| /// |
|
| Search : Perling News | Page 1 |
|
Lima calon PH kesal MB Johor persoal dasar kerajaan Persekutuan - Mygazette - 7/07 3:32 pm "Setiap dasar kerajaan diputuskan secara kolektif di peringkat Kabinet, termasuk dengan persetujuan wakil-wakil UMNO," ujar mereka dalam sidang akhbar bersama-sama di Taman Molek di sini hari ini. Lima calon PH tersebut iaitu Andrew Chen Kah Eng (Stulang), Alan Tee Boon Tsong (Perling), Kartiyaini Jeyapalan (Skudai), Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram) dan Lee Wern Yiing (Johor Jaya) |
|
Charudin tetap keluar mengundi awal walaupun alami slip disc, Parkinson - Mygazette - 7/07 3:32 pm Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Hoo Chuan Huat hadir ke Markas PPM Wilayah Dua bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Dua calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling iaitu Pannir Selvam daripada Barisan Nasional dan Alan Tee dari daripada Pakatan Harapan datang berasingan bagi melihat kelancaran proses pengundian awal.- MalaysiaGazette Caption gambar: Charudin menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Johor Bahru, hari ini |
|
PRN Johor: Pannir tekad bawa nafas baharu di DUN Perling - Sinarharian - 7/07 12:25 am JOHOR BAHRU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Pannir Selvam bertekad membawa angin perubahan di kawasan itu selepas hampir dua penggal berada di bawah pentadbiran wakil rakyat DAP.Menurut beliau, sudah tiba masanya rakyat Perling diberikan pilihan baharu selepas semakin ramai penduduk menyuarakan rasa kecewa terhadap prestasi penyandang yang didakwa gagal memberikan perhatian sewajarnya terhadap pelbagai isu setempat.Katanya, sebagai anak Johor yang membesar dalam masyarakat berbilang kaum, beliau memahami keperluan sebenar rakyat yang mahukan seorang wakil rakyat sentiasa turun padang, mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah tanpa mengira latar belakang."Saya bukan datang sekadar mahu bertanding pilihan raya, tetapi mahu mengembalikan keyakinan rakyat bahawa seorang wakil rakyat perlu sentiasa berada bersama masyarakat, mendengar denyut nadi mereka dan bekerja setiap hari, bukan hanya muncul ketika musim pilihan raya," katanya.Pannir berkata, pencalonannya turut mencipta sejarah apabila menjadi calon pertama daripada MIC mewakili BN di DUN Perling, sekali gus memecahkan tradisi kerusi berkenaan yang sebelum ini lazimnya ditandingi oleh MCA.Beliau menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepimpinan BN sebagai satu amanah besar yang akan dibalas dengan kerja keras dan komitmen penuh sepanjang kempen serta sekiranya diberi mandat oleh rakyat."Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan BN di peringkat Pusat, negeri dan Bahagian Pulai khususnya Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana memberikan keyakinan kepada saya untuk memikul tanggungjawab besar ini."Dalam masa sama, saya juga amat menghargai semangat setiakawan MCA yang memberi laluan kepada saya daripada MIC untuk membawa panji-panji BN di Perling |
|
PH Johor gesa Onn Hafiz hormati prinsip tanggungjawab bersama Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 7/07 12:15 am JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menghormati prinsip tanggungjawab bersama dalam Kerajaan Perpaduan susulan kenyataannya yang mempertikaikan beberapa dasar Kerajaan Persekutuan.Wakil PH Johor yang terdiri daripada calon PH Stulang, Andrew Chen Kah Eng; calon Perling, Tee Boon Tsong; calon Skudai, Kartiyaini Jeyapalan; calon Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani dan calon Johor Jaya, Lee Wern Yiing berkata, beberapa dasar yang dipersoalkan itu merupakan keputusan Kerajaan Persekutuan yang turut melibatkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.Dalam satu kenyataan bersama, PH Johor berkata, antara dasar yang dipertikaikan ialah pelaksanaan e-Invois, caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing serta kewajipan pendaftaran majikan dengan Kementerian Sumber Manusia.Menurut PH, Onn Hafiz tidak seharusnya melupakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, malah lapan menteri UMNO menganggotai Jemaah Menteri."Onn Hafiz tidak seharusnya melupakan bahawa kerajaan hari ini ialah Kerajaan Perpaduan."BN dan UMNO merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, dengan 8 menteri UMNO menganggotai Jemaah Menteri.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu"Setiap dasar kerajaan diputuskan secara kolektif di peringkat Kabinet, termasuk dengan persetujuan wakil-wakil UMNO," katanya.PH berkata, sekiranya Onn Hafiz mempunyai pandangan berbeza terhadap mana-mana dasar berkenaan, saluran sewajarnya adalah melalui kepimpinan parti serta menteri-menteri UMNO dalam Kabinet."Malah, pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pernah mengakui bahawa parti itu berjaya mempengaruhi keputusan Kerajaan Persekutuan dalam isu Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA)."Ini membuktikan bahawa UMNO mempunyai ruang dan pengaruh untuk mengubah atau menangguhkan sesuatu dasar sekiranya benar-benar mempunyai pendirian yang tegas."Justeru, mengapa pendekatan sama tidak digunakan bagi isu e-Invois, caruman dua peratus KWSP pekerja asing dan pendaftaran majikan?"Mengapa hanya apabila pilihan raya menjelang, dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama dijadikan modal politik sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah UMNO tidak terlibat dalam membuat keputusan?" katanya.PH bagaimanapun mengakui setiap dasar baharu memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dan kerajaan sentiasa terbuka menerima pandangan pemain industri bagi memastikan pelaksanaan lebih berkesan serta mesra perniagaan.Namun, katanya, adalah tidak bertanggungjawab untuk menggambarkan dasar terbabit semata-mata sebagai beban tanpa menjelaskan rasional, objektif dan manfaat jangka panjangnya kepada negara."Pendekatan sedemikian bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah memberi gambaran seolah-olah parti beliau sendiri tidak mempunyai tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat di peringkat Persekutuan," katanya.PH turut menyeru Onn Hafiz agar bersikap konsisten dan menghormati prinsip tanggungjawab bersama yang menjadi asas Kerajaan Perpaduan. |
|
Onn Hafiz dipersoal berkempen dalam program Jelajah TVET MARA - Wrlr - 7/07 12:05 am Namun persoalan timbul apabila pelajar hadir ke program pendidikan tetapi disajikan dengan kempen politik. Semalam, calon Pakatan Harapan (PH), Perling Tee Boon Tsong mendakwa beliau menerima aduan pelajar kolej TVET yang dikehendaki menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang itu |
|
Tubuh Jawatankuasa Pilihan Rentas Sempadan Johor-Singapura jika PH menang .. - Mygazette - 7/07 8:01 am "Kemudahan pejalan kaki juga perlu dipertingkatkan melalui pembinaan laluan yang lebih selamat serta penambahan lintasan pejalan kaki bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam," katanya. Calon DUN Perling, Alan Tee Boon Tsong pula berkata, pengurusan banjir antara keutamaan memandangkan beberapa kawasan di Greater Johor Bahru berdepan kejadian itu hampir setiap tahun |
|
PRN Johor ujian untuk pertahankan ???Impian Malaysia??? -Kit Siang - Mygazette - 7/07 8:01 am # PRN Johor ujian untuk pertahankan Impian Malaysia -Kit Siang PERLING - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar pertandingan memilih kerajaan negeri baharu, sebaliknya menjadi medan penting untuk menentukan sama ada negara terus melangkah ke hadapan atau kembali kepada politik lama yang berteraskan perkauman |
|
BN menang besar, Najib mungkin terima pengampunan – DAP - Mygazette - 7/07 8:01 am Kita juga mendengar kemungkinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menerima pengampunan. Perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku, keluarlah ramai-ramai beri undi kepada PH, katanya ketika berucap pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Perling, malam ini |
|
PRU Johor: Calon PH Dakwa Pelajar TVET Dipaksa Hadiri Ceramah Politik BN - Wrlr - 6/07 5:58 pm Calon Perling dari DAP, Tee Boon Tsong mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN |
|
Calon PH bimbang jumlah keluar mengundi rendah di Perling - FMT - 6/07 2:35 pm Tinggal lima hari sebelum pengundian, calon PH Tee Boon Tsong gesa penyokong di luar Johor pulang mengundi. |
|
PH candidate fears low turnout of Chinese voters in Perling - FMT - 6/07 2:22 pm With five days left before the polls, PH candidate Tee Boon Tsong urges supporters working outside Johor to return home to vote. |
|
PRN Johor: Isu banjir, tambak sesak jadi misi bersama calon PH Greater JB - Sinarharian - 6/07 1:34 pm JOHOR BAHRU Lima calon Pakatan Harapan (PH) di kawasan Greater Johor Bahru memilih untuk memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, termasuk masalah banjir dan kesesakan lalu lintas di pintu sempadan.Penyandang dan juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, antara isu yang menjadi fokus bersama lima calon terbabit ialah pengangkutan awam, pengurusan bencana, penjagaan kanak-kanak, kebajikan warga emas serta isu rentas sempadan Johor-Singapura."Kesemua isu itu akan diperjuangkan secara kolektif oleh calon-calon PH di kawasan Greater Johor Bahru sekiranya diberi mandat pada PRN kali ini."Bukan seorang calon hanya menjaga satu isu semata-mata. Kami akan bergerak sebagai satu pasukan untuk memantau, membawa cadangan dan melaksanakan penambahbaikan terhadap semua isu ini demi kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.Sementara itu, calon Dun Perling, Alan Tee Boon Tsong berkata, pengurusan banjir antara keutamaan memandangkan beberapa kawasan di Greater Johor Bahru berdepan kejadian itu hampir setiap tahun.Ujarnya, tidak dinafikan mungkin ada perubahan iklim dan pemanasan global, tetapi pada masa sama tidak boleh dinafikan masalah (banjir) berkenaan boleh dielakkan."Saya ambil contoh tahun lepas Mac 2025 berlaku banjir serius di kawasan Perling, keluarga terjejas lebih 1,000 keluarga |
|
Sambutan masyarakat India, isyarat positif kepada BN – Azeez - Mygazette - 5/07 5:13 pm Insya-Allah, saya cari mana-mana masyarakat India sudah bersedia untuk 11 haribulan untuk memilih empat-empat calon. Tiga orang anak muda dan seorang calon lama, katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India, di Perling malam ini |
|
BN sasar kemenangan calon MIC pertama di DUN Perling – Zahid - Mygazette - 5/07 5:13 pm # BN sasar kemenangan calon MIC pertama di DUN Perling - Zahid JOHOR BAHRU Barisan Nasional (BN) menggesa hampir 14,900 pengundi India di kerusi N.46 Perling memberikan sokongan penuh kepada calonnya daripada MIC, Pannir Selvam bagi mencipta sejarah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) India pertama mewakili kawasan itu |
|
Zahid sangkal BN khianati mandat rakyat, kerajaan Johor wujud sebelum .. - Mygazette - 5/07 5:13 pm Kita tidak mengkhianati sesiapa. Kerajaan Negeri Johor merupakan kerajaan BN yang ditubuhkan sebelum wujudnya Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat India di Perling Mall malam tadi |
|
Muka baharu MIC mahu rampas kubu kuat DAP di Perling - FMT - 5/07 10:00 am P Pannir Selvam berkata pengundi perlu memberi tumpuan kepada isu setempat kerana ramai penduduk masih kurang jelas mengenai peranan seorang Adun. |
|
MICs election newcomer aims to oust DAP from Perling stronghold - FMT - 5/07 9:45 am First-time BN candidate says voters should focus on local issues, arguing that many residents remain unclear about the role of assemblymen. |
|
Manifesto PH lewat diumumkan kerana ambil masa menyiapkannya – Lih .. - Mygazette - 4/07 7:57 am Jelasnya, tidak semua DUN yang ditandingi PKR dalam PRN itu mempunyai manifesto sendiri seperti di Bukit Batu yang dilakukan atas inisiatif parti di cabang berkenaan. Tambah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, selain DUN Bukit Batu, DUN Skudai dan DUN Perling juga ada melancarkan manifesto masing-masing |
|
Ambil masa buat kajian punca Manifesto PH lewat diumum - Chang Lih Kang - Sinarharian - 3/07 4:35 pm Antara sebab kita lewat mengumumkannya adalah kerana DUN Johor dibubarkan secara tergesa-gesa. Kita perlukan masa untuk membuat kajian sebelum melancarkan manifesto."Hari ini manifesto dilancarkan di tengah-tengah tempoh berkempen dan saya fikir inilah masa yang paling sesuai," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Manifesto DUN Bukit Batu di Bilik Gerakan Utama DUN Bukit Batu, Taman Impiana, Kelapa Sawit di sini pada Jumaat.Turut hadir calon PH DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.Lih Kang berkata, manifesto DUN Bukit Batu menggariskan '7 Tekad Untuk Bukit Batu' yang memberi fokus kepada penyelesaian pelbagai isu dan keperluan penduduk setempat.Beliau menjelaskan, bukan semua DUN yang ditandingi PKR pada PRN Johor mempunyai manifesto tersendiri, sebaliknya ia bergantung kepada inisiatif cabang masing-masing.Selain Bukit Batu beliau berkata, DUN Skudai dan Perling turut melancarkan manifesto khusus bagi kawasan masing-masing.Terdahulu, PH melancarkan manifesto PRN Johor bertemakan 'Johor Untuk Semua' yang mengandungi 10 tawaran utama meliputi aspek kos sara hidup, pemilikan rumah, peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi negeri.Manifesto yang menawarkan pelbagai inisiatif itu dilihat mampu meningkatkan taraf hidup rakyat serta memperkukuh kedudukan Johor sebagai antara pemacu utama ekonomi negara. |
|
Dont confuse personal campaign pledges with official manifesto, says Fuziah - FMT - 2/07 2:05 pm PKR secretary-general responds to PHs Perling and Skudai candidates, who announced their manifestos yesterday ahead of PHs official manifesto launch tomorrow. |
|
Johor polls: DAP confident new faces can drive change - Sinardaily - 2/07 1:33 pm However, the response from the people has been very encouraging. Some even approached me for selfies, and that has given me added confidence," he said.In the Johor polls, DAP, contesting under the PH banner, is fielding 17 candidates in Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Parit Raja, Penggaram, Mengkibol, Paloh, Tiram, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Bukit Permai, Senai and Pekan Nanas.A total of 172 candidates are contesting in the Johor state election, with polling on July 11 and early voting on July 7 |
|
