| /// |
|
| Search : Pendidikan News | Page 1 |
|
Anwar berang berbilion ringgit wang rakyat dicuri, sepatutnya untuk .. - Mygazette - 12/10 7:56 am # Anwar berang berbilion ringgit wang rakyat dicuri, sepatutnya untuk pelajar KUALA LUMPUR: Berbilion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk pendidikan dan masa depan anak-anak tidak sepatutnya dicuri oleh perasuah demi kepentingan sendiri, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Berbilion untuk pendidikan, bukan poket perasuah – Anwar mahu kontrak kerajaan lebih telus - Harapandaily - 12/10 7:28 am Wang berbilion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk pendidikan dan masa depan anak-anak tidak boleh dibiarkan diseleweng demi kepentingan peribadi, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menggesa tadbir urus dan ketelusan perbelanjaan kerajaan diperkukuh |
|
Belia perlu tampil sebagai pemimpin masa kini - Anwar - Sinarharian - 11/10 11:27 pm Itu bukan satu jenayah. Anda perlu pertahankan pendirian anda, tetapi mengkritik dasar kerajaan bukan satu jenayah," katanya.iFUTURE 2026 bertemakan Redefining Future Leaders Through Value-Based Leadership merupakan inisiatif utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama strategik Yayasan Perkasa Siswa dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).Sidang kemuncak tiga hari bermula 11 hingga 13 Oktober itu menghimpunkan 1,231 pemimpin mahasiswa terdiri daripada 813 peserta Malaysia dan 418 delegasi antarabangsa dari 60 negara, bagi memperkukuh jaringan kepimpinan mahasiswa antarabangsa menerusi wacana intelektual dan libat urus strategik.Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan timbalannya, Adam Adli Abd Halim |
|
Sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - Mygazette - 11/10 10:28 pm # Sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok, Isnin, 12 Oktober berdasarkan pemantauan keadaan semasa dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini |
|
Semua sekolah di Pahang beroperasi seperti biasa esok - Mygazette - 11/10 10:28 pm # Semua sekolah di Pahang beroperasi seperti biasa esok KUANTAN Semua sekolah di Pahang akan beroperasi seperti biasa esok, meskipun situasi jerebu masih dipantau oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang |
|
IPU merosot: Semua sekolah di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana... - Mygazette - 11/10 10:28 pm # IPU merosot: Semua sekolah di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana ditutup KUALA LUMPUR - Semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana diarahkan tutup sepenuhnya susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang merosot |
|
Ajar anak perempuan elak bahaya, didik anak lelaki hormati wanita .. - Mygazette - 11/10 10:28 pm Beliau turut mengingatkan risiko terhadap kanak-kanak perempuan tidak terhad di kawasan sekolah, malah boleh berterusan di alam maya menerusi perbuatan memperdaya kanak-kanak untuk tujuan eksploitasi, ugutan, pemerasan dan penyalahgunaan imej peribadi. Sehubungan itu, pendidikan mengenai persetujuan, tanggungjawab dan batas pergaulan digital perlu diberikan kepada semua kanak-kanak selain memastikan ibu bapa, guru dan institusi berkaitan mempunyai pengetahuan untuk mengenal pasti risiko serta mengambil tindakan sewajarnya |
|
Jerebu: Johor lanjut penutupan sekolah lima hari bermula Isnin ini - Mygazette - 11/10 10:28 pm # Jerebu: Johor lanjut penutupan sekolah lima hari bermula Isnin ini JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor melanjutkan tempoh penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negeri selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat ini susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara |
|
Jerebu: MPT4, PKSK dijadual semula – Exco Johor - Mygazette - 11/10 10:28 pm JOHOR BAHRU - Semua pentaksiran yang dijadualkan berlangsung minggu ini ditangguhkan susulan semua sekolah di seluruh Johor ditutup esok akibat keadaan jerebu. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dalam kenyataan memberitahu, antara pentaksiran yang terjejas pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) |
|
19 tahun mendayung redah Tasik Bera, lalu denai hutan demi hantar... - Mygazette - 11/10 10:28 pm Bagi Maziah Ayin, 50, mendayung sampan membawa anak ke sekolah bukan perkara baharu apabila rutin itu dilakukannya sejak 2007. Hampir dua dekad, dia terus mengharungi Tasik Bera demi memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan, termasuk ketika mereka masih di peringkat tadika |
|
Karnival Kita Palma perkukuh gerakan komuniti - Utusan - 11/10 10:26 pm KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Bukit Gantang memperkukuh gerakan kemasyarakatan menerusi penubuhan SBX yang bakal melaksanakan pelbagai program kebajikan, pendidikan, sukan dan pembangunan belia sepanjang tahun |
|
Empat MoU Perkukuh Mesir Jadi Pintu Masuk Strategik Malaysia Ke Benua .. - Wrlr - 11/10 8:53 pm Foto PMO KUALA LUMPUR, 11 Okt Pemeteraian empat Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Mesir yang berlangsung di Putrajaya sempena lawatan negara Presiden Abdel Fattah El-Sisi, menunjukkan Mesir kekal sebagai rakan strategik utama Malaysia bagi menembusi pasaran luas di benua Afrika hingga ke Maghribi. Empat MoU merangkumi pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan serta promosi dan pemudahcaraan pelaburan menyaksikan Mesir melihat Malaysia sebagai pengeluar produk penting termasuk industri halal, teknologi tinggi, semikonduktor dan kejuruteraan penting dari Asia Tenggara |
|
Berpuluh tahun PAS bercakap soal perjuangan Islam - Wrlr - 11/10 8:51 pm Tetapi apabila kita buka sejarah pembangunan Islam di Malaysia, banyak institusi besar yang dinikmati umat Islam hari ini sebenarnya dibangunkan oleh kerajaan pimpinan parti-parti selain PAS. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, JAKIM, sistem pensijilan halal, sekolah agama, pendidikan tahfiz dan bantuan Sekolah Agama Rakyat |
|
PRN Melaka: PH umum calon 18 Oktober - Sinarharian - 11/10 6:32 pm ALOR GAJAH - Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 18 Oktober, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.Beliau berkata, senarai calon dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim."Lokasi pengumuman akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita pada program Jalinan MADANI Rider Jelajah Melaka yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim di sini hari ini.Berhubung khabar angin beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Azman berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.Beliau berkata, PKR mensasarkan untuk bertanding di tujuh atau lapan kerusi pada PRN itu, antaranya kerusi DUN Machap Jaya dan Rembia.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Melaka pada 31 Oktober, undi awal 10 November dan hari mengundi pada 14 November, selepas DUN dibubarkan berkuat kuasa 23 September.PRN Melaka pada 2021 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi manakala PH (lima kerusi) dan Perikatan Nasional (dua kerusi) |
|
Jerebu: Senarai sekolah tutup pada Isnin - Mkini - 11/10 6:12 pm Ibu bapa dinasihatkan pantau pengumuman rasmi KPM dan jabatan pendidikan negeri. |
|
Hanya sekolah di Johor, 4 PPD di Selangor dan KL ditutup esok - Hmetro - 11/10 4:22 pm Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor dan sekolah di tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor dan satu di PPD Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditutup esok susulan situasi jerebu yang masih berterusan di negara ini |
|
Batal serta-merta lesen pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah - CAP - Sinarharian - 11/10 4:12 pm GEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa membatalkan lesen memandu serta-merta termasuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Pegawai Pendidikan Kanan CAP, N V Subbarow berkata, hukuman lebih tegas termasuk penjara mandatori dan denda lebih tinggi perlu dikenakan bagi mencegah kesalahan berulang yang boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.Menurutnya, larangan memandu seumur hidup wajar dipertimbangkan terhadap pesalah, khususnya mereka yang menyebabkan kecederaan parah atau kematian akibat memandu di bawah pengaruh bahan berkenaan."CAP sebelum ini berulang kali menggesa Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu mabuk, selain menangani penyalahgunaan dadah ketika memandu."CAP menyokong supaya pemandu yang ditangkap memandu dalam keadaan mabuk dihalang secara kekal daripada memandu bagi mencegah kesalahan berulang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini, media melaporkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kemalangan akan diwajibkan membayar pampasan kepada mangsa menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli dilaporkan berkata, langkah itu merupakan antara tiga inisiatif utama Belanjawan 2027 yang disambut baik Kementerian Pengangkutan dan JPJ bagi memperkukuh keselamatan jalan raya serta melindungi kebajikan rakyat.Subbarow berkata, perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah bukan sahaja membahayakan pemandu terbabit, malah mengancam keselamatan pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa meningkatkan pemeriksaan melalui sekatan jalan raya secara berkala, selain menjalankan ujian alkohol dan dadah terhadap pemandu yang disyaki berada di bawah pengaruh bahan berkenaan."Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan itu, termasuk membawa mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang."Penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara konsisten tanpa pilih kasih bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terpelihara," ujarnya. |
|
Jerebu: Semua sekolah di Selangor beroperasi semula Isnin kecuali di tiga daerah - Astroawani - 11/10 4:00 pm Penutupan itu melibatkan sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana. |
|
Jerebu: Sekolah di lima negeri, Putrajaya beroperasi semula Isnin - Astroawani - 11/10 3:30 pm Bagi Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sentul dan Keramat akan dibuka semula untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai Isnin. |
|
Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok - Sinarharian - 11/10 3:12 pm SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa pada Isnin.Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan keadaan semasa serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.'Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau keadaan kualiti udara, mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah terpelihara."Murid juga disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko," menurut kenyataan itu.Menurut JPNS, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan.Menurut kenyataan itu lagi, ibu bapa dan penjaga diminta mengikuti saluran rasmi JPNS untuk mendapatkan maklumat terkini.Pada Jumaat lalu, semua institusi pendidikan di bawah KPM di Negeri Sembilan ditutup susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan.Penutupan itu dibuat selaras dengan kenyataan KPM berdasarkan bacaan IPU di tiga stesen pemantauan di negeri berkenaan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai pada jam 5 petang.. |
|
Belanjawan 2027: PTPTN Perkukuh Insentif Bayaran Balik - Mydateline - 11/10 3:10 pm Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan menikmati diskaun 10 peratus mulai 2027 |
|
Kerajaan pantau rapi, tiada keperluan mendesak bawa keluar pelajar di Arab Saudi - Zambry - Astroawani - 11/10 3:10 pm Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pemantauan dilakukan di beberapa kawasan, khususnya Madinah dan Mekah bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh menjejaskan keselamatan nyawa. |
|
Tiada keperluan mendesak bawa keluar pelajar Malaysia di Arab Saudi - Zambry - Sinarharian - 11/10 2:41 pm LUMUT - Tiada keperluan mendesak untuk membawa keluar pelajar Malaysia setakat ini, namun pemantauan rapi dilakukan susulan insiden serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Arab Saudi, semalam.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemantauan dilakukan di beberapa kawasan, khususnya Madinah dan Makkah bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh menjejaskan keselamatan nyawa."Krisis di Timur Tengah ini telah berlanjutan sejak tujuh bulan lepas |
|
Agenda Belanjawan Madani 2027 perlu diterjemah di peringkat negeri - Keadilan Terengganu - Sinarharian - 11/10 12:14 am KUALA TERENGGANU - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Terengganu menyambut baik pembentangan Belanjawan Madani 2027 yang memberi tumpuan kepada pembangunan negeri ini, terutamanya menerusi sektor ekopelancongan, infrastruktur asas, pendidikan serta pemuliharaan alam sekitar.Ketua Penerangannya, Aiman Wan Alias berkata, pelbagai inisiatif yang diumumkan berpotensi besar dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan merancakkan ekonomi setempat.Katanya, antara yang mendapat perhatian termasuklah usaha menaik taraf destinasi ekopelancongan utama seperti Setiu Wetlands, Tasik Kenyir, Pulau Tenggol dan Pulau Bidong."Pelaksanaan projek tebatan banjir Sungai Kemaman serta penambahbaikan infrastruktur pembetungan di Kuala Terengganu turut disifatkan sebagai langkah penting yang mendatangkan manfaat langsung kepada rakyat."Keadilan Terengganu berharap agar inisiatif Kerajaan Persekutuan ini dapat disambut dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu, supaya setiap usaha pembangunan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih luas kepada rakyat dan ekonomi negeri," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Dalam perkembangan sama, Keadilan Terengganu turut menantikan pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu 2027 sebagai platform strategik untuk memperkukuh agenda pembangunan secara lebih menyeluruh.Jelas beliau, fokus perlu diberikan kepada usaha mempelbagaikan struktur ekonomi negeri, menarik pelaburan bernilai tinggi, serta membangunkan industri yang mampu menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi."Pembangunan infrastruktur dan pengembangan sektor pelancongan perlu bergerak seiring dengan usaha membina ekosistem ekonomi yang mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran, meningkatkan produktiviti dan membuka laluan kerjaya yang lebih luas kepada anak muda tempatan."Usaha ini penting agar potensi dan bakat anak muda Terengganu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, tanpa mereka perlu meninggalkan negeri semata-mata untuk mendapatkan peluang kerjaya yang sepadan dengan kelayakan dan kemahiran mereka," ujarnya.Dalam pada itu, katanya MPN Keadilan Terengganu percaya bahawa kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, yang disokong oleh hala tuju ekonomi jelas serta berorientasikan masa depan, mampu memperkukuh daya saing negeri ini."Matlamat kita bukan sekadar membangunkan Terengganu, tetapi memastikan pembangunan itu turut membina ekonomi yang lebih pelbagai, menarik pelaburan berkualiti dan menyediakan masa depan yang lebih cerah untuk anak muda negeri ini," ujarnya. |
|
Bangunan pentadbiran sekolah, stor terbakar - Sinarharian - 11/10 9:39 am KOTA MARUDU - Bangunan sekolah menempatkan bilik guru, pejabat am dan stor musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon di sini pada petang Sabtu.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Debli Mamoi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.53 petang.Katanya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Kota Marudu."Menurut laporan, kebakaran melibatkan bilik guru, pejabat am dan stor sekolah jenis separuh kekal dua tingkat, dengan anggaran kemusnahan sebanyak 95 peratus."Operasi memadam api dimulakan menggunakan sumber air daripada jentera bomba dan tangki air," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Ahad.Katanya lagi, api berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan berhampiran."Hasil pemeriksaan lanjut, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan."Operasi memadam kebakaran berjaya dilakukan sehingga selesai sekitar jam 10.37 malam. Operasi ditamatkan selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi," katanya.Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, kebakaran hanya melibatkan bangunan blok pentadbiran."Hanya yang terbakar ialah bangunan blok pentadbiran dan bilik guru manakala kelas tidak terlibat."Sesi persekolahan berlangsung seperti biasa esok," katanya. |
|
BKN 2026 perkukuh kesiapsiagaan hadapi risiko bencana - Sinarharian - 11/10 9:31 am Ia penting untuk dokumentasi semasa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) juga."Selain itu, masyarakat perlu didedahkan dengan amalan penyimpanan kit kecemasan, ubat-ubatan dan makanan dalam tin di setiap rumah. Perkara ini masih jauh untuk didoktrinasikan ke dalam pemikiran masyarakat."Tetapi dengan kempen pendidikan dan kesedaran berterusan, kita pasti boleh membentuk masyarakat yang bersedia menghadapi apa jua situasi luar jangka," ujar beliau yang juga Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merangkap Pengerusi Yayasan Pencegah Jenayah Negeri Perak.Pengagihan bantuan lebih sistematik, elak pertindihanDitanya tentang elemen penambahbaikan yang perlu dititikberatkan dalam penganjuran BKN 2026, Zainal Azman yang merupakan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu mengemukakan beberapa cadangan.Beliau berkata, pendekatan psikologi yang lebih terangkum mesti diperkasakan bagi membantu memulih dan mengurangkan pengalaman trauma mangsa pasca bencana selain keperluan menambah jumlah sukarelawan untuk terlibat secara langsung dalam operasi penyaluran bantuan khususnya di kawasan pedalaman."Sebagai contoh, sukarelawan contohnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dapat digerakkan secara lebih sistematik melalui arahan yang jelas dan penyelarasan yang berkesan |
|
Status operasi sekolah ditentukan setiap hari berdasarkan bacaan IPU jerebu – KPM - Mydateline - 11/10 8:00 am Status operasi sekolah di seluruh negara yang terjejas akibat jerebu akan ditentukan setiap hari berdasarkan pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) oleh Jabatan Pendidikan Negeri .. |
|
Pengarah pendidikan negeri tentukan status operasi sekolah - Hotfm - 10/10 11:06 pm Pengarah akan keluar pengumuman pada Sabtu bagi sekolah yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, dan pada Ahad bagi sekolah yang bercuti pada Sabtu dan Ahad, sebelum pukul 2.45 petang. |
|
Pengarah pendidikan negeri tentukan status operasi sekolah - FMT - 10/10 11:06 pm Pengarah akan keluar pengumuman pada Sabtu bagi sekolah yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, dan pada Ahad bagi sekolah yang bercuti pada Sabtu dan Ahad, sebelum pukul 2.45 petang. |
|
Jerebu: Johor lanjut penutupan sekolah lima hari - Hotfm - 10/10 9:24 pm Tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan dilanjutkan bermula 12 Okt hingga 16 Okt setelah meneliti perkembangan semasa pencemaran udara. |
|
Jerebu: Johor lanjut penutupan sekolah 5 hari - FMT - 10/10 9:24 pm Tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan dilanjutkan bermula 12 Okt hingga 16 Okt setelah meneliti perkembangan semasa pencemaran udara. |
|
MOSTI Semarak Minggu Angkasa Sedunia 2026 Menerusi Tema "Revolusi Roket" - Siakapkeli - 10/10 4:18 pm MOSTI melalui Planetarium Negara menganjurkan Minggu Angkasa Sedunia 2026 bertema Revolusi Roket secara hibrid dari 5 hingga 10 Oktober, dengan pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif. |
|
Anwar, El-Sisi adakan pertemuan, perkukuh hubungan Malaysia, Mesir ke arah perkongsian strategik - Sinarharian - 10/10 1:52 pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat matadengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana di sini pada Sabtu,sekali gus menandakan langkah penting ke arah meningkatkan hubungan Malaysia-Mesir kepada perkongsian strategik selepas lebih enam dekad menjalinkan hubungan diplomatik.Pertemuan yang diadakan bersempena dengan lawatan negara dua hari El-Sisi itu, memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menilai semula kerjasama dua hala, meneroka bidang kerjasama baharu, serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.Presiden Mesir itu, yang mengadakan lawatan negara buat julung-julung kali ke Malaysia sejak menyandang jawatan pada Jun 2014, tiba di kompleks berkenaan pada12.58 tengah hari untuk menghadiri beberapa acara rasmi yang bertujuan memperkukuh hubungan politik, ekonomi dan diplomatik antara kedua-dua negara.Program bermula dengan upacara menandatangani buku pelawat dan sesi fotografi rasmi sebelum Anwar dan El-Sisi meneruskan pertemuan secara tertutup.Pemimpin berkenaanjuga dijadual mempengerusikan perbincangan dua hala yang melibatkan delegasi kedua-dua negara, dengan menumpukan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor utama, khususnya perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi.Antara Jemaah Menteri yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul GhanidanMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Pertemuan itu antara lain membincangkan cadangan untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Mesir untuk mengukuhkan lagikerjasama ke tahap lebih tinggi.Kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.Sidang media bersama dijadual diadakan selepas perbincangan dua hala itu, dengan Anwar dan El-Sisi dijangka menggariskan hasil pertemuan serta hala tuju hubungan Malaysia-Mesir pada masa hadapan.Anwar juga dijadual menganjurkan majlis minum petang rasmi untuk meraikan Presiden Mesir itu.Pada acara berkenaanturut diadakan pameran yang menampilkan model Proton Saga dan Modenas terbaharu, sekali gus mengetengahkan industri automotif Malaysia serta jenama tempatan.Mesyuarat itu berlangsung ketika hubungan ekonomi Malaysia dan Mesir semakin meningkat yang menyaksikan nilai perdagangan dua hala melonjak 74.7 peratus kepada RM3.49 bilion (AS$0.87 bilion) dalam tempoh lapan bulan pertama 2026.Pada 2025, Mesir ialahrakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dalam kalangan negara Afrika.Jumlah dagangan Malaysia dengan Mesir bernilai RM3.08 bilion (AS$0.72 bilion), dengan nilai eksport Malaysia ke Mesir sebanyak RM2.55 bilion (AS$0.60 bilion) dan nilai import dari Mesir berjumlah RM0.53 bilion (AS$0.12 bilion).Malaysia dan Mesir menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1959 dan mengekalkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, perdagangan dan pelaburan, selain penglibatan rapat dalam platform serantau dan antarabangsa.Lawatan negara El-Sisi atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala serta menyuntik momentum ke arah kerjasama strategik dan ekonomi yang lebih kukuh antara kedua-dua negara |
|
Hantaran Nikah Syed Saddiq Buat Bella Bertemakan Growing Old Together, Ini 7 Hadiah Yang Diberikan - Beautifulnara - 10/10 10:43 am Antara hadiah diberikan ialah insurans, emas, cincin dan simpanan KWSP RM100,000. Syed Saddiq turut menyediakan pendidikan Bella di Taylors University |
|
FOMCA: Bantuan tunai, subsidi bersasar ringankan beban isi rumah FOMCA: .. - Mygazette - 10/10 8:11 am Saravanan berkatapeningkatan bantuan kepada OKU, penjaga pesakit terlantar dan murid berkeperluan khas turut menjadi langkah positif dalam memperkukuh perlindungan sosial. Bagaimanapun, bantuan kewangan perlu disertai akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan kemudahan awam mesra OKU bagi memastikan golongan berkenaan tidak terus berdepan halangan dalam kehidupan seharian |
|
Penangguhan bayaran balik PTPTN peminjam berpendapatan rendah bantu stabil .. - Mygazette - 10/10 8:11 am # Penangguhan bayaran balik PTPTN peminjam berpendapatan rendah bantu stabil kewangan KUALA LUMPUR - Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan menerusi Belanjawan 2027 dapat menstabilkan kedudukan kewangan graduan pada peringkat awal kerjaya |
|
Belanjawan 2027: AMK sambut baik peningkatan STR, SARA dan penambahbaikan .. - Mygazette - 10/10 8:11 am # Belanjawan 2027: AMK sambut baik peningkatan STR, SARA dan penambahbaikan PTPTN KUALA LUMPUR - Peningkatan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion serta penambahbaikan mekanisme bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara langkah yang disambut baik Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam Belanjawan 2027 |
|
Belanjawan 2027: Peruntukan hal ehwal Islam naik kepada RM3.1 billion - Mygazette - 10/10 8:11 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan itu membabitkan imam, bilal, tok siak, noja dan marbut serta guru takmir menerusi LembagaTabung Haji. Dalam usaha memperkukuh pendidikan Islam, kerajaan menubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia dengan penyertaan ulama antarabangsa, termasuk Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi, katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini |
|
30,000 peluang kerja baharu, syarikat swasta nikmati potongan cukai - Mygazette - 10/10 8:11 am Beliau berkata, insentif potongan cukai itu diberikan bagi menggalakkan lebih banyak syarikat swasta menyertai program berkenaan. "Dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja muda, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM8 bilion bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merentas kementerian |
|
MAIWP Kids An-Nahdah tanda aras pendidikan awal kanak-kanak - Kosmo - 10/10 7:25 am PUTRAJAYA MAIWP Kids An-Nahdah Cawangan Putrajaya menjadi penanda aras utama kepada model pendidikan holistik tadika kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kini terus diperkukuh dengan pengoperasian lebih 77 buah Tadika Islam seluruh negara |
|
Belanjawan 2027 perkukuh pembangunan Islam, pendidikan agama dan kebajikan petugas - JAKIM - Astroawani - 10/10 4:45 am Ia mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan Islamtermasuk pendidikan dan kebajikan petugas agama. |
|
Bukan tugas kerajaan nasihat mahasiswa, tetapi lindungi kebebasan mereka - Adam Adli - Astroawani - 9/10 8:31 pm Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berharap pemansuhan AUKU dan pengenalan akta baharu yang lebih komprehensif dapat disegerakan bagi memperkukuh kebebasan akademik, autonomi universiti serta hak mahasiswa. |
|
Ekonomi negara maju, meja makan rakyat mesti berisi, kocek tidak boleh kosong - Harapandaily - 9/10 8:09 pm Kemajuan ekonomi negara tidak harus sekadar dilihat pada angka pertumbuhan dan kejayaan pelaburan, sebaliknya mesti dirasai rakyat melalui makanan di meja makan, pendapatan yang mencukupi, peluang pekerjaan serta akses kepada pendidikan dan kesihatan berkualiti |
|
Belanjawan 2027: RM510 Bilion, Defisit Turun, Bantuan Rakyat Bertambah Ini 8 Fokus Utama - Beautifulnara - 9/10 7:54 pm Rumusan Artikel RM510 bilion diperuntukkan menerusi gabungan kekuatan fiskal dan pelaburan, dengan sasaran defisit turun kepada 3.3 peratus pada 2027. Pendidikan dan kesihatan menerima perhatian besar, termasuk hampir RM69 bilion untuk KPM dan RM47.7 bilion untuk KKM |
|
Belanjawan 2027: Ini 10 Manfaat Yang Bakal Diterima Rakyat Malaysia Pada Tahun Depan - Lobakmerah - 9/10 6:37 pm Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 yang merangkumi pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat, termasuk peningkatan peruntukan bantuan tunai, pelepasan cukai individu serta pelarasan gaji minimum. Selain itu, kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan pendidikan, kesihatan, perumahan dan kebajikan golongan yang berkhidmat dalam sektor keagamaan |
|
Belanjawan 2027: Pelajar Tingkatan 6 Akan Terima Elaun Sara Hidup RM2,500 - Vocket - 9/10 4:40 pm Satu langkah reformasi penting dalam sektor pendidikan negara bakal disaksikan menerusi Belanjawan 2027 |
|
Pelajar Tingkatan 6 Akan Terima Elaun Sara Hidup RM2,500 - Hotfm - 9/10 4:40 pm Satu langkah reformasi penting dalam sektor pendidikan negara bakal disaksikan menerusi Belanjawan 2027 |
|
Jerebu: Semua sekolah seliaan Jawi ditutup mulai hari ini - Sinarharian - 9/10 4:05 pm KUALA LUMPUR - Semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ditutup sepenuhnya mulai hari ini sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak susulan situasi jerebu ketika ini.Jawi menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan semua sekolah itu, perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.Sementara itu, guru dan anggota kumpulan pelaksana melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa."Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada pihak Jawi dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula Institusi Pendidikan Islam (IPI) Jawi," menurut kenyataan itu |
|
Jerebu: Sekolah di P.Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar .. - Mygazette - 9/10 3:23 pm # Jerebu: Sekolah di P.Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh GEORGE TOWN - Semua sekolah di negeri ini beroperasi seperti biasa, namun aktiviti luar ditangguhkan susulan keadaan jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dalam kenyataan memaklumkan, sekiranya keadaan jerebu dan bacaan IPU mencapai atau melebihi tahap yang ditetapkan dalam garis panduan yang sedang berkuat kuasa, pihak institusi pendidikan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengubah suai, menangguhkan atau membatalkan aktiviti luar bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan sentiasa terpelihara |
|
Belanjawan terakhir sebelum PRU16, Pas persoal setiap ringgit wang rakyat .. - Mygazette - 9/10 3:23 pm Syahir berkata, pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti, kos sara hidup yang munasabah serta pengagihan kekayaan yang lebih adil. Penilaian menyeluruh terhadap beban kewangan isi rumah perlu merangkumi kos makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan mampu milik, pengangkutan awam serta penjagaan anak-anak dan warga emas, katanya |
|
Jemaah solat Jumaat ambil peluang tanya Anwar mengenai Belanjawan 2027 - Utusan - 9/10 2:36 pm Sejurus selesai solat Jumaat, ada beberapa jemaah mendekati Perdana Menteri ketika beliau berjalan menuju ke kenderaan. Beberapa perkara dicadangkan termasuk membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional .. |
|
Raja Muda Perlis promosi potensi negeri di Uzbekistan - FMT - 9/10 2:28 pm Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetengahkan potensi Perlis dalam sektor pelancongan Islam, makanan halal dan pendidikan menerusi beberapa program di Samarkand. |
|
Sekolah di 3 daerah Perak ditutup akibat jerebu - FMT - 9/10 1:57 pm Institusi pendidikan di Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar diarah tutup serta-merta selepas bacaan IPU di Ipoh mencecah 180. |
|
“Geli Dengan Arwah Terpaling Bayar Nafkah” – Rita Rudaini Sindir Individu Biar Hutang Nafkah Berderet Tidak Dibayar - Beautifulnara - 9/10 1:55 pm Dia turut mendakwa masih terdapat hutang yang belum diselesaikan. Rita menyentuh pengorbanan ibu dalam menanggung keperluan dan pendidikan anak-anak |
|
Guru takut bertindak, KPM perlu perjelas SOP rotan - Harakahdaily - 9/10 1:29 pm KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa menyediakan prosedur operasi standard (SOP) jelas serta memberi perlindungan kepada guru yang mengambil tindakan disiplin mengikut peraturan, termasuk pelaksanaan hukuman rotan di sekolah |
|
Jerebu: Sekolah di dua daerah ditutup serta-merta - Sinarharian - 9/10 1:18 pm IPOH - Semua sekolah di daerah Kinta dan Kuala Kangsar di negeri ini ditutup serta-merta susulan situasi semasa jerebu yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencecah 180.Pengarah Pendidikan Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, bacaan itu direkodkan di stesen pemantauan CA11A di Tasek, Ipoh pada jam 11 pagi pada Jumaat.Menurutnya, semua sekolah dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlibat ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan."Sekolah terlibat perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan sepanjang tempoh penutupan."Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) juga perlu melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, PPD terlibat diminta memastikan maklumat penutupan disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa, penjaga dan murid di daerah masing-masing.Katanya, ibu bapa dan penjaga juga diminta mengikuti perkembangan serta pengumuman rasmi JPN Perak dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan."Pihak sekolah akan terus memantau keadaan semasa serta mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sepanjang tempoh penutupan," katanya.Pada Khamis, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad dilapor berkata, semua institusi pendidikan di bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 ditutup pada Jumaat.Penutupan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diberi keutamaan berikutan keadaan jerebu yang melanda negara.Bagi institusi pendidikan di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin ini. |
|
Ibu Zara Qairina tidak tahu kutipan dana 'Justice for Zara' - Sinarharian - 9/10 11:36 am KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak mengetahui mengenai kutipan dana menerusi kempen Justice for Zara (JFZ) yang didakwa turut disalurkan terus ke akaun bank miliknya.Noraidah Lamat, 46, ketika menjawab soalan peguam, Datuk Ram Singh menjelaskan bahawa akaun berkenaan dibuka selepas ramai pihak mahu menghulurkan sumbangan dan bersedekah kepadanya."Saya tidak tahu mengenai kempen JFZ di bawah Mona Din. Untuk kutipan JFZ itu, mengenai duit yang masuk ke akaun ibu Zara ini, ini bukan satu kutipan khas."Saya buka akaun itu kerana pada waktu itu ramai yang ingin menyumbang atau bersedekah kepada saya," katanya.Berhubung sumbangan RM10,000 yang turut dibangkitkan dalam prosiding, Noraidah menjelaskan wang berkenaan bukan sebahagian daripada kempen JFZ, sebaliknya sumbangan amal jariah daripada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Maszlee Malik.Sebelum itu, Ram meminta Noraidah menjelaskan sejauh mana dia mengenali pempengaruh Mona Din, yang didakwa membuat kenyataan menerusi Facebook bahawa kutipan JFZ turut disalurkan terus ke akaun ibu Zara Qairina, selain melalui tabung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Marhamah.Noraidah berkata, beliautidak mengenali Mona Din secara langsung dan hanya pernah mendengar namanya disebut di media sosial, khususnya Facebook.Ketika ditanya sama ada kenyataan Mona Din bahawa seorang bekas menteri menyalurkan RM10,000 melalui pempengaruh itu sebagai perantara adalah benar, Noraidah berkata dia tidak mengetahui perkara berkenaan."Saya tidak tahu apa yang dia maksudkan, jadi saya tidak boleh mengulas," katanya.Ram kemudian mempersoalkan mengapa Noraidah tidak mengambil tindakan saman terhadap Mona Din berhubung kenyataan berkenaan.Bagaimanapun, Noraidah menjelaskan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mengenali pempengaruh itu.Dalam prosiding sama, Noraidah turut ditanya mengenai papan iklan tertera ungkapan 'Justice for Zara' yang dipasang di pelbagai daerah di Sabah.Noraidah mengakui mengetahui kewujudan papan iklan berkenaan, namun berkata, dia tidak pernah dimaklumkan mengenai pihak yang memasangnya atau bila pemasangan itu dilakukan."Saya tahu mengenai billboard yang dipasang di setiap daerah |
|
KPM : Jerebu makin teruk: 7 negeri, Putrajaya dan KL tutup sekolah hari ini - Wrlr - 9/10 11:17 am Harapandaily October 9, 2026 Sekolah di seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin, Pahang akan ditutup esok, 9 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadzlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi jerebu semasa, dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarahkan terus memantau keadaan serta mengambil tindakan segera jika diperlukan |
|
Komposisi kaum warganegara Malaysia 2016 2026, 10 tahun berlalu : .. - Wrlr - 9/10 11:14 am Antara faktor yang boleh mempengaruhi perubahan demografi ialah perbezaan kadar kelahiran, struktur umur penduduk, migrasi dan kadar pertumbuhan penduduk mengikut kumpulan etnik. Perubahan komposisi penduduk turut mempunyai implikasi terhadap perancangan pembangunan negara, termasuk penyediaan kemudahan pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, perkhidmatan kesihatan dan pengagihan sumber ekonomi |
|
Jerebu: Semua institusi pendidikan di N - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua institusi pendidikan di N |
|
Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika... - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika IPU tinggi MELAKA Semua sekolah di seluruh Melaka ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan utama melepasi 150, sekali gus mencapai tahap tidak sihat. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan akan dilanjutkan sehingga Isnin jika bacaan IPU 150 selama tiga hari bermula Jumaat |
|
Polis tahan 14 pelajar lelaki disyaki bergaduh guna senjata di Tawau - Mygazette - 9/10 7:25 am Rosdi berkata siasatan sedang dijalankan bagi menentukan penglibatan dan peranan setiap individu yang ditahan selainmendapatkan rakaman video asal serta merakam percakapan mereka yang terlibat termasuk saksi. Selain itu, polis juga menunggu laporan perubatan mangsa sertabekerjasama dengan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dalam kes ini, katanya |
|
Orang Asli Semelai mahu rundingan bersama Wan Rosdy, tolak tawaran 70:30 - Mygazette - 9/10 7:25 am Dalam perkembangan sama, mereka turut menyentuh operasi penguatkuasaan di beberapa kawasan penempatan Orang Asli sekitar Tasek Bera sejak 14 September lalu, termasuk insiden berkaitan palang keselamatan di laluan utama ke Kampung Lubuk Tambangan pada 6 Oktober. Mereka berkata, sebarang tindakan terhadap laluan keluar masuk kampung dan kawasan kebun perlu mengambil kira keperluan penduduk termasuk keselamatan, pendidikan, kecemasan serta aktiviti mencari rezeki |
|
MCMC siasat isu gambar, video AI libat pelajar dan guru di... - Mygazette - 9/10 7:25 am Manakala, kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak pula boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, katanya hari ini. Pada masa sama, MCMC menambah, isu itu turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Komunikasi (KK); Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Pendidikan (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai bidang kuasa masing-masing |
|
Jerebu: Semua sekolah di Selangor ditutup mulai esok hingga diberitahu .. - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua sekolah di Selangor ditutup mulai esok hingga diberitahu kelak KUALA LUMPUR - Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor diarahkan tutup sepenuhnya mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini |
|
Jerebu: Insititusi pendidikan KPM di kawasan IPU lebih 180 diarah tutup .. - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Insititusi pendidikan KPM di kawasan IPU lebih 180 diarah tutup esok KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula esok |
|
Jerebu: Sekolah di 6 negeri, daerah Rompin ditutup esok ??? Fadhlina .. - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Sekolah di 6 negeri, daerah Rompin ditutup esok Fadhlina KUALA LUMPUR Sekolah di enam buah negeri iatu Johor; Melaka; Negeri Sembilan; Selangor; Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup sepenuhnya esok, susulan bencana jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, di Pahang sekolah yang ditutup hanya melibatkan daerah Rompin |
|
KPM : Jerebu makin teruk: 7 negeri, Putrajaya dan KL tutup sekolah hari ini - Harapandaily - 9/10 7:02 am Sekolah di seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin, Pahang akan ditutup esok, 9 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadzlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi jerebu semasa, dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diarahkan terus memantau.. |
|
Jerebu: Sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya ditutup esok - Sinarharian - 8/10 11:53 pm KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajayaserta daerah Rompin di Pahang diarah tutup esok berikutan situasi jerebu.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sekolah di negeri lain iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan pula beroperasiseperti biasa."Saya telah meminta semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan," katanya menerusi hantaran Facebookmalam ini.Beliau turut menzahirkan rasa prihatin mengenaikesulitan dihadapi ibu bapa susulan pengumuman penutupan sekolah berkenaan yang memberi kesan kepada urusan harian."Kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan," katanya sambil menambah keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan kementerian.Sehubungan dengan itu, Fadhlinamenasihati ibu bapa agar sentiasa mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada pihak sekolah, JPN dan PPDmasing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini.Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan semua sekolah di negeri itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai setakat 5 petang.JPN Melaka pula memaklumkan keputusan penutupan diambil susulan pemantauan berterusan pihaknya dan laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar yang menunjukkan IPU di kawasan utama negeri itu melepasi paras 150 iaitu pada tahap tidak sihat.Sementara itu, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sekolah dibuat berasaskan bacaanIPUdi stesen pemantauan setakat 5 petang tadi, manakala penutupan sekolah di ibu negara berdasarkan IPU di Stesen Cheras dan Batu Muda setakat 2 petang.Di Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan semua sekolah agama negeri di bawah jabatan itu ditutup sepenuhnya mulai esok, selain menyarankan sekolah Islam persendirian yang berdaftar dengan jabatan berkenaan mengikuti ketetapan berkenaan.Berikutan penutupan itu, semua institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan berkenaan, manakala ibu bapa dinasihatkan sentiasa merujuk maklumat daripada saluran rasmi.- Bernama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |