| /// |
|
| Search : Raja Berperlembagaan News | Page 1 |
|
Lelaki bersama empat rakan dituduh bunuh adik kandung - Mygazette - 20/05 3:59 pm # Lelaki bersama empat rakan dituduh bunuh adik kandung IPOH Seorang lelaki bersama empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan secara bersama membunuh adik lelaki kandung di kawasan berhampiran sebuah kuil di sini, minggu lalu |
|
Pemuda Amanah gesa DAP ambil tindakan disiplin terhadap Tony Pua - Mygazette - 20/05 3:59 pm Saya percaya kenyataan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi DAP, khususnya di bawah kepimpinan Anthony Loke danSteven Sim, lebih lagi apabila Tony Pua bukanlah lagi pimpinan utama DAP," katanya dalam kenyataan. Semalam Tony Pua dilaporkan berkata, Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri |
|
Pejuang cadang tubuh Pusat Kaunseling Keluarga Komuniti di Johor - Mygazette - 20/05 3:59 pm Walaupun berada di rumah yang sama katanya, ramai lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar berbanding meluangkan masa bersama keluarga. Keadaan itu katanya, secara tidak langsung memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak dan hubungan kekeluargaan.- MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Tony Pua bagai kaduk naik junjung, UMNO bersama Tuanku! – Asyraf... - Mygazette - 20/05 3:59 pm UMNO bersama Tuanku! " katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu menegaskan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja |
|
Marah DAP, belakang tetap berdakap ??? Radzi sindir UMNO - Mygazette - 20/05 3:59 pm Istilah UMDAP sebelum ini sering digunakan pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) bagi menggambarkan kerjasama politik antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan. Kenyataan Radzi timbul selepas bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua didakwa berkata, Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) |
|
Bukan ketelanjuran tetapi Tony Pua sengaja cetuskan polemik baharu - Mygazette - 20/05 3:59 pm Saat isu kebiadapan dan keceluparan pimpinan DAP semakin berleluasa, saya yakin kenyataan tersebut dibuat dengan sengaja untuk meneruskan polemik dan krisis biarpun disedari boleh menggugat keharmonian dan keamanaan masyarakat, katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, DAP didakwa semakin berani mengasak dan memperlekeh institusi Raja Berperlembagaan kerana merasakan kedudukan mereka kebal dalam Kerajaan Perpaduan |
|
Tiada PRU atau PRN mengejut – Fahmi - Mygazette - 20/05 3:59 pm Sebelum ini, wujud pelbagai andaian mengenai kemungkinan PRU awal diadakan selepas beberapa parti politik mula memperkukuh jentera masing-masing menjelang PRU16. - MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Pendakwaan fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen bebas anak bekas MB Perlis - Sinarharian - 20/05 3:31 pm KANGAR - Pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan anak lelaki bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Fariz Abdul Hamid berkata, notis rayuan itu, difailkan kira-kira jam 4.30 petang Selasa."Tindakan seterusnya, kami tunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Sesyen ini, baru kami (pihak pendakwaan) boleh failkan petisyen rayuan," katanya ringkas kepada pemberita pada Rabu.Pada Selasa, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 37, daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 pada 14 Februari 2024.Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh selepas meneliti keterangan saksi sepanjang perbicaraan.Pada 23 Mei 2024, Mohd Syafeeq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis, yang didakwa mengandungi butir matan palsu berkaitan tuntutan perkhidmatan menyediakan minuman untuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah |
|
'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony Pua - Sinarharian - 20/05 3:04 pm SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua membalas sindiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkannya biadab dan bagai kaduk naik junjung.Menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu berkata, dirinya terpaksa mencari maksud peribahasa tersebut selepas membaca kenyataan Asyraf Wajdi.Menurut Tony, perumpamaan bagai kaduk naik junjung merujuk kepada seseorang daripada golongan hina atau orang biasa yang mendapat pangkat, kedudukan mahupun penghormatan kemudian lupa diri, sombong dan berkelakuan berlebihan."Saya terpaksa cari makna peribahasa tersebut. Ah," katanya ringkas pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriHantaran itu dibuat susulan kenyataan Asyraf Wajdi yang mendakwa Tony lupa adab dan batas dengan raja, selain menyifatkannya sebagai biadab.Sebelum ini, Himpunan Daulat Tuanku pada Sabtu lalu memohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu agar diwujudkan Lembaga Kesetiaan Negara.Lembaga tersebut berperanan menilai dan mengesyorkan tindakan perlucutan taraf kewarganegaraan terhadap mana-mana individu atau pihak yang melakukan tindakan biadab, penderhakaan serta penghinaan baik dari segi percakapan, penulisan atau apa jua bentuk perbuatan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.Lembaga tersebut juga dicadang dianggotai sembilan orang yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu.Susulan itu, Tony pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa semua rakyat Malaysia perlu memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia dengan teliti selaras sistem raja berperlembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara.Beliau berkata, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kuasa raja berbeza sedikit mengikut negeri.Bagaimanapun, pada hemat beliau, secara umumnya kuasa raja adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). |
|
Titah sultan perlu dijadikan nasihat, bukan polemik politik - Amanah Selangor - Sinarharian - 20/05 2:44 pm SHAH ALAM - Semua pihak khususnya ahli politik digesa agar tidak mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Abbas Azmi berkata, semua pihak seharusnya berlapang dada dan memahami maksud di sebalik titah baginda yang mengingatkan generasi baharu tentang kepentingan Rukun Negara dan perpaduan rakyat.Menurutnya, tindakan segelintir ahli politik yang cuba memanipulasi titah tersebut untuk kepentingan sendiri adalah sangat tidak wajar."Jadikanlah titah Tuanku Sultan Selangor itu sebagai satu nasihat yang berguna sepertimana nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya."Tiada untungnya kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan di atas titah baginda selain untuk mengeruhkan keadaan dan mungkin cubaan untuk meraih populariti politik semata-mata |
