| /// |
|
| Search : Presiden Pas News | Page 1 |
|
Siasat dakwaan campur tangan AS cuba jatuhkan kerajaan BN – Syed... - Mygazette - 7/09 3:06 pm # Siasat dakwaan campur tangan AS cuba jatuhkan kerajaan BN - Syed Rosli KUALA LUMPUR - Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak wajar disiasat |
|
UMNO mahu pilihan raya awal untuk buka laluan Pas jadi PM – Iman - Mygazette - 7/09 3:06 pm Di sini kita nampak bahawa sebagai sebahagian daripada Kerajaan Madani, UMNO akan menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan PRU-16 lebih awal agar Pas mampu untuk menjadi PM sementara sentimen penyatuan ummah dan perpaduan Melayu masih terkesan kepada masyarakat. Untuk UMNO pula, isu rasuah mungkin selamat sebab Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah kata isu rasuah di Malaysia digunakan bagi memburukkan lawan politiknya, katanya dalam satu kenyataanhari ini |
|
Itu kenyataan Hadi Zambry - Utusan - 7/09 2:52 pm PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai perbualannya dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) |
|
Bukit Aman hubungi Hadi berkait dakwaan AS mahu bantu jatuhkan kerajaan - FMT - 7/09 2:42 pm Setiausaha Politiknya Syahir Che Sulaiman berkata presiden PAS itu sudah dimaklumkan dan bersedia memberi kerjasama penuh kepada polis. |
|
Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa - Mypress - 7/09 2:26 pm KUALA LUMPUR – Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti Islam itu bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia adalah tuduhan serius dan… |
|
Presiden PAS sedia beri kerjasama kepada polis - Harakahdaily - 7/09 1:41 pm KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung kenyataannya baru-baru ini berkaitan Amerika Syarikat |
|
Fadhli: Kenapa PH melatah bila PAS sentuh isu Amerika? - Mkini - 7/09 11:38 am "Adakah presiden PAS mengaitkan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan dalam isu ini? Tidak sekali-kali |
|
PRU16: UMNO mahu bubar Parlimen awal agar Pas dapat jadi PM - AMK - Sinarharian - 7/09 10:51 am "Di sini, kita nampak bahawa sebagai sebahagian daripada Kerajaan Madani, UMNO akan memberikan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan PRU16 lebih awal agar Pas mampu untuk menjadi perdana menteri sementara sentimen penyatuan ummah dan perpaduan Melayu masih terkesan kepada masyarakat. "Untuk UMNO pula, isu rasuah mungkin 'selamat' kerana Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sudah menjelaskan, isu rasuah di Malaysia digunakan bagi memburukkan lawan politiknya," katanya dalam satu kenyataan |
|
Dakwa AS campur tangan: Pas persoal kenapa PH melatah? - Sinarharian - 7/09 10:13 am PUTRAJAYA Pas mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang disifatkannya sebagai melatah susulan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018.Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Abdul Hadi hanya mendakwa terdapat usaha AS untuk campur tangan dalam urusan politik negara, tanpa mengaitkan mana-mana pihak daripada PH.ARTIKEL BERKAITAN: Amerika Syarikat nafi campur tangan tentukan kepimpinan politik di MalaysiaDakwa AS campur tangan: Abdul Hadi wajib disiasat segera - Aiman AthirahAMK gesa dakwaan Abdul Hadi disiasat susulan penafian Kedutaan AS - Kamil MunimTiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan Abdul Hadi"Kedutaan AS di Malaysia menafikan perkara ini |
|
Dakwa AS mahu jatuhkan kerajaan, Hadi kini berdepan tiga laporan polis - Harapandaily - 7/09 7:39 am Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini berdepan tiga laporan polis susulan kenyataannya yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014 |
|
Tiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan Abdul Hadi - Astroawani - 6/09 10:45 pm Tiga laporan polis dibuat hari ini berhubung kenyataan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014. |
|
Tiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan Abdul Hadi - Sinarharian - 6/09 10:32 pm KUALA LUMPUR - Tiga laporan polis dibuat pada Ahad berhubung kenyataan Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014.Laporan itu dibuat oleh Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bandar Tun Razak, V Jonathan; Ketua Wanita PKRCabang Bandar Tun Razak, Mazlina Osman dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bandar Tun Razak, Amarul Hisham Jalil di Balai Polis Cheras di sini.Jonathan berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan pada Sabtu yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.Beliau berkata, Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin Paspernah dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan ASketika Presiden Barack Obama melawat Malaysia pada 2014, dengan pihak asing didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu."Antara yang dikatakan hadir dalam pertemuan berkenaan ialah Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mustafa Ali bersama-sama Duta Amerika Syarikat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.Jonathan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan laporan berkenaan adalah bagi memastikan sebarang dakwaan berkaitan cubaanmenggulingkan atau melemahkan kerajaan sertasistem demokrasi berparlimen melalui cara yang tidak berperlembagaan dapat disiasat mengikut lunas undang-undang.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten KomisionerMohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut pada kira-kira 5 petang."Saya sedang menyemak jumlah laporan serta balai polis tempat laporan berkenaan dibuat."Laporan tersebut bagaimanapun akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju," katanya |
|
Amerika dan campur tangan asing - Harakahdaily - 6/09 10:28 pm KEDUTAAN Amerika hari ini menafikan dakwaan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa wakil AS pernah mendekati PAS ketika zaman Pakatan Rakyat. Saya percaya Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS bercakap benar |
|
AS patut saman Hadi jika dakwaan bantu tukar kerajaan palsu, kata Ahli Parlimen - FMT - 6/09 10:28 pm RSN Rayer berkata penafian diplomatik tidak cukup berkait dakwaan presiden PAS berhubung tawaran menjatuhkan kerajaan pada 2014. |
|
AS patut saman Hadi jika dakwaan bantu tukar kerajaan palsu, kata Ahli Parlimen - Hotfm - 6/09 10:28 pm RSN Rayer berkata penafian diplomatik tidak cukup berkait dakwaan presiden PAS berhubung tawaran menjatuhkan kerajaan pada 2014. |
|
Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis - Mypress - 6/09 9:58 pm KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan… |
|
AMK gesa dakwaan Abdul Hadi disiasat susulan penafian Kedutaan AS - Kamil Munim - Sinarharian - 6/09 8:14 pm LUMUT - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada beliau dalam usaha menjatuhkan kerajaan susulan penafian pihak kedutaan berhubung isu berkenaan.Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan Presiden Pas itu amat serius kerana menyentuh cubaan pakatan melibatkan kuasa asing untuk meruntuhkan kerajaan."Kenyataan itu ialah kenyataan yang serius.. |
|
Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan - Mygazette - 6/09 5:15 pm # Hadi dedah AS pernah tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan PENGKALAN CHEPA Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pemerintahan negara |
|
Amerika Syarikat tolak dakwaan pernah campur tangan dalam politik Malaysia - Mygazette - 6/09 5:15 pm Kenyataan ringkas itu dipercayai sebagai penegasan pendirian Washington berhubung dakwaan campur tangan AS dalam urusan politik dan kepimpinan Malaysia. Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan AS pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pemerintahan negara |
|
PKR cabar Hadi buktikan dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan - Mygazette - 6/09 5:15 pm # PKR cabar Hadi buktikan dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan |
|
Sejak bila Pas jadi jurucakap UMNO? – AMK - Mygazette - 6/09 5:15 pm KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan tindakan Pas yang dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO susulan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kedudukan PKR dalam kerajaan Madani |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM untuk PRU-16 – Zahid - Mygazette - 6/09 5:15 pm Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Penerangan Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa), Muhammad Akmal Ila Ahmad. Jumaat lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU-16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan |
|
Puad ingatkan UMNO jangan beri kata dua kepada Pas - Mygazette - 6/09 5:15 pm # Puad ingatkan UMNO jangan beri kata dua kepada Pas KUALA LUMPUR - UMNO diingatkan supaya tidak memberi _ultimatum_ (kata dua) kepada Pas sekiranya gabungan kedua-dua parti itu terbentuk pada masa depan, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau berkata, peringatan itu susulan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan PKR tidak mempunyai hak memberi _ultimatum_ kepada UMNO kerana memiliki jumlah kerusi lebih sedikit berbanding parti berkenaan |
|
Hadi dituntut jawab adakah Pas kompromi kedaulatan negara? - Harapandaily - 6/09 4:09 pm Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia kini mencetuskan persoalan lebih besar mengenai keselamatan dan kedaulatan negara |
|
Hadi dakwa AS mahu jatuhkan kerajaan, PKR: Jangan main isu kedaulatan - Harapandaily - 6/09 3:12 pm Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dicabar mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia |
|
Rundingan calon PRN Melaka hanya dibuat selepas bubar DUN - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 3:06 pm ISKANDAR PUTERI - Rundingan awal berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, buat masa ini, segala perancangan dan perbincangan perlu difokuskan kepada persiapan menghadapi pilihan raya di negeri itu terlebih dahulu."Sebagaimana yang saya nyatakan, perundingan itu hanya dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Educity di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO diminta mengulas tentang rundingan awal berhubung calon bagi pilihan raya negeri berkenaan.Penggal DUN Melaka akan tamat pada Disember ini seterusnya memberikan laluan kepada PRN.Mengulas isu calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) susulan kenyataan PAS baru-baru ini, beliau menyifatkan perbincangan berkaitan perkara itu sebagai terlalu awal."Terus terang, terlalu awal untuk meletakkan seseorang atau sesuatu susuk tubuh untuk memegang jawatan itu, pilihan raya mungkin masih jauh atau mungkin dekat kerana kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah," katanya.Berhubung pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada PRU16, Ahmad Zahid berkata, perkara itu merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat.Jumaat lepas, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata parti itu mempunyai calon Perdana Menteri sendiri bagi menghadapi PRU16, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.- Bernama |
|
Dakwa AS campur tangan: Abdul Hadi wajib disiasat segera - Aiman Athirah - Sinarharian - 6/09 2:58 pm SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang wajib disiasat segera susulan kenyataannya mendakwa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, dua pemimpin kanan Pas iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut disebut Ahli Parlimen Marang itu juga perlu dikenakan tindakan sama memandangkan ia dakwaan sangat serius.Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) turut mempersoalkan tindakan Abdul Hadi yang tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, sebaliknya memilih berbuat demikian di Muktamar Pas ke- 72 di Kota Bharu pada Sabtu."Jika benar wujud cubaan campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, ia bukan bahan untuk dibanggakan di pentas politik |
|
AS dah nafi, adakah Hadi akan dedah bukti konon ditawar bantuan jatuhkan kerajaan? - Mydateline - 6/09 2:00 pm Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini berdepan gesaan supaya mengemukakan bukti serta mendedahkan identiti pegawai Amerika Syarikat (AS) yang didakwa beliau pernah menawarkan .. |
|
Masih terlalu awal namakan calon PM - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 12:03 am Kita tidak tahu bila Parlimen dibubarkan. Saya fikir elok kita ketepikan soal itu dululah dan tumpukan kepada menghadapi pilihan raya di Melaka," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Stadium EduCity di sini pada Ahad.Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang dilaporkan mengakui parti itu mempunyai calon Perdana Menteri daripada Pas untuk menghadapi PRU16.Bagaimanapun, Pas belum bersedia mendedahkan individu berkenaan kerana penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada PRU16.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sebarang perbincangan berkaitan calon Perdana Menteri bagi kerajaan Persekutuan hanya wajar diberi perhatian selepas perkembangan politik semasa, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diketahui."Tumpuan kita ketika ini ialah PRN Melaka |
|
Hadi bohong, kedutaan Amerika nafi bantu Pas jatuhkan kerajaan - Wrlr - 6/09 11:52 am Harapandaily September 6, 2026 Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berdepan penafian terus daripada Kedutaan AS di Kuala Lumpur |
|
Hadi bohong, kedutaan Amerika nafi bantu Pas jatuhkan kerajaan - Harapandaily - 6/09 11:30 am Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berdepan penafian terus daripada Kedutaan AS di Kuala Lumpur |
|
Siasat Dakwaan Abdul Hadi Tawaran Negara Asing Jatuhkan Kerajaan - Wrlr - 6/09 9:57 am RSN Rayer, berkata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mesti menjelaskan mengapa pertemuan pada 2014 yang didakwa itu tidak dilaporkan serta-merta kepada pihak kerajaan |
|
Amerika Syarikat Tolak Dakwaan Pernah Campur Tangan Dalam Politik Malaysia - Wrlr - 6/09 9:54 am Yun yang berkhidmat dari tahun 2013 hingga 2016. Polemik berkenaan timbul apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendakwa menerima tawaran untuk menjatuhkan kerajaan dalam pertemuan di Kedutaan AS pada 26 April 2014, ketika lawatan tiga hari Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia |
|
Amerika Syarikat nafi campur tangan tentukan kepimpinan politik di Malaysia - Sinarharian - 6/09 8:58 am SHAH ALAM - Amerika Syarikat (AS) menafikan pernah campur tangan dalam menentukan kepimpinan politik Malaysia.Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, David H Gamble Jr menegaskan, sebarang laporan atau dakwaan yang menyatakan sebaliknya adalah tidak benar."Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia."Sebarang laporan yang menyatakan sebaliknya adalah palsu," katanya ringkas dalam satu kenyataan pada Ahad.Penafian itu dibuat susulan laporan media mengenai dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti berkenaan untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.Menurut Abdul Hadi, tawaran tersebut didakwa berlaku ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014.Beliau turut menegaskan bahawa pihak asing tidak seharusnya mencampuri urusan menentukan kepimpinan negara.Sebaliknya, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani perpecahan serta menyelesaikan krisis politik dalam negara. |
|
Sejak bila Pas jadi jurucakap UMNO? AMK - Sinarharian - 5/09 5:38 pm SHAH ALAM Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO sehingga mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menumpang kekuatan parti tersebut.Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, kenyataan Tuan Ibrahim itu menimbulkan persoalan sama ada Pas kini bertindak sebagai 'jurucakap' UMNO dalam pertikaian membabitkan parti berkenaan dengan PKR."Saya agak pelik membaca kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO sehingga mendakwa PKR menumpang kekuatan UMNO."Sejak bila Pas dilantik menjadi jurucakap UMNO? Atau adakah Pas kini merasakan mereka lebih besar daripada UMNO sehingga boleh bercakap bagi pihak parti itu?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata PKR tidak wajar memberi kata dua kepada UMNO sama ada untuk terus bersama Kerajaan Madani atau beralih menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana parti itu sendiri dilihat menumpang kekuatan UMNO.Menurut beliau, PKR seharusnya menilai kedudukan serta jumlah kerusi yang dimiliki berbanding UMNO sebelum mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran terhadap rakan dalam kerajaan.Mengulas lanjut, Danish berkata, jika jumlah kerusi Parlimen dijadikan ukuran kekuatan politik seperti yang dibangkitkan Tuan Ibrahim, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan PKR memenangi 31 kerusi berbanding UMNO yang memperoleh 26 kerusi.Menurutnya, selepas tiga Ahli Parlimen PKR mengosongkan kerusi masing-masing, parti itu masih mempunyai 28 kerusi Parlimen berbanding UMNO yang kekal dengan 26 kerusi."Justeru, berdasarkan jumlah kerusi semasa, PKR masih mempunyai lebih banyak kerusi Parlimen berbanding UMNO," katanya.Danish turut mempersoalkan pendirian Tuan Ibrahim yang sebelum ini mengingatkan bahawa tidak sepatutnya wujud konsep "abang besar" atau "adik kecil" dalam rundingan kerjasama antara Pas dan UMNO.Menurut beliau, semua pihak sewajarnya dianggap setara dalam sebarang bentuk kerjasama politik."Apabila mahu bekerjasama dengan UMNO, katanya tidak wujud konsep abang besar |
|
Pas terima jemputan, akan hantar wakil ke PAU 2026 - Sinarharian - 5/09 4:52 pm KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan bermula 9 September ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau merupakan antara empat pimpinan tertinggi parti yang dijadualkan hadir ke persidangan tahunan tersebut.Menurutnya, Pas turut berharap agar agenda Penyatuan Ummah menjadi antara fokus utama yang diangkat dan dibahaskan dalam persidangan berkenaan."Kita yakin itu adalah satu penekanan daripada Presiden UMNO itu sendiri dan digambarkan kepada kami itulah agendanya. Kami dijemput dan kami akan hadir."Saya salah seorang yang akan hadir bersama kepimpinan Pas yang lain, cuma siapa (empat pimpinan) yang akan hadir itu belum dimuktamadkan lagi," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan penerimaan jemputan rasmi berkenaan dan memaklumkan keputusan rasmi mengenai senarai perwakilan akan dimuktamadkan kelak. |
|
Hadi dakwa PAS pernah ditawar AS perjatuh kerajaan - FMT - 5/09 4:35 pm Presiden PAS berkata ia berlaku ketika pertemuan di Kedutaan AS semasa lawatan Barack Obama ke Malaysia. |
|
PRU16: Pas lancar Tabung Derma Jihad, sasar kembali ke Putrajaya - Sinarharian - 5/09 4:28 pm KOTA BHARU - Pas menyasarkan untuk menawan beberapa buah negeri lagi sekaligus melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh ahli dan pimpinan parti digesa kekal fokus dan mengukuhkan semangat kerja berjemaah sebagai persiapan awal."Mudah-mudahan muktamar kita hari ini bukan sahaja merumuskan agenda besar, tetapi kita akan pulang dengan semangat mujahadah yang tinggi, sabar, istiqamah dalam perjuangan dan terus bekerja bagi memastikan PRU16, insyaALLAH kita akan menawan beberapa buah negeri dan akan berada di Putrajaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Mengulas mengenai perundingan kerusi bersama rakan komponen, beliau berkata, prinsip keutamaan parti kekal berpegang kepada kerusi yang dimenangi akan dipertahankan, selain perlu adanya sifat bertolak ansur bagi pembahagian kerusi baharu.Menurutnya, setiap keputusan pimpinan peringkat pusat perlu dipatuhi oleh jentera di semua peringkat demi agenda yang lebih besar."Di sana kita perlu lihat lebih besar, toleransi dan tolak ansur membahagikan kerusi-kerusi yang belum kita menangi |
|
Pas perlu buka pintu seluas-luas tarik anak muda - Afnan - Sinarharian - 5/09 12:46 am Buka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang nak bersama Pas," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Afnan Hamimi menjelaskan, generasi muda hari ini mempunyai sifat tersendiri iaitu tidak mahu terikat dengan struktur organisasi tegar mahupun pengisian borang ahli, namun sedia menyertai aktiviti parti seperti konvoi dan program kemasyarakatan."Sebab itu kita kena faham pendekatan mereka. Sama seperti kerjaya fleksibel yang popular sekarang seperti penghantar makanan, orang muda suka kebebasan tetapi mahukan maklum balas yang pantas bagi setiap isu negara," katanya.Menurut beliau, Pemuda Pas turut merakamkan penghargaan kepada golongan muda yang memberikan sokongan kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.Katanya, sokongan itu terbukti menerusi saluran media sosial seperti penstriman langsung (live) TikTok yang menyaksikan anak muda menyatakan sokongan secara terbuka, serta penyertaan generasi muda dalam arena e-sukan mewakili parti.Beliau turut menyorot kejayaan sebuah pasukan e-sukan yang bertanding menggunakan nama Dewan Pemuda Pas yang berjaya meraih tempat ke-10 daripada 700 pasukan dalam pertandingan PUBG peringkat kebangsaan.Mengulas mengenai hala tuju parti, Afnan Hamimi berkata, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 gagasan Presiden Pas adalah bukti perancangan jangka panjang bagi memastikan kehidupan anak muda terjamin pada masa hadapan."Tugas mengurus orang muda bukan hanya terletak pada sayap Pemuda sahaja, tetapi tanggungjawab semua pihak yang mahu melihat negara maju ke hadapan."Walaupun berlumpur, main selut dan kotor, Pemuda Pas akan terus memimpin penyatuan demi memastikan Islam menang," katanya lagi. |
|
Dakwa Kerajaan Madani 'bergolak', Pas cadang bubar Parlimen - Sinarharian - 5/09 8:21 am KOTA BHARU - Pas mencadangkan supaya parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat memberi mandat kepada pentadbiran baharu selepas Kerajaan Madani dilihat bergolak, dakwa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Ini kerana dakwanya lagi, parti-parti yang ada dalam kerajaan terutama Pakatan Harapan (PH) rancak menyerang Barisan Nasional (BN) walaupun membentuk kerjasama ketika ini."Keadaan ini sudah terbuka dan bukan lagi satu rahsia |
|
Kerajaan fokus kesejahteraan rakyat, banteras rasuah berbanding PRU16 awal .. - Mygazette - 5/09 7:51 am Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat keperluan untuk PRU16 dipercepatkan bagi membolehkan negara keluar daripada kemelut politik yang berlarutan |
|
Tindakan SPRM gantung pemakaian baju oren tepat - Pas - Sinarharian - 5/09 7:48 am KOTA BHARU - Pas melihat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta sebagai tepat.ARTIKEL BERKAITAN:Baju tahanan jingga dicadang tidak perlu dipakai sebelum individu didakwa - PMTimbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hal ini kerana OKS yang dibawa itu bukan dituduh sebaliknya proses sambung reman."Jadi bila pakai pakaian baju oren.. |
|
Pas sokong penggantungan pemakaian baju oren SPRM - Utusan - 5/09 7:28 am KOTA BHARU: Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung sementara pemakaian baju oren terhadap individu yang diperintah reman disambut baik oleh Pas dan menyifatkan ia sebagai langkah positif. Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bertujuan mengelakkan seseorang yang baru dituduh dan hadir ke mahkamah untuk mendapatkan lanjutan tempoh reman daripada .. |
|
PKR menumpang Umno tak patut beri kata dua, kata Tuan Ibrahim - FMT - 5/09 7:15 am Timbalan presiden PAS berkata PKR perlu sedar kedudukan dan jumlah kerusi dimilikinya, sebelum keluar kenyataan berbentuk amaran kepada rakan dalam kerajaan. |
|
Penyatuan ummah agenda Pas hadapi PRU16 - Utusan - 5/09 6:47 am KOTA BHARU: Pas menjadikan penyatuan ummah sebagai antara agenda utama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), sekali gus memberi isyarat jelas parti itu mahu memperkukuh kerjasama politik berteraskan kepentingan Melayu dan Islam. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya wajib mengambil langkah politik yang berhikmah bagi menyatukan Melayu Islam dan bukan Islam yang .. |
|
PAS-Umno perlu perkukuh kerjasama tawan lebih banyak negeri, kata Hadi - FMT - 5/09 6:45 am Presiden PAS berkata kekuatan parti itu dan Umno penting untuk memastikan kerajaan dibentuk selepas pilihan raya mempunyai majoriti kukuh dan tidak mudah digulingkan. |
|
Pas Terengganu ada calon PM jika PN menang - Sinarharian - 4/09 10:23 pm KOTA BHARU - Pas Terengganu mempunyai calon Perdana Menteri dari negeri itu sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Perwakilan Pas Terengganu, Dr Wan Mat Sulaiman berkata, ia berdasarkan kejayaan dan pencapaian yang sudah diraih sepanjang mentadbir negeri berkenaan."Kita bukan sekadar memainkan politik identiti, tetapi kita juga mampu membuktikan Pas mempunyai keupayaan untuk mentadbir dengan baik serta menunjukkan prestasi yang terbaik," katanya semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Sebelum itu Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi PRU16 akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan. |
