///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Raja Melayu News   Page 1    





Jangan terlalu ghairah berpolitik, hilang adab terhadap raja – Naqib - Mygazette - 14/11 3:53 pm

# Jangan terlalu ghairah berpolitik, hilang adab terhadap raja - Naqib JOHOR BAHRU - Jangan terlalu ghairah mempertahankan kepentingan politik hingga sanggup mengorbankan nilai kesopanan, kesusilaan dan penghormatan terhadap institusi raja-raja Melayu





PRN Melaka: Raja sehari segerakan akad nikah untuk mengundi - Astroawani - 14/11 3:30 pm

Muhammad Aidil Aimin Othman dan Nurfarah Ain Mustamam mengubah masa majlis itu kepada 9 pagi berbanding perancangan asal 10.30 pagi supaya dapat lari sebentar sebelum majlis persandingan berlangsung pada 12.30 tengah hari.





Ismail sahkan tarik balik surat maklum turunkan Tuanku Muhriz - FMT - 14/11 2:39 pm

Menteri besar Negeri Sembilan dilaporkan bertemu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad pada awal minggu ini.





Anak tukang rumah terima Anugerah Pelajaran Diraja UniMAP - Sinarharian - 14/11 2:12 pm

ARAU - Seorang anak buruh binaan membuktikan kesusahan hidup bukan penghalang untuk mencapai kejayaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Konvokensyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke-21 di sini pada Sabtu.Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Luqmanul Hakim Hidayat, 24, berkata, pengalaman membantu bapanya, Hidayat Hilham, 60, yang bekerja sendiri sebagai buruh binaan sejak kecil banyak mengajarnya erti usaha, kesusahan dan pengorbanan.Menurutnya yang berasal dari Selangor, bapa dan ibunya, Noriza Basir, 60, yang merupakan suri rumah tidak pernah berputus asa untuk melihat enam anak mereka memperoleh kehidupan lebih baik menerusi pendidikan."Saya berasal daripada keluarga kurang berkemampuan





Anwar tidak tunduk desakan ubah dasar berasaskan dominasi kaum - Sinarharian - 14/11 2:07 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan tunduk kepada desakan pihak tertentu yang mahu dasar negara diubah berasaskan dominasi kaum demi kelangsungan politik semata-mata.Beliau berkata, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera tidak perlu dipertikaikan.Pada masa sama, beliau memberi jaminan akan terus bertanggungjawab memastikan keadilan, kesejahteraan dan kebahagiaan setiap warganegara tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama.Anwar berkata, meskipun berdepan desakan supaya menyesuaikan dasar negara dengan mengutamakan dominasi kaum demi mengekalkan kuasa politik, beliau tetap berpegang teguh kepada prinsip untuk memimpin Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum."Sekarang ini kalau pergi mana-mana, orang kata: Anwar, kamu perlu menyesuaikan dasar dengan mengutamakan orang Melayu dan dominasi Melayu





MB Negeri Sembilan, 10 Exco tarik balik surat, sokong Tuanku Muhriz - Astroawani - 14/11 2:00 pm

Menurut Ismail, keputusan itu dibuat berdasarkan kenyataan media Raja-Raja Melayu bertarikh 14 Oktober 2026 serta perintah Mahkamah Tinggi Seremban bertarikh 5 Jun 2026.





Evaluate data centres water, electricity consumption carefully - Queen - Sinardaily - 14/11 11:13 am

JOHOR BAHRU - Her Majesty, Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia has called on the authorities, the private sector, and the public to evaluate the impact of data centre development in the country, particularly concerning the environment and the well-being of the community.Her Majesty said such an assessment must take into account the high consumption of electricity and water, land misuse and the effects on the lives of the local community."I hope that the authorities, the private sector, and the public will evaluate the impact of data centres in this country."We must consider the extremely high demand for electricity and water, land misuse, and the overall impact of these data centres on our society including issues such as noise levels and the brightness of lights that remain illuminated from day through to the night, Her Majesty said.Raja Zarith Sofiah made these remarks at the 70th Convocation Ceremony of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) here today, which was also broadcast live via UTMs Facebook page.Raja Zarith Sofiah, who also serves as the Chancellor of UTM, noted that technological advancement cannot be decoupled from the sustainability of the earth especially given that human activity has already had a profound impact, contributing to climate change, pollution, the loss of biodiversity, and the depletion of natural resources.In this regard, Her Majesty urged the educated community to play a role in addressing environmental degradation by shifting their attitudes and embracing a sense of responsibility to preserve the planet for future generations.Furthermore, Raja Zarith Sofiah emphasised that artificial intelligence (AI) should be harnessed to improve the quality of life for society, rather than being pursued solely for economic gain.Her Majesty noted that as a research university and the institution that pioneered the establishment of Malaysias first Faculty of Artificial Intelligence, UTM bears a significant responsibility to ensure that technological development remains guided by ethics, integrity, and human values.The Queen also reminded graduates that the rapid evolution of AI brings both significant opportunities and challenges, requiring them to continuously enhance their knowledge and skills to keep pace with technological change.The 70th UTM Convocation Ceremony will span six days, beginning today and concluding on November 19 at Dewan Sultan Iskandar, celebrating 7,369 graduates from various levels of study across 10 convocation sessions





Nilai kesan pusat data terhadap alam sekitar, masyarakat, titah Raja Permaisuri Agong - FMT - 14/11 11:10 am

Raja Zarith Sofiah menyeru masyarakat memainkan peranan tangani kerosakan alam semula jadi melalui perubahan sikap dan rasa bertanggungjawab memelihara bumi.





MB ubah pendirian, sokong Tuanku Muhriz, dakwa laporan - FMT - 14/11 10:40 am

Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim dilaporkan bertemu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan membawa surat menarik balik bantahannya terhadap kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai pemerintah negeri.





Monsun Timur Laut dan El Nino di Melaka - Sinarharian - 14/11 10:00 am

HAMPIR setiap petang di Melaka sekarang hujan





Modul SPM YAPEIM buka peluang B40 ubah nasib keluarga - Sinarharian - 14/11 9:39 am

PUTRAJAYA - Pendidikan menjadi antara jalan penting untuk membantu keluarga berpendapatan rendah mengubah taraf sosioekonomi menerusi peluang melanjutkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan lebih baik.Atas matlamat itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) meneruskan Projek Pembangunan Modul Kecemerlangan Pendidikan SPM yang diperkenalkan sejak 2016 bagi membantu pelajar B40 membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Nasan berkata, bantuan modul itu bukan sekadar menyediakan bahan ulang kaji, sebaliknya bertujuan meningkatkan peluang pendidikan dan kehidupan pelajar serta keluarga mereka.Menurutnya, keputusan SPM yang baik mampu membuka ruang lebih luas untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mendapatkan pekerjaan lebih baik."Kalau pelajar dapat keputusan baik, banyaklah peluang untuk masuk universiti dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang baik."Jadi, itu akan mengubah sosioekonomi beliau dan juga keluarga





Perpaduan BN-PN bukti politik berasaskan toleransi ??? Saravanan Perpaduan .. - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Perpaduan BN-PN bukti politik berasaskan toleransi Saravanan GADEK - Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pas ysng menerajui Perikatan Nasional (PN) disifatkan mampu membawa nafas baharu kepada perpaduan masyarakat pelbagai kaum berasaskan sikap saling menghormati dan toleransi





Anthony biadab terhadap Agong, jaja isu letak jawatan di Melaka –... - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Anthony biadab terhadap Agong, jaja isu letak jawatan di Melaka - Asyraf MASJID TANAH - Tindakan DAP membangkitkan isu peletakan jawatan pemimpin parti itu susulan kontroversi titah pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa memberi isyarat tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu





Ibarat ‘cerai taklik’, Anthony keluar bila Najib balik rumah .. - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Ibarat 'cerai taklik', Anthony keluar bila Najib balik rumah Ismail Sabri Itu disifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung lafaz peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke susulan keputusan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini





Jangan antan dengan antan berlaga, ayam tepi lesung kekenyangan ??? Jamil .. - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Jangan antan dengan antan berlaga, ayam tepi lesung kekenyangan Jamil Khir ALOR GAJAH Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) supaya mengelak pertelingkahan yang boleh melemahkan kerjasama kedua-dua gabungan dan memberi kelebihan kepada parti lawan khususnya DAP





Siapa penderhaka? - FMT - 14/11 7:30 am

Adakah mereka yang berpegang pada undang-undang dan menunaikan janji kepada pengundi atau mereka yang berlindung di sebalik institusi raja dan sentimen kaum demi mempertahankan seorang banduan?





Tsunami Melayu hampir pasti landa Melaka? - FMT - 14/11 7:00 am

Penyatuan undi Melayu bawah BN-PN dijangka cetus satu lagi gelombang biru sekali gus beri tamparan kepada PH selepas PRN Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.





Mengangkat semula gaharu dalam bangsa Melayu - Sinarharian - 13/11 6:28 pm

GAHARU pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan warisan masyarakat Melayu





Dik Min, Mat Long diburu bantu siasatan kes samun kedai emas di Gong Badak - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# Dik Min, Mat Long diburu bantu siasatan kes samun kedai emas di Gong Badak KUALA TERENGGANU - Polis sedang giat mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes samun bersenjata parang di kedai emas Permata Al-Idrus, Bangunan SEDC 15, Batu Enam, Gong Badak, di sini, yang menyaksikan tiga dulang barang kemas bernilai kira-kira RM500,000 dilarikan





DAP didakwa langgar tiga garis merah, kembalikan mandat kepada rakyat - Mygazette - 13/11 5:04 pm

"Dalam perjanjian itu, kita menggariskan syarat-syarat yang jelas bahawa kerajaan ini diwujudkan bersama atas titah Yang di-Pertuan Agong dengan beberapa parameter dan garis panduan. "Ia termasuk mesti sentiasa taat dan setia, jangan sesekali mempersenda institusi raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong, agama Islam dan keistimewaan orang Melayu dan sebagainya," katanya





21 kerusi dalam genggaman, BN intai kemenangan lebih besar - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# 21 kerusi dalam genggaman, BN intai kemenangan lebih besar MELAKA Selepas menguasai 21 daripada 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di Melaka, malah tidak mustahil melepasi rekod kemenangan lalu jika beberapa kerusi sasaran berjaya dirampas





AMK kecam kenyataan Hadi, dakwa hina rakyat bukan Islam - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# AMK kecam kenyataan Hadi, dakwa hina rakyat bukan Islam MELAKA Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa 'sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan sezalim orang bukan Islam'





Rating Ab Rauf 86%, PH sukar gugat Kerajaan Negeri Melaka – Kajian - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# Rating Ab Rauf 86%, PH sukar gugat Kerajaan Negeri Melaka - Kajian MELAKA Tahap penerimaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mencatatkan 86 peratus, manakala penilaian terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) berada pada paras 85 peratus, menurut dapatan kajian lapangan ILHAM Centre





Abdul Hadi wajibkan ahli Pas undi BN, PN, ibarat seperti wuduk... - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# Abdul Hadi wajibkan ahli Pas undi BN, PN, ibarat seperti wuduk sebelum solat MELAKA Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan ahli parti itu wajib mengundi calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di kawasan yang ditandingi gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai memenuhi tuntutan kerjasama politik antara kedua-dua parti





BN-PN semakin mantap, Perpaduan ummah diperkasa – Hadi - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# BN-PN semakin mantap, Perpaduan ummah diperkasa - Hadi BUKIT KATIL - Perpaduan dalam kalangan umat islam perlu dibina semula dan diperkukuhkan menerusi persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dna Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Sabtu ini





Gelombang BN-PN sukar disekat, Kian Ming ramal PH kecundang - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# Gelombang BN-PN sukar disekat, Kian Ming ramal PH kecundang KUALA LUMPUR- Dr Ong Kian Ming meramalkan Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) mampu mencatat kemenangan besar dengan menguasai antara 24 hingga 25 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok





PRN Melaka: BN-PN formula tepat, elak undi Melayu berpecah ??? Ismail... - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# PRN Melaka: BN-PN formula tepat, elak undi Melayu berpecah Ismail Sabri ALOR GAJAH Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai formula tepat bagi mengelakkan perpecahan undi Melayu sekali gus membuka ruang kepada BN mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





BN-PN diramal kuasai 24 kerusi, PH hanya selesa di dua DUN – ILHAM .. - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# BN-PN diramal kuasai 24 kerusi, PH hanya selesa di dua DUN - ILHAM Centre MELAKA -Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mendominasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026 apabila diramal mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)





BN-PN diramal kuasai 24 kerusi DUN PRN Melaka - Ilham Centre - Sinarharian - 13/11 4:50 pm

SHAH ALAM Ilham Centre meramalkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi menguasai 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.Ilham Centre merumuskan gelombang biru BN-PN semakin mendominasi persaingan PRN Melaka dengan kelebihan ketara berbanding PH."Unjuran Ilham Centre meletakkan BNPN di hadapan dalam 24 kerusi DUN, manakala PH berada pada kedudukan selesa di dua kerusi tradisinya iaitu Kota Laksamana dan Bandar Hilir."Dua lagi kerusi yang sebelum ini disandang oleh PH iaitu Ayer Keroh dan Kesidang dikategorikan sebagai sengit," katanya menerusi kajian lapangan Ilham Centre pada Jumaat.Firma penyelidikan itu memberitahu, tiga faktor utama yang mengukuhkan kedudukan gabungan itu ialah konsolidasi undi Melayu, moral jentera yang tinggi serta penerimaan terhadap pentadbiran kerajaan negeri."Dapatan lapangan menunjukkan perpindahan undi antara penyokong BN dan PN berlaku dengan sangat baik, sekali gus memperkukuh konsolidasi undi Melayu."Dapatan kami menunjukkan perpindahan undi pengundi PN kepada BN sebanyak 91 peratus manakala pengundi BN kepada PN sebanyak 78 peratus," kongsinya.Ilham Centre berpandangan, keadaan itu menjadikan 23 kerusi DUN dengan komposisi pengundi Melayu sekurang-kurangnya 50 peratus sebagai jajaran yang semakin sukar ditembusi oleh PH.Menurut firma penyelidikan, kekuatan gabungan itu turut disokong penguasaan jentera UMNO dan Pas yang mempunyai jaringan akar umbi tersusun sehingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).Tambahnya, penggemblengan dua jentera tradisi berpengalaman itu memberikan kelebihan besar kepada BN-PN berbanding parti yang tidak memiliki struktur organisasi dan jaringan pengundi setempat setanding."Secara keseluruhannya, kerjasama BNPN bukan sekadar persefahaman politik antara kepimpinan parti, sebaliknya telah diterjemahkan kepada penyatuan kekuatan organisasi dan keyakinan pengundi di lapangan," menurut Ilham Centre.Firma penyelidikan itu melihat perkembangan berlaku menjadikan gelombang biru semakin kukuh dan meletakkan PH dalam kedudukan defensif di kerusi-kerusi majoriti Melayu.





Two charged over Raja Muda ADC fraud; 15 cases await DPP - SUN - 13/11 4:24 pm

Two suspects have been charged in Selangor over the Raja Muda ADC fraud, while 15 other cases await DPP instructions





Zalim tetap zalim, tidak kira agama pemimpin - AMK - Sinarharian - 13/11 4:10 pm

MELAKA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan sezalim orang bukan Islam.Naib Ketua AMK, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kenyataan itu bukan sahaja menghina rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, malah mencemarkan imej Islam sebagai agama yang menitikberatkan keadilan.Menurutnya, ukuran seseorang pemimpin seharusnya dinilai berdasarkan amanah, integriti dan keadilan, bukannya agama yang dianutinya."Pemimpin Islam yang rasuah, menyalahgunakan kuasa dan menindas rakyat tetap zalim





UMNO beri empat pilihan kepada DAP, termasuk bubar Parlimen - Azalina - Sinarharian - 13/11 4:01 pm

PUTRAJAYA Suhu ketegangan antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan semakin terasa apabila UMNO mengemukakan empat pilihan kepada parti itu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen susulan ketidakpuasan hati DAP berhubung perkembangan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pilihan berkenaan merangkumi mendapatkan pengantaraan menerusi Majlis Perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan, mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan atau menamatkan kerjasama politik menerusi pembubaran Parlimen.Menurutnya, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dimeterai pada 16 Disember 2022 tidak memperuntukkan klausa penamatan sebelum berakhirnya penggal Parlimen ke-15."Justeru, kesimpulan yang jelas dalam perkara ini adalah pembubaran Parlimen ke-15," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mengulas desakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azalina menyifatkannya sebagai tindakan yang dikesali.Beliau berkata, desakan secara terbuka terhadap presiden parti gabungan bukan pendekatan membina atau selari dengan semangat Perjanjian Gabungan.Sebaliknya, katanya, sebarang perbezaan pandangan antara rakan gabungan perlu diselesaikan menerusi dialog dan rundingan, bukannya tekanan awam atau desakan supaya seseorang pemimpin meletakkan jawatan."Fasal 5(c) memperuntukkan mekanisme pengantaraan menerusi Majlis Perundingan yang terdiri daripada wakil gabungan yang mengambil bahagian bagi memantau pelaksanaan Perjanjian Gabungan serta memudah cara penyelesaian secara harmoni terhadap sebarang pertikaian atau salah faham."Dalam hal ini, agak menghairankan apabila klausa pengantaraan tersebut tidak digunakan lebih awal, sedangkan perkara berkaitan pengampunan ini telah diketahui umum sejak Januari 2024," tegas beliau.Ujar Azalina, di bawah Fasal 4 Perjanjian Gabungan, UMNO mengiktiraf komitmen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menyokong Anwar dalam perkara berkaitan usul percaya, rang undang-undang perbekalan serta urusan yang menjejaskan kesahan perlembagaan Kerajaan Persekutuan.Bagaimanapun komitmen itu katanya, tidak bermaksud setiap parti perlu bersetuju tanpa syarat dengan semua pendirian atau kenyataan politik Anwar dan pemimpin parti lain.Beliau turut menegaskan bahawa Perjanjian Gabungan bukan sekadar berkaitan kerjasama politik dan perkongsian kuasa, sebaliknya turut merangkumi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera serta institusi Raja-Raja Melayu."Perenggan C dalam Mukadimah Perjanjian merupakan bahagian paling penting dalam perjanjian tersebut turut menegaskan komitmen pihak yang menandatangani untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera dari sudut perlembagaan serta institusi Raja-Raja Melayu," katanya.Isu pertembungan kenyataan antara Gobind yang juga Menteri Digital dan Ahmad Zahid tercetus berikutan cadangan supaya Parlimen dibubarkan selepas peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.Ahli Parlimen Damansara itu mencabar Ahmad Zahid Hamidi dan menteri daripada UMNO serta BN untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet jika mereka tidak lagi yakin atau bersetuju dengan kepimpinan Anwar.Ahmad Zahid menolak desakan tersebut dan menegaskan tiada sebab untuk menteri BN meletakkan jawatan kerana sokongan terhadap Anwar di peringkat Persekutuan tidak pernah berbelah bagi.Beliau sebaliknya menyarankan agar pemimpin DAP yang tidak sependapat supaya mengikuti langkah peletakan jawatan Anthony dan menyifatkan tindakan mendesak itu seperti gila talak.Berhubung isu pengampunan Najib, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) berkata, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan merupakan kuasa perlembagaan yang terletak pada pihak berkuasa berkaitan dan tertakluk kepada prosedur serta aturan institusi ditetapkan.Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan kuasa berkenaan tidak wajar digambarkan sebagai keputusan politik unilateral yang boleh dikaitkan dengan mana-mana parti, termasuk UMNO.Dalam pada itu, Azalina turut mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September 2026 yang memutuskan supaya Setiausaha Agungnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan perkembangan pengampunan bersyarat itu.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat secara unilateral tanpa rundingan terlebih dahulu, sekali gus menyumbang kepada ketidakstabilan politik dalam kalangan rakan gabungan.Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO akan terus menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai keputusan politik bersama demi kepentingan rakyat dan tanggungjawab kepada negara."UMNO akan terus menghormati komitmen yang telah dibuat, menghormati kepimpinan Perdana Menteri serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya.





Cops await DPP instructions for 15 more cases of impersonating Selangor Raja Mudas aide-de-camp - Malaymail - 13/11 3:57 pm

SHAH ALAM, Nov 13 The police are awaiting instructions from the office of the Deputy Public Prosecutor (DPP) reg...





Polis tunggu arahan TPR bagi 15 lagi kes menyamar ADC Raja Muda Selangor - Astroawani - 13/11 3:45 pm

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata sebanyak 17 kertas siasatan dibuka dan kesemuanya dirujuk kepada pejabat TPR Selangor selepas dilengkapkan.





Al-Quran untuk semua, Karangkraf sasar pembaca seluruh dunia - Sinarharian - 13/11 3:39 pm

SHAH ALAM - Karangkraf sudah mencetak kira-kira 10 juta naskhah al-Quran sejak 10 tahun lalu dengan menyasarkan setiap rumah umat Islam di negara ini memiliki kitab suci itu.Penasihat Bersama Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, usaha itu tidak terhenti di dalam negara, sebaliknya bakal diperluaskan ke peringkat antarabangsa menerusi penerbitan al-Quran dalam pelbagai bahasa.Menurutnya, gerakan dinamakan sebagai 'Al-Quran untuk Malaysia dan Dunia' itu bertujuan memastikan lebih ramai masyarakat berpeluang membaca, memahami dan menghayati kandungan al-Quran."Selepas Malaysia, kita mahu bawa usaha ini ke seluruh dunia dan pada masa sekarang al-Quran dalam bahasa Inggeris sudah dihantar ke Eropah, United Kingdom, Afrika dan Jepun."Saya rasa gerakan kita ini sebenarnya baru bermula walaupun sudah 10 tahun dalam bidang penerbitan al-Quran," katanya ketika ditemui pada Program Penyerahan Sumbangan al-Quran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Muhammad Nasir berkata, Karangkraf turut memberi perhatian kepada penerbitan al-Quran dalam pelbagai bahasa bagi membolehkan masyarakat bukan berbahasa Melayu mendekati dan memahami kitab suci itu.Katanya, antara bahasa yang sedang diusahakan termasuk Thai, Maori dan Turki selain penerbitan dalam bahasa Urdu dan Perancis.Beliau berkata, Karangkraf juga menghasilkan pelbagai variasi al-Quran yang disesuaikan mengikut keperluan pembaca termasuk kanak-kanak, wanita serta golongan yang mempunyai minat dalam bidang tertentu seperti perubatan dan sains.Menurutnya, pendekatan itu bertujuan memudahkan masyarakat mendekati al-Quran menerusi kaedah penyampaian dan terjemahan yang lebih bersesuaian dengan latar belakang masing-masing."Kita mahu semua golongan dapat membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran, bukan sekadar membaca untuk khatam sahaja," ujar beliau.Sementara itu, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Selangor, Asisten Komisioner Mohd Hairulzaman Ishak berkata, sumbangan naskhah al-Quran daripada Karangkraf bakal diagihkan ke 16 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor bagi membolehkan lebih ramai warga PDRM mendekati dan menghayati kitab suci itu.Beliau berkata, sumbangan itu turut memberi manfaat kepada lebih 300 anggota dan warga polis berstatus saudara baharu di negeri ini.Menurutnya, kepelbagaian variasi al-Quran yang disumbangkan termasuk mengikut pecahan juzuk, jilid serta surah memudahkan mereka mempelajari dan memahami kitab suci itu."Di Selangor, kita mempunyai lebih 300 saudara baharu dan dengan adanya sumbangan al-Quran dalam pelbagai variasi ini, ia dapat membantu mereka mendekati serta menjiwai al-Quran," katanya.Ditanya usaha membudayakan penghayatan al-Quran dalam kalangan warga polis, Mohd Hairulzaman berkata, PDRM mempunyai Bahagian Agama di peringkat kontinjen dan daerah yang diterajui pegawai agama bagi melaksanakan pelbagai program kerohanian.Katanya, antara inisiatif dilaksanakan termasuk kelas pembelajaran al-Quran secara berkumpulan dan individu khususnya kepada anggota yang belum mahir membaca kitab suci itu."Jika kita kesan ada anggota yang masih belum mahir membaca al-Quran, kita akan bantu mereka bermula daripada peringkat asas sehingga boleh membaca dengan baik."Kita juga mengadakan pelbagai pengisian agama untuk semua warga termasuk program solat duha dan bacaan al-Quran dengan harapan usaha ini dapat membentuk peribadi serta meningkatkan penghayatan agama dalam kalangan anggota," tambah beliau.





Polis tunggu arahan TPR bagi 15 lagi kes menyamar ADC Raja Muda Selangor - SUN - 13/11 3:23 pm

SHAH ALAM: Polis sedang menunggu arahan pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung 15 lagi kes penipuan membabitkan individu yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor dalam urusan jual beli kenderaan dan hartanah





DAP leaders demand Hadi retract oppressive non-Muslims remark, apologise - Sinardaily - 13/11 3:12 pm

SHAH ALAM Pas President Tan Sri Abdul Hadi Awang has been urged to retract his statement which was alleged to have incited hatred between Muslims and non-Muslims and to apologise to all Malaysians.In a joint statement on Friday, four Democratic Action Party (DAP) leaders expressed the view that Hadis remark, stating that "even the most wicked and worst of Muslims ruling a country are not as oppressive as non-Muslims," was inappropriate.According to them, the statement delivered on a political stage in Melaka tended to incite Muslims to antagonise and hate non-Muslims, with Pas further accused of once again playing divisive politics to win votes."We emphasise that those who are oppressive, wicked, and corrupt should not be elected as leaders at either the state or national level, regardless of their religion or ancestry."Malaysians must reject those who abuse their power, engage in corruption, and steal the people's money, including those who justify these actions," they said.The joint statement was issued by DAP central executive committee members Senator Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan, Young Syefura Othman and Bukit Bendera member of parliament Syerleena Abdul Rashid.They also described Hadis statement as not only misleading, but potentially tarnishing the sanctity of Islam by portraying a leader's oppression as acceptable or more lenient simply because they are Muslim."Do not let political interests cause Islam to be looked down upon and despised as a result of statements by a leader who ought to understand the religion's own principles of justice," they explained.They said Islamic history itself offers a different lesson, when the Prophet Muhammad (PBUH) instructed his companions to migrate to Abyssinia while Muslims were being oppressed in Mecca.They said this action was taken because King Negus (Raja Najasyi), a Christian ruler, was renowned for his justice, to the extent that the Prophet (PBUH) described his rule as a place where no one was wronged.The four DAP leaders also cited the views of the renowned Islamic scholar Ibn Taymiyyah, through his work Majmu', which discusses the principle that a just government, even if led by non-Muslims, is more capable of enduring than an oppressive Islamic government.Therefore, they stressed that justice and trustworthiness in governance should not be sidelined due to narrow religious sentiments.According to the four leaders, Hadi should also be judged based on the principles of justice, trustworthiness, and the validity of his arguments, rather than solely on the religious image carried by Pas."Do not ask the people to judge others based on religion, when one's own statements do not reflect Islamic principles of justice."Consequently, Tan Sri Abdul Hadi Awang is urged to retract his statement and apologise to all Malaysians," they added.In a related development, they also challenged Perikatan Nasional (PN) parties particularly Gerakan and the Malaysian Indian People's Party (MIPP) as well as Barisan Nasional (BN) component parties, especially MCA and MIC, to state their stand regarding the Pas President's remarks.They stated that if no stand is declared, the public has the right to question whether those parties accept and agree with the statement.





Agama satukan masyarakat, bukan alat perpecahan Saifuddin Nasution - Sinarharian - 13/11 2:52 pm

SHAH ALAM - Agama sepatutnya menjadi wadah penyatuan masyarakat dan bukannya alat untuk memecah-belahkan, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, kenyataan bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah negara sekalipun tidak sekejam orang bukan Islam, seperti dilaporkan dalam satu ceramah politik di Melaka, amat dikesali.Menurutnya, kenyataan sedemikian membuat penilaian terhadap keadilan dan kezaliman berdasarkan agama seseorang, bukannya berdasarkan akhlak, integriti, tindakan dan tanggungjawab seseorang pemimpin.Beliau berkata, ALLAH SWT berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 8, yang bermaksud:"Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil





Empat pemimpin Melayu DAP gesa Abdul Hadi mohon maaf - Sinarharian - 13/11 2:31 pm

SHAH ALAM Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa menarik balik kenyataannya yang didakwa membangkitkan sentimen kebencian antara umat Islam dengan rakyat bukan Islam, sekali gus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.Dalam kenyataan bersama pada Jumaat, empat pemimpin DAP berpandangan bahawa kenyataan Abdul Hadi yang menyebut 'sejahat-jahat dan seburuk-buruk orang Islam yang memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam' sebagai tidak wajar.Menurut mereka, kenyataan yang disampaikan di pentas politik di Melaka itu cenderung menghasut umat Islam supaya memusuhi dan membenci rakyat bukan Islam, malah Pas didakwa sekali lagi memainkan politik perpecahan demi meraih undi."Kami menegaskan bahawa mereka yang zalim, jahat dan bobrok tidak patut dipilih sebagai pemimpin di peringkat negeri mahupun kebangsaan, tidak kira apa-apa agama atau keturunan sekalipun."Rakyat Malaysia harus menolak mereka yang menyalahgunakan kuasa, melakukan rasuah dan mencuri wang rakyat, termasuklah mereka yang menghalalkan perbuatan ini," katanya.Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali; Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan; Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.Mereka turut menyifatkan kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mencalarkan kesucian Islam apabila menggambarkan seolah-olah kezaliman seseorang pemimpin boleh diterima atau dianggap lebih ringan hanya kerana beragama Islam."Jangan sampai kerana kepentingan politik, Islam dipandang lekeh dan hina akibat kenyataan pemimpin yang sepatutnya memahami prinsip keadilan agama itu sendiri," jelas mereka.Menurut mereka, sejarah Islam sendiri memberikan pengajaran berbeza apabila Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat berhijrah ke Habsyah ketika umat Islam ditindas di Makkah.Katanya, tindakan itu dibuat kerana Raja Najasyi, seorang pemerintah Kristian, terkenal dengan keadilan sehingga Rasulullah SAW menyifatkan pemerintahannya sebagai tempat yang tiada sesiapa dizalimi.Empat pemimpin DAP itu turut merujuk pandangan ulama muktabar, Ibn Taymiyyah, menerusi karya Majmu', yang membahaskan prinsip bahawa pemerintahan yang adil, meskipun dipimpin oleh orang bukan Islam, lebih mampu bertahan berbanding pemerintahan Islam yang zalim.Justeru, mereka menegaskan bahawa keadilan dan amanah dalam urusan pemerintahan tidak seharusnya diketepikan kerana sentimen sempit agama.Menurut empat pemimpin itu lagi, Abdul Hadi juga perlu dinilai berdasarkan prinsip keadilan, amanah dan kebenaran hujahnya, bukannya semata-mata kerana imej keagamaan yang dibawa Pas."Jangan meminta rakyat menilai orang lain berdasarkan agama, sedangkan kenyataan sendiri tidak mencerminkan prinsip keadilan Islam."Oleh yang demikian, Tan Sri Abdul Hadi Awang digesa menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," tambah mereka.Dalam perkembangan sama, mereka turut mencabar parti-parti Perikatan Nasional (PN), khususnya Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), serta komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC, supaya menyatakan pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas berkenaan.Mereka berkata, sekiranya tiada sebarang pendirian dinyatakan, rakyat berhak mempersoalkan sama ada parti-parti berkenaan menerima dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.





[KOLUMNIS] Anak asnaf di IPT dan Melayu membantu golongan sakau - Astroawani - 13/11 2:15 pm

Penulis mengkritik sumbangan melunaskan denda rasuah pemimpin politik sambil meminggirkan nasib anak asnaf, menegaskan rasuah pengkhianatan besar, serta menolak penggunaan agama untuk membela salah laku.





Hadi ingatkan kuasa politik Melayu hilang jika berpecah, tak mengundi - FMT - 13/11 2:08 pm

Presiden PAS bimbang pengundi Melayu tidak keluar mengundi pada PRN Melaka esok sekali gus menjejaskan kekuatan politik mereka.





Lelaki menyamar pengawal Raja Muda Selangor mengaku salah tuduhan baharu tipu - FMT - 13/11 1:35 pm

Al Zulfadly Alias semalam mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menipu urusan jualan kenderaan lelong bersama seorang lagi tertuduh.





Lelaki Rohingya mengaku guna MyKad individu lain tanpa kebenaran - Sinarharian - 13/11 1:05 pm

BUTTERWORTH - Seorang lelaki Rohingya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini ke atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan individu lain dalam urusan kad Touch n Go.Ajimul Khan Shafiullah, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal pada Jumaat.Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sambilan dituduh menggunakan kad pengenalan milik S Ganesan tanpa kuasa sah bagi tujuan pendaftaran untuk menggunakan kad Touch n Go.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bertam 2, Kepala Batas pada jam 4 petang, 3 November lalu.Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah D9 di hadapan Blok B, Apartment Sri Kotong, Batu Caves, Selangor, kira-kira jam 1.40 petang, 3 November lalu.Pemeriksaan terhadap telefon bimbit tertuduh kemudian membawa kepada penemuan penggunaan kad pengenalan milik individu berkenaan tanpa kebenaran bagi mendaftarkan akaun Touch n Go.Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Oppo A78, sekeping kad Touch n Go serta sepucuk surat daripada pihak Touch n Go atas nama S Ganesan untuk membantu siasatan.Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.Peguam tertuduh, Ahmad Faris Khairudin dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang menjimatkan masa dan kos perbicaraan."Anak guam saya amat menyesal dan memohon maaf kepada mahkamah serta negara kerana mendakwa tidak mengetahui peraturan berkenaan, selain mendapatkan khidmat seorang ejen untuk urusan pendaftaran kad tersebut."Selain itu, tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan pendapatan bulanan kira-kira RM1,200





Man accused of posing as Selangor Raja Mudas aide charged again in RM40,000 Lexus RX350 auction scam - Malaymail - 13/11 12:47 am

KLANG, Nov 13 A man who allegedly posed as an aide-de-camp (ADC) to the Raja Muda of Selangor was charged again...





Pembangunan negeri perlu ambil kira keperluan rakyat, titah Raja Muda Perlis - FMT - 13/11 12:41 am

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia perlu ambil kira keperluan masyarakat dan kemudahan asas, termasuk aspek keselamatan, keselesaan, kesihatan, pendidikan, perumahan serta persekitaran cekap dan kondusif.





Menyamar ADC Raja Muda Selangor: Polis tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya bagi 15 lagi kes penipuan - Sinarharian - 13/11 12:27 am

SHAH ALAM Polis masih menunggu arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor berhubung 15 lagi kes penipuan yang membabitkan seorang lelaki yang menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor bagi memperdaya mangsa dalam urusan jual beli kenderaan dan hartanah.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua 15 kertas siasatan berkenaan telah lengkap dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk mendapatkan arahan lanjut."Ia adalah sebahagian daripada 17 kertas siasatan yang membabitkan suspek berkenaan





PRN Melaka: Beri peluang Dr Asmah berkhidmat di Pantai Kundor - Muhyiddin - Sinarharian - 13/11 11:35 am

TANGGA BATU - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru pengundi DUN Pantai Kundor memberi peluang kepada calon parti itu, Datin Seri Dr Asmah berkhidmat di kawasan itu yang juga merupakan kampung halamannya.Muhyiddin yang ditemui ketika kempen bersama calon di Pantai Puteri pada Khamis berkata, Dr Asmah mempunyai kelayakan dan pengalaman luas untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.Menurutnya, bekas pakar kesihatan awam itu juga mempunyai pengalaman lebih luas berdasarkan latar belakang profesionalnya, sekali gus diyakini mampu memahami keperluan serta keadaan penduduk di kawasan berkenaan."Beliau lebih berkelayakan daripada saya





Lelaki disiasat menyamar ADC Raja Muda Selangor mengaku tipu urusan jual Lexus lelong RM40,000 - Sinarharian - 13/11 11:11 am

KLANG Seorang lelaki yang disiasat berhubung kes penyamaran sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor, bersama seorang wanita, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu dalam urusan pembelian kenderaan lelong bernilai RM40,000 pada April lalu.Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan itu, manakala Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Siti Zubaidah Mahat.Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk fakta kes dan hukuman terhadap Al Zulfadly.Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama didakwa memperdayakan seorang wanita berusia 43 tahun dengan mendakwa mereka berkeupayaan menguruskan pembelian sebuah kereta terpakai jenis Lexus RX350 yang kononnya diperoleh menerusi lelongan sempena Sidang Kemuncak ASEAN.Menerusi helah itu, mangsa terdorong menyerahkan wang berjumlah RM40,000 bagi pembelian kenderaan berkenaan di Taman Sri Andalas, pada jam 11.29 pagi, antara 13 hingga 14 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, peguam, Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Nurul Nur Syahirah merayu supaya anak guamnya dikenakan ikat jamin minimum atas alasan wanita itu tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya."Dia masih bujang dan tidak bekerja





PRN Melaka: MCA, Pas boleh sepakat demi kepentingan rakyat Ka Siong - Sinarharian - 13/11 10:46 am

HANG TUAH JAYA Perbezaan fahaman politik bukan penghalang untuk MCA, Pas dan Datuk Seri Hamzah Zainudin bekerjasama dalam isu membabitkan kepentingan rakyat, termasuk penentangan terhadap peruntukan tidak adil dalam cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pendirian bersama dalam isu berkenaan membuktikan ahli politik daripada parti berbeza masih boleh mencari titik persamaan tanpa perlu mengetepikan prinsip masing-masing.Menurutnya, ahli politik tidak seharusnya menganggap perbezaan parti atau kedudukan sebagai kerajaan dan pembangkang sebagai alasan untuk saling bermusuhan."Tidak kira sama ada kita berada dalam kerajaan atau pembangkang, itu tidak bermakna kita perlu bergaduh sesama sendiri."Jika sesuatu isu itu betul untuk rakyat, kita perjuangkannya," katanya ketika berucap pada ceramah Grand Finale Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) di Bukit Katil pada Khamis.Ka Siong berkata, MCA, Pas dan Hamzah yang ketika itu bersama Bersatu pernah mengambil pendirian sama dalam membantah beberapa peruntukan cadangan undang-undang berkenaan yang didakwa boleh menjejaskan hak pemilik hartanah.Katanya, isu itu tidak seharusnya dilihat dari sudut kepentingan kaum tertentu sahaja kerana pelaksanaan pembangunan semula bandar boleh memberi kesan kepada pemilik hartanah Melayu, Cina dan India."Lebih 70 persatuan penduduk menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan undang-undang itu yang merugikan mereka."Kesannya rakyat akan tinggal dalam sesak seperti setinggan ditambah dengan kesesakan lalu lintas yang teruk," ujarnya.Beliau turut mengulas penyebaran sebuah video janaan kecerdasan buatan (AI) di media sosial yang memaparkan dirinya memakai kopiah dan pakaian hijau bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang."Bagi saya, saya tidak kisah bagaimana orang mahu menggambarkan diri saya





Umno, PAS tiru politik perkauman Trump, kata Mat Sabu - FMT - 13/11 9:12 am

Presiden Amanah mengkritik tanggapan orang Melayu tetap perlu dibela tanpa mengira kesalahan apa yang dilakukan hanya kerana mereka daripada bangsa sama.





Raja Permaisuri Agong disembah maklum persediaan COP31 - Astroawani - 13/11 7:50 am

Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi menyembah maklum persediaan keberangkatan Seri Paduka Baginda ke persidangan iklim COP31 di Turkiye.





Perpaduan BN, PN mampu bina semula kekuatan politik Abdul Hadi - Sinarharian - 13/11 7:44 am

HANG TUAH JAYA - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dapat membina semula kekuatan politik dan perpaduan selain mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perpaduan itu juga menjadi asas untuk menolak Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP."Perpaduan sangat penting





DAP langgar perjanjian, pulangkan mandat kepada rakyat Asyraf Wajdi - Sinarharian - 13/11 7:35 am

HANG TUAH JAYA - Barisan Nasional (BN) sedia menyerahkan semula mandat kepada rakyat sekiranya DAP tidak lagi menghormati syarat dan prinsip yang dipersetujui dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, DAP perlu kembali berpegang kepada dua perjanjian utama iaitu antara BN dan Pakatan Harapan (PH) serta perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.Menurutnya, kedua-dua perjanjian itu menggariskan beberapa garis panduan termasuk taat setia institusi diraja, Yang di-Pertuan Agong, agama Islam serta keistimewaan orang Melayu."Kalau mereka sudah mula merasakan bahawa mereka tidak boleh lagi berpegang kepada syarat-syarat ini, maka dengan sendirinya perjanjian itu akan terbatal."Apabila terbatal, secara gentleman kita serahkan balik mandat itu kepada rakyat





Hormati keputusan tahanan rumah Najib, jangan cetus polemik ??? Wan Rosdy - Mygazette - 13/11 7:03 am

"Saya menggesa pihak berkuasa menyiasat hantaran tersebut secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang. "Perlu ditegaskan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mempunyai kedudukan serta peranan yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi





PRN Melaka: Anwar ajak semua kaum sokong PH, bawa perubahan di... - Mygazette - 13/11 7:03 am

# PRN Melaka: Anwar ajak semua kaum sokong PH, bawa perubahan di Melaka MACHAP JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke Kampung Machap Baru hari ini bagi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ginie Lim yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya





Pemimpin PH jangan jadikan raja Melayu alat percaturan politik – .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Pemimpin PH jangan jadikan raja Melayu alat percaturan politik - Asiah JOHOR BAHRU - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan institusi raja-raja Melayu sebagai alat percaturan politik





Zaman sudah terbalik, yang baik dikeji, perasuah dipuja – Anwar - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Zaman sudah terbalik, yang baik dikeji, perasuah dipuja - Anwar HANG TUAH JAYA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keadaan politik hari ini sebagai zaman yang sudah terbalik apabila individu yang melakukan kebaikan dikeji manakala mereka yang terlibat dengan rasuah pula dipuja dan diagungkan





Onn Hafiz ajar jangan derhaka tapi UMNO tak hormat institusi raja... - Mygazette - 13/11 7:03 am

"Sebelum Onn Hafiz sibuk mengajar orang lain soal derhaka kepada raja, eloklah beri UMNO sebuah cermin. Di Negeri Sembilan, siapa yang menandatangani proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz? Bukankah Ismail Lasim, Menteri Besar daripada UMNO sendiri? "Tuanku Muhriz itu bukankah raja Melayu juga? Mengapa ketika itu tidak kedengaran kritikan yang sama daripada Onn Hafiz? "Bayangkan sehinggakan Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim secara terang-terangan ketika di Masjid Kariah Beting, Juasseh





Manifesto BN Melaka tak pinggir kaum bukan Melayu ??? Asyraf Wajdi - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Manifesto BN Melaka tak pinggir kaum bukan Melayu Asyraf Wajdi PENGKALAN BATU Barisan Nasional (BN) menegaskan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang ditawarkan kepada pengundi bersifat inklusif dan tidak meminggirkan kepentingan masyarakat bukan Melayu sebaliknya merangkumi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama





Masalah bukan DAP tapi pemimpin Melayu tiada prinsip ??? Anwar Masalah .. - Mygazette - 13/11 7:03 am

# Masalah bukan DAP tapi pemimpin Melayu tiada prinsip Anwar MACHAP JAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan masalah orang Melayu bukan disebabkan oleh masyarakat Cina atau DAP sebaliknya kegagalan melahirkan pemimpin mempunyai prinsip, integriti dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab





Malaysia kini dipandang baik pada peringkat antarabangsa - Anwar - Sinarharian - 13/11 12:11 am

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Malaysia kini mendapat penghormatan dan dipandang positif oleh masyarakat antarabangsa, susulan kedudukan serta peranan negara yang semakin mendapat perhatian di pentas global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penghormatan itu bukan diberikan kepada dirinya, barisan menteri atau wakil parti politik tertentu, sebaliknya kepada Malaysia sebagai sebuah negara."Hal ini bukan soal Anwar, bukan menteri-menteri kita atau wakil-wakil parti, tetapi hormat orang kepada Malaysia sekarang cukup baik, alhamdulillah," kata beliau ketika berucap pada Pesta Melaka Rumah Kita bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Taman Melaka Perdana, di sini malam Khamis.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, penghormatan tersebut dicerminkan menerusi jadual lawatan rasmi pemimpin luar ke Malaysia dan mesyuarat antarabangsa padat yang akan dihadirinya dalam tempoh terdekat termasuk Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina."Lepas dua hari, balik (semula ke Malaysia) kerana Presiden Perancis Emmanuel Macron datang ke Kuala Lumpur kemudian sambung semula ke Manila untuk pertemuan pemimpin ASEAN termasuk dengan (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump," kata beliau.Anwar berkata, beliau kemudiannya turut dijadualkan menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen, China, yang turut melibatkan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping.Sementara itu, Anwar berkata, keutamaan beliau adalah untuk memastikan negara kembali ke landasan terbaik dengan mengutamakan khidmat kepada rakyat serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada pembangunan.Perdana Menteri turut mengingatkan golongan muda supaya tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian terhadap parti tertentu sehingga mengabaikan prinsip dan kepentingan rakyat."Saya datang (berkempen hari ini) untuk sampaikan mesej kita bahawa negara ini mesti kembali kepada landasan yang baik





Isu tahanan rumah Najib: Kerajaan ikut proses undang-undang, tidak derhaka - Anwar - Sinarharian - 12/11 10:18 pm

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau atau kerajaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pentadbirannya sentiasa menjunjung sistem raja berperlembagaan dan mematuhi proses undang-undang yang ditetapkan.Anwar berkata, keputusan berhubung tahanan di rumah bukan terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri, manakala tindakan Peguam Negara membawa perkara itu ke mahkamah selaras dengan tanggungjawab memelihara keluhuran undang-undang."Dia kata nak derhaka kepada Tuanku Agong





Anwar tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia - Sinarharian - 12/11 10:14 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-13 dunia menerusi edisi 2027 buku The World's 500 Most Influential Muslims terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC), Jordan.Nama Anwar tersenarai dalam kelompok 50 tokoh Muslim paling berpengaruh dunia yang diberikan kedudukan mengikut ranking berdasarkan pengaruh masing-masing terhadap masyarakat Islam dan dunia.Berdasarkan senarai yang diterbitkan, Anwar berada di belakang Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan yang menduduki tempat ke-12.Senarai berkenaan turut menampilkan beberapa pemimpin dunia Islam lain termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, yang berada di kedudukan pertama.Turut berada dalam kelompok 10 teratas ialah Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; Ketua Turus Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Mojtaba Khamenei; Raja Jordan, Raja Abdullah II; Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani serta beberapa tokoh agama Islam terkemuka.Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berada di kedudukan ke-16, manakala Perdana Menteri Malaysia itu menjadi antara pemimpin Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 50 berkenaan.Penerbitan edisi ke-18 itu menghimpunkan 500 tokoh Muslim dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 50 individu teratas yang disusun mengikut kedudukan dan 450 tokoh lain mengikut kategori pengaruh masing-masing.RISSC menjelaskan, penilaian pengaruh dibuat berdasarkan gabungan beberapa aspek termasuk impak sosial, pandangan masyarakat, penilaian pakar serta sumbangan jangka panjang individu berkenaan.Antara 13 kategori yang dinilai ialah kepimpinan politik, pentadbiran hal ehwal agama, ilmuwan, pendakwah dan pembimbing spiritual, kebajikan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya serta media.




Reformasi     >>



Hadi did make the statement that even the worst Muslim .. - Harapandaily
Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang did make the controversial statement that even the worst Muslim rulers are less oppressive than non-Muslims, as reported by news portal Malaysiakini. The remarks were made during a Barisan NasionalPerikatan Nasional (BNPN) election campaign event in ..
Kroni     >>



Anwar fulfils young pupil Muadz's invitation to school .. - NST
PETALING JAYA: A Sekolah Kebangsaan Polis Depot pupils wish to invite Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to his school came true today when Anwar attended its Anak Malaysia carnival.
Tabloid     >>



Lapan Jam Di Luar Rumah, Najib Razak Patuhi SOP .. - Ohmedia
Najib berada lapan jam di luar kediaman untuk rawatan di HKL, solat Jumaat dan kaunseling di Penjara Kajang. Jabatan Penjara tegaskan semuanya ikut SOP. The post Lapan Jam Di Luar Rumah, Najib Razak Patuhi SOP Tahanan Rumah appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Nvidia closes below $4T market cap for first time .. - Cnbc
Jensen Huang resigned as CEO of Nvidia on Thursday after coming under scrutiny for two extramarital affairs.
World     >>



Trump doesnt plan to raise Nvidia, spy issue during .. - Cnbc
Nvidia CEO Jensen Huang resigned this week after reports of multiple affairs, including one with a suspected Chinese spy, Alice Huang.
Motor Trend     >>



Toyota Ubah Strategi EV Di China - Kini Lebih .. - Careta
Bagaimanapun, perubahan pasaran automotif China menyebabkan Toyota perlu menilai semula pendekatan berkenaan, terutama dari segi kos pengeluaran, kelajuan pembangunan dan penggunaan komponen tempatan. Naib Presiden Eksekutif Toyota, Yoichi Miyazaki menjelaskan bahawa syarikat itu kini akan memilih