|
'Junjung Rukun Negara demi kepentingan rakyat' - Siew Ki - Sinarharian - 20/05 2:43 pm SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi dan asas utama dalam melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada seluruh rakyat.Beliau berkta, sebagai wakil rakyat, lima prinsip Rukun Negara sentiasa dijunjung dan diamalkan dalam setiap tindakan demi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia terus diutamakan.Menurutnya, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan menjadi asas penting dalam memikul amanah yang diberikan rakyat."Patik menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj."Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara.Siew Ki sebelum ini semasa membahaskan titah ucapan Sultan Sharafuddin pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.Beliau berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan |
|
Armada Perak mulakan laporan polis terhadap Tony Pua - Sinarharian - 20/05 2:07 pm IPOH Angkat Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak memulakan tindakan membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan kenyataan dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya yang didakwa menyentuh isu sensitif melibatkan institusi Raja Berperlembagaan.Ketua Armada Bersatu Perak, Halim Nayan berkata, tindakan tersebut dibuat sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan yang disifatkan tidak bertanggungjawab serta melampaui batas sebagai rakyat Malaysia.Menurutnya, kenyataan berkenaan dilihat cuba mencabar asas penting dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kestabilan negara sejak sekian lama."Malaysia bukan negara yang dibina atas emosi politik sempit atau ideologi songsang yang bebas menghina sesuka hati institusi negara."Negara ini dibina atas lunas Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi payung kepada keharmonian dan kestabilan negara," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiHadir sama Naib Ketua Armada Bersatu Perak, Izwan Yudin Rizal Sham.Halim berkata, mana-mana pihak yang cuba mengelirukan rakyat sehingga prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dipersoalkan mengikut kepentingan politik tertentu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.Katanya, kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mencetuskan kebencian terhadap sistem negara manakala demokrasi pula bukan tiket untuk mencabar institusi yang menjadi tunjang kestabilan Malaysia.Sehubungan itu, beliau mendesak pihak polis agar menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat mengikut Akta Hasutan 1948 serta peruntukan undang-undang berkaitan tanpa kompromi.Tambah Halim, Armada Bersatu Perak juga memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menormalisasikan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian negara atas nama kebebasan bersuara."Malaysia ada batas, Malaysia ada Perlembagaan dan Malaysia juga mempunyai sistem Raja Berperlembagaan yang perlu dihormati semua pihak."Kami di Armada Bersatu Perak akan terus berada di barisan hadapan dalam mempertahankan institusi diraja," katanya.Menurut beliau, setakat ini Armada Bersatu Perak merupakan antara pihak terawal membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan tindakan sama dijangka akan disusuli beberapa Armada negeri lain termasuk di peringkat bahagian.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung, Tony Pua jawab Asyraf - FMT - 20/05 2:03 pm Terdahulu Asyraf Wajdi Dusuki mengkritik tindakan Tony Pua daripada DAP yang didakwa menyentuh kedudukan Raja Berpelembagaan. |
|
Lantang demokrasi, tapi gagal jaga adab terhadap Raja - Harakahdaily - 20/05 1:32 pm SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengenai Rukun Negara disifatkan sebagai teguran paling jelas terhadap sikap pemimpin DAP yang semakin lantang menyentuh perkara berkaitan Institusi Diraja dan asas kenegaraan |
|
Jawapannya jelas, rakyat boleh nilai kenyataan Tony Pua - Zainul Rijal - Sinarharian - 20/05 1:17 pm SHAH ALAM - Jawapan sama ada kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung institusi diraja boleh dianggap jelik, melampau, menghasut atau sekadar pandangan ilmiah dalam kerangka Perlembagaan sebenarnya sudah jelas dan boleh dinilai sendiri oleh rakyat.Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, masyarakat sendiri mampu meneliti sama ada kenyataan tersebut dibuat secara berhemah dan bertanggungjawab atau sebaliknya berpotensi menimbulkan keresahan awam dan menjejaskan penghormatan terhadap institusi Raja-Raja."Pada pandangan saya secara umumnya, kenyataan Tony Pua berpotensi menjadi suatu kesalahan di sisi undang-undang sekiranya ia ditafsirkan sebagai menghina, merendahkan, menghasut kebencian, atau mencabar kewibawaan institusi diraja."Namun, penentuan sama ada sesuatu kenyataan itu benar-benar menjadi kesalahan bergantung kepada konteks penuh, cara ungkapan dibuat, niat penyampaiannya, serta kesannya terhadap ketenteraman awam dan penghormatan kepada institusi Raja-Raja," katanya dalam satu hantaran pada Rabu.Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Tony Pua menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia perlu memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia dengan teliti selaras dengan sistem raja berperlembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara.Menurut Tony Pua, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kuasa raja berbeza sedikit mengikut negeri.Jelas Zainul Rijal, beberapa undang-undang di Malaysia boleh terpakai dalam isu melibatkan institusi diraja termasuk Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya kenyataan itu disifatkan sebagai menghasut, melampau atau berpotensi menimbulkan keresahan awam.Bagaimanapun, beliau menjelaskan pengecualian boleh timbul sekiranya kenyataan itu dibuat secara ilmiah, berhemah, berlandaskan kerangka Perlembagaan, serta tidak mempunyai kecenderungan menghina atau memperlekeh institusi diraja."Perbincangan akademik mengenai konsep Raja Berperlembagaan, kuasa-kuasa Perlembagaan, dan prinsip kedaulatan undang-undang masih diiktiraf dalam ruang demokrasi berperlembagaan selagi disampaikan secara tertib dan bertanggungjawab," ujarnya lagi.Beliau turut mengingatkan penggunaan frasa tertentu termasuk ungkapan seperti 'bukan titah' boleh dianggap sensitif kerana berpotensi menimbulkan persepsi bahawa kedudukan dan kewibawaan Raja sedang dipersoalkan.Menurutnya, dalam konteks ketatanegaraan Malaysia, aspek adab, kesantunan bahasa dan penghormatan terhadap institusi diraja tidak boleh dipisahkan daripada pertimbangan undang-undang.Beliau turut memaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor telah bersuara dan meminta siasatan dilakukan terhadap isu berkenaan.Dalam hantaran lain, Zainul Rijal berharap satu tindakan dapat diambil segera, manakala rakyat di seluruh Malaysia sedang membuat laporan polis berhubung isu itu. |
|
Tony Pua benar, kata peguam - Mkini - 20/05 1:16 pm Setuju melawan penternakan babi di Selangor, Aidil namun ingatkan ia tak harus dijadikan sebab mengubah sistem raja berperlembagaan. |
|
DAP sedang rancak laksanakan agenda, dakwa Armada Bersatu - Sinarharian - 20/05 1:12 pm SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa kenyataan biadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua sebagai sengaja dibuat untuk meneruskan polemik dan krisis meskipun boleh menggugat keharmonian rakyat.Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham mendakwa pimpinan DAP dilihat terus mengkritik Institusi Raja Berperlembagaan kerana merasakan mereka berada dalam kedudukan yang kukuh dalam kerajaan ketika ini.Menurut beliau, situasi itu menyebabkan tiada pemimpin dalam kerajaan Perpaduan yang berani menegur atau menghentikan tindakan yang dilihat mencabar sensitiviti.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri"Armada yakin, DAP akan terus menggasak dan memperlekeh Institusi Raja Berperlembagaan kerana mereka berasa kebal."Maka, tidak ada pemimpin Madani yang akan berani menghentikan kebiadapan yang sedang dilakukan DAP sekali pun UMNO dilihat cuba melawan dan mencabar parti itu, tapi itulah hipokrasi mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sayap pemuda Bersatu itu juga turut percaya kedudukan dominan DAP dalam kerajaan memberi ruang kepada mereka melaksanakan pelbagai agenda parti."DAP sedang rancak melaksanakan agenda mereka yang mana minggu lalu, Kabinet Madani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) biarpun ianya bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan malah menjadikan Tahfiz sebagai perisai mempertahankan UEC."Justeru, DAP semakin rancak dan berani kerana ketika ini kerana pelbagai agenda mereka berjaya direalisasikan, mereka akan terus mencabar institusi Raja Berperlembagaan dan meneruskan polemik ini kerana agenda seterusnya adalah mengurangkan kuasa Raja-Raja," dakwanya.Tony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.Katanya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.Kenyataan itu dikeluarkan susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara. |
|
99 penerbangan jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci - Sinarharian - 20/05 11:04 am MAKKAH Sebanyak 99 penerbangan sewa khas membawa jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M telah selamat tiba di Tanah Suci setakat ini, manakala penerbangan terakhir dijangka mendarat malam ini sekali gus melengkapkan keseluruhan 100 penerbangan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, 31,243 daripada keseluruhan 31,600 jemaah Malaysia kini telah berada di Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah haji."Setakat ini, 99 penerbangan telah selamat tiba di Madinah dan Jeddah, manakala penerbangan terakhir dijangka tiba jam 9.10 malam ini (waktu tempatan)," katanya pada sidang media di Bilik Bunga Raya, Abraj Al Tayseer di sini pada Selasa.Beliau berkata, kelancaran operasi ketibaan itu mencerminkan kecekapan pengurusan serta kerjasama erat pelbagai pihak termasuk kerajaan Arab Saudi.Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalaman menggunakan inisiatif Makkah Route yang menurutnya memudahkan urusan ketibaan jemaah haji Malaysia sejak dari lapangan terbang di tanah air hingga ke Arab Saudi.Menurutnya, proses ketibaan di terminal Jeddah juga berjalan lancar sekali gus membuktikan komitmen tinggi pihak kerajaan Arab Saudi dalam menguruskan ketibaan jemaah antarabangsa.Beliau berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) terus mengekalkan prestasi cemerlang dalam pengurusan haji dan diiktiraf sebagai antara model terbaik dunia termasuk menerima Labaytum Diamond Award daripada kerajaan Arab Saudi."Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan pengelolaan jemaah oleh Tabung Haji," katanya.Tambahnya, jemaah Malaysia kini bersedia menghadapi kemuncak ibadah haji iaitu operasi Masyair yang dijangka bermula pada 25 Jun 2026 bersamaan 8 Zulhijjah.Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan 1 Zulhijjah jatuh pada 18 Mei 2026, manakala hari wukuf dijangka berlangsung kurang seminggu selepas itu.Dalam pada itu, beliau berkata, pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan oleh Tabung Haji bagi musim ini termasuk penggunaan sistem digital MyNiise, teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi sistem e-TAIB serta kempen kesihatan Thoriq Ya Hajj.TH turut menyediakan bas ulang-alik percuma 24 jam kepada jemaah yang menginap dalam lingkungan 1 hingga 1.5 kilometer dari Masjidil Haram selain memperkenalkan Program Haji Lestari (Green Hajj) melalui inisiatif kitar semula kain ihram.Bagi operasi Masyair pula, antara penambahbaikan termasuk penyediaan sofa bed di Arafah dan Mina, sistem khemah lebih selesa dengan penebatan haba serta peningkatan kemudahan tandas sehingga lima kali ganda di Mina.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi termasuk Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman atas kerjasama erat dalam operasi haji.Penghargaan turut diberikan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah serta Kedutaan Arab Saudi di Malaysia atas kelancaran urusan jemaah.Beliau turut mengingatkan jemaah Malaysia supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk penggunaan Kad Nusuk, menjaga kesihatan serta memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang berada di Tanah Suci."Cuaca boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius, jemaah perlu minum air secukupnya, kekal di khemah ketika panas terik dan mengelakkan aktiviti tidak perlu," katanya.Beliau turut berdoa agar semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh haji mabrur. |
