///
See Also: Shutterstock

Search : Pulau Langkawi News   Page 1    



15/11 1:47 pm
Langkawi boat tragedy victims sent to hospital for post-mortem Langkawi boat tragedy victims sent to hospital for post-mortem - SUN





Mahdzir tempelak cadangan Teresa Kok, anggap hina Sultan Kedah - Mgazette - 15/11 1:41 pm

# Mahdzir tempelak cadangan Teresa Kok, anggap hina Sultan Kedah KUALA LUMPUR UMNO Kedah menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok agar Pulau Langkawi diserahkan kepada kerajaan Persekutuan sebagai tindakan yang tidak menghormati tanah jajahan takluk di bawah naungan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah





Langkawi boat capsize death toll rises to 28 as 12 more bodies brought to .. - Malaymail - 15/11 10:34 am

LANGKAWI, Nov 15 The bodies of 12 victims from the boat capsize incident in waters off the Malaysia-Thailand bor...





12 mayat bot karam dihantar ke HSB untuk bedah siasat - Sinarharian - 15/11 10:06 am

LANGKAWI - Sebanyak 12 mayat bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi Sabtu.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mayat berkenaan terdiri daripada 10 lelaki dewasa serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan."Sebelum ini kita telah menghantar 12 mayat ke HSB pada Selasa lepas, diikuti empat mayat pada 3 petang semalam."Semua mayat itu telah selesai dibedah siasat, manakala sebanyak 12 mayat yang dihantar ke HSB hari ini dijangka dibedah siasat pada hari ini dan esok," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.Beliau berkata, dengan penghantaran kesemua mayat itu ke HSB, tiada lagi mayat mangsa bot karam di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini.Sementara itu, satu mesyuarat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri dijangka diadakan esok bagi menentukan langkah seterusnya termasuk berkaitan pengkebumian mayat berkenaan.Mengulas mengenai 14 mangsa yang ditemukan selamat, Khairul Azhar berkata, kesemua mereka masih dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.Terdahulu, 12 mayat mangsa bot karam berkenaan dibawa dari HSM menggunakan sebuah trak polis dan tiba di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bukit Malut di sini pada 7.20 pagi Sabtu.Mayat itu kemudian dihantar ke Kuala Perlis, Perlis menggunakan sebuah bot Polis Marin sebelum dibawa ke HSB.Setakat ini, 28 mangsa dipercayai etnik Rohingya ditemukan maut, manakala 14 lagi selamat selepas sebuah bot dipercayai membawa 70 pendatang tanpa izin karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand





Motosikal terbabas, penunggang maut tercampak dalam longkang - Sinarharian - 15/11 9:08 am

BUTTERWORTH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter dalam kejadian di Jalan Siram di sini pada pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 4.06 pagi itu, mangsa dikenali sebagai R Kishore Kumar, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan."Setibanya di lokasi pada jam 4.15 pagi, pasukan mendapati terdapat satu motosikal jenis Honda RS150 dipercayai terbabas ke bahu jalan."Mangsa lelaki ditemui tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.John Sagun berkata, kerja-kerja menyelamat dijalankan oleh pasukan operasi lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.44 pagi.Katanya, pemeriksaan lanjut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian."Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi," katanya lagi.





Jumpa bayi perempuan masih bertali pusat dalam tandas - Sinarharian - 15/11 8:29 am

BUTTERWORTH - Bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat yang ditemukan di sebuah tandas di rumah kampung dekat kawasan Sungai Dua, di sini, pada pagi Khamis.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam kira-kira jam 6.28 pagi sebelum ke lokasi kejadian."Hasil pemeriksaan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang mendapati bayi itu masih hidup dan cukup sifat."Bayi yang dijumpai itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan dalam keadaan normal dan sihat sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan susulan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.Dalam pada itu, Anuar menyeru kepada orang ramai tidak mensensasikan kes ini sementara polis masih menjalankan siasatan.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu juga diseru berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Irwan Shah Sumadi di talian 04 - 576 2222 (sambungan 2275) atau menghubungi mana-mana balai terdekat untuk membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.





See for yourself, Langkawi rep tells DAP duo - FMT - 14/11 11:06 pm

Kuah assemblyman Amar Pared Mahamud says that Langkawis tourist numbers have steadily increased over the past few years.





Fokus tuntutan Kedah bukan sibuk tanya pendirian PN, DAP diberitahu - FMT - 14/11 9:30 pm

Pemimpin PAS Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata DAP sepatutnya minta kerajaan Pulau Pinang jelaskan rancangan pertahan status negeri itu.





Langkawi bukan bahan eksperimen, modal politik - ADUN Kuah - Sinarharian - 14/11 6:36 pm

ALOR SETAR - Cadangan supaya Langkawi diletakkan bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan disifatkan sebagai satu kenyataan biadab politik, tidak menghormati sejarah dan menyentuh kedaulatan negeri dan Tuanku Sultan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Amar Pared Mahamud berkata, Langkawi bukan bahan eksperimen atau modal politik sesiapa.Beliau menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai sesuatu yang tidak berasas."Begitu juga kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang mengatakan bahawa orang sudah tidak mahu ke Langkawi."Kenyataan seperti ini tidak berfakta, dangkal dan memperlekehkan usaha penggiat industri pelancongan serta rakyat Langkawi yang saban hari bekerja keras demi membangunkan pulau ini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Dakwanya, lebih mengecewakan apabila pendapatan dan hasil yang diperoleh dari pulau tersebut disalurkan kepada kerajaan Persekutuan."Sudahlah hasil cukai dan pendapatan Langkawi majoritinya diserap kerajaan Persekutuan, kini ada pula usaha memperlekehkan dan mempolitikkan kedudukan pulau berdaulat ini. Ini bukan sahaja tidak adil, malah satu penghinaan terhadap rakyat Kedah."Bagi mengelakkan lebih banyak kenyataan tidak bertanggungjawab, saya menjemput Teresa Kok dan RSN Rayer turun sendiri ke Langkawi, datang lihat dengan mata, dengar suara rakyat dan fahami realiti sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan sesuka hati," katanya.Sebelum ini, Teresa mengkritik Kerajaan Kedah pimpinan Pas yang didakwanya gagal membangunkan Langkawi selain menyindir hasrat kerajaan negeri mahu mengambil alih Pulau Pinang.Beliau berpendapat, Langkawi mempunyai kekuatan tersendiri dalam sektor pelancongan dan lebih sesuai dimajukan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.Teresa mencadangkan supaya Pulau Langkawi ditadbir sebagai Wilayah Persekutuan atau Zon Antarabangsa bagi merancakkan pembangunan pelancongan secara lebih sistematik.Dalam masa sama, tular satu klip video pendek sedutan daripada perbahasan di Parlimen, di mana Rayer mendakwa penduduk Langkawi kini sedang merana kerana tidak ada pengunjung sementara kerajaan negeri pula tidak berbuat apa-apa.





20 pasukan berentap rebut gelaran Dragon King di Genting Highlands - Sinarharian - 14/11 6:29 pm

KUALA LUMPUR Sebanyak 20 pasukan tarian naga terbaik dari seluruh negara bakal berentap dalam Resorts World Genting (RWG) National Luminous Dragon King Championship pada 14 Disember ini bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM9,000.Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, pertandingan yang dijadualkan berlangsung di Arena of Stars itu memperkenalkan dimensi baharu dalam seni persembahan tarian naga tradisional."Setiap pasukan akan menampilkan koreografi bertenaga, ketangkasan fizikal dan elemen rekaan tersendiri bagi menghidupkan naratif persembahan dengan lebih moden dan imaginatif."Edisi sulung kejohanan itu memperkenalkan segmen rekaan kreatif yang memberi ruang kepada pasukan untuk menghasilkan elemen artistik masing-masing," katanya pada sidang media di Wisma Genting pada Jumaat.Turut hadir Pengerusi Catholic High School Alumni Association Dragon & Lion Dance Troupe, Kevin Chang dan Ketua Hiburan dan Acara RWG, Chia Lee Yun.Beliau berkata, inisiatif itu diinspirasikan daripada pendekatan Catholic High School Alumni Association Dragon & Lion Dance Troupe yang memainkan peranan besar dalam memperkasa evolusi seni tarian naga secara lebih kontemporari."Acara ini bukan sekadar satu pertandingan, tetapi pentas di mana semangat dan imaginasi memberi nafas baharu kepada salah satu simbol budaya paling ikonik di Asia, iaitu naga," ujarnya,Tambahnya, kejohanan Dragon King ini bukan sahaja mempersembahkan bakat tempatan, malah menjadi platform penting dalam memelihara seni warisan sambil mendorong inovasi agar tarian naga kekal relevan kepada generasi muda.Kejohanan akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 7 malam, sebelum diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah.Bagi kategori hadiah, juara akan membawa pulang RM5,000, manakala naib juara menerima RM3,000 dan tempat ketiga memperoleh RM1,000, selain trofi dan medal sebagai penghargaan kepada pemenang.Orang ramai yang ingin menyaksikan kejohanan ini secara langsung, tiket dijual pada harga RM139 bagi kategori PS1 (tempat duduk ditetapkan) dan RM99 bagi kategori PS2 (tempat duduk bebas), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi rwgenting.com.Senarai pasukan yang bertandingAo Feng Gong Skudai, JohorKang Yuan Muar, JohorXuan Long Ampang, SelangorHua Yi, Pulau PinangKew Ong Yeah, Pulau PinangHong Teck Brickfields, Kuala LumpurKwong Ngai, PutrajayaFriendship WPQun Sheng SabahXuan Long Shi, JohorTeochew Eight Districts, JohorWat Phra Buddha Jinaraja, MelakaPei De Kajang, SelangorChea Mien Hong Teck Ipoh, PerakHai Yang Kedah & PerlisMalacca Gao Feng, MelakaTans Association, SelangorChin Woo Ipoh, PerakKhuan Loke, SelangorYahya Awal, Johor





Sabah perlukan kerajaan konsisten untuk terus maju ke hadapan - Sinarharian - 14/11 4:50 pm

SHAH ALAM Sabah memerlukan kerajaan yang konsisten dan sealiran dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan negeri itu tidak lagi terganggu akibat konflik politik dalaman serta pertukaran kepimpinan yang kerap.Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kestabilan politik merupakan prasyarat utama untuk memastikan komunikasi dan penyaluran dana antara kerajaan Persekutuan dan negeri berjalan lancar."Sejarah menunjukkan ketidakstabilan kerajaan negeri terdahulu memperlahankan pembangunan Sabah hingga negeri itu juga masih jauh ketinggalan berbanding negeri jiran, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung."Ia mengakibatkan banyak projek tertangguh, kelulusan belanjawan lewat, pelabur berwaspada untuk melabur dan pelaksanaan program untuk rakyat juga terganggu





Amaran hujan lebat, ribut petir di 11 negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 14/11 4:01 pm

SHAH ALAM Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini, melibatkan 11 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.Menurut MetMalaysia, negeri-negeri yang terlibat termasuk Perlis dan Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.Di Perak, amaran merangkumi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar, manakala di Kelantan, kawasan yang terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.Untuk Pahang, ribut petir dijangka berlaku di Pekan, sementara di Selangor, kawasan terlibat termasuk Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.Di Negeri Sembilan, amaran tersebut melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor, kawasan dijangka terkesan ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru





UMNO Kedah gesa Teresa Kok mohon maaf - Sinarharian - 14/11 1:37 pm

ALOR SETAR - UMNO Kedah menggesa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membuat permohonan maaf secara terbuka.Beliau didakwa mengguris hati rakyat Kedah dan menyentuh kedaulatan Sultan Kedah menerusi cadangannya agar Pulau Langkawi diletakkan bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenyataan Teresa itu dianggap tidak menghormati kedudukan Langkawi sebagai tanah jajahan takluk di bawah naungan Tuanku Sultan Kedah."Cadangan tersebut jelas tidak menghormati Tuanku Sultan Kedah selaku Raja yang menaungi segala tanah jajahan takluknya termasuk rakyat negeri ini."Beliau sepatutnya lebih peka dan sensitif terhadap apa jua perkara yang mahu dibangkitkan di mana-mana platform, termasuk di Dewan Rakyat meskipun mempunyai imuniti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Mahdzir menegaskan, Ahli Parlimen DAP itu tidak wajar mencampuri hal membabitkan institusi Raja-Raja, apatah lagi menyentuh hak milik tanah jajahan Sultan Kedah."Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang boleh dibangkitkan sesuka hati kerana ia melibatkan martabat Tuanku Sultan."Hal berkaitan tanah jajahan takluk baginda Tuanku bukan seperti urusan mengambil buah kelapa gugur di tepi jalan yang tiada pemilik





Pulau Pinang negeri berdaulat, tidak siapa boleh persoalkan – DAP - Mgazette - 14/11 7:46 am

# Pulau Pinang negeri berdaulat, tidak siapa boleh persoalkan - DAP KUALA LUMPUR DAP Pulau Pinang menegaskan negeri itu dan Kedah adalah dua entiti berasingan dalam Persekutuan Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan





SPPP nafi Feri Pulau Pinang tak cukup jaket keselamatan - Mgazette - 14/11 7:46 am

# SPPP nafi Feri Pulau Pinang tak cukup jaket keselamatan GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) menafikan dakwaan tular di media sosial baru-baru ini, kononnya perkhidmatan feri di Pulau Pinang khususnya Feri Pulau Duyung hanya dilengkapi tiga unit jaket keselamatan





Perkhidmatan Datuk Bandar KL dipendekkan, Maimunah ‘berhijrah’ .. - Mgazette - 14/11 7:46 am

# Perkhidmatan Datuk Bandar KL dipendekkan, Maimunah 'berhijrah' ke Petronas KUALA LUMPUR -Tempoh perkhidmatan Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang sepatutnya tamat pada 15 Ogos 2026 dipendekkan kepada esok, 14 November





Petronas lantik bekas Datuk Bandar KL sebagai Penasihat Hartanah - Sinarharian - 13/11 10:54 pm

SHAH ALAM - Petronas mengumumkan pelantikan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanah berkuat kuasa 17 November depan.Pelantikan tokoh perancang bandar terkemuka peringkat global itu memperkukuh hala tuju pembangunan hartanah syarikat, khususnya melibatkan tanah Sungai Besi, projek Kota Madani dan beberapa pembangunan strategik lain di bawah portfolio syarikat minyak serta gas nasional tersebut."Maimunah akan memainkan peranan penting dalam membimbing dan merangka strategi pertumbuhan fasa seterusnya bagi portfolio hartanah Petronas."Kepakaran teras beliau selama lebih 40 tahun adalah dalam bidang pembangunan bandar mapan," katanya mengerusi kenyataan pada Khamis.Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Datuk Bandar Pulau Pinang, selain menjadi presiden wanita pertama Majlis Perbandaran Seberang Perai.Di peringkat antarabangsa, Maimunah mencipta sejarah menjadi wanita Asia pertama dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) selainpernah memangku jawatan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nairobi.Beliau juga merupakan Profesor Kehormat di Bartlett School, University College London dan Profesor Adjung di Universiti Malaya.Antara pengiktirafan terkini diterima beliau ialah Anugerah Kepimpinan di World Smart City Awards di Barcelona dan Anugerah Kepimpinan Terbaik kategori Bandar daripada Kementerian Perumahan Malaysia."Pengurusan Petronas mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Maimunah dan yakin kepakaran serta pengalaman luas beliau akan menjadi aset penting kepada syarikat," menurut kenyataan itu.





Tuntutan Kedah: DAP desak PAS, PN P Pinang jelas pendirian sebenar - FMT - 13/11 9:50 pm

Rakyat berhak tahu pendirian sebenar PAS dan PN Pulau Pinang, kata Steven Sim.





Penang Port Commission denies claim Pulau Duyung ferry had only three life .. - Malaymail - 13/11 8:06 pm

GEORGE TOWN, Nov 13 The Penang Port Commission (PPC) has strongly denied recent social media claims alleging tha...





RM17.5 bilion demi kesejahteraan rakyat Sabah - MOF - Sinarharian - 13/11 5:12 pm

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM17.5 bilion untuk kemajuan Sabah bagi tahun 2026 demi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan terus diperkukuh.Kementerian Kewangan (MoF) berkata, di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, projek prasarana utama seperti Pan Borneo Sabah yang bernilai RM13.9 bilion disambung semula, di samping peningkatan kemudahan asas termasuk Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II.Selain itu, menurut kementerian, Kerajaan Madani memperkukuh bekalan asas dengan peruntukan RM1.2 bilion bagi menjamin kelangsungan elektrik, RM765 juta untuk Projek Talian Penghantaran Southern Link, pemasangan panel solar hibrid di kampung-kampung kecil dan bekalan air bersih untuk projek air Sabah."Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk Sabah meliputi pemberian negeri, pembiayaan mengurus agensi Persekutuan, subsidi bahan api dan perbelanjaan pembangunan."Untuk 2022, perbelanjaan sebenar berjumlah RM12.9 bilion, 2023 (RM13.9 bilion) dan 2024 (RM14 bilion)





Bukan soal cabar Perlembagaan tetapi Kedah dibenar semak hak - PN - Sinarharian - 13/11 3:25 pm

KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Kedah menegaskan bahawa keputusan kerajaan negeri itu untuk menyemak haknya ke atas Pulau Pinang bukan bermaksud mencabar Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan negeri itu sebagaimana yang didakwa pihak tertentu.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad berkata, apa yang dibangkitkan oleh Kerajaan Kedah adalah suatu tuntutan terhadap hak yang dijamin oleh Perlembagaan."Bagi kami tidak timbul soal mencabar Perlembagaan atau kedaulatan negeri, sebaliknya apa yang dibangkitkan oleh Kedah merupakan satu tuntutan terhadap hak yang juga dijamin oleh Perlembagaan."Perkara itu turut dititahkan Sultan Kedah bersempena hari keputeraan baginda ke-81 pada tahun 2023 bahawa status pajakan Pulau Pinang ini perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta tanpa prejudis," katanya ketika sidang akhbar di Dewan Rakyat pada Khamis.Pada Rabu, beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mendakwa kedudukan Perlembagaan Persekutuan mengatasi sebarang dakwaan sejarah bahawa Pulau Pinang milik Kedah.Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata, Perlembagaan secara jelas memperuntukkan kedaulatan semua negeri dalam Malaysia termasuk Pulau Pinang.Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan ahli Parlimen pembangkang bahawa Pulau Pinang adalah hak milik kesultanan Kedah yang telah dipajak.RSN Rayer (PH-Jelutong) pula berkata, Perkara 4(1) dan 4(2) Perlembagaan menyatakan Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, justeru kedaulatannya tidak boleh dipertikaikan."Ia tidak boleh dituntut oleh sesiapa pun termasuk Kedah," kata Rayer.Mengulas lanjut, Ahmad berkata, PN berpendirian langkah Kedah menyemak haknya itu sewajarnya dihormati semua pihak kerana ia dibuat berpandukan lunas perundangan bahkan kerajaan negeri berkenaan juga tidak bermaksud mencabar kedaulatan Pulau Pinang seperti yang digembar-gemburkan.Katanya, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya kerana kedaulatan Kedah telah dicabar oleh sikap prejudis pihak tertentu.Sementara itu, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan semakan yang baharu dibuatnya dengan Menteri Besar Kedah, kerajaan negeri didapati menerima bayaran khas Pulau Pinang daripada kerajaan Pusat atas pajakan yang telah ditandatangani pada 1869 sebanyak RM10 juta setiap tahun."Jadi kerajaan negeri termasuk Sultan Kedah seperti diketahui umum telah mempersetujui supaya isu berkaitan kedudukan sebenar Pulau Pinang dan Kedah ini diperjelaskan di hadapan mahkamah."Atas dasar itulah kami ahli-ahli Parlimen PN seluruh negara menyokong penuh tindakan dan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Kedah menubuhkan satu pasukan perundangan untuk meneliti dengan lebih terperinci setelah analisis dibuat oleh pakar-pakar sejarah mengenai kedudukan serta asal-usul Kedah dan Pulau Pinang ini sebelum membawa kes itu ke mahkamah," katanya.Tambah beliau, Perlembagaan juga membenarkan perkara tersebut dicabar kerana kerajaan negeri merupakan sebuah entiti yang boleh menyaman dan juga disaman.Ujarnya, satu-satu pajakan secara asasnya mempunyai tempoh tamat atau tarikh luput dan begitu jugalah bagi pajakan di Pulau Pinang





Dua lagi mayat bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand ditemui - Mgazette - 13/11 2:58 pm

# Dua lagi mayat bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand ditemui KUALA LUMPUR - Dua mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand sebelum ini





Kedaulatan sebenar Pulau Pinang di bawah Kedah ??? Pas Kedah - Mgazette - 13/11 2:58 pm

# Kedaulatan sebenar Pulau Pinang di bawah Kedah Pas Kedah KUALA LUMPUR Pas Kedah menyokong langkah kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kedudukan serta hubungan negeri itu dan Pulau Pinang dan menegaskan tidak akan sesekali berundur





Pulau Pinang Negeri Berdaulat! MB Kedah, Kedah Tak Ada Hak Nak... - Mgazette - 13/11 2:58 pm

# Pulau Pinang Negeri Berdaulat! MB Kedah, Kedah Tak Ada Hak Nak Tuntut - Jelutong Pulau Pinang Negeri Berdaulat! MB Kedah, Kedah Tak Ada Hak Nak Tuntut - Jelutong





Bedah siasat sembilan mangsa bot karam selesai - KP Kedah - Sinarharian - 13/11 10:58 am

ALOR SETAR - Sembilan daripada 26 mangsa bot karam yang maut di perairan Langkawi selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini setakat semalam.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, sebanyak 12 mayat telah dihantar ke HSB dengan sembilan daripada selesai proses bedah siasat manakala 14 lagi masih di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi."Penghantaran kali pertama ke HSB melibatkan satu mayat, iaitu pada hari pertama operasi dijalankan (Ahad) manakala penghantaran kedua pada Selasa melibatkan 11 mayat."Semua mayat yang dijumpai itu masih berada di hospital dan belum diserahkan kepada mana-mana pihak lagi





Lightning strike kills man returning from fishing trip in Langkawi - Malaymail - 13/11 10:24 am

KUALA LUMPUR, Nov 13 A man was killed by lightning while returning from a fishing trip with friends at the Teluk...





Malaysia-Rusia kukuhkan kerjasama strategik 17 bidang utama - Sinarharian - 13/11 9:15 am

LANGKAWI Hubungan dua hala Malaysia dan Rusia terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mencapai persetujuan untuk melaksanakan pelan konkrit kerjasama dalam 17 bidang utama sempena Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknologi dan Kebudayaan (JC-ESTC) keempat yang berlangsung di sini pada Selasa.Mesyuarat yang dipengerusikan bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia, Valery Falkov itu merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi, pendidikan tinggi, pelancongan, teknologi, tenaga dan kebudayaan.Menurut Zambry, Malaysia amat menghargai komitmen delegasi Rusia yang hadir dalam jumlah besar melebihi 130 orang, menggambarkan keazaman kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan strategik yang terjalin sejak sekian lama."Mesyuarat kali ini membuahkan hasil penting dengan tumpuan kepada pendidikan, perdagangan, pelaburan, tenaga hijau, aeroangkasa dan pembangunan industri halal."Ia menandakan komitmen bersama ke arah kerjasama yang lebih berimpak tinggi," katanya ketika berucap dalam kenyataan bersama selepas mesyuarat berkenaan.Beliau berkata, kedua-dua negara bersetuju mempercepatkan usaha pemansuhan sebahagian keperluan visa bagi memudahkan perjalanan dan pertukaran rakyat, selain memberi keutamaan kepada penyambungan semula penerbangan terus yang dijangka dapat merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi, khususnya di Langkawi.Dalam bidang pendidikan, Rusia turut menawarkan 40 biasiswa tahunan kepada pelajar Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh hubungan akademik serta mobiliti pelajar antara kedua-dua negara."Kerjasama antara universiti dan institusi penyelidikan akan diteruskan dalam bidang termaju seperti teknologi maklumat, kecerdasan buatan dan sains data





Lelaki maut disambar petir ketika pulang memancing di Langkawi - Sinarharian - 13/11 9:14 am

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, dekat Langkawi, semalam.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, Ishak Hashim, 57, dari Kampung Berjaya, Langkawi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi."Mangsa yang juga pemilik bot keluar memancing bersama tiga rakannya pada 8 pagi melalui jeti nelayan itu



Mangsa bot karam Langkawi meningkat kepada 25 orang Mangsa bot karam Langkawi meningkat kepada 25 orang - SUN - 13/11 7:55 am



Bot karam di Langkawi cerminkan cabaran kemanusiaan serantau Bot karam di Langkawi cerminkan cabaran kemanusiaan serantau - SUN - 13/11 7:55 am





Rayer ???sekolahkan??? Ahli Parlimen Pas isu kedaulatan Pulau Pinang - Mgazette - 13/11 7:49 am

# Rayer sekolahkan Ahli Parlimen Pas isu kedaulatan Pulau Pinang KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini terus hangat apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, bertindak 'menyekolahkan beberapa Ahli Parlimen PAS, khususnya dari Sik dan Pendang yang masih mempertikaikan status kedaulatan negeri Pulau Pinang





Hakim padam ayat dalam 8 perenggan pernyataan saksi kes rasuah Guan... - Mgazette - 13/11 7:49 am

# Hakim padam ayat dalam 8 perenggan pernyataan saksi kes rasuah Guan Eng KUALAL LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini memadam beberapa perkataan dan ayat dalam lapan perenggan pernyataan saksi pegawai penyiasat kes rasuah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang dihadapi bekas ketua menterinya, Lim Guan Eng





Tunku Ismail bimbang masalah trafik apabila RTS beroperasi nanti Tunku .. - Mgazette - 13/11 7:49 am

# Tunku Ismail bimbang masalah trafik apabila RTS beroperasi nanti JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bimbang dengan masalah kesesakan lalu lintas yang bakal timbul apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi





Tuntutan Kedah: Jumpa di mahkamah – KM Pulau Pinang - Mgazette - 13/11 7:49 am

# Tuntutan Kedah: Jumpa di mahkamah - KM Pulau Pinang GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan penyelesaian isu berkaitan kedudukan serta hubungan negeri itu dengan Kedah akan diselesaikan melalui mahkamah





Malaysia-Rusia perkukuh kerjasama strategik pendidikan tinggi, sains, teknologi - Sinarharian - 12/11 10:02 pm

ALOR SETAR - Malaysia dan Rusia terus memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi, sains dan teknologi menerusi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknologi dan Budaya (JC-ESTC) kali ke-4.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan RusiaValery Falkov itu, diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) pada Isnin dan semalam.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, JC-ESTC yang ditubuhkan sejak 2015 menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan Rusia.Dalam kenyataan sama, Zambry berkata mesyuarat itu menandakan kemajuan ketara dalam memperkukuh hubungan dua hala berasaskan persahabatan jangka panjang, saling menghormati dan aspirasi bersama."Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh bidang pendidikan tinggi, sains dan teknologitetapi turut membuka peluang dalam tenaga, industri halal, kewangan Islam dan teknologi hijau yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," katanya.Sementara itu, menurut KPT mesyuarat JC-ESTC itu mencapai beberapa hasil utama termasuk pemansuhan sebahagian keperluan visa dan usaha menyambung penerbangan terus antara Malaysia-Rusia serta 40 biasiswa tahunan daripada kerajaan Rusia kepada pelajar Malaysia.Turut dicapai ialah kerjasama tenaga dan nuklear secara aman, serta penerokaan bidang tenaga boleh baharu dan pengurusan sisa lestari serta diversifikasi perdagangan serta pelaburan dalam sektor aeroangkasa, industri halal dan teknologi hijau.KPT memaklumkanMalaysia dan Rusia terus mempertingkat kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi melalui 34 perjanjian kerjasama strategik melibatkan 21 memorandum persefahaman (MoU), 10 surat niat (LoI) dan 3 pelan hala tuju antara institusi pendidikan tinggi (IPT), jabatan/agensi serta syarikat kedua-dua negara."Malaysia juga menantikan penganjuran Mesyuarat Ke-5JC-ESTC di Rusia pada tahun hadapan untuk memperkukuh momentum yang dicapai di Langkawi," menurut kenyataan itu





Perlembagaan batal dakwaan P Pinang milik Kedah, Dewan Rakyat diberitahu - FMT - 12/11 9:45 pm

Dua Ahli Parlimen DAP bidas gesaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) agar kedaulatan Pulau Pinang dikaji semula.





Lima lagi mayat ditemui, korban bot karam kini 34 - Sinarharian - 12/11 8:26 pm

LANGKAWI - Lima lagi mayat ditemukan pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran sempadan maritim MalaysiaThailand.Penemuan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban kini meningkat kepada 34 orang.Daripada jumlah itu, 25 mayat ditemui di perairan Malaysia, manakala sembilan lagi dikesan di perairan Thailand.Setakat ini, 14 mangsa dilaporkan terselamat dan kesemuanya ditemui di perairan Malaysia.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penemuan mayat terbaharu itu melibatkan lima lelaki dewasa hasil operasi bersepadu bersama pelbagai agensi penyelamat pada Rabu."Sekitar jam 10.10 pagi, Polis Marin menemui satu mayat lelaki terapung berhampiran Pulau Singa Besar





Dua kereta hangus dalam kejadian berasingan - Sinarharian - 12/11 7:42 pm

GEORGE TOWN - Dua kejadian kebakaran kereta dilaporkan berlaku di dua lokasi berbeza di negeri ini pada petang Rabu, masing-masing di Tasek Gelugor dan Gelugor.Dalam kejadian pertama di Jalan Jarak Atas menghala ke Ara Kuda, Tasek Gelugor sebuah kereta jenis Mercedes S400H musnah kira-kira 75 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada jam 2.16 petang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.16 petang sebelum tiba di lokasi pada jam 2.34 petang dengan kekuatan lapan anggota serta dua jentera jenis FRT dan EMRS."Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak melakukan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan api yang memusnahkan sebahagian besar kenderaan berkenaan."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.39 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang selepas memastikan tiada risiko lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada jam 3.49 petang, sebuah kereta jenis Proton Waja turut terbakar di Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Gelugor, berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban.John Sagun berkata, pasukan bomba bergegas ke lokasi sejauh lapan kilometer selepas menerima panggilan kecemasan dan tiba pada jam 4 petang dengan kekuatan 10 anggota serta dua jentera."Kebakaran melibatkan kemusnahan kira-kira 80 peratus pada bahagian kereta."Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.27 petang," katanya.Tambahnya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak FIO."Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua kejadian berkenaan," ujarnya lagi.





Home minister: Langkawi boat tragedy reflects wider regional humanitarian .. - Malaymail - 12/11 5:25 pm

LANGKAWI, Nov 12 The recent boat tragedy involving illegal migrants from Myanmar should not be seen as an isolat...





Kes Dr Mahathir saman Anwar diteruskan Januari 2026 - Sinarharian - 12/11 5:04 pm

SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan perbicaraan kes saman bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan pada 13 Januari 2026.Kes berkenaan membabitkan saman RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Perlaksanaan Sebuah Idealisme', dua tahun lalu.Tarikh-tarikh lain di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin ialah pada 14, 28 dan 29 Januari serta 9 Februari tahun sama.Prosiding bersambung tahun depan kerana pihak Anwar selaku defendan tidak berkelapangan pada bulan ini dan Disember.Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 10 Julai lalu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Rasyid Azman sementara peguam, Aliff Benjamin Suhaimi hadir bagi pihak Anwar, 78.Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan berkenaan.Dr Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.Dalam pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.Menurut beliau, ia termasuk kenyataan kononnya plaintif membolot harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.Sedangkan katanya, kenyataan berkenaan tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam penyataan pembelaan pada 14 Jun tahun sama mendakwa saman Dr Mahathir sebagai melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.Anwar berkata, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera kerana (ketika itu) enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009





Langkawi laluan strategik PATI masuk ke negara ini Saifuddin - Sinarharian - 12/11 4:29 pm

LANGKAWI Kedudukan Pulau Langkawi yang strategik berhampiran sempadan Thailand dikenal pasti menjadi antara faktor utama pulau pelancongan itu sebagai laluan pilihan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mendarat ke negara ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil maklumat awal daripada mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini menunjukkan mereka memilih Malaysia sebagai destinasi akhir.Beliau berkata, kesemua mangsa merupakan warga Myanmar yang sanggup mengambil risiko merentas lautan dalam keadaan cuaca tidak menentu semata-mata untuk memasuki negara ini."Setakat ini, semua mangsa dari Myanmar





Gabungan integriti, inovasi perkukuh kekuatan dan kredibiliti MINDEF - Sinarharian - 12/11 4:22 pm

KUALA LUMPUR - Pemerkasaan nilai integriti dan inovasi perlu dijadikan teras utama dalam memperkukuh kredibiliti Kementerian Pertahanan (MINDEF) agar organisasi itu kekal relevan, berdaya saing dan dihormati.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gabungan kedua-dua nilai itu saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk budaya kerja yang berasaskan amanah, tanggungjawab serta memupuk kefahaman mengenai daya cipta tinggi dalam kalangan warga MINDEF.Menurut beliau, integriti merupakan asas kepada kepercayaan dan ketelusan dalam melaksanakan setiap amanah, manakala inovasi pula menjadi pemangkin kepada kemajuan serta keberkesanan sistem pertahanan negara."Gabungan kedua-dua nilai berkenaan menjadi tunjang kekuatan kementerian dalam merealisasikan tema sambutan tahun ini, iaitu Pertahanan Berintegriti, Inovasi Berkualiti, Aspirasi Malaysia Madani," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti & Hari Inovasi Peringkat MINDEF di Auditorium Kementerian Pertahanan di sini pada Selasa.Mohamed Khaled berkata, MINDEF melakar sejarah tersendiri dalam bidang inovasi apabila sebanyak 10 permohonan paten telah dikemukakan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 4 November lalu bagi melindungi hasil ciptaan warga kementerian itu.Katanya, pencapaian itu merupakan satu detik penting untuk sejarah inovasi MINDEF sekali gus membuktikan keupayaan dan daya cipta tinggi warga MINDEF dalam melaksanakan tanggung jawab mereka."Ia kini dalam proses pendaftaran bagi melindungi hasil ciptaan pejuang inovasi kementerian ini."Dalam Indeks Inovasi Global, kedudukan Malaysia telah naik ke tangga ke-33 pada tahun 2024 dari tangga ke-36 sekitar 2021 sehingga 2023





Kes rasuah Guan Eng: Mahkamah benar sebahagian pernyataan saksi dipadam - FMT - 12/11 4:15 pm

Pemadaman babit ayat dalam lapan daripada 23 perenggan pernyataan saksi pendakwaan ke-38, seperti dimohon oleh bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.





Migrant boat tragedy survivors quizzed over alleged syndicate links - FMT - 12/11 4:01 pm

The home minister also says Langkawi remains a key landing point for irregular migrants, with 217 incidents recorded this year.





KPDN bongkar sindiket jual semula minyak masak subsidi dalam botol - Mgazette - 12/11 3:36 pm

# KPDN bongkar sindiket jual semula minyak masak subsidi dalam botol BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi selepas merampas lebih 5.7 tan minyak dalam serbuan sebuah gudang di Sungai Jawi, Nibong Tebal semalam





PGA gagalkan cubaan seludup produk kosmetik - Mgazette - 12/11 3:36 pm

KUALA LUMPUR - Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik di bawah jambatan Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Kelantan semalam





Dua lagi mayat mangsa bot karam ditemui - Mgazette - 12/11 3:36 pm

KUALA LUMPUR - Dua lagi mayat lelaki dipercayai mangsa bot karam di perairan sempadan MalaysiaThailand ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pagi ini





KPDN bongkar aktiviti seleweng minyak masak di gudang Sungai Jawi - Sinarharian - 12/11 12:39 am

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah gudang di Sungai Jawi, pada Selasa.Pengarah KPDN Pulau Pinang, RS Jegan berkata, Ops Tiris 3.0 itu hasil risikan sebulan itu melibatkan lima pegawai penguat kuasa.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat aktiviti pemotongan minyak masak dalam bungkusan paket 1 kilogram (kg) sebelum dipindahkan ke dalam tong biru berkapasiti 150 liter menggunakan peralatan khas."Tindakan ini dipercayai bertujuan mengubah bentuk asal barang kawalan bersubsidi bagi tujuan penjualan semula secara tidak sah atau penyimpanan tanpa kebenaran."Hasil pemeriksaan lanjut menemui 5,720kg minyak masak peket 1kg, 25 botol kosong minyak masak 5kg, satu bundle plastik kosong minyak masak pelbagai jenama serta dua tong biru berisi cecair minyak dipercayai hasil pindahan daripada bungkusan asal," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan KPDN, di Bukit Minyak pada Rabu.Jegan berkata, turut ditemui satu unit pam dan sembilan unit gunting yang disyaki digunakan bagi aktiviti pemindahan minyak.Katanya, semua barangan dan dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM16,892."Siasatan awal mendapati gudang terbabit telah beroperasi tiga bulan tanpa lesen atau permit sah untuk memiliki dan mengurus barang kawalan berjadual seperti yang diwajibkan undang-undang."Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang berada di lokasi turut ditahan bagi membantu siasatan," tambahnya.Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.



Langkawi boat capsize: Death toll climbs to 20, 14 survivors rescued, search continues for missing victims - Malaymail - 12/11 9:14 am

ALOR SETAR, Nov 12 The death toll from the boat capsize in the Malaysia-Thailand border waters has risen to 20,...



Langkawi boat capsize survivor rescued after four days at sea Langkawi boat capsize survivor rescued after four days at sea - SUN - 12/11 7:48 am





Bot karam: Angka korban meningkat kepada 29 orang - Sinarharian - 11/11 8:59 pm

LANGKAWI Empat lagi mayat ditemukan petang Selasa, menjadikan jumlah korban dalam tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan MalaysiaThailand meningkat kepada 29 orang.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penemuan terbaharu itu melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing ditemui di sekitar perairan Tanjung Belua dan Pulau Intan Kecil.Menurut beliau, seorang mangsa lelaki dewasa turut berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 12.49 tengah hari pada jarak 0.1 batu nautika dari Tanjung Belua."Mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut oleh pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.Penemuan mayat pertama dimaklumkan oleh orang awam yang menemukan seorang wanita berhampiran Pulau Intan Kecil





Bot karam: 11 mayat dihantar ke HSB - Sinarharian - 11/11 6:47 pm

LANGKAWI - Sebanyak 11 mayat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand yang ditemukan sebelum ini dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, petang ini.Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata kesemua mayat akan dibedah siasat di hospital berkenaan."Kesemua mayat yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Sultanah Maliha dibawa ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Bukit Malut dengan sebuah trak."Mayat kemudian dibawa naik ke sebuah bot Pasukan Polis Marin yang berlayar ke jeti Kuala Perlis, Perlis sebelum dibawa ke HSB," katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengenal pasti sama ada kesemua mayat adalah etnik Rohingya kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand, di sini menemukan 16 mangsa yang telah meninggal dunia manakala 14 lagi ditemukan selamat





Bot karam: Remaja Rohingya lambai guna polisterin minta diselamatkan - Sinarharian - 11/11 5:42 pm

LANGKAWI - Seorang remaja lelaki etnik Rohingya ditemukan selamat di kawasan berbatu perairan Tanjung Chincin di sini selepas empat hari terkandas sendirian.Mangsa, Ali Sharif, 18, dipercayai hanyut selepas bot kayu yang dinaiki bersama kira-kira 70 pelarian karam di laut.Dia nekad berenang ke daratan dan bertahan dengan hanya meminum air bukit.Ketika ditemui pasukan bomba kira-kira jam 12 tengah hari, Ali melambai menggunakan kepingan polisterin putih sebagai isyarat meminta bantuan."Bot bomba tidak dapat menghampiri kerana air cetek dan berbatu





Bot karam: Empat mayat lagi ditemui, jumlah korban meningkat kepada 25 orang - Sinarharian - 11/11 4:10 pm

LANGKAWI - Tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan MalaysiaThailand terus meragut nyawa apabila empat lagi mayat ditemukan pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan korban meningkat kepada 25 orang.Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki dewasa berhampiran Pulau Beras Basah."Sebuah aset Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi dan mayat tersebut berjaya dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tidak lama selepas itu, Maritim Malaysia menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terapung di perairan Tanjung Chincin, diikuti penemuan satu lagi mayat yang belum dikenal pasti di kawasan sama.Kesemua mayat dibawa ke Teluk Ewa untuk proses dokumentasi dan siasatan.Pada jam 11.20 pagi, aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut melaporkan penemuan satu lagi mayat kanak-kanak lelaki berhampiran Tanjung Belua, yang kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa.Romli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang."Maritim Malaysia bersama semua agensi sokongan kekal komited dalam usaha mengesan mangsa yang belum ditemukan





KPDN Pulau Pinang terima tiga lagi aduan berkaitan BUDI95 - Mgazette - 11/11 3:16 pm

# KPDN Pulau Pinang terima tiga lagi aduan berkaitan BUDI95 GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima tiga lagi aduan berkaitan pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95), menjadikan keseluruhan 12 aduan direkodkan sejak program itu dilaksanakan pada 30 September lalu





Langgar syarat lesen, dua vesel pukat jerut bilis ditahan - Mgazette - 11/11 3:16 pm

# Langgar syarat lesen, dua vesel pukat jerut bilis ditahan KUALA LUMPUR - Dua vesel ditahan secara berasingan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu semalam kerana melanggar syarat lesen perikanan





Bot nelayan kelas C ditahan langgar syarat lesen di Batu Maung - Mgazette - 11/11 3:16 pm

# Bot nelayan kelas C ditahan langgar syarat lesen di Batu Maung BAYAN LEPAS - Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas dikesan beroperasi di bawah jarak dibenarkan dari pantai berhampiran perairan timur Limbungan Batu Maung di sini semalam





JKDM Kedah gagalkan cubaan seludup ganja bernilai lebih RM6 juta - Mgazette - 11/11 3:16 pm

# JKDM Kedah gagalkan cubaan seludup ganja bernilai lebih RM6 juta KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 67.48 kilogram dadah jenis bunga ganja bernilai lebih RM6.2 juta dalam satu serbuan di kawasan Tambak Persisiran Pantai Bukit Putih menerusi hasil maklumat risikan daripada Pasukan Risikan Ibu Pejabat JKDM serta unit ampoma bermula sejak 13 Oktober lalu





Pemuda Amanah Kepala Batas sokong STR ikut kos sara hidup setempat - Mgazette - 11/11 3:16 pm

# Pemuda Amanah Kepala Batas sokong STR ikut kos sara hidup setempat KEPALA BATAS - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kepala Batas menyatakan sokongan penuh terhadap usul penstrukturan semula kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berasaskan kos sara hidup setempat yang diluluskan dalam konvensyen nasional parti itu minggu lalu





Wanita Rohingya hanyut berpaut pada papan diselamatkan nelayan - Sinarharian - 11/11 3:13 pm

LANGKAWI Seorang wanita etnik Rohingya ditemukan hanyut di laut dengan berpaut pada dua keping papan berhampiran perairan Tanjung Belua, di sini pada Sabtu lalu.Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 40-an itu diselamatkan oleh seorang nelayan tempatan, Muhd Azham Azmi, 34, ketika keluar menangkap ikan bersama dua rakannya kira-kira jam 6.50 petang.Menurut Muhd Azham, dia pada mulanya menyangka objek berwarna merah yang terapung di laut itu hanyalah sampah, namun terkejut apabila mendapati ia adalah seorang wanita yang tidak bergerak dan kelihatan terlalu lemah untuk meminta tolong."Saya nampak objek merah terapung, bila kami dekati, rupa-rupanya seorang wanita berpaut pada papan




Reformasi     >>



US-China row offers Asean transformative minerals .. - Scmp
Southeast Asian economies have a transformative opportunity to enter the worlds critical mineral supply chain amid China-US trade tensions, a senior Asian economist said. Critical minerals essential raw materials for the production of hi-tech gadgets, cars and aerospace equipment will make the ..
Kroni     >>



Sabah polls: Hajiji, Bung Moktar, Shafie among top .. - Star
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor, who is also Gabungan Rakyat Sabah (GRS) chairman, together with several political party leaders, submitted their nomination papers today to contest in the 17th Sabah State Election. Read full story
Tabloid     >>



Penduduk Johor, Sarawak berdepan hujan lebat - Kosmo
PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Johor serta beberapa kawasan lain di Sarawak dijangka bakal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 3 petang ini. Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Mersing dan Kota Tinggi ..
Tech     >>



Google prepares to give Android users their own .. - Phonearena
Android users might get a timesaving way to share contact info with other Android users,
World     >>



Trump to ask DOJ to probe Jeffrey Epstein involvement .. - Cnbc
President Trump himself is a former longtime friend of sex offender Jeffrey Epstein, who killed himself in a federal jail during Trump's first term.
Motor Trend     >>



Ford Malaysia Introduces the New Ranger Raptor Sport .. - Piston
Sime Darby Auto ConneXion-Ford, the sole distributor of Ford vehicles in Malaysia, has launched the Ford Ranger Raptor Sport 3.0, a new addition to the Ranger Raptor family created to celebrate the models third anniversary in the Malaysian market. The latest variant builds on the Raptors ..