///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Perpaduan News   Page 1    



Perpaduan BN-PN bukti politik berasaskan toleransi ??? Saravanan Perpaduan .. - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Perpaduan BN-PN bukti politik berasaskan toleransi Saravanan GADEK - Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pas ysng menerajui Perikatan Nasional (PN) disifatkan mampu membawa nafas baharu kepada perpaduan masyarakat pelbagai kaum berasaskan sikap saling menghormati dan toleransi





Anthony biadab terhadap Agong, jaja isu letak jawatan di Melaka –... - Mygazette - 14/11 8:16 am

Apabila beliau menjajakan bahawa beliau meletakkan jawatan, ia secara tidak langsung memberikan isyarat bahawa DAP ini biadab terhadap Yang di-Pertuan Agong, katanya kepada pemberita selepas menyertai Konvoi Motosikal Gelombang Biru di sekitar DUN Lendu hari ini. Asyraf Wajdi mendakwa, DAP berulang kali melanggar garis merah yang ditetapkan dalam perjanjian kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PHJ) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan





Jangan gugat Kerajaan Perpaduan, UMNO beri DAP empat pilihan - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Jangan gugat Kerajaan Perpaduan, UMNO beri DAP empat pilihan KUALA LUMPUR - UMNO hari ini mengemukakan empat pilihan kepada DAP susulan ketidakpuasan hati ketara parti itu berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang didakwa mencetuskan ketegangan dalam Kerajaan Perpaduan





Gunaraj gesa pengundi tolak politik kebencian, utamakan perpaduan - Mygazette - 14/11 8:16 am

# Gunaraj gesa pengundi tolak politik kebencian, utamakan perpaduan AYER KEROH Pengundi diseru menolak politik kebencian, provokasi perkauman dan sentimen agama yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat sebaliknya memilih kepimpinan yang mengutamakan perpaduan serta pembangunan negeri





PKR soal Hadi: Adakah MCA, Gerakan juga lebih zalim? - Mkini - 13/11 8:30 pm

"Adakah PAS begitu terdesak mengejar kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan perpaduan rakyat?"





Proses nyahklasifikasi dokumen Lembaga Pengampunan Najib perlu lalui .. - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# Proses nyahklasifikasi dokumen Lembaga Pengampunan Najib perlu lalui proses wajib PUTRAJAYA - Proses menyahklasifikasikan dokumen mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan keputusan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut undang-undang sedia ada. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, proses yang dalam perancangan dan sedang diatur itu perlu mengambil kira beberapa proses sebelum sebarang keputusan dibuat





Jangan terpedaya janji manis calon, khutbah Jumaat ingatkan pengundi Melaka - Mygazette - 13/11 5:04 pm

Sehubungan itu, pengundi disaran meneliti maklumat, mempertimbangkan kelayakan calon dan membuat keputusan berdasarkan prinsip keberkesanan serta kepentingan masyarakat, bukannya dipengaruhi sentimen, hasutan atau kepentingan sementara. Khatib turut mengingatkan bahawa pilihan raya akan berakhir dan pemimpin silih berganti, namun tanggungjawab seluruh masyarakat untuk memelihara keamanan, perpaduan serta keharmonian negara perlu berterusan





DAP didakwa langgar tiga garis merah, kembalikan mandat kepada rakyat - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# DAP didakwa langgar tiga garis merah, kembalikan mandat kepada rakyat BUKIT KATIL - Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP didakwa telah melanggar tiga garis merah dalam perjanjian bersama Barisan Nasional (BN) membabitka orang Melayu. Setiausaha Agung UMNO, Datu Seri Asyraf Wajdi berkata, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan boleh terbatal sekiranya syarat serta garis panduan yang dipersetujui tidak lagi dihormati





40 Ahli Parlimen DAP tetap sokong Anwar - Mygazette - 13/11 5:04 pm

HANG TUAH JAYA - Peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan tidak bermakna DAP menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila kesemua 40 Ahli Parlimen parti itu kekal menyokong kepimpinan Kerajaan Perpaduan





Suhu politik Kabinet biasa, tiada masalah ??? Anwar - Mygazette - 13/11 5:04 pm

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan suasana mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berjalan seperti biasa dan tidak membayangkan sebarang ketegangan, meskipun suhu politik dalam Kerajaan Perpaduan dilihat semakin panas susulan kenyataan beberapa pemimpin parti komponen





BN-PN semakin mantap, Perpaduan ummah diperkasa – Hadi - Mygazette - 13/11 5:04 pm

# BN-PN semakin mantap, Perpaduan ummah diperkasa - Hadi BUKIT KATIL - Perpaduan dalam kalangan umat islam perlu dibina semula dan diperkukuhkan menerusi persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dna Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, Sabtu ini





Pas utamakan demokrasi, bukan ‘tebuk atap’ - Mygazette - 13/11 5:04 pm

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pembubaran kerajaan untuk memberi laluan kepada pilihan raya juga merupakan sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati. Semalam Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan BN tidak mahu melakukan pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri menerusi tindakan tebuk atap, sebaliknya mahu mandat dikembalikan kepada rakyat sekiranya syarat pembentukan Kerajaan Perpaduan tidak lagi dihormati





Abdul Hadi wajibkan ahli Pas undi BN, PN, ibarat seperti wuduk... - Mygazette - 13/11 5:04 pm

"Maka wuduk kerana nak sembahyang wajib. Begitulah perpaduan





Gelombang BN-PN sukar disekat, Kian Ming ramal PH kecundang - Mygazette - 13/11 5:04 pm

Beliau tidak menolak Kerk dapat mempertahankan kerusi berkenaan kerana melihat pemimpin itu sebagai antara generasi baharu yang mampu membawa idealisme politik merentasi kaum dan latar belakang. Mengulas implikasi keputusan PRN Melaka terhadap politik nasional, beliau berpandangan kemenangan besar BN-PN akan meningkatkan tekanan terhadap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Kerajaan tunggu laporan impak insiden gangguan Microsoft - Kosmo - 13/11 5:03 pm

PUTRAJAYA – Kerajaan masih menunggu laporan penuh berhubung insiden gangguan membabitkan aplikasi penstoran awan dan aplikasi awan Microsoft. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan itu bagaimanpun belum dikumpulkan dan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri setakat ini





PRN Melaka: Khutbah Jumaat seru pengundi pilih pemimpin berintegriti, berkebolehan - Sinarharian - 13/11 4:41 pm

MELAKA - Pengundi di Melaka diseru memilih pemimpin yang mempunyai integriti, berkebolehan dan berwibawa serta mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang akan berlangsung esok.Seruan itu terkandung dalam teks khutbah Jumaat bertajuk "Menunaikan Tanggungjawab Demi Masa Hadapan, yang menyifatkan pilihan raya sebagai proses penting dalam sistem pemerintahan negara apabila rakyat diberi tanggungjawab memilih wakil untuk memikul amanah kepimpinan, memperjuangkan kebajikan masyarakat serta menentukan hala tuju pembangunan negara.Menurut teks khutbah yang dibacakan di seluruh masjid di Melaka hari ini, dalam Islam, kepimpinan bukan sekadar kedudukan, kemasyhuran atau kekuasaan, sebaliknya tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan oleh ALLAH SWT pada hari akhirat.Mimbar turut menggariskan tiga panduan penting dalam memilih pemimpin, iaitu mempunyai integriti, berkebolehan dan berwibawa serta mengutamakan keadilan dan kebajikan rakyat."Pemimpin yang baik ialah mereka yang jujur, bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga atau kumpulan tertentu, menurut teks khutbah yang turut mengingatkan bahawa keikhlasan sahaja tidak mencukupi tanpa kemampuan melaksanakan tanggungjawab.Pemimpin juga perlu memiliki ilmu, kebijaksanaan, pengalaman serta keupayaan mengurus kepentingan rakyat, selain bersedia bekerja dan berkhidmat, bukannya sekadar pandai berjanji.Khutbah itu turut menyeru pengundi memberi keutamaan kepada pemimpin yang memahami kesusahan rakyat, membela golongan lemah serta memperjuangkan kesejahteraan masyarakat tanpa mengira latar belakang.Dalam pada itu, mimbar mengingatkan perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menjadi alasan untuk bermusuhan, memutuskan silaturahim atau mencetuskan kebencian, termasuk dalam kalangan ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat."Janganlah perbezaan pilihan memusnahkan perpaduan yang telah lama dibina





Kerajaan tunggu laporan impak insiden gangguan Microsoft - Utusan - 13/11 4:40 pm

PUTRAJAYA: Kerajaan masih menunggu laporan penuh berhubung insiden gangguan membabitkan aplikasi penstoran awan dan aplikasi awan Microsoft. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata laporan itu bagaimanpun belum dikumpulkan dan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri setakat ini





Apa sebenarnya dalam minit pengampunan Najib? Fahmi kata proses dedah dokumen sedang diatur - Harapandaily - 13/11 4:36 pm

Persoalan mengenai apa sebenarnya yang terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung Datuk Seri Najib Razak mungkin mendapat penjelasan sekiranya usaha kerajaan menyahklasifikasikan dokumen berkenaan berjaya dilaksanakan. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengesahkan proses menyahklasifikasikan dokumen berkenaan sedang diatur, namun tertakluk kepada beberapa keperluan perundangan yang mesti dipatuhi





PM mahu saliran hot spot banjir kerap diselenggara - Kosmo - 13/11 4:34 pm

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerja-kerja penyelenggaraan saliran dilaksanakan dengan lebih kerap dan segera bagi menangani risiko banjir serta banjir kilat, khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu dipersetujui sebagai tindakan segera sementara menunggu projek-projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan disiapkan





Syarat minimum lepasan UEC ke program perubatan IPTS kekal - Utusan - 13/11 4:33 pm

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program perubatan di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), seperti yang diputuskan sebelum ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini





UMNO beri empat pilihan kepada DAP, termasuk bubar Parlimen - Azalina - Sinarharian - 13/11 4:01 pm

PUTRAJAYA Suhu ketegangan antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan semakin terasa apabila UMNO mengemukakan empat pilihan kepada parti itu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen susulan ketidakpuasan hati DAP berhubung perkembangan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pilihan berkenaan merangkumi mendapatkan pengantaraan menerusi Majlis Perundingan, membenarkan aturan sedia ada diteruskan, mengkaji semula Perenggan C Perjanjian Gabungan atau menamatkan kerjasama politik menerusi pembubaran Parlimen.Menurutnya, Perjanjian Kerjasama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dimeterai pada 16 Disember 2022 tidak memperuntukkan klausa penamatan sebelum berakhirnya penggal Parlimen ke-15."Justeru, kesimpulan yang jelas dalam perkara ini adalah pembubaran Parlimen ke-15," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mengulas desakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azalina menyifatkannya sebagai tindakan yang dikesali.Beliau berkata, desakan secara terbuka terhadap presiden parti gabungan bukan pendekatan membina atau selari dengan semangat Perjanjian Gabungan.Sebaliknya, katanya, sebarang perbezaan pandangan antara rakan gabungan perlu diselesaikan menerusi dialog dan rundingan, bukannya tekanan awam atau desakan supaya seseorang pemimpin meletakkan jawatan."Fasal 5(c) memperuntukkan mekanisme pengantaraan menerusi Majlis Perundingan yang terdiri daripada wakil gabungan yang mengambil bahagian bagi memantau pelaksanaan Perjanjian Gabungan serta memudah cara penyelesaian secara harmoni terhadap sebarang pertikaian atau salah faham."Dalam hal ini, agak menghairankan apabila klausa pengantaraan tersebut tidak digunakan lebih awal, sedangkan perkara berkaitan pengampunan ini telah diketahui umum sejak Januari 2024," tegas beliau.Ujar Azalina, di bawah Fasal 4 Perjanjian Gabungan, UMNO mengiktiraf komitmen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menyokong Anwar dalam perkara berkaitan usul percaya, rang undang-undang perbekalan serta urusan yang menjejaskan kesahan perlembagaan Kerajaan Persekutuan.Bagaimanapun komitmen itu katanya, tidak bermaksud setiap parti perlu bersetuju tanpa syarat dengan semua pendirian atau kenyataan politik Anwar dan pemimpin parti lain.Beliau turut menegaskan bahawa Perjanjian Gabungan bukan sekadar berkaitan kerjasama politik dan perkongsian kuasa, sebaliknya turut merangkumi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera serta institusi Raja-Raja Melayu."Perenggan C dalam Mukadimah Perjanjian merupakan bahagian paling penting dalam perjanjian tersebut turut menegaskan komitmen pihak yang menandatangani untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam, orang Melayu dan Bumiputera dari sudut perlembagaan serta institusi Raja-Raja Melayu," katanya.Isu pertembungan kenyataan antara Gobind yang juga Menteri Digital dan Ahmad Zahid tercetus berikutan cadangan supaya Parlimen dibubarkan selepas peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.Ahli Parlimen Damansara itu mencabar Ahmad Zahid Hamidi dan menteri daripada UMNO serta BN untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet jika mereka tidak lagi yakin atau bersetuju dengan kepimpinan Anwar.Ahmad Zahid menolak desakan tersebut dan menegaskan tiada sebab untuk menteri BN meletakkan jawatan kerana sokongan terhadap Anwar di peringkat Persekutuan tidak pernah berbelah bagi.Beliau sebaliknya menyarankan agar pemimpin DAP yang tidak sependapat supaya mengikuti langkah peletakan jawatan Anthony dan menyifatkan tindakan mendesak itu seperti gila talak.Berhubung isu pengampunan Najib, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) berkata, kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan merupakan kuasa perlembagaan yang terletak pada pihak berkuasa berkaitan dan tertakluk kepada prosedur serta aturan institusi ditetapkan.Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan kuasa berkenaan tidak wajar digambarkan sebagai keputusan politik unilateral yang boleh dikaitkan dengan mana-mana parti, termasuk UMNO.Dalam pada itu, Azalina turut mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September 2026 yang memutuskan supaya Setiausaha Agungnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan perkembangan pengampunan bersyarat itu.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat secara unilateral tanpa rundingan terlebih dahulu, sekali gus menyumbang kepada ketidakstabilan politik dalam kalangan rakan gabungan.Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO akan terus menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai keputusan politik bersama demi kepentingan rakyat dan tanggungjawab kepada negara."UMNO akan terus menghormati komitmen yang telah dibuat, menghormati kepimpinan Perdana Menteri serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya.





DAP ada 4 pilihan berkait tahanan di rumah Najib, kata Umno - FMT - 13/11 3:50 pm

Antara pilihan yang dicadangkan ialah bertenang dan semak semula perjanjian kerajaan perpaduan.





Setuju bubar Parlimen, Asyraf Wajdi 'pulangkan' kenyataan Anwar - Sinarharian - 13/11 2:36 pm

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan persetujuan supaya Parlimen dibubarkan dan mandat pemerintahan dikembalikan kepada rakyat seperti pernah disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Asyraf Wajdi berkata, beliau bersetuju dengan pendirian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membubarkan Parlimen sekiranya kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan tidak lagi dapat dipertahankan."Setuju dengan PMX, lebih baik bubar dan serah kembali mandat pada rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Hantaran tersebut merujuk kenyataan Anwar ketika Konvensyen PH 2026 pada Mei lalu yang memberi bayangan kesediaan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya ada pihak tidak lagi mahu meneruskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.Ketika itu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau tidak gentar dengan sebarang ugutan dan bersedia memulangkan mandat kepada rakyat sekiranya kerjasama politik yang dibentuk tidak lagi dapat dipertahankan."Kita tak makan ugutan, tidak gentar, penjara sudah, ini pula nak ditakutkan oleh budak-budak, tidak mungkin





PRN Melaka: 'Saya tak kacau Datuk Zahid' - Anwar - Sinarharian - 13/11 2:15 pm

Sejarah Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat."Ini... kita lembik setengah mati," katanya.Sebelum ini, Anwar pernah mengingatkan pemimpin politik, khususnya dalam Kerajaan Perpaduan supaya mengamalkan budaya perbincangan dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat menerusi saluran sewajarnya termasuk dalam mesyuarat Kabinet.Jelasnya, keutamaan perlu diberikan kepada kestabilan pentadbiran dan bukannya menggunakan pentas politik untuk menyerang rakan sekutu yang bersama-sama membentuk kerajaan.





Gobind persoal kedudukan Zahid, Umno dakwa DAP hampiri garis merah - FMT - 13/11 12:30 am

Pemimpin akar umbi Umno menyifatkan kenyataan pengerusi DAP sebagai tindakan mencabar persefahaman politik dalam kerajaan perpaduan.





'Kalau ada maruah, undur sebagai Timbalan Perdana Menteri'- Kamil Munim - Sinarharian - 13/11 10:04 am

TANGGA BATU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan sedia ada.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar dilakukan Ahmad Zahid sekiranya beliau mempunyai maruah susulan pendirian yang ditunjukkan ketika ini.Menurutnya, terdapat beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) lain yang berkelayakan untuk menggantikan Ahmad Zahid bagi mengisi jawatan berkenaan."Kalau dia ada maruah, dia harus berundur sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana dia jelas menunjukkan satu sikap yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Ada ramai lagi pimpinan lain seperti Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani ataupun Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang boleh menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya pada program makan malam di Bukit Rambai pada Khamis.Mengulas lanjut sama ada Perdana Menter perlu mengambil tindakan memecat Zahid daripada jawatan berkenaan, Kamil berkata, perkara itu terpulang kepada pertimbangan Anwar."Itu kena tanya Perdana Menteri, boleh ganti dengan yang lain, tidak ada masalah kerana itu kuasa prerogatif Perdana Menteri."Tapi kalau tanya saya, tidak perlu pecat. Kalau ada maruah, undur sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya.Terdahulu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mencabar Zahid supaya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada, berbanding mendesak supaya Parlimen dibubarkan lebih awal.Gobind menyifatkan kenyataan Pengerusi BN itu sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi beliau merupakan individu yang memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran negara.Bagaimanapun, Zahid menegaskan tidak timbul isu menteri BN tidak menyokong kepimpinan Anwar di peringkat Persekutuan.Beliau turut menjelaskan sepanjang mesyuarat Jemaah Menteri, tidak pernah berlaku keadaan menteri daripada BN tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Perpaduan atau berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.Menurutnya, perbezaan pendirian parti-parti politik di peringkat negeri, khususnya ketika menghadapi pilihan raya adalah hak masing-masing dan tidak boleh dikaitkan dengan sokongan terhadap kepimpinan Anwar.





'Bubar Parlimen, beri mandat baharu' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 13/11 8:30 am

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdepan desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal apabila tuntutan dikemukakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut disuarakan Pas.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun pembubaran Parlimen merupakan kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri, namun langkah tersebut merupakan jalan terbaik menangani ketidakstabilan dalaman Kerajaan Perpaduan.Beliau mendakwa, ketidakstabilan dalaman PH termasuk kekosongan beberapa jawatan dalam Kabinet menunjukkan kerajaan ketika ini berdepan masalah yang serius sehingga memerlukan mandat baharu daripada rakyat."Isu dalaman Kabinet itu sangat serius dan kerajaan tidak boleh membiarkan situasi gawat yang berlaku ini





Perpaduan BN, PN mampu bina semula kekuatan politik Abdul Hadi - Sinarharian - 13/11 7:44 am

HANG TUAH JAYA - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dapat membina semula kekuatan politik dan perpaduan selain mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perpaduan itu juga menjadi asas untuk menolak Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP."Perpaduan sangat penting





DAP langgar perjanjian, pulangkan mandat kepada rakyat Asyraf Wajdi - Sinarharian - 13/11 7:35 am

HANG TUAH JAYA - Barisan Nasional (BN) sedia menyerahkan semula mandat kepada rakyat sekiranya DAP tidak lagi menghormati syarat dan prinsip yang dipersetujui dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, DAP perlu kembali berpegang kepada dua perjanjian utama iaitu antara BN dan Pakatan Harapan (PH) serta perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia.Menurutnya, kedua-dua perjanjian itu menggariskan beberapa garis panduan termasuk taat setia institusi diraja, Yang di-Pertuan Agong, agama Islam serta keistimewaan orang Melayu."Kalau mereka sudah mula merasakan bahawa mereka tidak boleh lagi berpegang kepada syarat-syarat ini, maka dengan sendirinya perjanjian itu akan terbatal."Apabila terbatal, secara gentleman kita serahkan balik mandat itu kepada rakyat





Asyraf ulangi janji BN takkan tebuk atap, tukar PM - FMT - 13/11 7:33 am

Setiausaha agung Umno berkata lebih baik mandat dikembalikan kepada rakyat menerusi pembubaran Parlimen jika garis merah dan syarat bentuk kerajaan perpaduan tidak lagi dihormati.





Jemaah Menteri, komponen Kerajaan Perpaduan perlu bantu PM tadbir negara - Fahmi - Sinarharian - 12/11 9:28 pm

MELAKA - Semua anggota Jemaah Menteri dan parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu memainkan peranan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara, bukannya membantutkan usaha kerajaan.Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu wajar dijadikan pegangan oleh semua pihak yang masih berada dalam Kerajaan Perpaduan memandangkan pelbagai kejayaan besar negara ketika ini bertitik tolak daripada keupayaan Perdana Menteri menerajui pentadbiran."Saya percaya bagi pihak kerajaan, secara umumnya kita lihat banyak kejayaan yang Perdana Menteri telah berjaya bawa bukan hanya dari segi reformasi institusi, kedudukan Parlimen yang sekarang lebih bebas berbanding dulu, dan juga tahap keyakinan termasuk daripada para pelabur terhadap kerajaan, terhadap negara kita





12 November 2026 - Wrlr - 12/11 6:34 pm

12 November 2026 Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Melaka yang juga Ahli Parlimen Jasin, YB Zulkifli Ismail membidas kenyataan saya yang mengingatkan rakyat dan ahli PAS bahawa kerjasama PAS dengan UMNO sebelum ini tidak pernah melebihi tiga tahun. Beliau pernah terkenal kerana membaca doa Qunut Nazilah mendoakan kejatuhan pimpinan Kerajaan Perpaduan, yang turut melibatkan pimpinan UMNO yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan





PRN Melaka: Senjata rahsia parti saat akhir mampu pengaruhi pengundi atas pagar - Penganalisis - Sinarharian - 12/11 5:34 pm

SHAH ALAM - Parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dijangka menggunakan pelbagai strategi atau 'senjata rahsia' pada saat akhir kempen bagi meraih sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi atas pagar dan golongan muda.Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata, tempoh tiga hingga empat hari terakhir sebelum hari pengundian merupakan fasa penting kerana pengundi masih belum membuat keputusan bagi menentukan pilihan masing-masing.Menurutnya, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menggunakan tawaran pembangunan sosioekonomi tempatan dan jaminan kestabilan pentadbiran negeri sebagai strategi utama, mengambil kira kedudukannya sebagai kerajaan penyandang.Bagi Perikatan Nasional (PN) pula kata beliau, parti itu dijangka memanfaatkan isu salah guna kuasa dan kelemahan tadbir urus pihak lawan, selain memperhebat kempen menerusi media sosial seperti TikTok untuk menarik sokongan pengundi muda."Pakatan Harapan (PH) pula boleh menggunakan naratif penstrukturan semula dasar kebajikan dan perpaduan sebagai modal penting untuk mempengaruhi pengundi di kawasan bandar serta kawasan campuran."Bagaimanapun, keberkesanan strategi kejutan seperti ini bergantung kepada kecekapan jentera parti memanfaatkannya tanpa mencetuskan reaksi balas negatif atau persepsi yang boleh memakan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Mengulas kesan strategi berkenaan terhadap pengundi, Syahruddin berkata, keberkesanannya bergantung kepada faktor demografi serta kecenderungan pengundi terhadap calon yang dilihat benar-benar layak untuk dipilih.Jelasnya, pengundi tegar lazimnya sukar mengubah pendirian politik mereka meskipun berdepan pelbagai kejutan atau tawaran pada saat akhir kempen.Bagaimanapun, katanya, strategi tersebut berpotensi mempengaruhi keputusan antara 15 hingga 20 peratus pengundi atas pagar dan golongan muda, terutama jika mesej yang dibawa menyentuh secara langsung isu kos sara hidup, peluang pekerjaan serta integriti."Strategi ini juga berupaya menggerakkan pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi sekiranya isu yang diketengahkan berjaya mewujudkan rasa keutamaan dan tanggungjawab dalam kalangan mereka," katanya.Dalam pada itu, Syahruddin berpandangan BN ketika ini mempunyai kedudukan agak selesa berikutan kelebihan jentera perkhidmatan, rekod pentadbiran tempatan serta sokongan tradisi di kawasan luar bandar.Bagaimanapun, katanya, PH masih mempunyai kelebihan di kawasan bandar dan kawasan campuran, manakala PN pula mampu memberikan saingan menerusi kekuatan naratif kempen di kawasan pinggir bandar serta dalam kalangan pengundi generasi muda.Sementara itu, pandangan sama turut dikongsi seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi.Menurut beliau, BN boleh memanfaatkan pengalaman mentadbir negeri, jaringan akar umbi dan hubungan dengan pengundi luar bandar untuk meyakinkan rakyat mengenai kepentingan kestabilan politik serta kesinambungan pembangunan.Tambahnya, PH pula berpeluang mengetengahkan agenda pembaharuan, tadbir urus baik dan isu kos sara hidup, manakala PN boleh memanfaatkan sentimen pengundi Melayu serta isu politik semasa untuk meningkatkan sokongan."Senjata paling berkesan pada penghujung kempen bukanlah semata-mata pengumuman yang mengejutkan, tetapi sejauh mana parti berjaya meyakinkan rakyat bahawa mereka benar-benar memahami masalah yang dihadapi pengundi Melaka," katanya.Dalam perkembangan kempen pula, beliau melihat BN mempunyai sedikit kelebihan berbanding parti lain berikutan kedudukannya sebagai parti yang mentadbir Melaka, selain memiliki jentera akar umbi tersusun dan pengalaman menghadapi pilihan raya.Jelasnya, persefahaman antara BN dan PN yang tidak bertembung sesama sendiri di kawasan tertentu turut memberikan kelebihan dari sudut strategi pilihan raya kerana berpotensi mengurangkan perpecahan undi, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu."Pada pandangan saya, walaupun BN dilihat mempunyai sedikit kelebihan ketika ini, keadaan masih terbuka, khususnya di kawasan yang mempunyai persaingan sengit."Kemenangan akhirnya bukan hanya bergantung kepada kekuatan parti, tetapi juga penerimaan terhadap calon, keberkesanan kempen dan kemampuan jentera membawa penyokong keluar mengundi," katanya.Pada masa sama, beliau berpandangan isu tempatan lebih berpotensi mempengaruhi keputusan pengundi berbanding isu nasional kerana rakyat mahu melihat kemampuan kerajaan negeri menyelesaikan masalah yang dekat dengan kehidupan seharian mereka.Antara isu yang menjadi perhatian katanya, kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan setempat, kemudahan awam dan masalah banjir yang secara langsung memberi kesan kepada kesejahteraan penduduk.Bagaimanapun, Hussain Yusri tidak menafikan isu nasional termasuk perkembangan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut berpotensi mempengaruhi sentimen pengundi, khususnya penyokong parti yang mempunyai pendirian berbeza mengenai perkara tersebut."Isu tahanan rumah Najib boleh memberikan kesan yang berbeza kepada BN, PN dan PH





'Jangan bila dah letak jawatan, jadi macam orang gila talak' - Ahmad Zahid - Sinarharian - 12/11 4:35 pm

MELAKA - Tidak timbul isu menteri Barisan Nasional (BN) tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan meskipun parti itu berbeza haluan dengan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbezaan pendirian parti-parti di peringkat negeri adalah hak masing-masing, khususnya ketika menghadapi pilihan raya."Memang betul di peringkat negeri sama ada di Johor, Negeri Sembilan atau Melaka, kita tidak sehaluan."Ini hak setiap parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan untuk menentukan haluan masing-masing di peringkat negeri, terutama dalam PRN yang sedang berlangsung di Melaka ini dan tidak timbul isu kita tidak menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar di peringkat Persekutuan," katanya.Beliau ditemui pada Sesi Libat Urus bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Melaka 2026 di Ayer Molek di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan sedia ada.Pada Khamis, Gobind mencabar Ahmad Zahid supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada, berbanding mendesak supaya Parlimen dibubarkan lebih awal.Gobind menyifatkan kenyataan Pengerusi BN itu sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada individu yang memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran negara.Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sepanjang mesyuarat Jemaah Menteri, tidak pernah berlaku menteri daripada BN tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Perpaduan atau berbeza pendapat dengan Perdana Menteri."Ini semua menteri-menteri menyaksikan





Nazri ingatkan BN jangan layan desakan keluar kerajaan - FMT - 12/11 3:30 pm

Bekas MKT Umno itu berkata BN perlu menghormati titah Agong supaya kerjasama kerajaan perpaduan diteruskan sehingga PRU16.





Dulu doa Umno hancur, kini Nik Abduh kata ayahandanya doa perpaduan Melayu 1,000 kali lebih banyak - Harapandaily - 12/11 3:12 pm

Anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat... The post Dulu doa Umno hancur, kini Nik Abduh kata ayahandanya doa perpaduan Melayu 1,000 kali lebih banyak appeared first on Harapan Daily .





BN Tidak Hormat Perjanjian Dalam Kerajaan Perpaduan - Wrlr - 12/11 8:54 am

BN perlu memahami bahawa penyertaan dalam Kerajaan Perpaduan datang bersama tanggungjawab untuk menghormati persefahaman yang telah dipersetujui





Paya Rumput medan uji kekuatan Azman - Sinarharian - 12/11 8:50 am

Pada 2021, Bersatu berada dalam PN, manakala pada 2026, Pas mewakili kerjasama BNPN di Paya Rumput.Jelasnya, perubahan ini menjadikan sejarah sokongan Bersatu relevan untuk memahami penyusunan semula pengundian.Peralihan undiJusteru, secara strategiknya, PH memerlukan peralihan undi dari pengundi teras Bersatu bagi meningkatkan kebolehmenangan di DUN Paya Rumput."Ketiga ialah kehadiran Bersama yang diwakili Abdul Rashid, bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan. Penyertaan beliau menambah satu lagi dimensi persaingan dalam kelompok politik yang mempunyai sejarah hubungan dengan gerakan reformasi."PH juga wajar memastikan agar tidak berlaku ketirisan atau kebocoran undi yang signifikan kepada Bersama," ujar beliau.Ditanya tentang potensi Azman, beliau menjelaskan bahawa latar belakangnya mempunyai nilai tambah yang substantif, khususnya apabila melihat keperluan pembangunan Paya Rumput yang melibatkan penyelarasan pelbagai agensi dan peringkat kerajaan.Menurutnya, Azman bukan sekadar memegang jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri, tetapi juga mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam industri pasaran modal, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mempunyai kelulusan Professional MBA daripada Universiti Teknologi Malaysia.Jelasnya, gabungan pengalaman profesional, pentadbiran kerajaan negeri dan pentadbiran Persekutuan ini memberikannya pengetahuan tentang bagaimana sesuatu keputusan dasar dirumuskan, proses pentadbiran berfungsi serta hubungan antara kementerian dan agensi diselaraskan."Ini mempunyai kaitan dengan karakter Paya Rumput sendiri yang merangkumi kawasan kampung, perumahan separa bandar dan kawasan perindustrian yang sedang berkembang."Sebagai contoh, penyelesaian banjir memerlukan koordinasi antara Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri."Pembangunan perumahan pula melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, manakala pembangunan ekonomi komuniti memerlukan hubungan dengan institusi pembiayaan, agensi keusahawanan dan industri."Pengalaman Azman dalam pasaran modal dan pengurusan pentadbiran memberikan asas profesional relevan kepada proses penyelarasan tersebut," jelasnya.Pada masa sama, beliau melihat kedudukan Azman sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri membolehkannya memahami saluran komunikasi dan tatacara pentadbiran Persekutuan.Azman sendiri sebelum ini pernah menyatakan kelebihan pengalaman tersebut turut diterjemahkan beliau menerusi tawaran pembangunan yang lebih dekat dengan keperluan penduduk setempat.Beliau menyatakan hasil tinjauan sepanjang kempen mendapati beberapa kemudahan awam seperti dewan terbuka masih diperlukan sehingga penduduk terpaksa menggunakan ruang surau atau sekolah untuk mengadakan program dan aktiviti komuniti.Justeru, beliau berhasrat memanfaatkan hubungannya dengan Kerajaan Persekutuan bagi membantu mendapatkan peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur awam, termasuk menyediakan kemudahan berkenaan.Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, perebutan undi Melayu menjadi antara faktor penting yang bakal menentukan keputusan di kawasan itu, sekali gus menjadikan Paya Rumput sebagai medan persaingan kritikal kepada semua calon.Menurutnya, gabungan sentimen Biru-Hijau yang dibawa BN-PN berpotensi memberikan cabaran kepada PH, khususnya dalam usaha meyakinkan pengundi terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan.Bagaimanapun, cabaran utama Azman bukan sekadar menjelaskan pencapaian kerajaan di peringkat Pusat, tetapi bagaimana beliau mampu membina hubungan dan mendapatkan penerimaan masyarakat setempat.





Dua Timbalan Exco Bersatu akur jika digugurkan - Sinarharian - 12/11 8:23 am

KOTA BHARU - Dua Timbalan Exco Kerajaan Kelantan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka berdepan perubahan kedudukan susulan perkembangan politik membabitkan parti itu di negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohamad Bahari Md Nor berkata, beliau menjangkakan kedudukannya sebagai Timbalan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan negeri turut terjejas, begitu juga ADUN Paloh, Datuk Shaari Mat Husain yang merupakan Timbalan Exco Pertanian, Industri, Agro Makanan dan Komuniti.Menurut beliau, jangkaan itu dibuat berdasarkan kedudukan mereka berdua yang mewakili Bersatu dalam barisan pentadbiran kerajaan negeri.Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini masih belum menerima sebarang notis atau surat rasmi berhubung perkara berkenaan."Ya, saya masih menjalankan tugas sehingga mendapat notis ataupun keputusan yang muktamad."Kita akur dan reda dengan sebarang keputusan yang bakal tiba," katanya kepada pemberita.Terdahulu pada Rabu, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor sah digugurkan sebagai exco kerajaan negeri berkuat kuasa pada Isnin lalu.Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamad Bahari memberitahu, beliau tidak menyimpan sebarang rasa dendam sekiranya berlaku perubahan terhadap kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.Sebaliknya, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat dan memikul tanggungjawab sebagai sebahagian daripada barisan pentadbiran."Saya berterima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat."Saya telah cuba melaksanakan tanggungjawab saya dengan sehabis baik," katanya.





Rombakan Kabinet proses biasa, tak perlu bubar Parlimen, kata Fuziah - FMT - 11/11 11:51 pm

Setiausaha agung PKR berkata, percaturan politik tidak boleh dibenarkan gugat kestabilan yang sedang diusahakan kerajaan perpaduan.





'DAP, BN patut keluar Kerajaan Perpaduan jika tiada keserasian' - Mohd Razlan - Sinarharian - 11/11 6:54 pm

SHAH ALAM - DAP dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan secara bersama sekiranya sudah tidak lagi mempunyai keserasian dalam bekerjasama.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, tindakan tersebut sekali gus memberi peluang kepada rakyat menentukan semula mandat pemerintahan negara."Ketika BN menubuhkan kerajaan bersama PH (Pakatan Harapan), ramai dalam kalangan ahli parti juga tidak suka





Peletakan jawatan Anthony Loke: Jangan rakyat jadi mangsa polemik politik - Pemuda UMNO - Sinarharian - 11/11 3:32 pm

Saya menyambut baik kenyataan itu. Namun, penghormatan tidak boleh berhenti pada lafaz atau kata-kata."Apabila seorang anggota Jemaah Menteri meninggalkan Kabinet tepat pada hari perkenan Seri Paduka dan perintah mahkamah dilaksanakan, mesej yang sampai kepada rakyat ialah bantahan terhadap pelaksanaan itu sendiri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Pada Selasa, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.Menerusi satu kenyataanAnthonyLoke berkata, keputusan itu diambil selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk menjalani perintah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di ibu negara pada Selasa.Dalam pada itu, Mohd Hairi yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi negeri menegaskan, keputusan mahkamah berkenaan dibuat secara terbuka atas permohonan Jabatan Peguam Negara selepas meneliti dokumen pengampunan bersyarat, bukti pembayaran denda dan bahan berkaitan."Pelaksanaan tahanan rumah juga bukan bermaksud pembebasan kerana hukuman tetap berjalan, manakala denda RM50 juta telah dilunaskan serta tarikh setiap peringkat hukuman dinyatakan dengan jelas dalam perintah mahkamah."Perjuangan menolak rasuah bukan hak eksklusif mana-mana parti, namun prinsip itu perlu dipertahankan dengan menghormati proses undang-undang sehingga ke penghujungnya, termasuk apabila keputusan dibuat tidak selari dengan kehendak sendiri," katanya.Dalam masa sama, beliau mempersoalkan sama adaAnthony Loke mengambil kira tanggungjawab kementerian terhadap rakyat sebelum membuat keputusan meletakkan jawatan."Adakah beliau terfikir kementerian itu memikul urusan pengangkutan awam, keselamatan jalan raya dan projek yang dinanti rakyat, termasuk di Johor."Urusan rakyat tidak boleh menjadi mangsa polemik politik," katanya.Mengulas lanjut, Mohd Hairi berkata, perbezaan pendirian dalam Kerajaan Perpaduan sepatutnya disuarakan melalui saluran sedia ada dan bukannya dengan tindakan yang boleh menimbulkan tanggapan bahawa perkenan Yang di-Pertuan Agong serta perintah mahkamah boleh dipersoalkan mengikut kepentingan politik."Kita boleh berbeza pendirian





Bersatu gesa rombak Kabinet, bukan bubar Parlimen - Sinarharian - 11/11 2:55 pm

KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa agar Jemaah Menteri dirombak berbanding membubarkan Parlimen, bagi menangani isu disiplin dan kegagalan sesetengah pihak dalam pentadbiran mematuhi prinsip kerajaan.Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan utamanya ialah mengapa rakyat perlu menanggung akibat kegagalan menteri dan parti tertentu dalam kerajaan mematuhi disiplin serta melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran.Menurut beliau, dalam sistem demokrasi berparlimen berasaskan Westminster, menjadi anggota kerajaan bukan sekadar berkongsi kuasa, jawatan dan kedudukan tetapi turut memikul tanggungjawab bersama terhadap dasar, keputusan serta hala tuju pentadbiran negara."Masalah Kerajaan Perpaduan hari ini bukan sekadar kelemahan prestasi kementerian, tetapi juga kegagalan sebahagian menteri dan parti yang membentuk kerajaan untuk berfungsi sebagai satu pasukan."Mereka mahu terus menikmati manfaat dan kedudukan dalam kerajaan, tetapi apabila timbul kelemahan atau kegagalan, mengambil pendekatan 'pass the blame', menyalahkan Perdana Menteri dan kerajaan, menjauhkan diri daripada keputusan bersama, malah menyerang kerajaan yang mereka sendiri anggotai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menjelaskan, dalam sistem Westminster, prinsip tanggungjawab kolektif menteri menuntut anggota Kabinet memikul tanggungjawab bersama terhadap keputusan kerajaan, di mana perbezaan pandangan boleh dibincangkan dalam Kabinet, namun setelah keputusan dibuat, setiap menteri perlu menghormati dan mempertahankannya."Jika tidak lagi bersetuju atau tidak mampu menerima keputusan kerajaan, menteri berkenaan perlu melepaskan kedudukannya dalam Kabinet, bukannya terus menikmati jawatan sambil bertindak menyalahkan Perdana Menteri dan kerajaan sedangkan mereka sendiri adalah sebahagian daripada kerajaan," ujarnya.Tun Faisal menegaskan bahawa pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan atas pelanggaran disiplin ialah menteri atau parti yang terlibat, bukannya rakyat, memandangkan rakyat tidak seharusnya menanggung kos politik dan ekonomi akibat pembubaran Parlimen serta pilihan raya baharu.Katanya, perkara itu lebih membimbangkan ketika negara sedang berhadapan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global serta ancaman serangan siber yang boleh menjejaskan ekonomi, keselamatan dan meruntuhkan negara.Beliau turut mendakwa sikap tidak bertanggungjawab dan percaturan politik sama berulang kembali seperti ketika negara berhadapan pandemik Covid-19, apabila rakyat bertarung nyawa dan negara berada di ambang keruntuhan ekonomi.Beliau turut mengimbas kembali pengalaman ketika Perikatan Nasional (PN) menerajui kerajaan pada 2020 hingga 2022, di mana kerajaan dan Perdana Menteri ketika itu turut berhadapan tekanan politik daripada pemimpin parti yang sama, namun anggota Kabinet daripada parti itu pada umumnya lebih berdisiplin, sanggup memikul tanggungjawab bersama dan tidak menyalahkan kerajaan serta Perdana Menteri."Ketika itu kritikan, serangan dan sabotaj lebih banyak datang daripada pemimpin serta ahli parti yang berada di luar Kabinet."Berbeza dengan keadaan hari ini apabila pihak yang masih berada dalam kerajaan, termasuk yang mempunyai wakil dalam Kabinet, turut melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan kerajaan sendiri sehingga mencetuskan percanggahan mesej serta persepsi ketidakstabilan."Ironinya, pihak yang kononnya membentuk Kerajaan Perpaduan atas Titah Yang di-Pertuan Agong kini seolah-olah sedang melanggar titah 'perpaduan' yang dulunya menjadi mantra dan alasan mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Jemaah Menteri dirombak dan dibetulkan terlebih dahulu sebelum membawa negara kepada pilihan raya sekali lagi, memandangkan kerajaan masih mempunyai kira-kira setahun sebelum tamat penggal Parlimen untuk memperbaiki prestasi, memperkukuh pentadbiran dan mengembalikan disiplin kerajaan."Rakyat tidak sepatutnya menjadi mangsa kepada menteri dan parti yang mahu menikmati kuasa sebagai kerajaan, tetapi enggan memikul tanggungjawab sebagai kerajaan





Rombak Kabinet Atau Bubar Parlimen ? Zahid Pilih Bubar ,Adakah Bimbang .. - Denyutreformasi - 11/11 12:23 am

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan berbanding melakukan rombakan Kabinet mengundang pelbagai persoalan mengenai kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan





AMK Sabah gesa PM rombak Kabinet, nilai semula menteri UMNO - Sinarharian - 11/11 8:44 am

KOTA KINABALU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan untuk melakukan rombakan Kabinet secara tegas.Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil berkata, ini termasuk menilai semula kedudukan menteri-menteri UMNO sekiranya parti tersebut terus mengambil pendirian yang bercanggah dengan semangat dan hala tuju Kerajaan Madani."Kerajaan Perpaduan bukan tempat untuk menikmati kuasa dan jawatan, tetapi pada masa yang sama menyerang kerajaan sendiri demi kepentingan politik kepartian."Perkembangan mutakhir jelas menimbulkan persoalan terhadap kesepakatan politik dalam Kerajaan Perpaduan





Anwar masih ada mandat, tidak perlu layan desakan UMNO bubar Parlimen .. - Mygazette - 11/11 7:17 am

# Anwar masih ada mandat, tidak perlu layan desakan UMNO bubar Parlimen - DAP BATU BERENDAM UMNO sepatutnya menarik balik sokongan sekiranya tidak lagi mahu bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan, bukannya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen





Terlalu awal bincang rombakan Kabinet ??? Anwar - Mygazette - 10/11 5:00 pm

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan rombakan Kabinet, susulan spekulasi mengenai perubahan beberapa jawatan dalam barisan pentadbiran Kerajaan Perpaduan





Fokus menang Melaka dulu, kerjasama PH-Bersatu fikir kemudian ??? Adam - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Fokus menang Melaka dulu, kerjasama PH-Bersatu fikir kemudian Adam AYER KEROH - Pakatan Harapan (PH) mahu memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terlebih dahulu sebelum memikirkan sebarang kemungkinan persefahaman atau kerjasama politik dengan Bersatu selepas pilihan raya. Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan calon perpaduan yang diketengahkan PH memperoleh kemenangan, bukannya membuat keputusan mengenai percaturan politik selepas pilihan raya





Kerjasama Umno -Pas Hanya Sebuah AI , Jangan Tertipu - Denyutreformasi - 10/11 3:59 pm

Demikian jugalah jika kita melihat perkembangan kerjasama politik antara Umno dengan Pas yang telah bertukar nama dan istilah beberapa kali. Dengan menggunakan pelantar bangsa dan agama, Umno dan Pas pernah bersengkongkol atas tujuan politik melalui nama Muafakat Nasional, Perpaduan Ummah dan pelbagai istilah lain





Kerjasama Umno-Pas sebuah AL - Msomelayu - 10/11 10:47 am

Demikian jugalah jika kita melihat perkembangan kerjasama politik antara Umno dengan Pas yang telah bertukar nama dan istilah beberapa kali. Dengan menggunakan pelantar bangsa dan agama, Umno dan Pas pernah bersengkongkol atas tujuan politik melalui nama Muafakat Nasional, Perpaduan Ummah dan pelbagai istilah lain





Perubahan kerusi menteri Kabinet? - Utusan - 10/11 7:03 am

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan dijangka melakukan perubahan dalam barisan Kabinet dijangka dalam masa terdekat ekoran kemungkinan berlaku dua kekosongan





‘Untung’ orang Melaka, Pas dah tawar pahala perpaduan politik, netizen gelar Bapa Pahala Negara - Harapandaily - 9/11 11:31 am

Bapa Pahala Negara dan kilang pahala antara sindiran netizen terhadap Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, selepas pemimpin Pas itu mengaitkan perpaduan politik Islam dengan pahala terbesar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka





'Pulangkan mandat kepada rakyat' - Sinarharian - 9/11 8:30 am

SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) disaran menyerahkan semula mandat kepada rakyat sekiranya tidak lagi selesa bekerjasama dengan mana-mana menteri Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, langkah itu lebih berprinsip berbanding mencipta persepsi negatif terhadap rakan-rakan sendiri dalam kerajaan."Saya rasa seeloknya kalau dia (PH) rasa sudah tidak boleh bersama dengan mana-mana menteri dan tak suka dengan mana-mana parti, serahkan (semula) mandat ini kepada rakyat."Itu lebih berprinsip daripada dia mencipta persepsi dan tikam belakang rakan-rakan dia di dalam kerajaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Pada Sabtu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.Muhammad Kamil berpandangan, tindakan itu lebih mencerminkan prinsip dan pendirian seseorang pemimpin berbanding terus berada dalam Kabinet, tetapi pada masa sama bertindak memburukkan kerajaan.Mengulas lanjut, Mohd Razlan menegaskan, PH bukan pihak dominan dalam Kerajaan Perpaduan kerana pentadbiran sedia ada dibentuk menerusi kerjasama dan perjanjian bersama BN."Ketika kita menubuhkan kerajaan ini, ia dibentuk bersama dengan perjanjian dan berjalan bersama





Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid ISTANBUL - Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi





UMNO, kau nak bayar denda RM50 juta Najib guna duit siapa sebenarnya? - Wrlr - 8/11 7:16 pm

"Peribadi saya tidak setuju," katanya. Padahal UMNO tu rakan dalam Kerajaan Perpaduan, duduk semeja, makan semeja





Perbezaan pendirian parti tak jejas pentadbiran kerajaan perpaduan, kata Zahid - FMT - 8/11 6:34 pm

TPM berkata, hubungan kerja BN-PH dalam kerajaan kekal baik, susulan isu pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak.





Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid - Mydateline - 8/11 5:16 pm

Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ..





Deepavali diraikan meriah seluruh negara, semarak perpaduan masyarakat majmuk - Astroawani - 8/11 12:20 am

Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves dipenuhi orang ramai seawal pagi, termasuk keluarga berpakaian tradisional bagi menunaikan upacara keagamaan.





Sambutan Deepavali wadah mempererat perpaduan, semai nilai ihsan dan keprihatinan - FMT - 7/11 8:27 pm

Deepavali menyemarakkan semangat 'pesta cahaya' yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kata perdana menteri.





Portal Jodoh Darul Iman satukan Mohd Arabi, Siti Nur Fatimah - Sinarharian - 7/11 3:55 pm

Jumpa setelah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) pertemukan, lepas itu kami teruskan perhubungan dengan bercerita mengenai keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.Katanya, apa yang lebih menggembirakan apabila pihak YPK turut menawarkan pakej walimatul urus percuma menerusi program perkahwinan perdana berkenaan, sekali gus meringankan beban kewangan mereka."Dengan adanya bantuan daripada kerajaan, ia dapat menjimatkan kos dari segi pakaian dan tempat. Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri."Kami nampak kecaknaan kerajaan negeri ini dan bagus diteruskan supaya yang lain-lain, mungkin ada masalah kewangan, dapat dibantu untuk walimatul urus perdana ini," ujarnya yang mengaku bersyukur kerana ahli keluarga kedua-dua belah pihak turut memudahkan urusan perkahwinan mereka.Sementara itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, majlis perkahwinan perdana bagi siri kali ini melibatkan seramai 193 pasangan dari seluruh Terengganu.Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai sembilan pasangan terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk golongan bisu yang menggunakan bahasa isyarat, yang disifatkan sebagai satu perkembangan menarik untuk diraikan."Di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja, ia melibatkan 59 pasangan dengan 27 daripadanya dari Kuala Nerus manakala selebihnya dari Kuala Terengganu yang berlangsung di Dewan Kuala Nerus ini," jelasnya.Mengulas lanjut mengenai penganjuran program tersebut, Maliaman berkata, walaupun peruntukan yang dikeluarkan agak besar iaitu melebihi RM1.2 juta, ia amat berbaloi kerana ia benar-benar membantu rakyat."Rakyat kita ini kadang-kadang ada yang memikirkan nak sembelih lembu tak ada duit lagi, nak cat rumah, nak buat kenduri pun tak ada duit





Bertemu jodoh selepas 23 tahun - Sinarharian - 7/11 2:53 pm

KUALA NERUS - Pasangan pengantin tidak menyangka pertemuan semula selepas lebih dua dekad terpisah akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin pada majlis Walimatulurus Perdana 2026 peringkat negeri Terengganu di Masjid Al-Watiqu Billah, Bandar Baru Kuala Nerus, di sini, pada Sabtu.Norliana Yahya, 45, dari Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu yang bekerja sendiri dan mempunyai dua anak berusia 15 serta 11 tahun, mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.Pasangannya, Sharafuddin Mohamed, 59, dari Kampung Nibung yang merupakan pesara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), berkahwin buat kali kedua selepas kematian isteri pada 2025 dan mempunyai lima anak berusia antara 28 hingga 37 tahun.Menurut Norliana, mereka mula berkenalan pada 2003 ketika beliau menjalani latihan praktikal di MBKT, tempat Sharafuddin bertugas sebelum bersara, sebelum hubungan itu kembali terjalin pada penghujung tahun 2025.Pasangan itu selesai menjalankan akad nikah pada jam 9 pagi tadi berkata, penyertaan dalam program anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu banyak membantu menjimatkan kos persiapan."Kami hanya perlu menyediakan komitmen sebanyak RM1,000 untuk menyertai program ini, selain merancang mengadakan kenduri arwah selepas ini bagi meraikan perkahwinan bersama keluarga dan kenalan," kata Norliana.Majlis berkenaan dirasmikan Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Nor Hamzah yang mewakili Menteri Besar.Turut hadir ialah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim dan Pengarah YPKT Wan Muhd Masyhum Wan Harujan.Sementara itu, bagi pasangan muda Muhamad Khairul Ikhwa Muhammad Kamluddin, 21, seorang tukang cat rumah, dan pasangannya, Puteri Nurul Syazana Ramlan, 21, dari Kuala Ibai, penyertaan dalam majlis pernikahan beramai-ramai itu amat membantu mengurangkan beban kewangan serta membolehkan mereka memulakan kehidupan berumah tangga dengan lebih teratur."Kami bersyukur sangat sebab dapat rezeki menunaikan perkahwinan dalam majlis ini sebab ia banyak sangat bantu jimatkan berlanja lebih-lebih lagi bagi pengantin muda yang ekonominya masih belum stabil," katanya.Secara keseluruhan, seramai 59 pasangan dari Kuala Nerus dan Kuala Terengganu melangsungkan pernikahan menerusi program berkenaan, yang turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk khidmat jurunikah, urusan dokumen yang ditanggung, jurugambar, cenderahati tetamu, serta kursus percuma kendalian YPKT.





Anwar patut pecat menteri BN tak sehaluan - Muhyiddin - Sinarharian - 7/11 1:47 pm

HANG TUAH JAYA - Menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dipecat bagi memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu wajar dipertimbangkan susulan perbalahan terbuka antara pemimpin BN dengan Perdana Menteri yang disifatkan boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan.Menurutnya, pemimpin yang menjadi sebahagian daripada kerajaan seharusnya menghormati prinsip pentadbiran dengan tidak mengkritik kerajaan sendiri secara terbuka sehingga menimbulkan gambaran seolah-olah berlaku keretakan dalam kerajaan."Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah pecat mereka





Little India meriah dengan sambutan Deepavali, serlah perpaduan kaum - Mygazette - 7/11 7:51 am

# Little India meriah dengan sambutan Deepavali, serlah perpaduan kaum MELAKA - Kemeriahan sambutan Deepavali di Little India bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat India membuat persiapan menyambut pesta cahaya, malah menyerlahkan semangat perpaduan apabila turut diraikan masyarakat pelbagai kaum





Deepavali eratkan perpaduan, jangan biar politik jejaskan silaturrahim - Mygazette - 7/11 7:51 am

# Deepavali eratkan perpaduan, jangan biar politik jejaskan silaturrahim MELAKA - Perbezaan agama, kaum dan pandangan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, khususnya ketika sedang melalui suasana kempen pilihan raya





Inisiatif merakyatkan muzium diperhebat, pastikan institusi terus dinamik - Aaron - Astroawani - 7/11 5:10 am

Kementerian Perpaduan Negara menggariskan tiga pendekatan utama bagi memperkukuh inisiatif "Merakyatkan Muzium" menjelang2027 bagi memastikan institusi permuziuman terus dinamik dan relevan kepada masyarakat.





Hadi seru umat Islam bersatu walau berbeza mazhab, politik berbeza parti pula bagaimana? - Harapandaily - 6/11 8:05 pm

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya bersatu tanpa mengira perbezaan mazhab dan bangsa, namun seruan tersebut turut membuka ruang kepada satu persoalan menarik, bagaimana pula dengan perpaduan umat Islam yang berbeza fahaman politik di Malaysia? Dalam tulisan terbarunya menerusi siri Minda Presiden Pas bertajuk Berperang Kerana Israel dan Sekutunya, Bukan..





Anthony Loke adakan sidang media susulan perkembangan kes Najib - Sinarharian - 6/11 4:57 pm

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dijangka mengadakan sidang media pada jam 5 petang Jumaat di pejabatnya di Putrajaya.Sidang media itu dipercayai bagi memberikan penjelasan berhubung pendiriannya untuk meletakkan jawatan susulan perkembangan terbaharu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibenarkan menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.Anthony sebelum ini menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib diumumkan pada 19 September lalu.Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang membincangkan pendirian parti berkenaan terhadap keputusan membenarkan bekas Presiden UMNO tersebut menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.Menurut Setiausaha Agung DAP, keputusan untuk meletakkan jawatan itu merupakan pendirian politiknya berhubung perkembangan tersebut, namun menteri dan timbalan menteri daripada parti itu yang lain akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan pentadbiran.Pada 28 September lalu, Ahli Parlimen Seremban itu mengesahkan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau kemudian menjelaskan bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib dibenarkan keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.Bagaimanapun, Anwar meminta Anthony meneruskan tugas buat sementara waktu.Dalam perkembangan berkaitan, Najib sebelum ini menerima pengampunan bersyarat tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung di Istana Negara.Pengampunan bersyarat berkenaan turut menetapkan pembayaran denda RM50 juta sebagai sebahagian daripada syarat perlu dipenuhi.Sebelum itu, pada 2 Februari 2024, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Najib mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.Perkembangan terbaharu membabitkan pembayaran denda berkenaan sekali lagi memberi tumpuan kepada pendirian Loke, khususnya mengenai tarikh kuat kuasa peletakan jawatannya yang sebelum ini dikaitkan secara langsung dengan pembebasan Najib dari penjara.





PRN Melaka: Mustafa sasar tingkat majoriti, kerjasama Pas jadi sandaran BN - Mygazette - 6/11 4:25 pm

# PRN Melaka: Mustafa sasar tingkat majoriti, kerjasama Pas jadi sandaran BN DURIAN TUNGGAL Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Mustafa Musa menyasarkan peningkatan majoriti kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dengan meletakkan kerjasama bersama Pas sebagai antara sandaran utama meraih sokongan pengundi. Mustafa berkata, beliau yakin persefahaman antara jentera BN dan Pas, selain keinginan rakyat melihat perpaduan mampu meningkatkan jumlah undi yang diperoleh BN berbanding pilihan raya lalu




Reformasi     >>



Hadi did make the statement that even the worst Muslim .. - Harapandaily
Pas president Tan Sri Abdul Hadi Awang did make the controversial statement that even the worst Muslim rulers are less oppressive than non-Muslims, as reported by news portal Malaysiakini. The remarks were made during a Barisan NasionalPerikatan Nasional (BNPN) election campaign event in ..
Kroni     >>



Experts divided on whether Najib's house arrest sets .. - NST
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razaks house arrest could shape how future royal pardons are implemented, although constitutional experts differ on whether it would establish a precedent.
Tabloid     >>



Sensasi Langgak Duta, tamatnya PRN Melaka - Kosmo
Jalan Langgak Duta tiba-tiba popular. Ia menjadi sebutan disebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke situ untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. Jeritan bossku mengiringi kepulangan Najib pada malam Rabu lalu sebaik kenderaan yang membawanya memasuki Jalan ..
Tech     >>



Nvidia closes below $4T market cap for first time .. - Cnbc
Jensen Huang resigned as CEO of Nvidia on Thursday after coming under scrutiny for two extramarital affairs.
World     >>



Nvidia is done with Jensen Huang. The fallout in .. - Cnbc
The Republican-led Congress wants to see Jensen Huang in Washington before Democrats take control in January.
Motor Trend     >>



Nissan Bolot Dua Anugerah Utama JAHFA 2026, Elgrand .. - Careta
Nissan turut menguasai dua daripada empat kategori utama apabila LEAF generasi ketiga memenangi Car Design of the Year, manakala Volvo ES90/EX90 dan Toyota RAV4 masing-masing menerima anugerah bagi kategori kereta import dan teknologi. Keputusan pemenang diumumkan pada 4 November 2026 sebelum