|
Persenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 20/05 10:52 am SHAH ALAM- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyelar kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua mengenai kuasa raja dan menganggap ia sesuatu perkara yang biadap.Asyraf Wajdi berkata, Tony Pua ini bagai kaduk sudah naik junjung, lupa adab dan batas."Konon celik Perlembagaan, tetapi dangkal adab terhadap Institusi Raja."Bila Titah Sultan dipersenda, itu bukan kebebasan bersuara, itu biadab. UMNO bersama Tuanku!" ujarnya menerusi laman Facebook pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN:Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuSebelum ini, himpunan Daulat Tuanku pada Sabtu lalu memohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu agar diwujudkan sebuah Lembaga Kesetiaan Negara yang berperanan menilai serta mengesyorkan tindakan perlucutan taraf kewarganegaraan terhadap mana-mana individu atau pihak yang melakukan tindakan biadab, penderhakaan dan penghinaan baik dari segi percakapan, penulisan atau apa jua bentuk perbuatan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.Lembaga ini dicadangkan dianggotai oleh sembilan (9) anggota yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu.Bagaimanapun, pada Selasa Tony Pua mengeluarkan kenyataan bahawa semua rakyat Malaysia perlu memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia dengan teliti selaras dengan sistem raja berpelembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara.Beliau berkata, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kuasa raja berbeza sedikit mengikut negeri. |
|
Asyraf kata Tony Pua lupa adab, batas dengan Raja - FMT - 20/05 10:18 am Setiausaha agung Umno berkata mempersenda titah Sultan bukan kebebasan bersuara. |
|
Bersatu Selangor tegas semua wakil rakyat perlu hormati institusi Raja-Raja Melayu - Sinarharian - 20/05 8:19 am SHAH ALAM Semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja-Raja Melayu, beradab serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, pendirian itu dinyatakan susulan sokongan penuh parti berkenaan terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkaitan Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor.Menurutnya, Bersatu Selangor turut mengambil maklum teguran khusus Sultan Selangor terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew."Sebagai parti yang menjunjung kedaulatan Raja-Raja Melayu, kami berpandangan bahawa semua wakil rakyat wajib menghormati institusi Raja, beradab dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian serta kedudukan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, parti itu juga menjunjung kasih serta menyokong penuh titah Sultan Selangor yang memperkenalkan Plak Monumen Rukun Negara sebagai usaha mendidik rakyat, khususnya generasi muda mengenai asas perpaduan negara.Tegasnya, peristiwa 13 Mei 1969 ialah sejarah hitam yang tidak boleh diulang dan Rukun Negara perlu terus dijadikan pegangan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama.Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu Selangor bersetuju dengan seruan Sultan Selangor supaya setiap Ahli Yang Berhormat di negeri itu menjadikan lawatan ke Dataran Selangor sebagai amalan."Memahami dan menghayati maksud Rukun Negara adalah tanggungjawab semua pemimpin tanpa mengira parti politik," katanya.Beliau berkata, Bersatu Selangor akan terus berpegang kepada prinsip mempertahankan agama Islam serta berkhidmat kepada rakyat dan negara seperti dititahkan Sultan Selangor |
|
30 institusi pendidikan di P.Pinang terjejas akibat gangguan bekalan air - Mygazette - 20/05 7:56 am # 30 institusi pendidikan di P.Pinang terjejas akibat gangguan bekalan air GEORGE TOWN - Sebanyak 30 institusi pendidikan termasuk kolej vokasional dalam daerah Barat Daya terjejas akibat gangguan bekalan air susulan kerja pembaikan paip utama oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) |
|
SUV dipercayai alami masalah stereng, terbabas rempuh bangunan - Mygazette - 20/05 7:56 am Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya semua pemilik kenderaan supaya sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di jalan raya. MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Nenek sesat jalan, lawan arus di Lebuh Raya DASH ditahan - Mygazette - 20/05 7:56 am Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Jayseelan a/l Supaya di talian 018-2582531 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222. Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita didapati memandu secara melawan arus di Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH)- MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Sangkar ikan, bot nelayan fokus Ops Tiris 4.0 di Pulau Ketam - Mygazette - 20/05 7:56 am "Bagi syarikat pula, denda boleh mencecah RM2 juta dan meningkat sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," ujarnya. - MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Haji bukan sekadar perjalanan ibadah, madrasah bentuk jiwa – PM - Mygazette - 20/05 7:56 am Beliau juga mendoakan agar seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur, dipermudah segala urusan dan kembali ke tanah air membawa semangat baharu buat keluarga, masyarakat dan Malaysia tercinta. - BERNAMA Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
DAP patut hantar pemimpin tertinggi menghadap Sultan Selangor -Fadhli - Mygazette - 20/05 7:56 am # DAP patut hantar pemimpin tertinggi menghadap Sultan Selangor -Fadhli KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyarankan DAP menghantar pemimpin tertingginya menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit |
|
PH Pulau Pinang sedia jika PRU16 awal, komited tunai manifesto – .. - Mygazette - 20/05 7:56 am Beliau berkata setiap negeri mempunyai dinamik politik tersendiri, namun keputusan muktamad tetap bergantung kepada kepimpinan pusat untuk diselaraskan oleh semua negeri. Ketika menyampaikan amanat pada kemuncak Konvensyen PH 2026 di Johor Bahru pada Ahad lepas, Anwar menyatakan kesediaan PH meletakkan calon di semua kawasan DUN di Johor dan Negeri Sembilan sekiranya UMNO serta BN memutuskan untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.- BERNAMA Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Hina institusi raja: PN Selangor desak ADUN DAP minta maaf terbuka - Mygazette - 20/05 7:56 am # Hina institusi raja: PN Selangor desak ADUN DAP minta maaf terbuka KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) Selangor mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera susulan teguran tegas baginda yang menzahirkan rasa dukacita terhadap sikap segelintir pemimpin politik berhubung prinsip Rukun Negara dan institusi Raja Berperlembagaan |
|
Padah tayang lalok di media sosial: 11 ditahan, RM4.6 juta cecair vape .. - Mygazette - 20/05 7:56 am Tegas Hussein, JSJN akan terus mempergiatkan risikan, pemantauan dan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan bagi membanteras aktiviti pengedaran vape mengandungi bahan terlarang. - MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Kuasa raja adalah terhad, kata Tony Pua Kuasa raja adalah terhad, kata .. - Mygazette - 20/05 7:56 am KUALA LUMPUR - Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Isu ternakan babi: Pas Selangor desak Weng San letak jawatan Speaker... - Mygazette - 20/05 7:56 am # Isu ternakan babi: Pas Selangor desak Weng San letak jawatan Speaker DUN KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San meletakkan jawatan susulan kontroversi melibatkan isu penternakan babi yang dibangkitkan dalam sidang DUN yang turut mendapat teguran terbuka daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah tegas Sultan Selangor yang mengingatkan semua pihak supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara khususnya berkaitan kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan |
|
GSF: 25 Rakyat Malaysia tidak ceroboh, Menteri Luar desak pembebasan .. - Mygazette - 20/05 7:56 am Mohamad berkata tiga kru atau peserta telah dibebaskan manakala dua lagi, iaitu kapten dan pembantu kapten, ditahan serta dibicarakan sebelum mahkamah akhirnya membebaskan mereka. Kita ucapkan terima kasih sekali lagi kepada rakan sejawat saya, Hakan Fidan, dan juga kerajaan Turkiye, katanya.- BERNAMA Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Tony Pua jangan keruhkan isu institusi raja – Saifuddin - Mygazette - 20/05 7:56 am Saifuddin yang juga Setiausaha Politik Datuk Menteri Besar Selangor turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki mengambil pendekatan lebih diplomatik termasuk memohon menghadap Sultan Selangor atau mengutus surat bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan demi meredakan keadaan. -MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Zara Qairina dakwa pernah diganggu pelajar ‘tomboy’ di asrama - Mygazette - 20/05 7:56 am Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini mengarahkan prosiding inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Kalah pemilihan terus angkat kaki, Zainol tempelak Rafizi, Nik Nazmi Kalah .. - Mygazette - 20/05 7:56 am Tetapi kalau memilih untuk melawan, kita akan lawan habis-habisan demi mempertahankan perjuangan dan mandat rakyat, tegasnya. - MalaysiaGazette Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
JKDM nafi keluar notis tunggakan SST pelepasan dana pelaburan - Mygazette - 20/05 7:56 am Sehubungan dengan itu, JKDM mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan surat, panggilan atau mesej mencurigakan yang menggunakan nama jabatan berkenaan, selain menasihatkan supaya tidak membuat bayaran atau berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali. Menurut JKDM, sebarang urusan rasmi hendaklah disemak melalui saluran rasmi jabatan berkenaan manakala pengesahan lanjut boleh dibuat menerusi Pusat Panggilan Kastam di talian 1-300-888-500.- BERNAMA Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa secara keseluruhannya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri, kata Tony Pua |
|
Lima prinsip Rukun Negara perlu difahami secara menyeluruh - Ronnie Liu - Sinarharian - 19/05 11:34 pm SHAH ALAM - Kelima-lima prinsip Rukun Negara tidak boleh difahami secara terpilih, sebaliknya perlu dihayati secara menyeluruh sebagai asas budaya politik negara.Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, prinsip itu merangkumi Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi semangat kebangsaan lengkap untuk semua rakyat Malaysia.Menurut beliau, dalam suasana politik dan masyarakat yang semakin dipenuhi emosi serta perpecahan, semua ahli politik perlu kembali memahami semangat sebenar Rukun Negara."Pada pandangan patik, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya ahli politik hadir ke Dataran Selangor sebanyak dua kali sebulan untuk mendekati rakyat dan menghayati semula Rukun Negara bukan sekadar satu aktiviti simbolik atau formaliti semata-mata," katanya dalam satu kenyataan pada SelasaRonnie berkata, saranan Sultan Selangor ahli politik hadir ke Dataran Selangor dua kali sebulan membawa mesej lebih mendalam mengenai kepentingan kembali kepada asas pembinaan negara.Beliau berkata, masalah utama yang dihadapi Malaysia ketika ini bukan sekadar persaingan politik, tetapi budaya politik yang semakin ekstrem dan saling menyerang sehingga menjauh daripada semangat asal pembinaan negara.Menurutnya, politik era baharu tidak sepatutnya lagi dibina atas kebencian, emosi dan perpecahan, sebaliknya perlu berteraskan kematangan, rasional dan rasa hormat demi kestabilan negara.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Sultan Selangor menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati Institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
Hormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed Sukri - Sinarharian - 19/05 10:40 pm SHAH ALAM - Tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercanggah dengan semangat Rukun Negara serta prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang negara.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, sesuatu yang pelik apabila ada pihak bercakap mengenai 'Keluhuran Perlembagaan' dan 'Kedaulatan Undang-Undang', namun pada masa sama didakwa tidak menghormati peranan Institusi Raja yang turut dijamin Perlembagaan."Mereka bercakap seolah-olah sesiapa yang mempertahankan titah Sultan mahu menjadikan Malaysia negara diktator beraja."Itu hujah dangkal, mengelirukan dan sengaja dialihkan untuk menutup isu sebenar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang sebelum ini menyatakan rakyat Malaysia perlu memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan secara teliti selaras sistem Raja Berperlembagaan.Menurut Mohamed Sukri, isu sebenar adalah apabila Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri telah menyatakan pendirian berkaitan sensitiviti agama, keharmonian masyarakat dan kepentingan negeri, namun masih ada pihak terus mempertikaikan serta mempolitikkan perkara itu secara terbuka.Katanya, prinsip 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' yang terkandung dalam Rukun Negara tidak seharusnya sekadar dibaca dalam majlis rasmi, sebaliknya perlu diamalkan dalam kehidupan bernegara."Jangan bercakap tentang Keluhuran Perlembagaan jika adab terhadap Raja Berperlembagaan pun gagal dijaga."Jangan melaungkan Rule of Law jika peranan Raja dalam sistem kenegaraan hanya mahu dihormati ketika memotong reben dan menghadiri istiadat semata-mata," jelas beliau.Mohamed Sukri turut mendakwa terdapat pihak yang mahu Institusi Raja hanya berperanan sebagai simbol negara tanpa suara dalam isu melibatkan agama, kestabilan negeri dan keharmonian rakyat.Menurutnya, Institusi Raja bukan sekadar "rubber stamp", sebaliknya merupakan tiang seri negara, benteng kestabilan dan payung perpaduan rakyat."Kalau benar hormat Perlembagaan, maka hormatilah keseluruhan Perlembagaan, bukan pilih mana yang menguntungkan politik sendiri sahaja," tegas beliau.Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook, Tony berkata, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kuasa raja berbeza sedikit mengikut negeri |
|
Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin - Mypress - 19/05 9:58 pm PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab |
|
Tony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentu - Sinarharian - 19/05 8:48 pm SHAH ALAM Semua rakyat Malaysia perlu memahami Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia dengan teliti selaras dengan sistem raja berpelembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara.Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan kuasa raja berbeza sedikit mengikut negeri."Namun secara umumnya, kuasa raja adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri."Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkata, sebaliknya negara ini mempunyai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dianggotai wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk membuat undang-undang dan keputusan tersebut.Tambah beliau, perkara itu selaras sepenuhnya dengan Rukun Negara khususnya prinsip kedua, ketiga dan keempat iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang."Ya, saya setia kepada Raja dan Negara dan akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang mengikut Perlembagaan Persekutuan |
|
Selangor Pas Youth urges Speakers resignation, demands DAP to respect Sultans Royal Address - Sinardaily - 19/05 5:54 pm SHAH ALAM - Selangor Pas Youth has called for the resignation of the Selangor State Assembly Speaker Lau Weng San, while also urging DAP to respect the Royal Address delivered by the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.The group argued that the situation reflects a broader issue of declining political decorum and alleged disregard for the constitutional monarchy, which it described as a cornerstone of national stability.Selangor Pas Youth chief Mohamed Sukri Omar issued a strongly worded statement defending the Sultans intervention and criticising political conduct during the state assembly sitting.The Royal Address of His Royal Highness the Sultan of Selangor must be respected, DAP is synonymous with disrespect towards the Royal Institution |
|
Rezeki Luar Biasa! 21 Rakyat Malaysia Terima Jemputan Khas Raja Salman Untuk Tunai Haji, Ini Rahsianya! - Siraplimau - 19/05 4:48 pm Seramai 21 rakyat Malaysia terpilih menyertai Program Tetamu Raja Arab Saudi 2026 atau Khadimul Haramain bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini menerusi tajaan penuh kerajaan Arab Saudi |
|
Anak bekas MB Perlis lepas, bebas dakwaan buat tuntutan palsu minuman Raja Perlis - Harapandaily - 19/05 4:13 pm Anak kepada bekas Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini dilepas dan dibebaskandaripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 berhubung penyediaan minuman untuk Raja Perlis dua tahun lalu |
|
Speaker DUN Selangor digesa letak jawatan - Sinarharian - 19/05 3:56 pm SHAH ALAM Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San digesa meletakkan jawatan susulan kegagalan mengambil tindakan tegas terhadap kontroversi membabitkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung isu babi ketika sidang DUN baru-baru ini.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, kegagalan Speaker mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa memperlihatkan kelemahan serius dalam mempertahankan kemuliaan Dewan serta menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Menurutnya, Speaker tidak boleh lari daripada tanggungjawab susulan isu berkenaan yang mencetuskan kontroversi dan keresahan rakyat."Justeru, kami menggesa Speaker DUN Selangor meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab atas kegagalan beliau mengawal perjalanan sidang dengan penuh wibawa dan mempertahankan kehormatan institusi negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, Mohamed Sukri berkata, pihaknya menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang mengingatkan semua pihak mengenai kepentingan memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara khususnya berkaitan kesopanan, kesusilaan serta penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan.Katanya, teguran terbuka Sultan Selangor terhadap Siew Ki dan Ronnie Liu Tian Khiew membuktikan tahap kebiadaban politik yang berlaku kini sudah melampaui batas.Beliau turut mendakwa DAP semakin sinonim dengan budaya politik biadab terhadap institusi diraja susulan beberapa insiden yang disifatkan gagal menghormati adab, tradisi dan semangat Perlembagaan negara."Rakyat Selangor mahukan politik matang, beradab dan menghormati institusi negara, bukannya politik angkuh yang mencabar sentimen rakyat serta memperlekehkan institusi Raja Berperlembagaan," tegas beliau.Terdahulu, Sultan Selangor menyarankan Siew Ki dan Ronnie Liu hadir seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi menghayati prinsip Rukun Negara serta memahami kepentingan menghormati institusi Raja dan menjaga adab kesopanan.Baginda bertitah, langkah itu penting agar semua pihak khususnya pemimpin politik memahami nilai asas yang menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian negara. |
|
Suri rumah didakwa semula hantar komunikasi jelik terhadap Agong - Mygazette - 19/05 3:32 pm # Suri rumah didakwa semula hantar komunikasi jelik terhadap Agong SHAH ALAM - Seorang suri rumah yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) sebelum ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini dituduh semula di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan sama |
|
Ditegur secara terbuka Sultan Selangor; Afnan persoal sikap pemimpin DAP - Mygazette - 19/05 3:32 pm # Ditegur secara terbuka Sultan Selangor; Afnan persoal sikap pemimpin DAP KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan tindakan seorang wakil rakyat DAP yang didakwa tidak mematuhi titah Sultan Selangor sehingga menyebabkan baginda menegur secara terbuka dalam titah rasmi hari ini |
|
Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, .. - Mygazette - 19/05 3:32 pm # Sultan Sharafuddin titah Siew Ki; Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, baca dan fahami Rukun Negara KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Kesetiaan kepada Raja bukan adat, tetapi tanda kenegaraan - Harakahdaily - 19/05 3:22 pm SHAH ALAM: Raja adalah payung rakyat, lambang perpaduan, benteng kestabilan dan pemelihara agama, di mana kesetiaan kepada Raja bukan sekadar adat, tetapi sebahagian daripada adab bernegara. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar menegaskan, institusi Raja Berperlembagaan merupakan tiang seri negara yang perlu dipelihara dan dihormati oleh seluruh rakyat |
|
Sultan titah Siew Ki, Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor fahami Rukun Negara - Harapandaily - 19/05 2:51 pm Sultan Selangor bertitah menyarankan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP, Ronnie Liu datang seminggu sekali ke Dataran Selangor untuk memahami dah menghayati makna Rukun Negara |
|
Anak bekas MB Perlis dilepaskan, dibebaskan pertuduhan kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000 - Sinarharian - 19/05 1:55 pm KANGAR - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa melepaskan dan membebaskan anak lelaki kepada bekas Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 pada Februari 2024.Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi dalam penghakimannya berkata, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie kes terhadap pertuduhan ke atas Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 37, setelah mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi."Oleh yang demikian tertuduh dilepaskan, dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri, wang jaminan (RM20,000) dikembalikan," kata hakim berkenaan.Pada 23 Mei 2024, Mohd Syafeeq mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan memberi satu dokumen iaitu Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri, yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 19 Feb 2024 dengan niat memperdayakan prinsipalnya.Mohd Syafeeq didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tuntutan berjumlah RM19,505.10 bertarikah 14 Februari 2024, atas nama Mohd Farid Abdul Hamid berkaitan Perkhidmatan Menyediakan Minuman Untuk Kegunaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah di sini itu, mengandungi butir matan palsu.Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.Mohd Syafeeq diwakili Peguam Mohd Fadhly Yaacob.Sementara itu, bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Fariz Abdul Hamid, yang mengendalikan pendakwaan kes itu berkata 11 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang tempoh dua tahun perbicaraan kes berkenaan.Ahmad Fariz berkata, pihak pendakwaan akan mengemukakan notis rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kangar dalam tempoh 14 hari untuk semakan keputusan Mahkamah Sesyen itu |
|
Berbaloikah undi Bersama, tanya MP PAS - Mkini - 19/05 10:13 am Kata Syahir, kredibiliti raja formula sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Rafizi |
|
Dapat Tunai Haji Percuma, Ini Rahsia Bagaimana 21 Rakyat Malaysia Terpilih Jadi Tetamu Khas Raja Salman - Vocket - 19/05 9:28 am Seramai 21 orang rakyat Malaysia telah menerima penghormatan tertinggi apabila terpilih untuk menyertai Program Tetamu Raja Arab Saudi, juga dikenali sebagai program Khadimul Haramain, bagi.. |
|
Undang-undang lanjut tempoh milikan kosong berperlembagaan, kata mahkamah - FMT - 19/05 9:00 am Mahkamah wajib menggunakan tafsiran berasaskan tujuan yang mengutamakan objektif atau maksud undang-undang bertulis tersebut. |
|
SPRM cari Tsen Hee, Mohd Ridhuan Chee - Sinarharian - 19/05 8:08 am PUTRAJAYA - Dua lelaki sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes.Individu itu ialah Jung Tsen Hee, 54, mempunyai alamat terakhir di No 373, Lorong Chawan 14, Jalan Chawan, Kuching, Sarawak.Seorang lagi iaitu Mohd Ridhuan Chee @ Chee Chun Sheong, 41, pula mempunyai alamat terakhir di Kampung Talang Batin, 32800 Parit, Perak.SPRM dalam kenyataan berkata, Tsen Hee dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Kuching, Sarawak pada 29 Jun 2026 hingga 1 Julai 2026."Mohd Ridhuan Chee pula dikehendaki hadir bagi prosiding di Mahkamah Jenayah Sesyen 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru, Johor pada 20 Mei 2026," katanya dalam kenyataan.Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Tsen Hee diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Nur Asyiqin Mohd Zahid di talian 012-6855902 atau emel nurasyiqin@sprm.gov.my."Bagi yang mempunyai maklumat berkaitan Mohd Ridhuan pula diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Raja Mohd Firdaus Raja Semail di talian 011-35661995 atau emel firdaus.semail@sprm.gov.my," ujarnya. |
|
Politik Melayu memiliki kuasa tetapi rapuh keyakinan - Utusan - 19/05 8:00 am SEJAK awal pembentukan negara, Melayu mempunyai kedudukan penting dalam politik Malaysia, bukan sekadar kerana demografi sebagai masyarakat teras tetapi kerana peranannya dalam asas pembentukan negara bangsa, Perlembagaan, institusi politik dan imaginasi kenegaraan |
|
21 jemaah Malaysia ditaja Raja Salman tunai haji - Sinarharian - 19/05 7:17 am SEPANG - Seramai 21 rakyat Malaysia terpilih menyertai Program Tetamu Raja Arab Saudi 2026 atau Khadimul Haramain bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.Program tahunan anjuran Kementerian Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi itu ditaja sepenuhnya menerusi peruntukan peribadi Raja Salman, meliputi kos penginapan, tiket penerbangan, makan minum serta perbelanjaan di Masyair Haram.Ketua Delegasi Tetamu Haji Raja Salman, Datuk Wira Ahmad Tajuddin Idris berkata, Malaysia merupakan antara negara yang konsisten menerima jemputan tersebut setiap tahun.Menurut beliau, pemilihan jemaah Malaysia dibuat menerusi kerjasama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi berdasarkan sumbangan individu terhadap Islam, dakwah, masyarakat dan negara."Alhamdulillah pada malam ini kita akan berangkat ke Jeddah dan terus masuk Mekah, lepas habis tunaikan haji kita ke Madinah sekejap sebelum pulang tanah air |
|
Parti baharu Rafizi dijangka beri saingan kepada PH berbanding PN - Mohd Syahir - Sinarharian - 18/05 5:34 pm SHAH ALAM - Parti baharu Datuk Seri Rafizi Ramli dijangka memberi lebih saingan kepada Pakatan Harapan (PH) berbanding Perikatan Nasional (PN).Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, keadaan itu kerana parti tersebut menyasarkan segmen pengundi yang sama seperti PH iaitu kerusi campuran, kawasan bandar dan pantai barat.Menurutnya, bagi PN pula, cabarannya terletak pada pertembungan idea dan polisi untuk menarik sokongan anak muda serta pengundi atas pagar."Namun, kredibiliti raja formula sedikit menjejaskan reputasi Rafizi."Kemunculan parti baharu ini berpotensi memeriahkan ruang demokrasi, khususnya melalui kritikan dasar serta pembongkaran isu dan kelemahan kerajaan, termasuk serangan politik terhadap elit penguasa."Namun, persoalan lebih besar ialah kedudukan parti ini selepas pilihan raya, dengan siapa Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan bergabung?" ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keluar daripada PKR, seterusnya akan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan serta Setiawangsa, masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika majlis pengumuman hala tuju politik yang berlangsung di Petaling Jaya pada Ahad.Rafizi berkata, surat pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin, diikuti pemakluman rasmi keluar parti kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.Rafizi dan Nik Nazmi dalam program sama mengesahkan mengambil alih Bersama, iaitu parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di George Town, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.Tambah Mohd Syahir, realiti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan bahawa hampir mustahil bagi sesebuah parti membentuk kerajaan secara bersendirian sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan."Walaupun masih terlalu awal, tetapi inilah antara pertimbangan utama pengundi menjelang PRU16 nanti."Adakah berbaloi untuk memberi satu undi kepada parti baharu ini?" ulasnya.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin itu atas keberanian mengorak langkah baharu dalam pentas politik tanah air."Langkah kamikaze ini pastinya didorong pertimbangan jangka pendek dan jangka panjang dengan mengambil kira realiti serta sentimen politik semasa," jelasnya. |
|
UMNO Negeri Sembilan tak pernah khianati PH - Sinarharian - 18/05 4:57 pm SEREMBAN UMNO Negeri Sembilan menafikan dakwaan bahawa parti itu mengkhianati Pakatan Harapan (PH) dalam kerjasama Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.Setiausahanya, Datuk Mustapha Nagoor berkata, tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bukan bermakna parti itu mengkhianati hubungan yang telah terjalin."Suarakan pandangan, keresahan dan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar bukan bermakna kita khianat."Kita hanya mempersoalkan bagaimana beliau menguruskan krisis yang melibatkan institusi raja |
|
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 27 Mei ini - Mygazette - 18/05 3:41 pm # Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 27 Mei ini KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M pada Rabu, 10 Zulhijjah bersamaan 27 Mei ini |
|
Kek lukisan tangan daya tarikan Tintaja - Utusan - 18/05 8:30 am KEUNIKAN lukisan tangan di atas kek menjadi identiti utama jenama bakeri home-based, Tintaja, sehingga tempahannya kini diterima bukan sahaja dari sekitar Pulau Pinang malah turut meliputi Kedah dan utara Perak |
|
Raja payung kedaulatan negara - Utusan - 18/05 8:00 am DALAM kerangka pemerintahan Malaysia yang berteraskan kepada sistem Raja Berperlembagaan, institusi raja kekal sebagai tunjang kepada kedaulatan negara yang tidak lapuk dek zaman walaupun negara menjangkau era teknologi moden |
|
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei - Mkini - 17/05 10:07 pm Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Muhammad Affendi Jalaludin turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh pada esok (Isnin). |
|
Raya Haji jatuh 27 Mei, umat Islam mula sambut Zulhijah esok - Harapandaily - 17/05 9:45 pm Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei ini selepas tarikh 1 Zulhijah 1447 Hijrah ditetapkan jatuh pada 18 Mei 2026 |
|
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei - Sinarharian - 17/05 8:44 pm KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 27 Mei ini, menurut Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin.Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H jatuh pada esok (Isnin)."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1447H ialah pada 18 Mei 2026 Masihi."Oleh yang demikian, Aidiladha pada 10 Zulhijah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Rabu, 27 Mei 2026 Masihi," katanya.- Bernama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |