///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Persidangan News   Page 1    



Setiausaha Negara AS lawat Malaysia sempena mesyuarat berkaitan ASEAN - Sinarharian - 7/07 10:54 pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio akan mengadakan lawatan ke Malaysia minggu ini bagi menghadiri beberapa mesyuarat serantau peringkat tinggi dan sesi libat urus dua hala, menjadikannya lawatan pertama beliau ke Asia sejak memegang jawatan awal tahun ini.Menurut kenyataan di laman web rasmi Jabatan Negara AS, Rubio akan berada di Kuala Lumpur dari 8 hingga 12 Julai dan dijadual menghadiri Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN-AS, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) serta Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) yang akan bermula Khamis ini.Beliau juga dijangka mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan kerajaan Malaysia sepanjang lawatan tersebut."Lawatan ini menekankan semula fokus Washington untuk memperkukuh penglibatan di Indo-Pasifik."Rubio akanmenegaskankomitmen ASdalam memajukan rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan selamat."Sepanjang lawatan ini, Setiausaha Negaraakan mengetengahkan kekuatan Perkongsian Strategik Komprehensif AS dengan ASEAN dalam memberikan manfaat kepada rakyat Amerika dan rakyat Asia Tenggara, selain komitmen ASuntuk memperkukuh lagi Perkongsian Komprehensif dengan Malaysia," menurut kenyataan itu.Kesemua menteri luar negara anggota ASEAN dijangka hadir, kecuali Myanmar yang hanya akan diwakili pegawai kanan kementerian luarnya





AI alat sokongan pembelajaran bukan ancaman menurut ahli akademik - SUN - 7/07 10:22 pm

Kita tidak boleh menghalang pelajar daripada menggunakan AI, tetapi kita boleh bimbing mereka supaya menggunakannya secara betul. Ya, AI boleh menjadi rakan tetapi sejauh mana peranan rakan itu perlu kita tentukan, katanya semasa menjadi panel dalam sesi bertajuk AI & PR: Friend or Foe? di Persidangan Perhubungan Awam Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIP 7)





DUN Sabah luluskan RUU Perbekalan Tambahan lebih RM1 bilion - Astroawani - 7/07 9:45 pm

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2025 berjumlah RM1.18 bilion hari ini.





DUN Sabah lulus perbekalan tambahan RM1.18 bilion untuk 2025 - SUN - 7/07 8:37 pm

Kementerian Kerja Raya Sabah menerima agihan terbesar iaitu RM254.9 juta, diikuti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan RM82.5 juta. Persidangan DUN Sabah akan bersambung esok





Sarawak lulus RUU tambah 17 kerusi DUN baharu - SUN - 7/07 8:25 pm

Ini adalah peningkatan terbesar yang pernah kami lakukan, mungkin yang terbesar di antara semua negeri di Malaysia. Mungkin mengambil masa 10 tahun atau lebih sebelum kita melihat peningkatan berikutnya, katanya dalam ucapan penggulungan persidangan khas DUN





Kutipan interim Sabah meningkat hasil kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan - SUN - 7/07 8:01 pm

Beliau menekankan usaha yang dipelopori oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam memastikan kutipan hasil yang lebih tinggi bagi negeri ini. Usaha ini harus direkodkan dalam DUN sebagai satu kejayaan besar dalam memastikan Sabah mendapat hak yang sewajarnya, katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2025 di persidangan DUN Sabah





Kebakaran Putra Heights: ADUN pembangkang 'boikot' taklimat khas tertutup - Sinarharian - 7/07 6:56 pm

Banyak perkara tidak jelas dalam laporan. Perkara ini mesti dibincangkan secara terbuka di dalam dewan, bukan dalam bilik tertutup," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas persidangan DUN Selangor di sini pada Isnin.Sebelum ini, Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan) mengemukakan petisyen daripada 20 penama iaitu mangsa yang terkesan akibat insiden letupan itu supaya perkara berkenaan dibincangkan pada persidangan DUN Selangor.Bagaimanapun, Speaker DUN Selangor, Lau Weng San tidak membenarkan rayuan berkenaan berikutan bertindih dengan permohonan yang difailkan Amirudin untuk membentangkan perkara itu pada sidang DUN kali ini.Dalam pada itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor tersebut menegaskan keperluan untuk kerajaan negeri membentangkan laporan penuh insiden berkenaan tanpa sebarang penyuntingan serta pembentangan kertas putih yang menyeluruh.Beliau berkata, pihaknya turut meluahkan rasa kesal apabila usul mereka berkaitan isu terbabit ditolak."Penduduk pasti kecewa





Malaysia bakal lancar Garis Panduan Komunikasi AI Bertanggungjawab - Sinarharian - 7/07 6:12 pm

KUALA LUMPUR - Garis Panduan Komunikasi Kecerdasan Buatan (AI) Bertanggungjawab yang bakal diperkenalkan kerajaan akan menjadi kerangka penting dalam menyokong golongan profesional dalam bidang media, perhubungan awam (PR) dan penciptaan kandungan digital.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, garis panduan itu dirangka bagi melengkapi Pelan Tindakan AI Nasional serta memastikan amalan komunikasi yang beretika, telus dan berintegriti terus diperkukuh ketika teknologi AI semakin mempengaruhi wacana awam.Beliau menegaskan teknologi perlu berperanan untuk membantu manusia, bukan menggantikannya dan meminta golongan profesional komunikasi memimpin dengan tujuan yang jelas, berlandaskan prinsip inklusif dan ketelusan."Kita hidup dalam zaman komunikasi tanpa sempadan yang semakin dipengaruhi oleh AI. Namun, satu perkara yang tidak boleh berubah ialah keutamaan kepada etika dan pertimbangan manusia dalam komunikasi," katanya.Fahmi berkata demikian dalam ucaptama menerusi rakaman video sempena Persidangan Perhubungan Awam Antarabangsa Kuala Lumpur ke-7 (KLIP 7) di sini pada Isnin.Beliau kini berada di Geneva, Switzerland bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringkat Tinggi Masyarakat Maklumat Sedunia+20 (WSIS+20).Katanya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini perlu mempamerkan kepimpinan yang bukan sahaja berasaskan kuasa dan mandat, tetapi turut didasari oleh visi, empati dan prinsip etika.Mengulas lanjut, Fahmi menyifatkan tema persidangan KLIP 7, 'AI Berimpak: Komunikasi Media Sosial dan Pendidikan Dalam Talian' sebagai tepat pada masanya, selaras dengan perubahan landskap komunikasi yang semakin dipengaruhi oleh teknologi moden.Dalam pada itu, Fahmi turut memuji Ikrar Venice yang disokong oleh Global Alliance for Public Relations sebagai penanda aras global baharu dalam menjamin komunikasi AI yang beretika dan berpaksikan nilai kemanusiaan."Saya berbangga apabila Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Jaffri Amin Osman yang juga rakyat Malaysia, merupakan ahli Lembaga Global Alliance dan memainkan peranan penting dalam merangka Ikrar Venice," katanya.Fahmi turut merakamkan ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN.Sejak diperkenalkan pada 2019, KLIP menjadi platform persidangan utama peringkat antarabangsa yang menghimpunkan pemimpin, profesional serta ahli akademik dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi dari serantau ASEAN dan luar negara.Persidangan kali ini menghimpunkan penceramah utama dari dalam dan luar negara, di samping sesi panel dan perbincangan interaktif yang menawarkan peluang jaringan dan perkongsian ilmu kepada para peserta





PRN Sabah: Rundingan kerjasama PH-BN berlangsung - Sinarharian - 7/07 4:39 pm

Bila sampai ke meja rundingan, biasanya ketua tidak perlu hadir. Setakat ini, saya sendiri belum pernah bertemu beliau (Bung Moktar)," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Bilik Media semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Isnin.Bagaimanapun, Foong Hin berkata, perkara itu mungkin berkaitan dengan kekangan masa atau strategi dalaman parti yang tidak memerlukan kehadiran pemimpin tertinggi dalam peringkat awal rundingan."Biasanya kalau DAP akan diwakili oleh Datuk Phoong Jin Zhe (Pengerusi DAP Sabah)





1,020 murid di Selangor berisiko hidapi masalah kemurungan – Exco - Mgazette - 7/07 3:50 pm

# 1,020 murid di Selangor berisiko hidapi masalah kemurungan - Exco SHAH ALAM - Sebanyak 1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikenal pasti mempunyai tanda-tanda awal ketegori berisiko tinggi mengalami masalah kemurungan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini





CEAPAD platform unik, strategik untuk bina kapasiti dan pembangunan mampan di Palestin - SUN - 7/07 3:13 pm

KUALA LUMPUR: Jepun menyifatkan Persidangan Keempat Kerjasama Negara-Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD IV), yang dianjurkannya bersama Malaysia, sebagai platform unik dan strategik bagi memperkukuh pembinaan kapasiti serta pembangunan mampan di Palestin melangkaui bantuan kecemasan





Letupan gas Putra Heights dibahaskan di DUN Selangor - SUN - 7/07 1:21 pm

SHAH ALAM: Isu letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ini, menurut Speaker DUN Selangor Lau Weng San





PACE 2025 berlangsung dari 19-20 Julai di SCCC tawaran menarik kereta premium, baucar RM3,000 - Paultan - 7/07 12:21 am

Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org bakal kembali membawakan pelbagai tawaran automotif terbaik pada 19-20 Julai 2025, bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)





DUN Selangor akan bahas insiden letupan gas Putra Heights - Speaker - Astroawani - 7/07 12:15 am

Insiden letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya akan dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ini.





9 Ahli Parlimen PKR desak tubuh RCI siasat kemelut pelantikan Ketua Hakim Negara - Sinarharian - 7/07 10:12 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Sembilan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007 yang membabitkan cubaan mempengaruhi lantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.Beliau mendakwa beberapa maklumat yang kini tular dalam pengetahuan awam perlu dijelaskan segera bagi mengelakkan krisis kepercayaan terhadap kerajaan dan institusi kehakiman katanya pada sidang media khas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Puchong Jaya pada Isnin.Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.Dua lagi ahli Parlimen PKR yang tidak hadir namun menyokong pendirian berhubung reformasi institusi kehakiman itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.Rafizi menegaskan penubuhan RCI merupakan langkah paling berkesan untuk menangkis segala spekulasi mengenai campur tangan dalam urusan kehakiman dan memulihkan keyakinan rakyat.Katanya, mesyuarat tergempar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) pada Jumaat lalu yang dikatakan tidak memenuhi notis 10 hari mengundang persoalan sama ada wujud usaha mengubah senarai calon hakim."Apabila keputusan dibuat secara tertutup, rakyat akan berteka-teki. Kita pernah melalui episod correct, correct, correct, kita tidak mahu sejarah berulang," ujarnya sambil merujuk skandal VK Lingam.Beliau turut memaklumkan laporan polis sudah dibuat oleh pegawai Hakim Mahkamah Persekutuan berhubung dakwaan campur tangan dan berharap siasatan terperinci dapat dimulakan segera.Menurutnya, kelewatan mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan hanya memburukkan lagi persepsi negatif terhadap kebebasan badan kehakiman.Difahamkan sembilan Ahli Parlimen terbabit akan menghantar usul mendesak penubuhan RCI pada persidangan Dewan Rakyat dua minggu lagi bagi memastikan isu itu dibahas secara rasmi."Perdana Menteri tiada apa yang perlu disembunyikan





Bersatu Temerloh usul Konsensus Nasional Baru, seru kebangkitan akar umbi - Mgazette - 7/07 7:38 am

# Bersatu Temerloh usul Konsensus Nasional Baru, seru kebangkitan akar umbi TEMERLOH - Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Temerloh hari ini menyaksikan beberapa usul termasuk cadangan menjadikan Konsensus Nasional Baru sebagai dasar utama parti dalam mendepani cabaran politik semasa





'Lebih ramai bukan Bumiputera akan masuk Bersatu Pahang' - Sinarharian - 6/07 7:08 pm

KUANTAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang menjangkakan lebih ramai bukan Bumiputera akan menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu dalam masa terdekat.Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah berkata, perkembangan itu dapat dilihat apabila terdapat ahli MCA yang mula mendaftar sebagai ahli bersekutu Bersatu baharu-baharu ini."Sebenarnya memang ramai bukan bumiputera khususnya daripada MCA telah menyatakan minat dan saya sendiri pun tidak sangka, contohnya di kawasan saya di Rompin pun ada yang dah mula mendaftar sebagai ahli bersekutu."Saya rasa mereka sudah mula melihat bahawa Perikatan Nasional (PN) adalah pilihan tepat untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan insya-ALLAH lebih ramai dijangka akan menyertai," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyertaan dua tokoh iaitu bekas Ketua Wanita Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Pahang, Datuk Harvinder Kaur dan bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon dalam Bersatu.Terdahulu, Abdul Khalib merasmikan Persidangan Tahunan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar bagi mewakili Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Indera Mahkota di sini pada Ahad.Turut hadir, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar, Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Andansura Rabu serta ketua bahagian dan perwakilan Bersatu.Mengulas mengenai persidangan bahagian Bersatu, Abdul Khalib berkata, kesemua 14 bahagian telah menyempurnakan persidangan masing-masing."Kita bersidang pada 4, 5 dan 6 Julai dan hari ini semua persidangan bahagian Bersatu di seluruh Pahang sudah selesai," katanya





PN mula gerak kempen awal PRU16 melalui Jelajah Teraju Pahang - Sinarharian - 6/07 6:03 pm

KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang sudah memulakan kempen awal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) menerusi siri Jelajah Teraju Pahang 2.0 yang dilaksanakan secara berterusan di seluruh negeri ini.Ketua Sekretariat PN Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, program itu merupakan kesinambungan kepada pusingan pertama yang telah menjelajah 24 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dan berpotensi menang.Menurutnya, objektif utama jelajah itu adalah untuk memberikan semangat kepada jentera parti selain meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan PN menerajui Pahang."Jelajah Teraju Pahang ini adalah untuk memberikan semangat kepada jentera kita. Selain itu, ia juga bertujuan menimbulkan keyakinan rakyat khususnya di kawasan yang kita jangka boleh menang, bahawa kita benar-benar serius untuk menerajui negeri Pahang.""Kita mahu rakyat yakin bahawa kita ada kewibawaan untuk memerintah negeri ini, di samping menyatukan orang Melayu dan Islam di Pahang agar bangkit daripada kemelut lama kepada semangat baharu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Tahunan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar di Indera Mahkota di sini pada Ahad.Persidangan Bersatu itu dirasmikan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah yang mewakili Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Turut hadir, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar serta ketua bahagian dan perwakilan Bersatu.Andansura yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah menjelaskan, siri jelajah itu akan diteruskan sehingga PRU16 bagi menunjukkan PN bukan hanya turun bekerja ketika pilihan raya.Katanya, program tersebut akan dilaksanakan secara berterusan melalui beberapa siri jelajah pada masa akan datang."Kita hendak tunjuk kepada rakyat bahawa kita bukan hanya bekerja masa pilihan raya, tetapi sentiasa ambil tahu tentang permasalahan mereka.""Sebab itu kita turun melalui kempen Teraju Pahang supaya dapat menyelami hasrat dan masalah rakyat dan kita berharap dengan ini rakyat beri peluang kepada kita," katanya.Mengulas maklum balas rakyat, Andansura berkata, sambutan yang diterima sangat positif dan memberi keyakinan kepada PN untuk terus bergerak ke hadapan."Kita mahu rakyat yakin PN ada kebolehan dan mampu memerintah lebih baik daripada kerajaan sekarang.""PN juga ada barisan kepimpinan berkelayakan, berpengalaman, dengan gabungan profesional dan bukan profesional yang lengkap untuk mentadbir Pahang," ujarnya.Sementara itu, Rosli berkata, Pas sudah lama melaksanakan strategi perang saraf melalui media sosial sebagai persiapan PRU16.Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada strategi untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat."Kita lihat rakyat Pahang memahami maksud Teraju Pahang dan slogan yang kita bawa...semalam saya di Tioman, sama seperti Andansura di Indrapura, saya ziarah lebih 50 rumah dan mereka menyatakan sokongan."Insya-ALLAH gerak kerja ini akan diteruskan sehingga PRU16, termasuk mendekati semua kaum, Cina dan India pun kita sentuh."Jangan bimbang, orang Cina dan India boleh tengok di Kelantan, Terengganu, Kedah bagaimana PN memerintah dengan adil kepada semua," katanya.





Bersatu Pagoh gesa kerajaan hapus SST - Sinarharian - 6/07 4:29 pm

MUAR - Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pagoh pada Ahad sebulat suara mengusulkan agar kerajaan menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usul itu antara perkara utama yang dibangkitkan dalam persidangan selain isu pendidikan dan penjelasan mengenai perjanjian pembangunan wilayah Ambalat."Saya telah mendengar usul-usul yang dibahas dan memberikan pandangan





DUN Sabah terbubar sendiri 11 Nov Ini – Speaker - Mgazette - 6/07 3:58 pm

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 Nov ini sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya. Kadzim berkata tempoh lima tahun DUN Sabah dikira bermula dari tarikh persidangan pertama DUN Sabah Ke-16 iaitu pada 12 Nov 2020, justeru tempoh tamat penggal lima tahun itu adalah pada 11 Nov ini





AMM ke-58: Konflik di Gaza jadi antara fokus utama - Astroawani - 6/07 3:45 pm

Mesyuarat Peringkat Menteri Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin Keempat (CEAPAD IV) akan berlangsung pada Jumaat.





'Najib berhak diadili ikut perlembagaan' - Noh Omar - Sinarharian - 6/07 3:38 pm

TANJONG KARANG Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilihat sebagai rakyat biasa yang berhak mendapat keadilan mengikut perlembagaan, bukan semata-mata sebagai bekas Perdana Menteri.Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan seolah-olah menafikan hak asasi Najib sebagai rakyat biasa, walaupun telah menerima pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong."Jangan pandang beliau hanya sebagai bekas Perdana Menteri, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang telah melalui proses undang-undang dan diberikan pengampunan oleh Agong."Kenapa hak dia sebagai rakyat tidak dihormati? Mengapa titah Agong seolah-olah tidak dilaksanakan?" katanya ketika ditemui selepas Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjong Karang di sini pada Ahad.Noh memberitahu, kerajaan digesa agar tidak mempermainkan kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam isu terbabit, apatah lagi pengampunan sudah diberikan secara rasmi."Kalau dulu semua berebut nak dekat dengan Agong, kenapa sekarang bila Agong sudah titah, keputusan Mahkamah Rayuan pun dah keluar, tapi kerajaan masih nak rayu?"Ini bukan soal undang-undang lagi, ini soal menghormati institusi, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan pada sistem," katanya.Sehubungan itu, katanya, isu itu bukan sekadar soal politik atau kedudukan Najib sebagai tokoh negara, tetapi melibatkan beberapa persoalan penting yang membabitkan prinsip keadilan dan kedaulatan negara."Kalau perkara ini tidak dihormati, kita sebenarnya sedang mencabar sistem Raja Berperlembagaan yang jadi asas negara," tegas beliau.Noh turut membandingkan isu itu dengan kes kalimah Allah yang sebelum ini ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan."Masa kes kalimah ALLAH, rayuan boleh dihentikan, tapi kenapa dalam kes Najib masih diteruskan?"Ini yang mengundang persoalan adakah ini soal prinsip, atau ada tangan-tangan politik?" katanya.Noh turut menyatakan rasa terharu apabila dipilih sebagai saksi dalam kes Najib meskipun tidak lagi menganggotai UMNO kerana percaya perjuangan beliau bukan demi parti, tetapi untuk keadilan."Saya bukan ahli UMNO, tapi Najib tetap percaya saya sebab pegang pada prinsip keadilan mesti ditegakkan untuk semua, tak kira siapa," kata Noh.Noh menjelaskan, tahanan di rumah bukanlah satu pembebasan, sebaliknya masih dalam ruang pelaksanaan hukuman yang lebih berperikemanusiaan seperti diamalkan di negara-negara lain."Beri ruang Najib jalani hukuman di rumah, beliau bukan lari daripada hukuman, tapi sudah diberi pengampunan dan pertimbangan khas oleh Agong," katanya.Noh turut menyeru pemimpin UMNO dalam kerajaan untuk berani bersuara mempertahankan prinsip Perlembagaan dan menghentikan rayuan terhadap isu addendum."Kalau UMNO masih punya jiwa perjuangan, ini masanya untuk buktikan tidak tunduk kepada tekanan politik," tambah beliau.





PRU16 dijangka lebih awal, Tun Faisal sifatkan kerajaan tak mampu bertahan lama - Sinarharian - 6/07 2:11 pm

KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka diadakan lebih awal susulan tekanan berterusan yang dihadapi kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkembangan terkini dalam mesyuarat-mesyuarat bahagian UMNO juga memberi petunjuk bahawa gabungan kerajaan kini tidak lagi selesa bertahan."Saya nampak Perdana Menteri dan kerajaan hari ini seolah-olah sudah tidak sabar lagi."Naratif UMNO dalam mesyuarat-mesyuarat bahagian juga menuju ke arah pilihan raya. Ini memberi isyarat jelas bahawa PRU16 mungkin berlaku dalam masa terdekat," katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Seri Merchu di sini pada Ahad.Hadir sama, Ketua Bersatu Bahagian Kuala Kangsar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Dr Hashim Bujang.Menurut Tun Faisal, tekanan dihadapi kerajaan bukan sekadar bersifat politik, tetapi turut membabitkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai isu termasuk krisis kos sara hidup, ekonomi dan dasar-dasar yang menekan."Krisis ekonomi, krisis kewangan, krisis kehidupan rakyat...semuanya sedang berlaku





Isu letupan gas di Putra Heights: sesi taklimat khas kepada wakil rakyat esok - MB - SUN - 6/07 1:54 pm

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari -BERNAMA KLANG: Sesi taklimat khas kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berhubung isu letupan saluran paip gas di Putra Heights akan dilaksanakan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari pertama selesai esok





DUN Sabah terbubar sendiri 11 Nov ini - Speaker - SUN - 6/07 1:21 pm

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan terbubar secara sendiri pada 11 Nov ini sekiranya DUN tidak dibubarkan sebelum tarikh itu, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya. Kadzim berkata tempoh lima tahun DUN Sabah dikira bermula dari tarikh persidangan pertama DUN Sabah Ke-16 iaitu pada 12 Nov 2020, justeru tempoh tamat penggal lima tahun itu adalah pada 11 Nov ini





Parlimen Kosovo dikosongkan akibat ancaman bom palsu - SUN - 6/07 10:59 am

Ia benar-benar tidak masuk akal. Ini mungkin panggilan yang disengajakan untuk menghalang ahli Parlimen daripada menghadiri persidangan, kata Ahli Parlimen daripada parti Perikatan untuk Masa Depan Kosovo (AAK), Time Kadrijaj





BRICS tawar peluang pasaran baharu kepada peniaga Malaysia - Anwar - Sinarharian - 6/07 10:32 am

Beliau terkejut dan menanyakan lebih lanjut tentang hal itu," kata Anwarpada majlis makan malam yang dihoskan oleh Yinson Production di sini.Turut menghadiri majlis tersebut ialahMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Pengerusi Eksekutif Yinson Holdings Bhd Lim Han Weng.Yinson, pemilikdan pengendali kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO), mempunyai tiga projek di Brazil sejak 2023, iaitu FPSO Anna Nery, FPSO Maria Quiteria dan FPSO Atlanta.Manakala Petronas terlibat dalam aktivitipengeluaran minyak di Brazil dan pada tahun lepas turut membuka stesen minyaknya di negara ini.Anwar, yang juga Menteri Kewanganberkata, walaupun Amerika Syarikat dan China terus menjadi pasaran dan sumber pelaburan terbesar bagi Malaysia, terdapat peluang lainmelangkaui daripasaran tersebut.Perdana Menteri berkata, beliau telah meminta Tengku Zafrul untuk membantu memudahkan syarikat Malaysia menjalankanperniagaan di Brazil.Menurut beliau,Brazil bukan sahaja menunjukkan kekuatannya sebagai suara dunia ketiga, tetapi juga telah menjadi kuasa ekonomi yang penting.Mengenai pertemuannya dengan Lula da Silva pagi ini, Anwar berkata, mereka membincangkanpelbagai isu yang penting kepada kedua-dua negara.Dalam padaitu, Perdana Menteriberkata, Presiden Braziltelah menerima pelawaan beliau untuk melawat Malaysia semasa Sidang Kemuncak Asean pada Oktober depan."Beliau mahu membawa menteri utamadan kumpulan perniagaan ke Malaysia. Akan ada persidangan khas yang mana kami berdua akan bersama-sama berucap padaacara itu," kata beliau.Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak itu adalah atas kapasiti sebagaiNegara Rakan BRICS dan selakuPengerusi ASEAN 2025





UMNO perlu tanding 120 kerusi PRU16 - Pemuda UMNO Kapar - Sinarharian - 6/07 10:28 am

KLANG Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Mohd Aris mencadangkan UMNO kembali bertanding lebih daripada 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi mengembalikan dominasi parti itu dalam politik negara.Menurut beliau, hanya dengan bertanding lebih 120 kerusi, UMNO mampu menjadi parti utama yang memimpin kerajaan dan tidak lagi bergantung kepada pihak lain."Saya sebenarnya yakin dan percaya hasrat akar umbi untuk melihat UMNO ini kembali memimpin dan bukan dipimpin."Maka tiada jalan lain selain UMNO bergerak solo sekali gus menjadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kapar di Dewan MBDK Seri Kerayong di sini pada Sabtu malam.Mohd Affifi menegaskan, mustahil untuk mana-mana gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan memberikan laluan kepada UMNO bertanding lebih 120 kerusi jika terus berada dalam kerjasama sedia ada."Dengan jumlah 222 kerusi Parlimen, tak logik gabungan lain beri kita ruang sebegitu, jadi formula terbaik ialah bergerak sendiri," jelasnya.Beliau juga menyeru pucuk pimpinan tertinggi parti mengutamakan kesatuan dan perpaduan dalaman sebagai langkah penting ke arah kebangkitan UMNO."Masalah sekarang bukan di akar umbi, tapi di atas (kepimpinan tertinggi) yang perlu bersatu, bukan hanya pada slogan, tetapi tindakan."Mana merajuk kita pujuk, (manakala) yang keluar parti kita tarik semula melalui jawatankuasa khas," katanya.Beliau menjelaskan, persidangan sayap pemuda bahagian itu tahun ini mengusulkan dua perkara utama iaitu had umur Ketua Pemuda ditetapkan bawah 40 tahun dan mengekalkan kerusi Parlimen Kapar untuk UMNO."Dengan Undi18 sudah berkuat kuasa, wajar Ketua Pemuda UMNO mesti bawah 40 tahun supaya dasar dan gerakan parti lebih seiring dengan kehendak semasa."Selain itu, Kapar perlu kekal ditandingi UMNO kerana pengundi Melayu mencecah 70 peratus," katanya.Beliau turut memaklumkan, UMNO Kapar kini giat merancang pelbagai strategi dan program mendekati rakyat dalam usaha memperkukuh kedudukan menjelang PRU akan datang."Sama ada kita bergerak solo atau bersama gabungan, kami di Kapar sudah mula gerak kerja dari sekarang," katanya.Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sebarang usul atau pandangan yang mahu diketengahkan oleh mana-mana bahagian perlulah dibawa melalui saluran rasmi seperti mesyuarat parti di peringkat bahagian.Menurut beliau, platform seperti mesyuarat bahagian merupakan ruang terbaik untuk mencadangkan usul yang kemudiannya boleh diangkat ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan seterusnya dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang."Seperti yang saya nyatakan dalam mesyuarat tadi, di sinilah tempat terbaik untuk membawa apa sahaja pandangan atau usul."Kita tak mahu Bahagian Kapar sahaja bawa satu usul sedangkan bahagian lain tidak selari dengan naratif tersebut," jelas beliau.Beliau turut menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam menilai setiap usul yang dibawa."Kita ada platform untuk menimbang tara usul-usul dibawa oleh setiap bahagian dan akan diputuskan dalam mesyuarat MKT nanti," katanya.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan setakat ini belum ada mana-mana usul dibawa ke peringkat tertinggi kerana persidangan bahagian masih berlangsung."Segala usul itu akan diteliti dan diputuskan sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO pada November nanti," jelasnya





Anwar patut rujuk tiga bekas Perdana Menteri sebelum laksana cukai - Ahmad Faizal - Sinarharian - 6/07 10:23 am

IPOH - Kerajaan sepatutnya merujuk pandangan tiga bekas Perdana Menteri terdahulu sebelum melaksanakan sebarang dasar besar yang memberi kesan langsung kepada rakyat terutama cukai jualan dan perkhidmatan (SST).Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengalaman luas negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar dimanfaatkan kerajaan bagi meneliti pendekatan terbaik menjana pendapatan negara tanpa membebankan rakyat."Tentunya ada pelbagai cara boleh kita lakukan untuk meningkatkan hasil negara bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tanpa perlu membebankan mereka semula."Kalau kerajaan nak ambil pendekatan seperti SST, saya nak cadangkan supaya Perdana Menteri ke-10 ini berjumpa dengan tiga mantan Perdana Menteri yang hebat dan telah banyak berkhidmat."Tanyalah mereka, apakah jalan terbaik yang boleh diambil. Saya yakin mereka sedia berkongsi idea dan pandangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Tambun di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Sabtu.Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, semasa turun padang meninjau suasana pasar besar dan berbual bersama peniaga serta pembeli, beliau mendapati hampir 100 peratus menyuarakan kekecewaan terhadap SST.Katanya, keadaan itu menunjukkan bahawa kenyataan sesetengah pemimpin kerajaan yang mendakwa pelaksanaan cukai itu akan membawa keuntungan kepada rakyat adalah sama sekali tidak berasas dan angkuh."Saya pernah berada dalam Kabinet dan mengetuai kerajaan negeri





Penutupan pejabat tidak jejaskan operasi PN - Sinarharian - 6/07 9:24 am

Setiausaha Eksekutif PN masih sihat, waras dan sentiasa berhubung dengan kami. Itu bukti sistem masih berjalan dengan baik," katanya secara berseloroh.Terdahulu, Ahmad Faizal hadir menyempurnakan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Tambun di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Sabtu.Pengerusi Bersatu Perak yang juga Ketua Bahagian Bersatu Tambun itu berkata, usul menambah baik dan memperkukuhkan parti merupakan antara agenda utama yang akan dibentangkan ke peringkat Persidangan Agung Tahunan parti pada September depan.Selain itu, katanya, usul yang dibawa juga menekankan intipati pemantapan gerak kerja dalam menghadapi pilihan raya akan datang serta kesetiaan ahli-ahli parti kepada pucuk pimpinan."Syabas dan tahniah kepada semua 24 bahagian Bersatu di negeri ini yang berjaya mengadakan persidangan bermula malam ini (Sabtu) sehingga esok (Ahad)."Tentunya semua perkara yang dibincangkan dan usul-usul yang dibahaskan akan kita perincikan," katanya.





Mengapa pelantikan Ketua Hakim Negara bukan lagi keutamaan kerajaan, tanya .. - Mgazette - 6/07 8:34 am

"Sehinggakan ada suara-suara daripada penyokong kerajaan sendiri untuk menyambung atau memberikan sedikit peluang kepada (bekas) Ketua Hakim Negara supaya diberikan sekurang-kurangnya lanjutan enam bulan lagi (perkhidmatan)," katanya. Beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Berkelompok Bahagian-bahagian Bersatu Melaka di Ayer Keroh di sini malam tadi





MTUC dakwa Malaysia ‘dimalukan’ akibat gagal patuhi konvensyen .. - Mgazette - 6/07 8:34 am

# MTUC dakwa Malaysia 'dimalukan' akibat gagal patuhi konvensyen hak kesatuan pekerja KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerusi Jawatankuasa Bersama Khas (JBK) kecewa terhadap tindakan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) yang didakwa gagal menyerahkan senarai wakil pekerja ke Persidangan Buruh Antarabangsa ke-113 (ILC) anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva baru-baru ini





Bersatu tidak boleh bergantung kepada gelombang kemarahan rakyat - Mgazette - 6/07 8:34 am

Kita bukan hanya pergi meraih undi dan sokongan kerana rakyat marah kepada kerajaan yang ada, kami faham, kami pun marah kepada kerajaan sedia ada, tetapi kami juga ada perkara-perkara yang ingin kami tawarkan, katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Terdahulu Saifuddin menyempurnakan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan 14 Bahagian Bersatu 2025 di Selangor





Tidak wujud dua kem Bersatu di Selangor - Mgazette - 6/07 8:34 am

SERDANG Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan parti itu di Selangor. Ahlinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, persepsi itu timbul selepas majlis perasmian berkelompok persidangan tahunan Bersatu 2025 hanya melibatkan 14 bahagian di Selangor





Melaka perkenal lebih 800 inisiatif meraikan WTD, WTC tahun ini - SUN - 5/07 10:28 pm

MELAKA : Kerajaan Melaka memperkenalkan lebih 800 inisiatif bagi meraikan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang akan berlangsung pada September ini





Penggubalan Akta CCUS 2025 cerminan hubungan berkesan antara kerajaan - Armizan - Sinarharian - 5/07 9:33 pm

TENOM - Penggubalan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025 (CCUS) yang hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan bukti jelas keperluan kepada pendekatan hubungan antara kerajaan (inter-governmental) dalam sistem persekutuan negara ini.Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah kabinet Persekutuan mengehadkan pemakaian akta itu kepada dua wilayah berkenaan selepas menerima pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak membuktikan betapa pentingnya struktur pentadbiran negeri diterajui oleh parti lokal manakala kerajaan pusat pula diterajui oleh parti nasional."Teras kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlulah datang daripada parti yang berbeza. Ini untuk memastikan hubungan antara dua peringkat kerajaan berbentuk antara kerajaan (inter-governmental) dan bukannya intra-parti."Hubungan inilah yang mendasari kerjasama antara teras kerajaan Persekutuan yang diketuai Pakatan Harapan (PH), dan teras kerajaan Sabah yang diterajui GRS," katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap di sini pada Sabtu.Menurut Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar, Akta CCUS 2025 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 Mac 2025 dan Dewan Negara pada 25 Mac 2025 pada asalnya dirancang untuk dikuatkuasakan di seluruh negara."Namun, kabinet Persekutuan bersetuju supaya Rang Undang-Undang (RUU) itu dipinda kepada pemakaian hanya untuk di Semenanjung Malaysia dan Labuan selepas mendengar pandangan kerajaan negeri Sabah yang diterajui GRS dan Sarawak diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS)."Perkara ini juga berlaku disebabkan kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang amat komited berpegang kepada pengiktirafan kedudukan khas Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.Beliau menegaskan bahawa GRS tidak menolak parti nasional dan secara realitinya kerajaan Sabah turut dianggotai oleh barisan pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH)."Namun, penting untuk memastikan teras kerajaan negeri terdiri daripada parti lokal agar kepentingan negeri kekal menjadi agenda utama."Ia juga bagi memastikan semua perkara yang menyentuh kepentingan negeri dibincang secara rasmi melalui saluran antara kerajaan dan bukan terlebih dahulu dirunding secara dalaman parti," katanya.Armizan turut menyentuh perbezaan ketara antara penggubalan Akta CCUS 2025 dengan Akta Laut Wilayah 2012 yang didakwanya gagal mempertimbangkan pandangan negeri Sabah ketika itu.Menurut beliau, berbeza dengan pendekatan hari ini, penggubalan Akta Laut Wilayah dahulu berlaku dalam suasana politik di mana kerajaan pusat dan kerajaan negeri didominasi oleh parti nasional yang sama."Tahun 2012 kedua-dua kerajaan dipimpin oleh parti nasional yang sama, berbeza dengan 2025 di mana teras kerajaan negeri adalah parti lokal manakala kerajaan pusat diterajui parti nasional."Pada masa itu juga, hampir keseluruhan Ahli Parlimen Sabah berada dalam parti atau gabungan nasional yang terikat dengan pendirian gabungan masing-masing di Parlimen," ujarnya.Beliau turut mempersoalkan tindakan sesetengah pemimpin politik hari ini yang lantang mempertikaikan Akta Laut Wilayah 2012 sedangkan mereka sendiri berada dalam kerajaan ketika akta itu dibentangkan dan diluluskan di Parlimen."Hari ini ada pemimpin dan parti tertentu yang tiba-tiba lantang berbicara tentang hak negeri termasuk mempertikaikan Akta Laut Wilayah (TSA) 2012 sebagai modal politik





Perubatan senaman dan regeneratif atasi cabaran kesihatan global - SUN - 5/07 8:42 pm

KOTA BHARU : Persidangan Dunia Senaman dan Perubatan Regeneratif (WCERM) terus berkembang dengan tumpuan baharu dalam perubatan regeneratif seperti terapi sel stem dan kejuruteraan tisu





Dasar tak menentu PH-BN buka ruang PN ambil alih kerajaan - Mohd Radzi - Sinarharian - 5/07 8:13 pm

REMBAU - Dasar dan polisi kerajaan Perpaduan yang didakwa tidak menentu boleh membuka peluang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin itu berkata, walaupun situasi semasa bukan penentu utama keputusan pilihan raya, namun ia boleh menjadi asas kepada kecenderungan pengundi menjelang tempoh tersebut."Saya tidak mengatakan situasi semasa semata-mata, tetapi apabila menghampiri pilihan raya, keadaan pada waktu itu akan menjadi asas kepada bagaimana pengundi membuat keputusan."Saya sebutkan tadi bahawa swing ini boleh berlaku ke kiri dan ke kanan, bergantung kepada keadaan dan sentimen rakyat," katanya selepas merasmikan Persidangan Bersatu Rembau di Dewan Madrasah Al- Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di sini pada Sabtu.Katanya, rakyat akan hilang keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada sekiranya kerajaan PH-BN terus gagal mengurus negara dengan dasar-dasar yang jelas dan konsisten."Kalau kerajaan ini berterusan dengan polisi dan dasar yang tidak menentu, saya yakin rakyat akan melihat bahawa kerajaan ini tidak mampu untuk memimpin negara dan akan bersedia memberi peluang kepada PN."Kita (PN) telah buktikan sebelum ini, semasa berdepan tiga krisis serentak iaitu krisis ekonomi, kesihatan dan politik bahawa kita dapat mentadbir negara dengan baik," katanya lagi.Diminta mengulas berhubung dakwaan wujud usaha bagi menjatuhkan kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin beliau menafikan khabar angin tersebut."Itu semata-mata khabar angin tidak ada kebenaran





PN bawa agenda reset politik, tawar Konsensus Nasional Baharu menjelang PRU16 - Saifuddin - Sinarharian - 5/07 7:10 pm

SERDANG - Perikatan Nasional (PN) merancang menjadikan agenda reset politik negara menerusi pembentukan Konsensus Nasional Baharu sebagai antara teras utama perjuangan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, idea itu sudah dibawa oleh Ketua Pembangkang yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika berucap di Singapura pada 22 Mei lalu dan mula dijadikan usul dalam persidangan bahagian Bersatu seluruh negara sejak Jumaat.Menurutnya, negara kini berada dalam keadaan sangat mencabar melibatkan kemelut ekonomi, perpecahan politik dan kesengsaraan rakyat yang menuntut satu pendekatan baharu secara menyeluruh."Agenda reset politik ini seperti mana yang pernah dilakukan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selepas peristiwa 13 Mei 1969."Zaman itu Tun Razak melakukan satu reset negara dengan memperkenal Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara yang mana hasilnya Malaysia mengecapi keamanan, perpaduan dan kemajuan sehingga dikenali sebagai antara Asian Tigers," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian 2025 di Seri Kembangan di sini pada Sabtu.Saifuddin yang juga Pengerusi Bersatu Pahang menjelaskan, Malaysia kini berdepan krisis besar yang menuntut satu lagi reset politik di negara ini.Beliau berkata, terdapat tiga tonggak utama dalam konsensus yang dicadangkan iaitu matlamat disepakati bersama; kemakmuran dan kerajaan prihatin serta inklusif.Tambah Saifuddin, konsensus itu perlu merentas sempadan politik dan bukan sekadar menyatukan orang Melayu semata-mata, sebaliknya melibatkan semua kaum dan agama di negara ini."Kita kena tunjuk teladan



Dalam Tempoh 31 Bulan Sahaja, Sudah 47 Kali Lawatan Luar Negara. Di Mana 'Kerjasama' ASEAN? - OutSyed - 5/07 7:00 pm

Dalam tempoh 31 bulan sahaja, sudah 47 kali lawatan luar negara. Tak lama nanti ASEAN buat persidangan lagi di Kuala Lumpur





Tiada kem dalam Bersatu Selangor Wan Saiful - Sinarharian - 5/07 6:32 pm

SERDANG - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menafikan wujud sebarang kem dalam kalangan kepimpinan parti itu di Selangor.Beliau berkata, isu itu mungkin timbul susulan penganjuran Persidangan Berkelompok Bersatu yang disertai 14 daripada 22 bahagian parti tersebut di negeri ini.Menurut beliau, semua bahagian sebenarnya telah dijemput menyertai persidangan berkenaan, namun beberapa kekangan teknikal menjadi punca utama sebahagian bahagian di Selangor tidak dapat hadir."Dalam ucapan tadi pun telah saya nyatakan bahawa semua bahagian telah dijemput."Namun, persidangan ini dihadiri 14 daripada 22 bahagian Bersatu di Selangor," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian 2025 di Seri Kembangan, pada Sabtu.Jelas beliau, notis mesyuarat sepatutnya dikeluarkan sekurang-kurangnya tujuh hari lebih awal mengikut keperluan teknikal."Disebabkan tempahan tempat dibuat agak lewat, hanya bahagian yang belum mengeluarkan notis dan mempunyai kelapangan sahaja yang dapat hadir," katanya.Tambahnya, terdapat dua bahagian yang tidak dapat mengubah jadual asal, manakala beberapa bahagian lain sedang mengadakan persidangan masing-masing pada tarikh sama."Sebab itu mereka tidak dapat hadir





Hamzah tidak pasti status ibu pejabat PN ditutup - Sinarharian - 5/07 2:53 pm

Kita akan tunggu sehingga mesyuarat agung dan akan kita tanya apa yang sebenarnya berlaku."Mungkin mereka sedang mencari tempat baharu... kita tidak tahu dan saya kurang pasti."Dahulu saya merupakan Setiausaha Agung, jadi saya tahu bahawa perkara berkaitan pejabat ini sememangnya di bawah tanggungjawab jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Larut 2025 di Dewan Sungai Bayor, Selama, pada Sabtu.Media sebelum ini melaporkan bahawa ibu pejabat PN di kawasan elit Solaris Dutamas, Kuala Lumpur ditutup selepas gagal membayar sewa sejak Mac lalu.Pejabat berkenaan sebelum ini menjadi lokasi mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu sejak ia ditubuhkan pada tahun 2020.Sementara itu, Hamzah turut menafikan wujudnya perpecahan dalam kalangan pimpinan PN yang dikaitkan dengan kemungkinan rombakan kepimpinan gabungan tersebut."Jangan dengar perkara-perkara yang boleh merosakkan persahabatan yang ada hari ini."Baru-baru ini, pimpinan PN ke Singapura dan saya sendiri telah berbincang dengan presiden





Isu projek Kota Madani akan dibawa ke Parlimen - Hamzah - Sinarharian - 5/07 2:19 pm

LARUT Pembangkang akan membawa isu berkaitan pelaksanaan projek Kota Madani di Putrajaya ke Parlimen yang akan bersidang bermula 21 Julai ini.Ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pembinaan projek mega seluas 41 hektar itu perlu dibahaskan berikutan pembangunannya akan menambah komitmen kewangan negara.Menurut beliau, apa-apa projek pembinaan termasuk kuarters tidak seharusnya memberi kesan jangka panjang yang membebankan kepada generasi akan datang."Perkara ini akan dibawa ke Parlimen kerana kita tidak mahu apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini membebankan rakyat dan ditanggung pada masa depan."Kalau ini kos yang ada, kita ada peruntukan yang cukup dan mampu dibayar, buatlah mengikut kadar yang bersesuaian."Bukan sekadar melaksanakan satu projek mega yang akhirnya tidak mampu untuk dibayar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Larut 2025 di Dewan Sungai Bayor, Selama pada Sabtu.Hamzah berkata, dengan bebanan hutang negara yang melebihi RM1 trilion serta kenaikan cukai, pembangunan projek mega itu dilihat sukar dilaksanakan secara berkesan."Apakah mereka benar-benar mampu membangunkan bandar tersebut?"Sebab itu saya tegaskan, melaksanakan sesuatu untuk kepentingan segelintir pihak adalah tidak adil terhadap masa depan negara," ujarnya.Media sebelum ini melaporkan, projek Kota Madani bernilai RM4 bilion itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn





Petronas, Sabah meterai perjanjian baharu sempena SOGCE - Utusan - 5/07 7:30 am

PETALING JAYA: Petronas, melalui Malaysia Petroleum Management (MPM), menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sabah melalui pemeteraian beberapa perjanjian penting sempena Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) 2025





'Rendahkan ego kalau sayangkan parti' - Akmal Saleh - Sinarharian - 5/07 7:12 am

SEREMBAN - Bekas pemimpin UMNO yang digantung atau dipecat daripada parti itu perlu membuang ego mereka sekiranya masih sayangkan parti.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun menyatakan kesediaan untuk menerima surat rayuan daripada mereka yang dikenakan tindakan berkenaan."Kita perlukan mereka (bekas pemimpin digantung atau dipecat). Seperti ucapan saya tadi, UMNO ini milik semua dan mesti disatukan semula."Tapi dengan satu syarat, masing-masing kena rendahkan ego, sayangkan parti dan Insya-ALLAH UMNO ini akan semakin kuat," katanya.Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di sini pada Jumaat.Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia menjadi jambatan untuk membawa semula Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti itu.Beliau berkata, matlamatnya hanya mahu memastikan parti itu terus kukuh sebagai sebuah keluarga."UMNO ini adalah keluarga untuk semua





Hampir 1,000 media bakal liput AMM ke-58 di KLCC minggu depan - SUN - 4/07 10:23 pm

Mesyuarat itu dijangka dihadiri kira-kira 1,500 delegasi yang diketuai Menteri-Menteri Luar dari Negara Anggota ASEAN, Timor-Leste, Rakan Dialog ASEAN, Negara Peserta Forum Serantau ASEAN dan Rakan Dialog Sektoral ASEAN. Selain itu, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin Ke-4 (CEAPAD IV) di sela-sela AMM ke-58, dipengerusikan bersama Jepun bagi membincangkan inisiatif dan usaha pembangunan semula Gaza dan Palestin





Malaysia terus wakili Asia di Majlis FAO sehingga 2028 - KPKM - Astroawani - 4/07 8:41 pm

KPKM memaklumkan, perkara itu diputuskan semasa Persidangan FAO ke-44 yang berlangsung di Rom, Itali.





Petronas perkukuh kerjasama dengan kerajaan Sabah demi pertumbuhan tenaga lestari - Thempress - 4/07 7:15 pm

KOTA KINABALU Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang bersama Kerajaan Sabah dengan memeterai beberapa perjanjian penting sempena Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga…





Isu kesihatan awam perlu dilihat secara holistik - Sinarharian - 4/07 11:50 am

KUALA LUMPUR - Pendekatan pengurangan kemudaratan dalam isu kesihatan awam perlu dilihat secara holistik dan selari dengan prinsip syariah Islam.Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ia selari dengan maqasid keamanan di samping Maqasid al-Shariah, terutamanya prinsip hifz al-nafs (memelihara nyawa) dan raf al-haraj (meringankan kesusahan)."Dalam Islam, memelihara nyawa bukan sekadar keutamaan, ia adalah perintah ALLAH. Usaha yang mencegah kemudaratan dan memulihkan maruah individu harus dilihat sebagai satu bentuk rahmah dan amanah kolektif," katanya.Beliau berkata demikian dalam pembentangannya ketika Persidangan Meja Bulat mengenai Pendekatan Pengurangan Kemudaratan di ibu negara pada Selasa.Turut hadir adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.Ahmad Fauwaz berkata, dalam Islam tidak ada sesuatu perkara yang boleh dihukum halal atau haram secara mutlak tanpa melihat konteks dan kesan penggunaannya.Dalam pada itu, Ahmad Fauwaz berkata, prinsip sama boleh diguna pakai dalam isu rawatan pencegahan seperti pemberian Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang bertujuan mencegah jangkitan HIV termasuk kepada pasangan atau individu tidak bersalah."PrEP bukan isu mutlak kerana kita perlu lihat kepada niat dan kesannya





Rayuan tarik balik penggantungan Hishammuddin dibuat melalui usul bahagian - Mgazette - 4/07 7:34 am

Justeru pihaknya amat berharap usul untuk merayu agar Hishammuddin yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Sembrong ditamatkan penggantungannya tanpa syarat dibincangkan selepas tamat tempoh mesyuarat bahagian UMNO seluruh negara nanti. Abdul Ghani berkata, usul yang sama pernah dibawa dalam mesyuarat bahagian itu pada tahun lalu namun tidak mendapat perhatian malah tidak pernah dibincangkan kerana tiada sebarang jawapan diterima pihaknya sehingga tarikh persidangan tahun ini





Kementerian Perpaduan Negara bakal anjur Persidangan Pembinaan Negara Bangsa - Astroawani - 4/07 4:45 am

KPN akan menganjurkan Persidangan Pembinaan Negara Bangsa pada Oktober ini dalam usaha memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia.





Malaysia dapat pengiktirafan, model perundangan ekonomi gig di Geneva - Sinarharian - 3/07 7:01 pm

SHAH ALAM - Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai antara negara pembentang utama di Persidangan Regulating for Decent Work (RDW) anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland susulan usaha kerajaan untuk menggubal Rang Undang-Undang Akta Pekerja Gig 2025.Pengerusi Majlis Ekonomi Gig Malaysia (MyGig), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kertas pembentangan itu memperincikan cadangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), sebuah badan nasional yang khusus untuk mengkoordinasi hal berkaitan perlindungan sosial, penyelesaian pertikaian industri, pembangunan data pekerjaan serta memperkukuh suara pekerja gig secara sistematik."Pendekatan yang diketengahkan ini dianggap unik oleh para pemerhati kerana ia mencadangkan pembentukan satu rangka legislatif baharu yang khusus, bukan sekadar pindaan kecil kepada undang-undang buruh sedia ada."Ia mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam memacu keadilan pekerjaan untuk kumpulan pekerja tidak formal yang semakin berkembang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Pembentangan itu turut disertai Setiausaha MyGIG, Fairuz Jamaluddin melalui pembentangan kertas kerja bertajuk Strengthening Labour Institutions to Address Gig Economy: A Case Study on the Establishment of the Malaysian Gig Economy Commission (SEGiM).Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Malaysia sudah menghantar wakil ke Geneva, Switzerland untuk berkongsi pengalaman dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam menggubal undang-undang baharu berkaitan ekonomi gig.Beliau berkata, ia selepas mempertimbangkan hasrat pertubuhan itu untuk mempelajari pengalaman Malaysia yang menjadi satu-satunya negara merangka perundangan khusus bagi memantau keseluruhan ekosistem ekonomi berkenaan.Tambah Mohd Sharkar, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid kerana memberi kepercayaan bagi membentangkan kertas kerja utama tersebut di mana ILO berminat untuk mempelajari kaedah Malaysia menyelesaikan isu industri gig.Kata beliau, cadangan model SEGiM menerima sambutan positif daripada ILO dan beberapa negara membangun yang turut berhadapan cabaran sama dalam membina ekosistem ekonomi digital lebih adil."Beberapa delegasi antarabangsa menyatakan minat untuk mengkaji pendekatan Malaysia sebagai rujukan dalam pembangunan dasar nasional mereka."Ini bukan sekadar pengiktirafan antarabangsa tetapi satu isyarat bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat dalam usaha memperkasa golongan pekerja gig," katanya.Jelas Mohd Sharkar, penyertaan Malaysia di RDW 2025 bukan hanya simbolik sebaliknya mencerminkan kesungguhan negara dalam memastikan tiada golongan pekerja yang tertinggal dalam perlindungan dasar sosial.Menurutnya, pekerjaan gig bukan lagi fenomena sampingan namun sudah menjadi realiti dominan bagi sebahagian besar tenaga kerja muda dan bebas."Dengan sokongan berterusan pelbagai pihak termasuk kerajaan, MyGig dan pelbagai badan berkaitan, usaha ini diharap akan diterjemahkan kepada pembentukan SEGiM dalam masa terdekat."Inisiatif ini dilihat sebagai batu loncatan kepada landskap pekerjaan yang lebih adil, mampan dan inklusif di Malaysia," katanya.Persidangan tersebut disertai lebih 500 peserta dari 69 buah negara turut menjadi medan intelektual bagi membincangkan isu-isu penting berkaitan keadilan sosial, perlindungan pekerja serta amalan kerja yang adil dalam landskap ekonomi global yang semakin dipacu oleh automasi, digitalisasi dan kebangkitan ekonomi gig.Ia turut menampilkan lebih 250 pembentangan kertas kerja bertemakan pekerjaan yang bermaruah, satu konsep mencakupi hak asasi buruh, keselamatan sosial dan peluang pekerjaan yang adil untuk semua.





ACIIA 2025 bawa peranan juruaudit dalaman hadapi cabaran krisis - Utusan - 3/07 3:04 pm

KUALA LUMPUR: Persidangan Gabungan Institut Juruaudit Dalaman Asia (ACIIA) 2025 yang dianjurkan oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) bakal menghimpunkan lebih 1,500 delegasi melibatkan 17 negara





Pelajar IPT hidap HIV: Menteri agama seru henti normalisasi maksiat - Sinarharian - 3/07 1:30 pm

Kepada pelajar dan anak muda, jaga maruah serta nilai diri."Agama bukan sekadar pelajaran, ia juga panduan kehidupan. Hiduplah dengan prinsip, bukan sekadar ikut arus," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seramai 222 pelajar IPT dikesan menghidap jangkitan HIV seawal usia 18 hingga 19 tahun pada tahun lepas.Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Media Mengenai Pendekatan Pengurangan Kemudaratan 2025 pada Selasa lalu.Beliau memberitahu, data menunjukkan bahawa aktiviti berisiko sudah bermula lebih awal, dan usaha pengurangan kemudaratan (harm reduction) yang dilaksanakan ketika ini adalah menerusi penggunaan kaedah Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) sebagai langkah pencegahan HIV.Jelasnya, pelaksanaan PrEP di beberapa fasiliti kesihatan juga menunjukkan kejayaan dalam membendung penularan jangkitan.Bagaimanapun, Lukanisman mengakui wujud kekangan dari segi akses remaja bawah umur kepada ujian kendiri HIV dan rawatan susulan kerana tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan mereka menjalani saringan tanpa kebenaran ibu bapa.Mengulas lanjut, Mohd Naim berpandangan bahawa pendidikan, kesedaran dan penguatkuasaan perlu berjalan seiring dalam usaha menyelamatkan generasi masa hadapan."Agensi agama, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan mesti berganding bahu untuk menyelamatkan generasi pewaris negara."Kerajaan Madani komited membina masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi intelek, tetapi juga sihat akhlak dan spiritual," ujarnya.





Lantik segera ketua hakim baharu, elak sistem kehakiman terjejas - Utusan - 3/07 6:50 am

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Sam berkata, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan itu merupakan jawatan terpenting dalam badan kehakiman negara. Menurutnya, Ketua Hakim Negara bertanggungjawab mempengerusikan persidangan-persidangan Mahkamah Persekutuan dan ..





Malaysia, Itali tingkatkan hubungan ekonomi dengan tumpuan kepada peralihan tenaga - SUN - 2/07 10:20 pm

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat tenaga terkemuka Itali, ENI dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menggabungkan kepakaran dan teknologi mereka untuk melaksanakan projek peralihan tenaga yang berpotensi menjadi satu pencapaian penting di rantau ASEAN. Apabila ENI dan Petronas memulakan langkah ini, Perdana Menteri Jepun menghubungi saya untuk menyatakan minat negaranya menyertai usaha ini, kata beliau pada sesi persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali di sini hari ini




Reformasi     >>



YOURSAY Rafizi, the rakyat is with you - Mkini
'RCI the only way for Anwar to clear himself.'
Kroni     >>



PM leads charge for inclusive global economy at BRICS - NST
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is leading efforts to strengthen strategic investments and global economic cooperation through a series of bilateral meetings and active participation in the 17th BRICS Summit. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



Jenazah enam beranak selamat dikebumikan - Kosmo
JERLUN – Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Sungai Korok, Jitra, dekat sini kelmarin selamat dikebumikan di dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Taqwa, Kampung Jerlun di sini pada pukul 11.50 malam tadi. Jenazah pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan ..
Tech     >>



Epic Games ends its antitrust lawsuit against Samsung - Engadget
Epic Games has dropped its suit against Samsung. "Were dismissing our court case against Samsung following the parties discussions," Epic CEO and founder Tim Sweeney posted on X. "We are grateful that Samsung will address Epics concerns." The company filed the action in September. The lawsuit ..
World     >>



Released Hamas hostage says Trump can bring home those .. - BBC
Keith Siegel urged the US president to pressure both Israel and Hamas to agree a new ceasefire and hostage release deal.
Motor Trend     >>



Artikel Pilihan Pakar Dedahkan Punca Anda Mabuk Bila .. - Mekanika
# PAKAR DEDAHKAN PUNCA ANDA MABUK BILA NAIK KERETA ELEKTRIK Walaupun kenderaan elektrik semakin popular untuk pemandu di seluruh dunia, ramai yang menyedari bahawa ia boleh menyebabkan pemandu dan penumpang lebih mabuk kereta berbanding kereta petrol konvensional. Jika anda mendapati diri ..