///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Proton Saga News   Page 1    



HLIB - Perodua, Proton berupaya kekalkan momentum jualan separuh kedua - Careta - 21/08 8:20 am

"Kami mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor automotif, disokong oleh prestasi kukuh OEM tempatan iaitu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Proton Holdings Bhd





Wanita cedera dirempuh lori imigresen kini stabil – Hasbullah - Mygazette - 21/08 8:16 am

Kita masih belum mengambil keterangan dan selepas keadaanya baik, kita akan dapatkan daripada mangsa," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini. Difahamkan, pemandu Proton Saga berusia 55 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis



Watching TikTok Videos and Instagram Reels Deactivates the Brain's Cognitive Control Network - Slashdot - 21/08 6:00 am

An anonymous reader quotes a report from RathBiotaClan: Millions of people finish short video after short video every day; a new brain-scan study shows that the very act of finishing a clip they like temporarily quiets the brain regions that normally help them stay focused and weigh longer-term goals





The Galaxy S26 Ultra’s red screen fix saga is finally (almost) over - Androidauthority - 21/08 5:56 am

What's the point of a software fix if you need to travel to a service center to get it?





Guna lampu beacon, siren bukan tiket abai isyarat lampu merah - Pengarah JSPT - Sinarharian - 20/08 4:50 pm

KUALA LUMPUR - Penggunaan lampu amaran atau siren tidak boleh dianggap sebagai kebenaran untuk mengabaikan lampu isyarat merah atau mengetepikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.Bahkan, setiap kenderaan penguat kuasa yang menggunakan lampu beacon atau lampu isyarat kecemasan ketika menjalankan tugas perlu memastikan laluan yang dilalui benar-benar selamat untuk mengelak risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, penggunaan lampu amaran khas pada sesebuah kenderaan adalah tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.Menurutnya, kenderaan kementerian atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri dan menjalankan fungsi penyiasatan serta penguatkuasaan, termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah tertakluk kepada ketetapan berhubung jenis dan penggunaan lampu amaran khas sebagaimana diperuntukkan."Bagaimanapun, kebenaran menggunakan lampu amaran khas atau siren tidak dengan sendirinya memberikan hak keutamaan lalu lintas kepada sesebuah kenderaan."Di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, hak keutamaan mengatasi lalu lintas lain semasa menjalankan tugas kecemasan diperuntukkan kepada kenderaan tertentu iaitu ambulans, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara serta Jabatan Pengangkutan Jalan."Kenderaan-kenderaan tersebut hendaklah memberi amaran mengenai kehadirannya melalui siren, loceng atau hon dua nada sebagaimana yang diperuntukkan," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisMangsa keempat dilanggar lori imigresen stabil, dirawat di zon kuning HKL - PolisBeliau sebelum itu melaksanakan tinjauan di lokasi kemalangan tragis yang meragut nyawa tiga sekeluarga selepas dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi, Rabu, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.Lori tersebut memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu suar (beacon) dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.Dalam pada itu, Muhammed Hasbullah berkata, pemasangan atau penggunaan lampu beacon pada kenderaan persendirian, persatuan atau kenderaan awam tanpa kebenaran bertulis adalah satu kesalahan mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan.Jelasnya, mengikut Kaedah 24B-1, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1999 (Pindaan 2024), kenderaan motor dilarang dipasang lampu amaran khas kecuali kenderaan yang disenaraikan secara khusus di bawah Jadual Keenam."Sebarang penggunaan 'beacon light' di luar senarai kenderaan yang dibenarkan pula memerlukan kelulusan Menteri Pengangkutan atas syor Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seperti diperuntukkan di bawah Kaedah 24B-2."Dalam masa sama, penggunaan lampu beacon tidak memberikan sebarang kekebalan kepada mana-mana kenderaan untuk melanggar lampu isyarat merah, melebihi had laju atau menyekat pengguna jalan raya lain."Malah, kenderaan penguat kuasa dan kecemasan yang menjalankan tugas sekalipun perlu memastikan keadaan laluan benar-benar selamat sebelum meneruskan perjalanan, termasuk ketika melintasi persimpangan atau lampu isyarat," ujarnya.Kata beliau, perkara itu penting bagi mengelakkan penggunaan lampu amaran khas disalah tafsir seolah-olah memberikan keutamaan mutlak sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain."Mengikut Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959, pengguna jalan raya perlu memberi laluan kepada kenderaan penguat kuasa atau kecemasan yang sedang menjalankan tugas rasmi."Pada masa sama, tindakan sengaja menghalang, memblok atau mengikut rapat (tailgating) kenderaan pasukan yang sedang menjalankan tugas dalam mod kecemasan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang," katanya.Tambahnya, PDRM sebelum ini turut mengadakan sesi libat urus bersama agensi penguat kuasa pada 23 Jun lalu bagi memastikan pemahaman dan penyelarasan berkaitan undang-undang jalan raya, termasuk pematuhan Kaedah 24B serta penggunaan warna lampu beacon mengikut spesifikasi ditetapkan.





Mangsa keempat dilanggar lori imigresen stabil, dirawat di zon kuning HKL - Polis - Sinarharian - 20/08 4:15 pm

KUALA LUMPUR - Keadaan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan tragis dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika berjalan kaki bersama keluarganya di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini kini berada dalam keadaan stabil pada Khamis.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, wanita berusia 55 tahun itu masih lagi menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL).Katanya, pihaknya akan mengambil keterangan wanita terbabit selepas keadaannya pulih untuk tindakan lanjut."Seorang lagi mangsa iaitu isteri kepada mangsa lelaki serta ibu kepada kedua-dua mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan dan kini masih lagi menerima rawatan di zon kuning HKL."Keadaannya setakat ini stabil dan selepas keadaan sudah baik kita akan dapatkan keterangan daripadanya," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Khamis.Turut hadir, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.Pada Khamis Sinar Harian melaporkan pemandu lori JIM berusia 43 tahun terbabit mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTertuduh, Mohd Akbar Zainol, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar di Mahkamah Kuala Lumpur.Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi, Rabu, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori JIM Kuala Lumpur yang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil tangkapan warga asing.Lori tersebut memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu suar (beacon) dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.Tiga mangsa berkenaan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12.





Buletin Pro-net Jalin Kerjasama Strategik Bersama Dc Handal, JomCharge Dan .. - Mekanika - 20/08 4:14 pm

# PRO-NET JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA DC HANDAL, JOMCHARGE DAN CHARGEV PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) mengumumkan kerjasama strategik dengan tiga pengendali stesen pengecas kenderaan elektrik (CPO) terkemuka negara iaitu DC Handal, JomCharge dan chargEV bagi memperkenalkan rangkaian stesen pengecasan berjenama Proton e.MAS di seluruh Malaysia





Buletin Tceas Perkenal Tempahan Dan Bayaran Servis Melalui TnG eWALLET .. - Mekanika - 20/08 4:14 pm

# TCEAS PERKENAL TEMPAHAN DAN BAYARAN SERVIS MELALUI TNG eWALLET - PAKEJ BERMULA RM109 **Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) menjalin kerjasama dengan TNG eWallet bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan dan pembayaran servis kenderaan secara digital menerusi aplikasi berkenaan.** Melalui kerjasama itu, pengguna kini boleh memilih lebih 50 pusat servis TCEAS di seluruh negara untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan





Immigration 'Black Maria' driver pleads not guilty to five charges over deaths of three - Sinardaily - 20/08 1:39 pm

My client will cooperate fully and attend court until the case is concluded," he said.Aliaa then allowed Mohd Akbar bail of RM12,000 for each charge, with an additional condition that he report to a nearby police station once a month. His driving licence was also suspended until the case was concluded.The court set Oct 27 for mention for the submission of documents.It was reported that the three pedestrians from the same family were killed while another was seriously injured after being hit by the 'Black Maria' lorry, which was on its way to Chow Kit for an operation to apprehend illegal immigrants.The accident is believed to have occurred when the empty lorry, travelling to Chow Kit for the operation, entered the junction against a red traffic light with its beacon and siren activated.The official vehicle then collided with a Proton Saga travelling straight through the junction when the traffic light was green, causing the lorry to lose control, veer off the road and hit all the victims and an Inokom Matrix





Nahas tiga beranak maut: Pemandu 'Black Maria' Imigresen digantung tugas - Sinarharian - 20/08 11:01 am

SHAH ALAM - Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat berkenaan kes kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah digantung tugas.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu diambil sehingga kes selesai bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kejadian."Tindakan segera jabatan kita menggantung tugas pemandu sehingga kes selesai."Kita memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam kes ini. JIM juga sedang melakukan siasatan dalaman daripada aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Sinar Harian sebelum itu melaporkan kematian tiga beranak itu dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.Mangsa ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, yang sedang berjalan kaki maut di tempat kejadian.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisSementara itu, isteri mangsa berusia 55 tahun yang parah sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Dalam kejadian itu, lori 'Black Maria' JIM Kuala Lumpur tanpa muatan itu dipercayai dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang asing tanpa izin (PATI).Lori dipandu lelaki 43 tahun itu memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.Susulan itu, polis menahan reman sehari pemandu lori serta pemandu Proton Saga terbabit untuk siasatan lanjut.





Jenazah tiga sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad Jenazah tiga .. - Mygazette - 20/08 7:40 am

Lori imigresen yang sedang dalam perjalanan menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin itu hilang kawalan sebelum terbabas di persimpangan. Kenderaan jabatan itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga dan, menyebabkan lori berkenaan merempuh kesemua mangsa serta sebuah kereta Inokom Matrix





Kertas siasatan nahas lori JIM dibawa ke AGC esok Kertas siasatan nahas .. - Mygazette - 20/08 7:40 am

# Kertas siasatan nahas lori JIM dibawa ke AGC esok KUALA LUMPUR - Dua pemandu masing-masing membabitkan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Proton Saga sudah direman sehari bagi membantu siasatan kemalangan yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987





Pengecas EV jenama e.MAS dilancar pada suku ketiga - Utusan - 20/08 7:32 am

PETALING JAYA: Proton New Energy Technology Sdn





Nahas babit lori imigresen: Saksi sedia tampil bantu siasatan polis - Sinarharian - 19/08 11:43 pm

Saya berada di lampu isyarat berkenaan dan lori JIM berada di arah bertentangan."Lori JIM ketika itu memang mengaktifkan siren dan kenderaan di laluannya memberikan laluan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Faiz berkata, dia turut melihat kejadian berkenaan sebelum membantu mangsa selepas kemalangan berlaku."Rasa trauma juga sebab nampak kejadian itu berlaku depan mata, melihat keadaan mangsa yang sudah lemah."Justeru, saya bersedia. Kalau polis nak ambil statement saya pun, saya tidak ada masalah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTerdahulu, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika lori Isuzu Black Maria tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit.Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah, manakala lampu beacon dan siren diaktifkan.Ujarnya, pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun sedang bergerak lurus ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau sebelum dipercayai tidak sempat mengelak, menyebabkan berlaku perlanggaran di tengah persimpangan.Menurutnya, akibat perlanggaran itu, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah seorang lelaki berusia 53 tahun yang merupakan bapa, selain dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun.Polis turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mengesan saksi bebas serta membawa kenderaan terlibat untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.





Proton VPN usage spikes in Brazil amid Discord feature block - Techradar - 19/08 9:53 pm

Proton VPN is seeing a massive surge in usage across Brazil after regulators forced Discord to suspend its video and streaming features to protect minors.





Kertas siasatan nahas babitkan lori JIM dirujuk ke AGC esok - Sinarharian - 19/08 9:22 pm

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi cedera awal pagi tadi, akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) esok.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur."Kertas siasatan dirujuk ke Ketua Unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa oleh pengarah pendakwaan dan pegawai penyiasat bagi tujuan sebarang pertuduhan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Zamzuri berkata, pihaknya memperoleh perintah reman sehari bagi pemandu lori berkenaan dan pemandu kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisKemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan yang sedang dalam perjalanan menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin itu, dipandu masuk ke persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah dengan lampu suar (beacon) serta siren diaktifkan.Kenderaan tugas rasmi itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh kesemua mangsa serta sebuah kereta Inokom Matrix.Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, manakala isteri mangsa Norhayati Razali, 55, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur





Saifuddin Nasution arah imigresen beri kerjasama penuh siasatan nahas tiga maut - Sinarharian - 19/08 5:38 pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diarah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan nahas melibatkan lori jabatan itu yang meragut nyawa tiga sekeluarga awal pagi tadi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan segala fakta berkaitan insiden itu dapat dikenal pasti dan diperjelaskan."Sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian, salah laku atau pelanggaran undang-undang tindakan tegas hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Menzahirkan rasa amat dukacita atas tragedi itu, Saifuddin Nasution turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang."Seluruh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang amat sukar ini. Al-Fatihah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisMedia melaporkan tiga pejalan kaki yang merupakan satu keluarga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh lori Black Maria JIM di Jalan Sultan Ismail pada kira-kira jam 1 pagi RabuKemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin, memandu masuk ke persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah dengan lampu suar (beacon) serta siren diaktifkan.Kenderaan tugas rasmi itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh kesemua mangsa serta sebuah kereta Inokom Matrix.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Proton e.MAS Jalin Kerjasama Dengan Tiga CPO Utama - Bakal Perkenal Stesen Pengecasan Sendiri - Careta - 19/08 5:16 pm

Menariknya, pemilik Proton e.MAS yang menggunakan stesen pengecasan terlibat boleh menikmati kadar pengecasan istimewa apabila pembayaran dibuat menerusi aplikasi Proton e.MAS





3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara - Mygazette - 19/08 5:11 pm

Beliau memberitahu, difahamkan terdapat seorang lagi anak mangsa yang tidak mengikuti percutian keluarganya di Kuala Lumpur ketika kejadian. Tambah Mohd Zamzuri, ketika ini kedua-dua pemandu lori berusia 43 tahun dan pemandu Proton Saga berumur 50 tahun sedang dalam proses reman





Tiga beranak maut dirempuh lori: JIM siasat pematuhan SOP - Mygazette - 19/08 5:11 pm

"Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan. "Pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun sedang bergerak lurus melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau





Identiti 3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dikenal pasti – Zamzuri - Mygazette - 19/08 5:11 pm

Seorang lagi anak pasangan berkenaan, Siti Nor Shakira, 28, tidak terlibat dalam kemalangan itu kerana tidak mengikut keluarganya bercuti di ibu negara. Tambah Mohd Zamzuri, kedua-dua pemandu lori berusia 43 tahun dan Proton Saga berumur 50 tahun dikenakan reman selama sehari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





3 beranak maut, ibu cedera dirempuh lori Imigresen di Jalan Sultan... - Mygazette - 19/08 5:11 pm

"Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan. "Pada masa sama, sebuah Proton Saga dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun sedang bergerak lurus melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau





Proton e.MAS Charging Stations may be coming to Malaysia soon - Technave - 19/08 5:08 pm

Malaysians may soon see official Proton e.MAS branded charging stations as early as Q3 2026





Three family members from Perak killed, believed to have been on holiday in KL - Sinardaily - 19/08 2:44 pm

KUALA LUMPUR A family of three who died after being struck by the Immigration Department of Malaysia (JIM) lorry at the Maju Junction traffic light intersection on Jalan Sultan Ismail here are believed to have been on holiday in the capital.The accident claimed the lives of a 53-year-old father and his two daughters, aged 25 and 12, whilst the man's 55-year-old wife was reported to be critically injured.Kuala Lumpur Traffic Investigation and Enforcement Department (JSPT) chief Assistant Commissioner of Police (ACP) Mohd Zamzuri Mohd Isa, stated that preliminary investigations revealed the family resided in Kampar, Perak."They are believed to have been in the capital for a holiday, but it is uncertain how long they had been here (Kuala Lumpur)."The victim's wife is still receiving treatment in the Red Zone of Kuala Lumpur Hospital," he said when contacted on Wednesday.It is understood that another child of the victims did not join them on the holiday at the time of the incident.The incident, which occurred at approximately 1am, involved an Isuzu Black Maria lorry belonging to Kuala Lumpur JIM, two cars, and four pedestrians.The lorry, carrying no passengers, was driven by a 43-year-old man who was en route from the Kuala Lumpur Immigration Office to Chow Kit to collect detainees following an operation targeting illegal immigrants in the area.The lorry is believed to have entered the intersection while the traffic light on its route was red, with its beacon light and siren activated.At the same time, a Proton Saga driven by a 50-year-old Malay man was passing through the intersection while the traffic light on his route was green.The driver of the Proton Saga was reportedly unable to avoid the lorry in time, resulting in a collision in the middle of the junction.As a result of the collision, the lorry lost control and swerved before hitting four pedestrians who were members of the same family and an Inokom Matrix driven by a 38-year-old man, which had stopped at the traffic light intersection during the incident.The case is being investigated under Section 41(1) of the Road Transport Act 1987.





Tiga beranak maut dilanggar lori imigresen: 'Arwah tidak sempat ziarah ibu di Semenyih' - Sinarharian - 19/08 2:10 pm

selepas itu bila tengok Twitter, TikTok, baru nampak kes ini (tular)," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Tambah Zaid, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ketika majlis perkahwinan anak sulungnya di Kampar, Perak, beberapa bulan lalu."Masa jumpa itu arwah macam biasa sahaja. Kejadian ini memang tak disangka," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisSinar Harian difahamkan, ketiga-tiga jenazah akan dibawa pulang ke Kampar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu dalam satu liang lahad.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan sebuah lori Isuzu Black Maria milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki yang juga merupakan satu keluarga.Tiga mangsa disahkan maut, manakala seorang lagi wanita berusia 55 tahun cedera dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.Lori tanpa penumpang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kesemua mangsa serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.





Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat untuk melintas jalan - Polis - Sinarharian - 19/08 2:08 pm

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan empat sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan melibatkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini berada di kawasan selamat untuk melintas jalan ketika kejadian berlaku.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dapatan awal itu diperoleh hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam ketika insiden berkenaan.Menurutnya, polis telah memperoleh beberapa rakaman CCTV dan sedang mendapatkan rakaman tambahan dari pelbagai sudut bagi melengkapkan siasatan."Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM."Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanBeliau berkata, polis turut menahan pemandu lori JIM terbabit serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan.Katanya, permohonan reman terhadap kedua-dua pemandu berkenaan telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Rabu, empat sekeluarga dilaporkan berada di pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku menghala ke Jalan Chow Kit.Pada masa sama, sebuah lori JIM yang datang dari arah Wisma FGV dipercayai memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika lampu isyarat di laluannya masih merah walaupun lampu beacon dan siren diaktifkan.Lori berkenaan kemudian dilanggar sebuah Proton Saga yang datang dari arah Chow Kit menuju ke Maju Junction sebelum hilang kawalan dan terbabas.Akibat rempuhan itu, lori terbabit melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang sedang berhenti di persimpangan berkenaan.Kemalangan tersebut mengorbankan tiga ahli keluarga iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya berusia 25 dan 12 tahun.Isteri mangsa yang berusia 55 tahun pula mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Ketika kejadian, lori JIM berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Warga Vietnam ditahan, dadah bernilai RM8.3 juta dirampas - Sinarharian - 19/08 1:44 pm

KUALA LUMPUR - Sebuah kondominium di Brickfields di sini dipercayai dijadikan tempat penyimpanan serta pengedaran dadah terbongkar selepas polis merampas hampir 80 kilogram (kg) metamfetamina dan 30 kg ekstasi dalam serbuan pada 9 Ogos lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata operasi kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 36 tahun."Susulan tangkapan itu, polis menjalankan serbuan lanjut di sebuah premis berkaitan sebelum menemukan sejumlah dadah yang dipercayai untuk tujuan pengedaran tempatan."Premis berkenaan dipercayai digunakan sebagai tempat menyimpan dan mengedar dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Fadil berkata, suspek merupakan warga Vietnam, namun memiliki pasport Kanada."Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama 11 hari sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Beliau berkata, polis turut menyita sebuah Proton X50 bernilai kira-kira RM85,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988."Siasatan turut menjurus kepada usaha mengenal pasti pembekal, orang tengah dan pihak lain yang mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran berkenaan."Pembekal dipercayai dari luar kawasan Kuala Lumpur dan tindakan risikan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembekal serta individu lain yang terlibat," katanya.





Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis - Sinarharian - 19/08 1:33 pm

KUALA LUMPUR - Identiti tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, di sini telah dikenal pasti pada Rabu.Mereka ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan dalam keadaan stabil.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keluarga mangsa terlibat itu menetap di Kampar, Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanKatanya, pemandu lori JIM berusia 43 tahun serta pemandu Proton Saga berusia 50 tahun telah direman sehari untuk membantu siasatan."Dua individu itu direman sehari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Tiga dilaporkan maut, manakala seorang wanita berusia 55 tahun cedera telah dihantar ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL).





Rempuh anggota PGA, suspek berdepan tindakan bawah SOSMA dan Seksyen 186 - Sinarharian - 19/08 1:24 pm

KOTA BHARU - Polis Kelantan menegaskan suspek yang bertindak merempuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) akan didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek juga akan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan."Ia sebagai langkah tegas terhadap kegiatan penyeludupan yang semakin berani bertindak terhadap anggota penguat kuasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepasmerasmikan Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempenaBulan Kebangsaan dan KibarJalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.Sebelum itu dua anggota PGA cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan PATI di Kampung Chat, Pulau Besar, Tumpat.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Menurut beliau, polis akan terus mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar penguat kuasa atau mengganggu tugas pasukan berkenaan.Katanya, Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap sindiket penyeludupan ini termasuk tonto-tonto mereka yang bertindak agresif menghalang kenderaan pasukan penguat kuasa.





Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta - Sinarharian - 19/08 1:19 pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini pada Rabu bagi membantu siasatan.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki terbabit telah dibuat pada pagi Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Menurutnya, polis turut meneliti beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian selain sedang berusaha mendapatkan rakaman daripada pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden terbabit."Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu."Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanDifahamkan, empat sekeluarga itu sedang berada di pembahagi jalan, lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction menuju ke arah Jalan Chow Kit, jam 1 pagi Rabu.Pada masa sama, lori JIM yang datang dari arah bangunan Wisma FGV, Jalan Sultan Ismail dengan menyalakan lampu beacon, secara tiba-tiba memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ketika lampu isyarat masih merah, sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Saga, yang datang dari arah Chow Kit menuju ke arah Maju Junction.Akibat rempuhan itu, tiga daripada ahli keluarga terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiga daripada empat sekeluarga maut selepas dirempuh sebuah lori JIM yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil Orang Kena Tahan (OKT) dalam satu operasi di Chow Kit.





PM Anwar Arah Siasatan Segera Nahas Lori Imigresen Tanpa Kompromi - Wrlr - 19/08 1:09 pm

Katanya, kenderaan itu dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah, dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan. Sebuah kereta jenis Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu hijau kemudian tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori terbabit hilang kawalan lalu merempuh empat pejalan kaki yang juga satu keluarga.





Pemilik Proton e.MAS Bakal Nikmati Kadar Pengecasan Berdiskaun Di Seluruh Negara - Siakapkeli - 19/08 12:38 am

Pemilik Proton e.MAS Bakal Nikmati Kadar Pengecasan Berdiskaun Di Seluruh Negara - Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS bakal menikmati kadar





Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL - Sinarharian - 19/08 12:01 am

KUALA LUMPUR - Tiga sekeluarga yang maut dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini dipercayai sedang bercuti di ibu negara.Kemalangan itu mengorbankan bapa berusia 53 tahun serta dua anak perempuan berusia 25 dan 12 tahun, manakala isteri mangsa lelaki berusia 55 tahun dilaporkan parah.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati keluarga tersebut menetap di Kampar, Perak."Mereka dipercayai berada di ibu negara untuk bercuti, tetapi tidak dipastikan sejak bila mereka berada di sini (Kuala Lumpur)."Isteri mangsa masih dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisDifahamkan, terdapat seorang lagi anak mangsa yang tidak mengikut percutian mereka ketika kejadian.Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan dipandu lelaki berusia 43 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun dan berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Proton e.MAS branded EV chargers rolling out in Q3: In partnership with ChargEV, DC Handal, JomCharge - Soyacincau - 19/08 11:51 am

Proton e.MAS branded EV charging stations will begin their deployment starting from Q3 this year





Proton Akan Perkenal Stesen Pengecas EV Berjenama e.MAS Tidak Lama Lagi - Amanz - 19/08 11:41 am

Proton melalui PRO-NET kini mengumumkan kerjasama dengan beberapa penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan, dalam usaha untuk memperkenalkan stesen pengecas kenderaan elektrik berjenama e.MAS





Pro-Net partners with DC Handal, JomCharge, ChargeEV to introduce Proton eMas-branded EV charging stations - Paultan - 19/08 11:22 am

Proton New Energy Technology (Pro-Net) has announced strategic partnerships with several charge point operators (CPOs) to introduce eMas-branded charging stations nationwide





Untung Pemilik Proton e.MAS, Bakal Nikmati Kadar Pengecasan Berdiskaun Di Seluruh Negara - Vocket - 19/08 11:07 am

PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), telah menjalin kerjasama strategik bersama tiga pengendali pengecasan (CPO) utama DC Handal, JomCharge, dan chargEV untuk..





(VIDEO) Langgar Lampu Merah, Lori Imigresen Rempuh Satu Keluarga Meninggal Dunia - Beautifulnara - 19/08 11:05 am

Tiga ahli sebuah keluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi tadi





Proton Confirms Plan To Roll Out e.MAS Branded DC Chargers Nationwide - Lowyat - 19/08 10:34 am

Proton’s EV subsidiary PRO-NET has announced strategic partnerships with several charging point operators (CPOs) to deploy Proton e.MAS-branded charging stations across Malaysia





Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis - Sinarharian - 19/08 10:25 am

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung insiden kemalangan maut tiga sekeluarga dengan sebuah lori jabatan terbabit di Jalan Sultan Ismail di sini pada Rabu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kes itu sedang dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Saya mengesahkan kes tersebut."JIM memberi kerjasama penuh dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan dipandu lelaki berusia 43 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilaporkan berkata, kemalangan mengakibatkan tiga ahli keluarga berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa ialah bapa berusia 53 tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia 25 dan 12 tahun.Isteri kepada mangsa lelaki terbabit berusia 55 tahun dilaporkan cedera pada bahagian kepala, tangan kanan serta kedua-dua kaki dan telah dihantar ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





PRO-NET Partners Major CPOs to Roll Out Proton e.MAS Branded Charging Stations Across Malaysia - DSF - 19/08 10:00 am

Proton e.MAS branded charging stations are coming from these three charge point operators





Proton Vs Perodua 2026: Jenama Nasional Mana Lebih Relevan? - Siakapkeli - 18/08 8:41 pm

Proton Vs Perodua 2026: Jenama Nasional Mana Lebih Relevan? Persaingan antara Proton dan Perodua tidak pernah sesengit ini sejak lebih satu dekad yang lalu.





Bekas banduan rempuh dua Lans Koperal ketika cuba seludup PATI - Sinarharian - 18/08 5:41 pm

TUMPAT - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera termasuk seorang menerima dua jahitan di kepala selepas dilanggar kenderaan dipandu seorang bekas banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Chat, Pulau Besar di sini Sabtu lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal berusia 34 dan 29 tahun terbabit dalam Op Taring Wawasan sebelum mengesan sebuah Proton Preve dalam keadaan mencurigakan.Anggota berusia 34 tahun itu berkata, mereka menghalang kenderaan terbabit secara melintang sebelum dia turun dan membuka pintu kereta suspek sebelah pemandu untuk menjalankan pemeriksaan.Menurutnya, ketika pintu dibuka, suspek secara tiba-tiba mengundurkan kenderaan dengan laju menyebabkan dia dan rakan setugasnya hampir digilis."Saya sempat berpaut pada stereng kenderaan suspek dan menarik keluar anak kunci."Tindakan itu menyebabkan kenderaan berhenti dan suspek berjaya ditahan," katanya ketika ditemui di Pengkalan Kubor di sini pada Selasa.Dia mengalami kecederaan luka pada betis dan kaki.Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu menemukan enam wanita warga Myanmar berusia 20 hingga 25 tahun yang dipercayai migran diseludup masuk melalui laluan Thailand.Sementara itu, anggota berusia 29 tahun berkata, dia terjatuh kerana tidak sempat menggelak kenderaan yang diundurkan secara tiba-tiba oleh suspek."Saya terjatuh dan mengalami kecederaan pada lutut."Keadaan ketika itu memang cemas kerana semuanya berlaku dengan pantas," katanya.Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di kepala sehingga memerlukan dua jahitan selain kecederaan pada siku dan lutut.Kejadian itu kali kedua berlaku ke atasnya selepas mengalami situasi sama dalam operasi di Jeli.Suspek lelaki tempatan berusia 34 tahun juga tekong bersama enam wanita terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.Semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau, kebanyakannya berkaitan kes dadah selain dua rekod rogol serta keganasan rumah tangga.Suspek juga baru lima hari dibebaskan daripada penjara sebelum kejadian.Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah dan dipercayai berada di bawah pengaruh bahan terlarang ketika bertindak agresif terhadap kedua-dua anggota PGA.Bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, suspek disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (Akta 574).Selainnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Difahamkan migran terbabit masuk ke negara ini dari negara jiran melalui Sungai Golok dan menyusuri Sungai Kelantan sebelum ditahan di lokasi kejadian





Polis siasat kejadian pandu lawan arus di Bentong - Mygazette - 18/08 3:53 pm

# Polis siasat kejadian pandu lawan arus di Bentong BENTONG - Polis sudah merakam keterangan seorang lelaki yang didakwa memandu kereta melawan arus di Jalan Bentong-Karak, di sini baru-baru ini





Proton Servis Ihsan Madani for Persona, Saga, Exora, Iriz RM70 discount on service, free 40-point vehicle check - Paultan - 18/08 11:25 am

In conjunction with the upcoming national day and Malaysia day celebrations, Proton has announced a month-long service campaign that has been designed to help ease vehicle ownership costs for Proton owners





Proton VPN usage spikes in Oman amid suspected TikTok block - Techradar - 18/08 12:14 am

Proton VPN Free has seen a 600% surge in Omani sign-ups as users scramble to bypass a suspected nationwide ban on TikTok





Wow, Macam Filem Transformers!- Murid PPKI Hasilkan Video VFX Hebat, Cikgu Jadi Pembimbing Serlahkan Bakat - Siraplimau - 17/08 5:06 pm

Bakat anak-anak Kelas Pendidikan Khas (PPKI) bukan sesuatu yang wajar dipandang sebelah mata, malah hasil video VFX pelajar PPKI ini yang mengubah Proton X90, bas universiti dan pesawat ringan menjadi robot ala Transformers, membuktikannya





15 kali seludup PATI sejak Jun, tekong darat akhirnya tumpas - Sinarharian - 16/08 5:08 pm

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang bertindak sebagai tekong darat ditahan bersama lima warga Bangladesh selepas mengaku sudah 15 kali membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak Jun lalu.Suspek berusia 31 tahun itu mendakwa menerima upah antara RM50 hingga RM6,000 bagi setiap individu, bergantung pada jarak penghantaran.Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.40 pagi ketika memandu sebuah Proton Wira bersama lima lelaki warga Bangladesh yang dipercayai baru memasuki negara ini dari Thailand di Lorong Pakat Satu, Pendek di sini pada Ahad.Menurut beliau, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terbabit dalam aktiviti penyeludupan migran sejak Jun lalu dan telah melakukan kegiatan itu sebanyak 15 kali dengan lokasi penghantaran termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kelantan."Suspek mengaku menerima bayaran antara RM50 hingga RM6,000 bagi setiap individu, bergantung pada jarak penghantaran."Bayaran tersebut diuruskan oleh pasangan ejen lelaki dan wanita yang dikenali sebagai 'Tugu' dan 'Emie' yang dipercayai berada di Thailand."Bayaran dibuat secara tunai dan bersemuka di Kota Bharu selepas kerja penghantaran selesai," katanya kepada pemberita pada Ahad.Ahmad Radzi memberitahu, lima warga Bangladesh berusia antara 19 hingga 47 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia dari Thailand melalui Sungai Kelantan selepas membayar RM6,000 seorang kepada seorang ejen wanita warga Thailand.Ujarnya, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Task Force Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu."Semakan awal mendapati suspek turut positif dadah jenis amfetamina," katanya.Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Ujarnya, kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada JSJ serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu untuk siasatan dan tindakan lanjut.





7 lelaki Indonesia ditahan semasa mahu pulang ke kampung - Mygazette - 16/08 4:19 pm

# 7 lelaki Indonesia ditahan semasa mahu pulang ke kampung KOTA TINGGI - Polis menahan tujuh lelaki warga indonesia termasuk seorang yang berperanan sebagai 'transporter' ketika mahu pulang ke negara asal dalam serbuan di tepi jalan berhampiran Campsite Tanjung Punggai, Bayu Damai, Pengerang di sini malam tadi





Anggota PGA cedera dilanggar pemandu cuba lari pemeriksaan polis - Mygazette - 16/08 4:19 pm

# Anggota PGA cedera dilanggar pemandu cuba lari pemeriksaan polis KOTA BHARU - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pasukan serbuan Ops Taring Wawasan di Kampung Chat, Palekbang, Tumpat, malam tadi





Epic Games vs Apple -- The continuing six-year App Store saga - Appleinsider - 15/08 10:55 pm

The Epic Games "Fortnite" versus Apple's AppStore antitrust trial has completed its last week





'Runner' sindiket dadah dicekup, jadikan homestay 'stor' simpanan - Sinarharian - 15/08 3:07 pm

PONTIAN Kegiatan sindiket pengedaran dadah yang menjadikan hotel dan inap desa (homestay) sebagai lokasi penyimpanan bekalan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan terbongkar selepas seorang lelaki ditahan dalam tiga serbuan di daerah ini, Selasa lalu.Dalam operasi bermula kira-kira jam 9.30 malam, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian merampas keseluruhan 8.21 kilogram dadah bernilai RM921,022.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, serbuan pertama di Taman Megah di sini, membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun.Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek menemukan 14 paket plastik disyaki serbuk ekstasi seberat 410.02 gram, satu paket syabu seberat 19.17 gram, 30 biji pil Erimin 5 seberat 9.22 gram dan tiga biji pil ekstasi seberat 1.93 gram."Serbuan kedua kemudian dijalankan di sebuah hotel dan polis merampas enam paket plastik disyaki serbuk ekstasi seberat 231.71 gram, satu paket syabu seberat 16.10 gram serta satu paket ketamin seberat 8.56 gram."Serbuan ketiga pula dilakukan di sebuah homestay di Pekan Nenas dan menemukan 50 paket plastik disyaki serbuk ekstasi seberat 1.50 kilogram, satu paket ketamin seberat 50.61 gram, 20 biji pil Erimin 5 seberat 6.12 gram serta tiga balang plastik disyaki serbuk MDMA seberat 5.96 kilogram," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai berperanan sebagai 'runner' yang mencari pelanggan untuk sindiket berkenaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan ahli sindiket lain."Hasil siasatan mendapati sindiket ini dipercayai aktif sejak awal April lalu dan menjadikan homestay serta hotel yang disewa sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan."Dadah yang dirampas itu dianggarkan mampu merosakkan seramai 27,455 pengguna," katanya.Hadzrat berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan pemeriksaan rekod lampau turut mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah.Jelas beliau, suspek kini direman selama tujuh hari bermula 12 hingga 18 Ogos untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam operasi sama, polis turut menyita sebuah Proton Wira dan wang tunai RM500, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM926,522.





Hundreds of fake Chrome VPN extensions impersonating NordVPN, Proton, and more caught hijacking your traffic - Techradar - 15/08 12:23 am

Socket's Threat Research Team uncovered 737 fake Chrome VPN extensions impersonating major brands and rerouting browser traffic through their own proxies.





Proton-Branded Public DC Chargers May Roll Out This Year - Lowyat - 14/08 6:58 pm

A Proton-branded DC charger for EVs is probably not something that youd expect to see outside of a dealership for the eMAS electric cars





'Rahsia' tempahan Proton eMAS, arwah ibu pesan supaya sentiasa meratukan .. - Hmetro - 14/08 4:12 pm

Klang: Kalau dapat 35,000 tanda suka, abang belikan, kata-kata yang mungkin disangka sekadar gurauan seorang suami kepada isterinya itu sebenarnya menyimpan satu kejutan apabila kereta Proton eMAS berwarna merah jambu yang diidamkan wanita berkenaan sudah ditempah secara rahsia





Pandu Uji Perodua Qv-e. Rm 800 Juta Untuk Ev, Berbaloi Ke Membazir? Read .. - Mekanika - 14/08 7:56 am

# PERODUA QV-E





Proton VPN rolls out Rust-powered 'Proton Protocols' in beta across all major apps - Techradar - 13/08 7:52 pm

Proton VPN has rolled out a major beta update powered by a brand-new Rust-based framework called Proton Protocols





The 3 best VPNs weve tested in 2026 - Mashable - 13/08 7:17 pm

A virtual private network lets you skirt the prying eyes of your ISP





5 Fakta Menarik Yang Buktikan Proton X50 Kekal SUV No. 1 Malaysia - Siakapkeli - 13/08 5:45 pm

5 Fakta Menarik Yang Buktikan Proton X50 Kekal SUV No





Privacy giant Proton may be building a web browser but its community turns cold - Techradar - 12/08 12:14 am

Proton appears to be exploring the development of a privacy-first web browser





Man gets two years' jail for domestic violence, attempted murder of wife - Sinardaily - 11/08 3:32 pm

KANGAR - A man was sentenced to two years in prison by the Sessions Court here today after pleading guilty to injuring and attempting to murder his wife in September last year.Judge Sharifah Norazlita Syed Salim Idid sentenced Mohd Hasmi Mohd Salleh, 39, to one year in prison for intentionally causing hurt to his wife and two years for attempting to murder her, with the sentences to run concurrently from the date of his arrest on Sept 21, 2025.On the first charge, Mohd Hasmi was accused of punching his wife, Norzuraida Don Khodet, on her right arm, causing bruising.The charge was framed under Section 323 of the Penal Code, read with Section 326A, which provides for a maximum two-year prison sentence, a fine of up to RM2,000, or both.He was also charged under Section 307 of the Penal Code with attempting to murder his wife by trying to hit her with a Proton Wira Aeroback, an offence punishable by up to 10 years in prison and a fine.The offences were committed at 3.10 am and 3.25 am at Jalan Haji Hamid, Kampung Jelempok, Arau, on Sept 20, 2025





Lelaki dipenjara dua tahun kerana cedera, cuba bunuh isteri - Sinarharian - 11/08 2:58 pm

KANGAR - Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dan cuba membunuh isterinya pada September tahun lepas.Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hasmi Mohd Salleh, 39, selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.Sharifah Norazlita menjatuhkan hukuman penjara setahun untuk pertuduhan pertama manakala hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 21 September 2025.Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Norzuraida Don Khodet, dengan menumbuk lengan kanan wanita itu sehingga lebam.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.Tertuduh juga didakwa cuba membunuh isterinya dengan cara melanggar wanita itu menggunakan sebuah kereta Proton Wira Aeroback mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 3.10 pagi dan 3.25 pagi di Jalan Haji Hamid, Kampung Jelempok, Arau pada 20 Sept 2025.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Widyaevasari Mohd Kanifiah





Lebih 50,000 banjiri Festival Perodua vs Proton 4.0 - Kosmo - 11/08 2:19 pm

SERDANG Festival automotif Perodua vs Proton 2026 Edisi 4.0 mencatat sambutan luar jangkaan apabila lebih 50,000 pengunjung membanjiri Parkir 1A, Tapak Pameran Agro Malaysia Serdang (MAEPS) di sini sepanjang dua hari penganjuran yang berakhir kelmarin




Reformasi     >>



Cooperation with Indonesian police led to Batam drug .. - Mkini
Wanted suspect entered through Iskandar Puteri, says Hussein.
Kroni     >>



Ke mana pendidikan tinggi selepas AUKU? - Utusan
PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) merupakan satu detik penting dalam sejarah pendidikan tinggi negara. Tindakan ini bukanlah noktah kepada reformasi pendidikan tinggi negara sebaliknya,merupakan titik mula untuk membina semula sistem sedia ada melalui kerangka perundangan yang lebih ..
Tabloid     >>



Piala Sumbangsih: Kuching City enggan mengalah awal - Kosmo
KEHADIRAN lima pemain pinjaman daripada Johor Darul Tazim (JDT) menjadi antara senjata utama Kuching City FC untuk memperkuatkan jentera pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2026/2027. Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak mengakui proses membentuk keserasian dalam pasukannya ..
Tech     >>



Despite leaked demo, Apple's camera-equipped AirPods .. - Gsmarena
A leaked demo video recently surfaced online, showcasing how Apple's rumored camera-equipped AirPods could work. The leak suggested that the new AirPods could debut alongside the iPhone 18 Pro lineup next month. Despite the leaked video, Bloomberg's Mark Gurman reports that Apple is still ..
World     >>



Oil prices rise after Treasury Secretary says U.S. .. - Cnbc
Oil moved higher Thursday after U.S. President Donald Trump sharpened his rhetoric against Iran.
Motor Trend     >>



Buletin Acura Nexera Vision – Arah Reka Bentuk .. - Mekanika
# ACURA NEXERA VISION - ARAH REKA BENTUK GENERASI BAHARU JENAMA MEWAH HONDA **Acura memperkenalkan Acura NEXERA Vision, sebuah model konsep yang menunjukkan arah reka bentuk generasi baharu jenama berkenaan.** Model konsep itu diperkenalkan buat kali pertama di dunia pada 13 Ogos 2026 waktu ..