PRN Johor: DAP optimis muka baharu mampu bawa perubahan - Sinarharian - 2/07 1:05 pm BATU PAHAT - DAP yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) optimis terhadap keupayaan barisan muka baharu yang diketengahkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah berani DAP Johor mengetengahkan calon yang tidak pernah bertanding sebelum ini adalah untuk memberi ruang kepada anak muda berada di barisan hadapan, sekali gus membawa perubahan di kawasan masing-masing.Steven yang juga Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi berkata, meskipun berstatus muka baharu, calon yang diketengahkan bukanlah individu asing dalam arena politik kerana kebanyakannya berpengalaman luas bekerja di belakang tabir parti sebelum ini."Kita beri ruang kepada mereka untuk berkhidmat sebagai calon dan jika ada rezeki akan menjadi wakil rakyat pula. Kita ketengahkan calon baharu dan muda, tetapi tidak ketepikan orang lama."Kita akan libatkan juga mereka (orang lama) yang pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sebagainya dalam kempen serta gerak kerja," katanya kepada Bernama selepas sesi santai sarapan bersama calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja di sini, pada Khamis.Turut hadir Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Young Syefura Othman dan calon DAP DUN Parit, Raja Shazwan Dzainal Abidin.Sementara itu, Young Syefura berkata, sokongan padu diberikan kepada muka baharu bagi membuktikan setiap individu dalam DAP mempunyai kekuatan tersendiri untuk memimpin, selain mahu menonjolkan bakat mereka di peringkat akar umbi."Sebagai contoh calon Parit Raja (Shazwan Dzainal) merupakan anak tempatan Batu Pahat juga berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang politik termasuk pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada ADUN Penggaram," katanya.Beliau turut memuji semangat positif yang dipamerkan Shazwan sepanjang enam hari tempoh kempen berlalu, meskipun menyedari DUN Parit Raja merupakan antara kubu kuat Barisan Nasional (BN).Dalam pada itu, Shazwan mengakui gembira dengan maklum balas penduduk setempat yang menerima baik kehadirannya walaupun pada mulanya beliau berasa agak gementar."Teruja untuk bertanding di sini yang sememangnya kubu UMNO, BN tetapi kali ini sambutan sangat baik dalam kalangan penduduk, malah ada juga yang memanggil saya untuk berswafoto dan ini memberikan kekuatan kepada saya," katanya.Pada PRN kali ini, DAP yang bertanding atas tiket PH meletakkan 17 calon iaitu di DUN Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Parit Raja, Penggaram, Mengkibol dan Paloh.DUN lain yang ditandingi ialah Tiram, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Bukit Permai, Senai dan Pekan Nanas.Sebanyak 172 calon bertanding pada PRN Johor yang akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari - BernamaN22: PARIT RAJA: 38,1591 |
|
Jangan keliru, manifesto rasmi PH berbeza dengan janji calon - Fuziah - Sinarharian - 2/07 12:53 am Itu adalah tekad mereka untuk membantu kawasan yang mereka wakili. Ia bukan dasar besar yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tinjauan pelaksanaan mekanisme bantuan Budi Madani Diesel di Stesen Petronas Bandar Dato Onn di sini pada Khamis.Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan calon PH bagi DUN Perling, Alan Tee Boon Tsong dan calon DUN Skudai, Kartiyaini Jeyapalan mengumumkan manifesto masing-masing semalam.Kedua-dua calon memberi alasan ia memberi tumpuan kepada isu setempat manakala manifesto rasmi PH Johor dijadual dilancarkan esok. |
|
Parti Rafizi berisiko pecahkan undi PH, beri kelebihan kepada BN, PN... - Mygazette - 1/07 4:19 pm Beliau berkata, pemilihan 15 kerusi yang ditandingi juga dilihat strategik kerana tertumpu di kawasan bandar, separa bandar dan koridor ekonomi Johor Selatan seperti Johor Bahru, Tebrau, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Kulai. Katanya, kawasan seperti Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Kota Iskandar, Bukit Batu dan Senai mempunyai pengundi bandar yang lebih peka terhadap isu kos sara hidup, perumahan, peluang pekerjaan, kesesakan lalu lintas, integriti dan prestasi wakil rakyat |
|
PRN Johor: Parti Rafizi berpotensi pecahkan undi PH, beri kelebihan kepada BN dan PN - Sinarharian - 1/07 2:55 pm KUALA LUMPUR Keputusan Parti Bersama yang dipimpin Datuk Seri Rafizi Ramli bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berpotensi memecahkan undi penyokong Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, dalam sistem pilihan raya first-past-the-post, risiko berlakunya pecah undi adalah sesuatu yang nyata.Menurut beliau, sekiranya sebahagian penyokong PH yang kecewa terhadap Kerajaan Madani memilih Bersama sebagai undi protes, sokongan terhadap PH boleh terjejas sekali gus meningkatkan peluang BN atau PN, khususnya di kerusi majoriti tipis."Dari sudut ini, kehadiran Bersama memang boleh meletakkan PH, khususnya PKR, dalam kedudukan lebih mencabar."Strategi Bersama juga menarik kerana parti itu tidak hanya bergantung kepada populariti Rafizi semata-mata. Sebaliknya, ia mempertaruhkan calon daripada pelbagai latar belakang seperti doktor, peguam, arkitek, usahawan muda, profesional minyak dan gas, penggiat masyarakat, aktivis, pengurus kemudahan, bekas petugas pusat khidmat rakyat serta anak muda Felda."Pendekatan ini memberi mesej bahawa politik bukan hanya milik elit parti," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, Bersama turut cuba mengangkat standard integriti dalam pilihan raya apabila semua 15 calonnya diminta mengisytiharkan harta, pendapatan, hutang dan perbelanjaan menerusi akuan bersumpah.Katanya, calon parti itu juga menandatangani aku janji integriti termasuk komitmen untuk tidak melompat parti."Malah, Bersama turut mengetengahkan kutipan dana awam secara terbuka bagi membuktikan politik boleh digerakkan melalui sumbangan rakyat, bukan semata-mata bergantung kepada dana daripada kelompok berkepentingan," katanya.Menurut Mashitah, pemilihan 15 kerusi yang ditandingi juga dilihat strategik kerana tertumpu di kawasan bandar, separa bandar dan koridor ekonomi Johor Selatan seperti Johor Bahru, Tebrau, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Kulai.Beliau berkata, kawasan seperti Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Kota Iskandar, Bukit Batu dan Senai mempunyai pengundi bandar yang lebih peka terhadap isu kos sara hidup, perumahan, peluang pekerjaan, kesesakan lalu lintas, integriti dan prestasi wakil rakyat."Pada masa sama, Bersama bukan sahaja mencabar PH, malah turut bertanding di kawasan yang mempunyai pengaruh BN dan PN |
|
Johor polls: BNs Pannir Selvam banks on pocket talks to win Perling - Malaymail - 1/07 1:06 pm JOHOR BAHRU, July 1 Taking a personal and grassroots approach, Barisan Nasional (BN) candidate for the Perl... |
|
MIC steps out of comfort zone with urban push in Johor polls - Mkini - 30/06 8:06 pm JOHOR POLLS BN component makes tactical move to take Harapan bastion Perling. |
|
MIC Johor sahut cabaran kerusi panas untuk kekal relevan - Mkini - 30/06 8:00 pm PRN JOHOR Parti itu melepaskan satu kerusi selamat buat Umno, diberikan Perling untuk dirampas dari PH |
|
Keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai, hakim bercuti sakit - Mygazette - 30/06 4:45 pm Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 |
|
Bebas atau penjara, nasib politik Syed Saddiq ditentukan mahkamah - Mygazette - 30/06 4:45 pm Syed Saddiq juga disabitkan atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 |
|
Rafizi minta calon Bersama lebih berdisiplin ketika berucap - FMT - 30/06 10:30 am Rafizi Ramli mengeluarkan garis panduan selepas calon Bersama di Perling mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan mengenai penternakan babi. |
|
Rafizi tells Bersama candidates to stay disciplined after ceramah misstep - FMT - 30/06 10:12 am Rafizi Ramli issues guidelines after Bersama's Perling candidate stirs controversy with remarks on pig farming. |
|
Rafizi keluarkan garis panduan buat calon Bersama lepas ucapan isu babi - Mkini - 30/06 9:46 am Susulan bantahan terhadap ucapan calon Bersama di Perling pada Ahad yang mengkritik keputusan kerajaan negeri Selangor terhadap operasi ladang babi. |
|
BN mula goyang, ramalan hanya menang kurang 40 kerusi – Chin Tong - Mygazette - 30/06 7:35 am Dakwaan mengenai mesyuarat itu tercetus susulan spekulasi BN sedang menilai semula strategi kempen selepas kajian dalaman didakwa menunjukkan gabungan itu hanya berpotensi memenangi sekitar 30 kerusi DUN. Mengulas lanjut, Chin Tong yang digugurkan daripada kerusi DUN Perling pada PRN Johor kali ini mahu semua pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada 11 Julai ini |
|
Johor polls: PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN - Liew - Sinardaily - 29/06 5:50 pm JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.DAP Strategic Director Liew Chin Tong said one of the key concerns is whether PN supporters may transfer their votes to other parties, potentially influencing the outcome in closely contested constituencies.The Deputy Finance Minister said such a scenario could pose a challenge to PH candidates, particularly those representing DAP, in securing victories in those seats."Will PN supporters transfer their votes? This is something we need to observe because every election presents risks and possibilities that we may not anticipate."What matters is that we remain vigilant, campaign diligently and continue offering new ideas so that voters will place their trust in us, he told Bernama today.Commenting on PHs broader strategy for the Johor state election, Liew, who is also the incumbent for the Perling state seat, said the coalition had fielded a line-up of young and credible candidates considered best suited for each constituency.When asked about his decision not to defend the Perling seat, which he won in the 2022 Johor election, Liew said the move aligned with DAPs principle of discouraging elected representatives from holding positions at both parliamentary and state assembly levels simultaneously."I also want to make way for new talent within DAP who can contribute effectively at the state level, he said.For this election, Liew has handed over the candidacy in Perling to former Senai assemblyman Alan Tee Boon Tsong.The Perling seat, which has 109,992 registered voters, will see a three-cornered contest involving Tee, Barisan Nasional (BN) candidate P |
|
Elak bawa isu 3R ke Johor, fokus tawaran kepada rakyat – Faezuddin - Mygazette - 29/06 4:28 pm Kalau apa yang berlaku di Selangor, saya rasa tidak perlu dibawa sentimennya sampai ke Johor terutamanya jika isu itu berkaitan 3R dan telah diputuskan oleh pihak istana, katanya pada sidang media selepas melakukan walkabout di sekitar Taman Bahagia, Kempas, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu penternakan babi yang dibangkitkan calon Parti Bersama Malaysia (PBM) N.46 Perling, Boo Wei Han, malah presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli mempertahankan isu itu dalam Ceramah Jelajah Trak Kancil di Taman Pelangi, di sini, malam semalam |
|
Rayuan akhir pendakwaan: Peguam yakin Syed Saddiq bebas - Sinarharian - 29/06 2:00 pm PUTRAJAYA Menjelang keputusan yang bakal menentukan nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pasukan pendakwaan menegaskan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, usaha berkenaan dilakukan sebaik mungkin demi menegakkan keadilan."Kami sudah buat kerja terbaik. Menang, kalah atau apa juga keputusan, saya serahkan kepada mahkamah," katanya ketika diminta mengulas rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan ahli politik berusia 34 tahun itu.Selain Wan Shaharuddin, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq optimis keputusan rayuan akhir berkenaan akan memihak kepada anak guamnya.Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan fakta kes serta peruntukan undang-undang yang jelas."Saya juga berpandangan bahawa rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwaan tidak mempunyai asas untuk diterima, maka permohonan itu sepatutnya ditolak."Tambahan pula, Mahkamah Rayuan sudah memberikan penghakiman yang sangat kukuh," katanya.Nasib bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) bakal ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada ahli politik berkenaan kekal bebas atau kembali berdepan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Datuk Che Mohd Ruzima Razali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pihak pendakwaan selaku pemohon, manakala Syed Saddiq ialah responden.Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali, iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana tersebut.Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, Kuala Lumpur, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk dirinya sendiri iaitu wang berjumlah RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut.Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun, sebatan dan denda.Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing berjumlah RM50,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya yang didakwa merupakan hasil daripada aktiviti haram.Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram. |
|
30 tahun bela babi, mana kes mati? – Wei Han 30 tahun bela babi, .. - Mygazette - 29/06 8:13 am JOHOR BAHRU - Parti Bersama Malaysia (PBM) menimbulkan isu larangan penternakan babi di negara ini dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam kempen pertamanya di sini hari ini. Calonnya di kerusi N46 Perling, Boo Wei Han mempersoalkan larangan itu sedangkan ia diusahakan keluarga yang bergantung kepada industri itu sejak beberapa generasi |
|
Rafizi pertahan calon Bersama Perling bangkit isu babi Rafizi pertahan .. - Mygazette - 29/06 8:13 am # Rafizi pertahan calon Bersama Perling bangkit isu babi JOHOR BAHRU - Presiden Parti Bersama Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli mempertahankan calonnya di kerusi N.46 Perling, Boo Wei Han yang membangkitkan isu berkaitan penternakan babi ketika berkempen |
|
Bebas atau dipenjara, nasib Syed Saddiq ditentukan Selasa ini - Mygazette - 28/06 3:16 pm Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 |
|
Calon ‘kitar semula’ BN lebih berpengaruh, PH letak yang tewas .. - Mygazette - 28/06 3:16 pm Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata demikian ketika ditemui pada Program Ramah Mesra bersama Penduduk Pangsapuri Bukit Saujana di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, P Pannir Selvam |
|
Nasib Syed Saddiq kekal bebas atau ke tirai besi diketahui Selasa - Sinarharian - 28/06 12:27 am PUTRAJAYA Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) bakal ditentukan Mahkamah Persekutuan di sini Selasa depan.Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.Jika panel hakim membenarkan rayuan pendakwaan, bekas Ketua Armada Bersatu itu akan disabitkan semula atas empat kes terbabit dan dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023 lalu.Sekiranya panel mengambil langkah berbeza dengan menolak rayuan itu, Syed Saddiq bakal menikmati pembebasan yang diputuskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.Sepanjang prosiding rayuan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.Sementara Syed Saddiq diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.Perbuatan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 Kuala Lumpur, pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, ahli politik berkenaan didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.Menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq sambil menyifatkan keterangannya `tidak masuk akal.Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.Bagaimanapun, pada 25 Jun 2025, anak jati Johor Bahru itu bernasib baik apabila Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman itu.Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara menyatakan tindakan mengarahkan seseorang untuk mengeluarkan wang, tidak boleh dikatakan melupuskan dana.Di rayuan terakhir pada 12 Disember 2025, dalam situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, panel hakim Mahkamah Persekutuan membuat kejutan apabila memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuannya berhubung keputusan yang membebaskan Syed Saddiq.Abu Bakar memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk meneliti semula rayuan dan berharap pendakwaan berbincang serta meneruskan rayuan jika masih mampu membuktikan kes.Pendakwaan juga perlu memaklumkan kepada mahkamah sekiranya merasakan ia tidak begitu kukuh selepas membuat penelitian.Bagaimanapun, pendakwaan mengambil pendirian meneruskan rayuan terbabit yang dinyatakan melalui surat enam hari selepas itu.Surat itu menyatakan, selepas pendakwaan mendapatkan pandangan dan arahan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengarahkan rayuan diteruskan dan sebarang keputusan mahkamah akan diterima. |
|
PRN Johor: Kempen secara matang, elak hubungan Kerajaan Perpaduan terjejas - MIC - Sinarharian - 27/06 3:22 pm SUNGAI PETANI - MIC mengharapkan semua pihak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berkempen secara matang tanpa mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi antara satu sama lain.Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ia penting bagi memastikan hubungan politik yang terjalin di peringkat Persekutuan tidak terjejas biarpun berlaku pertembungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.Menurutnya, memandangkan Kerajaan Persekutuan ketika ini dibentuk menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, setiap pihak perlu lebih berhati-hati dalam menyampaikan mesej politik kepada rakyat."Oleh kerana kerajaan Persekutuan terdiri daripada Kerajaan Perpaduan, maka saya berharaplah kempen tu jangan terlalu keluarkan kenyataan-kenyataan yang akan merunsingkan mereka yang bekerja bersama dalam kerajaan di peringkat Persekutuan... kita tujukan kepada semua pihak," katanya.Beliau ditemui media ketika hadir ke Majlis Konvokesyen Ke-17 Aimst University di sini pada Sabtu.Dalam PRN Johor kali ini, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu bertanding di empat kerusi iaitu DUN Kahang, Kemelah, Bukit Batu dan Perling.Menurut Vigneswaran, MIC akan mengekalkan kemenangan di dua kerusi DUN iaitu Kahang dan Kemelah selain berpeluang merebut dua lagi kerusi, Bukit Batu dan Perling berdasarkan kekuatan sokongan serta kesiapsiagaan jentera parti.Katanya, MIC juga melihat peluang positif di kerusi Bukit Batu susulan ketiadaan saingan daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia.Menurutnya, bagi kerusi DUN Perling yang mempunyai jumlah pengundi besar juga dilihat berpotensi dimenangi MIC menerusi strategi kempen tersusun serta kerjasama semua parti komponen."Keyakinan kita ada juga program dan juga strategi untuk memenangi kerusi tu pun tetapi bukan semudah benda ni lah namun dengan kehadiran bersama (parti komponen BN) mudah-mudahan kita dapatlah undi kita ni."MIC punya calon, dia kena kerja lebih daripada keras...tapi kita yakin bahawa parti-parti dalam BN pun akan bekerja keras kerana ini dah jadi macam satu perlawanan yang hebat," katanya.Beliau yang juga Canselor Aimst University berkata, pada konvokesyen kali ini, seramai 637 graduan dianugerahkan ijazah dalam pelbagai bidang termasuk Perubatan, Pergigian dan Farmasi.Universiti itu turut meraikan dua penerima Ijazah Doktor Falsafah dan 10 Ijazah Sarjana dalam majlis sama. |
|
23 kerusi tanpa PN beri kelebihan kepada BN - Sinarharian - 27/06 8:00 am SHAH ALAM - Keputusan Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon di 23 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berpotensi memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun manfaat itu tidak semestinya berlaku di semua kawasan.Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ketiadaan PN di kerusi berkenaan membuka ruang kepada pertandingan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Harapan (PH), sekali gus mengubah corak persaingan berbanding PRN Johor 2022."Dalam pertandingan dua penjuru, BN tidak lagi berdepan risiko sebahagian undi Melayu konservatif atau pengundi yang tidak berpuas hati beralih kepada PN."Ini memberi peluang kepada BN menyatukan undi tradisional UMNO, pengundi atas pagar yang mengutamakan kestabilan serta pengundi yang menilai prestasi kerajaan negeri," katanya kepada Sinar Harian.Setakat malam Khamis, PN mengumumkan akan meletakkan calon di 33 kerusi daripada 56 kerusi DUN pada PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai depan.Ini bermakna gabungan itu tidak meletakkan calon di baki 23 kerusi, melibatkan 13 kerusi kini disandang BN, iaitu Buloh Kasap, Bekok, Yong Peng, Parit Yaani, Machap, Tanjung Surat, Larkin, Kempas, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nanas, Kukup dan Mahkota.PN juga tidak bertanding di sembilan kerusi iaitu Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Perling, Skudai, Bukit Batu, Senai dan Johor Jaya yang dimenangi PH pada PRN Johor 2022, selain kerusi Puteri Wangsa yang sebelum ini disandang Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).Menurut Awang Azman, situasi kali ini berbeza daripada PRN Johor 2022 apabila BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, diikuti PH (12), PN (3) dan Muda (1)."Kemenangan besar BN ketika itu turut dibantu pertandingan pelbagai penjuru, perpecahan undi pembangkang dan kadar keluar mengundi yang rendah iaitu sekitar 54.92 peratus," ujarnya.Kata beliau, pertandingan dua penjuru kali ini berpotensi menghasilkan dua kesan berbeza mengikut komposisi pengundi di sesuatu kawasan dengan BN lebih berpeluang di kawasan majoriti Melayu, luar bandar dan separa bandar kerana sebahagian penyokong PN mungkin memilih BN atas faktor kestabilan, calon tempatan dan kesinambungan pentadbiran Melayu."Sebaliknya, di kawasan bandar atau bercampur, ketiadaan PN juga boleh membantu PH kerana undi penolakan terhadap BN tidak lagi berpecah kepada beberapa parti," ujarnya.Justeru, beliau memaklumkan, BN hanya mendapat manfaat maksimum sekiranya mampu menarik sebahagian besar pengundi PN yang tidak mempunyai calon."BN tidak boleh menganggap penyokong PN akan berpindah secara automatik |
|
Johor polls: Bersama bans boomers from contesting seats - Sinardaily - 26/06 10:52 pm However, we screened and went through that process to ensure Bersama's objectives as we enter the Johor election for the first time."We want to show that in choosing candidates, the most important thing is that they have a good background, possess the potential to become leaders, and we want to ensure they can carry the voice of ordinary people."We do not need more politicians in Bersama. What we need are ordinary people from among the regular public so that when they enter, and if it is destined that 'we have miracles' and suddenly our candidates win," he said.The full list of seats and the candidates contesting under Bersama are as follows:N14 Bukit Naning - Iskandar Md AliasN29 Mahkota - Abd Hamid AliN40 Tiram - Dr Harith FakhrudinN41 Puteri Wangsa - Nicholas Paul VincentN42 Johor Jaya - Lau Yi LeongN43 Permas - Dr Zamil NajwahN44 Larkin - Norsinah AbuN45 Stulang - Stanley TanN46 Perling - Boo Wei HanN47 Kempas - Salamahafifi YusnanienyN48 Skudai - Eugene ChuaN49 Kota Iskandar - Sahrudin OmarN50 Bukit Permai - Aidil RiduanN51 Bukit Batu - Tamili GopalakrishnanN52 Senai - Tew Chian How |
|
PRN Johor: Tiada calon 'boomers' untuk Bersama - Sinarharian - 26/06 10:18 pm Bagaimanapun kita tapis dan lalui proses itu bagi memastikan hasrat Bersama masuk dalam pilihan raya di Johor buat kali pertama ini."Kita nak tunjukkan bahawa dalam memilih calon, paling penting mereka ada latar belakang yang baik, ada potensi untuk jadi pemimpin dan kita nak pastikan mereka boleh bawa suara rakyat biasa."Kami tak perlukan ahli politik lagi ramai dalam Bersama. Apa yang kita perlukan ialah orang biasa daripada kalangan rakyat biasa supaya bila mereka masuk dan kalau ditakdirkan 'we have miracles' tiba-tiba ada calon kita menang," katanya.Beliau berkata demikian semasa Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Trak Kancil di Kampung Baru Majidee, Johor Bahru pada Jumaat.Kesemua 15 calon Bersama telah mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah (SD).Selain itu, mereka turut menandatangani empat aku janji secara SD dan satu surat peletakan jawatan secara bersyarat termasuk aku janji bersetuju dengan bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar perjanjian tidak lompat parti.Berikut ialah senarai penuh kerusi yang akan ditandingi Bersama:N14 Bukit Naning - Iskandar Md AliasN29 Mahkota - Abd Hamid AliN40 Tiram - Dr Harith FakhrudinN41 Puteri Wangsa - Nicholas Paul VincentN42 Johor Jaya - Lau Yi LeongN43 Permas - Dr Zamil NajwahN44 Larkin - Norsinah AbuN45 Stulang - Stanley TanN46 Perling - Boo Wei HanN47 Kempas - Salamahafifi YusnanienyN48 Skudai - Eugene ChuaN49 Kota Iskandar - Sahrudin OmarN50 Bukit Permai - Aidil RiduanN51 Bukit Batu - Tamili GopalakrishnanN52 Senai - Tew Chian HowSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai. |
|
PRN Johor: Bekas Menteri, Exco, Ahli Parlimen antara 56 calon PH - Mygazette - 23/06 8:02 am Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas). Cheng Kah Eng (Stulang); Alan Tee Boon Tsong (Perling); Kartiyaini Jeyapalan (Skudai); Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai); Chiong Sen Sern (Bukit Batu) |
|
Johor polls: Maszlee Malik, Suhaizan Kayat among 56 PH candidates - Sinardaily - 23/06 7:16 am TANGKAK - Pakatan Harapan (PH) chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim announced the list of candidates for the coalition who will contest in the 16th Johor state election.The announcement made at the PH Candidate Announcement Ceremony at Padang Bukit Gambir Extreme Park here last night was also witnessed by the top leadership and thousands of supporters of the coalition.Also present were PH secretary-general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, DAP secretary-general Anthony Loke and Amanah president Datuk Seri Mohamad Sabu.The list of candidates announced featured a combination of new faces and experienced leaders from PH component parties, namely PKR, DAP and Amanah.In his speech, Anwar, who is also PKR president, said the process of selecting candidates was not easy given that more than 1,000 individuals were identified as being worthy of being nominated, but only 56 candidates could be selected to represent the coalition."I ask everyone to work hard, he said.The following are PH candidates for the Johor state election:N.01: Buloh Kasap - Noraziah Mohd RazitN.02: Jementah - Ng Kor SimN.03: Pemanis - Jalex Lee En XiangN.04: Kemelah - Mohd Afif Abd HamidN.05: Tenang - Elia Nadira SabudinN.06: Bekok - Tay Yok JiuenN.07: Bukit Kepong - Subramani ChamiN.08: Bukit Pasir - Muhd Najib LepN.09: Gambir - Mohd Nor Mohd YusofN.10: Tangkak - Ee Chin LiN.11: Serom - Ahmad Nazari Abd HamidN.12: Bentayan - Ng Yak HoweN.13: Simpang Jeram - Nazri Abd RahmanN.14: Bukit Naning - Md Ysahrudin KusniN.15: Maharani - Muhammad TaqiuddinN.16: Sungai Balang - Ayna Soraya BadaruddinN.17: Semerah - Mohd Khuzzan Abu BakarN.18: Sri Medan - Cikgu HishamuddinN.19: Yong Peng - Yong Hui YiN.20: Semarang - Ramli Abd HamidN.21: Parit Yaani - Md Ezam Md TaslimN.22: Parit Raja - Shazwan Dzainal AbidinN.23: Penggaram - Felicia Poh Rui LingN.24: Senggarang - Onn Abu BakarN.25: Rengit - Mohamad Yazid BakriN.26: Machap - Nor Hafiz RoslanN.27: Layang-Layang - Guna BalakrishnanN.28: Mengkibol - Chu Poh YeeN.29: Mahkota - Ahmad Zuhan Md ZainN.30: Paloh - Dr. Ruben ArumungumN.31: Kahang - Mohd Sabri Abd KadirN.32: Endau - Saiful Nizam SamadN.33: Tenggaroh - Md Yusof DawamN.34: Panti - Ahmad Daniel SharudinN.35: Pasir Raja - Mohd Fakharuddin MuslimN.36: Sedili - Amirul Husni OnnN.37: Johor Lama - Danish Hossman Abd RahmanN.38: Penawar - Mohd Sawaludin SallehN.39: Tanjung Surat - Faizul Abdul GhaniN.40: Tiram - Nor Zulaila Abd GhaniN.41: Puteri Wangsa - Maszlee MalikN.42: Johor Jaya - Lee Wern YiingN.43: Permas - Teo Siew HuiN.44: Larkin - Suhaizan KaiatN.45: Stulang - Cheng Kah EngN.46: Perling - Alan Tee Boon TsongN.47: Kempas - Muhammad Faezuddin Mohd PuadN.48: Skudai - Kartiyaini JeyapalanN.49: Kota Iskandar - Dzulkefly AhmadN.50: Bukit Permai - Mohamad Shafwan AniN.51: Bukit Batu - Chiong Sen SernN.52: Senai - Wong Bor YangN.53: Benut - Abd Razak IsmailN.54: Pulai Sebatang - Haniff @ Ghazali HosmanN.55: Pekas Nanas - Yeo Tung SiongN.56: Kukup - Cheah Chee Hong- BERNAMA |
|
PRU Johor: PM Anwar Umum Kesemua 56 Calon Pakatan Harapan - Wrlr - 23/06 2:37 am Foto PMO Lain-lain calon diumumkan Anwar antaranya Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas). Berikut merupakan senarai penuh calon PH pada PRU DUN Johor: Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Johor: Buloh Kasap Rozy Razit Jementah Ng Kor Sim Pemanis Jalex Lee En Xiang Kemelah Afif Abdul Hamid Tenang Elia Nadira Sabudin Bekok Tay Yok Jiuen Bukit Kepong Subramani Chami Bukit Pasir Najib Lep Gambir Haji Mohd Nor Mohd Yusof Tangkak Ei Chin Li Serom Ahmad Nazari Abdul Hamid Bentayan Ng Yak Howe Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman Bukit Naning Ysauhrudin Kusni Maharani Taqiuddin Cheman Sungai Balang Soraya Badaruddin Semerah Khuzzan Abu Bakar Sri Medan Hishamuddin Misrin Yong Peng Yong Hui Yi Semarang Ramli Hamid Parit Yaani Ezam Taslim Parit Raja Shazwan Dainal Penggaram Felicia Poh Rui Ling Senggarang Onn Abu Bakar Rengit Yazid Bakri Machap Hafiz Roslan Layang-Layang Guna Balakrishanan Mengkibol Chu Poh Yee Mahkota Ahmad Zuhan Mohd Zain Paloh Ruben Arumungum Kahang Sabri Kadir Endau Saiful Nizam Samat Tenggaroh Yusof Dawam Panti Daniel Sharudin Pasir Raja Fakharuddin Moslim Sedili Amirul Husni Onn Johor Lama Danish Rahman Penawar Sawaludin Salleh Tanjung Surat Faizul Abdul Ghani Tiram Nor Zulaila Abdul Ghani Puteri Wangsa Maszlee Malik Johor Jaya Lee Wern Yiing Permas Teo Siew Hui Larkin Suhaizan Kaiat Stulang Andrew Chen Kah Eng Perling Alan Tee Boon Tsong Kempas Faezuddin Puad Skudai Kartiyaini Jeyapalan Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad Bukit Permai Shafwan Ani Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern Senai Wong Bor Yang Benut Abdul Razak Ismail Pulai Sebatang Haniff Hosman Pekan Nanas Yeo Tun Siong Kukup- Cheah Chee Hong |
|
PRN Johor: Bekas menteri, Exco, ahli Parlimen antara 56 calon PH - Sinarharian - 22/06 11:54 pm TANGKAK - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik antara nama besar yang diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.Pengumuman senarai 56 calon PH itu dibuat oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Bukit Gambir, Tangkak malam Isnin.Selain itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat turut dicalonkan di kerusi DUN Larkin, manakala Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain ditampilkan di DUN Mahkota yang sebelum ini dianggap kubu kuat UMNO.Selain itu, dua bekas Exco Kerajaan Johor era Pakatan Harapan (PH) iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) kembali mewakili kerusi masing-masing yang ditandingi sebelum ini.Muka baharu iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor dan Mohd Fakharuddin Moslim (Pasir Raja).Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar pula kali ini mencuba nasib di kerusi DUN Senggarang sementara Noraziah Mohd Razit (Buloh Kasap); Ng Kor Sim (Jementah); Jalex Lee En Xiang (Pemanis) dan Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah).Turut mempertaruhkan nasib Elia Nadira Sabudin (Tenang); Tay Yok Jiuen (Bekok); C Subramani (Bukit Kepong); Muhd Najib Lep (Bukit Pasir); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir) dan Ee Chin Li (Tangkak).Ini termasuk Ahmad Nazari Abd Hamid (Serom); Ng Yak Howe (Bentayan) Nazri Abd Rahman (Simpang Jeram); Md Ysahrudin Kusni (Bukit Naning); Muhammad Taqiuddin (Maharani) dan Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).Hishamuddin (Sri Medan); Yong Hui Yi (Yong Peng); Ramli Abd Hamid (Semarang); Md Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja); Felicia Poh Rui Ling (Penggaram); Mohamad Yazid Bakri (Rengit) dan Nor Hafiz Roslan (Machap).Sementara Guna Balakrishnan (Layang Layang); Chu Poh Yee (Mengkibol); Dr Ruben Arumungum (Paloh); Mohd Sabri Abd Kadir (Kahang); Saiful Nizam Samad (Endau); Md Yusof Dawam (Tenggaroh) Ahmad Daniel Sharudin (Panti) dan Amirul Husni Onn (Sedili).Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar);Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).Cheng Kah Eng (Stulang); Alan Tee Boon Tsong (Perling); Kartiyaini Jeyapalan (Skudai); Mohamad Shafwan Ani (Bukit Permai); Chiong Sen Sern (Bukit Batu); Wong Bor Yang (Senai); Abd Razak Ismail (Benut); Haniff@Ghazali Hosman (Pulai Sebatang); Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) dan Cheah Chee Hong (Kukup). |
|
PRN Johor: Maszlee Malik, Suhaizan Kayat antara calon PH - Sinarharian - 22/06 10:50 pm TANGKAK - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) menampilkan barisan calon pelbagai latar belakang termasuk bekas menteri, speaker dan Exco dalam usaha mempertahankan serta merampas beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua calon yang ditampilkan merupakan anak Johor yang memahami isu setempat dan dipilih berdasarkan kemampuan serta rekod perkhidmatan.Antara calon yang menjadi tumpuan ialah Dr Maszlee Malik (Puteri Wangsa-PKR), bekas Menteri Pendidikan yang kembali menjadi taruhan PH.Turut disenaraikan ialah Suhaizan Kayat (Larkin, Amanah) yang merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor serta Andrew Chen Kah Eng yang berperanan sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor mewakili DAP.Sementara itu, Faezuddin Puad, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, turut diketengahkan di kawasan Kempas sebagai sebahagian strategi PH memberi ruang kepada pemimpin muda.Calon PH bagi PRN Johor adalah seperti yang berikut:- N.01: Buloh Kasap - Noraziah Mohd Razit- N.02: Jementah - Ng Kor Sim- N.03: Pemanis - Jalex Lee En Xiang- N.04: Kemelah - Mohd Afif Abd Hamid- N.05: Tenang - Elia Nadira Sabudin- N.06: Bekok - Tay Yok Jiuen- N.07: Bukit Kepong - C. Subramani- N.08: Bukit Pasir - Muhd Najib Lep- N.09: Gambir - Mohd Nor Mohd Yusof- N.10: Tangkak - Ee Chin Li- N.11: Serom - Ahmad Nazari Abd Hamid- N.12: Bentayan - Ng Yak Howe- N.13: Simpang Jeram - Nazri Abd Rahman- N.14: Bukit Naning - Md Ysahrudin Kusni- N.15: Maharani - Muhammad Taqiuddin- N.16: Sungai Balang - Ayna Soraya Badaruddin- N.17: Semerah - Mohd Khuzzan Abu Bakar- N.18: Sri Medan - Cikgu Hishamuddin- N.19: Yong Peng - Yong Hui Yi- N.20: Semarang - Ramli Abd Hamid- N.21: Parit Yaani - Md Ezam Md Taslim- N.22: Parit Raja - Shazwan Dzainal Abidin- N.23: Penggaram - Felicia Poh Rui Ling- N.24: Senggarang - Onn Abu Bakar- N.25: Rengit - Mohamad Yazid Bakri- N.26: Machap - Nor Hafiz Roslan- N.27: Layang-Layang - Guna Balakrishnan- N.28: Mengkibol - Chu Poh Yee- N.29: Mahkota - Ahmad Zuhan Md Zain- N.30: Paloh - Dr Ruben Arumungum- N.31: Kahang - Mohd Sabri Abd Kadir- N.32: Endau - Saiful Nizam Samad- N.33: Tenggaroh - Md Yusof Dawam- N.34: Panti - Ahmad Daniel Sharudin- N.35: Pasir Raja - Mohd Fakharuddin Moslim- N.36: Sedili - Amirul Husni Onn- N.37: Johor Lama - Danish Hossman Abd Rahman- N.38: Penawar - Mohd Sawaludin Salleh- N.39: Tanjung Surat - Faizul Abdul Ghani- N.40: Tiram - Nor Zulaila Abd Ghani- N.41: Puteri Wangsa - Maszlee Malik- N.42: Johor Jaya - Lee Wern Yiing- N.43: Permas - Teo Siew Hui- N.44: Larkin - Suhaizan Kaiat- N.45: Stulang - Cheng Kah Eng- N.46: Perling - Alan Tee Boon Tsong- N.47: Kempas - Muhammad Faezuddin Mohd Puad- N.48: Skudai - Kartiyaini Jeyapalan- N.49: Kota Iskandar - Dzulkefly Ahmad- N.50: Bukit Permai - Mohamad Shafwan Ani- N.51: Bukit Batu - Chiong Sen Sern- N.52: Senai - Wong Bor Yang- N.53: Benut - Abd Razak Ismail- N.54: Pulai Sebatang - Haniff @ Ghazali Hosman- N.55: Pekas Nanas - Yeo Tung Siong- N.56: Kukup - Cheah Chee Hong |
|
PRN Johor: Bersama tanding 15 kerusi - Sinarharian - 22/06 5:24 pm KUALA LUMPUR - Parti Bersama akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.Menerusi kenyataan bersama Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin, pemilihan kerusi berkenaan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk latar belakang dan kecenderungan pengundi hasil dapatan kaji selidik serta data yang dijalankan sejak enam bulan lalu.Menurut mereka, faktor lain yang diambil kira ialah sambutan terhadap Bersama berdasarkan keahlian mengikut unit Parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit."Pemilihan kerusi juga mengambil kira kesesuaian calon-calon daripada kalangan perintis Bersama di Johor dan calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut."Ia turut mengambil kira kemampuan Bersama mengendalikan kempen pilihan raya secara berkesan di kerusi-kerusi berkenaan," kata mereka dalam satu kenyataan pada Isnin.Kerusi yang akan ditandingi Bersama ialah N13 Bukit Naning (Bakri), N29 Mahkota (Kluang), N40 Tiram (Tebrau), N41 Puteri Wangsa (Tebrau), N42 Johor Jaya (Pasir Gudang) dan N43 Permas (Pasir Gudang).Selain itu, N44 Larkin (Johor Bahru), N45 Stulang (Johor Bahru), N46 Perling (Pulai), N47 Kempas (Pulai), N48 Skudai (Iskandar Puteri), N49 Kota Iskandar (Iskandar Puteri), N50 Bukit Permai (Kulai), N51 Bukit Batu (Kulai) serta N52 Senai (Kulai).Daripada jumlah itu, tujuh kerusi kini disandang UMNO, lima disandang DAP, satu disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan satu lagi disandang Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).Rafizi dan Nik Nazmi berkata, calon-calon Bersama akan diumumkan pada Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena pelancaran trak kancil parti itu.Menurut mereka, lokasi pelancaran berkenaan akan diumumkan kemudian.Dalam pada itu, mereka memaklumkan ahli-ahli Bersama dan orang ramai yang ingin menjadi jentera parti di 15 kerusi terbabit boleh mula mendaftarkan diri menerusi laman sesawang parti.Jelasnya, sistem ejen pengundian atau Polling Agent dan Counting Agent (PACA) juga telah dibuka untuk pendaftaran."Mereka yang ingin menjadi PACA boleh melayari laman sesawang BERSAMA dan klik 'Sertai Kempen'."Dari situ, mereka boleh log masuk ke sistem kempen Bersama selepas mendapat OTP dan melalui proses untuk menjadi PACA, termasuk mengemukakan dokumen yang dikehendaki Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengikuti latihan," menurut kenyataan itu.Mereka berkata, sistem kempen bersepadu Bersama akan mula dibuka pada Selasa, 23 Jun 2026, bagi membolehkan ahli-ahli parti dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihan raya yang ingin disertai atau dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis aktiviti.Menurut mereka, Bersama berhasrat merintis kempen pilihan raya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan besar dengan mengaktifkan seramai mungkin ahli dan orang ramai dari seluruh Malaysia untuk membantu kempen parti itu di 15 kerusi berkenaan secara sukarela."Bagi Bersama, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang politik."Ia adalah peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat serta masa depan negara dan rakyat," kata mereka. |
|
Bersama sasar 15 kerusi pada PRN Johor, lapan milik Umno - Mkini - 22/06 4:04 pm Lima lagi kerusi - Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, dan Senai - kini dipegang oleh DAP. |
|
Ibu jumpa kesan darah di rumah, mayat anak ditemui dalam hutan - Mygazette - 20/06 7:54 am # Ibu jumpa kesan darah di rumah, mayat anak ditemui dalam hutan JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki yang hilang semalam ditemukan di kawasan hutan berhampiran Jalan Sutera, Taman Perling di sini hari ini |
|
Lelaki Hilang Ditemukan Meninggal Dunia Di Hutan Taman Perling - Siakapkeli - 19/06 8:19 pm Lelaki Hilang Ditemukan Meninggal Dunia Di Hutan Taman Perling JOHOR BAHRU, 19 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dilaporkan hilang sejak |
|
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia - Sinarharian - 19/06 7:43 pm JOHOR BAHRU -Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Jalan Sutera, Taman Perling di sini pada Jumaat.Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dalam kenyataan memaklumkan, mangsa, Tay Aun Yen ditemukan berhampiran sebatang pokok oleh pasukan penyelamat.Menurut kenyataan itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.28 pagi tadi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin digerakkan ke lokasi kejadian bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR)."Setibanya di lokasi, pasukan mengesahkan kes kehilangan itu berdasarkan maklumat awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
|
Adun Tenggaroh serah nasib kepada pimpinan MIC - Hotfm - 16/06 9:58 pm Sumber dilapor berkata MIC dan Umno bertukar kerusi membabitkan Tenggaroh dan Perling. |
|
Adun Tenggaroh serah nasib kepada pimpinan MIC - FMT - 16/06 9:58 pm Sumber dilapor berkata MIC dan Umno bertukar kerusi membabitkan Tenggaroh dan Perling. |
|
PRN Johor: MIC sah bertanding empat kerusi - Sinarharian - 16/06 4:07 pm KUALA LUMPUR - MIC diperuntukkan empat kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presiden Datuk T Murugiah.Beliau berkata, perkara itu disahkan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang menghadiri perbincangan mengenai PRN Johor dan Negeri Sembilan bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini."Buat masa ini, presiden menyatakan kami bertanding empat kerusi di Johor manakala (bagi PRN) Negeri Sembilan (jumlah kerusi yang bakal ditandingi MIC) belum diputuskan."Persiapan untuk perkara itu sedang dilakukan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mengenai Sambutan Ulang Tahun MIC ke-80 di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.Beliau berkata, bagi memantapkan dan memperkemaskan jentera, parti akan menganjurkan latihan dua hari kepada kira-kira 150 penceramah di Johor Bahru pada hujung minggu ini bagi membolehkan mereka menyampaikan maklumat yang tepat apabila berkempen kepada masyarakat India di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor nanti."Mereka akan diberikan latihan tentang cara berucap dan mesej yang perlu disampaikan sebelum ditugaskan untuk berceramah di kesemua 56 DUN yang ditandingi BN bagi menarik sokongan masyarakat India."Kami perlu berhati-hati dengan naratif yang disampaikan kerana BN masih dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional," katanya.Pada PRN Johor ke-15, Mac 2022, MIC menang tiga daripada empat kerusi yang ditandingi, iaitu Kemelah, Kahang dan Tenggaroh manakala tewas di Bukit Batu.Sementara itu, menurut sumber dalaman parti, MIC akan kekal bertanding di Kemelah, Kahang dan Bukit Batu pada PRN kali ini manakala kerusi Tenggaroh ditukar dengan UMNO bagi bertanding di Perling."Boleh dijangkakan 50 peratus calon baharu di PRN Johor kali ini |
|
Ibu tiri etnik Rohingya didakwa bunuh anak lelaki 4 tahun - Sinarharian - 16/06 12:03 am JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin atas pertuduhan membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun di sebuah rumah di Taman Perling di sini, awal bulan ini.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibu tirinya yang berusia 23 tahun pada kira-kira jam 4.23 petang, 2 Jun lalu.Menurutnya, wanita itu kemudian menghubungi ambulans sebelum mangsa disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital."Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal pada tubuh mangsa dan kes pada mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut."Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 3 Jun mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan tumpul pada bahagian dada (blunt trauma to the chest), sekali gus menyebabkan kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, susulan perkembangan itu, polis menahan tiga warga asing terdiri daripada bapa kandung mangsa berusia 22 tahun, bapa saudara mangsa berusia 32 tahun serta ibu tirinya berusia 23 tahun dalam serbuan berasingan sekitar Johor Bahru pada 3 Jun.Katanya, semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing ke atas mereka didapati negatif."Mahkamah Majistret Johor Bahru kemudian membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula 3 hingga 17 Jun bagi membantu siasatan," katanya.Menurut beliau, selepas siasatan lengkap dijalankan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, pihak pendakwaan mengarahkan supaya ibu tiri mangsa dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, turut dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.Dalam masa sama, kedua-dua suspek lelaki dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan dengan bon jaminan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.Ab Rahaman berkata, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 15 Jun lalu."Tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan kini ditahan di Penjara Simpang Renggam sementara menunggu sebutan semula kes yang ditetapkan pada 18 Jun ini," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang berhubung kes berkenaan."Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah walaupun mempunyai hubungan rapat dengan mangsa."Masyarakat juga digalakkan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi membantu mengekalkan ketenteraman awam," katanya. |
|
Johor polls: Turnout key to DAP’s hold on marginal seats - Sinchew - 8/06 10:22 pm Johor polls: Turnout key to DAP's hold on marginal seats In the 2022 Johor state election, five of the 12 seats won by Pakatan Harapan (PH) were secured with majorities of less than 10%. Of these five seats, four had Malay voter populations below 40%: Bukit Batu (37.2%), Perling (39.6%), Tangkak (40.6%) and Jementah (40.8%) |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |