| /// |
|
| Search : Pendang News | Page 1 |
|
Cuaca panas berpanjangan boleh jejas kesihatan – KKM - Mgazette - 25/03 5:09 pm Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat 6 pagi tadi memaklumkan tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini. Daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling |
|
MetMalaysia places Pokok Sena, Pendang and Baling under Level 2 heatwave alert, with 16 other areas at Level 1 - Malaymail - 25/03 1:47 pm KUALA LUMPUR, March 25 Three districts in Kedah are currently recording a Level 2 heat wave, while 16 other area... |
|
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru guna pakaian sukan - Sinarharian - 25/03 1:31 pm PUTRAJAYA - Kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi pertimbangan oleh institusi pendidikan.Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, langkah tersebut berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.Tegas kementerian itu, semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan."KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Ujar KPM, semua institusi pendidikan diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal Pertama.Antaranya, penangguhan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius dan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas.Selain itu, insititusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri."Sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman, institusi pendidikan juga perlu membekalkan air minuman kepada murid asrama," jelas KPM.Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Kawasan utara Semenanjung seperti Kedah, iaitu Pendang, Baling dan Padang Terap, lebih terdedah kepada cuaca panas berikutan faktor geografi serta corak tiupan angin MTL yang membawa lebih banyak kelembapan ke Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. |
|
Kedah hadapi gelombang haba tahap 2 - Harapandaily - 25/03 12:20 am Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat 6 pagi tadi memaklumkan, daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan.. |
|
Three districts in Kedah experience level 2 heat wave - MetMalaysia - Sinardaily - 25/03 12:14 am KUALA LUMPUR - Three districts in Kedah are currently recording a Level 2 heat wave, while 16 other areas across Peninsular Malaysia are at Level 1 which is on alert as of this morning.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) in its hot weather status update as of 6am today announced that the districts affected by Level 2 in Kedah are Pokok Sena, Pendang and Baling.Meanwhile, the 16 areas placed under Level 1 are Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim and Bandar Baharu in Kedah; the entire Perlis as well as the North East and North areas in Penang.Also recording the same status are Hulu Perak, Selama, Kinta and Kuala Kangsar in Perak, in addition to the Jerantut and Raub districts in Pahang.Level 2 status or heat wave is declared when the maximum temperature is in the range of 37 to 40 degrees Celsius for a period of at least three consecutive days.Meanwhile, Level 1 status refers to daily maximum temperatures reaching 35 to 37 degrees Celsius for at least three consecutive days |
|
Tiga daerah di Kedah alami gelombang haba Tahap 2 - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:52 am KUALA LUMPUR - Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat jam 6 pagi tadi memaklumkan, daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling.Sementara itu, 16 kawasan yang diletakkan di bawah Tahap 1 ialah Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Perlis serta kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang.Turut merekodkan status sama ialah Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak, selain daerah Jerantut serta Raub di Pahang.Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut |
|
Cuaca panas dijangka berterusan hingga Jun susulan taburan hujan rendah - MetMalaysia - Sinarharian - 25/03 11:19 am KUALA LUMPUR - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang lazimnya dicirikan oleh pengurangan hujan serta keadaan cuaca lebih panas dan kering, terutama di kawasan utara dan pedalaman Semenanjung.Beliau berkata, berdasarkan unjuran model cuaca tempatan dan antarabangsa, negara dijangka mengalami pola cuaca lebih kering dengan taburan hujan lebih rendah daripada kebiasaan bagi tempoh beberapa bulan akan datang."Semasa fasa peralihan monsun dijangka bermula hujung Mac hingga Mei, kawasan pantai barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan terutamanya pada sebelah petang dan awal malam. Hujan ini dijangka meredakan sedikit suhu di Malaysia," katanya kepada Bernama.Ambun berkata, taburan hujan dijangka meningkat mulai penghujung minggu ini, melibatkan kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.Beliau berkata, berdasarkan rekod terkini, beberapa kawasan seperti Limbang di Sarawak serta Sandakan dan Tawau di Sabah telah merekodkan taburan hujan melebihi paras normal, manakala beberapa lokasi lain seperti Ipoh (Perak), Subang (Selangor), Kudat (Sabah) dan Mulu (Sarawak) mencatatkan paras normal."Namun, kebanyakan stesen lain menunjukkan taburan hujan di bawah paras normal, dengan Kedah (Alor Setar, Kubang Pasu dan Langkawi) serta Papar (Sabah) masing-masing merekodkan hingga 17 hari tanpa hujan, manakala Perlis mencatatkan 15 hari tanpa hujan setakat 23 Mac," katanyaAmbun berkata, kawasan utara Semenanjung seperti Kedah, iaitu Pendang, Baling dan Padang Terap, lebih terdedah kepada cuaca panas berikutan faktor geografi serta corak tiupan angin MTL yang membawa lebih banyak kelembapan ke Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta Sabah dan Sarawak."Pada Januari, tumpuan aliran angin dan sistem cuaca lebih aktif di kawasan tersebut, menyebabkan kawasan utara dan barat Semenanjung Malaysia cenderung mengalami keadaan cuaca yang lebih kering dan panas," katanya.Sementara itu, beliau berkata, keadaan cuaca panas di Malaysia lazimnya berlaku pada fasa akhir MTL pada Februari hingga April, dengan kawasan utara Semenanjung Malaysia cenderung menunjukkan pola cuaca lebih panas, namun ia juga bergantung kepada keragaman iklim seperti fenomena ENSO.Ambun berkata, berdasarkan model iklim global, Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami peningkatan kekerapan hari panas ekstrem, terutama jika dipengaruhi fenomena El Nino."Rekod suhu tertinggi negara menunjukkan bacaan 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, diikuti Batu Embun, Pahang (39.3 darjah Celsius) pada 2016 dan Alor Setar (39.1 darjah Celsius) pada 1998, yang semuanya berlaku ketika fenomena El Nino kuat," katanya.Ujarnya, Malaysia berpotensi mencapai gelombang haba tahap 3 sekiranya berlaku El Nino kuat, namun perkembangan fenomena itu masih dipantau.Tambahnya, MetMalaysia mentakrifkan gelombang haba sebagai suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, dengan amaran tahap 1 dikeluarkan pada 35-37 darjah Celsius, tahap 2 pada 37-40 darjah Celsius dan tahap 3 apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius untuk tempoh sama.Ambun turut menasihati orang ramai untuk minum air secukupnya, kurangkan aktiviti luar terutama pada waktu tengah hari, pakai pakaian sesuai dan elakkan pembakaran terbuka serta berhemat dalam penggunaan air bagi mengelakkan pembaziran.Beliau berkata, cuaca panas dan kering juga boleh menurunkan paras empangan serta meningkatkan risiko kemarau dan gangguan bekalan air, selain menjejaskan kesihatan seperti strok haba dan dehidrasi |
|
15 heat-related cases this year, including one child death - Dzulkefly - Sinardaily - 24/03 11:00 am PUTRAJAYA - A total of 15 heat-related cases have been reported so far this year, including three cases of heatstroke and one death involving a child left in a vehicle, said Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.In a post on his official Facebook page today, he said the current extreme heat requires everyone to be more vigilant, including monitoring early signs of heatstroke such as prolonged dizziness, unusual thirst and a rising body temperature."If these signs appear, take immediate preventive measures by seeking shade, drinking plenty of plain water, and cooling the body promptly, he said.He also urged the public not to leave children or anyone else unattended in vehicles, even for a minute.According to him, infants and children, the elderly, chronic patients and individuals active in hot weather are among the groups at higher risk of heatstroke.The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has reported that hot weather conditions in Padang Terap, Kedah, have reached Level Two (heatwave), with daily maximum temperatures ranging between 37 and 40 degrees Celsius.In a statement today, MetMalaysia said 14 areas in Peninsular Malaysia are at Level One (alert), including the whole of Perlis as well as Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda and Bandar Baharu in Kedah.The same warning has also been issued for the Northeast District in Penang, Hulu Perak and Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) and Rembau (Negeri Sembilan).According to the statement, a heatwave level refers to daily maximum temperatures between 37 and 40 degrees Celsius for at least three consecutive days, while the alert level refers to daily maximum temperatures between 35 and 37 degrees Celsius for at least three consecutive days.For the latest daily hot weather status, the public can refer to https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ |
|
Tujuh cedera dipercayai main mercun bola - Utusan - 24/03 6:30 am PENDANG: Kira-kira tujuh individu termasuk kanak-kanak didakwa mengalami kecederaan dipercayai akibat terkena mercun dipercayai mercun bola dalam kejadian di sini, kelmarin |
|
Heatwave alert for parts of Kedah; KL placed under warning level - Straitstimes - 23/03 10:30 pm The conditions were particularly severe in Baling, Pendang and Pokok Sena in Kedah. |
|
Police detain man after firecracker blast injures seven in Pendang - SUN - 23/03 8:41 pm A 21-year-old man is detained after a firecracker explosion injured seven people, including himself, in a village in Pendang, Kedah |
|
Lelaki ditahan kes tujuh cedera akibat mercun bola - Sinarharian - 23/03 8:14 pm ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun kerana disyaki bermain mercun bola sehingga menyebabkan tujuh individu, termasuk dirinya cedera dalam kejadian di sebuah kampung di Tobiar, Pendang, Jumaat lepas.Ketua Polis Daerah Pendang Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, suspek ditahan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi pada Isnin.Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bermain mercun bola bersama enam saudara lain sebagai persediaan menyambut Aidilfitri."Ketika kejadian, mercun yang dinyalakan dipercayai masuk ke dalam plastik yang mengandungi mercun lain, menyebabkan letupan kuat."Letupan itu mencederakan enam individu berusia antara 11 hingga 20 tahun yang berada berhampiran lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Rodzi berkata, kesemua mangsa termasuk suspek mengalami kecederaan pada bahagian muka dan badan serta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pendang.Beliau berkata, seorang daripada mangsa bagaimanapun dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan serius pada mata.Katanya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.Terdahulu, tular di Facebook beberapa gambar memaparkan individu yang cedera dengan kapsyen mendakwa berlaku "tragedi pakar bom" di Tobiar, Pendang |
|
Pendang, Baling dilanda gelombang haba tahap dua - Mkini - 23/03 8:02 pm Suhu maksimum harian cecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius setakat petang tadi. |
|
Pendang, Baling dilanda gelombang haba - FMT - 23/03 6:20 pm Padang Terap masih dilanda gelombang haba, kata MetMalaysia. |
|
Tiga kawasan di Malaysia catat tahap dua gelombang haba - MetMalaysia - Sinarharian - 23/03 5:44 pm SHAH ALAM - Tiga kawasan di Semenanjung Malaysia dikesan berada pada tahap dua gelombang haba iaitu Pendang, Padang Terap dan Baling di Kedah setakat kemas kini jam 4 petang pada Isnin.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, sebanyak 15 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu Perlis; Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.Selain itu, menurutnya, Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang); Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar (Perak) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga antaranya yang terkesan berada pada tahap satu."Tahap gelombang haba terjadi apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut."Bagi Tahap Berjaga-Jaga pula apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut," katanya menerusi hantaran di Facebook.MetMalaysia memaklumkan, maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian boleh dirujuk di laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ atau ikuti perkembangan di media sosial rasmi jabatan. |
|
Kedah police checking hospitals after viral claims of mercun bola injuries in Pendang - Malaymail - 23/03 4:07 pm ALOR SETAR, March 23 Police are obtaining further information from the hospital regarding claims that several in... |
|
Polis teliti dakwaan insiden mercun bola di Pendang, tunggu pengesahan .. - Mgazette - 23/03 3:53 pm # Polis teliti dakwaan insiden mercun bola di Pendang, tunggu pengesahan hospital KUALA LUMPUR - Polis sedang meneliti dakwaan yang tular di media sosial berkaitan beberapa individu yang dipercayai cedera akibat letupan mercun bola dalam satu kejadian di Tobiar, Pendang, Kedah |
|
Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas .. - Mgazette - 23/03 3:53 pm Simpan air yang mencukupi, guna ikut keperluan kerana apabila tiada air, ia boleh menjejaskan kelangsungan kehidupan kita semua, katanya. MetMalaysia dalam kenyataan turut memaklumkan 14 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga termasuk di daerah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu |
|
Cuaca panas: Tiga kes strok haba, seorang budak maut tertinggal dalam kereta - Sinarharian - 23/03 3:23 pm PUTRAJAYA - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, dalam cuaca panas melampau ketika ini orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat."Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera," katanya.Dzulkefly turut menggesa orang ramai agar jangan meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit."Bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas merupakan antara golongan berisiko terdedah dengan strok haba," katanya.Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ |
|
Ini senarai 15 kawasan di Semenanjung alami status cuaca panas tahap satu dan dua - Harapandaily - 23/03 3:14 pm Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia pula berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga. Kawasan terbabit termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang.. |
|
Cuaca panas maksimum cecah 40 darjah Celsius 3 hari berturut-turut - MetMalaysia - Sinarharian - 23/03 10:34 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk .. |
|
‘Terbakar kulit’ ziarah raya di Perlis, Kedah, suhu cecah 37C - Kosmo - 22/03 7:07 pm PETALING JAYA – Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, 14 kawasan itu melibatkan Perlis, Kedah iaitu Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Padang Terap dan .. |
|
Padang Terap catat suhu 37 - 40 darjah Celsius, 12 lain tahap berjaga-jaga - Mkini - 22/03 10:02 am Kawasan itu melibatkan Perlis dan Kedah (Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu). |
|
Padang Terap catat gelombang haba, 10 kawasan lain pada tahap berjaga-jaga - Mgazette - 22/03 8:12 am Menurut status cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, Padang Terap, Kedah kini berada pada Tahap 2 susulan suhu maksimum harian yang tinggi secara berterusan. Terdapat 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu (Kedah), dan Timur Laut (Pulau Pinang)," demikian menurut MetMalaysia |
|
Anak muda Kampung Nam Dam hidupkan tradisi pelita raya - Kosmo - 20/03 9:13 pm PENDANG – Tradisi pelita raya di Kampung Nam Dam, di sini kembali meriah apabila lebih 50 anak muda kampung bergotong-royong memasang hiasan itu bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri |
|
Pantai Hospital rai 10 rumah anak yatim sempena Aidilfitri - Sinarharian - 18/03 5:26 pm SUNGAI PETANI Sebanyak 10 buah rumah anak yatim di Kedah terpilih menerima sumbangan lebih RM20,000 dari Pantai Hospital Sungai Petani menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bersama Memberi, Meraih Keberkatan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan berkata, program itu melibatkan sumbangan kira-kira 1,000 kilogram beras (dan barangan asas) hasil keprihatinan para perunding perubatan hospital sebagai sokongan dalam menceriakan keluarga dan kanak-kanak kurang berkemampuan."Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kami untuk bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.Rumah anak yatim yang disantuni termasuk Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az Zahra, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa Baling.Selain itu, Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Kampung Sadek, Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Shafi, Rumah Anak Yatim Gemilang Kampung Banggol, Maahad Tahfiz Ahmadiah serta Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah turut tersenarai sebagai penerima.Katanya, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pihak hospital dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat. |
|
Warga emas 70 tahun tamatkan zaman duda selepas empat tahun kesunyian - Hmetro - 16/03 8:52 am Pendang: Empat tahun saya tak melekat di rumah kerana sunyi dan bosan sebab tinggal sendiri |
|
Azam Baki controversy tests integrity and political risk - Sinardaily - 25/02 11:40 am SHAH ALAM The latest developments surrounding calls for action to be taken against Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Tan Sri Azam Baki over his shareholdings highlight mounting political pressure.The matter has moved beyond procedural debate, touching on institutional integrity and public confidence.In the Dewan Rakyat, Kota Melaka MP Khoo Poay Tiong (PH) urged firm action, including suggestions for resignation and the establishment of a royal commission of inquiry (RCI).His strong statement indicated that the issue could become a political liability if not addressed promptly.Significantly, the RCI proposal was also supported by Pendang MP Datuk Awang Solahuddin Hashim (PN).The cross-party backing demonstrates that integrity concerns can transcend political lines and become a shared demand.However, the motion to debate the matter was rejected by Dewan Rakyat speaker Tan Sri Johari Abdul on grounds that a special committee had already been set up to investigate the issue.This reflects Parliaments procedural approach in handling the ongoing controversy.At the same time, Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar confirmed that Azam had been summoned to give a statement on Feb 19.Administrative processes are ongoing, but public confidence remains a major challenge.From a political perspective, failing to handle the matter convincingly could affect voter perceptions ahead of the next general election.In an environment of increasingly critical public mandate, integrity issues can easily become decisive factors.The position of the MACC chief commissioner demands a high level of public trust.A prolonged controversy without a thorough resolution risks undermining the credibility of the institution as a whole.Ultimately, the matter serves as a test of the governments commitment to transparency and institutional reform.The decisions taken will reflect the priority between upholding existing processes and restoring public perception comprehensively. |
|
Ribut petir, hujan lebat melanda tujuh negeri hingga 1 pagi - Mgazette - 25/02 7:48 am # Ribut petir, hujan lebat melanda tujuh negeri hingga 1 pagi KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negari sehingga jam 1 pagi, hari Rabu. Kawasan-Kawasan tersebut di negeri Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik), Pahang (Jerantut, Maran dan Bera), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Melaka |
|
Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri - Sinarharian - 24/02 10:40 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1 pagi ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu diramal melanda Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.Di Pahang, kawasan terjejas ialah Jerantut, Maran dan Bera, manakala di Negeri Sembilan meliputi Kuala Pilah, Rembau, Jempol serta Tampin.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor merangkumi Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, selain Melaka.Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri serta Limbang.Sementara itu, di Sabah, kawasan dijangka terjejasmelibatkan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau serta Pantai Barat (Papar) |
|
Isu tarif: Kalau masih dipertikai itu tiada masalah, biar mahkamah .. - Mgazette - 24/02 4:54 pm Dia ada hak mempertikai, tetapi soal Mahkamah Agung AS membuat keputusan yang mempertikai bidang kuasa tertentu, itu harus kita teliti, katanya pada sesi jawapan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. Terdahulu Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid memberitahu beliau bersama ahli Parlimen Masjid Tanah, Pendang, Rompin dan Gerik akan membawa isu tersebut ke mahkamah untuk menilai tindakan kerajaan sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya |
|
Dia pergi atau kita pergi - Ahli Parlimen DAP gesa Azam Baki letak jawatan - Sinarharian - 24/02 4:52 pm He have to go or we have to go (Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi). He go or we go (Dia pergi atau kita yang pergi)."Itu pesanan saya, sekiranya kita membenarkan beliau terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, pilihan raya akan datang, pengundi akan hukum kita," katanya ketika membahasakan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 di Dewan Rakyat pada Selasa.Ujar Poay Tiong, sekiranya isu tersebut dibiarkan tanpa tindakan, ia boleh mempengaruhi persepsi rakyat sekali gus, mendorong mereka untuk menolak kepimpinan kerajaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang."Masa bahas saya tamat tapi jangan tempoh kita jadi kerajaan tamat selepas pilihan raya akan datang," ujarnya.Sementara itu, Datuk Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) turut bersetuju dengan cadangan Poay Tiong berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam menyiasat isu berkenaan."Buat pertama kali saya menyokong Kota Melaka untuk menubuhkan RCI |
|
Isu MyDigital ID ancam rakyat, kedaulatan sendiri - Harakahdaily - 24/02 3:56 pm KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu merangka langkah penyelesaian kukuh susulan Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan pada semalam, 23 Februari mendedahkan kelemahan serius dalam projek MyDigital ID dibawah kendalian MIMOS Berhad.Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, masalah itu berlaku ketika kebimbangan rakyat terhadap keselamatan siber semakin terancam di samping risiko keselamatan indentiti […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post Isu MyDigital ID ancam rakyat, kedaulatan sendiri appeared first on Harakahdaily . |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |