///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Perkhidmatan Doktor Udara News   Page 1    



Zeekr 009 Jadi Kenderaan Shuttle VIP Di Subang SkyPark - Careta - 10/09 8:13 am

Menerusi kerjasama itu, Zeekr 009 akan digunakan sebagai kenderaan shuttle VIP di kawasan airside antara kemudahan SBAC dengan pesawat di Subang SkyPark





Malaysia Airlines batal penerbangan London-KL susulan gangguan trafik udara di UK - Careta - 10/09 8:13 am

"Akibatnya, penerbangan Malaysia Airlines MH4 dari KUL ke LHR pada 8 September telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Manchester (MAN)





Bapa mangsa pencemaran Sungai Kim Kim kecewa 8 defendan terlepas - Mygazette - 10/09 8:08 am

# Bapa mangsa pencemaran Sungai Kim Kim kecewa 8 defendan terlepas JOHOR BAHRU -Seorang daripada 171 plaintif yang memenangi saman sivil berhubung pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini meluahkan rasa terkilan apabila tuntutan terhadap lapan defendan tidak berjaya





Elaun FDS RM30: Nak beli kopi pun tak lepas ??? Lingeshwaran - Mygazette - 10/09 8:08 am

# Elaun FDS RM30: Nak beli kopi pun tak lepas Lingeshwaran KUALA LUMPUR - Hampir lima dekad berlalu, kos sara hidup berubah dan harga barangan meningkat tetapi elaun penerbangan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih kekal RM30 seperti ditetapkan pada 1978





Perkhidmatan FDS diteruskan, KKM utamakan keselamatan pesakit - Mygazette - 10/09 8:08 am

Beliau berkata, pengalaman dan maklumat berkaitan nahas di Sarawak akan turut diambil kira dalam menentukan langkah KKM berkaitan penggunaan perkhidmatan helikopter pada masa akan datang. Media melaporkan semalam seorang juruterbang dan empat petugas KKM disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara dinaiki mereka terhempas berhampiranLong Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport)





TH kekalkan kos haji RM33,300 untuk tahun keempat berturut-turut - Mygazette - 10/09 8:08 am

# TH kekalkan kos haji RM33,300 untuk tahun keempat berturut-turut KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kos haji dan kadar bayaran haji bagi jemaah Muassasah untuk musim haji 1448H/2027M pada kadar sama seperti tahun sebelumnya





Pembedahan usus tanpa luka besar - Mygazette - 10/09 8:08 am

**PERKEMBANGAN** dalam bidang perubatan, khususnya pembedahan, telah mengubah cara rawatan penyakit usus pada masa kini





Dr. Abdul Rasid dilantik semula TNC UTHM - Mygazette - 10/09 8:08 am

BATU PAHAT- Profesor Ts





Kerajaan Sarawak sumbang RM100,000 kepada keluarga petugas Flying Doctor - Mygazette - 10/09 8:08 am

# Kerajaan Sarawak sumbang RM100,000 kepada keluarga petugas Flying Doctor KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak memperuntukkan sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas Perkhidmatan Doktor Udara yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Long Lelang, Sarawak, semalam





Jenazah Dr. Ainul Baraah akan dikebumikan di Kelantan – Bapa Jenazah .. - Mygazette - 10/09 8:08 am

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching. Menurut kenyataan itu,helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kejadian





Elaun Perkhidmatan Doktor Udara Hanya RM30? Ini Jawapan Menteri - Mygazette - 10/09 8:08 am

# Elaun Perkhidmatan Doktor Udara Hanya RM30? Ini Jawapan Menteri





Buletin Proton e.MAS Pecah Rekod, Jualan Bulan Ogos Tembus 6,000 Unit Read .. - Mekanika - 10/09 8:08 am

# PROTON e.MAS PECAH REKOD, JUALAN BULAN OGOS TEMBUS 6,000 UNIT **Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, terus mencipta momentum apabila mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarahnya pada Ogos 2026 dengan sebanyak 6,047 unit kenderaan berjaya dijual.** Pencapaian tersebut hadir hanya 20 bulan selepas pelancaran model sulungnya, Proton e.MAS 7, pada Disember 2024, sekali gus menjadikan Proton e.MAS sebagai jenama kenderaan elektrik dan elektrifikasi (xEV) terpantas di Malaysia yang berjaya melepasi angka 6,000 unit jualan dalam tempoh sebulan





Buletin Proton Sumbang Dron Kepada Nepal, Bantu Operasi Bencana Banjir .. - Mekanika - 10/09 8:08 am

# PROTON SUMBANG DRON KEPADA NEPAL, BANTU OPERASI BENCANA BANJIR **PROTON meneruskan komitmennya dalam usaha kemanusiaan antarabangsa apabila menyumbangkan sebuah dron bernilai hampir RM200,000 kepada Kerajaan Nepal bagi membantu operasi tindak balas bencana susulan kejadian banjir yang melanda negara itu baru-baru ini.** Sumbangan berkenaan diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu majlis di ibu pejabat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti sebelum dibawa ke Nepal menerusi misi bantuan kemanusiaan Malaysia





Buletin Tq Wuling Tawar Rebat Istimewa Untuk Bingo Ev, Harga Kini Bermula .. - Mekanika - 10/09 8:08 am

# TQ WULING TAWAR REBAT ISTIMEWA UNTUK BINGO EV, HARGA KINI BERMULA DARI RM56K **TQ WULING memperkenalkan promosi khas sempena sambutan Hari Malaysia dengan menawarkan rebat sehingga RM6,000 bagi model elektrik kompaknya, Bingo EV, sepanjang bulan September ini.** Menerusi kempen tersebut, pelanggan berpeluang memiliki Bingo EV Pro pada harga bermula RM56,800 berbanding harga asal RM62,800





Tiada kawasan catat IPU sangat tidak sihat setakat pagi ini - Astroawani - 10/09 7:30 am

Sehingga jam 6 pagi Khamis, tiada kawasan direkodkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat.





Dakwaan elaun petugas FDS RM30: KKM kemuka cadangan semakan sejak November 2025 - Sinarharian - 9/09 9:35 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengemukakan cadangan berkaitan elaun petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), yang didakwa dibayar pada kadar RM30, untuk pertimbangan pihak berwajib sejak November tahun lepas.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu merupakan antara usaha kementerian dalam memastikan kebajikan petugas kesihatan yang terlibat dalam perkhidmatan FDS diberikan perhatian sewajarnya."Antara cadangan yang kami angkat adalah elaun FDS, yang telah pun kita angkat pada tahun lalu, penghujung tahun lalu, bulan November secara tepatnya 2025."Kita tahu kita perlu memberikan yang sewajarnya





Nahas helikopter FDS: Penolong pegawai perubatan imbau pengalaman naik .. - Hmetro - 9/09 8:00 pm

Kuala Lumpur: Insiden nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak, semalam mengimbau kembali pengalaman seorang penolong pegawai perubatan yang pernah menaiki helikopter berkenaan ketika bertugas di kawasan pedalaman





Tragedi helikopter KKM: Jasa lima insan dikenang - Harakahdaily - 9/09 7:28 pm

TRAGEDI nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Sarawak yang mengorbankan lima individu termasuk empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seorang juruterbang menerima ucapan takziah daripada pelbagai pihak





KKM utamakan kebajikan waris, kesinambungan khidmat kesihatan susulan tragedi helikopter Long Lellang - Harapandaily - 9/09 7:13 pm

FOTO BERITA: Sidang Media Khas oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan berhubung insiden Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara KKM





Beban tugas guru: Sudah tiba masa penyelesaian menyeluruh dilakukan - Sinarharian - 9/09 7:12 pm

SHAH ALAM - Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan guru kembali fokus kepada tugas utama iaitu mendidik.Menurut Presiden KONGRES, Mohamad Zapawi Mamat, isu beban tugas guru bukan perkara baharu, malah telah berlarutan sekian lama tanpa penyelesaian yang benar-benar menyeluruh."Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan beberapa langkah bagi mengurangkan beban tugas guru, realitinya masih terdapat pelbagai tugasan bukan akademik yang terus membebankan warga pendidik."KONGRES berpandangan bahawa usaha mengurangkan beban tugas guru perlu dilaksanakan secara lebih tegas, tersusun dan berterusan supaya guru dapat kembali memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas hakiki, khususnya pengajaran, pembelajaran, pentaksiran serta pembangunan sahsiah murid," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamad Zapawi menegaskan, pengumuman mengenai pemansuhan program berimpak rendah dan usaha mengehadkan tugasan bukan akademik merupakan langkah yang baik, namun keberkesanannya perlu dilihat berdasarkan perubahan sebenar yang dirasai guru di sekolah.Jelasnya lagi, KONGRES turut mencadangkan supaya diwujudkan prinsip "satu masuk, satu keluar" yang mana sekiranya tugasan baharu diperkenalkan, tugasan sedia ada yang tidak lagi relevan perlu digugurkan."Pada masa yang sama, setiap arahan baharu yang melibatkan guru perlu diteliti dari segi impaknya terhadap masa pengajaran dan pembelajaran."KONGRES memahami bahawa setiap dasar dan program yang diperkenalkan oleh KPM mempunyai matlamat untuk memperkukuh kualiti pendidikan negara."Namun, pada masa yang sama, adalah penting untuk memastikan pelaksana di peringkat sekolah mempunyai ruang dan masa yang mencukupi untuk melaksanakan tugas utama mereka bersama murid," ujarnya lagi.Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya percaya bahawa penyelesaian sebenar bukan sekadar mengurangkan bilangan program, tetapi mengubah budaya kerja dan sistem penyampaian pendidikan supaya guru tidak terus menjadi pihak yang menanggung setiap pertambahan tugasan.Tambahnya lagi, jika keadaan tersebut tidak ditangani secara menyeluruh, hasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara akan terus berhadapan dengan kekangan yang sama."Dalam hal ini, KONGRES berharap suara dan pandangan guru di lapangan dapat terus diberi perhatian dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar."Kita percaya KPM dan KONGRES mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan guru dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan murid menerima pendidikan yang berkualiti," katanya.





KKM digesa tangguh FDS, pastikan helikopter selamat - FMT - 9/09 7:09 pm

Hartal Doktor Kontrak berkata Putrajaya tidak seharusnya membenarkan perkhidmatan itu diteruskan tanpa memastikan keselamatannya terlebih dahulu.





Lima mangsa nahas helikopter rentung, identiti dikenal pasti menerusi pengecaman barang peribadi - Sinarharian - 9/09 7:06 pm

MIRI - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.Beliau berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat serta proses pengecaman."Kesemua mereka dalam keadaan rentung kerana apabila helikopter terhempas, ia terus terbakar."Tidak ada satu mangsa yang kita jumpai dalam keadaan sempurna."Pengecaman secara rasmi akan dibuat di hospital dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga telah diambil," katanya pada sidang media mengenai insiden berkenaan di Lapangan Terbang Miri, hari ini.Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini tragedi itu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSemalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.Mohamad Zainal berkata siasatan awal mendapati beberapa saksi telah melihat kepulan asap dan api pada helikopter berkenaan sebelum ia terhempas.Beliau berkata penduduk kampung turut membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang terdapat di lapangan terbang berkenaan, namun mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri."Daripada kedudukan helikopter, saya percaya mungkin juruterbang berusaha untuk mendaratkannya dengan selamat kerana ia berada betul-betul di hujung landasan





Suspend Flying Doctor Service until all choppers are inspected, urges group - FMT - 9/09 6:54 pm

Hartal Doktor Kontrak says Putrajaya must not allow the service to continue without first ensuring the safety of the aircraft and facilities used.





Hubline sahkan helikopter dikendalikan unitnya terlibat kemalangan di Long Lellang - Sinarharian - 9/09 6:53 pm

KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hubline menjelaskan bahawa helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kemalangan tersebut berlaku."Helikopter tersebut sedang mengendalikan penerbangan FDS dengan membawa lima individu termasuk juruterbang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMenurut syarikat itu lagi, LLA telah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berikutan kejadian tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, di samping menyediakan segala bantuan yang diperlukan.Hubline menambah bahawa lembaga pengarahnya sedang menilai kesan kemalangan itu terhadap operasi dan kewangan kumpulan tersebut.Dalam kejadian pada Selasa, sebuah helikopter terhempas berhampiran STOLport Long Lellang iaitu kawasan pedalaman di dalam daerah Marudi di utara Sarawak pada kira-kira 3.40 petang, yang mengorbankan juruterbang dan empat kakitangan Kementerian Kesihatan





Tangguh sementara FDS, teliti semula elaun petugas kesihatan berisiko - Hartal Doktor Kontrak - Sinarharian - 9/09 5:56 pm

SHAH ALAM - Kerajaan digesa menangguhkan sementara Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) sehingga pemeriksaan lengkap dan menyeluruh terhadap semua helikopter berusia, kemudahan, rekod penyelenggaraan serta prosedur operasi selesai dijalankan pihak berkuasa kawal selia berkaitan.Jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Kesihatan perlu mengambil kira perasaan ahli keluarga mangsa serta petugas kesihatan yang terkesan dengan tragedi nahas helikopter pada Selasa, sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kesinambungan perkhidmatan itu."Ya benar, perkhidmatan ini penting untuk rakyat tetapi kami baru kehilangan rakan-rakan sekerja."Tunjukkan sifat empati kepada staf anda





Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15 - Mypress - 9/09 5:14 pm

KUALA LUMPUR Kerajaan akan menyediakan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) berhampiran Long Lellang, Sarawak, petang semalam





Nahas helikopter: Keluarga pasti merindui masakan Debra - Sinarharian - 9/09 4:21 pm

PADAWAN - Juadah rendang daging hasil air tangan Debra Moset kini hanya tinggal kenangan selepas jururawat itu disahkan antara lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa.Memetik laporan Suara Sarawak, adiknya, Morgan Moset, 39, berkata, kepulangan Debra setiap kali musim perayaan atau cuti persekolahan sentiasa membawa kemeriahan kepada keluarga, malah memberi peluang kepada ibu mereka berehat daripada tugas di dapur.Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik itu gemar memasak dan rendang daging menjadi hidangan wajib untuk dinikmati bersama seluruh keluarga terutama ketika menyambut Gawai dan Krismas."Kalau dia balik, mak tidak perlu masak





Tular elaun petugas doktor udara cuma RM30, Menteri Kesihatan tampil beri penjelasan - Harapandaily - 9/09 4:17 pm

Sejak pagi tadi berlegar dakwaan bahawa petugas perubatan yang menjalankan tugas perkhidmatan doktor udara hanya menerima elaun RM30 bagi satu penerbangan pergi dan balik





ASUS Malaysia Menawarkan Langganan Google AI Plus Dan Pro Percuma 3 Bulan Dengan Pembelian Komputer Riba - Amanz - 9/09 4:09 pm

Jika anda mempunyai pelan untuk membeli sebuah komputer riba ASUS, atau telah membeli sebuah komputer riba ASUS baru-baru ini, sekurang-kurangnya seawal 2025, ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan satu promosi baru dimana pelanggan-pelanggan mereka akan boleh mendapatkan langganan perkhidmatan storan awanan dan AI Google AI secara percuma





Belanjawan 2027 mesti naikkan gaji belia, bukan sekadar bantuan - Sinarharian - 9/09 3:57 pm

KUALA LUMPUR Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan lebih serius kepada peningkatan pendapatan golongan muda, bukan sekadar menambah bantuan bagi menangani tekanan kos sara hidup yang semakin membebankan.Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA) berkata, cabaran golongan muda ketika ini bukan lagi sekadar kenaikan harga barang, sebaliknya kemampuan gaji dan peluang ekonomi untuk berkembang seiring kos membina kehidupan.Presidennya, Joseph Ninting berkata, keadaan itu lebih membimbangkan apabila gaji median pekerja berusia 25 hingga 29 tahun dilaporkan menurun lima peratus daripada RM2,206 pada 2019 kepada RM2,095 pada 2024.Menurutnya, kumpulan umur berkenaan merupakan satu-satunya kumpulan yang masih belum kembali ke paras gaji sebelum pandemik."Angka-angka ini menunjukkan satu cabaran yang lebih mendasar





Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah dikeluarkan mulai 21 September - Sinarharian - 9/09 3:52 pm

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji secara berperingkat kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim 1448H/2027M bermula 21 September ini.TH dalam kenyataan hari ini mengingatkan bakal jemaah terpilih supaya memastikan baki simpanan dalam akaun institusi berkenaan sekurang-kurangnya RM15,000 bagi melayakkan diri menerima surat tawaran tersebut, selain wajib lulus pemeriksaan kesihatan.Selain itu, TH akan menganjurkan Kursus Asas Haji di lebih 200 masjid di seluruh negara mulai 25 Sept bagi membantu bakal jemaah membuat persediaan ilmu sebelum menunaikan ibadah haji dan bakal haji."Bakal haji dinasihatkan supaya mengemas kini maklumat peribadi dan membuat semakan giliran melalui THiJARI atau cawangan TH terdekat," menurut kenyataan itu.TH turut memaklumkan bahawa pengesahan awal kuota rasmi sebanyak 31,600 jemaah oleh Kerajaan Arab Saudi memberi ruang seluasnya kepada bakal jemaah merancang persediaan kewangan, kesihatan dan kefahaman ilmu selaras dengan konsep istito'ah (kemampuan).Bagi musim haji 1448H/2027M, TH mengekalkan Kos Haji pada kadar RM33,300 seorang serta kadar Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah untuk tahun keempat berturut-turut meskipun berdepan tekanan inflasi, ketidaktentuan ekonomi global serta peningkatan kos perkhidmatan di Tanah Suci.Selain itu, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) secara bersasar membabitkan peruntukan kira-kira RM234 juta bagi musim ini, menjadikan jumlah kumulatif ditanggung TH sejak HAFIS diperkenalkan pada 2001 telah mencecah lebih RM2.8 bilion.Bagi jemaah kumpulan B40 penerima bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kadar Bayaran Haji ditetapkan sebanyak RM15,000 (45 peratus daripada Kos Haji) selepas mengambil kira HAFIS sebanyak RM17,300 serta bantuan khas kerajaan RM1,000 seorang.Bakal jemaah M40 pula dikenakan bayaran sebanyak RM23,500 dengan tajaan HAFIS RM9,800 (29 peratus), manakala jemaah T20 berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan perlu menjelaskan Kos Haji penuh iaitu RM33,300 seorang.Sementara itu, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, kejayaan mengekalkan struktur kos dan menyediakan HAFIS dicapai hasil tadbir urus cekap, perancangan awal, rundingan strategik serta pemeteraian kontrak jangka panjang dengan penyedia perkhidmatan.Katanya, keupayaan TH mengekalkan struktur kos itu, menyediakan HAFIS dan pada masa sama mempertingkatkan kualiti perkhidmatan didorong oleh kedudukan kewangan institusi yang semakin kukuh.Beliau berkata kedudukan itu dicapai menerusi pengurusan kewangan berdisiplin, pengurusan risiko yang dipertingkatkan serta penambahbaikan amalan tadbir urus secara berterusan.Mengenai kuota rasmi, Abdul Rasid berkata pengesahan awal berkenaan memberi ruang seluasnya kepada bakal jemaah merancang persediaan kewangan, kesihatan dan kefahaman ilmu mengikut konsep istito'ah (kemampuan).Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata hampir 90 peratus daripada Kos Haji adalah berkaitan penginapan, penerbangan, dan perkhidmatan di Tanah Suci."TH berjaya mengekalkan kos haji dengan mengekang kenaikan kos penerbangan melalui kontrak jangka panjang selama lima tahun bagi mengawal risiko ketidaktentuan harga demi kepentingan jemaah





'Kami sudah ada janji dengan pesakit' Kata petugas FDS sebelum helikopter terhempas - Sinarharian - 9/09 3:21 pm

MIRI "Tak boleh aunty, sebab kami sudah ada janji dengan pesakit."Itu jawapan seorang anggota pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) kepada peniaga di Long Siut ketika ditanya mengapa mereka masih meneruskan perjalanan ke Long Lellang, Sarawak walaupun keadaan cuaca ketika itu kurang baik akibat jerebu.Memetik laporan The Borneo Post, peniaga berkenaan, Bungan Tegong, 61, berkata, helikopter FDS terbabit sempat mendarat di Long Siut sekitar tengah hari Selasa sebelum kru singgah di kedai runcit miliknya untuk berehat, minum dan membeli beberapa barangan.Menurut Bungan, kru terbabit berada di kedainya kira-kira sejam dan beliau sempat berbual dengan seorang anggota wanita yang memakai tudung."Dia beritahu saya mereka akan pergi ke Long Lellang





Jauh Dari Hospital, Mereka Tetap Datang… Ini Tugas Wira Senyap ‘Flying Doctor Service’ (FDA) Berkhidmat Di Pedalaman - Siraplimau - 9/09 3:18 pm

Selepas helikopter yang menjalankan misi Flying Doctor Service (FDS) terhempas di Long Lellang, Baram, Sarawak, ramai mula mengenali nama perkhidmatan yang selama ini mungkin kurang diberi perhatian. Helikopter BO-105 itu membawa lima individu termasuk seorang juruterbang ketika menjalankan penerbangan perkhidmatan Doktor Udara ke kawasan pedalaman pada 8 September 2026





Helikopter terhempas: 'Tolong bawa pulang suami saya, kami masih perlukan dia' - Sinarharian - 9/09 3:01 pm

TRAGEDI helikopter terhempas yang membawa pasukan perubatan Perkhidmatan Doktor Udara terus menyentuh hati.Isteri kepada Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit, Stephanie Essah dalam hantaran di Threads menyatakan harapan agar suaminya pulang."Sayang, tolong balik rumah dengan selamat ya





Nahas helikopter FDS: KKM tunggu rekod penyelenggaraan pesawat - Sinarharian - 9/09 2:54 pm

KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu rekod lengkap penyelenggaraan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah meminta pasukannya mendapatkan keseluruhan sejarah penyelenggaraan helikopter berkenaan, namun maklumat itu masih belum diterima."Saya sudah meminta pasukan saya mendapatkan maklumat berkenaan, namun setakat ini saya masih belum menerima rekod tersebut."Mereka akan memberikan keseluruhan sejarah penyelenggaraan kerana ia dilakukan secara berkala dan kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai kali terakhir helikopter terbabit menjalani penyelenggaraan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.Beliau menjelaskan, penyelenggaraan helikopter berkenaan dilaksanakan oleh syarikat yang dikontrakkan bagi menyediakan perkhidmatan tersebut kepada KKM.Katanya, kementerian menjangkakan maklumat lengkap mengenai sejarah penyelenggaraan helikopter terbabit dapat diperoleh dalam masa terdekat."Kita telah kontrak perkhidmatan itu dan sudah tentu kita mahu aspek keselamatan (terjamin)





Taktik campur dadah dalam cecair vape dibongkar - Sinarharian - 9/09 2:51 pm

KUALA SELANGOR - Taktik mencampurkan dadah ke dalam cecair vape sebelum mengedarkannya kepada pembeli melalui perkhidmatan kurier dibongkar menerusi Op Melanoplus yang membawa kepada rampasan dadah bernilai RM10.82 juta pada 21 Ogos lalu.Dalam lima serbuan di sekitar Lembah Klang pada 21 Ogos lalu, polis menahan tujuh lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 19 hingga 33 tahun yang dipercayai terbabit dengan sindiket berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi itu dijalankan selepas pihaknya memperoleh maklumat risikan berkaitan kegiatan sindiket terbabit."Modus operandi sindiket adalah mencampurkan dadah ke dalam cecair vape sebelum mengedarkannya kepada pembeli melalui perkhidmatan kurier," katanya dalam sidang media di Puncak Alam di sini pada Rabu.Ujar Hussein, antara dadah dirampas ialah 61.26 kilogram (kg) cecair MDMA, 6.09kg bunga ganja, 11.13kg ganja, 3.8kg pil Erimin 5, 3.25kg methamphetamine dan 790 gram pil ekstasi."Polis turut merampas 870 gram biskut ganja, 490 gram ketamin, 480 gram serbuk MDMA serta 959 kartrij mengandungi cecair MDMA," katanya.Hussein berkata, sindiket berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak April lalu.Menurutnya, dadah yang dirampas berpotensi dibekalkan kepada kira-kira 44 juta pengguna sekiranya berjaya diedarkan di pasaran."Polis turut menyita aset bernilai RM356,744 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988."Aset berkenaan termasuk tiga kenderaan iaitu Nissan GT-R, Honda City dan Proton Exora, pelbagai barangan kemas serta wang tunai RM1,026," katanya.Hussein berkata, tiga suspek pertama telah didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 3 September lalu, manakala suspek keempat didakwa mengikut Seksyen 39A(2) akta sama pada 28 Ogos lalu."Suspek ketujuh, kelapan dan kesembilan ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, manakala suspek kelima dan keenam dibebaskan dengan jaminan polis."Saringan awal air kencing mendapati suspek pertama, kedua, keempat dan kelapan positif THC, manakala suspek keenam positif ketamin," katanya.Hussein berkata, semakan turut mendapati suspek pertama dan ketiga masing-masing mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah sebelum ini.





Nahas helikopter: Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 kepada setiap keluarga petugas terkorban - Sinarharian - 9/09 2:37 pm

KUCHING Kerajaan Sarawak meluluskan sumbangan kewangan berjumlah RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terkorban dalam insiden nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Selasa lalu.Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan berkenaan turut meliputi pembiayaan yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMenurut beliau, kos pendidikan tersebut akan ditanggung sepenuhnya menerusi pengurusan Yayasan Sarawak.Katanya, sumbangan itu merupakan bentuk penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap jasa serta pengorbanan petugas berkenaan ketika menjalankan tanggungjawab memberikan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di kawasan pedalaman."Kerajaan Sarawak merakamkan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga serta waris mangsa atas kehilangan insan tersayang," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.Abang Johari turut mendoakan agar seluruh waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat berat itu.





Nahas Helikopter: Tiga Pegawai Biro Siasatan Kemalangan Udara Tiba Di Miri Petang Ini - Mydateline - 9/09 2:00 pm

Pasukan penyiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara(AAIB) yang terdiri daripada tiga pegawai dijangka tiba di Miri sekitar 5 petang ini bagi memulakan siasatan berhubung insiden helikopter ..





Tiada sebab untuk hentikan KKM Teruskan Flying Doctor Service - Lobakmerah - 9/09 1:40 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





“Elaun Pak Menteri Berpuluh Ribu” – Hanya RM 30, Netizen Dedah Kadar Insentif Khas ‘Flying Doctor’ KKM Sejak Tahun 1978 - Beautifulnara - 9/09 1:32 pm

Perkongsian mengenai Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara bagi anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet, khususnya mengenai kadar insentif yang ditetapkan





Perkhidmatan Ambulans Untuk Robot Humanoid Akan Ditawarkan Di Jepun - Amanz - 9/09 1:31 pm

Jepun ialah negara terawal menggunakan robot dalam bidang industri dalam dekad 60an





Perkhidmatan doktor udara tetap diteruskan, kata Dzulkefly - FMT - 9/09 1:25 pm

Menteri kesihatan berkata perkhidmatan yang bermula 1970-an, amat penting untuk penjagaan kesihatan masyarakat di kawasan pedalaman.





Perkhidmatan doktor udara tetap diteruskan, kata Dzulkefly - Hotfm - 9/09 1:25 pm

Menteri kesihatan berkata perkhidmatan yang bermula 1970-an, amat penting untuk penjagaan kesihatan masyarakat di kawasan pedalaman.





Operasi LRT Kelana Jaya Bermula Lambat, Ini 7 Fasa Korang Kena ‘Alert’ - Vocket - 9/09 1:12 pm

Bagi anda yang kerap menggunakan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada hujung minggu, ada makluman penting yang perlu dimasukkan dalam jadual perjalanan anda





Nahas helikopter FDS: Kelulusan penerbangan bukan bidang kuasa KKM - Sinarharian - 9/09 1:07 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kebenaran penerbangan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, setiap penerbangan sama ada menggunakan helikopter atau kapal terbang perlu mematuhi prosedur keselamatan tertentu sebelum kebenaran diberikan."Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang."Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak, ia tertakluk kepada kelulusan daripada agensi berkenaan, bukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bagaimana helikopter FDS terbabit dibenarkan melakukan penerbangan dalam keadaan yang dilaporkan berjerebu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dr Mahathar berkata, penjelasan lanjut mengenai kebenaran penerbangan itu perlu diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan."Dalam kes semalam, penerbangan telah berlaku





Bayaran haji musim depan dikekalkan - Sinarharian - 9/09 12:52 am

PUTRAJAYA - Kerajaan mengekalkan kos haji Muassasah bagi musim 1448H/2027M pada RM33,300 seorang untuk tahun keempat berturut-turut.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, bantuan RM1,000 kepada setiap bakal haji kumpulan B40 yang menunaikan haji buat kali pertama turut dikekalkan bagi tahun kelima."Bayaran haji bagi jemaah B40 kekal pada kadar RM15,000 manakala Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) bagi jemaah B40, termasuk bantuan RM1,000 dikekalkan pada RM18,300," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ujar beliau, bayaran bagi jemaah M40 adalah RM23,500 dan HAFIS kekal pada kadar RM9,800 dan jemaah T20 pula perlu menjelaskan kos penuh RM33,300."TH memperuntukkan RM234 juta bagi menanggung HAFIS secara bersasar," jelas Zulkifli.Tambahnya, meskipun berdepan tekanan inflasi perkhidmatan serta impak konflik geopolitik di Asia Barat, TH berjaya memantau dan mengawal kenaikan kos berasaskan tadbir urus yang cekap tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan."Standard perkhidmatan ini terbukti cemerlang apabila Malaysia memenangi Labbaytum Diamond Award buat kali kedua pada musim haji 2026."Kerajaan bersama TH akan sentiasa memantau struktur kos dari semasa ke semasa mengikut persekitaran global demi memastikan kebajikan dan kelancaran urusan duyufurrahman terus dipelihara," katanya.Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan persiapan awal bagi musim haji 1448H/2027M telah dimulakan dan surat tawaran haji akan mula dikeluarkan secara berperingkat pada bulan ini.Bakal jemaah dinasihatkan agar membuat persediaan rapi dari segi kesihatan, kewangan, dan kefahaman ilmu selaras dengan konsep istitoah."Kerajaan berkeyakinan tinggi bahawa hubungan erat yang terjalin antara Malaysia, TH, dan Kerajaan Arab Saudi akan terus memperkukuh kerjasama serta kualiti penyampaian perkhidmatan haji yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia." ujar beliau.





Nahas helikopter PDU: PM Anwar jamin bantuan kerajaan, mohon hormat keluarga mangsa - Mydateline - 9/09 12:47 am

Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) berhampiran Long Lellang, Sarawak





'Kapten Zainol Afiq buat panggilan video lebih sejam dengan ibunya pada malam sebelum kejadian' - Bapa - Sinarharian - 9/09 12:46 am

SEREMBAN - Panggilan video selama lebih sejam bersama ibunya pada malam sebelum kejadian menjadi detik terakhir buat keluarga kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak semalam.Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata anak keempat daripada 12 beradik itu ada menghubungi ibunya Zaiton Muda, 59, menerusi panggilan video yang agak lama pada malam sebelum kejadian nahas berlaku."Arwah memang selalu telefon kami tetapi malam kelmarin dia telefon dan berbual memang lama, dia video call dengan mak dia lebih sejam setengah dari 10 malam sampai 11 lebih... tak sangka itu adalah panggilan terakhirnya."Berita sedih itu hanya diketahui menerusi anak kelapan saya yang memaklumkan abangnya terlibat dalam nahas petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.Bee Sham berkata, kali terakhir mereka bertemu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lepas ketika arwah anaknya bercuti selama seminggu untuk mengundi di Senawang sebelum kembali ke Miri meneruskan tugasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSementara itu, beliau berkata, mereka sekeluarga kini dalam perjalanan ke Miri, Sarawak bagi membuat ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dan pengesahan berkaitan serta mendapatkan perkembangan lanjut berhubung kejadian berkenaan."Kami dimaklumkan kesemua mangsa masih berada di lokasi kejadian kerana lokasi itu terletak jauh di kawasan pedalaman





Nahas helikopter: Kerajaan akan beri bantuan kepada keluarga mangsa - Sinarharian - 9/09 12:45 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberikan segala bantuan dan sokongan diperlukan kepada keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, petang semalam.Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.Anwar berkata, beliau turut berdukacita menerima khabar nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) itu yang membawa empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang juruterbang."Ingatan serta doa saya dan (isteri) Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) bersama keluarga kesemua mangsa yang sedang melalui detik yang begitu berat ini."Moga mereka dikurniakan kekuatan dan ketabahan





Nahas helikopter FDS: KKM akan teruskan Perkhidmatan Doktor Udara - Sinarharian - 9/09 12:26 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) meskipun berlaku nahas helikopter perkhidmatan itu berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada keperluan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan yang memainkan peranan penting dalam memastikan liputan kesihatan sejagat khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman."Kita akan meneruskannya, tiada keperluan (menghentikan) khidmat itu kerana antara perkara penting untuk kita capai dalam perkhidmatan FDS ini adalah liputan kesihatan sejagat."Jadi kita akan teruskan, kita akan memperkasa dan akan terus memberikan perkhidmatan ini," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Sementara itu, Dzulkefly menjelaskan, FDS selama ini dilaksanakan menerusi pendekatan kontrak dengan KKM tidak memiliki sendiri aset helikopter antaranya mengambil kira aspek penyelenggaraan.Katanya, keadaan itu berbeza dengan beberapa aset lain termasuk bot dan kenderaan bergerak yang dimiliki kementerian bagi memberikan perkhidmatan kesihatan."FDS ini sentiasa kita kontrakkan





Nahas helikopter FDS: Operasi bawa keluar semua mangsa giat dijalankan - Sinarharian - 9/09 12:23 am

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Operasi membawa keluar semua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, operasi itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala Hospital Miri sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima mangsa."Setakat laporan pagi ini, operasi membawa keluar mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat iaitu PDRM dan JBPM."Selain itu, pihak Hospital Miri telah bersiap sedia sepenuhnya di semua peringkat untuk menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari lokasi kejadian," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.KKM dalam kenyataan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.Antara mangsa disahkan oleh keluarga ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 32





“Saya bawa berus gigi, sikat…” Bapa Serah Barangan Peribadi Dr Ainul Untuk Ujian DNA - Lobakmerah - 9/09 11:19 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Bolehkah PAS majukan Malaysia? - Denyutreformasi - 9/09 10:31 am

Oleh Rosli Khan Saya mengikuti muktamar PAS yang sedang berlangsung di Pengkalan Chepa, Kelantan dari jauh





Penerbangan Perubatan Doktor Udara Bertukar Tragedi, Ini Kronologi Nahas Helikopter Di Long Lellang - Siraplimau - 9/09 9:36 am

Satu penerbangan yang membawa pasukan perubatan ke pedalaman Sarawak berakhir dengan tragedi apabila nahas helikopter berlaku berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Ulu Baram, Selasa. Helikopter BO-105 berkenaan membawa lima individu termasuk seorang juruterbang ketika sedang mengendalikan penerbangan perkhidmatan Doktor Udara (FDS)





Shopee rai 31 usahawan Shopee Juara Lokal - Sinarharian - 9/09 9:30 am

SERDANG - Platform e-dagang terkemuka, Shopee meraikan 31 usahawan di seluruh Malaysia menerusi penganjuran kempen Shopee Juara Lokal.Diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, kohort sulung Shopee Juara Lokal menghimpunkan 31 usahawan dari seluruh negara, merentasi pelbagai kategori perniagaan.Mereka dipilih berdasarkan kisah tersendiri, daya tahan, serta rekod prestasi yang dibina menerusi platform Shopee.Selain itu, sentuhan jenama masingmasing turut diselitkan kisah inspirasi, ketabahan sepanjang proses pembangunan idea dan rekod prestasi yang dibina menerusi platform Shopee.Ketua Dasar Awam dan Hal Ehwal Luaran Shopee Malaysia, Nik Emir Din berkata, kempen tersebut membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan usahawan, produk dan kisah di sebalik perniagaan tempatan."Di sebalik setiap perniagaan tempatan, tersimpan kisah Malaysia yang lahir daripada pengalaman peribadi, pengetahuan dan keazaman untuk membina produk bermakna."Apabila perniagaan ini berkembang, ia bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan, malah membuka lebih banyak ruang untuk produk dan tradisi Malaysia diketengahkan kepada pelanggan di luar pasaran mereka."Kesemua 31 usahawan dalam Shopee Juara Lokal membuktikan yang sebenarnya banyak laluan menuju kejayaan misalnya berniaga dalam talian di Shopee





AirAsia sambung semula penerbangan ke Jakarta - Careta - 9/09 7:56 am

Berikutan pembukaan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, selepas ia ditutup sementara sejak 6 September 2026, AirAsia akan menyambung semula perkhidmatan yang terjejas ke dan dari Jakarta, kecuali dua penerbangan pada 8 September 2026, katanya dalam kenyataan pada





Helikopter Doktor Udara Bawa Lima Individu Terhempas Di Sarawak - Careta - 9/09 7:56 am

Lima Individu Termasuk Juruterbang Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu membawa lima individu termasuk juruterbang ketika kejadian





Sika: Cermin depan penting dalam kemalangan - Careta - 9/09 7:56 am

Selain dari itu, cermin depan juga berfungsi untuk memastikan beg udara keluar pada posisi yang betul agar penumpang mendapat perlindungan maksimum





Helikopter terhempas: Khidmat helikopter ke lokasi nahas tak dibenarkan .. - Mygazette - 9/09 7:52 am

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helkopter milik Layang-Layang Aerospace terhempas di Ulu Baram, jam 3.58 petang tadi. Menurutnya, helikopter berkenaan ketika itu sedang dalam operasi menjalankan tugas Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service)





JPJ sita 37 kenderaan ???ekstrem???, ekzos berapi - Mygazette - 9/09 7:52 am

KUALA LUMPUR - Trend ubah suai kenderaan secara ekstrem dan tidak mematuhi spesifikasi ditetapkan dengan memasang 'ekzos berapi' mengundang padah apabila 37 kenderaan disita menerusi Ops Ekstrem pada 6 September lalu





Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter .. - Mygazette - 9/09 7:52 am

# Juruterbang, empat petugas KKM disahkan maut dalam nahas helikopter - Residen Miri MIRI - Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi





Helikopter Flying Doctor Service bawa lima penumpang terhempas di Ulu Baram - Mygazette - 9/09 7:52 am

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan menerima maklumat mengenai insiden tersebut pada pukul 3.58 petang. Menurutnya, helikopter berkenaan ketika itu sedang dalam operasi menjalankan tugas Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service)





Bilakah kita benar-benar mahu menggunakan undang-undang? - Mygazette - 9/09 7:52 am

# Bilakah kita benar-benar mahu menggunakan undang-undang? **SETIAP** kali jerebu kembali menyelubungi ruang udara negara, perbincangan lazimnya berlegar pada perkara yang sama: bilangan titik panas, arah tiupan angin, bacaan kualiti udara dan bila hujan dijangka turun





Jerebu berulang setiap tahun, berhenti terkejut dan mula ramal dengan tepat - Mygazette - 9/09 7:52 am

# Jerebu berulang setiap tahun, berhenti terkejut dan mula ramal dengan tepat **PADA** 12 Ogos lalu, 12 kawasan di negara ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Serian di Sarawak merekodkan 190





Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas – .. - Mygazette - 9/09 7:52 am

# Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas - Dzulkefly KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapi insiden sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Sarawak, petang tadi





Artikel Pilihan Lepas 20 Tahun, Audi A2 Kembali Jadi Ev Read More - Mekanika - 9/09 7:52 am

Audi menghidupkan semula nama A2 selepas lebih dua dekad kali ini sebagai sebuah model serba elektrik yang dinamakan**Audi A2 e-tron**





Daddy balik kan esok? - Utusan - 9/09 7:46 am

PETALING JAYA: Mommy, daddy balik kan esok? Sofia rindu daddy. Itu antara kata-kata pilu seorang anak kecil yang masih menanti kepulangan bapanya, Kapten Zainol Afiq selepas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, semalam





'Baru dua hari anak pulang ke Sarawak, dapat berita buruk' - Bapa Dr Ainul - Sinarharian - 9/09 7:25 am

Sampai dua tiga kali dia sebut berita buruk. Saya tanya berita apa, dia kata helikopter anak saya terbakar," katanya.Menurut pesara guru itu, ketika menerima berita berkenaan, keluarga masih belum mendapat pengesahan mengenai keadaan Dr Ainul Baroah, 32, sebelum menantunya menghubunginya petang tadi untuk memaklumkan anaknya disahkan meninggal dunia."Anak saya (Dr Ainul Baroah) bertugas di Hospital Miri dan sudah hampir dua tahun berkhidmat di Sarawak, sebelum itu bertugas kira-kira dua tahun di Tanah Merah," katanya.Kamarudin berkata, tugas anaknya di Sarawak turut melibatkan pemantauan pesakit di beberapa kawasan termasuk Baram, yang memerlukan perjalanan menggunakan helikopter kira-kira sekali seminggu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSementara itu, ibu Dr Ainul Baroah, Rogayah Mohd Noor, 69, yang juga pesara guru, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik, patuh dan tidak pernah menyusahkan keluarga sejak kecil."Dia anak yang baik





Nahas helikopter: FDS talian hayat kesihatan penduduk pedalaman Sarawak - Astroawani - 9/09 6:30 am

FDS yang diperkenalkan di Sarawak pada 1973 menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti di kawasan terpencil dan sukar diakses.





'Doakan saya, anak-anak dan suami syurga' - Luahan pilu isteri juruterbang nahas helikopter - Sinarharian - 9/09 12:37 am

SHAH ALAM - "Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya.Demikian luahan pilu Izzati Syamimi, isteri kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa.Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai mendoakan supaya urusan keluarga kecilnya dipermudahkan.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - BapaSinar Harian melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas di STOLport Long Lellang disahkan meninggal dunia.Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kelima-lima individu di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.Maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM.'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu





Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir - Astroawani - 8/09 11:45 pm

Dr Ainul ada menyuarakan hasratnya untuk menyambung pengajian dan menjadi doktor pakar





Nahas Helikopter: FDS Talian Hayat Kesihatan Penduduk Pedalaman Sarawak - Siakapkeli - 8/09 11:22 pm

Pasukan Flying Doctor Services yang terlibat dalam nahas helikopter di Long Lellang ialah perkhidmatan penting bagi akses rawatan kesihatan penduduk pedalaman Sarawak.





Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir - Sinarharian - 8/09 11:15 pm

KOTA BHARU "Dr Ainul ada menyuarakan hasratnya untuk menyambung pengajian dan menjadi doktor pakar. Itulah perbualan terakhir kami."Demikian luahan bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada Selasa.Bapanya, Kamaruddin Salleh, 69, seorang pesara guru, berkata hasrat tersebut disampaikan oleh anaknya ketika pulang ke kampung bersama suami, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, pada cuti sekolah baru-baru ini."Sebagai bapa saya menyokong hasrat itu dan memaklumkan kepadanya supaya mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu."Kami gembira apabila mengetahui perancangannya untuk melanjutkan pengajian sebagai doktor pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian




Reformasi     >>



Umno heavyweight charged in Malaysian haj fund scandal .. - Scmp
Former Malaysian pilgrimage fund chairman Abdul Azeez Abdul Rahim pleaded not guilty on Wednesday to abusing his position to secure a lucrative corporate post and influence a 193.5 million ringgit (US$47.5 million) investment by the fund. Azeez, 60, a veteran Umno Supreme Council member, is ..
Kroni     >>



Odegaard gives Arsenal winning Champions League start .. - NST
NAPLES: Arsenal captain Martin Odegaards sensational late strike broke stern Napoli resistance as the English champions began their bid for Champions League glory with a hard-fought 1-0 win in Naples on Wednesday.
Tabloid     >>



‘Harap tidak membosankan, ada kisah cinta wanita .. - Kosmo
SELEPAS lima bulan meninggalkan pentas Malaysia, penyanyi Indonesia Fabio Asher kembali membawa khabar gembira buat peminat tempatan. Kali ini, dia mahu mengajak mereka menyusuri lorong emosi lebih panjang menerusi Fabio Asher: The Romanticist Live in Kuala Lumpur, sebuah persembahan sarat ..
Tech     >>



iPhone Duo vs Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra: Foldabes .. - Appleinsider
Apple has finally entered the foldable market with the iPhone Duo, its first folding iPhone. Here's how it compares against Samsung's latest foldable, the Galaxy Z Fold8 Ultra. iPhone Duo [left] vs Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra [right] After more than a decade of rumors, Apple's first foldable ..
World     >>



Trump says the US-Iran war will end right after .. - Aljazeera
Seven months after launching the war on Iran, US President Donald Trump says it will end immediately after midterms.
Motor Trend     >>



Aston Martin AMB 002 Roadster rasmi - Halal atas .. - Careta
Model itu merupakan motosikal Aston Martin pertama yang boleh didaftarkan, diinsuranskan dan ditunggang secara sah di jalan raya awam. Ia dibangunkan bersama pengeluar motosikal eksklusif Brough Superior, selepas kedua-dua syarikat itu sebelum ini menghasilkan motosikal litar AMB 001 dan AMB 001