|
PRU16: Selesaikan agenda reformasi sebelum bubar Parlimen - Bersih - Sinarharian - 4/09 6:52 pm SHAH ALAM Semua pihak digesa tidak terburu-buru mendesak pembubaran awal Parlimen bagi memberi ruang kepada Kerajaan Perpaduan menyelesaikan agenda reformasi institusi penting yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya.Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, baki penggal Parlimen ke-15 perlu dimanfaatkan untuk menunaikan komitmen reformasi yang telah dijanjikan kepada rakyat."Bersih menggesa semua pihak agar tidak terburu-buru mendesak pembubaran awal Parlimen sehingga agenda reformasi institusi yang penting ini dapat dilaksanakan."Kerajaan, pembangkang dan semua parti politik mempunyai tanggungjawab untuk memanfaatkan baki penggal Parlimen ke-15 bagi menunaikan komitmen reformasi yang telah diberikan kepada rakyat," kata Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan pada Jumaat.Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi, yang turut dipersetujui oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Khamis berhubung cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum berakhirnya penggal Parlimen semasa.Kenyataan itu susulan pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Khamis berhubung cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum berakhirnya penggal Parlimen semasa.Mengulas lanjut, Bersih turut mengulangi gesaan mereka bersama 44 organisasi masyarakat sivil (CSO) pada 12 Ogos lalu agar Parlimen ke-15 tidak dibubarkan lebih awal, selagi beberapa agenda reformasi institusi penting yang telah dijanjikan masih belum direalisasikan sepenuhnya oleh Kerajaan Perpaduan.Menurutnya, reformasi-reformasi berkenaan penting untuk memperkukuh institusi demokrasi serta menjamin kepentingan jangka panjang negara dan rakyat."Antara reformasi utama yang masih belum diselesaikan di Parlimen termasuk pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya (AG-PP) dan pengenalan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun."Ia turut melibatkan pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012, pindaan terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pemberian Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) secara adil dan saksama kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti, serta reformasi Parlimen melalui pengukuhan sistem dan peluasan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen," tegasnya.Pada masa sama, Bersih sekali lagi menggesa Perdana Menteri supaya mengumumkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen dan PRU16 sebagai amalan terbaik seperti dilaksanakan di beberapa negara demokrasi maju.Bersih menjelaskan, langkah itu dapat memberi ruang perancangan mencukupi kepada pengundi selain membantu persediaan pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak sekolah, sektor kesihatan dan korporat."Mandat rakyat tidak seharusnya dipermainkan oleh ahli-ahli politik hanya untuk mengejar kekuasaan berbanding menyelesaikan janji-janji mereka untuk kesejahteraan rakyat."Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menanggung beban yang sama untuk memastikan agenda reformasi institusi dapat dilaksanakan bagi meningkatkan amalan demokrasi negara yang lebih baik pada masa hadapan," katanya. |
|
Penyatuan ummah mesti jadi agenda utama Pas - Sinarharian - 4/09 6:36 pm KOTA BHARU Usaha penyatuan ummah melalui kerjasama politik perlu terus dijadikan agenda utama Pas bagi mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan kekuatan parti serta membuka ruang kepada pihak lawan meraih kelebihan.Perwakilan Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, sejarah perjuangan parti membuktikan permuafakatan politik menjadi antara faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan Pas mentadbir negeri dan memperluaskan pengaruh di peringkat nasional.Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan, pengalaman kerjasama politik yang pernah dijalinkan Pas dengan pelbagai gabungan sebelum ini menunjukkan penyatuan mampu memperkukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi cabaran politik semasa."Usaha penyatuan ummah melalui kerjasama politik sama ada atas dasar taawun siyasi atau tahaluf siyasi hendaklah dijadikan agenda keutamaan dengan mengelakkan sebarang anasir perpecahan dan pertembungan."Perpecahan hanya akan melemahkan kita serta membuka ruang kepada musuh politik untuk menjejaskan kekuatan yang telah dibina," katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Jumaat.Mohd Asri berkata, kejayaan Pas membentuk kerajaan di beberapa negeri pada pelbagai fasa sebelum ini tidak dapat dipisahkan daripada semangat permuafakatan yang berjaya diwujudkan bersama rakan-rakan politik.Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli dan kepimpinan parti supaya terus memperkukuhkan hubungan dengan parti-parti yang berkongsi matlamat serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perpecahan.Dalam pada itu, beliau turut menggariskan tiga fokus utama yang perlu diberi perhatian bagi memperkukuhkan parti iaitu memperkasa tarbiah dan jati diri ahli, memperluaskan penguasaan medium penerangan khususnya dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI)."Selainnya perlu memperkukuhkan walak dan ketaatan terhadap keputusan kepimpinan," katanya.Dalam pada itu, katanya, jentera penerangan perlu bergerak lebih agresif dan bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa selaras dengan perkembangan teknologi semasa.Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Kelantan untuk terus mempertahankan dasar Membangun Bersama Islam serta memperkukuhkan pelaksanaan syariat Islam di negeri itu.Pada akhir perbahasannya, Mohd Asri mengemukakan cadangan supaya Ucapan Dasar Presiden Pas diterima dan disokong oleh para perwakilan. |
|
Hadi sahkan PAS hadir PAU pada minggu depan - Mkini - 4/09 5:12 pm Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS kepada Setiausaha Agung Umno pagi tadi |
|
Pas mahu pertahan SG4, sasar Pahang, Perak dan Selangor - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Pas mahu pertahan SG4, sasar Pahang, Perak dan Selangor PENGKALAN CHEPA - Pas mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang dianggap sebagai "Negeri Pangkalan" parti itu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penguasaan di empat negeri berkenaan atau SG4 perlu dikekalkan dan diperkukuh, selain memastikan agenda Islam dilaksanakan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri |
|
Hadi nafi campur tangan dalam keputusan Perikatan Nasional - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Hadi nafi campur tangan dalam keputusan Perikatan Nasional PENGKALAN CHEPA - Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan beliau menggunakan kedudukannya sebagai Presiden Pas untuk campur tangan dalam keputusan yang dibuat di peringkat nasional parti |
|
Pas sah hadir PAU 2026, wakil akan ditentukan ??? Abdul Hadi - Mygazette - 4/09 3:19 pm # Pas sah hadir PAU 2026, wakil akan ditentukan Abdul Hadi PENGKALAN CHEPA - Pas mengesahkan akan memenuhi jemputan UMNO untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 September ini. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan menentukan barisan pemimpin yang akan dihantar sebagai wakil ke perhimpunan berkenaan |
|
Ucapan Dasar Presiden menepati kehendak semasa - Harakahdaily - 4/09 2:15 pm KOTA BHARU: Ucapan Dasar Presiden PAS yang membawa tema ‘Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan’ sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72 sangat bersesuaian dengan hala tuju politik dan masalah dihadapi negara ketika ini |
|
Hadi tepis dakwaan campur tangan keputusan PN - FMT - 4/09 2:04 pm Presiden PAS Hadi Awang mengingatkan bahawa kepimpinan PN membuat keputusan secara musyawarah. |
|
'Tak betul campur tangan keputusan PN' Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 1:44 pm KOTA BHARU Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak pernah mencampuri atau menentukan keputusan yang dibuat di peringkat Perikatan Nasional (PN).Sebaliknya beliau menegaskan, setiap keputusan dibuat menerusi mesyuarat.Menurutnya, Pas mengamalkan prinsip demokrasi dengan memberi ruang kepada pimpinan mengemukakan pandangan secara terbuka sebelum sesuatu keputusan diputuskan."Tak betul |
|
Kehadiran Asyraf Wajdi tanda keterbukaan Umno - Harakahdaily - 4/09 1:38 pm KOTA BHARU: Kehadiran Setiausaha Agung Umno pada Muktamar Tahunan PAS hari ini menunjukkan keterbukaan parti itu terhadap jemputan PAS, kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
|
'Isu cabutan khas nombor ramalan tak pernah dibawa ke Kabinet' Takiyuddin - Sinarharian - 4/09 12:49 am Minta Tengku Zafrul confirm. Dia Menteri Kewangan, kami menteri lain," katanya.Dalam pada itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, turut menjelaskan bahawa selepas Pas mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, bidang kuasa kerajaan negeri adalah terhadap premis perjudian, manakala lesen perjudian berada di bawah Kementerian Kewangan."Pada tahun 1990, bila mana kita menang di Kelantan, bidang kuasa kita ialah premis |
|
Hadi nafi campur tangan dalam urusan PN buat keputusan - Mkini - 4/09 12:38 am MUKTAMAR PAS Presiden PAS itu juga tegaskan dalam partinya, semua pihak boleh beri pandangan |
|
Integriti yakinkan rakyat untuk PAS tadbir Putrajaya - Harakahdaily - 4/09 12:36 am KUALA LUMPUR: Presiden PEJUANG, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir berkata, penekanan terhadap integriti dalam pentadbiran merupakan antara perkara yang didambakan rakyat khususnya masyarakat Melayu Islam.Menurut beliau, perkara itu turut menjadi antara mesej penting yang disampaikan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menerusi Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72, di sini hari ini.Saya […] The post Integriti yakinkan rakyat untuk PAS tadbir Putrajaya appeared first on Harakahdaily . |
|
Isu rasuah bukan modal politik jatuhkan pihak lawan - Abdul Hadi - Sinarharian - 4/09 11:54 am KOTA BHARU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan isu rasuah tidak seharusnya dijadikan modal politik untuk menjatuhkan pihak lawan, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai kemungkaran yang wajib dicegah.Menurut beliau, tindakan terhadap kesalahan rasuah perlu dilaksanakan secara adil dan tidak bersifat terpilih."Malangnya di Malaysia, isu rasuah sering dijadikan modal politik untuk menjatuhkan lawan, bukan sebagai kemungkaran yang wajib dicegah."Keadaan ini berlaku apabila tindakan diambil secara terpilih terhadap pihak lawan, sedangkan salah laku dalam kalangan sendiri dibiarkan, sama ada melibatkan penerima rasuah, pemberi rasuah mahupun perantara yang mengatur urusan rasuah," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.Abdul Hadi memberitahu, pihaknya amat menyesali kepincangan dalam pengurusan dana awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berlaku ketika ini.Jelasnya, perkara tersebut seharusnya dibawa ke mahkamah, bukannya bahan untuk dibicarakan di media ataupun di pentas politik."Tidak dinafikan berlakunya kepincangan dalam pengurusan dana awam dan GLC yang amat kita kesali."Ia perlu dibawa ke mahkamah apabila cukup bukti, bukannya dibicarakan di media ataupun di pentas politik," katanya.Ujar beliau, apatah lagi apabila ia menjadi bahan kempen pilihan raya untuk mencipta persepsi buruk seperti isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu, kedudukan Islam dan umatnya akan berada dalam keadaan paling berbahaya apabila berada dalam pemerintahan yang dikuasai oleh kumpulan bukan Islam.Katanya, lebih membimbangkan, kedudukan Islam dan umatnya berada dalam keadaan paling berbahaya apabila berada dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh kumpulan bukan Islam dan menjadi ancaman kepada maqasid al-syariah."Maka, tindakan bertujuan menolak kemudaratan yang besar hendaklah diutamakan,"katanya. |
|
Malang di Malaysia, banteras rasuah jadi senjata politik - Mkini - 4/09 11:41 am Presiden PAS dakwa isu RCI Tabung Haji jadi modal, bahan cipta "persepsi buruk." |
|
Isu rasuah sering dijadikan modal jatuhkan lawan, dakwa Hadi - FMT - 4/09 11:21 am Presiden PAS Hadi Awang kata kepincangan dalam pengurusan dana awam dan GLC perlu dibawa ke mahkamah dan bukan dibicarakan di media. |
|
Kawal arak, premis judi sudah ada dalam Perlembagaan Pas – Sanusi - Utusan - 4/09 7:53 am KOTA BHARU: Rakyat tidak perlu menunggu sehingga Pas mengeluarkan manifesto pilihan raya untuk melihat ketetapan kawalan arak dan penghapusan judi kerana ia sudah lama terkandung dalam perlembagaan parti itu. Naib Presiden Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md |
|
Pas perlu terajui penyatuan ummah, sasar kerusi PM - Pemuda Pas Kedah - Sinarharian - 4/09 12:22 am KOTA BHARU - Pas perlu berperanan sebagai peneraju utama dalam usaha penyatuan ummah dan menyasarkan kerusi Perdana Menteri, kata Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad.Beliau menggesa parti itu juga tidak seharusnya lagi memberi laluan kepada parti lain untuk menerajui jawatan Perdana Menteri kerana mempunyai calon berkelayakan.Menurutnya, sudah tiba masanya Pas tampil sebagai kuasa utama dalam usaha membentuk kepimpinan di peringkat Persekutuan."Kita tidak mahu lagi dengar kata-kata seperti tak apa, biarlah orang lain jadi Perdana Menteri. Kita tidak mahu dengar lagi perkara itu."Kali ini, kita mahu pastikan Pas menjadi peneraju utama di peringkat Persekutuan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Pemuda Pas di sini pada Khamis.Sebelum ini, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai lalu memberitahu bahawa tiga perkara menjadi keutamaan sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri iaitu ekonomi, pendidikan yang adil dan keselamatan negara.Dalam pada itu, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) termasuk sekiranya pilihan raya berkenaan diadakan lebih awal daripada jadual.Kenyataan itu susulan hasrat Ahmad Zahid supaya PRU16 diadakan lebih awal bagi membolehkan kerajaan memperoleh mandat baharu daripada rakyat.Sementara itu, perwakilan Pemuda Pas Terengganu, Mukhlis Hasin turut menggesa Pas menjadi peneraju agenda penyatuan dan bukan sekadar berada di posisi pengikut.Beliau berkata, parti tidak seharusnya mengorbankan identiti atau prinsip hanya atas alasan mahu mengekalkan perpaduan."Jangan sesekali takut untuk mempertahankan identiti kita hanya semata-mata mahu mempertahankan perpaduan."Kita tidak sepatutnya takut untuk mempertahankan kebenaran hanya kerana mahu menjaga perpaduan," katanya.Menurutnya, peranan Pemuda Pas bukan hanya menyatukan ahli di peringkat akar umbi, sebaliknya turut memastikan kepimpinan parti bersedia menjayakan sebarang usaha penyatuan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |