| /// |
|
| Search : Piala Dunia News | Page 1 |
|
Singapura negara paling mahal di dunia untuk memiliki kereta - Careta - 9/07 2:59 pm Sistem itu diperkenalkan bagi mengehadkan jumlah kenderaan di jalan raya kepada sekitar sejuta unit |
|
Geely Galaxy A7 EM catat rekod dunia - capai jarak 2,608 km dalam satu tangki dan cas penuh - Careta - 9/07 2:59 pm Dalam ujian yang diselia secara rasmi oleh Guinness World Records, sedan PHEV itu berjaya mencatat jarak sejauh 2,608.360 kilometer, sekali gus memecahkan rekod terdahulu |
|
Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi meninggal dunia - Mygazette - 9/07 2:55 pm # Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi meninggal dunia KOTA BHARU - Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman meninggal dunia di rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat pada 2.40 pagi tadi akibat komplikasi penyakit buah pinggang |
|
Ketika PM sibuk cari pelaburan, ada pihak utamakan perebutan kuasa .. - Mygazette - 9/07 2:55 pm # Ketika PM sibuk cari pelaburan, ada pihak utamakan perebutan kuasa - Lingeshwaran JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Negara, Dr Lingeshwaran R Arunasalam mengingatkan rakyat Johor supaya tidak membiarkan politik kuasa mengatasi agenda pembangunan kerana keadaan itu hanya akan menyebabkan negeri berkenaan terus ketinggalan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat |
|
Motosikal Cfmoto Dan Brembo Meterai Kerjasama Jangka Panjang Read More .. - Mekanika - 9/07 2:54 pm # CFMOTO DAN BREMBO METERAI KERJASAMA JANGKA PANJANG **Jenama brek terkemuka dunia, Brembo, akan memainkan peranan besar dalam perkembangan motosikal CFMOTO setelah kedua-dua pihak memeterai kerjasama strategik di Hangzhou, China.** Menurut CFMOTO dalam satu kenyataan, Brembo akan terlibat membangunkan sistem brek untuk motosikal bersaiz pertengahan dan ke atas di samping memperluaskan kerjasama tersebut dalam inovasi teknologi, perlumbaan dan pembangunan jenama |
|
Harga Minyak Global Kembali Mencanak - Siakapkeli - 9/07 2:27 pm Harga Minyak Global Kembali Mencanak Harga minyak dunia kembali melonjak melebihi $80 setong manakala pasaran |
|
Kerajaan Madani terus perkukuh tatakelola, elak skandal seperti 1MDB berulang - Sinarharian - 9/07 1:44 pm KUALA LUMPUR - Kerajaan MADANI terus memperkukuh tadbir urus dan tatakelola pentadbiran negara bagi memulihkan semula keyakinan dunia terhadap Malaysia, yang terjejas susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah melaksanakan pelbagai reformasi institusi bagi memastikan skandal seperti 1MDB tidak berulang, selain mengembalikan keyakinan pelabur dan pasaran terhadap negara."Hasilnya, Malaysia berjaya mencatat prestasi pelaburan diluluskan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah, serta kedudukan dalam indeks daya saing dunia bertambah baik," katanya menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.Beliau berkata, antara langkah utama yang dilaksanakan ialah penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, bagi memperkukuh disiplin fiskal serta mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan kewangan negara.Beliau berkata, kerajaan turut meminda Akta Audit bagi memperluas skop pengauditan Ketua Audit Negara menerusi pendekatan follow the public money, sekali gus membolehkan audit terhadap penggunaan dana awam dilaksanakan secara lebih menyeluruh.Menurutnya, kerajaan juga sedang menggubal Akta Perolehan Kerajaan serta melaksanakan pembaharuan terhadap kerangka perundangan syarikat milik kerajaan (SOE), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh tadbir urus.Beliau berkata, skandal 1MDB, bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan yang besar kepada kerajaan, malah menjejaskan reputasi dan kredibiliti Malaysia pada peringkat antarabangsa apabila mendapat liputan meluas media global, mencetuskan siasatan pelbagai agensi penguatkuasaan luar negara serta melibatkan prosiding mahkamah rentas sempadan."Keadaan ini telah memberi kesan negatif terhadap persepsi masyarakat antarabangsa terhadap sistem tadbir urus, integriti institusi awam dan pengurusan kewangan negara."Reputasi negara yang terjejas turut memberi cabaran kepada usaha kerajaan untuk memperkukuh keyakinan pelabur, meningkatkan daya saing ekonomi serta mengekalkan kepercayaan pasaran terhadap institusi dan dasar fiskal negara," katanya.Katanya, akibat daripada skandal tersebut, kerajaan sejak 2017 telah membelanjakan RM18.7 bilion daripada peruntukan belanja mengurus dan belanja pembangunan bagi memenuhi obligasi kewangan 1MDB.Beliau berkata, sebaik sahaja Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran pada Mac 2023, kerajaan terpaksa memperuntukkan RM13 bilion daripada belanja pembangunan untuk melunaskan Bon 1MDB berjumlah AS$3 bilion yang dijamin kerajaan, yang bersamaan kira-kira 13.1 peratus daripada keseluruhan peruntukan belanja pembangunan tahun tersebut.Terdahulu, Chin Tong berkata, setakat 30 Jun lepas, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion hutang dan komitmen 1MDB termasuk bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi, serta komitmen lain.Di samping itu, beliau berkata kerajaan masih bertanggungjawab menanggung Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Islamic Medium Term Notes) berjumlah RM8.9 bilion yang matang pada 2039, meliputi bayaran prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion."Ini bermakna, secara keseluruhan, tanggungan 1MDB yang telah dan masih perlu ditanggung oleh Kerajaan adalah sebanyak RM51.4 bilion," katanya.Chin Tong berkata, kerajaan telah berjaya mendapatkan semula dana sebanyak RM31.3 bilion, manakala baki obligasi RM20.1 bilion terpaksa ditanggung kerajaan jika tiada lagi pemulangan dana pada masa hadapan.- Bernama |
|
Trio wushu hadiah emas - Hotfm - 9/07 1:12 pm Kuala Lumpur: Skuad wushu negara menutup kempen Kejohanan Piala Dunia Taolu IWUF Ke-4 di Haikou, China dengan penuh bergaya apabila menghadiahkan satu pingat emas dan satu gangsa pada hari terakhir pertandingan, hari ini. |
|
Rezeki Graduan UiTM! Gardenia Sedia Bimbing Sebelum Masuk Dunia Kerja - Murai - 9/07 12:42 am Berita baik buat mahasiswa dan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang bersiap sedia melangkah ke alam pekerjaan |
|
Keuntungan Perniagaan Cip Samsung Sepanjang 2026 Dijangka Lebih Tinggi Daripada Keuntungan Terkumpul 40 Tahun - Amanz - 9/07 12:02 am Selamat data ke era krisis RAM global yang menyebabkan harganya melonjak secara melampau, harga peranti juga mencanak naik, saiz storan serta memori semakin terhad dan hanya beberapa syarikat teknologi dunia sahaja boleh mengatakan ia adalah berita baik buat mereka |
|
Menarik tulisan ni. Bercerita tentang pengalamannya sebagai . Ada .. - Wrlr - 9/07 11:40 am Menarik tulisan ni |
|
'Fifanic' tular, FIFA dikritik selepas Argentina singkir Mesir - Sinarharian - 9/07 11:23 am GELOMBANG kritikan terhadap FIFA tercetus di media sosial selepas kemenangan kontroversi Argentina 3-2 ke atas Mesir dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, dengan tanda pagar dan meme 'Fifanic' menjadi tular.Keputusan perlawanan itu bukan sahaja mengundang kemarahan penyokong Mesir, malah menarik perhatian beberapa tokoh sukan dunia yang mempersoalkan mutu pengadilan dan penggunaan Sistem Bantuan Pengadil Video (VAR).Persatuan Bola Sepak Mesir dilaporkan mengemukakan bantahan rasmi terhadap pengadil dari Perancis, Franois Letexier, serta barisan pegawai perlawanan susulan beberapa keputusan yang dianggap meragukan.Antara yang lantang bersuara ialah legenda catur dunia, Garry Kasparov, yang menyifatkan penggunaan VAR dalam perlawanan itu tidak konsisten.Menurutnya, jaringan Mesir dibatalkan kerana kekasaran yang berlaku jauh daripada situasi gol, namun insiden hampir sama beberapa minit kemudian tidak digunakan untuk membatalkan jaringan Argentina."VAR langsung tidak digunakan |
|
U-Pustaka pacu negara membaca - Sinarharian - 9/07 10:19 am GEORGE TOWN Platform perpustakaan digital kebangsaan, u-Pustaka menjadi antara pemacu utama usaha kerajaan merealisasikan sasaran Malaysia muncul sebagai negara membaca menjelang 2030 menerusi peluasan akses kepada bahan bacaan digital secara percuma.Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, platform yang dibangunkan Perpustakaan Negara Malaysia itu kini menawarkan lebih sejuta judul kandungan digital merangkumi e-buku, e-majalah, e-surat khabar, buku audio, e-pembelajaran dan e-jurnal yang boleh diakses oleh rakyat tanpa mengira lokasi dan masa.Menurutnya, sasaran itu mampu dicapai menerusi komitmen berterusan kerajaan bersama penerbit, penulis, institusi pendidikan dan seluruh masyarakat dalam membudayakan amalan membaca."Pelbagai inisiatif kerajaan telah menunjukkan impak positif apabila kadar pembacaan rakyat Malaysia meningkat daripada hanya dua buah buku setahun pada 2005 kepada 15 buah buku setahun pada 2015."Angka ini terus meningkat kepada purata 24 buah buku setahun pada 2023 dengan sebanyak 88.6 peratus rakyat Malaysia kini mengamalkan tabiat membaca, merangkumi purata 16 buah buku fizikal dan lapan buku digital setiap tahun," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku ASEAN dan Festival Kaligrafi Perpaduan 2026 yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), di sini pada Isnin.Bagaimanapun, Aaron menegaskan perkembangan pembacaan digital tidak bermakna buku fizikal semakin dipinggirkan.Sebaliknya, katanya, pesta buku kekal menjadi wadah penting untuk menyemarakkan budaya membaca, mempertemukan penulis, penerbit dan pembaca serta terus menyokong perkembangan industri perbukuan negara."Kejayaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 yang merekodkan kehadiran lebih 2.4 juta pengunjung membuktikan minat masyarakat terhadap buku fizikal masih kekal kukuh," katanya.Dalam pada itu, Aaron berkata, seni kaligrafi perlu terus dipelihara, dimartabatkan dan diangkat sebagai warisan budaya yang hidup agar tidak tenggelam dalam arus digitalisasi kerana turut berperanan sebagai medium memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.Menurutnya, Festival Kaligrafi Perpaduan yang memasuki tahun kedua penganjurannya membawa makna besar dalam konteks keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.Katanya, seni kaligrafi sama ada khat Jawi, kaligrafi Cina, Tamil mahupun pelbagai bentuk tulisan tradisional mempunyai nilai yang amat tinggi dalam sejarah ketamadunan manusia kerana mencerminkan kehalusan budaya, pemikiran dan jati diri setiap etnik."Ia membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali dan menghayati keindahan seni tulisan daripada kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia."Lebih penting, ia menjadi wahana yang menyemarakkan persefahaman, toleransi dan rasa saling menghormati antara masyarakat berbilang bangsa, bahasa dan agama, sekali gus memperkukuh asas perpaduan nasional," katanya.Beliau menambah, walaupun dunia berkembang pesat dengan kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), seni kaligrafi tetap mempunyai nilai yang tidak boleh digantikan.Justeru, katanya, warisan budaya berkenaan perlu terus dipelihara kerana menjadi cerminan identiti, sejarah dan jati diri bangsa.Menurut Aaron, Pesta Buku ASEAN dan Festival Kaligrafi Perpaduan 2026 yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang bukan sekadar meraikan budaya membaca dan industri perbukuan.Sebaliknya, katanya, penganjuran itu turut mengangkat seni tulisan sebagai warisan ketamadunan, lambang identiti serta medium penyatuan masyarakat.REAKSI"Sambutan memang sangat menggalakkan |
|
Bekas Adun Dabong meninggal dunia - FMT - 9/07 10:07 am Ramzi Ab Rahman meninggal dunia pada usia 68 tahun. |
|
Gol Messi hentikan bas di Argentina - Hotfm - 9/07 10:05 am Buenos Aires: Jaringan dramatik kemenangan 3-2 Argentina mencetuskan satu lagi detik luar biasa di Piala Dunia apabila seorang pemandu bas menghentikan kenderaannya di tengah jalan semata-mata untuk meraikan gol pasukan kebangsaan. |
|
Harga Tiket Suku Akhir Piala Dunia Turun Hingga 60 Peratus Selepas AS, Ronaldo Tersingkir - Siakapkeli - 9/07 9:53 am Harga Tiket Suku Akhir Piala Dunia Turun Hingga 60 Peratus Selepas AS, Ronaldo Tersingkir Ketiadaan Amerika Syarikat (AS) dan Portugal dalam Piala Dunia 2026 memberi kesan besar |
|
KKDW pacu pembangunan desa bertaraf global - Sinarharian - 9/07 9:45 am JENGKA - Agenda Ekonomi Desa Negara perlu menjadi pelan tindakan utama bagi merintis lembaran baharu yang membolehkan pembangunan luar bandar berkembang seiring dengan agenda global.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangunan luar bandar tidak lagi boleh dilihat sekadar tertumpu kepada pembangunan fizikal atau keperluan tempatan, sebaliknya perlu diperkukuhkan sebagai asas untuk menjadikan Desa Malaysia lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.Menurutnya, Agenda Ekonomi Desa Nasional yang diperkenalkan sebelum ini perlu menjadi pelan tindakan besar bagi melakar kejayaan baharu pembangunan desa negara melalui pendekatan glokal, iaitu berakar kukuh di desa tetapi berani menjulang nama Malaysia di pentas dunia."Pembangunan desa perlu dilaksanakan secara menyeluruh menerusi ekosistem lengkap yang merangkumi ekonomi, keusahawanan, pendidikan, modal insan, infrastruktur, pelaburan, teknologi, pelancongan, koperasi dan kesejahteraan komuniti."Pendekatan itu akan memastikan Desa Malaysia bukan sahaja kukuh di dalam negara, malah mampu memimpin perubahan baharu dalam pembangunan ekonomi negara," katanya dalam ucapan perasmian sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 di sini pada Isnin.Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, agenda global tidak boleh dilaksanakan jika pasak pembangunan desa di dalam negara tidak diperkukuhkan."Kejayaan sebenar pembangunan diukur melalui kemampuan kita melahirkan masyarakat desa yang lebih berilmu, lebih berkemahiran, lebih berdaya saing dan lebih yakin mencorakkan masa depan mereka sendiri," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.Agenda serantau dan global Ujarnya lagi, Malaysia mencipta sejarah apabila buat julung kalinya meraikan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia sebagai pengiktirafan kepada seluruh pemegang taruh desa termasuk petani, pekebun kecil, peneroka, nelayan, usahawan desa, wanita, belia dan pemimpin komuniti.Beliau berkata, komuniti merupakan nadi pembangunan desa, Malaysia perlu membawa suara, pengalaman dan model pembangunan desa negara ke pentas antarabangsa."Pembangunan luar bandar tidak lagi boleh dilihat dalam kerangka domestik semata-mata, sebaliknya perlu menjadi sebahagian daripada agenda serantau dan global."Produk dan jenama Desa Malaysia mesti berani menembusi pasaran dunia, manakala usahawan desa pula perlu menjadipemain ekonomi serantau," katanya.Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi memperkukuh ekonomi desa.Katanya, usaha itu berjaya melahirkan lebih 7,000 usahawan baharu, mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan serta mencatat nilai jualan melebihi RM1.77 bilion.Menurutnya, melalui program Gate to Global pula, produk desa berjaya menembusi pasaran luar negara dengan transaksi jualan mencecah RM1.11 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).Dalam aspek pembangunan insan, beliau berkata, lebih 50,000 hu az cilik berjaya dilahirkan, selain peluasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, penyediaan tadika autisme, pelaksanaan kelas pintar di Tabika Kemas dan pengukuhan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Mara yang telah melahirkan lebih 800,000 pelajar berkemahiran.Ujarnya lagi, hampir 500 pelajar Orang Asli turut berjaya melanjutkan pengajian ke universiti, sekali gus menjadi pencapaian tertinggi dalam sejarah pentadbiran kerajaan.Ahmad Zahid berkata, sepanjang RMK 12 juga, hampir 5,000 kilometer (km) jalan desa dinaik taraf, lebih 7,000 rumah menerima bekalan elektrik, lebih 10,000 rumah menikmati bekalan air, manakala hampir 10,000 rumah dibina dan dibaik pulih bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 penduduk luar bandar.Beliau turut memaklumkan bahawa di Jengka sahaja, KKDW memperuntukkan RM135.3 juta bagi projek menaik taraf jalan yang memberi manfaat kepada kira-kira 5,100 penduduk termasuk 48 keluarga Orang Asli.Kejayaan pembangunan desaSelain itu, katanya, peserta FELCRA Berhad akan menerima Agihan Keuntungan Belum Agih Interim 1 Tahun 2026 berjumlah lebih RM126.9 juta yang disalurkan secara berperingkat kepada lebih 72,000 peserta melibatkan 747 projek yang mencatatkan keuntungan.Beliau menegaskan kejayaan pembangunan desa tidak boleh digerakkan secara berasingan, sebaliknya memerlukan kerjasama semua kementerian dan agensi melalui penyelarasan di bawah High Level Committee Pembangunan Desa.Katanya, pendekata itu telah membantu menurunkan kadar kemiskinan luar bandar daripada 12 peratus pada 2022 kepada 9.9 peratus pada 2024."Saya amat yakin, jika Desa Malaysia disusun sebagai satu agenda nasional, hasilnya akan lebih dirasai oleh rakyat |
|
Bekas ADUN Dabong, Ketua UMNO Kuala Krai meninggal dunia - Sinarharian - 9/07 9:02 am KOTA BHARU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong dari Barisan Nasional (BN) Datuk Ramzi Ab Rahman meninggal dunia awal pagi Khamis.Allahyarham yang juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai meninggal dunia pada jam 2.40 pagi.Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Ar-Rahman, Kubang Batang, Tumpat pada jam 11 pagi.Sementara itu Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham"Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air, khususnya dalam memperjuangkan nasib masyarakat luar bandar serta memperkukuhkan perjuangan UMNO di Kuala Krai."Segala khidmat bakti, komitmen dan pengorbanan beliau akan terus dikenang |
|
IShowSpeed diminta jauhi jersi England selepas dianggap pembawa malang - Sinarharian - 9/07 8:28 am PERSONALITI Internet terkenal, IShowSpeed diminta tidak menyokong England pada aksi suku akhir Piala Dunia menentang Norway pada Ahad ini (5 pagi waktu Malaysia) selepas dianggap membawa nasib malang kepada pasukan yang disokongnya sepanjang kejohanan.Speed atau nama sebenarnya Darren Watkins, menjadi perhatian jutaan peminat apabila melakukan penstriman secara langsung dari stadium dan menghadiri beberapa perlawanan sepanjang Piala Dunia 2026.Kehadiran terbaharunya adalah ketika aksi dramatik Argentina menewaskan Mesir 3-2 pada pusingan 16 terbaik.Mesir mendahului 2-0 hasil jaringan Yasser Ibrahim dan Mostafa Ziko sehingga minit ke-79 sebelum Argentina bangkit menerusi Cristian Romero, Lionel Messi dan Enzo Fernandez untuk melakar kemenangan.Dalam perlawanan itu, Speed memakai jersi Mesir dan mencuri perhatian apabila cuba mengganggu tumpuan Messi ketika bintang Argentina itu mengambil sepakan penalti pada babak pertama yang akhirnya gagal disempurnakan.Selepas wisel penamat, Speed dilihat menggelengkan kepala tanda kecewa apabila Mesir tersingkir.Namun, Mesir bukan satu-satunya pasukan yang menerima 'nasib malang' selepas disokong Speed.Sepanjang kejohanan, pencipta kandungan berusia 21 tahun itu turut dilihat memakai jersi Amerika Syarikat, Austria, Brazil, Ivory Coast, Cape Verde, Senegal dan Portugal, yang disokongnya kerana kekaguman terhadap Cristiano Ronaldo.Kesemua lapan pasukan itu akhirnya tersingkir daripada kejohanan, sekali gus mencetuskan jenaka dalam kalangan peminat bola sepak bahawa Speed membawa 'sumpahan' kepada pasukan yang disokongnya.Pencipta kandungan bola sepak, Ben Black kemudian memuat naik video di TikTok yang memaparkan kompilasi Speed memakai jersi setiap pasukan berkenaan sebelum menyaksikan mereka tersingkir.Menganggap Speed sebagai pembawa malang, Black secara berseloroh menggesa penyokong England menghalangnya daripada memakai jersi Three Lions menjelang aksi suku akhir menentang Norway."Jika sesiapa nampak dia memakai jersi England, tanggalkan daripada badannya."Jangan benarkan dia memakai jersi England |
|
Bekas Srikandi Bersatu Pulai sertai PKR, dakwa sayap dipinggirkan - Mygazette - 9/07 8:08 am # Bekas Srikandi Bersatu Pulai sertai PKR, dakwa sayap dipinggirkan JOHOR BAHRU Rasa kecewa kerana mendakwa kepimpinan parti gagal menghargai peranan jentera wanita menjadi antara faktor yang mendorong bekas Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Bahagian Pulai, Rafidah Ani mengumumkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor |
|
Mindef diarah henti serta-merta perolehan aset pertahanan dari Norway - Mygazette - 9/07 8:08 am # Mindef diarah henti serta-merta perolehan aset pertahanan dari Norway KUALA LUMPUR - Kerajaan mengarahkan Kementerian Pertahanan menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway |
|
Mesir buat aduan, gesa FIFA siasat pengadil - Utusan - 9/07 8:03 am ATLANTA: Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjalankan siasatan terhadap pengadil yang mengendalikan perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Argentina selepas mendakwa berlaku beberapa kesilapan yang menjejaskan peluang pasukan itu |
|
Kerentanan sumber daya makanan negara menghadapi konflik global - Utusan - 9/07 8:00 am Ketegangan geopolitik di Asia Barat menimbulkan kebimbangan baharu terhadap kestabilan sistem makanan dunia |
|
Undang-undang melindungi anak kita - Utusan - 9/07 8:00 am MASA berlalu begitu pantas tanpa disedari telah memasuki bulan Julai |
|
Pengadil England berisiko terlepas adili final Piala Dunia atas faktor politik - Sinarharian - 9/07 7:58 am MICHAEL Oliver mungkin tidak berpeluang mengadili aksi final Piala Dunia 2026 sekiranya senario tertentu berlaku melibatkan England dan Argentina.Oliver adalah antara 52 pengadil yang dipilih FIFA untuk kejohanan kali ini, bersama seorang lagi wakil England, Anthony Taylor.Oliver kini dijadual mengadili aksi suku akhir antara Sepanyol dan Belgium, namun perlawanan itu berpotensi menjadi tugasan terakhirnya di Piala Dunia.Selain tidak dibenarkan mengendalikan perlawanan membabitkan England (mengikut peraturan FIFA yang melarang pengadil mengadili pasukan dari negara sendiri), Oliver turut tidak layak mengendalikan aksi Argentina atas faktor geopolitik antara United Kingdom dan Argentina berkaitan isu Kepulauan Falkland.Menurut laporan BBC Sport, pertikaian berpanjangan mengenai kedaulatan Kepulauan Falkland menjadi sebab pengadil England tidak akan dipertimbangkan untuk perlawanan membabitkan Argentina.Konflik Falkland tercetus pada 1982 apabila tentera Argentina menyerang dan menduduki kepulauan berkenaan yang ditadbir United Kingdom.Peperangan itu berlangsung selama 74 hari sebelum Argentina menyerah kalah pada 14 Jun 1982 |
|
Kem Belgium perang lagi dengan FIFA - Sinarharian - 9/07 7:25 am BELGIUM sekali lagi membuka pertikaian dengan FIFA apabila mengemukakan aduan berhubung kemudahan latihan yang disediakan menjelang aksi suku akhir Piala Dunia menentang Sepanyol Sabtu ini (3 pagi waktu Malaysia).Persekutuan Bolasepak Diraja Belgium (RBFA) dilaporkan tidak berpuas hati dengan pusat latihan di Loyola Marymount University, Los Angeles yang dianggap gagal memenuhi standard diperlukan skuad kebangsaan.Menurut laporan media Belgium, Le Soir, RBFA meminta FIFA menukar lokasi latihan dan mencadangkan kompleks latihan kelab Major League Soccer (MLS), LA Galaxy sebagai pilihan baharu.Satu sesi latihan sudah dirancang di kompleks berkenaan, sementara rundingan antara RBFA dan FIFA masih berlangsung bagi menyelesaikan isu terbabit.Bagaimanapun, aduan terbaharu itu hadir ketika hubungan Belgium dan FIFA masih tegang susulan kontroversi membabitkan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun.Belgium sebelum ini berang selepas FIFA membatalkan penggantungan satu perlawanan terhadap Balogun susulan kad merah yang diterimanya ketika menentang Bosnia dan Herzegovina pada pusingan 32 terbaik.Keputusan itu membolehkan pemain berkenaan diturunkan ketika AS berdepan Belgium, sekali gus mencetuskan bantahan keras daripada RBFA yang menuntut penjelasan daripada badan induk bola sepak dunia itu.Jurulatih Belgium, Rudi Garcia turut menyuarakan rasa kecewa dengan keputusan berkenaan, malah menyifatkannya sesuatu yang sukar diterima.Namun, Belgium menjawab kontroversi itu dengan aksi cemerlang apabila membelasah Amerika Syarikat 4-1 untuk mara ke suku akhir.Kini, isu kemudahan latihan menjadi episod terbaharu dalam pertikaian Belgium-FIFA ketika skuad Red Devils cuba mengekalkan fokus menjelang pertemuan dengan Sepanyol.Cabaran Belgium bukan mudah apabila berdepan Sepanyol yang hadir dengan rekod tanpa kalah serta belum melepaskan sebarang gol sepanjang lima perlawanan Piala Dunia setakat ini. |
|
Penaldo atau Abang Do, Ronaldo tetap pujaan hati - Sinarharian - 9/07 7:10 am Ada pula yang mesra menyebut Abang Do, tanda kasih kepada pemain yang membesar bersama mereka sejak lebih dua dekad lalu.Apa jua gelaran yang diberikan, satu perkara tidak pernah berubah... Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi watak yang mencetuskan emosi.Beliau disanjung, dikritik, diperdebatkan, namun tidak pernah dipinggirkan daripada perhatian dunia bola sepak.Namun, di sebalik jutaan sorakan dan sokongan yang mengiringi setiap langkahnya, impian terbesar Ronaldo akhirnya berakhir di bumi Amerika Syarikat apabila Portugal tersingkir pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas tewas kepada Sepanyol.Kekalahan itu bukan sahaja menamatkan kempen Portugal, malah hampir pasti menutup lembaran perjalanan Ronaldo di pentas Piala Dunia.Pada usia 41 tahun ketika kejohanan berlangsung, peluang untuk kembali beraksi pada edisi akan datang dilihat amat tipis.Hakikat itu menjadikan penyingkiran kali ini cukup sukar diterima, bukan sahaja oleh Ronaldo, malah jutaan penyokong yang mengimpikan beliau akhirnya menjulang trofi yang selama ini begitu sukar digapai.Sejak membuat penampilan sulung pada edisi 2006, Ronaldo sudah mengharungi enam kempen Piala Dunia.Beliau menyaksikan generasi pemain datang dan pergi, memecahkan pelbagai rekod, menjaringkan ratusan gol serta mengumpul hampir setiap trofi yang boleh dimenangi.Namun, di sebalik segala pencapaian itu, Piala Dunia kekal menjadi satu-satunya trofi paling berprestij yang gagal berada dalam genggamannya.Mungkin benar, tidak semua legenda ditakdirkan untuk memiliki trofi itu.Namun kegagalan menjulang Piala Dunia tidak sedikit pun memadamkan legasi Ronaldo |
|
Hotel berkulat, bunyi bising paksa Norway tukar tempat penginapan - Sinarharian - 9/07 7:04 am PERSIAPAN Norway menjelang aksi suku akhir Piala Dunia menentang England sedikit terganggu apabila skuad itu terpaksa berpindah hotel selepas mendapati keadaan penginapan yang disediakan tidak memenuhi keperluan pasukan.Anak buah Stale Solbakken Skuad pada awalnya menginap di Hotel The Dalmar di Fort Lauderdale sejurus tiba di Miami, namun hanya selepas semalam berada di situ, mereka membuat keputusan untuk berpindah ke hotel lain.Laporan media Norway mendakwa beberapa bilik pemain berbau asap rokok, berkulat dan tidak dibersihkan dengan sempurna.Keadaan itu ditambah pula dengan bunyi bising daripada tapak pembinaan berhampiran serta lokasi hotel yang terletak di tepi jalan raya yang sibuk.Ketua delegasi Norway, Truls Daehli berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan pemain dapat mengekalkan tumpuan sepenuhnya menjelang perlawanan paling penting dalam sejarah bola sepak negara itu."Kami menukar hotel kerana terdapat beberapa perkara di lokasi asal yang kami rasakan boleh diperbaiki |
|
Sepanyol waspada kebangkitan Belgium - Hotfm - 9/07 3:33 am Foxborough: Sepanyol akan berdepan Belgium pada aksi suku akhir Piala Dunia, pagi Sabtu ini, dalam pertembungan yang menemukan antara pasukan paling konsisten di kejohanan itu dengan skuad Belgium yang tampil bermotivasi tinggi selepas membelasah Amerika Syarikat (AS) 4-1. |
|
Henderson kembali sertai kem England - Hotfm - 9/07 12:54 am Kansas City, Missouri: Pemain tengah England, Jordan Henderson kembali menyertai skuad kebangsaan di Kansas City selepas menjalani pembedahan akibat patah tangan yang dialaminya ketika meraikan kemenangan ke atas Mexico pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia, awal pagi Isnin lalu. |
|
Kabinet setuju pinda RUU perkukuh peranan Parlimen dalam lantikan Pendakwa Raya - Sinarharian - 8/07 11:01 pm KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri pada Rabu bersetujudengan cadangan pindaan dalam Jawatankuasa kepada Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 bagi memperkukuh peranan Parlimen dalam proses penelitian dan syor pelantikan Pendakwa Raya.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan agendareformasi institusi Kerajaan Madani di bawah pindaan itu bertujuan memperjelas pengasingan fungsi Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dan fungsi Pendakwa Raya sebagai pihak menjalankan kuasa pendakwaan."RUU ini dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat pada 23 Feb 2026 dan pada 3 Mac 2026, Dewan Rakyat telah meluluskan usul supaya RUU Perlembagaan (Pindaan) (No |
|
Penyokong Switzerland berpesta rai kemaraan ke suku akhir - Hotfm - 8/07 10:01 pm Geneva: Switzerland berpesta hingga lewat malam selepas melakar sejarah mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1954, sekali gus mencetuskan sambutan meriah di seluruh negara. |
|
Mesir mengadu kepada FIFA dakwa pengadil buat kesilapan serius - Hotfm - 8/07 6:59 pm Atlanta: Persatuan Bolasepak Mesir (EFA) mengemukakan aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas mendakwa berlaku kesilapan pengadilan serius yang menyumbang kepada kekalahan 2-3 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026, pagi tadi. |
|
Program Umrah Raja Salman perkukuh hubungan Malaysia-Arab Saudi - Sinarharian - 8/07 5:29 pm SEPANG Program Umrah Tetamu Raja Salman bukan sekadar membuka peluang kepada 33 rakyat Malaysia menunaikan ibadah di Tanah Suci, malah menjadi medium memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi kerjasama serta diplomasi rakyat.Pegawai Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr Fadlan Mohd Othman berkata, program berkenaan merupakan antara usaha kerajaan Arab Saudi untuk terus memelihara hubungan baik dengan negara-negara sahabat, termasuk Malaysia.Menurutnya, kerajaan Arab Saudi juga tidak meletakkan sebarang syarat atau mengharapkan balasan daripada peserta yang menerima tajaan tersebut."Program ini adalah satu pemberian yang baik daripada Raja Salman kepada kerajaan dan rakyat Malaysia semata-mata untuk mengukuhkan hubungan antara dua negara," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis pelepasan Program Umrah Tetamu Raja Salman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Rabu.Ujarnya, peserta yang terpilih terdiri daripada pelbagai latar belakang dipilih menyertai program berkenaan berdasarkan sumbangan mereka dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi."Peserta Malaysia bukan sahaja akan menunaikan ibadah umrah, malah akan menyertai pelbagai pengisian termasuk pertemuan bersama Imam Masjidil Haram dan Imam Masjid Nabawi."Mereka juga akan berhimpun bersama kira-kira 1,000 peserta dari pelbagai negara, sekali gus menjadi platform untuk menjalinkan kerjasama dan hubungan lebih erat antara peserta dari seluruh dunia," jelas Fadlan.Jun lalu media melaporkan, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Masjid Suci meluluskan kedatangan 1,000 jemaah umrah lelaki dan wanita dari seluruh dunia atas perbelanjaan peribadi beliau di bawah Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan.Inisiatif itu dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan |
|
Folarin Balogun Bersuara Selepas Kontroversi Dibenarkan Beraksi Lawan Belgium - Vocket - 8/07 5:14 pm Penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun tampil bersuara mengenai keputusan kontroversi FIFA membenarkannya beraksi aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia menentang Belgium walaupun sebelum itu beliau.. |
|
Folarin Balogun Bersuara Selepas Kontroversi Dibenarkan Beraksi Lawan Belgium - Hotfm - 8/07 5:14 pm Penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun tampil bersuara mengenai keputusan kontroversi FIFA membenarkannya beraksi aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia |
|
Lepas Singkirkan Brazil, ‘Team’ Norway Diserang Penyakit Menjelang Suku Akhir - Beautifulnara - 8/07 4:27 pm Selepas mencipta kejutan menyingkirkan Brazil di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, skuad kebangsaan Norway kini berada pada fasa terbaik dalam sejarah bola sepak negara itu |
|
“Ini pertama kali berlaku” – Penyokong ‘Bergocoh’ Ketika Perlawanan Argentina-Mesir, Siap Baling Kerusi - Lobakmerah - 8/07 4:02 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Sebuah restoran nasi kandar di Taman Universiti kecoh apabila berlaku pergaduhan membabitkan sekumpulan penyokong bola sepak yang sedang menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia antara Argentina dan Mesir, awal pagi tadi |
|
Rohingya: Malaysia tak boleh terus jadi ‘tong sampah’ dunia .. - Mygazette - 8/07 3:43 pm # Rohingya: Malaysia tak boleh terus jadi 'tong sampah' dunia - Azli KUALA LUMPUR Wakil rakyat kerajaan, Azli Yusof (PH-Shah Alam) mempersoalkan sampai bila Malaysia perlu menanggung beban pelarian Rohingya secara bersendirian sedangkan negara ini bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951 |
|
Buletin Ferrari 12cilindri Manuale Dilancarkan- Jana 830hp, Terhad 1,499 .. - Mekanika - 8/07 3:43 pm # FERRARI 12CILINDRI MANUALE DILANCARKAN- JANA 830HP, TERHAD 1,499 UNIT **Ferrari memperkenalkan Ferrari 12Cilindri Manuale, model edisi terhad yang membawa semula pengalaman pemanduan transmisi manual dalam pendekatan moden menerusi sistem baharu dikenali sebagai Manuale By-Wire.** Model khas berasaskan Ferrari 12Cilindri itu dibangunkan untuk peminat yang mahukan pengalaman pemanduan lebih fizikal dan interaktif |
|
Pemandu lori maut akibat serangan jantung ketika memandu - Sinarharian - 8/07 3:06 pm KAJANG Seorang pemandu lori meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sebelum kenderaannya terbabit dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kajang-Semenyih pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta jenis Honda yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 46 tahun."Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 64 tahun ketika itu dalam perjalanan dari Sungai Buloh menuju ke Semenyih sebelum dipercayai mengalami serangan jantung sebaik tiba di lokasi kejadian."Akibat kejadian itu, lori dipandu mangsa telah mengundur lalu melanggar kereta Honda yang berada di belakang kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Naazron berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang pada Rabu mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan saluran jantung tersumbat."Kes kemalangan disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya Malaysia 1959 manakala kes kematian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan," ujarnya. |
|
Anak Belajar Di Rumah? Ini Panduan 'Home Schooling' Di Malaysia - Siakapkeli - 8/07 3:04 pm Anak Belajar Di Rumah? Ini Panduan 'Home Schooling' di Malaysia Dalam dunia pendidikan moden hari ini, kaedah pembelajaran semakin berkembang dan tidak lagi terhad kepada |
|
ABK dijenamakan semula sebagai Liga M Awards - Sinarharian - 8/07 2:59 pm KUALA LUMPUR - Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) yang menjadi acara berprestij tahunan dalam memberikan pengiktirafan dalam arena bola sepak tempatan, kini dijenamakan semula sebagai Liga M Awards.Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat ahli lembaga pengarah kedua bagi penggal 2025-2029 yang dipengerusikan Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.Menurut MFL, penjenamaan semula ABK kepada Liga M Awards bertujuan memastikan identiti penganugerahan lebih tepat dengan skop penilaian yang dilaksanakan.MFL juga memaklumkan bahawa Liga M Awards 2025-2026 dijangka berlangsung pada Ogos ini berbanding amalan sebelum ini yang diadakan sejurus tamat Liga Malaysia (Liga-M)."Liga M Awards dilihat secara tepat sebagai anugerah yang mengangkat kecemerlangan individu dan pasukan dalam saingan Liga Malaysia, berbanding ABK yang secara umumnya merujuk kepada keseluruhan ekosistem bola sepak negara termasuk pasukan kebangsaan, pertandingan peringkat umur serta bola sepak wanita."Perubahan tarikh penganjuran ini membolehkan Jawatankuasa Pemilih Liga M Awards membuat penilaian secara menyeluruh berdasarkan prestasi pemain sepanjang satu musim penuh, bermula daripada perlawanan pertama Liga Super sehingga aksi terakhir musim 2025-2026, iaitu Perlawanan Akhir Piala Malaysia," menurut kenyataan itu.MFL menyatakan langkah mengubah tarikh penganjuran anugerah tersebut dijangka memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap prestasi sebenar pemain dan jurulatih kerana penilaian dibuat berdasarkan keseluruhan musim."Langkah ini juga memberikan peluang kepada aksi-aksi penting pada penghujung saingan termasuk jaringan gol, bantuan gol dan aksi menyelamat yang luar biasa dalam perlawanan berprofil tinggi untuk turut diambil kira dalam proses pemilihan," menurut kenyataan itu.Sebanyak 15 kategori anugerah akan menjadi rebutan pada edisi pertama Liga M Awards antaranya Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP) |
|
Lelaki OKU maut terperangkap dalam rumah terbakar - Kosmo - 8/07 2:38 pm KUANTAN – Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap di dalam rumah yang terbakar di Taman Sri Mahkota Jaya di sini hari ini |
|
OKU maut dalam kebakaran, ditemukan terduduk atas katil - Sinarharian - 8/07 2:32 pm KUANTAN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut dalam keadaan terduduk di atas katil selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Sri Mahkota Jaya di sini pada Rabu.Mangsa Vithaliggam, 67, ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di ruang tamu rumah berkenaan ketika operasi pemadaman dijalankan.Pengarah JBPM Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas tiba di lokasi pada jam 9.40 pagi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira sembilan minit sebelum itu.Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres berukuran 18 x 60 kaki dengan api memusnahkan ruang tamu seluas 18 x 10 kaki."Ketika kerja pemadaman dijalankan, pihak kami menemukan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di atas katil dalam keadaan terduduk."Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kebakaran pada tubuh mangsa dan kematian dipercayai berpunca daripada terhidu asap tebal."Kami mendapati tiada kesan terbakar pada badan mangsa dan berkemungkinan dia meninggal dunia akibat terhidu asap."Ketika anggota memasuki rumah untuk menjalankan kerja pemadaman, keadaan di dalam kediaman dipenuhi asap tebal |
|
”Ini Perlawanan Yang Dah Diatur!” – Hossam Hassan Berang, Dakwa Mesir Ditipu - Vocket - 8/07 2:28 pm Jurulatih Mesir, Hossam Hassan percaya kekalahan dramatik 3-2 pasukannya kepada Argentina di Piala Dunia 2026 awal pagi tadi adalah ‘perlawanan yang jelas telah diatur’, sambil.. |
|
”Ini Perlawanan Yang Dah Diatur!” - Hotfm - 8/07 2:28 pm Jurulatih Mesir, Hossam Hassan percaya kekalahan dramatik 3-2 pasukannya kepada Argentina di Piala Dunia 2026 awal pagi tadi adalah 'perlawanan yang jelas |
|
Perlawanan suku akhir paling panjang dalam sejarah Wimbledon - Sinarharian - 8/07 1:46 pm NOVAK Djokovic mengakui bahawa beliau sendiri terkejut dengan kemampuannya untuk bertahan lebih lama daripada Felix Auger-Aliassime dalam perlawanan epik lima set yang mencatat sejarah sebagai suku akhir paling panjang dalam sejarah Wimbledon.Djokovic yang 14 tahun lebih berusia daripada Auger-Aliassime terpaksa berjuang dengan kecederaan betis sepanjang perlawanan klasik yang berlangsung selama lima jam 15 minit dalam cuaca yang sangat panas.Pemain Serbia berusia 39 tahun itu entah bagaimana berjaya mengumpulkan semula tenaga, fokus dan semangat juang untuk menewaskan pemain pilihan ketiga dari Kanada itu 7-6 (12/10), 3-6, 6-3, 6-7 (4/7), 7-6 (10/4), sekali gus menempah pertemuan separuh akhir yang penuh tumpuan menentang juara bertahan, Jannik Sinner.Djokovic kelihatan keletihan pada beberapa ketika dalam set terakhir, yang hanya dapat ditentukan menerusi tie-break mendebarkan yang berakhir hanya beberapa minit sebelum peraturan had masa pukul 10 malam waktu tempatan yang akan menghentikan permainan bagi malam tersebut.Enggan menerima kekalahan, Djokovic yang tidak mengenal erti putus asa mempamerkan antara persembahan paling berdaya tahan dalam karier gemilangnya yang telah menghadiahkan 24 gelaran Grand Slam, menyamai rekod sepanjang zaman.Djokovic sememangnya terkenal dengan kemenangan maraton sepanjang kariernya, namun beliau mengakui bahawa kemenangan kali ini lebih istimewa memandangkan usianya ketika kebanyakan rakan seangkatannya sudah lama bersara."Saya rasa ya, pada tahap ini saya masih mampu bersaing dengan pemain muda yang 15 tahun lebih muda daripada saya, dan masih boleh menewaskan mereka dengan keputusan yang begitu sengit |
|
“Nak lawan England ni” – Skuad Norway Diserang Sakit Tekak & Demam Menjelang Suku Akhir Piala Dunia! - Lobakmerah - 8/07 1:04 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Piala Dunia: Lapan pasukan masih bernyawa - Sinarharian - 8/07 12:50 am PIALA Dunia kini hanya berbaki lapan pasukan, dengan barisan pasukan gergasi bakal berentap dalam aksi suku akhir yang bermula Jumaat ini.AFP Sport melihat pertembungan yang bakal berlangsung, yang semuanya diadakan di Amerika Syarikat (AS).Perancis lwn MaghribiPerancis yang begitu dominan telah memenuhi status mereka sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia, mara dengan cemerlang melalui peringkat kumpulan sebelum menewaskan Sweden dan kemudian mengatasi Paraguay dalam pusingan 16 terbaik.Sukar untuk membayangkan mana-mana pasukan mampu menyekat skuad kendalian Didier Deschamps memandangkan mereka memiliki barisan serangan yang amat berbisa, termasuk Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Bradley Barcola dan pemain kreatif berbakat, Michael Olise.Namun Maghribi yang masih belum tewas tidak akan gentar berdepan juara dunia dua kali itu selepas menyingkirkan Belanda menerusi penentuan penalti dan membelasah tuan rumah bersama Kanada 3-0 dalam pusingan 16 terbaik.Pasukan Afrika Utara itu pasti mahu membalas dendam di Boston selepas tewas kepada Perancis pada separuh akhir empat tahun lalu di Qatar.Singa Atlas mencipta sejarah apabila menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir pada tahun 2022 dan pastinya mahu mengulangi pencapaian tersebut.Sepanyol lwn BelgiumDengan menewaskan Portugal 1-0 pada Isnin, Sepanyol muncul pasukan pertama dalam sejarah kejohanan yang mencatat enam perlawanan tanpa bolos berturut-turut di Piala Dunia.Juara Eropah kendalian Luis de la Fuente mungkin tidak sentiasa mempamerkan aksi yang mengujakan, tetapi mereka sangat efisien dan selesa menguasai bola.Bintang Barcelona, Lamine Yamal, hanya menjaringkan satu gol dalam lima perlawanan, namun Mikel Oyarzabal telah meledak empat gol, termasuk dua ketika kemenangan 3-0 ke atas Austria dalam pusingan 32 terbaik.Belgium pula memasuki perlawanan di Los Angeles selepas membelasah tuan rumah bersama Amerika Syarikat 4-1.Kemenangan itu hadir selepas mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Senegal 3-2 dalam masa tambahan pada pusingan 32 terbaik.Piala Dunia kali ini berkemungkinan menjadi pentas terakhir bagi baki pemain daripada apa yang dikenali sebagai generasi emas Belgium, termasuk Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku, yang pasti mahu menamatkan perjalanan mereka dengan penuh gemilang.Norway lwn EnglandBarisan pertahanan England sudah biasa berdepan penyerang berbisa Norway, Erling Haaland, dalam Liga Perdana Inggeris namun sama ada mereka mampu mengekangnya adalah persoalan lain.Skuad bimbingan Thomas Tuchel tiba di Amerika Syarikat sebagai antara pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan itu buat kali kedua dalam sejarah mereka.Kapten Harry Kane dan Jude Bellingham menjadi pemain paling menyerlah setakat ini dengan menjaringkan 10 daripada 11 gol pasukan, termasuk ketiga-tiga gol ketika kemenangan mendebarkan 3-2 ke atas Mexico.England yang bermain dengan 10 pemain terpaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan tuan rumah bersama itu, keputusan yang pasti meningkatkan keyakinan mereka menjelang pertemuan dengan Norway.Namun mereka bakal berdepan pasukan di Miami yang dipimpin oleh Haaland yang sukar dihentikan, selepas menjaringkan tujuh gol setakat ini dalam usahanya memburu Kasut Emas.Penyerang Manchester City itu telah menjaringkan gol dalam setiap 14 perlawanan kompetitif terakhirnya bersama Norway dengan jumlah keseluruhan 27 gol dan dijangka memberi banyak masalah kepada pertahanan England yang agak rapuh.Argentina lwn SwitzerlandArgentina yang diketuai Lionel Messi telah melalui dua ujian besar sebelum berjaya menempah tempat ke suku akhir menentang Switzerland.Juara bertahan itu dipaksa bermain hingga masa tambahan oleh pendatang baharu Piala Dunia, Cape Verde, sebelum menang 3-2.Kemudian dalam pusingan 16 terbaik, mereka kelihatan hampir tersingkir apabila ketinggalan 2-0 kepada Mesir sebelum melakukan kebangkitan luar biasa, dengan Messi menjadi watak utama.Ketua jurulatih Lionel Scaloni sedar pasukannya tidak boleh terus bergantung kepada nasib dalam usaha memburu gelaran Piala Dunia keempat, namun mereka telah membuktikan bahawa mereka tidak boleh dipandang selesai sehingga wisel penamat dibunyikan.Kini mereka akan berdepan Switzerland di Kansas City, yang menyingkirkan Colombia menerusi penentuan penalti di Vancouver selepas seri tanpa jaringan.Switzerland, yang mara ke kelompok lapan terbaik buat kali pertama sejak menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun 1954, merupakan pasukan yang tersusun dan dijangka sukar ditembusi. |
|
Mohd Uzir bersara hari ini, lari 60.87km keliling Putrajaya sebagai simbolik - Sinarharian - 8/07 12:40 am SHAH ALAM - Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin secara rasmi bersara wajib hari ini selepas 36 tahun menabur bakti dalam sektor perkhidmatan awam dan dunia statistik negara.Memulakan kerjaya di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sejak 2 Januari 1990, Mohd Uzir, 60, menerajui jabatan sebagai Ketua Perangkawan hampir sembilan tahun sejak 2017.DOSM berkata, jabatan mengalami anjakan paradigma yang signifikan dan bertransformasi daripada institusi pengeluar statistik rasmi kepada agensi data strategik negara yang berpaksikan integrasi data, analitik lanjutan, sains data serta kecerdasan buatan (AI) di bawah kepimpinan beliau."Statistik tidak lagi sekadar dilihat instrumen pelaporan, sebaliknya diangkat sebagai aset strategik negara yang menyokong perancangan pembangunan, tadbir urus dan pembuatan keputusan berasaskan bukti."Legasi terbesar beliau adalah kejayaan memperkukuh sistem statistik negara melalui agenda Pengukuhan Sistem Statistik Negara (PSSN)."Ia menjadi kerangka utama bagi memperkasakan koordinasi dan kualiti statistik rasmi merentasi kementerian serta agensi kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sumbangan Mohd Uzir antara lain menghasilkan statistik rasmi yang tepat, diterjemahkan menerusi penerbitan Anggaran Awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahunan pada 2023, Anggaran KDNK Peringkat Daerah pada 2024, statistik Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta laporan MyLocalStats bagi menyokong pembuatan dasar berasaskan bukti.Bukan itu sahaja, beliau turut mengetuai pelbagai inisiatif transformasi data nasional, termasuk pembangunan Pangkalan Data Utama Negara (PADU), kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (MyPAKW) serta hab kecerdasan pasaran buruh (MyLabourHub).Dalam sektor pertanian pula, Mohd Uzir menerajui pembangunan TaniStats yang mengintegrasikan Banci Pertanian 2024 dengan data huluan, hiliran serta keterjaminan makanan dalam satu platform.Ia dibangunkan bertujuan menyokong perancangan strategik, meningkatkan kecekapan rantaian bekalan dan pertumbuhan mampan sektor tersebut.Tidak cuma itu, beliau juga memperkenalkan kalkulator jangka hayat yang membantu individu membuat perancangan berkaitan kesihatan, kewangan dan gaya hidup berdasarkan anggaran usia panjang.Sejak 2017, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ekonomi) dari Universiti Sheffield, United Kingdom itu mewakili negara di Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, selain pernah mempengerusikan Kongres Statistik Dunia ISI pada 2019.Sumbangan itu turut membantu mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024-2025.Pencapaiannya tidak terhenti setakat itu apabila beliau turut memperoleh Anugerah Pengiktirafan Khas daripada Pusat Penyelidikan Ekonomi, Sosial dan Latihan untuk Negara-Negara Islam (SESRIC).Selain itu, Mohd Uzir memimpin pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dan Banci Pertanian 2024 sebagai Pesuruhjaya Banci, selain menganggotai jawatankuasa menyelia Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Sarawak kali ke-7.Untuk rekod, kerjayanya bermula sebagai Perangkawan di DOSM Pulau Pinang pada 1990 sebelum meniti pelbagai jawatan penting termasuk dalam Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Bahagian Akaun Negara, Ketua Penolong Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengarah, Pengarah Kanan dan Timbalan Ketua Perangkawan sebelum dilantik sebagai Ketua Perangkawan Malaysia pada 2017.Selain memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ekonomi), beliau sebelumnya memperoleh Sarjana Ekonomi dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya (UM).Sebagai simbolik kepada tarikh persaraan wajib yang juga jatuh pada tanggal hari lahirnya, Mohd Uzir berkesempatan melakukan larian sejauh 60.87 kilometer (km) mengelilingi Putrajaya pada 4 Julai lalu.Sesi 'clock out' Ketua Perangkawan berlangsung pada Selasa jam 6 petang di Ibu Pejabat DOSM, Putrajaya. |
|
Bukan Sekadar Dalam Filem: Ini 5 Kes Keganasan Pelajar Yang Pernah Gegarkan Dunia - Lobakmerah - 8/07 12:28 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
The IHH Sky Race Merdeka 118 Kembali Sebagai Acara Larian Menara Terbesar Di Dunia - Murai - 8/07 11:00 am Larian menara terbesar di dunia bakal kembali pada Ogos ini, apabila Fresh Events Asia mengumumkan IHH Healthcare Malaysia sebagai Rakan Penaja Utama bagi The IHH Sky Race Merdeka 118 |
|
Jurulatih Dakwa Mesir Dizalimi Selepas Tewas Kepada Argentina, Apa Maksud Tanda ‘X’ Hossam Hassan? - Lobakmerah - 8/07 10:55 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil selepas pasukannya tewas 3-2 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, awal pagi tadi |
|
FAMA sumbang 1.5 tan buah untuk atlet woodball dunia - FMT - 8/07 10:24 am Buah-buahan tempatan akan disajikan kepada 350 atlet pada 10th World Cup Woodball Championship di Perlis hujung bulan ini. |
|
“Hasbunallah Wanikmal Wakil” Pemain Mesir Menitis Air Mata, Dakwa Perlawanan Dengan Argentina Tak Adil - Lobakmerah - 8/07 10:14 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Pentas Piala Dunia sememangnya sentiasa diwarnai dengan pelbagai drama dan emosi |
|
Rizab Malaysia cecah AS$132.6 bilion! Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ekonomi negara? - Harapandaily - 8/07 10:04 am Di sebalik ketidaktentuan ekonomi dunia, Malaysia mencatat satu lagi petunjuk positif apabila rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$132.6 bilion setakat 30 Jun lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi sebarang risiko luaran |
|
42 juta saksikan AS tersingkir - Hotfm - 8/07 9:55 am New York: Kekalahan Amerika Syarikat (AS) kepada Belgium pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia mungkin mengecewakan penyokong, namun perlawanan itu mencipta satu lagi rekod tontonan televisyen di negara itu. |
|
Demi anak, segalanya dipertaruhkan - Sinarharian - 8/07 9:30 am Tiada yang lebih merentap jiwa seorang ibu atau bapa melainkan saat doktor mengesahkan anak kecil mereka menghidap penyakit kronik yang mengancam nyawa |
|
Switzerland kembali ke suku akhir selepas 72 tahun - Sinarharian - 8/07 8:43 am SWITZERLAND menamatkan penantian 72 tahun untuk kembali ke suku akhir Piala Dunia selepas menyingkirkan Colombia menerusi penentuan penalti 4-3 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Vancouver.Selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit permainan, Switzerland memastikan kemaraan apabila penjaga gol Gregor Kobel menyelamatkan sepakan penalti Cucho Hernandez sebelum Ruben Vargas menyempurnakan sepakan terakhir yang membawa pasukan itu melangkah ke kelompok lapan terbaik.Kejayaan itu mengulangi pencapaian Switzerland pada Piala Dunia 1954 apabila mereka kali terakhir mara ke suku akhir kejohanan berkenaan.Jurulatih Switzerland, Murat Yakin memuji ketenangan pemainnya selain mengakui keputusan melakukan pertukaran pemain pada waktu tepat menjadi faktor penting dalam kemenangan tersebut."Ia perlawanan yang sukar pada awalnya, tetapi kami terus bertahan dan menunjukkan mentaliti yang hebat."Kemudian saya memasukkan pemain yang tepat pada waktu yang tepat," katanya.Antara pertukaran penting Yakin ialah memasukkan Vargas, Cedric Itten dan Zeki Amdouni yang membantu memberikan tenaga baharu kepada jentera serangan Switzerland pada penghujung permainan.Vargas yang masuk pada masa kecederaan babak kedua, tidak terjejas dengan tekanan apabila tenang menyempurnakan penalti kemenangan selepas Amdouni turut berjaya menjalankan tugasnya."Saya perlu percaya kepada diri sendiri |
|
Messi terajui perebutan Kasut Emas - Sinarharian - 8/07 8:28 am PERSAINGAN merebut Kasut Emas Piala Dunia 2026 semakin hangat apabila empat penyerang terus bersaing untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan.Bintang Argentina, Lionel Messi kini berada di kedudukan teratas dengan lapan gol, namun kelebihan itu masih belum selamat apabila Kylian Mbappe (Perancis) dan Erling Haaland (Norway) hanya ketinggalan satu jaringan dengan tujuh gol.Kapten England, Harry Kane turut berada dalam kelompok pencabar selepas mengumpul enam gol setakat ini.Selain gelaran penjaring terbanyak, persaingan kali ini turut membuka peluang untuk beberapa rekod Piala Dunia dipecahkan.Messi dan Mbappe sudah mengatasi rekod 16 gol milik legenda Jerman, Miroslav Klose sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia.Haaland pula mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak Norway dalam kejohanan itu selepas hanya dua perlawanan, manakala Kane mengatasi Gary Lineker sebagai penjaring terbanyak England di pentas Piala Dunia.Kini, sasaran utama empat calon Kasut Emas itu ialah rekod Just Fontaine yang meledak 13 gol dalam satu edisi Piala Dunia pada 1958.Hanya tiga pemain dalam sejarah berjaya mencatat lebih 10 gol dalam satu kejohanan iaitu Fontaine, Gerd Muller (Jerman, 1970) dan Sandor Kocsis (Hungary, 1954). |
|
LIMA’27: MINDEF tunggu pengesahan 4 pasukan aerobatik bertaraf dunia - Mygazette - 8/07 8:10 am # LIMA'27: MINDEF tunggu pengesahan 4 pasukan aerobatik bertaraf dunia KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang menunggu pengesahan empat pasukan pertunjukan aerobatik bertaraf dunia untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA'27), April tahun depan |
|
Adakah Onn Hafiz anggap semua menteri UMNO bodoh? – Sheikh Umar - Mygazette - 8/07 8:10 am # Adakah Onn Hafiz anggap semua menteri UMNO bodoh? - Sheikh Umar JOHOR BAHRU Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi didakwa tidak faham konsep Budi95 yang diperkenalkan apabila mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan kuota bulanan dengan alasan ia membebankan rakyat |
|
Buletin Tempahan Leapmotor B03x Dibuka Di Eropah – 197hp, Jarak .. - Mekanika - 8/07 8:10 am # TEMPAHAN LEAPMOTOR B03X DIBUKA DI EROPAH - 197HP, JARAK GERAK SEHINGGA 382KM **Leapmotor terus memperkukuh kehadirannya di pasaran global apabila membuka tempahan bagi model crossover elektrik terbaharu, Leapmotor B03X di Eropah bermula bulan ini.** Ditawarkan pada harga permulaan 24,900 (sekitar RM116,148), B03X hadir sebagai crossover urban kompak yang menyasarkan pengguna bandar dengan rekaan moden, saiz mesra kota serta teknologi terkini |
|
Artikel Pilihan Kenapa Pengeluar Tak Payung Jaminan Kalau Buat Teksi Atau .. - Mekanika - 8/07 8:10 am # KENAPA PENGELUAR TAK PAYUNG JAMINAN KALAU BUAT TEKSI ATAU GRAB? Setiap kali timbul isu membabitkan penggunaan sesebuah model sebagai teksi atau kenderaan e-hailing, perbincangan selalunya tertumpu kepada jenama atau model yang digunakan |
|
Buletin Toyota Perkenal Corolla Cross Edisi Ulang Tahun Ke-60 Di Jepun, .. - Mekanika - 8/07 8:10 am # TOYOTA PERKENAL COROLLA CROSS EDISI ULANG TAHUN KE-60 DI JEPUN, HARGA SEKITAR RM98K **Toyota meraikan ulang tahun ke-60 model ikonik Corolla dengan memperkenalkan edisi khas Corolla Cross HEV Z Adventure untuk pasaran Jepun.** Varian istimewa itu hadir dengan penampilan lebih lasak dan berimej gaya kenderaan utiliti sukan (SUV), sekali gus memberi nafas baharu kepada model crossover popular berkenaan |
|
'Suara Gaza' bergema di Piala Dunia - Sinarharian - 8/07 8:10 am GENTING GAZA - Di sebalik perang ganas yang masih berterusan, 'demam Piala Dunia' tetap melanda Genting Gaza.Sejak Piala Dunia membuka tirai pada bulan lalu, penduduk Palestin di wilayah itu tidak melepaskan peluang untuk menonton setiap perlawanan.Laporan dan rakaman video menunjukkan orang ramai berkumpul di pusat perlindungan dan khemah untuk menyaksikan aksi bintang-bintang bola sepak dunia menerusi skrin sederhana yang dipasang di tengah-tengah runtuhan.Pasukan-pasukan Arab mendapat perhatian istimewa peminat bola sepak di Gaza terutamanya skuad kebangsaan Mesir |
|
Apakah Haaland senasib Jung-hwan? - Kosmo - 8/07 8:05 am SAINGAN Piala Dunia 2026 sudah hampir memasuki fasa genting apabila lapan pasukan terbaik sudah lengkap untuk bertarung di pusingan suku akhir |
|
Pemain Mesir tuduh Piala Dunia sudah diatur - Sinarharian - 8/07 8:03 am IMPIAN Mesir mencipta kejutan ke atas Argentina berakhir dengan kontroversi apabila penyerang Mostafa Zico mendakwa keputusan pengadil menjadi punca pasukannya tersingkir selepas tewas 3-2 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di Atlanta.Zico meluahkan kekecewaan terhadap pengadil Perancis, Francois Letexier selepas golnya yang memberikan Mesir kelebihan 2-0 dibatalkan menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR).Gol itu terhasil selepas Mohamed Salah mencipta hantaran tepat kepada Zico yang tenang menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.Namun, jaringan tersebut dibatalkan selepas VAR mengesan kekasaran Marwan Attia terhadap Lisandro Martinez dalam gerakan awal serangan.Keputusan itu dipersoalkan kem Mesir kerana insiden berkenaan berlaku lebih 20 saat sebelum bola menerjah gawang Argentina.Lebih menyakitkan, Mesir yang mendahului 2-0 sehingga minit ke-80 akhirnya gagal mempertahankan kelebihan apabila Argentina bangkit menjaringkan tiga gol untuk memastikan juara bertahan itu mara."Pengadil benar-benar tidak adil |
|
Switzerland lakar sejarah mara ke suku akhir - Utusan - 8/07 7:57 am VANCOUVER: Switzerland mara ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam120 minit aksi di Vancouver, awal pagi tadi |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |