| /// |
|
| Search : Pertubuhan News | Page 1 |
|
Tutup UNHCR jika tidak berupaya urus pelarian - Sinarharian - 28/10 7:00 am SHAH ALAM Kerajaan perlu mempercepat kajian semula keperluan kehadiran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia dan membuat keputusan dalam tempoh enam bulan sekiranya badan itu didapati gagal melaksanakan tanggungjawabnya.Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, UNHCR kini dilihat tidak lagi cekap memainkan peranan dalam menempatkan semula pelarian ke negara ketiga.Menurutnya, kelemahan itu menyebabkan Malaysia terus berdepan isu pelarian yang berlarutan, sedangkan proses penempatan semula ke negara ketiga dilihat terlalu perlahan."Memang, dia (UNHCR) gagal pada saya |
|
Mengapa Perhilitan, Zoo Taiping tidak urus DAK di Jepun? - Sinarharian - 27/10 9:35 pm SHAH ALAM Pemilihan perunding luar untuk menguruskan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK), di Zoo Tennoji, Jepun, dipersoalkan aktivis haiwan yang mahu pihak berkuasa menjelaskan asas pemilihan itu serta peranan kepakaran tempatan dalam menentukan kebajikan haiwan berkenaan.Pegawai Perhubungan DaraAmoiKelat 24434, Sharifah Muhammad berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Zoo Taiping & Night Safari sewajarnya diberikan peranan penting dalam menentukan pendekatan pengurusan ketiga-tiga gajah itu selepas pemindahan mereka.Menurutnya, Perhilitan mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan hidupan liar negara, manakala Zoo Taiping merupakan institusi yang mempunyai pengalaman menjaga DAK sebelum mereka dipindahkan ke Jepun.Beliau mempersoalkan mengapa perbandingan antara kepakaran pasukan tempatan dengan Elephant Business Inc tidak dibentangkan kepada umum sebelum keputusan dibuat."Kami bukan mengatakan pakar luar tidak diperlukan kerana kerjasama antarabangsa boleh membawa manfaat."Namun, apakah asas pemilihan perunding itu dan apakah bukti pendekatan berkenaan lebih sesuai untuk DAK berbanding kaedah alternatif?" katanya dalam satu kenyataan.DAK adalah tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping & Night Safari yang dipindahkan ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun pada Mac 2026Sharifah berkata, pihak berkuasa dan pengurusan zoo perlu menjelaskan pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan, asas saintifik yang digunakan serta mekanisme penilaian kebajikan setiap gajah secara bebas.Beliau berkata demikian bagi pihak aktivis yang bergerak atas nama DaraAmoiKelat 24434 bersama PERKAM, Pertubuhan Ihsan dan SR Raws.Rekod pengendalian gajah perlu dinilaiDalam pada itu, Sharifah turut membangkitkan kontroversi pengendalian seekor gajah Afrika betina bernama Dunda pada 1988 ketika Alan Roocroft bertugas sebagai penyelia gajah di San Diego Wild Animal Park.Menurutnya, rekod sejarah berkenaan wajar diteliti secara menyeluruh, termasuk laporan yang merekodkan dapatan serius Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa tiada pendakwaan jenayah dibuat dalam kes berkenaan dan rekod itu tidak semestinya membuktikan setiap kaedah pengurusan Roocroft atau Elephant Business Inc pada masa kini tidak sesuai.Sebaliknya, katanya, sejarah tersebut menjadi alasan untuk menilai secara kritis falsafah, protokol dan kaedah pengendalian gajah yang digunakan ketika ini."Pihak yang memilih perunding dengan rekod sejarah sedemikian perlu menjelaskan prinsip pengurusan yang digunakan sekarang, perubahan yang dilakukan sejak dahulu dan bukti keberkesanannya," katanya.Kebajikan DAK perlu diutamakanSharifah berkata, Dara, Amoi dan Kelat bukan gajah liar yang baru ditangkap, sebaliknya mempunyai pengalaman hidup dalam jagaan manusia serta hubungan dengan penjaga mereka di Malaysia.Justeru, katanya, faktor pengalaman hidup, hubungan sosial dan tindak balas setiap gajah perlu diambil kira dalam proses penyesuaian terhadap persekitaran baharu.Menurutnya, pengalaman mengendalikan atau mengawal gajah tidak semestinya membuktikan seseorang itu paling sesuai untuk memenuhi keseluruhan keperluan biologi, sosial dan tingkah laku haiwan berkenaan.Beliau berkata, penilaian kebajikan gajah tidak seharusnya terhad kepada pemberian makanan, rawatan veterinar dan penyediaan kandang yang selamat.Sebaliknya, ia perlu merangkumi peluang untuk bergerak, meneroka, mencari makanan, berinteraksi secara sesuai, berehat dan membuat pilihan tanpa tekanan yang tidak perlu.Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada pendekatan pengurusan DAK mengutamakan latihan berasaskan ganjaran dan kerjasama, bagaimana tekanan mereka dinilai sepanjang proses penyesuaian serta apakah protokol khusus bagi mengurus Kelat ketika melalui fasa musth.Sharifah turut meminta penjelasan sama ada penilaian bebas dilaksanakan bagi mengukur perubahan tingkah laku, tahap tekanan dan kesejahteraan psikologi setiap gajah sebelum serta selepas pemindahan.Kejayaan konservasi bukan sekadar pembiakanDalam perkembangan sama, beliau menegaskan bahawa kejayaan program konservasi tidak sepatutnya diukur berdasarkan kelahiran anak gajah semata-mata.Sebaliknya, program berkenaan perlu menunjukkan bagaimana pendekatan pengurusan yang digunakan dapat menyokong kesihatan, tingkah laku semula jadi dan kesejahteraan setiap haiwan.Beliau berkata, pihak pengurusan juga perlu menjelaskan petunjuk prestasi yang ditetapkan untuk DAK, termasuk sama ada laporan pemantauan kebajikan mereka boleh dinilai pakar bebas."Jika Elephant Business Inc dipilih kerana kepakarannya, buktikan melalui rekod yang boleh dinilai, protokol pengurusan yang telus dan hasil kebajikan yang boleh disahkan secara bebas."Jika Perhilitan dan Zoo Taiping mempunyai pengalaman serta pengetahuan mengenai DAK, jelaskan mengapa kepakaran mereka tidak dijadikan asas yang lebih utama dalam menentukan pengurusan selepas pemindahan," katanya.Menurutnya, pihak pengurusan Zoo Tennoji juga perlu bersedia mempertimbangkan kaedah alternatif sekiranya pendekatan semasa didapati tidak memenuhi keperluan kebajikan ketiga-tiga gajah berkenaan.Sharifah menegaskan bahawa tuntutan itu bukan bertujuan menolak kerjasama antarabangsa, sebaliknya memastikan setiap keputusan berkaitan DAK dibuat berdasarkan bukti, ketelusan dan penilaian kebajikan yang boleh disahkan secara bebas. |
|
Lebih 50 peserta gabungan NGO tuntut Nik Nazmi undur, Rafizi henti hipokrasi - Sinarharian - 27/10 5:00 pm KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 50 peserta dari pelbagai NGO hari ini berhimpun bagi menyerahkan memorandum yang menuntut bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad agar melepaskan semua jawatan politik dan bersara sepenuhnya, susulan terlibat dalam tangkapan khalwat baru-baru ini.Pada masa yang sama, himpunan NGO itu turut menuntut agar pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berhenti mengelirukan rakyat dengan sering membuat dakwaan dan tuduhan berat tanpa bukti yang kukuh, sekali gus berpotensi menjadi fitnah dan hipokrasi.Antara pertubuhan NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Anak Muda Negara (Gen.Z), Bangkit Nasional (BANGKIT), Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS) dan Pertubuhan Demi Bangsa Negara (DEMI).Jurucakap gabungan NGO yang juga aktivis politik dari PEKEMAS, Faizan Mohd Nor berkata, himpunan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada Nik Nazmi supaya mengambil tanggungjawab serius susulan kes khalwat yang dihadapi beliau."Direhatkan selama tiga bulan oleh parti yang mana diterajui oleh sahabat baiknya, Rafizi adalah suatu tindakan yang sangat lemah dan memberi gambaran yang salah kepada pemimpin masa depan terutama dalam kes khalwat yang mendapat liputan begitu meluas,"Justeru, Nik Nazmi harus berundur sepenuhnya dan kalau boleh mengajak Rafizi untuk bersara bersama kerana rekod lampau Rafizi yang penuh hipokrasi dan suka membuat dakwaan serta tuduhan tanpa kemukakan bukti," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.Faizan sebelum ini turut berjaya membawa lebih ramai individu berhimpun bagi menyuarakan desakan supaya Rafizi berundur daripada politik susulan dakwaan gagal menunaikan janji serta mengelirukan pengundi, khususnya di Pandan.Ujar beliau, peningkatan jumlah peserta himpunan kali ini didorong oleh sokongan orang ramai yang mahu suara mereka didengari manakala peserta hadir bagi menyampaikan mesej tegas agar Rafizi tidak lagi mengelirukan rakyat dengan janji-janji.Mengulas lanjut, Faizan berkata, politik Malaysia akan terus menjadi cacamarba selagi ada politikus seperti Nik Nazmi serta Rafizi yang hanya gemar menimbulkan kekecohan dan kekalutan, tanpa ada asas atau bukti yang kukuh untuk menyokongnya."Dengan terjebak dalam kes khalwat, sudah tiba masanya Nik Nazmi berundur sepenuhnya dan membawa bersama beliau Rafizi untuk bersara bersama-sama agar politik Malaysia boleh melalui proses kematangan yang lebih tinggi menuju PRU16 nanti," jelasnya |
|
IKRAM sedia ganding bahu gerakkan #Malaysia100, bina legasi berteraskan perpaduan, integriti - Sinarharian - 27/10 4:13 pm KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyatakan komitmen untuk berganding bahu dengan inisiatif #Malaysia100 bagi membina masa depan negara yang lebih bersatu padu, progresif dan makmur menjelang 30 tahun akan datang.Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata, #Malaysia100 merupakan satu gagasan yang berpotensi membawa impak besar kepada masa hadapan negara kerana asas kepada perubahan yang ingin dicapai perlu dibina bermula hari ini.Menurut beliau, usaha membentuk masa hadapan Malaysia bukan sekadar berkaitan pembangunan ekonomi malah turut merangkumi aspek budaya, sosial, politik dan nilai yang ingin diwariskan kepada generasi seterusnya."Masa hadapan negara sebenarnya bermula pada hari ini, bukan 30 tahun akan datang |
|
PKR tetap main peranan semak, imbang walaupun menang satu kerusi DUN - Mygazette - 27/10 4:00 pm "Kami memandang serius tuduhan tersebut yang disifatkan sebagai tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan berpotensi mencemarkan reputasi Perdana Menteri serta Keadilan. "Sebarang dakwaan bahawa keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dipengaruhi campur tangan politik perlu disokong dengan bukti yang sahih, bukannya sekadar tuduhan yang boleh mengelirukan masyarakat," katanya |
|
Mampukah PN berfungsi sebagai pembangkang? - Denyutreformasi - 27/10 3:13 pm Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), walaupun Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan penggantungan pelaksanaannya, sepatutnya menimbulkan persoalan lebih besar daripada sekadar sama ada tindakan pihak berkuasa itu betul atau tidak. Bolehkah sesebuah gabungan meminta rakyat mempercayai keupayaannya mentadbir apabila parti-parti komponennya sendiri tidak dapat mencapai persetujuan tentang peraturan yang mengikat hubungan sesama mereka? Pada 20 Okt, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) membatalkan pendaftaran PN mengikut Akta Pertubuhan 1966 selepas mendapati jawapan gabungan itu terhadap notis terdahulu gagal menjawab perkara yang dibangkitkan |
|
Oooh Bersatu komponen PN rupanya - Denyutreformasi - 27/10 3:08 pm Malah, dua bulan sebelum itu, yakni pada 9 Jun PAS mengumumkan berhenti kerjasama politik dengan Bersatu . Umum tahu berikutan aduan Bersatu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menggantung semua aktiviti PN pada 23 Sept lalu |
|
Semangat Dr Siti Hawa inspirasi golongan inklusif UMPSA - Sinarharian - 27/10 1:51 pm KUANTAN Kejayaan Allahyarhamah Dr Siti Hawa Apandi menamatkan pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) meskipun menghidap spinal muscular atrophy (SMA) menjadi inspirasi kepada golongan inklusif.Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 37 tahun itu berjaya menamatkan pengajian dari peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana sebelum memperoleh PhD dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).Anak ketiga daripada lima beradik itu juga merupakan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai 'First SMA Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University'.Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias berkata, pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan besar kepada universiti itu, namun pencapaian akademik dan semangatnya akan terus menjadi inspirasi kepada warga kampus."Semangat Allahyarhamah sebagai seorang daripada golongan inklusif menjadi ikon kepada UMPSA kerana beliau bersama kami sejak peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana sehingga berjaya memperoleh ijazah kedoktoran."Kami sentiasa mengikuti perkembangannya dengan sokongan penyelia dan Pengarah Pusat Perkhidmatan Inklusif (PPi)/Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) UMPSA, Dr Munirah Abdul Razak," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Seri Mahkota Aman di sini pada Selasa.Menurut Yatimah, sokongan dan pengorbanan ibu bapa Allahyarhamah yang sentiasa berada di sisinya sepanjang pengajian di UMPSA turut menjadi antara pendorong kejayaan tersebut."Kami merasakan ini satu kehilangan yang sangat besar. Allahyarhamah sentiasa menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada warga kampus, terutamanya golongan inklusif."Kita berdoa semoga beliau tergolong dalam kalangan orang yang dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang beriman," ujarnya.Dalam pada itu, Yatimah memaklumkan artikel khas mengenai Allahyarhamah dan ekosistem inklusif yang diusahakan bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah diterbitkan pada 20 Oktober lalu.Beliau berkata, sebuah buku khas mengenai perjalanan hidup dan perjuangan Allahyarhamah yang diusahakan bersama penyelia serta Pusat Inklusif UMPSA kini berada dalam fasa perancangan untuk diterbitkan.Sementara itu, penyelia utama Allahyarhamah, Ts Dr Jamalluddin Salim dari Fakulti Komputeran UMPSA berkata, ketekunan Siti Hawa meneruskan pengajian hingga ke peringkat PhD walaupun berdepan keterbatasan fizikal menjadi kenangan tersendiri buatnya.Menurutnya, Allahyarhamah mempunyai tiga sifat utama yang diringkaskan sebagai DSP, iaitu disiplin, kebolehan menyusun kerja secara berstruktur dan pandai."Sebagai penyelia, saya sebenarnya tidak banyak menguruskannya kerana Allahyarhamah seorang yang sangat berdisiplin dan sentiasa mengingatkan saya mengenai tarikh akhir atau perkara yang perlu dihantar," katanya.Dr Jamalluddin berkata, keupayaan pergerakan tangan Allahyarhamah semakin terbatas secara berperingkat sepanjang tempoh pengajiannya."Pada awal pengajian, kedua-dua belah tangannya masih boleh bergerak |
|
Keuzuran halang Razali Buyong terus aktif berlakon - Sinarharian - 27/10 9:52 am PELAKON veteran yang popular dengan watak Osman dalam drama Opah, Razali Buyong kini banyak menghabiskan masa di rumah atas faktor kesihatan.Menurut Razali, 83, beliau tidak aktif berlakon drama dan filem sejak mengalami serangan angin ahmar dan menghadapi masalah saraf."Sejak saya diserang angin ahmar tahun lalu saya sukar bergerak dan menggunakan tongkat akibat masalah lutut."Itulah punca tiada lagi tawaran berlakon kerana semua tahu keadaan kesihatan saya sekarang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ziarah kasih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin dan Sahabat Amal Selangor di rumahnya di Kampung Pandan di sini baru-baru ini.Razali yang dijaga isteri Sabiyah @ Misah Mahabot berkata, walaupun ada tawaran berlakon dia kini menghadapi masalah lain kesan daripada peningkatan usianya."Saya sukar menghafal skrip macam dulu |
|
Abbe Hae dakwa wujud taktik baharu seludup PATI guna van kurier - Sinarharian - 27/10 9:20 am KOTA BHARU Satu hantaran aktivis masyarakat, Abbe Hae, berhubung dakwaan taktik baharu membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan van kurier mencetuskan perhatian pengguna media sosial.Hantaran pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan itu meraih 5,900 tanda suka, 965 perkongsian dan 758 komen dalam tempoh kira-kira sejam selepas dimuat naik di Facebook pada Selasa.Abbe Hae atau nama sebenarnya, Mohd Azhan Mohd Adnan mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki dipercayai warga asing menghampiri sebuah van kurier sebelum seorang individu dilihat keluar dari kenderaan berkenaan."Perhatikan dua warga asing ini menuju ke van |
|
Kenapa mahu ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu? ??? Muhyiddin .. - Mygazette - 27/10 8:06 am # Kenapa mahu ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu? Muhyiddin PETALING JAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan cadangan mengambil tindakan tatatertib terhadap partinya oleh kepimpinan Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, Bersatu hanya menggunakan saluran undang-undang untuk melaporkan isu berkaitan gabungan itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) |
|
PRN Melaka: Isu khalwat Nik Nazmi boleh jadi beban kempen Bersama - Mygazette - 27/10 8:06 am Adalah lebih baik Bersama untuk menjalani tempoh bertenang dan cuba bermuhasabah diri mengenai apa yang diperjuangkan parti itu kerana imej pimpinan parti telah tercemar dengan teruk sehingga meningkatkan potensi calon, katanya hari ini. Terdahulu, Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Shahrizan Ramli menegaskan, Nik Nazmi seharusnya berundur sepenuhnya daripada dunia politik susulan isu tangkapan khalwat yang dikaitkan dengannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) |
|
PRN Melaka: Bersatu sah bertanding, pengumuman kerusi 29 Oktober - Sinarharian - 26/10 11:23 pm PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan pengumuman lanjut mengenai persiapan parti itu dijadualkan pada 29 Oktober ini.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk menyertai pilihan raya itu sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung pada Isnin malam.Menurut Muhyiddin, terdapat beberapa perkara berkaitan kerusi yang akan ditandingi masih perlu diperhalusi dan dijangka diselesaikan dalam tempoh satu atau dua hari."Maknanya satu, memang kita menyertai; kedua, saya tak payah nak jelaskan di tempat mana kita akan bertanding dan persiapan-persiapan yang sudah pun kita mulakan sekarang," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Ibu Pejabat Parti Bersatu di sini pada Isnin malam.Muhyiddin berkata, mesyuarat MPT itu diadakan setiap dua bulan bagi membincangkan isu semasa, usul untuk memperkemaskan parti serta persiapan menghadapi persidangan bahagian yang akan bermula tidak lama lagi.Menurutnya, mesyuarat itu turut memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Agung Bersatu pada penghujung Januari depan.Mengulas tindakan Perikatan Nasional (PN) yang memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu, Muhyiddin berkata, parti itu setakat ini belum menerima sebarang surat berhubung tindakan berkenaan.Beliau mempersoalkan asas tindakan itu dengan menegaskan Bersatu tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwa.Sebaliknya, Muhyiddin berkata, Bersatu mengambil tindakan melaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung apa yang didakwanya sebagai pelanggaran peraturan oleh Pas dan kepimpinan parti itu di peringkat nasional.Menurutnya, RoS mempunyai kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk mengambil tindakan berhubung perkara berkenaan.Beliau turut merujuk tindakan RoS berkaitan status pendaftaran PN yang menurutnya telah membawa kepada keputusan penggantungan, selain perkembangan terbaharu mengenai pembubaran."Jadi agak aneh dan luar biasa kalau Majlis Tertinggi PN boleh membuat keputusan nak mengambil tindakan untuk menghukum kita |
|
Malaysia libat urus negara sehaluan cabar salah guna kuasa veto - Lukanisman - Astroawani - 26/10 7:45 pm Malaysia sedang mengadakan libat urus dengan negara-negara yang sehaluan bagi mencabar kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menghalang penyalahgunaannya, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Lukanisman Awang Sauni. |
|
Perlis negeri pertama wajibkan caruman lindung kendiri bagi penjaja - Astroawani - 26/10 7:15 pm Perlis menjadi negeri pertama mewajibkan carumanSkim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri) sebagai syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan bagi penjaja di seluruh negeri itudengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). |
|
Tindakan Disiplin PN Ke Atas Bersatu: Risiko Bencana Lebih Besar Menjelang .. - Wrlr - 26/10 4:00 pm Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, menyatakan tindakan itu mengikut Fasal 15 Perlembagaan PN dengan notis dihantar tidak lama lagi dengan antara hukumannya sama ada amaran, penggantungan atau berdepan pemecatan. Di saat PN sedang bergelut mempertahankan kewujudannya selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran gabungan itu, dan kes tersebut kini di mahkamah, tindakan tersebut bukan dilihat menjernihkan, bahkan lebih memberi isyarat perang masih belum tamat |
|
Syarat simpanan RM15,000 haji selaras syor RCI - Zulkifli - Sinarharian - 26/10 3:52 pm KUALA LUMPUR - Penetapan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi menerima tawaran menunaikan haji adalah selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menaikkan bayaran pendaftaran asas dan meningkatkan deposit kelayakan automatik mengikut kos semasa.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif menerusi Pelan Persediaan Haji Seruan Istitoah itu bertujuan membina disiplin kewangan dan menggalakkan bakal jemaah membuat persediaan awal sebelum menunaikan ibadah berkenaan."Untuk pengetahuan semua, ketetapan ini juga merupakan di antara syor RCI."Pengalaman Tabung Haji (TH) sebelum ini menunjukkan ramai bakal jemaah haji yang tidak membuat persediaan secukupnya apabila lebih 50 peratus daripada tawaran haji dimohon untuk ditangguhkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) Peringkat Dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Isnin.Beliau berkata, keadaan itu menjejaskan kecekapan pengurusan giliran haji apabila TH perlu membuat tawaran gantian berulang kali dalam tempoh singkat."Apabila TH menetapkan syarat simpanan RM15,000 untuk menerima tawaran haji dan membuat peringatan awal, kini kadar penangguhan berjaya dikurangkan secara mendadak kepada 18 peratus," katanya.Zulkifli berkata, syarat simpanan minimum RM1,300 yang berkuat kuasa sejak 1995 ditambah baik bagi memastikan bakal jemaah membuat persediaan kewangan lebih awal, selaras dengan prinsip istitoah atau kemampuan menunaikan haji.Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen membangkitkan kebimbangan bahawa syarat baharu itu boleh membebankan pendeposit, khususnya golongan luar bandar, selain meminta kerajaan mempertimbangkan mekanisme yang lebih fleksibel bagi mengekalkan giliran haji mereka.Menjawab perkara itu, Zulkifli berkata, pendeposit sedia ada diberikan tempoh sehingga 31 Dis 2028 untuk mencukupkan baki simpanan RM15,000 bagi mengekalkan giliran masing-masing, dengan simpanan minimum itu juga masih layak menerima agihan keuntungan tahunan TH.Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi 40,000 petugas agama termasuk imam, bilal, siak, marbut, noja dan guru takmir di seluruh negara.Zulkifli berkata, TH dipilih untuk menguruskan caruman itu berdasarkan pengalaman institusi berkenaan mengendalikan skim perlindungan kebajikan pendepositnya.Sementara itu, beliau berkata, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) komited menjaga kebajikan 36,500 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara, termasuk menerusi peningkatan elaun secara berperingkat.Katanya, elaun guru KAFA kini berjumlah RM1,100 sebulan, selain caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM143 dan PERKESO RM18 yang ditanggung kerajaan.Beliau turut memaklumkan imbuhan bonus guru KAFA bagi 2027 dinaikkan kepada RM750 berbanding RM500 pada tahun ini |
|
Pemuda Wawasan persoal pendirian Bersatu terhadap PN - Sinarharian - 26/10 3:23 pm SHAH ALAM - Pemuda Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Perikatan Nasional (PN) susulan surat rasmi Bersatu yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Surat itu berkaitan jemputan menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi gabungan berkenaan pada 25 Oktober 2026.Exco Pergerakan Pemuda Nasional Wawasan, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, surat berkenaan menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Bersatu untuk mempertahankan PN.Menurutnya, persoalan itu timbul khususnya apabila Bersatu dilihat bersedia membiarkan pendaftaran gabungan berkenaan dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).Beliau turut mempersoalkan sebab sebenar laporan yang dibuat Bersatu sebelum ini, sama ada semata-mata berpunca daripada isu tidak dijemput menghadiri mesyuarat atau terdapat perkara lain yang mendorong tindakan berkenaan."Sebagai rakan gabungan dalam PN, Wawasan berhak mendapatkan penjelasan yang jelas dan terbuka daripada Bersatu mengenai pendirian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mohamad Shafiq berkata, sekiranya Bersatu benar-benar bersedia membiarkan PN diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya, parti itu wajar menyatakan pendirian berkenaan secara terus terang tanpa berselindung.Beliau turut mempersoalkan sama ada pendirian Bersatu itu didorong oleh arahan atau janji daripada pihak tertentu. |
|
Dua Wartawan Kemalangan Ketika Bertugas Di Ipoh, PERKESO Tampil Bantu Urus Pemulihan - Lobakmerah - 26/10 1:47 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Dua wartawan wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Menglembu, Ipoh, awal pagi Ahad lalu, layak menerima bantuan alat pemulihan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membantu proses pemulihan mereka |
|
Gelanggang percaturan musuh jadi kawan, rakan jadi lawan - Denyutreformasi - 26/10 10:08 am Seperti diumum Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang parti itu akan mengumumkan calonnya hari ini, sepentas dengan PAS. Bermakna, isu 'pembubaran' PN oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dilihat tidak menjejaskan persiapan PAS untuk berganding bahu bersama BN menghadapi PRN Melaka |
|
Pedulikan kecamuk politik, agenda bangun negara jangan dilupa - Denyutreformasi - 26/10 8:30 am Oleh Zulkifli Jalil Memasuki bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan gegak-gempita muncul isu Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), kemudian ditarik balik oleh mahkamah serta insiden-insiden tidak terduga, termasuk kes Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semua pihak perlu muhasabah diri |
|
Pesakit buah pinggang, isteri sakit usus tak fikir sambutan Deepavali - Mygazette - 26/10 7:49 am "Doktor HSI menasihatkan saya membuat pembedahan itu kerana tapak dialisis sementara tidak dapat digunakan bagi tempoh lama kerana mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman," katanya ketika ditemui di rumahnya. Poomale menjalani rawatan di sebuah pusat dialisis di Taman Johor Jaya di sini sejak 17 tahun lalu dan kos rawatan dialisis dibiaya oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) |
|
MAPIM kecam tindakan perlekeh Jalur Gemilang di Australia - Mygazette - 26/10 7:49 am # MAPIM kecam tindakan perlekeh Jalur Gemilang di Australia KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam tindakan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Australia yang dilaporkan mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik ketika mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Parlimen Victoria, Melbourne, Australia pada 24 Oktober 2026 |
|
NGO buat laporan polis dakwaan SB dikaitkan mafia korporat - Mygazette - 26/10 7:49 am # NGO buat laporan polis dakwaan SB dikaitkan mafia korporat GEORGE TOWN - Pengerusi Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, P |
|
Bersatu ragui mesyuarat Majlis Tertinggi PN, khuatir ada impikasi .. - Mygazette - 26/10 7:49 am # Bersatu ragui mesyuarat Majlis Tertinggi PN, khuatir ada impikasi perundangan - Azmin KUALA LUMPUR - Sekiranya Pas dan sekutunya masih meneruskan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN)' selepas Pendaftar Pertubuhan telah membuat keputusan membatalkan pendaftarannya, Bersatu khuatir keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu mempunyai implikasi perundangan yang serius |
|
PRN Melaka: Tindakan MCA timbul persoalan keikhlasan UMNO jalin kerjasama - Mygazette - 26/10 7:49 am Loh berkata keadaan itu berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) apabila KEADILAN selaku parti pengasas gabungan berkenaan, tidak mengamalkan pendekatan sebagai abang besar atau membuli parti lain sepertimana yang didakwanya berlaku dalam BN. PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sentiasa bersikap konsultatif dan inklusif, walaupun dengan parti kecil seperti UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu) dahulu |
|
SUA Bersatu tak boleh ambil alih tugas mahkamah – Annuar - Mygazette - 26/10 7:49 am Lets move on_ dan sama-sama ambil bahagian dalam PRN Melaka, katanya. Awal hari ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata parti itu bimbang sekiranya Pas dan sekutunya masih meneruskan mesyuarat MT PN selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah membuat keputusan membatalkan pendaftarannya, Bersatu khuatir keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu mempunyai implikasi perundangan yang serius |
|
PN guna logo sendiri pada PRN Melaka - Takiyuddin - Sinarharian - 25/10 11:52 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan perintah Mahkamah Tinggi yang menangguhkan pelaksanaan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) terhadap pendaftarannya.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN yang berlangsung di Pejabat Agung Pas di sini, malam Ahad.Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kedudukan PN yang boleh kembali beroperasi seperti biasa berikutan perintah mahkamah berkenaan."Oleh kerana PN 'is back', kita memutuskan untuk menggunakan logo PN pada PRN Melaka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.Hadir sama, Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air, Rafique Rashid.Mengulas mengenai pembahagian kerusi dan calon yang akan bertanding, Takiyuddin menjelaskan proses pengagihan kerusi membabitkan parti-parti komponen PN masih berjalan dan belum dimuktamadkan.Beliau turut memaklumkan pengumuman calon PN bagi PRN Melaka dijadualkan pada 29 Oktober ini."Calon dan kerusi akan ditentukan kerana kita akan mengadakan beberapa siri mesyuarat untuk memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi serta calon yang akan diletakkan."Apa yang pasti, pengisytiharan calon akan dibuat pada 29 Oktober di Melaka dan semuanya akan diselesaikan sebelum tarikh itu," katanya.Takiyuddin berkata, PN juga terbuka sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Melaka,Menurutnya, Fasal 16 Perlembagaan PN membenarkan anggota gabungan menggunakan lambang dan bendera parti masing-masing sekiranya difikirkan perlu, tertakluk kepada kebenaran yang diperoleh dalam mesyuarat PN."Kalau difikirkan perlu, di bawah lambang dan bendera ini jelas dengan kebenaran |
|
PN putuskan ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu Takiyuddin - Sinarharian - 25/10 11:48 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan yang didakwa bertentangan dengan kepentingan gabungan itu.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada malam Ahad.Katanya, tindakan itu dibuat berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan PN yang memberikan kuasa kepada Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana parti anggota yang bertindak bertentangan dengan kepentingan gabungan berkenaan."Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada malam ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan tatatertib terhadap satu parti anggota kita, iaitu Bersatu."Dalam Fasal 15 yang bertajuk tatatertib, Majlis Tertinggi PN mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana parti anggota, ahli bergabung dan ahli bersekutu dengan memberikan amaran, menggantung atau memecat mana-mana pihak yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan PN," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini.Takiyuddin menjelaskan bahawa PN akan mengambil langkah sewajarnya mengikut prosedur tatatertib, termasuk menyediakan pertuduhan terhadap Bersatu sebelum memberikan tempoh yang munasabah kepada parti itu untuk mengemukakan jawapan.Menurutnya, pertuduhan berkenaan masih dalam proses penyediaan dan gabungan itu akan memperincikan beberapa tindakan yang didakwa bercanggah dengan kepentingan PN."Pertuduhan yang akan dibuat akan dirangka oleh PN terhadap parti anggota ini, iaitu Bersatu, dan mereka sudah tentulah akan diberikan tempoh yang mencukupi untuk menjawab."Banyak lagi perkara yang akan kita tampilkan, tetapi pokoknya, kita akan memulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu. Ini keputusan kita malam ini," ujarnya.Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata antara perkara yang dibangkitkan ialah tindakan Bersatu membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM atau RoS) berhubung keputusan PN untuk tidak menjemput wakil parti itu menghadiri mesyuarat pada 16 Julai lalu.Tambah beliau, keputusan untuk tidak menjemput Bersatu ketika itu dibuat susulan isu dalaman parti berkenaan yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesahihan keputusan mesyuarat PN.Beliau menegaskan bahawa pendekatan sama pernah digunakan terhadap Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) pada Januari lalu apabila parti itu berdepan masalah dalaman |
|
'Perintah mahkamah benarkan PN terus beroperasi seperti biasa' - Takiyuddin - Sinarharian - 25/10 10:32 pm KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai gabungan politik yang boleh beroperasi seperti biasa susulan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pelaksanaan penggantungan dan pembatalan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perintah mahkamah bertarikh 22 Oktober lalu masih berkuat kuasa meskipun RoS dan Menteri Dalam Negeri telah memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.Katanya, pemfailan notis rayuan tidak secara automatik menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi, sekali gus membolehkan PN meneruskan urusan termasuk mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertingginya pada malam Ahad."Notis rayuan yang tuan rujuk tidak mengubah kedudukan itu |
|
Azmin ungkit hukuman penjara 5 tahun, beri amaran keras kepada Pas jika teruskan mesyuarat PN - Harapandaily - 25/10 9:31 pm Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memberi amaran kepada Pas dan sekutunya mengenai risiko tindakan undang-undang, termasuk hukuman penjara sehingga lima tahun, jika berlaku kesalahan berkaitan pengurusan pertubuhan yang menyalahi undang-undang |
|
PM Anwar Lancar NCLAP30, Gariskan 429 Ikhtiar Sara Hidup Menerusi 35 .. - Wrlr - 25/10 7:09 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau gerai Jualan Rahmah pada majlis Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara (NCLAP30) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada 24 Oktober 2026. Foto PMO Kluster berkenaan ialah pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum dengan pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat |
|
Bersatu bimbang mesyuarat MT PN mungkin langgar Akta Pertubuhan - FMT - 25/10 6:37 pm Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali beri bayangan wakil parti itu mungkin tak hadir ke mesyuarat di ibu pejabat PAS malam ini. |
|
Bersatu persoal tindakan Takiyuddin panggil mesyuarat tergempar PN - Sinarharian - 25/10 6:36 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN pada Ahad.Ini kerana Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembatalan pendaftaran gabungan itu telah difailkan pada tarikh sama surat jemputan mesyuarat tersebut dikeluarkan.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, partinya menerima surat jemputan daripada Takiyuddin bertarikh 23 Oktober berhubung mesyuarat berkenaan.Beliau berkata, sebagai Setiausaha Agung Bersatu, beliau telah menghantar surat balasan kepada Takiyuddin bagi menjelaskan beberapa perkara penting untuk perhatian pihak yang mengeluarkan jemputan itu.Menurutnya, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah membuat keputusan membatalkan pendaftaran PN berkuat kuasa dari tarikh perintah pembatalan yang dibuat pada 20 Oktober 2026."Walaupun PN memperoleh perintah penggantungan pelaksanaan (stay) daripada Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober lalu berhubung keputusan RoS, mahkamah turut mengambil maklum bahawa pembatalan pendaftaran PN telah pun berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mahkamah juga menerima perintah penggantungan pelaksanaan tidak boleh dianggap secara automatik memulihkan pendaftaran yang telah dibatalkan, seperti dinyatakan dalam Ringkasan Alasan Penghakiman, perenggan 12, muka surat empat.Azmin berkata, Notis Rayuan telah difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan pada 23 Oktober bagi pihak RoS dan Menteri Dalam Negeri untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, Datuk Azizan Md Arshad, pada 22 Oktober lalu."Keputusan itu membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan perintah pembatalan pendaftaran yang dikeluarkan RoS," tambahnya.Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan Takiyuddin mengeluarkan surat panggilan mesyuarat pada 23 Oktober, sedangkan beliau mengetahui bahawa Notis Rayuan telah difailkan pada hari sama."Bersatu berpendapat semua pihak perlu memelihara status quo keputusan RoS sehingga semua peringkat prosiding mahkamah selesai sepenuhnya," katanya.Azmin turut mengingatkan bahawa Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan mana-mana pertubuhan yang pendaftarannya dibatalkan menjadi pertubuhan yang menyalahi undang-undang.Menurutnya, Seksyen 42 akta sama pula memperuntukkan bahawa mana-mana pemegang jawatan atau individu yang menguruskan atau membantu pengurusan pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun."Sekiranya Pas dan sekutunya masih meneruskan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional dalam situasi yang dijelaskan di atas, Bersatu khuatir perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ini mempunyai implikasi perundangan yang serius," katanya.Beliau berkata, Bersatu akan membawa perkara itu untuk dibincangkan bersama peguam bagi memastikan pelaksanaan hukum mengikut Perlembagaan PN dan Akta Pertubuhan 1966 dilakukan secara sah dan tertib.Selain isu pembatalan pendaftaran, Azmin berkata, terdapat beberapa perkara lain yang sering menjadi pertikaian kepimpinan PN sebelum pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh RoS.Katanya lagi, perkara berkenaan termasuk alasan untuk menafikan hak Bersatu menghadiri, memberikan pendapat dan mengundi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026.Menurutnya, alasan yang diberikan ketika itu berkaitan isu korum Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang didakwa boleh menjejaskan keabsahan mesyuarat Majlis Tertinggi PN."Keanggotaan Bersatu dalam PN turut sering dipertikaikan, sedangkan RoS menegaskan dalam surat bertarikh 12 Ogos 2026 bahawa Bersatu ialah parti anggota yang sah dalam gabungan berkenaan," tegasnya.Sehubungan itu, Azmin berkata, Pas dan sekutunya perlu menyatakan pendirian mengenai isu korum MPT Bersatu serta keanggotaan Bersatu dalam PN sebelum meneruskan mesyuarat tergempar dan menjemput wakil Bersatu menghadirinya.Menurutnya, kegagalan berbuat demikian setakat ini menimbulkan persoalan mengenai keabsahan notis mesyuarat berkenaan."Bersatu sedang meneliti dan memantau perkembangan selanjutnya dan akan merujuk kepada pasukan peguam sebelum mengambil sebarang pendirian," katanya. |
|
Dua wartawan cedera kemalangan akan terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi - Sinarharian - 25/10 6:32 pm SHAH ALAM Kementerian Komunikasi menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang menguruskan penyaluran bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada dua wartawan yang terlibat dalam kemalangan di Menglembu, Jalan IpohLumut, Perak pada pagi Ahad.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua wartawan berkenaan telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.Katanya, perkembangan keadaan kedua-dua wartawan itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj."Saya baru dimaklumkan oleh Ketua Pengarang Bernama bahawa kedua-dua wartawan yang terlibat dalam kemalangan di Menglembu, Jalan IpohLumut pagi tadi telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius."Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi menerusi Bernama sedang menguruskan penyaluran bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada kedua-dua wartawan berkenaan iaitu Zahratuhayat Md Arif dari New Straits Times (NST) dan Nur Afiradina Arshad dari Bernama," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Fahmi turut mendoakan agar kedua-dua wartawan berkenaan dipermudahkan segala urusan dan kembali pulih seperti sediakala.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan kesembuhan kedua-dua wartawan terbabit selain mengarahkan pegawainya menghulurkan bantuan segera kepada mereka.Kemalangan berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika Nur Afiradina, 34, dan Zahratuhayat, 37, dalam perjalanan untuk membuat liputan program yang dijadual dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk.Dalam nahas itu, kereta Perodua Bezza yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Ipoh menuju ke Bagan Datuk dilapor dirempuh sebuah lori.Susulan kejadian itu, Nur Afiradina dilaporkan menerima rawatan di zon kuning HRPB, manakala Zahratuhayat dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di hospital sama. |
|
Mapim kecam tindakan perlekeh Jalur Gemilang di Melbourne - Sinarharian - 25/10 6:15 pm SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam tindakan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Australia yang dilaporkan mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik ketika mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Parlimen Victoria, Melbourne pada Sabtu.Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Jalur Gemilang ialah lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara yang mesti dihormati oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira tempat mereka berada."Perbezaan pandangan politik, ketidakpuasan hati terhadap dasar kerajaan atau tuntutan berkaitan hak wilayah tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk memperlekeh lambang kebangsaan."Lebih membimbangkan ialah penggunaan naratif yang menggambarkan Malaya sebagai penjajah kepada Sabah dan Sarawak, sekiranya naratif tersebut digunakan untuk membangkitkan permusuhan antara rakyat kedua-dua wilayah itu dengan rakyat Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.SSKM Australia sebelum itu mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Parlimen Victoria, Melbourne bersempena Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Menerusi hantaran di Facebook SSKM, kumpulan itu turut memuat naik poster kenyataan media bertarikh 24 Oktober 2026 dengan tajuk 'Bendera Malaysia Diterbalikkan Sebagai Seruan Agar Suara Sabah dan Sarawak Didengari'.Poster berkenaan turut memaparkan sekumpulan individu memegang bendera Sabah dan Sarawak dan beberapa plakad yang mengandungi mesej berkaitan hak serta masa depan kedua-dua negeri ituMengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, Mapim mengiktiraf bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai sejarah, identiti, kepentingan serta kedudukan tersendiri dalam pembentukan Malaysia.Beliau berkata, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pemeliharaan hak perlembagaan, autonomi yang dipersetujui serta penyelesaian tuntutan yang masih berbangkit perlu terus diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.Tambahnya, persoalan berkaitan pelaksanaan MA63 juga tidak boleh diketepikan hanya kerana terdapat pihak yang menggunakan pendekatan provokatif dalam menyuarakan tuntutan mereka.Beliau pada masa sama mengingatkan supaya sentimen yang menggambarkan rakyat Semenanjung sebagai musuh kepada rakyat Sabah dan Sarawak perlu dihentikan segera."Rakyat Sabah dan Sarawak tidak seharusnya menganggap tindakan sesebuah kumpulan sebagai gambaran pendirian keseluruhan masyarakat mereka |
|
Dua wartawan kemalangan: Saksi, pemilik dashcam diminta tampil bantu siasatan - Sinarharian - 25/10 5:09 pm IPOH - Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan kereta dinaiki dua wartawan dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Taman Kledang Permai dekat Menglembu pada Ahad, tampil membantu siasatan.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya turut meminta pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang berada di lokasi kejadian ketika kemalangan berlaku supaya menyalurkan maklumat kepada polis.Menurutnya, maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan terus ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh."Berdasarkan siasatan awal, kereta dinaiki dua wartawan itu sedang dalam perjalanan dari arah Meru Raya menuju ke Bagan Datuk."Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori yang datang dari arah sama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37, berhenti di persimpangan tersebut kerana keadaan lampu isyarat merah.Kedua-dua mereka menaiki kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari Meru Raya bagi membuat liputan majlis perasmian program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk yang dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Nur Afiradina yang memandu kereta menerima rawatan di zon kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat cedera di tangan dan leher manakala Zahratulhayat menerima rawatan pesakit luar dengan kesan lebam di muka dan tangan.Mengulas lanjut, Mohd Alwi berkata, impak pelanggaran menyebabkan kereta berkenaan berpusing di atas jalan raya, manakala lori terbabas ke dalam longkang di bahu jalan."Dalam kejadian ini, dua wartawan bersama pemandu lori masing-masing mengalami kecederaan dan dihantar ke HRPB bagi rawatan lanjut," katanya.Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada, mengekalkan jarak selamat antara kenderaan dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. |
|
Doktor maut dalam tanah runtuh: SAM gesa kerajaan negeri jelaskan punca... - Mygazette - 25/10 5:05 pm Kawasan Paya Terubong diketahui terdedah kepada tanah runtuh dan turut menjadi lokasi kerja pemotongan bukit secara besar-besaran bagi projek jalan raya. Penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini sudah memberi amaran mengenai risiko kerja berskala besar di kawasan sensitif alam sekitar itu terhadap keselamatan penduduk berhampiran serta orang awam |
|
Pelajar di Kluang sukar sertai PdPR kerana liputan internet lemah - Mygazette - 25/10 5:05 pm Sanip berkata, tindakan membawa anak-anak keluar semata-mata untuk mendapatkan liputan internet ini juga secara tidak langsung menyebabkan mereka terdedah pencemaran udara yang berlaku di Johor ketika ini. Ujarnya, berhampiran perkampungan itu, turut menghadapi kesukaran sama adalah penduduk di Ladang Felcra, Ladang Mustakim dan Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) |
|
Kes khalwat: NGO desak Nik Nazmi undur terus, bukan sekadar .. - Mygazette - 25/10 5:05 pm # Kes khalwat: NGO desak Nik Nazmi undur terus, bukan sekadar direhatkan KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nik Nazmi Nik Ahmad didesak berundur sepenuhnya daripada dunia politik dan bukan sekadar direhatkan daripada aktiviti parti selama tiga bulan susulan isu tangkapan khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikaitkan dengannya. Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Shahrizan Ramli berkata, keputusan Bersama merehatkan Nik Nazmi untuk tempoh berkenaan memberi gambaran salah kepada pemimpin masa depan, khususnya golongan muda, mengenai tanggungjawab terhadap isu moral |
|
Pas parti politik, bukan agama – Aziz Bari - Utusan - 25/10 4:32 pm Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Pas adalah sebuah parti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan iaitu sebuah organisasi |
|
Jalur Gemilang dikibar terbalik di Melbourne - Sinarharian - 25/10 1:26 pm KOTA KINABALU - Tindakan sekumpulan individu memaparkan Jalur Gemilang secara terbalik dalam satu demonstrasi di Melbourne, Australia berisiko menjejaskan reputasi rakyat Malaysia yang sedang belajar dan bekerja di negara berkenaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, Kerajaan Madani menjamin kebebasan bersuara, namun setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing."Namun, kebebasan bukan bermakna seseorang terlepas daripada implikasi atas tindakannya."Tindakan sekumpulan rakyat Malaysia yang menghina Jalur Gemilang di luar negara hanya berisiko menjejaskan reputasi rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di negara tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar turut menegaskan bahawa perbuatan menghina lambang kedaulatan negara tidak mencerminkan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak."Menghina lambang kedaulatan negara tidak mencerminkan langsung budaya warga Sabah dan Sarawak yang penuh adab dan santun," katanya.Kenyataan itu susulan tindakan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) Australia yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Parlimen Victoria, Melbournebersempena Hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Menerusi hantaran kentaraan media di Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM, kumpulan itu turut memuat naik poster kenyataan media bertarikh 24 Oktober 2026 dengan tajuk 'Bendera Malaysia Diterbalikkan Sebagai Seruan Agar Suara Sabah dan Sarawak Didengari'.Poster berkenaan turut memaparkan sekumpulan individu memegang bendera Sabah dan Sarawak dan beberapa plakad yang mengandungi mesej berkaitan hak serta masa depan kedua-dua negeri itu.Mengulas lanjut, Mustapha berkata, perjuangan menuntut hak Sabah dan Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) suatu ketika dahulu dianggap sebagai isu sensitif, namun keadaan itu kini berubah apabila perkara berkenaan boleh dibincangkan secara terbuka."Ada yang ditahan pihak berkuasa dan berdepan dengan tindakan undang-undang |
|
'Kereta berpusing beberapa kali sebelum terbalik' - Dua wartawan kemalangan ketika tugasan TPM - Sinarharian - 25/10 12:28 am IPOH - Dua wartawan cedera selepas kereta dinaiki mereka terbalik dirempuh sebuah lori dari arah belakang ketika dalam perjalanan tugasan liputan program Timbalan Perdana Menteri pada Ahad.Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37, berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Taman Kledang Permai, Menglembu.Kedua-dua mereka menaiki kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari Meru Raya bagi membuat liputan majlis perasmian program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk yang dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Nur Afiradina yang memandu kereta menerima rawatan di zon kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat cedera di tangan dan leher manakala Zahratulhayat menerima rawatan pesakit luar dengan kesan lebam di muka dan tangan.Kedua-dua mereka yang juga ahli Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.Zahratulhayat berkata, semasa kejadian, kenderaan mereka sedang berhenti di persimpangan tersebut kerana keadaan lampu isyarat merah.Bagaimanapun katanya, secara tiba-tiba satu rempuhan diikuti dentuman kuat berlaku dari arah belakang."Kereta dinaiki kami berpusing beberapa kali sebelum terbalik |
|
Kes khalwat: Nik Nazmi harus berundur sepenuhnya, bukan sekadar direhatkan - Pekemas - Sinarharian - 24/10 11:04 pm KUALA LUMPUR: Pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad seharusnya berundur sepenuhnya daripada dunia politik setelah namanya dicemar dengan kes khalwat dan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Shahrizan Ramli berkata, pendekatan yang diambil oleh parti Bersama untuk merehatkan beliau selama tiga bulan memberi gambaran yang salah kepada pemimpin masa depan terutama anak-anak muda.Tegasnya, ramai ahli politik antarabangsa mengambil tanggungjawab jika terbabit dengan kes-kes moral dan mereka sama ada meletakkan jawatan, bersara atau mengundurkan diri daripada kerja-kerja kepartian demi menjaga maruah."Tetapi, dalam kes Nik Nazmi ini, beliau hanya direhatkan dan memberi gambaran seolah-oleh dia melakukan kesalahan kecil dan selepas tiga bulan, beliau kembali berpolitik seperti tiada apa-apa yang buruk perlu dilakukannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Presiden Bersama, Ahmad Syukri Che Abdul Razab sebelum ini berkata, Nik Nazmi Nik Ahmad, direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti Bersama selama tiga bulan, berkuat kuasa 20 Oktober ini hingga 19 Januari 2027.Syukri berkata, keputusan itu dibuat susulan pengakuan Nik Nazmi berhubung pembabitannya dalam satu kes yang mendapat perhatian umum baru-baru ini.Bagaimanapun, kenyataan Bersama tidak memperincikan sebarang tindakan disiplin tambahan terhadap Nik Nazmi selain keputusan merehatkannya daripada aktiviti rasmi parti sepanjang tempoh berkenaan.Mengulas lanjut, Shahrizan berkata, walaupun Nik Nazmi adalah sahabat baik Datuk Seri Rafizi Ramli, ia sepatutnya tidak mendapat apa-apa keistimewaan setelah mempunyai isu moral yang memberi persepsi negatif kepada parti itu sendiri.Nik Nazmi merupakan antara individu yang terlibat dalam perjuangan Bersama sejak parti itu dilancarkan semula pada Mei lalu, dengan keputusan terbaharu itu menyaksikan beliau tidak menyertai sebarang aktiviti rasmi parti sehingga 19 Januari depan |
|
Bersih cadang akta baharu kawal selia parti politik - FMT - 24/10 6:53 pm Kumpulan reformasi institusi berkata ini susulan kontroversi pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. |
|
PM lancar Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 - Sinarharian - 24/10 4:35 pm MELAKA - Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggariskan 429 ikhtiar menerusi 35 strategi bagi menangani tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.Pelan tindakan selama lima tahun itu, yang merangkumi lapan kluster strategik, menjadi kerangka tindakan nasional bagi menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan kos sara hidup merentasi kementerian dan agensi kerajaan menerusi pendekatan keseluruhan negara.Kluster berkenaan ialah pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum dengan pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelan itu menetapkan dua keutamaan, iaitu meningkatkan pendapatan rakyat serta menstabilkan harga barangan serta perkhidmatan asas.Beliau berkata pelan itu merangkumi usaha meneruskan dan menambah baik inisiatif sedia ada termasuk komitmen fiskal selain memperkenal ikhtiar baharu bagi menangani isu kos sara hidup."Ia juga bersifat dinamik bertujuan memastikan pelan tindakan berkenaan kekal relevan dan boleh disesuaikan dalam mendepani cabaran domestik selain ketidaktentuan geopolitik serta geoekonomi global," katanya pada sidang media di sini hari ini.Armizan berkata, NCLAP30 turut selari dengan hala tuju dasar utama negara termasuk Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13.Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi mandat lebih luas untuk memantau pelaksanaan semua ikhtiar sara hidup merentasi kementerian dan agensi kerajaan.Armizan berkata sebelum ini, peranan NACCOL tertumpu pada penelitian dan pertimbangan inisiatif baharu serta isu berkaitan kos sara hidup namun kini turut merangkumi pemantauan menyeluruh terhadap pelaksanaan inisiatif yang telah digariskan."Matlamatnya ialah supaya 429 ikhtiar sara hidup yang digariskan ini dapat dilaksanakan dengan sehabis baik, secara teratur, bersasar dan tidak ada pertindihan untuk mencapai keberhasilan yang optimum," katanya.Beliau berkata, kejayaan pelan itu turut memerlukan kerjasama sektor swasta, NGO dan masyarakat bagi memastikan manfaat setiap inisiatif dapat dirasai rakyat secara menyeluruh.Terdahulu, majlis pelancaran itu berlangsung di Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong di sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh |
|
Wujudkan akta khusus tangani pertikaian parti politik - Bersih - Sinarharian - 24/10 3:14 pm SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencadangkan supaya akta khusus bagi mengawal selia parti politik diwujudkan susulan pertikaian berhubung keputusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), baru-baru ini.Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kewujudan Akta Parti-Parti Politik perlu dipertimbangkan sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani pertikaian politik dan memperkukuh tadbir urus parti politik di negara ini."Apabila Parti Politik berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], persoalan boleh berbangkit tentang kebebasan Pendaftar Pertubuhan dari pengaruh eksekutif walaupun Seksyen 3 (1) Akta tersebut secara jelas menyatakan pelantikan Pendaftar hanya dibuat oleh YDPA (Yang di-Pertuan Agong)."Justeru, melihat kepada penyelesaian jangka panjang, adalah wajar untuk parti politik didaftarkan dan dikawal selia oleh Akta Parti-Parti Politik secara berasingan dari pertubuhan-pertubuhan lain," katanya dalam kenyataan di laman X.Mengambil contoh pelaksanaan Political Parties Act 2011 di Kenya, beliau berkata, Seksyen 35 akta itu menggariskan kaedah penubuhan dan keanggotaan Jawatankuasa Pemilih yang bertanggungjawab untuk melantik Pendaftar Parti Politik."Keanggotaanya meliputi pihak yang dilantik Presiden (bukan eksekutif), wakil Law Society of Kenya, wakil Parti Politik mewakili Parlimen dan Senat serta pegang taruh lain."Seterusnya, cadangan nama yang diputuskan harus dibentangkan di Parlimen (The National Assembly) untuk ditentukan sama ada diluluskan atau ditolak (Jadual 6)," ujarnya.Jelas Muhammad Faisal, kepentingan akta terbabit bukan sahaja melibatkan soal lantikan Pendaftar, tetapi merangkumi tatacara pembentukan gabungan parti-parti politik sama ada sebelum atau selepas pilihan raya."Akta ini turut berperanan mengawal selia kewangan parti politik dengan kewajipan untuk parti politik mengisytiharkan aset, perbelanjaan, sumbangan dana politik."Selain itu, mewujudkan satu tribunal khas untuk mengadili pertikaian antara ahli dalam parti, antara ahli dan parti, dan antara anggota gabungan politik, sebagai ruang untuk pihak terlibat mendapatkan keadilan dan hak untuk didengari," katanya lagi.Beliau turut menggesa wacana khusus harus dilaksanakan secara berperingkat oleh pemegang taruh termasuk pimpinan politik bagi menilai keperluan akta berkenaan. |
|
'Kita bersemuka isu Bersatu malam esok' - PN - Sinarharian - 24/10 10:52 am Elok kita bincang tanggungjawab parti anggota."Elok kita buat pendirian apa konsensus kita sebenarnya. Elok kita berdepan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PN berhasrat menjemput Bersatu menghadiri mesyuarat gabungan itu dalam masa terdekat.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi Putrajaya membenarkan permohonan PN untuk menangguhkan pelaksanaan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sementara menunggu penyelesaian permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan berkenaan.Menurut Annuar, keputusan juga akan dibuat terhadap semakan kehakiman dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada mesyuarat tersebut."Isu semakan kehakiman dan isu pilihan raya negeri Melaka sudah tentu dibincang dan kita buat keputusan."'Let's hold the bull by the horn'," ujarnya.Terdahulu, pertikaian antara PN dan Bersatu tercetus selepas parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan aduan kepada RoS dengan mendakwa parti berkenaan diketepikan daripada mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.Bersatu mendakwa tindakan mengecualikan parti itu telah melanggar Fasal 7.1 Perlembagaan PN serta mempertikai kewujudan 'kuasa veto' yang mempengaruhi keputusan Majlis Tertinggi.Berikutan aduan tersebut, RoS menggantung sementara gabungan itu selepas notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 dikeluarkan |
|
Baru ada akai! Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN - Mypress - 23/10 9:57 pm PAS sepatutnya mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu bagi mengelakkan kemelut dalaman berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).… |
|
PPG70 kemuka lima saranan pastikan TuJu benar-benar bersedia - Sinarharian - 23/10 8:46 pm SHAH ALAM - Aplikasi navigasi tempatan, TuJu perlu menjalani audit keselamatan siber dan privasi oleh pihak bebas sebelum diangkat sebagai alternatif utama kepada Waze dalam perkhidmatan awam.Pengerusi Pertubuhan Profesor G70 (PPG70), Profesor Emeritus Datuk Dr Wan Ramli Wan Daud berkata, perkara itu antara lima saranan dikemukakan pihaknya kepada kerajaan bagi memastikan aplikasi berkenaan benar-benar bersedia, selain menggesa ringkasan hasil audit diumumkan kepada umum.Menurutnya, gangguan yang dialami TuJu selepas pengumuman larangan penggunaan Waze menunjukkan masih terdapat jurang kesediaan yang perlu ditangani segera."Gangguan yang dialami aplikasi TuJu sejurus selepas pengumuman larangan, serta permohonan maaf Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung gangguan itu, menunjukkan bahawa jurang kesediaan tersebut wujud."Jurang ini perlu ditangani segera, bukan dinafikan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Wan Ramli berkata, PPG70 turut menyarankan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menerbitkan ringkasan penilaian risiko yang menjadi asas larangan penggunaan Waze tanpa mendedahkan butiran yang boleh menjejaskan keselamatan negara.Beliau berkata, piawaian penilaian yang sama juga perlu dikenakan terhadap semua aplikasi asing yang mengumpul data lokasi dan pergerakan pengguna dalam perkhidmatan awam tanpa mengira negara asal syarikat.Selain itu, PPG70 mahu LLM dan rakan kongsinya, Prosignal Consortium Sdn Bhd menjelaskan pihak yang menjadi pengawal data TuJu, lokasi serta tempoh penyimpanan data dan tahap kebergantungan aplikasi berkenaan terhadap perkhidmatan pemetaan pihak ketiga.Menurutnya, pengurusan data tersebut juga wajar selaras dengan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).PPG70 turut mencadangkan kerajaan menyediakan garis panduan seragam kepada ketua jabatan berhubung skop larangan, termasuk penggunaan peranti rasmi dan peribadi, tempoh peralihan serta senarai aplikasi alternatif yang dibenarkan.Pada masa sama, Wan Ramli berkata, PPG70 menyokong keputusan kerajaan menerusi Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melarang penggunaan Waze dalam kalangan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi kerajaan.Menurutnya, data lokasi dan pergerakan pegawai kerajaan merupakan maklumat strategik negara yang perlindungannya tidak wajar bergantung kepada tujuan mana-mana syarikat asing.Beliau menjelaskan, aplikasi navigasi mengumpul data geolokasi secara masa nyata dan berterusan yang apabila dihimpunkan pada skala besar mampu mendedahkan corak pergerakan pegawai, lokasi kemudahan kerajaan serta aliran mobiliti di sekitar infrastruktur kritikal negara.PPG70 turut mengambil maklum penjelasan Menteri Digital di Dewan Rakyat bahawa larangan berkenaan melibatkan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi dan orang ramai tidak diwajibkan menggunakan TuJu semata-mata.Pertubuhan itu berpandangan rakyat berhak memilih aplikasi navigasi berdasarkan maklumat lengkap mengenai cara data mereka dikumpul, disimpan dan digunakan.PPG70 juga menyatakan kesediaan menyumbangkan kepakaran ahlinya menerusi panel penilai akademik bebas bagi membantu kerajaan, LLM dan pembangun aplikasi tempatan meningkatkan kebolehpercayaan, ketepatan serta perlindungan data sistem navigasi negara. |
|
PRN Melaka: Wawasan serah kepada pimpinan PN tentukan agihan kerusi - Sinarharian - 23/10 8:16 pm Berapa bilangan kerusi yang kita dapat, tunggu pengumuman Setiausaha Agung PN nanti," katanya semasa sidang mediapada Jumaat.Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah memuktamadkan rundingan dengan Pas bagi PRN Melaka.Ahmad Zahid dilaporkan berkata, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pas dan rakan gabungannya akan bertanding di tujuh kerusi.Sementara itu, mengulas penggunaan logo pada PRN Melaka, Hamzah berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk menggunakan lambang PN."Kalau boleh kita mahu guna lambang PN. Sebab itu bila kita dapat surat daripada RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia), kita terus bawa isu ini ke mahkamah."Ini menunjukkan kita yakin PN adalah lambang kepada kita semua sebagai parti anggota dalam PN |
|
PRN Melaka: Semangat BN-Pas tetap sama, pentas mungkin berbeza Ab Rauf - Sinarharian - 23/10 8:15 pm MELAKA Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk berkongsi pentas dengan Pas bagi mengumumkan calon masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini, mungkin tidak kesampaian berikutan isu teknikal berkaitan kedudukan Perikatan Nasional (PN) yang masih perlu diselesaikan.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, isu tersebut membabitkan keputusan mahkamah berkaitan permohonan penangguhan pelaksanaan serta tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung perkara sama.Menurutnya, Pas perlu menyelesaikan isu teknikal berkenaan terlebih dahulu sebelum memutuskan kaedah pengumuman calon parti itu."Kita tunggu esok (Sabtu) kerana mereka mempunyai pandangan teknikal tentang kedudukan PN yang telah mendapat keputusan penangguhan daripada pihak mahkamah."Kita kena mengerti, apa pun semangatnya tetap sama, cuma pentasnya mungkin berbeza," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas penafian Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa parti itu akan mengumumkan calon PRN Melaka secara bersama atau sepentas dengan BN.Beliau ditemui pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN DUN Pantai Kundur, pada Jumaat.Khamis lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN dan Pas akan berkongsi pentas bagi mengumumkan calon masing-masing pada PRN Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Sabtu ini.Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menafikan perkara itu dan memaklumkan Pas dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon. |
|
Profesor G70 sokong larangan Waze, gesa audit bebas aplikasi TuJu - Harapandaily - 23/10 7:39 pm Pertubuhan Profesor G70 (PPG70) menyokong keputusan kerajaan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam urusan rasmi penjawat awam, namun menggesa supaya aplikasi tempatan TuJu menjalani audit keselamatan siber dan privasi secara bebas sebelum dijadikan alternatif utama |
|
Hamzah dakwa ada 'udang di sebalik batu' isu Bersatu tidak dijemput mesyuarat PN - Sinarharian - 23/10 7:39 pm KOTA BHARU Tindakan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak dijemput menghadiri mesyuarat gabungan itu disifatkan sebagai langkah mengikut peraturan, bukannya mengetepikan kepentingan parti berkenaan.Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan itu wajar kerana terdapat aduan ahli Bersatu sendiri kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung kesahihan mesyuarat parti berkenaan yang didakwa tidak mencukupi korum.Menurut beliau, perkara sama pernah berlaku terhadap Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) apabila terdapat aduan berkaitan RoS sebelum parti itu dibenarkan kembali menghadiri mesyuarat selepas memaklumkan bahawa isu berkenaan telah diselesaikan."Kalau saya jadi setiausaha agung, saya buat benda yang sama |
|
Baru ada akai! Tun Faisal sindir Pas langgar aturan sendiri - Harapandaily - 23/10 6:04 pm Jika Pas mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) dan melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu sejak awal, kemelut dalaman berkenaan tidak sepatutnya berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) |
|
RoS Rayu Keputusan Mahkamah Benar PN Gantung Pembatalan Pendaftaran Parti - Siakapkeli - 23/10 5:11 pm KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan... |
|
'Berat naik tak jamin kebajikan Dara, Amoi dan Kelat' - Mkini - 23/10 4:41 pm Sejak bila berat badan menjadi penentu kebajikan haiwan," soal Pertubuhan Ihsan Haiwan Malaysia. |
|
PN panggil mesyuarat: Tunggu jemputan rasmi, semak implikasi undang-undang - Tun Faisal - Sinarharian - 23/10 4:05 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menunggu jemputan rasmi mesyuarat Perikatan Nasional (PN) susulan penggantungan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga akan menantikan semakan implikasi undang-undang dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)."Pas sepatutnya sejak awal mematuhi Perlembagaan PN serta aturan pertubuhan itu selaku pengerusi dan pentadbir gabungan berkenaan."Jika Pas patuh dan melaksanakan keputusan-keputusan MT (Majlis Tertinggi) PN secara amanah dan tidak bertangguh-tangguh, tidak ada pemimpin Pas yang bukan anggota MT bertindak melanggar keputusan serta tidak berunding di belakang secara mengenepikan MT, perkara ini tidak akan sampai ke peringkat mahkamah dan RoS," katanya pada Jumaat.Sebelum ini Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PN akan memanggil Bersatu menghadiri mesyuarat meskipun kemelut antara kedua-dua pihak masih belum reda.Menurutnya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung Notis Pembatalan Pendaftaran PN yang dikeluarkan RoS membolehkan gabungan itu mengadakan mesyuarat.Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan penggantungan berkenaan selepas berpendapat terdapat kemudaratan lebih besar kepada gabungan itu selaku pemohon sekiranya penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan.Hakim kemudian membenarkan permohonan gabungan parti itu supaya notis berkenaan digantung sehingga prosiding substantif semakan kehakiman didengar.Dalam pada itu Tun Faisal menegaskan, Pas perlu memahami mereka tidak sepatutnya bertindak secara unilateral dan melanggar perlembagaan PN ada perlembagaan serta aturannya."Keputusan 'stay' tidak memutuskan sama ada keputusan RoS salah dan Pas tidak pernah melanggar Perlembagaan PN, menindas dan menafikan hak Bersatu sebagai parti anggota PN."Panggilan mesyuarat, kata orang Perak, baru ada akai," ujarnya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |