///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Presiden Bersatu News   Page 1    





Status MB N. Sembilan dibawa ke meja rundingan BN-PH - Mygazette - 1/05 7:31 am

# Status MB N





DAP patut malu, mengapa takut DUN N. Sembilan dibubarkan -Puad DAP patut .. - Mygazette - 1/05 7:31 am

# DAP patut malu, mengapa takut DUN N





Kementerian Luar kumpul maklumat rakyat Malaysia dalam Flotila Sumud Globalyang dipintas - Sinarharian - 30/04 11:00 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Luar sedang memantau rapi situasi dan aktif mengumpul maklumat mengenai keadaan serta keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Flotila Sumud Global(GSF), susulan tindakan tentera Israel memintas kapal berkenaan di perairan antarabangsa pada 29 April.Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis mengecam sekeras-kerasnya provokasi serta pemintasan menyalahi undang-undangitu dan menuntut pihak tentera menghentikan segera segala bentuk gangguan terhadap misi kemanusiaan berkenaan bagi memastikan penghantaran bantuan yang selamat tanpa halangan, selain menjamin keselamatan semua aktivis antarabangsa yang terlibat."Malaysia menegaskan bahawa GSF adalah inisiatif kemanusiaan aman yang bertujuan menghantar bekalan perubatan penting dan makanan bagi membantu menstabilkan sistem penjagaan kesihatan yang musnah, serta memberikan bantuan kepada penduduk yang menghadapi genosid dan kebuluran di Gaza," menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu lagi, tindakan tentera menyekat dan memintas beberapa kapal kemanusiaan merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang maritim antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.Ia turut menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan rejim Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan.Malaysia juga mengulangi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.Menurut laporan, 10 aktivis kemanusiaan Malaysia adalah antara 186 aktivis yang menaiki 22 kapal di bawah misi GSF 2.0 yang telah dipintas dan dinaiki oleh tentera Israel ketika dalam pelayaran ke Gaza.Setakat waktu laporan ini ditulis, Ketua Pengarah Pusat KawalanSumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan bahawa keberadaan 10 rakyat Malaysia yang terlibat masih belum diketahui





Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa Zionis bebaskan anak kapal GSF 2.0 - Sinarharian - 30/04 8:12 pm

SHAH ALAM - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengecam tindakan biadab rejim Zionismemintas, menahan dan menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa pada awal pagi Khamis.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, insiden tersebut jelas mencabuli undang undang antarabangsa di mana ia berlaku ketika 57 kapal GSF termasuk tiga bot pengiring berada berhampiran Kepulauan Crete, Greece, kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza, Palestin.Justeru, kata Syed Ibrahim, pihaknya mendesak supaya Zionis Israel menghentikan tindakan pencabulan dan lanun mereka serta membebaskan kesemua anak kapal yang diculik."Kaukus Palestin Parlimen Malaysia juga meminta rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam itu."Kami mengusulkan supaya Ahli Parlimen Malaysia dan seluruh dunia bersatu suara mengutuk tindakan melampau pencabulan undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel."Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil langkah sewajarnya dengan segera untuk keselamatan anak kapal warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan GSF 2.0.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, sebanyak 22 dari keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel.Jelasnya lagi, berlaku provokasi di mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata.





Kedudukan MB Negeri Sembilan akan dibawa ke rundingan PH-BN - Sinarharian - 30/04 7:05 pm

PUTRAJAYA - Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan akan dibawa ke meja rundingan Pakatan Harapan dan BN (PH-BN) bagi mencapai penyelesaian.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pakatan itu mempunyai perjanjian melibatkan 18 perkara yang antara lain jika terdapat sebarang permasalahan, ia diselesaikan secara bersama."Pada hemat saya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk kita sama-sama melihat jika ada perkara-perkara secara perinciannya boleh kita selesaikan cara bersama."Ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya kerana kita tahu negara sedang menghadapi permasalahan ekonomi global dan kita harus bersatu hati untuk bersama-sama bukan hanya menangani tetapimendukung hasrat perdana menteri bagi mewujudkan kestabilan politik," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Memperkasa Akses Dipercayai Merentasi Ekosistem Digital Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MyDigital ID di sini pada Khamis.Ditanya adakah itu bermaksud perlu ada Menteri Besar yang baharu, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut."Itu adalah perkara lain lagi (ketawa)," jelas beliau ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada perlu melantik Menteri Besar baharu atau kekal menyokong Aminuddin sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.Pada 28 April lalu, Anwar menjelaskan bahawa Aminuddin akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar seperti dititahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.





ADUN Lepar dilantik sebagai Ketua BPN Bersatu Pahang - Sinarharian - 30/04 6:54 pm

KUANTAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang yang baharu.Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Bersatu selepas memuat naik gambar penyerahan watikah pelantikan berkenaan pada Khamis.Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Tahniah diucapkan kepada Mohd Yazid Mohd Yunus atas pelantikan sebagai Ketua BPN Bersatu Pahang," menurut hantaran itu.Turut hadir menyaksikan majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua BPN Bersatu Pahang, Datuk Jasri Jamaludin serta Setiausaha Kerja Bersatu Malaysia, Datuk Kapten (B) Suhaimi Sulaiman.Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas Mohd Yazid berhubung pelantikan tersebut masih belum berjaya





Krisis Negeri Sembilan: 14 ADUN setuju kekal dalam Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 30/04 6:00 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kesemua ADUN Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersetuju untuk terus kekal dalam kerangka Kerajaan Perpaduan di negeri itu.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan dalam pertemuannya bersama 14 ADUN berkenaan pada Khamis.Menurutnya, pertemuan tersebut memberi ruang kepada semua pihak menjelaskan konteks sebenar di sebalik tindakan menarik sokongan yang sebelum ini mencetuskan pelbagai tafsiran politik."Menarik sokongan itu berjalan, tetapi kita tetap bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Memperkasa Akses Dipercayai Merentasi Ekosistem Digital Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MyDigital ID di sini pada Khamis.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan tindakan 14 ADUN itu harus ditafsirkan semula supaya tidak memberi pentafsiran yang salah mengenai perkara tersebut."Saya telah mengadakan perbincangan dengan kesemua 14 ADUN daripada Negeri Sembilan untuk melihat semula bahawa (mereka) tidak berhajat untuk retract, tetapi mahu membetulkan persepsi yang ada bahawa usaha yang dilakukan oleh mereka bukan berhasrat untuk menebuk atap atau membentuk kerajaan negeri melalui pintu belakang tetapi adalah untuk menentukan institusi yang saya sebutkan itu berjalan dengan baik," jelas Ahmad Zahid.Tambah beliau lagi, negara ketika ini sedang menghadapi permasalahan ekonomi global, justeru semua harus bersatu hati untuk bersama-sama, bukan hanya menangani masalah, tetapi untuk terus mendukung apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri."Apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri adalah bagi mewujudkan kestabilan politik demi untuk kita bersama-sama menghadapi apa yang disebut sebagai krisis global ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya," katanya.Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengumumkan 14 ADUN UMNO-BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.





14 Adun Umno kekal sokong kerajaan perpaduan N Sembilan, kata Zahid - FMT - 30/04 5:59 pm

Presiden Umno itu berkata keputusan dibuat selepas perbincangan bersama semua Adun itu hari ini bagi perjelas persepsi dan elak salah tafsir.





Bersatu info chief apologises after dog sticker post sparks outrage, says conduct was inappropriate - Malaymail - 30/04 4:09 pm

PETALING JAYA, April 30 Melaka Bersatu information chief Datuk Hishamuddin Abdul Karim has apologised to state e...





Azizulhasni, PKBM terima anugerah BrandLaureate - Sinarharian - 30/04 4:01 pm

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang menerima pengiktirafan Book of World Records daripada The BrandLaureate, iaitu anugerah penjenamaan berprestij di Malaysia dan rantau Asia-Pasifik.Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memaklumkan Muhammad Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman menerima penghargaan berkenaan baru-baru ini, selepas menghadiahkan pingat emas acara keirin dan perak dalam acara pecut individu pada kejohanan trek Piala Dunia 2026 di Velodrom Nasional."PKBM ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni kerana menerima anugerah Book of World Records daripada The BrandLaureate





Krisis N. Sembilan: Presiden UMNO pun tak setuju kerajaan `tebuk .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm

# Krisis N





Takut DAP antara punca UMNO `u-turn’ di Negeri Sembilan? – Tun .. - Mygazette - 30/04 3:26 pm

# Takut DAP antara punca UMNO `u-turn' di Negeri Sembilan? - Tun Faisal KUALA LUMPUR Keputusan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan meskipun hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, mencetuskan tanda tanya apabila dilihat bercanggah dengan pendirian parti itu sendiri





Mas Ermieyati slams Bersatu reps dog sticker post, says it insults Muslim manners and elected office - Malaymail - 30/04 3:19 pm

PETALING JAYA, April 30 Masjid Tanah MP Datuk Mas Ermieyati Samsudin has criticised Sungai Udang assemblyman Dr...





Pemodenan gaya China rujukan negara membangun - Sinarharian - 30/04 3:16 pm

KUALA LUMPUR Pemodenan gaya China yang diketengahkan dalam buku Xi Jinping: 'The Governance of China' disifatkan sebagai rujukan penting kepada negara membangun dalam merangka hala tuju pembangunan masing-masing.Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing berkata, pendekatan itu menjelaskan bahawa pemodenan perlu disesuaikan dengan keadaan dan keperluan sesebuah negara, tidak semestinya berasaskan model Barat."Pembangunan dan amalan berjaya China membuktikan bahawa pemodenan tidak sama dengan pembaratan."Tiada model tunggal untuk pemodenan dan tiada formula sejagat yang sesuai untuk semua."China bersedia memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh penyelarasan strategik dan komunikasi dasar dengan Malaysia, mempertingkat pertukaran serta pembelajaran bersama dalam tadbir urus negara dan bersama-sama melangkah ke tahap sejarah baharu pemodenan," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Forum Pembaca China-Malaysia Mengenai Naskah Edisi Bahasa Inggeris Xi Jinping: 'The Governance of China' (Jilid Kelima) di sebuah hotel pada Khamis.Hadir sama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul.Ujar Yujing, hubungan China dan Malaysia berada pada tahap kukuh dengan kedua-dua negara saling melengkapi dari segi struktur industri dan kepentingan ekonomi.Menurutnya, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar China dalam ASEAN dan sumber import terbesar, manakala China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut."China akan bekerjasama dengan Malaysia untuk melaksanakan sepenuhnya hasil lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, meneroka potensi kerjasama dalam industri baharu seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau, serta memberi tumpuan kepada pembangunan pemacu pertumbuhan baharu dalam bidang termaju seperti pembuatan canggih dan kecerdasan buatan."Bersama-sama, kita akan membina hab serantau dalam produktiviti berkualiti baharu, menyokong transformasi dan peningkatan industri masing-masing serta mempercepat proses pemodenan kedua-dua negara," ujarnya





Melaka Bersatu apologises for reps dog sticker post - FMT - 30/04 1:56 pm

State Bersatu information chief Hishamuddin Abdul Karim says the Facebook post by Sungai Udang assemblyman Dr Aleef Yusof was inappropriate and disparaging.





Pemimpin Bersatu Melaka kecam Adun guna imej tidak sopan - FMT - 30/04 1:54 pm

Hishamuddin Abdul Karim gesa Adun Sungai Udang Dr Mohd Aleef Yusof turun segera hantaran media sosial yang menggunakan grafik atau stiker tidak sopan terhadap seorang Exco Melaka.





Zahid beritahu Kabinet tak sokong kerajaan tebuk atap N Sembilan, kata Loke - FMT - 30/04 1:26 pm

Setiausaha agung DAP berkata keputusan presiden Umno itu membantu meredakan keadaan susulan penarikan sokongan ke atas Menteri Besar Aminuddin Harun.





Tak benar kami sokong Azmin ketuai PN Selangor, kata Pemuda PAS negeri - FMT - 30/04 12:45 am

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin dakwa wujud persetujuan untuk Azmin Ali kembali menjadi pengerusi PN Selangor.





Krisis Negeri Sembilan: Presiden UMNO sendiri tidak setuju 'tebuk atap' - Anthony - Sinarharian - 30/04 12:25 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kerajaan Negeri Sembilan kekal berfungsi seperti biasa tanpa sebarang perubahan pada pentadbiran sedia ada.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keadaan itu susulan pendirian UMNO di peringkat pusat yang terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan, meskipun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Ujar beliau, keputusan berkenaan telah dimuktamadkan oleh kepimpinan di peringkat tertinggi parti."Biro Politik UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih kekal menyokong Kerajaan Perpaduan."Malah dalam Kabinet semalam, Presiden UMNO juga menyatakan pendirian sama, maksudnya Presiden UMNO sendiri tidak setuju penubuhan kerajaan baharu ataupun tebuk atap."Jadi ini bermaksud Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan kekal, untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan perjalanan pentadbiran di peringkat negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan di Forum Pembaca China-Malaysia Mengenai Naskah Edisi Bahasa Inggeris Xi Jinping: 'The Governance of China' (Jilid Kelima) di sebuah hotel pada Khamis.Hadir sama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.Menurut Anthony, situasi terkini diharap diperjelaskan kepada rakyat supaya ketegangan berhubung konflik berterusan itu dapat dikurangkan.Sementara itu, mengulas isu konflik mengenai institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan, beliau mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan berhubung urusan tersebut."Kita tahu masih ada isu belum selesai antara institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Undang Yang Empat kepada undang-undang negeri





UMNO 'u-turn': PN Negeri Sembilan tak rugi apa-apa - Pas - Sinarharian - 30/04 11:08 am

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan tidak terkesan atau mengalami apa-apa kerugian susulan UMNO-Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu.Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, pihaknya hanya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO selepas parti terbabit mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Menurutnya, ia bertujuan menjamin kestabilan kerajaan negeri serta memastikan kelangsungan pentadbiran berjalan lancar."Tempoh hari, kami hanya menyatakan kesediaan bekerjasama dengan UMNO-BN Negeri Sembilan selepas mereka mengumumkan sudah hilang keyakinan terhadap Menteri Besar."Tapi apabila malam tadi mereka buat keputusan lain, kita tiada masalah dan tak rasa rugi apa-apa pun," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Beliau berkata, apa yang penting tiga wakil rakyat Pas dan dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus konsisten menjalankan khidmat kepada rakyat serta memainkan peranan semak dan imbang kerajaan.Namun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting itu, secara realitinya rakyat melihat bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Aminuddin telah mula goyah."Walaupun Aminuddin kata semuanya berjalan lancar, tapi bagi saya secara realiti apa berlaku hari ini menunjukkan keadaan itu sebaliknya."Saya percaya urus tadbir itu tidak akan berjalan lancar





Mas Ermieyati slams Bersatu rep over image of exco with dog sticker - FMT - 30/04 11:07 am

Masjid Tanah MP says Dr Aleef Yusofs actions do not reflect the decorum expected of an elected representative.





Presiden, CEO Prasarana Amir Hamdan letak jawatan - FMT - 30/04 10:36 am

Amir Hamdan berkata keputusan meninggalkan Prasarana atas sebab-sebab peribadi.





Mas Ermieyati tegur Adun Bersatu tampal stiker anjing pada muka exco Melaka - FMT - 30/04 10:27 am

Ahli Parlimen Masjid Tanah kata tindakan Adun Sungai Udang Dr Mohd Aleef Yusof sebagai tidak beradab.





Transaksi RM19.5 juta kepada Bersatu tidak menyalahi undang-undang – .. - Mygazette - 30/04 7:43 am

Norazeanti juga bersetuju parti politik dan presidennya adalah dua entiti berasingan, serta harta parti tidak boleh dianggap sebagai milik individu. Ketika ditanya lanjut, beliau mengekalkan bahawa berdasarkan dokumen yang dikemukakan, sumbangan tersebut adalah untuk Bersatu dan bukan kepada Presiden Bersatu secara peribadi





PRN Melaka: Ab Rauf alukan hasrat Pas bertanding 16 kerusi atau lebih - Mygazette - 30/04 7:43 am

# PRN Melaka: Ab Rauf alukan hasrat Pas bertanding 16 kerusi atau lebih MELAKA - Ketua Menteri Melaka





Kecewa ADUN digantung: Armada Selangor lancar ‘Kempen Demokrasi .. - Mygazette - 30/04 7:43 am

# Kecewa ADUN digantung: Armada Selangor lancar 'Kempen Demokrasi Mati' PETALING JAYA Insiden tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang digantung dua hari daripada menghadiri Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mencetuskan reaksi keras daripada sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor





AS belanja AS$25 bilion untuk perang Iran, kata pegawai Pentagon - Mygazette - 30/04 7:43 am

# AS belanja AS$25 bilion untuk perang Iran, kata pegawai Pentagon ISTANBUL - Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan kira-kira US$25 bilion untuk peperangan menentang Iran, menurut seorang pegawai kanan Pentagon yang memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Dewan Perwakilan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi





Zahid akan bertemu ADUN UMNO N. Sembilan dalam masa terdekat – Fahmi - Mygazette - 30/04 7:43 am

# Zahid akan bertemu ADUN UMNO N





Krisis N. Sembilan: Jalaluddin nafi ada ADUN UMNO `u-turn???, sokong .. - Mygazette - 30/04 7:43 am

# Krisis N





Krisis N. Sembilan: UMNO mula terima kesan luar jangka – Rafizi .. - Mygazette - 30/04 7:43 am

# Krisis N





Bank filed reports on Bersatu suspicious transactions, court told - SUN - 29/04 11:09 pm

A bank officer told the High Court that Suspicious Transaction Reports were filed on nearly all Bersatu transactions due to doubts over their nature.





PAS Selangor setuju Azmin kembali ketuai PN negeri, dakwa pemimpin Bersatu - FMT - 29/04 9:00 pm

Dr Afif Bahardin berkata pendirian itu dinyatakan PAS Selangor dalam pertemuan baru-baru ini.





Labuan MP fails in bid to revive lawsuit over cessation of Bersatu membership - FMT - 29/04 7:59 pm

A three-member Court of Appeal panel unanimously dismisses Suhaili Abdul Rahmans appeal to set aside a High Court decision striking out his suit.





Suhaili gagal cabar tindakan Bersatu tamat keahlian - FMT - 29/04 7:47 pm

Panel Mahkamah Rayuan sebulat suara tolak rayuan Ahli Parlimen Labuan untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi batalkan samannya.





Bank buat STR, ada keraguan dalam transaksi kepada Bersatu - Pegawai bank - Sinarharian - 29/04 7:17 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihaknya membuat Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) terhadap hampir kesemua transaksi kepada parti politik Bersatu berikutan terdapat keraguan dalam transaksi tersebut.Penolong Pengurus Cawangan Bank Muamalat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam, Norazeanti Miswan, 39, berkata, menjadi tanggungjawab pegawai bank untuk melaporkan sebarang transaksi atau ativiti mencurigakan melalui laporan aktiviti meragukan iaitu internal STR kepada pihak ibu pejabat."Namun, saya tidak pasti tindakan susulan atau proses selanjutnya kerana ia dilakukan pihak ibu pejabat," kata saksi pendakwaan kesembilan itu semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noralis Mat pada perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.Semalam, Norazeanti dalam keterangannya berkata terdapat jumlah transaksi yang besar dan kerap berjumlah RM19.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Bersatu antara 2021 hingga penghujung 2022 selain terdapat keraguan dalam transaksi dilakukan syarikat Mamfor Sdn Bhd.Sementara itu, Norazeanti berkata walaupun transaksi itu dilakukan pelanggan bank, sekiranya terdapat keraguan sama ada perkara itu betul atau sebaliknya, pihaknya perlu melaporkannya."Betul atau salah pada saya bukan isunya tetapi jika timbul sahaja keraguan itu menjadi tanggungjawab untuk melaporkan...jadi apabila ada sahaja yang lain daripada kebiasaan, saya rasa menjadi tanggungjawab saya melaporkannya," kata saksi itu.Kepada soalan peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin sama ada Norazeanti setuju bahawa internal STR adalah satu prosedur untuk melindungi pihak bank daripada dikenakan sebarang tindakan pihak berkuasa, contohnya Bank Negara Malaysia, Norazeanti menjawab setuju.Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kesemua transaksi itu direkodkan oleh pihak bank dan tiada apa yang disembunyikan berhubung transaksi tersebut.Norazeanti juga setuju bahawa kesemua cek dan surat sokongan jelas membuktikan bahawa sumbangan syarikat Mamfor kepada Bersatu adalah sumbangan telus dan saksi juga mengakui bahawa sumbangan berkenaan dibuat kepada Bersatu dan bukan kepada Muhyiddin.Muhyiddin, 78, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti politik berkenaan.Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung 25 Mei depan





ADUN Jeram Padang nafi UMNO Negeri Sembilan berpecah - Sinarharian - 29/04 6:20 pm

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menafikan segala spekulasi yang tular di media sosial kononnya wujud perpecahan dalam kalangan kepimpinan UMNO-BN di Negeri Sembilan.Beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan hanya bertujuan mengeruhkan keadaan politik semasa negeri.Malah katanya, pendiriannya adalah untuk terus setia bersama parti serta menyokong kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekali gus."Pendirian saya jelas, taat setia kepada parti serta akur kepada keputusan pucuk pimpinan





Kemelut di Negeri Sembilan zahir tanda awal kesan luar jangka kepada UMNO - Rafizi - Sinarharian - 29/04 5:28 pm

SHAH ALAM - Kemelut politik di Negeri Sembilan menunjukkan tanda-tanda awal kesan luar jangka atau 'unintended consequences', terutamanya kepada UMNO.Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, UMNO mungkin melihat tindakan mengambil alih kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai langkah semula jadi untuk menguatkan kedudukan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Parlimen Pandan itu berpendapat bahawa UMNO mungkin yakin Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan terkuat buat masa ini kerana Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berdepan masalah dalaman.Jelas beliau, parti itu juga berkemungkinan merasakan tindakan di Negeri Sembilan menjadi langkah pemula untuk menekan supaya pilihan raya negeri (PRN) berlaku, barangkali bermula di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka."Daripada kejayaan-kejayaan ini akan membina gelombang untuk menang besar dalam PRU16 secara solo





Syarikat sertakan surat sumbangan kepada Bersatu, mahkamah diberitahu - FMT - 29/04 5:14 pm

Penolong pengurus bank berkata surat itu dilampirkan bersama borang kiriman wang yang digunakan untuk memindahkan dana kepada parti itu.





Muhyiddins trial: Bank officer says Mamfors RM19.5m Bersatu donation unusual as company sought several RM500,000 cheques on same day - Malaymail - 29/04 5:03 pm

KUALA LUMPUR, April 29 Construction company Mamfor Sdn Bhds donations totalling RM19.5 million to politic...





Company submitted letters of support for Bersatu, court hears - FMT - 29/04 4:58 pm

Assistant bank manager says the letters were attached to remittance forms used to transfer funds to the party.





Ex-Johor Bersatu leader stable after gunshot wound surgery - FMT - 29/04 3:58 pm

Tan Lek Khang is under observation at Sultan Ismail Hospital after accidentally shooting himself in the chest on Tuesday.





Ahmad Zahid akan bertemu ADUN UMNO Negeri Sembilan dalam masa terdekat - Fahmi - Sinarharian - 29/04 3:54 pm

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan daripada parti itu berhubung kedudukan mereka dalam masa terdekat.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Madani berkata, perkara berkenaan dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berhubung perkembangan isu politik serta pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan."Perdana Menteri telah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa





Penduduk Malaysia mula rekod lebihan pendapatan pada usia 29 tahun - DOSM - Sinarharian - 29/04 3:11 pm

KUALA LUMPUR - Penduduk Malaysia mula merekodkan lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan penggunaan pada usia 29 tahun,demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, tahap lebihan itu mencapai kemuncak pada usia 44 tahun dengan nilai RM14,523 per kapita setahun, sebelum menurun secara beransur-ansur dan kembali mencatatkan defisit pendapatan sekitar umur 56 tahun.Beliau berkata, dapatan itu terkandung dalamAkaun Pindahan Negara(NTA) Malaysia 2022yang dilancarkan buat julung kalinya hari ini bagi memperincikan aliran ekonomi negara berdasarkan kitaran hayat penduduk."Bagi2022, perbelanjaan penggunaan negara berjumlah RM1.24 trilion manakala pendapatan buruh pula sebanyak RM764 bilion, sekali gus menghasilkan Defisit Kitaran Hayat (LCD) berjumlah RM477 bilion."LCD ini dibiayai melalui peruntukan semula berasaskan aset berjumlah RM491 bilion, yang bersamaan dengan 103.1 peratus daripada nilai defisit tersebut," katanya ketika melancarkan NTA tersebutsecara dalam talian, pada Rabu.Selain itu, beliau berkata, purata pendapatan buruh tahunan per kapita pada 2022 sebahagian besarnya disumbangkan oleh pampasan pekerja yang meningkat mengikut umur sehingga mencapai kemuncak pada usia 49 tahun dengan nilai RM48,379."Pada usia yang sama, pendapatan daripada kategori bekerja sendiri turut mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM13,042 per kapita," katanya.Mengenai aspek perbelanjaan, Mohd Uzir berkata, purata penggunaan per kapita adalah sebanyak RM37,947, dengan kumpulan umur 60 hingga 64 tahun mencatatkan perbelanjaan lebih tinggi iaitu RM50,429."Golongan warga emas berumur 65 tahun ke atas pula mencatatkan penggunaan sebanyak RM51,211, manakala perbelanjaan bagi kategori kanak-kanak di bawah usia empat tahun secara relatifnya lebih rendah iaitu RM26,313 per kapita," katanya.Beliauberkata, perbelanjaan isi rumah didorong terutamanya oleh sektor swasta berjumlah RM31,564 per kapita, manakala penggunaan sektor awam sebanyak RM6,382 per kapita."Sektor awam juga menyediakan sokongan bersasar merentas kumpulan umur, khususnya dalam pembiayaan pendidikan bagi kanak-kanak serta memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan bagi golongan warga tua," katanya.Penerbitan NTA itu menjadikan DOSM sebagai pejabat statistik kebangsaan ketiga di dunia yang menerbitkan laporan seumpamanya selepas Korea Selatan dan ColombiaNTA merupakan metodologi ekonomi antara generasi yang digunakan untuk mengukur bagaimana sumber ekonomi seperti pengeluaran, penggunaan, pendapatan dan pemindahan dijana serta digunakan merentasi kumpulan umur berbeza.Rangka kerja itu diadaptasi daripada manual Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menganalisis kesan perubahan demografi terhadap corak pendapatan dan penggunaan masa hadapan





Johor police confirm no criminal elements in shooting incident that injured ex-Bersatu leader Tan Lek Khang - Malaymail - 29/04 2:59 pm

JOHOR BAHRU, April 29 Johor police said they are ruling out criminal elements or the involvement of another part...





AS terdesak kekalkan pengaruh, konflik Asia Barat kian meruncing - Sinarharian - 29/04 2:40 pm

SHAH ALAM - Konflik berpanjangan di Asia Barat menyaksikan Amerika Syarikat (AS) semakin terdesak untuk mencari jalan keluar bagi mengekalkan pengaruhnya di pentas global.Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, AS kini berdepan tekanan politik dan moral apabila gagal meraih sokongan majoriti komuniti antarabangsa, termasuk sekutu tradisinya di Eropah.Menurut beliau, Republik Islam Iran pula kekal bertegas enggan kembali ke meja rundingan selagi syarat gencatan senjata tidak dipatuhi, termasuk isu sekatan laut, serangan berterusan Israel serta syarat perjanjian yang tidak munasabah."Lawatan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi ke Pakistan dilaporkan telah menyerahkan cadangan perjanjian gencatan senjata terbaharu kepada Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif untuk diserahkan kepada AS."Presiden, Donald Trump telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Kabinet keselamatannya membincangkan cadangan gencatan senjata terbaharu tersebut."Namun masyarakat antarabangsa khususnya rakyat Iran masih skeptikal terhadap tindakan AS yang dianggap tidak konsisten dan sikap itu turut dipengaruhi konflik melibatkan Venezuela yang akhirnya menculik Presiden, Nicolas Maduro ketika itu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu berkata, di sebalik gesaan dan desakan agar Iran kembali ke meja rundingan, AS sedang memperkukuhkan kehadiran ketenteraan di rantau berkenaan."AS bersiap sedia menghantar kapal pengangkut USS Dwight D Eisenhower ke Asia Barat





Gantung atau batal lesen jika Lynas langgar undang-undang antarabangsa SAM - Sinarharian - 29/04 2:23 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia digesa mengenakan syarat, langkah pembetulan atau jika perlu, menggantung atau membatalkan lesen Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk mencegah sebarang bantuan atau sokongan yang disengajakan kepada perbuatan yang salah di sisi undang-undang antarabangsa.Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meena Raman berkata, kerajaan juga harus mewajibkan Lynas untuk membuktikan bahawa operasi, kontrak dan rantaian bekalannya tidak dan tidak akan, menyumbang kepada atau memudahkan perbuatan yang salah di sisi undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang menyumbang kepada genosid, jenayah perang atau jenayah kemanusiaan.Menurutnya, ini termasuk menuntut ketelusan penuh mengenai terma, skop dan tujuan penggunaan akhir perjanjian dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat."Selain itu, kerajaan perlu mewajibkan jaminan yang mengikat bahawa bahan-bahan yang ditapis di Malaysia tidak akan digunakan dalam sistem senjata yang dikerahkan dalam sebarang operasi di mana pelanggaran undang-undang berlaku."Syarat-syarat sedemikian harus dimasukkan sebagai prasyarat dalam lesen yang dikeluarkan kepada Lynas."Buat masa kini, lesen terbaharu yang diberikan kepada Lynas tidak mengandungi syarat tersebut dan harus dibetulkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Baru-baru ini, gabungan 57 organisasi menggesa kerajaan Malaysia memastikan operasi oleh Lynas Rare Earths Ltd tidak melanggar undang-undang antarabangsa, susulan perjanjian syarikat itu untuk membekalkan oksida nadir bumi kepada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, gabungan itu berkata perjanjian bernilai kira-kira AS$96 juta dalam tempoh empat tahun menghubungkan aktiviti pemprosesan di Malaysia dengan rantaian bekalan ketenteraan luar negara.Lynas, penapis nadir bumi terbesar di luar China, telah menandatangani surat niat mengikat dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi memuktamadkan perjanjian pembekalan mineral nadir bumi kepada sektor pertahanan negara itu selama empat tahun, dengan pangkalan industri pertahanan AS akan terus mempunyai akses kepada oksida nadir bumi ringan dan berat yang penting untuk pembuatan moden.Di bawah aturan ini, Jabatan Pertahanan akan memperuntukkan kira-kira AS$96 juta (RM377.62 juta) untuk membeli oksida nadir bumi daripada Lynas.





Bekas Pengarah FBI Comey didakwa lakukan ugutan bunuh terhadap Trump - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# Bekas Pengarah FBI Comey didakwa lakukan ugutan bunuh terhadap Trump WASHINGTON - Bekas pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) James Comey didakwa melakukan ugutan untuk membahayakan nyawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Jabatan Kehakiman (DoJ) pada Selasa





Zahid jamin selesai kemelut politik N. Sembilan ikut saluran sah - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# Zahid jamin selesai kemelut politik N





Krisis N. Sembilan: Beberapa ADUN UMNO disebut pengganti Exco? - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# Krisis N





Pas patut ambil alih kepimpinan PN di Selangor – Iskandar - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# Pas patut ambil alih kepimpinan PN di Selangor - Iskandar KUALA LUMPUR Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A Samad menilai Perikatah Nasional (PN) masih mempunyai peluang nyata untuk menawan negeri itu, berdasarkan perkembangan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa





Setiap langkah diambil Nurul Izzah akan dibaca dalam bayang-bayang Anwar .. - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# Setiap langkah diambil Nurul Izzah akan dibaca dalam bayang-bayang Anwar - Rafizi KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menilai Nurul Izzah Anwar kini berada dalam kedudukan yang sangat sukar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)



Kemelut di N. Sembilan: Ia bukan soal Bersatu, ia turut libatkan... - Mygazette - 29/04 1:57 pm





Wanita perlu diberi kebebasan pilih haluan, perjuangkan prinsip – .. - Mygazette - 29/04 1:57 pm

# Wanita perlu diberi kebebasan pilih haluan, perjuangkan prinsip - Ketua Hakim Negara KUALA LUMPUR - Wanita perlu diberikan kebebasan menjadi diri sendiri, memilih haluan hidup dan memperjuangkan prinsip masing-masing





Transaksi wang RM19.5 juta ke dalam akaun Bersatu diragui – .. - Mygazette - 29/04 1:57 pm

Nurdin bersambung petang ini. Muhyiddin, 78, yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM225.3 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti politik berkenaan



Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera tertembak di dada - Mygazette - 29/04 1:57 pm





Bekas Ketua Bersekutu Bersatu tertembak diri sendiri ketika kosongkan senjata - Sinarharian - 29/04 1:51 pm

JOHOR BAHRU - Sembilan saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan insiden bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dipercayai tertembak diri sendiri ketika menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Ladang Rem di sini pada Selasa.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, semua saksi terbabit terdiri daripada individu yang berada di lokasi kejadian termasuk jurulatih, pengawal peribadi, anak tiri lelaki mangsa berusia 19 tahun serta rakan."Berdasarkan keterangan saksi di lokasi kejadian, insiden dipercayai berlaku ketika mangsa sedang dalam proses mengosongkan senjata api jenis pistol yang digunakan selepas sesi latihan menembak."Fokus siasatan adalah untuk meneliti sama ada prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dipatuhi sepenuhnya, khususnya ketika proses pengendalian dan pengosongan senjata api," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Rabu.Ab Rahaman berkata, dakwaan mangsa ditembak oleh individu lain adalah tidak tepat berdasarkan keterangan awal saksi di lokasi kejadian."Siasatan awal setakat ini mendapati insiden itu tidak melibatkan pihak lain, sebaliknya dipercayai berpunca daripada kecuaian ketika mengendalikan senjata api," katanya.Beliau memaklumkan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan pihaknya sedang meneliti aspek pematuhan SOP keselamatan semasa mengendalikanlatihan melibatkan senjata api."Semakan mendapati mangsa memiliki lesen senjata api yang sah





Malaysia cipta sejarah raih gangsa kejohanan lacrosse Asia - Sinarharian - 29/04 12:30 am

SKUAD lacrosse lelaki kebangsaan mencipta pencapaian bersejarah apabila meraih pingat gangsa pada Sukan Lacrosse Asia 2026 di Chengdu, China baru-baru ini, sekali gus menjadi pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu.Kejayaan tersebut hadir selepas Malaysia menewaskan Arab Saudi 15-10 dalam aksi penentuan tempat ketiga.Kapten pasukan, Rashid Shukor menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil usaha kolektif seluruh komuniti lacrosse negara."Pingat ini milik setiap pemain, jurulatih dan sukarelawan yang pernah mencurahkan masa mereka untuk lacrosse Malaysia."Kami sudah membuktikan sesuatu hari ini," katanya.Sementara itu, ketua jurulatih, Michael Wilder memuji disiplin pemain yang berjaya melaksanakan perancangan taktikal dengan baik, khususnya dalam situasi bertekanan tinggi."Kami hadir dengan matlamat yang dirangka rapi dan pemain menunaikannya dengan cemerlang."Kejayaan ini memberi suntikan semangat besar menjelang misi seterusnya," katanya.Presiden Persatuan Lacrosse Malaysia, Jake Iskandar Marr pula melihat kejayaan itu sebagai bukti hasil usaha jangka panjang memperkenalkan sukan berkenaan di negara ini."Daripada sukan yang kurang dikenali kepada pencapaian podium di Asia, ini menunjukkan potensi besar yang sedang berkembang," katanya.Lacrosse yang berasal daripada komuniti Orang Asli Amerika Utara, kini semakin berkembang di peringkat global, dengan format enam sebelah (Sixes) bakal membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.Pencapaian di Chengdu ini dilihat sebagai pemangkin penting dalam usaha Malaysia memburu kelayakan ke temasya berprestij itu.Seterusnya, skuad negara dijadual mengharungi Kejohanan Lacrosse Sixes Asia Pasifik di Sunshine Coast, Australia pada Oktober depan yang menjadi medan penting dalam laluan ke Olimpik 2028.





Lenggong diiktiraf sebagai Geopark Global UNESCO - Sinarharian - 29/04 11:50 am

PARIS Nama Lenggong kini bergema di pentas antarabangsa apabila kawasan tersebut secara rasmi diiktiraf sebagai Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Saintik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Pengiktirafan tersebut diterima Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad daripada Ketua Seksyen Sains Bumi dan Pengurangan Risiko Geobahaya UNESCO merangkap Setiausaha Program Geosains dan Geopark Antarabangsa, Kristof Vandenberghe di ibu pejabat Nasional 11 UNESCO, Paris, Perancis pada Isnin.Turut hadir menyaksikan pengiktirafan bersejarah itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Pegawai Daerah Hulu Perak, Mohamad Fitri Hasan; Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong (MDL), Mohd Amzari Mohd Arzami dan Setiausaha MDL, Muhammad Khairul Ameer Abbas.Menerusi hantaran di Facebook, Saarani berkata, pengiktirafan berprestij itu meletakkan Lenggong sebaris geopark terkemuka dunia, sekali gus mengangkat profil daerah berkenaan sebagai destinasi arkeopelancongan bertaraf global.Menurutnya, kejayaan tersebut amat bermakna memandangkan persaingan sengit daripada pelbagai negara yang turut berusaha mendapatkan pengiktirafan sama, namun Lenggong berjaya menonjolkan keunikan warisan geologi, arkeologi dan budaya yang dimilikinya."Lebih membanggakan, Lenggong turut menerima status sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012, menjadikan kawasan itu antara yang memiliki dua pengiktirafan bertaraf antarabangsa."Semoga pengiktirafan ini akan terus memacu Lenggong sebagai destinasi arkeopelancongan bertaraf antarabangsa yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi setempat," katanya pada Selasa.Saarani berkata, pengiktirafan terbaharu itu merupakan hasil usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Jawatankuasa Badan Pengurusan Lenggong Geopark dalam memelihara serta mempromosikan khazanah semula jadi dan sejarah kawasan tersebut.Martabat nama Malaysia Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, pengiktirafan itu amat bermakna bukan sahaja kepada Lenggong, malah turut mengangkat nama Perak dan Malaysia di peringkat antarabangsa.Menurutnya, pengiktirafan tersebut menjadikan Lenggong antara kawasan di Malaysia yang menerima dua status bertaraf antarabangsa.Beliau berkata, Lenggong memiliki kekayaan khazanah luar biasa dengan 39 geowarisan serta 21 tapak warisan dan budaya, termasuk lapan daripadanya bertaraf antarabangsa.Katanya, antara penemuan penting di kawasan tersebut adalah bukti kewujudan manusia seawal 1.83 juta tahun lalu berdasarkan penemuan batu meteorit di Bukit Bunuh, Kota Tampan yang diiktiraf sebagai satu-satunya tapak seumpamanya di Asia Tenggara."Lenggong UNESCO Global Geopark juga diiktiraf kerana nilai geologi yang luar biasa, biodiversiti yang kaya serta warisan budaya yang unik."Ini sekali gus menjadikannya landskap penting yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kepentingan sejarah," katanya.Tambah beliau, geopark tersebut merangkumi kawasan Mukim Temelong, Mukim Durian Pipit, Mukim Lenggong, Mukim Kenering dan Mukim Gerik yang mempunyai pelbagai ciri semula jadi seperti tasik, sungai, gunung serta tapak arkeologi penting.Jelasnya, pengiktirafan itu dijangka memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor pelancongan serta membuka peluang kepada komuniti untuk terlibat dalam keusahawanan pelancongan.Beliau berkata, pelbagai inisiatif telah dan akan dilaksanakan termasuk program Geoschool, Geoentrepreneur serta penganjuran acara seperti Lenggong Dialog 2026 bagi memperkukuh peranan komuniti setempat.Selain itu, usaha turut dipergiat untuk menjadikan Lenggong sebagai pusat pendidikan terbuka melalui kerjasama institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.Beliau dalam masa sama berharap kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dapat membantu membangunkan infrastruktur pelancongan di kawasan tersebut.Dengan pencapaian itu, Lenggong kini dijangka terus berkembang sebagai destinasi arkeopelancongan dan pelancongan pendidikan bertaraf dunia.





PAS eyes 16 seats in Melaka polls, up two-fold from 2021 - FMT - 29/04 10:51 am

In the 2021 Melaka polls, PAS only contested eight seats under the PN banner, while Bersatu vied for 15 and Gerakan five.





Krisis Negeri Sembilan: ADUN UMNO lain buat 'u-turn' isi kekosongan jawatan Exco? - Sinarharian - 29/04 10:46 am

SEREMBAN Baru semalam empat Exco kerajaan Negeri Sembilan daripada UMNO memulangkan segala aset dan kenderaan rasmi, kini muncul pula dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO lain yang akan mengisi kekosongan tersebut.Antara nama yang menjadi sebutan ialah ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Mohd Amin yang juga memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.Bagaimanapun Mohd Asna dihubungi Sinar Harian enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit.Namun, beliau menegaskan akan terus mematuhi segala arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."Apa-apa pun, saya sebagai ahli parti akan tetap setia dengan segala arahan daripada Presiden," katanya ringkas.Selain Mohd Asna, ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi turut disebut-disebut.Muhammad Sufian bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan akan akur dengan apa jua keputusan parti.Dalam pada itu, usaha mendapatkan reaksi Mohd Zaidy tidak berhasil apabila beliau gagal dihubungi.Untuk rekod sebelum ini, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang merupakan ADUN Pertang, menggalas portfolio Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, selain berperanan sebagai Exco Kanan.ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim (Exco Bertindak Pendidikan dan Modal Insan) dan ADUN Palong, Mustapha Nagoor (Exco Pembangunan Belia dan Sukan).ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli pula memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital.Pada Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan, Barisan Nasional(BN) memang di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) daripada 17 kerusi yang ditandingi yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 17 kerusi, yang mana DAP 11 kerusi, PKR lima kerusi dan satu kerusi Parti Amanah Negara (Amanah).PN memang di lima kerusi iaitu DUN Paroi, Serting, Gemas, Bagan Pinang dan Labu.





Political figures gather at HSI as Lek Khang recovers after surgery - Sinardaily - 29/04 10:11 am

JOHOR BAHRU - Political figures and family members gathered at Sultan Ismail Hospital (HSI) in Johor Bahru as former Johor Bersatu associate chief Datuk Tan Lek Khang remained under close observation following surgery on Tuesday night.Former Bersatu deputy president Datuk Seri Hamzah Zainudin confirmed that Tan is still in the recovery phase and cannot yet receive visitors, including close relatives.For now, he is still in the recovery period





Piala Dunia akan jadi alat politik Trump, 'tutup' isu pencabulan hak asasi - Sinarharian - 29/04 7:00 am

KEJOHANAN Piala Dunia yang akan berlangsung pada Jun depan didakwa bakal menjadi 'sportswashing' atau medan pembersihan imej melalui sukan oleh Donald Trump bagi menutup pelbagai isu pencabulan hak asasi manusia.Amaran tersebut disuarakan oleh pertubuhan hak asasi antarabangsa termasuk Human Rights Watch (HRW) dan Amnesty International di bawah Sport and Rights Alliance (SRA).Mereka mendakwa pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kini menggunakan sukan sebagai alat politik untuk mengalih perhatian dunia daripada dasar-dasar kontroversi yang diamalkan negara itu.Pengarah Inisiatif Global HRW, Minky Worden berkata, istilah 'sportswashing' yang sebelum ini sering dikaitkan dengan rejim autokratik kini wajar terpakai kepada pentadbiran AS yang menjadi penganjur bersama kejohanan itu bersama Mexico dan Kanada."Piala Dunia ini sepatutnya menjadi kejohanan pertama yang mempunyai kerangka hak asasi manusia yang jelas merangkumi perlindungan pekerja, peminat, pemain dan komuniti."Sebaliknya, tindakan keras imigresen, dasar diskriminasi dan ancaman terhadap kebebasan media oleh pentadbiran AS menyebabkan kejohanan ini berisiko dicemari dengan sentimen ketakutan dan penyisihan," katanya.Worden turut menekankan kebimbangan mengenai tindakan Trump yang dilihat cuba 'mensenjatakan' sukan untuk memberikan gambaran kononnya AS adalah destinasi yang selamat dan menyeronokkan, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.Berdasarkan laporan HRW, daripada 16 bandar tuan rumah, hanya empat bandar iaitu Atlanta, Dallas, Houston dan Vancouver yang telah menerbitkan 'Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Bandar Tuan Rumah' yang diwajibkan.Selain itu, sekatan perjalanan terhadap beberapa buah negara termasuk empat negara yang layak ke Piala Dunia turut mencetuskan kebimbangan besar mengenai inklusiviti kejohanan tersebut.Dalam pada itu, Ketua Dasar Penyokong Bola Sepak Eropah, Martin Endemann mendedahkan pihaknya tidak mempunyai gambaran berhubung tahap keselamatan peminat bola sepak di AS apabila kejohanan itu berlangsung."Peminat tidak tahu apa yang akan berlaku




Reformasi     >>



MOF diminta pertimbang semula potong bajet kesihatan - Harapandaily
OLEH ZAHID AMRAN Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, menggesa Kementerian Kewangan (MOF) supaya mempertimbangkan semula cadangan pemotongan sehingga RM3.06 bilion daripada bajet Kementerian Kesihatan. Menurut beliau, walaupun langkah penjimatan fiskal penting dalam menghadapi ..
Kroni     >>



Ini Malaysia, bukan zoo! - Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden menempelak kerajaan berhubung penganjuran acara hiburan yang tidak mencerminkan identiti budaya negara. Beliau berkata, Malaysia menjadi tarikan pelancong kerana budaya Melayu, adab ketimuran serta nilai Islam, bukan hiburan melampau yang ..
Tabloid     >>



Pengunjung Rain Rave 2026 Diminta Patuh Undang-Undang .. - Siakapkeli
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pengunjung Festival Muzik Air Rain Rave 2026 dari hari ini hingga Sabtu di Bukit Bintang diminta
Tech     >>



Samsung Galaxy S27 Ultra to have fewer cameras than .. - Gsmarena
Samsung's upcoming Galaxy S27 series has recently been rumored to arrive with a big design overhaul - moving the camera island. In fact, the Galaxy S27 Ultra could look something like this: This is not a leaked image, it's just a speculative render based on the aforementioned rumor. From the ..
World     >>



US gas reaches $4.30 per gallon; Trump says prices .. - Aljazeera
Price of petrol in US jumps by nearly 30 cents in one week amid Strait of Hormuz blockade and Iran diplomatic deadlock.
Motor Trend     >>



Buletin Tempahan Hyundai Ioniq 5 N Dan Ioniq 6 N .. - Mekanika
# TEMPAHAN HYUNDAI IONIQ 5 N DAN IONIQ 6 N DIBUKA - HARGA MULA SEKITAR RM450K **Hyundai Motor Malaysia mencuri perhatian di Penang Autoshow 2026 apabila mengumumkan pembukaan tempahan rasmi untuk model prestasi elektrik terbaharu mereka, Hyundai IONIQ 5 N dan Hyundai IONIQ 6 N.** Langkah ini ..