| /// |
|
| Search : Pengangkutan News | Page 1 |
|
Ampang, Selayang hingga Klang jadi tumpuan Ops Pewa JPJ Selangor - Mygazette - 9/10 3:23 pm # Ampang, Selayang hingga Klang jadi tumpuan Ops Pewa JPJ Selangor KLANG Lima kawasan panas termasuk Ampang, Selayang, Klang, Subang Jaya dan Puchong antara lokasi yang diberi perhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam membanteras kesalahan pemanduan membabitkan warga asing |
|
103 kes buang sampah haram dikesan menerusi CCTV MBDK - Mygazette - 9/10 3:23 pm Bagi September sahaja, sebanyak 4,128 rakaman CCTV berkaitan pengesanan pembuangan sampah haram direkodkan, dengan lapan aktiviti pembuangan sampah haram dikenal pasti. Daripada jumlah itu, dua kompaun telah dikeluarkan, manakala enam kes masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut menerusi kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM |
|
Bekas banduan 16 rekod jenayah ditembak polis, dadah ditemui dalam kereta .. - Mygazette - 9/10 3:23 pm Pihaknya percaya, suspek lelaki yang memandu kereta tersebut berada dalam keadaan khayal berdasarkan keputusan ujian air kencingnya yang positif. Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya |
|
Belanjawan terakhir sebelum PRU16, Pas persoal setiap ringgit wang rakyat .. - Mygazette - 9/10 3:23 pm Syahir berkata, pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti, kos sara hidup yang munasabah serta pengagihan kekayaan yang lebih adil. Penilaian menyeluruh terhadap beban kewangan isi rumah perlu merangkumi kos makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan mampu milik, pengangkutan awam serta penjagaan anak-anak dan warga emas, katanya |
|
Guna pasport beli motosikal, lesen tiada - Kosmo - 9/10 2:52 pm KLANG Beli motosikal guna pasport, tetapi menunggang di jalan raya tanpa lesen memandu antara taktik warga asing yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi Ops Pemandu Warga Asing (Pewa) di Jalan Perindustrian Kapar-Meru, di sini, hari ini |
|
Kejadian tembakan berhampiran Zoo Johor: Suspek ada 16 rekod jenayah - Sinarharian - 9/10 1:58 pm JOHOR BAHRU - Kejadian tembakan di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor di sini semalam membabitkan anggota polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta dipandu secara berbahaya oleh seorang lelaki yang mempunyai 16 rekod jenayah lampau.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kereta Honda City dinaiki suspek berusia 28 tahun dan rakan wanita berusia 29 tahun itu dikejar polis sejauh satu kilometer sebelum insiden tembakan berlaku."Polis melepaskan dua das tembakan selepas kereta itu merempuh beberapa kenderaan awam dengan satu tembakan terkena bahagian kepala suspek lelaki."Suspek (dan rakan) masih berada di dalam kereta ketika tembakan dilepaskan dan tidak bertindak agresif," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Jumaat.Ab Rahaman berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu menemukan tujuh peket plastik mengandungi 373.80 gram serbuk ekstasi dan 17 katrij vape mengandungi 6.8 mililiter cecair ketamin.Beliau berkata, suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk dadah, samun, rogol dan kecurian selain berstatus dikehendaki bagi kesalahan dadah di Seri Alam."Suspek wanita pula mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah."Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya.Ab Rahaman berkata, suspek yang terkena tembakan kini stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah di sini.Beliau berkata, polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek wanita hari ini.Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 |
|
JPJ Selangor gempur pemandu warga asing habis-habisan - Sinarharian - 9/10 1:10 pm KLANG - Operasi berskala besar digerakkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di seluruh negeri bagi menangani isu pemandu warga asing.Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kehadiran warga asing menggunakan kenderaan tanpa lesen sah antaranya di kawasan panas seperti Klang, Selayang, Ampang, Subang Jaya dan Puchong.Menurutnya, siasatan bukan sahaja pemandu atau penunggang warga asing, tetapi pemilik juga akan dikenakan tindakan."Jadi, JPJ Selangor memang akan terus mengadakan operasi ini secara berterusan, bukan bermusim |
|
Sewa RM200 sebulan, warga asing bebas tunggang motosikal tanpa lesen - Sinarharian - 9/10 12:26 am GEORGE TOWN Pemilik kenderaan warga tempatan dikesan menyewakan motosikal kepada warga asing pada kadar serendah RM200 sebulan termasuk kepada individu yang tidak mempunyai lesen memandu sah.Perkara itu terbongkar menerusi Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula jam 5 pagi Jumaat di sekitar bandaraya ini bagi mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas membabitkan pemandu warga asing.Dalam operasi itu, sebanyak 694 kenderaan diperiksa dengan 74 daripadanya disita manakala 258 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, kesalahan paling banyak dikesan ialah memandu tanpa lesen dengan sebanyak 158 tindakan diambil manakala 50 lagi melibatkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh.Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati kenderaan milik warga tempatan yang disewakan kepada warga asing selain kenderaan yang didaftarkan menggunakan nama rakyat tempatan bagi membolehkan warga asing memilikinya."Kalau mengikut pemeriksaan kita, ada kenderaan yang dimiliki warga tempatan disewakan kepada warga asing dan ada juga warga asing menggunakan nama warga tempatan untuk memiliki kenderaan."Kadar sewaan berbeza-beza dan ada yang mencecah sekitar RM200 sebulan," katanya selepas Operasi PeWA di Ibu Pejabat JPJ Batu Uban di sini pada Jumaat.Beliau berkata, kesemua 74 kenderaan yang disita dalam operasi itu membabitkan pemandu warga asing dengan tindakan berkenaan diambil bagi menghentikan kesalahan daripada terus berlaku.Tambahnya, penyitaan dilakukan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) apabila kesalahan dikesan khususnya membabitkan individu yang memandu tanpa lesen sah."Sebagai contoh, apabila pemandu warga asing menunggang motosikal tanpa lesen, kita perlu menyita kenderaan itu bagi menghentikan kesalahan berkenaan daripada berterusan."Jika tidak disita, mereka mungkin terus menggunakan motosikal itu walaupun tidak mempunyai lesen memandu," katanya.Dalam operasi sama, beliau berkata, pihaknya turut mengesan seorang lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan awal 30-an yang bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan dan baru membeli motosikal atas namanya sendiri tiga hari sebelum ditahan.Bagaimanapun katanya, lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu menyebabkan motosikal berkenaan disita.Mengulas mengenai pemilikan kenderaan oleh warga asing, beliau menjelaskan undang-undang sedia ada tidak mensyaratkan seseorang memiliki lesen memandu untuk mendaftarkan kenderaan atas nama sendiri.Jelasnya, keadaan itu bukan hanya terpakai kepada warga asing, malah rakyat tempatan yang tidak mempunyai lesen memandu juga dibenarkan memiliki kenderaan."Walaupun tidak mempunyai lesen memandu, seseorang masih boleh memiliki kenderaan tetapi tidak boleh memandunya di jalan raya tanpa lesen yang sah," katanya.Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati kenderaan tersebut mempunyai cukai jalan sah manakala sebahagian lagi tidak memperbaharui LKM masing-masing.Sehubungan itu, sebanyak 50 tindakan saman dikeluarkan bagi kesalahan LKM tamat tempoh dalam operasi berkenaan."Kebanyakan warga asing yang diperiksa bekerja sebagai pekerja kontrak dan pekerja kilang, dengan mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar."Antara alasan diberikan ialah keperluan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan untuk berulang-alik ke tempat kerja," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan keperluan mendapatkan pengangkutan bagi urusan pekerjaan tidak mengecualikan mana-mana individu daripada mematuhi undang-undang jalan raya.Dalam pada itu, Zulkifly mengingatkan majikan, pemilik kenderaan dan pihak yang bertanggungjawab menguruskan pemandu warga asing supaya memastikan individu yang dibenarkan memandu mempunyai kelayakan serta dokumen yang sah.Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara tegas, adil dan profesional tanpa mengira kewarganegaraan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara."Jangan semata-mata mengejar kepentingan atau keuntungan sehingga mengabaikan aspek keselamatan jalan raya |
|
Pengurus restoran makanan segera maut dirempuh kereta ketika melintas jalan - Sinarharian - 9/10 12:25 am Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.Katanya, keadaan jalan ketika kejadian adalah basah selepas hujan, manakala lokasi kejadian merupakan jalan lurus dengan dua lorong sehala dan keadaan trafik yang sibuk."Keadaan ketika itu juga gelap kerana tiada lampu jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
F1 Sepang Jana Kesan Limpahan Lebih RM345 Juta Kepada PMKS Tempatan - Beautifulnara - 9/10 11:31 am Acara itu menarik kira-kira 261,000 penonton, hampir separuh dijangka pelancong asing. Sektor seperti penginapan, makanan, pengangkutan dan peruncitan antara yang menerima manfaat |
|
Rakyat mahu rasa, bukan sekadar dengar - Sinarharian - 9/10 10:04 am Program latihan dan TVET hanya bererti apabila anak muda mempunyai laluan kerjaya jelas, gaji setimpal dan peluang untuk maju.Golongan pertengahan juga tidak wajar terlepas pandang. Ramai tidak layak menerima bantuan tertentu, namun perlu menanggung ansuran rumah, kos pengangkutan, penjagaan anak dan persekolahan |
|
Kereta bertembung, warga emas maut di Setiu - Sinarharian - 9/10 8:26 am BANDAR PERMAISURI - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran pekan Sungai Tong, di sini semalam.Mangsa, Zulkefli Daud, 72, yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) berasal dari Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang dipercayai ketika Proton Wira yang dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan."Pemandu Proton Persona, wanita berusia 41 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke arah Kota Bharu, tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran."Pemandu Proton Persona mengalami kecederaan ringan, manakala mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat" katanya dalam kenyataan hari ini.Zahril Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut meminta saksi kejadian tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu bagi membantu siasatan |
|
Lelaki maut, seorang cedera kereta rosak dilanggar treler sebelum terbakar - Mygazette - 9/10 7:25 am Sementara itu, katanya, pemandu treler iaitu seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. "Hasil ujian saringan air kencing dan ujian alkohol terhadap pemandu berkenaan didapati negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya |
|
3 beradik disemadikan dalam satu liang lahad 3 beradik disemadikan dalam .. - Mygazette - 9/10 7:25 am Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kemalangan |
|
Pejalan kaki terpelanting selepas dirempuh motosikal - Sinarharian - 8/10 11:15 pm GEORGE TOWN Seorang pejalan kaki dilaporkan patah kaki selepas dilanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Lebuh Chulia di sini, pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia 32 tahun sedang melintas jalan sebelum dilanggar motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 22 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, penunggang motosikal berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari tempat kerja di Lebuh Chulia menuju ke Jalan Patani."Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan manakala pejalan kaki mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki dan masih menerima rawatan di hospital."Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal ketika mengendalikan kenderaannya sehingga melanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, polis mengesan video berdurasi 46 saat mengenai kejadian itu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut sebenarnya berlaku pada 5 Oktober lalu."Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 46 saat memaparkan seorang pejalan kaki terpelanting selepas dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan di Lebuh Chulia.Mangsa kemudiannya dibantu orang ramai sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. |
|
Tiga beranak maut: Exora rempuh belakang lori berhenti - Polis - Sinarharian - 8/10 10:45 pm KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan kemalangan maut membabitkan tiga beranak di Bukit Talang, Jalan Raja Musa di sini pada Khamis berlaku selepas Proton Exora dipandu seorang wanita merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di bahu kiri jalan kerana tayar pecah.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku ketika Proton Exora itu dalam perjalanan dari arah Bestari Jaya menghala ke Tanjong Karang."Akibat kemalangan itu, tiga mangsa daripada Proton Exora iaitu pemandu wanita berusia 44 tahun, penumpang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Seorang lagi penumpang Proton Exora mengalami kecederaan dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Azaharudin berkata, polis menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu kira-kira jam 2.39 petang.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Norzalikha Ghazali."Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu atau menunggang kenderaan serta mematuhi peraturan jalan raya," tambah beliau. |
|
Tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad - Sinarharian - 8/10 8:13 pm PONTIAN - Tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj dekat sini pada Khamis.Jenazah Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, dikebumikan pada jam 7.30 malam selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Parit Haji Siraj.Bapa mereka, Norlizan Khamis, 42, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan dan membantu keluarga mereka sepanjang urusan pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan.Beliau turut menghargai keprihatinan pelbagai pihak berterima kasih pihak sekolah, agensi berkaitan serta penduduk setempat yang membantu.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolahTiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - IbuTiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balikKetiga-tiga beradik itu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Kampung Parit Haji Siraj.Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sapran.Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nor Daniel Aiman meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Pontian.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kemalangan.Sebelum kejadian, ibu mangsa, Julaiha Munaji, 44, sudah memaklumkan kepada dua anaknya yang bersekolah rendah bahawa sekolah ditutup susulan keadaan jerebu.Bagaimanapun, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa tetap berkeras mahu ke sekolah, menyebabkan abang mereka membawa kedua-duanya sebelum mereka berpatah balik selepas dimaklumkan sekolah ditutup. |
|
Guru maut, tiga pelajar cedera kemalangan - Sinarharian - 8/10 6:56 pm BELURAN - [DIKEMAS KINI] Seorang guru maut manakala tiga lagi pelajar bersamanya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pamol, Sapi Nangohdi sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang belum diketahui identiti sebelum itu dilaporkan cedera parah sebelum dikatakan telah meninggal dunia.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, NurAzlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.23 tengah hari.Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 104 kilometer dari BBP Beluran."Sebaik tiba di lokasi, kemalangan melibatkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan dan kenderaan utiliti lasak (SUV) jenis Perodua Aruz."Mangsa seramai empat orang di dalam Toyota Hilux dilaporkan mengalami cedera ringan dan tidak memerlukan rawatan lanjut."Namun pemandu Perodua Aruz yang merupakanseorang guru berusia 25 tahun dilaporkanparah manakala tiga lagi penumpang iaitu pelajar mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nangoh untuk rawatan lanjut."Tiada operasi penyelamatan dijalankan oleh pasukan bomba di lokasi kerana kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota tiba."Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan serta mendapatkan maklumat berkaitan kejadian."Setelah memastikan keadaan di lokasi adalah selamat dan terkawal, operasi ditamatkan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid mengesahkan mangsa meninggal dunia di Klinik Kesihatan Nangoh."Mangsa yang maut merupakan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai, Paitandan ketika kejadian dia bersama tiga murid dari sekolah yang sama."Mereka dalam perjalanan dari arah Paitan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda tersebut," katanya.Katanya, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Warga asing guna umpan individu lengkap lesen elak operasi JPJ - Sinarharian - 8/10 4:48 pm BANGI - Helah umpan individu lengkap dengan lesen memandu bagi memantau kehadiran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melaksanakan operasi kesalahan jalan raya membabitkan warga asing dikesan pada Khamis.Taktik itu dikesan hasil Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dilaksanakan JPJ Selangor di sekitar Seksyen 7, di sini.Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, taklimat operasi bermula jam 6 pagi di JPJ Cawangan Bangi.Menurutnya, JPJ bertindak menyita 24 motosikal jenis Modenas Kriss serta Honda EX5 yang ditunggang warga Bangladesh dan Pakistan."Kita mengeluarkan 60 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans."Sepanjang operasi dilakukan hari ini, JPJ mengesan modus operandi warga asing yang dipercayai menghantar 'umpan' pemandu yang lengkap dengan lesen serta dokumen berkaitan sebelum menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Tambahnya, ketika penguatkuasaan dilakukan, terdapat cubaan penunggang motosikal terbabit melarikan diri, memandu lawan arus hingga anggota operasi terpaksa mengejarnya.Beliau berkata, JPJ juga mendapati motosikal terbabit ada yang dipinjam daripada orang lain selain milikan sendiri."Warga asing ini kebanyakan bekerja sebagai tukang kebun, pemotong rumput serta pekerja sisa kumbahan," ujarnya.Tegasnya, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap semua aduan bagi memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan. |
|
Lima penerbangan terjejas di Senai akibat jarak penglihatan rendah - Anthony - Sinarharian - 8/10 4:38 pm ISKANDAR PUTERI- Lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) terjejas pada pagi Khamis, selepas pesawat tidak dapat mendarat dan berlepas berikutan jarak penglihatan yang sangat rendah akibat cuaca buruk.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keadaan itu menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan dan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Changi, Singapura.Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan semua operasi penerbangan mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan."Bukan sahaja pesawat tidak boleh mendarat, malah penerbangan yang belum berlepas dari tempat asal turut diminta menangguhkan jadual mereka."Pesawat terpaksa dilencongkan kerana keselamatan adalah keutamaan |
|
Jerebu: Lima penerbangan ditangguhkan, lencongkan ke KL, Singapura – .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Jerebu: Lima penerbangan ditangguhkan, lencongkan ke KL, Singapura - Anthony ISKANDAR PUTERI - Jerebu yang teruk di negeri ini menyebabkan lima penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di Kulai dekat sini hari ini ditangguhkan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu terpaksa diambil kerana jarak penglihatan menjadi sangat rendah dan terhad sekali gus berisiko untuk pesawat tidak dapat mendarat |
|
Remaja maut dalam perjalanan ke hospital, dua adik maut di lokasi... - Mygazette - 8/10 4:23 pm "Kedua-dua kenderaan terbabit turut ditahan bagi tujuan siasatan lanjut," katanya. Hadzrat Hussien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
|
Buletin Borong 196 Parkir Kereta, Seorang Wanita China Kini Kaut Untung .. - Mekanika - 8/10 4:23 pm # BORONG 196 PARKIR KERETA, SEORANG WANITA CHINA KINI KAUT UNTUNG BERGANDA **Seorang wanita di China mencetuskan perdebatan hangat selepas tindakannya membeli 196 petak parkir dalam sebuah kompleks pangsapuri sebelum menyewakan dan menjual semula petak berkenaan pada harga jauh lebih tinggi, sehingga membawa kepada tindakan undang-undang oleh penduduk setempat.** Menurut laporan media tempatan, kes itu berlaku di Changsha, wilayah Hunan. Ketika projek pangsapuri tersebut siap dibina pada tahun 2018, kawasan sekitarnya masih kurang membangun dan tidak mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah, kedai serta rangkaian pengangkutan awam yang mencukupi |
|
Keputusan letak jawatan tidak jejas pelaksanaan projek RTS Link – Anthony Loke - Utusan - 8/10 4:03 pm JOHOR BAHRU: Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan tidak akan menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura |
|
Pemandu e-panggilan mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penuntut IPTS - Sinarharian - 8/10 4:02 pm SHAH ALAM - Seorang pemandu e-panggilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamisatas tiga pertuduhan termasuk menyebabkan kematian seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) warga Maldives dalam satu kemalangan, Ahad lepas.Muhamad Syafiq Ibrahim, 37, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.Mengikut pertuduhan,bapa kepada dua cahaya mataitudidakwa memandu sebuah kereta Perodua Ativa di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine sehingga menyebabkan kematian penumpangnya, Aamina Imeely Nazim, 22.Dia turut didakwa memandu kenderaan sama di bawah pengaruh dadah yang sama sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lagi penumpang warga Maldives, Aishath Sara Nizam, 22.Lelaki itu juga didakwa memandu kenderaan itutanpa cermatdan perhatian yang sepatutnya sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah kenderaan lain serta kecederaan terhadap Aishath Sara.Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)berhampiran Plaza Tol PJS,kira-kira jam 8.40 malam Ahad lepas.Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.Pertuduhan kedua pula dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.Sementara itu, pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 memperuntukkan hukuman penjara hingga 12 bulan dan denda antara RM5,000 hingga RM10,000, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, namun peguam Rohan Singh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan kira-kira RM2,000 sebulan sebagai pemandu e-panggilanselain isterinya seorang suri rumah.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin,menggantung lesen memandunya sehingga kes selesai sertamenetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, media melaporkan seorang pemandu e-panggilandireman bagi membantu siasatan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah sehingga mengakibatkan penuntut wanita warga Maldives yang juga penumpang kenderaannya maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Petaling Jaya,Subang Jaya.-Bernama |
|
Pemandu e-hailing didakwa ambil dadah, sebabkan kematian pelajar IPTS - Sinarharian - 8/10 4:02 pm SHAH ALAM - Seorang pemandue-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamisatas tiga pertuduhan termasuk menyebabkan kematian seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) warga Maldives dalam satu kemalangan, Ahad lepas.Muhamad Syafiq Ibrahim, 37, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.Mengikut pertuduhan,bapa kepada dua cahaya mataitudidakwa memandu sebuah kereta Perodua Ativa di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine sehingga menyebabkan kematian penumpangnya, Aamina Imeely Nazim, 22.Dia turut didakwa memandu kenderaan sama di bawah pengaruh dadah yang sama sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lagi penumpang warga Maldives, Aishath Sara Nizam, 22.Lelaki itu juga didakwa memandu kenderaan itutanpa cermatdan perhatian yang sepatutnya sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah kenderaan lain serta kecederaan terhadap Aishath Sara.Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)berhampiran Plaza Tol PJS,kira-kira jam 8.40 malam Ahad lepas.Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.Pertuduhan kedua pula dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.Sementara itu, pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 memperuntukkan hukuman penjara hingga 12 bulan dan denda antara RM5,000 hingga RM10,000, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, namun peguam Rohan Singh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan kira-kira RM2,000 sebulan sebagai pemandu e-panggilanselain isterinya seorang suri rumah.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin,menggantung lesen memandunya sehingga kes selesai sertamenetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, media melaporkan seorang pemandu e-panggilandireman bagi membantu siasatan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah sehingga mengakibatkan penuntut wanita warga Maldives yang juga penumpang kenderaannya maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Petaling Jaya,Subang Jaya.-Bernama |
|
Putrajaya Kini Ada Bas Elektrik Tanpa Pemandu, Tambang Hanya RM1 Sehala Seawal 7:15 Pagi! - Siraplimau - 8/10 4:00 pm Putrajaya kini menawarkan pengalaman baharu dalam pengangkutan awam menerusi perkhidmatan bas elektrik henti-henti berautonomi bagi laluan P113 yang menghubungkan MRT Putrajaya Sentral dengan Dataran Gemilang |
|
Tiga beradik maut: Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital - Sinarharian - 8/10 3:33 pm PONTIAN - Mangsa kemalangan maut, Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong di sini, pagi Khamis.Sementara dua lagi adiknya yang merupakan pembonceng, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufal Raisya Norlizan, 8, dilaporkan maut di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, motosikal berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Jalan Parit Haji Omar menghala ke Kayu Ara Pasong."Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal itu dipercayai bertembung dengan sebuah lori jenis Daihatsu yang datang dari arah bertentangan."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berusia 18 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian."Dua adiknya yang juga pembonceng masing-masing berusia 11 dan lapan tahun turut mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolahTiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - IbuTiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balikBeliau berkata, pemandu lori berusia 69 tahun mengalami kecederaan pada tangan dan kedua-dua lutut sebelum menerima rawatan.Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati motosikal berkenaan dipercayai melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori terbabit."Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serta keadaan yang membawa kepada pelanggaran itu."Kedua-dua kenderaan terbabit turut ditahan bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.Hadzrat Hussien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau turut meminta saksi kejadian tampil ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian atau menghubungi Inspektor S Roshini di talian 016-2553983 bagi membantu siasatan. |
|
'Saya bos dia', majikan warga Bangladesh tidak puas hati pekerja ditahan - Sinarharian - 8/10 3:09 pm KUALA LUMPUR - Tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi membanteras kesalahan jalan raya membabitkan warga asing di sekitar ibu negara bertukar tegang apabila berdepan provokasi ketika pemeriksaan dilakukan.Insiden itu berlaku semasa Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dijalankan JPJ Kuala Lumpur termasuk Unit FALCON bermula jam 9 pagi.Semasa beberapa warga asing dikumpulkan di satu kawasan sekitar Sentul bagi pemeriksaan, datang seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bersama wanita tempatan yang mengaku sebagai majikan kepada pekerjanya yang ditahan."Saya bos dia |
|
5 penerbangan di LTAS tangguh, dilencong akibat jerebu - FMT - 8/10 1:27 pm Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata beberapa penerbangan dilencongkan ke KLIA dan Lapangan Terbang Changi, Singapura. |
|
Belanjawan, banjir dan ECRL: Dr Hafidzah mahu rakyat Kelantan benar-benar .. - Wrlr - 8/10 11:58 am Kita jadikan sungai sebahagian daripada kehidupan bandar, katanya. Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai kesiapsiagaan Kota Bharu menjelang operasi ECRL, khususnya dari segi sistem pengangkutan awam, hentian bas, laluan pejalan kaki serta kemudahan untuk warga emas dan OKU |
|
MyEG Dan Zetrix Kekal Digantung Selagi Tunggakan RM314 Juta Belum Dibayar - Careta - 8/10 8:16 am Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan pembayaran perlu dibuat sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasi berkenaan boleh dipertimbangkan |
|
Kerajaan Setuju pemandu mabuk bayar pampasan kepada mangsa - Careta - 8/10 8:16 am Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pesalah perlu memikul tanggungjawab membayar kerugian yang ditanggung mangsa atau keluarga mereka, selain berdepan hukuman penjara, denda dan hilang kelayakan memandu |
|
Belanjawan 2027 perlu teruskan agenda Madani, beri perhatian kepada M40 .. - Mygazette - 8/10 8:13 am Apabila bercakap mengenai kos sara hidup, jangan kita lihat B40 sahaja kerana M40 juga mempunyai komitmen besar seperti rumah, kenderaan, pendidikan anak, penjagaan ibu bapa dan perbelanjaan harian, katanya hari ini. Menurut Gunaraj, antara perkara perlu diberi perhatian ialah perumahan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan kos penjagaan anak, termasuk membantu golongan muda memiliki rumah pertama serta memastikan anak-anak daripada keluarga berpendapatan sederhana tidak tercicir dalam pendidikan |
|
Belanjawan 2027 perlu pelan hadapi kejutan geopolitik - Utusan - 8/10 8:00 am BELANJAWAN 2027 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini perlu mengambil kira pelbagai kemungkinan ekonomi termasuk risiko konflik geopolitik yang boleh memberi kesan terhadap harga minyak, makanan, kos pengangkutan, rantaian bekalan dan nilai ringgit |
|
Di sebalik projek ECRL - Utusan - 8/10 8:00 am PROJEK Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar tentang landasan, terowong, mesin atau angka. Di sebalik projek mega yang bakal mengubah landskap pengangkutan dan ekonomi negara, terdapat ribuan manusia yang bekerja dalam senyap untuk merancang, mengira, mengorek, mengukur, mengurus keselamatan dan menyelesaikan pelbagai masalah di sebalik tabir |
|
Suami isteri maut kemalangan - Sinarharian - 8/10 7:39 am PETALING JAYA - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Sungai Buloh susur masuk ke Sierramas di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 3.50 petang."Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 2.50 petang."Motosikal ditunggang pasangan dari Selayang ke Sungai Buloh itu dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Shamsudin berkata, penunggang motosikal berusia 30-an bersama isterinya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Pemandu lori berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi siasatan lanjut termasuk menjalani ujian saringan awal air kencing."Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu lori adalah negatif," katanya.Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Maslina Musa di talian 013-4025834 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu beberapa hantaran tular di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan pasangan itu.Mangsa wanita dikatakan bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Selayang.Susulan itu Hospital Selayang dalam satu hantaran di Facebook mengesahkan Jururawat Terlatih Jabatan Kecemasan dan Trauma, Noor Athirah Yaacob meninggal dunia pada Rabu. |
|
Tindakan henti pembayaran KWDA boleh jejas operasi keselamatan pelayaran - Hasbi - Astroawani - 7/10 11:53 pm Implikasi operasi terutamanya pengurusan keselamatan pelayaran di Selat Melaka perlu diambil kira sekiranya pembayaran elaun dan kemudahan oleh Kumpulan Wang Dius Api (KWDA) dihentikan secara berpanjangan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah. |
|
Pemandu Mabuk Bakal Diwajibkan Bayar Pampasan Kepada Mangsa Atau Waris Kemalangan - Lobakmerah - 7/10 6:05 pm Bukan hanya berdepan hukuman penjara atau denda, pemandu yang menyebabkan kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol juga mungkin perlu menanggung kerugian yang dialami mangsa atau keluarga mereka. Kerajaan secara dasarnya bersetuju untuk memasukkan mekanisme tersebut dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) |
|
Operasi MyEG Hanya Dipertimbang Selepas Tunggakan Dilunas – Loke - Mydateline - 7/10 6:00 pm MyEG Services Bhd (MyEG) perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasinya boleh dipertimbangkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke |
|
MyEG perlu lunas tunggakan sebelum permohonan sambung operasi dipertimbang - Hotfm - 7/10 5:43 pm Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook kata MeEG perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan. |
|
MyEG perlu lunas tunggakan sebelum permohonan sambung operasi dipertimbang - FMT - 7/10 5:43 pm Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook kata MeEG perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan. |
|
Operasi MyEG hanya dipertimbang selepas tunggakan dilunas - Anthony Loke - Sinarharian - 7/10 5:22 pm KUALA LUMPUR - MyEG Services Bhd (MyEG) perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasinya boleh dipertimbangkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan kekal dengan pendirian tegas bahawa tunggakan berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan berkaitan perkara itu diberi pertimbangan."Kita berpegang kepada apa yang telah dinyatakan sebelum ini |
|
Lebih tinggi berbanding negeri lain, lebih 1,000 wanita Kelantan diperalat .. - Wrlr - 7/10 5:12 pm Harapandaily October 6, 2026 Keberkesanan perlindungan terhadap golongan rentan di Kelantan mencetuskan persoalan apabila lebih 1,000 kes membabitkan ibu tunggal, balu dan wanita warga emas di Kelantan dipercayai diperalat warga asing untuk mendaftarkan kenderaan atas nama mereka sejak 2025. Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, jumlah kes di Kelantan itu tinggi berbanding negeri-negeri lain |
|
Hilux terjunam gaung 100 meter, pemandu maut ditemui dua hari kemudian - Mygazette - 7/10 4:58 pm Mayat mangsa kemudian dibawa naik dari lokasi kejadian dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. Choon Foo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan kesalahan memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian |
|
Sewa RM1 untuk rumah ibadat, sekolah bantuan modal atas tanah RAC - Utusan - 7/10 4:55 pm KUALA LUMPUR: Kadar sewaan khas bagi rumah ibadat dan sekolah bantuan modal yang menduduki tanah rizab di bawah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) ditetapkan pada RM1 sebulan, berkuat kuasa 1 Oktober. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penyeragaman itu menggantikan kadar sewaan berbeza sebelum ini, sekali gus memberi manfaat kepada 53 penyewa sedia ada membabitkan 49 rumah .. |
|
Cantik & Moden, Ini Pandang Pertama Fasiliti Dalam RTS Link Stesen Bukit Chagar - Vocket - 7/10 2:39 pm Sistem Transit Rapid (RTS Link) di Stesen Bukit Chagar direka sebagai pusat integrasi pengangkutan awam serba moden yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan |
|
Cantik & Moden, Ini Pandang Pertama Fasiliti Dalam RTS Link Stesen Bukit Chagar - Hotfm - 7/10 2:39 pm Sistem Transit Rapid (RTS Link) di Stesen Bukit Chagar direka sebagai pusat integrasi pengangkutan awam serba moden yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. |
|
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027 - Mypress - 7/10 2:16 pm KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu memperkukuh bantuan bersasar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia Sabah dengan mengambil kira kos sara hidup, beban pengangkutan serta jurang akses antara… |
|
Kenapa Kena Tap Kad Di Gate Sebelum Naik Tren Di Malaysia, Tapi Di Eropah Tak Perlu? - Siakapkeli - 7/10 1:14 pm Kalau pernah menaiki metro di Eropah, anda mungkin perasan sesuatu yang agak pelik berbanding sistem pengangkutan awam Malaysia.Di beberapa bandar Eropah, penum... |
|
Pengangkutan sampah setiap hari di Pulau Redang atasi masalah timbunan - Exco - Astroawani - 7/10 12:00 am Kerajaan Terengganu bercadang meningkatkan kekerapan penghantaran sampah dari Pulau Redang ke tanah besar kepada setiap hari bagi menangani isu timbunan sisa pepejal. |
|
Warga Asing Dikesan Guna ‘WhatsApp Group’ Untuk Lari Daripada JPJ - Vocket - 7/10 9:52 am Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati warga asing menyebarkan maklumat berkaitan operasi penguatkuasaan menerusi ‘WhatsApp Group’ untuk mengelak daripada ditemui pihak berkuasa |
|
Pemandu mabuk bakal diwajibkan bayar pampasan kepada mangsa, waris - Mydateline - 7/10 9:00 am Kementerian Pengangkutan memaklumkan Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasar supaya mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris dimasukkan dalam pindaan seterusnya kepada Akta .. |
|
National Graduate Career Fair 2026: 1,401 individu berjaya peroleh pekerjaan - Sinarharian - 7/10 8:59 am KUALA LUMPUR - Lebih 1,400 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan dan lulus saringan temu duga menerusi National Graduate Career Fair 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, calon yang berjaya peringkat temu duga secara terus menerima tawaran gaji mencecah hingga RM8,000 sepanjang dua hari karnival berlangsung."Karnival dihadiri lebih 7,200 pencari kerja ini adalah antara pendekatan kerajaan untuk memperkukuh pasaran buruh negara dengan memastikan pertumbuhan peluang pekerjaan turut disokong sistem padanan tenaga kerja yang lebih cekap, responsif dan dinamik."Usaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi PERKESO ini turut selari agenda Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menangani isu ketidakpadanan kerjaya berkaitan kemahiran," katanya.Sementara itu, Janani Arifah, 23, yang merupakan antara peserta karnival menyifatkan program berkenaan sangat bermanfaat apabila beliau berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai Internal Communications, Culture And Engagement, Group Of Human Resource Management di Syarikat KPJ Healthcare Berhad.Menurutnya, karnival kerjaya seperti itu sangat membantu graduan dan pencari kerja yang belum mendapat pekerjaan kerana mereka dapat berinteraksi dengan lebih ramai calon majikan pada satu-satu masa berbanding kaedah konvensional.Reaksi sama turut dikongsi Lee Jiang Hui, 21 yang hadir untuk mencuba nasib.Bagi graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan, Universiti Tunku Abdul Rahman Pengurusan dan Teknologi (TAR UMT) itu, platform tersebut ruang terbaik untuk mendapatkan kerjaya idaman, sekali gus mengasah kemahiran graduan untuk menjalani temu duga agar lebih bersedia.Daripada perspektif majikan pula, karnival berkenaan dilihat sebagai platform yang baik untuk mereka menemui bakat tempatan dengan lebih pantas dan cekap.Majikan yang terlibat seperti IBM Malaysia Sdn Bhd memaklumkan, mereka menerima sambutan menggalakkan pada hari pertama karnival apabila seramai 93 calon mendaftar dan menghantar permohonan terus ke sistem syarikat."Daripada lapan calon yang ditemu duga di tempat kejadian, tiga calon lulus dan disyorkan untuk diambil bekerja, dua calon akan meneruskan temu duga kedua bagi penilaian bahasa dan kemahiran, manakala tiga calon lagi tidak disenarai pendek kerana latar belakang tidak sepadan dengan kemahiran yang diperlukan," kata wakil majikan IBM Malaysia, Aimi Che Rahim, yang juga Selection Specialist, Global Delivery Network, APAC.Untuk rekod, program tersebut mendapat penglibatan majikan utama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), manakala Malaysia Airports Holdings Berhad, Prasarana Malaysia Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut menyokong dengan menawarkan pekerjaan kepada pengunjung.Peluang pekerjaan yang ditawarkan merangkumi pelbagai sektor dan tahap kemahiran, termasuk maklumat dan komunikasi, kewangan, pembuatan, aktiviti profesional, saintifik dan teknikal, pengangkutan dan penyimpanan serta kesihatan dan kerja sosial.Lebih separuh atau 52.91 peratus daripada keseluruhan kekosongan menawarkan gaji melebihi RM3,000 sebulan dengan jawatan eksekutif akaun bermula sekitar RM3,000 manakala jawatan tertentu seperti pengurus IT mencecah RM17,000 sebulan.Peserta juga mendapatkan semakan resume profesional dan khidmat kaunseling kerjaya sepanjang program tersebut berlangsung. |
|
Dua hari suami hilang, 'live location' bawa penemuan mayat - Sinarharian - 7/10 8:20 am GUA MUSANG - Dua hari dicari keluarga dan rakan sekerja, seorang lelaki berusia 60 tahun akhirnya ditemui maut selepas pikap jenis Toyota Hilux dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dasar gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat di sini.Lebih memilukan, lokasi terakhir 'live location' mangsa pada petang Ahad membawa rakan sekerjanya ke kawasan berkenaan, sebelum mereka menemukan pikap tersebut tersadai jauh di bawah cerun pada Selasa.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Ahad, dua hari sebelum mangsa dan kenderaannya ditemukan.Menurut beliau, berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, 'live location' lelaki itu kali terakhir dikesan di sekitar kawasan kejadian pada petang berkenaan."Pada Selasa, rakan sekerja mangsa pergi ke lokasi terakhir 'live location' berkenaan bagi mencari mangsa sebelum menemukan Toyota Hilux miliknya berada di bawah cerun."Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang memandu kenderaan itu sebelum terbabas ke dalam gaung ketika menuruni bukit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Choon Foo memberitahu, tiada individu dipercayai menyaksikan kejadian itu menyebabkan kemalangan berkenaan tidak disedari orang awam sehingga kenderaan mangsa ditemukan.Ujarnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia."Mayat mangsa kemudian dibawa naik dari lokasi kejadian dengan bantuan anggota JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya.Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan serta keadaan yang membawa kepada kejadian tersebut."Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-912 1222," katanya. |
|
Jualan tiket ECRL dijangka bermula November - Careta - 7/10 8:03 am Beliau berkata, MRL berharap keputusan berhubung kadar tambang dapat dibuat bulan ini bagi membolehkan penjualan tiket dimulakan pada November, menjelang sasaran operasi komersil ECRL pada pertengahan Disember ini. "Harga tiket akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan |
|
Lelaki maut langgar lori berhenti dekat Tol Pagoh Lelaki maut langgar lori .. - Mygazette - 7/10 7:58 am Jelas beliau, ujian saringan air kencing dan alkohol terhadap pemandu lori sudah dijalankan dan didapati negatif. Tambahnya, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
|
Gaji minimum: Pertembungan pekerja, majikan menjelang Belanjawan 2027 - Sinarharian - 7/10 7:00 am DI satu sisi, pekerja mendesak gaji lebih tinggi kerana kos sara hidup terus menghimpit.Di sisi lain, majikan pula berdepan persoalan sama ada mereka mampu menyerap kenaikan kos tanpa menjejaskan operasi, keuntungan dan peluang pekerjaan.Pertembungan kepentingan ini yang bakal menjadikan isu gaji minimum antara perkara paling dinanti menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.Persoalannya kini bukan lagi sekadar sama ada gaji minimum akan dinaikkan, tetapi berapa tinggi kenaikan yang mampu diterima pekerja tanpa menjerut kelangsungan perniagaan.Kerajaan sebelum ini menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan yang dilaksanakan sepenuhnya kepada semua majikan mulai 1 Ogos 2025.Namun, dalam suasana kos kehidupan yang semakin meningkat, timbul persoalan sama ada kadar berkenaan masih mencukupi untuk memastikan pekerja berpendapatan rendah menikmati kehidupan yang lebih selesa.Bagi pekerja, setiap tambahan ringgit membawa makna besar ketika berdepan kos makanan, perumahan, pengangkutan dan keperluan keluarga.Bagi majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kenaikan gaji bukan sekadar menambah angka pada slip gaji pekerja.Ia turut bermakna peningkatan kos operasi, caruman berkaitan pekerja dan kemungkinan kenaikan kos pengeluaran yang akhirnya boleh memberi kesan kepada harga barangan serta perkhidmatan.Kerajaan berada di tengah-tengah pertembungan dua tuntutan yang sama-sama mempunyai asas.Pekerja mahukan pendapatan yang lebih munasabah, manakala majikan mahukan ruang untuk terus beroperasi dan menyediakan pekerjaan.Arahan Perdana Menteri supaya pelaksanaan gaji minimum diteliti secara menyeluruh memberi isyarat bahawa kerajaan sedar isu ini tidak boleh diputuskan berdasarkan satu angka semata-mata.Jika pengumuman dibuat dalam Belanjawan 2027, cabaran sebenar kerajaan bukan sekadar menentukan kadar baharu, tetapi memastikan kenaikan itu tidak menjadi kemenangan sebelah pihak sahaja.Akhirnya, dasar gaji minimum perlu mencari titik tengah antara hak pekerja untuk memperoleh pendapatan wajar dan hak majikan untuk terus bertahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar. |
|
Pura-pura mahu ke tandas lengahkan tindakan JPJ - Sinarharian - 7/10 12:00 am KLANG - Berpura-pura mahu ke tandas antara cubaan penunggang motosikal warga asing bagi melengahkan tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Kes itu dikesan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang digerakkan JPJ Selangor di Jalan Teluk Menegun di sini pada Selasa.Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi bermula jam 11 pagi itu menyita 14 motosikal termasuk sebuah motosikal roda tiga.Menurutnya, penunggang yang ditahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan serta Kemboja dengan kesalahan utama yang dikesan iaitu tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), LesenKenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans."Sepanjang operasi, kita dapati setiap seorang penunggang melakukan empat hingga lima kesalahan."Siasatan awal mendapati ada antara motosikal itu milik individu lain dan digunakan untuk bekerja selain menjalankan perniagaan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap semua aduan bagi memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.Katanya, sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan orang awam kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau menerusi platform aplikasi e-Aduan berserta butiran pengadu dan aduan. |
|
Pelajar Tingkatan Empat maut nahas babit tiga motosikal - Sinarharian - 6/10 10:34 pm KUALA NERUS - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut manakala adik perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Sungai Buaya, Kampung Batin, Seberang Takir di sini petang Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.Beliau berkata, kejadian pada jam 5.10 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa, yang menunggang motosikal Modenas Kriss dari arah Kampung Batin menghala ke Seberang Takir, memotong sebuah kenderaan sebelum bergesel dengan motosikal jenis Honda EX5 dari arah bertentangan."Motosikal EX5 yang ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun itu kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi motosikal yang datang dari arah sama."Dua penunggang motosikal itu cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan manakala adik perempuan mangsa yang membonceng motosikal turut dihantar ke hospital sama," menurutnya dalam kenyataan hari ini.Azli berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal itu dihantar ke Jabatan Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Polis menasihati ibu bapa agar sentiasa peka dan mengawasi aktiviti serta memantau keselamatan anak-anak yang menunggang motosikal.- Bernama |
|
Isuzu Dan Toyota Lancar Bas Hidrogen, Isi 10 Minit Untuk Jarak Lebih 300 Km - Careta - 6/10 5:15 pm Dikenali sebagai Isuzu Erga FCEV dan Toyota Sora generasi baharu, bas ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan pengangkutan awam Jepun dan menyokong usaha mengurangkan pelepasan karbon |
|
Grab perkenal Kid-Friendly Rides, mudahkan perjalanan keluarga bersama anak - Sinarharian - 6/10 5:15 pm PETALING JAYA - Grab Malaysia memperkenalkan Kid-Friendly Rides (Beta), ciri khusus perkhidmatan e-hailing untuk keluarga yang mempunyai anak berusia antara empat hingga 12 tahun.Ciri baharu itu diperkenalkan selaras dengan garis panduan keselamatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sekali gus memberi pilihan lebih mudah kepada keluarga yang melakukan perjalanan bersama anak kecil.Menerusi Kid-Friendly Rides (Beta), keluarga boleh memilih kenderaan 6-Seater yang dilengkapi satu kerusi keselamatan tambahan khusus untuk kanak-kanak.Perkhidmatan itu dipandu rakan-pemandu yang telah dilatih untuk mengendalikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.Buat masa ini, perkhidmatan berkenaan turut merangkumi sejumlah kenderaan terhad yang dilengkapi kerusi keselamatan disediakan oleh Koopers.Bagi Grab, pengenalan ciri berkenaan adalah sebahagian daripada komitmennya untuk menyediakan platform lebih selamat kepada jutaan rakyat Malaysia.Pada masa sama, ciri itu diharap memberi ketenangan kepada keluarga ketika melakukan perjalanan bersama anak kecil kerana mereka tidak lagi perlu membawa kerusi keselamatan kanak-kanak yang besar dan sukar untuk diangkat.Pengarah Eksekutif Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, setiap keluarga seharusnya dapat melakukan perjalanan bersama anak-anak dengan lebih tenang tanpa dibebani kesulitan membawa kerusi keselamatan yang berat dan besar."Dengan Kid-Friendly Rides (Beta), kami berharap dapat memudahkan keluarga untuk melakukan perjalanan dengan menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak secara khusus."Ini mencerminkan komitmen yang kami kongsi bersama Kementerian Pengangkutan, MIROS dan rakan kerjasama seperti Koopers untuk memastikan setiap perjalanan keluarga dilakukan dengan selamat, di mana keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan dan tidak dipandang ringan," katanya.Penggunaan CRS masih rendahWalaupun Sistem Kekangan Kanak-Kanak (CRS) diwajibkan di Malaysia sejak 1 Januari 2020, kadar penggunaannya masih rendah.Kajian pemerhatian oleh MIROS menekankan bahawa usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan CRS, selain menterjemahkan kesedaran itu kepada amalan yang konsisten, merupakan faktor utama dalam melindungi penumpang kanak-kanak.Ketua Pengarah MIROS, Profesor Madya Ir |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |