentuh kuasa Agong, Raja-Raja - Hannah - Sinarharian - 2/03 12:51 am

Saya akan pastikan ia dibawa kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan. Kita tidak akan menyentuh kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong ataupun kuasa-kuasa Raja-Raja."Saya beri jaminan jangan risau kerana yang akan diwujudkan dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah berasaskan undang-undang, bukan sahaja Akta Ibu Kota sedia ada, tetapi kita menghormati semua kuasa Raja, kuasa Eksekutif dan kuasa Legislatif serta sejarah pembentukan Kuala Lumpur," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Salehuddin Saidin yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengambil kira aspek sejarah Kuala Lumpur dalam kajian kebolehlaksanaan pindaan akta berkenaan.Sebelum ini, Hannah berkata, kajian kebolehlaksanaan cadangan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, termasuk pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur, dijangka selesai pada hujung bulan ini.Kajian menyeluruh oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertujuan melaksanakan reformasi tadbir urus DBKL, susulan Rang Undang-Undang Persendirian yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen pada November 2025.Menyentuh kebimbangan bahawa kajian berkenaan menunjukkan hasrat untuk mengubah kuasa pelantikan Datuk Bandar yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Hannah berkata kajian itu telah diberikan kepada UIAM sebelum beliau dilantik sebagai Menteri."Kajian ini telah diberikan kepada UIAM sebelum saya masuk kementerian, sebelum saya dilantik sebagai Menteri Wilayah





RUU had jawatan PM, peranan Peguam Negara fokus Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 2/03 8:10 am

KUALA LUMPUR - Bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026, yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, dan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No





1,500 penagih serah diri kepada PUSPEN - KDN - Sinarharian - 1/03 8:39 am

BACHOK - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan seramai 1,500 penagih telah secara sukarela menyerah diri kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) untuk menjalani rawatan pemulihan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah terbabit direkodkan daripada 6,000 klien yang berada di 30 PUSPEN seluruh negara."Manakala selebihnya iaitu 50,000 klien berada dalam komuniti. Dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang baharu dibuat ini, kita boleh tarik dan dorong mereka (penagih) untuk serah diri."Di mana mereka tidak perlu takut dengan stigma mereka telah melakukan jenayah





Pinda RUU pemisahan kuasa, had tempoh jawatan PM – Hamzah - Mgazette - 1/03 8:09 am

# Pinda RUU pemisahan kuasa, had tempoh jawatan PM - Hamzah KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Ahli Parlimen Pembangkang kelmarin berpandangan kerajaan perlu meminda beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara, serta pengenalan had tempoh jawatan Perdana Menteri





Artikel Pilihan Kansas Batalkan Lesen Memandu Transgender. Wajib Guna .. - Mekanika - 1/03 8:09 am

Langkah ini memberi kesan kepada ribuan penduduk transgender yang sebelum ini telah menukar maklumat jantina pada dokumen rasmi mereka secara sah. Undang-undang tersebut menetapkan bahawa semua lesen memandu negeri itu hanya boleh memaparkan jantina yang ditentukan ketika lahir, sekali gus membatalkan sebarang perubahan yang dibuat sebelum ini





Pembangkang desak pindaan tulus, tolak kuasa kosmetik - Harakahdaily - 1/03 12:04 am

AHLI-ahli Parlimen Pembangkang telah meneliti Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) [D.R.4/2026 dan D.R.5/2026] berkaitan pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara, serta pengenalan had tempoh jawatan Perdana Menteri





Desakan tukar Ketua Pembangkang berisiko jejas imej PN- Nadzir - Mgazette - 27/02 8:00 am

# Desakan tukar Ketua Pembangkang berisiko jejas imej PN- Nadzir KUALA LUMPUR - Desakan menukar Ketua Pembangkang ketika Parlimen berada di penghujung persidangan adalah langkah yang tidak strategik dan berisiko menjejaskan imej blok pembangkang. Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nadzir Helmi berkata, pihaknya menghormati hak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mengurus isu dalaman parti itu




Reformasi     >>



650 askar Amerika mati, cedera pada 2 hari pertama .. - Harapandaily
Iran mendakwa, kira-kira 650 askar Amerika terbunuh atau cedera sepanjang dua hari pertama sahaja perang antara Iran dengan Amerika dan Israel, kata Ibu Pejabat Pegawal Revolusi Iran. Bagaimanapun angka ini disanggah oleh Amerika tetapi mengesahkan ramai juga tenteranya yang mati dalam perang ..
Kroni     >>



Anwar withdraws appeal - Star
PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has withdrawn his appeal against a ruling that blocked him from a question of law over the legal immunity of a Prime Minister to the Federal Court in a sexual assault lawsuit. Read full story
Tabloid     >>



Mahsuri Dagang ringankan beban belanja hari raya .. - Kosmo
SEREMBAN Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itulah yang boleh digambarkan bagi ketua keluarga, Mohd. Nazif Mansor yang disahkan mengidap penyakit young parkinson sejak 2019 tinggal bersama isteri dan lima anak berusia empat hingga 17 tahun. Menurut isteri Mohd Nazif, Nor Fazlina ..
Tech     >>



Oppo joins the AirDrop party - Gsmarena
Google initially launched AirDrop support in Quick Share for the Pixel 10 family alone, but then brought it to more of its own devices. Recently, it announced that Android phones made by other companies would gain support for the new Quick Share (which works seamlessly with Apple's AirDrop), and today Oppo has confirmed ..
World     >>



Trump: US forces doing very well on the war front in .. - Aljazeera
US President Donald Trump said if he had to rate his war on Iran from one to ten, he would give it a fifteen.
Motor Trend     >>



Kes Di AS: Porsche Disaman Selepas 911 GT3 Baharu .. - Careta
Menurut laporan media automotif antarabangsa, pembeli berkenaan, Abdul Azizi, mendakwa beliau membeli model 911 GT3 tahun 2022 pada harga sekitar USD289,490. Kereta tersebut dipasarkan sebagai unit baharu dengan bacaan odometer hanya 34 batu. Namun begitu, saman yang difailkan mendakwa kenderaan